SIARAN AKHBAR Press Release

PEJABAT MEDIA & KOMUNIKASI JABATAN KETUA MENTERI

01 Febuari, 2021

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat (GRS) menyerahkan bantuan kewangan sebanyak RM19.7 juta kepada sekolah Cina termasuk sekolah persendirian, tadika, tokong dan persatuan Cina di Sabah, di sini hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri , berkata bantuan kewangan itu jelas menunjukkan bahawa kerajaan GRS sentiasa mengutamakan keadilan dalam semua aspek termasuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

“Sukacita saya mengumumkan bahawa kerajaan negeri memperuntukkan keseluruhan sejumlah RM43 juta kepada sekolah iaitu melibatkan sekolah bukan Islam di Sabah (RM18 juta) badan keagamaan (RM25 juta) untuk tahun 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan negeri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM13.5 juta diberikan kepada sekolah iaitu membabitkan tujuh sekolah menengah jenis kebangsaan Cina ((SMJKC) sebanyak RM2.1 juta; sembilan sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) sebanyak RM3.65 juta; diikuti RM6.92 juta untuk 83 buah SJK Cina dan RM801,500 untuk 142 buah tadika.

Bagi tujuan pembangunan dan pembaikan Tokong pula, sejumlah RM5.29 juta telah diluluskan yang membabitkan sebanyak 145 tokong di seluruh Sabah.

Turut diluluskan peruntukan berjumlah RM1 juta kepada beberapa persatuan Tiong Hua di negeri Sabah untuk menjalankan aktiviti mereka sempena Tahun Baharu Cina.

Hajiji berkata sebuah jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan oleh Jawatankuasa Pemberian Bantuan Kerajaan Negeri bagi Sekolah-Sekolah dan Badan-Badan Keagamaan untuk meneliti permohonan yang diterima daripada berbagai badan keagamaan dan sekolah bukan Islam daripada seluruh Sabah.

“Semoga dengan bantuan kewangan yang diagihkan atas keprihatinan kerajaan negeri ini, dapat sedikit sebanyak meringankan beban dalam membangun dan membaiki sekolah serta rumah ibadat yang terbabit.

Pejabat Media & Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri, Tingkat 31, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Tel.:088-369000/369854/369856/369841/369844, Faks: 088-215626 SIARAN AKHBAR Press Release

PEJABAT MEDIA & KOMUNIKASI JABATAN KETUA MENTERI

“Ini sekali gus akan memberi keselesaan dan manfaat kepada rakyat bukan Islam di peringkat akar umbi,” katanya.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr dan Datuk Dr Joachim Gunsalam; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Sabah Tan Sri David Chu, selain beberapa pemimpin persatuan Cina di Sabah.

Hajiji kemudian diiringi Masidi yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur dan Safar, untuk menyampaikan sumbangan bantuan itu kepada wakil penerima. Tamat

Pejabat Media & Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri, Tingkat 31, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Tel.:088-369000/369854/369856/369841/369844, Faks: 088-215626 SIARAN AKHBAR Press Release

PEJABAT MEDIA & KOMUNIKASI JABATAN KETUA MENTERI

01 February, 2021

KOTA KINABALU: Sabah Chinese vernacular schools, independent schools, kindergartens, temples and associations received financial assistance totalling RM19.7 million from the GRS State Government on Monday.

"These financial aids show that the (GRS) Government always prioritised fairness in all aspects and we will render assistance to all the rakyat irrespective of religion and race," said Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor.

Speaking at the presentation ceremony in the State Administrative Centre Banquet Hall here on Monday, he said a technical committee was set up by the State Government Grant Committee for schools and religious bodies during its meeting on Nov 2 last year to scrutinise applications received from schools and non-Muslim religious bodies throughout the State.

“It gives me great pleasure to announce that the State Government has allocated a sum of RM43 million as grant for the schools (Chinese and Mission RM18m) and non-Muslim religious bodies (RM25m) for year 2020,” he said.

Out of amount, a total of RM13.5 million was given to seven Chinese secondary national-typed schools or SMJKC (RM2.1m), nine independent schools (RM3.65m), 83 primary national-typed or SJKC schools (RM6.92m) and 142 kindergartens (RM801,500).

Another sum of RM5.29 million was approved for development and maintenance of 145 temples in Sabah, he said.

Also approved was RM1 million to assist various Chinese associations in Sabah in holding their activities in conjunction with the Chinese New Year.

“Hopefully, the funds would lessen the burden in the development and repairs of schools and house of worships concerned besides providing comfort and benefits to the non-Muslims at the grassroots level,” said Hajiji.

Later, Hajiji accompanied by Minister of Local Government and Housing Minister Datuk Masidi Manjun who is also chairman of the organising committee and State Secretary Datuk Sr Safar Untong handed the contributions to representatives of the recipients.

Pejabat Media & Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri, Tingkat 31, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Tel.:088-369000/369854/369856/369841/369844, Faks: 088-215626 SIARAN AKHBAR Press Release

PEJABAT MEDIA & KOMUNIKASI JABATAN KETUA MENTERI

Also on hand were Deputy Chief Ministers Datuk Dr Jeffrey Kitingan and Datuk Dr Joachim Gunsalam as well as Sabah Economic Advisory Council Chairman Tan Sri David Chu and leaders of the various Chinese associations in Sabah. End

Pejabat Media & Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri, Tingkat 31, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Tel.:088-369000/369854/369856/369841/369844, Faks: 088-215626