KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II NEGERI

06 JULAI 2021

A LAPORAN HARIAN KES JANGKITAN COVID-19

1 Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 225 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 70,945 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah . Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

2 Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 199 menjadikan jumlah kumulatif 68,308 orang. Seramai 1,672 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 392 orang di hospital, 1,158 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 123 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 55 orang dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

3 Kes-kes jangkitan COVID-19 pada hari ini mengikut daerah adalah seperti berikut:

Tiada pertambahan zon merah direkodkan pada hari ini.

4 Pecahan daerah mengikut zon:

 Zon Merah 18 daerah

 Zon Jingga sifar (0) daerah

 Zon Kuning lapan (8) daerah

 Zon Hijau satu (1) daerah

5 Analisa Harian Catatan Kes COVID-19 Negeri Sabah

i. Kedudukan Kes Positif COVID-19 Jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini ialah 225 kes iaitu penurunan 38 kes berbanding 263 kes semalam (05 Julai 2021).

ii. Kedudukan berdasarkan daerah dan perbandingan kes Positif COVID-19 semalam a. Daerah yang mencatatkan peningkatan kes Tujuh (7) daerah yang mencatatkan peningkatan kes berbanding semalam (05 Julai 2021) iaitu:

 Beaufort 57 kes, peningkatan (+36) kes

12 kes, peningkatan (+7) kes

empat (4) kes, peningkatan (+4) kes

sembilan (9) kes, peningkatan (+4) kes

lima (5) kes, peningkatan (+3) kes

empat (4) kes, peningkatan (+2) kes

18 kes, peningkatan (+1) kes

b. Daerah yang mencatatkan penurunan kes 12 daerah yang mencatatkan penurunan kes berbanding semalam (05 Julai 2021) iaitu:

dua (2) kes, penurunan (-35) kes

70 kes, penurunan (-19) kes

 Tawau 21 kes, penurunan (-13) kes

tujuh (7) kes, penurunan (-7) kes

sifar (0) kes, penurunan (-7) kes

sifar (0) kes, penurunan (-3) kes

 Pitas satu (1) kes, penurunan (-3) kes

sembilan (9) kes, penurunan (-2) kes

sifar (0) kes, penurunan (-2) kes  satu (1) kes, penurunan (-2) kes

empat (4) kes, penurunan (-1) kes

 Papar satu (1) kes, penurunan (-1) kes

c. Daerah yang mencatatkan Sifar (0) kes 11 daerah yang mencatatkan sifar (0) kes pada hari ini iaitu:

 Kunak  Kalabakan   Tuaran  iii. Setakat ini, Daerah Zon Hijau hanya tinggal satu (1), dan dengan jumlah catatan sebanyak (101) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan. iv. Punca mempengaruhi bilangan kes COVID-19 hari ini

Bilangan kes positif COVID-19 ini diperolehi melalui saringan berikut:

 101 kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat

 21 kes adalah daripada Saringan Kluster

 19 kes adalah daripada Saringan Bergejala

 69 kes daripada Saringan Bersasar

 15 kes adalah daripada Saringan Lain-lain kes.

a) Kes Daerah Kota Kinabalu (70) kes berpunca daripada:

 Saringan Kluster sebanyak (18) kes daripada dua (2) kluster iaitu Kluster Agora Borneo (17) kes dan Kluster Jalan Kayu Madang satu (1) kes.  35 kes daripada Saringan Bersasar

 12 kes daripada Saringan Kontak Rapat

 Tiga (3) kes daripada Saringan Bergejala

 Dua (2) kes daripada Saringan Lain-lain kes b) Daerah Beaufort (57) kes berpunca daripada:

 22 kes daripada Saringan Kontak Rapat

 34 kes daripada Saringan Bersasar

 Satu (1) kes daripada Saringan Bergejala c) Daerah Tawau (21) kes berpunca daripada:

 17 kes daripada Saringan Kontak Rapat

 Tiga (3) kes daripada Saringan Bergejala

 Satu (1) kes daripada Saringan Lain-lain kes d) Daerah Putatan (18) kes berpunca daripada:

 16 kes daripada Saringan Kontak Rapat

 Dua (2) kes daripada Saringan Bergejala e) Daerah Penampang (12) kes berpunca daripada:

 Dua (2) kes daripada Saringan Kluster Jalan Bundusan

 Lima (5) kes daripada Saringan Kontak Rapat

 Empat (4) kes daripada Saringan Bergejala

 Satu (1) kes daripada Saringan Lain-lain kes f) Daerah Sandakan sembilan (9) kes berpunca daripada:

 Enam (6) kes daripada Saringan Kontak Rapat

 Tiga (3) kes daripada Saringan Bergejala g) Daerah Lahad Datu sembilan (9) kes iaitu berpunca daripada:

 Tiga (3) kes daripada Saringan Kontak Rapat

 Enam (6) kes daripada Saringan Lain-lain kes h) Daerah Kota Belud tujuh (7) kes berpunca daripada:

 Enam (6) kes daripada Saringan Kontak Rapat

 Satu (1) kes daripada Saringan Lain-lain kes i) Daerah Semporna lima (5) kes berpunca daripada:

 Tiga (3) kes daripada Saringan Kontak Rapat

 Dua (2) kes daripada Saringan Bergejala j) Daerah Kinabatangan empat (4) kes berpunca daripada:

 Empat (4) kes daripada Saringan Lain-lain kes k) Daerah Kota Marudu empat (4) kes berpunca daripada:

 Empat (4) kes daripada Saringan Kontak Rapat l) Daerah Kuala Penyu empat (4) kes berpunca daripada:

 Empat (4) kes daripada Saringan Kontak Rapat m) Daerah Kudat dua (2) kes berpunca daripada:

 Satu (1) kes daripada Saringan Kontak Rapat

 Satu (1) kes daripada Saringan Bergejala n) Daerah Pitas satu (1) kes berpunca daripada:

 Satu (1) kes daripada Saringan Kluster Tanjung Pitas

o) Daerah Keningau satu (1) kes berpunca daripada:

 Satu (1) kes daripada Saringan Kontak Rapat

p) Daerah Papar satu (1) kes berpunca daripada:

 Satu (1) kes daripada Saringan Kontak Rapat

v. Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

6 Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

i Kluster Agora Borneo melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu Bataras Hypermarket 1Borneo. Kes indeks adalah pembantu jualan wanita, 24, dari Kg Lokub, Kota Kinabalu disahkan positif COVID-19 di Klinik Kesihatan Manggatal pada 30 Jun 2021, selepas bergejala sejak 20 Julai 2021. Saringan seterusnya turut mendapati ujian saringan RTK-Ag gred 100% ke atas kes indeks pada 01 Julai 2021 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah sebelum dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut. Daripada 133 sampel yang diambil dalam kalangan kontak rapat, 26 sampel dikesan positif termasuk 17 kes baharu yang direkod pada hari ini. Sementara itu, 57 sampel negatif dan 50 sampel lagi sedang menunggu keputusan ujian saringan. Berdasarkan siasatan awal, penularan COVID-19 dipercayai merebak di tempat kerja hingga ke generasi kedua iaitu ahli keluarga. Pengesanan kontak secara aktif sedang giat dijalankan oleh pasukan kesihatan.

7 Jumlah kapasiti katil 4,108 unit

 Hospital 706 unit.  Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam 3,072 unit.  Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara 330 unit. Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 40.70%. B PENDUDUK KG PONDO, PULAU GAYA DIGESA KEMBALI ATAU BERDEPAN DENGAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG

1 Kerajaan Negeri menggesa kepada penduduk yang telah melarikan diri dari Kg.Pondo, Pulau Gaya kerana mengelak daripada berada dalam kawasan PKPD supaya kembali ke kampung tersebut dengan KADAR SEGERA bagi memastikan tidak berlaku jangkitan kepada komuniti lain.

2. Balai Polis Pulau Gaya pada ketika ini juga sedang mempergiat usaha mengesan semua 69 suspek yang dipercayai melarikan diri ketika berangkat ke PKRC.

3. Kegagalan mereka kembali ke Kg. Pondo dan jika tertangkap oleh pihak berkuasa, mereka boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan akan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No.4) (Pindaan) (No.16) 2021.

4. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan penduduk dari Kg Pondo, Pulau Gaya yang mengelak daripada dikenakan PKPD digesa supaya menyalurkan maklumat tersebut ke balai polis terdekat.

C ARAHAN KAWALAN KENDIRI DAN SARINGAN KONTAK PKPD TAMAN ZIFA, BEAUFORT

1 Saringan kes di lokaliti PKPD Taman Zifa Beaufort menunjukkan peningkatan kes dengan 67% dikesan positif meliputi 83 kes positif daripada 190 penduduk setakat ini.

2 Oleh itu, pihak PKOB Daerah Beaufort memohon semua penduduk kawasan sekitar yang mengalami simptom dan bergejala agar mengambil pendekatan kawalan kendiri dengan hadir saringan di klinik kesihatan bagi membendung penularan kes di lokaliti tersebut.

