MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2020

HARI KHAMIS : 10 SEPTEMBER NO SOALAN: 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE DATIRK : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI KEWANGAN menyatakan menyatakan berhubung dengan cadangan Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan lesen bank digital bagi urusan perbankan konvensional dan secara Islam, jelaskan status semasa dan bagaimanakah Kementerian akan mengawal selia perbankan digital ini. NO SOALAN: 1

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh rundingan Draf Dedahan Rangka Kerja Pelesenan Bank Digital telah tamat pada 30 Jun 2020. Bank Negara Malaysia (BNM) telah menerima hampir 50 maklum balas dan kini sedang mengkaji semua maklum balas yang diterima sebelum memuktamadkan dokumen dasar pelesenan bank digital dan membuka permohonan bagi lesen tersebut.

Bank Negara Malaysia mengambil pendekatan yang seimbang bagi membolehkan kemasukan bank digital dengan tawaran nilai dengan izin value proposition yang kukuh dan berkeupayaan untuk memelihara integriti dan kestabilan sistem kewangan. Melalui pendekatan ini, Bank Negara Malaysia menetapkan had ke atas aset kumulatif yang boleh dijana oleh bank digital agar tidak melebihi RM2 bilion dalam tempoh tiga hingga lima tahun awal operasi.

‘Fasa asas’ ini bertujuan untuk bank digital menunjukkan daya maju dan kekukuhan operasi mereka, manakala di pihak Bank Negara Malaysia, tempoh tersebut adalah bagi memantau prestasi dan sebarang risiko yang mungkin timbul dengan izin attendant risks.

Tuan Yang di-Pertua,

NO SOALAN: 1

Bank digital perlu mematuhi keperluan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759), termasuk keperluan berkaitan standard kehematan, pengendalian perniagaan dan perlindungan pengguna, serta pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Sepanjang tempoh fasa asas yang dinyatakan di atas, bank digital berlesen juga tertakluk kepada keperluan pengawalseliaan yang lebih mudah berbanding dengan institusi perbankan sedia ada berkaitan dengan kecukupan modal, mudah tunai, ujian tekanan dan keperluan penzahiran awam.

Ini bersesuaian dengan objektif untuk menggalakkan pertumbuhan dan inovasi oleh bank-bank digital terutamanya dalam usaha meningkatkan akses kewangan kepada segmen yang kurang atau tidak mendapat perkhidmatan kewangan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 2

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa buah rumah mampu milik yang dicadangkan untuk bagi tahun 2021, 2022 dan 2023. NO SOALAN: 2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perancangan pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri Sarawak bagi tahun 2021 hingga 2023 adalah melalui program perumahan seperti berikut:

Program Perumahan KPKT Cadangan Bil Dalam Perancangan Di Sarawak Unit 1 Program Perumahan Rakyat (PPR) 750 2 Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) 538 3 Perumahan PR1MA 702 4 Program Perumahan SPNB 1,559 Jumlah 3,549

Statistik Pelaksanaan Program Perumahan Rakyat (PPR) Sarawak

2. Sehingga 30 Julai 2020 sebanyak 8 projek (4,140 unit rumah) Program Perumahan Rakyat (PPR) telah siap dibina di Negeri Sarawak. Manakala 3 projek PPR sedang dalam pembinaan iaitu:

i) PPR Petrajaya (208 unit) - dijangka siap pada tahun 2021; ii) PPR Landeh (443 unit) - dijangka siap pada tahun 2021; dan iii) PPR Seduan (461 unit) - dijangka siap pada tahun 2022. NO SOALAN: 2

3. Kementerian telah mengemukakan 2 cadangan permohonan projek PPR baharu iaitu di Bintulu yang melibatkan pembinaan 500 unit rumah pangsa berbilang tingkat dan Mukah yang melibatkan pembinaan 250 unit rumah teres satu tingkat kepada Agensi Pusat (Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri). Walau bagaimanapun, permohonan ini masih tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan pihak Agensi Pusat.

Statistik pelaksanaan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di negeri Sarawak

4. Terdapat 7 projek (1,793 unit rumah) PPAM di Negeri Sarawak seperti jadual di bawah:

BILANGAN BIL LOKASI STATUS UNIT 1. Muara Tuang 340 Siap 2. 204 Siap (Eastwood Valley) 3. Kota Samarahan 300 Dalam Pembinaan (79%) 4. 219 Dalam Pembinaan (44%) 5. Tabuan Jaya 192 Dalam Pembinaan (36%) 6. Matang 198 Kelulusan Pelan Bangunan Miri 7. 340 Perancangan (Jalan Pujut) NO SOALAN: 2

BILANGAN BIL LOKASI STATUS UNIT JUMLAH 1,793

5. Buat masa ini, tiada lagi perancangan untuk projek-projek baharu PPAM di negeri Sawarak.

Statistik Pelaksanaan Perumahan PR1MA di negeri Sarawak

6. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini, terdapat satu projek PR1MA sedang dalam perancangan yang dicadangkan di Sarawak bagi tahun 2021 iaitu *Residensi Semenggoh Fasa 2 dengan jumlah sebanyak 702 unit. PR1MA masih lagi di dalam peringkat perancangan awal untuk pembinaan di Sarawak bagi tahun 2022 dan tahun-tahun berikutnya. Turut disertakan status terkini bagi projek-projek PR1MA sedia ada di Sarawak seperti berikut:

NAMA BILANGAN STATUS BIL LOKASI PROJEK UNIT (JULAI 2020) 1. Residensi Petra 912 Siap Matang Jaya 2. Residensi Bandar 1,320 Siap Bintawa Kuching Riverfront 3. Residensi Mambong Fasa 1 - 558 Dalam NO SOALAN: 2

NAMA BILANGAN STATUS BIL LOKASI PROJEK UNIT (JULAI 2020) Semenggoh Pembinaan (92.55%) *Fasa 2 - Dalam 702 Perancangan JUMLAH 3,492

Statistik Pelaksanaan Program Perumahan SPNB di negeri Sarawak

7. SPNB merancang untuk melaksanakan 467 unit pada tahun 2021, 463 unit pada tahun 2022 dan 629 unit pada tahun 2023.

8. SPNB sedang dalam proses untuk memohon pembiayaan bagi pelaksanaan perumahan di dalam perancangan tersebut dan ianya juga tertakluk kepada penyelarasan bersama pihak Perbadanan Perumahan Negeri Sarawak (HDC).

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 3

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PROF EMERITUS TAN SRI DATO' SERI DR. IBRAHIM SHAH BIN ABU SHAH TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Prof Emeritus Tan Sri Dato'seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah saman AES/AWAS yang direkodkan sejak 2018 sehingga Disember 2019 dan berapakah jumlah kompaun yang telah dikutip sehingga kini.

NO SOALAN: 3

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Jemaah Menteri dalam mesyuarat bertarikh 17 Ogos 2018 telah bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengambil alih semua operasi kamera AwAS mulai 01 September 2018. Pengambil alihan ini meliputi aspek pengoperasian, pembangunan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan sistem AwAS.

2. Jumlah saman AES/AwAS yang direkodkan bermula 01 September 2018 sehingga 31 Disember 2019 adalah sebanyak 169,315 saman dan jumlah kompaun yang telah dikutip sehingga kini adalah sebanyak RM 6,912,300.00.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 4

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L PONNUSAMY TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah Kerajaan akan melaksanakan dasar Kerajaan terdahulu bekerjasama dengan badan- badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu untuk melaksanakan projek- projek inovasi yang praktikal dan berpotensi menyelesaikan masalah elektrik dan air bersih dalam masa yang singkat tanpa melibatkan perbelanjaan yang tinggi oleh Kerajaan. NO SOALAN: 4

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Ynag Berhormat,

Dalam melaksanakan projek pembekalan elektrik di luar bandar keutamaan yang diberikan adalah kemampuan sistem tersebut untuk memberikan bekalan elektrik 24 jam yang stabil dengan pembekalan sekurang-kurangnya 8kW sehari terutama jika penggunaan tersebut dicaj.

Dalam pelaksanaan semasa bagi sistem alternatif yang memberikan pembekalan seperti di atas, sistem tersebut adalah kompleks dan perlu diurus oleh pihak yang berkelayakan. Sehubungan itu, projek-projek alternatif yang telah siap akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Elektrik Negeri (PBEN) untuk dioperasi dan disenggara. Pihak kementerian juga perlu mengikut standard operasi yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Air dan Elektrik Negeri yang bertindak sebagai agensi kawal selia di peringkat negeri.

Walau bagaimanapun, terdapat juga sistem pembekalan yang minimal iaitu sekurang-kurangnya 3kW sehari yang dilaksanakan dan tiada caj dikenakan. Pengoperasian dan penyenggaraan adalah dilaksanakan oleh komuniti kampung tersebut.

Sekian,terima kasih. NO SOALAN: 5

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk Haji Ismail bin Ibrahim minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimana Jabatan Kebajikan Masyarakat mengkaji semula dasar bantuan kepada Golongan OKU dan Miskin sejajar dengan pengumuman Kerajaan Malaysia menaikkan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kepada RM 2208 berbanding RM980 pada Julai 2020.

NO SOALAN: 5

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyambut baik penetapan kadar baharu Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional sebanyak RM2,208 sebulan bagi setiap isi rumah.

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) memaklumkan bahawa PGK 2019 ini akan diguna pakai dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), 2021-2025. Semua kementerian termasuk KPWKM diberi masa lima (5) bulan untuk mengkaji semula dasar berkaitan dengan peranan dan fungsi kementerian.

KPWKM bersama Jabatan dan Agensi di bawahnya terutama JKM sedang meneliti secara terperinci dasar dan program sedia ada yang mempunyai hubung kait dengan kadar PGK dan bersedia membuat penambahbaikan sejajar dengan peningkatan PGK Nasional ini.

Cadangan dan keperluan penambahbaikan yang dirangka akan diangkat dan dibincangkan segera dengan kementerian dan agensi yang berkaitan demi kebaikan kumpulan sasar kementerian dan jabatan.

Sekian terima kasih. NO SOALAN: 6

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN SURESH SINGH A/L RASHPAL SINGH TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

TUAN SURESH SINGH A/L RASHPAL SINGH minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah tindakan yang diambil untuk membantu pesakit-pesakit khususnya dalam kategori B40, yang menghadapi masalah kesihatan kronik seperti kanser, diabetes dan lain- lain di mana mereka harus menampung kos pembelian dan perubatan secara sendiri.

NO SOALAN: 6

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan penjagaan kesihatan rakyat Malaysia dengan mengenakan kadar caj perubatan yang berpatutan. Bagi warganegara yang mendapatkan kemudahan perubatan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan dikenakan caj perubatan berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982 dan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.

2. Kerajaan pada masa ini dianggarkan menanggung subsidi rawatan perubatan sebanyak 98% bagi warganegara yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi pesakit warganegara yang kurang berkemampuan untuk membayar bil perubatan iaitu mereka yang terdiri daripada golongan B40, mekanisme permohonan bagi pengecualian atau pengurangan caj pesakit luar dan pesakit kelas tiga (3) sudah sedia ada bagi memastikan mereka mendapat perkhidmatan kesihatan yang diperlukan.

3. Kerajaan juga menyediakan bantuan perubatan kepada golongan kurang berkemampuan seperti Tabung Bantuan Perubatan (TBP), rawatan hemodialisis dan suntikan erythropoietin (EPO) di pusat dialisis yang dikendalikan oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan rawatan jantung di Institut Jantung Negara. Selain itu, Kerajaan NO SOALAN: 6

turut menyediakan Skim Peduli Kesihatan untuk golongan B40 (PeKaB40) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 7

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah sebab-sebabnya pihak Kerajaan Persekutuan mengarahkan Kerajaan Negeri menstrukturkan semula tarif air. NO SOALAN: 7

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Keupayaan operator-operator air untuk membekalkan perkhidmatan bekalan air berkualiti kepada pengguna bergantung kepada kedudukan kewangan mencukupi yang dijana melalui kutipan tarif air. Pendapatan daripada tarif akan dilaburkan semula untuk pembangunan infrastruktur air yang bersesuaian bagi memperluaskan liputan dan kualiti bekalan air, peningkatan kualiti perkhidmatan dan pembangunan infrastruktur IT.

2. Walau bagaimanapun, dari analisa yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), purata tarif air di Malaysia iaitu RM1.39 bagi satu meter padu adalah lebih rendah berbanding purata kos sebenar iaitu RM2.35 bagi satu meter padu yang ditanggung oleh operator air untuk membekalkan air kepada pengguna. Keadaan ini menyebabkan operator-operator air berada dalam keadaan kewangan yang defisit dan berada dalam keadaan yang sukar untuk mengekalkan perkhidmatan berkualiti kepada pengguna.

3. Oleh yang demikian, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memperkenalkan Mekanisme Penetapan Tarif Air atau dengan izin Tariff Setting Mechanism – TSM sebagai kaedah penetapan tarif air yang sistematik, telus serta adil. TSM mempunyai dua ciri penting. Ciri pertama ialah penyeragaman struktur tarif sedia ada, dan ciri kedua ialah pelarasan kadar tarif sedia ada. NO SOALAN: 7

4. Melalui pelaksanaan TSM, operator air akan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan obligasinya sebagai pembekal perkhidmatan bekalan air. Pelarasan tarif juga membolehkan operator air menampung kos pembekalan air terawat iaitu perbelanjaan operasi harian seperti bahan kimia, elektrik yang semakin meningkat dan bagi melaksanakan projek-projek menambah baik infrastruktur sistem bekalan air seperti pembinaan loji rawatan air baharu, menaik taraf loji rawatan sedia ada, menggantikan paip uzur dan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan. Walau bagaimanapun, saya ingin menjelaskan bahawa cadangan TSM tidak akan membebankan golongan B40 memandangkan julat penggunaan 20 meter padu sebulan dikenakan kadar tarif yang terendah iaitu dengan purata anggaran RM1.76 bagi satu meter padu.

5. Pelaksanaan TSM memerlukan penglibatan dan persetujuan daripada Kerajaan Negeri. Hal ini adalah disebabkan operator air merupakan syarikat yang dimiliki penuh oleh kerajaan negeri. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan amat memerlukan sokongan supaya Kerajaan Negeri memberikan persetujuan ke atas cadangan semakan tarif di bawah TSM bagi memastikan kedudukan kewangan operator air yang mapan untuk memberikan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada rakyat.

6. Sungguhpun agenda ini penting untuk dilaksanakan segera, Kerajaan Persekutuan berpandangan pelarasan tarif air ini wajar ditangguhkan terlebih dahulu bagi mengurangkan impak langsung kepada pengguna dalam tempoh pemulihan pasca penularan pandemik COVID-19.

NO SOALAN: 7

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 8

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Muhammad Zahid Bin Md Arip minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dihidupkan semula demi menyemarakkan kembali nilai patriotik serta perpaduan negara, di samping memanfaatkan infrastruktur serta tenagapengajar terlatih sedia ada.

NO SOALAN: 8

JAWAPAN

[YB DATIN MASTURA BINTI TAN SRI DATO' MOHD YAZID, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS- TUGAS KHAS)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan setiap warganegara mempunyai kesedaran, jati diri serta semangat patriotisme tanpa mengira agama, kaum dan latar belakang. Sebagaimana Yang Berhormat Senator sedia maklum, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang pernah diadakan dahulu adalah platform untuk kita memupuk semangat patriotisme dan menanam semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia khususnya kepada golongan belia.

1. Saya percaya bahawa semangat patriotisme dan perpaduan merupakan kunci kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara. Oleh itu, semangat patriotisme ini perlulah dipupuk dan dihayati oleh setiap warganegara bagi menzahirkan tanda kasih sayang dan hormat kepada tanah air.

2. Berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Menteri- Menteri Kerajaan Persekutuan (No.3) 2020 yang menyatakan bahawa Akta Latihan Khidmat Negara 2003 berada di bawah skop Menteri Pertahanan Malaysia. Maka, sebarang cadangan NO SOALAN: 8

untuk menghidupkan semula PLKN ini haruslah dirujuk kembali kepada Kementerian yang berkenaan. 3. Jabatan Perdana Menteri juga telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu bengkel pada 2 hingga 4 Julai 2020 yang lalu melibatkan beberapa Kementerian dan agensi yang berkaitan. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah mengkaji keperluan mewujudkan satu agensi baharu yang berfungsi sebagai penyelaras atau pelaksana program-program kenegaraan kepada setiap lapisan rakyat Malaysia agar program ini lebih menyeluruh dan komprehensif. Ketika ini, JPM sedang di peringkat penelitian dan perbincangan lanjut dengan kementerian dan agensi yang terlibat.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 9

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS TARIKH : 10 SEPTMBER 2020

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan usaha strategik penggunaan slogan baharu ‘Sawit Anugerah Tuhan’ bagi menggantikan ‘Sayangi Sawitku’ sebagai langkah memperkasakan eksport agro- komoditi itu dan menangani kempen anti kelapa sawit dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU).

NO SOALAN: 9

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian akan terus memperkasakan usaha strategik sedia ada dan akan membuat penambahbaikan ke atas dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum ini tetapi dengan beberapa pendekatan yang berbeza mengikut acuan dan kaedah Kerajaan yang ada pada hari ini. Pendekatan baru ini akan didokong dengan slogan baru ‘Sawit Anugerah Tuhan’ atau ‘Palm Oil – It’s God’s gift!’. Kementerian berpendapat bahawa slogan ini adalah lebih bersifat universal dan boleh diterima pakai di seluruh dunia.

Melalui slogan baharu ini juga, Kementerian yakin akan dapat menembusi pasaran-pasaran baharu seperti di rantau Timur Tengah, Asia Tengah dan juga negara-negara di Benua Afrika. Pada masa yang sama, kita akan memperkukuhkan lagi pasaran-pasaran sedia ada dengan pendekatan yang lebih mantap.

