Bil. 81 Rabu 12 Disember 2007

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1 )

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 22)

RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kewangan 2007 (Halaman 23) Rang Undang-undang Pemberian Pertambahan Hasil (Pindaan) 2007 (Halaman 48) Rang Undang-undang Bank Pertanian Berhad 2007 (Halaman 65) Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2007 (Halaman 107)

USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 20)

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2007

DR. 12.12.2007 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib, PSM., SPCM., AMN., JP. (Pasir Salak) – UMNO 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, PJN., PIS. (Kulai) - MCA 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Yusof bin Yacob, PGDK., ADK. (Sipitang) - UMNO

MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) - UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) - UMNO 3. Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, S.P.M.P., D.P.M.P. (Tanjong Piai) - MCA 4. “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput) - MIC 5. “ Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N., D.P.C.M. (Beruas) - GERAKAN 6. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, P.S.M., S.P.D.K. (Ranau) – UPKO 7. ” Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd. Effendi bin Norwawi - Senator 8. “ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Rafidah binti Abd. Aziz, S.P.M.T., S.P.M.P., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar) - UMNO 9. “ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi) - UMNO 10. “ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) - UMNO 11. ” Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin bin Maidin (Merbok) - UMNO 12. “ Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, D.C.S.M., D.M.S.M. (Alor Gajah) - MCA 13. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, S.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Padang Rengas) - UMNO 14. “ Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad (Kangar) – UMNO 15. “ Menteri Pelajaran, Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussein, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.J. (Sembrong) - UMNO 16. “ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. , S.J.M.K., S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu) – UMNO 17. “ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.G.P.N., D.I.M.P. (Lembah Pantai) - UMNO ii DR. 12.12.2007

18. Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P., S.A.P. (Rompin) - UMNO 19. “ Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri , P.N.B.S.,S.S.A.P., D.S.A.P., D.P.M.S.(Selayang) – MCA. 20. “ Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Senator 21. “ Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, D.I.M.P., A.M.N., (Setiawangsa) - UMNO 22. “ Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) - UMNO 23. “ Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K., P.B.S., A.B.S. (Miri) – SUPP 24. “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M. (Semporna) - UMNO 25. ” Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed (Jeli) - UMNO 26. “ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.P.M.S., D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M.,D.P.M.P., D.S.D.K. (Shah Alam) - UMNO 27. “ Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, D.S.P.N., S.M.J., P.I.S. (Pasir Gudang) - UMNO 28. “ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar) - UMNO 29. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Kota Marudu) - PBS 30. “ Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (Labis) - MCA 31. “ Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina binti Othman Said, S.P.M.P. (Pengerang) - UMNO 32. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin (Besut) - UMNO

TIMBALAN MENTERI 1. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong (Telok Intan) - GERAKAN 2. “ Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk (Betong) - PBB 3. “ Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak) - MCA 4. “ Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor) - MIC 5. “ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Liow Tiong Lai (Bentong) - MCA 6. “ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor) – UMNO 7. “ Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai) – UMNO

DR. 12.12.2007 iii

8. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut) - UMNO 9. “ Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Anifah bin Haji Aman (Kimanis) - UMNO 10. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading) - SPDP 11. “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen, D.I.M.P., D.S.A.P. (Raub) - MCA 12. “ Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing) - UMNO 13. “ Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Hon Choon Kim (Seremban) - MCA 14. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas, P.J.N. (Taiping) - PPP 15. “ Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok) – UMNO 16. “ Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Pandan) - MCA 17. “ Timbalan Menteri Penerangan, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera) - GERAKAN 18. “ Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow (Kuantan) - MCA 19. “ Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Lenggong) – UMNO 20. “ Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Mohd. Johari bin Baharum (Kubang Pasu) - UMNO 21. “ Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ S. G. Sothinathan (Telok Kemang) - MIC 22. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah) - MIC 23. “ Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru) - MCA 24. “ Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) - UMNO 25. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun) – UMNO 26. “ Timbalan Menteri Pelancongan, Dato’ Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan) - MCA 27. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Robert Lau Hoi Chew, J.B.S. (Sibu) - SUPP 28. “ Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Joseph Salang Gandum (Julau) - PBDS 29. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Kong Cho Ha (Lumut) - MCA 30. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tuan Ng Lip Yong (Batu) - GERAKAN iv DR. 12.12.2007

31. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Sepang) – UMNO 32. ” Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin) – UMNO 33. “ Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Abu Seman Yusop (Masjid Tanah) - UMNO 34. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah binti Mohd. Dun (Beaufort) – UMNO 35. “ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman bin Bakar (Marang) - UMNO 36. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Zainal Abidin bin Osman (Nibong Tebal) - UMNO 37. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Joseph Entulu anak Belaun (Selangau) - PBDS 38. “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin (Bachok) – UMNO 39. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Haji Abdul Raman bin Suliman - Senator

SETIAUSAHA PARLIMEN 1. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Baling) - UMNO 2. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr S. Subramaniam (Segamat) - MIC 4. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Dato’ Yong Khoon Seng (Stampin) - SUPP 5. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Klang) – MCA 6. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri, Dato’ Ahmad Shabery Cheek (Kemaman) - UMNO 7. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim (Batang Lupar) - PBB 8. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Puan Noriah binti Kasnon (Sungai Besar) - UMNO 9. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim (Pokok Sena) - UMNO 10. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Datin Paduka Komala Devi (Kapar) – MIC 11. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara) - MCA 12. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani (Bukit Katil) – UMNO 13. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Hoo Seong Chang (Kluang) - MCA DR. 12.12.2007 v

14. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, Tuan Yew Teong Look (Wangsa Maju) - MCA 15. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Senator Dato' Dr. S. Vijayaratnam - Senator 16. ” Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Adham bin Baba (Tenggara) - UMNO 17. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman (Silam) - UMNO 18. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sazmi bin Miah (Machang) - UMNO 19. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Dato’ Lee Kah Choon (Jelutong) - GERAKAN 20. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Tuan Sa. Vigneswaran (Kota Raja) - MIC

AHLI-AHLI 1. Yang Berhormat Tuan Aaron Ago Dagang (Kanowit) - PBDS 2. “ Brig. Jen. (B) Dato’ Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Parit Buntar) - UMNO 3. “ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron (Rantau Panjang) - PAS 4. “ Datuk Abdul Ghapur bin Salleh (Kalabakan) - UMNO 5. “ Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman (Pengkalan Chepa) – PAS 6. “ Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baharu) - UMNO 7. “ Datuk Abdul Rahim bin Bakri (Kudat) - UMNO 8. “ Dato’ Abdul Rahman bin Ariffin (Jerlun) - UMNO 9. “ Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud (Kota Samarahan) - PBB 10. “ Dato’ Abu Bakar bin Taib (Langkawi) – UMNO 11. “ Dato’ Seri Adenan bin Satem (Batang Sadong) - PBB 12. “ Tuan Alexander Nanta Linggi (Kapit) - PBB 13. “ Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz (Titiwangsa) - UMNO 14. “ Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin (Jerai) - UMNO 15. “ Datuk Baharum bin Mohamed (Sekijang) - UMNO 16. “ Datuk Bernard S. Maraat @ Ben (Pensiangan) - PBRS 17. “ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang) - PBDS 18. “ Datuk Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) - UMNO 19. “ Tuan Che Azmi bin Hj. A. Rahman (Kuala Nerus) – UMNO 20. “ Dato Haji Che Min bin Che Ahmad (Pasir Puteh) - UMNO 21. “ Tuan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) - DAP 22. “ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) - DAP 23. “ Tuan Chong Hon Min (Sandakan) - BEBAS 24. “ Dato’ Chor Chee Heung (Alor Star) - MCA vi DR. 12.12.2007

25. Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) - DAP 26. “ Dato’ Chua Jui Meng (Bakri) – MCA 27. “ Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy (Cameron Highlands) - MIC 28. “ Tuan Donald Peter Mojuntin (Penampang) – UPKO 29. “ Ir. Edmund Chong Ket Wah (Batu Sapi) - PBS 30. “ Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - SAPP 31. “ Tuan Haji Fadillah bin Yusof (Petra Jaya) - PBB 32. “ Dato’ Firdaus bin Harun (Rembau) - UMNO 33. “ Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) - DAP 34. “ Cik Fong Po Kuan (Batu Gajah) - DAP 35. “ Dato’ Ghazali bin Ibrahim (Padang Terap) - UMNO 36. “ Dato’ Goh Siow Huat (Rasah) - MCA 37. “ Ir. Haji Hamim bin Samuri (Ledang) - UMNO 38. “ Dato’ Haji Hasan bin Malek (Kuala Pilah) - UMNO 39. “ Dato’ Hashim bin Jahaya (Kuala Kedah) - UMNO 40. “ Datuk Ir. Hasni bin Haji Mohammad (Pontian) - UMNO 41. “ Tuan Henry Sum Agong (Bukit Mas) - PBB 42. “ Tan Sri Dato’ Hew See Tong (Kampar) - MCA 43. “ Tuan Huan Cheng Guan (Batu Kawan) - GERAKAN 44. “ Datuk Haji Idris bin Haji Haron (Tangga Batu) - UMNO 45. “ Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib (Maran) – UMNO 46. “ Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) - UMNO 47. “ Yang Berhormat Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas) - PAS 48. “ Datuk Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) - UMNO 49. “ Dato’ Jacob Dungau Sagan (Baram) - SPDP 50. “ Datuk Dr. James Dawos Mamit (Mambong) - PBB 51. “ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu) - PBDS 52. “ Tuan Jelaing anak Mersat (Saratok) - SPDP 53. “ Tuan Jimmy Donald (Sri Aman) - PBDS 54. “ Datu Seri Joseph Pairin Kitingan (Keningau) - PBS 55. “ Dr. Junaidy bin Abdul Wahab (Batu Pahat) - UMNO 56. “ Datuk Juslie Ajirol (Libaran) - UMNO 57. “ Tan Sri Dato’ Dr. K.S. Nijhar (Subang) - MIC 58. “ Dato’ Kamarudin bin Jaffar (Tumpat) - PAS 59. “ Tuan R. Karpal Singh (Bukit Gelugor) – DAP 60. “ Dato’ Seri Kerk Choo Ting (Simpang Renggam) - GERAKAN 61. “ Tuan Lau Yeng Peng (Puchong) - GERAKAN 62. “ Tan Sri Law Hieng Ding (Sarikei) – SUPP DR. 12.12.2007 vii

63. Yang Berhormat Dato Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah (Mukah) - PBB 64. “ Dato’ Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K., J.P. (Padang Serai) - MCA 65. “ Tuan Lim Hock Seng (Bagan) - DAP 66. “ Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timur) - DAP 67. “ Tuan Loh Seng Kok (Kelana Jaya) - MCA 68. “ Dato’ Loke Yuen Yow (Tanjong Malim) – MCA 69. “ Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani) - UMNO 70. “ Tuan M. Kula Segaran (Ipoh Barat) - DAP 71. “ Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh (Putatan) - UPKO 72. “ Dato’ Markiman bin Kobiran (Hulu Langat) - UMNO 73. “ Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan (Sabak Bernam) – UMNO 74. “ Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad (Ketereh) – UMNO 75. “ Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz (Sri Gading) - UMNO 76. “ Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman (Lipis) - UMNO 77. “ Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat, J. P. (Kuala Krai) - UMNO 78. “ Tuan Mohd. Daud bin Tarihep (Kuala Selangor) - UMNO 79. “ Dr. Mohd. Hayati bin Othman (Pendang) – PAS 80. “ Tan Sri Dato’ Seri Utama Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad (Jempol ) - UMNO 81. “ Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof (Jasin) - UMNO 82. “ Dato’ Mohd. Sarit bin Haji Yusoh () - UMNO 83. “ Tuan Mohd. Yusop bin Majid (Setiu) – UMNO 84. “ Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim (Kota Bharu) - UMNO 85. “ Dato’ Nasaruddin bin Hashim (Parit) - UMNO 86. “ Datuk Nur Jazlan bin Mohamed (Pulai) - UMNO 87. “ Datuk Dr. Rahman bin Ismail (Gombak) - UMNO 88. “ Tuan Raimi Unggi (Tenom) – UMNO 89. “ Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar (Larut) - UMNO 90. “ Tuan Razali bin Ibrahim (Muar) - UMNO 91. “ Dato’ Razali bin Ismail (Kuala Terengganu) – UMNO 92. “ Datuk Richard Riot anak Jaem (Serian) - SUPP 93. “ Datuk Ronald Kiandee (Beluran) – UMNO 94. “ Datuk Rosli bin Mat Hassan (Dungun) - UMNO 95. “ Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin (Papar) – UMNO 96. “ Dr. Rozaidah binti Talib (Ampang) - UMNO 97. “ Tuan Salahuddin bin Ayub (Kubang Kerian) - PAS 98. “ Datuk Salleh bin Tun Said (Kota Belud) – UMNO 99. “ Dato’ Ir. Shaari bin Hassan (Tanah Merah) – UMNO 100. “ Dato’ Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru) – UMNO viii DR. 12.12.2007

101. Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S, S.S.A., K.M.N, S.S.A.P, (Kuala Langat) - UMNO 102. “ Tuan Shim Paw Fatt (Tawau) - SAPP 103. “ Datuk Seri Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman (Paya Besar) – UMNO 104. “ Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman (Labuan) – UMNO 105. “ Tuan Syed Hood bin Syed Edros (Parit Sulong) – UMNO 106. “ Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail (Arau) – UMNO 107. “ Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah) - MCA 108. “ Dato’ Dr. Tan Kee Kwong (Segambut) - GERAKAN 109. “ Tuan Tan Kok Wai (Cheras) - DAP 110. “ Dato’ Tan Lian Hoe (Bukit Gantang) - GERAKAN 111. “ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) – DAP 112. “ Tuan Teng Boon Soon (Tebrau) - MCA 113. “ Datuk Tengku Putera bin Tengku Awang (Hulu Terengganu) - UMNO 114. “ Tengku Razaleigh bin Tengku Hamzah, (Gua Musang) – UMNO 115. “ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) – DAP 116. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ting Chew Peh (Gopeng) - MCA 117. “ Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) - SPDP 118. “ Tuan Tiong Thai King (Lanang) – SUPP 119. “ Yang Berhormat Datuk Wahab bin Haji Dollah (Kuala Rajang) - PBB 120. “ Dato’ Wan Adnan bin Wan Mamat (Indera Mahkota) - UMNO 121. “ Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Permatang Pauh) - KEADILAN 122. “ Dato’ Dr. Wan Azmi bin Wan Ariffin (Sik) – UMNO 123. “ Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh (Gerik) – UMNO 124. “ Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) - PBB 125. “ Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) - MCA 126. “ Datuk Wilfred Madius Tangau (Tuaran) - UPKO 127. “ Tuan Wong Nai Chee (Kota Melaka) - MCA 128. “ Dato’ Yap Pian Hon (Serdang) - MCA 129. “ Datuk Dr. Yee Moh Chai (Kota Kinabalu) - PBS DR. 12.12.2007 ix

DEWAN RAKYAT

Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Haji Kamaruddin Mohamed Baria

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mahmood bin Adam

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Roosme binti Hamzah

Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Dewan) Muhd. Sujairi bin Abdullah

CAWANGAN PENYATA RASMI (HANSARD) Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi Hajah Supiah binti Dewak Kamisah binti Sayuti Sarimah binti Haji Amran Ab. Talip bin Hasim Hadzirah binti Ibrahim Nurziana binti Ismail Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Nurul Asma binti Zulkepli Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Ahmad Kamil bin Safian

Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah binti Haji Hassan Azmir bin Mohd Salleh Ainul Wahidah binti Ismail @ Fakhri Nur Hidayah Janudin

Nurul Shahida binti Haji Ahmad Siti Khadijah binti Md Nor Nooruanizam binti Nasir Hafizah binti Abu Samah

DR. 12.12.2007 1

MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 12 Disember 2007 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Tengku Putera bin Tengku Awang [Hulu Terengganu] minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan apakah kementerian bercadang untuk menggubal suatu peraturan dan undang-undang yang lebih ketat bagi mengawal pembelian barangan terpakai khususnya besi-besi buruk yang merupakan kegiatan berbahaya dan boleh menggugat keselamatan negara, memandangkan perniagaan ini telah mendorong pencuri barangan terpakai mencuri apa saja termasuk berbagai-bagai kemudahan awam. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, satu jawatankuasa terdiri dari Polis Diraja Malaysia, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi telah dilantik untuk membuat kajian, semakan dan pindaan ke atas Akta Perniagaan Second-Hand 1946. Cadangan pindaan akta tersebut melibatkan: (i) kajian semula syarat-syarat pelesenan dan pembatalan; (ii) memberatkan denda hukuman terhadap mana-mana syarikat atau individu yang melanggar Akta Perniagaan Second-Hand 1996; dan (iii) isu-isu berkaitan dari aspek perundangan, penguatkuasaan dan pemantauan. Tuan Yang di-Pertua, pindaan Akta Perniagaan Second-Hand 1996 kini berada di peringkat akhir kajian dan semakan kementerian ini. Dengan pindaan akta ini, masalah berhubung dengan perniagaan kedai besi buruk dan barang lusuh dapat dikawal dengan secara tidak langsung dan merupakan antara langkah bagi menangani masalah kecurian kabel dan logam. Sekian, terima kasih. Datuk Tengku Putera bin Tengku Awang [Hulu Terengganu]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang kita ketahui, industri besi buruk ini menjana pendapatan yang tinggi kira-kira RM2 bilion setahun dalam transaksinya kepada negara kita ini. Ia menyumbangkan pertumbuhan yang besar kepada industri khususnya industri kitar semula. Perniagaan barang-barang lusuh dan besi buruk yang berkembang pesat ini berikutan kepada keperluan industri dan bahan-bahan khususnya dari segi besi dan tembaga. Manakala maklumat yang kita dapati daripada Persatuan Pengusaha Barang Lusuh dan Besi Buruk India Malaysia bilangan pengusaha barang lusuh dan besi buruk ini di seluruh negara telah bertambah iaitu pada tahun 2004 sebanyak 4,000 kepada 8,000 pada tahun 2007 iaitu 100% meningkat.

2 DR. 12.12.2007

Tambahan itu juga membawa kepada peningkatan 100% pula kepada kecurian logam dan tembaga yang dialami oleh agensi kerajaan, orang ramai dan pihak swasta. Kesannya bukan sahaja agensi kerajaan ini mengalami kerugian yang besar malah ia membawa gangguan yang besar juga kepada bekalan utiliti seperti elektrik, air, telefon dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, dua soalan tambahan saya, dengan keadaan seumpama itu, Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu kita sebentar tadi bahawa akta ini sedang dikaji untuk penyelarasan banyak kementerian. Soalan saya apakah perlu kementerian ataupun Jawatankuasa ini memikirkan supaya diketahui bahawa lesen meluluskan perniagaan ini sekarang dikendalikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, jadi, pengawalannya kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Apakah perlu sekali gus untuk mengawal pelesen dan mengehadkan kelulusan lesen serta mengawal setiap transaksi yang diperlakukan? Dalam hal ini supaya ia terkawal, kelulusan ini perlu dipindahkan kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Kedua, apakah tindakan tegas yang diambil oleh polis untuk menangani masalah pengusaha haram barang-barang lusuh dan besi buruk ini dan adakah kementerian bercadang untuk mempergiatkan operasi bersepadu melibatkan PBT, Imigresen, TNB, Telekom dan semua agensi bagi melindungi dan menjamin keselamatan negara dalam soal ini. Terima kasih. Datuk Fu Ah Kiow: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ada banyak soalan di sini. Yang pertama, ingin saya memberitahu bahawa sejak awal tahun ini kita telah membekukan kelulusan semua lesen second-hand . Tahun ini cuma sebanyak 86 lesen diluluskan untuk kedai used car . Lain-lain permohonan telah dibekukan. Jumlah lesen yang masih sah pada masa kini ialah sebanyak 7,951 buah syarikat. Saya juga ingin menjelaskan di sini bahawa lesen ini tidak dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pihak Berkuasa Tempatan iaitu majlis perbandaran cuma mengeluarkan lesen premis tetapi lesen itu dikeluarkan oleh pihak PDRM di peringkat IPK. Kita tidak dapat mengawal setiap transaksi yang dijalankan oleh syarikat-syarikat tersebut. Namun kementerian ini melalui PDRM telah mengeluarkan arahan kepada PBT supaya mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan terhadap syarikat yang sedia ada. Walaupun bilangan anggota polis kini tidak mengizinkan kita membuat pemeriksaan setiap minggu, tetapi kita akan melaksanakan yang mana boleh untuk mengurangkan kes kecurian dan sama ada kita akan mengehadkan lesen tersebut, ini dalam pertimbangan semasa kita membuat pindaan ke atas lesen ini. Sekian, terima kasih. Dato’ Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih timbalan menteri. Masalah yang dihasilkan oleh peniaga barang lusuh ini kecuali kereta dan lain-lainnya adalah sangat serius termasuk bukan sahaja di peringkat isu nasional tetapi isu kampung tradisi yang bertaburan di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat sedikit maklum balas daripada kementerian ini. Usaha yang dilakukan oleh KPKT, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengehadkan bilangan lesen tidak berjaya. Ini kerana masih terdapat ramai pengusaha atau pelesen besi buruk ini, ia buat sublicense , Tuan Yang di-Pertua. Dia buka di merata tempat, di kawasan kampung dan sebagainya. Apakah usaha kementerian untuk menghalang daripada perkara ini berlaku. Sebenarnya angka 7,000 yang disebut itu bukanlah gambaran sebenar. Beberapa Ahli: Betul. Dato’ Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Ia lebih banyak daripada itu. Mungkin tiga kali ganda. Pasang sahaja hooding , boleh mula kumpul besi buruk. Apa yang dilakukan oleh kementerian dalam hal ini? Inilah sebenarnya punca kehilangan, kecurian, pengambilan kemudahan awam dan amenity yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

DR. 12.12.2007 3

Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, kementerian sedar keseriusan masalah ini dan telah pun ambil tindakan terhadap mereka yang tidak mempunyai lesen. Misalan pada tahun ini, kita telah ambil tindakan terhadap 604 individu atau syarikat yang meniaga tanpa lesen dan telah dikeluarkan saman. Cuma denda yang dikenakan mengikut akta sekarang adalah rendah. Misalan kalau untuk kesalahan kali pertama, ia boleh didenda kurang daripada RM1,000 dan dipenjarakan kurang daripada tiga bulan mengikut seksyen 9 akta yang sedia ada, maka dalam pindaan ini kita akan memberatkan segala denda dan hukuman dan juga akan mempertingkatkan lagi mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan. Sekian, terima kasih.

2. Dato' Abdul Rahman bin Ariffin [Jerlun] minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) adakah dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), Kementerian telah mengklasifikasikan sekolah-sekolah luar bandar yang daif dan tidak cukup kemudahan pembelajaran dan kokurikulum; dan (b) adakah kementerian menyediakan peruntukan penyelenggaraan khusus bagi membaik pulih dan penambahbaikan. Timbalan Menteri Pelajaran [Dato’ Hon Choon Kim]: Tuan Yang di-Pertua, dalam pembangunan pendidikan Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil kira dan memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang dikenal pasti daif, tidak cukup kemudahan, pembelajaran dan kurikulum. Diharapkan sekolah-sekolah yang daif dapat di baik pulih, diganti dan di naik taraf dan sekolah-sekolah yang tidak selamat dapat segera dibaiki. Kementerian Pelajaran Malaysia juga melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf bangunan sekolah dengan menggunakan peruntukan ubah suai dan naik taraf Rancangan Malaysia Kesembilan. Sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah RM1.7 bilion bagi lebih 4,000 projek ubah suai dan naik taraf institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran. Projek-projek yang terlibat adalah seperti naik taraf bangunan sekolah, makmal sains, pendawaian semula bangunan sekolah, asrama dan rumah guru. Selain daripada itu, kementerian ini juga menyediakan peruntukan untuk penyelenggaraan di bawah peruntukan belanja mengurus. Terima kasih. Dato' Abdul Rahman bin Ariffin [Jerlun]: Tuan Yang di-Pertua, saya fokus soalan saya ini kepada sekolah-sekolah luar bandar. Maknanya banyak masalah yang timbul kepada merancang sesebuah institusi sekolah, bermakna segala pembangunan dalam sekolah tersebut kena diambil kira. Saya mengambil contoh, ada sebuah sekolah katakan, mempunyai padang bola. Tiba-tiba tidak cukup kelas ataupun tidak cukup bangunan, didirikan bangunan di atas padang sekolah, menjadikan sekolah tersebut sudah bersaiz kecil. Padang bola sekolah telah digunakan untuk mendirikan bangunan dan rancangan untuk mendapatkan padang bola tambahan tidak dibuat. Apabila bangunan ini siap, maka budak-budak tidak boleh bermain bola ataupun tidak boleh berekreasi di padang bola. Jadi soalan saya, adakah kementerian bercadang mewujudkan sebuah badan khas, seboleh-bolehnya di peringkat setiap Parlimen supaya perkara-perkara macam ini dapat kita atasi. Bukan pihak sekolah sahaja yang mengatasi, kita pun ada PIBG, sama- sama dapat menggembleng tenaga bagi mewujudkan sebuah sekolah yang selesa dan mencukupi dari segi hasrat.

4 DR. 12.12.2007

Kadang-kadang kasihan juga kepada sekolah-sekolah luar bandar. Kadang- kadang guru-guru besar sekolah luar bandar ini merancang, tetapi kadang-kadang tidak diendahkan oleh kementerian sebab memandangkan guru besar ini di luar bandar. Jadi inilah sedikit perhatian yang saya minta daripada Kementerian Pelajaran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat. Sebenarnya sekolah-sekolah di luar bandar memang telah diberikan perhatian. Saya hendak sebut satu contoh, Kementerian Pelajaran juga mengadakan Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada ketika perasmian itu juga, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mengumumkan memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM2.6 bilion untuk memberikan kemudahan yang lebih baik kepada sekolah-sekolah di luar bandar. Jadi dalam perkara ini, saya jaminkan kepada Yang Berhormat bahawa Kementerian Pelajaran memang akan memberikan fokus kepada sekolah-sekolah luar bandar supaya mereka juga dapat menikmati kemudahan yang sama dengan sekolah-sekolah di bandar. Tentang masalah padang permainan sekolah dijadikan bangunan, ini memang berlaku pada masa yang lampau. Saya tidak dapat menafikan. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Menteri memang telah mengeluarkan arahan supaya pada masa akan datang, pembangunan di sekolah kalau hendak lakukan, janganlah usik padang permainan. Ini kerana kita memang telah memberikan perhatian kepada kokurikulum supaya padang permainan yang sedia ada dapat kita kekalkan dan juga dapat digunakan oleh para pelajar. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, memang kita tahu bahawa business teras, core business bagi sekolah ialah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, kurikulum dan kokurikulum. Jadi saya percaya dari segi pembangunan fizikalnya mudah kita buat tetapi pembangunan kurikulum dan kokurikulum ini yang saya rasa sangat penting. Jadi bagi sekolah-sekolah di luar bandar yang kurang murid, yang kadang-kadang daif, ada kelas- kelas ini kelas bercantum dan sebagainya. Jadi guru-guru terpaksa mengajar dua kelas sekali pada masa yang sama. Kalau mata pelajaran Matematik, Tahun 1 mungkin bersendirian tetapi Tahun 2 dan Tahun 3 biasanya dicantumkan ataupun Tahun 1 dan Tahun 2 begitu. Jadi, guru-guru terpaksa mengajar dua kelas sekali dalam masa yang sama. Sejauh mana pihak kementerian telah mengadakan kurikulum khusus bagi kelas-kelas bergabung ini dan apakah bentuk latihan kepada guru-guru khusus ini dan apakah insentif yang diberi kepada guru-guru ini kerana mereka terpaksa mengajar dua kelas pada masa yang sama. Mohon penjelasan. Dato’ Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat dari Lipis. Memang Yang Berhormat telah mengemukakan satu soalan yang cukup relevan di mana masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah yang kurang murid, maknanya kurang daripada 150 murid. Memang sekolah-sekolah SKM itu ada kalanya memang kelas bercantum dan ini telah menimbulkan sedikit masalah dari segi pengajaran dan pembelajaran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya Kementerian Pelajaran telah bersetuju pada dasarnya supaya kelas cantum itu dapat kita mansuhkan. Walau bagaimanapun, sebelum kita boleh buat atau sebelum Kementerian Pelajaran boleh memansuhkan semua kelas cantum itu kami juga berfikir cara untuk menempatkan lebih banyak guru kepada sekolah-sekolah dan juga lihat dari segi teknikalnya sama ada cukup bilik darjah atau tidak. Kalau tidak ada bilik darjah mungkin tak boleh kita asingkan.

DR. 12.12.2007 5

Misal kata 10 murid-murid memang kelas cantum campur tahun satu dengan dua kalau tak dimansuhkan kelas cantum kena buka dua kelas. Jadi sama ada bilik darjah yang cukup dan juga apabila bilangan kelas sudah bertambah ia akan memerlukan bilangan guru dihantar ke sekolah itu. Jadi kami akan melihat semua perkara itu supaya kalau hendak laksanakan pun berperingkat supaya pada akhirnya kelas cantum tidak ada dalam sistem pendidikan di negara kita. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Saya jemput Maran. Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum saya kemukakan soalan saya minta sedikit pindaan iaitu soalan saya baris kedua berbunyi minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah pertubuhan peneroka bukan penubuhan. Saya kemukakan soalan nombor tiga.

3. Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah pertubuhan peneroka di seluruh negara mengikut negeri dan apakah kerajaan bercadang untuk memansuhkan organisasi ini kerana dikatakan menjadi pesaing dan bermasalah dengan Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan-rancangan FELDA. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Abdul Raman bin Suliman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Maran yang bertanyakan soalan ini. Untuk makluman Yang Berhormat terdapat 20 buah pertubuhan peneroka yang telah ditubuhkan di seluruh negara iaitu tiga buah terletak di negeri Kedah khususnya di persekitaran Alor Star, lima buah di wilayah Segamat Johor, dua di Johor Bahru, satu di Terengganu dan sembilan di . Pertubuhan peneroka ditubuhkan dengan tujuan pertama menjaga kepentingan kawasan rancangan serta kebajikan ahli-ahlinya dan kedua bertanggungjawab terhadap pembangunan sosioekonomi peneroka. Selain itu juga ia ditubuhkan untuk meningkatkan penglibatan peneroka serta membolehkan mereka menentukan arah hala pembangunan rancangan secara berkesan dan berterusan. Pertubuhan peneroka ditubuhkan di sesebuah rancangan yang telah menerima hak milik atau mana-mana rancangan yang telah menjelaskan bayaran memiliki harta. Ia merupakan sebuah badan yang diiktiraf oleh kerajaan dan pertubuhan ini bukanlah bersaing dengan JKK atau JKKR kerana jawatankuasa pertubuhan peneroka ini keahliannya boleh juga terdiri daripada ahli JKKR. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) pula ditubuhkan untuk melahirkan pemimpin peneroka yang berupaya mengurus dan meneruskan pembangunan rancangan dengan cekap dan berkesan. JKKR berperanan sebagai sebuah badan permesyuaratan tertinggi peneroka dengan fungsi membincangkan masalah peneroka yang dikenal pasti dan mencadangkan penjelasan kepada pentadbiran FELDA. JKKR juga dilantik sebagai badan pengurusan rancangan yang bertanggungjawab merancang, melaksana, mengawasi dan menilai kegiatan-kegiatan pembangunan kebun, kebersihan kawasan kampung dan pembangunan sosial ekonomi peneroka. Selain itu JKKR mampu memupuk dan mengekalkan semangat tindak mesra di antara peneroka dengan peneroka, peneroka dengan pentadbiran FELDA, peneroka dengan agensi kerajaan lain dan pihak swasta. Sehingga kini FELDA tidak bercadang untuk mengemukakan pemansuhan pertubuhan ini memandangkan ia mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri selagi tidak bertentangan dengan dasar dan objektif FELDA ditubuhkan. Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Kita ucapkan terima kasih dan rasa terhutang budi khusus kepada Allahyarham Tun Razak yang telah mengilhamkan kewujudan FELDA sehingga dapat banyak mengubah taraf hidup ramai daripada penduduk luar bandar yang menyertai sebagai peneroka FELDA.

6 DR. 12.12.2007

Soalan tambahan saya Timbalan Menteri, apakah perancangan dan juga strategi yang dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan kejayaan FELDA yang ada hari akan dapat dipertahankan khususnya oleh generasi kedua dan ketiga FELDA supaya tidak akhirnya hasrat dan kerja pelaksanaan kerajaan ini menjadi kegagalan. Terima kasih. Dato' Haji Abdul Raman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat itu, FELDA memang dari segi objektif jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang telah pun mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa dalam dekad yang kedua ataupun peringkat yang kedua pembangunan FELDA ini telah mengatur rancangan-rancangan untuk memastikan bahawa generasi kedua ini akan mendapat tempat yang lebih baik lagi daripada generasi pertama mereka. Dan ini terbukti daripada apa yang telah diaturkan oleh FELDA khususnya bukan sahaja dari segi perniagaan yang disalurkan oleh agensi FELDA sendiri yang mana disertai oleh peneroka dan anak-anak peneroka tetapi dari segi penyediaan kandungan kepada FELDA sendiri. Umpamanya dari segi apa yang kita dimaklumkan dua tiga hari yang lepas Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri mengumumkan kepada belia pun di FELDA ditentukan. Satu, mereka yang mempunyai kebolehan yang cemerlang akan disalurkan kepada institut pengajian tinggi dengan peruntukan biasiswa dan sebagainya bagi generasi baru FELDA ini dari segi pendidikan dan kepada mereka yang tertinggal umpamanya yang tidak dapat masuk ke aliran perdana ke pusat pengajian tinggi mereka juga akan dilatih melalui pusat-pusat latihan kemahiran. Kita tahu bahawa seperti yang telah diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dua hari yang lalu di mana untuk belia sahaja pun akan diperuntukkan mulai awal tahun hadapan RM78.4 million itu untuk belia dan untuk peruntukan lain di mana umpamanya dalam bidang keusahawanan kita telah dapat kenal pasti sebanyak 4,801 usahawan di mana peruntukan skim inisiatif usahawan ini sebanyak RM100 juta diperuntukkan yang dipanggil SIUF, peruntukan usahwan anak-anak. Jadi bukan itu sahaja bagi mereka yang mempunyai kebolehan cemerlang generasi kedua seperti mana yang dimaklumkan bahawa dalam perancangan mereka juga akan dihantar ke pusat-pusat pengajian tinggi di luar negara, anak-anak peneroka. Sekarang memang ramai sudah kita tahu seperti mana yang saya jawab pada masa yang lepas peneroka memang ramai anak mereka telah pergi pusat pengajian tinggi. Akan tetapi pada masa yang akan datang, pastikan mereka juga akan masuk kepada jurusan-jurusan profesional seperti kedoktoran, akauntan dan sebagainya. FELDA juga memperuntukkan peruntukan yang besar bagi memastikan mereka dapat berjalan sealiran dengan aliran perdana sekarang ini Tuan Yang di-Pertua. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, sejak akhir-akhir ini nampaknya kejayaan FELDA amat membanggakan. Sudah tentulah hasil daripada kepimpinan kerajaan, kepimpinan FELDA itu sendiri dan yang paling penting ialah kerjasama ataupun usaha yang dibuat oleh peneroka-peneroka FELDA ini yang sesuai dengan matlamat kerajaan untuk memperkasakan FELDA. Jadi Tuan Yang di-Pertua, panggilan peneroka ini Tuan Yang di-Pertua amat sinonim dengan masyarakat FELDA. Jadi sesuai dengan perkembangan-perkembangan semasa, adakah kerajaan bercadang untuk mengubah sebutan peneroka kepada pengusaha FELDA supaya dapat melonjakkan dengan signifikan lagi kemajuan yang telah kita capai atau FELDA capai. Sekian, terima kasih. Dato' Haji Abdul Raman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, itu adalah soalan yang sangat baik. Sebenarnya dari segi sebutan ini ia tertakluk kepada persepsi kita. Ada juga orang kata kita meneroka angkasa lepas, jadi peneroka juga. Jadi terpulang kepada persepsi kita. Setakat ini tidak ada hasrat untuk pihak FELDA menukar perkataan peneroka kerana pada kita ia adalah suatu yang baik.

