EIA for the Proposed Mixed Development for Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd.

RINGKASAN EKSEKUTIF

I. Pengenalan Cadangan Projek

Kajian EIA ini dijalankan untuk cadangan Pembangunan Bercampur di atas Lot 482, 484, 640, 688, 1423, 1424, 1000, 1020 & 1021, 1023, 1024, 1427, 1430, 1433 & 1876, 1434, 1436, 1437, 1439, 1440, 4157, 35227, 15361, 15360, 15359 dan 15358, Mukim Rawang, Lot 488, 489, 497 dan 498, Pekan , Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Projek ini akan dijalankan di kawasan dengan keluasan 1,549.45 ekar (627.04 hek). Tapak Projek ini adalah berpecah-pecah dan mempunyai dua kawasan pembangunan berbeza. Cadangan projek ini akan dibangunkan oleh Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd. sebagai pemaju. Lokaliti tapak Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran (MPS).

Penilaian Awalan Tapak telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor pada 8hb Mei 2015 dan melalui surat bertarikh 20 Mei 2015 [(B) B 91/110 / 621/077 Jilid 185 (2)] Jabatan tidak mempunyai bantahan terhadap cadangan pembangunan. Sebagai maklumbalas kepada salah satu syarat yang dinyatakan dalam PAT, penukaran syarat nyata tanah untuk tapak akan dilakukan setelah mendapat kelulusan penyerahan KM dan di bawah proses serahan dan pemberimilikan semula. Jabatan juga meminta penyediaan dan penyerahan laporan EIA ke Jabatan Alam Sekitar, Selangor untuk pembangunan yang dicadangkan.

Tapak Projek ini terletak di dalam Mukim Rawang dan Pekan Kuang, Selangor Darul Ehsan. Terdapat tiga lebuhraya utama yang melaului Tapak Projek yang dicadangkan ini iaitu Guthrie Corridor Expressway (GCE-E35 – Rawang Expressway), Lebuhraya Utara Selatan (E1) and Lebuhraya Kuala Lumpur – E25 (LATAR). Dari segi geografi, tapak Projek berada pada latitud 3°17’49.41”U ke 3°15’2.58”U dan longitud 101°31’47.09”T ke 101°34’24.90”T. Lokasi Tapak Projek adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah A.

Dari segi aksesibiliti, kawasan utara dan selatan pembangunan yang dicadangkan ini boleh diakses melalui Jalan Negeri B25 (Jalan Ciku) di antara Kuang dengan Pekan Rawang. Ia terletak di antara Rawang dan Pekan Kuang di mana kedua-dua pekan terdapat hentian keretapi bagi perkhidmatan KTM Komuter. Bagi kawasan barat, aksesibiliti ke tapak adalah melalui Jalan Negeri B29 dan jalan dalaman Kg. Sg. Serai.

Tapak Projek adalah ladang kelapa sawit meliputi sebahagian besar kawasan tapak projek yang kebanyakannya boleh didapati di bahagian tengah dan selatan tapak projek. Pokok-pokok kelapa sawit di tapak projek adalah terdiri daripada pokok tidak matang dan pokok tua, di antara 2 hingga 25 tahun. Terdapat blok kecil tanah di bahagian utara tapak projek berhampiran Taman Perindustrian Bersepadu Rawang yang masih didominasi oleh getah, pokok-pokok hutan sekunder, dan pokok renek. Selain itu, terdapat beberapa struktur yang sedia ada di dalam tapak projek ini yang terdiri daripada kuarters pekerja, kuil, beberapa buah rumah dan sebahagian daripada kilang haram yang menceroboh ke kawasan Projek. Keadaan tapak semasa tapak projek adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah B.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. I

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd.

Tapak Projek yang dicadangkan dikelilingi dengan kediaman, industri, tumbuhan sekunder, industri dan jaringan jalanraya. Gunatanah bersebelahan Tapak Projek adalah seperti dibawah:

 Utara : Taman Pelangi, Taman Pinggir Pelangi, Taman Industri KRI, Taman Perindustrian Integrasi Rawang, tumbuhan sekunder.  Timur : Landasan keretapi KTM, Lebuhraya LATAR dan Ar-Raudhah Biotech Farm; Hutan Simpan Bukit Lagong  Selatan : Kg. Bunga Raya, Kg. Batu Dua Pulu, Kg. Setia Kuang dan Pekan Kuang  Barat : Kg. Sungai Serai dan lebuhraya Guthrie (GCE).  Barat Daya : Kg. Melayu Sri dan Taman Rahmat Jaya

Cadangan Projek ini adalah pembangunan bercampur yang tertakluk kepada Jadual Pertama perkara 14(c )(i), 17 dan 18 di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 dibawah sekyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)2012.