Tuan Yang Di-Pertua,

Khusus bagi menangani kempen anti minyak sawit di negara- negara Kesatuan Eropah (EU), Kementerian sedang melaksanakan pelbagai langkah promosi menerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi meningkatkan kebolehpasaran produk sawit ke negara-negara EU dalam usaha menangani persepsi negatif terhadap industri sawit negara NO SOALAN: 9 terutamanya dari aspek kemampanan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Develompent Goals - SDGs) 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Aktiviti promosi ini juga turut melibatkan kerjasama daripada pejabat kedutaan Malaysia di Eropah khususnya bagi perkara yang melibatkan perhubungan antara Kerajaan (Government to Government – G to G) serta penglibatan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam aspek pemasaran. Malaysia telah mengadakan kerjasama khususnya dalam bidang penyelidikan, kemampanan dan pekebun kecil contohnya dengan negara Perancis, Belanda dan United Kingdom.

Selain itu, perbincangan secara berterusan bersama pihak-pihak berkepentingan di EU juga giat diadakan bagi menyelesaikan isu persepsi negatif terhadap minyak sawit menerusi Misi Ekonomi dan Promosi Minyak Sawit ke negara-negara EU. Misi ini antara lain menyampaikan perkara mengenai hasil-hasil kajian saintifik berkaitan minyak sawit yang membuktikan kebaikan sawit yang mempunyai nilai nutrisi yang tinggi antaranya adalah tocotrienol (Vitamin E), dan Karotina yang lebih baik berbanding minyak sayuran yang lain. Selain dari itu, minyak sawit telah terbukti secara saintifik bebas lemak trans (transfat) dan bebas kolesterol.

Antara perkara lain yang turut diketengahkan dalam sesi perbincangan dan misi tersebut adalah mengenai kesungguhan dan komitmen Malaysia dalam membangunkan industri sawit negara secara mampan menerusi pelbagai inisiatif seperti:

NO SOALAN: 9 i. pelaksanaan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara mandatori mulai 1 Januari 2020. Selain itu, syarikat- syarikat perladangan di Malaysia antaranya Sime Darby Plantation dan IOI Plantation turut mendapat pensijilan daripada Roundtable of Sustainable Palm Oil (RSPO). ii. pengukuhan polisi dalam melestarikan aktiviti penanaman sawit negara seperti:

1. Mengehadkan keluasan penanaman kelapa sawit seluruh negara dengan penetapan sasaran seluas 6.5 juta hektar; 2. Larangan penanaman baharu sawit di atas kawasan baharu tanah gambut; 3. Larangan penukaran guna tanah Hutan Simpan Kekal (HSK) bagi aktiviti penanaman sawit atau tanaman pertanian lain; dan 4. Penyediaan peta rasmi bagi kawasan sawit untuk capaian umum. iii. penglibatan industri sawit negara dalam usaha-usaha pemeliharaan alam sekitar termasuk pemuliharaan hutan hujan tropika dan rehabilitasi biodiversiti negara seperti orang utan dan gajah pygmy. iv. Kementerian dan Kerajaan Malaysia sentiasa terbuka dan bersedia menerima kunjungan pihak EU untuk melihat sendiri situasi sebenar kemampanan industri sawit di Malaysia.

Pada masa yang sama, Malaysia juga akan turut mempergiatkan lagi program kerjasama bersama negara anggota EU dalam pelbagai aspek seperti kajian dan penyelidikan, kemampan dan lain-lain. Antara program sedia ada yang sedang dilaksanakan termasuklah program berkaitan NO SOALAN: 9 kemampanan dan pembangunan pekebun kecil seperti yang dilaksanakan bersama agensi luar daripada Belanda.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 10

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Manolan Bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan berapakah jumlah kos yang diperuntukkan di dalam pemberian Bakul Makanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada Orang Asli. NO SOALAN: 10

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menyediakan peruntukan sebanyak RM20.9 juta yang melibatkan seramai 391,357 orang penerima manfaat bagi bantuan kepada masyarakat Orang Asli yang terjejas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan pandemik Covid-19. Pelaksanaan bantuan ini adalah sepanjang tempoh PKP merangkumi tiga (3) fasa mulai bulan Mac hingga Mei 2020.

Bantuan ini melibatkan penyaluran bantuan asas bakul makanan dan sabun antibakteria bagi setiap keluarga, susu tepung kepada anak-anak Orang Asli, serta pelitup muka dan cecair sanitasi kepada Tok Batin dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) yang terlibat dengan pengagihan bantuan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 11

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Puan Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah perancangan untuk memastikan pengesanan awal kanak-kanak mengalami kekurangan keupayaan tersorok seperti autism, dyslexia, dan ADHD supaya langkah-langkah intervensi awal dapat dilaksanakan.

NO SOALAN: 11

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau pertumbuhan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak dari semenjak bayi dilahirkan sehingga berumur 6 tahun.

2. Pengesanan awal bermula sejurus selepas lahir, di mana setiap bayi yang dilahirkan akan menjalani saringan bayi baru lahir (Newborn Screening). Saringan bayi baru lahir di fasiliti kesihatan meliputi saringan fizikal, saringan darah (tali pusat) untuk mengesan penyakit seperti G6PD Deficiency dan Congenital Hypothyroidism serta saringan spesifik seperti saringan pendengaran dan saringan jantung kongenital.

3. Selepas bersalin, pemeriksaan di rumah akan dijalankan oleh jururawat (posnatal visit) mengikut jadual KKM. Ini bagi memantau penyusuan, pertumbuhan serta pengesanan awal masalah jaundis bagi mengelakkan berlakunya kecacatan. Sekiranya tiada sebarang masalah sewaktu pemeriksaan berkala di rumah, lawatan kali pertama bayi di klinik adalah pada umur 1 bulan.

4. Di klinik kesihatan, semua bayi dan kanak-kanak akan menjalani pemeriksaan pertumbuhan dan perkembangan secara berkala seperti yang terkandung dalam Buku Rekod Kesihatan Bayi dan kanak-kanak 0-6 tahun.

NO SOALAN: 11

5. Penilaian perkembangan meliputi perkembangan motor kasar, motor halus, komunikasi dan kemahiran sosial. Saringan M-Chat (The Modified Checklist for Autism in Toddlers) digunakan untuk menyaring masalah autism dan dilakukan pada umur 18 bulan, 2 tahun dan 3 tahun.

6. Selain daripada itu, pemeriksaan wajib oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan dilakukan semasa kanak-kanak pada berumur 1 bulan, 18 bulan dan 4 tahun. Pemeriksaan pada umur 4 tahun adalah bagi menyaring kesediaan ke sekolah. Pemeriksaan merangkumi penilaian pertumbuhan, penilaian perkembangan, saringan tingkah laku serta saringan penglihatan.

7. Kanak-kanak yang dikesan dengan masalah perkembangan atau yang gagal saringan M-Chat akan dirujuk kepada pakar untuk pemeriksaan lanjut dan seterusnya untuk intervensi.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 12

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TAN SRI RADZI BIN TAN SRI SHEIKH AHMAD TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tan Sri Radzi Bin Tan Sri Sheikh Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramai pelarian (mengikut negara asal) yang berada di negara ini yang memiliki kad UNHCR dan adakah mereka dibenarkan bekerja di negara ini. Jika tidak, bagaimanakah cara penyelesaian yang wajar bagi pihak Kerajaan memandangkan mereka perlu untuk menyara kehidupan harian.

NO SOALAN: 12

JAWAPAN

[YB DATIN MASTURA TAN SRI DATO’ MOHD YAZID, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS)]

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahi Yang Berhormat,

1. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (United Nations High Commissioner For Refugees - UNHCR) sehingga 31 Julai 2020, perincian pecahan pelarian pemegang kad UNHCR Malaysia adalah seperti berikut:

Bil Negara Asal Jumlah Pelarian 1. Myanmar

- Etnik Rohingya 86,181 - Chin 12,981 - Lain – lain 19,966 Jumlah keseluruhan 119,128 2. Pakistan 3,159

3. Yemen 209 4. Syria 404 5. Somalia 1,689 6. Afghanistan 1,500 NO SOALAN: 12

Bil Negara Asal Jumlah Pelarian 7. Sri Lanka 793 8. Iraq 420 9. Palestine 223 10. Iran 250 11. Sudan 165 12. Lain – Lain Negara 245 Jumlah Keseluruhan 128,185

2. Kerajaan mendapati bahawa proses penghantaran pulang ke negara asal atau penempatan ke negara ketiga yang dikendalikan oleh pihak UNHCR dan International Organization for Migration (IOM) adalah amat rendah dan perlahan. Justeru, negara dijangka akan berhadapan dengan kehadiran kumpulan pelarian dan pemohon suaka untuk suatu tempoh yang panjang di dalam negara, terutamanya pelarian etnik Rohingya, Myanmar yang tidak diiktiraf kewarganegaraannya oleh Kerajaan Myanmar. Keberadaan pelarian dan pemohon suaka di dalam negara dalam jangka masa yang panjang ini akan memberikan kesan kepada demografi, sosial, ekonomi, ketenteraman awam dan keselamatan negara.

3. Bagi kelangsungan hidup mereka di dalam negara, pada masa ini, pelarian yang memegang kad UNHCR hanya dibenarkan untuk bekerja dalam sektor tidak formal seperti bekerja sendiri bagi tujuan sara hidup. Walau bagaimanapun, Projek Rintis Kebenaran Bekerja kepada pelarian etnik Rohingya Myanmar di Syarikat Gardenia sedang dilaksanakan melibatkan 52 orang pelarian.

NO SOALAN: 12

4. Kerajaan telah melantik Kementerian Sumber Manusia untuk mengetuai satu jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk meneliti mengenai isu kebenaran bekerja kepada pelarian. Keputusan dasar mengenai perkara ini hanya akan dimaklumkan setelah kerajaan melaksanakan penelitian terperinci terhadap kebolehlaksanaan program serta impaknya kepada rakyat tempatan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 13

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian akan memperuntukkan bajet bagi menambah baik keadaan balai-balai polis, kemudahan dan penggunaan peralatan teknologi tinggi oleh PDRM dalam membanteras jenayah termasuk penambah bilangan CCTV di kawasan bandar bagi memantau keselamatan. NO SOALAN: 13

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhoramat,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa meneliti dan membuat kajian secara berterusan untuk menambahbaikkan keadaan balai-balai polis dan kemudahan berkaitan dalam membanteras jenayah.

Bagi pembangunan fizikal pada tahun 2019, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memperuntukkan sebanyak RM16,847,794.00 untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan di 858 buah balai dan pondok polis di seluruh Malaysia. Pada tahun ini pula, tambahan sebanyak RM67.52 juta untuk pembaikan pejabat dan kuarters PDRM. Selain itu, peruntukan sebanyak RM100.5 juta juga telah diluluskan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin termasuk untuk kerja-kerja menaiktarafkan, menyelenggarakan dan pembaikan fasiliti PGA PDRM.

Mengambil kira keperluan penggunaan teknologi dalam penugasan membanteras jenayah, PDRM telah menaiktarafkan sistem C4i- Command, Control, Communication and Computer Integration System. Melalui sistem ini, keselamatan awam dapat dipantau melalui integrasi dengan CCTV di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan pusatpusat kawalan. Sistem ini dilengkapi dengan teknologi Artificial Intelligence bagi meningkatkan kecekapan PDRM dalam menangani sesuatu insiden. NO SOALAN: 13

Selain itu, PDRM telah memutuskan untuk menggunakan non lethal weapon secara menyeluruh bagi pegawai dan anggota semasa melaksanakan tugas harian. Dalam hal ini, PDRM telah mengenalpasti dua (2) jenis electroshock gun non-lethal weapon iaitu pistol perenjat elektrik dan net gun. Senjata ini akan digunakan di dalam keadaan mendesak terutama apabila berdepan dengan suspek yang agresif bagi mengelakkan berlakunya kematian.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk Hj. Bashir Bin Hj. Alias minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan langkah oleh pihak Kementerian untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat luar bandar terutamanya iltizam untuk membasmi kemiskinan. NO SOALAN: 14

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pemerkasaan ekonomi luar bandar merupakan antara agenda penting Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang menjadi teras utama Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB 2030). Tiga dasar utama yang digariskan di bawah Teras 1 DPLB 2030 : Ekonomi Berdaya Saing Dan Mampan adalah untuk mencapai objektif berikut: a) Mempelopori Aktiviti Ekonomi Luar Bandar Yang Transformatif; b) Penghasilan Produk Tempatan Yang Berkualiti dan Berskala Ekonomi; dan c) Peningkatan Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar.

Bagi tahun 2020, sejumlah RM6.2 bilion diperuntukkan di bawah Kementerian ini bagi melaksanakan program-program pembangunan ekonomi, prasarana dan modal insan di seluruh negara.

Antara program yang telah dan sedang dilaksanakan Kementerian ini dalam mencapai objektif di atas adalah adalah: a) Penyediaan infrastruktur dan prasarana yang lengkap dan mencukupi di luar bandar; b) Program Peningkatan Pendapatan (PPP) yang merupakan program penyediaan bantuan kepada kumpulan sasar untuk NO SOALAN: 14

menjalankan projek-projek ekonomi bagi meningkatkan pendapatan; c) Program-program keusahawanan yang melibatkan pembangunan perniagaan, pembiayaan dan pemasaran produk usahawan luar bandar; d) Program Desa Lestari yang merupakan program pembangunan ekonomi secara komuniti melalui platform koperasi;dan e) Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) yang merupakan projek pembangunan in-situ yang memfokuskan kepada pembangunan di beberapa perkampungan sedia ada tanpa melibatkan pembukaan kawasan baharu.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 15

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Puan Asmak Binti Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk membantu pelanggan yang memerlukan sejak penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan kesan penubuhannya terhadap pembangunan wanita dan keluarga di Malaysia.

NO SOALAN: 15

JAWAPAN

[YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Terlebih dahulu masih belum terlewat untuk saya mengucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’ seri Utama Dr. Rais Yatim di atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara. Semoga dengan pelantikan Yang Berhormat Tan Sri / beliau (jika tidak mempengerusikan Dewan) dapat mengangkat kedudukan Dewan ini ke tahap yang lebih tinggi dan disegani.

1. Berbalik kepada soalan yang diajukan, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) merupakan merupakan satu Bahagian yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada 22 Oktober 2008 yang bertujuan untuk menguatkuasakan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Matlamat utama BSK adalah untuk menguruskan penguatkuasaan dan pelaksanaan Perintah Nafkah yang diputuskan oleh mahkamah syariah supaya lebih cekap dan berkesan, di samping menambah baik sistem pengurusan kes tersebut. Di samping itu, pihak BSK juga diberikan tanggungjawab oleh mahkamah untuk menyalurkan bantuan wang pendahuluan nafkah kepada pemohon yang layak bagi meringankan beban, sementara menunggu kes selesai sepenuhnya. NO SOALAN: 15

2. Pelanggan-pelanggan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dibantu dari sudut kewangan dalam dua (2) kaedah iaitu melalui bantuan dan pendahuluan nafkah. Bantuan nafkah adalah pembayaran wang kepada pelanggan mengikut kadar dan tempoh tertentu tanpa perlu dibayar balik. Manakala, pendahuluan nafkah yang disalurkan kepada pelanggan mengikut kadar dan tempoh tertentu dan perlu dibayar balik. Walau bagaimanapun, penyaluran bantuan kepada pelanggan BSK hanya terhad di negeri Selangor, Terengganu, Kedah, Pahang dan akan datang, Wilayah Persekutuan.

3. Sejak dari penubuhannya, sebanyak RM 1,855,103.28 telah disalurkan kepada 856 pelanggan BSK dalam bentuk pendahuluan nafkah. Manakala sebanyak RM 1,006,260.00 telah disalurkan kepada 1,105 pelanggan BSK dalam bentuk bantuan nafkah. Pelanggan BSK ini terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yang diabaikan nafkah.

4. Penubuhan BSK telah membantu para ibu tunggal dan anak-anak dalam mendapatkan hak nafkah yang telah diabaikan oleh bekas suami atau bapa melalui proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh BSK dapat membantu memastikan perintah yang diabaikan oleh bekas suami atau bapa dapat dikuatkuasakan. Bilangan penyelesaian kes penguatkuasaan perintah turut meningkat selepas penubuhan BSK.

5. Bantuan kewangan sementara dalam bentuk pendahuluan dan bantuan nafkah sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh para ibu tunggal secara bersendirian untuk NO SOALAN: 15

meneruskan kehidupan. Jelasnya, penubuhan BSK telah memberikan kesan yang besar kepada pembangunan wanita dan keluarga di mana masalah-masalah yang berkaitan dengan perlaksanaan perintah nafkah dapat diuruskan dan diselesaikan dengan lebih baik, teratur dan berkesan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO` KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN NAIR TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Dato` Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat langkah-langkah strategik bagi mengurangkan kadar kematian penunggang motosikal akibat daripada kemalangan jalan raya memandangkan golongan ini adalah lebih berisiko dan tinggi angka kematiannya berbanding pemandu- pemandu kenderaan empat roda.

NO SOALAN: 16

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, jumlah statistik kemalangan jalan raya bagi tahun 2019 mencatatkan sebanyak 6,167 kematian dengan 64% daripada jumlah keseluruhan tersebut adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

2. Justeru, Kementerian Pengangkutan memandang serius mengenai perkara-perkara yang boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya di Malaysia. Kementerian Pengangkutan melalui agensi di bawahnya telah menjalankan pelbagai bentuk kempen dan advokasi yang berterusan melalui pelbagai medium seperti Program Tiada Minggu Tanpa Advokasi (TMTA) yang dilaksanakan di setiap negeri di seluruh Malaysia. Sebanyak 1,866 Program TMTA telah dilaksanakan yang merangkumi seluruh kategori advokasi termasuklah advokasi bagi penunggang dan pembonceng motosikal.

3. Program-program kesedaran menerusi sesi ceramah dan kempen keselamatan jalan raya di organisasi Kerajaan, swasta, komuniti setempat, di sekolah dan institusi pengajian tinggi turut dilaksanakan. Mesej-mesej peringatan juga dikeluarkan di stesyen-stesyen televisyen menerusi slot wawancara, iklan dan crawler, hebahan di radio-radio dan juga media sosial yang dilaksanakan sepanjang tahun bagi mengubah sikap dan mendidik pengguna jalan raya.