DR. 12.12.2007 7

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pensiangan.

4. Datuk Bernard S. Maraat [Pensiangan] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan adakah Kementerian sedar GMO memudaratkan kesihatan manusia, namun mendapat sambutan dari syarikat-syarikat pengeluar termasuk Malaysia, apakah pelan strategik kementerian agar meningkatkan penyelidikan supaya ianya mesra alam dan manusia. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato' S. G. Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, genetically modified organism ataupun GMO biasanya dibangunkan dengan kawalan sains yang ketat dan memerlukan penilaian risiko yang lengkap dan komprehensif sebelum ianya boleh ditanam di lapangan atau dikomersialkan. Sekiranya semasa peringkat penyelidikan dan pembangunan, sesuatu GMO itu didapati mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar atau kesihatan manusia, maka ia tidak akan dibangunkan dan dikomersialkan. Malah Malaysia baru-baru ini telah meluluskan Akta Biokeselamatan 2007 yang memerlukan semua GMO melalui penilaian dan perlu mendapat kelulusan jika perlu dibawa masuk ke negara ini walaupun ianya telah dikomersialkan di negara yang mengeluarkannya. Oleh itu akta ini merupakan satu instrumen yang penting untuk memastikan GMO atau makanan yang mengandungi bahan transgenic dengan izin, tidak memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. Sekian, terima kasih. Datuk Bernard S. Maraat @ Ben [Pensiangan]: Terima kasih Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, genetically engineered trees dengan izin - kita lebih kepada alam sekitar sekarang memberi impak yang buruk kepada hutan-hutan dan habitat flora dan faunanya. Soalan saya, kenapakah pengeluaran atau release of transgenic crops dengan izin ataupun tumbuhan transgenic memberi risiko yang tinggi terhadap alam sekitar? Kedua, apakah kesan GMO terhadap alam sekitar kita? Terima kasih. Dato' S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dengan adanya genetically modified organisms ini iaitu baik dalam makanan ataupun tumbuh-tumbuhan, sebenarnya ancamannya ialah kepada biodiversiti negara kita iaitu kalau ianya makanan kepada manusia. Jadi seperti Yang Berhormat kata tadi ancamannya ialah ianya mungkin kerana tidak ada perubahan dalam pokok tersebut, maka ianya boleh mengancam pokok-pokok asal. Biodiversiti kita mungkin akan terancam baik sama ada pokok ataupun ikan dan apa sahaja spesies yang hidup di muka bumi. Jadi itulah sebabnya kita mengadakan satu pemantauan ataupun keperluan yang ketat sebelum sesuatu GMO itu dilepaskan ke alam sekitar. Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Makanan-makanan GM, saya rasa terlalu banyak di pasaran sekarang. Kalau kita lihat laporan WHO tahun 2003, soy beans sahaja menguasai 63% kawasan yang telah pun ditanam. Begitu juga dengan jagung 19% dan Canola 5%. Oleh yang demikian sudah tentu makanan-makanan GM sudah ada di pasaran dan implikasinya ialah dengan nutritional, keracunan ataupun kesan alergenik. Yang kedua, gen-transfer dari makanan itu boleh masuk ke dalam gastro intestinal micro flora di dalam perut kita. Yang ketiga, memang ada kesan-kesan buruk terhadap kesihatan kita. Oleh yang demikian soalan saya ialah, adakah kerajaan melabelkan makanan- makanan ini jika ianya dibawa masuk ataupun di dalam negara kita sendiri adakah kerajaan sedia untuk mensijilkan makanan-makanan GM supaya orang-orang awam boleh membuat pilihan jika mereka membeli makanan-makanan tersebut.

8 DR. 12.12.2007

Dato' S. G. Sothinathan: Terima kasih Yang Berhormat Mambong. Sebenarnya kalau kita lihat Akta Biokeselamatan yang telah kita luluskan pada tahun ini, satu ciri utama dalam akta ini adalah tentang labeling iaitu memastikan bahawa pengguna dapat juga membuat keputusan mereka sendiri berdasarkan maklumat yang terkandung pada makanan tersebut. Sebenarnya dengan labeling ini tidak bermakna makanan GMO ini tidak selamat. Biasanya di negara-negara yang mengeluarkan yang ingin mengkomersialkan, mereka telah pun melakukan R&D mereka. Selepas itu barulah mereka membuat pengkomersialan barangan tersebut baik ke dalam negara kita ataupun mana-mana negara. Bagi negara kita walaupun kita tahu ianya adalah selamat mengikut R&D di negara asal tersebut, tetapi kita hendak memberi peluang kepada pengguna untuk membuat keputusan yang bijak oleh mereka sendiri. Jadi itulah sebabnya kita telah pun mengadakan elemen labeling itu sebagai satu yang wajib di bawah Akta Biokeselamatan ini. Cuma Akta Biokeselamatan ini belum lagi dikuatkuasakan kerana ianya baru diluluskan oleh Parlimen dan kita telah pun menyiapkan peraturan-peraturan untuk akta ini dan dijangka siap pada awal tahun akan datang. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Saya jemput Sepanggar.

5. Datuk Eric Enchin Majimbun [Sepanggar] minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan bilangan anggota polis dikenakan tindakan disiplin dalam masa lima tahun ini. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Dato' Mohd. Johari bin Baharum]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, statistik bilangan anggota dan pegawai PDRM yang telah dikenakan tindakan disiplin bagi tempoh lima tahun adalah seperti berikut:

TAHUN BILANGAN 2002 754 2003 912 2004 806 2005 615 2006 430 2007 (Januari hingga Julai) 201

Tindakan tatatertib yang telah diambil adalah tindakan buang kerja, amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, berhenti pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat. Terima kasih. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat, Bukit Gelugor berminat. Datuk Eric Enchin Majimbun [Sepanggar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memang tidak dinafikan bahawa bilangan itu hanya segelintir daripada keseluruhan anggota kita. Kita juga difahamkan bahawa beberapa segelintir itu juga salah laku mengambil dadah. Jadi apakah tindakan- tindakan ataupun apakah monitoring system yang diambil? Sekian, terima kasih. Dato' Mohd. Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan tindakan yang diambil kepada mereka yang terlibat dengan penggunaan dadah adalah seperti juga dengan lain-lain anggota masyarakat di negara kita ini. Maknanya mereka akan dihantar ke pusat-pusat pemulihan. DR. 12.12.2007 9

Dan selain daripada itu juga, sekiranya mereka berkeadaan yang agak mudarat, mereka akan diambil tindakan tatatertib seperti mana yang saya sebutkan tadi. Iaitu memberi amaran, denda atau sampai peringkat kita boleh melucutkan jawatan mereka. Itu tindakan-tindakan yang telah diambil kepada mereka yang terlibat di dalam PDRM. Terima kasih. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat Bukit Gelugor berminat Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Tumpat. Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan tindakan disiplin terhadap anggota polis, semalam Tuan Yang di-Pertua, anggota polis telah masuk ke kawasan Parlimen kita dan mereka antara lain telah menangkap beberapa orang tetamu-tetamu kita. Salah seorang yang mereka tangkap ialah Dato’ Haji Musatafa Ali, tetamu saya dan tetamu Kubang Kerian dan oleh sebab mereka tetamu kami, mereka juga tetamu Tuan Yang di-Pertua di Dewan yang mulia kita ini. Beliau telah datang awal-awal pagi dan menghadiri sebagai tetamu kita, pelawat kita di mesyuarat kita semalam. Pada tengah harinya di pintu utama Dewan Parlimen kita ini, beliau telah ditahan oleh pihak polis. Jelas tindakan ini salah dan saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri jika kerajaan berhasrat untuk melakukan sesuatu dengan izin, internal enquiry ataupun kalau didapati bersalah mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai- pegawai polis yang terlibat itu. Dato’ Mohd. Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya benda ini kita dah bahas panjang lebar semalam tetapi walau bagaimanapun untuk pengetahuan Yang Berhormat, sesiapa sahaja yang mempunyai kesalahan, kita tidak boleh menggunakan Parlimen ini sebagai tempat perlindungan. Kita tidak kira sama ada tetamu sesiapa pun. Siapa-siapa yang melakukan kesalahan di mana-mana tidak boleh menggunakan Parlimen ini sebagai tempat untuk bersembunyi dan sebagainya. Berkenaan dengan hal ini, pihak polis telah membuat siasatan dan mungkin perkara-perkara yang dilakukan oleh Dato’ Mustafa Ali itu kita tidak tahu oleh Yang Berhormat sendiri. Polis tahu apa yang mereka buat dan polis telah memanggil beliau. Saya difahamkan bahawa beliau telah dilepaskan semalam. Jadi saya rasa benda ini tidak ada apa-apa lagilah. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, satu lagi boleh? Tuan Yang di-Pertua: Gombak.

6. Datuk Dr. Rahman bin Ismail [Gombak] minta Menteri Kesihatan menyatakan epidemiologi obesiti di negara ini. Apakah tindakan pencegahan yang telah dan akan dijalankan oleh kerajaan. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Dato’ Lee Kah Choon]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kajian faktor risiko penyakit kronik yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2006 menganggarkan kira-kira 5.8 juta penduduk Malaysia berumur antara 25 hingga 64 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan dan kegemukan. I ni bermakna bagi setiap 100 orang penduduk dewasa, 32 orang akan mempunyai berat badan yang berlebihan. Bagi setiap 100 orang penduduk dewasa, 16 orang adalah gemuk. Sekiranya dibahagikan mengikut jantina, bilangan wanita gemuk adalah lebih ramai jika dibandingkan dengan lelaki. Kajian yang sama menunjukkan terdapat satu juta orang wanita gemuk berbanding dengan hanya 850,000 lelaki gemuk di kalangan penduduk berumur 25 hingga 64 tahun.

10 DR. 12.12.2007

Kegemukan meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapatkan penyakit- penyakit kronik seperti penyakit jantung koronari, diabetes, strok dan kanser. Oleh itu langkah-langkah pencegahan jangka panjang yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan adalah sebagaimana berikut: (i) menganjurkan kempen cara hidup sihat untuk komuniti yang memberikan penekanan pada aspek pemakanan sihat, hidup cergas dan aktif, tidak merokok dan minda sihat; (ii) memberikan pendidikan kesihatan dan kaunseling berhubung pemakanan yang sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian untuk mengurangkan berat badan sama ada yang dilakukan secara individu atau berkumpulan melalui media massa atau aktiviti-aktiviti di fasiliti kesihatan dan komuniti; (iii) menjalankan pengesanan awal kegemukan dan berat badan berlebihan yang dilaksanakan di klinik-klinik kesihatan dan hospital; (iv) melaksanakan program pengurusan berat badan seperti intervention berat badan berlebihan dan kegemukan, intervensi pra-diabetes,, perkhidmatan berhenti merokok dan khidmat nasihat menangani stress ; dan (v) menganjurkan kem-kem kesihatan yang menggalakkan orang awam supaya menjalani pemeriksaan berat badan dan faktor- faktor risiko penyakit tidak berjangkit di samping meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penjagaan kesihatan sendiri. Sekian. Datuk Dr. Rahman bin Ismail [Gombak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Kita tahu bahawa penyakit kardiovaskular adalah merupakan pembunuh utama di Malaysia. Kita dah tahu seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi bahawa ada enam juta orang dewasa dikatakan mengalami penyakit obesiti. Dijangkakan kalau tidak ada usaha yang serius dilakukan dalam masa 10 ke 15 tahun, kita akan menghadapi wabak penyakit-penyakit akibat daripada obesiti. Apakah penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti, komplikasi obesiti iaitu sebagaimana yang dikatakan tadi iaitu kardiovaskular, serangan jantung, lipid disorders, diabetes mellitus dan hypertension . Penyakit ini adalah penyakit-penyakit yang mahal untuk dirawat. Jadi yang satu lagi yang tidak disebut ialah pada masa ini iaitu ada satu kajian yang mengatakan bahawa iaitu ukuran yang lebih relevan menentukan penyakit kardiometabolik ialah ukuran lilit pinggang iaitu abdomen circumference Kalau untuk lelaki, kalau ukuran pinggangnya lebih daripada 35.4 dikatakan mengalami abdominal obesiti, 35.4 inci ataupun lebih dari 90cm. Kalau untuk perempuan, kalau ukurannya lebih dari 31.5 inci ataupun lebih daripada 80cm, dikatakan mengalami abdominal obesiti ataupun mengalami kita katakan sebagai buncit dalam bahasa biasa... [Dewan riuh] [Ketawa] Kajian yang dibuat oleh Dr. Robaayah Zambahari daripada Institut Jantung Negara. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 47.1% daripada sampel yang dibuat itu iaitu 2,000 sampel, lelaki mengalami masalah abdominal obesiti ataupun dalam bahasa biasa mengalami masalah buncit dan 60.2% wanita mengalami masalah ini. Jadi daripada jawapan yang diberikan oleh Setiausaha Parlimen, saya dapati bahawa beliau hanya menyatakan langkah-langkah pencegahan yang am, tetapi yang saya dapati bahawa tidak ada data epidemiologi yang menyeluruh.

DR. 12.12.2007 11

Contohnya, bagaimanakah taburan umur obesiti ini? Itu pun yang dikatakan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen ini tadi ialah obesiti yang dikaitkan dengan BMI – Body Mass Index tetapi bukan seperti mana yang saya katakan tadi. Selain daripada itu, taburan mengikut locality , jenis-jenis pemakanan tempatan, tabiat-tabiat pemakanan. Jadi kalau tidak ada data-data epidemiologi yang menyeluruh, kita tidak akan dapat mengadakan pencegahan yang berkesan. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, yang saya nak tanya, apakah kemajuan yang telah dicapai tentang National Plan of Action for Nutrition untuk melawan obesiti ini. Terima kasih. Dato’ Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, saya cuba untuk menjawabnya. Yang pertama ialah berkaitan dengan cara kita mengukur obesiti atau kegemukan ini. Tidak menafikan bahawa ada satu cara lagi seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat iaitu Waist Circumference Test., itu kita memang mengakui ini adalah satu cara selain daripada BMI atau Body Mass Index yang kita gunakan pada masa sekarang. Yang kedua adalah berkaitan taburan orang kegemukan di dalam negara kita. Kita memang ada ambil survey dan juga pengajian. Kita tengok bagaimana kita boleh tolong tetapi kegemukan ini ada dua faktor. Yang pertama kadang-kadang adalah kerana keturunan kita atau badan kitalah. Yang kedua adalah kerana cara hidup kita. Kalau kita tengok dari orang yang duduk di bandar-bandar ini, selalunya mereka makan sampai malam, 10, 11, 12 malam pun makan dan lepas itu tidur. Itu adalah di antara kita telah kesan bahawa di antara satu cara yang akan menambahkan kegemukan kita. Yang kedua adalah pemakanan. Makanan yang kita ambil itu kadang-kadang berlebihan dan kadang-kadang ia tinggi dari segi sugar atau kemanisan. Ini juga ada di antara faktor yang kita kenal pasti. Yang ketiga adalah kementerian selain daripada kerja-kerja yang kita jalankan, kita memang ada banyak program yang komprehensif dan juga polisi-polisi, perubahan polisi yang dijalankan. Misal kata, Menteri Kesihatan telah mengambil langkah untuk memastikan makanan segera ini untuk mempamerkan kalori dan juga bahan-bahan yang dimasukkan dalam makanan segera ini dan kita akan memerlukan mereka memasukkan information dengan izin, dalam bungkusan mereka. Yang ketiga adalah berkaitan dengan ubat-ubatan yang sentiasa dijalankan oleh semua syarikat farmaseutikal ini. Saya diberitahu pada masa yang tidak lama lagi, mereka akan menghasilkan satu ubat-ubatan di mana dia boleh mengurangkan kegemukan dalam badan kita dan ini adalah beberapa perkembangan yang sentiasa dijalankan dalam kementerian mahupun oleh pihak swasta. Sekian. Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam jawapan yang telah diberikan oleh Setiausaha Parlimen tadi menghubung kaitkan di antara obesiti dengan diabetes mellitus iaitu satu penyakit kronik. Daripada pemerhatian rambang yang sahabat-sahabat dan saya buat, mereka- mereka yang mendapat rawatan permulaan dengan menggunakan injection insulin untuk diabetes mellitus ini didapati mempunyai mobiliti yang rendah berbanding dengan mereka- mereka yang mendapat rawatan daripada pil-pil untuk diabetes mellitus. Daripada pemerhatian daripada sahabat-sahabat yang pulang daripada luar negara juga, kadang-kadang sampai 20 – 30 tahun mereka menggunakan injection insulin ini kurang mobiliti dia. Misalnya kerosakan saraf, masalah jantung, amat berkurangan berbanding dengan rawatan yang kita beri di dalam negara kita. Jadi saya hendak tanya kepada kementerian, apakah kita mempunyai juga kajian-kajian terhadap bentuk rawatan awal kepada mereka-mereka yang terhasil daripada komplikasi kegemukan terhadap penyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus ini? Terima kasih. 12 DR. 12.12.2007

Dato' Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan kencing manis ini, dia sentiasa mempunyai doktor-doktor yang tertentu. Kadang-kadang kita tidak boleh ambil dengan keseluruhannya. Dia kena tertumpu kepada badan seseorang itu. Mekanisme yang digunakan oleh setiap pesakit ini, dia berlainan dan saya yakin semua doktor-doktor ini dia akan membuat yang terbaik untuk pesakit mereka dan memilih mekanisme yang terbaik untuk pesakit mereka juga. Saya rasa ini bukan jadi satu masalah di negara kita. Sekian.

7. Tuan Chong Hon Min [Sandakan] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan terhadap tuntutan kenaikan gaji kakitangan sektor swasta. Timbalan Menteri Sumber Manusia [Datuk Abdul Rahman bin Bakar]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang prihatin terhadap tuntutan kenaikan gaji pekerja sektor swasta. Buat masa ini kadar upah pekerja ditentukan oleh pasaran buruh, market forces. Tertakluk kepada penawaran dan juga permintaan. Sehubungan dengan itu, kerajaan yang diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia, sedang mengadakan rundingan dengan perwakilan pekerja dan majikan bagi mencari satu formula ke atas kesesuaian tuntutan tersebut agar impak yang bakal dihadapi tidak akan menjejaskan daya saing negara. Pelaburan, kepentingan sosio ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat secara keseluruhan. Bagi makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan sedang menggalakkan para majikan melaksanakan sistem upah yang dikaitkan dengan Productivity-Linked Wage System (PLWS) dengan izin, supaya peningkatan gaji pekerja adalah selaras dengan peningkatan produktiviti mereka. Melalui sistem upah ini, pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang tinggi akan mendapat ganjaran yang lebih seiring dengan peningkatan produktiviti mereka. Para majikan pula akan mendapat pulangan atau keuntungan yang lebih tinggi melalui peningkatan produktiviti pekerja. Melalui sistem PLWS ini, pihak majikan juga akan berkongsi keuntungan yang diperolehi dengan pekerja. Ini secara tidak langsung akan membantu, meningkatkan pekerja di sektor swasta. Tuan Yang di-Pertua, disamping itu bagi sektor-sektor tertentu yang mudah terjejas iaitu yang bekerja dalam sektor di mana terdapat kadar kemiskinan yang tinggi dan memerlukan satu mekanisme untuk mengawal kadar gaji dan syarat pekerjaan bagi golongan pekerja tersebut. Akta Majlis Penetapan Gaji 1947, membolehkan Menteri Sumber Manusia menawarkan perintah supaya mewujudkan Majlis Penetapan Gaji (MPG) bagi tujuan pengkajian ke atas kumpulan berkenaan. Buat masa kini, Majlis Penetapan Gaji telah ditubuhkan bagi kumpulan pekerja seperti berikut: (i) pembantu klinik swasta di Semenanjung Malaysia; (ii) pembantu klinik swasta di Sabah; (iii) pengawal keselamatan swasta di Semenanjung Malaysia; (iv) pengawal keselamatan swasta di Sarawak; (v) pengawal keselamatan swasta di Sabah; (vi) pekerja am, pekebun kecil di Sarawak; dan (vii) pekerja am, pekebun kecil di Sabah. Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia sentiasa mengadakan kajian berkenaan sektor yang memerlukan satu mekanisme untuk penempatan bergaji. Pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), dan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) diambil kira dalam perkara ini. Terima kasih. DR. 12.12.2007 13

Tuan Chong Hon Min [Sandakan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kita dapat memerhatikan di pejabat bank komersial, bahawa Ahli-ahli Persatuan Pekerja Bank memakai lencana, “No people, no profit”. Menurut kakitangan bank ini, mereka meminta menaik gaji sebanyak 30% dan juga pemberian 2 bulan bonus selepas dengan izin, collective agreement mereka sudah luput. Mereka mengemukakan bahawa jurang perbezaan gaji CEO ataupun Pegawai Kanan Bank dengan kakitangan biasa amat ketara. Jadi mereka meminta perkongsian keuntungan bank yang berjuta-juta ringgit Malaysia dengan kadar yang lebih adil untuk menangani kos kehidupan yang kian meningkat. Apakah garis panduan dapat diberikan oleh Kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri kepada Persatuan Pekerja Bank ini dan majikan masing-masing supaya perundingan mereka dapat diselesaikan dengan secepat mungkin? Yang kedua, apakah pendirian dan juga keputusan kementerian terhadap tuntutan sistem gaji minima oleh MTUC bagi industri-industri yang tertentu di negara ini? Sekian, terima kasih. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, kita sangat menyedari tentang tuntutan pekerja-pekerja bank untuk mengadakan gaji minima 30% dan juga dua bulan gaji bonus. Bagi kementerian, meletakkan beberapa panduan yang boleh diguna pakai. Pertamanya ialah collective agreement yang sudah di luput itu boleh diperbaharui, iaitu di antara kesatuan ataupun di antara pekerja dengan pihak majikan itu sendiri. Sebenarnya pintu rundingan sentiasa terbuka dan Kementerian Sumber Manusia akan memberikan bantuan dalam soal menyelesaikan masalah-masalah ini. Dan kita lihat bahawa pihak majikan bank dan juga pihak kesatuan mempunyai satu asas yang boleh kita lakukan bersama iaitu persediaan untuk mengkaji semula gaji yang ada. Dan juga melihat keuntungan yang diperolehi oleh bank-bank yang ada itu dapat juga diberikan pulangan faedah kepada pekerja-pekerjanya. Pendek kata ianya tidaklah tutup pintu untuk diadakan perundingan selanjutnya. Jadi kita bersedia menjadi perantaraan untuk melaksanakan masalah yang ada kebelakangan ini. Perkara kedua ditanya tentang apakah pendirian kementerian tentang tuntutan oleh MTUC itu sendiri? MTUC meminta supaya diadakan gaji minimum dalam semua sektor. Sebagaimana telah beberapa kali saya jelaskan di dalam Dewan yang mulia ini, tidak boleh dilaksanakan pada semua sektor tetapi boleh dilaksanakan di beberapa sektor. Setakat hari ini kita telah pun melaksanakan gaji minimum di lima sektor dan dalam pengkajian pada tujuh sektor yang melibatkan keuntungan faedah dari segi penetapan gaji minimum pada lima sektor dan tujuh sektor yang akan kita lakukan ini kepada kira-kira 1.28 juta pekerja. Saya ingin jelaskan bahawa MTUC tidak perlu berdemonstrasi kerana kerajaan sentiasa membukakan pintu rundingan. Alhamdulillah sejak akhir-akhir ini, nampaknya MTUC boleh bekerjasama duduk semeja bagi menyelesaikan beberapa tuntutan-tuntutan dan kita menerima pandangan- pandangan yang baik serta logik daripada MTUC tetapi kita menolak pandangan- pandangan yang tidak logik dan juga boleh memusnahkan produktiviti majikan dan juga negara itu sendiri. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Puchong. Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Daripada jawapan permulaan tadi, Yang Berhormat telah menyentuh mengenai kuasa pasar ataupun market forces iaitu penawaran dan permintaan dan juga dia ada kaitan dengan produktiviti seseorang pekerja itu.

14 DR. 12.12.2007

Sedarkah Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu garis panduan telah dikeluarkan bahawa, saya mengkhususkan kepada graduates iaitu graduates kita ini lebih kurang 74% graduate kita, gaji permulaan dia bila dapat kerja pun kurang daripada RM2,000.00. Ini telah berlaku saya ingat lebih daripada 20 tahun. Sebagai contoh saya, semasa saya graduate , saya dapat seribu lebih dan saya tengok gaji permulaan graduate sekarang pun lebih kurang sama. So, saya hendak tanya, adakah kementerian membuat satu kajian mengapa ini berlaku? Kerana ini memberi satu implikasi yang serius kepada perkembangan ekonomi kita kerana ini ada berkaitan dengan kuasa beli. Kuasa beli ini ada kaitan dengan internal consumption ataupun right consumption di bawah sektor ekonomi. So , saya hendak tahu adakah kementerian ini bercadang supaya kita membuat satu kajian yang betul-betul serius bagaimana untuk mempertingkat lagi agar kuasa beli khasnya golongan graduates ini, adakah kementerian bercadang bahawa graduates ini kita boleh set satu minimum gaji kepada mereka supaya kos-kos kehidupan kita yang semakin hari semakin meningkat ini dapat dikurangkan beban dia kepada mereka? Itulah sahaja soalan saya Tuan Yang di-Pertua. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soal penetapan gaji dan perolehan gaji ini bukan kita tumpukan sahaja kepada graduan tetapi kepada semua pekerja. Kita sedar bahawa terdapat peningkatan kos sara hidup, pembelian dan juga tanggungan buat masa sekarang. Oleh yang demikian, pihak kementerian telah pun mengadakan satu bancian yang dikenali sebagai National Employment Return dan dalam itu, kita juga akan menentukan asas-asas apabila kajian ini telah selesai nanti. Setakat hari ini, kita telah pun mengedarkan 483,204 borang-borang NER ini kepada majikan-majikan dan kita telah pun menerima sejumlah 375,312 borang yang telah dihantar kembali dan kita telah key in borang-borang ini sejumlah 317,615. Apa yang saya hendak sebutkan bahawa dari segi kajian dan bancian ini, kita akan menentukan kadar-kadar dan juga akan memberikan saranan-saranan baru yang akan kita buat nanti dan perkara mengenai dengan graduan ataupun bentuk sektor-sektor keperluan, kesesuaian, ketetapan gaji itu akan terlaksana dengan selesainya kajian-kajian yang kita buat. Pendek kata kementerian tidak berdiam diri, sentiasa peka dan prihatin termasuk soalan daripada Yang Berhormat bagi Puchong sendiri. Terima kasih.

8. Tuan Shim Paw Fatt [Tawau] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan kursus-kursus yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar tidak jauh dari pilihan utama mereka. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi [Datuk Ong Tee Keat]: Tuan Yang di- Pertua, berdasarkan kelayakan yang dimiliki, pelajar yang memohon dibenarkan mengemukakan lapan pilihan program pengajian yang disusun mengikut keutamaan semasa mengemukakan permohonan mereka, permohonan kemasukan ke IPTA. Pemohon wajib memenuhi syarat am, syarat khas program serta kriteria pemilihan yang ditetapkan sebelum dipertimbangkan untuk ditawarkan tempat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mulai sesi akademik tahun 2006/2007, asal pengambilan dan pemilihan kemasukan ke ijazah pertama IPTA bagi program pengajian lepasan STPM dan setaraf dengannya adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai pemarkahan 90% akademik dan 10% ko-kurikulum untuk menentukan nilai merit seseorang pemohon. Kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat ke IPTA bergantung kepada susunan merit pemilihan program pengajian dan IPTA yang dipohon. Jika merit mereka tidak begitu tinggi dan memohon lapan pilihan dalam program pengajian kompetitif, kemungkinan besar pemohon itu tidak dapat tawaran program pengajian yang dipohon. Begitu juga jika mereka memohon untuk mengikuti pengajian hanya di IPTA yang popular, maka mereka mungkin menghadapi persaingan yang sengit dan akhirnya tidak mendapat sebarang tawaran ke IPTA berkaitan. DR. 12.12.2007 15

Kementerian amat prihatin tentang pemohon yang memperoleh merit tinggi tetapi gagal mendapat tempat dalam mana-mana lapan pilihan mereka. Sehubungan itu kementerian mengambil langkah membantu pemohon dengan menawarkan program pengajian di luar lapan pilihan pemohon yang mirip dengan pilihan awal di IPTA lain yang masih ada kekosongan melalui proses consolidation, dengan izin. Walau bagaimanapun, hanya pemohon yang menyatakan persetujuan semasa mengemukakan permohonan sahaja akan ditawarkan tempat berdasarkan kekosongan. Dasar tawaran di luar pilihan serta prosedur consolidation dengan izin, yang dilaksanakan melalui sistem dalam pemilihan telah disebarluaskan kepada para pemohon dan juga kaunselor semasa siri taklimat program outreach dengan izin, diadakan di seluruh negara. Hebahan ini disampaikan tidak lewat dari sebulan sebelum tarikh iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi sesuatu sesi akademik disiarkan. Kementerian juga telah mengedarkan brosur mengenai dasar pengambilan dan kaedah pengiraan merit yang diguna pakai dalam pemilihan kemasukan ke IPTA kepada pemohon, para kaunselor dan juga kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia untuk rujukan dan tindakan. Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya melalui program outreach kementerian telah pun mendidik para pemohon mengenai dasar dan prosedur mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA. Para kaunselor pula bertanggungjawab membimbing dan membantu para pelajar mengenai prosedur mengisi borang permohonan secara strategik agar peluang mendapatkan pendidikan tinggi adalah lebih luas dan fleksibel berdasarkan kepada kelayakan yang dimiliki oleh seseorang pemohon. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berdasarkan kepada jawapan Timbalan Menteri sebentar tadi, nyatakan program outreach yang telah dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, isunya di sini hari ini ialah setelah mereka mendapat tempat di universiti, belajar dalam kursus yang ditawarkan, mereka akan keluar sebagai graduan. Isu hari ini adalah isu yang sering kali dipertikaikan ataupun yang diperdebatkan hari ini ialah tentang dengan izin, mismatch ataupun yang dikatakan kita melahirkan ‘a square pack in the round hole’ dengan izin. Soalan tambahan saya adakah telah ada satu kajian yang di bawa oleh Kementerian Pendidikan Tinggi tentang keberkesanan program-program yang di buat di IPTA kita? Adakah graduan kita yang keluar ini telah dapat mencapai objektif kita diperlukan di sektor pasaran kerja ataupun kita masih lagi berhadapan dengan bagaimana kita katakan tadi bahawa mereka belajar di IPTA dengan kursus yang tidak kompetitif yang tidak memenuhi pasaran kerja, sekian terima kasih. Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian. Sesungguhnya soal induk ataupun soalan asal itu berkaitan dengan kemasukan ke IPTA dan bukannya bersangkut paut dengan mismatch. Walaupun demikian, sudi juga saya hendak menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Apa yang disarankan tadi oleh Yang Berhormat sesungguhnya merupakan satu-satunya fenomena yang perlu kita tangani bersama dan ini tidak semestinya bermaksud bahawa kursus-kursus tawaran IPTA buat ketika ini tidaklah berdaya pasaran ataupun less marketable dengan izin. Sesungguhnya ianya banyak bergantung kepada beberapa faktor; antara lain termasuk relevansi kurikulum. Kurikulum yang ditawarkan oleh IPTA yang sememangnya mendapat keprihatinan dan perhatian serius daripada pihak kementerian. Inilah satu- satunya yang pihak kementerian yang telah pun berusaha secara berterusan dengan kerjasama pihak sektor korporat. Selain daripada itu, saya kira sama ada seseorang graduan dapat pekerjaan yang serasi dengan program pengajiannya atau tidak. Ini juga bergantung kepada kebolehannya ataupun daya saingnya dan tidak semestinya kita ianya bergantung kepada inti ataupun isi kandungan kurikulum sahaja. Inilah serba sedikit yang saya boleh jawab Yang Berhormat. 16 DR. 12.12.2007

9. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) setakat manakah perlaksanaan projek-projek yang telah diluluskan yang telah dilaksanakan di dalam RMK9 bagi tahun 2005, 2006, dan 2007; dan (b) berapakah jumlah kewangan yang telah dikeluarkan bagi melaksanakan projek-projek ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Abdul Raman bin Suliman]: Tuan Yang di-Pertua, perlaksanaan projek-projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan bermula tahun 2006 dan sehingga 30 November 2007 sebanyak 29,997 projek telah diluluskan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 14,084 projek atau 47% berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. 11,307 projek atau 38% dalam peringkat pra-pelaksanaan dan bakinya sebanyak 4,566 projek atau 15% sudah siap. Siling peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan yang diluluskan berjumlah RM200 bilion dan dari jumlah peruntukan tersebut perbelanjaan sehingga November 2007 telah mencapai RM63.757 bilion atau 31.9%. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberi. Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi sudah beritahu kita punya perlaksanaan bagaimana. Namun kita tinggal beberapa tahun lagi, kita tinggal dua tahun lebih lagi. Bila itu projek belum dilaksanakan punya, bila kita boleh dilaksanakan. Banyak lagi belum siap lagi, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan tinggal dua tahun lagi kalau habis. Mana kita boleh siap. Malaysia mempunyai perancangan yang baik dalam bantu rancangan-rancangan Malaysia. Sekarang kita sudah ada Rancangan Malaysia Kesembilan, tapi sampai hari ini dalam implementasi memang kita ada masalah. Kita difahamkan dan khabar angin kita boleh dengar banyak dalang atas segelintir pegawai di Unit Perancang Ekonomi, kalau sesiapa kuncu-kuncu dia orang memang itu projek boleh dijalankan cepat. Mana-mana kalau bukan kawan sama dia orang memang ada susah dijalankan. Saya difahamkan itu menteri menjaga Unit Perancang Ekonomi selalu pun tiada. Selalu kalau ada mustahak dan meeting dia pun tidak mahu hadir. Apa masalah, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dato' Haji Abdul Raman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat dari Bintulu dah sebut, kalau Menteri itu ada hal mustahak ada meeting dia tidak datang kadang-kadang Yang Berhormat... Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Tidak, saya kata walaupun ada mustahak dia pun tidak mahu hadir. Apa masalah dia? Dato' Haji Abdul Raman bin Suliman: Saya ingat saya boleh jawab bagi pihak beliau kerana saya diwakilkan oleh Yang Berhormat Menteri untuk menjawab soalan yang ditimbulkan Yang Berhormat. Mengenai projek, seperti yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat, bahawa 47% berada di dalam pelbagai peringkat. Ertinya ada projek yang sedang dalam perlaksanaan awal, ada projek yang sedang peringkat pengambilan tanah umpamanya. Dalam hal seperti ini 47%, kita yakin bahawa dengan kaedah yang dipakai sekarang projek-projek ini akan dapat disiapkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ini kerana untuk makluman Dewan ini kerajaan sendiri telah mengarahkan khususnya Yang Berhormat Ketua Setiausaha Negara mempengerusikan satu jawatankuasa di mana ia akan meminta agensi pelaksana, kementerian-kementerian yang melaksanakan projek ini pada setiap minggu mereka memantau projek ini dari segi sejauh mana pelaksanaannya. Kita yakin dengan kaedah yang dipakai ini, laporan setiap minggu ataupun dua minggu sekali ini kepada pihak jawatan kuasa ini; maka projek-projek ini akan dapat dilaksanakan. DR. 12.12.2007 17

Mengenai dengan kata Yang Berhormat bahawa pegawai-pegawai EPU melambat-lambatkan, ia tidak timbul sama sekali kerana projek-projek ini semua telah diluluskan. Tidak lagi perlu mendapat kelulusan daripada EPU sebab ia telah diluluskan Cuma dari segi perlaksanaan ia sahaja, terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua: Sekijang. Datuk Haji Baharum bin Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah sebenarnya kriteria-kriteria yang diguna pakai oleh EPU ini untuk meluluskan sesuatu projek. Ini kerana kita lihat ada projek-projek yang penting, yang diminta oleh ramai yang diminta oleh wakil rakyat tidak diluluskan. Sedangkan ada projek-projek yang tidak diminta tiba-tiba muncul dengan cara yang tiba-tiba. Ini menimbulkan masalah bagi kita selaku wakil rakyat yang duduk di dalam kawasan-kawasan dia. Tiba-tiba kita tidak tahu, tiba-tiba satu projek ini. Jadi saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ini, apakah sebenarnya kriteria-kriteria yang diguna pakai, apakah dirujuk projek-projek ini kepada Ahli-ahli parlimen ataupun wakil-wakil rakyat tempatan sebelum dilaksanakan sesuatu projek ini. Terima kasih. Dato' Haji Abdul Raman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua sebenarnya ada beberapa kriteria yang dipakai. Khususnya kita lihat sama ada kalau projek ini melibatkan adanya obligasi sosial. Maka sudah tentulah ia difikirkan sama ada dari segi perlu atau tidak sesuatu projek di satu kawasan. Kemudian kalau kita lihat berkaitan dengan keperluan ataupun impak ekonomi sudah tentu ia melihat dari segi obligasi sosial berdasarkan kepada impaknya kepada projek itu dari projek itu sama ada ia boleh menjana pembangunan ekonomi dan sebagainya. Saya ingin memberitahu kepada Dewan ini, tidak semestinya semua projek itu feasible tetapi jika ianya tidak diperlukan, sudah tentulah pihak EPU tidak akan meluluskan projek itu kerana ada projek-projek yang mempunyai impak ekonomi baik. Akan tetapi ianya tidak diperlukan, kerana boleh menjejaskan perkara-perkara lain ataupun aktiviti lain di dalam kawasan persekitaran. Maka sudah tentu ini juga diberi perhatian dalam waktu mempertimbangkan sama ada projek ini viable ataupun tidak. Jadi, banyaklah kriteria yang dipakai berdasarkan kepada apakah objektif ataupun matlamat keperluan projek itu, Tuan Yang di-Pertua.

