UCAPAN BAJET TAHUN 2009 BAGI NEGERI MELAKA

Oleh

Y.A.B DATUK SERI HJ MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM

KETUA MENTERI MELAKA

KETIKA MEMBENTANGKAN

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2009

DI PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PADA

5 NOVEMBER, 2008

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

Saya mohon mencadangkan supaya suatu rang undang-undang bertajuk “Satu Enakmen Perbekalan (2009) 2008” untuk membolehkan kegunaan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan bagi maksud perbelanjaan pengurusan tahun 2009. Dibaca bagi kali kedua.

1

Pendahuluan

Yang Berhormat Datuk Speaker,

1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izinNya jua saya dapat membentangkan Bajet Negeri Melaka bagi tahun 2009 di dewan yang mulia ini. Pada masa yang sama, saya ingin mengambil kesempatan di Dewan Yang Mulia ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari jadi Yang Ke-70 kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob yang jatuh pada 11 Oktober 2008 yang lalu. Saya dan keluarga serta seluruh penjawat awam dan semua rakyat Melaka sentiasa berdoa kehadrat Ilahi semoga TYT Tun Datuk Seri Utama dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina Binti Kassim, sentiasa dirahmati Allah dan berada di bawah perlindunganNya untuk terus menerajui negeri bertuah ini.

2. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan hadirin yang beragama Hindu yang jatuh pada 27 Oktober, 2008 baru-baru ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

3. Dewan yang mulia ini juga ingin mengucapkan syabas dan merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin

Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kerana berjaya merangka Bajet

2009 yang dibentangkan pada 29 Ogos, 2009 bertemakan “Kerajaan Prihatin” dengan memfokuskan kepada tiga strategi utama iaitu:

2

Pertama : Mempertingkat daya saing negara;

Kedua : Memperkasa pembangunan modal insan; dan

Ketiga : Menjamin kesejahteraan rakyat.

Walaubagaimanapun, teras pelaksanaan bajet ini adalah berasaskan kepada lima teras utama Misi Nasional iaitu:-

Pertama : Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi;

Kedua : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara

serta memupuk ‘minda kelas pertama’;

Ketiga : Menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif;

Keempat : Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup; dan

Kelima : Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

Prestasi Ekonomi Negeri Melaka Terus Kukuh

4. Beberapa petunjuk utama bagi setengah tahun pertama 2008, menunjukkan

ekonomi Melaka masih terus kukuh. Keupayaan Melaka menangani kesan buruk

krisis kewangan global bergantung kepada sejauh mana pantasnya Kerajaan

memula dan melaksanakan projek-projek besar yang mampu mendatangkan

pulangan berganda. Di sektor pelancongan, bilangan pelancong menokok

sebanyak 17.3 peratus, nilai jualan sektor pembuatan mengukuh 27.8 peratus,

3

cukai perkhidmatan dan cukai jualan melonjak masing-masing pada 18.7 peratus

dan 1.9 peratus. Bilangan pendaftaran kenderaan baru juga bertambah 22.8

peratus.

5. Pendapatan bulanan rakyat mengukuh sebanyak 37 peratus dari RM2,260 pada tahun 1999 kepada RM3,098 pada tahun 2007.

6. Di samping itu, pelaburan di Melaka juga menunjukkan peningkatan yang positif. Nilai pelaburan yang diluluskan dan permohonan pelaburan masing-masing menokok sebanyak 43.2 peratus dan 31.5 peratus. Sepanjang tahun 2007, Melaka telah mencapai nilai pelaburan sebanyak RM3.84 bilion. Manakala sehingga bulan Ogos, 2008, Melaka telah menerima pelaburan asing berjumlah RM3.55 bilion.

Inflasi

7. Kadar inflasi Melaka bagi tempoh Januari – Jun 2008 mencatatkan 4.2

peratus berbanding Malaysia 3.7 peratus. Dijangkakan kenaikan kadar inflasi pada tahun 2008 terus tidak dapat dielakkan berikutan turun naik harga minyak dunia dan pengumuman kerajaan yang telah menarik balik subsidi minyak petrol dan diesel kepada pengguna di Malaysia pada 4 Jun yang lalu. Fenomena kekurangan bekalan makanan dunia juga dijangka akan menyebabkan kenaikan yang besar kepada harga barang-barang utama di pasaran. Dengan penubuhan

Majlis Ekonomi yang diumumkan pada 5 Ogos 2008, berperanan sebagai badan penasihat bagi masalah inflasi dan kelembapan ekonomi dijangka kenaikan inflasi akan terkawal di samping usaha pemantauan harga yang berterusan oleh

4

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

serta Majlis Harga Negara yang ditubuhkan pada 25 Januari 2008 yang lalu.

Pengangguran

8. Kadar pengangguran di Melaka terus mencatatkan kadar terendah bagi suku tahun pertama 2008 iaitu sebanyak 1.6 peratus, lebih rendah berbanding Malaysia iaitu 3.6 peratus. Sekaligus Melaka mencapai tahap guna tenaga penuh apabila ia mencatatkan kadar pengangguran di bawah 4 peratus, mengikut takrif United Nation International Labour Organization (UNILO), dengan izin.

9. Melaka telah mencatatkan kadar pengangguran terendah berturut-turut sejak suku tahun ketiga 2004 sehingga suku tahun keempat 2006. Melaka kembali mencatatkan kadar pengangguran terendah pada suku tahun ketiga 2007 sehingga suku tahun pertama 2008.

Peluang Pekerjaan Meningkatkan Kualiti Hidup Rakyat Negeri Melaka

10. Pada tahun 2009, kemasukan pelabur asing dan domestik untuk melabur di

negeri Melaka dianggarkan mencecah RM5.35 bilion. Mereka membangunkan

projek-projek industri berskala besar di beberapa buah kawasan perindustrian di

negeri Melaka. Ia akan memberi peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk

tempatan yang dianggarkan melebihi 9,200 peluang pekerjaan. Di antaranya;

i) Sun Power Corporation yang mampu menyediakan 7,000 peluang pekerjaan termasuk 4,000 jawatan jurutera dalam pelbagai bidang khususnya mekanikal dan elektrikal;

5

ii) CMS digital yang akan menyediakan 2,000 peluang pekerjaan dalam industri gas dan petroleum;

iii) Actis Biologics dengan anggaran seramai 150 orang pekerja perintis dalam industri bioteknologi;

iv) Vivo Bio yang berupaya menawarkan 50 peluang pekerjaan untuk kilang mereka di kawasan industri Rembia dan;

v) Pembinaan Pusat Terminal Penyimpanan Minyak (Melaka Oil Storage Terminal - MOST) di perairan Pulau Besar yang bernilai RM700 juta. Ini melibatkan kerjasama syarikat Pristine Oil Capital, rakan strategi Siemens dari Jerman dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).

