MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 23 OKTOBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 3

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

1. PR-1412-MQT0133

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar bahawa Kerajaan akan menubuhkan sebuah tribunal bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutamanya ketika menguruskan Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu dan untuk tujuan pemecatan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 114(3) dan 125(3) Perlembagaan Persekutuan.

2. PR-1412-MQT0147

Tuan [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan hasil lawatan misi perdagangan Kementerian ke luar negara seperti Jepun dan Korea baru-baru ini dan apakah rancangan lawatan misi perdagangan kelak.

3. PR-1412-MQT0140

Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk membantu kanak-kanak kurang upaya yang semakin bertambah di kawasan Padang Serai sehingga hari ini hanya di SMK Padang Serai, SMK Lunas dan SMK Taman Selasih mempunyai kelas pendidikan khas dengan kemudahan serba kekurangan. Apakah usaha Kementerian untuk membina sebuah sekolah khas untuk anak-anak kurang upaya daripada darjah satu hingga ke peringkat sekolah menengah.

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 23 OKTOBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 26

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1412-L02418

Puan Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) kenapa hanya satu syarikat iaitu iScada Net Sdn. Bhd.

sahaja dilantik untuk mengendalikan pemasangan Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA); dan

(b) sama ada Kementerian dapat mengkaji dan menetapkan harga pemasangan yang berpatutan supaya syarikat berkenaan tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi dan yang amat membebankan rakyat.

2. PR-1412-L01618

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan terhadap isu Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) dan Queer dan apakah usaha yang telah diambil oleh pihak Kerajaan untuk membendung gejala songsang dan tidak bermoral ini.

3. PR-1412-L01859

Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan keberkesanan projek 1BestariNet terutama di kawasan pedalaman Sabah dan setakat mana penggunaan projek 1BestariNet yang dilengkapi perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi Yes 4G dapat membantu mengurangkan beban kerja guru di sekolah.

AUM DR 23/10/2018 2

4. PR-1412-L02378

Datin Mastura binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian sudah mengenal pasti apakah faktor-faktor dan punca utama kejadian kanak-kanak jatuh bangunan dan apakah tindakan drastik Kementerian bagi menangani masalah ini..

5. PR-1412-L02269

Tuan Willie anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) (Sabah dan Sarawak) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mewajibkan para penumpang dan pemandu e-hailing berdaftar dengan dokumen pengenalan demi keselamatan kedua–dua belah pihak.

6. PR-1412-L02013

Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [ Tenggara ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan berapakah program Start-up Business Enterprise yang telah dan akan dilaksanakan dalam membantu usahawan-usahawan baru di bawah Kerajaan baharu.

7. PR-1412-L02652

Tuan Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan bagaimanakah peruntukan untuk bekalan elektrik dan air disalurkan ke Kerajaan Negeri, adakah melalui agensi seperti JBALB dan SESCO. Apakah peruntukan tetap tahunan yang disalurkan untuk tujuan tersebut. Di luar Bandar Sibu, masih ada banyak kampung lagi yang tidak dapat menikmati bekalan air atau elektrik.

8. PR-1412-L01615

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan impak positif penjenamaan semula Klinik 1Malaysia (K1M) dan kriteria yang ditetapkan bagi memastikan Klinik 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Kerajaan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

9. PR-1412-L02512

Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-

(a) adakah Parlimen Belia akan diteruskan oleh pihak Kerajaan

Pakatan Harapan; dan

(b) sejauh manakah peranan ahli-ahli parlimen belia Malaysia dalam memberi nilai tambah kepada pentadbiran negara sejak penubuhannya.

3 AUM DR 23/10/2018

10. PR-1412-L01663

Dato' Dr. [ Parit Sulong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah dasar baru yang akan dilaksanakan Kementerian dalam mendepani cabaran Malaysia sebagai negara tua menjelang 2030 khususnya dari aspek pendidikan dan keperluan asas.