Merujuk kepada Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang yang diwartakan pada 20 Januari 2011 (Warta No: 141), cadangan pembangunan berada di dalam kawasan Blok Perancangan seperti di bawah dan seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 2. • BP 3: Rawang –Lagong Mas iaitu dibawah Blok Perancangan Kecil (BPK 3.5: Bandar Baru Rawang), • BP 4: Kota Elmina - Kuang dibawah Blok Perancangan Kecil (BPK 4.1: Pembangunan Baharu, BPK 4.3: Kg. Cempedak and BPK4.4: Kg. Sri Kundang) • BP 6: Rawang –Country Homes dibawah Blok Perancangan Kecil (BPK 6.1: Kg. Sungai Serai)

Dalam cadangan pembangunan ini di bahagian utara Tapak Projek telah dicadangkan untuk perumahan. Walaubagaimanapun, berdasarkan pada blok perancangan kecil BPK 3: Bandar Baru Rawang, kawasan tersebut telah diwartakan untuk zon industri. Begitu juga dengan pembangunan di dalam kawasan BPK 4.4: Kg. Baru Sri Kundang di mana dicadangkan untuk perindustrian dan tidak selaras dengan zon gunatanah cadangan pembangunan iaitu perumahan. Oleh itu, kedua-dua pembangunan yang dicadangkan adalah tidak selaras dengan gunatanah yang diwartakan dalam rancangan tempatan.

Pihak pemaju melalui Sime Darby Property Berhad telah membuat permohonan pindaan syarat gunatanah dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah memaklumkan bahawa mesyuarat SPC yang telah diadakan pada 12hb Februari 2015 dan 3hb August 2015 telah meluluskan pengubahan dalam kelas gunatanah tersebut di mana ia akan selaras dengan Rancangan Tempatan MPS (Pengubahan 4) .

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. II

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd.

Gambarajah A: Lokasi Tapak Projek

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. III

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd.

Gambarajah B: Keadaan Semasa Tapak Projek

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. IV

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd.

Pihak yang terlibat dalam pembangunan ini:- i. Tuan Tanah dan Pemaju SIME DARBY LANDSCAPING SDN. BHD (6814-D). 10TH Floor, Block G, No.2, Jalan PJU 1A/7A, PJU 1A, 47301 , Selangor Darul Ehsan. Tel.: 603-7849 5000; Fax.: 603-7849 5686 Attn: En. Abdul Raof Abdul Rahman (Head of Township Lagong)

ii. Perunding EIA Europasia Engineering Services Sdn. Bhd. (239233-K) No. 63A-2 & 65-2, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS1/50,Taman Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan. Tel. : 03-7783 3639/40; Fax. : 03-7784 3200 U/p. : Ms. Geetha P. Kumaran (C0020) (Ketua Kajian EIA)

iii. Jurutera Awam dan Struktur

DNP CONSULT SDN BHD. 30 Jalan Rugbi 13/30, Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, No. Tel: 603 55115499; No. Fax: 03-603 5513 7248 Attn.: Ir. Chong Chong Yun Ning iv. Perunding Perancang dan Pembangunan AJM PLANNING AND URBAN DESIGN GROUP SDN BHD (APUDG) 8 Suria, Block A, 33,Jalan PJU 1/42, Dataran Prima, 47301, Petaling Jaya.Selangor Darul Ehsan Tel.: 603-7887 5801 / 5802; Fax.:603-7887 5803 Attn.: Pn. Norliza Bt. Hashim (Pengarah)

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. V

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd. v. Juru Ukur SYARIKAT MAHYUDDIN & SIEW SDN. BHD. (19804 –U) Wisma Mahyuddin & Siew, 79A, Jalan 1/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Tel.: 03-9283 1988; Fax.: 03-9283 2000 Attn.: Mr. Pan Nyuk Fah (Licensed Land Surveyor) vi. Perunding GTMR

ADVANCED CONSULTING ENGINEERS SDN. BHD. (421795-P) Suite 12-25 & 26, 12 Floor, Wisma Zelan, No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur Tel.: 603-9171 1696; Fax.: 603-9171 8696 Attn.: Mr.Gan Kok Wee

vii. Mechanical and Electrical Engineer PERUNDING JURU JASA SDN. BHD No.34-02, Jln Puteri 7/7, Bandar Puteri , 47100 Puchong, Selangor. Tel : 03-8068 7271; Fax : 03-8068 7273 Attn.: Ir. Muhammad Radzi Yusop

viii. Traffic Consultant

RUNDING TRAFIK MZK SDN. BHD. Traffic and Transportation Planning Consultants F-9-3A, Block F, Setia Walk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Tel: 603-5879 1611,Fax: 603-5879 1612 Attn: Ir. Mohammad Razif Mat Shah

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VI

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd.

