MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 23 OKTOBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 3 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1412-MQT0133 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar bahawa Kerajaan akan menubuhkan sebuah tribunal bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutamanya ketika menguruskan Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu dan untuk tujuan pemecatan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 114(3) dan 125(3) Perlembagaan Persekutuan. 2. PR-1412-MQT0147 Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan hasil lawatan misi perdagangan Kementerian ke luar negara seperti Jepun dan Korea baru-baru ini dan apakah rancangan lawatan misi perdagangan kelak. 3. PR-1412-MQT0140 Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha Kerajaan Pakatan Harapan untuk membantu kanak-kanak kurang upaya yang semakin bertambah di kawasan Padang Serai sehingga hari ini hanya di SMK Padang Serai, SMK Lunas dan SMK Taman Selasih mempunyai kelas pendidikan khas dengan kemudahan serba kekurangan. Apakah usaha Kementerian untuk membina sebuah sekolah khas untuk anak-anak kurang upaya daripada darjah satu hingga ke peringkat sekolah menengah. MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 23 OKTOBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 26 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1412-L02418 Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- (a) kenapa hanya satu syarikat iaitu iScada Net Sdn. Bhd. sahaja dilantik untuk mengendalikan pemasangan Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA); dan (b) sama ada Kementerian dapat mengkaji dan menetapkan harga pemasangan yang berpatutan supaya syarikat berkenaan tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi dan yang amat membebankan rakyat. 2. PR-1412-L01618 Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan terhadap isu Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) dan Queer dan apakah usaha yang telah diambil oleh pihak Kerajaan untuk membendung gejala songsang dan tidak bermoral ini. 3. PR-1412-L01859 Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan keberkesanan projek 1BestariNet terutama di kawasan pedalaman Sabah dan setakat mana penggunaan projek 1BestariNet yang dilengkapi perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi Yes 4G dapat membantu mengurangkan beban kerja guru di sekolah. AUM DR 23/10/2018 2 4. PR-1412-L02378 Datin Mastura binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian sudah mengenal pasti apakah faktor-faktor dan punca utama kejadian kanak-kanak jatuh bangunan dan apakah tindakan drastik Kementerian bagi menangani masalah ini.. 5. PR-1412-L02269 Tuan Willie anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) (Sabah dan Sarawak) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mewajibkan para penumpang dan pemandu e-hailing berdaftar dengan dokumen pengenalan demi keselamatan kedua–dua belah pihak. 6. PR-1412-L02013 Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [ Tenggara ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan berapakah program Start-up Business Enterprise yang telah dan akan dilaksanakan dalam membantu usahawan-usahawan baru di bawah Kerajaan baharu. 7. PR-1412-L02652 Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan bagaimanakah peruntukan untuk bekalan elektrik dan air disalurkan ke Kerajaan Negeri, adakah melalui agensi seperti JBALB dan SESCO. Apakah peruntukan tetap tahunan yang disalurkan untuk tujuan tersebut. Di luar Bandar Sibu, masih ada banyak kampung lagi yang tidak dapat menikmati bekalan air atau elektrik. 8. PR-1412-L01615 Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan impak positif penjenamaan semula Klinik 1Malaysia (K1M) dan kriteria yang ditetapkan bagi memastikan Klinik 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat. 9. PR-1412-L02512 Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :- (a) adakah Parlimen Belia akan diteruskan oleh pihak Kerajaan Pakatan Harapan; dan (b) sejauh manakah peranan ahli-ahli parlimen belia Malaysia dalam memberi nilai tambah kepada pentadbiran negara sejak penubuhannya. 