NO. SOALAN: 31

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KE-EMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DR. MICHAEL TEO YU KENG [ ]

TARIKH : 25 MAC 2019 (ISNIN)

SOALAN NO. 31

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan Pelabuhan Miri (Miri Port) yang sedia ada di Miri sekarang merupakan satu projek “gajah putih“ Kerajaan duhulu dan ia tidak dapat menampung kapal kargo yang besar kerana dasar sungai yang terlalu cetek. Kapal kargo besar yang ditujukan ke Miri terpaksa menggunakan Pelabuhan Bintulu untuk penurunan kargo dan membabitkan kos pengangkutan yang tinggi, membebankan para peniaga dan konsumer di Miri. Oleh yang demikian, Nyatakan samada Kementerian mempunyai rancangan atau inisiatif untuk membina sebuah pelabuhan laut dalam yang baru di Miri atau mengambil langkah untuk mendalamkan laluan Pelabuhan Miri.

1

NO. SOALAN: 31

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Pelabuhan Miri merupakan pelabuhan negeri di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang diurus tadbir melalui Lembaga Pelabuhan Miri berdasarkan kepada Ordinan Lembaga- Lembaga Pelabuhan Sarawak 1961 (Sarawak Port Authorities Ordinance 1961).

2. Pada masa ini, Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membina pelabuhan baru di Miri. Ini adalah mengambil kira pelabuhan-pelabuhan sedia ada di negeri Sarawak di antaranya Pelabuhan Kuching adalah mampu memenuhi keperluan dan permintaan sektor perkhidmatan industri di Sarawak. Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM421 juta untuk kerja-kerja pengerukan Sungai-Sungai Sarawak dan projek tersebut dijangka siap pada 22 November 2019.

3. Untuk makluman Dewan ini juga, Kerajaan Persekutuan telah menjalankan Kajian Kemungkinan bagi Pengerukan Alur Pelayaran Kuala Baram, Miri, Sarawak pada tahun 2012. Hasil kajian tersebut mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak supaya:

(i) alur pelayaran Kuala Baram dikeruk dengan kedalaman 8 meter dan kelebaran 170 meter; (ii) alur pelayaran yang dikeruk diperkukuhkan dengan sistem training; dan (iii) anggaran kos bagi kerja-kerja pengerukan dan pembinaan sistem training adalah dianggarkan sebanyak RM400 juta.

2

NO. SOALAN: 31

4. Walau bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak tidak dapat menjalankan kerja- kerja pengerukan berdasarkan hasil kajian kemungkinan tersebut disebabkan kekangan kewangan Kerajaan Negeri. Manakala, Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melaksanakan kerja-kerja pengerukan di pelabuhan tersebut.

Sekian, terima kasih.

3