10. Dato' Abu Bakar bin Taib [Langkawi] minta Menteri Kesihatan menyatakan: (a) bilakah program Ambulan Laut (Sea Ambulance) hendak diadakan dan di mana; dan (b) adakah kementerian membuat kajian untuk menggunakan perkhidmatan helikopter sewaan dan ‘On Standby’ bagi kegunaan pesakit di Langkawi, Pulau Tioman dan lain-lain. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Dato' Lee Kah Choon]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan bahagian (a), Kementerian Kesihatan amat peka terhadap masalah yang dihadapi oleh Hospital Langkawi dalam proses menghantar pesakit yang memerlukan rawatan lanjut atau sekiranya berlaku sesuatu kecemasan. Oleh itu, pihak kementerian telah mengambil langkah yang sewajarnya dengan menandatangani kontrak perjanjian dengan sebuah syarikat feri untuk perkhidmatan Ambulan Laut di Langkawi pada Mac 2006 di mana pihak syarikat ada menyediakan sebuah feri khas untuk mengangkut pesakit sekiranya perkhidmatan tersebut diperlukan dalam kes-kes kecemasan.

18 DR. 12.12.2007

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan bahagian (b), Kementerian Kesihatan sememangnya menyedari tentang keperluan perkhidmatan helikopter bagi kegunaan pesakit. Oleh kerana perkhidmatan udara melibatkan kos yang tinggi, maka perkhidmatan helikopter hanya digunakan apabila terdapat keperluan sahaja. Perkhidmatan ini biasanya disediakan dengan kerjasama dari pihak Tentera Udara yang dipanggil ‘penerbangan ihsan'. Tiada perjanjian dibuat di antara pihak kementerian dengan mana-mana pihak yang terbabit. Sekian. Dato' Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: Tuan Yang di-Pertua, di Langkawi Sea Ambulance mengambil masa untuk menghantar pesakit ke Alor Star atau Kangar. Hantar ke Alor Star dua jam, hantar ke Kangar satu setengah jam. Keadaan ini saya percaya tidak boleh terimalah, tak boleh terima. Bagi helikopter atau pesawat, ia hanya mengambil masa setengah jam saja. Kita dapat lihat semasa berlakunya kemalangan semasa LIMA di mana tiga orang penerjun parachute mati dan dua orang dimasukkan ke ICU. Salah seorang daripada mereka telah dihantar ke Alor Star dengan menggunakan helikopter. Itu hanya mengambil masa setengah jam sahaja. Saya pohon kementerian supaya memikirkan langkah proaktif terutama sekali Langkawi kerana pulau pelancongan dan juga 2.2 juta orang datang ke Langkawi, Tuan Yang di-Pertua. 2.2 juta termasuk semualah yang luar negara dan dalam negara. Mintalah proaktif sikit Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Dato' Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Keadaan pengangkutan ambulan di Langkawi, kita sentiasa mengkaji dari semasa ke semasa dan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat, kita akan ambil maklum. Sekian.

11. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching] minta Menteri Pelajaran menyatakan berapa buah SJK(C) di seluruh Sarawak yang masih tidak ada guru besar dan apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini. Sama ada tindakan tersebut adalah berkesan untuk menyelesaikan masalah itu. Timbalan Menteri Pelajaran [Dato' Hon Choon Kim]: Tuan Yang di-Pertua, sehingga pada 16 Ogos 2007, jumlah kekosongan jawatan guru besar di sekolah jenis kebangsaan Cina adalah sebanyak 25 jawatan. Daripada jumlah tersebut, 12 jawatan untuk DGA34 dan 13 kekosongan untuk DGA32. Pada masa sekarang, lapan kekosongan telah pun diisi bermakna hanya 17 kekosongan masih belum diisi lagi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kekosongan tersebut sukar diisi kerana kurangnya calon-calon dalam zon kenaikan pangkat yang mempunyai kelulusan bahasa Cina. Walau bagaimanapun, bagi mengatasi masalah tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk mengenal pasti calon-calon yang mempunyai kelayakan termasuklah kelayakan bahasa Cina untuk diajukan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat Kementerian Pelajaran bagi tujuan memangku jawatan guru besar bukan dengan tujuan naik pangkat. Terima kasih. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kekurangan guru-guru yang fasih dalam bahasa Cina itu adalah satu masalah yang telah wujud berpuluh-puluh tahun di negara kita dan akibat daripadanya kita sekarang menghadapi kekurangan calon- calon untuk guru besar di SJK(C)-SJK(C). Dan kebelakangan ini kerajaan untuk menyelesaikan sebahagian masalah ini, telah membenarkan mereka yang telah lepas Chinese Middle School supaya diupah menjadi guru yang mengajar bahasa Cina di SK (sekolah kebangsaan) tetapi kenapa ada double standard nya di Kementerian Pelajaran bahawa mereka yang telah habis pendidikan di Chinese Middle School tidak dapat menjadi guru bahasa Cina di SJK(C) dan masalah kekurangan guru sehingga ini tidak dapat diselesaikan. Kenapa ada double standard dalam pelaksanaan polisi ini?

DR. 12.12.2007 19

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih walaupun soalan yang dikemukakan nampaknya memang tidak faham apa Yang Berhormat cakap. Sebenarnya perkara itu bukan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat, double standard dan lain-lain tuduhan. Saya nak beri makluman kepada Yang Berhormat, jawatan kosong guru besar masih belum dapat kita isikan kerana antara faktor-faktor penting ialah guru besar yang layak atau guru-guru yang layak naik pangkat memang tidak mahu untuk bertukar kawasan. Jadi, inilah satu sebabnya. Saya bagi contoh, bagi Gred DGA32, kekosongan adalah 10. Yang mohon hanya empat orang. Yang satu walaupun dia mohon, sudah kata siang-siang dia tak mahu tukar kawasan. Maknanya dia kena kekalkan di kawasan yang dia khidmat. Yang tiga kita tawar, dua tolak. Hanya seorang yang menerima tawaran. Jadi Yang Berhormat fahamlah itu keadaan yang kita hadapi. Bagi DGA34, kekosongan adalah 15. 28 yang mohon tetapi 12 orang sudah kata, letak syarat dia tak mahu ditukar tempat dan dua orang langsung tak hadiri untuk interview (temu duga). Jadi, 14 yang layak kita tawarkan tetapi malangnya tujuh yang telah terima tawaran juga tolak tawaran. Jadi Yang Berhormat fahamlah keadaan. Kalau tak faham, tanya. Jangan nak membuat tuduhan ada niatlah, double standard dan sebagainya. Itu langsung tak relevan. Terima kasih. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Bukan, ini relevan. Ini memesongkan Dewan, ini memesongkan Dewan. Kekurangan guru-guru yang fasih dalam bahasa Cina memang satu masalah yang berpuluh-puluh tahun... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat cukup. Cukup Yang Berhormat. Bagi peluang yang lain. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...Tidak diselesaikan. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Menyampuk] Hentam sama dia. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua, kita semua sedar kekurangan guru besar di sekolah-sekolah Cina bukan sahaja di negeri Sarawak tetapi di Sabah dan di seluruh negara. Susulan dari jawapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri menunjukkan bahawa ramai yang tidak minat adalah kerana sebab-sebab yang tertentu, tetapi satu di antaranya ialah gaji yang diberi kepada guru besar-guru besar pun tidak lumayan, ini menjadi satu masalah. Adakah kerajaan ingin mengambil guru-guru dari negara China di mana sebelum ini ada diberitahu bahawa kemungkinan besar guru-guru akan diambil? Juga guru-guru yang telah bersara, kenapa jawatan ini tidak diberi kepada mereka sambil kita mencari guru-guru besar yang berkelayakan? Berkaitan dengan ini, adakah kerajaan telah menukar dasar untuk membina sekolah baru Cina di seluruh negara ini? Jika ada berapa dan adakah Rancangan Malaysia Kesembilan, sekolah-sekolah baru Cina akan dibina? Terima kasih. Dato’ Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Ipoh Barat nampak rasional sedikit kerana ada berkenaan dengan apa Yang Berhormat tanya. Mengenai sama ada kerajaan nak mengambil masuk guru dari negara China, jawapannya ialah tidak. Kita masih ada caranya kita masih ada tahap untuk mengambil guru dari negara China untuk jadi guru besar atau isi jawatan guru. Yang Berhormat juga sebut gaji. Mungkin itu salah satu sebabnya tetapi saya rasa para guru juga mesti sedar bahawa ia ialah tanggungjawab mereka dan mereka patut mengangkat jawatan guru besar itu merupakan satu tanggungjawab yang diberikan kepada mereka untuk memimpin sekolah, bukan hanya dilihat dari segi gaji. Walaupun gaji cukup penting tetapi bukan segala-galanya. Jadi itulah pandangan saya. 20 DR. 12.12.2007

Yang Berhormat juga mengemukakan beberapa sekolah baru akan dibina, itu pun telah dinyatakan beberapa kali. Saya tidak ada hasrat untuk menjawab lagi. Terima kasih. Seorang Ahli: Tidak ada jawapan. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat sekian sahaja jawapan lisan pada pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Tuan Yang di-Pertua: Ada satu usul daripada Yang Berhormat pihak Menteri.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

11.33 pg. Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam ini.” Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Khamis 13 Disember 2007.” Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah “Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam ini, hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Tuan Yang di-Pertua: Sila... Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tuan Yang di-Pertua, atas Point of order dan Principle Privilege mengenai dengan 26(1)( b) mengenai apa yang berlaku semalam penangkapan BERSIH di Parlimen. Ada Ahli-ahli Parlimen berjumpa Tuan Yang di-Pertua mengenai perkara ini dan ingin tahu dari pihak IGP mengenai keadaan dan perkara yang sangat penting mengenai prinsip kedaulatan Parlimen. Bahawa bukanlah subordinat dan tidak dihormati oleh pihak polis dalam perkara ini. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mengenai perkara ini. Ini adalah terlibat ataupun berkait dengan keutuhan ataupun kesucian dan kemuliaan Parlimen. Sebenarnya keutuhan dan kesucian ataupun sensitiviti Parlimen adalah berada dalam Dewan ini sahaja. Ini pendapat saya. Sekiranya ada perkara-perkara Dewan ini yang digugat bermakna sensitiviti tidak Dewan ini tidak diganggu gugat dalam menjalankan urusan perbahasan sebagai Ahli Parlimen, tugas Ahli Parlimen untuk kepentingan orang ramai. Walau bagaimanapun, kalau ada perkara-perkara lain yang berlaku, umpamanya menggugat ketenteraman ataupun ada jenayah berlaku atau difikirkan akan berlaku yang menggugatkan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini jadi pihak polis pun boleh datang kalau ada jenayah berlaku. DR. 12.12.2007 21

Ataupun yang lainnya kalau ada perkara-perkara yang lain berlaku yang dikatakan, yang disebut, yang boleh diiktiraf sebagai menghasut dalam erti kata Akta Hasutan, itu juga bukan satu yang termasuk dalam sensitiviti Parlimen. Itu juga boleh didakwa. Begitu juga perkara yang boleh mengganggu-gugat, umpamanya perjalanan mahkamah yang boleh membabitkan keadilan kepada yang terlibat dalam perbicaraan mahkamah. Jadi sensitiviti ataupun kemuliaan dan keutuhan Parlimen itu juga ada batasnya, tidak mutlak. Pada pendapat saya juga bahawa mengikut prinsip Parlimen di kawasan Parlimen. Mengikut akta, kebetulan saya semak semalam. Mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, jelas juga menunjukkan bahawa, saya baca seksyen yang relevan “Ketua Polis Negara, mana-mana ketua pegawai polis dan mana-mana pegawai polis yang berpangkat penolong penguasa dan sebagainya dan bertugas menjalankan tugas mengawal atau jaga di dalam kawasan larangan atau tempat larangan untuk menjalankan kuasa-kuasa seorang pegawai berkuasa di bawah akta ini.” Parlimen adalah satu kawasan yang telah diberi notis ataupun digazet sebagai kawasan larangan dalam erti kata Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959. Seksyen 4(1) menyatakan “Jika berhubung dengan mana-mana kawasan pada hemat Menteri adalah perlu sesuai manfaat bahawa langkah-langkah khas patut diambil bagi mengawal pergerakan dan kelakuan orang-orang di dalamnya, dia boleh dengan perintah mengisytiharkan kawasan itu sebagai kawasan larangan”. Itu dah dibuat tadi iaitu prinsip Parlimen ini telah digazet sebagai kawasan larangan. Seksyen 4(2) “Mana-mana orang yang berada di dalam mana-mana kawasan larangan hendaklah mematuhi apa-apa arahan bagi mengawal selia pergerakan dan kelakuannya yang diberi oleh pegawai berkuasa. Seorang pegawai berkuasa boleh memeriksa mana-mana orang yang memasuki atau bertujuan untuk memasuki atau berada di dalam kawasan larangan dan boleh menahan mana-mana orang tersebut bagi tujuan memeriksanya”. Seksyen 4(3) “Jika mana-mana orang semasa berada di dalam kawasan larangan tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberi di bawah subseksyen (2), maka tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang boleh diambil terhadapnya dia boleh dikeluarkan dari kawasan tersebut oleh pegawai berkuasa”. Jadi jelas di sini bahawa Parlimen sebagai kawasan larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, pihak polis jelas boleh menjalankan kuasa-kuasa seperti yang disebutkan tadi. Parlimen adalah satu kawasan yang telah digazet sebagai kawasan larangan. Walau bagaimanapun Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah pun bercakap dengan Ketua Polis dan juga masa akan datang ini saya akan berbincang dengan polis tentang prosedur-prosedur yang tertentu mengenai prinsip-prinsip ataupun kawasan larangan Parlimen, dan juga berkaitan dengan apa-apa tindakan di masa akan datang nanti. Itu sebagai prosedur tetapi pada asasnya pihak polis mempunyai kuasa-kuasa yang saya sebutkan tadi ke atas kawasan Parlimen ini. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Bukankah ini satu pengumuman ataupun satu tafsiran yang sangat berbahaya kali yang pertama di mana-mana Parlimen di dunia bahawa kita menerima sanctity Parlimen dan presint Parlimen begitu sempit di chamber ini sahaja. Ia tidak pernah berlaku. Kalau begitu adakah ini bererti bahawa Ahli Parlimen boleh ditangkap di bawa keluar Dewan ini. Ini unthinkable . Tidak boleh. Ini bukan bahawa Ahli Parlimen kebal (immunity ) tetapi dalam bangunan Parlimen dan presint Parlimen adalah sanctity Parlimen dan tidak boleh dicabuli. Oleh kerana far-reaching consequences ini dan kita tidak mahu menjadi laughing- stock the Commonwealth, Parlimen di dunia bukankah mustahak perkara bahawa ini patutlah dikaji dengan sedalam-dalamnya mungkin oleh Committee of Privileges atau apa- apa supaya kita tidak buat sesuatu tafsiran yang menidakkan prinsip kemuliaan dan kesucian Parlimen ini. 22 DR. 12.12.2007

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada sesetengah Parlimen di dunia ini mempunyai prosedur-prosedur yang tertentu mengenai sanctity of Parliament mengikut konvensyen, tetapi mengikut akta kita dan Malaysia mempunyai undang-undang yang tertulis. Sesetengah negara tidak ada mempunyai undang-undang yang tertulis tetapi konvensyen kebanyakannya, walaupun ada juga undang-undang. Jadi kita mengikut undang-undang tertulis yang ada. Ini tidak sama sekali mengikat atau mengongkong hak Ahli-ahli Parlimen untuk berbahas dan untuk mengemukakan apa-apa jua bagi kepentingan orang ramai. Dalam pada itu asasnya itu seperti tadi. Walau bagaimanapun saya akan membincangkan prosedur mengenai perkara ini dengan pihak yang berkenaan. Itu sahajalah.

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

RANG UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2007

Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk memperbadankan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, untuk mengadakan peruntukan mengenai arah, dasar dan strategi yang sewajarnya berhubung dengan pembangunan sosioekonomi di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara, untuk mengadakan peruntukan bagi penyelarasan antara agensi kerajaan untuk menggalakkan perdagangan, pelaburan dan pembangunan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara- perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Perdana Menteri; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

RANG UNDANG-UNDANG BANK NEGARA MALAYSIA (PINDAAN) 2007

Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Bank Negara Malaysia Tahun 1958; di bawa ke dalam Mesyuarat oleh Perdana Menteri; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

DR. 12.12.2007 23

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2007

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

11.43 pg. Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu rang undang-undang yang bernama Rang Undang-undang Kewangan 2007 untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990. Rang undang-undang ini adalah bagi membolehkan pelaksanaan langkah percukaian yang diumumkan dalam Bajet 2008 di samping untuk melaksanakan urusan kerajaan yang memerlukan pindaan kepada akta-akta tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam Rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai 72 fasal yang dibahagikan kepada lima bab seperti berikut: Bab I - Permulaan Dalam bab permulaan terdapat dua fasal seperti berikut: Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta ini iaitu dikenali sebagai Akta Kewangan 2007. Fasal 2 menerangkan tujuan rang undang-undang ini iaitu untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990. Bab II - Pindaan Kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 Bab kedua mengandungi dua bahagian yang terdiri daripada 55 fasal iaitu fasal 3 hingga fasal 57. Bahagian 1 Bab II terdiri daripada 35 fasal iaitu fasal 3 hingga 37 yang bertujuan untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 seperti berikut: Fasal 3 adalah bagi menyatakan tarikh berkuat kuasa bagi pindaan yang dibuat ke atas akta tersebut. Kesemua pindaan kepada akta mempunyai tarikh berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2008 kecuali seksyen-sekysen berikut: (a) Seksyen 6 dan 22 mulai 1 Januari 2008 (b) Subperenggan 12( a)(ii), (iii) dan (iv) seksyen 16; dan perenggan 36(d) mulai tahun 2007 (c) Seksyen 7, 9, 11 dan 13 mulai tahun taksiran 2006 (d) Seksyen 32 mulai 21 Februari 2007. Fasal 4 yang bertujuan meminda seksyen 3B bagi membolehkan syarikat luar pesisir Labuan membuat pilihan yang tidak boleh dibatalkan untuk dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 ke atas pendapatan daripada aktiviti perniagaan luar pesisirnya. Fasal 5 yang bertujuan meminda proviso kepada subseksyen 5(1) supaya pendapatan yang diterima oleh seseorang individu daripada keuntungan yang diagihkan oleh pengendali takaful daripada kumpulan wang keluarga kumpulan wang takaful semula keluarga atau kumpulan wang am tidak diambil kira bagi maksud pengiraan pendapatan yang boleh dikenakan cukai. Pindaan ini berbangkit daripada kemasukan seksyen baru 109E akibat pindaan kepada seksyen 60AA yang memperuntukkan layanan cukai khusus kepada perniagaan takaful. 24 DR. 12.12.2007

Fasal 6 adalah bertujuan untuk memasukkan perenggan baru 6(1)(j) supaya peserta takaful dikenakan cukai atas pendapatan yang diagih oleh pengendali takaful mengikut Bahagian 11 Jadual 1 seperti yang dinyatakan dalam subfasal 33( c) kelak. Fasal 7 adalah bertujuan memasukkan subseksyen baru 27(1A) untuk memberi layanan cukai yang sama di antara institusi kewangan dan institusi bukan kewangan berkenaan dengan penerimaan pendapatan daripada diskaun atau premium daripada pembelian atau penerbitan bon yang dianggap terakru sepanjang tempoh bon. Fasal 8 adalah bertujuan meminda perenggan 34(6): (a) untuk membenarkan potongan ke atas kos pengubahsuaian tempat kerja oleh majikan untuk kemudahan pekerjanya yang kurang upaya; (b) memasukkan perenggan baru 34(6)( ha ) bagi membenarkan potongan ke atas perbelanjaan menyediakan infrastruktur berhubung dengan perniagaan yang boleh diguna pakai oleh orang awam dan diluluskan oleh Menteri kewangan. Fasal 9 adalah bertujuan memasukkan seksyen baru 34C yang bertujuan memberi potongan ke atas perbelanjaan diskaun atau premium yang terbit daripada pembelian atau penerbitan bon pada setiap tahun sehingga tarikh matang bon iaitu mengikut prinsip terakru. Fasal 10 adalah: (a) meminda proviso kepada subseksyen 44(6) untuk menyelaraskan had pemberian potongan kepada individu bagi derma kepada institusi atau organisasi yang diluluskan supaya tidak melebihi 7% daripada pendapatan agregatnya. (b) Meminda subseksyen 44(6B) dengan memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan rayuan permohonan oleh institusi atau organisasi yang ditolak di bawah subseksyen 44(6) oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri; (c) Meminda subseksyen 44(11A) supaya peruntukan ini akan terpakai kepada syarikat luar pesisir yang membuat pilihan untuk dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat ]

Fasal 11 adalah bertujuan untuk meminda perenggan 44A(10)( d) berikutan dari penggantian kaedah-kaedah cukai pendapatan, potongan bagi pelaburan dalam projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan 2001 dengan kaedah yang sama tahun 2006. Fasal 12 adalah bertujuan: (a) meminda perenggan 46(1)( f) untuk memperluaskan potongan ke atas yuran pengajian tinggi kepada semua bidang pengajian di peringkat sarjana atau doktor falsafah; (b) memasukkan perenggan baru 46(1)( k) bagi memberi potongan hingga maksimum RM3,000 ke atas simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional berdasarkan deposit bersih dalam simpanan tersebut. (c) memasukkan perenggan baru 46(1)( l) bagi memberi potongan sehingga maksimum RM300 ke atas pembelian peralatan sukan. DR. 12.12.2007 25

Fasal 13 adalah bertujuan memotong seksyen 46A memandangkan tempoh masa bagi potongan ke atas faedah pinjaman bagi pembelian rumah kediaman telah pun tamat selepas tahun taksiran 2005. Fasal 14 bertujuan untuk meminda subseksyen 54A(3) bagi tujuan meminda peruntukan berkenaan dengan kredit dividen. Fasal 15 adalah bertujuan untuk meminda subseksyen 60AA untuk mewujudkan satu peruntukan khas mengenai layanan cukai khusus bagi perniagaan takaful yang mempunyai prinsip dan konsep yang berbeza daripada insurans konvensional. Antara lain, kursus yang disediakan ialah: (a) memberi kebenaran potongan ke atas bahagian keuntungan peserta yang diagihkan daripada Dana Takaful Keluarga dan Dana Takaful Am; (b) mengenakan cukai pegangan kepada kadar 8% ke atas pendapatan pelaburan yang diagihkan kepada peserta; (c) membenarkan potongan ke atas fi yang dibayar oleh Dana Takaful Keluarga dan Dana Takaful Am kepada Dana Pemegang Saham; (d) mengenakan cukai ke atas perbelanjaan memberi pinjaman tanpa faedah yang diperoleh semula dari Dana Takaful Keluarga; dan (e) membenarkan potongan ke atas perbelanjaan pinjaman tanpa faedah yang diberi oleh Dana Pemegang Saham kepada Dana Takaful Keluarga jika berlaku defisit kepada dana tersebut. Fasal 16 adalah bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 60I yang bertujuan untuk memberi layanan khusus kepada perantara bertujuan khas yang ditubuhkan bagi mematuhi kehendak syariah dalam membabitkan sekuriti Islam. Dengan peruntukan ini, pendapatan yang diterima oleh perantara bertujuan khas akan dianggap sebagai pendapatan masyarakat yang menubuhkannya. Di samping itu, perantara bertujuan khas ini juga dikecualikan daripada mematuhi mana-mana peruntukan akta. Fasal 18 adalah bertujuan meminda subseksyen 80(1) dan (2) bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri memperoleh akses penuh dan bebas, bukan sahaja kepada bangunan, buku dan dokumen tetapi juga kepada segala bentuk maklumat termasuk yang disimpan dalam medium elektronik, khasnya semasa penyiasatan dijalankan. Fasal 19 adalah bertujuan memasukkan subseksyen baru 107C(4A) untuk memberi kelonggaran kepada syarikat kecil dan sederhana yang baru ditubuhkan daripada mengemukakan anggaran cukai kena bayar dan membuat bayaran ansuran cukai bagi tempoh dua tahun dari tahun taksiran syarikat mula beroperasi. Fasal 20 adalah bertujuan meminda seksyen 108 bagi memperuntukkan bahawa cukai yang dikenakan ke atas keuntungan syarikat adalah cukai muktamad dan dividen yang diagihkan kepada pemegang sahamnya dikecualikan cukai. Pindaan ini berbangkit daripada pengenalan sistem percukaian single tier . Fasal 23 bertujuan meminda seksyen 110 untuk tidak membenarkan tolakan kredit cukai kepada pemegang saham ke atas pendapatan dividen yang diterima memandangkan syarikat tidak membuat potongan cukai ke atas dividen yang diagihkan. Pindaan ini berbangkit daripada pengenalan sistem percukaian single tier . Fasal 24 adalah bertujuan memotong seksyen 110A berbangkit daripada pindaan kepada seksyen 108 berikutan pengenalan sistem percukaian single tier . Fasal 25 adalah bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 110B untuk membenarkan potongan ke atas bahagian lebihan actuary yang dipindahkan daripada Dana Hayat kepada Dana Pemegang Saham bagi perniagaan insurans hayat. 26 DR. 12.12.2007

Fasal 26 adalah bertujuan meminda subseksyen 111(1A) untuk memudahkan pelaksanaan sistem taksiran sendiri iaitu untuk memperluaskan deeming provision untuk bayaran balik bagi cukai terlebih bayar kepada pembayar cukai selain daripada syarikat, badan amanah dan badan koperasi. Deeming provision ini menganggap borang cukai pendapatan sebagai notis penyata terlebih bayar pada hari borang tersebut dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Buat masa ini deeming provision ini hanya terpakai kepada syarikat, badan amanah dan koperasi sahaja. Fasal 27, 28 dan 29 adalah bertujuan untuk memotong seksyen 111A serta meminda subseksyen 120(1)(g) dan subseksyen 127(5). Pindaan ini berbangkit daripada pindaan kepada seksyen 108 berikutan daripada pengenalan sistem percukaian single tier. Fasal 30 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 142A untuk mewujudkan peruntukan khusus yang mengesahkan kebolehterimaan dokumen yang dihantar secara elektronik dan yang diimbas oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya boleh diterima pakai oleh mahkamah. Peruntukan khusus ini perlu memandangkan pada masa ini Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memperkenalkan sistem e-filing secara menyeluruh kepada pembayar cukai. Fasal 31 adalah bertujuan memasukkan subseksyen baru 152A(3), (4), (5) dan (6) bagi membenarkan ejen cukai memfailkan borang cukai pendapatan bagi pihak pembayar cukai melalui e-filing dengan hanya menggunakan nombor pendaftaran keselamatan ataupun nombor PIN ejen cukai tersebut sendiri. Fasal 32 adalah bertujuan meminda subseksyen 153(6) supaya Menteri Kewangan berkuasa memberi kelulusan ataupun pembaharuan kelulusan ejen cukai bagi tempoh minimum 24 bulan atau apa-apa tempoh lain. Fasal 33 adalah bertujuan: (a) meminda Bahagian I dan Bahagian XI, Jadual I supaya kadar cukai bagi syarikat, badan amanah, wasi dan penerima serta pendapatan yang diagihkan oleh unit amanah kepada pemegang unit syarikat bukan pemastautin dikurangkan daripada 27% kepada 26% bagi tahun taksiran 2008 dan 25% bagi tahun-tahun taksiran berikutnya. (b) memasukkan Bahagian XI baru untuk mengenakan cukai pegangan kepada kadar 8% atas agihan pendapatan yang diterima oleh persatuan takaful. Bagi persatuan takaful yang merupakan syarikat bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar 26% bagi tahun taksiran 2008 dan 25% bagi tahun taksiran berikutnya. (c) memasukkan Bahagian XII baru untuk mengenakan cukai pendapatan pada kadar 8% atas pendapatan bercukai dana keluarga bagi perniagaan takaful. Fasal 34 adalah bertujuan untuk memasukkan perenggan baru 38A, Jadual 3 untuk tidak mengenakan kenaan imbangan kepada syarikat yang melupuskan aset kepada REIT. Fasal 35 adalah bertujuan: (a) meminda sub perenggan 1(3), Jadual 5 bagi membolehkan lebih daripada satu panel Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) bersidang serentak pada masa yang sama. Ini bertujuan untuk mempercepatkan proses perbicaraan rayuan yang ditetapkan di hadapan PKCP ataupun Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan. (b) memasukkan perenggan baru 1A ke dalam Jadual 5 untuk membolehkan perbicaraan yang tidak dapat diselesaikan atas apa-apa sebab oleh PKCP yang memulakan perbicaraan rayuan didengar semula atau disambung oleh PKCP yang lain. DR. 12.12.2007 27

(c) meminda perenggan 17, Jadual 5 untuk memberi kuasa kepada PKCP membatal rayuan atas ketidakhadiran perayu pada perbicaraan yang telah ditetapkan. Fasal 36 adalah bertujuan: (a) memasukkan perenggan baru 12B ke dalam Jadual 6 dan meminda sub perenggan 13(1) Jadual 6 supaya dividen yang diterima dikecualikan cukai. Ini adalah kerana di bawah sistem percukaian single tier yang akan diperkenalkan mulai tahun taksiran 2008. Syarikat tidak lagi perlu memotong daripada dividen yang diagihkan dan perbelanjaan yang dilakukan dividen berkenaan tidak dikira bagi maksud cukai. (b) meminda sub perenggan 25(1)(c) Jadual 6 bagi memberi pengecualian cukai sepenuhnya ke atas manfaat persaraan yang diterima apabila bersara wajib pada umur 50 hingga 54 tahun mengikut kontrak pekerjaan atau perjanjian kolektif antara majikan dan pekerjanya. (c) meminda perenggan 33A dan masukkan perenggan baru 33B ke dalam Jadual 6 untuk memberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima oleh bukan pemastautin syarikat atau individu daripada sekuriti Islam yang diterbitkan dalam mata wang selain daripada ringgit. Fasal 37, bertujuan meminda Jadual 7A seperti berikut: (a) memotong sub perenggan 5(7) dan sub perenggan 7( f) berbangkit daripada pindaan kepada Seksyen 108 seperti di Fasal 20 berikutan pengenalan sistem percukaian single tier; dan (b) meminda sub perenggan 8( d) Jadual 7A untuk mengehadkan tempoh tuntutan elaun pelaburan semula kepada tahun 2010 bagi projek menukar sistem ternakan ayam itik daripada sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup. Tuan Yang di-Pertua, Bahagian II - Peruntukan Kecualian dan Peralihan. Bahagian II dan bab 2 terdiri daripada 20 fasal iaitu fasal 38 hingga 57 yang bertujuan untuk menyediakan peruntukan kecualian dan peralihan berikutan peralihan sistem percukaian daripada sistem interpretasi penuh kepada sistem percukaian single tier mulai tahun taksiran 2008. Tempoh peralihan selama enam tahun sehingga 31 Disember 2013 diberi kepada syarikat yang mempunyai baki kredit akaun seksyen 108 untuk menggunakannya bagi tujuan pengagihan dividen. Peruntukan ini juga menerangkan mengenai mekanisme dan syarat menggunakan baki kredit tersebut dan juga syarat bagi pemegang saham menuntut kredit cukai antaranya: (a) baki kredit akaun seksyen 108 yang dibenarkan bagi tujuan pengagihan dividen pada pemegang saham adalah baki setakat 31 Disember 2007. Kredit akaun seksyen 108 akan diselaraskan pada kadar cukai semasa jika syarikat membuat pengagihan dividen dan berlaku perubahan pada kadar cukai syarikat; (b) baki kredit akaun seksyen 108 hanya diselaraskan jika terdapat pengurangan cukai; (c) syarikat hanya dibenarkan membayar dividen tunai; 28 DR. 12.12.2007

(d) tuntutan kredit cukai oleh pemegang saham hanya dibenarkan bagi pegangan saham secara berterusan selama 90 hari atau lebih; (e) hanya perbelanjaan langsung berkaitan dengan pendapatan dividen sahaja dibenarkan tolakan dalam mengira pendapatan larasan dividen; dan (f) hanya dividen yang diterbitkan daripada pegangan saham biasa sahaja layak mendapat kredit cukai. Bab III Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Akta Setem 1949. Bab III terdiri daripada 5 fasal iaitu fasal 59 hingga 62 yang bertujuan untuk meminda Akta Setem 1949 dan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2008 seperti berikut: Fasal 59 adalah bagi meminda takrif duti setem dalam seksyen 2 untuk mengikuti surat cara yang dilekatkan setem pelekat atau setem bercop dengan duti permulaan yang dibayar. Pindaan ini berbangkit daripada pengenalan peruntukan baru yang memberi alternatif kepada pemeroleh untuk dikenakan duti permulaan atas pindah milik hartanah berdasarkan penilaian pihak ketiga. Fasal 60, bertujuan: (a) memasukkan seksyen baru 36A bagi memperuntukkan kaedah alternatif kepada pemeroleh untuk dikenakan duti permulaan ke atas surat cara pindah milik hartanah berdasarkan penilaian pihak ketiga sementara menunggu penilaian daripada penilai kerajaan. Ini bertujuan untuk membolehkan hartanah dipindahkan segera tanpa perlu menunggu penilaian kerajaan. Di samping membayar duti setem yang ditafsirkan berdasarkan pihak ketiga, pemeroleh yang memilih kaedah alternatif ini dikehendaki mengemukakan jaminan bank sebagai sekuriti bagi tujuan pembayaran duti tambahan sekiranya penilaian oleh kerajaan adalah lebih tinggi daripada penilaian pihak ketiga; dan (b) memasukkan seksyen baru 36B untuk memberi kuasa kepada pemohon membuat taksiran tambahan jika amaun duti sebenar yang dikenakan berdasarkan penilaian kerajaan adalah lebih tinggi daripada amaun duti permulaan yang telah dibayar. Duit tambahan ini perlu dibayar dalam tempoh 30 hari dan jika gagal, pemungut boleh menggunakan jaminan bank bagi menjelaskan amaun duti yang belum dibayar. Fasal 61 bertujuan meminda subseksyen 37(1) untuk memberi kuasa kepada pemungut untuk membuat perakuan bagi pembayaran duti permulaan dan surat cara tersebut telah dianggap disetemkan dengan sewajarnya. Fasal 63, bertujuan meminda subseksyen 38A bagi memperluaskan hak merayu kepada pembayar duti yang tidak berpuas hati dengan taksiran supaya meliputi taksiran tambahan yang dibuat oleh pemungut di bawah seksyen 36A iaitu kaedah alternatif mengenai bayaran duti permulaan. Fasal 64 adalah pindaan kepada seksyen 39 yang berbangkit daripada pengenalan seksyen 36A. Tuan Yang di-Pertua, bab keempat pindaan kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Bab keempat mempunyai lima fasal iaitu fasal-fasal 65 hingga 69 yang bertujuan untuk meminda Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Fasal 65 menyatakan tarikh kuat kuasa bagi fasal 66 mulai tahun taksiran 2009 dan tahun-tahun taksiran berikutnya.

