68 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016

Kajian Literatur Terhadap Peranan Ulama dalam Kemerdekaan

FARID MAT ZAIN1, IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD2 & MOHD FAZMIE DERAMAN2

Abstrak

Ulama memain peranan penting dalam sesebuah masyarakat termasuk dalam masyarakat Melayu. Penulisan mengenai ulama Melayu masih terhad. Kajian ini meneliti tentang peranan ulama Melayu dalam perjuangan kemerdekaan menentang British. Ulama kelompok yang di dianggap alim dalam ilmu agama, dipercayai turut berperanan dalam perjuangan kemerdekaan. Objektif kajian ini ialah untuk meneliti peranan ulama dalam perjuangan menentang British di Tanah Melayu di samping menghuraikan bentuk penentangan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Seterusnya makalah ini akan menilai hasil perjuangan dan pencapaian dalam perjuangan tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berteraskan kajian sejarah dan kajian analisis kandungan. Data bagi kajian ini dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Kaedah ini dipilih untuk membolehkan penulis menerangkan dan membuat interpretasi sendiri terhadap sesuatu maklumat daripada sumber yang dirujuk. Analisis data pula dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian daripada tinjauan literatur mendapati kajian berkenaan dengan ulama dalam menuntut kemerdekaan masih kurang diketengahkan oleh pengkaji termasuk sarjana luar. Walaupun ada kajian yang menyentuh berkenaan dengan peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan, namun ia hanyalah dikhususkan kepada tempat-tempat tertentu dan tidak menyeluruh.

Kata Kunci: Ulama, Kemerdekaan Malaysia.

Pengenalan

Peranan ulama sangat penting dalam memberi pendidikan agama kepada masyarakat tempatan. Hal ini kerana ulama berkewajipan dalam mendidik masyarakat supaya terdidik dengan pengetahuan agama dan pemikiran Islam yang sebenar hingga dapat membentuk citra umat yang unggul, beriman dan ______

1 Pensyarah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2 Graduan Sarjana, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 69 bertaqwa. Kegigihan para ulama membina komuniti Muslim yang akhirnya telah membentuk masyarakat yang berpengetahuan dalam soal agama Islam (Abdul Halim 1982: 9). Ulama di samping dianggap alim dalam ilmu agama, mereka juga dipercayai oleh orang ramai sebagai manusia yang berkat. Untuk mendapat restu dan keuntungan hidup di dunia dan di akhirat, orang ramai mendekati dan berbakti kepada ulama-ulama tersebut (Asiah 2002: 7). Di samping itu, perasaan nilai nasioalisme dalam kalangan ulama Tanah Melayu sangat tinggi. Ini seterusnya dapat dibuktikan dengan usaha dan tindakan ulama yang berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada pengaruh kuasa asing.

Permasalahan Kajian

Permasalahan kajian ini bertitik tolak daripada kenyataan beberapa orang sarjana mengenai peranan ulama bagi menuntut kemerdekaan. Antaranya: Rahmat Saripan (2003: 233) yang menyatakan “…bibit-bibit perjuangan politik bercorak keagamaan sepertimana yang dililhamkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong yang merupakan kegiatan yang unik kerana sudah ada bibit-bibit persoalan tentang ‘state’ bercorak Islam dalam perjuangan menentukan kemerdekaan dari campur tangan asing.” Nik Anuar Nik Mahmud (2003: 225) juga turut menyatakan: “...di , kerana semangat jihad, Haji Mat Hassan () menubuhkan gerakan menentang penjajah British di negeri Kelantan dengan menjadikan Pasir Puteh sebagai pengkalannya.” Sementara, Timah Hamzah (1991: Haji Abdul Rahman Limbong adalah satu-satunya nama yang sering dihubungkaitkan dengan kebangkitan 1921-1928 di , disamping ketokohan beliau sebagai ulama dalam penglibatan dalam menentang penjajah asing...” Seterusnya, Ishak Saat (2011: 69) turut sama menyatakan:“Perjuangan Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir memainkan peranan penting dalam usaha menentang penjajah di Tanah Melayu. Walaupun perjuangan meraka tidak dapat menghalau keluar pihak penjajah secara keseluruhnya, namun sedikit sebanyak berjaya meninggalkan impak dan kesedaran ke atas masyarakat Melayu.” Keempat-empat kenyataan tersebut menunjukkan bahawa ulama sememangnya berperanan penting dalam usaha menuntut kemerdekaan. Penglibatan para ulama ini sekaligus memberi perangsang serta harapan mencapai kemerdekaan. Justeru dapat disimpulkan bahawa peranan ulama sangat penting dan pencetus impian dan harapan mencapai kemerdekaan. Kajian mengenai perkara pertama dilakukan dengan mengetengahkan kajian-kajian berkenana ulama dan kemerdekaan Malaysia supaya terbukti wujudnya peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan Malaysia.

70 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016

Persoalan Kajian

Persoalan yang timbul hasil daripada penyataan masalah yang dikenal pasti. Antara persoalan kajian bagi makalah ini ialah:

1. Bagaimanakah ulama berjuang menuntut kemerdekaan? 2. Apakah bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama dalam menuntut kemerdekaan? 3. Apakah pencapaian yang diperolehi oleh ulama dalam menuntut kemerdekaan?

Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah:

1. Meneliti ulama yang berjuang menuntut kemerdekaan. 2. Menghurai bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama dalam menuntut kemerdekaan. 3. Menilai pencapaian yang diperolehi oleh ulama dalam menuntut kemerdekaan.