11. Dengan kewujudan syarikat-syarikat industri besar ini juga akan memberi kesan ‘spill over’ dengan izin kepada kawasan setempat sekaligus mampu merancakkan lagi kegiatan ekonomi dan meningkatkan lagi tahap kualiti hidup penduduk tempatan.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

12. Pembentangan Bajet 2009 Negeri Melaka kali ini yang bertemakan “Merealisasi Melaka Maju 2010” akan menumpukan kepada lima strategi utama. Setiap strategi dirangka sejajar dengan strategi bajet Persekutuan. Strategi- strategi utama adalah seperti berikut:

STRATEGI PERTAMA Meningkatkan Nilai Tambah Produk Pelancongan Yang Bermutu Dan

Berimpak Besar Ke Peringkat Global

6

13. Tahun 2008 merupakan tahun kegemilangan bagi Negeri Melaka apabila

pada 7 Julai, 2008 di Quebec City, Kanada, Melaka dipilih sebagai Bandaraya

Warisan Dunia oleh Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan kebudayaan

Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Kejayaan ini telah memberikan inspirasi kepada Negeri Melaka untuk memacu pertumbuhan sektor pelancongan dengan lebih giat lagi. Di samping itu, Kerajaan Negeri Melaka dan Georgetown, Pulau

Pinang mendapat peruntukan sebanyak RM50.0 juta daripada Kerajaan

Persekutuan.

14. Kedatangan pelancong ke negeri ini telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sejak dari tahun 2000 sehingga sekarang. Bagi tempoh setengah tahun pertama 2008, jumlah kedatangan pelancong telah mencatat seramai 3.246 juta orang. Ia meningkat seramai 479,274 orang atau 17.3 peratus berbanding 2.767 juta orang bagi tempoh yang sama pada tahun 2007. Kita yakin, pada tahun ini, Negeri Melaka mampu mencapai sasaran 6.8 juta kedatangan pelancong ke Melaka dengan tempoh bermalam sebanyak 2.15 malam. Manakala, pada tahun 2009, dianggarkan sebanyak RM3.36 bilion hasil perbelanjaan yang bakal diperolehi dari 7.4 juta pelancong yang berkunjung ke negeri ini. Sasaran ini adalah mengambil kira sasaran 8.2 juta pelancong pada tahun 2010.

Pembangunan Meningkatkan Nilai Tambah Produk Pelancongan Yang Bermutu Dan Berimpak Besar

15. Di bawah RMK-9, bagi menggalakkan kedatangan pelancong ke Melaka,

Kementerian Pelancongan telah menyediakan peruntukan untuk pembangunan

baru dan projek-projek penyelenggaraan, baik pulih, dan menaiktaraf infrastruktur

7

kawasan pelancongan berjumlah RM63.4 juta. Ini telah membantu meningkatkan nilai tambah produk pelancongan supaya lebih bermutu dan membawa impak

besar hingga ke peringkat global. Di antara projek pelancongan yang sedang diusahakan ialah Projek `Eye On Malaysia´ bertempat di Muara Sungai Melaka.

Projek bernilai RM38.5 juta ini akan diusahakan oleh Eye On Malaysia Sdn. Bhd.

Apabila beroperasi sepenuhnya pada bulan Disember 2008 ia akan menjadi satu lagi mercu tanda pelancongan dari dalam dan luar negeri.

16. Menara Taming Sari di Banda Hilir bernilai RM25.0 juta yang diusahakan oleh Kumpulan Melaka Berhad (KMB) telah beroperasi sepenuhnya mulai bulan April 2008. Menara berputar setinggi 110 meter merupakan satu-satunya menara berputar di negara ini dan muncul sebagai menara berputar tertinggi di Asia Tenggara. Ia menjadi tumpuan kepada para pelancong dari luar dan dalam negara yang berkunjung ke Bandar Melaka.

17. Pembinaan Kompleks Melaka International Bowling Centre (MIBC) bernilai RM23.2 juta di MITC Melaka yang merupakan sebuah kompleks yang serba lengkap dan merupakan kompleks bowling terbesar di negara ini.

18. Melaka akan terus menjadi perhatian pelancong apabila projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang di yang bernilai lebih dari RM131.5 juta akan siap sepenuhnya dan dijangka akan memulakan penerbangan pertama dengan Boeing 737 dan Airbus 300 pada akhir tahun ini. Lapangan Terbang ini akan dijadikan hub kepada syarikat penerbangan Air Asia dan Firefly bagi menampung kemasukan pelancong-pelancong dari Indonesia, negara-negara Indo-China dan Singapura.

8

19. Pembinaan monorail sedang giat dijalankan dengan kos RM16.0 juta dari Taman Rempah ke Bunga Raya Pantai iaitu sepanjang 1.4 km dan dijangka siap pada bulan Mei, 2009.

20. Melaka bakal memiliki litar Go-Kart terpanjang di Asia bernilai RM9.9 juta di Ayer Keroh dan dijangka siap pada bulan Disember, 2009. Pembinaan litar ini dilengkapi dengan galeri orang kenamaan, bilik media, bilik perubatan, bilik keselamatan, ruang persalinan dan pejabat.

21. Pembangunan berterusan dengan mewujudkan pusat Marina bertaraf antarabangsa di Muara Sungai Melaka yang dianggarkan RM25.0 juta dengan keupayaan menampung 40 buah kapal sekaligus menjadi tumpuan di mata dunia. Marina ini turut menyediakan loji rawatan kapal, kawalan keselamatan, kelab layar dan juga sistem penahan ombak.

22. Pembangunan di Taman Negeri Melaka di Hutan Simpan Bukit Sedanan, Asahan dan Hutan Rekreasi Paya Laut Kuala Linggi masing-masing berjumlah RM4.0 juta serta Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah dan Bukit Langsat di , masing-masing sebanyak RM1.0 juta dan RM2.0 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan.

23. Pada hujung tahun 2009, Kerajaan Negeri akan mendapat sebuah kapal selam `Qeusant´ Malaysia di Perancis untuk dijadikan muzium bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan kapal selam. Ini merupakan kapal selam yang pernah menjadi tempat latihan kepada pasukan TLDM Malaysia di Perancis. Kos penghantaran kapal selam dianggarkan RM4.0 juta.

Pusat Membeli Belah

24. Melaka berhasrat untuk menjadi pusat membeli belah yang terkenal kepada para pelancong. Pusat membeli-belah ini dirangka di dalam pelan strategi

9

pelancongan meliputi pelbagai jualan produk yang menarik. Kota Gemilang `Fashion City´ dengan izin di akan memulakan operasi perniagaan pada Januari tahun 2009. `Fashion City´ dengan izin ini akan menjualkan barangan tekstil dan perhiasan rumah. Kewujudan `Fashion City´ dengan izin juga bakal menjadi tarikan terbaru dan terbesar di negeri ini.

