Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Merupakan Pilihan Raya Umum
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 merupakan pilihan raya umum yang ke-12 diadakan di Malaysia pada hari Sabtu, 8 Mac 2008 setelah parlimen Malaysia dibubarkan pada 13 Februari 2008 diikuti dengan hari penamaan calon pada 24 Februari 2008. Akhirnya, Barisan Nasional masih menang di peringkat Parlimen tetapi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) , Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Banyak calon UMNO tewas kepada PAS. Sementara calon Gerakan , MIC dan PPP kalah teruk kepada DAP, PKR dan PAS. Gelombang baru ini merupakan permulaan kepada rentetan fenomena politik di Asia seperti di Filipina, Thailand dan Indonesia. Isi kandungan [sorokkan] • 1 Pembubaran parlimen dan DUN o 1.1 Isu yang dipertikaikan dalam pilihanraya 2008 . 1.1.1 Jumlah pengundi berdaftar . 1.1.2 Pengundi mati/hantu/bertindan . 1.1.3 Tempoh berkempen . 1.1.4 Teknik berkempen • 2 Calon pilihan raya o 2.1 Proses penamaan calon • 3 Petugas Pilihan raya • 4 Pemerhati pilihan raya • 5 Keputusan Pilihan Raya o 5.1 Kekalahan Teruk Barisan Nasional o 5.2 Empat negeri berubah angin • 6 Pasca Pilihan Raya Umum o 6.1 Tuduh-menuduh dalam Barisan Nasional o 6.2 Pembentukan Pakatan Rakyat • 7 Reaksi o 7.1 Kematian Zakaria Deros o 7.2 Ekonomi • 8 Lihat juga • 9 Rujukan [sunting] Pembubaran parlimen dan DUN Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mendapat ilham untuk membubarkan parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008 setelah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankannya. SPR mengumumkan hari penamaan calon pada 24 Februari 2008 di bangunan majlis daerah masing-masing. [sunting] Isu yang dipertikaikan dalam pilihanraya 2008 Beberapa isu telah dibangkitkan oleh beberapa parti pembangkang dalam pilihanraya 2008, antaranya ialah: [sunting] Jumlah pengundi berdaftar Terdapat 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN di 12 negeri kecuali Sarawak yang perlu direbut oleh calon yang bertanding. 10,922,139 rakyat Malaysia termasuk 221,085 pengundi pos layak mengundi sebagaimana senarai akhir daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008.[1] Ini merupakan peningkatan 600,000 pengundi berbanding 10.3 juta tahun 2004. [sunting] Pengundi mati/hantu/bertindan SPR telah mengumumkan bahawa mereka telah membuat pemeriksaan dengan balai polis dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengemas kini nama si mati, pindah dan sebagainya. Bagaimanapun masih terdapat mereka yang pindah tetapi tidak bertukar alamat dan yang telah mati belum dipadam rekodnya. [2], [3] SPR menerangkan bahawa ini adalah kerana peruntukan undang-undang pilihan raya semasa tidak membenarkan SPR terus mengeluarkan nama-nama mereka daripada DPI. Ini kerana daftar yang digunakan telah 1 Jan hingga 31 Mac ini akan dipamerkan pada April depan untuk semakan orang awam, disahkan menyingkir nama mereka yang meninggal sehingga 31 Disember 2008 sahaja.[4] Selain itu, terdapat nama yang bertindan di mana melibatkan pengundi pos (polis dan tentera) yang namanya dua kali.[5] [sunting] Tempoh berkempen Tempoh berkempen pilihan raya selama 13 hari sahaja [6]. Katanya tempoh berkempen yang lama akan meningkatkan suhu pilihan raya sehingga membawa kepada keganasan dan pembunuhan. Adakah keganasan itu dilakukan oleh pihak parti pembangkang ataupun orang-orang yang di upah oleh pihak kerajaan untuk melakukan huru-hara? Supaya pihak pembangkang dapat dituduh sebagai pengganas dengan sewenang- wenangnya. Semasa pilihan raya umum Malaysia 2004 , masa berkempen hanya 8 hari sahaja. Tahun 1999 hanya 9 hari. Pilihan raya umum 1995 dan 1986 - 10 hari. Di Sabah, tarikh pembubaran hingga hari mengundi hampir dua bulan.[7]. Semakin pendek tempoh berkempen, peluang parti kerajaan mendapatkan majoriti 2/3 semakin cerah. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihalang dari melibatkan diri dalam politik termasuk menjadi calon pilihan raya sehingga April 2008. Oleh itu, pembangkang yang mahu melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim bergabung dengan Lim Kit Siang di Pulau Pinang dan menjadikan orang Melayu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan kesampaian. Hal ini menyebabkan berlakunya spekulasi sama ada anya pelepasan kerusi Parlimen untuk Anwar bertanding selepas April 2008. [sunting] Teknik berkempen Terdapat pertikaian mengenai penguuasaan Barisan Nasional terhadap media. Kebanyakan media elektronik dan media cetak banyak membuat liputan mengenai Barisan Nasional dan kurang liputan mengenai parti pembangkang. Pembangkang mendakwa bahawa mereka disekat dari menggunakan media elektronik seperti televisyen dengan itu terpaksa menggunakan teknik ceramah dan kempen dari rumah ke rumah yang tidak mencukupi dan sukar dilakukan oleh parti pembangkang. Menurut pihak kerajaan, ceramah dan perhimpunan pra pilihan raya