D SOP BAGI LIMA PKPD DI SABAH

i SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Di Blok 6, Kg Titingan, Tawau adalah seperti di LAMPIRAN A.

ii SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Jambatan Baru, , Beaufort adalah seperti di LAMPIRAN B.

iii SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Kunak Jaya Baru, Kunak adalah seperti di LAMPIRAN C.

iv SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Di Kg Serudung Baru, Tawau adalah seperti di LAMPIRAN D.

v SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Simpangan, Kota Marudu adalah seperti di LAMPIRAN E.

vi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Zifa, Bingkul, Beaufort adalah seperti di LAMPIRAN F.

E PKPD KAMPUNG SRI MENANTI, TAWAU

1 Kementerian Kesihatan (KKM) hari juga ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kampung Sri Menanti, Tawau.

2 Sehingga kini, KKM melaporkan terdapat peningkatan kes yang ketara di lokaliti ini di mana 15 kes positif telah direkodkan hasil dari 36 ujian saringan yang dilakukan dengan kadar positiviti 41.67%.

3 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sri Menanti, Tawau berkuatkuasa 08 Julai sehingga 21 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

4 Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti kekal berada di dalam kawasan PKPD bagi mengelakkan penularan jangkitan keluar dari lokaliti tersebut sekaligus memudahkan KKM melaksanakan pengesanan awal kes.

F PERLUASAN LOKALITI PKPD PERKAMPUNGAN PULAU GAYA, KOTA KINABALU

1 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Perkampungan Pulau Gaya, Kota Kinabalu yang terdiri daripada gugusan beberapa buah kampung iaitu:

 Kampung Kasuapan  Kampung Lok Urai  Kampung Pulau Gaya  Kampung Pondo 2 Sehingga kini, KKM melaporkan terdapat peningkatan kes yang ketara di perkampungan ini di mana 215 kes positif telah direkodkan hasil dari 1,339 ujian saringan yang dilakukan dengan 25 sampel saringan masih menunggu keputusan.

3 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Perkampungan Pulau Gaya, Kota Kinabalu berkuatkuasa 08 Julai sehingga 21 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

4 Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan keluar dan masuk ke lokaliti ini sekaligus mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 keluar dari lokaliti tersebut.

G PENAMATAN AWAL PKPD KAMPUNG KUALA MEROTAI, KALABAKAN

1 Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Kuala Merotai, Kalabakan yang dijadualkan tamat pada 09 Julai 2021.

2 Dalam tempoh itu, KKM telah melakukan 133 ujian saringan dan 18 daripadanya disahkan positif COVID-19.

3 KKM juga mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala kes positif terakhir yang direkodkan adalah pada 03 Julai 2021 iaitu satu (1) kes.

4 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Kuala Merotai, Kalabakan pada 07 Julai 2021 (11:59 malam), lebih awal dari yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan. H PENAMATAN PKPD DUA (2) LOKALITI DI KUNAK

1 Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua (2) lokaliti di Kunak yang melibatkan:

 Kampung JKR Lama  Kampung Pangi Hujung yang dijadualkan tamat pada 07 Julai 2021.

2 Setakat ini, KKM telah melakukan 101 ujian saringan di Kampung JKR Lama yang merekodkan 18 kes positif manakala 20 kes positif direkodkan hasil dari 103 ujian saringan yang dijalankan di Kampung Pangi Hujung.

3 KKM juga mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal di kedua- dua lokaliti tersebut manakala kesemua kes positif telah diasingkan dan dimasukkan ke PKRC dan kontak rapat diasingkan dan dipantau sehingga hari ke-14.

4 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan PKPD di lokaliti yang dinyatakan pada 07 Julai 2021 (11.59 malam), seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

I PENAMATAN PKPD KAMPUNG KEBAYAU, KOTA BELUD

1 Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Kebayau, Kota Belud yang dijadualkan tamat pada 07 Julai 2021.

2 Dalam tempoh itu, KKM telah melakukan 301 ujian saringan dan 24 daripadanya disahkan positif COVID-19.

3 KKM juga mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala kes positif terakhir yang direkodkan adalah pada 28 Jun 2021 iaitu satu (1) kes.

4 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Kebayau, Kota Belud pada 07 Julai 2021 (11:59 malam), seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan. J PENAMATAN PKPD KAMPUNG , KOTA KINABALU

1 Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Likas, Kota Kinabalu yang dijadualkan tamat pada 07 Julai 2021.

2 Dalam tempoh itu, KKM telah melakukan 3,023 ujian saringan dan 45 daripadanya disahkan positif COVID-19.

3 KKM juga mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala kes positif terakhir yang direkodkan adalah pada 28 Jun 2021 iaitu tujuh (7) kes.