Metodologi

Kajian ini bersifat kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian berteraskan kajian sejarah dan kajian analisis kandungan. Kajian ini merujuk kepada sumber primer yng berautoriti berupa laporan-laporan British, serta karya ilmuan dan ahli akademik serta sumber sekunder terdiri daripada karya intelektual semasa, penulisan jurnal terkini dan lawan sesawang. Data bagi kajian ini dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Kaedah ini dipilih untuk membolehkan pengkaji menerangkan dan membuat interpretasi sendiri terhadap sesuatu maklumat daripada sumber yang dirujuk. Analisis data pula dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif

Analisis Tinjauan Literatur

Perbincangan tinjauan literatur yang berkaitan dengan peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan telah banyak dibincang dan dikupas oleh beberapa pengkaji-pengkaji sebelum ini. Selayang pandang, ia seolah-olah telah turut membabitkan peranan ulama, tetapi kebanyakan pengkaji agak cenderung untuk

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 71 mengaitkannya dengan pejuang Melayu yang memang menjadi prioriti masyarakat dan paling mendapat tempat di hati masyarakat pada masa itu. Sedangkan kajian secara khusus mengenai ulama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan masih belum dikhususkan. Berdasarkan persoalan yang dibangkitkan dalam rasional kajian, adalah penting untuk penulis melaksanakan kajian seperti ini yang dapat memberikan jawapan yang lebih membina penulisan ilmiah yang telah dilakukan mengenai ulama dalam menuntut kemerdekaan Malaysia. Penulis telah mencerakinkan tinjauan literatur ini kepada tiga tema utama. Pertama, tinjauan literatur mengenai ulama yang berjuang menuntut kemerdekaan. Kedua, tinjauan literatur mengenai bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama menuntut kemerdekaan. Ketiga, tinjauan literatur mengenai pencapian ulama dalam menuntut kemerdekaan.

Ulama yang Berjuang Menuntut Kemerdekaan

Terdapat kajian lepas yang menyentuh mengenai ulama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Antaranya ialah: Kajian Nor Asikin Harun (2008M) melalui Disertasi Sarjana yang bertajuk Peranan dan sumbangan ulama' di dalam perjuangan kermerdekaan Malaysia: Satu kajian terhadap penglibatan ulama' di merupakan kajian yang memuatkan penglibatan ulama’ dan peranan yang dimainkan oleh ulama’ di negeri Perak berjuang menunutut kemerdekaan Malaysia. Selain itu juga, kajian beliau turut mengetengahkan sumbangan ulama dalam memperjuangkan kemerdekaan Malaysia, khususnya ulama-ulama di negeri Perak pada ketika itu. Walaupun kajian ini lebih menekangkan berkaitan dengan peranan ulama’ dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia, namun ia hanyalah berfokus kepada ulama di negeri Perak sahaja, dan kajian berkaitan dengan ulama-ulama lain di seluruh negeri semananjung Malaysia, mahupun di berneo sumatera tidak diketengahkan. Ridhuan Mohamad Nor & Mohd Fadli Ghani (2007M) menerusi buku yang berjudul Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan, merupakan kajian berkenaan sejarah perjuangan para ulama yang memikul tanggungjawab meninggikan agama Islam dalam menggalas perjuangan menentang penjajah Barat. Dalam kajian ini juga turut mengetengahkan beberapa orang ulama yang bangkit berjuang meniup api perjuangan dalam menuntut kemerdekaan. Kajian ini juga antara lain turut mengfokus berkenaan peranan ulama di rantau asia barat yang mendorong dan mencetuskan semangat perjuangan menentang penjajah. Shafie Abu Bakar (1991M) dalam artikel yang berjudul Peranan ulama dan kesannya terhadap sikap anti-penjajahan dengan rujukan pada pengajaran tasawwuf Sayid Abdul Rahman bin Muhammad (Tok Ku Paloh) berasaskan karangannya Ma'arif alLahfan pula telah membicarakan mengenai peranan

72 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 ulama negeri Terengganu dalam berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia. Kajian ini merupakan kajian yang lebih menonjolkan penglibatan ulama Terengganu seperti Sayid Abdul Rahman Muhammad atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Ku Paloh melahirkan semangat anti-penjajahan oleh kuasa asing di negeri Terengganu. Namun begitu, kajian ini lebih kepada kajian kitab Ma’arif al-Lahfan yang juga merupakan kitab yang dikarang oleh ulama Tok Ku Paloh dalam memberi sinar dan cahaya Tasawwuf. Timah Hamzah (1991M) dalam bukunya Ulama dan kebangkitan anti-British: pembabitan Haji Abdul Rahman Limbang pula membicarakan sejarah perjuangan ulama Terengganu dalam menentang penjajahan British. Kajian ini lebih berfokus kepada peranan dan pembabitan ualam Haji Abdul Rahman Limbong berjuang menuntut kemerdekaan. Kajian Abdullah Zakaria Ghazali (1985M) yang berjudul Kebangkitan Anti-British di Semenanjung Tanah Melayu yang diterbitkan dalam buku Sejarah Masyarakat Melayu Moden merupakan kajian yang banyak mengisahkan berkaitan dengan sejarah perjuangan orang Melayu menentang dan berjuang menunutut kemerdekaan. Pengkaji juga turut mengenengahkan tindakan ulama serta rakyat yang bangkit menentang penjajah British di semenanjung Malaysia. Kajian ini juga turut dilakukan secara menyeluruh iaitu merangkumi negeri-negeri di semananjung Tanah Melayu, iaitu Perak, Naning, Kelantan, , dan Terengganu. Sementara itu, pengkaji juga turut menjelaskan ulama yang terlibat dalam perjungan menentang penjajahan British, seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok gajah dan Penghulu Dol’ said. Sementara itu, Abdullah Zakaria Ghazali (2000M) juga dalam kajian beliau yang berjudul Kebangkitan Terengganu: Gerakan menentang British 1922-1928 pula turut menghuraikan mengenai kebangkitan ulama dan rakyat Terengganu unutuk berjuang menuntut kemerdekaan. Kajian ini bolehlah dianggap sebagai pelangkap kepada kajian sebelum ini kerana beliau menghuraikan secara terperinci mengenai kebangkitan ulama menentang penjajahan British di Terengganu, seperti ulama Haji Abdul Rahman Limbong yang secara jelas bangkit menentang pemerintahan penjajah British di negeri Terengganu pada masa tersebut. Selain itu juga, kajian ini juga turut mengetengahkan penglibatan dan pembesar Terenganu bersama-sama ulama berganding bahu menentang penjajahan British di negeri tersebut. Namun begitu kajian ini hanya mengfokuskan berkaitan dengan gerakan menentang penajajah British di negeri Terengganu sahaja, tanpa melibatkan pembabaitan ulama lain selain ulama di negeri Terengganu. Manakala Nurulakmar Ibrahim (1995M) dalam kajian disertasi sarjana beliau yang berjudul Perkembangan politik Islam di Malaysia: tumpuan kepada pengaruh Abdul Rahman Limbong dalam Pemberontakan Tani 1928. Beliau telah membicarakan secara khusus berkaitan dengan pemberontakan Tani 1928 yang sebahagian besarnya dipelopori oleh ulama serta pembesar Melayu Terengganu berjuang menentang penjajahan British.