11. PR-1412-L02677

Tuan [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah tindakan yang akan diambil terhadap Datuk Md

Yusop Mansor yang menyatakan bahawa pilihan raya Cambodia pada tahun 2018 adalah adil ; dan

(b) setuju atau tidak bahawa beliau perlu meletak jawatan dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

12. PR-1412-L01655

Dato' Haji Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan status pelaksanaan 6 insentif buat peneroka FELDA yang diumumkan ketika Hari Peneroka 2017 di bawah Kerajaan Barisan Nasional sama ada akan diteruskan atau tidak dan apakah penambahbaikan yang difikirkan oleh Kementerian untuk memastikan nasib warga FELDA terus terbela.

13. PR-1412-L01982

Dato' [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan status kewangan terkini PERDA VENTURES (anak syarikat milikan PERDA) dan senaraikan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan di seluruh negeri Pulau Pinang semenjak penubuhan Perda Ventures. Apakah pulangan kewangan kepada badan induk PERDA hasil dari pelaksanaan projek-projek tersebut.

14. PR-1412-L01794

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana usaha Kerajaan untuk menyelaraskan jenis hukuman bagi kesalahan-kesalahan terpilih di bawah Mahkamah Syariah Negeri-negeri.

AUM DR 23/10/2018 4

15. PR-1412-L02484

Tuan A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada kesemua peruntukan undang- undang yang memperuntukkan hukuman mati mandatori akan dipinda oleh Kerajaan bagi memberikan budi bicara kepada Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman lain selain hukuman mati untuk mengelakkan keadaan seperti dalam kes ‘Dr Ganja’ baru-baru ini.

16. PR-1412-L01692

Datuk [ Kanowit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah proses yang perlu dilakukan oleh semua pihak supaya Kerajaan pusat dapat menunaikan hasrat Kerajaan untuk mengiktirafkan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah yang setaraf dengan Semenanjung.

17. PR-1412-L02222

Tuan [ Taiping ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan rancangan seterusnya untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan di Daerah Larut dan Matang.

18. PR-1412-L02062

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan Pusat terhadap pelaksanaan hukuman sebat terhadap dua orang pesalah lesbian yang melakukan musahaqah di bawah Enakmen Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 dan adakah hukuman ini bercanggah dengan Akta 355 yang sedia ada.

19. PR-1412-L01919

Puan Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada kanak-kanak bukan warganegara yang bapa mereka merupakan warganegara, boleh menikmati hak bersekolah secara automatik seperti kanak-kanak lain yang merupakan warganegara.

20. PR-1412-L02763

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan inisiatif khusus yang sedang dipertimbangkan untuk membantu pesara tentera tanpa pencen.

5 AUM DR 23/10/2018

21. PR-1412-L01805

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini laporan aduan tiga individu termasuk saya pada 22 Jun 2018 di SPRM Shah Alam berkenaan unsur-unsur rasuah dalam tender ubat-ubat di Kementerian Kesihatan bernilai RM3.7 bilion dari tahun 2013 hingga 2016.

22. PR-1412-L02166

Datuk Seri Dr. [ Beluran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah hasil daripada persetujuan terhadap Single Draft South China Sea Code of Conduct Negotiating Text (SDNT) serta sejauh manakah ianya mampu memberi kesan substantif dalam menyelesaikan isu berkenaan aktiviti ketenteraan negara China di Laut China Selatan.

23. PR-1412-L02756

Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk melaksanakan Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW No. 34 iaitu untuk memastikan wanita mempunyai hak kewarganegaraan sama rata dengan lelaki, termasuk dalam memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara dan kepada pasangan asing di Malaysia.

24. PR-1412-L01550

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kebenaran pekerja asing dibenarkan bekerja di semua sektor.

25. PR-1412-L02280

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tahanan kes Al Maunah yang masih dipenjara, diampunkan dan dihukum mati. Adakah Kerajaan berpendirian kes ini merupakan konspirasi pemerintah terdahulu.

AUM DR 23/10/2018 6

26. PR-1412-L02091

Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status terkini pelaksanaan Sistem Akreditasi Tunggal bagi bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta bilakah sistem ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh kesemua institusi pendidikan.

