Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 ( 121 )

SIARAN MEDIA

Drama Bersiri TVB, “Coffee Cat Mama” Temui Penonton TV2

KUALA LUMPUR, 4 Mei 2016 – Mengubat kerinduan peminat yang menantikan tayangan drama- drama bersiri Hong Kong menarik terbitan TVB yang bukan sahaja diminati kaum Cina malah diikuti juga orang Melayu dan kaum lain di negara ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Golden Phoenix di TV2 menerusi tayangan “Coffee Cat Mama”.

Bersiaran mulai 11 Mei ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang di TV2, siri 20 episod ini dibintangi , Nancy Wu, Bosco Wong, Eliza Sam, Koo Ming Wah, Vincent Wong, dan Mimi Chu yang berkongsi suasana berlaku di kedai kopi yang dinamakan ‘Mr. and Mrs. Bean’ dikendalikan oleh Grace dengan ibunya kandungnya, Marcia dan ibu tirinya, So Mei juga rakan-rakannya dan cinta hatinya bernama Bao Chi Tai.

Watak-watak ini berdepan dengan masalah seperti ragu-ragu, konflik antara ibu kandung dan ibu tiri, persahabatan, jurang yang besar antara ibu dan anak-anak perempuan, tanggungjawab, sikap bekerja yang gila-gila, dan lain-lain lagi.

Saksikan perkembangan watak Bao Chi Tai, seorang bapa tunggal mengambil alih peranan sebagai seorang ibu dan juga bapa kepada anak lelakinya yang berusia lapan tahun. Kerana mahu membesarkan anaknya dengan suasana terbaik, dia terpaksa bertukar kerja beberapa kali untuk menyesuaikan dirinya dengan jadual kerja supaya ia lebih akomodatif dengan masa anaknya.

Dengan harapan untuk membantu Bao Chi Tai, teman serumahnya, So Sik dan Yam Ka Ching menyarankan agar Bao Chi Tai bekerja di kedai kopi MR. & Mrs. Bean sebagai pembancuh kopi. Kedai kopi tersebut dikendalikan oleh tiga wanita iaitu Ma See Nga dan anak perempuannya, Bean Kwai Chi serta So Mei, ibu tiri Kwai Chi.

Dengan itu, hidup Chi Tai berubah sepenuhnya selepas berkerja di kedai kopi yang dikendalikan oleh tiga wanita yang mempunyai perhubungan yang rumit serta mengelirukan tersebut.

rtm_malaysia RTM – Radio Televisyen Malaysia rtmmobile myklik.rtm.gov.my rtm_malaysia

Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 ( 121 )

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi :

NURUL FARIZA IBRAHIM Seksyen Perhubungan Media & Publisiti, Bahagian Perhubungan Raya, Jabatan Penyiaran Malaysia Tingkat 2, Wisma TV, ANGKASAPURI 50614 Kuala Lumpur Tel : 603 2288 7166 E-mel : [email protected]

rtm_malaysia RTM – Radio Televisyen Malaysia rtmmobile myklik.rtm.gov.my rtm_malaysia