25. Pembukaan Pasaraya Jusco yang terbesar di Malaysia bernilai RM500.0 juta dimajukan oleh IJM Land Berhad dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang akhir Disember 2009. Pembukaan kompleks ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk Negeri Melaka, selain bakal menarik lebih ramai pengunjung dari Johor, , Lembah Klang dan Singapura serta pelancong asing. Selain itu, sebuah hyper mart terbesar di Malaysia akan dibuka di MITC iaitu pasaraya Mydin dengan kos perbelanjaan RM60.0 juta.

Menyediakan Tempat Penginapan Yang Menarik

26. Sebagai sebuah negeri tumpuan pelancong, Melaka menyediakan penginapan yang mempunyai konsep berbeza dari hotel-hotel di negeri-negeri lain. Antaranya, hotel berkonsepkan Baba dan Nyonya yang dinamakan Hotel Majestic. Hotel tersebut mempunyai senireka dan perhiasan Baba dan Nyonya. Beberapa hotel juga sedang dibina di Melaka iaitu Hotel Pahlawan terletak di Bandar Hilir dengan anggaran kos bernilai RM150.0 juta mampu menarik ribuan pelancong dengan keindahan landskap dan dijangka siap pada tahun 2009. Hotel yang bertaraf empat setengah bintang, berketinggian 22 tingkat dan mempunyai kemudahan 900 bilik bakal menempah nama dalam peta pelancongan di negeri ini.

Acara Tahunan Pelancongan Kerajaan Negeri Melaka

27. Di samping projek-projek pelancongan, terdapat juga acara pelancongan yang diadakan pada setiap tahun di Negeri Melaka. Di antaranya adalah Melaka

10

Light Up Celebration di Jonker Walk, Raptor Watch Week di , Melaka Tourism Street Carnival di Hang Tuah Mall, Pesta Sungai Melaka, Pesta San Pedro dan sebagainya.

28. Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menjadikan kawasan Hang Tuah Jaya (HTJ) sebagai kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang baru dengan mengambil kira kawasan Ayer Keroh, Lapangan Terbang Batu Berendam dan sebahagian , dan .

29. Industri pelancongan di Melaka bukan sahaja dibangunkan di kawasan bandar Melaka, malah di luar bandar turut dibangunkan. Antara projek pembangunan dilaksanakan adalah menaiktaraf keindahan Dataran Keris yang terletak di tengah-tengah kawasan bandar dengan mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hampir RM1.0 juta. Selain itu, di , pembinaan dua kompleks ikan bakar iaitu di bernilai RM7.0 juta dan Kuala Linggi bernilai RM5.0 juta. Di daerah Jasin pula, kerja-kerja pengindahan pekan-pekan kecil seperti di Asahan dan Bemban, pintu-pintu masuk ke daerah Jasin dan pengindahan sungai Chohong diperuntukkan sebanyak RM1.0 juta. Selain itu, taman tema air di Laman Tiga Budaya Asahan turut dibangunkan membabitkan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Pelancongan Kesihatan

30. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Melaka untuk memperkukuh industri pelancongan kesihatan yang terkenal di Malaysia. Melaka menduduki tempat kedua selepas Pulau Pinang berdasarkan stastistik pelancongan kesihatan negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2004 hingga 2007. Sepanjang tahun 2007 seramai 63,201 pesakit dari luar negara mendapatkan rawatan di Melaka berbanding pada tahun 2006 hanya 55,929 orang pesakit sahaja. Kerajaan Negeri akan mewujudkan Bandar Kesihatan dan Pendidikan di Bemban sebagai pusat

11

pemulihan bertaraf dunia bagi membantu memulihkan kembali fizikal pekerja yang mengalami kecederaan dengan menjalani latihan fisioterapi.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

STRATEGI KEDUA

Menjana ekonomi berasaskan pengetahuan dalam sektor pertanian, penternakan, ICT dan Bioteknologi;

Sektor Pertanian

31. Melaka akan menjadi Negeri Maju pada tahun 2010 dalam pelbagai bidang termasuk sektor pertanian. Sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada sektor ini sekitar 3.5 peratus. Sektor pertanian telah dikenalpasti sebagai enjin ketiga dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan ini, sektor pertanian berperanan untuk mengecapi misi pertama iaitu meningkatkan nilai ditambah dalam ekonomi negeri.

32. Bagi tahun 2009, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM3.0 juta untuk melaksanakan sebanyak 10 program utama yang melibatkan sektor tanaman makanan. Peruntukan ini akan difokuskan kepada peningkatan produktiviti ladang dengan mengenalpasti pengusaha- pengusaha yang berpotensi untuk dikomersilkan. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri supaya sektor agro makanan ini lebih fokus, Jabatan Pertanian akan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:- i. memulihkan kembali industri tanaman mangga seluas 500 hektar secara perkongsian pintar di antara pemilik kebun dengan syarikat- syarikat swasta yang berminat. Pada tahun 2008 seluas 100 hektar telah dilaksanakan dengan cara ini. ii. memulihkan kembali tanah-tanah sawah yang terbiar. Sehingga kini terdapat 1558 hektar sawah telah diusahakan secara aktif dengan

12

iii. mempertingkatkan tahap pengurusan peserta di Taman Kekal Pengeluaran Makanan supaya lebih produktif. Peserta- peserta ini akan diberi bantuan keperluan input sebanyak 30 peratus bagi menampung kos penanaman yang terlibat. iv. mengalakkan konsep Bumi Hijau di bawah program Industri Sayur- Sayuran supaya pengeluaran sayur-sayuran dapat dipertingkatkan selain daripada pengeluaran oleh ladang-ladang komersil. Seramai 11,000 orang peserta akan dilibatkan dengan program Bumi Hijau ini pada tahun 2009.

33. Dari segi pencapaian projek pula, analisis yang dibuat untuk tahun 2007 menunjukkan seluas 2,568 hektar tanah telah diusahakan secara berkelompok dengan pelbagai tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, padi, kelapa tanaman jangka pendek, tanaman herba serta nurseri bunga-bungaan. Projek- projek berkelompok ini telah menghasilkan sebanyak 10,000 metrik tan hasil ladang dengan nilai pengeluaran sebanyak RM12.0 juta dan sebanyak 153 daripada 225 projek-projek berkelompok telah memperolehi pendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Penternakan

34. Pada tahun 2009, Jabatan Perkhidmatan Veterinar diperuntukkan sebanyak RM2.1 juta. Ini bertujuan bagi membolehkan Jabatan berusaha membimbing penternak dan pengusaha agar terus maju dan berdaya saing. Tiga program utama iaitu Pemesatan Perkhidmatan Veterinar, Program Pengembangan Veterinar dan Kawalan Penyakit.

