DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK
ATURAN URUSAN MESYUARAT
PERSIDANGAN HARI KEDUA
MESYUARAT KEDUA BAGI PENGGAL KETIGA
DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK KELAPAN BELAS
SELASA, 06 NOVEMBER 2018 (28 SAFAR 1440H)
JAM 9:00 PAGI
1. 2. 3.
Bacaan Doa oleh Setiausaha DUN Sarawak Pemasyhuran daripada Tuan Speaker Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawapan-Jawapan Lisan
1. YB IR AIDEL BIN LARIWOO (N.24 SADONG JAYA)
Bertanya kepada Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi
Apakah status pembinaan sekolah-sekolah daif di Sarawak?
2. YB ENCIK RIPIN BIN LAMAT (N.72 LAMBIR)
Bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Apakah tindakan dan perancangan pihak Kerajaan untuk mengawal harga tempat kediaman yang semakin meningkat dan tidak mampu dibeli oleh mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah?
3. YB ENCIK ROLLAND DUAT ANAK JUBIN (N.48 MELUAN)
Bertanya kepada Menteri Utiliti
Apakah perancangan Kerajaan untuk membina “Tangki Air Paras Tinggi” di Bukit Agok Jalan Meluan/Nanga Entabai untuk mengatasi masalah tekanan air yang rendah di kawasan tersebut?
4. YB ENCIK SAFIEE BIN AHMAD (N.43 DARO)
Bertanya kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan
Bilakah projek Jambatan Batang Lassa dan Jambatan Batang Paloh akan dimulakan pelaksanaannya?
5. YB DATO' SRI HUANG TIONG SII (N.45 REPOK)
Bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menaiktaraf sistem perparitan yang usang dan/atau rosak yang membahayakan para pengguna dari Jalan Repok ke Simpang CTC?
6. YB ENCIK SEE CHEE HOW (N.11 BATU LINTANG)
To ask the Chief Minister
What is the total of placement of deposits received by DBOS by the end of October 2018 and what is the total sum of credit facilities that has been approved and given out?
7. YB ENCIK DENNIS NGAU (N.77 TELANG USAN)
To ask the Minister for Welfare, Community Wellbeing, Women, Family and Childhood Development
What are the efforts and achievement thus far, by Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak in their efforts to ensure Pribumi Sarawak are able to posses their Malaysian Birth certificate or Identity card in particularly among the rural communities of Baram and Belaga?
8. YB ENCIK JEFFERSON JAMIT ANAK UNYAT (N.63 BUKIT GORAM)
Bertanya kepada Menteri Pelancongan, Seni, Kebudayaan dan Sukan
Adakah kerajaan mempunyai sebarang rancangan untuk membina sebuah Padang Bola Sepak di Kapit?
9. YB DATUK TIONG THAI KING (N.52 DUDONG)
To ask the Minister for Industrial and Entrepreneur Development
When will the industrial park at Sungai Bidut be implemented?
10. YB DATUK MONG ANAK DAGANG (N.31 BUKIT BEGUNAN)
To ask the Minister for Urban Development and Natural Resource
Regarding NCR land perimeter survey, in Bukit Begunan Constituency, how many applications have been received, work in progress and those already completed survey works on individual lots?
11. YB ENCIK WONG KING WEI (N.9 PADUNGAN)
To ask the Chief Minister
In view of the recent Rabies outbreak to other new areas in Sarawak, what are measures in combating and eradicating such disease in Sarawak?
12. YB PUAN HAJAH SIMOI BINTI HAJI PERI (N.28 LINGGA)
Bertanya kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan
Apakah status terkini Jalan Lingga-Sebuyau?
13. YB ENCIK MOHAMMAD RAZI BIN SITAM (N.35 SARIBAS)
Bertanya kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan
Berapakah anggaran kos pembinaan jalan raya untuk satu kilometer (km) mengikut jenis jalan raya yang dibina di Sarawak sekarang, termasuk jalan pesisir?