yang diadakan oleh pembangkang telah mencetuskan rusuhan dan dilabel sebagai perhimpunan haram. Contohnya, Rusuhan Kuala Terengganu 2007 dan Perhimpunan Bersih 2007. Bagaimanapun pembangkang mendakwa bahawa sebagai sebuah negara yang berprinsipkan demokrasi, sepatutnya ceramah-ceramah bebas seperti ini tidak harus dihalang kerana inilah yang mencetuskan rusuhan. [sunting] Calon pilihan raya Tuduhan terhadap pengundi hantu dilaporkan berikutan masih terdapat banyak rekod pengundi yang dikatakan sah walaupun dilahirkan lebih 100 tahun lalu. Contoh dari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ini memaparkan butiran seorang pengundi yang berumur 128 tahun pada tahun 2008 jika masih hidup. Sepatutnya bakal wakil rakyat tahu tentang undang-undang pilihan raya di Malaysia. Seseorang yang muflis, terlibat dengan jenayah, rasuah, penyelewengan, perjudian dan aktiviti maksiat seharusnya jujur ketika mengisi borang penamaan calon. Kesalahan teknikal ketika pilihan raya tidak seharusnya berlaku. Katanya, DUN Senggarang, Johor dimenangi oleh PAS kerana kesalahan teknikal. Padahal kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2004 di Terengganu adalah sebenarnya merupakan kesalahan teknikal yang disedari oleh SPR tetapi diabaikan. Kesalahan ini adalah seperti berlakunya penipuan ketika mengundi saperti wujudnya ramai pengundi hantu, dan lain-lain lagi. Banyak kawasan di Johor dan Sarawak dimenangi tanpa bertanding kerana faktor kewangan dan lain-lain katnya lagi. Sekatan-sekatan seperti wang deposit yang mahal tidak seharusnya berlaku. Setiap calon dikenakan deposit RM3,000 dan RM5,000. Selain itu dikenakan deposit membersihkan poster pilihan raya. Mana-mana calon dan parti tidak wajar dibiayai oleh mana-mana peniaga dan jutawan apalagi negara asing. Mana-mana parti tidak patut menjual maruah dan parti dan berkomplot dengan kuasa asing yang mahu melihat Malaysia sekali lagi dijajah. Kos pilihan raya akan melonjak tingi jika dicampurkan dengan topi parti, payung, T-shirt, khemah, bilik gerakan, sepanduk, bunting, bendera parti dan lain-lain. Amerika Syarikat dan CIA dilihat selalu berada di belakang mana-mana pilihan raya di negara dunia ketiga. Inikah yang dikatakan negara merdeka? Menurut undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan, permit ceramah mestilah dipohon setiap ceramah dan perhimpunan yang hendak diadakan di setiap lokasi dan masa. Tetapi,setiap permit ceramah yang dipohon oleh parti pembangkang tidak pernah diluluskan.mengapa? Unit Tindakan Rusuhan (Poru) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditempatkan di dikawasan 'panas' seperti Marang, Permatang Pauh, Lunas dan lain-lain. Ini bagi menghalang parti pembangkang untuk mengadakan ceramah dan berkempen. [sunting] Proses penamaan calon Proses penamaan calon pada 24 Februari 2008 menjangkakan 1,500 calon mengemukakan pencalonan masing-masing di seluruh negara seawal pukul 9 pagi. 222 pusat penamaan calon yang dibuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi tumpuan mereka dan para penyokong parti-parti politik mahupun calon bebas. Pusat-pusat penamaan ditempatkan di pejabat daerah, dewan majlis perbandaran, dewan serba guna, sekolah, balai raya dan stadium akan dibuka dari pukul 9 hingga 10 pagi untuk menerima kertas pencalonan dan diikuti dengan tempoh bantahan selama sejam sebelum pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama-nama calon sekiranya ada pertandingan. Mengikut peraturan SPR, calon kerusi Parlimen disyaratkan membayar deposit RM10,000 semasa mengemukakan kertas pencalonan, manakala RM5,000 pula bagi kerusi DUN. Selain syarat lama iaitu pencadang dan penyokong mesti daripada kalangan pengundi berdaftar di tempat yang hendak ditandingi, semua calon juga perlu mengemukakan borang Akuan Bersumpah serta duti setem yang dibayar atau mungkin menghadapi risiko kertas pencalonan mereka ditolak.[8] [sunting] Petugas Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) merupakan badan tertinggi menguruskan pilihan raya di Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan.60,000 anggota polis dibekukan cuti bagi memastikan keselamatan tahap 100 % [9]. Hampir 149,000 guru-guru dan pekerja majlis daerah, pegawai Kemas telah dilatih dan dilantik sebagai petugas pilihan raya. 50,000 lagi kakitangan kasual termasuk juruterbang helikopter dan jurumudi bot di pedalaman Sabah dan Sarawak. SPR telah memenuhi tuntutan parti pembangkang agar dakwat pada kuku (tetapi dibatalkan pada saat akhir atas sebab-sebab yang tidak diketahui) dan peti undi lutsinar digunakan dalam pilihan raya. Nombor siri pengundi pada kertas undi yang mencurigakan pengundi juga telah dihapuskan. [10] Pada pilihan raya kali ini, diharapkan SPR dapat menjalankan amanah dengan bersih dan jauhkan dari berlakunya penyelewengan dan rasuah. [sunting] Pemerhati pilihan raya Setakat ini SPR tiada kuasa menjemput pemantau pilihan raya dari luar negara dan tiada ada