13

35. Bagi memastikan Melaka bebas dari Penyakit Kuku dan Mulut di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RM-9) sebanyak RM1.0 juta telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut.

36. Melalui Program Pemesatan Veterinar pula, penternak dilatih supaya terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan hiliran. Sebanyak RM1.0 juta diperuntukkan pada tahun 2009 untuk membantu penternak-penternak dari aspek latihan penyediaan infrastruktur ladang dan penerapan amalan penternakan baik.

37. Bagi membolehkan Jabatan melaksanakan Program Pengembangan Veterinar yang bertujuan memberi latihan kepada pegawai-pegawai dan penternak-penternak supaya lebih kompeten dan berkemahiran, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.9 juta untuk tujuan latihan.

38. Melalui peruntukkan ini, Jabatan merencana dan membantu usahawan mempromosi bidang usaha mereka melalui Hari Peladang Penternak dan Nelayan, Hari Bersama Pelanggan, Konvensyen Pertanian serta Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA ).

39. Negeri Melaka masih kekal menjadi pengeluar terbesar telur ayam negara dan yang kedua terbesar dalam pengeluaran ayam daging dan susu lembu. Negeri Melaka juga sedang berusaha menjadi nombor teratas bagi penternakan kambing dan hasilannya. Melalui peruntukan di atas juga Melaka telah mampu menambah bilangan ternakan lembu kepada 10,000 ekor setahun.

Sektor ICT

40. Projek Jalur Lebar usahasama di antara Kerajaan Negeri dan Telekom Malaysia mensasarkan penyediaan capaian jalur lebar kepada 75 peratus daripada populasi negeri Melaka. Di Negeri Melaka terdapat 1,236 km panjang talian gentian optik yang telah dipasang oleh Telekom Malaysia. Secara

14

perbandingan, panjang jalan raya, jalan negeri dan jalan Persekutuan di seluruh Melaka adalah 1,984 km. Ini bermakna hampir keseluruhan jalan raya di Negeri Melaka telah pun diliputi dengan talian gentian optik. Kemudahan infrastruktur ini bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan. Melalui pembentukan Koridor Raya Multimedia (MSC), Kerajaan Negeri sedang giat merancang prasarana rangkaian komunikasi digital berkelajuan tinggi dengan kos-efektif yang rendah bagi menentukan aliran maklumat yang cekap dan berkesan.

41. Bagi mencapai matlamat tersebut, Bahagian K-Ekonomi telah diperuntukkan RM1.5 juta sebagai persediaan untuk memajukan produk-produk ekonomi berasaskan pengetahuan. Untuk mendekati golongan pelajar dan belia yang kreatif dan inovatif, program-program seperti Linux Camp untuk belia, Programming Contest, Cyber Defense Competition dengan izin, dan lain-lain. Ini bagi memastikan kesinambungan usaha Kerajaan Negeri dalam memajukan bidang teknologi maklumat dan komunikasi di Melaka dan memastikan anak Melaka menjadi peneraju di dalam bidang ini sesuai dengan taraf negeri Koridor Raya Multimedia (MSC).

42. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1.25 juta yang disalurkan kepada Melaka ICT Holding (MITCH) bagi menyediakan servis jalur lebar seluruh Negeri Melaka.

43. Kerajaan Persekutuan telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM10.0 juta bagi pembinaan Animasi Center dan RM6.0 juta di bawah Tabung Pembangunan Industri Kandungan (eContent Fund), dengan izin.

44. Di samping itu, Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDEC) telah membina makmal multimedia di Media House dan menawarkan kemudahan bertaraf dunia dan menepati standard yang ditetapkan. Bagi memastikan makmal ini digunakan secara efisien, beberapa strategi telah diambil kira. Antaranya ialah

15 dengan bekerjasama dengan pihak universiti seperti Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) dan Universiti Multimedia Melaka (MMU) untuk menjadikan makmal ini sebagai studio kerja mereka. Selain itu, makmal ini juga boleh disewa oleh syarikat-syarikat luar yang mempunyai kompetensi di dalam bidang multimedia.

45. Di dalam bidang Sumber Terbuka atau `Open Source´ dengan izin pula, satu projek pembangunan Sistem pengoperasian Linux Melaka sedang giat dijalankan. Ia dijangka akan mempunyai ciri-ciri Malaysia secara amnya dan Melaka secara khususnya. Ia adalah merupakan satu usaha jangka panjang dalam mempromosikan Sumber Terbuka di Melaka. Langkah melaksanakan program Sumber Terbuka ini adalah bagi memastikan tiada lagi aktiviti penggunaan perisian cetak rompak. Kerjasama antara pembangunan sistem dan pengaturcara akan memastikan produk atau perisian yang dihasilkan dari sumber terbuka ini mempunyai nilai yang tinggi di dalam pasaran.

Bioteknologi

46. Perbadanan Bioteknologi Melaka melalui dua entiti utamanya iaitu Insititut Bioteknologi Melaka dan Melaka Biotech Holdings Sdn Bhd telah berjaya mengkomersilkan projek-projek R&D dan membentuk beberapa projek usahasama dengan syarikat-syarikat tempatan dan luar negara untuk meletakkan Melaka sebagai peneraju utama industri bioteknologi.

47. Melalui Insititut Bioteknologi Melaka, Perbadanan Bioteknologi Melaka telah menjalankan 3 projek, kesemua projek ini adalah daripada peruntukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Bidang-bidang yang diberi perhatian dan dijangka boleh memberikan impak sosio-ekonomi yang tinggi dalam bidang Agrikultur, Kesihatan, Persekitaran, Toksikologi dan Ujian kimia dan makanan.

16

48. Dua syarikat pengkomersilan, Invitrotech Sdn Bhd dan Tropical BioEssence Sdn Bhd telah memberi manfaat kepada lebih 3,300 orang petani untuk mendapatkan bekalan anak benih pisang, tanaman herba dan aromatik yang bermutu tinggi.

49. Usaha pengkomersilan pembangunan dan penyelidikan (R&D) di Negeri Melaka diperkukuhkan lagi dengan berbagai aktiviti tambahan yang dapat memberi pulangan lumayan. Pertama, melalui Melaka Biotech Holdings syarikat usahasama telah dibentuk bagi pengeluaran produk bio-farmasi, yang merupakan usahasama antara Melaka Biotech Holdings dan Healol Pharmaceuticals Sdn Bhd dengan pelaburan lebih RM1.0 juta.

50. Kedua, projek Melaka Bio City dengan Actis Biologics (M) Sdn. Bhd akan melibatkan pelaburan sebanyak RM1.5 billion. Projek ini melibatkan tanah seluas 270 ekar di Taboh , Mukim Alor Gajah. Projek BioCity ini akan menempatkan sebanyak 60 syarikat bioteknologi dan bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan melebihi 10,000 orang.