27. PR-1412-L02785

Tuan Awang Husaini bin Sahari [ Putatan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah status IADA Kota Belud di bawah pemerintahan Kerajaan Baru yang telah diperuntukkan RMKe-11, sebanyak RM360 juta supaya mencapai 60% tahap kecukupan (self- sufficiency) penghasilan padi.

28. PR-1412-L02546

Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kerajaan sudah mengenalpasti mekanisme baru pembayaran pinjaman PTPTN dan apakah kesan kewangan terhadap PTPTN apabila peminjam tidak membayar pinjaman mereka.

29. PR-1412-L02585

Tuan [ Kepong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan yang diperolehi oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Serigar, dari tahun 2011 hingga kontrak beliau ditamatkan pada Jun 2018. Sila berikan pecahan mengikut tahun.

30. PR-1412-L02373

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah jaminan Kerajaan dalam memastikan kedaulatan persempadanan negara terus terpelihara terutamanya melibatkan ketidaktentuan pendirian Kerajaan terhadap perebutan persempadanan negara, kenyataan yang bercanggah mengenai Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan pengumuman tidak konsisten mengenai laporan siasatan MH370 yang akan menjejaskan pemahaman rakyat dan hubungan dengan negara luar.

31. PR-1412-L02433

Dato' [ Beruas ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan rasional pemilik-pemilik bot nelayan jenis lesen B tidak dibenarkan untuk menjualkan bot mereka dan mengapa ditetapkan lesen nelayan digantung satu tahun apabila mereka didapati melakukan kesalahan menangkap ikan dalam perairan 5 batu nautika dari pantai.

7 AUM DR 23/10/2018

32. PR-1412-L01563

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan data perkembangan perniagaan francais dan vendor dan berapa ramai usahawan Bumiputera yang terlibat. Syarat taraf Bumiputera dalam tender terbuka tertentu perlu dikekalkan dan apa usaha Kementerian untuk memastikannya.

33. PR-1412-L02502

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) statistik penjualan rumah berkos rendah dan sederhana dari

tahun 2013 sehingga September 2018; dan

(b) jangkaan keberkesanan Akta Pembangunan Komersial (‘Commercial Development Act’) yang sedang digubal Kementerian untuk menyelesaikan isu projek pembangunan tertangguh atau terbengkalai.

34. PR-1412-L02474

Dr. [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status pembinaan Hospital Petra Jaya Sarawak. Jangka masa siap, pelan terkini serta syarikat-syarikat yang terlibat sejak kontraktor untuk Hospital Petra Jaya telah dihentikan. Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi setiap menampung peningkatan pesakit di SGH disebabkan kelewatan Hospital Petra Jaya.

35. PR-1412-L01471

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dapatkah Kerajaan berunding dengan negara Brunei untuk membuka laluan khas untuk bas-bas pelancong yang melalui pusat- pusat pemeriksaan di Sungai Tujoh, Kuala Lurah, Pandaruan dan Mengkalap untuk memudahkan perjalanan pelancong-pelancong dan mengurangkan kesesakan.

36. PR-1412-L01827

Tuan [ Alor Setar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah mekanisme tapisan boleh diwujudkan supaya memastikan setiap pemohon bagi rumah PPR, PAKR dan PRIMA tidak memiliki sebarang rumah atau tanah di mana-mana negeri.

AUM DR 23/10/2018 8

37. PR-1412-L01962

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [ Bera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini tanah milik simpanan Orang Asli dan minta untuk diperincikan status tanah:-

(a) yang sudah diukur; dan

(b) yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan yang telah digazetkan.

38. PR-1412-L02195

Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan tentang cadangan penggunaan arang batu untuk penjanaan kuasa elektrik di Sabah.

39. PR-1412-L01996

Tuan Haji Awang bin Hashim [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci hasil siasatan kes Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Dr. P. Ramasamy yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

40. PR-1412-L02217

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan Pusat untuk memberi penumpuan khusus berkaitan pembangunan bandar baharu atau kampung baharu di Kelantan yang dikatakan jauh tertinggal berbanding negeri-negeri lain termasuklah di Parlimen Pasir Puteh.