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 73

Kajian Izziah Suryani binti Mat Resad @ Arshad (2013M) dalam Tesis Doktor Falsafah yang berjudul Reaksi Pemerintah dan penduduk terhadap pentadbiran British di Terengganu, 1919-1928 pula membincangkan mengenai reaksi pemerintah dan penduduk Terengganu terhadap pentadbiran British. Kajian ini diulas secara mendalam berkaitan dengan sejarah penjajahan British di Terengganu serta maklumat berkaitan dengan peranan ulama dalam berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia turut dikupas secara detail. Selain itu, kajian ini lebih mengfokuskan kepada reaksi pemerintah serta ulama yang pada masa itu, melihat kesan buruk yang dibawa oleh penjajah British, terutamanya melibatkan soal agama Islam dan adart istiadat Melayu Terengganu. Penerangan tentang penantangan menentang penjajah British di Terengganu dikupas dengan teliti sambil disertakan lampiran gambar yang menarik untuk diteliti. Seterusnya Burhanuddin Abdullah (2009M) dalam Tesis Doktor Fasafah beliau yang berjudul Pemerintah dan Ulama dalam Menghadapi Ancaman Kuasa Asing di Terengganu: dari Tahun 1888 Hingga 1948 pula membincangkan berkaitan peranan pemerintah dan ulama dalam menghadapi ancaman kuasa asing di Terengganu. Ancaman ini samaada berbentuk politik, ekonomi dan juga pendidikan. Kajian berhanuddin ini juga merupakan salah satu kajian yang banyak menyentuh berkaitan dengan ulama Terengganu dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia. Walaupun kajian ini hanya mengetengahkan peranan ulama Terengganu dalam perjuangan kemerdekaan, namun ia juga turut menyentuh berkait dengan usaha-usaha ulama dari negeri jiran yang membantu menuntut kemerdekaan. Kajian Nik Mohamed Nik Mohd Salleh (1986M) yang berjudul Tentangan Orang-orang Melayu Kelantan Terhadap Malayan Union yang diterbitkan dalam buku Warisan Kelantan V pula lebih tertumpu kepada tentangan masyarakat Kelantan termasuklah ulama dan pembesar Kelantan menentang rancangan British untuk mewujudkan Melayan Union. Kajian ini juga turut mengenengahkan beberapa ulama seperti Tok Janngut yang secara terang menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan. Selain itu Zulkifli Mohd Noor (1998M) yang berjudul Malayan Union dan Sikap Orang-orang Melayu, khasnya Orang-orang Melayu Kelantan yang di terbitkan dalam buku Warisan Kelantan XVII juga turut mengetengahkan berkaitan sikap orang-orang Melayu Kelantan terhadap Malayan Union. Sementara itu, kajian ini juga turut sama dalam memberi maklumat berkaitan dengan penentangan ulama Kelantan dalam memperjuangan kemerdekaan negera. Penentangan itu samaada dalam bentuk politik mahupun pendidikan. Sementara Kajian Nik Anuar Nik Mahmud (2003M) yang berjudul Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan Gema Jihad di Bumi Serambi Mekah yang diterbitkan dalam Pejuang-pejuang Kemerdekaan pula berkait dengan peranan ulama Kelantan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Kajian ini lebih mengfokuskan kepada usaha serta tindakan ulama Tok janggut dalam berjuang menegakkan agama Islam di Kelantan daripada penjajahan kuasa