51. Ketiga, Projek Intergrated Bio Therapeutic Facility iaitu syarikat usahasama dengan Vivo Biotech (India) Ltd dan Vanguard Creative Sdn Bhd dengan pelaburan sebanyak RM450.0 juta. Syarikat ini akan menghasilkan pil anti kanser yang akan dipasarkan ke Amerika Syarikat.

52. Keempat, projek usahasama dengan beberapa syarikat tempatan yang membawa pelaburan melebihi RM1.0 juta seperti syarikat Carbon Tech Sdn Bhd untuk projek bioteknologi Charcoal, syarikat ini telah membeli sebidang tanah di kawasan perindustrian Rembia untuk pembinaan kilang yang akan siap sepenuhnya pada hujung tahun 2008. Manakala projek usahasama dengan syarikat Smart Solutions Biotechnology Sdn Bhd bagi penghasilan produk berdasarkan teknologi EM dengan Jenama Mbio. Projek ini akan membantu

17

usahawan Agro Negeri Melaka mendapatkan produk yang berteknologi EM piawai bagi meningkatkan produktiviti hasil tanaman, ternakan dan kualiti persekitaran .

53. Perbadanan Bioteknologi Melaka terus gigih memantapkan beberapa projek Melaka Biotech Holdings Sdn Bhd menerusi anak syarikat Melaka Cell Farming (MCF) bagi projek akuakultur, iaitu penternakan ikan siakap, yang akan memberikan pulangan bermula Mac 2009.

54. Perbadanan Bioteknologi Melaka juga komited untuk terus membangunkan usahawan dengan membuat program latihan, penghasilan produk serta menyediakan kemudahan ujian makmal. Makmal Toksikologi yang mendapat suntikan dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bernilai RM4.1 juta akan siap pada hujung bulan Oktober 2008. Makmal ini akan menyediakan pelbagai ujian toksikologi terutamanya ujian kerosakan DNA.

55. Perbadanan Bioteknologi Melaka telah menjalankan 3 projek, kesemua projek ini adalah daripada peruntukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Bidang-bidang yang diberi perhatian dan dijangka boleh memberikan impak sosio- ekonomi yang tinggi adalah bidang Tisu Kultur, Fitokimia, Hasilan Semulajadi, Biologi Molekul, Toksikologi dan Ujian kimia dan makanan.

56 Melalui bajet 2009, Kerajaan Negeri bersetuju menyalurkan peruntukan sumbangan sebanyak RM1.5 juta. Peruntukan ini bertujuan untuk kemudahan belanja mengurus Perbadanan Bioteknologi Melaka supaya agensi ini dapat melaksanakan aktiviti dengan teratur dan efisien.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

STRATEGI KETIGA Meningkatkan pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) melalui pembasmian kemiskinan

18

57. Pelbagai langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri telah berjaya menghapuskan kemiskinan tegar. Begitu juga dari segi bilangan orang miskin telah berkurangan daripada 2,875 orang pada tahun 2007 kepada 1,339 orang pada pertengahan tahun 2008. Kerajaan Negeri yakin matlamat menghapuskan kemiskinan akan dapat dicapai menjelang Melaka Maju 2010. Kerajaan akan meneruskan program meningkatkan pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) melalui program pembasmian kemiskinan. Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.3 juta untuk skim latihan kemahiran, pembungkusan, penjenamaan produk asas tani PPRT, aktiviti mikro dan industri asas tani, projek lembu tenusu, perniagaan jahitan dan sebagainya.

58. Anak Syarikat Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Melaka Holdings juga bertindak membantu setiap golongan miskin dengan diberikan pekerjaan seperti membersih kawasan balai raya, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah, medan selera dan sebagainya. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM5.0 juta termasuk membina rumah baru dan membaiki semula rumah rakyat miskin.

59. Kerajaan juga memberi bantuan tambahan tidak mengira kaum dan bangsa seperti bantuan memulakan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi tidak kira pendapatan. Yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dibayar RM400.00, diploma RM300.00 dan sijil RM200.00. Bantuan kelas tuisyen kepada pelajar miskin, bantuan kematian, bantuan perayaan dan sebagainya. Bantuan haemodalisis disalurkan oleh Yayasan Kebajikan Haemodalisis di Hospital Pakar Putra Sdn. Bhd. yang mempunyai 52 mesin haemodalisis untuk kemudahan pesakit.

STRATEGI KEEMPAT Memperkasakan modal insan bagi membina masyarakat cemerlang melalui program pendidikan dan latihan;

19

60. Bidang pendidikan di Melaka semakin berkembang pesat berikutan usaha yang diambil Kerajaan Negeri untuk menjadikan negeri ini pusat pendidikan terkenal di rantau ini. Bidang pendidikan meletakkan sasaran 100,000 orang pelajar untuk mengikuti pengajian di IPTA/IPTS di negeri menjelang 2010. Dengan keupayaan 18 buah IPTA dan 21 buah IPTS hasrat ini tidak mustahil untuk dicapai.

61. Melaka setakat ini mempunyai kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di , Alor Gajah manakala kampus induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terletak di . Di pula tersergam Universiti Multimedia (MMU) yang mempunyai pelajar dalam dan luar negara. Kerajaan Negeri menubuhkan beberapa IPT iaitu Kolej Yayasan Melaka, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka, Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka dan Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam.

62. Yang terkini ialah Hang Tuah Jaya International College University di mana usahasama di antara Melaka International Science and Technology (MiCost) dengan La Trobe University dari Melbourne, Australia dijangka beroperasi pada bulan Julai 2009. Tapak kampus yang dicadangkan terletak berhampiran dengan Golden Valley Golf Resort di daerah Jasin.

63. Bagi mereka yang berminat dalam bidang kemahiran, Melaka menyediakan Pusat latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian, Kolej Komuniti dan Pusat Giatmara. Terdapat juga Akademi Laut Malaysia di Kuala Sungai Baru, Akademi Kastam di Bukit Baru dan Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan di Tiang Dua.

64. Sebagai sebuah bandar pendidikan, Melaka telah melahirkan ramai pelajar yang menuntut di IPTA/IPTS di negeri ini. Sehingga Januari 2008, jumlah pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi seramai 50,000 orang. Bilangan pelajar yang telah memperolehi sijil seramai 13,237 orang, diploma seramai 20,313 orang,

20

Ijazah seramai 15,915 orang, Sarjana seramai 390 orang dan PHD seramai 127 orang.

65. Kerajaan Negeri juga sentiasa memberi perhatian melengkapkan prasarana pendidikan di samping memastikan tiada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran. Bagi maksud ini Kerajaan memperuntukkan bantuan di bawah Tabung Amanah Pendidikan sebanyak RM0.5 juta.