DR. 12.12.2007 29

Fasal 66 bertujuan: (i) meminda subseksyen 16(7A) untuk membenarkan potongan ke atas kos pengubahsuaian tempat kerja oleh majikan untuk kemudahan pekerjanya yang kurang upaya; dan (ii) masukkan subseksyen baru 16(7)(BA) bagi membenarkan potongan ke atas perbelanjaan menyediakan infrastruktur berhubung dengan perniagaannya yang boleh diguna pakai orang awam dan diluluskan oleh Menteri Kewangan. Fasal 68 bertujuan meminda subseksyen 33(1) dan (2) bagi membolehkan ketua pengarah mempunyai akses penuh dan bebas bukan sahaja kepada bangunan, buku dan dokumen tetapi juga segala bentuk maklumat yang disimpan dalam media elektronik khasnya semasa penyiasatan dijalankan. Fasal 69 bertujuan meminda Jadual Ketiga untuk tujuan pelarasan dengan Akta Cukai Pendapatan 1967 seperti berikut: (i) memindah subseksyen 1(3) supaya lebih dari satu Panel Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) bersidang serentak pada masa yang sama; dan (ii) memasukkan perenggan baru 1A untuk membolehkan perbicaraan rayuan yang belum selesai disebabkan PKCP yang memulakan perbicaraan rayuan telah tamat tempoh perkhidmatan didengar semula atau disambung oleh PKCKP yang lain. Tuan Yang di-Pertua, meminda perenggan 15B untuk memberi kuasa kepada PKCP berkuasa membatalkan rayuan jika perayu tidak hadir pada perbicaraan yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, bab V pindaan kepada akta cukai aktiviti perniagaan luar pesisir Labuan 1990. Bab V mempunyai tiga fasal iaitu fasal-fasal 70 hingga 72 yang bertujuan untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990 seperti berikut: Fasal 70 menyatakan tarikh kuat kuasa bagi bab ini adalah mula tahun taksiran 2009 dan tahun-tahun taksiran berikutnya. Fasal 71 bertujuan untuk meminda subseksyen 2(3) berbangkit daripada pengenalan seksyen 3A yang memberi pilihan kepada syarikat luar pesisir Labuan supaya pendapatan daripada aktiviti perniagaan luar pesisir dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Fasal 72 bagi memasukkan seksyen baru 3A untuk membolehkan syarikat luar pesisir Labuan membuat pilihan untuk dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi aktiviti perniagaan luar pesisirnya. Pilihan yang dibuat adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan. Perolehan ini bertujuan untuk memberi layanan cukai yang responsif kepada syarikat luar pesisir Labuan dalam usaha untuk mengekalkan daya saing dalam jangka masa panjang. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Timbalan Yang Di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada sesiapa yang menyokong? Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya [Dato' Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang Di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. 30 DR. 12.12.2007

Dato' Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: [ Bangun] Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun] Timbalan Yang Di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Hulu Langat.

12.11 tgh. Dato' Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana saya diberi peluang untuk membahaskan rang undang-undang ini. Sebelum itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat kita ke dalam Dewan yang mulia ini iaitu daripada Persatuan Kebudayaan DUN Sipitang, Sabah kawasan Tuan Yang di-Pertua, yang diketuai oleh Pengiran Lalong. Selamat datang. [Tepuk] Mereka ini tidak akan ditahan, mereka ini orang yang baik-baik. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kementerian yang mengambil inisiatif ini untuk membentangkan beberapa pindaan yang berkaitan dengan hal- hal kewangan negara. Walaupun pembentangan ini dilihat agak lewat kerana ianya telah banyak menyusahkan pelbagai pihak dalam urusan perniagaan atau urusan yang berkaitan dengan isu-isu kewangan termasuk cukai, setem dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjuruskan perbahasan saya ke arah perkara- perkara yang berkaitan dengan pindaan kepada Akta Setem 1949 dan perkara-perkara yang mendapat kesan daripada pemakaian undang-undang yang berkenaan. Sudah sedia maklum bahawa setiap dokumen surat cara pindah milik hartanah atau harta kekal atau harta tidak alih memerlukan satu proses yang agak panjang. Selalunya proses ini menjadi lewat atau tidak dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin disebabkan oleh berlakunya perkara-perkara birokrasi, perkara-perkara red tape dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ini menyebabkan pelbagai pihak menghadapi tekanan terutama sekali kepada pemeroleh yang ingin menggunakan harta tersebut untuk tujuan perniagaan, pelaburan dan akhirnya memberi keuntungan kepada negara. Akta Setem 1949 telah banyak kali dipinda dan pindaan terakhir kali ini adalah untuk kononnya mempercepatkan proses ini. Proses penilaian setiap hartanah, harta tidak alih yang ingin dipindah milik melalui proses yang sangat panjang. Bermula daripada pengisian borang-borang tertentu, pembayaran pendaftaran dan diikuti oleh proses yang melibatkan pelbagai jabatan. Di antaranya Jabatan Duti Setem, Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta dan kemudiannya berakhir di Pejabat Pendaftaran Hak Milik Tanah tidak kira di peringat daerah atau di peringkat negeri. Tuan Yang di-Pertua, amalan yang dilaksanakan sekarang ini melalui proses yang cukup panjang sehingga ada yang menyebabkan berlaku perbuatan-perbuatan yang tidak diingini untuk mempercepatkan proses ini. Sudahlah proses untuk tujuan penilaian bagi menentukan duti setem mengambil masa yang agak lama, kemudiannya pula diikuti dengan proses pendaftaran. Walaupun perkara ini bukan di bawah bidang kuasa kementerian ini, tetapi ianya memberi kesan keseluruhan kepada matlamat kerajaan untuk mempercepatkan efficiency sesuatu proses yang berlaku di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, apakah usaha pihak kementerian dengan kerjasama kementerian-kementerian yang lain untuk mempercepatkan proses ini? Bukankah ianya telah menjurus kepada penggunaan sistem berkomputer? Apakah amalan penggunaan sistem berkomputer ini tidak lagi berjaya menyelesaikan masalah-masalah red tape atau proses birokrasi yang sangat tinggi? Tuan Yang di-Pertua, walaupun pindaan ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2008, ianya sudah mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Saya ingin menyentuh tentang pindaan yang membenarkan duti pindah milik dibayar berdasarkan kepada laporan nilai hartanah yang dikemukakan oleh pihak ketiga atau swasta. Sebagai tambahan kepada nilaian ini, ketetapan ini pihak pemeroleh mestilah menyertakan jaminan bank. DR. 12.12.2007 31

Tuan Yang di-Pertua, jaminan bank kepada orang-orang di Kuala Lumpur, di bandar-bandar besar di Johor Bahru, Pulau Pinang biasa, satu perkara kehidupan harian mereka. Bayangkan kalau pemeroleh itu berasal daripada Kuala Krai misalnya, daripada sempadan Siam - Arau, yang mungkin juga buat pindah milik hartanah di sebelah Siam. Ingin membuat pembeli hartanah di sebelah Siam dan membandingkannya dengan keadaan negara ini. Sudah tentu terdapat perbezaan perundangan. Begitu juga dengan keadaan-keadaan di Sabah atau Sarawak yang juga menggunakan peruntukan yang sama termasuklah di Sipitang Tuan Yang di-Pertua. Adakah jaminan bank ini satu kaedah mutlak terakhir yang boleh diguna pakai bagi memastikan bahawa semua pindah milik, semua pembayaran setem dibuat dan dapat diguna pakai oleh setiap pemeroleh. Tuan Yang di-Pertua, keadaan ini nampaknya bukanlah memudahkan, malah sesetengahnya pula mungkin boleh menyusahkan pihak- pihak tertentu. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara berkenaan jaminan bank. Bank adalah institusi perniagaan, institusi yang memikirkan keuntungan, institusi yang hanya memberi jaminan bergantung pada kolateral. Apakah jaminan pula kepada orang yang dijamin ini akan membayar balik jaminan tersebut? Adakah kita perlu meletakkan kolateral dalam bentuk hartanah lain atau kolateral dalam bentuk sijil saham, atau kolateral dalam bentuk harta-harta yang lain sebelum pihak bank ini bersetuju untuk mengeluarkan jaminan bank? Timbalan Yang Di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, gulung Yang Berhormat. Dato' Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Baru separuh. Tuan Yang di- Pertua. Saya melihat perkara ini sebagai satu perkara yang banyak menyulitkan. Saya minta pihak kementerian untuk menilai adakah ini alternatifnya, atau ada atau tidak pilihan lain yang boleh diguna pakai oleh mereka yang tidak mempunyai kepakaran, kepandaian dalam bidang-bidang tertentu. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan bahawa setelah anggaran dibuat oleh pihak ketiga, setem dibayar dan proses pendaftaran berikutnya dibuat. Saya ingin bertanya, adakah dengan berlakunya kekurangan pembayar setem itu akan menyebabkan pemilikan hartanah itu boleh dipertikaikan kerana berlaku kecacatan dari segi pendaftaran. Adakah pihak kementerian ingin juga melihat peruntukan-peruntukan seksyen 341 misalnya indivisibility of title di bawah Kanun Tanah Negara mempunyai kesan yang negatif. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan bahawa adakah taksiran tambahan yang dibuat oleh pihak ketiga ini boleh disalahgunakan. Apabila pindah milik dilakukan dengan bayaran setem yang berkurangan, kemudian pemeroleh memindahkan semula tanah itu kepada pihak ketiga tanpa menunggu muktamadnya jumlah setem yang perlu dibayar. Apakah usaha kerajaan untuk menghalang perkara ini dari disalahgunakan? Saya minta pihak kementerian melihat kesan atau implikasi kewangan yang berlaku terhadap pindaan ini. Tuan Yang di-Pertua, hanya satu lagi perkara yang ingin saya nyatakan di bawah pindaan kepada Akta Setem ini ialah berkaitan dengan berapa lamakah, apakah kaedah menentukan jaminan bank itu. Bagaimana angka jaminan bank itu ditentukan? Siapakah yang menentukan jumlah ini? Berapakah jumlah ex-amount nya dengan izin? Kalau ini tidak ada garis panduannya, ia sudah tentu akan menyebabkan budi bicara tanpa batasan oleh pihak-pihak tertentu. Akhirnya ia akan juga melambatkan proses pembayaran setem, memuktamadkan jumlah bayaran setem dan akhirnya juga melambatkan keseluruhan proses pendaftaran atau pindah milik tanah. Jadi saya minta perkara ini diperhatikan dan ia tidak menyusahkan rakyat terutama sekali pemeroleh supaya mereka pasti, yakin bahawa harta yang mereka perolehi, harta yang mereka beli, harta yang mereka laburkan ini mendapat pulangan sewajarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Tumpat.

32 DR. 12.12.2007

12.22 tgh. Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya berhajat untuk bercakap ringkas sahaja dalam perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2007 ini. Saya yakin sahabat saya Yang Berhormat Kepong akan memberikan ulasan yang mendalam tentang keseluruhan fasal-fasal yang ada dalam rang undang- undang ini. Saya merujuk khusus kepada fasal 12 iaitu meminda seksyen 46 Akta Ibu berkaitan dengan fees dengan izin, kita tidak perlu dengan izin sebab naskhah teks ini pun dalam bahasa Inggeris dan dah bertahun-tahun Tuan Yang di-Pertua saya menegur kerajaan, kenapa rang undang-undang kita masih lagi dalam bahasa Inggeris? Negara kita sudah 50 tahun merdeka! Kerajaan dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan khususnya Jabatan Peguam Negara lebih berminat pergi ke mahkamah-mahkamah rendah atas kes-kes jaminan terhadap orang-orang yang melakukan kesalahan-kesalahan yang amat kecil tetapi tidak menumpukan langsung untuk meminda rang undang-undang, undang-undang yang sedia ada supaya bahasa Inggeris itu digantikan dengan bahasa negara kita. Nak dipanggil bahasa Malaysia, panggillah tetapi kalau sepatutnya kalau Gerik ada bersama dia akan membantahnya dan sepatutnya harus dinamakan bahasa Melayu. Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini memberikan kepada individu peluang untuk menuntut potongan cukai sejumlah maksimum RM5,000 daripada cukainya untuk tujuan sebagaimana yang tertulis dalam rang undang-undang ini, “(f) fees expended in that basis year by that individual on himself for - (i) any course of study up to tertiary level, other than a degree at Masters or Doctorate level, undertaken for the purpose of acquiring law, accounting, Islamic financing, technical, vocational, industrial, scientific or technological skills or qualification; or (ii) any course of study for a degree at Masters or Doctorate level undertaken for the purpose of acquiring any skills or qualification.” Saya bersetuju Tuan Yang di-Pertua pada dasarnya supaya peluang untuk menambahkan ilmu dan peluang untuk memperoleh pendidikan diberikan kepada rakyat kita. Cara untuk menyokong usaha ini ialah dengan memberi peluang supaya cukai mereka itu dipotong atau dikurangkan untuk tujuan begitu. Jadi ini saya fikir satu usaha yang baik, tinggal lagi yang saya persoalkan ialah dua perkara. Yang pertamanya, RM5,000 ini adalah suatu jumlah yang sangat kecil berbanding dengan kos pendidikan negara kita yang amat tinggi sekarang. Saya dengan itu mendesak pihak kementerian supaya menimbangkan kaedah-kaedah dan cara-cara lain supaya kos ini dapat dikurangkan. Sama ada mengekalkan potongan RM5,000 ini dan dicampurkan dengan dasar- dasar, insentif-insentif kerajaan kepada institusi-institusi pendidikan tinggi itu untuk memberi insentif kepada mereka jika mereka mengadakan kursus-kursus untuk orang-orang yang berkedudukan sedemikian dan sebagainya. Ianya akan membantu melalui insentif-insentif tambahan kepada institusi-institusi khususnya IPTS-IPTS tersebut. Jadi saya ingin mencadangkan supaya tindakan itu diambil dan saya menyeru supaya masyarakat kita mengambil peluang untuk menggunakan peluang untuk mendapatkan pendidikan sama ada yang tidak mempunyai ijazah-ijazah langsung ataupun orang yang sedang bekerja sama ada di syarikat-syarikat swasta ataupun di jabatan- jabatan kerajaan.

DR. 12.12.2007 33

Saya amat yakin jika anggota masyarakat kita, jika pegawai-pegawai kerajaan kita mempunyai pendidikan yang tinggi, mereka akan menjadi pegawai-pegawai yang lebih baik, yang lebih berhemah, tidak menahan menangkap orang sewenang-wenangnya hanya kerana mereka pegawai polis di mana-mana tempat sekalipun tetapi akan menggunakan ilmu yang mereka perolehi dan dapati itu dengan cara yang lebih baik dan dapat menjadi manusia yang lebih sempurna, insya-Allah. Seterusnya ialah di fasal 12 juga iaitu tentang potongan, “(k) an amount limited to a maximum of three thousands ringgit deposited in that basis year by that individual for his child into the Skim Pendidikan Nasional account established under the Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Act 1997 [Act 566]”. Tuan Yang di-Pertua, ini potongan maksimum RM3,000, rasanya tiap-tiap tahun untuk tujuan pendidikan anak-anak kita. Satu lagi dasar yang saya rasa perlu kita sokong tapi saya ingin sekali lagi bertanya apakah pendirian kerajaan dan Kementerian Pendidikan Pelajaran tentang pendidikan anak-anak kita. Dahulunya zaman saya dan ramai di sini kita berpeluang untuk mendapat biasiswa-biasiswa sama ada mengikut dasar-dasar, ciri-ciri, perkara-perkara Perlembagaan yang tertentu kita dapat biasiswa ataupun atas merit kita, kita akan dapat biasiswa. Sama ada pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan tertiary dengan izin, universiti. Ini kita telah nak menginstitusikan untuk selama-lamanya seolah-olah bahawa kerajaan tidak ada lagi dasar untuk memberi biasiswa kepada anak-anak negara kita ini. Jadi ini saya fikir perlu difikirkan dan ditimbangkan oleh pihak kerajaan supaya ia tidak seharusnya digunakan untuk menjadikan kerajaan tidak bertanggungjawab memberikan pendidikan percuma yang sebenar-benarnya bukan sahaja potong yuran sekolah yang RM4.50 setahun ataupun sekolah menengah RM9.00 setahun. Itu tidak ada kesan kepada rakyat dan rakyat ingin merayakan pesta pendidikan percuma bermula tahun 2008 tetapi dengan potongan hanya RM4.50 ia tidak berbentuk apa-apa perayaan kepada rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya Kepong. Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: [Menyampuk]

12.29 tgh. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ya apa masalah? Tuan Yang di-Pertua, saya seperti biasa bangun untuk menyentuh beberapa perkara. Perkara yang kena-mengena dengan kastam eksais dan percukaian. Tuan Yang di-Pertua, cukai dalaman termasuk cukai jualan, cukai jualan atas petroleum, ini penting, cukai perkhidmatan, duti eksais dan levi keuntungan luar biasa menyumbang 75% daripada kutipan hasil berkenaan dan kutipan daripada pindaan-pindaan ini mungkin akan mencapai lebih kepada RM30 bilion. Tadi Yang Berhormat Hulu Langat pun ada point yang relevan untuk pindaan ke atas setem. Ada sedikitlah kerana ini… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Itu Yang Berhormat Hulu Langat bahas jangan bahas lagilah. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Itu saya takkan sentuh. Tambah pula Tuan Yang di-Pertua pun dia hendak mengehadkan masa pula. Dengan hal mungkin RM30 atau RM 40 bilion ini, nak hadkan masa. Inilah masalah. Saya pun berharaplah Yang Berhormat Arau boleh menyentuh itu… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat jangan libatkan banyak kawasan lain Yang Berhormat. Yang Berhormat tumpukan kepada perbahasanlah. 34 DR. 12.12.2007

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tidak. Saya hendak menggalakkan dan mengambil teladan daripada Yang Berhormat Hulu Langat untuk menyertai perbahasan kita kerana Perlis dia mendapat peruntukan kecil. Dia hendak mendapat peruntukan banyak daripada Rancangan Malaysia, jadi mestilah membangkitkan masalah-masalah daripada Perlis dan apa kena mengena dengan cukai kastam eksais. Dia tidak terlibat dengan hal ini macam mana hendak dapatkan peruntukan lebih? Saya hendak buat cadangan kepada dia. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat dah putar-putar dah empat minit Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tak sampai empat minit. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya mencadangkan supaya cara mengutip cukai itu diperbagaikan dengan lebih berkesan. Saya nampak ada satu kenderaan pintar yang dikenali sebagai Delta Tax . Memang ada Delta Tax pergi ke Arau dan tempat-tempat yang lain. Delta Tax ini ialah pejabat bergerak dilengkapi kemudahan teknologi terkini bagi memastikan urusan kastam lebih cepat dan telus serta tidak mengganggu urusan perdagangan. Delta Tax ini mesti kita galakkan kerana kalaulah pada suatu hari kelak, pendapatan daripada petroleum kita merosot, kita mesti dapat hasil daripada benda-benda yang lain kerana petroleum bukan kekal selama-lamanya. Mesti akan habis. Apa masalah dengan itu Yang Berhormat Larut? Sekarang ditendang oleh Pertubuhan Bola Sepak tak puas hati lagi? [Ketawa] Tak puas hati lagi... Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat kalau tak ada apa-apa Yang Berhormat tak usah bercakap Yang Berhormat. Kita banyak lagi kawan-kawan lain hendak bercakap, Yang Berhormat. Kita ada pandangan kita. tidak membuang masa stage a walkout, dengan izin. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, cukup. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya memang… Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Keluar ramai- ramai, lepas itu tunggu Perdana Menteri dekat luar. Ini apa ini Yang Berhormat? Buang masa sahaja Yang Berhormat... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah. Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Peraturan Mesyuarat Yang Berhormat. Jangan buang masa. Bagi chance pada wakil-wakil BN hendak bercakap. Yang Berhormat tak ada modal, sudahlah Yang Berhormat. Semalam pulaukan mengundi. Sekarang masuk balik. Apa ini Yang Berhormat? Jadi senior member ini... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah. Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Saya mintalah Yang Berhormat tak payah berucaplah Yang Berhormat. Bagi orang lainlah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong, teruslah. Faktalah. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, itulah masalah pasukan Malaysia bola sepak itu kalahlah sekali lagi di Korat. Itulah masalah... Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Yang Berhormat tahu ke Korat di mana Yang Berhormat? Yang Berhormat kata Larut itu di Johor. Yang Berhormat geografi pun tak tahu Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Oh, pasukan bola sepak Malaysia kalah lagi itu. Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Biasalah kalah Yang Berhormat. Ini England pun kalah Yang Berhormat. England lagi malu kalah Yang Berhormat. Kita biasa menang badminton Yang Berhormat... DR. 12.12.2007 35

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Larut. Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Larut pun tak tahu di mana, Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat berhentilah Yang Berhormat, beri orang lain Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong sila teruskan. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya hendak… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Pendekkanlah Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ya. Saya hendak menumpukan perhatian kepada masalah yang di depan kita kerana di dalam pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan dan juga kepada akta yang lain ini, banyak disebutkan mengenai takaful. Tuan Yang di-Pertua,… Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Yang Berhormat boleh minta penjelasan Yang Berhormat? Saya minta penjelasan sikit Yang Berhormat. Sama ada Yang Berhormat berucap ini tidak ada apa-apa hendak bercakap, sekadar menunggu Ketua Pembangkang masuk siapkan ucapan baru Yang Berhormat akan berhenti? Minta sikit penjelasan Yang Berhormat? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, tak payah ganggulah Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, daripada yang dihujahkan oleh Yang Berhormat tadi, Yang Berhormat bagi Balik Pulau ini dia memang tekun. Dia buat kerja baik dan dia mengemukakan point-point yang relevant bukan seperti Yang Berhormat Larut... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Terus kepada… Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ya, nak… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kalau tidak Yang Berhormat kena gulunglah Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Eh, macam mana boleh gulung lagi? Saya mencadangkan… Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Daripada tadi tak cakap apa-apa lagi ini Yang Berhormat Kepong. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya mencadangkan supaya kita mempelbagaikan cara-cara untuk mengutip cukai termasuklah tadi saya sebutkan dengan Delta Tax, dan sebagainya kita mempertingkatkan cara-cara yang terkini dan disebutkan di dalam pindaan ini. Cara elektronik pun disebutkan dan ini memang satu langkah yang perlu kita ambil dan juga dengan cukai perkhidmatan, cukai value added tax. Kalau kita tidak ada memang kutipan cukai akan kurang. Saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan setakat mana kita dapat melaksanakan value added tax ini? Walhal Tuan Yang di-Pertua pun tahu lebih 15 tahun yang lepas pun, 20 tahun untuk disebutkan, untuk mengadakan value added tax sebab sekarang ini setakat mana dengan pencukaian perkhidmatan kita dan sebagainya. Setakat mana kita dapat mempertingkatkan cara untuk mengadakan value added tax kita ini yang perlu dibuat kalau kita hendak beri peruntukan lebih kepada Perlis, memang kita mesti dapat hasil yang lebih banyak. Tuan Yang di-Pertua, secara ringkaslah, kita di sini saya memang setuju dengan fasal 8 kita ini, dengan pindaan yang dicadangkan seseorang layak untuk memotong daripada pendapatan kasarnya, suatu amaun yang bersama dengan perbelanjaan yang dilakukan olehnya bagi pembaikan atau pengubahsuaian premis yang perlu bagi membantu mana-mana orang kurang upaya dalam pengajiannya. Ini memang satu langkah yang betul. 36 DR. 12.12.2007

Kita mesti memperluaskan langkah seperti ini untuk sama-sama memberi perkhidmatan, pertolongan dan galakan kepada OKU kita. Kita pun akan membahaskan satu rang undang-undang mengenai OKU. Ini memang satu langkah yang perlu kita ambil untuk mengatasinya. Setakat inilah dengan pindaan yang ada ini, Yang Berhormat untuk menguatkuasakan, berapa syarikat dan berapa orang yang dianggarkan sebagai penguat kuasa bagi OKU kita ini? Di sini Tuan Yang di-Pertua, kerana banyak yang disentuhnya, Takaful yang, saya percaya inilah salah satu perkembangan yang baik kerana di Malaysia ini kita memang setakat ini kita mendahului orang lain dengan Takaful kita. Kerana pada tahun 1995, kita pun ada Asean Takaful Group (ATG) dan ini melibatkan Brunei, Indonesia dan Singapura. Yang Berhormat, setakat ini apakah perkembangan dengan ATG ini dan juga pada tahun 1997, industri Takaful kita sudah mewujudkan Asean Retakaful International (ARIL) sebagai satu badan luar pesisir di Labuan. Dengan adanya ARIL ini sebagai satu saluran untuk Retakaful dan setakat inilah Yang Berhormat, apakah perkembangan mengenai ARIL ini? Tuan Yang di-Pertua... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, habiskanlah Yang Berhormat... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Banyak hendak habis... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Habiskanlah ucapan Yang Berhormat... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Nak habis? Banyak lagi? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baiklah. Ada lagi nanti peringkat pindaan Yang Berhormat... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Macam mana ada lagi pindaan? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat boleh bercakap lagi di bahagian pindaan, dengan spesifik. Cukuplah Yang Berhormat... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Banyak lagi itu. Sudah buat catatan banyak. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: [Ketawa] Biarlah, tak apalah. Yang Berhormat, ya... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Hendak saya berhenti sekarang? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Order macam mana pulak itu? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kepong cukuplah. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Itu mengenai Takaful sahaja. Belum lagi saya sentuh mengenai Petroleum. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Sudah cukup dah? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Ledang, lima minit boleh?

DR. 12.12.2007 37

12.42 tgh. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya terus dan saya juga ingin menyokong Usul ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, selepas ini kementerian menjawab. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Saya terus merujuk kepada fasal 66 tentang Akta Petroleum. Di dalam fasal ini, disebut pindaan yang dicadangkan orang yang dikenakan cukai yang menyediakan infrastruktur berhubung dengan perniagaannya yang boleh digunakan oleh orang awam dan diluluskan oleh menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya tertanya-tanya kenapa hanya dikhususkan untuk Petroleum sedangkan industri gas juga sedang berkembang di dalam negara kita atau adakah ia termasuk industri gas? Namun bila saya merujuk Akta ini adalah Akta Petroleum, maka ia khusus untuk industri Petroleum. Sedangkan.. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: [Bangun] Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Boleh Tuan Yang di-Pertua? Sekejap satu minit mencelah, setengah minit. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat bagi Ledang. Ini soal Petroleum surtax ataupun surcaj ini dalam kawasan-kawasan perniagaan. Saya minta satu penjelasan atau pendapat dari Yang Berhormat soal surtax yang dikena bayar kepada penumpang-penumpang MAS ini yang agak fluctuating . Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya jika Kementerian Pengangkutan atau siapa pihak yang mengutip cukai petroleum surtax ini, yang memaksa penumpang untuk membayar surtax ini? Jadi adakah Yang Berhormat bersetuju jika ini di standardize kan? Supaya tidak memberi kekeliruan kepada para penumpang dan kepada orang ramai dan sebagainya? Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Putatan. Saya bersetuju sangatlah kerana ia berkaitan dengan kepentingan orang ramai dan segala itu mengelirukan. Berbalik kepada Akta Petroleum itu tadi, Tuan Yang di-Pertua saya bertanya adakah ia termasuk ataupun boleh dirangkumkan dengan industri kepenyeliaan infrastruktur untuk gas. Sebab Tuan Yang di-Pertua, NGV sekarang telah pun menjadi satu keperluan yang besar dalam negara kita tetapi setakat ini penggunaannya amat terhad kerana kekurangan NGV station di seluruh negara. Kabinet baru sahaja meluluskan dan mengarahkan Petronas supaya menyediakan tidak kurang daripada 200 stesen NGV di seluruh negara menjelang akhir tahun 2008 tetapi sehingga sekarang, tidak ada tanda-tanda yang kita boleh pegang bahawa stesen tersebut yang berjumlah 200 boleh disediakan menjelang akhir tahun 2008. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya satu kaedah memberi peluang kepada orang awam untuk turut serta di dalam industri penyediaan ataupun perkhidmatan NGV ini dengan memberikan juga kemudahan ataupun potongan cukai sebagaimana orang awam yang terlibat dengan perniagaan petroleum. Barulah Tuan Yang di-Pertua, sekejap, satu minit lagi. Barulah NGV dapat digunakan seluas-luasnya di dalam negara kita dan tidaklah kita terkongkong dengan Petronas sahaja yang saya fikir tidak larat lagi atau tidak mampu untuk menyediakan kemudahan tersebut di seluruh negara. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, saya menjemput kementerian menjawab. Setiausaha Parlimen, sila.

38 DR. 12.12.2007

12.46 tgh. Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan ini iaitu ahli daripada Kuala Langat, Tumpat, Kepong dan juga Ledang dan Putatan telah mencelah tadi. Terima kasihlah di atas ini. Tentang Ahli dari Kuala Langat telah secara langsung menyokong usaha ini untuk memudahkan penilaian harta tanah yang telah dibeli. Ini memang satu tindakan yang saya kira boleh membantu untuk mempercepatkan lagi proses untuk mendaftar hak milik yang telah pun dibeli atau pemeroleh tadi. Iaitu kalau sebelum ini kena tunggu penilaian daripada kerajaan, tetapi dengan pindaan ini maka pihak syarikat swasta atau penilai swasta boleh digunakan dan dengan penilaian itu, maka duty stamp dibayar dahulu tetapi kena ada bank guarantee . Bank guarantee ikut keadaan Tuan Yang di-Pertua, mana yang munasabahlah. Bank guarantee kalau kita buat di kampung, memanglah susah tetapi apa yang kita tahu apabila hendak buat pendaftaran, dia berpusat di bandar-bandar. Jadi, orang kampung kena pergi ke bandar untuk berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan. Oleh itu, bermakna segala kemudahan ada di bandar termasuklah juga untuk mendapatkan bank guarantee. Bank guarantee ini Tuan Yang di-Pertua, dia maknanya duit disimpan di dalam bank dan bank keluarkan guarantee . Itu maksudnya Tuan Yang di- Pertua. Dato' Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Hulu Langat bangun Yang Berhormat. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Itu terpaksa diambillah kalau tidak, kalau tidak pegang apa-apa pun, jadi masalah juga. Kalau tidak cukup cukai duty stamp ini, maka kerajaan rugi. Sebab itu kena pegang sesuatu, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, ringkas Yang Berhormat bagi Hulu Langat. Dato' Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya mohon dua penjelasan. Setelah saya perkatakan tadi bahawa bank guarantee itu hanya dikenali oleh mereka yang memahami urus niaga bank. Kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, urusan pindah milik hartanah ini dilakukan oleh orang-orang kampung secara individu. Tanah milik, tanah rizab Melayu, tanah customary land , tanah adat dan sebagainya, dan ini dilihat sebagai perkara yang menyukarkan. Itu yang pertama. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya lihat pindaan ini hanya memperuntukkan bahawa jika nilaian oleh penilai kerajaan, adalah lebih tinggi daripada yang dikemukakan itu. Tidak ada peruntukan sebaliknya. Apa jadi jika nilaian kerajaan adalah lebih rendah daripada stamp yang kena dibayar? Bila kerajaan hendak bagi balik wang lebihan itu? Adakah dia terpaksa melalui proses pembayaran balik seperti kita membayar lebihan cukai pendapatan? Ini satu perkara yang perlu diambil kira. Saya berharap supaya ia tidak menyusahkan mana-mana pihak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap seksyen ini tentulah ada peraturan yang saya sebutkan sebagai peraturan untuk melaksanakan tiap- tiap seksyen ini. Maksudnya kalau dari segi kelebihan kutipan cukai tentulah dia kena dibayar balik. Maknanya ada peraturannya Tuan Yang di-Pertua bukan maksudnya bila kerajaan ambil semua sekali tidak boleh hendak bayar balik. Tentulah ada peraturan saya sebutkan tadi untuk dipulangkan balik cukai yang terlebih dikutip Tuan Yang di-Pertua. DR. 12.12.2007 39

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat itu sahaja yang telah pun di cerita panjang oleh Yang Berhormat bagi Hulu Langat tadi. Beliau telah pun bercakap satu perkara ya tadi? Tuan Yang di-Pertua... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Yang Berhormat. Kena habiskan sebelum Jawatankuasa. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Ya, Tumpat juga menyokong usaha oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan beban cukai kepada individu, terutama sekali mereka yang hendak mengikuti pendidikan tinggi sama ada peringkat sarjana ataupun falsafah dan kerajaan telah pun mencadangkan membuat potongan RM5000. Ini Tuan Yang di-Pertua adalah satu usaha yang baiklah oleh kerajaan. Walaupun nampaknya kecil tapi setiap individu mendapatkan berbagai-bagai potongan yang lain Tuan Yang di-Pertua termasuklah potongan diri sendiri, potongan untuk keluarga, anak-anak dan sebagainya dan ada potongan-potongan yang lain. Ini adalah tambahan kepada potongan sedia ada di bawah income tax in Tuan Yang di-Pertua. Bermakna termasuk juga potongan untuk skim simpanan dengan RM30 ini juga untuk tiap-tiap tahun. Kalau dia tambah simpanan setiap tahun, maka dia dapat potongan RM30 ini Tuan Yang di-Pertua. Makna satu pengurangan yang amat ketara yang dapat diperoleh oleh mereka yang hendak belajar berterusan Tuan Yang di-Pertua. Tentang Kepong Tuan Yang di-Pertua, Kepong bertanya tentang kaedah-kaedah cara pengutipan cukai terutamanya tentang OKU ini memang satu perkara yang telah pun kerajaan buat untuk memberi potongan cukai kepada perbelanjaan yang dibuat untuk OKU.