14. YB ENCIK AWLA BIN DRIS (N.25 SIMUNJAN)
Bertanya kepada Menteri Utiliti
a) Apakah perancangan Kementerian untuk memenuhi keperluan rakyat untuk kemudahan pembekalan elektrik di daerah Simunjan? b) Apakah tindakan yang telah diambil untuk memenuhi keperluan elektrik khasnya permohonan daripada individu yang belum mendapat bekalan elektrik?
15. YB DATUK DING KUONG HIING (N.46 MERADONG)
To ask the Minister for Local Government and Housing
When will Housing Development Corporation propose to have its first ever Low Cost Housing or similar Scheme to be implemented in Meradong District so as to ease the problem of owning a house for the low income group?
16. YB ENCIK ALLAN SIDEN GRAMONG (N.50 MACHAN)
To ask the Minister for Infrastructure Development and Transportation
Will the Government build Ulu Machan Road Phase II under RMK 11?
17. YB DATO' HAJI IDRIS BIN HAJI BUANG (N.16 MUARA TUANG)
Bertanya kepada Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Ekonomi Luar Bandar Sarawak
Adakah Kerajaan Negeri dibawah Kementerian Pertanian mempunyai cadangan untuk mengadakan atau membina Agro Park di kawasan Samarahan sama seperti yang telah dibina di kawasan Sarikei?
18. YB ENCIK JOHNICHAL RAYONG ANAK NGIPA (N.33 ENGKILILI)
Bertanya kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan
Bilakah pihak Kerajaan akan mula menaiktaraf Jalan Ulu Skrang Fasa ke-2, Kawasan DUN Engkilili seperti yang diluluskan KKLW pada Disember 2017?
19. YB ENCIK MARTIN BEN (N.22 KEDUP)
Bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Adakah Kerajaan bercadang untuk membina balai bomba di kawasan Bandar Mutiara, Daerah Tebedu dalam masa terdekat?
20. YB ENCIK YUSSIBNOSH BALO (N.57 TELLIAN)
Bertanya kepada Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi
Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan terdahulu kerana telah meluluskan projek pembinaan untuk SK Tellian. Setakat manakah pelaksanaan projek itu sehinggga kini?
21. YB ENCIK MAJANG ANAK RENGGI (N.70 SAMALAJU)
Bertanya kepada Menteri Utiliti
Apakah status penyaluran bekalan air bersih dan terawat di kawasan Suai?
22. YB ENCIK MOHAMAD CHEE BIN KADIR (N.40 KABONG)
Bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Pantai Tanjung Kembang, Kabong berpotensi sebagai daya tarikan untuk pelancongpelancong dari luar negeri dan domestik. Adakah perancangan untuk menaiktaraf/menambah chalet-chalet dan infrastruktur berkaitan untuk memenuhi permintaan dari pelancong-pelancong yang semakin bertambah?
23. YB IR CHRISTOPHER GIRA ANAK SAMBANG (N.59 TAMIN)
Bertanya kepada Menteri Utiliti
Permohonan penyambungan bekalan elektrik telah dikemukakan untuk rumah panjang di DUN Tamin dengan anggaran kos sejumlah RM42 juta. Pada 2018, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM10 juta dan baki perutunkan akan dimasukkan dalam peruntukan tahun 2019 dan 2020. Apakah status perlaksanaan projek tersebut?
24. YB TUAN HAJI RAZAILI BIN HAJI GAPOR (N.29 BETING MARO)
Bertanya kepada Ketua Menteri
Apakah perkembangan pembinaan Pusat Pentadbiran Baru Daerah Pusa?
25. YB ENCIK SEE CHEE HOW (N.11 BATU LINTANG)
To ask the Minister for Local Government and Housing
With rising concern over plastic wastes, what are the plans the State has for the control over commercial usage and disposal of plastic and its components?
26. YB ENCIK GERALD RENTAP JABU (N.36 LAYAR)
Bertanya kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan
Apakah status bagi : a) Jalan Skatap, Ng. Jelau, Meribong, Batu Lintang; b) Jalan Perdu, Lempaong, Batu Pesok, Rantau Layang; dan c) Jalan Ijok, Penyuin, Muman?