41. PR-1412-L02659

Tuan [ Rembau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah rasional cadangan penubuhan Majlis Bahasa Melayu seperti yang diumumkan oleh Menteri dan apakah perbezaan fungsi majlis ini dengan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

42. PR-1412-L01675

Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) adakah Kementerian bercadang untuk menghapuskan caj

bayaran RM1 yang dikenakan pada ketika ini bagi mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan ; dan

9 AUM DR 23/10/2018

(b) sejauh mana perbezaan skim insurans kesihatan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian berbeza dengan inisiatif kerajaan Barisan Nasional sebelum ini iaitu 1Care 1Malaysia. Berapa peratuskah gaji rakyat yang bakal dipotong bagi merealisasikan perkara ini.

43. PR-1412-L02066

Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah makanisme yang digunakan oleh Kerajaan dalam memlih kontraktor pembekal yang berjaya dan bagaimanakah Kerajaan memastikan bahawa kontrak mereka tidak dijual kepada pihak iain.

44. PR-1412-L02581

Datuk Seri Ir. Dr. [ Ayer Hitam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status penubuhan "Malaysian Ombudsman" bagi menggantikan Biro Pengaduan Awam (BPA).:-

(a) Bilakah akta baru "Malaysian Ombudsman" akan dibawa ke

Parlimen untuk diluluskan; dan

(b) apakah kriteria pemilihan anggota "Malaysia Ombudsman" dan bagaimana badan ini dapat meningkatkan integriti dan tadbit urus Kerajaan.

45. PR-1412-L01772

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan pemantauan yang telah dibuat ke atas warga asing yang menyalahgunakan dokumen perjalanan atau visa dan jumlah mereka yang telah ditahan setakat 31 Ogos 2018.

46. PR-1412-L02321

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah Kementerian tidak berhasrat untuk memperkasakan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan memperkenalkan semula mata pelajaran Sivik di sekolah-sekolah bagi menangani kebejatan akhlak di kalangan generasi muda.

47. PR-1412-L02355

Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah justifikasi dan keperluan Majlis Penasihat Kerajaan

(CEP) masih diteruskan sehingga hari ini; dan

(b) apakah keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan berdasarkan nasihat yang diberikan oleh Majlis tersebut.

AUM DR 23/10/2018 10

48. PR-1412-L02845

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah statistik kes buruh kanak-kanak yang dilaporkan sejak Januari 2018 terutamanya yang melibatkan kanak- kanak tanpa dokumen diri yang sah. Apakah tindakan dan pemantauan yang diambil kementerian bagi kes buruh kanak-kanak yang melibatkan aspek eksploitasi.

49. PR-1412-L02853

Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menjayakan pelan pembangunan Bandaraya Getah di Bukit Ketapang, dalam daerah Padang Terap, Kedah. Apakah bentuk inisiatif baharu yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan daya maju Bandaraya Getah bagi menarik pelaburan asing dalam industri getah berteknologi tinggi.

50. PR-1412-L(5)00015

Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan status dua tanah milik LTAT, Lot 37825 PN 31560 dan Lot 37230 PN 28760 di Mukim Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sekiranya tanah- tanah itu telah dijual, adakah penjualannya melalui tender terbuka dan dengan harga nilai pasaran semasa.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

11 AUM DR 23/10/2018

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-

"Bahawa Dewan ini, ,

menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta Pencapaian dua tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas ; ;

merestui usaha Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk menambah baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020;

meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018-2020 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD.22 Tahun 2018; dan dan

Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama. "

Menyambung semula Perbahasan atas masalah [ 22 Oktober, 2018 ]

2. PR-1412-UL014 Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya mengembalikan hak-hak dan kuasa autonomi semula Negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan prinsip, niat serta semangat yang termaktub dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Inter-Governmental Committee khususnya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) terutama dalam perkara penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak, hak untuk menggunakan sumber semula jadi yang berada dalam lebar wilayah 12 batu nautika bukan lagi dihadkan kepada 3 batu nautika, dengan menyegerakan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] atau mana-mana undang-undang lain yang berkaitan tanpa melengahkan masa lagi dengan pembentukan Jawatankuasa Kabinet yang baharu .

