Ÿþ7 W C 0 1 ! . D

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Ÿþ7 W C 0 1 ! . D DR.13.11.2000 [DOKUMEN INI BELUM DISEMAK] MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 13 November 2000 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Mesyua rat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN -PERTANYAAN 1. Dato’ Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerloh] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan:- (a) adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan pusat-pusat latihan komputer bagi masyarakat luar bandar; dan (b) sekiranya ada, bilakah rancangan ini akan dimulakan. Menteri Pembangunan Luar Bandar [Dato' Haji Azmi bin Khalid]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui KEMAS telah mewujudkan pusat-pusat kemahiran komputer bagi masyarakat luar bandar mula i tahun 1999. Pada tahun 1998 sebanyak 14 buah pusat kemahiran komputer telah diwujudkan di seluruh negara. Setiap pusat kemahiran komputer dibekalkan dengan sepuluh unit komputer. Pada tahun 1999 – 90 unit komputer telah diagihkan kepada sembilan pusat kemahiran komputer. Manakala pada tahun 2000 sebanyak 140 unit komputer untuk 14 pusat kemahiran komputer telah diagihkan. Dato’ Mohd. Sarit bin Haji Yusof: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. saya ucapkan syabas kepada pihak kerajaan atas usaha dan kesungguhan untuk merapatkan jurang digital divide ini antara bandar dan luar bandar. Saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan pusat latihan komputer di luar bandar ini sebagai sebuah pusat latihan, dengan izin, a complete centre, ertinya dibekalkan dengan kemudahan-kemudahan lain seperti e-mail, documents retriever, internet dan lain-lain kemudahan ICT. DR.13.11.2000 2 Dato' Haji Azmi bin Khalid: Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kerajaan mencadangkan untuk mewujudkan pusat-pusat literacy komputer ini dengan secara lebih komprehensif bukan sahaja tentang perhubungan menggunakan komputer dari segi perhubungan dan surat menyurat, tetapi juga dari segi menganalisa menggunakan Power Point iaitu secara grafik untuk bermacam-macam urusan pameran dan sebagainya. Jadi, urusan memperkenalkan IT ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Dalam Malaysia pada tahun 2004 dijangkakan semua kawasan Parlimen akan wujud pusat-pusat literacy komputer dan kalau Yang Berhormat daripada Parlimen ingin mewujudkan bagi kawasan masing-masing, Yang Berhormat boleh membuat urusan dan membuat permohonan kepada kementerian. Puan Chong Eng: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Bolehkah Yang Berhormat Menteri me mberi makluman yang lebih jelas di manakah pusat-pusat ini dan adakah komputer-komputer ini juga dilengkapkan dengan hardware atau software bahasa Malaysia kerana sekiranya di luar bandar kebanyakan penduduk di sana mereka lebih fasih dalam bahasa Malaysia , maka sekiranya tidak ada software bahasa Malaysia dan apakah gunanya ada komputer di sana kerana kalau komputer hanya diguna sebagai typewriter, siapa yang boleh asses kepada komputer ini dan target groupnya ialah siapa, setakat ini bagaimana ia digunaka n? Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hai, banyak sangat soalan itu. Dato' Haji Azmi bin Khalid: Terima kasih. Wah, nampak DAP hari ini pro bahasa Malaysia pula. Terima kasih. Sebenarnya Yang Berhormat, penggunaan komputer, apabila kita mengguna komputer, ia bukan sahaja setakat berurusan dengan rakyat Malaysia, penggunaan IT adalah dalam dunia globalisasi adalah dalam satu bahasa yang difahami ramai. Apa perlu kita menggunakan bahasa Malaysia, kalau hendak berhubung dengan rakyat di luar negara? Mungkin kita boleh berurusan dengan Indonesia, tetapi selain dari itu susah. Tetapi kita faham bahawa di luar bandar masih ada masyarakat yang kurang faham bahasa Inggeris, maka oleh kerana itu banyak program komputer diterjemahkan dalam bahasa Malaysia, cuma ada program -program yang masih lewat untuk diterjemahkan, ini dalam urusan. DR.13.11.2000 3 Bermaknanya dalam sistem komputer kita, bahasa Malaysia juga diguna berperingkat- peringkat, dipertingkatkan ilmu bahasa Inggeris kepada masyarakat luar bandar supaya mereka boleh berhubung bukan sahaja dengan rakyat Malaysia bahkan dalam arena antarabangsa. 