27. YB DATO RANUM ANAK MINA (N.1 OPAR)
Bertanya kepada Menteri Utiliti
Apakah terdapat sebarang penangguhan daripada pihak Kementerian untuk kerja-kerja membekalkan tenaga elektrik bagi membantu penduduk di kawasan luar bandar terutamanya melibatkan kawasan DUN Opar memandangkan masih terdapat segelintir penduduk belum menikmati bekalan elektrik?
28. YB ENCIK ABDUL YAKUB BIN HAJI ARBI (N.58 BALINGIAN)
Bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha untuk meneruskan Projek Tambatan Hakisan Batang Balingian yang sebelum ini telah diluluskan oleh Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Persekutuan, walaubagaimanapun telah ditangguhkan oleh Kerajaan Persekutuan?
29. YB PUAN HAJAH SIMOI BINTI HAJI PERI (N.28 LINGGA)
Bertanya kepada Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Ekonomi Luar Bandar Sarawak
a) Apakah tindakan kerajaan dalam jangka masa panjang untuk meningkatkan pembangunan luar bandar dari sudut ekonomi, pendidikan dan pembangunan khususnya di kawasan DUN Lingga seperti Pekan Lingga, Maludam, Seduku dan Sumbin? b) Apakah kerajaan mempunyai ‘master plan’ untuk mengimplementasikan perkara tersebut?
30. YB IR AIDEL BIN LARIWOO (N.24 SADONG JAYA)
Bertanya kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan
a) Berapa lamakah “Life span” untuk jalan raya baharu yang dibina di Sarawak? i. Apakah langkah diambil untuk menyelenggara jalan tersebut supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan berapa bajet penyelenggaraan yang disediakan? b) Apakah prosedur sebelum sesebuah jalanraya atau jambatan yang siap dibina dibuka kepada orang awam?
31. YB ENCIK SAFIEE BIN AHMAD (N.43 DARO)
Bertanya kepada Ketua Menteri
Apakah usaha Syarikat Telekom Malaysia untuk meningkatkan perkhidmatannya di Daro khususnya menambah talian tetap telefon dan faks yang sedia ada dan menaiktaraf talian internet Streamyx kepada Unifi supaya kelajuan internet dapat ditingkatkan?
32. YB ENCIK ROLLAND DUAT ANAK JUBIN (N.48 MELUAN)
Bertanya kepada Menteri Utiliti
Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk terus membina elektrik/grid elektrik dari Rumah Giman, Kemedu Ulu Kemalih ke Rumah Kedit/ Rumah Sang/ SK Ulu Entabai/ Rh. Japar/ Rh. Jalang/Rh. Tonny?
33. YB ENCIK MOHAMMAD RAZI BIN SITAM (N.35 SARIBAS)
Bertanya kepada Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi
Berapa buah sekolah rendah daif di dalam DUN Saribas akan dinaiktaraf di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia?
34. YB DATO' MURSHID DIRAJA DR JUANDA BIN JAYA (N.44 JEMORENG)
Bertanya kepada Ketua Menteri
a. Apakah tindakan perundangan yang telah dilakukan Kerajaan bagi memastikan hak sumber galian seperti petroleum dan gas dapat dinikmati oleh rakyat Sarawak melalui PETROS? b. Apakah tindakan lanjut Kerajaan Negeri terhadap isu PDA 1974 dan TSA 2012 bagi memastikan hak kelautan dikembalikan kepada Sarawak dengan cara yang terhormat?
35. YB ENCIK ALI ANAK BIJU (N.39 KRIAN)
Bertanya kepada Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli
Setakat manakah operasi Petronas dan kontraktornya di Sarawak mematuhi Oil Mining Ordinance 1958 dan juga pindaan yang dibuat pada tahun 2018 dan sepatutnya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018?
36. YB ENCIK JOHNICHAL RAYONG ANAK NGIPA (N.33 ENGKILILI)
Bertanya kepada Menteri Utiliti
Bilakah projek-projek bekalan air bersih akan mula dilaksanakan ke kawasan Batang Air Hilir, Skrang Hilir, kawasan Lidong, kawasan Samueh dan kawasan San Semanju di DUN Engkilili dan kawasan Ulu Skrang?
