02.Hansard.091110
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Shah Alam, Selasa 09 November 2010 Mesyuarat dimulakan pada jam 10.00 pagi YANG HADIR YB Tuan Teng Chang Khim (Sungai Pinang) (Tuan Speaker) YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim PSM., SPMS., DPMS., DSAP. (Ijok) (Dato’ Menteri Besar Selangor) YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Kinrara) YB Dato’ Dr. Hasan bin Mohamed Ali DIMP., SMS. (Gombak Setia) YB Tuan Haji Yaakob bin Sapari (Kota Anggerik) YB Tuan Dr Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Seri Andalas) YB Puan Dr. Halimah bt. Ali (Selat Klang) YB Tuan Iskandar Bin Abdul Samad (Cempaka) YB Tuan Liu Tian Khiew (Pandamaran) YB Puan Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan) YB Tuan Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) YB Puan Haniza bt. Mohamed Talha (Taman Medan) (Timbalan Speaker) YB Tuan Dr. Shafie bin Abu Bakar (Bangi) YB Tuan Ng Suee Lim (Sekinchan) 1 YB Tuan Mohamed Azmin bin Ali (Bukit Antarabangsa) YB Tuan Dr. Abd. Rani bin Osman (Meru) YB Tuan Lau Weng San (Kampung Tunku) YB Tuan Mat Shuhaimi bin Shafie (Seri Muda) YB Tuan Lee Kim Sin (Kajang) YB Tuan Haji Saari bin Sungib (Hulu Kelang) YB Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi (Sijangkang) YB Tuan Yap Lum Chin (Balakong) YB Tuan Muthiah a/l Maria Pillay (Bukit Melawati) YB Tuan Phillip Tan Choon Swee ( Teluk Datuk) YB Tuan Dr. Mohd. Nasir bin Hashim (Kota Damansara) YB Tuan Khasim bin Abdul Aziz (Lembah Jaya) YB Tuan Amiruddin bin Shari (Batu Caves) YB Tuan Edward Lee Poh Lin YB Tuan Manoharan a/l Malayalam (Kota Alam Shah) YB Puan Lee Ying Ha (Teratai) YB Puan Gan Pei Nei (Rawang) Y. B. Dato’ Seri Dr. Haji Mohamad Khir bin Toyo, SPMS., PJK. (Sungai Panjang) YB Dato’ Dr. Haji Mohamed Satim bin Diman, DSSA., KMN., ASA., PJK. (Seri Serdang) YB Dato’ Haji Raja Ideris bin Raja Ahmad, DSSA., AMS., AMN., PJK. (Sungai Air Tawar) YB Dato’ Haji Abd. Rahman bin Palil, DSSA., KMN., AMS., AMN., PPT., PJK., JBM., (hc). (Sementa) YB Dato’ Hj. Mohd. Shamsudin bin Haji Lias, DPMS., SSA. (Sungai Burong) YB Dato’ Dr. Karim bin Mansor, DPMS., ASA., PJK. (Tanjung Sepat) 2 YB Dato’ Mohamed Idris bin Haji Abu Bakar, DSSA., AMS., PJK. (Hulu Bernam) YB Dato’ Amiruddin Setro, DPMS., ASA. (Jeram) YB Dato’ Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor DPMS., KMN., AMN., ASA. (Paya Jaras) YB Tuan Hasiman bin Sidom, PJK YB Dato’ Haji Warno bin Dogol, DSIS., AMS., SMS., PJK. (Sabak) YB Dato’ Marsum bin Paing, DPMS., SSA., ASA. (Dengkil) YB Dato’ Subahan bin Kamal, DIMP. (Taman Templer) YB Tuan Abdul Shukur bin Idrus, KMN., SIS., ASBK. (Kuang) YB Datuk Haji Johan bin Abdul Aziz. JP., AMS. (Semenyih) YB Tuan Mohd Isa bin Abu Kasim, AMS. (Batang Kali) YB Tuan Yap Ee Wah, PJK. (Sungai Pelek) YB Tuan Wong Koon Mun, SMS., PJK. (Kuala Kubu Baharu) YB Tuan Sulaiman bin Haji Abdul Razak, SMS., PPN. (Permatang) YB Tuan Ismail bin Sani. SMS., PJK. (Dusun Tua) 3 TIDAK HADIR YB Puan Rodziah bt. Ismail (Batu Tiga) (Menunaikan Fardu Haji) YB Tuan Dr. Cheah Wing Yin (Damansara Utama) YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Subang Jaya) YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Seri Setia) YB Tuan Badrul Hisham bin Abdullah (Pelabuhan Klang) TURUT HADIR (Mengikut Fasal LII (3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959) YB Datin Paduka Zauyah Be binti T. Loth Khan, DPMS., DMSM., DSM., AMN. Penasihat Undang-undang Negeri Selangor YB