2. Dato’ Yap Pian Hon [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:- (a) kenapakah pembinaan Lebuhraya Sungai Besi tidak mengikut objektif, fungsi Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia kerana wujud lampu isyarat di persimpangan Jalan Balakong yang bertentangan dengan fungsi lebuh raya ‘freeflow’ tanpa gangguan; dan (b) bilakah pembinaan jambatan bertingkat bagi menggantikan sistem lampu isyarat untuk mengelakkan kemalangan berlaku kerana sistem lalu lintas bercanggah yang merbahaya di persimpangan ini. Menteri Kerja Raya [Dato’ Seri S. Samy Vellu]: Tuan Yang di-Pertua, (a) untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan ingin memaklumkan bahawa kajian yang dibuat pada masa yang lalu mendapati persimpangan bertingkat tidak dapat dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat sedia ada kerana terdapat kawasan tapak yang terhad serta pembangunan premis perniagaan dan laluan kereta api yang bersebe lahan dengannya. Di samping itu pihak pemaju di persekitaran kawasan tersebut juga membantah mengenai cadangan pembinaan persimpangan ini dan sekiranya diteruskan, maka masalah sosial akan ditimbulkan. Bukan sahaja kepada mereka, kepada Ahli Yang Berhormat juga. Walaupun pembinaan persimpangan bertingkat ini tidak dibina, ciri-ciri keselamatan di persimpangan lampu isyarat telah diambil kira dengan menaik taraf dan juga menambah lorong sedia ada. DR.13.11.2000 4 (b) Memandangkan terdapat masalah seperti yang dinyatakan, ker ajaan buat masa ini tidak bercadang untuk membina persimpangan bertingkat di Jalan Balakong. Dato’ Yap Pian Hon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sebenarnya tanpa pembinaan jambatan bertingkat akan menjadikan satu tekanan politik dan sosial kepada saya dan kerajaan kerana Mine Resort merupakan satu pusat pelancongan dan persidangan antarabangsa diadakan, maka kawasan ini tanpa itu mungkin sesak lagi dan tambahan juga untuk sama ada pihak kerajaan sedar bahawa kenderaan-kenderaan daripada Serdang ke Jalan Balakong dijadikan cross road akan bercanggah dengan kenderaan-kenderaan daripada lebuh raya dan juga lebuh raya Ssungai Besi dibinakan untuk dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Maka inilah dengan demikian keadaan sesak dan berlaku kemalangan, maka apakah alternatifnya kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Dato’ Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, jumlah kemalangan yang telah berlaku di kawasan itu iaitu kemalangan maut satu dalam tahun 1999, kemalangan serius empat, jumlah 11. Dan tahun 2000 ‘insya -Allah’ kita belum ada apa -apa kemalangan kematian lagi dan kemalangan serius dua, jumlah ini. Saya percaya kita mesti merujuk balik kepada sejarah apabila kita mencadang untuk membina persimpangan bertingkat itu. Banyak permintaan daripada Yang Berhormat yang diterima dan setiap permintaan dari Yang Berhormat kita dengar, kita buka jalan, laluan baru dan juga buat jalan di bawah lebuh raya, semuanya membangkit masalah kepada kita pada hari ini. Ada juga beberapa pihak mahu juga minta saya membatalkan jalan itu, tetapi saya akan berjumpa dengan penduduk-penduduk dalam tempoh dua hari lagi berkenaan dengan perkara ini. Jadi, saya minta Yang Berhormat sabar sedikitlah, kita cari jalan macam mana kita boleh selesai masalah ini. Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan. bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu piawaian untuk yang dikatakan sebagai sebuah lebuh raya. Misalanya saya kata di Seberang Jaya depan Acer computer factory, iaitu Butterworth Kulim Expressway (BKE), tetapi ada lampu DR.13.11.2000 5 isyarat untuk orang melintas jalan, tetapi di lebih kurang 300 kaki lepas lampu isyarat itu ada jambatan untuk orang jalan. Jadi, itu BKE itu kira lebuh raya atau tidak? Dato’ Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, ini lebuh raya juga. Itu lebuh raya, bukan sahaja lebuh raya, lebuh raya itu paling baik, paling cantik. Saya guna lebuh raya itu sekarang satu hari lima kali, pagi ini pun saya gunakan lebuh raya itu. Walau bagaimanapun, cadangan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat tadi, berkenaan dengan menempatkan semula jambatan yang sedia ada, itu kita boleh timbangkan, kita boleh pindah, kita pindahkan itu di sebelah lampu isyarat yang sedia ada di mana rakyat boleh menggunakan. Tetapi saya boleh menjelaskan kepada Yang Berhormat, kita telah membina beberapa banyak jejambat di negara ini tidak pernah orang guna jejambat itu. Mereka suka juga naik atas pagar dan juga dia cari maut. [Ketawa] [Soalan No. 3 – Y.B. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] tidak hadir] 4. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan bagaimana penglibatan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dalam Syarikat Modal Teroka Islam di Silicon Valley iaitu American Pacific Venture Capital Incorporation dapat memenuhi perancangan pembangunan negara. Apakah syarat-syarat penglibatan Malaysia dari segi ekuiti, pengurusan, teknologi dan kepakaran. Bagaimanakah dengan status jadual projek tersebut. Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Tuan Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, American Pacific Venture Capital Incorporation (AMPVC) ialah sebuah syarikat modal teroka antarabangsa yang telah ditubuhkan di Silicon Valley oleh tiga orang pakar teknologi dari Amerika Syarikat untuk melabur dalam syarikat-syarikat berteknologi tinggi dan bukan hanya untuk melabur di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki oleh orang Islam. MTDC setakat ini hanya menandatangani
Recommended publications
  • K a N D U N G a N
    K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2003) 2003 (Halaman 16) USUL-USUL: Anggaran Pembangunan (Tambahan) (Bil. 1) 2003 (Halaman 16) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 66) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2003 DR.8.9.2003 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu) “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas) “ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, D.P.M.P. (Pontian) “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput) “ Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Dr.
    [Show full text]
  • The Chinese Education Movement in Malaysia
    INSTITUTIONS AND SOCIAL MOBILIZATION: THE CHINESE EDUCATION MOVEMENT IN MALAYSIA ANG MING CHEE NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE 2011 i 2011 ANG MING CHEE CHEE ANG MING SOCIAL MOBILIZATION:SOCIAL INSTITUTIONS AND THE CHINESE EDUCATION CHINESE MOVEMENT INTHE MALAYSIA ii INSTITUTIONS AND SOCIAL MOBILIZATION: THE CHINESE EDUCATION MOVEMENT IN MALAYSIA ANG MING CHEE (MASTER OF INTERNATIONAL STUDIES, UPPSALA UNIVERSITET, SWEDEN) (BACHELOR OF COMMUNICATION (HONOURS), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA) A THESIS SUBMITTED FOR THE DEGREE OF DOCTOR OF PHILOSOPHY DEPARTMENT OF POLITICAL SCIENCE NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE 2011 iii ACKNOWLEDGEMENTS My utmost gratitude goes first and foremost to my supervisor, Associate Professor Jamie Seth Davidson, for his enduring support that has helped me overcome many challenges during my candidacy. His critical supervision and brilliant suggestions have helped me to mature in my academic thinking and writing skills. Most importantly, his understanding of my medical condition and readiness to lend a hand warmed my heart beyond words. I also thank my thesis committee members, Associate Professor Hussin Mutalib and Associate Professor Goh Beng Lan for their valuable feedback on my thesis drafts. I would like to thank the National University of Singapore for providing the research scholarship that enabled me to concentrate on my thesis as a full-time doctorate student in the past four years. In particular, I would also like to thank the Faculty of Arts and Social Sciences for partially supporting my fieldwork expenses and the Faculty Research Cluster for allocating the precious working space. My appreciation also goes to members of my department, especially the administrative staff, for their patience and attentive assistance in facilitating various secretarial works.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Parliamentary Debates