37. YB ENCIK CHUKPAI UGON (N.66 MURUM)
Bertanya kepada Ketua Menteri
a) Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar
(RTC) di DUN Murum dan menjadikan Daerah Kecil BRS Sg.Asap sebagai status Daerah Penuh? b) Apakah perancangan Kerajaan bagi menyelesaikan masalah penambahan penduduk di Skim Penempatan Semula HEP Bakun di BRS Sg. Asap terutamanya berkenaan perumahan dan lot pertanian?
38. YB DATO' SRI HUANG TIONG SII (N.45 REPOK)
To ask the Minister for Local Government and Housing
Motorists are exposed to high risk on everyday basis when commuting on Jalan Repok, the only main road in Sarikei. Is there any plan to upgrade the current three lanes of Jalan Repok to four carriageways?
39. YB ENCIK AWLA BIN DRIS (N.25 SIMUNJAN)
Bertanya kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan
Apakah perancangan pihak Kementerian untuk membaiki keadaan lampu jalan yang telah terputus di Jambatan Batang Sadong dan membina lampu di sepanjang jalan Gedong– Simunjan dan di Jambatan Gedong dan Jambatan Kampung Sageng? Keadaan jalan tersebut terlalu gelap dan amat berbahaya kepada pengguna yang melaluinya.
40. YB DATUK DING KUONG HIING (N.46 MERADONG)
To ask the Minister for Modernisation of Agriculture, Native Land and Regional Development
In view that the main economic activity in Meradong is agriculture, does the Government have any plans to implement Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) or similar scheme in order to fulfil its potential as the Food Basket of Sarawak?
41. YB ENCIK MAJANG ANAK RENGGI (N.70 SAMALAJU)
Bertanya kepada Menteri Utiliti
Apakah status permohonan lewat melibatkan penyambungan bekalan elektrik luar bandar di kawasan DUN Samalaju?
42. YB ENCIK MOHAMAD CHEE BIN KADIR (N.40 KABONG)
Bertanya kepada Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi
Adakah pembinaan SK Abang Leman, Kabong yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan terdahulu akan diteruskan dibawah Kerajaan Persekutuan sekarang. Jika ianya diteruskan apakah statusnya sekarang?
43. YB ENCIK WILSON NYABONG ANAK IJANG (N.61 PELAGUS)
Bertanya kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan
Adakah Kementerian menyediakan peruntukan bagi membina banyak lagi tempat untuk tongkang berlabuh di Sungai Rajang seberang pekan Kapit?
44. YB ENCIK RIPIN BIN LAMAT (N.72 LAMBIR)
Bertanya kepada Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Ekonomi Luar Bandar Sarawak
Apakah tindakan Kerajaan dalam memastikan kadar pesticide dalam tanaman dan sayursayuran tempatan dan import mematuhi piawaian kawalan dan selamat dimakan oleh pengguna?
45. YB IR LO KHERE CHIANG (N.13 BATU KITANG)
To ask the Minister for Local Government and Housing
Is there any planning/provision to improve the stretch of drain along Jalan Batu Kawa from Jalan Burung Lilin across Jalan Batu Kawa to Lorong 1 ending at Sungai Maong Kiri, next to the old gold driving range?
46. YB ENCIK JOHN ANAK ILUS (N.23 BUKIT SEMUJA)
Bertanya kepada Menteri Utiliti
Berapa lamakah satu-satu kampung atau kawasan diberi kelulusan dan perlaksanaan oleh pihak Kerajaan bagi permohonan tambahan (late applications) untuk Projek Bekalan Elektrik Luar bandar (BELB)?
47. YB ENCIK ALEXANDER ANAK VINCENT (N.49 NGEMAH)
To ask the Minister for Infrastructure Development and Transportation
What is the status of the application for the construction of 22 km Nanga Ngungun to Nanga Jagau road under the Upper Rajang Development Agency (URDA) projects in Ngemah Constituency?
48. YB ENCIK MIRO ANAK SIMUH (N.18 SEREMBU)
To ask the Minister for Tourism, Arts, Culture, Youth and Sports
SMK Paku in Bau District is the only school in the State that is equipped with AstroTurf Hockey Field. Is there any plan to put SMK Paku as State Hockey Excellent Centre for age level players of Under 18 and below?