66. Pembentukan modal insan yang cemerlang berkemampuan mengerakkan masyarakat desa di luar bandar sebagai kawasan maju, menarik, menguntungkan dan mesra alam. Kampung Jaya, (Parujas) diiktiraf sebagai desa cemerlang 2008 di peringkat kebangsaan. Ini membuktikan ia adalah yang terbaik dari aspek kemajuan fizikal dan pembinaan modal insan.

67. Dalam sektor perkhidmatan awam pula, Kerajaan memerlukan perkhidmatan yang responsif, mesra, penuh berbudi bahasa, berintegriti dan sentiasa memikirkan penambahbaikan untuk memenuhi harapan orang ramai. Justeru itu, usaha untuk membudayakan perkhidmatan yang berteraskan kecemerlangan amat diperlukan. Bagi mencapai hasrat ini, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM0.8 juta kepada Institut Pengurusan Melaka (IMM) untuk menganjurkan kursus-kursus pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia, latihan kepimpinan dan pentadbiran Jabatan.

STRATEGI KELIMA Memantapkan kecekapan bagi menghadapi cabaran Melaka Maju 2010 dan Pembangunan Pekan-Pekan Kecil.

68. Usaha akan terus diperhebatkan untuk menyedia kemudahan jalan raya dan jambatan di seluruh negeri. Bagi tujuan ini Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15.9 juta kepada Jabatan Kerja Raya. Kerajaan juga akan melaksanakan projek lebuh raya pesisir pantai sepanjang 2.4 kilometer bermula dari Jalan Syed Abdul Aziz, Jalan Kota Laksamana dan Jalan Limbongan

21

bertujuan mengatasi masalah kesesakan di kawasan pusat bandar terutama di Bandar Hilir. Projek ini akan siap sepenuhnya pada tahun 2009. Dengan adanya lebuh raya pesisir, ia juga akan membantu menjana aktiviti ekonomi yang baru di kawasan sekitarnya. Ini termasuk “Medic City” yang akan dirancang dibangunkan di kawasan tersebut.

69. Projek pembinaan jalan di atas tanah rezab keretapi dari Batu Berendam sehingga ke dianggarkan bernilai RM126.0 juta melalui peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) sedang diusahakan.

70. Kerajaan Negeri akan mendapat peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi pengambilan tanah sebanyak RM6.4 juta bagi tujuan menaiktaraf tapak pelupusan sisa pepejal di Krubong. KPKT juga akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.5 juta bagi tujuan pengambilan balik tanah di tapak pelupusan yang baru seluas 30 ekar di Sungai Udang.

71. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Air Melaka Berhad diberi tanggungjawab untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat. Bekalan elektrik dan paip air disasarkan meliputi 100 peratus di seluruh Negeri Melaka. Sehingga tahun 2008, Kerajaan telah menyediakan kemudahan lampu jalan sejumlah 87,946 tiang dan Melaka merupakan negeri terbanyak mempunyai lampu jalan. Kerajaan Negeri mensasarkan menjelang 2010, sebanyak 91,946 tiang lampu akan disediakan bagi mencapai matlamat seluruh jalan di negeri Melaka disinari cahaya lampu.

72. Bagi kemudahan bekalan air paip, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) mensasarkan peningkatan 225,000 akaun pelanggan menjelang penghujung tahun ini. Kerajaan Negeri telah merancang beberapa projek pada tahun 2009. Projek-projek tersebut, merupakan projek yang diluluskan di bawah RMK-9. Bagi

22

tahun 2009, sebanyak RM18.6 juta diperuntukkan untuk membuat kajian dan rekabentuk, Empangan Jernih di Alor Gajah, loji rawatan air Fasa II dan kajian merekabentuk naik taraf kolam takungan ‘bunded storage’ di Durian Tunggal.

73. Usaha untuk meningkatkan sistem kawalan banjir dan hakisan pantai dilaksanakan secara berterusan. Bagi maksud ini, Kerajaan bersetuju menyalurkan sebanyak RM6.0 juta. Ini juga meliputi aktiviti meningkatkan mutu saliran di kawasan pertanian bagi membolehkan aktiviti penanaman sumber makanan dilaksanakan secara intensif.

74. Dari segi pengurusan kewangan, Kerajaan Negeri juga telah memperolehi Sijil Bersih dalam pengauditan Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri Melaka bagi tahun 2007. Kerajaan Negeri mengucapkan syabas kepada semua Jabatan yang telah dapat mengemukakan laporan kepada Jabatan Audit dalam tempoh yang ditetapkan. Kerajaan Negeri juga berterima kasih kepada pimpinan Ketua Audit Negara yang telah mengaudit Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri.

75. Prestasi bayaran bil sehingga bulan September 2008 adalah berjumlah 32,462 bil, di mana 93.75 peratus atau 30,434 bil dapat diselesaikan dalam tempoh 7 hari dan 6.25 peratus atau 2,028 bil diselesaikan antara 8 hingga 14 hari. Ini bermakna semua bil diselesaikan dalam tempoh 14 hari seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 7 Tahun 2006.

76. Sistem penyampaian perkhidmatan telah menjadi lebih mudah seperti pembayaran cukai tanah melalui kaunter Bank Simpanan Nasional, melalui kaunter-kaunter Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Perbandaran Jasin, Pos Malaysia Berhad di cawangan- cawangan negeri.

23

77. Pembayaran cukai tanah melalui online di Internet secara `Financial Process Exchange´ dengan izin di mana pengguna internet yang telah berdaftar sebagai `Internet Banking User´ dengan izin dan mempunyai akaun, boleh membuat pembayaran cukai tanah.

78. Selain itu, melalui ’Pos Online’ dengan izin, pengguna internet juga boleh membuat pembayaran dengan mudah dan pantas.

79. Pejabat Tanah dan Galian juga mensasarkan untuk menambah lagi saluran pembayaran cukai tanah secara Online melalui Maybank2u.com.

80. Sistem E-Aduan diperkenalkan pada Disember, 2007 bertujuan untuk menambahbaikan tahap perkhidmatan untuk semua agensi kerajaan. Usaha seperti ini merupakan salah satu komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai demi memastikan rakyat mendapat kepuasan dari perkhidmatan yang ditawarkan.

81. Dari segi pembangunan pekan kecil, Kerajaan Negeri Melaka telah mewujudkan sekretariat pembangunan pekan-pekan kecil Negeri Melaka. Ia berfungsi membuat penyelarasan dan pemantauan pembangunan pekan-pekan kecil sama ada dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau dengan kerjasama pihak swasta melalui konsep penswastaan. Justeru itu, Kerajaan Negeri mempelawa mana-mana pihak swasta yang berminat untuk membangunkan pekan-pekan kecil ini. Setakat ini, 23 pekan kecil akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat. Daripada jumlah itu, dua di daerah Melaka Tengah, lapan di Daerah Alor Gajah dan sembilan di Daerah Jasin, diberi keutamaan untuk dibangunkan segera. Manakala empat lagi, iaitu pekan Bukit Baru, Bukit Katil, Sungai Udang dan , akan dibangunkan kemudian.

