Dewan Negara
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Bil. 26 Selasa 16 Disember 2014 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2015 (Halaman 19) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Urusan Mesyuarat (Halaman 19 &109) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2014 DN 16.12.2014 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang d-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi 3. “ Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad (Dilantik) 4. “ Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Dilantik) 5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis) 6. “ Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 7. “ Dato’ Adam bin Abdul Hamid (Johor) 8. “ Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah - Senator - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 9. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 10. “ Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (Dilantik) 11. “ Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan (Dilantik) 12. “ Dato’ Boon Som A/L Inong (Dilantik) 13. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik) 14. “ Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah (Selangor) 15. “ Datin Paduka Chew Mei Fun (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 16. “ Tuan Chia Song Cheng (Johor) 17. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik) 18. “ Tuan Chong Sin Woon (Negeri Sembilan) 19. “ Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak) 20. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik) 21. “ Dato’ Goonasakaren A/L Raman (Dilantik) 22. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak) 23. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (Dilantik) 24. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik) 25. “ Dato’ Sri Iris Jala @ Idris Jala (Dilantik) - Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 26. “ Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman (Dilantik) 27. “ Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh (Dilantik) 28. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat - (Kelantan) 29. “ Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya (Sabah) 30. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan) 31. “ Dato’ Khairudin bin Samad (Dilantik) 32. “ Tuan Koh Chin Han (Melaka) 33. “ Dato’ Lee Chee Leong - Senator (Perak) - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 34. “ Datuk Lihan Jok (Sarawak) 35. “ Dato’ Lim Nget Yoon (Pahang) ii DN 16.12.2014 36. Yang Berhormat Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan - Senator - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 37. “ Datuk Dr. Lucas bin Umbul (Sabah) 38. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik) 39. “ Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam (Melaka) 40. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis) 41. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan) 42. “ Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah (Kedah) 43. “ Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin (Dilantik) 44. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik) 45. “ Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik) 46. “ Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin (Dilantik) 47. “ Datuk Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik) 48. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik) 49. “ Datuk Paul Low Seng Kuan - Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 50. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik) 51. “ Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah (Dilantik) 52. “ Datuk Hajah Rohani binti Abdullah (Terengganu) 53. “ Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman (Pahang) 54. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik) 55. “ Datuk Haji Saat bin Haji Abu (Melaka) 54. “ Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff (Kedah) 56. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik) 57. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik) 58. ” Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik) 59. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor) 60. “ Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud (Pulau Pinang) 61. “ Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee (Dilantik) 62. “ Datuk Yahaya bin Mat Ghani (Dilantik) 63. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Wilayah Persekutuan Labuan) 64. “ Datuk Yoo Wei How (Dilantik) 65. “ To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin (Terengganu) 66. “ Tuan Zali bin Mat Yasin (Dilantik) DN 16.12.2014 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Dato’ Lamien bin Sawiyo Setiausaha Dewan Negara Encik Riduan bin Rahmat Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Muhd Sujairi bin Abdullah PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Rosna binti Bujairomi Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Mulyati binti Kamarudin Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Mohd Salleh bin Ak Atoh Nor Hamizah binti Haji Hassan Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir Noraidah binti Manaf Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad Hazwani Zarifah binti Anas Siti Aishah Md Nasir Hazliyana binti Yahaya DN 16.12.2014 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Selasa, 16 Disember 2014 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato’ Haji Mohd. Salim bin Sharif minta Menteri Pertahanan menyatakan, berapa ramai pelatih PLKN yang telah dilahirkan, dan apa cadangan pihak kementerian untuk masa akan datang. Menteri Pertahanan [Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein]: Tuan Yang di-Pertua, Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan pada 16 Februari 2004. Ini jelas objektif pelaksanaan program ini adalah pertamanya untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Kedua, memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional. Ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Keempat, menyemarakkan semangat kesukarelaan. Kelima, melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas dan juga berkeyakinan. Semenjak penubuhannya, PLKN telah berjaya melahirkan seramai 832,712 orang pelatih. Tuan Yang di-Pertua, kajian yang telah dijalankan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 yang melibatkan 61,950 orang responden menunjukkan bahawa program PLKN ini telah berjaya membawa perubahan positif kepada pelatih. Kajian juga telah dilaksanakan bersama Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada tahun 2013 yang melibatkan 3,787 orang responden, menunjukkan maklum balas yang positif dalam semua aspek yang dinilai, khususnya berkaitan semangat patriotisme bekas- bekas pelatih. Bagi memastikan program ini mencapai objektif yang disasarkan serta ia terus relevan dengan kehendak serta keperluan semasa dan masa hadapan, pihak kementerian sedang dan akan terus membuat penambahbaikan ke atas program ini. Tuan Yang di- Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014 yang lalu telah mengemukakan akan keperluan kajian semula PLKN dengan konsep baru yang menjalinkan keperluan kemahiran dan juga kenegaraan. Bagi memastikan perkara ini dapat dicapai, pihak kementerian telah mengadakan engagement dengan semua stakeholders, dengan izin, pihak-pihak yang berkepentingan, yang mempunyai interest seperti pihak ibu bapa, pemain industri, alumni PLKN, badan- badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar-pelajar bagi mendapatkan input dan cadangan daripada mereka untuk membantu pihak kementerian membuat rumusan terbaik bagi mentransformasikan PLKN. Transformasi ini melibatkan prasarana kem, kemudahan pengurusan aset, keselesaan pelatih dan juga pembangunan kerjaya, kemahiran dan kebajikan para jurulatih. Bagi merealisasikan transformasi ini juga, kerjasama strategik telah sedang dijalankan dengan beberapa kementerian seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pihak kementerian bercadang mengadakan lab bagi memperhalus dan seterusnya merumus semua pandangan daripada pelbagai pihak yang tersebut tadi. 2 DN 16.12.2014 Antara transformasi yang dicadangkan adalah untuk menambah baik modul dengan memasukkan elemen kemahiran soft skills dan hard skills, dengan izin, tanpa menjejaskan matlamat asal program ini. Jalinan elemen kemahiran dan kenegaraan ini akan dapat membentuk modal insan yang dapat memenuhi keperluan industri negara dan pada masa yang sama dapat memupuk semangat kasih sayang dan cinta negara. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata pihak kementerian berharap dengan transformasi yang dicadangkan ini akan menjadikan PLKN lebih dilihat manfaat kepada peserta yang menghadirinya serta menjadi pemangkin untuk ibu bapa menghantar anak mereka mengikuti latihan PLKN. Manakala pelajar pula bersedia untuk menyertai program ini dengan rela hati. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita amat bersyukur pagi ini dan berterima kasih kerana Menterinya sendiri hadir, menunjukkan beliau amat prihatin untuk menjawab soalan-soalan kita pada pagi ini. Dipersilakan soalan tambahan Dato’ Haji Mohd. Salim, silakan. Dato’ Haji Mohd. Salim bin Sharif: Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Bagi saya suatu program yang cukup berjaya kerana telah melahirkan lebih kurang 800,000 orang pelatih daripada