Dato’ Mohd. Arif bin Ab. Rahman, DSIS., SIS., AMS., AMN. Pegawai Kewangan Negeri Selangor TIDAK HADIR YB Dato’ Ramli bin Mahmud, DPMS., SMS. A.M.S Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ( Cuti sakit ) 4 PEGAWAI BERTUGAS Encik Mohamad Yasid bin Bidin Setiausaha Bahagian (Dewan/MMKN) Puan Mazian bt. Manan Penolong Setiausaha I Puan Noor Diana bt. Razali Penolong Setiausaha II Puan Nurul Haizan bt. Hj. Rais Penolong Setiausaha III Puan Siti Salbiah bt. Masri Penolong Pegawai Tadbir En Md. Saref bin Salleh BENTARA Puan Hajah Noridah bt. Abdullah Cik Noor Syazwani bt. Abdul Hamid PELAPOR PERBAHASAN 5 ( Dewan disambung semula ) ( Tuan Speaker Mempengerusikan Mesyuarat ) YB TUAN SPEAKER : Dewan disambung semula. SETIAUSAHA DEWAN : Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Persidangan Dewan Negeri Selangor Yang Kedua Belas dimulakan dengan bacaan doa. I. DOA. II. PERTANYAAN-PERTANYAAN SETIAUSAHA DEWAN : Aturan urusan mesyuarat seterusnya pertanyaan-pertanyaan sambungan. YB TUAN SPEAKER : Sungai Pelek. YB TUAN YAP EE WAH : Terima kasih Tuan Speaker. Soalan No.14. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB TUAN YAP EE WAH (SUNGAI PELEK) TAJUK : KUTIPAN PASIR 14. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar: a) Berapakah kutipan hasil pasir oleh KSSB? b) Kenapakah kutipan hasil tersebut meningkat secara mendadak selepas isu cuti pasir dibongkar? YB TUAN DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI : Tuan Speaker. Menjawab soalan Sungai Pelek berkaitan dengan berapakah kutipan hasil pasir dari KSSB? Prestasi kewangan Kumpulan Semesta dari September 2008 hingga September 2010. Jumlah jualan pada tahun 2008, RM4.82 juta. Tahun 2009, RM31.03 juta. Sehingga September 2010, RM42.91 juta. Sementara royalti yang dibayar pada 2008, RM1.47 juta. 2009, RM5.76 juta. Sehingga September 2010, RM8.3 juta. Untung sebelum cukai, pada tahun 2008, RM1.88 juta. 2009, RM8.82 juta. Sehingga September 2010, RM14.72 juta. Menjawab soalan kedua, terima kasih kepada Sungai Pelek yang mula mengakui dasar Kerajaan untuk menguruskan hasil pasir dari Kumpulan Semesta nampaknya meningkat begitu sekali. Dan kita mengalu-alukan mana-mana teguran atau pendedahan sama ada dari pihak Kerajaan mahupun pihak pembangkang atau media. Walau bagaimanapun pihak KSSB dan Kerajaan Negeri tidak bertindak atas apa-apa pendedahan dan kita berusaha memastikan bahawa Kumpulan Semesta akan terus berdaya maju di masa akan datang. Kita menjangkakan bahawa Kumpulan Semesta akan terus mendapat jualan tinggi dan royalti yang dipulangkan kepada Kerajaan Negeri akan lebih meningkat dan keuntungan tinggi dengan pembukaan 17 lombong persendirian pada tahun ini. 6 YB TUAN SPEAKER : Sekinchan. YB TUAN NG SUEE LIN : Tuan Speaker, soalan tambahan. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kota Anggerik berkenaan dengan isu pasir ini. Dalam laporan audit baru-baru ini pasir telah dikatakan merosot tidak dijaga dengan baik tetapi dalam jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO mengatakan semua ada peningkatan 2008, 2009, 2010 semua peningkatan. Apakah sebenarnya terdapat kecelaruan yang berlaku dalam audit dengan jawapan daripada Yang Berhormat? Tolong perjelaskan secara detail . Terima kasih. YB TUAN DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI : Terima kasih. Soalan ini dia tak sangat berkaitan dengan Kumpulan Semesta, berkaitan dengan hasil royalti Kerajaan Negeri. Pada tahun 2008 terdapat satu