74 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 asing. Perjungaan tok janggut merupakan adalah salah satu daripada tindak balas selepas pihak panjajah British melaksanakan pelbagai pembaharuan yang sekaligus bertentangan dengan agama Islam. Cheah Boon Kheng (2006M) dalam To’ Janggut: Legends, Histories, and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan pula turut membincangkan mengenai sejarah perjuangan menentang penjajahan kuasa asing di negeri Kelantan. Manakala, kajian Syed Muhammad Dawilah al-Edrus dan Nik Haslinda Nik Hussin (2007M) yang berjudul Syeikh Abdullah Fahim: tokoh intelek Melayu dan pejuang kemerdekaan adalah merupakan kajian secara khusus berkaitan ulama Syeikh Abdullah Fahim dalam perjungan menuntut kemerdekaan. Dalam kajian ini, antara lain pangkaji turut menyatakan secara jelas berkaitan dengan gerakan serta usaha ulama Pulau pinang ini bagi melahirkan semangat kebangsaan kepada rakyat pulau pinang dan sekaligus melahirkan semangat perjungan untuk memerdekakan tanah air dari penjajahan kuasa asing. Kajian Buyong Adil (1983M) yang berjudul Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19 pula merupakan kajian yang menyeluruh yang membincangkan berkaitan dengan perjuangan orang-orang Melayu menentang penjajahan kuasa asing. Kajian ini juga turut membincangkan mengenai kisah orang Melayu menentang bangsa asing yang cuba menjajah negeri-negeri Melayu iaitu Melaka, Johor, Naning, Selangor, Kedah, Perak, Pahang dan Kelantan serta Terengganu. Selain itu juga, kajian ini membincangkan penentangan bangsa Melayu terhadap penajajahan asing di Tanah Melayu. pengkaji juga menjelaskan peranan yang dimainkan oleh ulama dalam perjuangan menentang penjajah asing seperti Tok Janggut di Kelantan. Abdul Rahman Abdullah (1994M) dalam kajiannya yang berjudul Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia 1511-1950: Pengaruh Agama dan Tarikat. Kajian ini merupakan kajian yang menfokuskan berkaitan dengan gerakan menentang penjajahan kuasa asing di Malaysia. Dalam buku ini, Pengkaji membincangkan kisah-kisah sejarah perjuangan bangsa dan penduduk tanah air dalam menentang penaklukan dan penjajahan sejak tahun 1511 hingga 1950. Pengkaji juga turut menekankan faktor agama sebagai pencetus semangat dan kesedaran rakyat untuk bangun menentang penjajahan dengan semangat jihad. Keterlibatan ulama dalam meneruskan perjuangan menentang penjajahan asing turut disentuh oleh pengkaji. Justeru faktor agama di beri penakanan dalam penulisan kajian ini oleh pengkaji sebagai pencetus semangat dan kesedaran dalam menghadapi cabaran penjajahan dan sekaligus menuntut kemerdekaan Malaysia. Hasini Bakir (1992M) dalam kajiannya Peranan ulama dalam konteks sejarah perkembangan agama Islam di sebelum merdeka kajian khusus di Kuching, pula merupakan antara kajian yang membincangkan berkaitan dengan sejarah perkembangan Islam di Serawak sebelum merdeka. Pengkaji menerangkan secara terperinci berkaitan dengan sejarah perkembangan agama Islam di Serawak pada masa tersebut. Kajian ini juga

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 75 turut menonjolkan beberapa ulama dalam menyebarkan serta berjuang memartabatkan agama Islam di negeri Serawak. Selain itu, pengkaji juga turut membincangkan beberapa isu yang menjadi pertikaian dalam perjungan ulama menuntut kemerdekaan Malaysia. Namun begitu, ia tidaklah dijelas secara terperinci berkaitan dalam usaha ulama menuntut kemerdekaan Malaysia. Kajian Bariyah Basirah & Ishak Saat (2015) yang berjudul Ulama & Politik Kedah 1842-1960 pula merupakan kajian yang terbaru dalam melibatkan perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia. Dalam kajian ini pengkaji mengetengahkan peranan dan sumbangan mereka yang sama-sama membantu pemerintah untuk mentadbir sebuah negera khususnya kesultanan Melayu Kedah. Selain itu juga, pengkaji turut memaparkan peranan ulama dalam masyarakat khusunya dalam bidang pendidikan dalam usaha membentuk masyarakat yang rabbani. Perjuangan ulama dalam menentang penjajahan kuasa asing juga turut diketengahkan dalam kajian ini, khususnya perjuangan ulama Kedah dalam menuntut kemerdekaan. Kesimpulannya, kajian berkaitan ulama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia lebih bersifat umum dan tidak dikhususkan kepada keseluruhannya. Jika kajian itu turut menyentuh mengenai penentangan ulama dalam perjuangan kuasa asing sekalipun, ia sama sekali tidak memperincikan mengenai keseluruhanyan kajian perjuangan ulama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia.

Bentuk Penentangan yang Dilakukan oleh Ulama Berjuang Menuntut Kemerdekaan

Terdapat kajian lepas yang dirujuk oleh bagi yang membincangkan mengenai bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama yang berjuang menuntut Kmerdekaan Malaysia. Antaranya ialah: Abdullah Zakaria Ghazali (2013M) yang berjudul Kebangkitan Tok Janggut 1915 dan Notis memberitahu serta perawa-wa notis yang diterbitkan dalam Warisan Kelantan XXXII memaparkan secara kronologi berkaitan dengan penentangan ulama Kelantan dalam menentang penjajahan asing di negeri Kelantan. Pengkaji juga turut membincangkan usaha dan kaedah yang dilakukan oleh ulama Tok Janggut bagi menyedarkan masyarakat Kelantan pada masa itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai British yang menindas rakyat Kelantan. Kajian ini juga antara lain membincangkan secara khususnya sejarah awal kebangkitan Tok Janggut dalam menuntut kemerdekaan Malaysia. Selain itu Abdullah Zakaria Ghazali juga turut membincangkan bentuk penentangan ulama Tok Janggut tersebut dalam artikel beliau yang berjudul Kebangkitan Tok Janggut 1915 dan Naskhah Sejarah peperangan Tok Janggut (1982M) yang diterbitkan dalam buku Warisan Kelantan XXV. Kajian ini mendedahkan aspek politik, sosial, ekonomi