24

82. Pekan kecil yang diberi keutamaan ialah Kandang dan Tangga Batu di Daerah Melaka Tengah, manakala Alor Gajah meliputi Pekan Lendu, Gadek, Pulau Sebang, Lubuk China, Ramuan Cina Besar, Kuala Sungai Baru, Melaka Pindah dan Kuala Sungga. Di Jasin meliputi Pekan Selandar, Bemban, , , Cincin, Simpang Bekoh, Asahan, dan .

83. Di samping itu, Kerajaan Negeri turut merancang pelaksanaan pembangunan bercampur di Bandar Baru Merlimau membabitkan kawasan seluas 25 ekar, dengan kos RM48 juta. Projek pembangunan meliputi pembinaan rumah kedai, pasar awam, stesen bas dan kawasan perumahan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun iaitu pada 2011. Di Pekan Selandar pula, rumah kedai dua tingkat sebanyak sembilan unit yang bakal merubah wajah pekan kecil itu, akan dibangunkan semula membabitkan kos RM1.2 juta. Projek ini akan dilaksanakan pada Mac 2009.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

Prestasi Kutipan Hasil 2008

84. Sehingga 30 September 2008, Kerajaan Negeri telah mengutip hasil sebanyak RM207.58 juta berbanding sebanyak RM217.45 juta pada tempoh yang sama tahun 2007. Pengurangan ini berlaku kerana pajakan aset air masih belum diterima daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan kutipan premium tanah yang berkurangan. Pada tahun ini juga kutipan hasil jualan rumah awam telah diperakaunkan ke akaun terimaan Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM3.10 juta selaras dengan Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966. Daripada jumlah kutipan hasil tersebut, Kerajaan Negeri dapat memungut hasil cukai sebanyak RM64.25 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM64.44 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM78.89 juta.

25

85. Kerajaan Negeri akan mengambil langkah-langkah proaktif dalam tahun kewangan 2009 bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan hasil negeri. Sektor-sektor ekonomi yang utama seperti sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian akan dipergiatkan. Kerajaan Negeri sentiasa memastikan suasana perniagaan yang kondusif ke arah memesatkan kegiatan ekonomi. Dengan cara ini, pendapatan negeri akan dapat ditingkatkan demi faedah rakyat Negeri Melaka.

Prestasi Perbelanjaan Mengurus Tahun 2008

86. Dari segi belanja mengurus, sehingga 30 September 2008 sebanyak RM263.45 juta atau 84.53 peratus telah dibelanjakan iaitu dalam lingkungan RM29.27 juta sebulan.

Prestasi Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2008

87. Peruntukan Pembangunan bagi tahun 2008 daripada sumber peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM66.43 juta dan sumber pinjaman Kerajaan Persekutuan sebanyak RM7.46 juta. Peruntukan pinjaman adalah untuk membiayai projek-projek Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan projek kawasan perindustrian Fasa II.

88. Peruntukan sumber Kerajaan Negeri pula adalah untuk membiayai projek- projek sambungan dan projek yang baru. Ia meliputi kerja-kerja pembinaan jalanraya, jambatan, penyelenggaraan bangunan dan kawasan, projek-projek kecil, penyelenggaraan parit dan saliran, projek-projek hakisan pantai, program veterinar dan projek-projek pertanian.

26

89. Projek-projek lain ialah bagi membiayai kos pengambilan balik tanah untuk pembesaran dan pemanjangan landasan Lapangan Terbang Batu Berendam, projek-projek infrastruktur, perindustrian, informasi dan teknologi komunikasi, pelancongan, kajian rancangan, projek pembangunan masyarakat, persiapan melatih atlet-atlet SUKMA 2010 serta projek pembangunan pendidikan agama dan pembinaan kompleks keagamaan. Prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan sehingga 30 September 2008 berjumlah RM48.58 juta.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

BAJET NEGERI MELAKA TAHUN 2009

90. Dalam usaha Kerajaan Negeri merealisasikan hasrat menjadi Negeri Maju pada tahun 2010, beberapa perbelanjaan besar infrastruktur dan pembangunan sosial akan terus dilaksanakan. Anggaran hasil Kerajaan Negeri Melaka tahun 2009 adalah berjumlah RM312.43 juta manakala anggaran mengurus berjumlah RM312.26 juta. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan meneruskan dasar lebihan atau surplus pada tahun 2009 dengan jumlah lebihan sebanyak RM0.17 juta.

91. Ini bererti, dasar perbelanjaan berhemah, kecekapan pengurusan kewangan, kawalan kewangan yang ketat dan tidak boros berbelanja, membolehkan Kerajaan Negeri Melaka mempertahankan bajet lebihan atau surplus bagi tempoh lima tahun berturut-turut sejak 2005 hingga 2009.

92. Sebagai perkiraan, pada 2008, anggaran hasil kerajaan negeri ialah sebanyak RM311.87 juta manakala belanja mengurus RM311.66 juta iaitu lebihan atau surplus sebanyak RM0.22 juta. Begitu juga pada 2007, anggaran hasil Kerajaan Negeri ialah sebanyak RM289.73 juta, manakala belanja mengurus RM289.18 juta, iaitu lebihan atau surplus sebanyak RM0.55 juta.

27

93. Daripada jumlah anggaran mengurus bajet 2009, sebanyak RM21.09 juta adalah untuk maksud tanggungan dan sebanyak RM291.18 juta untuk maksud bekalan. Di bawah anggaran pembangunan pula, sebanyak RM140.62 juta akan diperuntukkan iaitu RM38.98 juta daripada sumber hasil negeri, manakala RM7.50 juta daripada sumber pinjaman Kerajaan Persekutuan, RM77.00 juta daripada pinjaman Kerajaan Negeri dan bakinya sebanyak RM17.14 juta adalah daripada Pemberian Tahap Pembangunan Ekonomi oleh Kerajaan Persekutuan.

Hasil-Hasil Utama

94. Anggaran hasil Kerajaan Negeri tahun 2009 dijangka berjumlah RM312.43 juta. Hasil cukai dijangka sebanyak RM99.22 juta daripada sewa tanah dan kenaan-kenaan yang berkaitan dengannya. Hasil bukan cukai dianggarkan berjumlah RM106.48 juta daripada hasil pelaburan, premium tanah, perkhidmatan dan sewaan. Manakala terimaan bukan hasil sebanyak RM106.73 juta daripada pemberian-pemberian Kerajaan Persekutuan dan bayaran balik pinjaman oleh Agensi-agensi Kerajaan Negeri bagi pinjaman Kerajaan Persekutuan dan pinjaman sumber negeri.