ix. Makmal Akreditasi SPECTRUM LABORATORIES SDN. BHD. (SAMM No.: 062) Lot 14 Jalan Pendamar 27/90, Seksyen 27 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel.: 03-5192 8188 Fax: 03-5191 8188 Attn.: Mr. Casey Kan

II. Alam Persekitaran Sediada

Persekitaran Fizikal a. Topografi  Morfologi cadangan Tapak Projek ini menunjukkan bahawa keadaan permukaan bumi adalah terdiri daripada teren beralun dengan purata ketinggian berjulat antara 30m-80m.  Kawasan tertinggi (kira-kira RL 157.358m) terletak di atas puncak bukit di bahagian timur laut Tapak Projek manakala kawasan terendah (kira-kira RL 21.895m) berada di lembah anak sungai Sg. Serai yang terletak di bahagian sempadan barat Tapak Projek. b. Saliran  Dari segi aspek hidrologi, Tapak Projek adalah berada dalam kawasan tadahan Sg. Selangor yang terletak kira-kira 77 km hulu daripada muara Sg. Selangor di Kuala Selangor.  Anak sungai yang menyaliri bahagian utara Tapak Projek, akan mengalir ke Sg. Gong kemudian ke dalam Sg. Kundang berdekatan dengan . Manakala Sg. Serai dan Sg. Kijing yang menyaliri bahagian tengah dan selatan Tapak Projek akan mengalir ke Sg. Kuang dan ke Sg. Kundang di Lebuhraya LATAR, kemudian ke Sg. Garing di arah utara seterusnya mengalir ke dalam Sg. Sembah, Sg. Selangor dan akhirnya discaj ke Selat Melaka.  Terdapat enam (6) takat pengambilan air di dalam kawasan tadahan air Sg. Selangor. Di antara kesemuanya, Takat Pengambilan Air di Kg. Rantau Panjang berdekatan, dan Takat Pengambilan Air Fasa II Sg. Selangor berdekatan dengan Kg. Sg. Darah adalah terletak kira-kira 21km dan 26km di hilir daripada Tapak Projek. c. Aspek Geologi dan Tanah  Tapak Projek terletak terutamanya di atas Formasi Kenny Hill kecuali di bahagian barat daya Tapak Projek adalah terletak di atas Formasi Terolak.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VII

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd.

 Advanced Consulting Engineers Sdn. Bhd. telah dilantik oleh Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd. untuk menjalankan Pemetaan Teren Geologi bagi cadangan Tapak Projek. Laporan Pemetaan Terrain Geologi (GTMR) telah dikemukakan kepada Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan dan kelulusan telah diperolehi pada 6hb May 2015 dengan rujukan no. : - JMG.SWP(GS)001/12/2Jld8().  Ringkasan pengkelasan kesesuaian pembinaan bagi tapak cadangan pembangunan adalah dipaparkan dalam Jadual A. Jadual A: Rumusan Pelan Klasifikasi Kesesuaian Pembinaan

Sumber : Advanced Consulting Engineers Sdn. Bhd. (April, 2015)

 Berdasarkan kepada kajian penyiasatan tanah (S.I.) yang dijalankan oleh Pakatan Tenaga Sdn. Bhd dari 26hb. Jun 2014 hingga 9hb. September 2014 di bawah pengawasan juruperunding geoteknikal, Khairi Consult Sdn. Bhd., sejumlah tujuh puluh lapan (78) lubang gerudi telah digerudi di dalam cadangan Tapak Projek.  Secara umumnya, tanah residu Tapak Projek ini adalah terdiri kebanyakannya daripada KELODAK berpasir dan PASIR berkelodak, sementara Batu Kapur dan Batu Pasir telah ditemui pada tujuh belas (17) lubang gerudi yang digerudi.  Dengan merujuk kepada Peta Tanah Semenanjung (Pindaan 2002), yang diterbitkan oleh Kementerian Pertanian Malaysia, Tapak Projek adalah terletak dalam kawasan tanah sedentari bernama Assosiasi Serdang-Bungor-Munchong.  Tanah di dalam kawasan Tapak Projek adalah mudah telap kepada air, justeru itu, lapisan tanah atas tanpa penutup tumbuhan adalah mudah terhakis apabila terdedah kepada hujan lebat.  Menurut Peta Hidrogeologi Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2008) yang diterbitkan oleh Jabatan Mineral and Geosains (JMG) Malaysia, Tapak Projek adalah terletak dalam kawasan rejim akuifer yang berkeupayaan tinggi di rantau ini . d. Gunatanah  Kawasan penempatan dan bukan pertanian adalah jenis gunatanah utama dalam kawasan impak iaitu seluas 22,888.73 ekar atau 50.00%. Kawasan perbandaran biasanya dalam bentuk bandar baru dan kawasan penempatan / kampung di sekitar tapak projek yang merangkumi kira-kira 16,031.26 hektar atau 35.0% daripada keseluruhan kawasan impak.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VIII

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd.