3 AUM DR 23/10/2018 10. PR-1412-L01663 Dato' Dr. Noraini Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah dasar baru yang akan dilaksanakan Kementerian dalam mendepani cabaran Malaysia sebagai negara tua menjelang 2030 khususnya dari aspek pendidikan dan keperluan asas. 11. PR-1412-L02677 Tuan Wong Chen [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) apakah tindakan yang akan diambil terhadap Datuk Md Yusop Mansor yang menyatakan bahawa pilihan raya Cambodia pada tahun 2018 adalah adil ; dan (b) setuju atau tidak bahawa beliau perlu meletak jawatan dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). 12. PR-1412-L01655 Dato' Haji Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan status pelaksanaan 6 insentif buat peneroka FELDA yang diumumkan ketika Hari Peneroka 2017 di bawah Kerajaan Barisan Nasional sama ada akan diteruskan atau tidak dan apakah penambahbaikan yang difikirkan oleh Kementerian untuk memastikan nasib warga FELDA terus terbela. 13. PR-1412-L01982 Dato' Mansor Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan status kewangan terkini PERDA VENTURES (anak syarikat milikan PERDA) dan senaraikan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan di seluruh negeri Pulau Pinang semenjak penubuhan Perda Ventures. Apakah pulangan kewangan kepada badan induk PERDA hasil dari pelaksanaan projek-projek tersebut. 14. PR-1412-L01794 Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana usaha Kerajaan untuk menyelaraskan jenis hukuman bagi kesalahan-kesalahan terpilih di bawah Mahkamah Syariah Negeri-negeri. AUM DR 23/10/2018 4 15. PR-1412-L02484 Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada kesemua peruntukan undang- undang yang memperuntukkan hukuman mati mandatori akan dipinda oleh Kerajaan bagi memberikan budi bicara kepada Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman lain selain hukuman mati untuk mengelakkan keadaan seperti dalam kes ‘Dr Ganja’ baru-baru ini. 16. PR-1412-L01692 Datuk Aaron Ago Dagang [ Kanowit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah proses yang perlu dilakukan oleh semua pihak supaya Kerajaan pusat dapat menunaikan hasrat Kerajaan untuk mengiktirafkan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah yang setaraf dengan Semenanjung. 17. PR-1412-L02222 Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan rancangan seterusnya untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan di Daerah Larut dan Matang. 18. PR-1412-L02062 Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan Pusat terhadap pelaksanaan hukuman sebat terhadap dua orang pesalah lesbian yang melakukan musahaqah di bawah Enakmen Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 dan adakah hukuman ini bercanggah dengan Akta 355 yang sedia ada. 19. PR-1412-L01919 Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada kanak-kanak bukan warganegara yang bapa mereka merupakan warganegara, boleh menikmati hak bersekolah secara automatik seperti kanak-kanak lain yang merupakan warganegara. 20. PR-1412-L02763 Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan inisiatif khusus yang sedang dipertimbangkan untuk membantu pesara tentera tanpa pencen. 5 AUM DR 23/10/2018 21. PR-1412-L01805 Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini laporan aduan tiga individu termasuk saya pada 22 Jun 2018 di SPRM Shah Alam berkenaan unsur-unsur rasuah dalam tender ubat-ubat di Kementerian Kesihatan bernilai RM3.7 bilion dari tahun 2013 hingga 2016. 22. PR-1412-L02166 Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah hasil daripada persetujuan terhadap Single Draft South China Sea Code of Conduct Negotiating Text (SDNT) serta sejauh manakah ianya mampu memberi kesan substantif dalam menyelesaikan isu berkenaan aktiviti ketenteraan negara China di Laut China Selatan. 23. PR-1412-L02756 Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk melaksanakan Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW No. 34 iaitu untuk memastikan wanita mempunyai hak kewarganegaraan sama rata dengan lelaki, termasuk dalam memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara dan kepada pasangan asing di Malaysia. 24. PR-1412-L01550 Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kebenaran pekerja asing dibenarkan bekerja di semua sektor. 25. PR-1412-L02280 Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tahanan kes Al Maunah yang masih dipenjara, diampunkan dan dihukum mati. Adakah Kerajaan berpendirian kes ini merupakan konspirasi
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages20 Page
-
File Size-