Soalan Dan Jawapan Bertulis
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
JILID 2 NEGERI PULAU PINANG MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KETIGA BELAS 2 NOVEMBER 2017, 6 NOVEMBER 2017 HINGGA 14 NOVEMBER 2017 SOALAN BERTULIS DAN JAWAPAN Dikeluarkan oleh PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG 1 NEGERI PULAU PINANG MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KETIGA BELAS Kandungan Muka Surat Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) 3 - 22 Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Ong Chin Wen) 22 - 27 Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Nordin Bin Ahmad) 27 - 37 Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Dato' Haji Mahmud Bin 37 - 42 Zakaria) Ahli Kawasan Berapit (YB. Ong Kok Fooi) 42 - 44 Ahli Kawasan Penaga (YB. Datuk Haji Mohd Zain Bin Ahmad) 44 - 63 Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) 63 - 81 Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Yap Soo Huey) 82 - 90 Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Lau Keng Ee) 90 - 103 Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd 104 - 125 Noor) Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L 125 - 134 Rajaji) Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Dato' Haji Mohd Salleh 134 - 153 Bin Man) Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Datuk Shah Headan Bin 154 - 170 Ayoob Hussain Shah) Ahli Kawasan Pinang Tunggal (YB. Dato' Haji Roslan Bin 170 - 187 Saidin) Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Cheah Kah Peng) 188 - 209 2 SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN BERTULIS DARIPADA Y.A.B. KETUA MENTERI XII. Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 1. (a) Senaraikan kedudukan semua rumah pam dan pintu air di seluruh kawasan Parlimen Jelutong. (b) Berapakah jumlah kos penyelenggaraan untuk rumah pam dan pintu air? (c) Apakah masalah yang dihadapi dan apakah kaedah untuk menanganinya? Y.A.B. Ketua Menteri: 1. (a) Kedudukan rumah pam dan pintu air di dalam kawasan Parlimen Jelutong adalah seperti berikut :- (i) Rumah pam Kampung Masjid (ii) Rumah pam Kampung Madrasah (iii) Flap gate di Titi Lengkung, Sg.Pinang – 1 unit (iv) Flap gate di Kampung Makam, Sg.Pinang – 4 unit (v) Flap gate di Flat Taman Abidin , Sg.Pinang – 4 unit (b) JPS Daerah Timur Laut telah melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas semua pam-pam yang melibatkan kos penyelenggaraan sebanyak RM 6,000.00 setiap tahun. (c) Masalah yang sering dihadapi oleh JPS adalah kerosakan pam yang disebabkan terlalu banyak sampah-sarap yang sangkut pada pam tersebut. Untuk itu, JPS akan melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan sampah dengan kadar segera di samping pemantauan keadaan pam-pam bagi memastikan ianya berada dalam keadaan baik dan dapat berfungsi, khususnya ketika hujan. Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 2. Air hujan yang berlebihan mengakibatkan banjir kilat pada bulan September 2017.Bencana banjir ini juga terdedahnya kelemahan dalam SOP pengurusan bencana. (a) Senaraikan kekurangan/cabaran pada pengurusan waktu bencana? (b) Apakah tindakan proaktif yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tertimbul? Misalnya,saluran untuk orang awam mendapat maklumat bantuan kecemasan dari Jabatan berkenaan. Y.A.B. Ketua Menteri: 2. (a) Antara kekurangan dan cabaran yang telah dihadapi semasa kejadian banjir pada 15 September 2017 adalah seperti berikut : (i) Jalan negeri yang sempit di sesetengah kawasan dan mengakibatkan kesesakan kenderaan awam ketika berlaku bencana dan kecemasan yang menyukarkan kenderaan penyelamat untuk tiba ke lokasi yang diperlukan; (ii) Kurangnya penglibatan dan kerjasama daripada orang awam kepada agensi penyelamat ketika di lokasi kejadian dan juga di pusat pemindahan; (iii) Kurang pemahaman terhadap aspek mekanisme pengurusan bencana di kalangan komuniti yang terlibat; (iv) Kekurangan aset seperti bot penyelamat ringan yang boleh diaturgerak secara maksima di semua lokasi; (v) Tahap kesedaran dan kesiapsagaan awam ketika menghadapi bencana masih ditahap sederhana dan tidak mengambil berat; dan (vi) Maklumat yang tidak tepat/kurang jelas kerap ditularkan melalui media sosial. 3 (b) Salah satu tindakan proaktif dan inisiatif Kerajaan Negeri adalah dengan penyediaan portal "Penang Alert" di mana ia berfungsi sebagai satu saluran untuk menyalurkan maklumat terkini berkenaan bencana kepada orang awam. Agensi-agensi Kerajaan Negeri seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) boleh secara terus memaklumkan sebarang info terkini melalui web portal ini untuk makluman orang awam. Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 3. (a) Adakah Kerajaan Pulau Pinang berhasrat menarik lebih ramai warga cendekiawan dari luar negara untuk berkhidmat di Negeri Pulau Pinang? b) Sila senaraikan program yang dijalankan untuk menarik para profesional dalam tahun 2013-2017. c) Senaraikan bidang dan bilangan profesional luar negara yang sedang berkhidmat di Negeri Pulau Pinang dalam tahun 2013-2017. Y.A.B. Ketua Menteri: 3. (a) Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat menarik lebih ramai warga cendekiawan dari luar negara untuk berkhidmat di Negeri Pulau Pinang. Bagi perkhidmatan awam negeri, semua calon bagi pelantikan ke dalam perkhidmatan awam mestilah Warganegara Malaysia. Walau bagaimanapun, pelantikan bukan warganegara secara kontrak bagi kepentingan negeri boleh diguna pakai. Bagi pengambilan dalam sektor swasta, permintaan bagi pengambilan cendekiawan adalah mengikut permintaan dan perancangan Organisasi masing-masing. InvestPenang membantu mempromosikan peluang-peluang kerjaya melalui laman web Penang Career Assistance and Talent Centre (Pusat CAT) sekiranya perlu. (b) Program-program yang dijalankan untuk menarik para profesional sejak tahun 2013 hingga 2017 adalah seperti berikut: (i) Bekerjasama dengan stakeholder untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar yang paling sesuai didiami di Malaysia (most liveable city). Menurut ECA International, George Town menduduki tangga ke-26 sebagai bandar paling sesuai didiami di Malaysia; (ii) Bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti TalentCorp untuk menarik diaspora Malaysia, dan golongan wanita yang ingin kembali untuk bekerja.; dan (iii) Pelancaran Priority Affordable Housing Scheme oleh Pusat CAT Selection dengan kerjasama Selection Process Enhancement Committee (SPEC) khususnya untuk Talent & Skilled Group. Graduan yang memenuhi syarat-syarat tertentu akan diberi keutamaan untuk memiliki perumahan mampu milik di Pulau Pinang. Ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menarik dan mengekalkan bakat di Pulau Pinang. (iv) Menganjurkan program Talent Outreach (GBS Forum & Talent Networking Session) yang mensasarkan kepada pekerja profesional yang mempunyai lebih dari tiga tahun pengalaman bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat, Perakaunan dan Kewangan seperti yang dikehendaki oleh syarikat-syarikat GBS di Pulau Pinang. (c) Kerajaan Negeri tidak mempunyai data berkenaan bidang dan bilangan profesional luar negara yang sedang berkhidmat di Pulau Pinang dari tahun 2013 hingga 2017. Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 4. (a) Huraikan dengan terperinci keperluan tenaga kerja untuk perancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam setiap sektor perindustrian di semua Zon Perniagaan Bebas Negeri Pulau Pinang. (b) Senaraikan semua jawatan sedia ada, samada diisi atau belum diisi. 4 Y.A.B. Ketua Menteri: 4. (a) Kerajaan Negeri tidak mempunyai data terperinci berkenaan keperluan tenaga kerja untuk perancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam setiap sektor perindustrian di semua Zon Perniagaan Bebas Negeri Pulau Pinang buat masa ini. Namun, Kerajaan Negeri menerusi Penang Institute sedang menyiapkan satu laporan berkenaan keperluan tenaga kerja mahir di Negeri Pulau Pinang. Kajian ini menganalisa permintaan dan penawaran tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam industri perkhidmatan dan pembuatan di Pulau Pinang. (b) Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat terperinci jawatan sedia ada, sam ada diisi atau belum diisi di semua Zon Perniagaan Bebas Negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan daripada Pusat Bantuan Kerjaya dan Bakat Pulau Pinang (Penang CAT Centre), sehingga bulan Ogos 2017, dari permintaan jawatan yang diterima oleh Penang CAT Centre, lima jawatan kosong yang paling banyak diperlukan oleh majikan dalam tempoh masa enam bulan (Mac hingga Ogos 2017) adalah operator pengeluaran, jurutera, eksekutif perkhidmatan pelanggan & jualan, jurumesin dan juruteknik. Kerajaan Negeri melalui investPenang sentiasa berkerjasama dengan para pelabur untuk memastikan keperluan sumber tenaga kerja dapat dipenuhi. Untuk menjalankan peranan ini, investPenang mengelolakan dialog focus group dengan syarikat-syarikat terbesar di Pulau Pinang untuk memenuhi keperluan sumber manusia mereka dan membantu perancangan strategi melalui biasiswa Penang Future Foundation dan Pusat Bantuan Kerjaya dan Bakat Pulau Pinang (CAT Centre Penang). Pada masa sekarang, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, industri dan syarikat-syarikat biasanya tidak memberi ramalan permintaan sumber manusia melebihi tempoh satu tahun. Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri: 5. Isu kewarganegaraan masih wujud dan menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat terutamanya golongan wargatua yang telah kian lama menetap di negara kita. (a) Sila senaraikan secara terperinci, jumlah permohonan