projek besar tebatan banjir Sungai Damansara, di mana permit pasir seluas 200 ekar untuk projek tebatan banjir dikeluarkan iaitu hasil royalti pasir 2008 ialah RM8 juta. Pada tahun 2009, Kumpulan Semesta mula beroperasi. Sebahagian besar permit bawa pasir kita bekukan sementara untuk semakan semula iaitu pada tahun 2009 royalti pasir menurun daripada RM8 juta ke RM5 juta dan 2010 bila operasi sepenuhnya berjalan pendapatan Kumpulan Semesta meningkat dan pendapatan royalti juga meningkat. YB DATO’ HAJI WARNO BIN DOGOL : Soalan tambahan. YB TUAN SPEAKER : Kajang. YB TUAN LEE KIM SIN : Terima kasih Tuan Speaker. Kajang ingin bertanya dari laporan Ketua Audit yang terbaharu ini, kita dapati selain daripada keuntungan dari segi wang ringgit, kita dapati ada banyak kerosakan dari segi alam sekitar. Dan kerosakan ini memang memerlukan belanja yang banyak untuk di baik pulih. Jadi adakah berbaloi dari segi ataupun adakah pihak Kerajaan mengambil kira kesemua kerugian ini sebelum menjalankan kerja- kerja? YB TUAN DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI : Laporan Audit menyemak 2008. Pada tahun 2008 operasi pasir di bawah Kerajaan yang terdahulu memang tidak mengikut spesifikasi alam sekitar. Tetapi semenjak Kumpulan Alam Semesta menguruskan, kita memastikan bahawa semua kontraktor memenuhi AMP dan mesti memenuhi syarat-syarat AMP yang dikehendaki dan tujuan Semesta sendiri ialah memastikan bahawa alam sekitar dapat dikawal. YB DATO’ HAJI WARNO BIN DOGOL : Soalan tambahan. YB TUAN SPEAKER : Ia, Sabak. YB DATO’ HAJI WARNO BIN DOGOL : Yang Berhormat Dato’ EXCO, saya juga ingin tahu sila nyatakan 7 kawasan lombong yang beroperasi yang telah diberi permit oleh Kerajaan Negeri. YB TUAN DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI : 17. Mahu tahu nama-namanya? Status lombong persendirian: 1. Go Ground Sdn. Bhd. Seluas 91.39 hektar di Bestari Jaya, Kuala Selangor. Sudah mula operasi pada pertengahan Ogos 2010. 7 2. Marita Sdn. Bhd. Keluasan 50 ekar di Labu, Sepang sudah mula operasi pada pertengahan Ogos 2010. 3. Benteng Nusantara Sdn. Bhd. Keluasan 90 ekar di Dengkil, Sepang iaini Kota Warisan. Sudah mula operasi pada akhir Ogos 2010. 4. First Rape Sdn. Bhd. Keluasan 49 ekar, Tanjung Duabelas, Kuala Langat sudah mula operasi pada akhir awal September 2010. 5. Associated Pan Malaysia Cement Sdn. Bhd. 50 ekar di Rawang, Gombak. Sudah mula operasi pada pertengahan Oktober 2010. 6. Lembah Jejak Sdn. Bhd. 40.8 ekar kawasan kambing susu Serendah, Hulu Selangor. Kelulusan permit ditangguhkan kerana pertikaian hak milik tanah. 7. Gula Perak Berhad seluas 101.8 ekar di kawasan Bestari Jaya, Kuala Selangor telah mendapat kelulusan PTD Kuala Selangor. Projek ditangguhkan kerana syarikat berstatus PN17 dan perlu mendapat kebenaran Bursa Saham ataupun Suruhanjaya Sekuriti. 8. The Association of Kwan Tong Cemetry Management Kuala Lumpur. 65 ekar di Sungai Long, Hulu Langat. 9. Kundang Lakes Country Clubs. 86.35 ekar di Kundang, Rawang, Gombak. Projek ditangguhkan kerana masalah tanah, premium dan cukai tanah. 10. KCS Mining Sdn. Bhd. 50 ekar, Hulu Yam, Selangor. Masih dalam proses penyediaan dokumen teknikal. 11. Jarum Angkut Sdn. Bhd. 50 ekar, Bestari Jaya, Kuala Selangor. Masih dalam proses penyediaan dokumen teknikal. 12. Sungai Rambai Angkut Sdn. Bhd. 50 ekar, Bestari Jaya, Kuala Selangor. Masih dalam proses penyediaan dokumen teknikal. 13. Banting Resources Sdn. Bhd. 90 ekar, Tanjung Dua belas, Kuala Langat.