76 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 dan agama adalah faktor utama penentangan ulama Tok Janggut menentang penjajahan asing di negeri Kelantan pada masa tersebut. Selain itu, pengkaji juga turut menerangkan secara ringkas beberapa kaedah yang digunapakai oleh ulama Kelantan dalam menuntut kemerdekaan. Kajian Alias Mohamed (1984M) yang berjudul Gerakan Sosial & Politik Kelantan pula membicarakan mengenai sejarah ulama-ulama Kelantan dalam menyebarkan agama Islam di Kelantan pada abad ke-19 dan ke-20M. Selain itu juga pengkaji juga turut membicarakan gerakan sosial dan politik Melayu Kelantan yang sebahagian besarnya dipelopori oleh ulama-ulama terkenal di negeri Kelantan, seperti Tok Kenali, Mufti Kelantan Haji Ahmad Mahir yang menubuhkan majalah Pengasuh yang berperanan besar dalam mengerakkan bidang dakwah melalui media penulisan. Selain itu juga, pengkaji juga turut mengfokuskan bidang akedemik yang diaggap paling penting dalam mneyedarkan rakyat Kelantan untuk sedar akan kepentingan pendiddikan serta melahirkan semangat perjungan menentang penjajahan British sekaligus menuntut kemerdekaan Malaysia. Melalui bidang akademik juga, pengkaji mengetengahkan bidang politik seterusnya kegiatan kesusteraan dan kewartawanan yang berfungsi sebagai medium gerakan penentangan menuntut kemerdekaan Malaysia. Mohd Isa Othman (1999M) dalam karyanya Gerakan Protes Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad ke-19 dan Awal Abad ke-20 turut membicarakan mengenai bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Melayu yang menentang penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu. Dalam kajian ini, pengkaji juga turut membicakan bentuk penentangan melalui protes yang dilakukan oleh sebahagian ulama di negeri Kelantan, Naning, Perak, Pahang, Kedah, Teregganu, dan Serawak. Selain itu juga dalam kajian ini, pengkaji turut mengetengahkan pertubuhan politik yang bercorak agama dalam melaksanakan protes kepada tindakan penjajah asing di Tanah Melayu, contoh protes bercorak agama yang dibincangkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah gerakan Kaum Muda (KMM). Abdul Rahman Ismail (2006M) melalui artikel beliau yang berjudul Perjuangan Kemerdekaan dan Nasionalisme Melayu: Wacana Persejarahan yang diterbitkan dalam Nasionalisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia membicarakan mengenai perjuangan kemerdekaan dan nasionalisme orang Melayu menuntut kemerdekaan Malaysia. Pengkaji menerangkan secara ringkaas berkaitan dengan gerakan dan bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama di Tanah Melayu bagi menuntut kemerdekaan. Antara bentuk pennetnagan yang dibicarakan oleh pengkaji ialah melalui penulisan karya yang menggerakan semangat perjuangan menentang penjajah asing di Tanah Melayu. Antara karya yang dianggp memberi kesan kepada gerakan menuntut kemerdekaan ialah novel perjungan seperti Keris Melaka. Penulisan karya tersebut, dilihat sebagai medium untuk mengerakkan semangat nasionalisme sekaligus berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia. Kajian Muhammad Abu Bakar (1991M) yang berjudul Ulama Terengganu: Sautu Sorotan pula banyak membicarakan berkaitan sejarah dan kebangkitan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 77 ulama di Terengganu. Dalam penulisan ini, pengkaji turut mengetengah beberapa ulama terangganu yang menjadi pelopor kepada penentangan penjajahan kuasa asing, antara ulama yang terlibat sama dalam kebangkitan anti-British yang dijelakan oleh pengkaji ialah Haji Abdul Rahman Limbong (1991: 190). Selain itu juga, pengkaji turut memberi penjelasan tentang ulama pondok dalam politik kepartian dalam menunutuk kemerdekaan Malaysia. Pengkaji turut membicarakan mengenai unsur keagamaan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia. Sementara itu Timah Hamzah (1991M) juga turut membincangkan gerakan penentangan yang dipelopori oleh ulama Terengganu dalam artikel beliau yang berjudul Ulama dan kebangkitan anti- British: pembabitan Haji Abdul Rahman Limbang, antara lain, pengkaji turut mengetengahkan beberapa gerakan penentangan yang dipelopori oleh ulama Haji Abdul Rahman Limbong dalam perjunagan menuntut kemerdekaan Malaysia. Sementara Kajian Md. Salleh Md. Gaus (1984M) yang berjudul Politik Melayu Pulau Pinang 1945-1957 pula ada membincangkan berkaitan dengan gerakan politik Melayu di negeri Pulau pinang sebagai salah satu daripada usaha menuntut kemerdekaan Malaysia. Pengkaji dalam kajian ini ada menyatakan secara ringkas berkaitan dengan penentangan orang Melayu terhadap kerajaan Malayan Union yang dibincangkan dalam bab kedua dalam kajian ini. Sementara itu dalam kajian ini juga, pengkaji turut sama mengetengahkan keterlibatan ulama pulau pinang dalam berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia. Antara lain ialah melalui suara politik serta bentuk penentangan memalui penulisan karaya mahupun akhbar-akhbar yang berfungsi sebagai medium berkesan bagi melahirkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat sekaligus berjuang bersama-sama menentang penjajahan kuasa asing setrusnya mencapai kemerdekaan. Kajian Khong Kim Hoong (1984M) yang berjudul Merdeka: British Rule and The Independence in Malaya, 1945-1957. Kajian ini merupakan kajian berkenaan dengan peraturan penjajah British sebelum mencapai kemerdekaan. Dalam kajian ini juga, pengkaji turut menyentuh berkaitan dengan usaha dan tindakan yang dilakukan oleh para ilmuan agamawan untuk menyedarkan masyarakat Melayu supaya bangkit menentang pencerobohan dan penindasan yang dilakukan oleh penjajah British. Dalam membangkitkan semangat untuk memerdekakan tanah air, pengkaji juga turut mengetetngahkan ulama berperanan penting dalam mengerakkan perjungan menuntut kemerdekaan Malaysia melalui unsur agama Islam iaitu berjihad menentang penjajah asing. Karya Roff (1994M) yang berjudul The Origin of Malay Nationalism merupakan kajian berkenaan semangat nasinalisme dalam kalangan orang Melayu menuntut kemerdekaan. Dalam kajian ini, Roff juga membicarakan gerakan yang dipelopori oleh golongan cendikiawan yang bertindak sebagai pencetus kepada gerakan menentang penjajahan British di Tanah Melayu melalui semangat kebangsaan. Antara lain juga, roff juga turut mengetengahkan keterlibatakan ulama dalam melahirkan semangat nasionalisme dalam kalangan

78 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 masyarakat Melayu seterusnya berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia. Kesimpulannya, elemen utama yang difokuskan ialah mengenai bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama di Tanah Melayu khususnya dalam melahirkan semangat kebangsaan dan sekaligus menuntut kemerdekaan Malaysia.

