Sejarah SELANGO. I
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
· sejarah SELANGOI. I T I sejarah SELANGOR 0000002549 Sejarah Selangor, SIRI SEJARAH NUSANTARA sejarah , SELANGOR oleh HAJI BUYONG ADIL DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 1981 KK. 291 -783 0102 J disunting oleh ABO. KARIM BIN ABU BAKAR SAHAGIAN BUKU PELAJARAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CETAKAN PERTAMA 1971 CETAKAN KEDUA (DENGAN PEMBETULAN) 1981 ©HAKCIPTA HAJI BUYONG ADIL (1971) OICETAK OLEH:· PERCETAKAN BERSATU PRAI, PULAU PINANG. HARGA: $7.00 No. Tel. 362446 8hb. Feb., 1979. DATO' HORMAT RAFEI, (D.P.M.S., S.M.S., J.M.N., A.M.N.,) MENTER! BESAR, SELANGOR. KATA-KATA ALUNAN Y.A.B. DATO' MENTER! BESAR SELANGOR Setakat ini tidak banyak terdapat buku-buku ilmiah yang berharga mengenai sejarah Negeri Selangor yang tersimpan di dalam perbendaharaan kita. Penulisan buku-buku yang berbentuk seperti ini memerlu kan penulis yang benar-benar berpengalaman dan sanggup membuat kajian yang mendalam bagi mempastikan isi kan dungannya dapat dipertanggungjawabkan agar menjadi satu CATITAN zaman yang berharga untuk kenangan generasi yangad a. Buku SEJARAH NEGERI SELANGOR hasil pena Allah yarham Tuan Haji Buyung Adil ini sesungguhnya amatlah bernilai dan mempunyai unsur"unsur akademik yang boleh dijadikan sumber rujukan utama untuk mengenali dan memahamilatar belakang sejarah Negeri Selangor. Kepada sekalian yang berkenaan, terutamanya kepada go Iongan kaum pelajar, saya percaya penerbitan buku ini akan dapat memberikan sumbangan yang besar ertinya kepada tuan-tuan semua. Sekian. I (OATO' HORMAT BIN RAFEI, DPMS, SMS, JMN, AMN) Menteri Besar, Selangor. '"'��� \ i;. I PENDAHULUAN Saya mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur ke had I hrat Allah s.w.t. yang telah memberikan saya tenaga untuk menyusun dan menulis sejarah negeri Selangor yang diterbit kan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini. Sejarah negeri Selangor yang digariskan dalam buku ini bermula pada masa 300 tahun sebelum tahun masihi iaitu pada masa yang disebut zaman sebelum sejarah. Juga, sejarah negeri Selangor dari masa itu hingga ke kurun masihi yang ke 14, iaitu kira-kira hampir 1,700 tahun, adalah sejarah yang samar sahaja yakni tidak menggambarkan keadaan yang se benarnya dan hal ehwal di negeri Selangor di masa itu, me lainkan hanya menulis kepada agakan ahli kaji-kesan purba sahaja. Setelah masuk ke kurun masihi yang ke-15 dan awal kurun masihi yang ke-16, iaitu di masa Kerajaan Melaka diperintah oleh Raja Melayu, dan dengan pertolongan bahan yang di dapati dalam hikayat "Sejarah Melayp" baharulah tersingkap sedikit sejarah negeri Selangor itu. Pada masa itu, baharulah tersebut nama beberapa buah tempat dalam negeri Selangor seperti, Kelang, Jeram, Langat dan Selangor (Kuala Sela ngor); yang mana pada masa itu semuanya adalah takluk ke pada Kerajaan Melayu Melaka. Sehingga masa Sultan Mah mud Shah bersemayam di Pulau Bentan (1512-1526), iaitu setelah baginda dikalahkan oleh Portugis di Melaka, Selangor (Kuala Selangor) masih lagi diperintah oleh salah seorang daripada orang besar baginda. Apabila Sultan Alauddin Riayat Shah (II), putera almarhum Sultan Mahmud Shah (Marhum Kampar) itu memerintah di