4. Pendidikan keselamatan Jalan Raya (PKJR) juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan. Ia secara tidak langsung dapat memberi kesan NO SOALAN: 16 yang positif kepada ibu-bapa yang merupakan pengguna jalan raya yang sedia ada. PKJR ini telah di ajar secara penyerapan ilmu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bermula 2007 di sekolah rendah dan 2015 di sekolah Menengah.

5. Kementerian melalui agensinya juga telah melaksanakan projek pembangunan semula Modul PKJR di bawah RMK-11. Projek tersebut yang dikenali sebagai Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul PKJR dijalankan bagi memperbaharui isi kandungan modul supaya bersesuaian dengan teknologi masa kini dan selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

6. Selain itu, Kementerian Pengangkutan melalui MIROS telah banyak melakukan usaha promosi, kursus dan latihan berkaitan keselamatan jalanraya terutamanya kepada golongan berisiko tinggi seperti penunggang motosikal. Antara program yang masih berjalan adalah Program Sokongan Keselamatan Perjalanan atau Commuting Safety Support Program (CSSP).

7. Kementerian Pengangkutan juga telah menjalinkan kerjasama bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam cadangan pembinaan laluan motosikal yang baru. Laluan yang dicadangkan adalah merupakan laluan yang mempunyai kadar kemalangan yang membimbangkan. Segala peruntukan bagi pembinaan laluan motosikal ini akan dimohon di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) melalui KKR.

8. Untuk makluman juga, satu program yang dinamakan My Safe Road iaitu kerjasama agensi di bawah Kementerian Pengangkutan NO SOALAN: 16 dengan kerjasama Universiti Tun Husssien Onn Malaysia (UTHM) telah dijalankan bagi penambahbaikkan laluan motosikal di sepanjang kawasan black spot terpilih iaitu Kluang – Ayer Hitam – Batu Pahat. Program ini telah bermula sejak tahun 2016 dan menunjukkan hasil yang memberangsangkan apabila kemalangan di kawasan tersebut semakin berkurangan setiap tahun. Progam ini juga telah dibentangkan di The 1st ASEAN-Japan Experts Group Meeting on Road Traffic Safety pada Januari 2020 di Jepun. Batu Pahat dan Kuala Lumpur pula telah dipilih sebagai kawasan kajian keselamatan jalan raya dengan kerjasama MIROS dan Bloomberg Philanthropies.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 17

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' ISA BIN AB. HAMID TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan program-program pendigitalan pada tahun 2020- 2025 untuk meningkatkan sistem penyampaian JAKOA supaya lebih berkesan dan dapat mengurangkan birokrasi yang bermasalah. NO SOALAN: 17

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Program-program pendigitalan yang dirancang pada tahun 2020-2025 adalah seperti berikut:

1) Menaiktaraf perkakasan ICT di semua pejabat-pejabat pentadbiran dan pusat latihan/ institut di bawah pengurusan JAKOA.

2) Menaiktaraf perkhidmatan talian internet di pejabat pentadbiran dan pusat latihan/ institut di bawah pengurusan JAKOA.

3) Menyediakan borang permohonan secara dalam talian (online) bagi permohonan seperti berikut:-

a) Permohonan Bantuan Kewangan Pendidikan;

b) Permohonan mendapatkan tenaga kerja Orang Asli;

c) Permohonan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK);

d) Permohonan Bantuan Kesihatan (kebajikan perubatan dan kebajikan am);

NO SOALAN: 17

e) Pentadbiran kampung;

f) Permohonan Bantuan Usahawan; dan

g) Permohonan Bantuan Pertanian dan Penternakan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk Paul Igai minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramai belia (umur 18-35 tahun) yang telah disenaraikan sebagai bankrap mengikut negeri dan jantina. Apakah perancangan Kerajaan dalam menangani dan membantu mereka yang hilang sumber pendapatan dan berhadapan dengan masalah kewangan sehingga berkemungkinan diisytiharkan sebagai bankrap disebabkan oleh pandemik Covid-19.

NO SOALAN: 18

JAWAPAN

[YB DATUK SHABUDIN BIN YAHAYA, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG- UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kes kebankrapan bagi golongan belia yang berumur di antara 18 hingga 35 tahun yang direkodkan bagi tahun 2020 di Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) ialah 945 orang. Bagi golongan belia berumur 31 hingga 35 tahun yang direkodkan dari bulan Januari hingga Julai 2020 adalah melebihi 100 kes masing-masing bagi setiap kategori umur. Walau bagaimanapun, demikian, MdI tidak menyimpan rekod bagi golongan belia bankrap mengikut negeri dan jantina.

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kadar kebankrapan di kalangan belia pada masa kini dan cara yang terbaik untuk mengelak daripada kebankrapan ialah melalui kesedaran individu belia itu sendiri tentang risiko atau kesan daripada perintah kebankrapan. Kesedaran ini dapat diterap melalui pendidikan dan pendekatan perbelanjaan yang berhemah.

Bagi membantu mengurangkan kadar kebankrapan, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) melaksanakan pelbagai program bagi mewujudkan kesedaran masyarakat tentang isu muflis seperti program bersama masyarakat (outreach programme) serta MdI Prihatin. Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat, memberikan pendidikan NO SOALAN: 18 dan mewujudkan kesedaran kepada orang awam khususnya golongan belia termasuklah taklimat dan ceramah kesedaran mengenai isu muflis kepada agensi-agensi awam, swasta, orang awam dan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam/swasta bagi menerangkan kesan dan akibat daripada perintah kebankrapan. Dengan pendedahan sedemikian, golongan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi dapat menangani masalah ini di peringkat awal lagi.

Selain itu, Kerajaan juga melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) iaitu sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia telah mengadakan program-program untuk memberi kesedaran tentang isu muflis. Program ini juga melibatkan perancangan kewangan kepada semua golongan supaya dapat menangani masalah pengurusan kewangan di peringkat pra kebankrapan. Pengurusan kewangan yang berhemah akan menjamin kedudukan kewangan di tahap yang terbaik. Melalui program ini akan dapat membantu golongan belia khususnya untuk berbelanja secara berhemah dan bijak dalam pengurusan kewangan bagi mengelakkan kemuflisan disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 19

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020 2020

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan bolehkah Kementerian memperuntukkan sejumlah peruntukkan kepada Kerajaan Negeri Perlis bagi membaik pulih pam- pam dan paip-paip air yang telah uzur. NO SOALAN: 19

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Bagi mengatasi masalah bekalan air di Negeri Perlis, Kerajaan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM240.2 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke- 11 (RMKe-11) bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur air secara menyeluruh seperti yang berikut:

i. Pinjaman sebanyak RM42.7 juta bagi projek sambungan RMKe-10 untuk menyiapkan kerja-kerja di bawah Program Mengurangkan Kadar NRW Negeri Perlis; ii. peruntukan geran sebanyak RM50.8 jua bagi menangani isu NRW yang tinggi dalam RMKe-11 di bawah Program NRW Nasional Pendekatan 1 melibatkan kerja-kerja penukaran meter pengguna, penukaran meter SIV, pembangunan GIS dan juga kerja-kerja pembaikan/penggantian tangki-tangki air yang rosak. Projek ini telah dimulakan pada Februari 2020 dan dijangka dapat disiapkan pada Februari 2022; dan

iii. peruntukan sebanyak RM146.7 juta bagi membiayai kerja menaiktaraf loji rawatan air termasuk membaiki pam-pam yang rosak di LRA Timah Tasoh dan LRA Arau Fasa I hingga IV. Daripada jumlah ini sebanyak RM41.1 juta diluluskan secara geran bagi langkah mitigasi segera jangka pendek dan NO SOALAN: 19

kerja-kerja ini dijangka siap pada Julai 2021. Bakinya berjumlah RM105.6 juta diluluskan secara pinjaman bagi menyiapkan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf loji dan komponen berkaitan di mana pada masa ini kerja-kerja tersebut di peringkat proses penyediaan rekabentuk.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Balasubramaniam A/L Nachiappan minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah perancangan Kerajaan dalam memberikan kemudahan dan prasarana serta pendidikan kepada masyarakat kaum orang Asal di Semenanjung Malaysia, kaum Iban dan Kadazan serta kaum etnik yang lain di Sabah dan Sarawak supaya mereka tidak tertinggal dalam arus pembangunan negara. JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berperanan dalam melaksanakan pembangunan secara inklusif melibatkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan bagi meningkatkan tahap kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat Orang Asli ke arah kemajuan seiring dengan pembangunan negara pada masa kini.

Daripada 853 buah perkampungan Orang Asli yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), sebanyak 701 buah kampung telah menerima bekalan air terawat, 684 buah kampung telah menerima bekalan elektrik dan 719 kampung telah mempunyai jalan perhubungan.

Strategi bagi memajukan masyarakat Orang Asli telah digariskan di dalam Pelan Strategik JAKOA (2016 – 2020) yang memberi fokus kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat Orang Asli. Pelan ini dirangka dalam usaha meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan infrastruktur yang lengkap di seluruh perkampungan Orang Asli.

Namun begitu, pelaksanaan perancangan projek tertakluk kepada kelulusan peruntukan dari Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMABANG TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kadar dalam bentuk statistik capaian rangkaian sistem telekomunikasi mudah alih 4G terkini di Sabah. Adakah program ini akan terus dikembangkan. NO SOALAN: 21

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi melalui penyediaan liputan jalur lebar talian tetap dan mudah alih dengan menggunakan pelbagai teknologi di seluruh negara termasuklah di Sabah.

2. Status peningkatan liputan perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G di kawasan berpenduduk di Sabah, sejak tahun 2017 sehingga suku kedua 2020 adalah seperti berikut:

Tahun Liputan 4G 2017 54.3% 2018 58.3% 2019 60.2% Suku-2, 2020 73.41%

3. Antara inisiatif-inisiatif penyediaan perkhidmatan jalur lebar yang sedang dan akan dilaksanakan di Sabah bagi meningkatkan kadar liputan jalur lebar mudah alih 4G adalah seperti berikut:-

a. pembinaan 65 menara baharu bagi penyediaan perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G. Pelaksanaan inisiatif ini dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya secara berperingkat bermula suku pertama 2021; dan NO SOALAN: 21

b. menaik taraf sebanyak lima (5) alat pemancar komunikasi di menara sedia ada di Sabah kepada perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G yang dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang suku pertama 2021.

4. Pada masa yang sama, SKMM juga sedang bekerjasama dengan pihak industri dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk membangunkan satu pelan infrastruktur digital yang dikenali sebagai JENDELA (Jalinan Digital Negara) bagi memantapkan kualiti dan liputan perkhidmatan di seluruh negara dengan menggunakan pelbagai teknologi. Melalui pelan ini, semua perancangan dan pembinaan infrastruktur digital dimudahcara oleh pelbagai kementerian dan agensi terbabit termasuklah di peringkat negeri.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah warganegara Malaysia yang telah berjaya dibawa balik ke Malaysia berikutan pandemik COVID-19 dan jumlah warganegara Malaysia yang masih berada di luar Negara.

NO SOALAN: 22

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Mohan a/l Thangarasu atas soalan yang dikemukakan.

2. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara sentiasa mengutamakan kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Perwakilan- perwakilan Malaysia bertindak sebagai frontliners secara langsung dalam memastikan rakyat Malaysia yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 diberikan bantuan yang sewajarnya, termasuk dari segi mendapatkan rawatan perubatan serta memudah cara perjalanan pulang ke tanah air.

3. Selain itu, Perwakilan-perwakilan Malaysia turut mencari alternatif bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas dengan kerjasama pelbagai pihak seperti agensi-agensi Kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO), persatuan pelajar, syarikat penerbangan, pihak swasta serta kerajaan negara asing.

4. Perwakilan-perwakilan Malaysia juga sentiasa berhubung rapat dengan komuniti-komuniti Malaysia yang menetap di luar negara. Ini penting bagi menyampaikan maklumat-maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkuasa tempatan mahupun Kerajaan Malaysia dalam membendung penularan pandemik COVID-19. Media yang digunakan termasuklah melalui aplikasi seperti Whatsapp, media sosial dan juga portal Perwakilan Malaysia yang berkenaan. NO SOALAN: 22

Tuan Yang di-Pertua,

5. Sukacita dimaklumkan bahawa sehingga 10 September 2020, Kementerian Luar Negeri telah memudah cara seramai 26,536 orang rakyat Malaysia untuk kembali ke tanah air ekoran penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia. Seramai 113 orang dilaporkan masih terkandas di luar negara sementara menunggu lapangan terbang dibuka dan penerbangan komersial kembali beroperasi seperti biasa. Seramai 12 orang penjawat awam Kementerian Luar Negeri yang telah pulang ke tanah air melalui misi repatriasi ekoran penularan pandemik COVID-19 juga akan kembali ke penempatan masing-masing setelah keadaan di negara penempatan bertambah baik.

6. Kementerian Luar Negeri menganggarkan terdapat seramai 457,000 orang rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Walau bagaimanapun, Kementerian Luar Negeri tidak dapat memuktamadkan bilangan sebenar warganegara Malaysia di luar negara kerana tidak semua rakyat Malaysia yang menetap atau berada di luar negara berdaftar dengan Perwakilan Malaysia. Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri sentiasa menasihatkan supaya warganegara Malaysia yang menetap atau yang akan mengadakan perjalanan ke luar negara untuk berdaftar dengan Perwakilan Malaysia yang terdekat.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sejauh mana tindakan Kerajaan dalam usaha menangani masalah kebocoran maklumat individu (personal information) kepada pihak tidak bertanggungjawab apabila Kerajaan menggunakan aplikasi tertentu seperti eWallets, ePenjana dan MySejahtera.

NO SOALAN: 23

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah menguatkuasakan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) pada 15 November 2013 yang bertujuan untuk mengawalselia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga komersial oleh Pengguna Data supaya tidak disalahguna dan disalahpakai oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

2. Setiap Pengguna Data wajib mematuhi 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi (Prinsip PDP) dalam mengendalikan data peribadi milik pelanggan mahu pun pekerja bagi memastikan data peribadi tersebut tidak disalahgunakan.

3. Berhubung dengan penggunaan aplikasi digital yang dibangunkan dalam usaha mengawal penularan wabak Covid-19 di dalam negara, JPDP telah mengeluarkan advisory tatacara pengendalian bagi pemprosesan data peribadi rakyat Malaysia oleh pemilik premis perniagaan bermula dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Kerajaan pada 29 Mei 2020. Tatacara ini antara lain telah menggariskan perkara-perkara berikut:

NO SOALAN: 23

i) bahawa premis perniagaan hanya perlu merekodkan nama, nombor telefon, tarikh dan masa kehadiran pengunjung; ii) kaedah pengumpulan data peribadi adalah tertakluk kepada premis perniagaan (secara manual atau pun digital); iii) paparan notis yang jelas mengenai tujuan pengumpulan data peribadi; iv) data peribadi yang dikumpul hanya digunakan untuk tujuan pengesanan kontak selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342); v) tempoh masa penyimpanan data peribadi yang dikumpul adalah sehingga selepas 6 bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan dan mesti dimusnahkan atau dipadam secara kekal; dan vi) premis perniagaan perlu memastikan data peribadi yang dikumpul adalah tepat dan tidak mengelirukan.

4. Contoh aplikasi tersebut adalah MySejahtera yang dimiliki dan dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia. Ia ditadbir oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan sokongan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Maklumat peribadi pengguna hanya akan digunakan untuk tujuan mengurus dan mengurangkan wabak COVID-19. Ia tidak akan dikongsi dengan pihak lain.

NO SOALAN: 23

5. JPDP juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak MySejahtera, SElangkah dan KL Steps pada 19 Jun 2020 untuk memastikan pemprosesan data peribadi yang dilakukan melalui aplikasi tersebut selaras dengan kehendak Akta 709 terutamanya Prinsip PDP dan tatacara yang telah pun dikeluarkan.

6. Bagi memastikan tatacara tersebut dipatuhi, sehingga 28 Julai 2020, sebanyak 664 pemeriksaan terhadap premis perniagaan telah pun dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan, JPDP di seluruh negara. Pemeriksaan yang dilaksanakan adalah merangkumi pelbagai sektor termasuk kesihatan, peruncitan, pajak gadai, telekomunikasi dan lain-lain. Pemeriksaan ini akan terus dijalankan sehingga tempoh PKP tamat.

7. Dalam kita menuju ke arah pendigitalan di dalam urusan seharian, berlaku peningkatan pengeluar wang elektronik (e-Wallets). Sehingga bulan April 2020, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan lebih dari 30 lesen e-Wallet kepada bank dan syarikat kewangan bukan bank. Pemegang-pemegang lesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) yang melarang pengeluar wang elektronik mendedahkan maklumat pelanggan kepada pihak lain melainkan dengan kebenaran pelanggan untuk maklumatnya didedahkan kepada pihak lain, atau pendedahan tersebut dibenarkan di bawah APK/APKI untuk tujuan-tujuan tertentu NO SOALAN: 23

seperti penyiasatan oleh agensi penguatkuasa dan pendakwaan suatu kesalahan di bawah undang-undang.

8. Pengeluar wang elektronik juga tertakluk kepada piawaian dan garis panduan sedia ada yang dikeluarkan di bawah APK/APKI, yang menekankan keperluan menjamin keselamatan maklumat dan transaksi pelanggan melalui proses operasi dan sistem keselamatan wang elektronik yang efektif.

9. BNM memandang serius terhadap kes pelanggaran peruntukan kerahsiaan bagi mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap institusi kewangan serta memastikan integriti sistem kewangan terpelihara. Antara tindakan yang pernah diambil oleh BNM termasuk mengkompaun atau mendakwa pesalah di bawah APK/APKI, mengarahkan institusi kewangan supaya mengukuhkan kawalan dalaman terhadap keselamatan maklumat pelanggan dan memastikan institusi kewangan menguatkan lagi pelaksanaan audit dalaman di mana hasil laporan tersebut perlu dimaklumkan kepada BNM.