Ada dua perkara Tuan Yang di-Pertua, sama ada dalam premis mereka, peniaga itu ataupun juga diberi potongan cukai untuk mereka yang contoh saya beri untuk mereka yang membina kemudahan untuk orang ramai menggunakan. Maknanya contohnya kalau katakan bank mengadakan satu pedestrian crossing contohnya. Dia dekat dengan premisnya, mereka juga mendapat potongan cukai. Bermakna apa juga yang dibelanjakan oleh pihak swasta untuk OKU dan untuk kemudahan orang ramai maka mereka mendapat potongan cukai Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua tentang kehendak oleh Kepong untuk mendapatkan status. Mana Yang Berhormat bagi Kepong tidak ada?... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, jawab Yang Berhormat. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Status tentang cukai VAT ini,saya perlu mendapat notis untuk mendapatkan explanation secara perinci tentang status pelaksanaan VAT Tuan Yang di-Pertua. Tentang cara-cara untuk mengutip cukai dengan lebih berkesan lagi, memang pihak Kastam dan semua pihak menggunakan berbagai-bagai cara termasuk pergi melawat premis dan sebagainya, mengenakan sistem elektronik, mengadakan pejabat bergerak. Ini dilakukan oleh pihak kastam dan juga pihak Hasil Dalam Negeri Tuan Yang di-Pertua... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Habiskan jawapan Yang Berhormat. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tentang status Takaful Asian Group ini dan Takaful Asian Group Brunei, Singapura dan Malaysia yang ini saya perlu notis. Tentang Retakaful Internasional begitu juga saya perlu notis Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ini perkara yang spesifik. Ledang, tentang isu lama iaitu NGV. Ini memang Kabinet telah pun mengarahkan supaya Petronas mengadakan 200 stesen, tapi nampaknya hari masih lagi... Dato’ Sei Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Boleh tidak minta sikit Yang Berhormat? Terlanjur saya hendak tambah sikit sebab orang lain tidak bertanya.

40 DR. 12.12.2007

Tentang cukai ini Yang Berhormat, saya punya pandanganlah servis caj yang dikenakan oleh semua pihak. Saya tengok kita bayar Yang Berhormat, tapi dia orang tidak bayar kepada pihak berkenaan. Boleh tidak dikaji balik, tidak ada makna kalau kita dikenakan tapi benda tidak pergi kepada kerajaan. Kerajaan menanggung rugi, rakyat menanggung rugi. Kaji baliklah, makna tidak perlu kita kenakan. Biar rakyat bayar terus kepada kerajaan daripada kita dikenakan tax tadi tapi collection tidak begitu seperti mana yang dilakukan. Kita bayar macam kata Tuan Yang di-Pertua buat dinner semalam jamuan makan malam di sebuah hotel. Kena bayar dia punya servis tax, tapi adakah cukai itu tadi dibayar kepada kerajaan? Kalau begitu baik kita bayar terus kepada kerajaan daripada kita melalui orang lain. Boleh tidak, dikaji semula Yang Berhormat, perkara ini dipertimbangkan? Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Terima kasih, saya pergi ke Ledang dulu. Tentang NGV memang arah sudah ada tapi setakat ini Petronas masih lagi gagal untuk mengadakan 200 stesen itu dan cadangan beliau adalah why not, kenapa tidak buka kepada orang. Selain daripada Petronas, orang lain. Ini satu perkara, cadangan yang baru yang saya kira boleh diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Maknanya kalau orang lain daripada Petronas mengadakan kemudahan ini maka beliau perlu dibagi insentif cukai dan sebagainya Tuan Yang di-Pertua. Tentang Yang Berhormat bagi Putatan tadi berkenaan dengan hendak petrol station mahu di standardize. Yang ini saya harap mendapat perhatian daripada kementerian yang berkenaanlah. Tentang service charge ... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat... Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Sikit... Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Ini jawapan yang tidak betul, sebab saya sudah bertanya dengan Timbalan Menteri Pengangkutan. Ini terpulang kepada Menteri Kewangan, di mana ini keep ding dong ding dong susah juga. Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Yang Berhormat cakap sekali Yang Berhormat? Saya hendak ucap tahniah pada Petronas kerana hari ini saya sendiri nampaklah di sebuah negara adanya kiosk stesen Petronas, bagus. Menampakkan bahawa kita keluar negara, tapi negara itu macam sahabat saya sebut tadi, memanglah bila lagi kita hendak... Bukan setakat memperkenalkan supaya kita sendiri membuat inisiatif. Kalau kita hendak menggalakkan pembangunan gas ini. sebab di luar negara baru-baru ini di Sumatera dah ada dah. Saya turun-turun daripada lapangan terbang nampak, cukup membanggakan saya Yang Berhormat. Usaha Petronas di luar negara tapi kita di sini dalam negara kita ini bagaimana? Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, itulah saya sebut tadi bahawa Petronas ialah perlu diingatkan supaya pencepatan lagi proses pembangunan stesen NGV ini. Tuan Yang di-Pertua tentang... Itulah Tuan Yang di-Pertua ini petroleum surcharge dikenakan oleh MAS pengangkutan. Saya tidak tahu... Ataupun kalau begitu saya berjanji akan semak sebenarnya siapa yang bertanggungjawab. Saya akan bagi maklumat... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, habiskan jawapan... Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Saya akan bagi maklumat secara bertulis Tuan Yang di-Pertua. Tentang servis caj Tuan Yang di-Pertua, ya memang proses sekarang ini dikenakan 5% dan kepada kedai-kedai yang dia punya gross income nya ialah RM500 ribu setahun, mereka kutip 5% dan memang dimasukkan dalam bil tapi cara sekarang ini ialah...

DR. 12.12.2007 41

Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Yang timbul sekarang Yang Berhormat, mereka mengambil kesempatan Yang Berhormat. Mereka tidak bayar kepada kerajaan. Kenapa tidak kita hapuskan sahaja? Biar kita bayar kepada kerajaan daripada kita bayar pada orang lain. Mereka kutip Tuan Yang di-Pertua, kita harap dengan benda itu dibayar pada kerajaan. Tidak kira sekarang ataupun tidak, tapi tidak dibayar. Di salah gunakan, kononnya diambil tapi kita bayar. Jadi kenapa kalau begitu tidak payahlah, kita bayar mengikut apa yang patut kita bayar. Tidak perlu lagi service charge . Boleh dikaji balik Yang Berhormat? Kerana saya fikir berjuta-juta ringgit wang rakyat yang rugi yang tidak sampai pada kerajaan. Jadi bagaimana kita hendak menambahkan lagi kekuatan kedudukan kewangan negara? Daripada kita membayar kepada orang lain restoran ke, kedai-kedai yang dikenakan, baik kita bayar terus kepada kerajaan. Itu pandangan saya, boleh tidak dikaji balik? Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, saya memang bersetuju dengan pihak Yang Berhormat bagi Larut. Memang berlaku sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, bila kutipan dibuat tapi tidak sampai pada kerajaan kerana ia under declare Tuan Yang di-Pertua. Sampai sekarang ini mereka, pihak kastam menunggu laporan ataupun return dari kedai-kedai ini. Jadi ini satu masalah besar dan cadangan pihak Yang Berhormat bagi Larut ini memang satu cadangan yang patut dilihat semula oleh pihak kastam Tuan Yang di- Pertua. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Jawatankuasa ] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa. Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Fasal 3 – Pindaan: Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Pengerusi, saya memohon mencadangkan bahawa fasal 3 dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks Bahasa Inggeris Rang Undang-undang ini dipinda; (a) dalam subfasal 3(1) (i) potongan perkataan “(b), (c) dan (e),”. (ii) masukkan selepas perkataan “36(a)” perkataan “dan”; dan (iii) potongan perkataan “dan (g)”. (b) masukkan selepas subfasal (4) fasal-fasal yang berikut: “(5) Seksyen 28 berkuat kuasa pada 1 Ogos 2008.” (c) nomborkan semula subfasal (5) yang sedia ada sebagai subfasal (6); dan (d) masukkan selepas subfasal (6) subfasal yang berikut: “(7) Perenggan 36(b), (c) dan (e) berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.” 42 DR. 12.12.2007

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini bertujuan untuk membetulkan semula tarikh berkuat kuasa subfasal 36( b), ( c) dan ( e). Sebelum ini subfasal (b), ( c) dan ( e) berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2008 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya. Tarikh kuat kuasa bagi subfasal 28 ialah pada tarikh rang undang-undang ini berkuat kuasa. Dengan pengenalan sistem cukai satu peringkat apabila suatu syarikat tidak lagi dikehendaki untuk memotong cukai atas dividen yang dibayar, terdapat satu tempoh peralihan dari tahun taksiran 2008 ke 31 Ogos 2013 bagi memastikan suatu peralihan yang licin untuk sistem itu. Oleh itu tarikh permulaan kuat kuasa bagi subfasal 36( b), ( c) dan ( e) telah dipinda ke 1 Januari 2014. Selepas tempoh peralihan itu, selanjutnya tarikh permulaan kuat kuasa bagi fasal 28 perlu dipinda untuk mengambil kira tempoh peralihan itu yang bermula dari tahun taksiran 2008 memandangkan fasal 28 memperkatakan peruntukan mengenai kesalahan yang dilakukan di bawah Akta 53. Tarikh akhir kesalahan itu jika dilakukan bagi tahun taksiran 2007 adalah pada 31 Julai 2008 dan fasal 28 hanya akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2008. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kertas Pindaan hendaklah dipersetujukan. Pindaan dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan. Fasal 3 seperti yang dipinda diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang- undang. Fasal-fasal 4 hingga 15 diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang-undang. Fasal 16 - Pindaan Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Pengerusi, saya Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa fasal 16 dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks Bahasa Inggeris Rang Undang-undang dipinda dalam seksyen baru 601 yang dimasukkan melalui fasal 16 masukkan selepas perkataan “ of that company ” di hujung subseksyen (1) perkataan “ and such company shall have the right to receive and utilize any proceeds derived from the issuance of such Islamic securities .” Pindaan ini bertujuan untuk meminda fasal 16 untuk memperjelas bahawa syarikat itu bagi maksud menerbitkan sekuriti Islam hendak sesuatu syarikat yang menerima dan menggunakan pendapatan dari terbitan sekuriti Islam itu. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kertas Pindaan hendaklah dipersetujukan. Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Fasal 16 seperti yang dipinda diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang- undang. Fasal-fasal 17 hingga 29 diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang- undang.

DR. 12.12.2007 43

Fasal 30 - Pindaan Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa fasal 30 dalam teks Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris Rang Undang-undang dipinda dalam seksyen baru 142A yang dimaksudkan melalui fasal 30 gantikan perkataan, “comunicated or received ” dalam perenggan 1(b) dengan perkataan “or received by or communicated to the Director General ”. Pindaan ini bertujuan untuk memperjelas hanya dokumen yang disimpan diterima oleh atau disampaikan oleh Ketua Pengarah boleh diterima sebagai keterangan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kertas Pindaan hendaklah dipersetujukan. Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Fasal 30 seperti yang dipinda diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang- undang. Fasal-fasal 31 hingga 35 diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang- undang. Fasal 36 - Pindaan Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Pengerusi, saya Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa fasal 36 dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks Bahasa Inggeris Rang undang-undang dipinda seperti berikut: (a) masukkan di hujung subperenggan (e)(ii) selepas koma bernoktah perkataan “and”;

(b) potongan perenggan (f) yang memasukkan subperenggan (b) baru perenggan 33A Jadual 6 Akta ibu; (c) menomborkan semula perenggan (g) yang sedia ada dengan perenggan (f); dan (d) dalam perenggan baru 33B yang dimasukkan dalam perenggan (f) yang dinomborkan semula: (i) gantikan perkataan “ individual not resident in Malaysia, other than such interest acqruing to a place of business in Malaysia of such individual ” dengan perkataan “person”. (ii) masukkan selepas perkataan “Islamic securiries” perkataan “originating from Malaysia”. Pindaan ini bertujuan untuk memotong subfasal 36(g) dan meminda subfasal 36(f) untuk memperjelas hanya faedah yang dibayar atau dikreditkan di Malaysia pada mana- mana orang yang berkenaan dengan sekuriti Islam yang berpunca dari Malaysia adalah dikecualikan dari cukai. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan]

44 DR. 12.12.2007

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kertas Pindaan hendaklah dipersetujukan. Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Fasal 36 seperti yang dipinda diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang- undang. Fasal-fasal 37 hingga 39 diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang- undang. Fasal-fasal 40 hingga 45 - Pindaan Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Pengerusi, saya Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa fasal-fasal 40 hingga 45 dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks Bahasa Inggeris Rang Undang-undang dipinda dengan memotong perkataan “atau dikreditkan” atau “mengkredit”, “perkreditan”, “dikreditkan” dan “mengkreditkan” di mana- mana jua terdapat. Pindaan ini bertujuan untuk menjelaskan bahawa syarikat hanya boleh memotong cukai berkaitan dengan dividen yang telah dibayar kepada pemegang syernya dan bukan dividen yang dikreditkan kepada mereka. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kertas Pindaan hendaklah dipersetujukan. Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Fasal-fasal 40 hingga 45 seperti yang dipinda diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang-undang. Fasal 46 diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang-undang. Fasal-fasal 47 hingga 49 - Pindaan Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa fasal-fasal 47 hingga 49 dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks Bahasa Inggeris Rang Undang-undang dipinda. Fasal 47 dipinda dengan memotong perkataan “atau mengkreditkan” dalam baris pertama. Pindaan ini bertujuan untuk menjelaskan bahawa syarikat hanya boleh memotong cukai berkaitan dengan dividen yang telah dibayar kepada pemegang syernya dan bukan dividen yang dikreditkan. Fasal 48 dipinda seperti berikut : (a) dalam subfasal (1) – (i) masukkan selepas perkataan “seksyen” dalam baris pertama perkataan “41 atau”; (ii) potongan perkataan “atau dikreditkan” dalam baris kedua; dan (b) subfasal (3), gantikan perkataan “seksyen 44” dalam baris terakhir perkataan “seksyen 41 dan 46”.

DR. 12.12.2007 45

Pindaan ini bertujuan untuk menjelaskan bahawa dalam keadaan jika sesuatu syarikat telah membayar atau mengkreditkan dividen sebelum 31 Disember 2007 dan amaun pecukai yang dipotong berhubung dengan dividen itu melebihi baki kredit syarikat setakat 31 Disember 2007. Kemudian itu hendaklah menjadi sesuatu hutang yang tertunggak dari syarikat itu kepada kerajaan. Fasal 49 dipinda dengan memotong perkataan “atau dikreditkan” di mana-mana jua terdapat. Pindaan ini bertujuan untuk menjelaskan bahawa syarikat hanya boleh memotong cukai berkaitan dengan dividen yang telah dibayar kepada pemegang syernya dan bukan dividen yang dikreditkan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kertas Pindaan hendaklah dipersetujukan. Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Fasal-fasal 47 hingga 49 seperti yang dipinda diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang-undang. Fasal 50 diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang-undang. Fasal 51 - Pindaan Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa fasal 51 dalam teks Bahasa dan Bahasa Inggeris undang-undang dipinda dengan memotong perkataan “atau dikreditkan” dalam baris kesembilan dan kesebelas. Pindaan ini bertujuan untuk menjelaskan bahawa syarikat hanya boleh memotong cukai berkaitan dengan dividen yang telah dibayar kepada pemegang syernya dan bukan dividen yang dikreditkan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kertas Pindaan hendaklah dipersetujukan. Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Fasal 51 seperti yang dipinda diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang- undang. Fasal 52 diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang-undang. Fasal 53 - Pindaan Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa fasal 53 dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks Bahasa Inggeris undang-undang dipinda dengan memotong perkataan “atau dikreditkan” dalam baris ketiga. Pindaan ini bertujuan untuk menjelaskan bahawa syarikat hanya boleh memotong cukai yang berkaitan dengan dividen yang telah dibayar kepada pemegang syernya dan bukan dividen yang dikreditkan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] 46 DR. 12.12.2007

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kertas Pindaan hendaklah dipersetujukan. Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Fasal 53 seperti yang dipinda diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang- undang. Fasal-fasal 54 dan 55 diperintahkan jadi sebahagian dari rang undang-undang. Fasal 56 - Pindaan Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa fasal 56 dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks Bahasa Inggeris undang-undang dipinda dengan memotong perkataan “atau dikreditkan” dalam baris kedua. Pindaan ini bertujuan untuk menjelaskan bahawa syarikat hanya boleh memotong cukai yang berkaitan dengan dividen yang telah dibayar kepada pemegang syernya dan bukan dividen yang dikreditkan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kertas Pindaan hendaklah dipersetujukan. Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat ]

Timbalan Yang di-Petua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguh sehingga pukul 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.15 petang.

DR. 12.12.2007 47

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat ]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa . [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa ] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa. Fasal 56 seperti yang dipinda jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Fasal-fasal 57 hingga 71 diperintah jadi sebahagian daripada rang undang- undang. Fasal 72 – Pindaan: Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa fasal 72 dalam teks bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris Rang undang-undang dipinda: Dalam subfasal (2) – (i) gantikan perkataan “sebelum” dalam baris kedua dengan perkataan “selepas”; dan (ii) gantikan perkataan “1 Februari 2008” dalam baris ketiga kepada proviso dengan perkataan “1 Ogos 2008”. Pindaan ini bertujuan untuk menjelaskan bahawa sesuatu syarikat luar pesisir boleh membuat pemilihan untuk dikenakan cukai di bawah Akta 53 tiga bulan selepas permulaan tempoh asas syarikat luar pesisir itu. Walau bagaimanapun bagi tahun taksiran 2008, pemilihan itu boleh dibuat sebelum 1 Ogos 2008 Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Fasal 72 seperti yang dipinda jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang ini dilaporkan dengan pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

48 DR. 12.12.2007

RANG UNDANG-UNDANG PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL (PINDAAN) 2007

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

2.36 ptg. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membentangkan Rang undang-undang Akta Pemberian Pertambahan Hasil (Pindaan) 2007. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Pemberian Pertambahan Hasil 1997 Akta 181. Akta Pemberian Pertambahan Hasil 1997 merupakan suatu Akta yang memperuntukkan pemberian pertambahan hasil kepada kerajaan negeri berdasarkan pertambahan hasil Persekutuan dengan tujuan untuk memberi kewangan kepada kerajaan–kerajaan negeri bagi maksud-maksud tertentu. Antara lain Akta Pemberian Pertambahan Hasil 1997 memperuntukkan jumlah peruntukan yang diagih kepada kerajaan–kerajaan negeri sebanyak RM190 juta, kaedah- kaedah agihan dan tujuan peruntukan tersebut diagihkan. Pemberian ini dibuat di bawah Akta Pemberian Pertambahan Hasil 1997 Akta 181 dan Akta Pemberian Pertambahan Hasil (Pindaan) 1990. Pemberian ini berasaskan prinsip revenue sharing iaitu apabila terdapat pertambahan di dalam hasil kerajaan Persekutuan bagi sesuatu tahun kewangan berbanding dengan tahun kewangan sebelumnya. Semua negeri layak dipertimbangkan untuk mendapat pemberian ini. Had maksimum pemberian sebelum ini ialah RM150 juta dan kaedah pemberian adalah seperti berikut, RM50 juta pertama, setengah atau RM25 juta dibahagikan dan diberi sama rata kepada semua negeri dan RM25 juta selebihnya dibahagikan mengikut kadar yang ditetapkan mengikut bilangan penduduk. Pemberian bahagian pertama ini bertujuan untuk menambahkan hasil negeri bagi maksud akaun mengurus. Baki RM100 juta lagi dibagikan berdasarkan kepada keluaran dalam negeri kasar KDNK per kapita. Negeri-negeri yang mempunyai KDNK per kapita kurang daripada purata KDNK negara layak menerima pemberian bahagian ini. Pemberian bahagian ini bertujuan menambahkan pendapatan dalam akaun pembangunan negeri. Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang dibuat adalah untuk melaksanakan keputusan Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 20 Oktober 2006 yang bersetuju supaya Kementerian Kewangan mengkaji cadangan peningkatan peruntukan pertambahan hasil dan kaedah-kaedah agihan. Kementerian Kewangan memperakukan syor seperti berikut: (i) Jumlah pemberian sedia ada sebanyak RM150 juta setahun dikekalkan kaedah pengagihannya mengikut Akta Pemberian Pertambahan Hasil 1997; (ii) Jumlah pemberian ditambah sebanyak RM100 juta lagi dan diagihkan mengikut peraturan KDNK negeri-negeri; dan (iii) Jumlah pemberian sebanyak RM250 juta diagihkan kepada kerajaan-kerajaan negeri mulai November 2007. Peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta disediakan untuk tujuan tersebut dan pindaan Akta Pemberian Pertambahan Hasil 1997 Akta 181 dibentang di Parlimen bagi membolehkan jumlah pemberian sebanyak RM250 juta dilaksanakan. Antara pindaan utama ialah melibatkan pertambahan jumlah pemberian pertambahan hasil daripada RM150 kepada RM250 juta. DR. 12.12.2007 49

Kaedah pengagihan jumlah tambahan tersebut di antara kerajaan negeri yang mengikut peratusan keluaran dalam negeri kasar. Cadangan pindaan ini melibatkan pindaan kepada beberapa seksyen bagi memperkemaskan peruntukan yang ada bagi melaksanakan keputusan meningkatkan pemberian hasil kepada kerajaan-kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, Akta Pemberian Pertambahan Hasil (Pindaan) 2007 melibatkan pindaan kepada seksyen 2 dan kemasukan seksyen baru iaitu seksyen 4(b) yang memberi kuasa kepada Menteri Kewangan memperuntukkan pemberian tidak melebihi RM250 juta kepada kerajaan-kerajaan negeri, apabila terdapat pertambahan hasil Kerajaan Persekutuan pada suatu tahun kewangan berbanding tahun kewangan sebelumnya. Kaedah pembahagian pemberian pertambahan hasil tersebut selepas pindaan ke atas akta tersebut adalah seperti berikut: “Peruntukan berjumlah tidak melebihi RM50 juta diagih kepada 13 negeri di mana; (i) setengah daripadanya RM25 juta diagih sama rata kepada semua negeri, setengah lagi iaitu RM25 juta diagihkan mengikut bilangan penduduk bagi setiap negeri berdasarkan bancian terakhir penduduk yang diambil sebelum tahun kewangan sebelumnya mengikut kadar berikut, 500,000 orang pertama kali dua bahagian seorang, 500,000 orang kedua kali satu bahagian seorang. Baki penduduk selebihnya setengah bahagian seorang. Peruntukan sebanyak tidak melebihi RM100 juta lagi diagihkan kepada kerajaan- kerajaan negeri yang mempunyai KDNK per kapita kurang daripada purata KDNK negara mengikut nisbah perbezaan antara KDNK per kapita negeri dan purata KDNK negara. Peruntukan selebihnya yang tidak melebihi RM100 juta lagi dibahagikan sebagai pemberian kepada negeri-negeri mengikut nisbah peratusan KDNK, setiap negeri yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.” Tuan Yang di-Pertua, pindaan rang undang-undang ini menyebabkan fasal-fasal berikut; Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan; Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 181 iaitu meminda jumlah keseluruhan pemberian daripada RM150 juta kepada RM250 juta dan kaedah pembahagian tambahan RM100 juta; Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 4(a) Akta 181 untuk menetapkan kaedah pengagihan bagi RM100 juta tambahan adalah dengan berdasarkan peratusan keluaran negeri kasar yang mengikut negeri; Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 5 Akta 181 untuk menetapkan akta tambahan sebanyak RM100 juta tersebut juga bagi peruntukan di bawah suatu tahun kewangan hendaklah di peruntukan hanya selepas akaun hasil yang diterima oleh persekutuan bagi tahun kewangan yang sebelumnya ditutup dan diaudit; Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 6 Akta 181 bahawa jumlah tambahan RM100 juta tersebut tidak ditetapkan untuk maksud-maksud tertentu. Penggunaannya adalah sama dengan penggunaan di bawah seksyen 4 iaitu hendaklah digunakan untuk menambah secara keseluruhan hasilnya; dan Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 7 Akta 181 bagi menjadikan jumlah keseluruhan pemberian sebanyak RM250 juta dengan kaedah pembahagian masing- masing dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan. Tuan Yang di-Pertua, saya pohon mencadangkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Siapa sokong? 50 DR. 12.12.2007

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Mah Siew Keong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Pemberian Pertambahan Hasil 1977 dibaca kali yang kedua sekarang; dan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Tanjong.

2.45 ptg. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Biasa Yang Berhormat Kepong tetapi Yang Berhormat Kepong tidak ada Yang Berhormat Tanjong ambil alihlah. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Yang Berhormat Kepong tidak ada Yang Berhormat Tanjong ambil alih, bukan. Sebab ada specialization yang asinglah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi saya kesempatan untuk membahas rang undang-undang berhubung dengan pemberian pertambahan hasil. Saya mengalu-alukan tindakan kerajaan pusat untuk membawa rang undang-undang ini untuk menambah hasil kepada negeri-negeri ini. Saya rasa sebarang penambahan hasil kepada negeri-negeri yang menjadi anggota Persekutuan Malaysia adalah satu perkara yang baik dan lazim digunakan serta membayangkan perkongsian sumber-sumber kewangan negara ini untuk, bukan sahaja membolehkan kerajaan pusat melaksanakan tanggungjawab tapi juga membolehkan kerajaan negeri-negeri di bawah sistem persekutuan kita ini untuk sama-sama menjalankan tugas-tugas atau tanggungjawabnya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia di bawah jadual-jadual yang tertentu. Saya rasa di samping saya mengalu-alukan rang undang-undang ini untuk menambah hasil kepada kerajaan negeri, saya mengambil kesempatan ini untuk membawa beberapa perkara yang perlulah kita memberi perhatian dalam sistem persekutuan yang kita amalkan ini. Saya rasa saya boleh memerhatikan menurut selepas beberapa pindaan Perlembagaan yang diadakan di dalam Dewan yang mulia ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya meminda kuasa ataupun mengkongsikan kuasa di concurrent list, di state list dan sebagainya. Mengambil alih beberapa bidang kuasa yang sebenarnya pada asalnya dipegang oleh kerajaan negeri, misalnya dalam hal urusan air di negeri-negeri yang sepatutnya di bawah kawalan kerajaan negeri. Namun selepas pindaan dan perwujudan SPAN dan akta- akta berhubung dengan SPAN nampaknya kerajaan negeri sudah hilang satu lagi kuasa di bawah state list Perlembagaan Persekutuan ini. Dalam bidang pelancongan, dalam bidang warisan dan sebagainya juga menampakkan satu keadaan di mana kerajaan-kerajaan negeri ataupun peranan dan tanggungjawab kerajaan-kerajaan negeri sudah merosot di bawah sistem persekutuan yang kita amalkan selama ini. Ini menjadi satu soal tanda bagi kerajaan-kerajaan negeri sama ada mereka mampu di bawah sistem yang semakin menghakiskan kuasa mereka di bawah Perlembagaan kita, mereka mampu menguruskan kewangan dalam negeri-negeri berkenaan. Sebab isu di hadapan kita adalah berhubung dengan federal state fiscal arrangement di negara kita dan kita haruslah mengambil kesempatan ini untuk bukan sahaja mengkaji semula kaedah pengagihan, tetapi kita jugalah, sebab kita pun dari negeri- negeri yang berasingan. Kita pun sedaya upaya mengharapkan negeri-negeri yang kita wakili itu dapatlah mempertahankan hak-hak Perlembagaan yang diberikan kepada negeri- negeri dan bukan dengan pelarutan masa, lebih banyak kuasa-kuasa yang diberikan di bawah Perlembagaan kepada negeri diambil alih oleh Kerajaan Pusat. Di Kelantan misalnya pernah ada kes-kes mahkamah berhubung dengan masalah dalam perhubungan Federal dan state ini, khususnya fiscal arrangement. DR. 12.12.2007 51

Saya juga ambil kesempatan ini untuk membangkitkan sama ada centralization of taxing power untuk mengenakan cukai yang dipusatkan kepada Kerajaan Pusat. Apakah centralization ini terlalu tinggi ataupun terlalu banyak? Sehingga nampaknya dari A hingga Z kuasa itu pulang kepada Kerajaan Pusat. Dan semakin hakis bidang-bidang yang memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk mengenakan cukai-cukai yang tertentu. Sama ada kerajaan bercadang untuk mengkaji semula centralization of taxing power ini yang didapati berlebihan dari apa yang patut untuk memenuhi expenditure yang diperlukan oleh Kerajaan Pusat dan melebihi spending yang diperlukan oleh Kerajaan Pusat. Ini adalah satu perkara yang membimbangkan. Jadi, saya berharap kementerian boleh memberi penjelasan sama ada kajian dibuat untuk meninjau centralization of taxing power itu berlebihan dan sudah sampai masanya kerajaan-kerajaan negeri diberi kuasa- kuasa tertentu untuk mengenakan cukai-cukai. Dengan kemerosotan kuasa-kuasa di tangan kerajaan-kerajaan negeri, kita mendapati bahawa ada sesetengah kerajaan negeri wujud satu keadaan mismatch berhubung dengan revenue dan expenditure dalam kerajaan negeri. Dengan pengambilan beberapa kuasa yang pada asalnya dipegang oleh kerajaan negeri bermaksud juga kuasa untuk mengenakan cukai dalam bidang-bidang ini diambil dari kerajaan negeri oleh Kerajaan Pusat yang mewujudkan satu keadaan mismatch between revenue dan juga expenditure needs di peringkat kerajaan-kerajaan negeri. Ini pun menjadi satu perkara yang perlu diberi pertimbangan sebab kita nampak ada banyak kerajaan negeri yang masih berhutang dengan Kerajaan Pusat dan tidak berupaya untuk membayar hutang yang diambil dalam bentuk pinjaman dari Kerajaan Pusat untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan dan tujuan-tujuan tertentu di dalam negeri masing-masing. Nampaknya trend dalam negara kita walaupun kita mengamalkan sistem Persekutuan, nampaknya Kerajaan Pusat memusatkan kuasa dengan begitu banyak melalui apa yang saya hujahkan tadi pindaan kepada Perlembagaan untuk mengambil alih kuasa-kuasa dalam state list . Di samping itu, menggunakan kuasa pusat untuk menubuhkan badan-badan wilayah dan juga badan-badan agensi kerajaan, statutory body dan sebagainya untuk menekan kuasa pusat ke atas negeri. Inisiatif baru-baru ini, misalnya Northern Corridor Economic Region (NCER), Wilayah Pembangunan Iskandar dan juga East Cost Economic Corridor adalah contoh- contoh yang terbaru di mana melalui badan-badan yang ditubuhkan oleh pusat bukan setakat sebuah negeri sahaja tetapi merangkumi beberapa negeri sekali gus mengambil kuasa-kuasa beberapa kerajaan negeri melalui penubuhan NCER, WPI, ECER dan sebagainya. Ini menunjukkan lagi pemusatan kuasa kepada Kerajaan Pusat tidak sihat. Walaupun ada logiknya untuk membawa pembangunan kepada kawasan-kawasan yang masih terpinggir tetapi saya rasa kenalah balance di antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri dalam sistem Federation yang kita amalkan di negara itu. Tanpa sekatan- sekatan ini kerajaan negeri akan menghadapi masalah-masalah berhubung dengan revenue generation . Sekiranya mereka tidak ada kapasiti untuk menjana hasil-hasil dalam negeri-negeri tertentu, cuma kalau Kerajaan Pusat meneruskan usaha untuk mengambil alih lebih banyak kuasa yang diperuntukkan dalam state list ini bermakna sistem persekutuan ini tidak akan berfungsi dengan sempurna dan tidak ada makna. Mungkin pada suatu hari sistem Federation ini akan menjadi satu sistem yang unilateral - unitary dan bukan mempunyai satu perhubungan yang sihat di antara pusat dan negeri dengan sekatan-sekatan check and balance dan sebagainya. Jadi, saya berharap melalui rang undang-undang untuk menambahkan hasil kepada kerajaan-kerajaan negeri sememangnya suatu perkara yang baik tetapi saya berharap perkara-perkara yang saya bangkitkan tadi juga akan diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat supaya kita dapat menjayakan sistem persekutuan yang kita amalkan selama 50 tahun ini. Sekian. 52 DR. 12.12.2007

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Panjangkah, Yang Berhormat?

2.55 ptg. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Paling lama pun 10 minit, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua yang mengizinkan untuk saya bersama-sama membahaskan Rang Undang-undang Pemberian Pertambahan Hasil (Pindaan) 2007 yang telah pun dibentangkan sebentar tadi.