negeri Johor, negeri Selangor, terutama Kelang dan Selangor (Kuala Selangor) telahtertakluk ke Johor pula. Dalam kurun masihi yang ke-17, semasa negeri Selangor masih tertakluk ke Johor, terdapat ramai orang Melayu Bugis yang berasal dari Tanah Bugis (Sulawesi) mendiami kawasan pantai Negeri Selangor, terutama di Kelang dan di Selangor (Kuala Selangor). Menjelang awal kurun masihi yang ke-18 pula, walaupun ketua yang memerintah di daerah Kelang masih di bawah pengaruh Sultan Johor, tetapi pada masa itu, terutama setelah Raja Kechi! Siak memerintah Kerajaan Johor-Riau (1718-1722), negeri Selangor tidak lagi di bawah kuasa Johor, vii sebaliknya di Selangor (Kuala Selangor) telah ada orang Bugis yang menjadi ketua pemerintah di situ bergelar "Yamtuan Selangor," sekadarkan namanya yang sebenar tidaklah dike tahui. Pada masa itu, di negeri Selangorlah pusat kekuatan orang Bugis di bahagian barat Nusantara ini. Di awal kurun masihi yang ke-18 itu jugalah raja-raja Bugis lima bersaudara, iaitu Daing Perani, Daing Menambun, Daing Merewah, Daing Chelak dan Daing Kemasi, yang telah menga lahkan Raja Kechil Siak (1722) di Riau dan menyerahkan semula Kerajaan Johor-Riau kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, dan keraplah raja-raja Bugis itu berulang-alik dari Riau ke Selangor membawa orang Bugis di Selangor dalam angkatan perang raja-raja Bugis itu, bahkan Daing Perani dan Daing Chelak itu sendiri telah berkahwin dengan keluarga diraja Bugis di Selangor. Dalam pertengahan kurun masihi yang ke-18 itu juga (1756), pada masa Sultan SulaimanBadrul Alam Shah meme rintah di Riau, dan Y amtuan Muda (III) Daing Kemboja ber mastautin di Linggi, Raja Lumu, seorang daripada putera almarhum Yamtuan Muda (II), Daing Chelak, iaitu putera yang dilahirkan di Selangor, telah menjadi Raja yang meme rintah di Selangor dengan gelaran Sultan Salehuddin , dan baginda digelar juga "Tuanku Raja Selangor" atau "Raja Se la ngor." Sejak itu, anak cucu dan keturunan bagindalah yang menjadi Sultan di negeri Selangor sehingga sekarang. Sultan Ibrahim, Sultan Selangor yang kedua (1778-1826), putera almarhum Sultan Salehuddin itu merupakan seorang Sultan yang gagah berani. Baginda bermusuh dengan orang Belanda dan lebih setahun lamanya baginda memerangi orang Belanda di Melaka. Baginda jugalah yang telah menggalakkan ayah saudaranya Raja Haji Y amtuan Muda (IV) di Riau datang memerangi orang Belanda di Melaka sehingga Raja Haji mangkat terbunuh aalam peperangan di Melaka (Marhum Teluk Ketapang). Selepas itu datang pula orang Belanda menyerang dan mengalahkan Selangorsehingga Sultan Ibrahim berundur ke Negeri Pahang. Setahun lamanya Selangor diperintah oleh orang Belanda. Setelah itu, dengan bantuan Bendahara Tun Abdul Majid Pahang, Sultan Ibrahim datang semula dan berjaya menghalau orang Belanda keluar dari Selangor dan mengambil semula negeri itu dari tangan Belanda. Di masa Sultan Ibrahim itu jugalah Selangor telah j menyerang negeri Perak ; orang Siam cuba menguasai negeri Selangor dan Perak ; tetapi orang lnggeris yang ada di Pulau viii Pinang telah turut sama sehingga pihak lnggeris dapat mem buat perjanjian dengan Sultan Ibrahim dan dapat membeli bijih timah di negeri Selangor. Pada awal kurun masihi yang ke-19, di