Pencapain Ulama dalam Gerakan Menuntut Kemerdekaan Malaysia

Terdapat kajian lepas yang dirujuk oleh penulis yang membincangkan mengenai pencapaian ulama dalam gerakan menuntut kemerdekaan Malaysia, antaranya ialah: Shukri Ahmad (2011M) dalam karyanya Pengaruh Pemikiran Ulama di Semenanjung Malaysia akhir abad ke-20, telah membincangkan berkenaan dengan peranan ulama Semenanjung Malaysia pada abad ke-19 hingga abad ke- 20. Sementara itu, Shukri juga turut menjelaskan berkenaan implikasi peranan ulama Semenanjung Malaysia akhir abad ke-20. Antara lain juga, kajian ini turut mengetengahkan keterlibatan ulama dalam memberi pendidikan serta melahirkan semangat perjuangan dalam kalangan rakyat untuk bangkit berjuang menunutut kemerdekaan Malaysia. Pertubuhan yang dipelopri ulama seperti Hizbul Muslimin dianggap sebagai salah satu pertubuhan Islam bagi memberi satu sinar Islam dalam menuntut kemerdekaan Tanahair. Sementara itu juga, dalam kajian ini, pengkaji turut menjelaskan berkenaan situasi ulama pada ketika itu yang mengalami perubahan pemikiran, iaitu muncul ulama tradisional dan ulama reformis yang tercetus pada masa tersebut. Kajian Timah Hamzah (1981M) dalam karyanya yang berjudul Pemberontakan Tani 1998 di Trengganu: Satu Kajian Ketokohan dan Kepimpinan Haji Abdul Rahman Limbong. Dalam kajian ini, pengkaji bukan sahaja membincangkan berkenaan perjuangan rakyat Trengganu menentang penjajahan Barat, tetapi juga turut menerangkan berkenaan perjuangan tokoh ulama Melayu iaitu Haji Abdul Rahman Limbong dalam perjuangan menentang penjajahan Barat. Sementara itu pengkaji juga turut menerangkan secara terperinci peranan dan pengaruh Haji Abdul Rahman Limbong dalam masyarakat Trengganu pada tahun 1920-an. Yang mena mengfokuskan kepada pemberontakan 1928 yang ditinjau dari aspek agama. Selain itu juga, pengkaji turut membincangkan berkenaan faktor yang mencetuskan kebangkitan perjuangan menentang penjajahan Barat serta kesannya kepada masyarakat tani serta ulama Haji Abdul Rahman Limbong dalam perjuangan beliau menuntut kemerdekaan Terengganu. Abdullah Zakaria Ghazali (2007M) dalam artikelnya Sejarah Malaysia: Sorotan Masa lalu , ikhtibar hari ini dan Akan Datang menyatakan berkenaan sejarah perjuangan masyarakat Melayu berjuang menentang penjajahan Barat. Antara lain, dalam artikel ini, pengkaji juga turut mengetengahkan beberapa

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 79 tokoh pejuang Melayu dan ulama yang terlibat langsung dalam gerakan menuntut kemerdekaan. Penglibatan ulama ini dapat dilihat pada beberapa buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan beberapa negeri lagi di Semenanjung Tanah Melayu. Penglibatan ulama dalam menyebarkan dakwah melalui media massa serta karya juga adalah merupakan bentuk penentangan yang paling berkesan dalam melahirkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat seterusnya melahirkan perasaan untuk berjuang menuntut kemerdekaan. Dalam satu kajian lain, Mohd. Samsudin (t.th) dalam artikelnya yang bertajuk Perjuangan Tok Janggut: satu realiti kepada kebangkitan nasionalisme, pula menyatakan mengenai sumbangan tokoh ulama Kelantan iaitu Tok Kenali dalam membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Kelantan untuk berjuang menuntut kemerdekaan. Dalam artikel ini juga, pengkaji turut menyatakan beberapa sumbangan yang lain yang dilahirkan oleh ulama Tok Janggut dalam usaha untuk memberi kesedaran akan kepentingan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan kebergantungan kepada Maha Pencipta. Sementara itu, Abdul Matin Abdul Rahim (1999M) dalam karya yang bertajuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan sumbangannya dalam bidang pendidikan, politik dan sosio-ekonomi pula membicarakan mengenai sumbangan ulama dalam menuntut kemerdekaan melalui bidang pendidikan, politik dan sosio-ekonomi. Dalam karya ini juga, pengkaji turut mengetengahkan sumbangan ulama tersebut dalam meneruskan dakwah serta membangkitkan semangat nasionalisma dalam kalangan masyarakat Melayu untuk berjuang menuntut kemerdekaan. Jamdin Buyong (2000M) dalam artikelnya yang berjudul Perjuangan Kemerdekaan di Sabah: Satu Kesinambungan Cetusan Kebangkitan Islam yang diterbitkan dalam Kertas Kerja: Seminar Penghayatan & Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia. Dalam kajian ini, Jamdin menerangkan secara khusus berkaitan dengan perjuangan orang Melayu Sabah dalam menuntut kemerdekaan, antara lain elemen ini adalah hasil daripada kesinambungan cetusan kebangkitan Islam pada masa itu. Kebangkitan Islam di sabah juga merupakan salah satu daripada usaha para ulama dalam membangkitkan semangat perjuangan menuntu kemerdekaan Malaysia. Manakala Abdullah Zakaria (2000M) menerusi artikelnya yang bertajuk Darah, Keringat, dan airmata: menjejaki dan menghayati perjuangan pribumi menentang penjajah. Dalam artikel ini membincangkan berkaitan dengan semangat perjuangan oleh masyarakat pribumi dalam menentang penjajahan kuasa asing. Sementara itu, artikel ini juga turut membincangkan tentang usaha para ulama dalam menyebarkan serta membangkitkan elemen Islam dalm perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia. Berdasarkan kepada pengkajian-pengkajian lepas, penulis berpendapat bahawa kajian tersebut masih tidak menjawab persoalan yang telah ditimbulkan oleh penyelidik mengenai ulama dalam perjuangan kemerdekaan Malayisa. Walaupun ada sebahagian kajian yang lepas berkaitan dengan peranan ulama