10. Bagi memupuk keyakinan orang ramai, BNM dengan kerjasama agensi kerajaan dan industri juga terus memperkukuh perlindungan daripada penipuan pembayaran dengan mengeluarkan amaran keselamatan kepada industri berkaitan dengan kaedah-kaedah baharu yang digunakan oleh penjenayah dan mengehendaki institusi kewangan menambah baik kawalan pengurangan risiko mereka secara berterusan dan meningkatkan pendidikan pengguna.

NO SOALAN: 23

Sekian terima kasih. SOALAN NO: 24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Puan Hajah Sabani Binti Mat minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan di samping faedah-faedah yang terdapat dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat khasnya di bidang pertanian apakah Kerajaan Perikatan Nasional bercadang untuk memberi bantuan khas pesawah RM200 sebulan untuk tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi

SOALAN NO: 24

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan bayaran Bantuan Khas Kepada Pesawah Sementara Menunggu Hasil Tuaian Padi diberikan secara one-off pada tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM150 juta melibatkan hampir 250,000 orang pesawah. Ianya selaras dengan pengumumannya dalam pembentangan Bajet 2018 sebagai bayaran ehsan kepada pesawah yang terjejas pendapatan dalam tempoh menunggu penuaian hasil.

2. Memandangkan program Bantuan Khas Pesawah Sementara Menunggu Hasil Tuaian Padi ini merupakan program yang berbentuk one-off pada tahun tersebut, maka pihak Kerajaan tidak menyediakan peruntukan bagi program ini pada tahun seterusnya.

3. Walau bagaimanapun, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedang melaksanakan sebanyak 36 buah inisiatif di bawah beberapa buah pakej rangsangan ekonomi iaitu PRE, PRIHATIN dan PENJANA. Ianya bertujuan bagi merancakkan semula aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan agar golongan petani, penternak, nelayan dan usahawan industri makanan tidak terjejas oleh impak penularan pandemik COVID-19.

4. Di bawah PRIHATIN, MAFI diperuntukkan sebanyak RM190 juta bagi pelaksanaan Program Jaminan Bekalan Makanan melalui insentif / subsidi, peningkatan mobilisasi dan logistik bahan SOALAN NO: 24

makanan serta pemantapan pembekalan stok makanan. Selain itu, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Nelayan Kawasan (PNK) juga telah diperuntukkan dana khas untuk menggalakkan penglibatan dan aktiviti ahli peladang dan nelayan dalam industri pertanian dan makanan.

5. Di bawah PENJANA, MAFI telah diperuntukkan sebanyak RM400 juta untuk melaksanakan tiga (3) inisiatif khusus seperti berikut:

i. Skim Pembiayaan Mikro Kredit yang menawarkan pinjaman dengan kadar faedah 3.5% untuk tempoh 5 tahun; ii. Program Kebuniti atau Berkebun secara berkomuniti di bandar dan luar bandar, berbentuk pemberian in-kind sebanyak RM500 untuk individu dan RM50,000 untuk komuniti; dan

iii. Program Mobiliti Tenaga Kerja Agromakanan yang menyediakan latihan semula dalam industri agromakanan.

6. Keseluruhan program / projek yang disenaraikan di bawah pakej- pakej PRE (termasuk projek infrastruktur dengan peruntukan RM50 juta), PRIHATIN dan PENJANA bernilai RM640 juta sedang dilaksanakan melalui pelbagai jabatan / agensi di bawah MAFI.

7. Kementerian berharap agar inisiatif termasuk program dan projek serta bantuan khas ini dapat membantu meringankan bebanan kumpulan sasar yang terkesan akibat pandemik COVID-19 malahan dapat membantu keseluruhan sektor ekonomi termasuk pengusaha agromakanan termasuk petani untuk kembali pulih dan SOALAN NO: 24

meneruskan kelangsungan perusahaan masing-masing bagi merancakkan semula aktiviti pertanian dan melonjakkan sektor agromakanan negara serta memastikan sekuriti makanan terus terjamin sepanjang tempoh pemulihan ekonomi.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan status terkini secara ringkas dan tuntas berkaitan usaha yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian setakat ini bagi menyelesaikan isu air di seluruh negeri di Malaysia seperti di negeri Kelantan, Melaka, Kedah dan sebagainya. NO SOALAN: 25

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, masalah bekalan air yang dihadapi oleh negeri Kedah, Melaka dan Kelantan disebabkan oleh 3 faktor utama iaitu ketidakcukupan sumber air, ketidakupayaan loji rawatan air sedia ada untuk merawat serta membekalkan air terawat dan kadar air tidak terhasil atau, dengan izin non-revenue water (NRW) yang tinggi.

2. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani isu bekalan air di negeri-negeri tersebut. Sebagai contoh, peruntukan berjumlah RM1.8 bilion disediakan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) bagi pelaksanaan 13 projek bekalan air di negeri Kedah dalam memastikan akses bekalan air yang lebih meluas kepada penduduk. Ini termasuk RM104.7 juta bagi pelaksanaan Program NRW Nasional Pendekatan 1 bagi mengurangkan kadar NRW dari 48% ke 43%. Kerja-kerja bagi program ini dijangka dapat disiapkan pada tahun 2022.

Tuan Yang di-Pertua,

3. Bagi Negeri Kelantan pula, RM229.9 juta diperuntukan di bawah RMKe-11 bagi pelaksanaan lima kerja-kerja menaiktaraf loji rawatan air dan kerja berkaitan projek sumber air. Ini tidak termasuk peruntukan berjumlah RM122.9 juta bagi pelaksanaan Program NRW Fasa 2 (secara pinjaman) dan Program NRW Nasional Pendekatan 1, Negeri NO SOALAN: 25

Kelantan (Pakej 1 dan Pakej 2) (secara langsung). Selain itu, Kelantan juga menerima peruntukan sebanyak RM451.68 juta bagi kerja-kerja perbelanjaan modal (CAPEX) di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi tempoh Operasi Ketiga (OP3) (2018 – 2020).

4. Berbeza dengan Kedah dan Kelantan, Negeri Melaka menghadapi masalah ketidakcukupan sumber air. Sebagai jalan penyelesaian, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM550 juta di bawah RMKe-11 bagi pelaksanaan dua Projek Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih dan TAPS Melaka bagi meningkatkan kapasiti air mentah bagi tujuan rawatan.

5. Projek Pembinaan TAPS Jernih pada masa ini sedia untuk ditender pada bila-bila masa tertakluk kepada persetujuan dan pengesahan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan tiada halangan terhadap pembinaan projek ini sebelum ia diteruskan. Antara isu yang dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan adalah kerisauan mengenai kuantiti air di kawasan hilir dan impak ke atas hidupan akuatik yang terdapat di Sungai Rembau. Manakala bagi pembinaan TAPS Melaka pula dijangka dapat disiapkan pada tahun 2024.

6. Dalam pada itu juga, KASA juga akan mempertimbangkan permohonan Melaka untuk projek mitigasi jangka pendek bagi menghadapi musim kemarau. Ia melibatkan projek penyaluran air mentah dari Sungai Kesang dan Tasik Biru ke Empangan Jus, Daerah Jasin melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta yang akan dipohon di bawah Rancangan Malaysia Keduabelas (RMKe-12)

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk Paul Igai minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah insentif-insentif yang sedia ada untuk diberi kepada para saintis tempatan demi memperkasakan bidang sains dalam negara.

NO SOALAN: 26

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat pelbagai insentif yang diberikan kepada para saintis tempatan dalam usaha memperkasakan bidang sains dan teknologi negara seperti melalui pemberian dana, geran, pengiktirafan dan anugerah.

Antara dana yang diuruskan di bawah MOSTI adalah Newton Ungku Omar Fund (NUOF). NUOF merupakan hasil kerjasama Malaysia bersama Newton Fund United Kingdom, sebuah inisiatif di bawah Science to Action (S2A) yang bertujuan untuk menangani masalah sosio-ekonomi di Malaysia. Sebanyak £35 juta diperuntukan sehingga tahun 2021 yang disalurkan melalui bentuk geran dan perkhidmatan. Terdapat 38 program dilaksanakan oleh NUOF di Malaysia dengan lapan (8) program diselia oleh MOSTI melalui Akademi Sains Malaysia (ASM).

Selain itu, Geran Dr. Ranjeet Bhagwan Singh (RBS) yang merupakan program tahunan telah diperkenalkan sejak tahun 2014 di bawah Tabung Amanah Penyelidikan Perubatan RBS. Geran ini dianugerahkan kepada seorang Saintis Muda Malaysia setiap tahun untuk melaksanakan penyelidikan dalam bidang perubatan. Jumlah maksimum geran bernilai RM30,000.00.

Di samping itu, National Cancer Council Malaysia (MAKNA) telah memberikan kepercayaan kepada ASM untuk menjalankan pemilihan bagi geran tahunan MAKNA yang dianugerahkan kepada penyelidik muda yang mempunyai rekod prestasi cemerlang serta memberikan NO SOALAN: 26 sumbangan di dalam penyelidikan kanser. Jumlah geran bernilai RM10,000.00 sehingga RM30,000.00 bagi sesebuah projek. Tuan Yang di-Pertua,

Dalam usaha memastikan penyelidikan yang dilaksanakan oleh saintis di Malaysia menepati permintaan industri dan pasaran, MOSTI telah memperkenalkan Malaysian Collaborative Network Platform for Disruptive Innovation (I-CONNECT). Inisiatif ini bertujuaan membantu para saintis Malaysia meningkatkan ekosistem inovasi nasional ke arah penciptaan kekayaan dan kesejahteraan masyarakat. I-CONNECT merupakan rangkaian kolaborasi dalam empat (4) bidang strategik: Industri 4.0; Fintech dalam Kewangan Islam; Kesihatan & Kesejahteraan; dan Rangkaian Bekalan Halal. Para penyelidik dan industri berkerjasama dalam melaksanakan ekosistem inovasi yang kondusif dalam keempat- empat bidang di Malaysia bagi mewujudkan peluang ekonomi baharu bagi industri di Malaysia untuk memasuki pasaran global. Melalui kolaborasi ini, MOSTI ingin memastikan GERD (Gross Expenditure of R&D) Malaysia meningkat daripada 1.44% kepada 3.5% menjelang tahun 2030.

Tuan Yang di-Pertua,

Para penyelidik dan saintis juga berpeluang untuk mendapatkan pengecualian cukai sebanyak dua (2) kali ganda untuk perbelanjaan penyelidikan dalaman yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Potongan ini juga turut terpakai untuk sumbangan yang diberikan kepada institusi penyelidikan atau syarikat yang melaksanakan penyelidikan. Pada pembentangan bajet tahun 2020, pengecualian cukai sebanyak 100% sehingga 10 tahun diumumkan bagi hasil harta intelek untuk hak cipta paten & perisian yang dibangunkan di Malaysia sahaja. NO SOALAN: 26

MOSTI juga membangunkan inisiatif Researcher-Industry Scientific Exchange (RISE) dengan objektif untuk menyelesaikan permasalahan di industri melalui kaedah latihan, konsultasi, penyelidikan atau pemindahan teknologi. RISE sebagai platform di mana penyelidik MOSTI berkongsi kepakaran dengan industri. MOSTI juga telah memperluaskan inisiatif ini ke Kementerian lain. Bagi tahun 2020 sebanyak 12 institut penyelidikan luar MOSTI, selain daripada tambahan empat (4) agensi di bawah MOSTI telah bersetuju menyumbang kepakaran melalui inisiatif RISE.

Tuan Yang di-Pertua,

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), MOSTI juga menyediakan direktori dalam talian untuk fasiliti dan peralatan saintifik yang ada di Jabatan/ Agensi Kerajaan, Institut Penyelidikan Kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi. Melalui perkongsian kemudahan ini, ia dapat membantu para penyelidik dan saintis berkongsi kemudahan- kemudahan dan peralatan saintifik di semua institusi penyelidikan. Sehingga kini, NSFE telah mempunyai 31 kemudahan dan 1,218 peralatan saintifik sedia ada yang boleh digunakan oleh para penyelidik dan saintis.

Tuan Yang di-Pertua,

MOSTI juga memberikan insentif kepada para saintis melalui pengiktirafan dan anugerah. Antaranya ialah Mahathir Science Award (MSA) dan Anugerah Saintis Muda Negara (ASMN). MSA dianugerahkan kepada para saintis mahupun organisasi berdasarkan prestasi dan merit sebagai pengiktirafan di atas sumbangan dan inovasi dalam menangani masalah serta isu di kawasan tropika melalui sains dan NO SOALAN: 26 teknologi. Pemenang akan menerima USD100,000.00, pingat emas dan sijil. Sehingga kini, seramai 11 orang penerima telah mendapat anugerah MSA dan dua (2) penerima adalah dari Malaysia.

Manakala, anugerah Saintis Muda Negara (ASMN) pula dianugerahkan kepada saintis/penyelidik berumur 35 tahun dan ke bawah, yang menjalankan projek R&D di pusat penyelidikan dan institut pengajian tinggi awam/swasta atau organisasi penyelidikan swasta di Malaysia. Bermula pada tahun 2019, ASMN ini dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu Sains Hayat dan Sains Fizikal. Pemenang setiap kategori akan menerima hadiah wang bernilai RM10,000, plak dan sijil penghargaan. Sehingga tahun 2019 terdapat seramai 43 orang pemenang bagi ASMN. Di samping itu, Anugerah Top Research Scientist Malaysia (TRSM) telah diperkenalkan bagi membantu untuk mengenal pasti saintis, jurutera dan pengamal teknologi yang terkemuka di Malaysia. Sehingga kini, terdapat 166 orang Top Research Scientist Malaysia yang diiktiraf di atas pencapaian mereka di dalam pelbagai bidang kajian sains.

Tuan Yang di-Pertua,

MOSTI juga melalui Akademi Sains Malaysia (ASM) memberikan pengiktirafan seumur hidup kepada para saintis, jurutera dan teknologis yang terpilih sebagai Felo Akademi Sains Malaysia (FASc). Semenjak diperkenalkan pada tahun 1995 bermula dengan 50 orang felo pengasas yang pertama, ASM kini telah mempunyai sejumlah 374 orang felo di dalam lapan (8) bidang displin sains tulen dan sains sosial.

Seterusnya, Young Scientist Network (YSN) ditubuhkan di bawah ASM untuk mengiktiraf para saintis muda di bawah usia 40 tahun yang NO SOALAN: 26 cemerlang di dalam bidang masing-masing. YSN ditubuhkan pada 12 Disember 2013 dan terlibat aktif di dalam program-program di bawah ASM yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kesedaran kepentingan STIE kepada negara. Asean Young Scientist Network juga tercetus hasil inspirasi Young Scientist Network (YSN).

Tuan Yang di-Pertua,

Selanjutnya, Malaysia Board of Technologists (MBOT) telah ditubuhkan bagi mengiktiraf ahli pakar di dalam teknologi & teknikal. Melalui penubuhan MBOT ini, dijangka dapat meningkatkan kumpulan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. Sehingga kini, 5,900 orang ahli teknologi profesional telah dikenal pasti dengan jumlah keseluruhan ahli MBOT seramai hampir 24,000 orang.

Selain itu, MOSTI juga turut komited untuk mempromosikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) secara berterusan dan lebih agresif bagi menarik minat golongan muda dalam bidang STEM. Usaha ini adalah selari dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 yang merangkumi pelbagai inisiatif termasuk menambah baik laluan kerjaya dan imbuhan untuk menjadikan penyelidik, saintis, jurutera dan teknologis, atau dengan izin researcher, scientist, engineer and technologist (RSET) sebagai kerjaya pilihan utama dan menarik bakat yang unggul melalui penggubalan polisi berkaitan penetapan gaji minimum untuk pekerjaan berkaitan RSET.

NO SOALAN: 26

Dengan adanya insentif-insentif yang telah dan sedang dilaksanakan ini, diharapkan agar bidang sains dan teknologi negara terus maju dan cemerlang.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 27

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED YASSIN TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan serta perincian terbaharu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk Sabah dan Sarawak. JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kerajaan kini dalam proses akhir untuk memuktamadkan komposisi Majlis Khas untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Perkara berhubung penubuhan Majlis khas yang akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri ini telah dibawa ke Jemaah Menteri. Majlis Khas ini merupakan forum khusus yang diwujudkan bagi membincangkan serta memantau keseluruhan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 di antara Kerajaan Persekutuan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak.

2. Cadangan berhubung penubuhan Majlis Khas ini adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada Januari 2020 yang lalu yang bersetuju supaya Majlis Khas diwujudkan bagi memantau pelaksanaan kepada keputusan-keputusan yang telah dicapai dan menyelesaikan perkara-perkara yang belum dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang dibubarkan oleh Kerajaan pada waktu itu.

3. Secara ringkasnya, terdapat 21 perkara yang telah disemak dan dikaji oleh JKKKMA63. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17 perkara mendapat keputusan dan persetujuan bersama di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak. Manakala daripada 17 keputusan tersebut, terdapat 3 perkara yang dianggap selesai sepenuhnya dan tidak memerlukan tindakan lanjut iaitu tuntutan duti eksport balak dan hasil hutan di negeri Sabah, pentadbiran Pulau Sipadan dan Ligitan di negeri Sabah dan isu pertanian dan perhutanan juga di negeri Sabah.

4. Manakala baki 14 perkara lagi yang telah mencapai keputusan merupakan perkara-perkara yang memerlukan tindakan lanjut dan berterusan untuk dilaksanakan oleh kementerian/agensi berkaitan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Secara umumnya, pelaksanaan keputusan-keputusan tersebut akan melibatkan 3 fasa (jangka masa pendek, sederhana dan panjang) yang dijangka akan mengambil masa sekurang- kurangnya 1 ke 2 tahun untuk dilaksanakan. Sasaran yang ditetapkan ini adalah realistik dengan mengambil kira proses- proses yang perlu dilalui oleh agensi di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan keputusan-keputusan tersebut.

5. Sepertimana yang telah dimaklumkan di Dewan Rakyat sebelum ini, masih terdapat 4 perkara yang masih belum selesai dan belum mendapat sebarang keputusan iaitu:-

a. Royalti Minyak dan Bayaran Tunai Petroleum; b. Mineral Minyak dan Medan Minyak; c. Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750]; dan d. Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83].