AUM DR 23/10/2018 12

Hal ini demikian kerana rundingan dan kajian terhadap perkara-perkara ini telahpun dimulakan oleh Kerajaan sebelum ini dengan pembentukan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Penurunan Kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta Jawatankuasa Teknikal di peringkat negeri untuk memperincikan hal-hal tersebut dan perkara lain yang berkaitan di mana laporan rekomendasi-rekomendasi yang tertentu juga telah disediakan."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. PR-1412-U(27)014 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan dan pendirian yang nyata oleh Kerajaan berkenaan bagaimana menghadapi tekanan peringkat antarabangsa berhubung isu ratifikasi enam konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia. Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) ke atas Malaysia akan berlaku sekali lagi pada bulan November 2018 dan adakah Kerajaan akan tunduk pada tekanan antarabangsa dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut. Dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut, adakah Kerajaan bersedia memberi penjelasan kepada rakyat dengan kemungkinan yang amat tinggi untuk mengubah pelbagai rang undang-undang berkaitan hak asasi terpaksa dilakukan seterusnya mengubah landskap geopolitik tempatan dan antarabangsa serta mengubah impak sosial masyarakat secara keseluruhan."

[ Menteri Luar Negeri ]

4. PR-1412-U(27)015 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjelaskan adakah benar bahawa Kerajaan Malaysia ada membuat permintaan kredit sebanyak USD40 billion daripada Kerajaan China. Kerajaan perlu menjelaskan berapakah jumlah kos lawatan serta butiran•butiran termasuk terma•terma dan tujuan yang terlibat dalam perjanjian tersebut di dalam Dewan ini."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. PR-1412-U(27)016 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menyatakan pendirian berhubung usaha memenuhi satu janji manifesto Pakatan Harapan iaitu menjadikan Malaysia sebagai ahli Konvensyen Pelarian 1951 Pertubuhan Bangsa-•Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa maksud akan menerima pakai peraturan dan kehendak konvensyen itu. Penerimaan sebagai ahli

13 AUM DR 23/10/2018

konvensyen tersebut akan menimbulkan masalah kerana salah satu kehendak konvensyen adalah layanan sama rata perlu diberikan kepada pelarian dan ini termasuk dalam hal ehwal pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. Pada ketika ini terdapat 145 negara ahli PBB yang menyertai konvensyen pelarian tersebut. Tetapi hakikatnya walaupun Malaysia tidak menyertainya, layanan yang diberikan adalah jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan sebahagian daripada negara yang berada dalam konvensyen tersebut."

[ Menteri Luar Negeri ]

6. PR-1412-U(27)017 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan pelan terperinci dan strategi khusus untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan terutama kepada anak muda dalam negara kita dengan gaji sekurang- kurangnya seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan."

[ Menteri Sumber Manusia ]

7. PR-1412-U(27)018 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memulakan inisiatif memperkenalkan sistem persekolahan yang seragam untuk semua pelajar sebagai satu usaha mewujudkan perpaduan nasional. Dengan usaha kerajaan mewujudkan sistem persekolahan satu aliran akan membantu merealisasikan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Perkara ini amat penting kerana persekolahan dilihat sebagai antara acuan yang penting untuk membina generasi muda yang memahami dan saling menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama diperingkat awal sebelum perubahan dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Kebimbangan kehilangan identiti dan bahasa ibunda kaum-•kaum lain terutamanya penggunaan bahasa Cina dan bahasa Tamil yang timbul apabila usaha ini dilaksanakan perlu diteliti oleh pihak Kerajaan untuk penyelesaian yang terbaik tanpa menjadikan ia alasan untuk tidak meneruskan sistem persekolahan satu aliran."