masa Sultan Ibrahim memerintah di Selangor, seorang raja dari Selangor bernama Tengku Busu telah membuka daerah Lukut (Dalam Negeri Sembilan sekarang) yang mana banyak mengeluarkan bijih timah dan telah menggalakkan orang Cina datang mengerjakan lombong di Lukut. Dalam buku ini, sejarah daerah Lukut itu ada ditulis berasingan, iaitu dari mula ianya dibuka oleh Tengku Busu; kemudian Lukut dimasuk kan dalam pemerintahan Selangor, iaitu di masa Sultan Muhammad Shah menjadi Sultan di Selangor (SultanSelangor yang ketiga); lepas itu baginda menyerahkan daerah Lukut di bawah pemerintahan Raja Juma'at bin Raja Ja'afar yang berasal dari Riau ; Lukut pada zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan Raja Juma'at dan sampailah kepada kisah Lukut diperintah oleh Raja Bot, putera Raja Juma'at dan akhirnya, pada tahun 1880, Lukut dimasukkan ke dalam Daerah Sungai Uj ung (Negeri Sembilan). Semasa Sultan Muhammad itulah juga daerah Kelang telah diserahkan kepada pegangan anakanda baginda yangbe rnama RajaSulaim an. Tetapi, tiada beberapa lama kemudian, setelah Raja Sulaiman mangkat, didapati daerah Kelangitu diberikan kepada cucu baginda anak Raja Sulaiman yang bernama Raja Mahadi; sebaliknya diberikan kepada Raja Abdullah bin Raja Ja'afar, adik Raja Juma'at Lukut, dan itulah yang menjadi punca permusuhan di antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah. Raja Abdullahlah yang membawa orang Cina pekerja lombong dari Lukut datang membuka lombong bijih timah di Ampang (Dekat Kuala Lumpur sekarang), dan sejak itu ramailah orang Melayu yang berasal dan Sumatera, terutama orang Mendahiling, Batu Bara dan orang Rawa, datang men cari penghidupan baru dengan berniaga dan berkebun di darat negeri Selangor, iaitu di Ampangdan Cheras. Sebaik sahaja Raja Abdullah membuka lombong bijih timah di Ampang itu, Sultan Muhammad pun mangkat, dan digantikan oleh anak. saudara dan menantu almarhum itu yang bernama Raja Abdul Samad menjadi Sultan Selangor bergelar Sultan Abdul Samad. Pada masa itu, apabila lom bong-lombong Raja Abdullah di Ampang mula mengeluar- ix kan hasil, ramailah pula orang Cina dari Lukut, Sungai Uj ung dan Larut datang ke Kuala Lumpur dan Kanching membuka kedai-kedai atap dan bekerja di lombong bijih timah di situ sehingga pada tahun 1861, empat tahun kemudian daripada Raja Abdullah mula membuka lombong di Ampang dan orang Cina yang telah ramai tinggal di Kuala Lumpur telah melantik seorang taukeh Cina di situ menjadi ketua mereka dengan gelaran "Kapitan Cina" (Taukeh Hiu Siew). Tetapi di kawasan pantai negeri Selangor, terutama di Langat, Jugra, Kelang dan Kuala Selangor didapati ramai didiami oleh orang Melayu yang berasal dari Tanah Bugis, kerana raja-raja yang memerintah di kawasan itu adalah raja-raja keturunan Bugis. ·· 'Setelah lebih kurang tujuh tahun lamanya Sultan Abdul Samad menjadi Sultan Selangor dan pada tahun 1866, berlakulah '\Perang Kelang" (I)) iaitu peperangan d.i antara Raja Mahadi dengan pihak RaJa Abdullah kerana berebut hendak menguasai Kelang. Orang-orang di pihak Raja Mahadi itu kebanyakannya terdiri dari orang Melayu yang berasal dari Sumatera yang ramai tinggal di Kuala Lumpur, Ampang, Ulu Kelang, Damansara, Cheras dan Kajang. Setelah lebih kurang lima