6. Perbincangan mengenai perkara-perkara tersebut akan diteruskan di dalam Majlis Khas yang akan ditubuhkan dalam sedikit masa lagi. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak perlu diberikan lebih ruang bagi membincangkan secara mendalam berhubung perkara-perkara seperti yang dinyatakan.

7. Dalam masa yang sama, YAB Perdana Menteri telah memberikan mandat kepada YB Menteri Kewangan dan YB Menteri Kanan Kerja Raya untuk mempengerusikan Jawatankuasa Bersama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak bagi membincangkan penyelesaian secara komersial berhubung petroleum dan gas. Manakala, perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sabah mengenai perkara yang sama akan menyusul sebaik sahaja perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sarawak selesai.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk John Ambrose minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan kesan penularan COVID-19 bagaimanakah usaha Kementerian dalam membantu usahawan mikro yang terjejas dalam memastikan perniagaan mereka kembali pulih dan apakah kemudahan yang diperlukan oleh perusahaan kecil dan sederhana dalam mencapai objektif tersebut.

NO SOALAN: 28

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) komited dalam usaha untuk membantu usahawan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

2. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh MEDAC secara dalam talian pada 10 April hingga 17 April 2020, 8.85% usahawan telah menutup perniagaan sepenuhnya (gulung tikar) dan 91.15% usahawan masih meneruskan perniagaan mereka di mana lebih dari 50% daripada usahawan tersebut bersedia untuk menceburi bidang perniagaan baharu dengan:

i. 92.13% usahawan memerlukan bantuan kewangan; ii. 40.45% usahawan memerlukan bantuan khidmat nasihat dan bimbingan permulaan perniagaan; dan iii. 31.46% usahawan memerlukan latihan asas keusahawanan

3. Sebagai langkah memastikan usahawan dapat terus bertahan, MEDAC telah membangunkan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi yang mengandungi 29 program jangka pendek dan sederhana di bawah enam (6) strategi yang dilaksanakan dalam tempoh bermula Mei 2020 hingga Mei 2021.

NO SOALAN: 28

4. Pelan ini akan memanfaatkan lebih 20,000 penerima yang terdiri daripada usahawan mikro, perusahaan kecil sederhana, usahawan sosial, startup dan koperasi serta melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM372.85 juta.

Tuan Yang di-Pertua,

5. Di samping itu, antara insiatif yang diambil dan dilaksanakan oleh agensi di bawah MEDAC iaitu iaitu TEKUN Nasional, SME Corp., SME Bank, Bank Rakyat, UDA Holding, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Institut Koperasi Malaysia (IKM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi memastikan usahawan mampu bertahan dalam menghadapi impak COVID-19 adalah:

i. penyediaan pembiayaan kepada usahawan, ii. penjadualan semula pinjaman; iii. penangguhan bayaran balik atau moratorium pinjaman; iv. latihan serta bimbingan keusahawanan secara dalam talian; dan v. pelaksanaan program berimpak tinggi.

6. Inisiatif tersebut merangkumi Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) melalui TEKUN Nasional, Skim Special Relief Facility oleh SME Bank dan Skim BR Care oleh Bank Rakyat. Di bawah program PENJANA pula, beberapa inisiatif telah disediakan seperti pembiayaan TEKUN Business Recovery Scheme (TBRS) melalui TEKUN Nasional, SME Technology NO SOALAN: 28

Transformation Fund (STTF) dan Skim SME-Go melalui SME Bank dan pembangunan Portal MyAssist MSME oleh SME Corp.

7. Inisiatif yang dirancang ini bukan sahaja dapat membantu usahawan yang terjejas, bahkan memastikan usahawan kekal relevan dan berdaya saing.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 29

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Kamarudin Bin Abdun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status dan jumlah pertukaran guru yang telah memohon pertukaran dari tahun 2018 sehingga kini masih lagi tidak mendapat tawaran pertukaran dan apakah langkah pihak Kementerian Pendidikan dalam menangani masalah ini.

NO SOALAN: 29

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak tahun 2018 sehingga kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima sebanyak 62,820 permohonan pertukaran dari guru seluruh negara. Daripada jumlah permohonan tersebut, sebanyak 31,551 permohonan pertukaran telah diluluskan.

Permohonan pertukaran guru melalui aplikasi atas talian e-GTukar dibuka sekali setiap tahun. Permohonan ini adalah bagi dua sesi pertukaran iaitu Jun tahun semasa dan Januari tahun berikutnya. Bermula pada tahun 2017, beberapa penambahbaikan terhadap aplikasi e-GTukar telah dilaksanakan bagi memastikan permohonan dan kelulusan pertukaran guru berjalan dengan lebih lancar. Antara penambahbaikan yang dilaksanakan adalah:

a. Sistem traffic light untuk memaklumkan kepada pemohon mengenai kekosongan perjawatan dan opsyen berdasarkan keperluan guru di peringkat negeri dan daerah yang dimohon.

b. Kaedah pertukaran guru secara padanan keperluan opsyen melalui modul e-GTukar. Dengan kaedah ini, permohonan akan dipadankan secara automatik bagi membolehkan pihak KPM membuat penilaian selanjutnya.

c. Tawaran pertukaran pasangan guru ke negeri yang mempunyai kekosongan. NO SOALAN: 29

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa berusaha untuk menangani perkara berkaitan pertukaran guru. Antara langkah yang telah diambil adalah melaksanakan pertukaran guru di dalam modul e-Gtukar secara decentralization. KPM juga memperkenalkan kaedah pertukaran guru secara ‘suka sama suka’ melalui modul e-Gtukar bagi memudahkan urusan pertukaran di antara guru-guru. Modul ini akan dilaksanakan sepenuhnya bagi memproses pertukaran guru sesi 2021.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 30

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah strategik yang diambil oleh Kerajaan untuk mengukuhkan kerjasama negara-negara ASEAN dalam menghadapi isu tuntutan Laut China Selatan.

NO SOALAN: 30

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato' Haji Husain Bin Awang atas soalan yang dikemukakan.

2. Kerajaan sentiasa tegas dalam komitmen mempertahankan keutuhan wilayah, kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara, termasuk di Laut China Selatan.

3. Kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa memberikan perhatian yang serious terhadap keselamatan di kawasan perairan negara. Tindakan-tindakan yang diambil termasuklah rondaan, pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan di dalam kawasan maritim Malaysia untuk memastikan kepentingan negara sentiasa terpelihara. Semua agensi-agensi penguatkuasa dan pemantauan maritim di negara ini sentiasa komited dalam memastikan kedaulatan dan hak kedaulatan Malaysia adalah kekal terpelihara.

Tuan Yang di-Pertua,

NO SOALAN: 30

4. Sebagai mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, isu berkaitan Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks dan sensitif dan melibatkan hubungan antara negara berikutan tuntutan bertindih oleh negara-negara penuntut. Oleh yang demikian, isu ini perlu dikendalikan secara menyeluruh dan setiap tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif.

5. Dalam hal ini, Malaysia komited untuk menyelesaikan isu Laut China Selatan secara konstruktif, menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai.

6. Dalam mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara, Kerajaan Malaysia harus mengambil sikap berhati-hati dan mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan atau dengan izin, “escalation” dan mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku di dalam kawasan perairan negara.

Tuan Yang di-Pertua,

7. Pendirian negara ini juga disuarakan di platform-platform serantau dan antarabangsa. Kerajaan telah mengambil pendekatan diplomasi dengan negara-negara yang berkaitan dimana Malaysia menegaskan bahawa Laut China Selatan mesti kekal menjadi laluan perdagangan dan perairan yang aman.

8. Bagi memastikan keamanan, kestabilan dan mengelakkan ketegangan di Laut China Selatan, negara–negara ASEAN dan China telah NO SOALAN: 30 menandatangani Deklarasi Tatalaku Pihak–pihak Berkepentingan di Laut China Selatan, atau dengan izin, Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC) pada 4 November 2002.

9. Melalui DOC tersebut, negara-negara ASEAN dan China bertekad untuk melaksanakan program-program yang bertujuan untuk pembangunan kapasiti, keupayaan dan membina kesalingpercayaan, atau dengan izin, confidence-building, serta menangani sebarang perbezaan secara aman.

10. Negara-negara ASEAN dan China juga sedang merunding Kod Tatalaku di Laut China Selatan, atau dengan izin, Code of Conduct in the South China Sea (COC). COC dilihat sebagai satu usaha untuk memastikan pihak-pihak di Laut China Selatan mengelakkan konflik antara satu sama lain.

11. Dalam melaksanakan rundingan COC tersebut, Malaysia akan sentiasa memastikan bahawa COC yang akan dimuktamadkan kelak adalah berkesan dalam memastikan kedaulatan dan hak kedaulatan negara terus kekal terpelihara.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN:31

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk John Ambrose minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

a) Apakah inisiatif Kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar guna tenaga asing yang mendominasi sektor pembuatan dan pembinaan negara; dan

b) Sejauh manakah usaha Kerajaan Berjaya mengurangkan kadar pengangguran warga tempatan yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19

NO SOALAN:31

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan memandang serius kepada kesan pandemik COVID-19 yang telah memberi implikasi yang besar kepada pasaran pekerjaan negara. Kerajaan sekarang memberi keutamaan pekerjaan kepada pencari kerja tempatan. Ini terbukti apabila Kerajaan mengumumkan untuk membekukan pengambilan pekerja asing baharu dalam semua sektor-sektor yang dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing.

2. Usaha mengurangkan kebergantungan pekerja asing kepada semua sektor termasuk sektor pembinaan dan pembuatan adalah:

(i) mewajibkan pengiklanan kekosongan jawatan untuk tempoh tidak kurang dari 30 hari di Portal JobsMalaysia bagi tujuan pengambilan pekerja asing dan pegawai dagang. Sekiranya tiada pengisian dari kalangan pencari kerja tempatan dalam tempoh tersebut, barulah majikan dibenarkan membuat permohonan pengambilan pekerja asing dan pegawai dagang. Inisiatif ini bermula pada 1 Julai 2020;

(ii) supaya jawatan petugas barisan hadapan tidak dibenarkan kepada pekerja bukan warganegara;

(iii) semua Agensi Kawal Selia ditekankan untuk melaksanakan pelan penggantian (exit strategy) bagi membolehkan sektor-sektor berintensifkan buruh beralih kepada penggunaan mekanisasi dan automasi sekaligus mengurangkan kebergantungan ke atas pekerja NO SOALAN:31

asing dan mewujudkan pekerjaan yang memerlukan kemahiran. Antaranya seperti menekankan pelaksanaan mekanisme Industrialised Building System (IBS) dalam sektor pembinaan, restoran berkonsepkan self-service dan sebagainya; dan

(iv) bantuan kepada industri pembuatan termasuk syarikat industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk bergerak ke arah IR4.0 melalui pemberian dana-dana seperti Automation Allowances, Soft Loan dan sebagainya. Selain itu, penubuhan MaaRi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk melatih warga tempatan menjadi pekerja berkemahiran dan dibekalkan semula ke pasaran pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan.

Tuan Yang di-Pertua,

4. Atas keprihatinan YAB Perdana Menteri, Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif di bawah Pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA bagi membantu pekerja yang terpaksa diberhentikan dan kehilangan pekerjaan serta membantu majikan agar mereka dapat mengekalkan kedayatahanan perniagaan dan industri mereka daripada impak Covid-19. Inisiatif-inisiatif yang telah diperkenalkan adalah seperti berikut:

(i) memperkenalkan Employment Retention Programme (ERP) iaitu bantuan segera (immediate financial assistance) sebanyak RM600 sebulan melalui majikan bagi setiap pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji (CTG) akibat penularan COVID-19. Sehingga 14 Ogos 2020, seramai 340,252 orang pekerja yang diberikan notis NO SOALAN:31

Cuti Tanpa Gaji telah menerima manfaat menerusi ERP yang melibatkan bayaran sebanyak RM209.62.

(ii) memperkenalkan Program Subsidi Upah (PSU) untuk membantu majikan yang terkesan supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan yang melibatkan pengagihan dana Kerajaan berjumlah RM13.8 billion.

(iii) di bawah Program Subsidi Upah, sehingga 14 Ogos 2020, PERKESO telah menerima sejumlah 329,176 permohonan daripada majikan melibatkan 2,699,131 orang pekerja yang telah menerima manfaat daripada bantuan Program Subsidi Upah (PSU) melibatkan pembayaran sejumlah RM8.76 bilion.

5. Untuk pengetahuan ahli-ahli Dewan yang mulia ini, bantuan Program Subsidi Upah adalah berdasarkan kepada saiz perusahaan iaitu seperti berikut:

(i) pertama untuk majikan yang menggajikan pekerja 75 orang pekerja dan ke bawah, di mana kadar bayaran subsidi upah adalah RM1,200 sebulan bagi setiap pekerja;

(ii) manakala untuk majikan yang menggajikan antara 76 hingga 200 orang pekerja, kadar bayaran subsidi upah adalah RM800 sebulan bagi setiap pekerja;

(iii) seterusnya bagi majikan yang menggajikan 201 orang pekerja dan ke atas, kadar bayaran subsidi upah adalah RM600 sebulan bagi setiap pekerja. NO SOALAN:31

Tuan Yang di-Pertua,

6, Antara inisiatif lain yang dilaksanakan oleh Kementerian adalah untuk merancakkan pengambilan pekerja oleh majikan melalui program dengan izin MyApprentice, HireMalaysia, hiring incentive, mobility assistance dan latihan reskilling and upskilling. Sejumlah RM1.5 billion diperuntukkan untuk program ini.

7. Susulan ini, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah melancarkan Inisiatif PENJANA HRDF pada 22 Jun 2020 lalu. Melalui Inisiatif ini, lima (5) skim diperkenalkan iaitu Place and Train, B40 Development, SME Development, Industry Revolution 4.0 dan Gerak Insan Gemilang (GIG).

8. Daripada keseluruhan skim tersebut, terdapat dua (2) skim yang menyokong usaha Kerajaan dalam menangani isu pengangguran di kalangan golongan belia akibat pandemik COVID-19 iaitu Place and Train dan Gerak Insan Gemilang (GIG). Place and Train memberi jaminan penempatan pekerjaan sekurang-kurangnya 12 bulan kepada pelatih sejurus menamatkan latihan. Setakat 17 Ogos 2020, seramai 11,880 orang termasuk golongan belia telah berjaya mendapat penempatan pekerjaan dengan bantuan kewangan diluluskan berjumlah RM62.92 juta dengan tawaran gaji bermula daripada RM1,500 sebulan. Manakala skim Gerak Insan Gemilang (GIG) pula, membolehkan pelatih menceburi dan menjana pendapatan di dalam sektor ekonomi gig setelah menamatkan latihan. Pelatih akan diberikan kemahiran dan pengetahuan yang relevan bagi menyediakan mereka dengan persekitaran ekonomi gig ini. Setakat 17 Ogos 2020, seramai 3,865 pelatih telah diluluskan dengan bantuan kewangan berjumlah RM17.33 juta. NO SOALAN:31

9. Kerajaan sentiasa komited dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran di kalangan rakyat tempatan dan kerjasama daripada semua pihak termasuk Yang Berhormat-Yang Berhormat amat diperlukan dalam usaha menjayakan inisiatif-inisiatif ini.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 32 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan terma rujukan cadangan inkues yang dinyatakan oleh Kementerian mengenai kes Allahyarham Adib. NO SOALAN: 32 JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Mahkamah Koroner Shah Alam yang bersidang pada 27 September 2019, telah memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib bin Mohd Kassim, bukanlah disebabkan kemalangan tetapi disebabkan perbuatan jenayah oleh dua (2) orang atau lebih suspek. Berdasarkan keputusan tersebut, PDRM sedang menjalankan siasatan berdasarkan arahan Pejabat Peguam Negara dan mengumpul bukti-bukti yang ada untuk dikemukakan semula kepada pihak pendakwaan.

Kertas siasatan juga telah dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai 2020 dengan cadangan-cadangan seperti berikut:

i. Menuduh 12 orang suspek di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang merusuh dan menyerang jentera bomba; dan

ii. Mengadakan inkues semula untuk siasatan lanjut jika dipersetujui oleh Peguam Negara di bawah peruntukan Seksyen 339(2) Kanun Prosedur Jenayah.

Memandangkan sehingga kini Kertas Siasatan berkenaan masih berada di Jabatan Peguam Negara (AGC), saya tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut isu inkues semula ini termasuk terma rujukannya agar tidak mengganggu siasatan ataupun mendahului keputusan AGC.

NO SOALAN: 32 Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 33

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan status pemindahan kuasa mengenai pelancongan kepada Sarawak dan Sabah iaitu dengan memindahkan perkara 25A dalam Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan Senarai III1A – Tambahan Kepada Senarai Bersama bagi Negeri Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan. NO SOALAN: 33

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, susulan daripada libat urus yang diadakan antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah, kesemua pihak telah bersetuju bahawa isu-isu berkaitan pelancongan yang dibangkitkan adalah bersifat pentadbiran, boleh diselesaikan secara case by case tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.

2. Seterusnya, sesi libat urus dan perbincangan antara MOTAC bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak diteruskan bagi membincangkan isu-isu berkaitan perundangan di bawah bidang pelancongan.

3. Khusus bagi negeri Sarawak, telah diputuskan untuk diwujudkan Jawatankuasa Penilaian Permohonan Baharu, Tambah Cawangan dan Tambah Bidang Bagi Syarikat Agensi Pelancongan dari Semenanjung Malaysia, Labuan dan Sabah di Negeri Sarawak pada peringkat MOTAC Negeri Sarawak. Jawatankuasa ini bertujuan untuk menilai permohonan mana-mana syarikat agensi pelancongan yang berminat untuk menjalankan perniagaan di negeri Sarawak.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK INSOL TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah keselamatan sedia ada bagi Empangan Bakun dan Empangan Murum di Sarawak yang merupakan infrastruktur kritikal negara. NO SOALAN: 34

JAWAPAN

[YB DATUK SERI MOHD REDZUAN BIN MD. YUSOF, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS)]

Tuan Yang Dipertua,

1. Untuk makluman Dewan Yang Mulia, Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Bakun dan Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Murum telah disenaraikan sebagai Sasaran Penting Negara dengan status Keutamaan I. Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Murum disenaraikan sebagai Sasaran Penting Keutamaan I berdasarkan kepada Perenggan 5.4, Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting (JPSP) Bilangan 3 bertarikh 25 Jun 2015. Manakala, Stesen Hidro Elektrik Bakun telah disenaraikan sebagai Sasaran Penting Keutamaan I berdasarkan kepada Perkara 3, Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting (JPSP) Bilangan 3 bertarikh 2 April 2011.