Peruntukan Mengurus

Bagi Maksud Tanggungan

95. Daripada jumlah RM21.09 juta di bawah maksud tanggungan, peruntukan sebanyak RM17.00 juta atau 80.6 peratus diperlukan bagi tujuan membayar balik pinjaman Kerajaan Persekutuan, sebanyak RM3.56 juta atau 16.9 peratus untuk bayaran pencen ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan sejumlah kira-kira RM0.37 juta atau 1.7 peratus untuk saraan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri dan Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri sebanyak RM0.16 juta atau 0.8 peratus.

28

Bagi Maksud Bekalan

96. Di bawah Maksud Bekalan pula, peruntukan yang dicadangkan adalah sebanyak RM291.18 juta. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM124.09 juta atau 42.6 peratus untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap, sebanyak RM82.57 juta atau 28.4 peratus untuk perkhidmatan dan bekalan, sebanyak RM65.36 juta atau 22.5 peratus adalah untuk membiayai perbelanjaan bagi emolumen, sebanyak RM1.90 juta atau 0.7 peratus bagi pemilikan harta modal, dan sebanyak RM17.26 juta atau 5.9 peratus untuk perbelanjaan lain.

97. Peruntukan belanja mengurus yang dicadangkan meningkat kepada RM312.26 juta iaitu 0.2 peratus berbanding tahun lepas sebanyak RM311.66 juta. Peningkatan ini disebabkan oleh bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM17.00 juta. Jabatan-jabatan yang mendapat peruntukan bekalan adalah seperti berikut:-

i. B.02 – Dewan Undangan Negeri mendapat peruntukan sebanyak RM10.43 juta pada tahun 2009 untuk menampung perbelanjaan perkhidmatan bekalan dan lain-lain perbelanjaan.

ii. B03 - Jabatan Ketua Menteri mendapat peruntukan sebanyak RM31.66 juta dalam tahun 2009 untuk menampung pembelian harta modal dan pengurusan pentadbiran.

iii. B.09 - Sumbangan kepada Kumpulan Wang Berkanun sebanyak RM91.88 juta pada tahun 2009. Peruntukan ini adalah bagi memenuhi komitmen pembangunan negeri dan penyelenggaraan jalan raya.

iv. B.10 – Jabatan Pengairan dan Saliran mendapat peruntukan sebanyak RM12.63 juta pada tahun 2009. Peruntukan adalah untuk menampung perbelanjaan perkhidmatan bekalan dan lain-lain perbelanjaan.

29

v. B.12 – Jabatan Kerja Raya mendapat peruntukan sebanyak RM22.79 juta pada tahun 2009. Peruntukan adalah untuk menampung bayaran emolumen dan penyelenggaraan bangunan Kerajaan Negeri.

vi. B.13 - Jabatan Agama Islam Melaka mendapat peruntukan sebanyak RM32.37 juta pada tahun 2009. Peruntukan adalah untuk menampung bayaran emolumen kepada guru-guru agama dan penyelenggaraan masjid serta pejabat agama;

vii. B.15 - Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri mendapat peruntukan RM43.97 juta pada tahun 2009 bagi membiayai emolumen, perkhidmatan, bekalan serta pemberian dan kenaan.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

Peruntukan Pembangunan Tahun 2009

98. Di bawah Perbelanjaan Pembangunan, Kerajaan Negeri mencadangkan supaya sejumlah RM140.62 juta diperuntukkan bagi tujuan membiayai projek pembangunan bagi tahun 2009. Peruntukan yang dicadangkan ini adalah terdiri daripada sumber pinjaman Kerajaan Persekutuan sebanyak RM7.50 juta manakala sumber peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM38.98 juta, sebanyak RM77.00 juta daripada pinjaman Kerajaan Negeri dan bakinya daripada Pemberian Tahap oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM17.14 juta.

99. Peruntukan Pinjaman Kerajaan Persekutuan adalah untuk membiayai projek pinjaman di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka sebanyak RM7.50 juta.

100. Peruntukan Sumber Kerajaan Negeri sebanyak RM38.98 juta dan Pemberian Geran Tahap sebanyak RM17.14 juta akan digunakan untuk

30 membiayai projek-projek sambungan dan baru. Peruntukan pembangunan disediakan untuk projek-projek seperti berikut:-

i. P.10 – Jabatan Kerja Raya disediakan peruntukan sebanyak RM15.98 juta bagi projek ubahsuai / penyelenggaraan bangunan dan kawasan serta pembinaan jalan raya dan jambatan; ii. P.11 – Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) diperuntukkan sebanyak RM6.00 juta bagi membiayai projek kecil parit dan saliran dan kerja-kerja menahan hakisan pantai; iii. P.12 – Jabatan Pertanian diberi peruntukan sebanyak RM3.00 juta bagi membiayai projek pembangunan industri buah-buahan, pembangunan pelbagai komoditi berdaya maju, pembangunan industri sayuran, pembangunan latihan, pembangunan sumber manusia, pembangunan industri bungaan dan tanaman hiasan, pembangunan industri florikultur, pembangunan industri hiliran dan asas tani, taman kekal pengeluaran makanan Selandar, pengembangan pemasaran, pembangunan agro pelancongan, program perikanan dan pembangunan industri padi; iv. P.16 – Jabatan Ketua Menteri (Infrastruktur) disediakan peruntukan sebanyak RM12.82 juta untuk membiayai kajian rancangan, Kompleks Undangan Negeri, projek-projek muzium Negeri Melaka, PERPUSTAM, pembangunan rekreasi Sungai Udang, teknologi maklumat, bina padang bola sepak di DUN Asahan (projek sambungan), penempatan orang asli Gapam, jalan masuk ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kompleks Japerun Negeri DUN dan Planetarium di Bulatan MITC; v. P.17 - Jabatan Pembangunan Negeri diperuntukkan sebanyak RM6.50 juta bagi membiayai projek-projek khas Ketua Menteri, projek khidmat masyarakat dan projek keagamaan; dan vi. P.22 – Jabatan Agama Islam Melaka diperuntukkan sebanyak RM9.27 juta bagi membiayai projek-projek Sekolah Rendah Agama

31

PENUTUP

101. Akhir kata, di Dewan yang mulia ini, wajarlah kita menghargai dan mengakui bahawa sesungguhnya kemajuan dan kejayaan yang dicapai Negeri Melaka telah dapat direalisasikan melalui sokongan padu dan iltizam kukuh semua rakyat. Berpaksikan sokongan padu itu, marilah terus menjadi rakan kongsi Kerajaan dalam memajukan negeri bertuah ini demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Marilah kita bersama-sama bertekad dan berusaha dengan lebih gigih, tekun dan jujur ke arah menjayakan, dengan izin, `road map´ Melaka Maju menjelang 2010.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

102. Dengan harapan yang saya nyatakan itu, saya mohon izin untuk mencadangkan. Terima kasih.

32