    Jilid II Hari Selasa Bil. 28 20hb Oktober, 1992 M AL A YSI A PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 6169] RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT [Ruangan 6237] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Jualan Langsung 1992 [Ruangan 6238] Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) [Ruangan 6263] DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD. IBU PEJABAT, KUALA LUMPUR 1994 MALAYSIA DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATO MOHAMED ZAHIR BIN HAJI ISMAIL, P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Amat Bcrhormat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, DATO' SERI DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, D.K.I., D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P., D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.N.M., P.I.S. (Kubang Pasu). „ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, TUAN ABDUL GHAFAR BIN BABA (Jasin). Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, DATO' SERI DR LING LIONG SIK, S.P.M.P., D.P.M.P., D.P.M.S. (Labis). Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, DATO' SERI S. SAMY VELLU, S.P.M.P., S.P.M.J., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput). Menteri Perusahaan Utama, DATO' SERI DR LIM KENG YAIK, S.P.M.P., D.P.C.M.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 1 Rabu 7 Jun 1995 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA __, KAND UN GAN PEMBUKAAN PARLIMEN [Ruangan I] MEMILIH TUAN YANG DI-PERTUA: - Y.B. Tan Sri Dato' Mohamed Zahir bin Haji Ismail [Ruangan 1] MENGANGKAT SUMPAH DAN UCAPAN TERIMA KASIH TUAN YANG DI-PERTUA [Ruangan 2] MENGANGKAT SUMPAH OLEH AHLI-AHLI [Ruangan 4] Diterbit Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 1999 7 JUN 1995 AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATO' MOHAMED ZAHIR BIN HAJI ISMAIL, P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, DATO' SERI DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, D.K.l., D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P., D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.N.M., P.I.S. (Kubang Pasu). Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, DATO' SERI ANwAR BIN IBRAHIM, D.U.P.N., S.S.A.P., S.S.S.A., D.G.S.M., S.P.N.S., S.P.D.K., D.M.P.N. (Permatang Pauh). Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, DATO' SERI DR LING LIONG S1K, D.G.S.M., S.P.M.P., D.P.M.S., D.P.M.P. (Labis). Menteri Kerja Raya, DATO' SERI S. SAMY VELLU, s.P.M.P., S.P.M.J., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 1 Isnin 17 Mei 2004 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N PROKLAMASI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MEMANGGIL PARLIMEN UNTUK BERMESYUARAT (Halaman 1) MEMILIH TUAN YANG DI-PERTUA (Halaman 1) TUAN YANG DI-PERTUA MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 2) AHLI-AHLI MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 4) MEMILIH DUA ORANG TIMBALAN YANG DI-PERTUA (Halaman 11) USUL: Jalan-jalan Masuk Ke Parlimen (Halaman 12) _____________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: CAWAGNAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2004 DR.17.5.2004 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng (Kulai) - MCA Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Yusof bin Yacob (Sipitang) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) - UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T).