2. Stesen Hidro Elektrik Bakun juga telah diisytiharkan sebagai Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan Tahun 1959 dengan rujukan Perintah Tempat Larangan (No.7) 2013 bertarikh 17 Disember 2013 yang telah ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri.

3. Apabila sesuatu instalasi, premis, kawasan atau tempat itu telah disenaraikan sebagai Sasaran Penting dan juga diisytiharkan sebagai Tempat Larangan, maka secara langsung, langkah- langkah kawalan keselamatan telah dan perlu diambil selaras NO SOALAN: 34

dengan status dan kepentingan instalasi tersebut. Ini sekaligus melindungi instalasi tersebut daripada sebarang elemen ancaman keselamatan yang boleh memberi kesan kepada keluaran, hasil, fungsi atau perkhidmatan instalasi tersebut.

4. Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri Sarawak (JSPN) melalui Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sarawak (CGSO Sarawak) sentiasa memantau dan merancang pelaksanaan pemeriksaan/penilaian keselamatan secara berkala pada setiap tahun. Threats, Vulnerabilities Risk Assessment sentiasa diberi tumpuan memandangkan kedua-dua Empangan Bakun dan Empangan Murum ini juga mempunyai fungsi, kepentingan yang unik serta interdependency di dalam menjana tenaga elektrik ke grid negeri. Hasil kajian, penilaian, kepentingan dan kritikaliti kedua-dua Stesen Janakuasa Elektrik Hidro ini akan dilaporkan setiap tahun kepada JSPN Sarawak yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

5. Secara keseluruhannya, tahap pematuhan langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan oleh penghuni terhadap kedua- dua instalasi Sasaran Penting ini adalah baik dan terkawal dengan mengambil langkah-langkah kawalan keselamatan seperti berikut:

5.1 Pewujudan dan pelantikan pasukan kawalan keselamatan dalaman (Auxiliary Police) yang berfungsi menjalankan pemantauan, pemeriksaan dan rondaan keselamatan secara 24 jam; 5.2 Pemasangan CCTV di sekitar kawasan instalasi; NO SOALAN: 34

5.3 Melaksanakan saringan keselamatan yang ketat terhadap semua pekerja, pelawat yang ingin memasuki kawasan ini; dan 5.4 Mempunyai perancangan kontigensi yang wajib dilaksanakan sekiranya berlaku sebarang krisis keselamatan di kawasan ini.

6. Urusetia JSPN Sarawak akan terus memantau dan melihat perkembangan situasi keselamatan di Empangan Bakun dan Empangan Murum melalui pemeriksaan keselamatan oleh Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan (JKPK) serta mewujudkan jaringan dan kerjasama dengan agensi-agensi dalam Jawatankuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Markas 1 Divisyen Sarawak (Angkatan Tentera Malaysia), Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sarawak serta agensi kerajaan negeri yang berkaitan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 35

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO` HAJI HUSAIN BIN AWANG TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Dato` Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan sejauh mana pelan dan pelaksanaan dalam memodenkan produktiviti sektor agromakanan negara.

NO SOALAN: 35

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhoramt,

Memacu pemodenan dalam sektor agromakanan negara merupakan teras yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK- 12). Dalam hal ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengenalpasti aplikasi teknologi moden sebagai prioriti utama bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani.

Sehubungan itu, MAFI melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah merancang empat (4) projek pembangunan teknologi moden yang berasaskan elemen Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) untuk dilaksanakan pada tahun 2020 seperti berikut:

1. Pembangunan sistem membuat keputusan bagi teknologi pertanian tepat di kawasan jelapang padi; 2. Pembangunan sistem pintar bagi agro-robotik rumah tanaman; 3. Pembangunan sistem pintar penggerak utama tanpa pemandu; dan 4. Pembangunan sistem pintar pakar pertanian rujukan berasaskan teknologi artificial intelligence (AI) bagi pengeluaran tanaman sayur- sayuran di kawasan terpilih.

Selain itu, MARDI juga sedang membangunkan aplikasi mudah alih untuk digunakan dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan tanaman serta pengenalpastian perosak dan penyakit tanaman seperti berikut: NO SOALAN: 35

1. Sistem amaran awal bagi serangga perosak bena perang (BPH); 2. Teknologi penentuan awal serangan penyakit mati rosot pada pokok hibrid betik; 3. Sistem “VRT On the Go” bagi aplikasi pembajaan; 4. Aplikasi mudah alih pemantauan pergerakan jentuai bagi mengawal kehilangan lepas tuai; dan 5. Sistem robotik semaian biji benih bagi nurseri kilang tanaman.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 36

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah status dan tarikh pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Rampayan, Lembangan Sungai Menggatal yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN berjumlah RM36 juta bagi mengatasi masalah banjir kilat sejak empat tahun lalu. NO SOALAN: 36

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Dalam RMKe-11, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM36 juta bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sg. Rampayan, Lembangan Sg. Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah untuk dilaksanakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui agensi pelaksana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

2. Projek RTB Sg. Rampayan, Lembangan Sg. Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah ini di peringkat pelaksanaan dan projek telah bermula pada 11 Oktober 2019 dan dijangka siap pada 11 April 2022. Status kemajuan kerja fizikal semasa di tapak sehingga 31 Julai 2020 adalah sebanyak 2.76% berbanding dengan 6.33% daripada yang dijadualkan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN : 37

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED YASSIN TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sama ada Kementerian akan meneruskan polisi membenarkan pengimportan gula oleh pengusaha-pengusaha ‘food and beverage’ di Sarawak dan Sabah memandangkan ia adalah lebih murah berbanding dengan harga gula yang dijual oleh pengilang-pengilang di Semenanjung Malaysia.

NO SOALAN : 37

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian akan terus membenarkan pengimportan gula oleh syarikat pengusaha makanan dan minuman di seluruh negara bagi menggalakkan penghasilan produk yang kompetitif untuk pasaran domestik dan eksport antarabangsa.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 38

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK THEODORE DOUGLAS LIND TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk Theodore Douglas Lind minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah masalah dan halangan yang dihadapi Kerajaan untuk membentangkan semula pindaan perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan. JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, satu kertas kabinet akan diangkat kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat bagi mencadangkan supaya satu jawatankuasa kerja ditubuhkan bagi membincangkan mengenai hala tuju pindaan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana, di bawah pentadbiran Kerajaan sebelum ini, masih belum terdapat sebarang draf Rang Undang-Undang berkenaan Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak. Oleh yang demikian Kerajaan memerlukan sedikit masa bagi menggerakkan semula perbincangan mengenai perkara ini. (Input Jabatan Peguam Negara).

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPATBELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pendirian terkini Kerajaan dalam isu "unilateral conversion" memandangkan Kerajaan telah berjanji untuk menggubal Seksyen 88A namun dibiarkan tanpa sebarang tindakan sehingga peralihan kuasa baru-baru ini.

NO SOALAN: 39

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] merupakan undang-undang di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengawal selia perkahwinan monogami dalam kalangan individu beragama Bukan Islam. Pada tahun 2017, pindaan kepada Akta 164 telah diluluskan oleh Parlimen bagi menangani beberapa isu yang antara lainnya merangkumi pembubaran perkahwinan, nafkah, hak jagaan anak dan harta sepencarian dalam kes pemelukan agama Islam oleh salah seorang pasangan.

Sepertimana yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Seksyen 88A iaitu peruntukan untuk melarang penukaran agama anak tanpa persetujuan bersama ibu bapa (unilateral conversion) telah digugurkan daripada Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 kerana bercanggah dengan peruntukan di bawah Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah selaras dengan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama individu berumur bawah 18 tahun boleh ditentukan secara unilateral oleh ibu, bapa atau penjaga.

Sehubungan dengan itu, cadangan untuk memasukkan Seksyen 88A telah diteliti semula bersama dengan AGC. Hasil penelitian tersebut menyimpulkan bahawa Mahkamah sebagai Badan Kehakiman NO SOALAN: 39 mempunyai kebebasan untuk mentafsirkan sesuatu peruntukan perundangan dan keputusan Mahkamah Persekutuan akan mengikat keputusan mahkamah bawahan.

Penukaran agama khususnya kepada agama Islam oleh individu berumur bawah 18 tahun merupakan suatu isu yang sensitif dan perlu ditangani secara berhati-hati kerana ia boleh memberikan impak secara tidak langsung kepada keharmonian kaum di Malaysia. Justeru itu, Kerajaan akan mengkaji cadangan pindaan Akta 164 bagi memasukkan semula Seksyen 88A sekiranya terdapat keperluan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN:40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Manolan Bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah pindaan Akta 134, Akta Orang Asli 1954 yang telah didaftarkan oleh JAKOA ke dalam senarai akta untuk pindaan akan diteruskan. NO SOALAN :40

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan sememangnya bercadang untuk membuat pindaan terhadap Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mendaftarkan Akta 134 ke dalam senarai Akta untuk semakan dan pindaan oleh pihak Kerajaan yang dipantau oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Undang- undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) pada Januari 2019.

Sekian,terima kasih. NO SOALAN: 41

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah sebab Kementerian mengenakan ketetapan birokrasi ke atas proses mendapatkan bantuan Kerajaan sehingga menyebabkan rungutan daripada "SME Association of Malaysia" mengatakan bahawa Kementerian mengambil selama lima hari untuk memproses permohonan dan keperluan membuat laporan harian NO SOALAN: 41

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Dimaklumkan bahawa tempoh masa berbeza perlu diambil bagi memproses setiap permohonan pembiayaan di bawah agensi pembiayaan di bawah MEDAC mengikut keperluan usahawan iaitu jumlah permohonan pembiayaan, pakej yang dimohon dan sebagainya. Ianya bukan merupakan karenah birokrasi tetapi adalah merupakan prosedur pembiayaan yang perlu di patuhi bagi memastikan perkara- perkara berikut :

(i) Kemampuan pemohon untuk mambayar balik pinjaman (ii) Menentusahkan perniagaan yang dijalankan (iii) Memenuhi syarat dan dokumentasi sebagaimana prosedur pembiayaan sedia ada.

2. Dalam usaha mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian kepada para usahawan, kesemua agensi di bawah MEDAC telah diarahkan untuk meneliti semula dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan proses kerja serta mengkaji semula peraturan semasa. Antara contoh inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian melalui agensinya adalah seperti berikut:

i. Bank Rakyat: NO SOALAN: 41

Bank Rakyat menambah baik proses kelulusan bagi program khas BRCares di mana kelulusan disingkatkan daripada 10 hari kepada 3 hari untuk pelanggan sedia ada dan 5 hari untuk pelanggan baru (khususnya pelanggan-pelanggan mikro) yang berkelayakan.

ii. TEKUN Nasional:

Tempoh kelulusan dan dokumentasi telah dipermudahkan bagi pembiayaan pasca Covid melalui program COVID Business Recovery-Micro (CBRM) dan TEKUN Business Recovery Scheme (TBRS) di mana tempoh kelulusan dipercepatkan daripada 25 hari kepada 7 hari yang melibatkan 4 dokumen asas sahaja.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 42

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN RAJ MUNNI BINTI SABU TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Puan Raj Munni binti Sabu minta PERDANA MENTERI menyatakan komitmen Kerajaan pada hari ini untuk meneruskan pendakwaan kes 1MDB dan usaha-usaha bagi mendapatkan semula wang negara yang dilesapkan akibat kes 1MDB.

NO SOALAN: 42

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan menegaskan bahawa Jabatan Peguam Negara komited untuk mendakwa mana-mana orang yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah tanpa mengambil kira bangsa, kedudukan, keturunan dan fahaman politik orang itu. Setakat ini, sebanyak tiga puluh empat kes yang berhubungan dengan kes 1MDB dan kes SRC International telah dipertuduh di Mahkamah. Daripada tiga puluh empat kes tersebut, tiga puluh dua kes sedang dibicarakan di Mahkamah. Apa-apa wang dan aset berhubung dengan kes ini yang telah dan akan dirampas dan dikembalikan kepada Kerajaan akan dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Pemulihan Aset 1MDB.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 43

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha yang diambil oleh Kementerian untuk mengesan kes-kes positif COVID-19 dalam kalangan pemegang-pemegang dokumen IMMI3, Kad Burung-burung dan Sijil Bancian dan dalam kalangan pendatang asing tanpa izin di negeri Sabah.

NO SOALAN: 43

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan warga asing termasuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah adalah di bawah seliaan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Agensi-agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sentiasa memastikan keberadaan warga asing di Sabah adalah mematuhi peruntukan undang-undang Negara seperti Akta Imigresen 1959/63.

Dalam konteks usaha Kerajaan untuk mengekang penularan wabak COVID- 19, Kerajaan telah melaksanakan kawalan kemasukan warga asing yang ketat di pintu-pintu masuk negara seperti sekatan perjalanan kepada semua warganegara Malaysia dan warga asing yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan.

Oleh itu, sekiranya terdapat mana-mana warga asing di Sabah yang didapati mengalami gejala, prosedur pengesanan dan saringan COVID-19 akan dilaksanakan berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 44

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian akan mengembalikan semula bantuan MyBrain dan Baucar Buku yang sebelum ini telah dihentikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. NO SOALAN: 44

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Program MyBrain15 mula dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 1 Disember 2010 di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan diteruskan pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Program MyBrain15 telah berjaya menaja seramai 56,910 orang pelajar bagi mengikuti program pengajian di peringkat pascasiswazah. Sehingga Jun 2020, seramai 30,427 pelajar telah berjaya menamatkan pengajian. Program ini telah menunjukkan impak positif yang menyumbang kepada peningkatan kerjaya, pendapatan serta taraf hidup graduan.

Mengambil kira pencapaian program berkenaan, KPT sememangnya berhasrat untuk melaksanakan program baharu MyBrain yang memberi fokus kepada penajaan pelajar di peringkat pengajian pascasiswazah sebagai kesinambungan kepada Program MyBrain15 yang telah ditangguhkan sebelum ini. Permohonan peruntukan untuk membiayai pelaksanaan program MyBrain telahpun dikemukakan oleh Kementerian kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan. Sekiranya pelaksanaan Program MyBrain ini dapat direalisasikan, Kementerian berhasrat menjadikan program berkenaan sebagai program jangka masa panjang dan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) (2021-2025).

NO SOALAN: 44

Program pemberian Baucar Buku 1Malaysia atau BB1M pula, telah dilaksanakan oleh Kementerian dari tahun 2012 hingga 2016. Mulai tahun 2017 sehingga 2019, pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) telah dilaksanakan bagi menggantikan BB1M menggunakan mekanisme Kad Diskaun Siswa daripada Bank Rakyat untuk membantu meringankan kos sara hidup pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT).

Pada tahun 2020, Kerajaan telah meneruskan pemberian bantuan kepada pelajar IPT di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN di mana setiap pelajar IPT menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 yang dibayar ke akaun pelajar bermula bulan April 2020.

Pemberian Bantuan One-Off di bawah inisiatif PRIHATIN pada tahun 2020 adalah kesinambungan daripada BPPT sebagai tanda keprihatinan Kerajaan dalam membantu meringankan kos sara hidup pelajar IPT.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 45

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Ismail Bin Yusop minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan perkembangan terkini pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) khususnya di negeri Perak dan apakah langkah-langkah yang diambil terhadap projek-projek perumahan bina baru dan baik pulih yang tertangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Sehingga 15 Ogos 2020 sejumlah 63 projek Bina Baharu dan 579 unit Baik Pulih di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) telah diluluskan dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM 12.25 juta bagi membantu meningkatkan kesejahteraan kehidupan golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak. Semua projek dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan dijangka siap menjelang bulan November tahun ini.

Umum mengetahui bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan kebanyakan sektor ekonomi tergendala dan projek di bawah PPRT turut sama terkesan. Pelaksanaan PPRT hanya dapat berjalan semula sepenuhnya selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai bulan Mei 2020 di mana pergerakan antara daerah dan negeri dibenarkan.

Antara langkah yang diambil bagi memastikan Projek di bawah PPRT terus berjalan selepas PKP, pihak Kementerian telah melaksanakan proses perolehan secara undian atas talian bagi mematuhi penjarakan sosial dan Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Selain itu, pihak Kementerian turut meningkatkan kekerapan pemantauan sama ada secara virtual mahupun secara fizikal untuk projek PPRT bagi memastikan perlaksanaan berjalan lancar.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 46

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DR. NUING JELUING TARKH : 10 SEPTEMBER 2020

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bentuk subsidi-subsidi dan kosnya yang diberi oleh Kerajaan kepada rakyat bagi menangani wabak COVID-19. Apakah kesan wabak ini kepada ekonomi negara. NO SOALAN: 46

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sebagaimana YB sedia maklum, berikutan penularan wabak COVID-19 di negara kita, Kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang melibatkan sejumlah RM295 bilion. Daripada jumlah ini, sebanyak RM45 bilion merupakan pembiayaan langsung daripada Kerajaan. Hasrat utama Kerajaan melaksanakan pakej rangsangan berkenaan adalah untuk melindungi dan memperkasakan rakyat, menyokong dan melonjakkan perniagaan serta merangsang dan memperkukuhkan ekonomi.