 Kawasan Rekreasi (iaitu, Tasik Puteri Golf & Country Club) meliputi 1.5% daripada kawasan impak. Selain daripada kawasan penempatan dan rekreasi, kira-kira 7.1% daripada kawasan impak dilitupi dengan jalan raya / lebuh raya (iaitu Elebuhraya Guthrie (GCE), Jalan Ciku, Jalan Kg Baru Sri Kundang), landasan kereta api meliputi kawasan impak sebanyak 0.5%. Lombong bijih timah & bekas kuari meliputi kira-kira 3% daripada kawasan impak.  Kawasan pertanian adalah guna tanah utama kedua kawasan impak dengan kawasan seluas 10,039.33 ekar (21,90% daripada kawasan impak). Tanaman utama yang ditanam di sekitar tapak projek adalah kelapa sawit dan getah yang meliputi kira-kira 3,857.43 ekar (8.4%) dan 2,343.12 ekar (5.1%) daripada kawasan impak.  Hortikultur campuran dan sayur-sayuran boleh ditemui dalam kawasan penempatan / kampung yang masing-masing merangkumi 1,848.32 ekar (4%) dan 345,82 ekar (0.8%) kawasan impak.  Kawasan berhutan seperti semak meliputi kira-kira 1,747.27 ekar (3.8% daripada keseluruhan kawasan impak. Hutan (iaitu, Hutan Simpan Bukit Lagong) merangkumi kawasan seluas 6,940.09 ekar (15.2% daripada keseluruhan kawasan impak). Sementara itu, hutan sekunder meliputi kira-kira 1,248.31 ekar (2.7% daripada keseluruhan kawasan impak).  Kegunaan tanah lain yang dijumpai di tapak adalah kawasan baru dilapangkan (4.3%), badan air seperti sungai iaitu 1.0 % dan kolam yang meliputi 1.1% daripada kawasan impak.  Reseptor terhampir bagi cadangan Projek ini ialah : i. Utara : Taman Pelangi – 40m ii. Selatan : Kg. Bunga Raya, Taman Perumahan Kuang and settlement area at Kg. Bunga Raya – 20m, 28m and 10m iii. Barat daya: Kg. Melayu Sri Kundang dan Taman Rahmat Jaya -15m and 145m iv. Barat : Kg. Sg. Serai -15m (Nota: Jarak adalah diambil dari bangunan sedia ada ke sempadan tapak Projek)

Gambarah yang menunjukkan jarak penerima terhampir sediaada adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah C.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. IX

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd.

Gambarajah C: Jarak Penerima Terhampir dengan Tapak Projek

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. X

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd. e. Kualiti Air  Penilaian kualiti air dasar projek dijalankan pada 24hb dan 25hb Mac 2015 di dua belas (12) takat persempelan yang mewakili dua sesi iaitu pagi dan petang. Persempelan dan analisis dilaksanakan oleh makmal akreditasi SAMM i.e., Spectrum Laboratories Sdn.Bhd.  Kualiti air yang diambil diringkaskan dalam Indeks Kualiti Air (WQI) seperti yang dijadualkan dalam Jadual B. Secara dasarnya, kualiti air di tapak projek adalah majoriti berada dalam Kelas II kecuali W2 ( Kelas I untuk sesi pagi), W8 (Kelas III untuk sesi petang) dan W9 (Kelas III untuk sesi pagi).

Jadual B: Keputusan Penilaian Indeks Kualiti Air.

Lokasi Lokasi Penerangan WQI Persempelan Pagi Petang

3°17’32.1” U, 80 87 W 1 Sg. Gong 101°33’08.7”T (Kelas II) (Kelas II) 3°18’31.60”U, 94 88 W 2 Mewakili anak sungai Sg. Gong. 101°33’04.0”T (Kelas I) (Kelas II) 3°17’11.4”U, 83 91 W 3 Anak Sg. Serai 101°32’51.0”T (Kelas II) (Kelas II) 3°16’56.7”U, Anak sungai Sg. Serai di bahagian barat Tapak 85 87 W 4 101°33’59.9”T Projek (Kelas II) (Kelas I) 3° 16’39.8” U, Mewakili hulu Sg. Serai 86 82 W 5 101° 33’ 30.5” T (Kelas II) (Kelas II) W 6 3°15’52.4”U , Sg. Kijing 89 82 101°32’53.7”T (Kelas II) (Kelas II) W 7 3°16’18.1”U, Mewakili hilir Sg. Serai 85 83 101°31’44.4”T (Kelas II) (Kelas II) W 8 3°15’25.9”U, Mewakili hulu Sg. Kuang 89 76 101° 32’ 12.2” T (Kelas II) (Kelas III) W 9 3° 15’28.1” U, Mewakili hilir Sg. Kuang 74 90 101°31’38.5”T (Kelas III) (Kelas II) W10 3° 16’07.4” U, Mewakili anak sungai Sg. Kijing 80 87 101°31’43.5”T (Kelas II) (Kelas II) W11 3°16’50.7”U , Sg. Kundang 83 78 101°30’59.5”U (Kelas II) (Kelas II) W12 3° 19’39.3” U, Selepas pertemuan Sg. Kundang and Sg. Gong 85 92 101°30’47.2”T (Kelas II) (Kelas II) Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd., 2015 Klasifikasi berdasarkan pada “National Water Quality Standards (NWQS) for Malaysia”.

