(01 JULAI 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Kes Baharu COVID-19
Kenyataan Media JPBN Bil 182/2021 JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK KENYATAAN MEDIA (01 JULAI 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Kes Baharu COVID-19. Hari ini terdapat 544 kes baharu COVID-19 dikesan. Sejumlah 338 atau 62.13 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di lima (5) buah daerah iaitu di Daerah Kuching, Tebedu, Sibu, Bintulu dan Miri. Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Kuching (118), Tebedu (63), Sibu (58), Bintulu (56), Miri (43), Song (41), Telang Usan (21), Serian (17), Bau (15), Kanowit (15), Samarahan (15), Marudi (11), Kapit (11), Subis (10), Sri Aman (7), Tatau (6), Tanjung Manis (6), Mukah (5), Asajaya (4), Simunjan (3), Meradong (3), Saratok (3), Lundu (2), Sarikei (2), Bukit Mabong (2), Sebauh (2), Belaga (1), Matu (1), Lawas (1), Julau (1) dan Betong (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 65,395. 1 Kenyataan Media JPBN Bil 182/2021 Daripada 544 kes baharu yang dilaporkan, seramai 74 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. Manakala, seramai 464 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada: • 334 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (43 kes bergejala); • 125 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (kes tidak bergejala); • 52 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (3 kes bergejala); • 28 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan; • 3 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B) (kes tidak bergejala); • 2 kes melibatkan individu yang balik dari luar negara (Import A) iaitu dari Indonesia (kes tidak bergejala).
[Show full text]