Antara inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan di bawah pakej rangsangan berkenaan termasuklah bantuan langsung kepada golongan berpendapatan B40 dan yang teruk terjejas akibat penularan wabak COVID-19 serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seperti berikut:

i. Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM11.2 bilion; ii. Tambahan RM100 secara one-off bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 juta; iii. Elaun Khas COVID-19 bagi Petugas Barisan Hadapan sebanyak RM600 juta; iv. Bantuan Khas One-Off kepada pemandu teksi, pemandu bas pelancong, pemandu pelancong pengayuh beca, pemandu e-hailing dan pemandu bas sekolah sebanyak RM160 juta; NO SOALAN: 46

v. Program Subsidi Upah, Insentif Pengekalan Pekerjaan dan Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan sebanyak RM16.8 bilion; vi. Program kemahiran dan peningkatan kemahiran sebanyak RM2 bilion; vii. Geran Prihatin Khas untuk PKS Mikro sebanyak RM2.1 bilion; dan viii. Projek berskala kecil sebanyak RM4 bilion;

Kesan Wabak Kepada Ekonomi Negara

Ekonomi Malaysia mencatatkan penguncupan sebanyak -17.1% dalam suku kedua 2020. Keseluruhan separuh pertama 2020 mencatatkan penguncupan -8.3%. Penurunan ini mencerminkan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebagai langkah untuk membendung penularan pandemik COVID-19 yang menyebabkan hampir keseluruhan sektor-sektor ekonomi negara ditutup. Menurut University of Oxford, PKP yang dilaksanakan Malaysia adalah antara yang paling ketat di rantau ini dan telah memberi kesan kepada ekonomi, namun, ini adalah untuk melindungi nyawa dan meratakan lekuk COVID-19.

Walau bagaimanapun, langkah segera Kerajaan dalam menangani kesan penularan pandemik COVID-19 melalui pelaksanaan pakej rangsangan berkenaan telah berjaya mengurangkan impak penularan pandemik COVID-19 ke atas ekonomi. Inisiatif tersebut dijangka menyumbang lebih daripada 3% kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi keseluruhan tahun 2020.

NO SOALAN: 46

Seiring dengan kegiatan ekonomi telah dibuka kembali pada awal bulan Mei 2020, pakej-pakej rangsangan tersebut juga dijangka dapat memulihkan semula ekonomi secara beransur-ansur terutamanya pada separuh tahun kedua 2020. Jika dilihat, penambahbaikan pertumbuhan KDNK bulanan daripada -28.6 peratus pada bulan April kepada -19.5 peratus pada bulan Mei dan seterusnya kepada -3.2 peratus pada bulan Jun jelas menunjukkan pemulihan ekonomi negara yang kukuh sejajar dengan pembukaan ekonomi pada bulan Mei lalu dan pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP). Kadar pengangguran juga telah menyederhana kepada 4.9% pada bulan Jun berbanding kadar tertinggi 5.3% pada bulan Mei. Kerajaan yakin bahawa langkah-langkah yang telah diambil akan membolehkan pekerja dan perniagaan untuk terus fokus kepada pemulihan aktiviti masing-masing dan memacu ekonomi secara keseluruhannya.

Secara keseluruhan, prospek ekonomi Malaysia bagi tahun 2020 dijangka terjejas akibat pandemik COVID-19 dan diunjur berkembang antara negatif 5.5% hingga negatif 3.5%. Pada tahun 2021 pula, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kembali pulih dan berkembang antara 5.5% hingga 8% sejajar dengan unjuran pertumbuhan global yang lebih baik.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 47

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Abd Hamid minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan pandangan dan keputusan berhubung projek Pelabuhan Lumut 2 adakah manfaat nelayan di situ terjamin.

NO SOALAN: 47

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Pelabuhan Lumut 2 merupakan Projek Pembangunan Terminal Pelabuhan Kedua di Lumut, Perak yang dimiliki oleh Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (LMT) iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Pelaksanaan projek ini melibatkan aktiviti pengorekan pasir untuk kerja penambakan yang dijalankan di kawasan aktiviti tangkapan nelayan iaitu di Sungai Sempit, Sungai Lumut Kiri, Sungai Lumut Kanan dan Sungai Manjung serta di kawasan Beting Batu Malang.

2. Berdasarkan kajian Environmental Impact Assessment (EIA) dan Social Impact Assessment (SIA) yang telah dilaksanakan pada tahun 2018 oleh oleh LMT, antara langkah mitigasi yang dicadangkan adalah pihak pemaju perlu menyediakan Prosedur dan Pelan Pengurusan Rungutan dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Penyelesaian Aduan dan Masalah bagi menguruskan isu berbangkit.

3. Pada pandangan Kementerian, projek ini akan memberi kesan kepada hampir 5,352 nelayan pesisir pantai dan 197 pengusaha akuakultur di daerah Manjung kerana kawasan tangkapan akan menjadi semakin kecil akibat daripada aktiviti pengerokan dan tambakan pasir. Adalah dianggarkan sebanyak 36,828.96 tan metrik dengan nilai RM327.58 juta setahun pendaratan perikanan NO SOALAN: 47

tangkapan marin dan pengeluaran akuakultur sebanyak 8,620.54 tan metrik yang bernilai RM152.99 juta setahun akan menurun.

4. Kementerian berharap, Kerajaan Negeri Perak akan menyediakan langkah mitigasi dan pampasan yang setimpal kepada nelayan dan penternak akuakultur yang terjejas. Sebagai langkah proaktif, Kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia akan sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi mencari jalan penyelesaian terbaik demi menjaga kebajikan dan kepentingan nelayan yang terkesan daripada pelaksanaan projek ini.

Sekian, terima kasih. NO. SOALAN: 48

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN SUSAN CHEMERAI ANDING TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk memastikan pelajar di kawasan luar bandar yang tidak ada akses baik kepada internet dan yang kurang berkemampuan tidak tertinggal dari segi pembelajaran dalam suasana persekolahan ketika pandemik COVID-19 sedang menular.

NO. SOALAN: 48

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk memastikan semua murid di seluruh negara tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KPM berusaha menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah Home- based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM telah menjalankan Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian pada 28 Mac hingga 2 April 2020. Kajian ini melibatkan 670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331 murid. Dapatan kajian menunjukkan 6.0 peratus murid memiliki komputer peribadi, 9.3 peratus murid memiliki komputer riba, 5.8 peratus murid memiliki tablet dan 46.5 peratus murid memiliki telefon pintar. Di samping itu, terdapat juga murid yang memiliki lebih daripada satu peranti bagi kegunaan pembelajaran secara dalam talian. Namun, dalam masa yang sama, masih terdapat 36.9 peratus murid yang tidak mempunyai sebarang peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana tidak memiliki peranti bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga kekangan dalam akses kepada internet. Keadaan ini menyebabkan NO. SOALAN: 48 pembelajaran tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam kepada semua murid. Selain itu, PdP secara dalam talian merupakan sesuatu yang baharu untuk kebanyakan guru, murid dan ibu bapa. Mereka masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kaedah baharu ini.

Dalam tempoh PKP dan sekolah ditutup, KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat akses pembelajaran secara seragam, termasuk juga murid di kawasan luar bandar dan pedalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian, Home-based Learning turut dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan, rancangan radio pendidikan dan serahan bahan pembelajaran kepada murid. Walau bagaimanapun, apabila semua sekolah telah dibuka sepenuhnya pada 3 Ogos 2020, semua murid telah dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka.

Secara keseluruhan, KPM menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam pelaksanaan Home-Based Learning yang menyebabkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian agak terhad berbanding kaedah secara bersemuka.

Oleh demikian, antara perkara utama yang dilaksanakan apabila sekolah dibuka semula ialah guru menilai tahap penguasaan murid. Seterusnya, guru mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan murid sekurang- kurangnya mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran yang diikuti.

NO. SOALAN: 48

KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan kaedah Home-based Learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini, KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital, termasuklah pelaksanaan Home-based Learning.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 49

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' SHAH BIN RAJA AHMAD TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Dato' Raja Kamarul Bahrin minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan langkah keselamatan apa yang diambil untuk mengelak bahaya insiden pencemaran alam seperti yang berlaku di Sungai Liu Liu di Johor Bahru berulang.

NO SOALAN: 49

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Semakan Kementerian bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor, Badan Kawalselia Air Negeri Johor (BAKAJ), dan syarikat air Johor iaitu Ranhil SAJ Sdn. Bhd. telah memaklumkan bahawa tiada Sungai Liu- Liu di Johor Bahru.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 50

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Haji Idris Bin Ahmad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan statistik pengangguran di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) mengikut kategori tahap pengajian Ijazah Sarjana Muda (BA), Ijazah Sarjana (MA) dan PhD yang tidak mendapat pekerjaan sehingga Ogos 2020.

NO SOALAN: 50

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada Tahun 2019, 75 orang graduan OKU warganegara peringkat pengajian Ijazah Pertama, Sarjana dan PhD belum bekerja dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian di IPT tempatan. Dari jumlah tersebut, 61 adalah graduan Ijazah Pertama, 11 graduan Sarjana dan 3 graduan PhD.

Sekian, terima kasih NO SOALAN: 51

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS.

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan mengenai buli siber yang telah berleluasa dalam media sosial dan perkara ini boleh mengundang kepada kemurungan dan akhirnya boleh mengundang kepada bunuh diri. Di bawah akta Komunikasi dan Multimedia 1998, telah termaktub pembuli siber ini boleh dihukum, namun perkara ini masih lagi berleluasa tanpa had. Apakah tindakan Kerajaan dalam menguatkuasakan undang- undang bagi mengurangkan masalah buli siber ini. NO SOALAN: 51

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, buli siber merupakan satu ancaman siber yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak, terutamanya di kalangan pengguna media sosial.

2. Pembuli siber boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

3. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mempunyai keupayaan untuk menyekat mana-mana akaun media sosial kerana mempunyai limitasi serta kekangan dari sudut teknikal. Ini adalah kerana sekatan ke atas mana-mana akaun media sosial (contohnya Facebook) secara teknikal akan menyebabkan sekatan terhadap keseluruhan laman sosial yang berkenaan (Facebook).

4. Tindakan yang dijalankan adalah lebih berupa rundingan melalui saluran Law Enforcement Request (LE request) dengan izin, bagi setiap satu kandungan yang dipohon sekatan akses tempatan, atau pemadaman atau penyingkiran kandungan atau akaun secara kekal tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan serta piawaian komuniti penyedia platform.

NO SOALAN: 51

5. Kementerian memandang serius isu buli siber dan sedang bekerjasama dengan Universiti Multimedia (MMU) untuk melihat keperluan mewujudkan satu perundangan khas berkenaan antibuli siber bagi menangani kes buli siber di Malaysia.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 52

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA, 2020 PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L PONNUSAMY TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah penjawat awam dari tahun 2015-2019 dan apakah bilangan perincian kaum India bagi tahun-tahun tersebut mengikut pecahan kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan sokongan I dan II.

NO SOALAN: 52

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhoramt,

Sehingga 18 Ogos 2020, jumlah keseluruhan penjawat awam adalah seramai 1,245,269. Manakala bilangan pegawai berketurunan India dalam perkhidmatan awam tidak termasuk tentera dan polis bagi tahun 2015 ialah seramai 52,699 orang, 2016 seramai 51,789 orang, 2017 seramai 50,622 orang, 2018 seramai 50,865, 2019 seramai 49,831 orang, dan bagi tahun 2020, seramai 47,902 orang sehingga 18 Ogos.

Perincian bilangan pegawai berketurunan India dalam perkhidmatan awam adalah seperti berikut:

PECAHAN PEGAWAI INDIA MENGIKUT KATEGORI JAWATAN (2015-18 OGOS 2020) TAHUN KATEGORI JAWATAN JUMLAH JUMLAH % KPT P&P P TM KAUM PENJAWAT INDIA AWAM 2015 299 27,220 25,121 59 52,699 1,269,575 4.15 2016 267 27,480 23,961 80 51,789 1,267,310 4.09 2017 253 26,490 23,852 92 50,622 1,255,524 4.03 2018 253 28,212 22,331 69 50,865 1,270,917 4.00 NO SOALAN: 52

2019 254 28,576 20,939 62 49,831 1,265,484 3.94 2020 253 27,694 19,866 89 47,902 1,245,269 3.85

Nota: KPT = Kumpulan Pengurusan Tertinggi P&P = Pengurusan dan Profesional P = Pelaksana TM= Tiada Maklumat, merujuk kepada maklumat tidak dikemaskini oleh pegawai yang bertanggungjawab dalam sistem HRMIS.

Sekian, terima kasih NO SOALAN: 53

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA, MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO` KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN NAIR TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Dato’ Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan berapa ramai yang akan mendapat manfaat daripada Program Subsidi Petrol apabila Kerajaan menyediakan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima sekali setiap 4 bulan dan kos yang akan ditanggung oleh Kerajaan untuk tahun ini.

1

NO SOALAN: 53

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

KPDNHEP bersama Kementerian Kewangan pada 9 Julai 2020 telah bersetuju agar Program Subsidi Petrol (PSP) tidak diteruskan dan cadangan ini akan dimuktamadkan melalui pembentangan Memorandum Jemaah Menteri oleh Kementerian Kewangan.

Sekian, terima kasih.

2

NO SOALAN: 54

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:

(a) Statistik pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura hilang pekerjaan akibat krisis COVID-19 mengikut sektor; dan

(b) Apakah perancangan Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor untuk mencipta peluang pekerjaan dengan gaji setimpal kepada pekerja tempatan yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan di Singapura.

NO SOALAN: 54

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Berdasarkan laporan pekerja Malaysia yang tampil melaporkan penamatan kerja mereka kepada Atase Buruh, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Singapura (untuk tempoh Januari-Julai 2020) adalah seperti berikut:

Industri Jumlah Pekerja Perkhidmatan 11,123 Pembuatan 3,604 Pembinaan 939 JUMLAH 15,666

Sumber: Atase Buruh, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Singapura

2. Maklumat peribadi para pekerja Malaysia yang terlibat dengan penamatan tidak dapat dikongsikan bersama oleh pihak berkuasa di Singapura atas sebab kawalan di bawah Personal Data Protection Act 2012 Singapore. Oleh itu, maklumat pembuangan pekerja Malaysia ini adalah berdasarkan laporan individu terlibat itu sendiri kepada pihak Penasihat (Buruh) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

3. Jumlah pekerja tersebut juga tidak melibatkan bilangan pekerja yang tidak kembali bekerja ke Singapura ketika bermulanya PKP pada 18 Mac 2020 kerana kedudukan pekerjaan dan penamatan pekerjaan mereka tidak jatuh di bawah definasi pengenepian atau pembuangan NO SOALAN: 54 pekerjaan akibat dari masalah ekonomi berkaitan pandemic COVID-19 ini.

Tuan Yang di-Pertua,

4. Bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19, beberapa inisiatif sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan. Antaranya adalah:

(i) meningkatkan pelaburan nilai tinggi melalui foreign direct investment (FDI) dan domestic direct investment (DDI) bagi meningkatkan penghasilan pekerjaan yang bersifat high value jobs dan knowledge worker (k-worker) agar kadar upah yang lebih tinggi dapat dinikmati oleh golongan ini;

(ii) melaksanakan latihan-latihan kemahiran yang bersifat internship seperti Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar;

(iii) menyediakan insentif-insentif untuk syarikat bagi memperbanyakkan elemen-elemen berteknologi tinggi yang dijangka akan meningkatkan jumlah peluang pekerjaan berkemahiran tinggi; dan

(iv) mengadakan sesi libat urus bersama industri bagi membincangkan isu sekaligus mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

NO SOALAN: 54

5. Bagi menyokong usaha-usaha di atas, Kerajaan harus menyediakan pekerja-pekerja berkemahiran yang memenuhi keperluan industri. Sehubungan itu, beberapa langkah sedang diambil oleh Kementerian, antaranya:

(i) program upskilling dan reskilling disediakan kepada golongan pekerja bagi mempertingkatkan kemahiran mereka untuk menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan kerja masa hadapan serta persekitaran global yang semakin kompetitif dan dinamik. Program upskilling dan reskilling dijalankan secara berterusan supaya kemahiran yang diperolehi sentiasa bersesuaian dengan keperluan industri semasa;

(ii) Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), telah membangunkan National Occupational Skills Standard (NOSS) bagi 21 sektor ekonomi yang mana telah menjadi rujukan dalam pembangunan program latihan di institusi-institusi latihan awam dan swasta mengikut tahap kemahiran yang diperlukan. NOSS yang dibangunkan dan dipantau secara bersama dengan Industry Lead Body (ILB) adalah mengikut keperluan industri dan teknologi terkini;

(iii) memperluaskan akses kepada warganegara untuk mendapat Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET). Sehingga kini, terdapat lima ratus enam puluh dua (562) buah Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang telah ditubuhkan di seluruh negara dengan pelbagai kursus kemahiran ditawarkan mengikut keperluan industri; dan NO SOALAN: 54

(iv) KSM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah diberikan peranan sebagai Pengerusi bersama bagi menerajui Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kemahiran dan Bakat (TWG-S) Industry4WRD. Jawatankuasa ini berperanan mengenal pasti keperluan pasaran buruh dan kemahiran yang diperlukan serta menyelaras dan melaksanakan usaha-usaha dalam memperkukuhkan kompetensi sumber manusia bagi menghadapi Industri 4.0. Usaha ini dapat dilakukan melalui program upskilling dan reskilling yang disediakan kepada golongan pelajar kemahiran dan pekerja bagi mempertingkatkan kemajuan kendiri dalam menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan kerja masa hadapan (future jobs) serta persekitaran global yang semakin kompetitif dan dinamik.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 55

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO` ISA BIN AB. HAMID TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Dato` Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah pelan tindakan yang komprehensif bagi membantu dana koperasi dan subsidi upah kepada sektor koperasi kerana pandemik COVID-19.

NO SOALAN: 55

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat

1. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyedari bahawa gerakan koperasi turut terjejas berikutan penularan pandemik Covid-19. Bagi membantu gerakan koperasi yang terjejas tersebut, Kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memperkenalkan beberapa inisiatif bernilai RM1.09 billion yang dapat memberi manfaat kepada 14,625 koperasi berdaftar di seluruh negara. Pelaksanaan inisiatif ini telah berupaya meningkatkan kapasiti gerakan koperasi untuk menggerakkan semula aktiviti perniagaan sedia ada bagi membolehkan koperasi terlibat dapat terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara pasca Covid-19.