f. Kualiti Udara  Penilaian kualiti udara dijalankan dari 24hb hingga 28hb Mac 2015 dan 17hb hingga 21hb Ogos 2015 di lapan (8) kawasan persampelan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual C.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XI

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd.

 Kualiti udara di tapak Projek dan kawasan persekitaran dianggap sebagai memuaskan memandangkan keenam-enam parameter terletak dalam julat yang dibenarkan oleh Garis Panduan Kualiti Udara Malaysia.

Jadual C: Penerangan Stesen Pensampelan Pemantauan Udara

Lokasi Lokasi Penerangan Pensampelan Terletak di Taman Pinggir Pelangi. 03o 18’31.7”U, Point A1 101o 38’01.4”T Penyumbang sekeliling:  Aktiviti manusia.  Pergerakan kenderaan di kawasan perumahan  Industrial activities Terletak di Kg. Sg. Serai. 03o 17’13.3”U, Point A2 101o 32’52.4”T Penyumbang sekeliling:  Aktiviti manusia.  Pergerakan kenderaan di kawasan perumahan Terletak di Kg. Melayu Seri Kundang 03o 15’35.7”U, Penyumbang sekeliling: Point A3 101o 31’43.4”T  Aktiviti manusia.  Pergerakan kenderaan di kawasan perumahan Terletak di kawasan penempatan di Kg. Bunga Raya iaitu di 03o 15’38.5”U, bahagian selatan luar tapak projek. Point A4 101o 33’20.1”T Penyumbang sekeliling:  Aktiviti manusia.  Pergerakan kenderaan di kawasan penempatan.  Pergerakan keretapi KTM di sepanjang sempadan timur Tapak Projek.  Pergerakan kenderaan di lebuhraya Utara Selatan dan LATAR Point A5 03o 17’33.3”U, Terletak di Taman Pelangi. 101o 33’07.1”T Penyumbang sekeliling:  Aktiviti manusia.  Pergerakan kenderaan di kawasan penempatan Point A6 03o 15’42.4”U, Terletak di Taman Kuang Raya. 101o 33’06.0”T Penyumbang sekeliling:  Aktiviti manusia.  Pergerakan kenderaan di kawasan penempatan. Point A7 03o 15’12.6”U, Terletak di Kg. Setia Kuang. 101o 32’20.6”T Penyumbang sekeliling:  Aktiviti manusia.. Point A8 03o 17’01.7”U, Terletak di dalam kawasan tapak Projek bersebelahan dengan 101o 33’19.7”T Lebuhraya Utara Selatan.

Penyumbang sekeliling:  Pergerakan kenderaan di lebuhraya Utara Selatan.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XII

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd. g. Aras Bunyi  Tahap bunyi bising di kawasan persampelan N1 – N8 (lokasi yang sama dengan pengawasan kualiti udara) dijalankan dari 7:00 pagi hingga 10:00 malam bagi sesi waktu siang dan pada pukul 10:00 malam hingga 7:00 pagi bagi sesi waktu malam.  Keputusan analisis menunjukkan paras bunyi N1, N3, N4 dan N8 untuk kedua-dua sesi dan N5, N6 dan N7 untuk sesi malam adalah melebihi paras yang direkomendasi.  Paras bunyi yang tinggi mungkin disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia dan pergerakan kenderaan.

h. Aras Gegaran  Kajian pemantauan tahap gegaran telah dijalankan di dua (2) tapak yang dipilih iaitu V1 di Kg. Sg. Serai manakala V2 di kawasan penempatan dalam Kg. Bunga Raya di bahagian selatan Tapak Projek untuk tempoh 8 jam pada 26 Mac 2015. • Analisis Keputusan menunjukkan bahawa tahap gegaran yang sedia ada di V1 dan V2 adalah dalam had yang dibenarkan

