68 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Kajian Literatur Terhadap Peranan Ulama dalam Kemerdekaan Malaysia FARID MAT ZAIN1, IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD2 & MOHD FAZMIE DERAMAN2 Abstrak Ulama memain peranan penting dalam sesebuah masyarakat termasuk dalam masyarakat Melayu. Penulisan mengenai ulama Melayu masih terhad. Kajian ini meneliti tentang peranan ulama Melayu dalam perjuangan kemerdekaan menentang British. Ulama kelompok yang di dianggap alim dalam ilmu agama, dipercayai turut berperanan dalam perjuangan kemerdekaan. Objektif kajian ini ialah untuk meneliti peranan ulama dalam perjuangan menentang British di Tanah Melayu di samping menghuraikan bentuk penentangan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Seterusnya makalah ini akan menilai hasil perjuangan dan pencapaian dalam perjuangan tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berteraskan kajian sejarah dan kajian analisis kandungan. Data bagi kajian ini dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Kaedah ini dipilih untuk membolehkan penulis menerangkan dan membuat interpretasi sendiri terhadap sesuatu maklumat daripada sumber yang dirujuk. Analisis data pula dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian daripada tinjauan literatur mendapati kajian berkenaan dengan ulama dalam menuntut kemerdekaan masih kurang diketengahkan oleh pengkaji termasuk sarjana luar. Walaupun ada kajian yang menyentuh berkenaan dengan peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan, namun ia hanyalah dikhususkan kepada tempat-tempat tertentu dan tidak menyeluruh. Kata Kunci: Ulama, Kemerdekaan Malaysia. Pengenalan Peranan ulama sangat penting dalam memberi pendidikan agama kepada masyarakat tempatan. Hal ini kerana ulama berkewajipan dalam mendidik masyarakat supaya terdidik dengan pengetahuan agama dan pemikiran Islam yang sebenar hingga dapat membentuk citra umat yang unggul, beriman dan _________________________ 1 Pensyarah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2 Graduan Sarjana, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 69 bertaqwa. Kegigihan para ulama membina komuniti Muslim yang akhirnya telah membentuk masyarakat yang berpengetahuan dalam soal agama Islam (Abdul Halim 1982: 9). Ulama di samping dianggap alim dalam ilmu agama, mereka juga dipercayai oleh orang ramai sebagai manusia yang berkat. Untuk mendapat restu dan keuntungan hidup di dunia dan di akhirat, orang ramai mendekati dan berbakti kepada ulama-ulama tersebut (Asiah 2002: 7). Di samping itu, perasaan nilai nasioalisme dalam kalangan ulama Tanah Melayu sangat tinggi. Ini seterusnya dapat dibuktikan dengan usaha dan tindakan ulama yang berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada pengaruh kuasa asing. Permasalahan Kajian Permasalahan kajian ini bertitik tolak daripada kenyataan beberapa orang sarjana mengenai peranan ulama bagi menuntut kemerdekaan. Antaranya: Rahmat Saripan (2003: 233) yang menyatakan “…bibit-bibit perjuangan politik bercorak keagamaan sepertimana yang dililhamkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong yang merupakan kegiatan yang unik kerana sudah ada bibit-bibit persoalan tentang ‘state’ bercorak Islam dalam perjuangan menentukan kemerdekaan dari campur tangan asing.” Nik Anuar Nik Mahmud (2003: 225) juga turut menyatakan: “...di Kelantan, kerana semangat jihad, Haji Mat Hassan (Tok Janggut) menubuhkan gerakan menentang penjajah British di negeri Kelantan dengan menjadikan Pasir Puteh sebagai pengkalannya.” Sementara, Timah Hamzah (1991: Haji Abdul Rahman Limbong adalah satu-satunya nama yang sering dihubungkaitkan dengan kebangkitan 1921-1928 di Terengganu, disamping ketokohan beliau sebagai ulama dalam penglibatan dalam menentang penjajah asing...” Seterusnya, Ishak Saat (2011: 69) turut sama menyatakan:“Perjuangan Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir memainkan peranan penting dalam usaha menentang penjajah di Tanah Melayu. Walaupun perjuangan meraka tidak dapat menghalau keluar pihak penjajah secara keseluruhnya, namun sedikit sebanyak berjaya meninggalkan impak dan kesedaran ke atas masyarakat Melayu.” Keempat-empat kenyataan tersebut menunjukkan bahawa ulama sememangnya berperanan penting dalam usaha menuntut kemerdekaan. Penglibatan para ulama ini sekaligus memberi perangsang serta harapan mencapai kemerdekaan. Justeru dapat disimpulkan bahawa peranan ulama sangat penting dan pencetus impian dan harapan mencapai kemerdekaan. Kajian mengenai perkara pertama dilakukan dengan mengetengahkan kajian-kajian berkenana ulama dan kemerdekaan Malaysia supaya terbukti wujudnya peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan Malaysia. 70 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Persoalan Kajian Persoalan yang timbul hasil daripada penyataan masalah yang dikenal pasti. Antara persoalan kajian bagi makalah ini ialah: 1. Bagaimanakah ulama berjuang menuntut kemerdekaan? 