80 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 dalam menuntut kemerdekaan, namun ia hanyalah melibatkan sebuah negeri sahaja, dan sebahagian negeri yang mana ia tidak menyeluruh. Oleh itu, kajian perlu melakukan untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai peranan ualam dalam menuntut kemerdekaan Malaysia. Di antara sebab yang diambil kira ialah: i. Kebanyakan penulisan yang membicarakan mengenai ulama dalam menuntut kemerdekaan Malaysia dinyatakan secara umum. Hal ini kelihatan lebih ketara ketika membicarakan mengenai peranan ulama yang berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia. iii. Penulis ingin mengetahui apakah bentuk penentangan ulama dan sumbangan ulama dalam menyumbang kepada kemerdekaan Malaysia. iii. Masih terdapat kekurangan dari segi penulisan berkenaan dengan peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan Malaysia yang ditulis melalui kronologi sejarah, menyebabkan penulisan berkenaan ulama dalam menuntut kemerdekaan kurang diketengahkan.

Kesimpulan

Nasionalisme sebagai produk entiti politik negara-bangsa selalu dijadikan ukuran kesetiaan seorang warganegara terhadap negara sekaligus bangsanya. Umpama minyak yang menjadi bahan bakar kendaraan bermotor, nasionalisme pun diyakini menjadi tulang belakang ideologi negara-bangsa untuk menjamin kewujudannya. Penglibatan dan peranan besar yang dimainkan oleh para ulama sangat penting dalam menutut kemerdekaan Malaysia. Ulama semenjak itu telah mendapat tempat dan mempunyai taraf sosial yang istimewa Mereka ini bukan sahaja dipandang tinggi oleh masyarakat malah turut sama dihormati oleh para pemerintah. Penglibatan mereka dalam bidang pentadbiran membolehkan perkembangan pendidikan Islam dilaksanakan dengan lebih lancar dan tersusun. Rentetan dari kesedaran masyarakat, peranan para ulama dan sokongan pemerintah, sebuah masyarakat yang mahukan Islam sebagai landasan dan cara hidup dapat diwujudkan. Kelahiran ulama di tengah-tengah masyarakat berjaya mengembangkan bidang keilmuan Islam sepanjang abad ke- 19 Masihi dan abad ke-20 Masihi. Sejajar dengan kehendak Islam yang menginginkan umatnya mendalami dan memperkembangkan apa jua bidang ilmu dan seterusnya menimbulkan kesedaran untuk menentang penjajahan untuk mencapai kemerdekaan.

Pengiktirafan

Penulisan ini sebahagian daripada penyelidikan yang ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental FRGS/1/2016/SS106/UKM/02/1.

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 81

Rujukan

Abdullah Zakaria Ghazali. 2000. Darah, Keringat dan Airmata; Mengkaji dan Menghayati Perjuangan Pribumi Menentang Penjajah. Dlm. Kertas Kerja: Seminar Penghayatan & Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia. Hlm. 68-102. Kuala Lumpur: Arkib Negera Malaysia. Abdullah zakaria Ghazali. 1984. Kebangkitan anti-british di semenanjung Tanah Melayu. Dlm khoo kay kim (pnyt.). Sejarah Masyarakat Melayu moden. Hlm. 1- 12. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia Abdullah Zakaria Ghazali. 2000. Kebangkitan Terengganu: Gerakan menentang British 1922- 1928. Kuala Terengganu: Perbadanan perpustakaan awam Terengganu Abdullah Zakaria Ghazali. 2003. Agama, politik dan protes di Tanah Melayu. Malaysia dari segi sejarah. Bil. 31, hlm: 127-143. Abdullah Zakaria Ghazali. 2007. Islam dan Anti Penjajahan di Malaysia Kurun ke-19. Dlm. Farid mat zain (pnyt.), Islam di Tanah Melayu abad ke-19. Shah alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Abdul Aziz Mat Ton. 1984. Persekolahan Melayu 1945-1948: Satu Manifestasi Semangat Perjuangan Melayu. Dlm. Khoo Kay Kim (pnyt.). Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Hlm. 230-249. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia. Abdul Halim Ahmad. 1982. Pendidikan Islam di Kelantan. Dlm. Khoo Kay Kim (pnyt.). Beberapa Aspek Warisan Kelantan, hlm. 1-27. : Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Abdul Latif Abu Bakar. 1984. Akhbar, Desentralisasi dan Persatuan Negeri Melayu. Dlm. Khoo Kay Kim (pnyt.). Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Hlm. 130-160. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia. Abdul Latiff Abu Bakar. 2000. Peranan akhbar dan wartawan dalam pejuangan dan pengisian kemerdekaan Malaysia. Dlm. Seminar Penghayatan dan Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia: Vol.2 (19): 13 Abdul Rahman Abdullah. 1994. Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia 1511-1950: Pengaruh Agama dan Tarikat. Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan sdn. Bhd. Alias Mohamed. 1984. Gerakan Sosial & Politik Kelantan. Kuala Lumpur: Insular Publishing House Sdn. Bhd. AlEdrus, Syed Muhammad Dawilah & Nik Haslinda Nik Hussin. 2007. Syeikh Abdullah Fahim: Tokoh Intelek Melayu dan Pejuang Kemerdekaan. Batu Pahat: Penerbit Universiti Tun Hussien Onn. Amnah Saayah Ismail. 2005. Ulama dan Perkembangan Ilmu di Tanah Melayu Pada Abad ke-19 Masihi. Disertasi Sarjana. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Asiah Ali. 2002. Peranan Ulama' Dalam Bidang Pendidikan Islam Di Negeri Kelantan: Suatu Kajian Khusus Di Antara Tahun 1940 Hingga 1990. Jurnal Tasawwur Islam. Jil. 5(1), hlm. 1-10. A. Samad Ismail. 2004. Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah Dalam Api. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Basiyah Basirah & Ishak Saat. 2015. Ulama & Politik Kedah 1842-1960. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Buyong Adil. 1983. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan abad 15-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