    [Show full text]
  • 19 Januari 1993 13696
    Jilid II Hari Selasa Bil. 68 19hb Januari, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KANDUNGAN RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 [Ruangan 13709] USUL: Waktu Mesyuarat -dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat dan Penangguhan [Ruangan 13803] MALAYSIA DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATO' MOHAMED ZAHIR BIN HAJI ISMAIL, P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, DATO' SERI DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, D.K.I., D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P., D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T.. D.U.N.M., P.I.S. (Kubang Pasu). Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tuan Abdul Ghafar bin Baba (Jasin). Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, DATO' SERI DR LING LIONG SIK, S.P.M.P., D.P.M.P., D.P.M.S. (Labis). Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, DATO' SERI S. SAMY YELLU, S.P.M.P., S.P.M.J., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput). Menteri Perusahaan Utama, DATO' SERI DR LIM KENG YAIK, S.P.M.P., D.P.C.M. (Beruas). Menteri Kerja Raya, DATUK LEO MOGGIE ANAK IROK, P.N.B.S.
    [Show full text]
  • Dr-29102003.Pdf
    K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 15) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2003 (Halaman 15) Rang Undang-undang Pilihan Raya (Pindaan) 2003 (Halaman 36) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2003 (Halaman 72) Diterbit Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2003 2 DR.29.10.2003 DR.29.10.2003 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu) “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas) Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, D.P.M.P. (Pontian) “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N.
    [Show full text]
  • Chapter 13-Malaysia Long Journey to Structural Reform
    Chapter 13 MALAYSIA Malaysia Area: 330,000 km2 Population: 26.13 million (FY2005 government estimate) Capital: Kuala Lumpur Language: Bahasa Melayu as well as Chinese, Tamil, and English Religion: Islam as well as Buddhism and Hinduism Government type: Constitutional monarchy Chief of state: Tuanku Syed Sirajuddin (King) (coronation on December 13, 2001) Currency: ringgit (MYR) (US$1 = 3.7800 ringgit; as of end of 2005. On July 21, 2005, the ringgit changed from a fixed exchange rate system to a managed floating exchange rate system.) Fiscal year: Calendar year 371 Long Journey to Structural Reform MASASHI NAKAMURA and SO UMEZAKI or the Abdullah Ahmad Badawi administration, 2005 was the year to F indicate the direction of a medium- to long-term policy. At the General Assembly of the United Malays National Organisation (UMNO), of which the prime minister himself was the president, he explained the negative aspects of the public support for Malays heretofore and sought to free Malay entrepreneurs from dependence on the government. In partic- ular, he focused on the problem of small Bumiputera contractors who depend on public investment and encouraged their entry into agriculture and agriculture-related industries which can expect to earn income over the long term. However, in 2005, events occurred that displayed the deep-rooted nature of the collusion between Malay entrepreneurs and politicians as well as the difficulty of resolving the problem. One was the exposure of vote-buying behavior in the UMNO elections in September 2004, and the other was a controversy surrounding the Approved Permit (AP) for importation of motor vehicles.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 27 Isnin 18 Jun 2007 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N PEMASYHURAN OLEH TUAN YANG DI-PERTUA: - Memperkenankan Akta-akta (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Negara (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1): ■ Banjir di Kuala Lumpur - Y.B. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) (Halaman 20 & 64) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 21) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Perluasan) 2007 (Halaman 21) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2007 (Halaman 58) USUL: Penangguhan Mesyuarat Di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 75) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: Mutu Perkhidmatan Kesihatan Awam dan Perubatan Di Malaysia - Y.B. Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar (Larut) (Halaman 75) Masalah Setinggan Di Sabah - Y.B. Datuk Wilfred Madius Tangau (Tuaran) (Halaman 80) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2007 DR.18.6.2007 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib, PSM., SPCM., AMN., JP. (Pasir Salak) - UMNO 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, PJN., PIS. (Kulai) - MCA 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Yusof bin Yacob, PGDK., ADK. (Sipitang) - UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N.