[ Menteri Pendidikan ]

8. PR-1412-U(27)019 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan mengambil langkah dalam memperkasakan institusi hal ehwal agama Islam di negara ini iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mempunyai peranan utama

AUM DR 23/10/2018 14

menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam memartabatkan fatwa di Malaysia, jawatankuasa ini dilihat berperanan besar melalui pengurusan, penyelarasan dan penyelidikan namun dari segi perlaksanaan fatwa tersebut oleh pihak Kerajaan tidak konsisten dalam beberapa perkara. Isu- isu keagamaan yang berlaku seperti penyebaran ajaran sesat, fahaman liberal dan songsang serta keterbukaan yang melampau memerlukan tindakan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan bersandarkan kepada rujukan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. PR-1412-U(27)020 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"YAB Perdana Menteri telah membayangkan bahawa Bajet 2019 merupakan “Bajet Korban” yang memerlukan pengorbanan seluruh rakyat, maka Kerajaan baharu pasti akan menaikkan cukai yang sedia ada atau memperkenalkan bentuk cukai baharu. Bahawa Dewan Rakyat digesa untuk mengambil keputusan agar cukai warisan/pusaka (Inheritance Tax) yang telah dimansuhkan pada awal tahun 90an tidak harus diperkenalkan semula kerana ianya adalah jenis percukaian yang membebankan rakyat termasuk golongan B40 dan M40. Di samping itu, Dewan ini juga menolak cukai keuntungan modal (Capital Gain Tax) kerana ianya akan menindas pelabur tempatan serta menghindari pelabur asing daripada melabur dalam pasaran saham tempatan. lni akan menjejaskan pertumbuhan pasaran modal negara ini."

[ Menteri Kewangan ]

10. PR-1412-U(27)021 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Memandangkan projek kereta nasional ketiga telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat jelata dan ianya dikhuatiri akan membebankan rakyat (khususnya pembeli kereta) melalui pelaksanaan duti import ke atas kereta import dari luar negara. Maka Dewan ini menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020."

[ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

15 AUM DR 23/10/2018

11. PR-1412-U(27)022 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut Iaporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa merangka Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. lni bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai pra- syarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan."

[ Menteri Pendidikan ]

12. PR-1412-U(27)023 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 1 Oktober 2014, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs-SAME) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dalam tempoh 3 tahun 7 bulan, SAME telah berperanan sebagai agensi yang membangunkan perusahaan kecil dan sederhana dalam kalangan

AUM DR 23/10/2018 16

usahawan kaum Cina. Ianya iuga berfungsi sebagai perantara Kerajaan dengan para pengusaha SME Cina. SAME telah berjaya mendampingi dan membantu 50,000 SME Cina melalui program “outreach”, O20, Champions Club, Halal Forum, Bengkel Keusahawanan, Sesi “Pitching” VC, Angel Fund, Crowd Funding dan lain-lain. Namun begitu, setelah Kerajaan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan negara, SAME sudah berhenti operasi dan kesemua kakitangan telah ditempatkan ke jabatan-jabatan lain, malahan peralatan komputer di pejabat juga telah dipindahkan. Walaupun YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (Ahli Parlimen Lumut) telah mengiktiraf sumbangan SAME di dalam sidang Parlimen yang lalu, SAME tetap ditamatkan pengoperasiannya. Menyedari hakikat SAME dapat memacu bidang SME dalam kalangan usahawan SME Cina seperti mana yang dilakukan oleh TERAJU dan SEED yang masing-masing membantu SME bumiputra dan India, maka Dewan ini mengesa kerajaan baharu meneruskan pengoperasian SAME demi membuktikan Kerajaan baharu bersifat inklusif dan tidak mendiskriminasikan kaum Iain."