2. Program/inisiatif yang diperkenalkan oleh SKM khusus untuk koperasi adalah seperti berikut:

i. penangguhan bayaran balik Tabung Modal Pusingan untuk tempoh enam bulan; ii. penangguhan daripada mendeposit keuntungan bagi tahun kewangan 2019 ke Akaun Deposit Koperasi (ADK). iii. pengurangan caruman ke dalam Kumpulan Wang Rizab Statutori (KWRS) kepada lapan peratus berbanding lima belas peratus kadar sedia ada; NO SOALAN: 55

iv. pembiayaan dalam bentuk soft-loan yang disediakan di bawah Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) sehingga RM50,000 tanpa cagaran; v. kemudahan pembiayaan melalui Dana Likuiditi Pusat untuk tempoh jangka pendek selama satu tahun; vi. geran bantuan kecemasan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta khusus untuk koperasi yang terjejas teruk; vii. Program Jualan Harga Patut (JHP) Koperasi dengan peruntukan sebanyak RM1 juta; dan viii. Program Subsidi Upah Pakej Ransangan Elaun PRIHATIN 2020 yang dikendalikan oleh PERKESO.

4. Selain dari itu, Kementerian menerusi Institut Koperasi Malaysia (IKM) turut menawarkan program bimbingan dan latihan semula kepada koperasi terjejas akibat Covid-19 yang telah dikenal pasti oleh SKM. Program ini ditawarkan bagi membantu peningkatan pendapatan dan kesejahteraan koperasi selain meningkatkan tahap profesionalisme dan pengurusan koperasi.

5. Program/inisiatif yang diperkenalkan oleh IKM adalah seperti berikut:

i. Tawaran kursus secara Online bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020;

ii. Program Bicara Profesional yang dijalankan secara live di Facebook;

NO SOALAN: 55

iii. Program Khidmat Nasihat dan Bimbingan Million Ringgit Coop League (MiRICLE); dan

iv. Pemulangan yuran pendaftaran kursus yang dibatalkan kepada peserta-peserta yang telah mendaftar.

6. Kementerian turut memperkenalkan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi yang diumumkan pada 27 Mei 2020 bagi memastikan momentum perniagaan koperasi kembali stabil dalam jangka masa setahun dan membantu usahawan dan sektor koperasi untuk kekal bersaing di samping memainkan peranan memulihkan semula ekonomi negara pasca Covid-19. Pelan ini dilaksanakan dalam dua (2) fasa iaitu, Fasa 1 yang telah bermula pada bulan Mei hingga 31 Disember 2020 dan Fasa 2 yang akan dimulakan pada 1 Januari hingga 31 Mei 2021. Antara program sedia ada dan baharu yang ditawarkan menerusi Pelan ini untuk sector koperasi adalah seperti berikut:

i. pemulihan koperasi terjejas; ii. geran sepadan koperasi; iii. pembiayaan Ar-Rahnu; iv. E-commerce Onboarding Coaching Programme (E-Board) bagi menyediakan koperasi menjalankan perniagaan menerusi platform e-dagang; dan v. Mapping of Supply Chain telah dicadang oleh MEDAC untuk dilaksanakan bagi membantu memulihkan koperasi yang terjejas.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 56

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : TUAN ALAN LING SIE KIONG TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana perkembangan dan status terkini penangkapan Low Taek Jho @ Jho Low dan bagaimanakah kerjasama yang diberikan oleh negara luar untuk memberikan maklumat kepada Malaysia berkenaan keberadaan Low Taek Jho @ Jho Low. NO SOALAN: 56

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low dan bapanya Low Hock Peng dikehendaki oleh pihak berkuasa negara ini bagi membantu siasatan berhubung syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kedua-dua individu ini dipercayai berada di luar negara dan usaha mengesan dan membawa balik mereka ke Malaysia masih diteruskan.

Ketua Polis Negara juga telah beberapa kali membuat kenyataan melalui media mengenai komitmen pihak PDRM untuk membawa balik Jho Low ke Malaysia bagi menghadapi pertuduhan jenayah di mahkamah.

Pada 24/08/2018 dan 4/12/2018, pihak PDRM telah memfailkan 13 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(A) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 terhadap Jho Low di Mahkamah Putrajaya dan Mahkamah Kuala Lumpur melibatkan kes 1MDB. Selain daripada itu, Red Notice (Fugitive Wanted for Prosecution) juga telah dikeluarkan oleh Interpol ke atas Jho Low.

PDRM masih berusaha mengenalpasti di negara mana Jho Low sedang bersembunyi kerana setakat ini tiada maklum balas diperolehi oleh pihak PDRM dari mana-mana negara luar mengenai perkara ini. NO SOALAN: 56

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 57

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah status terkini kadar pengangguran di Malaysia dan mekanisme yang digunakan oleh Kementerian mengatasi masalah pengangguran akibat dari pemberhentian kerja khususnya oleh majikan- majikan yang terjejas pendapatan syarikat serta lambakan graduan yang sedia ada.

NO SOALAN: 57

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada lanskap ekonomi serta pasaran pekerjaan di Malaysia. Antara cabaran utama yang dihadapi oleh negara ialah peningkatan kadar pengangguran. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menganggarkan julat maksimum kadar pengangguran adalah dalam lingkungan 3.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun ini. Sebagai perbandingan, kadar pengangguran pada tahun 2018 adalah 3.3 peratus melibatkan seramai 504,300 orang dan pada tahun 2019, sebanyak 3.3 peratus melibatkan 508,200 orang.

2. Jumlah penganggur yang direkodkan pada Jun 2020 adalah seramai 773,200 orang iaitu peningkatan sebanyak 48.3% berbanding 521,400 orang pada bulan sama pada tahun 2019. Data terkini oleh DOSM menunjukkan bahawa kadar pengangguran Malaysia menurun kepada 4.9% pada Jun 2020 (berbanding 5.3% pada Mei 2020).

3. Pengurangan tersebut berkemungkinan disebabkan oleh pelaksanaan pelbagai pakej rangsangan bagi mencapai sasaran tertentu di samping lebih banyak perniagaan yang dibenarkan beroperasi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dalam bulan tersebut.

NO SOALAN: 57

4. Berdasarkan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), PERKESO, sehingga 21 Ogos 2020, jumlah pemberhentian pekerja yang dilaporkan adalah seramai 74,389 orang.

Tuan Yang di Pertua,

5. Pada 5 Jun 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Menerusi PENJANA, Kementerian saya terlibat dalam pelaksanaan 5 inisiatif daripada 11 inisiatif memperkasakan rakyat melalui PERKESO dan PSMB. Inisiatif- inisiatif di bawah PENJANA bertujuan melindungi pekerjaan dan meningkatkan kemahiran.

6. Antara inisiatif yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

(i) memperkenalkan Employment Retention Programme (ERP) iaitu bantuan kewangan segera sebanyak RM600 sebulan melalui majikan bagi setiap pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji (CTG) akibat penularan COVID-19. Sehingga 15 Jun 2020, seramai 340,252 orang pekerja yang diberikan notis Cuti Tanpa Gaji telah menerima manfaat menerusi ERP yang melibatkan bayaran sebanyak RM209.74 juta.

(ii) Kedua, memperkenalkan Program Subsidi Upah (PSU) untuk membantu majikan yang terkesan supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan yang melibatkan pengagihan dana Kerajaan berjumlah RM13.8 billion. NO SOALAN: 57

Sehingga 21 Ogos 2020, PERKESO telah menerima sejumlah 329,648 permohonan daripada majikan melibatkan 2,701,675 orang pekerja yang telah menerima manfaat daripada bantuan Program Subsidi Upah (PSU) melibatkan pembayaran sejumlah RM8.94 bilion.

7. Untuk pengetahuan ahli-ahli Dewan yang mulia ini, bantuan Program Subsidi Upah adalah berdasarkan kepada saiz perusahaan iaitu seperti berikut:

(a) Pertama untuk majikan yang menggajikan pekerja 75 orang pekerja dan ke bawah, dimana kadar bayaran subsidi upah adalah RM1,200 sebulan bagi setiap pekerja;

(b) Manakala untuk majikan yang menggajikan antara 76 hingga 200 orang pekerja, kadar bayaran subsidi upah adalah RM800 sebulan bagi setiap pekerja; (c) Seterusnya bagi majikan yang menggajikan 201 orang pekerja dan ke atas, kadar bayaran subsidi upah adalah RM600 sebulan bagi setiap pekerja.

Tuan Yang di-Pertua,

8. Sejumlah RM1.5 billion diperuntukkan untuk Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan. Program ini merangkumi insentif pengambilan pekerja, peningkatan kemahiran pekerja dan penganggur, bantuan perpindahan, dan kerjasama dengan agensi pekerjaan swasta sehingga tempoh 6 bulan. NO SOALAN: 57

9. Melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Kementerian telah melancarkan Inisiatif PENJANA HRDF pada 22 Jun 2020 lalu. Melalui Inisiatif ini, lima (5) skim diperkenalkan iaitu Place and Train, B40 Development, SME Development, Industry Revolution 4.0 dan Gerak Insan Gemilang (GIG).

10. Daripada keseluruhan skim tersebut, terdapat dua (2) skim yang menyokong usaha Kerajaan dalam menangani isu pengangguran terutamanya di kalangan golongan belia akibat pandemik COVID-19 iaitu Place and Train dan Gerak Insan Gemilang (GIG).

11. Place and Train memberi jaminan penempatan pekerjaan sekurang-kurangnya 12 bulan kepada pelatih sejurus menamatkan latihan. Setakat 17 Ogos 2020, seramai 11,880 orang termasuk golongan belia telah berjaya mendapat penempatan pekerjaan dengan bantuan kewangan diluluskan berjumlah RM62.92 juta dengan tawaran gaji bermula daripada RM1,500 sebulan.

12. Manakala skim Gerak Insan Gemilang (GIG) pula, membolehkan pelatih menceburi dan menjana pendapatan di dalam sektor ekonomi gig setelah menamatkan latihan. Pelatih akan diberikan kemahiran dan pengetahuan yang relevan bagi menyediakan mereka dengan persekitaran ekonomi gig ini. Setakat 17 Ogos 2020, seramai 3,865 pelatih telah diluluskan dengan bantuan kewangan berjumlah RM17.33 juta.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 58

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Balasubramaniam A/L Nachiappan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah keseluruhan hutang pelajar PTPTN dan apakah status terkini pembayaran semula pemiutang.

1

NO SOALAN: 58

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Sehingga 31 Julai 2020, PTPTN telah mengeluarkan pinjaman sebanyak RM61.10 bilion kepada 3,381,015 peminjam.

Untuk tempoh yang sama, seramai 2,178,383 peminjam telah patut mula membayar balik melibatkan jumlah yang patut dikutip sebanyak RM24.06 bilion. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,777,164 peminjam atau 81.58% telah membuat bayaran balik dengan jumlah kutipan terkumpul sebanyak RM15.84 bilion atau 66.41%.

Sekian, terima kasih.

2

NO SOALAN: 59

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN NGA HOCK CHEH TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Nga Hock Cheh minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada sebarang siasatan telah dijalankan oleh SPRM/Polis untuk memastikan sama ada terdapatnya unsur jenayah/amalan rasuah dalam percubaan untuk melemahkan (destabilise) Kerajaan Negeri Sabah baru- baru ini yang menyebabkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah pada 30.7.2020, jikanya ada, apakah hasil siasatan tersebut.

1

NO SOALAN: 59

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, SPRM sedang menjalankan siasatan berhubung isu yang menyebabkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30.7.2020 yang lalu. SPRM telah menerima aduan daripada orang ramai mengenai penyalahgunaan kuasa dalam isu ini. Buat masa ini, SPRM tidak dapat mendedahkan butiran siasatan tersebut.

Sekian, terima kasih.

2

NO SOALAN: 60

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISANDEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2020

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan:-

(a) rancangan Kerajaan untuk menggunakan ladang kelapa sawit untuk tanaman alternatif bagi meningkatkan bekalan keselamatan makanan; dan

(b) apakah perancangan jangka panjang Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada bekalan makanan import.

NO SOALAN: 60

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

(a) Pada masa kini, tiada program khusus daripada Kerajaan untuk menggunakan ladang kelapa sawit untuk tanaman alternatif. Walau bagaimanapun, salah satu model yang boleh diterokai adalah aktiviti penternakan secara integrasi dalam ladang kelapa sawit dalam usaha meningkatkan pengeluaran daging negara.

Sehubungan itu, fokus Kerajaan adalah dengan mengoptimumkan tanah pertanian melalui Program Pembangunan Tanah Terbiar bagi meningkatkan pengeluaran dan bekalan makanan negara. Dalam hal ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mensasarkan pembangunan keluasan 100 hektar tanah terbiar dengan bilangan pengusaha 50 orang setiap tahun. Sehingga kini, seluas 10,367 hektar tanah terbiar telah dibangunkan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Seramai 8,179 orang pengusaha telah menerima insentif dengan jumlah peruntukan berjumlah RM 111.6 juta.

(b) Perancangan jangka panjang Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada bekalan makanan import dan meningkatkan sekuriti makanan negara adalah seperti berikut:

1. Merancakkan aktiviti pengeluaran makanan dan meningkatkan produktiviti dengan pemberian subsidi / insentif input dan penyediaan khidmat nasihat teknikal;

NO SOALAN: 60

2. Meningkatkan keberkesanan pengeluaran dengan menambahbaik infrastruktur dan kemudahan seperti jalan dan fasiliti ladang, pengaliran dan saliran kawasan sawah padi serta kompleks dan jeti pendaratan ikan;

3. Meningkatkan kecekapan rantaian bekalan dan logistik melalui kemudahan pusat pengumpulan, penyimpanan, pemprosesan dan pengedaran;

4. Memperluas akses pasaran pengusaha tani melalui outlet pemasaran seperti pasar tani, pasar nelayan, Agrobazaar dan MyFarmOutlet serta menggalakkan penyertaan usahawan dalam platform e-dagang seperti Agrobazaar Online, NEKMATBIZ dan platform kerjasama strategik dengan pihak swasta seperti Lazada dan Shoppe;

5. Melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing melalui Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan;

6. Meremajakan sektor pertanian dengan menggalakkan penyertaan golongan muda melalui Program Agropreneur Muda dengan geran in-kind dan skim pembiayaan serta latihan teknikal;

7. Menggalakkan aplikasi teknologi moden seperti fertigasi, kilang tanaman, penggunaan dron, sistem pertanian pintar, artificial intelligence (AI), big data dan internet of things (IoT); dan

NO SOALAN: 60

8. Melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan input pertanian seperti benih dan baka yang mempunyai daya tahan dan kerintangan yang tinggi kepada cuaca melampau dan racun perosak.

Kesemua perancangan tersebut akan diterapkan dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0, 2021-2030 dan dilaksanakan melalui projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), 2021-2025.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 61

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senaraikan kutipan cukai pendapatan (income tax) dari tahun 2013 sehingga 2019 mengikut kumpulan etnik (Bumiputra Melayu, Bumiputra Sabah, Bumiputra Sarawak, India, Cina). NO SOALAN: 61

JAWAPAN

Tuan yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat,

Maklumat pembayar cukai pendapatan individu mengikut kumpulan etnik sepertimana yang dipohon tidak dapat dibekalkan kerana Borang Nyata Cukai Pendapatan yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak mempunyai butiran kaum atau bangsa. Langkah ini selaras dengan prinsip kesaksamaan (equitable) yang dipakai dalam mengenakan cukai pendapatan kepada setiap individu tanpa mengambilkira perbezaan kaum, agama dan sebagainya. Sebaliknya, asas yang penting adalah individu berkenaan memperoleh pendapatan daripada Malaysia sama ada pendapatan penggajian, perniagaan atau lain-lain punca seperti pendapatan dividen, sewa dan sebagainya.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 62

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI TARIKH : 10 SEPTEMBER 2020

TUAN ZAIEDI SUHAILI minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pegawai-pegawai perubatan pakar dan terlatih yang ditempatkan di seluruh fasiliti dan kemudahan kesihatan awam di daerah atau bahagian Sarawak serta sejauh mana usaha mengurangkan nisbah doktor dibandingkan bilangan pesakit Sarawak.

SOALAN NO. 62

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Sehingga 30 Jun 2020, terdapat seramai 421 Pakar Perubatan yang berkhidmat di seluruh Negeri Sarawak. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding hanya 263 Pakar Perubatan pada tahun 2015. Selain itu, terdapat juga tiga (3) orang Pakar Perubatan yang dilantik secara kontrak dan ditempatkan di Sarawak pada masa ini. Dalam masa yang sama, terdapat seramai 2,001 Pegawai Perubatan tetap dan 920 Pegawai Perubatan kontrak yang berkhidmat di Sarawak.

2. Nisbah Pegawai Perubatan (awam dan swasta) kepada penduduk di Negeri Sarawak pada tahun 2019 adalah 1:682 berbanding 1:979 pada tahun 2015. Dalam usaha untuk mengurangkan lagi jurang nisbah ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang untuk menempatkan sekurang- kurangnya 100 orang lagi pegawai lantikan tetap dan 50 pegawai kontrak bagi memenuhi keperluan di fasiliti kesihatan di Sarawak pada tahun ini.

3. Selain itu, bagi mengurangkan nisbah Pegawai Perubatan kepada penduduk di Sarawak, KKM juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menarik minat Pegawai Perubatan untuk berkhidmat di Sarawak, antaranya:

SOALAN NO. 62

(a) Bayaran Insentif Wilayah bagi pegawai di Sarawak atas kadar peratusan 12.5 hingga 25 peratus daripada gaji bulanan;

(b) Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (BIMLTK) kepada Pegawai Perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan di kawasan pedalaman yang diluluskan;

(c) Bayaran Insentif Pedalaman bagi pegawai di Sarawak atas kadar 10 peratus dari gaji bulanan;

(d) Bayaran Insentif Pakar Perubatan; dan

(e) Bayaran Insentif Penempatan Pakar Perubatan.