Laporan Tahunan 2013.Pdf
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
ISI KANDUNGAN LAPORAN TAHUNAN 2013 Sidang Editor 1 Perutusan Pengarah Kesihatan Negeri 2 Visi Jabatan Kesihatan Negeri Perak 3 Misi Jabatan Kesihatan Negeri Perak 4 Objektif Jabatan Kesihatan Negeri Perak 5 Carta Organisasi Jabatan Kesihatan Negeri Perak 6 Sejarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak 7 Laporan Eksekutif Bahagian Bahagian Pengurusan Unit Sumber Manusia 8 Unit Kewangan 13 Unit Pentadbiran 15 Unit Pembangunan 20 Unit Pengurusan Maklumat 26 Unit Psikologi Kaunseling 29 Unit Latihan 33 Bahagian Kesihatan Awam Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga 36 Unit Pemakanan 62 Unit Kawalan Penyakit Berjangkit 73 Unit Kawalan Penyakit AIDS/STD 84 Unit Kawalan Tibi dan Kusta 88 Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit 95 Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor 102 116 Unit Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar 128 Unit Kebersihan Alam Sekeliling 132 Unit Kawalan Mutu Air Minum 136 Unit Inspektorat Dan Perundangan 142 Unit Promosi dan Pendidikan Kesihatan 147 Makmal Kesihatan Awam i Bahagian Perubatan Unit Rekod Perubatan 152 Bahagian Perkembangan Perubatan 158 Unit Kualiti Penjagaan Perubatan 171 Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta 176 Unit Kejururawatan 181 Unit Kejuruteraan 189 Unit Penyeliaan 192 193 Unit Aduan Dan Medikolegal Bahagian Pergigian Unit Penjagaan Kesihatan Pergigian 194 Bahagian Farmasi Pengurusan Farmasi 215 Amalan dan Perkembangan Farmasi 215 Cawangan Penguatkuasaan Farmasi 220 Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Pemantauan Dan Penyelidikan 231 Laporan Khas 254 ii SIDANG EDITOR PENASIHAT Dato’ Dr. Hjh. Nordiyanah binti Hj. Hasan Pengarah Kesihatan Negeri PENGERUSI Dr. Hj. Rahimi bin Goon Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan ) EDITOR Dr. Lee Oi Wah PEGAWAI TEKNIKAL BAHAGIAN BAHAGIAN KESIHATAN AWAM Cik Inin Rosliza binti Rosli BAHAGIAN PERUBATAN Dr. Lim Chin Ching BAHAGIAN PENGURUSAN Puan Majdiah binti Rafie BAHAGIAN PERGIGIAN Dr. Nama Bibi Saerah binti Abd Karim BAHAGIAN FARMASI Encik Zulkhairi bin Mohamed Daud BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN Puan Sakinah binti Abu Bakar 1 PERUTUSAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Bersyukur ke hadrat Illahi kerana Laporan Tahunan JKN Perak 2013 ini dapat diterbitkan. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen serta masa dalam menerbitkan laporan tahunan ini. Seperti yang kita sedia maklum, anggota kesihatan JKN Perak komited, serta sentiasa berganding bahu dan bekerjasama dalam bidang masing-masing bagi memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada penduduk Negeri Perak. Justeru itu pengisian dalam laporan ini telah dapat menggambarkan hasil usaha dan prestasi terhadap peranan dan tanggungjawab yang telah dijayakan oleh semua anggota kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Perak sepanjang tahun 2013. Akhir kata, marilah kita mengucapkan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana terus berpeluang untuk menikmati kesihatan yang baik dan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab. Semoga buku laporan tahunan ini dapat memberikan kesinambungan informasi penting bagi dijadikan sebagai kayu pengukur