Dan saya sangat berminat untuk mengemukakan beberapa pandangan supaya the spirits of this amendment dapat dihayati dan diterjemahkan dalam tanggungjawab bersama Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri-negeri demi untuk melihat keseluruhan rakyat dalam negara ini dapat menikmati hasil kekayaan anugerah Allah SWT. Dan diharapkan dalam kita melangkah untuk 50 tahun yang kedua ini insya-Allah, tidak ada lagi golongan yang boleh mendakwa ataupun yang masih terpinggir di bumi yang bertuah ini. Tuan Yang di-Pertua, semangat Persekutuan (Federalism ) ini yang jelas ditulis di dalam Perlembagaan negara kita yang dikatakan dengan izin, concurrent list dan juga hak- hak serta jaminan-jaminan yang termaktub di dalam Perlembagaan negeri-negeri yang disebut state list ini diharap akan dapat terus terpelihara. Dan kerjasama yang baik di atas semangat ini mestilah diterjemahkan dan diaplikasikan dengan adil dan saksama supaya tidak ada pihak yang boleh mendakwa dan satu pihak yang dapat menikmati sebahagian daripada hasil mahsul negara ini dan membiarkan satu puak yang lain atau kaum yang lain terus terpinggir di dalam negara yang kita sama-sama cintai ini. Di dalam kita membicarakan tentang concurrent list ini - semangat persekutuan ini sudah tentu segala akta yang diluluskan oleh Parlimen yang mulia ini akan dilaksanakan dan sudah tentu urusan dan urus tadbir kerajaan akan dapat mengubah nasib rakyat demi kebaikan mereka di masa akan datang. Sebagai contoh, apabila kita membahaskan dan memperdebatkan tentang apa yang dikatakan pemberian pertambahan hasil ini di mana Kerajaan Pusat bertanggungjawab untuk membangunkan negeri-negeri yang dikatakan masih duduk dalam paras kemiskinan yang kita sering kali ungkap dan bahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Apabila kita melihat kepada laporan yang disiarkan dalam kebanyakan akhbar mainstream pada hari ini laporan terbaru tentang United Nations on Development Project (UNDP) yang bertajuk Intense Poverty Among Sabah, Sarawak and East Coast Residence , satu conference yang dianjurkan bersama oleh UNDP dan Economic Planning Unit, World Bank Institute , Institute and University Malaya Centres for Poverty and Development Studies ini yang diadakan dan jelas masih lagi mengeluarkan angka-angka dan fakta-fakta bahawa bumiputera di Sabah dan Sarawak, Orang-orang Asli dan juga negeri-negeri Pantai Timur di Kelantan dan Terengganu masih lagi terbelenggu dan masih lagi duduk dalam paradigma kemiskinan walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun. Di sinilah, Tuan Yang di-Pertua, kita melihat saya mengharapkan bila kita dapat membuka luas pemikiran dan minda kita, kita bersedia menerima teguran dengan hati yang terbuka, kita mengharapkan masalah kemiskinan ini tidak akan menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara ataupun kita juga tidak mahu melihat ada mana-mana pihak menggunakan isu kemiskinan dan terpinggirnya mereka ini sebagai isu yang boleh menjejaskan keselamatan di dalam negara kita. Kita baru sahaja mendengar tentang isu Hindraf sebagai contoh. Apabila Hindraf mengemukakan fakta-fakta mereka dan sebahagiannya kita telah boleh menolaknya dengan fakta-fakta yang tertentu tetapi sebahagian daripada tuntutan itu sudah tentu kita secara rasionalnya boleh menerima tentang bagaimana kemiskinan di kalangan kaum India itu masih lagi satu fakta yang boleh kita terima untuk kita perdebatkan tentang tanggungjawab kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan dan di peringkat negeri untuk mengeluarkan kaum ini daripada garis kemiskinan. DR. 12.12.2007 53

Apabila mereka menyatakan kaum mereka miskin dan terpinggir, maka kita mungkin secara mudah juga kita menggunakan faktor dan fakta juga angka-angka kemiskinan di kalangan orang-orang Sabah dan Sarawak, suku-suku di sana sama ada Dayak, Iban dan Kadazan, orang-orang Murut, Orang-orang Asli yang masih tinggal di tebing-tebing sungai dan di tepi-tepi laut, untuk apa? Untuk juga kita membuat satu alasan bahawa kami juga, orang Melayu juga, bumiputera juga masih duduk dalam keadaan yang miskin untuk kita menolak ataupun kita menentang hujah-hujah yang dikemukakan oleh golongan Hindraf ataupun mereka yang ingin jadikan isu ini sebagai isu yang perlu diperdebatkan. Dalam perbincangan ataupun intellectual discourse , Tuan Yang di-Pertua... Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Penjelasan. Belakang sini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tanjong. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Ya, ya. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Berhubung dengan hujah pihak kerajaan dan parti- parti kerajaan menggunakan statistik kaum bumiputera, kadar kemiskinan lebih tinggi berbanding dengan masyarakat India di negara ini untuk menyingkir apa-apa dakwaan yang dibuat oleh Hindraf. Bukankah melalui tindakan ini juga membongkar kelemahan Kerajaan Pusat mahupun negeri dalam membantu penduduk-penduduk, rakyat kita tanpa mengikut kaum dan agama bahawa masih ramai yang hidup dalam negara ini di bawah paras kemiskinan dan bukankah ini dengan menggunakan statistik-statistik untuk menghentam Hindraf tetapi sekali gus juga memalukan diri sendiri bahawa mereka sudah gagal selama ini untuk mempertingkatkan kadar kehidupan dan pendapatan sebilangan besar penduduk di negara kita. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih rakan saya daripada Tanjong yang kebetulan saya masuk kepada isu bagaimana kita seharusnya melihat apa yang saya katakan tadi dan apa yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Tanjong itu dalam bentuk yang saya mahu sebut dalam Dewan yang mulia ini sebagai, dengan izin, intellectual discourse dan bukannya untuk kita melihat isu ini dalam sentimen perkauman ataupun sentimen semasa yang ada pada hari ini. Biarlah kita bercakap dengan jujur pada hari ini kalau ada orang lain ataupun kaum yang lain mengatakan mereka masih terpinggir... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, ini satu rang undang-undang pindaan. Jadi saya ingin mengingatkan, tidak perlu kita terkeluar jauh sangat daripada ini. Saya faham, saya benarkan tetapi saya hendak ingatkan. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Saya faham, Tuan Yang di- Pertua... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ini satu pindaan. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Faham, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas ingatan Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Oleh itu bila kita memperdebatkan isu ini secara intelektual dengan fakta-fakta yang dikemukakan. Maka saya merasakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat untuk membantu mengurus kerana sistem inilah yang kita terima pakai. Semangat fairyism , menghormati hak yang ada di dalam senarai negeri-negeri ini mestilah dijaga dengan baik kerana akhirnya nanti, sama ada ianya tersalah urus ataupun ianya dalam keadaan yang kita sebut berlakunya salah guna kuasa dan seumpamanya. Maka yang menjadi mangsa adalah tetap rakyat yang berbilang kaum di dalam negara kita. 54 DR. 12.12.2007

Maka dengan sebab itulah, Tuan Yang di-Pertua, kita mahu supaya hasil mahsul dan kekayaan negara ini mestilah dilonggokkan dan diagihkan kepada tempat-tempat ataupun kepada negeri-negeri yang memerlukannya. Sebagai contoh, saya beri satu fakta negeri Kelantan. Secara puratanya setiap tahun kita meluluskan bajet yang tidak lebih daripada RM500 juta. Bajet yang sebanyak ini yang demikian juga diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu yang meletakkan kedua-dua negeri Terengganu ini di Sabah dan Sarawak di bawah paras kemiskinan ini dengan bajet yang sebanyak itu untuk membina satu SMART Tunnel pun mungkin kita tidak boleh lakukannya, untuk kita membuat satu sistem LRT yang berpusing di seluruh Kuala Lumpur ini pun, kerajaan negeri tidak mungkin dapat melaksanakannya. Begitulah kita melihat bagaimana agihan itu dibuat dan ini tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk melihat perkara ini supaya apa yang kita nikmati, hasil mahsul, cukai dan seumpamanya, termasuklah galian emas hitam ataupun emas biru, air yang anugerah Allah SWT ini dapat diagihkan dengan adil kepada negeri-negeri. Apabila kita menyebut tentang pemberian pertambahan hasil di negeri-negeri ini, faktor inilah yang mesti kita lihat. Kita tidak mahu semuanya dilonggokkan di Kuala Lumpur... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa yang janji pun sudah sampai. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Tiga minit, Tuan Yang di-Pertua. Saya gulung. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Di sinilah yang kita melihat supaya hasil mahsul ini boleh diagihkan. Kita tidak mahu ada Kuala Lumpur yang besar, a bigger Kuala Lumpur sebagaimana kita terperangkap dalam paradigma dunia yang ketiga. Kita ada a bigger New Delhi. Kita ada a bigger Bombay , kita ada a bigger Manila, tetapi rakyat di Sabah Sarawak yang saya rasa bukan sekadar the portion ini yang bercakap tentang kemiskinan, rakan-rakan di sana juga bercakap tentang kemiskinan 50 tahun. Jadi perlunya undang-undang ini dipinda dan perlunya ianya dilaksanakan, bottom line nya adalah rakyat yang mesti menerima agihan kekayaan ini. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, janganlah kita hanya menggunakan isu kemiskinan ini dan penderitaan rakyat ini sebagai satu umpan untuk kita mendapat sokongan daripada mereka, minta lagi dan minta lagi setiap kali pilihan raya tetapi hasilnya kita melihat bahawa ia tetap tergolong dalam paras kemiskinan 50 tahun. Bukan 5 tahun negara kita merdeka. Bukan baru 15 tahun. Ini boleh kita terima kalau masih 5 tahun, masih 15 tahun tetapi setelah 50 tahun, adakah kita mahu melakarkan warna yang sama untuk 50 tahun yang akan datang... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kadar kemiskinan sudah turun. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: ...Jadi, Tuan Yang di-Pertua, termasuklah kampung-kampung pedalaman di Sri Gading yang masih lagi kita melihat ada penduduk-penduduk yang masih duduk dalam paras kemiskinan. Tuan Yang di-Pertua, kita mengharapkan, akhir sekali saya hendak sebut bahawa kerajaan tidak akan jatuh dengan demonstrasi. Kalau kita membaca sejarah revolusi dunia, kerajaan tidak jatuh dengan hanya demonstrasi. Kerajaan dunia ini jatuh, rejim-rejim yang zalim ini jatuh kerana apa? Kerana kezaliman yang dilakukan oleh pemerintahan itu sendiri yang akhirnya kalau Sri Gading, rakan ayahanda saya dari Sri Gading selalu mengatakan takut rusuhan, ribuan yang mati di Indonesia – ribuan yang mati kerana mereka lapar, tetapi kita masih belum lapar. Akan tetapi jangan kita menjurus rakyat menuju kepada kelaparan. Itu falsafahnya yang mesti kita terima dengan rasional dan hati yang terbuka. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. DR. 12.12.2007 55

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Tuaran.

3.10 ptg. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya bangun untuk turut serta membahaskan untuk meminda Akta Pemberian Pertambahan Hasil 1997. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan sebentar tadi dan juga semalam tentang di mana kedudukan negeri-negeri yang kurang maju berbanding dengan yang lebih maju dalam hal ini saya ingin membahaskan beberapa peruntukan-peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyokong rang undang-undang... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tapi saya hendak minta jugalah tumpu kepada pindaan. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Saya ingin menyokong pindaan ini di mana geran akan diberikan berasaskan kepada KDNK Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin melihat kepada peruntukan-peruntukan yang diberi dan apakah isu-isu yang berbangkit dalam geran yang diberikan kepada kerajaan negeri. Khusus bagi negeri Sabah Tuan Yang di-Pertua, saya melihat kepada pemberian khas ataupun special grant yang diberikan kepada kerajaan negeri. Di bawah jadual 10 bahagian keempat Perlembagaan Persekutuan memang sudah dinyatakan termaktub di situ tentang pemberian khas kepada kerajaan negeri dan dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua apa yang kita bangkitkan ialah amaun pemberian khas itu tidak pernah di review sejak tahun 1973 sehingga pada hari ini dan saya telah diberitahu oleh pihak Kementerian Kewangan Negeri Sabah bahawa pihak kerajaan negeri sudah beberapa kali meminta kepada Kerajaan Persekutuan tetapi sehingga pada hari ini amaun yang diberikan itu tidak selaras dengan kenaikan ataupun kos yang bertambah sedikit setiap tahun. Dalam sebuah mesyuarat pada tahun 1993 Kementerian Kewangan telah mengemukakan permohonan supaya kajian semula dilakukan ke atas bahagian empat jadual 10 Perlembagaan Persekutuan tersebut berkaitan pemberian khas dan sehingga pada hari ini belum ada jawapan daripada Kerajaan Persekutuan. Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah baru-baru ini ramai daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, ADUN Sabah telah membangkitkan isu ini dan meminta supaya Kerajaan Persekutuan mempercepatkan review ini dengan harapan bukan sahaja diberikan tapi dapat dipertingkatkan. Apa yang penting sekarang ini Tuan Yang di-Pertua ialah pihak kerajaan negeri mengharapkan keputusan daripada Kerajaan Persekutuan supaya dibuat dengan cepat. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua dalam soal pemberian geran mengikut bilangan orang ataupun capitation geran. Saya telah menyatakan di Dewan yang mulia ini dalam persidangan kali ini iaitu saya ingin bertanya mana satu bilangan penduduk negeri Sabah yang digunakan. Adakah bilangan penduduk yang dibanci mengikut Jabatan Perangkaan ataupun perangkaan yang digunakan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri sebab apabila kita bertanya bilangan penduduk negeri Sabah secara muktamad tidak ada perangkaan yang muktamad dapat diberikan oleh kedua-dua pihak. Mana satu? Yang figure EPU ataupun Jabatan Perangkaan. Dalam hal ini saya telah diberitahu bahawa pada tahun 2001 bilangan penduduk yang digunakan untuk negeri Sabah ialah 2,925,152 orang. Ini pada tahun 2001 maknanya selepas banci tahun 2001. Akan tetapi saya ingin tahu sehingga pada hari ini berapa yang digunakan sebab pada tahun lalu bilangan penduduk yang digunakan ialah 2,805,290 orang. Maknanya sudah kurang 100,000. Tahun 2001 sampai sekarang sudah tujuh tahun menurun pula penduduknya.

56 DR. 12.12.2007

Jadi kebimbangan saya selama ini yang kita bahaskan di Dewan yang mulia ini iaitu Sabah telah mengalami pertumbuhan penduduk yang luar biasa. Kita telah bercerita dengan adanya kewujudan projek IC yang telah diberikan kepada orang-orang yang tidak sepatutnya dapat IC, PATI dan sebagainya. Laporan polis sudah dibuat dan sebagainya tapi seperti mana dalam persoalan yang saya buat semasa dalam perbahasan Jawatankuasa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bahawa sehingga pada hari ini siasatan polis itu belum ada lagi muktamad, apakah terjadi dengan projek IC itu? Dan apabila kita lihat bilangan penduduk yang digunakan untuk capitation grant ini sekejap naik sekejap turun, sekejap naik sekejap turun dan sebenarnya ini adalah amat penting apabila kita menentukan capitation grant jika sekiranya kita tidak dapat memuktamadkan bilangan penduduk negeri Sabah... Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Penjelasan. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Silakan. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Tuaran. Soal keseriusan pihak Kerajaan Pusat yang memberi peruntukan atau geran kepada negeri masing-masing khususnya kepada negeri Sabah. Pada tahun ini Yang Berhormat kerajaan negeri telah pun diberi peruntukan kalau saya tidak silap RM20,775,969 tapi setakat ini sekarang sudah bulan Disember. Bulan Disember ada dua minggu lagi sudah habis tahun 2007. Yang kerajaan negeri terima hanya RM11,128,575 setakat ini. Jadi bagaimanakah keseriusan Kerajaan Pusat ini untuk menunaikan apa yang telah dikhaskan peruntukan kepada negeri Sabah. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Itulah antara isu yang ingin kita utarakan tentang keprihatinan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Putatan. Satu, dari segi bilangan tadi dan ini dari segi delivery . Ini sudah hujung tahun belum lagi diberi. Jadi kita minta supaya diberikan dengan cepat sebab kita takut kalau dia sudah bagi tapi tidak dapat dibelanjakan kalau dia minta balik macam mana pula. Satu lagi isu berhubung dengan pemberian geran ini mengikut bilangan orang ini ialah dari segi kuantumnya. Pada mulanya kuantum diberikan ialah bagi 50,000 orang pertama RM15 seorang pada ketika itu semasa pembentukan Persekutuan Malaysia dahulu dan pada hari ini sudah dinaikkan bagi setiap 100,000 orang yang pertama diberikan RM72 seorang. Dan kalau kita lihat dari segi amaun yang diberikan kita dapati bahawa seperti mana yang saya katakan tadi bilangan penduduk bertambah di Sabah dan sebagainya, kuantum ini bagi pendapat saya harus dikaji semula untuk refleks bahawa di negeri Sabah ini bukan sahaja dari segi kependudukannya yang tidak menentu kejap naik kejap turun tetapi di Sabah ini dari segi kos barangan dan sebagainya memang jauh lebih tinggi daripada Semenanjung... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Saya ada beberapa isu lagi Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cuba ringkaskan Yang Berhormat. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Satu lagi ialah dalam soal pemberian tambahan hasil termasuk dalam akta yang kita bahaskan ini dan saya memang menyokong supaya dia di pegkan kepada KDNK negeri. Maknanya kalau pertumbuhan ekonomi negeri itu lebih tinggi maka geran yang diberi akan lebih tinggi juga. Walau bagaimanapun, saya difahamkan untuk negeri Sabah perubahan ini memang satu perubahan yang positif sebab sebelum ini ia di peg kan kepada per kapita pertumbuhan ekonomi peringkat nasional tapi hari ini di peg kan kepada KDNK negeri.

DR. 12.12.2007 57

Dengan itu kita berharap sebab di negeri Sabah ini pertumbuhan ekonominya memang setiap tahun dikatakan oleh kerajaan negeri pada peringkat 5% atau 6%. Jadi mudah-mudahan dengan ini kita berharap peruntukan-peruntukan negeri Sabah akan lebih tinggi. Isu yang seterusnya saya ingin bawa dan saya ingat lebih penting dalam soal pemberian berdasarkan kepada tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup. Memang kita mengalu-alukan ini dan seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat bagi Kubang Kerian tadi dan kita sudah banyak bercerita di Dewan yang mulia ini bahawa kadar kemiskinan di Sabah ini lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain dan sebagainya. Selama ini ramai orang bertanya. Negeri Sabah ini adalah di antara negeri pengeluar komoditi seperti petroleum, minyak kelapa sawit, getah dan sebagainya yang terbesar di negara ini. Pada masa yang sama kita berhadapan dengan masalah, cabaran kadar kemiskinan tertinggi. Kerajaan Persekutuan telah melihat perkara ini dan akan memberi peruntukan mengikut tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup. Kita mengalu-alukan dan kita mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, isunya ialah bayaran hanya akan diberi berdasarkan kepada perbelanjaan sebenar. Maknanya ini adalah reimburse. Kerajaan negeri kena membayar dulu, kena berbelanja dahulu dan selepas itu baru claim daripada Kerajaan Persekutuan. Masalahnya ialah apabila kerajaan negeri menghadapi masalah aliran tunai. Jika sekiranya kerajaan negeri tidak mempunyai cash atau duit, bagaimana boleh berbelanja? Jadi sepatutnya pihak Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan ini mengikut keperluan infrastruktur di negeri Sabah dan supaya kerajaan negeri boleh merancang untuk melaksanakan. Jika sekiranya mengikut aliran tunai, saya difahamkan bahawa walaupun Kerajaan Negeri Sabah layak menerima lebih kurang RM13 juta dalam hal ini, tetapi oleh sebab masalah aliran tunai, tidak dapat membelanjakannya terlebih dahulu, tidak adalah yang RM13 juta. Jadi ini sesuatu perkara yang perlu diperbincangkan dan diteliti dengan lebih baik oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Satu lagi adalah dalam hal yang reimburse ataupun bayar balik yang melibatkan jabatan-jabatan yang mendapat Federal Reimbursement Grant. Dalam kes ini juga isunya sama iaitu pihak kerajaan negeri terpaksa berbelanja dahulu dan selepas itu baru claim. Jika sekiranya kerajaan negeri menghadapi masalah aliran tunai, maka sia-sialah. Tidak boleh berbuat apa-apa. Jadi dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya perkara ini dibincangkan dengan lebih mendalam lagi khususnya negeri Sabah yang menghadapi banyak masalah infra. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan geran . Dalam hal ini, berasaskan kepada perlembagaan persekutuan, geran yang diberikan dalam soal jalan raya saya ingat ditentukan mengikut panjang jalan raya yang ada dan juga ada akuan yang tertentu. Walau bagaimanapun, isu di sini ialah bagi kami di akar umbi ialah bahawa tabungan Kumpulan Wang Amanah ini, penyelenggaraan negeri hanya boleh digunakan untuk penyelenggaraan sahaja dan tidak boleh untuk pembinaan. Dalam hal ini, isu bagi kami ialah dari segi pemantauan penyelenggaraan yang dibuat. Saya ingin tahu sebenarnya berapakah kewangan yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri untuk menyelenggarakan jalan-jalan untuk majlis daerah dan majlis perbandaran. Bagaimanakah dari segi pemantauan jalan-jalan yang diselenggarakan daripada tabung ini? Sebab di negeri Sabah kita masih lagi mempunyai lebih 4 ribu kilometer jalan. Majlis daerah dan perbandaran yang belum layak, qualified road dan memerlukan penyelenggaraan ini, tetapi dalam satu-satu ketika... most of the time jalan-jalan ini tidak berada dalam keadaan untuk baik. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin menyokong pindaan ini dan mudah-mudahan pindaan ini kerajaan-kerajaan negeri khususnya negeri Sabah akan mendapat lebih banyak lagi peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Sekian, terima kasih. 58 DR. 12.12.2007

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: [Bangun] Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada dua Yang Berhormat lagi. Jadi sebelum saya minta Setiausaha Parlimen jawab, saya benarkan kedua-dua Yang Berhormat, lima minit seorang. Bagan sila.

3.25 ptg. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini. Saya ingin bertanya selain daripada pemberian mengikut KDNK seperti apa yang kita bincangkan sekarang, apakah jenis pemberian kepada setiap negeri? Ada pemberian jalan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Tuaran, pemberian mengikut bilangan kepala, pemberian untuk mengurus kerja-kerja Kerajaan Pusat dan lain-lain. Bolehkah Yang Berhormat memberitahu tujuan penggunaan pemberian ini? Adakah kerajaan negeri berhak menggunakannya dengan budi bicara sendiri tanpa perlu mendapat kelulusan atau kawalan dan campur tangan dari Kerajaan Pusat? Ini kerana kita bimbang selepas kerajaan negeri mendapat geran yang diberikan, mereka boleh membelanjakan peruntukan ini dengan sewenang-wenangnya seperti menganjurkan kunjungan melawat sambil belajar, ini membazirkan. Saya dapati ada pihak-pihak kerajaan negeri menganjurkan rombongan ini pergi ke Eropah untuk belajar bagaimana untuk mengendalikan sampah-sarap dan hendak menjaga infrastruktur, tetapi tahap kita, standard kita tidak begitu. Apa yang mereka belajar di sana ,balik sini semua tidak boleh pakai. Saya bercadanglah sekiranya ada kerajaan negeri atau ada PBT yang hendak belajar datang ke Kuala Lumpur sudah cukup, Kuala Lumpur sudah cantik dari segi perhiasan, dari segi jalan dan parit. Saya ingat inilah kita punya standard, tidak perlu pergi jauh-jauh. Tuan Yang di-Pertua, selepas... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, dia tak ada ajak Bagan ke pergi? Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Selepas menerima peruntukan ini, apakah yang boleh diberi kepada PBT seperti apa yang saya kata tadi, kerana ada rungutan daripada penduduk-penduduk. Banyak lampu jalan tidak menyala, jalan-jalan di bawah jagaan PBT dalam keadaan yang daif, jalan-jalan yang dibina 20 tahun dulu, 30 tahun dahulu sekarang dengan penambahan bilangan kenderaan dan penduduk-penduduk, masih begitu juga. Sempit, tidak lurus dan ini tidak boleh menyelaraskan dengan keperluan semasa sekarang. Tuan Yang di-Pertua, adakah pemberian ini akan diberi mengikut kesaksamaan untuk semua negeri? Tidak kira ia di bawah kuasa Barisan Nasional atau parti-parti yang lain seperti di Kelantan kerana apabila menjelang pilihan raya, propaganda Barisan Nasional adalah mengugut dan menakut-nakutkan rakyat dan pemilih. Jangan beri kuasa kepada parti-parti selain daripada Barisan Nasional... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ini tidak ada dalam rang undang-undang. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Ada, ada. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bagan sudah larilah.. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Nanti, dengar apa yang saya mahu cakap. Kerana dia kata sekiranya kuasa kerajaan negeri di bawah parti-parti selain daripada Barisan Nasional, maka ia tidak akan dapat geran atau pemberian dari Kerajaan Pusat. Siapa kerajaan pusat? Barisan Nasionallah. Dia akan dicekik sampai mati. Pelabur tidak akan masuk.

DR. 12.12.2007 59

Seorang Ahli: Siapa kata? MCA atau GERAKAN? Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: MCA, GERAKAN semua pakai taktik ini. Jadi saya menanya soalan ini. Saya haraplah kerajaan boleh jawab dengan sejelasnya dan jujurnya bahawa tidak akan ada penindasan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, cukuplah. Nanti akan dijawablah. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Tidak akan dipinggirkan seperti apa yang dibincangkan dalam satu dua minggu ini, kepinggiran. Supaya biarlah rakyat sendiri yang memilih apa yang mereka mahu, jangan pakailah taktik-taktik ugutan dan taktik-taktik menakutkan. Sri Gading boleh bersetuju? Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Bandar Kuching.

3.30 ptg. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai wakil rakyat dari Sarawak, saya memang mengalu-alukan penambahan geran yang diberi kepada negeri Sarawak walaupun pengurusannya saya tidak ada kuasa untuk menguruskan geran itu. Namun demikian saya mengalu-alukan penambahan amaun itu, tetapi saya tengok penambahan ini daripada RM100 juta ditambahkan kepada RM250 juta. Adakah ini cukup, RM250 juta? Adakah ini cukup untuk membangunkan negeri Sarawak ke tahap seperti di Semenanjung Malaysia sini. Anggaran perbelanjaan satu tahun, Anggaran Perbelanjaan 2008 untuk Sarawak ialah RM3.5 bilion dan RM250 milion merupakan kurang daripada 10% yang diperlukan sebagai anggaran perbelanjaan negeri Sarawak untuk tahun 2008. Saya menganggap angka ini tidaklah mencukupi kerana khususnya memandangkan keadaan di Sarawak yang begitu mundur jika berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Saya telah terima satu jawapan pada sesi lalu bahawa Composite Development Index di antara 13 negeri dan satu wilayah. Kedudukan pembangunan, kedudukan Composite Development Index Sarawak adalah ke-11 di seluruh negara kita. Kenapa ini boleh berlaku? Bukan sahaja itu Composite Development Index yang mengatakan Sarawak adalah di kedudukan 11 sahaja. Akan tetapi kalau kita tengok laporan surat khabar Star hari ini , “The indigenous groups from Sabah and Sarawak and the Malays living in the east coast are among the poorest people in the country. United Nation Development Programme (UNDP) resident representative Dr. Richard Leete said that indigenous groups, who are also bumiputeras, and Malays in Kelantan and Terengganu were the poorest. The most intense poverty is not among the Indians but the indigenous groups in Sabah and Sarawak”. Sebagai satu negeri yang mengeluarkan minyak mentah, menyumbang begitu banyak kepada dana negara kita. Kenapa boleh berlakunya Sarawak sekarang menduduki ke-11? Kedudukan 11 dalam Composite Development Index. Ini tidak boleh diterima kerana kita adalah dalam satu Sistem Persekutuan. Semasa kita membentuk Malaysia 44 tahun lalu, we form Malaysia as equal partner tetapi selepas kita membentukkan Malaysia terlalu banyak kuasa telah diberikan kepada Kerajaan Pusat. Now we are no longer equal partner dari dari segi pembangunan kita adalah mundur, dari segi social development kita adalah lebih mundur. Kalau kita mahu membangunkan infrastruktur-infrastruktur Sarawak, kerajaan Sarawak adalah seolah-olah pengemis minta duit daripada pusat kerajaan. Inilah tidak boleh diterima, not treated as equal partner sekarang, as if it is subordinate to pusat kerajaan. Apa yang tidak boleh diterima adalah Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang mengeluarkan minyak mentah dan yang menyumbang begitu banyak dana untuk pusat kerajaan. Namun, pampasan, kadar pampasan royalti yang kita terima hanya 5%. Kalau Kerajaan Pusat masih terus menjalankan serta melanjutkan polisi yang meminggirkan atau menganaktirikan pembangunan di Sarawak. 60 DR. 12.12.2007

Kita mintalah, saya menyeru supaya pampasan royalti minyak yang 5% dinaikkan, ditingkatkan kepada 15% supaya kita dapat menentukan bagaimana kita nak menjalankan pembangunan negeri kita. Dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak saya ada membangkitkan isu ini. Apa yang saya diberitahu oleh Exco Sarawak, Menteri di Sarawak adalah Kabinet Sarawak ada berbincang tentang kadar pampasan royalti dengan Kerajaan Pusat sudah beberapa kali, tetapi belum ada apa-apa keputusan. Oleh itu saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai sama ada, ada perbincangan sebegitu tentang tuntutan Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kadar pampasan royalti minyak... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...Daripada 5% kepada 15%, sama ada perbincangan itu dilakukan. Kalau ada, berapa kali sudah itu perbincangan dilakukan dan apakah kedudukan kerajaan negeri? Satu point lagi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada mengatakan mahu menaikkan tahap pembangunan Sarawak supaya ia dapat diselaraskan dengan tahap pembangunan di Semenanjung sini. Seorang Ahli: [Menyampuk] Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Sabah punya saya biarkan kepada Ahli Parlimen Sabah untuk sebut. Kalau tak berani sebut lain kali... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, cukuplah. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Belum, belum, ada orang kacau so, saya mesti jawab. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat tak payah jawab, dia tak bangun. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Oh, okey. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Orang tak bangun, tak payah jawab. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tak payah hirau mereka. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Jika kita meneliti Bajet 2008, hanya RM4 bilion sahaja akan diperuntukkan untuk sebagai peruntukan pembangunan di Sarawak... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat itu, bajet hari itu Yang Berhormat telah bincangkan, telah berucap. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ya. Itu untuk to enforce my point... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat cukup lah Yang Berhormat. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Bahawa Sarawak telah dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat dan walaupun Yang Berhormat Menteri ada janji, ada cakap banyak-banyak tentang hendak menyelaraskan pembangunan Sarawak. Ini semua bohong. Ini semua bohong. Ini saya ingat untuk menipu orang Sarawak saja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat jangan cakap macam itulah. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ini tidak adil, tidak adil. Kita membentuk Malaysia sebagai equal partner tetapi kini telah dianaktirikan. Seorang Ahli: Cakap baik-baik! DR. 12.12.2007 61

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ini menipu! Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat cukup masa… Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...Oleh itu, saya ingin tahu penjelasan yang penting, sama ada Kerajaan Pusat akan meningkatkan kadar pampasan royalti minyak daripada 5% untuk negeri Sarawak ke 15%. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sila.

3.41 ptg. Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan ini. Tujuan ialah untuk menambahkan bantuan Kerajaan Pusat kepada negeri-negeri dengan menambahkan lagi RM100 juta daripada RM150 kepada RM250 juta. Selepas saya lihat ada pertambahan hasil, tiap-tiap tahun ada penambahan hasil Kerajaan Pusat, maka dari segi peraturan undang-undang akan diberi bantuan kepada kerajaan-kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, memanglah kita semua tahu bahawa tiap-tiap negeri berbeza. Ada negeri kecil, macam Perlis kecil, hasilnya amat kurang, Pulau Pinang yang kedua kecil tetapi hasilnya lebih sedikit, Melaka yang ketiga kecil pun hasilnya banyak, Sabah dan Sarawak negeri besar hasil banyak juga tapi negeri yang besar tetapi kalau hendak agihkan kepada saiz negeri itu memanglah tak cukup. Tuan Yang di-Pertua, ini cara kita. Ini cara bagaimana kita kerajaan yang kerajaan negeri, kerajaan federal ini. Kita kerajaan bersikap adil Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pusat bersikap adil. Saya pernah duduk dalam kerajaan negeri tiga penggal, penggal yang keempat saya datang ke sini. Saya tahu, saya amat tahu masalah negeri-negeri terutama sekali di Pulau Pinang saya amat tahu. Memang tak cukup hendak… Mungkin cukup untuk bayar gaji tetapi untuk membuat pembangunan memang tidak cukup. Oleh sebab itu kerajaan negeri bergantung kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pusat kalau ikut Perlembagaan, memang beri adil. Yang Berhormat Bagan, kerajaan dalam hal peruntukan di bawah Perlembagaan, kerajaan bagi adil tidak ada kurang sedikit pun. Saya sebut di bawah Perlembagaan, kerajaan bersikap adil. Satu, kerajaan beri pemberian mengikut bilangan penduduk, pemberian penyelenggaraan jalan raya negeri, pemberian khas Sabah dan Sarawak, pemberian di bawah senarai bersama persekutuan dan ini ada kena mengena dengan pertanian, JPS dan juga haiwan. Pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi dan infrastruktur yang disebut oleh Tuaran tadi. Pemberian kekurangan akaun pengurus, pemberian pertambahan hasil, pemberian berasaskan kaedah keseimbangan, pemberian tahunan Selangor dan Kedah. Kedah dapat RM10,000 Tuan Yang di-Pertua setahun, Selangor RM26 juta. Bantuan kewangan lain, pemberian perkhidmatan, pendahuluan kepada negeri-negeri Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada ini, Kerajaan Pusat juga beri pinjaman kepada kerajaan negeri. Sama ada kepada kerajaan negeri ataupun kepada badan-badan berkanun kerajaan negeri. Banyak Tuan Yang di-Pertua dan ada juga negeri yang tidak boleh bayar. Ada yang pinjam tidak boleh bayar di accumulate sehingga RM1.8 billion contohnya, RM1.4 billion, banyak. Ada banyak yang tertunggak tak dibayar. Jadi kerajaan sebab itu bila membuat kutipan daripada negeri-negeri yang lebih maju dan di peringkat federal, kita agih- agihkan.