    [Show full text]
  • 15 Februari 2000
    s Bil. 1 Selasa 15 Februari 2000 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA KAND UN GAN MENGANGKATSUMPAH (Halaman 1) PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli-ahli Baru (Hal am an 1) - Titah Ucapan Diraja (Halam an 1) - Memperkenankan Akta-akta (Hal am an 1) - Perutusan Daripada Dewan Negara (Hal aman 2) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANY AAN-PERTANY AAN (Ha lam an 2) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 1S ) USUL-USUL: Jalan-jalan Masuk Ke Parlimen (Halaman 1S ) Jawatankuasa Pemilih - Perlantikan Ahli-ahli (Halaman 16 ) Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara - Perlantikan Pengerusi dan Naib Pengerusi (Halaman 17) Pertubuhan Antarabangsa Parlimen-Parlimen ASEAN (AIPO) Cawangan Malaysia - Perlantikan Ahli (Halaman 22) Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah (Halaman 22) Diterbitkan olch CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2000 DR.15.2.2000 AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT •• Yang Berhonnat Tuan Yang di-Pertua, Tun Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N. Yang Amat Berhonnat Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.l.S. (Kubang Pasu) " Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N.
    [Show full text]
  • The Role of Lim Fong Seng
    WORKING PAPER SERIES CenPRIS WP 144/12 POLITICAL PARTICIPATION AND THE CHINESE EDUCATION MOVEMENT IN MALAYSIA: THE ROLE OF LIM FONG SENG Dr Tan Yao Sua MAY 2012 Available online at http://www.usm.my/cenpris/ CenPRIS Working Paper No. 144/12 MAY 2012 Note: the paper is not meant to represent the views or opinions of CenPRIS or its Members. Any errors are the responsibility of the author(s). ABSTRACT POLITICAL PARTICIPATION AND THE CHINESE EDUCATION MOVEMENT IN MALAYSIA: THE ROLE OF LIM FONG SENG Since the 1950s, the Chinese educationists relied on internal negotiations within the ruling coalition government to resolve issues relating to Chinese education. But in the 1980s, the need for a new political strategy began to emerge following difficulties to safeguard the interests of Chinese education within the ruling coalition government. It is against this backdrop that the role of Lim Fong Seng as a leader of the Chinese education movement has become significant. In early 1980s, he advocated the political collaboration between the Chinese educationists and the Chinese-based political parties in the ruling coalition as well as in the opposition to strengthen the Chinese education movement through the fostering of Chinese political unity. He subsequently supported a group of Chinese educationists to join a Chinese-based political party in the ruling coalition to facilitate this collaboration. But such a move failed to bring about the desired outcome. However, this did not deter him from seeking a political solution to the Chinese education movement. Following his involvement in the Civil Rights Movement in the mid 1980s, he was deeply committed to the formation of an opposition front to counter Malay political dominance within the ruling coalition government.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Parliamentary Debates
    Jilid II Hari Isnin Bil. 67 18hb Januari, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KANDUNGAN PEMASYURAN TUAN YANG DIPERTUA: Memperkenankan Akta-akta [Ruangan 13477] Perutusan daripada Dewan Negara [Ruangan 13477] Penolakan Majlis Raja-Raja Terhadap Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 [Ruangan 13479] RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT [Ruangan 13480] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 [Ruangan 13480] USUL-USUL: Merentikan Kuatkuasa Peraturan Mesyuarat 48 di bawah Peraturan Mesyuarat 90(1) [Ruangan 13480] Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 13580] MALAYSIA DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATO' MOHAMED ZAHIR BIN HAJI ISMAIL, P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, D.K.I., D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P., D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.N.M., P.I.S. (Kubang Pasu). Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, TUAN ABDUL GHAFAR BIN BABA (Jasin). terhormat Menteri Pengangkutan, DATO' SERI DR. LING LIONG SIK, S.P.M.P., D.P.M.P., D.P.M.S. (Labis), Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, DATO' SERI S. SAMY VELLU, S.P.M.P., S.P.M.J., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N.
    [Show full text]