4 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Likas, Kota Kinabalu pada 07 Julai 2021 (11:59 malam), seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

K STATISTIK VAKSINASI NEGERI SABAH

1 Setakat hari ini, enam (6) suntikan baharu dibuat bagi Fasa 1 Dos 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 63,062 orang.

2 Bagi Fasa 1 Dos 2 pula, 478 suntikan baharu dibuat pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,668 orang.

3 Manakala, bagi Fasa 2 Dos 1 PICK, 2,030 suntikan baharu dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 333,183 orang.

4 Bagi Dos 2 Fasa 2 pula, 9,911 suntikan baharu harian dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 181,718 orang.

5 Pendaftaran penerima vaksin pada hari ini ialah 4,666 menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar sebanyak 912,840 (mysejahtera 835,131 : laman web 77,415 : talian vaksinasi 294) bersamaan 33.1%.

L BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)

Setakat hari ini, sejumlah 297,836 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang terkesan di bawah Program Bantuan Prihatin COVID-19 3.0.

M LAPORAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR), PENGUATKUASAAN PERAIRAN SABAH, PBT, SANITASI DAN HEBAHAN AWAM INFO ON WHEELS

1 Sejumlah 130 SJR dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 44,855 buah kenderaan. Daripada jumlah tersebut, 318 buah kenderaan diarah berpatah balik. Pada hari ini, PDRM melaksanakan 74 hebahan melalui kereta peronda dan tiada tangkapan dibuat.

2 Sebanyak 40 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah.

 Empat (4) orang : Tidak Memakai Pelitup Muka/Tidak Memakai Pelitup Separuh Muka Dengan Betul.  Lima (5) orang : Membawa Penumpang Berlebihan  23 orang : Individu Gagal Mendaftar Masuk Premis  Lima (5) Orang : Gagal Mematuhi Arahan Kawalan Pergerakan  Dua (2) Orang : Pemilik Premis Gagal Menyediakan QR Code dan Buku Pendaftaran  Satu (1) Orang : Tidak Mempunyai Surat Kebenaran Daripada MITI Untuk Pengoperasian 30% Bagi Pengurusan Dan 60% Bagi Pengoperasian.

3 Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 112 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 42pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan. Hasil pemeriksaan satu (1) tangkapan dibuat di bawah Akta 342 Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (PINDAAN) 2021.

4 Laporan Kompaun Pihak Berkuasa Tempatan

i Sebanyak 1,547 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

ii Sebanyak lima (5) notis/amaran dikeluarkan iaitu dua (2) di Penampang, dua (2) di Tambunan dan satu (1) di Kinabatangan.

iii Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan penguatkuasaan pematuhan SOP ke atas 99 premis perniagaan dan 132 individu di 18 kawasan. Tiada kompaun dikenakan ke atas individu dan premis.

5 Rondaan Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) dan Rondaan Pemantauan Pematuhan SOP Peringkat Komuniti oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dilaksanakan di 192 Premis Perniagaan melibatkan 185 anggota APM. Sebanyak 25 Notis Amaran dikeluarkan kepada Premis perniagaan yang tidak mengikuti SOP.

6 Sementara, rondaan sama oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dilaksanakan melibatkan 73 anggota di 102 lokasi.

7 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah telah melaksanakan sanitasi awam di tujuh sembilan (9) premis, melibatkan tujuh (7) buah daerah pada hari ini.

8 Sejumlah 330 hebahan awam di bawah program Info On Wheels Jabatan Penerangan Malaysia Sabah dilaksanakan di 16 daerah pada hari ini.

9 Hebahan umum turut dilaksanakan oleh Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sebanyak 117 hebahan di seluruh Sabah.

N KADAR PEMATUHAN PENDUDUK TERHADAP SOP PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 1

1 Kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 pada hari ini ialah 95.8%. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:

BIL DAERAH PERATUS 1 Kunak 96.5% 2 Tenom 96.5% 3 Beluran 96.5% 4 Sipitang 96.5% 5 Keningau 96% 6 Semporna 96% 7 Tuaran 96% 8 Kota Marudu 96% 9 Beaufort 96% 10 Papar 96% 11 Ranau 96% 12 Kinabatangan 96% 13 Sandakan 96% 14 Kudat 95.5% 15 Penampang 95.5% 16 Lahad Datu 95.5% 17 Kota Kinabalu 95% 18 Tawau 95% 19 Kota Belud 95%

2 Pelan Pemulihan Negara merupakan panduan bagi setiap rakyat untuk bersama berusaha keluar dari kemelut pandemik COVID-19.

Sekian.

#MenangBersama

#LindungDiriLindungSemua

YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

LAMPIRAN D

LAMPIRAN E

LAMPIRAN F