62 DR. 12.12.2007

Kalau kita harapkan kerajaan negeri, masing-masing kutip cukai hendak belanjakan di negeri masing-masing macam Perlis, tak ada sumber hasil pun ataupun kurang sumber hasil. Maka dia tidak dapat membangun. Jadi negeri yang lebih bayak hasil, maka dia akan membangun dengan lebih cepat. Sebab itu kita buat cara ini supaya lebih adil lagi. Selain daripada itu, kerajaan juga belanja dalam Rancangan Malaysia Pertama hingga kesembilan sekarang, tiap-tiap negeri dapat Tuan Yang di-Pertua, bantuan ikut keperluan masing-masing... Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Penjelasan. Berkenaan dengan pinjaman dari Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri. Bolehkah Yang Berhormat memberi tahu, mana satu negeri yang pinjam wang paling banyak dan tidak mampu bayar dan mana satu negeri pembayaran balik adalah baik sekali? Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat saya tak payah sebutlah negeri. Saya sebut cuma angka yang paling tinggi ialah RM1.8 billion dan masing-masing bayar... Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk] Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahya: Ada yang, negeri Perak bayar ikut… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, perkara ini sudahkah Yang Berhormat pernah jawab di sini? Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Ya? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah pernah jawab? Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Pernah jawab. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Pernah jawab, cukuplah. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Perak tiada tunggakan. Lain-lain negeri ada tunggakan . [Dewan riuh] Ada maklumat saya di sini. Tiap-tiap negeri Tuan Yang di- Pertua… [Dewan riuh] Saya ingat tak payah layanlah Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau sudah jawab tak perlu. Jika sudah jawab tak perlu. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Senarai tu ada pada saya. Tuan Yang di- Pertua, saya ingat tidak payahlah. Kalau hendak tengok saya boleh beri kemudian. Tentang Tanjong, ini kawan baik saya lama ini, di Penang dululah kawan baiklah... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kawan baik tapi parti berlainan. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Parti berlainan. Dia berkenaan dengan contoh yang Tanjong beri ialah tentang bekalan air contohnya, Kerajaan Pusat bukanlah hendak ambil alih pengurusan air itu tak ambil alih cuma Kerajaan Pusat hendak membantu. Tiap- tiap negeri, ada negeri Kelantan misalnya, dia tidak mampu hendak bangunkan perkhidmatan air itu, jadi Kerajaan Pusat akan bantu. Begitu juga dengan negeri-negeri lain. Jadi dengan cara itu, semua negeri akan membangun bersama. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi tentang usaha Kerajaan Pusat untuk hendak membantu negeri-negeri ialah satunya tentang Kerajaan Pusat juga menubuhkan badan- badan berkanun di negeri-negeri juga untuk membangunkan daerah-daerah tertentu. Baru- baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan berbagai Zon Koridor Pembangunan, juga untuk tujuan hendak membantu. Kita tahulah kerajaan negeri juga cari jalan, berusaha bersungguh-sungguh untuk hendak membangunkan, mendapatkan berbagai pelaburan di luar negara untuk membangunkan negeri masing-masing. Itu mungkin Kerajaan Pusat merasakan tak cukup. Jadi Kerajaan Pusat menubuhkan pula regional koridor ini Tuan Yang di-Pertua. DR. 12.12.2007 63

Tujuannya ialah Kerajaan Pusat untuk membantu kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan pelaburan daripada luar supaya negeri-negeri ini maju. Wilayah Pembangunan Iskandar, Northern Corridor , Eastern Corridor dan tak lama lagi Sabah dan Sarawak Koridor. Ini semuanya adalah usaha pihak kerajaan supaya kita dapat bangunkan bersama semua negeri-negeri Tuan Yang di-Pertua. Jadi tak ada soal tidak adil di sini Tuan Yang di-Pertua. Tentang kemiskinan, memang lah ada lagi perbezaan di antara negeri-negeri kemiskinan ini berlaku tapi 50 tahun dulu sehingga sekarang, kita telah berjaya. Kalau dulu masa merdeka dahulu, kemiskinan amat tinggi ada negeri sampai 70%. Ada negeri 50%. Sekarang sudah turun. Ada negeri, Pulau Pinang 0.3%, negeri-negeri lain dalam lingkungan 5%, Sabah lebih sikitlah 23% tapi setakat ini telah berjaya. Jadi kita hendak usahakan lagi supaya dapat menurunkan kemiskinan kepada zero, kepada kosong kalau boleh. Seboleh-bolehnya Tuan Yang di-Pertua. Jadi, janganlah kita kata kerajaan tak bantu, tak bantu, tak berjaya, berjaya dan kalau kita hendak bandingkan dengan negara banyak… Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Penjelasan. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Kalau kita hendak bandingkan dengan negara lain,… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Bandar Kuching. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Setiausaha Parlimen kata Kerajaan Pusat adalah adil untuk mengagihkan dana untuk pembangunan negeri-negeri tetapi kenapa jikalau apa yang dikatakan betul, kenapa Sarawak masih sangat mundur walaupun Sarawak mempunyai natural resources yang begitu banyak. Kenapa masih mundur, menduduki kedudukan kesebelas dari segi komposit indeks dan intense poverty among Sabah and Sarawak. Kenapa ini boleh berlaku? Walaupun kita ada banyak minyak mentah? Bukankah ini satu bukti bahawa Sarawak tidak dilayani dengan adilnya oleh Kerajaan Pusat? Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, saya sebut tadi Sarawak ini ialah sebuah negeri yang besar. Saya ingat sama besar dengan Semenanjung, ataupun lebih besar. Jadi keperluan infrastrukturnya amat besar, amat luas. Hendak buat jalan - kalau di negeri Melaka misalnya, jalan tidaklah begitu banyak tetapi di Sabah dan Sarawak hendak hubungkan antara satu sama lain, luas, jauh. Jadi ia memakan masa sedikitlah, sudah tentulah Kerajaan Pusat. Saya yakin dengan penubuhan rancangan Koridor Sabah dan Sarawak ini akan memesatkan lagi pembangunan Sabah dan Sarawak Tuan Yang di- Pertua. Tentang royalti Tuan Yang di-Pertua, ini patut dibangkitkan di dalam Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada tiap-tiap tahun. Kalau dibawa ini, mungkin akan mendapat perhatian Tuan Yang di-Pertua... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Minta penjelasan. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, soalan saya adalah pernah kah isu ini dibangkitkan oleh Kabinet Sarawak? Isu mengenai peningkatan pampasan royalti daripada 5% kepada 10% ataupun 15%. Sama ada isu ini pernah dibangkitkan dan pernah dibincangkan di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak? Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu mungkin level berbagai-bagai peringkat. Sama ada dibincangkan antara Ketua Menteri Sarawak dengan Perdana Menteri, itu saya tidak tahulah tetapi patut perkara ini dibincangkan, dibawa kepada Majlis Kewangan Negara Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua,.. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Yang Berhormat, ada pegawai di belakang. Boleh tanya kepada mereka, beri jawapan Yang Berhormat. Tak boleh... 64 DR. 12.12.2007

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, jawapan sudah diberikan. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, ini perkara spesifik. Saya akan dapatkan jawapan bertulis. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Bilakah akan diberi? Minggu hadapan bolehkah? Minggu hadapan? Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Boleh, boleh, boleh... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Barisan Nasional Government very efficient , minggu hadapan ya? Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Esok, efficient kalau... Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Yes, yes, yes . Tuan Yang di-Pertua, cuma satu perkara lagi yang saya hendak sentuh iaitu ini Yang Berhormat bagi Bagan. Ini pun kawan lama saya jugalah daripada Pulau Pinang dahulu. Kawan saya banyak dan baik- baik belakalah tetapi dalam Dewan dia bergaduh. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Semua baik sama Yang Berhormat ya? Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Bagan ada sebut, adakah peruntukan Kerajaan Pusat bagi ini disalahgunakan oleh kerajaan negeri? Ia tidak boleh Tuan Yang di-Pertua. Kalau untuk penggunaan jalan, ia ada tabung amanah penggunaan jalan. Maka dia tidak boleh pakai untuk yang lain. Ini telah dibuat beberapa tahun yang lepas. Sebelum itu memang kerajaan negeri bebas untuk membuat apa-apa pun. Jadi oleh sebab itu, kadang-kadang kita bagi geran untuk jalan, dia tak buat jalan, dia tak repair jalan, dia buat benda lain. Sekarang ini tidak berlaku lagi dah. Sudah ada masing-masing, jadi dia kena belanja untuk tujuan itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasihlah kepada Ahli Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa ] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa. Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

DR. 12.12.2007 65

RANG UNDANG-UNDANG BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD 2007

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

3.56 ptg. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang- undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kepada dan bagi perletakhakkan harta hak dan liabiliti Bank Pertanian Malaysia kepada suatu syarikat dengan nama Bank Pertanian Malaysia Berhad dan untuk membuat peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan rang undang-undang berikut, Rang Undang-undang Bank Pertanian Malaysia Berhad 2007. Bank Pertanian Malaysia telah pun ditubuhkan melalui Akta Bank Pertanian 1969. Objektif utama penubuhannya ialah untuk menggalakkan kemajuan pertanian melalui pemberian kemudahan pinjaman, perkhidmatan perbankan dan menyelenggarakan simpanan khususnya daripada sektor pertanian. Bank Pertanian Malaysia adalah milik penuh kerajaan dan sebagai sebuah badan berkanun, Bank Pertanian Malaysia dikehendaki seperti dalam aktanya melaporkan aktiviti tahunannya ke Parlimen. Akta semasa Bank Pertanian Malaysia ini adalah terhad dari segi skop operasinya. Di antaranya akta ini tidak membenarkan Bank Pertanian Malaysia mengeluarkan bil ataupun nota perdagangan untuk diskaun atau sebagai cagaran, menerima wang sebagai deposit pinjaman yang kena dibayar boleh dituntut dengan instrumen yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada akaun bank, memperniagakan emas dan mata wang asing serta tidak membenarkan urusan membeli syer mana-mana perbadanan termasuk syer mana-mana syarikat bank atau syarikat subsidinya kecuali dengan kelulusan Menteri. Skop operasi Bank Pertanian Malaysia ialah menyediakan kemudahan pinjaman serta perbankan kepada sektor pertanian, mengumpul pendeposit daripada semua sektor ekonomi dan menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dibenarkan oleh akta untuk pembangunan sektor pertanian di Malaysia. Kemudahan pinjaman dan simpanan Bank Pertanian Malaysia ditawarkan secara konvensional dan perbankan Islam. Program pinjaman Bank Pertanian Malaysia meliputi pembiayaan aktiviti pertanian dan asas tani yang berdaya maju di peringkat huluan serta pengeluaran utama dan hiliran yang diusahakan oleh pengusaha mikro kecil, sederhana dan besar. Aktiviti pemberian pinjaman dibiayai melalui dua sumber iaitu dana kerajaan dan dana Bank Pertanian Malaysia melalui penggemblengan deposit. Sejak 1970 sehingga September 2007, Bank Pertanian Malaysia telah pun mengeluarkan pinjaman bernilai RM15.1 bilion kepada kira- kira 1.5 juta orang peminjam. Daripada jumlah peminjam tersebut, sebanyak 95% adalah mereka yang meminjam di bawah RM50,000.00 dan syer pasaran Bank Pertanian Malaysia dalam pinjaman pertanian adalah sebanyak 7.6%. Perkhidmatan deposit yang ditawarkan oleh Bank Pertanian Malaysia semenjak tahun 1972 pula bertujuan untuk menggalakkan tabungan di kalangan masyarakat dan ia adalah selaras dengan skop yang dibenarkan oleh Akta Bank Pertanian Malaysia iaitu simpanan kira-kira, simpanan tetap dan perkhidmatan Giro. Kedudukan baki deposit sehingga 2007 adalah sebanyak RM4.3 bilion dengan bilangan pendeposit melebihi dua juta orang.

66 DR. 12.12.2007

Sehingga September 2007, jumlah aset Bank Pertanian Malaysia berada pada paras RM7.5 bilion dan modal berbayar berjumlah RM42.5 juta. Bank Pertanian Malaysia telah pun menjana keuntungan bersih iaitu sebanyak RM14.7 juta pada tahun 2005, RM34.4 juta pada tahun 2006 dan RM84.6 juta sehingga September 2007. Selain daripada itu kadar pinjaman tidak berbayar bersih ataupun NPL Bank Pertanian Malaysia berada pada kadar 17.2%. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesembilan menekan strategi untuk mempergiatkan semula sektor pertanian sebagai jentera pertumbuhan ketiga dengan memberikan tumpuan kepada pembangunan pertanian baru dengan izin, ‘new agriculture’ yang melibatkan usaha mengkomersialkan yang lebih gigih serta aktiviti-aktiviti pengeluaran utama dan pemprosesan dengan nilai tambah yang tinggi. Pada masa sama sektor pertanian akan terus menjadi penggerak ekonomi bagi komuniti pertanian dengan mewujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapat petani, penternak dan nelayan. Bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan kadar pertumbuhan sektor pertanian dan industri asas tani dijangka akan meningkat pada kadar tahunan sebanyak 5.2% berbanding 3.6% pada Rancangan Malaysia Kelapan. Untuk mencapai objektif rancangan Malaysia Kesembilan salah satu faktor yang penting ialah dana yang mencukupi dan dapat disalurkan dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pembiayaan sektor pertanian. Dalam hubungan ini Bank Pertanian Malaysia sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan yang khusus bagi sektor pertanian mempunyai kedudukan yang strategik untuk menjadi pemangkin kemajuan sektor pertanian dengan meningkatkan akses kepada pembiayaan sektor ini. Walaupun Bank Pertanian Malaysia mempunyai potensi menyokong kerajaan membangunkan sektor pertanian namun faktor kedudukan kewangan yang lemah, rangkaian produk dan perkhidmatan yang terhad kurang kerjasama strategik dengan institusi perbankan serta keupayaan yang terhad disebabkan modal insan yang lemah, pengurusan risiko dan infrastruktur ICT yang tidak menyeluruh telah pun menjejaskan keberkesanan Bank Pertanian Malaysia. Dengan itu dengan pengkorporatan Bank Pertanian Malaysia adalah perlu bagi menentukan arah strategik Bank Pertanian yang baru mengukuhkan kedudukan kewangan serta memperkukuhkan kapasiti dan keupayaannya bagi memastikan akses kepada pembiayaan pertanian dapat ditingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjadi sebuah institusi kewangan pembangunan yang cekap, berkesan dan teguh Bank Pertanian Malaysia yang dikorporatkan mempunyai visi dan misi yang baru seperti berikut: Visi - menjadi sebuah bank Pembangunan Pertanian pertama yang berdaya saing dalam menyokong pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani. Misi – meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi memenuhi kehendak sektor pertanian dan industri asas tani dengan cara menyediakan secara menyeluruh produk kewangan dan bukan kewangan serta perkhidmatan secara kompetitif dan menguntungkan. Sejajar dengan visi dan misi barunya Bank Pertanian Malaysia yang dikorporatkan insya-Allah. Akan memainkan peranan dan fungsi seperti berikut kekal sebagai ejen untuk program pembangunan kerajaan. Bank Pertanian baru terus kekal sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan yang bertanggungjawab untuk mengalak pembangunan sektor pertanian serta memenuhi agenda pembangunan sosio ekonomi kerajaan dengan terus menyediakan pembiayaan kepada peminjam kecil seperti petani, penternak dan nelayan. Program-program pinjaman kerajaan yang telah diluluskan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan akan terus dilaksanakan oleh Bank Pertanian Malaysia yang baru.

DR. 12.12.2007 67

Keduanya menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan menyeluruh. Bank Pertanian baru akan menyediakan rangkaian produk kewangan yang menyeluruh untuk menyokong keperluan pembiayaan seluruh rangkaian nilai sektor pertanian daripada peringkat huluan, pengeluaran utama pemprosesan dan pemasaran. Bagi memenuhi keperluan peminjam kecil, Bank Pertanian Malaysia baru akan menyediakan Skim Pembiayaan Mikro, ia juga akan menawarkan produk kewangan runcit seperti pinjaman pendidikan kepada komuniti pertanian. Ketiganya, meningkatkan dan memudahkan pertanian secara menyeluruh oleh institusi perbankan. Di samping menyediakan pembiayaan secara langsung, Bank Pertanian Malaysia baru juga akan menyediakan perkhidmatan penambah baik kredit seperti jaminan kredit dan insurans pertanian untuk memudahkan pengusaha mendapat pembiayaan daripada institusi perbankan. Keempat, menjadi pusat kepakaran pertanian, Bank Pertanian Malaysia baru akan turut dibangunkan menjadi sebuah pusat kepakaran pertanian dengan menyediakan khidmat nasihat kewangan dan perniagaan kepada komuniti pertanian seperti pengurusan kewangan dan diagnosis perniagaan, akses kepada sokongan teknikal serta maklumat berkaitan bagi mempermudah dan menyokong perniagaan pelanggan. Bagi memastikan fungsi sebagai pusat kepakaran pertanian ini dapat dilaksanakan oleh Bank Pertanian Malaysia baru dengan berkesan, ia akan membentuk kerjasama strategik dan agensi kerajaan yang lain agar dapat memanfaatkan kepakaran dan kemudahan agensi-agensi tersebut terutamanya dalam pemberian khidmat sokongan teknikal dan pemasaran. Di mana berkaitan kerjasama ini akan dibentuk secara rasmi dan diinstitusikan. Tuan Yang di-Pertua, dari segi modal perniagaannya aktiviti perniagaan utama bank Pertanian Malaysia yang dikorporatkan adalah seperti berikut: (i) aktiviti pinjaman - selain dari meneruskan aktiviti pinjaman sedia ada termasuk lah program-program pembangunan kerajaan, Bank Pertanian Malaysia yang dikorporatkan akan melaksanakan aktiviti pinjaman baru seperti berikut pembiayaan projek dan perniagaan, pajakan dan sewa beli, modal teroka, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan pengguna; (ii) aktiviti deposit - Bank Pertanian Malaysia baru akan meneruskan aktiviti. deposit sedia ada dan beberapa aktiviti baru seperti akaun semasa bagi meningkatkan daya saing; dan (iii) aktiviti perniagaan sampingan dan pelengkap - Bank Pertanian Malaysia baru akan meneruskan pengurusan perkhidmatan perbankan dan kaunter sedia ada serta beberapa aktiviti perbankan baru bagi meningkatkan daya saing dan pembiayaan secara menyeluruh oleh institusi perbankan. (iv) aktiviti-aktiviti baru yang akan dilaksanakan antara lain adalah seperti berikut Giro antara bank ataupun dengan izin, Inter-bank Giro , perkhidmatan kredit, kad kredit, kad debit insurans nyawa dan insurans am, kiriman wang, cek kembara, e-debit, e-purse insurans pertanian, jaminan kredit, penarafan kredit, pelaburan dan pasaran modal, perbankan Internet dan mobile banking, dengan izin.

68 DR. 12.12.2007

Sebagai sebuah institusi khusus untuk pertanian Bank Pertanian Malaysia baru akan dibangunkan menjadi sebuah pusat kepakaran bagi melengkapkan kemudahan pembiayaannya dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut: (i) khidmat nasihat dan pakar runding; (ii) pusat sehenti; (iii) maklumat berkaitan dengan pertanian; (iv) latihan berkaitan pengurusan kewangan keusahawanan; dan (v) perkongsian pintar. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan Bank Pertanian baru dapat melaksanakan semua fungsi-fungsinya secara berkesan, kedudukan kewangan Bank Pertanian Malaysia yang dikorporatkan akan diperkukuhkan dengan meningkatkan modal berbayarnya kepada RM1 bilion melalui penukaran sebahagian daripada pinjaman kerajaan kepada ekuiti dan suntikan modal yang telah disalurkan kepada Bank pertanian Malaysia di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi. Di samping itu kerajaan akan menyediakan Geran Pelancaran sebanyak RM100 juta bagi pembangunan kapasiti, pembangunan produk, pembinaan imej dan penjenamaan semula Bank Pertanian Malaysia. Melalui pengkorporatan Bank Pertanian Malaysia baru mempunyai autonomi dan fleksibiliti dalam menguruskan sumber manusia, struktur dan organisasi Bank Pertanian baru adalah bercorak komersial yang memfokuskan kepada pelanggan. Ia akan lebih fleksibel menawarkan pakej imbuhan yang lebih berdaya saing untuk menarik kakitangan yang berkelayakan dan berpengalaman terutamanya dalam bidang-bidang perbankan dan perniagaan tani. Bank Pertanian Malaysia juga mampu memberikan pakej ganjaran berasaskan prestasi yang dapat mendorong peningkatan produktiviti kakitangan. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Bank Pertanian Malaysia Berhad 2007 digubal bagi menyediakan asas untuk mengkorporatkan Bank Pertanian Malaysia dengan mengadakan peruntukan bagi pemindahan kepada dan peletakan hak kan harta dan liabiliti Bank Pertanian Malaysia kepada syarikat dengan nama Bank Pertanian Malaysia Berhad dengan izin BPM Berhad. Rang undang-undang ini mengandungi perkara-perkara seperti berikut; (i) Objektif syarikat. Sebagai sebuah syarikat, Bank Pertanian Malaysia dikorporatkan dengan objektif untuk menggalakkan pembangunan pertanian Malaysia yang sempurna dengan mengadakan kemudahan pinjaman, menyelenggara wang simpanan, meningkatkan kesejahteraan masyarakat pertanian dan segala aktiviti perkhidmatan perbankan yang moden dan progresif yang memenuhi keperluan kewangan menyeluruh pelanggan. Bank Pertanian Malaysia Berhad juga dikehendaki memenuhi kewajipan sosial bagi membangunkan masyarakat pertanian yang terdiri daripada petani, penternak dan nelayan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. (ii) Perjalanan hal ehwal syarikat. Bank Pertanian Malaysia diperbadankan di bawah Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2007 dan di bawah Akta Syarikat 1965 yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan. (iii) Peranan dan fungsi utama. Bank Pertanian Malaysia Berhad akan menyedia produk-produk dan perkhidmatan kewangan secara menyeluruh kepada sektor dan komuniti pertanian, meningkat dan menggalakkan pembiayaan pertanian oleh sektor perbankan, menjadi pusat kepakaran pertanian dan agen bagi program pembangunan kerajaan. DR. 12.12.2007 69

(iv) Hal ehwal kakitangan. Rang undang-undang ini menetapkan Bank Pertanian Malaysia Berhad menerima untuk mengambil pekerja bekerja pada tarikh peletak hakkan tiap-tiap orang yang sebelum ini kakitangan Bank Pertanian Malaysia dan diambil bekerja dengan syarat perkhidmatan tidak kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan sebelumnya. Dalam tempoh tersebut, Bank Pertanian Malaysia Berhad tidak boleh memecat mana-mana kakitangan dalam tempoh lima tahun daripada tarikh peletak hakkan. Tadbir urus syarikat. Menteri Kewangan dalam semasa ke semasa selagi kerajaan memegang tidak kurang daripada 5% pada keseluruhan sekuriti Bank Pertanian Malaysia Berhad yang diterbitkan selepas berunding dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mencalonkan sejumlah orang yang sesuai menjadi lembaga pengarah. Bagi memastikan Bank Pertanian Malaysia Berhad terus memainkan peranannya selaras dengan dasar kerajaan berkaitan dengan pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menentukan dasar dan arah strategik Bank Pertanian Malaysia Berhad. Sehubungan dengan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani daripada semasa ke semasa boleh mengeluarkan arahan kepada lembaga berkenaan polisi pertanian yang perlu diikuti oleh Bank Pertanian Malaysia Berhad dan lembaga hendaklah mematuhi arahan-arahan tersebut. (v) Peruntukan am. Di bawah rang undang-undang ini, Bank Pertanian Malaysia Berhad juga tertakluk kepada Akta Syarikat 1965 di samping Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2007. Dengan kelulusan rang undang-undang ini, maka Akta Bank Pertanian Malaysia 1969 adalah dimansuhkan. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan-peruntukan yang diwujudkan dalam Rang undang-undang Bank Pertanian Malaysia Berhad 2007 adalah seperti berikut; Bahagian 1 mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara permulaan. Fasal 1 memperkatakan tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 mentakrifkan beberapa perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam akta yang dicadangkan. Bahagian 2 bertujuan mengadakan peruntukan bagi pembentukan pemunyaan dan peletak hakkan harta, hak dan liabiliti. Fasal 3 mengadakan peruntukan bagi pembentukan suatu syarikat yang akan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Fasal 4 membolehkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menetapkan suatu tarikh peletak hakkan yang menurutnya segala harta, hak dan liabiliti Bank Pertanian Malaysia akan berpindah dan peletak hak kepada bank. Fasal 5 bertujuan menghendaki bank menerbitkan sekuriti bank pada Menteri Kewangan. Fasal 6 bertujuan untuk membuat peruntukan bagi pelaburan kerajaan dalam sekuriti bank. Fasal 7 bertujuan membuat peruntukan bahawa menteri boleh melantik wakil kerajaan dalam lembaga bank. Fasal 8 bertujuan untuk membuat peruntukan bahawa akaun statutori bank akan berdasarkan atas penyata akaun Bank Pertanian Malaysia pada tahun perakaunan penuh terakhir, berakhir sebelum tarikh peletak hakkan. 70 DR. 12.12.2007

Bahagian 3 mengadakan peruntukan bagi perkara berkaitan kakitangan Bank Pertanian Malaysia. Fasal 9 bertujuan untuk membuat peruntukan menghendaki bank menerima sebagai pekerjanya kakitangan Bank Pertanian Malaysia yang telah membuat pilihan untuk berkhidmat sebagai kakitangan bank. Bahagian 4 mengadakan peruntukan berkenaan tujuan kuasa dan tanggungjawab sosial bank. Fasal 10 menyatakan secara terperinci peruntukan berkenaan tujuan dan kuasa bank. Fasal 11 menghendaki bank untuk memenuhi tanggungjawab sosial yang ditentukan oleh kerajaan daripada semasa ke semasa. Bahagian 5 menyatakan peruntukan am. Fasal 12 memberi kuasa pada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengeluarkan arahan kepada lembaga berkenaan dasar pertanian dan lembaga hendaklah mematuhi arahan itu. Fasal 13 bertujuan menyatakan tanggungjawab bank untuk mengemukakan antara lain akaun untung rugi yang telah diaudit, kunci kira-kira dan dokumen berkaitan operasinya. Fasal 14 mengizinkan bank mendapat perlindungan jurubank di bawah Akta Bil Pertukaran 1949. Fasal 15 membuat peruntukan bahawa Akta Syarikat 1965 terpakai bagi bank dan sebagai tambahan kepada peruntukan akta yang dicadangkan dan sekiranya terdapat percanggahan peruntukan akta yang dicadangkan hendaklah mengatasi. Fasal 16 memberi kuasa pada menteri untuk membuat peraturan. Fasal 17 memansuhkan Akta Bank Pertanian Malaysia 1969. Fasal 18 mengadakan peruntukan bagi pengurusan semua undang-undang bertulis, maksud perundangan subsidiary yang menyentuh ataupun melindungi Bank Pertanian Malaysia dengan mentafsirkan sebutan-sebutan mengenai Bank Pertanian Malaysia sebagai sebutan-sebutan mengenai bank. Fasal 19 mengadakan peruntukan bagi bank untuk meneruskan dan menyelesaikan mana-mana prosiding tatatertib yang masih belum selesai terhadap mana- mana pekerja Bank Pertanian Malaysia yang diterima sebagai pekerjanya. Fasal 20 memberi kuasa pada menteri untuk membuat perintah bagi maksud menghapuskan kesukaran yang mungkin timbul berkaitan pelaksanaan akta yang dicadangkan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, siapa sokong? Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Mah Siew Keong]: [Bangun] Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato' Seri Mohd. Shariff bin Omar]: [Bercakap tanpa pembesar suara] Saya sokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kepada dan bagi peletak hakkan harta hak dan liabiliti Bank Pertanian Malaysia pada suatu syarikat dengan nama Bank Pertanian Malaysia Berhad dan untuk membuat peruntukan bagi perkara-perkara lain yang berhubungan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

DR. 12.12.2007 71

Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tiga Ahli Yang Berhormat, empat, lima. Kerana saya nampak Sri Gading dululah. Jadi silalah Sri Gading.

4.20 ptg. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh, salam sejahtera dan selamat petang. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Speaker yang bijaksana. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Masa sama jugalah kalau 20 minit, 20 minit jugalah. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya nak mengucapkan tahniah, syabas malahan ditambah dengan ucapan terima kasih, penghargaan yang tinggi kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian kerana hari ini 12 Disember, beliau membawa dan membuat sejarah yang terpenting bagi sektor yang dianggotai oleh separuh daripada rakyat Malaysia. Kita Insya-Allah, akan meluluskan Bank Pertanian ini nanti yang selama ini Bank Pertanian kita akan korporatkan dengan nama Bank Pertanian Malaysia Berhad 2007. Petani-petani, penternak-penternak di kawasan saya berkirim salam kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian. Mereka dah dengar cerita-cerita Bank Pertanian akan diubah, akan dikorporatkan beberapa ketika yang lalu dan mereka memang mengharap- harapkan kita di Parlimen ini termasuk Ketua Pembangkang akan mencadangkan dan juga menyokong kelulusan rang undang-undang ini. Kita semualah, kita semua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, dia sedang SMS lah Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ya, dia orang baik Tuan Yang di-Pertua, dia orang baik. Betul, Dia orang baik!. Mereka sudah lama tunggu Tuan Yang di-Pertua, tetapi dalam Dewan yang mulia ini sebelum kita luluskan undang-undang ini, kita jangan lupa mengucapkan penghargaan dan terima kasih, rasa terhutang budi kepada Bank Pertanian yang nak kita pinda ini. Ini kerana selama 30 tahun lebih Bank Pertanian bersama-sama dengan kita, jasa, peranan mereka, kepada petani, penternak dan nelayan bukan kecil dan bukan remeh. Jadi saya ingin mengambil kesempatan untuk direkodkan di dalam Dewan yang mulia ini, bagi pihak petani, nelayan, penternak dan orang-orang di kampung-kampung mengucapkan ribuan terima kasih penghargaan yang tinggi kepada Bank Pertanian yang selama ini telah pun memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Saya di samping menyokong rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, ingin memberikan sedikit cadangan. Apa yang telah pun diperkatakan, yang telah pun dipertuturkan, apa yang dihuraikan, apa yang dizahirkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi dalam masa pembentangan ini semuanya baik-baik, semuanya molek-molek. Saya yakin serta percaya kalau Bank Pertanian Berhad ini berperanan 10 tahun akan datang kita akan lihat perubahan-perubahan yang lebih ketara kepada nelayan, petani dan penternak kita. [Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timur) berjalan keluar Dewan] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dia tidak suka dengar dia keluar. Pandangan saya Tuan Yang di-Pertua. Pertama, seperti mana yang disuarakan oleh Yang Berhormat Menteri, tujuan dia, peranan dia, faedah yang akan kita dapat. Cuma saya nak bertanya kemusykilan sikit, ini kemusykilan, ini dipunyai oleh Menteri Kewangan yang diperbadankan. 72 DR. 12.12.2007

Ini pertanyaan saya, apakah Menteri Kewangan mempunyai kuasa lebih daripada Menteri Pertanian? Saya tidak tahu! Ini kerana Menteri Pertanian lebih faham,lebih tahu apa yang dikehendaki, apa yang dirintihkan oleh petani, nelayan dan penternak. Saya tidak faham, harap Yang Berhormat Menteri yang saya rasa memang dia lebih faham, dia lebih faham daripada saya. Kalau dia tidak faham, saya pula lebih faham, saya jadi Menteri. Jadi tentulah dia lebih faham daripada saya. itu satu, kebimbangan saya di situ. Modal RM1bilion, apakah modal RM1bilion ini cukup atau tidak kerana bank ini akan pergi sebagai bank-bank yang lain. Urusan bank seperti bank-bank perdagangan yang lain? Apakah modal RM1bilion ini cukup atau tidak? Saya tidak tahu. Kalau tidak cukup kerana peranan yang nak dimainkan, cita-cita Yang Berhormat Menteri Pertanian yang juga disokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana hendak melihat sektor pertanian ini menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada rakyat dan apabila bank ini peranan seperti bank-bank swasta yang lain. Saya bimbang modal ini kata orang Melayu “Ditarik ke atas nampak lutut, ditarik ke bawah nampak pusat ”. Saya lebih suka mengikut Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Diraja, saya memberi gelaran yang betul. Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Diraja orang kaya... Tuan Yang di-Pertua: Apa kena mengena tu? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Ketawa] Dalam penghormatan saya, maafkan saya Tuan Yang di-Pertua, bukan saya nak mengampu tetapi itu memang hak Tuan Yang di-Pertua. Saya tengok dalam ini memang... [Menunjukkan Aturan Urusan Mesyuarat] Bukan saya nak menambah-nambah Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua kalau gurauan saya itu lebih sikit. Itu yang kedua. Ketiga, Yang Berhormat Menteri Pertanian jujur, dedikasi, amanah, sifat-sifat yang baik ada kepada Yang Berhormat Menteri, ada kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya tidak lupa kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, sifat-sifat baik ini. Namun apakah sifat-sifat baik Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen ini boleh diturunkan ke peringkat pegawai-pegawai dan kakitangan ini nanti? Mereka harus ada sifat insaf diri, mereka mesti ada sifat jujur, mereka mesti ada sifat dedikasi, mereka mesti ada sifat amanah dan macam Yang Berhormat Menteri katakan tadi, mereka mesti bersifat mesra pelanggan. Pelanggan ini ia berbeza dengan pelanggan- pelanggan korporat yang lain, dia ialah nelayan, mereka ialah petani, mereka ialah penternak yang kadang kala mereka kurang faham itu dan ini, mereka tidak berapa pandai. Kalau kita tidak bantu, kita tolong dengan pegawai-pegawai dan kakitangan yang benar-benar mesra rakyat, mesra pelanggan, kita bimbang kemuliaan hati Yang Berhormat Menteri, tujuan murni rang undang-undang ini akan terbantut dan tidak kesampaian. Yang Berhormat bagi Ayer Hitam. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat bgi Sri Gading. Saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat tadi mengenai menteri, timbalan menteri dan setiausaha Parlimen kerana sifat-sifat mereka ini begitu efisien, begitu mesra rakyat. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Kita hendak pegawai Bank Pertanian juga serupa, turun padang. Kita dapati dalam kementerian ini, Jabatan Pertanian memang banyak rungutan daripada petani. Kita tidak mahu perkara yang sama berulang di Bank Pertanian. Apa pandangan dan cadangan Yang Berhormat kepada menteri mengenai keberkesanan pegawai dari segi penyampaian. Peruntukan sudah diluluskan oleh menteri sudah lama tetapi sehingga bulan Disember belum disalurkan kepada petani, apa pandangan Yang Berhormat. DR. 12.12.2007 73

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih, Ayer Hitam. Saya tidak akan menjawab. Saya serahkan ungkapan Yang Berhormat Ayer Hitam kepada Yang Berhormat Menteri sendiri untuk memberikan penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Sifat-sifat ini penting. Sifat-sifat amanah, jujur dan dedikasi ini penting. Mesra petani, nelayan dan penternak ini penting. Seperti yang sama sebut mereka ini orang- orang yang duduk di pedalaman, di kampung-kampung yang tidak terdedah dengan pelbagai perkara moden. Kalau tidak dibimbing secara ikhlas dan penuh kesabaran oleh pegawai dan kakitangan bank ia mungkin tidak kecapaian. Silakan, Kinabatangan. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kita faham bahawa Bank Pertanian ini diwujudkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pertanian tujuannya ialah untuk membantu petani, penternak, peladang dan nelayan. Rata-rata mereka ini datangnya dari luar bandar. Jadi, apakah Yang Berhormat ingin menyatakan kepada menteri supaya bank ini beroperasi lebih mendetailkan, lebih mengutamakan pelanggan yang tidak berkemahiran ini iaitu kaunter, pegawai-pegawai depan mereka bukan sahaja mesra rakyat tetapi jiwa mereka hendaklah fokus membantu rakyat, membantu mereka ini sebab mereka ini kadang-kadang ada yang tidak pandai mengisi borang. Jadi, mudahkan jangan sukarkan permohonan-permohonan mereka. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya bukan sahaja bersetuju tetapi saya juga menyokong. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap apabila Bank Pertanian ini setelah mustaid dikorporatkan... Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Mustaid? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Mustaid. Yang Berhormat bagi Larut, fahamkah perkataan ini? Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Jasin. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Oh, Jasin. [Ketawa] Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Pembetulan sikit, itu Jasin yang tanya bukan saya. Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: [Ketawa] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat bagi Jasin faham mustaid? Maknanya telah lengkap selengkapnya. Ia juga akan memberi kemudahan untuk semua petani membuat simpanan semasa. Oleh sebab di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil seperti di Kinabatangan ini tidak ada langsung, saya berharap Bank Pertanian yang dikorporatkan ini dibuka sebanyak-banyaknya Bank Pertanian Berhad ini di kampung-kampung di kawasan hulu, di pekan-pekan kecil di seluruh negara. Jangan banyak sangat kerenah hendak membukanya supaya rakyat dapat berurusan dengan bank-bank ini dan memudahkan mereka. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Sri Gading. Rakan saya di sebelah ini memang kuat membantu, Tuan Yang di-Pertua. Sesuailah Bank Pertanian ini peranannya untuk membantu sasaran-sasaran seperti petani dan penternak ini. Jadi, apakah tidak bank ini melebarkan sayapnya. Contohnya di Kinabatangan, di sana 90% penduduknya ialah petani, penternak dan sebagainya. Berbalik kepada kerenah pegawai-pegawai itu, Yang Berhormat Sri Gading. Contohnya borang yang diisi dan kemudian ada tersalah, typing error dan sebagainya, pegawai itu terus menolak. Jadi, orang yang dari kampung ini dia suruh datang lagi minggu depan sedangkan perkara itu boleh diperbetulkan waktu itu juga. Apakah Yang Berhormat mencadangkan supaya sikap sebegini tidak ada kepada pegawai-pegawai di Bank Pertanian kelak. 74 DR. 12.12.2007