2. Apakah bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama dalam menuntut kemerdekaan? 3. Apakah pencapaian yang diperolehi oleh ulama dalam menuntut kemerdekaan? Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah: 1. Meneliti ulama yang berjuang menuntut kemerdekaan. 2. Menghurai bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama dalam menuntut kemerdekaan. 3. Menilai pencapaian yang diperolehi oleh ulama dalam menuntut kemerdekaan. Metodologi Kajian ini bersifat kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian berteraskan kajian sejarah dan kajian analisis kandungan. Kajian ini merujuk kepada sumber primer yng berautoriti berupa laporan-laporan British, serta karya ilmuan dan ahli akademik serta sumber sekunder terdiri daripada karya intelektual semasa, penulisan jurnal terkini dan lawan sesawang. Data bagi kajian ini dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Kaedah ini dipilih untuk membolehkan pengkaji menerangkan dan membuat interpretasi sendiri terhadap sesuatu maklumat daripada sumber yang dirujuk. Analisis data pula dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif Analisis Tinjauan Literatur Perbincangan tinjauan literatur yang berkaitan dengan peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan telah banyak dibincang dan dikupas oleh beberapa pengkaji-pengkaji sebelum ini. Selayang pandang, ia seolah-olah telah turut membabitkan peranan ulama, tetapi kebanyakan pengkaji agak cenderung untuk Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 71 mengaitkannya dengan pejuang Melayu yang memang menjadi prioriti masyarakat dan paling mendapat tempat di hati masyarakat pada masa itu. Sedangkan kajian secara khusus mengenai ulama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan masih belum dikhususkan. Berdasarkan persoalan yang dibangkitkan dalam rasional kajian, adalah penting untuk penulis melaksanakan kajian seperti ini yang dapat memberikan jawapan yang lebih membina penulisan ilmiah yang telah dilakukan mengenai ulama dalam menuntut kemerdekaan Malaysia. Penulis telah mencerakinkan tinjauan literatur ini kepada tiga tema utama. Pertama, tinjauan literatur mengenai ulama yang berjuang menuntut kemerdekaan. Kedua, tinjauan literatur mengenai bentuk penentangan yang dilakukan oleh ulama menuntut kemerdekaan. Ketiga, tinjauan literatur mengenai pencapian ulama dalam menuntut kemerdekaan. Ulama yang Berjuang Menuntut Kemerdekaan Terdapat kajian lepas yang menyentuh mengenai ulama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Antaranya ialah: Kajian Nor Asikin Harun (2008M) melalui Disertasi Sarjana yang bertajuk Peranan dan sumbangan ulama' di dalam perjuangan kermerdekaan Malaysia: Satu kajian terhadap penglibatan ulama' di Perak merupakan kajian yang memuatkan penglibatan ulama’ dan peranan yang dimainkan oleh ulama’ di negeri Perak berjuang menunutut kemerdekaan Malaysia. Selain itu juga, kajian beliau turut mengetengahkan sumbangan ulama dalam memperjuangkan kemerdekaan Malaysia, khususnya ulama-ulama di negeri Perak pada ketika itu. Walaupun kajian ini lebih menekangkan berkaitan dengan peranan ulama’ dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia, namun ia hanyalah berfokus kepada ulama di negeri Perak sahaja, dan kajian berkaitan dengan ulama-ulama lain di seluruh negeri semananjung Malaysia, mahupun di berneo sumatera tidak diketengahkan. Ridhuan Mohamad Nor & Mohd Fadli Ghani (2007M) menerusi buku yang berjudul Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan, merupakan kajian berkenaan sejarah perjuangan para ulama yang memikul tanggungjawab meninggikan agama Islam dalam menggalas perjuangan menentang penjajah Barat. Dalam kajian ini juga turut mengetengahkan beberapa orang ulama yang bangkit berjuang meniup api perjuangan dalam menuntut kemerdekaan. Kajian ini juga antara lain turut mengfokus berkenaan peranan ulama di rantau asia barat yang mendorong dan mencetuskan semangat perjuangan menentang penjajah. Shafie Abu Bakar (1991M) dalam artikel yang berjudul Peranan ulama dan kesannya terhadap sikap anti-penjajahan dengan rujukan pada pengajaran tasawwuf Sayid Abdul Rahman bin Muhammad (Tok Ku Paloh) berasaskan karangannya Ma'arif alLahfan pula telah membicarakan mengenai peranan 72 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 ulama negeri Terengganu dalam berjuang menuntut kemerdekaan Malaysia. Kajian ini merupakan kajian yang lebih menonjolkan penglibatan ulama Terengganu seperti Sayid Abdul Rahman Muhammad atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Ku Paloh melahirkan semangat anti-penjajahan oleh kuasa asing di negeri Terengganu. Namun begitu, kajian ini lebih kepada
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages16 Page
-
File Size-