49. YB DATO HENRY HARRY ANAK JINEP (N.2 TASIK BIRU)
To ask the Minister for Local Government and Housing
The housing premium rate that is currently being imposed on potential and existing home buyers should be reduced to encourage and enable more affordable housing schemes in rural areas as Bau and Tasik Biru especially. Pending the consideration of the said suggestion, is there any assistant program that could effectually increase the number of middle income (B40) house owners?
50. YB ENCIK FAZZRUDIN BIN HAJI ABDUL RAHMAN (N.6 TUPONG)
Bertanya kepada Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi
Berapa buah sekolah yang dimasukkan dalam senarai baik pulih dan/atau bina baru di Kawasan N6 Tupong dan apakah status pelaksanaannya?
51. YB ENCIK YUSSIBNOSH BALO (N.57 TELLIAN)
Bertanya kepada Menteri Utiliti
Apakah status dan kemajuan projek-projek di bawah SCORE sehingga kini terutamanya projek bekalan air di Pekan Mukah dan projek Lapangan Terbang Mukah?
52. YB DATUK MONG ANAK DAGANG (N.31 BUKIT BEGUNAN)
To ask the Minister for Local Government and Housing
There seem to be an increase in reported cases of tuberculosis in the State, what is the situation with respect to the said disease?
53. YB DATUK AMAR HAJAH JAMILAH HAJI ANU (N.3 TANJUNG DATU)
Bertanya kepada Menteri Pembangunan Perindustrian Dan Usahawan Sarawak
Pada mesyuarat bersama SPU pada tahun 2017 yang lepas MIETI telah memaklumkan peruntukan sebanyak RM20 Juta untuk Kawasan Perindustrian Lundu. Apakah status projek tersebut setakat ini?
54. YB ENCIK ALLAN SIDEN GRAMONG (N.50 MACHAN)
To ask the Chief Minister
Are there any remedial action to improve the internet coverage and coverage of connectivity in Machan any time soon?
55. YB DATUK TIONG THAI KING (N.52 DUDONG)
To ask the Minister for Urban Development and Natural Resource
Does our State Government have any plan to resume the Land Code CHAPTER 81 so that local councils have planning authority as they know best the needs and aspirations of the areas under their respective jurisdiction?
56. YB ENCIK SEE CHEE HOW (N.11 BATU LINTANG)
To ask the Minister for Local Government and Housing
Has the Kuching City Drainage Reserve Master Plan Study been completed, and what are the immediate measures to alleviate and resolve flash floods in the city, particularly in Jalan Batu Lintang and its vicinity including Lintang Park?
57. YB ENCIK DENNIS NGAU (N.77 TELANG USAN)
Bertanya kepada Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi
Tiap kali masalah/kekurangan kronik di sekolah luar bandar Sarawak diajukan Kementerian Pendidikan Malaysia sudah pasti jawapannya kurang atau tiada peruntukan. Apakah langkah intervensi Kerajaan Sarawak menangani masalah kekurangan kuarters Guru, padang sukan dan sebagainya, dalam 5 tahun yang akan datang?
58. YB DATO' HAJI IDRIS BIN HAJI BUANG (N.16 MUARA TUANG)
Bertanya kepada Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Ekonomi Luar Bandar Sarawak
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk memberi bantuan khas kepada para nelayan, petani/ peladang memandangkan punca pencarian yang terjejas akibat fenomena/ musibah banjir/ tengkujuh?
59. YB IR AIDEL BIN LARIWOO (N.24 SADONG JAYA)
Bertanya kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan
Jalanraya (expressway) Samarahan/Kuching kebelakangan ini mengalami kesesakan. a) Apakah langkah segera yang diambil Kerajaan Sarawak untuk menyelesaikan masalah kesesakan tersebut? b) Adakah Kerajaan akan membina jalanraya lencongan yang baru selari atau parallel dengan jalanraya yang ada sekarang?
60. YB ENCIK JOHNICHAL RAYONG ANAK NGIPA (N.33 ENGKILILI)
Bertanya kepada Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi
Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk membantu sekolah-sekolah yang daif dan usang seperti asrama sekolah, bilik darjah dan bangunan kakitangan di DUN Engkelili dan Lubok Antu?