Persekitaran Biologi  Persekitaran biologi yang sedia ada daripada tapak projek adalah terhad kepada komposisi flora dan fauna kawasan estet pertanian di Semenanjung Malaysia. Memandangkan Tapak Projek adalah ladang kelapa sawit (Bukit Lagong & Lagong Mas Tanah), oleh itu ia tidak terletak dalam satu Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).  Komposisi flora bagi keseluruhan tapak projek telah dibahagikan kepada dua (2) jenis flora iaitu tanaman komersial (kelapa sawit, Elaeis guineensis) dan tumbuh-tumbuhan hutan sekunder. Tidak ada hutan primer di dalam tapak projek. Terdapat blok kecil tanah di bahagian utara dan timur laut tapak projek berhampiran Taman Perindustrian Integrasi Rawang yang masih didominasi oleh getah, pokok-pokok hutan sekunder, dan pokok renek.  Selain daripada tanaman, kawasan-kawasan ladang juga ditutup dengan semak, rumput, rumpai dan epifit biasa. Di sepanjang tepi jalan dalam ladang kelapa sawit, terdapat banyak rumpai dan rumput.  Kawasan lapang di dapati terutamanya di bahagian timur dan barat tapak projek (Estet Bukit Lagong) di mana ia telah ditanam semula dengan kelapa sawit belum matang (1-3 tahun) di sepanjang jalan Negeri B25 (Jalan Ciku). Kepadatan tumbuh-tumbuhan di dalam bahagian ini adalah rendah berbanding dengan kelapa sawit dan kawasan tumbuh-tumbuhan pokok renek sekunder.  Dari pemerhatian yang dijalankan, kawasan perladangan dan hutan sekunder terdiri daripada pokok, pokok renek dan belukar yang boleh diklasifikasikan sebagai spesies tidak terancam dan tidak ada spesies terancam ditemui di dalam dan sekitar tapak projek.  Umumnya, penemuan dalam pemerhatian menunjukkan bahawa habitat fauna di dalam tapak projek telah diganggu oleh aktiviti penebangan hutan sebelumnya dan aktiviti pertanian (iaitu, perladangan) yang berterusan. Kaji selidik menunjukkan pelbagai spesies burung, mamalia kecil, reptilia seperti cicak dan ular adalah spesis yang biasa dilihat di tapak projek. Jejak mamalia bersaiz sederhana (iaitu, babi hutan, dan

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XIII

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd.

lain-lain primat) direkodkan dan dilihat oleh pekerja tapak / ladang di kawasan jiran yang tumbuh- tumbuhan daripada tapak projek.

Persekitaran Sosio-ekonomi  Berdasarkan banci terakhir pada tahun 2010, jumlah penduduk di Mukim Rawang telah direkodkan pada 195,095 orang.  Penggerak Projek telah melantik syarikat perunding berasaskan sosial iaitu ANZ Perancang Sdn. Bhd., Untuk menilai keadaan semasa di tapak projek terutama mengenai entiti ekonomi sosial. Perunding telah menyediakan Penilaian Kesan Sosial untuk dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Selayang.  Perunding dalam penemuannya telah melaporkan bahawa dari segi struktur; pada masa ini terdapat tiga (3) kuil Hindu, tiga (3) kuil keluarga (swasta) dan satu (1) Tanah Perkuburan Hindu.  Ia juga melaporkan bahawa penempatan manusia diperhatikan dalam tapak Projek itu terdiri daripada dua puluh (20) isi rumah bersamaan dengan dua puluh (20) struktur.  Kebanyakan penduduk adalah pekerja ladang iaitu lebih kurang empat puluh lima (45) pekerja. Syarikat perladangan telah bersetuju untuk mengambil pekerja-pekerja ini ke ladang-ladang mereka yang lain bersebelahan dengan tapak Projek.  Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa terdapat kilang dalam tapak Projek yang dicadangkan. Ia telah beroperasi selama lima belas (15) tahun dan telah memperluaskan operasinya tanpa pengetahuan dan kebenaran daripada pemilik tanah.  Pelan tindakan untuk menangani isu-isu yang dikenal pasti dalam Laporan Penilaian Kesan Sosial adalah seperti yang digariskan dalam Jadual 5.15 dalam laporan.

III. Konsep Cadangan Pembangunan

 Berdasarkan kepada komponen pembangunan yang dicadangkan itu, peruntukan bagi infrastruktur akan menjadi jenis utama guna tanah iaitu sebanyak 32.44% iaitu 502.63 ekar daripada jumlah kawasan yang akan dimajukan, diikuti dengan pembangunan kediaman, kawasan hijau, perindustrian, lot pertanian, kemudahan awam dan komersil.  Komponen penempatan merangkumi 17.78% dari keseluruhan peratusan pembangunan iaitu kira-kira 275.50 ekar daripada jumlah kawasan pembangunan untuk 9,048 unit rumah. Terdapat lima(5) jenis rumah yang akan dibina iaitu Banglo, Rumah Berkembar, Rumah Teres, lot perumahan strata dan pangsapuri.  Jenis industri yang dicadangkan di tapak adalah industri yang tidak mencemarkan (Managed Industrial Bussiness Park) di mana merangkumi sebanyak 215.78 ekar atau 13.93% dari keseluruhan kawasan pembangunan. Kawasan industri dicadangkan di kawasan Fasa 1 iaitu barat daya tapak Projek.  Aktiviti industri yang dicadangkan adalah industri ringan (Kategori 4) dan sederhana (Kategori 3).  Sektor komersial yang mana meliputi 4.44% (i.e. 68.75 ekar) daripada kawasan pembangunan terdiri daripada kedai pejabat, plot perniagaan dan stesen petrol.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XIV

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd.