kepada kejayaan JKN Perak sepanjang masa. Sama-samalah kita meneruskan kecemerlangan ini bagi tahun 2014 dengan harapan lebih banyak kejayaan dapat dicipta. PENYAYANG, PROFESIONALISMA DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUADAYA KERJA KITA. Wassalam (Dato’ Dr Hjh Nordiyanah bt Hj Hassan) Pengarah Kesihatan Negeri Perak 2 VISI JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK Menjadikan Perak sebagai sebuah negeri yang mampu untuk melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui usaha-usaha penggalakkan sistem penjagaan kesihatan secara efisien dan sama rata. 3 MISI JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK Menerajui dan berusaha bersama-sama : a. Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat : i. Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan. ii. Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga. iii. Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka. b. Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu : i. Mengutamakan pelanggan. ii. Saksama dan tidak membebankan. iii. Cekap dan wajar mengikut teknologi. iv. Boleh disesuaikan mengikut persekitaran. v. Inovatif. c. Dengan menekankan : i. Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan. ii. Sifat menghormati maruah insan. iii. Penglibatan masyarakat. 4 OBJEKTIF JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK a. Memberi perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan. b. Merangka dan melaksana perancangan yang strategik bagi program kesihatan dan perubatan selaras dengan dasar-dasar Kementerian Kesihatan Malaysia. c. Mengawal dan menilai semua program dan aktiviti kesihatan dan perubatan termasuk pergigian. d. Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti penyelidikan dan perubatan yang berkualiti bagi semua program. e. Menggalakkan penyelarasan antara sektor dan bekerjasama dengan agensi-agensi lain dalam aktiviti yang berkaitan. 5 CARTA ORGANISASI JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK PENGARAH KESIHATAN NEGERI Gred Jusa ‘B’ DATO’ DR. HJH. NORDIYANAH BT. HJ. HASSAN SETIAUSAHA PEJABAT Gred N27 PN. YUSLIZA BINTI MOHD YUSOF TIMBALAN PENGARAH TIMBALAN PENGARAH TIMBALAN PENGARAH TIMBALAN PENGARAH TIMBALAN PENGARAH TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI KESIHATAN NEGERI KESIHATAN NEGERI KESIHATAN NEGERI KESIHATAN NEGERI KESIHATAN NEGERI (Pengurusan) Gred M54 (Kesihatan Awam) Gred Jusa ‘C’ (Perubatan) Gred UD54 (Pergigian) Gred U54 (Farmasi) Gred U54 (Keselamatan Dan Kualiti Makanan) Gred C52 EN. CHE HALIM BIN ABD RAHMAN DATIN DR. RANJIT KAUR A/P PRAIM SINGH DR. HAJI RAHIMI BIN GOON DR. WARDATI BT. HJ. ABDUL MALEK TUAN HJ. MOHD YUNOS BIN SHAARI EN. SHAMSUDDIN BIN AHMAD UNIT SUMBER UNIT PEMBANGUNAN KETUA PENYELIA UNIT UNIT PENJAGAAN DAN UNIT PENGURUSAN UNIT PEMANTAUAN DAN MANUSIA KESIHATAN KELUARGA JURURAWAT NEGERI PERKEMBANGAN PERUBATAN PERKEMBANGAN KESIHATAN FARMASI PENYELIDIKAN PERGIGIAN UNIT UNIT ZAT UNIT UNIT PENGUATKUASAAN UNIT KAWALAN KEWANGAN MAKANAN AMALAN PERUBATAN UNIT PENGURUSAN FARMASI EKSPORT DAN INDUSTRI PERGIGIAN UNIT UNIT KAWALAN TIBI UNIT UNIT AMALAN DAN UNIT PEMBANGUNAN DAN KUSTA KUALITI UNIT AMALAN PERKEMBANGAN FARMASI PENTADBIRAN PERGIGIAN UNIT PENGURUSAN UNIT KAWALAN PENYAKIT UNIT REKOD MAKLUMAT TIDAK BERJANGKIT (NCDC) PERUBATAN 10 PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH KINTA / LARUT MATANG DAN UNIT UNIT KAWALAN PENYAKIT UNIT SELAMA / HILIR PERAK / PSIKOLOGI BERJANGKIT (CDC) KAWAL SELIA HOSPITAL KUALA KANGSAR / KERIAN / BATANG PADANG / MANJUNG / HULU PERAK / PERAK TENGAH / UNIT UNIT KESIHATAN PEKERJAAN 15 HOSPITAL KAMPAR PENTADBIRAN DAN ALAM SEKITAR (KPAS) HBUK / HRPB / TAIPING / TELUK INTAN / SERI MANJUNG / SLIM RIVER / KUALA KANGSAR / 6 PERKHIDMATAN PAKAR UNIT UNIT BATU GAJAH / TAPAH / PARIT PERGIGIAN LATIHAN VEKTOR BUNTAR / GERIK / SUNGAI SIPUT / PAKAR BEDAH MULUT SELAMA / KAMPAR / CHANGKAT PAKAR ORTODONTIK MELINTANG PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK UNIT PAKAR PERIODONTIK AIDS/STD PAKAR RESTORATIF PAKAR PATOLOGI DAN PERUBATAN MULUT UNIT INSPEKTORAT & PERUNDANGAN UNIT KEJURUTERAAN UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN MAKMAL KESIHATAN AWAM 10 PEJABAT KESIHATAN DAERAH KINTA / LARUT MATANG DAN SELAMA / HILIR PERAK / KUALA KANGSAR / KERIAN / BATANG PADANG / MANJUNG / HULU PERAK / PERAK TENGAH / KAMPAR 6 SEJARAH JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak adalah merupakan Ibu Pejabat kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak Darul Ridzuan yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30590 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Pada asalnya ia merupakan sebuah rumah besar (mansion) yang dimiliki oleh Ahli Perniagaan Cina, Keluarga Foo yang dibina pada tahun 1910. Pada awal 1938 (semasa penjajahan British) Kerajaan British telah mengambil alih bangunan ini untuk dijadikan sebuah Klinik Doktor bagi masyarakat Eropah di kawasan Ipoh. Kemudian ianya telah dijadikan Pejabat "Sanitary Board" (Lembaga Kebersihan) bagi Daerah Kinta sehingga era "Pendudukan Jepun". Pada September 1945 Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration-B.M.A) telah mula berfungsi. Pejabat Pengarah Perubatan dan Kesihatan pada ketika itu berpusat di Taiping. Apabila Pentadbiran Awam (Civil Administration) mula berfungsi pada 1 April 1946 bangunan ini dijadikan Pejabat Pengarah Perubatan dan Kesihatan Negeri. Pengarah Pertama adalah Dr. E.A Struthers yang berkhidmat mulai 9 Mei 1946 sehingga 18 Mac 1947. 7 BAHAGIAN PENGURUSAN LAPORAN EKSEKUTIF BAHAGIAN PENGURUSAN Unit Sumber Manusia Unit Sumber Manusia telah menjalankan aktiviti-aktiviti bagi tahun 2013 berdasarkan perancangan yang telah dibuat pada awal tahun. Secara keseluruhannya, pencapaian Unit Sumber Manusia bagi tahun 2013 adalah memuaskan dan berjaya melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan baik. Pencapaian Aktiviti 1. Lantikan baru Sepanjang tahun 2013, seramai 2,496 orang pegawai lantikan baru telah melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Rajah 1 menunjukkan statistik pegawai lantikan baru untuk tahun 2013. Rajah 1 : Statistik pegawai lantikan baru pada tahun 2013 bilangan pegawai, Pengurusan & Profesional, 262, 10% bilangan pegawai, Pelaksana, 2234, 90% 2. Kenaikan Pangkat Mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2013 [P.U.(A)1/2013], faktor untuk seseorang pegawai dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah seperti berikut: i) Kecekapan dan prestasi kerja pegawai itu; ii) Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai itu; iii) Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai itu; iv)