82 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016

Burhanuddin Abdullah. 2009. Pemerintah dan Ulama dalam Menghadapi Ancaman Kuasa Asing di Terengganu: Dari Tahun 1888 Hingga 1948. Tesis Doktor Falsafah. Bangi: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Cheah Boon Kheng. 2006. To’ Janggut: Legends, Histories, and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan. Singapore: Singapore University Press. Hasini Bakir. 1992. Peranan ulama dalam konteks sejarah perkembangan agama Islam di Sarawak sebelum merdeka kajian khusus di Kuching. Desertasi Sarjana. Kuala Lumpur: Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya. Ishak Saat. 2011. Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Ismail Yusoff. 1997. Politik dan Agama di Sabah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad. 2013. Reaksi Pemerintah Dan Penduduk Terhadap Pentadbiran British Di Terengganu, 1919-1928. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Jamdin Buyong. 2000. Perjuangan Kemerdekaan di Sabah: Satu Kesinambungan Cetusan Kebangkitan Islam. Dlm. Kertas Kerja: Seminar Penghayatan & Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia. Hlm. 59-67. Kuala Lumpur: Arkib Negera Malaysia. Khong Kim Hoong. 1984. Merdeka: British Rule and The Struggle for Independence in Malaya, 1984-1957. Petaling Jaya: Institute for Sosial Analysis (INSAN). Md. Salleh Md. Gaus. 1984. Politik Melayu Pulau Pinang 1945-1957. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Muhammad Abu Bakar. 1991. Ulama Terengganu: suatu Sorotan. Kuala Terengganu: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohd. Samsudin (t.th). Perjuangan Tok Janggut: satu realiti kepada kebangkitan nasionalisme. Kuala Lumpur: Arkib Negera Malaysia. Mohd. Isa Othman. 1999. Gerakan Protes Dalam Perspektif Sejarah Malaysia pada Abad ke-19 dan Awal Abad ke-20. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Nik Anuar Nik Mahmud. 2003. Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan Gema Jihad di Bumi Serambi Mekah. Dlm. Ramlah Adam (pnyt.). Pejuang-pejuang Kemerdekaan. Hlm. 221-230. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. Nik Mohamed Nik Mohd. Salleh. 1986. Tentangan Orang-orang Melayu Kelantan Terhadap Malayan Union. Dlm. Nik Mohamed Nik Mohd. Salleh (pnyt.). Warisan Kelantan V. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Nik Anuar Nik Mahmud. 2003. Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan Gema Jihad di Bumi Serambi Mekah. Dlm. Ramlah Adam (pnyt.). Pejuang-pejuang Kemerdekaan. Hlm. 221-230. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. Nor Asikin Harun. 2008. Peranan dan Sumbangan Ulama’ di dalam Perjuangan Kemerdekaan Malaysia: Satu Kajian Terhadap Penglibatan Ulama’ di Perak. Desertasi Sarjana. Kuala Lumpur: Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya.

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 83

Noor Salwani Hussin. 2000. Perkembangan politik Islam di Malaysia sebelum kemerdekaan (1945-1957): tumpuan kepada kepada faktor-faktor luar yang mempengaruhi perkembangan tersebut. Disertasi Sarjana. Kuala Lumpur: Jabatan Siasah Syar'iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Nurulakmar Ibrahim. 2000. Perkembangan politik Islam di Malaysia: tumpuan kepada pengaruh Abdul Rahman Limbong dalam Pemberontakan Tani 1928. Desertasi Sarjana. Kuala Lumpur: Jabatan Siasah Syar'iyyah, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Rahmat Saripan. 2003. Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu 1920-an: Perjuangan Menentang Penjajah British. Dlm. Ramlah Adam (pnyt.). Pejuang- pejuang Kemerdekaan. Hlm. 233-244. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. Riduan Mohamad Nor & Mohd Fadli Ghani. 2007. Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan. Batu Caves: MHI Publication. Roff, W.R. 1974. The Origin and Early Year of The Majlis Ugama. Dlm. R. Roff, William. (pnyt.) Kelantan Religion, Society and Politics in a Malay State. hlm. 101-152. London: Oxford University Press. Roff, W. R. 1994. Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur : Oxford University Press. Sabanu Endut. 1991. Sultan Zainal Abidin III: Perkembangan Islam dan Kesan dalam Pemerintahan Baginda di Terengganu 1881-1918. Latihan Ilmiah. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Shukri Ahmad. 2011. Pengaruh Pemikiran Ulama di Semenanjung Malaysia Akhir Abad ke-20. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Stockwell, A.J. 1979. British Policy and Malay Politics during the Malayan Union experiment 1942-1948. Kuala Lumpur: Council of the MBRAS. Timah Hamzah. 1991. Ulama dan kebangkitan anti-British: pembabitan Haji Abdul Rahman Limbong. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Jawatankuasa Koleksi Terengganu. Timah Hamzah. 1981. Pemberontakan tani 1928 di Trengganu satu kajian ketokohan dan kepimpinan Haji Abdul Rahman Limbong. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkifli Mohd Noor. 1998. Malayan Union dan Sikap Orang-orang Melayu, khasnya orang-orang Melayu Kelantan. Dlm. Nik Mohamed Nik Mohd. Salleh (pnyt.). Warisan Kelantan XVII. Hlm. 54-79. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan