Executive Summary
EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd. RINGKASAN EKSEKUTIF I. Pengenalan Cadangan Projek Kajian EIA ini dijalankan untuk cadangan Pembangunan Bercampur di atas Lot 482, 484, 640, 688, 1423, 1424, 1000, 1020 & 1021, 1023, 1024, 1427, 1430, 1433 & 1876, 1434, 1436, 1437, 1439, 1440, 4157, 35227, 15361, 15360, 15359 dan 15358, Mukim Rawang, Lot 488, 489, 497 dan 498, Pekan Kuang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Projek ini akan dijalankan di kawasan dengan keluasan 1,549.45 ekar (627.04 hek). Tapak Projek ini adalah berpecah-pecah dan mempunyai dua kawasan pembangunan berbeza. Cadangan projek ini akan dibangunkan oleh Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd. sebagai pemaju. Lokaliti tapak Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Penilaian Awalan Tapak telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor pada 8hb Mei 2015 dan melalui surat bertarikh 20 Mei 2015 [(B) B 91/110 / 621/077 Jilid 185 (2)] Jabatan tidak mempunyai bantahan terhadap cadangan pembangunan. Sebagai maklumbalas kepada salah satu syarat yang dinyatakan dalam PAT, penukaran syarat nyata tanah untuk tapak akan dilakukan setelah mendapat kelulusan penyerahan KM dan di bawah proses serahan dan pemberimilikan semula. Jabatan juga meminta penyediaan dan penyerahan laporan EIA ke Jabatan Alam Sekitar, Selangor untuk pembangunan yang dicadangkan. Tapak Projek ini terletak di dalam Mukim Rawang dan Pekan Kuang, Selangor Darul Ehsan. Terdapat tiga lebuhraya utama yang melaului Tapak Projek yang dicadangkan ini iaitu Guthrie Corridor Expressway (GCE-E35 Shah Alam – Rawang Expressway), Lebuhraya Utara Selatan (E1) and Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor E25 (LATAR).
[Show full text]