 Kemudahan awam yang akan disediakan dalam pembangunan ini merangkumi sekolah rendah dan kompleks sekolah integrasi , tadika, masjid, surau, balai polis, rumah ibadat bukan islam seta rizab kubur.  Pemaju telah memperuntukkan 37.58 ekar untuk kompleks sekolah integrasi dengan pelbagai kemudahan pendidikan yang disediakan untuk masyarakat setempat dan sekitarnya.  Infrastruktur dan utiliti yang dicadangkan dalam pembangunan ini adalah kolam takungan, rizab sungai dan parit, pencawang TNB, pencawang pembahagi utama (PPU), loji rawatan kumbahan, depoh lori, tangki sedut, tangki air dan jalan raya.  Kolam tadahan meliputi jumlah kawasan 99.14 ekar tanah (6.40%) akan di naik taraf untuk kawasan rekreasi dan landskap.  Terdapat peruntukan untuk kawasan lapang, kawasan cerun dan penampan, dengan jumlah kawasan liputan 247.05 ekar (iaitu 15.94% tapak projek) yang dirancang untuk pembangunan yang dicadangkan.  Berdasarkan pada keseluruhan cadangan pembangunan, jalan bertar meliputi kira-kira 322.23 ekar tanah.  Lot pertanian dengan jumlah kawasan sebanyak 159.74 ekar (10.31% dari keseluruhan kawasan pembangunan) tidak akan dimajukan dan akan dikekalkan dengan tumbuhan perladangan sedia ada.  Penyediakan kawasan penampan adalah seperti di bawah dan seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah D: i. Kawasan Perindustrian Integrasi Rawang – zon penampan primer sebanyak 150m and 50m (minimum) masing-masing untuk industri Kategori 3 and 4 seperti garispanduan dari JAS “Siting and Zoning of Industry and Residential Areas” telah disediakan dengan menyediakan infrastruktur dan lot pertanian di bahagian utara sempadan tapak Projek. ii. Kawasan Industri KRI – Jarak bangunan kilang dalam kawasan industri KRI ke cadangan bunglo adalah 404m. iii. Cadangan kilang ke rumah sediada yang terdekat (bahagian baratdaya) – Jarak yang disediakan dari sempadan industri yang dicadangkan dalam Tapak Projek dengan sempadan rumah sediada yang terdekat di Kg. Melayu Sri Kundang adalah 254m. iv. Kilang yang dicadangkan ke rumah yang dicadangkan (bahagian selatan) – Jarak dari sempadan industri yang dicadangkan dalam Tapak Projek ke sempadan rumah yang terdekat yang dicadangkan dalam tapak projek iaitu Pangsapuri 1 di bahagian selatan adalah 643m. v. Rizab sungai - 30m telah disediakan untuk Sg. Serai vi. Loji rawatan kumbahan – 30m zon penampan disediakan  Keperluan kuatitatif kemudahan infrastruktur asas dan jumlah sisa terjana oleh jangkaan populasi setara (PE) 82,103 orang dirumuskan dalam Jadual D.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XV

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd.

Gambarajah D: Penyediaan Zon Penampan

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XVI

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd.

Jadual D: Anggaran Permintaan Utiliti dan Sisa Terjana Semasa Fasa Operasi Projek

Sektor Anggaran Penerangan Permintaan/Sisa Harian  2 unit pencawang pembahagi utama dan 39 unit pencawang elektrik Elektrik 85MW TNB telah diperuntukkan untuk menampung keperluan elektrik cadangan projek.  Sumber bekalan air ialah dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Air 21,897,835 L/hari  Air yang dirawat hendaklah disimpan di dalam tangki air yang terletak di bahagian utara dan tengah pembangunan sebelum diagihkan kepada keseluruhan kawasan pembangunan.  Kumbahan dari kawasan ini akan dialirkan ke dua (2) Loji rawatan Sisa Kumbahan yang dicadangkan yang terletak di barat daya dan barat 18,473,175 L/hari Kumbahan laut tapak pembangunan.