[ Menteri Pembangunan Usahawan ]

13. PR-1412-U(27)024 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 12 September 2018, YB Menteri Tenaga Manusia telah mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan kadar levi RM10,000 setahun ke atas setiap pekerja asing yang telah bekerja lebih daripada 10 tahun. Kabinet juga membenarkan lanjutan tempoh 3 tahun lagi bagi mereka yang telah bekerja di sini melebihi 10 tahun. lni bermakna levi 3 tahun bagi pekerja asing seumpama ini ialah RM30,000. lni pasti membebankan para pengusaha SME. Penetapan kadar levi RM10,000 setahun adalah terlalu tinggi, berbanding RM1,850 setahun yang dikenakan ke atas mereka yang bekerja kurang daripada 10 tahun. Dasar ini tidak munasabah dan ianya bakal meningkatkan kos pengoperasian SME. YB Menteri Kewangan pada 24 September 2018 telah mengumumkan bahawa hanya 20% daripada levi sebanyak RM10,000 itu ditanggung oleh majikan manakala bakinya 80% levi iaitu RM8000 akan ditanggung oleh pekerja asing. Namun pada realitinya tiada pekerja asing yang sanggup membayar RM666 sebulan sebagai levi melainkan majikan sanggup menaikkan gaji pekerja asing. Sepatutnya pekerja asing yang telah lama berkhidmat di Malaysia harus diutamakan kerana mereka taat setia kepada majikan asal, mempunyai kemahiran yang lebih baik dan produktiviti yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja baru. Akan tetapi, pada 25 September 2018, YB Menteri Kewangan sekali lagi melakukan "flip-flop” dengan mengumumkan bahawa levi pekerja asing sebanyak RM10,000 setahun bagi mereka yang bekerja melebihi 10 tahun bakal ditanggung sepenuhnya oleh majikan kerana cadangan sebelum ini dibantah kuat oleh pihak majikan dan kesatuan pekerja. lni amat merunsingkan para majikan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan harus membantu pengusaha SME mengurangkan kos

17 AUM DR 23/10/2018

mereka. Satu penyelesaian pragmatik yang dicadangkan ialah levi RM10,000 setahun dikurangkan kepada RM2,000-RM3,000 setahun bagi pekerja asing yang telah bekerja lebih dari 1O tahun di Malaysia."

[ Menteri Sumber Manusia ]

14. PR-1412-U(27)025 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Kementerian perlu mempunyai satu pendekatan yang sistematik dalam menyalurkan peruntukan tahunan dan dana khas untuk pembangunan serta penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) (confirming school) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tanpa mengabaikan Sekolah Kebangsaan serta sekolah aliran lain. Kementerian juga perlu mengumumkan garis panduan kelulusan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu. Kementerian juga digesa untuk mengumumkan rancangan penempatan semula SJK(C) yang kurang murid ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi agar SJK(C) kekal relavan dalam arus perdana sistem pendidikan kebangsaan."

[ Menteri Pendidikan ]

15. PR-1412-U(27)011 Tuan [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun Negara telah merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi Negara secara bersama dan merealisasikan Impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

16. PR-1412-U(27)012 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan memulihkan pilihanraya Kerajaan tempatan seluruh Negara supaya urustadbir Kerjaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

AUM DR 23/10/2018 18

17. PR-1412-U(27)013 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyatakan kehilangan kepercayaan dan ketidakyakinan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) iaitu Tan Sri Othman Bin Haji Mahmood dan lima anggota SPR yang lain iaitu Dato' Md Yusop Bin Haji Mansor, Datuk Haji Abdul Aziz Bin Khalidin, Haji Sulaiman Bin Haji Narawi, Dato' Bala Singam A/L Karupiah dan Dato' Lee Chong Cheong dan oleh itu menuntut agar mereka meletak jawatan sebagai anggota SPR dengan serta-merta."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19 AUM DR 23/10/2018

**UCAPAN-UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Ucapan Bertanggungjawab

1. 23.10.2018 1. YB Puan Nurul 1. Masalah Sosial Dan 1. YB Menteri Dalam (Selasa) Izzah binti Anwar Gejala Lumba Negeri

(Permatang Pauh) Haram Di Lebuh Raya Butterworth-

Kulim Expressway (BKE)

2. 23.10.2018 2. YB Datuk Seri Ir. 2. Isu Penculikan 2. YB Menteri Dalam (Selasa) Dr. Wee Ka Siong Pertama Di Perairan Negeri

(Ayer Hitam) Pulau Gaya, Semporna Selepas

Tahun 2016

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)