Jalan Kuala Selangor Ditutup 14
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
PENGUMUMAN TRAFIK 09 OKTOBER 2019 JALAN KUALA SELANGOR DITUTUP 14 JAM Tarikh 12 Oktober 2019 - 13 Oktober 2019 Masa 10.00 malam - 12.00 tengahari Jangka masa 14 jam Sebab Untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan jejambat stesen dan sebarang kerja berkaitan Kuala Lumpur, 09 Oktober 2019: MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd, selaku Kontraktor untuk MRT Jajaran Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (MRT Laluan SSP) ingin memaklumkan bahawa penutupan utama di Jalan Kuala Selangor (KM50) akan dilaksanakan dari 12 Oktober 2019 (10:00 malam) sehingga 13 Oktober 2019 (12:00 tengahari) selama 14 jam. Pelan pengurusan trafik ini melibatkan penutupan sepenuhnya kedua-dua arah Jalan Kuala Selangor (Arah Sg. Buloh dan Arah Kepong). Penutupan kesemua lorong berkenaan adalah sepanjang 1-KM dan lokasi penutupan adalah berdekatan Decathlon dan Ibis Hotel Bandar Sri Damansara. Laluan alternative semasa penutupan adalah seperti berikut: • Pemandu dari Sungai Buloh menuju ke Kepong akan dilencongkan ke Jalan Utama Desa Aman dan belok ke kanan ke Persiaran Industri. Pemandu kemudian harus melalui Persiaran Industri dan Persiaran Jati sebelum kembali ke Jalan Kuala Selangor (Arah Kepong) (seperti yang di tunjukkan oleh anak panah BIRU dalam peta). • Pemandu yang ingin menuju ke Bandar Sri Damansara perlu belok ke kanan di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) untuk kembali ke Jalan Kuala Selangor (Arah Sungai Buloh) seterusnya belok ke kiri di susur masuk ke Persiaran Perdana (seperti yang ditunjukkan oleh anak panah MAGENTA dalam peta). • Pemandu dari Kepong/LDP menuju ke Sungai Buloh akan dilencongkan ke Persiaran Perdana untuk membuat pusingan ‘U’ di persimpangan lampu isyarat untuk ke Jalan Kuala Selangor (Arah Kepong). Manakala, pemandu dari Bandar Sri Damansara menuju ke Sungai Buloh akan dilencongkan ke kanan untuk meneruskan perjalanan ke Jalan Kuala Selangor (Arah Kepong). Pemandu kemudian harus belok ke kiri melalui Persiaran Jati dan seterusnya belok ke kiri untuk ke Persiaran Industri sebelum kembali ke Jalan Kuala Selangor (Arah Sungai Buloh) (seperti yang di tunjukkan oleh anak panah HIJAU dalam peta). Penutupan selama 14 jam ini adalah bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan jejambat stesen untuk MRT Laluan SSP. Penutupan ini diperlukan untuk tujuan keselamatan dan pematuhan badan penguatkuasa kerajaan, serta memastikan tiada kenderaan melintasi kawasan kerja ketika kerja-kerja sedang dijalankan. Page 1 of 2 Melalui pelaksanaan pelan pengurusan trafik ini, dijangka kesesakan lalu lintas akan berlaku di sepanjang Jalan Kuala Selangor. Oleh itu, kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan menasihati supaya pemandu menggunakan laluan alternatif yang disediakan semasa penutupan jalan ini. Sila patuhi arahan papan tanda lalu lintas dan pengawai trafik sepanjang masa. Pasukan Tindakan Kecemasan MRT akan bersama membantu semasa pengurusan lalu lintas. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hotline MRT di 1 800-82-6868 atau melayari laman sesawang www.mymrt.com.my/traffic-announcement/ PETA: JALAN KUALA SELANGOR DI TUTUP 14 JAM Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Mohd Sofie Hassan Tel: +6019 228 3004 [email protected] Mohar Zainal Abidin Tel: +603 7493 3961 [email protected] MMC GAMUDA KVMRT (PDP SSP) SDN BHD (1117100-V) Block A, Level 17, Menara Mustapha Kamal, PJ Trade Centre No 8, Jalan PJU 8/8A, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia T: +603-7494 2222 F: +603-7727 0222 www.mymrt.com.my Page 2 of 2 .