 Pengutipan dan pelupusan sisa pepejal sewaktu fasa operasi adalah 82,103 kg sehari Sisa Pepejal di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang. Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd., 2016

 Pembangunan di tapak Projek yang dicadangkan ini akan dibahagikan kepada tiga (3) peringkat pembangunan utama iaitu, Peringkat 1 hingga Peringkat 3.  Berdasarkan kepada jadual pelaksanaan, adalah dianggarkan bahawa pembangunan yang dicadangkan akan dijalankan untuk tempoh lebih kurang 15 tahun iaitu dari pertengahan 2017 ( pembersihan tapak ) hingga akhir 2031 (selesai kerja-kerja bangunan).

Kerja tanah dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu: Fasa 1: Pakej 1a,1b &1c; Fasa 2: Pakej 2a, 2b, 3a & 3b ; Fasa 3: Pakej 4a, 4b, 4c & 5, Fasa 4: Pakej 7, 8, 9 & 12 and Fasa 5: Pakej 10, 11a & 11b untuk mengurangkan kekerapan mobilisasi kontraktor. Kerjatanah pada setiap pakej akan bermula setelah kerja pelapangan tanah pada kawasan tersebut telah siap. Pembinaan bangunan utama akan bermula pada akhir tahun 2020 dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2031. Jadual pembangunan mungkin berbeza disebabkan oleh peringkat pelancaran jualan dan jadual sebenar kerja-kerja pembinaan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

IV. Impak-impak Alam Sekitar yang Signifikan & Cadangan Langkah-langkah Mitigasi

Isu-isu alam sekitar yang utama berhubung dengan aktiviti-aktiviti semasa pelapangan tapak, pembinaan dan fasa operasi. Impak-impak yang utama beserta dengan cadangan langkah-langkah kawalan diringkaskan dalam Jadual E.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XVII

EIA for the Proposed Mixed Development for Lagong Development at Mukim Rawang, Rev.01 District Of Gombak, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd.

V. Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP)

Selain daripada mencadangkan langkah-langkah kawalan, laporan ini juga menekankan formulasi dan perlaksanaan pelan pengurusan alam sekitar (EMP). Pelan ini perlu dianggotai pihak Pemaju, jurutera perunding, kontraktor dan perunding alam sekitar. Rangka EMP bergantung kepada usaha daya kolektif daripada semua pihak yang terlibat tanpa menghiraukan peringkat pembabitan di dalam hierarki. Rancangan pengurusan dan program pengawasan yang dicadangkan untuk Projek ini di peringkat pembinaan dan operasi adalah seperti berikut:

 Program pengawasan, latihan dan penyelenggaraan berkaitan struktur kawalan pencemaran;  Perlaksanaan langkah-langkah kawalan di tapak;  Perancangan kemajuan kerja di tapak;  Penyediaan langkah keselamatan berserta dengan langkah kecemasan;  Perlaksanaan rancangan pengurusan trafik yang telah di dokumentasi untuk memastikan keselamatan di tapak;  Pengawasan kualiti air, udara dan bunyi bising untuk menilai keberkesanan perlaksanaan langkah mitigasi yang telah dicadangkan.  Penilaian kualiti air, udara dan bunyi bising di kawasan tapak dan analisis makmal dilakukan oleh makmal yang mendapat kelulusan Jabatan Piawaian (Standard) Malaysia.

VI. Kesimpulan

Cadangan pembangunan ini akan dibangunkan di atas Lot 482, 484, 640, 688, 1423, 1424, 1000, 1020 & 1021, 1023, 1024, 1427, 1430, 1433 & 1876, 1434, 1436, 1437, 1439, 1440, 4157, 35227, 15361, 15360, 15359 dan 15358, Mukim Rawang, Lot 488, 489, 497 dan 498, Pekan Kuang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Pembangunan yang dicadangkan ini akan dibangunkan di atas 1,549.45 acres (627.04 ha) dan dibangunkan oleh Sime Darby Landscaping Sdn. Bhd. Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang.

Dalam menilai integrasi cadangan Projek dengan persekitaran sediada tapak projek, masalah utama yang dijangka dari segi persekitaran fizikal ialah kesan hakisan tanah dan pencemaran (air, udara dan bunyi) ke atas persekitaran fizikal dan kesan kepada masyarakat sendiri sewaktu fasa kerjatanah dan fasa pembinaan. Sebahagian persekitaran biologi akan hilang sewaktu kerja pelapangan dan aktiviti pembinaan. Walaubagaimanapun, impak-impak yang dihasilkan oleh projek boleh dikurangkan dengan memperkenalkan berbagai langkah-langkah tebatan yang praktik dan kos efektif seperti yang dicadangkan dalam laporan ini. Kejayaan intergrasi cadangan pembangunan dengan persekitaran kawasan pembangunan akan menyumbang ke arah penerimaan sosial cadangan projek pembangunan ini. Dengan memasukkan konsep kesedaran terhadap alam sekitar dalam perancangan, pembangunan lestari boleh dicapai dan manfaat sosial ekonomi daripada Projek dapat mengimbangi impak-impak negatif.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XVIII