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ya, itulah maksud saya tadi, sifat-sifat mulia yang harus ada. Ada satu kes, tetapi dengan jabatan lainlah bukanlah pegawai jabatan ini - Jabatan Pertanian. Isi borang salah dia suruh balik dan datang minggu depan. Dia hendak datang tujuh jam naik perahu. Tujuh jam naik apa itu kalau di Sabah dan Sarawak? Ha, naik bot. Sembilan jam! Suruh pula datang lagi. Pegawai yang macam ini, Tuan Yang di-Pertua, kalau saya yang jadi petani, pegawai ini tentu saya buangkan ke sungai. Memang saya tangkap dan buang ke sungai. Jenis yang macam ini tidak hati perut. Ini jenis pegawai yang tidak ada hati perut, yang tidak langsung peka dengan masalah yang ditanggung oleh rakyat-rakyat yang miskin. Bank Pertanian ini untuk membantu nelayan, penternak dan juga petani yang miskin. Kalau pegawai dan kakitangan tidak berhati perut untuk membantu orang-orang yang miskin ini lebih baik dia jangan bekerja dengan Bank Pertanian Berhad kerana memalukan Bank Pertanian Berhad yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri yang begitu amanah dan dedikasi. Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading. Saya hendak tambah sikit lagi. Saya pun keliru juga. Saya difahamkan Bank Pertanian ini bukan tidak bagus; bagus tetapi janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Saya difahamkan sewaktu hendak mengutip hutang mereka turun ke bawah, pergi rumah ke rumah. Kalau nasib baik dalam musim buah bawa balik durian. Alhamdulillah. Tidak mengapa. Itu mengutip hutang tetapi untuk meminjam kena pergi ke Bank Pertanian berulang kali. Apa salahnya kedua-duanya sekali diubah, mesra rakyat sebagaimana Yang Berhormat bagi Sri Gading katakan tadi. Apakah Yang Berhormat bersetuju supaya perkara ini diperbetulkan balik. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Mahu tidak mahu tentulah setuju. [Ketawa] Sabarlah sajalah. Dia pengerusi, Tuan Yang di-Pertua, mana boleh saya lawan. Setuju atau tidak setuju, setuju sahajalah. Maknanya rintihan-rintihan seperti ini ditamatkan. Kita hendak yang terbaik. Kalau Yang Berhormat Menteri tadi punya pembentangan, Yang Berhormat bagi Larut, masya-Allah, Subhanallahlah, Allahu Akbar, hebat. Maknanya terbelalah petani, nelayan dan penternak. Terbelalah segala matlamat, tujuan, pentafsiran tadi, oh, hebat. Saya amat gembira, bersyukur ke hadrat Allah SWT, Yang Berhormat Menteri Pertanian sebagai anggota Barisan Nasional yang bertanggungjawab, rakyat tidak ada pilihan lain melainkan pilihlah Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua: Ada lagi? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Minta maaf, Tuan Yang di- Pertua. Saya pendekkanlah nampaknya ghairah sangat. Perkara lain. Terakhir, ini mengenai Lembaga Pengarah. Lantiklah mereka yang berjiwa rakyat. Kalau dia itu Tan Sri silakan tetapi Tan Sri yang berjiwa rakyat. Tuan Huan Cheng Guan [Batu Kawan]: Ahli Parlimen berjiwa rakyat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kalau yang kita hendak lantik itu Yang Berhormat Datuk, sila lantiklah tetapi berjiwa rakyat. Kalau yang hendak dilantik itu bekas-bekas KSU, KSN lantiklah tetapi mesti tentukan mereka berjiwa rakyat. Kita sudah tidak ada masa. Kita sudah tidak ada ruang untuk memilih mereka yang kadangkala ber title Datuk, Tan Sri dan macam-macam ini tetapi hati nurani mereka bukan ada di hati nelayan, hati mereka ada di London, hati mereka ada di Paris, hati mereka ada di padang golf, hati mereka tidak bersama dengan nelayan, petani dan penternak. Orang-orang macam itu tidak perlu menjadi Ahli Lembaga Pengarah. [Tepuk]

DR. 12.12.2007 75

Cari mereka yang benar-benar berjiwa petani, nelayan dan penternak – siapa- siapalah yang jiwa hati nuraninya memang benar-benar bertanggungjawab hendak membela rakyat yang telah diuar-uarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang diuar-uarkan juga dan dikehendaki oleh Yang Berhormat Menteri, mereka mesti selaras dan selari dengan kehendak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri. Jangan atas nama oh, oh, oh... [Ketawa] Sudah sampai masa... Tuan Yang di-Pertua: Ya, sudah cukup masa. Beberapa Ahli: [Ketawa] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya, Ahli Parlimen yang patuh kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua. Dengan ini, saya menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Jasin dahulu.

4.41 ptg. Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya apabila mendengar huraian daripada Yang Berhormat Menteri dan selepas apa yang telah diperkatakan oleh sahabat saya, Sri Gading, saya rasa terpanggil, Tuan Yang di- Pertua, kerana dengan adanya Bank Pertanian yang alaf baru yang telah dibentangkan oleh Tan Sri Menteri tadi. Saya penuh yakin dan percaya martabat petani ini akan naik kerana pada masa dahulu, apabila petani ini hendak pergi meminang anak orang sahaja, tanya, “Kerja apa anak engkau? Petani. Tidak payahlah, askar lebih baik.” Hendak masuk pintu pagar untuk meminang pun tidak dapat, Tuan Yang di-Pertua. Namun bila saya dengar Tan Sri Menteri tadi mengatakan bahawa dengan kerajaan menambahkan lagi modal kepada Bank Pertanian ini, selepas itu hendak ikut cara perniagaan bank komersial yang lain, dengan ada credit card dan sebagainya. Kerana apa ini Tuan Yang di-Pertua, kerja petani ini murni, tetapi kalau dia pergi hendak meminjam kepada Malayan Banking ke, CIMB ke, belum tahu lagi. Kalau dia sebutnya projek pertanian, “Kami tidak ada dana”. Yang dia hendak, buat beli rumah, beli kereta. Sebut sahaja projek pertanian, “ No way!” Jadi pada Bank Pertanian inilah yang menjadi harapan petani. Saya penuh yakin walaupun pada hari ini ada dua juta lebih pendeposit, dengan penghormatan baru ini, petani akan lebih banyak lagi akan menjadi pendeposit di Bank Pertanian. Yakinlah kerana pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua, petani yang baik, tanah yang subur, benih yang baik ataupun projek yang baik, tetapi kalau tanpa modal, tidak ke mana. Tanpa modal, tidak boleh buat apa tetapi saya penuh yakin pada apa yang disebut oleh Tan Sri Menteri tadi. Saya yakin selepas ini kerana pada hari ini kalau kita lihat, dengan pinjaman yang telah dikeluarkan oleh Bank Pertanian selama ini yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, lebih daripada RM15 bilion pinjaman yang diluluskan, 90% kepada yang kecil- kecil ini, RM50,000 ke bawah. Akan tetapi saya yakin, Tuan Yang di-Pertua, 90% daripada RM15.1 bilion tadi, berapa jumlah dia dan 10% yang RM50,000 ke atas ini, berapa jumlahnya? Saya takut esok daripada RM15 bilion, 90% dapat RM5 bilion tetapi yang 10% pinjaman dia RM10 bilion pula... Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun] Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Sila, Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua: Ya.

76 DR. 12.12.2007

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Dengan penstrukturan Bank Pertanian, sudah tentu tanggapan rakyat terlalu tinggi, lebih-lebih lagi masyarakat petani dan nelayan ini. Dengan tanggapan yang tinggi ini, maka adalah menjadi kewajipan bagi Bank Pertanian ini sendiri untuk memainkan peranan ke arah bagaimana membantu mereka yang berkehendakkan bantuan. Jadi ada pepatah Melayu menyatakan, ‘Jangan pula jadi senjata, senjata makan tuan’. Kita strukturkan bank ini untuk menambah baik tetapi setelah distrukturkan, bukan pula baik menjadi tidak baik. Minta pandangan Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Terima kasih sahabat saya, Kinabatangan. Saya penuh yakin dan percaya apabila kita tengok clauses di dalam akta ini yang memberi kuasa penuh kepada Menteri Pertanian. Dan Menteri Pertanian akan memberi pandangan dan juga arahan kepada Bank Pertanian ini, bagaimana dasar pertanian negara yang kita ada pada hari ini dan insya-Allah apa kemusykilan yang dikemukakan oleh Kinabatangan ini, saya mungkin boleh katakan di sinilah, insya-Allah selepas ini perkara-perkara macam itu tidak akan berlaku. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap pada masa akan datang, mikro kredit-mikro kredit yang selama ini yang diadakan oleh Bank Pertanian ini mesti diteruskan kerana kebanyakan di antara yang saya sebut, lepas masalah dia, Tuan Yang di-Pertua, yang menjadi masalah juga disebutkan oleh Sri Gading adalah petani-petani kecil di kampung ini yang memerlukan mikro kredit RM50,000 ke bawah ini. Projek mereka kecil. Hari ini dia pelihara lembu empat ekor, lima ekor, kerja yang sama. Dia juga hendak membesarkan perniagaan dia. Lagi lima ekor lembu hendak jadikan 50 ekor ataupun 30 ekor kerana yang dia pelihara pada hari ini, lima ekor, kalau dia dapat pelihara 30 ekor, kerja dia sama. Apa yang berlaku, Tuan Yang di-Pertua, orang kampung, lima ekor lembu dia bawa pergi ke sawah, dia ikat, dia pun tunggu, jaga lembu dia makan. Maghrib, dia ambil lembu dia bawa balik ke kampung tetapi kalau usaha orang ini dapat kita perbesarkan dengan mikro kredit daripada Bank Pertanian ini, saya penuh yakin dan percaya, orang kampung akan dapat manfaat kerana saya berharap mikro kredit ini, Tan Sri Menteri, kalau boleh janganlah minta kolateral daripada orang kampung berasaskan projek. Berasaskan projek yang punya daya maju, kita bagi. Selama ini, Tuan Yang di-Pertua, saya berharaplah, saya pun seronok mengatakan tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa Bank Pertanian ini akan mengambil lebih banyak lagi pekerja dan kakitangan yang profesional dalam bidang pertanian. Dia faham pertanian. Kena ambil orang pertanian. Apatah lagi yang disebutkan oleh Sri Gading, kita hendakkan extension macam extension officers yang turun ke bawah, beri nasihat dan sebagainya kepada petani-petani. Kita berharap Bank Pertanian ini apabila dikorporatkan ini berwajah baru dan cara pengurusannya kerana baru-baru ini, Tuan Yang di-Pertua, lebih kurang bulan tiga, bulan empat, saya lihat Bank Pertanian, pernah saya menegur dia, saya telefon dia, saya tegur kerana pengurusan dia, apa yang berlaku, pinjaman sudah lulus tetapi peminjam lambat dapat duit. Ada satu kes di Melaka, saya telefon Bank Pertanian, satu bulan tidak dapat duit lagi. Sudah lulus, tidak dapat. Akhirnya, pekebun itu datang jumpa saya, saya telefon Bank Pertanian, “Saya difahamkan bahawa pinjaman so and so sudah lulus, kenapa lambat keluar duit?” Dijawab oleh kakitangan, “Minta maaf, Datuk, pengurus pergi cuti luar negeri”. Mengapa pula cuti di luar negeri? Kerana mengikut suami dia bertugas di luar negeri, tak ada orang hendak sain cek. Pertanian kalau kata sawah pagi tiga empat bulan punya kerja projek hendak jalan sudah sampai padi tu sudah dituai sudah jadi beras pinjaman pun tak boleh dapat lagi Tuan Yang di-Pertua. Inilah yang berlaku tetapi saya penuh yakin dan percaya selepas dia bergerak secara profesional ini perkara-perkara macam ini mungkin tidak berlaku. DR. 12.12.2007 77

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, saya melihat dalam akta ini kalau pun Bank Pertanian ini seperti yang Tuan Yang di-Pertua katakan tadi ia akan bergerak sebagai bersama bank komersial tetapi tak ada clause berkenaan dengan insurans Tuan Yang di- Pertua. Pernah berlaku di kawasan saya juga seorang nelayan yang pinjam daripada Bank Pertanian untuk bot dan enjin botnya. Pinjam dengan Bank Pertanian. Hari Raya sudah Tuan Yang di-Pertua dicuri oleh lanun seberang. Curi dengan enjin dan bot. Jadi akhirnya nelayan ini sudah tak ada mata pencarian datang mengadu dengan kita juga wakil rakyat. Saya kata kau dapat duit modal daripada mana, Bank Pertanian pergilah jumpa Bank Pertanian. Biasa kalau bank komersial sebagai contoh dia ada insurans. Kalau kita beli rumah, rumah kita terbakar, insurans akan cover balik. Dia kata Bank Pertanian tak ada. Jadi yang ini pun saya berharap kalau dapat diperhatikan demi untuk kebaikan petani kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya berharap dan sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah membuat satu pendekatan yang baru berkenaan dengan Bank Pertanian ini dan insya-Allah dengan perkara-perkara yang baik yang telah kita laksanakan saya kira pertanian akan menjadi satu bidang yang akan lebih maju pada masa yang akan datang di dalam negara kita. Sekian terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Larut.

4.52 ptg. Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak tanya sedikit sahaja dan saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana membentangkan pindaan ini dan kita memang berharap Bank Pertanian akan terus memacu kejayaan kerana inilah merupakan harapan kepada pertanian kita dan juga petani-petani. Cuma saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri kerana inilah kali pertama saya berpeluang, tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa segala dasar akan diserahkan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, pemiliknya ialah Menteri Kewangan yang diperbadankan. Kita tak nafikan tapi masalah ini sudah setahun Yang Berhormat, jawatan pengerusi lembaga Bank Pertanian tidak diisi. Apakah masalahnya? Saya pun hairan. Di manakah kuasa yang sebenarnya? Kalau Yang Berhormat Menteri sudah mencadangkan, calon-calon seharusnya ia telah dilantik tapi sebaliknya saya difahamkan ialah kuasanya terletak pada Gabenor Bank Negara di bawah Akta Bank Negara. Ini menjadi kekeliruan kepada kita dan satu lagi ialah kenapa orang-orang politik tidak dibenarkan menduduki dalam Lembaga Pengarah Bank Pertanian. Sebagai contoh rakan saya daripada Pontian dahulu seorang Ahli Lembaga Pengarah. Apa cacat-celanya rakan saya daripada Pontian ini? Kononnya tidak dibolehkan. Saya keliru juga dahulu boleh kenapa sekarang tak boleh. Dahulu duduk dalam lembaga pengarah tapi sekarang tidak dibolehkan lagi saya difahamkan. Jadi saya mintalah penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana ini amat penting ibarat Bank Pertanian ini seperti kereta Ferrari. Lengkap segala-galanya. Kalau masuk Formula One dahulu mesti menang Tuan Yang di-Pertua. Tak kiralah sama ada di Sepang, di Bahrain atau mana-mana juga tetapi sayang pemandunya hari ini tidak ada seperti Schumacher. Jadi saya mintalah penjelasan daripada Yang Berhormat. Terima kasih baru balik daripada luar negara demi memajukan lagi melihat kemajuan-kemajuan pertanian yang telah dilakukan negara-negara lain. Sanggup balik membentangkan pindaan ini semata-mata untuk kepentingan Bank Pertanian. Jadi saya harap re-branding dengan izin, akan terus memacukan lagi Bank Pertanian segala teguran yang kita buat ini adalah semata-mata untuk kebaikan Bank Pertanian itu sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi berharap supaya Bank Pertanian ini akan terus bersaing demi untuk kepentingan para petani kita. Sekian, terima kasih. 78 DR. 12.12.2007

Tuan Yang di-Pertua: Cameron Highlands.

4.55 ptg. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kerana membentangkan Rang Undang-undang Bank Pertanian. Saya ingin bahas sedikit mengenai pengkorporatan Bank Pertanian Malaysia akan menjadi satu landasan bagi bank untuk menstrukturkan semula pengendaliannya supaya menjadi lebih cekap, berkesan dan fleksibel dan untuk meningkatkan prestasi kewangan dan perkhidmatannya. Perkataan yang saya cukup suka ini fleksibel. Dalam konteks ini saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri mengenai suasana pertanian di Cameron Highlands khususnya dari segi Dana Tani Khas di mana Bank Pertanian memainkan peranan yang cukup penting. Di Cameron Highlands memang ada Bank Pertanian. Dan saya ingin memberitahu bahawa sektor kritikal yang mempunyai niche market atau pasaran niche adalah pengeluaran sayuran yang memerlukan iklim yang tertentu, temperate climate dengan izin, dan Cameron Highlands dianugerahkan tuhan iklim yang sedemikian. Pengeluaran strawberi dan bunga-bungaan yang menjadi pengeluaran- yang saya katakan niche tadi. Dalam konteks ini kalau kita lihat dari segi keuntungan kepada negara, dari segi defisit import kita boleh mengimbangkan. Seterusnya dari segi cukai, kalau kita lihat untuk tanah pertanian satu hektar kerajaan negeri mengenakan cukai baru-baru ini RM800 dan dari segi pengeluaran pula baru-baru ini dalam tahun 2007 saya tengok Bahagian Cukai sering turun ke Cameron Highlands dan mengikut maklum balas yang saya dapat keuntungan cukai cukup tinggi kerana produktiviti mereka baik. Dalam konteks ini saya ingin minta bantuan, bolehkah dasar-dasar Bank Pertanian ini dapat difleksibelkan. Contohnya TOL ( Temporary Occupation Land ), kita benarkan. Sekarang sudah ada kemudahan cuma diberi kepada golongan-golongan yang besar sedikit. Saya mohon supaya tanah-tanah kepunyaan TOL yang diusahakan untuk tujuan pengeluaran semua ini dapat diberi kemudahan pinjaman kerana dalam satu hektar juga pengeluaran tomato keuntungannya memang ada, kalau harganya baik. Saya ucapkan terima kasih, baru-baru ini 30 sen tomato telah jadi RM1 kerana usaha FAMA. Saya ucapkan terima kasih dan saya rasa sudah tiba masanya kita membantu petani-petani di Cameron Highlands untuk merangkaikan keempat-empat fasa perniagaan pertanian ini. Dari penyelidikan pengeluaran, dari segi packaging branding sampai ke pemasaran. Maka mereka bantu. Sekarang saya tengok bantuan yang diberi hanya di peringkat penanaman. Mungkin dia minta untuk penanaman dan juga untuk fertigasi, secara tertutup sekarang. Ramai petani di Cameron Highlands sudah tukar budaya mereka budaya untuk menanam secara moden. Bukan macam dahulu, terbuka. Sekarang mereka sudah menggunakan cara fertigasi di mana tutupnya, pertaniannya lebih baik, dia gunakan konsep organik dan sebagainya. Maka dalam konteks ini oleh kerana persaingan semakin hebat dan tuntutan pasaran untuk pengeluaran barang-barang yang lebih bermutu dan masyarakat health conscious maka bantuan sebegini akan meningkatkan lagi tahap pertanian kita dari peringkat asas kepada peringkat yang lebih tinggi kepada intensive farming . Dari satu ekar produktivitinya boleh dilipatgandakan. Maka saya memohon supaya bantuan juga dipanjangkan untuk tissue culture dengan izin, untuk tujuan fertigasi untuk penjenamaan dan branding, packaging dan pemasaran. Bila kita kata pemasaran maka kenderaan terlibat. Kita memanjangkan kemudahan pinjaman kepada petani-petani untuk kemudahan pengangkutan juga. Untuk lori dan sebagainya. Untuk teknologi-teknologi berkenaan contohnya mesin-mesin, packaging dan sebagainya. DR. 12.12.2007 79

Saya mohon supaya benda ini dapat diuruskan kerana saya nampak bahawa 2005, 2006, 2007 dan 2008 akan menampakkan satu budaya pertanian baru dan kalau sekiranya kita tidak membawa petani kita ke arah pemodenan sebegitu dan good farming practices dengan izin, maka mungkin kita akan ketinggalan. Maka kita akan keluarkan AP- AP untuk sayur-sayur dari luar negara dan kita akan mempunyai defisit yang begitu tinggi sekali. Yang kedua, pekebun-pekebun kecil khususnya di kawasan Jelai kita ada petani- petani yang ada kebun-kebun kecil, ramai. Maka apa yang saya nampak kekurangan mereka ialah oleh kerana mereka terlalu kecil, tidak ada satu usaha untuk menyatukan mereka dan ini balik kepada masalah dana. Maka kita nampak orang-orang tengah membeli barangan mereka dengan kos yang begitu rendah sekali. Saya memohon supaya bolehkah Bank Pertanian dalam budaya fleksibiliti.i mereka melihat penampungan dan pinjaman kepada golongan-golongan ini yang boleh disatukan untuk dijadikan tempat di mana mereka boleh mewujudkan pusat pengumpulan, pusat pemprosesan. Contohnya salak, buah salak ini popular di Jelai. Sama seperti di Indonesia, dia punya rasa dan kemanisannya. Saya nampak mereka mempunyai masalah dari segi menghasilkan jusnya, menghasilkan buah untuk dijual seperti yang telah dikotakkan, dibungkuskan. Mereka jual kepada orang dan ini akan membawa kerugian. Satu lagi saya nampak buah rambutan baru-baru ini, lebat sungguh tetapi buah itu gugur kerana tidak boleh dijual. Saya tanya pekebun di sana kenapa buah rambutan ini gugur begini saja? Dia kata hendak bawa pergi ke Raub mahal, lebih baik biar macam itu gugur daripada dijual di Raub. Maka apa salahnya kalau kita dapat wujudkan pinjaman kepada golongan-golongan di satu kampung di mana kita adakan pemprosesan rambutan untuk ditinkan contohnya. Inilah skop-skop yang boleh kita lihat supaya budaya fleksibiliti yang dikatakan dapat memanfaatkan golongan petani-petani di peringkat bawah. Saya memohon supaya pertanian tahap asas itu dinaikkan ke peringkat pertanian tahap intermediate dengan bantuan kewangan ini, dengan interference Bank Pertanian perkara ini boleh dilakukan. Pihak yang ada di peringkat tahap intermediate ini dapat dibawa ke tahap lebih advance dari segi pertanian.

Maka sokongan-sokongan ini saya rasa perlu untuk ternakan, untuk tanaman dan juga untuk sumber-sumber pertanian sedia ada seperti buah-buahan dan sebagainya. Maka sekiranya ini dapat dibantu, saya rasa sekarang Jabatan Pertanian ingin buat tetapi balik-balik kepada soal dana, berapa banyak mereka hendak pinjam dan inilah masalah- masalah yang saya rasa dapat dibantu supaya petani-petani ini dari segi petani dibawa kepada menjadi usaha tani. Maka inilah seruan saya dan mohon supaya perkara ini dapat dilihat dan saya mohon menyokong.

[Timbalan Yang Di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat ] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sabak Bernam.

5.02 ptg. Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sabak Bernam ingin mengkhususkan dari segi Bank Pertanian dikorporatkan dan memainkan peranan yang khusus dalam membantu dan menolong petani-petani di kawasan pertanian. Ini haruslah diberikan keutamaan dan oleh kerana Sabak Bernam adalah kawasan pertanian. Oleh kerana itu bank ini seharusnya memberikan perhatian kepada rakyat di Sabak Bernam dalam konteks memastikan bahawa apa yang dilaksanakan dalam bentuk pinjaman supaya diberikan dengan cara yang lebih mudah. 80 DR. 12.12.2007

Selain daripada mudah, lebih memberikan suatu jaminan supaya rakyat yakin kepada bank ini. Sebagai contoh umpamanya, kita lihat ramai di antara petani-petani kita ini sudah ada pinjaman, tetapi oleh kerana bila ada pinjaman untuk melaksanakan projek tertentu kemudian gagal, pengalaman kegagalan itu adalah pengajaran. Mereka ini tersekat daripada meminjam lagi. Jadi saya harap bank ini boleh menjadi penyelamat kepada kumpulan ini. Saya sangat jelas sebenarnya sama ada mereka ini melakukan pinjaman daripada mikro kredit, ataupun TEKUN ataupun seumpamanya. Mereka ini terhalang daripada meminjam lagi kerana ada pinjaman yang lain padahal pengalaman mereka itu adalah, satu modal yang sangat penting. Selain daripada pengalaman kalau mereka ini umpamanya, kepada menteri umpamanya khusus di Sabak Bernam ini kita mengutamakan projek-projek penternakan seperti menternak ikan keli, ikan puyu dan sebagainya kerana ikan-ikan ini mesra kepada petani-petani. Kita dapati atas sebab-sebab tertentu di luar keupayaan mereka, projek mereka itu gagal, tetapi kolam-kolam telah mereka bina, pagar telah mereka bina, tetapi gagal, maka mereka tertanggung dengan pinjaman. Saya harap bank ini berani berbeza supaya dalam konteks membantu petani-petani ini, maka perkara ini dapat dibantu. Perkara yang keduanya ialah, selalunya sering kali malah Perdana Menteri kita menyentuh tentang modal insan. Maknanya dari segi kepegawaian, kakitangan bank ini kita harap, Sabak Bernam berharap boleh berbeza. Maknanya apabila memberikan pinjaman kepada pihak-pihak yang meminjam, saya sudah pasti mereka meminjam kerana mereka jelas tentang potensinya. Janganlah dipotong daripada apa yang mereka minta. Kalau mereka misalnya memohon pinjaman RM30 ribu, berikan RM30 ribu. Kita dapati dalam pinjaman-pinjaman yang lain dipotong kadang-kadang 10%, 20% dan kita dapati orang yang meminjam ini memang sebenarnya memerlukan jumlah yang sebenarnya itu. Apabila dipotong mereka pula menjadi kelam-kabut kerana hendak mencukupkan apa yang mereka hendak pinjam, itu perkara yang kedua. Perkara yang ketiganya ialah, ini Yang Berhormat Menteri ini sudah turun ke Sabak Bernam, terima kasih Tan Sri. Ini kita panggil, Sabak Bernam sebenarnya hendak memecahkan satu minda Tuan Yang di-Pertua. Bahawa sekarang ini kita terlalu banyak mentaliti subsidi. Padahal pertanian dan penternakan ini memang jelas suatu perniagaan dan memang boleh untung. Sabak Bernam boleh membuktikan satu ekar tanah sebenarnya kalau tanam serai maka pendapatannya dalam enam bulan RM8,500 very spesifik, untung bersih. Begitu juga dengan tanam kailan satu ekar dalam tempoh dua bulan mereka boleh dapat RM16 ribu, jelas sebenarnya. Jadi oleh kerana itu Sabak Bernam sangat berharap supaya dalam konteks Bank Pertanian ini supaya kakitangan bank itu sendiri boleh turun padang. Jangan duduk di dalam di pejabat sahaja, tetapi mereka turun padang dan kalau boleh mereka menjadi pihak pemantau. Saya yakinlah Tuan Yang di-Pertua bahawa mereka ini apabila memberikan pinjaman, saya yakin sebenarnya mereka berkehendakkan supaya yang diberi pinjam itu berjaya dan menjadi contoh kepada mereka. Jadi oleh kerana itulah Sabak Bernam berharap supaya dari segi pegawai dan kakitangan ini kita kena sanggup berbeza. Bukan setakat memberikan pinjaman, meneliti kertas kerja dan kemudian memberikan pinjaman itu. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Sabak Bernam memakai prinsip 6P, hendak ringkas sahaja dari segi pertanian dan penternakan ataupun menjayakan perniagaan. P yang pertama ialah pengusaha. Mesti ada ilmu, kemahiran dan jati diri, ini sangat penting. P yang kedua produk, ini jelas. P yang ketiga ialah pengurusan dan pentadbiran kewangan, yang keempat nampaknya sangat penting dan bank boleh beri, pembiayaan, yang kelima ialah pemasaran dan yang keenam ialah penilaian supaya kelemahan itu boleh dibaiki semula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. DR. 12.12.2007 81

Timbalan Yang Di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ledang.

5.07 ptg. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga bangun untuk menyokong pembentangan rang undang-undang ini. Pertamanya saya bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain tadi ingin mengucapkan jutaan terima kasih serta tahniah di atas pembentangan rang undang-undang Bank Pertanian Bhd ini. Saya percaya ini adalah satu era baru dalam sektor perbankan terutamanya dalam menyuburkan lagi aktiviti pertanian pada masa akan datang bukan sahaja sebagai ejen ketiga ekonomi negara, malah lebih daripada itu. Tuan Yang di-Pertua, inilah matlamat kita, matlamat kita bersama, matlamat kerajaan. Justeru Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya jika selama ini bank-bank lain ini dijadikan tumpuan oleh orang ramai sebagai pusat pinjaman. Jadi bank- bank ini biasanya akan mencari peminjam-peminjam di dalam kawasan mereka. Saya lebih menjurus supaya Bank Pertanian menjadi rakan pembiayaan, bukannya pusat pinjaman. Rakan pembiayaan kepada semua projek-projek pertanian sama ada yang kecil atau yang besar ataupun daripada kecil hingga yang besar, daripada kebun hingga ke ladang, daripada industri kecil kepada industri yang lebih besar yang berasaskan pertanian, daripada PKS atau IKS kepada yang lebih daripada itu, hatta daripada dapur sampailah ke kilang-kilang. Maknanya tidak ada had. Namun, saya yakin bila sudah ada rakan, ia akan berkembang, dan RM1 bilion ini akan berkembang sehinggalah kepada tahap trilion, tidak mustahil. Bagan. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Saya tak kacau you, you kacau saya buat apa. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Jadi sebagai rakan pembiayaan Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dan saya mengharapkan supaya Bank Pertanian ini terutamanya pegawai-pegawai barunya yang ada diperbaharui, yang tidak ada diambil baru akan mempunyai satu perspektif yang luas terutamanya di dalam melayani rakan-rakan pelanggan. Sorry , rakan-rakan pembiayaan kerana kita sedar, semua orang sedar bidang pertanian ini bukan satu bidang yang mudah. Terutamanya seperti yang selalu disebut oleh Yang Berhormat Menteri ialah hasilnya bukan immediate dengan izin. Bukannya sekelip mata boleh terbentang di hadapan mata kita, mengambil masa yang panjang. Ianya mempunyai risiko yang tinggi, harganya turun rendah harganya tidak tetap, sekejap tinggi, sekejap rendah, kita faham, ditentukan oleh manusia itu sendiri. Mudah rosak, mudah busuk dan sebagainya kerana nyawanya yang tidak panjang, dia punya tempoh kesegarannya dan lain-lain lagi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, maknanya Bank Pertanian Berhad dengan rakan pembiayaan tidak beraksi sebagai mana bank-bank korporat lain. Pendekatannya mestilah diubah, mestilah satu era baru seperti yang saya sebutkan tadi dan seperti mana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri dengan panjang lebar tadi. Maknanya ada visinya yang tersendiri, ada sensitivitinya sendiri kerana di hadapannya ialah petani-petani yang kecil dan yang besar kerana akhirnya Tuan Yang di- Pertua, saya terfikir negara kita menjadi sebuah negara yang maju, yang besar seperti negara Belanda atau negara Holland. Negara Holland Tuan Yang di-Pertua... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Baru balik Holland ke? Beberapa Ahli: [Ketawa] Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Pernah sampailah, bukan baru balik, pernah sampai. Kota Amsterdam itu Tuan Yang di-Pertua di bawah paras laut. Kalau sistem empangan, sistem salirannya pecah, seluruh Kota Amsterdam banjir, tetapi negara Belanda mampu membiayai sistem tersebut berdasarkan kepada hasil pertanian semata-mata. 82 DR. 12.12.2007

Tadi baru sekejap saya check Bagan, saya semak tadi, kerana dia suka mengacau ni. Amsterdam sahaja sekarang telah pun sedang menerima tidak kurang daripada 15 juta pelancong setahun, Amsterdam sahaja belum lain. Inilah Tuan Yang di-Pertua yang saya fikir beberapa perkara yang perlu kita, maknanya kita ada wawasan besar. Pembiayaan Bank Pertanian Berhad ini akan menjurus kepada semua jenis bidang pertanian daripada perkara-perkara atau bahan-bahan pertanian itu sendiri kepadalah perkara-perkara yang berkaitan dengan pertanian termasuklah agro tourism dan sebagainya. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini juga untuk bertanya kepada pihak kementerian kerana pihak kementerian telah membentangkan rang undang-undang ini tentang perkembangan ZIA ini, Zone Industry Aquaculture. Walaupun tidak disebutkan tadi tetapi saya fikir ada kaitan dengan perkembangan pertanian dan saya fikir Bank Pertanian Berhad yang baru ini juga akan turut terlibat dengan ZIA. Kira wajarlah supaya umum diberitahu tentang perkembangan ZIA dan saya juga menawarkan diri, Parlimen Ledang menawarkan diri supaya menjadi juga sebahagian daripada projek Zone Industry Aquaculture pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kinabatangan.

5.14 ptg. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tan Sri Menteri, setelah meneliti rang undang-undang cadangan ini saya melihat tujuan dan kuasa bank. Satu, untuk menggalak pembangunan pertanian di Malaysia. Yang lebih menarik lagi untuk mengadakan kemudahan pinjaman, pendahuluan dan kredit. Lagi untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti pertanian dan lain-lain. Sebagai satu kawasan pilihan raya yang 90% penduduknya pertanian, memang kami mengalu-alukan undang-undang dan akta yang seumpama ini. Ianya kerana boleh membantu untuk mempertingkatkan martabat petani, penternak khususnya di luar bandar. Pada saya Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh akta ini tidak perlu dibahas panjang lebar lagi. Kita luluskan dan saya harap 2008, satu Bank Pertanian di Kinabatangan dapat dibuka. Sebab ini memberi kemudahan, tujuan dia itu... Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Saya sokong. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ha, pembangkang pun sokong saya. Jadi tolonglah Tuan Yang di-Pertua dengan perubahan ini agar... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Akan tetapi akan kah cawangan bank itu mengalami kerugian ke? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tidak rugi. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Kemungkinan besar ia akan mengalami kerugian. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ha ini jahat, dia potong saya punya rezekilah. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, balik kepada soal pokok. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat,, Tuan Yang di-Pertua. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ha, Tuan Yang di- Pertua. [Ketawa] Balik kepada soal pokok, memang jelas perubahan ini, pertama; untuk kita mengurangkan defisit import dan eksport di antara makanan-makanan mentah yang selama ini berbilion-bilion ringgit. Jadi dengan adanya pembiayaan perwujudan bank seumpama ini, sudah tentu sebagai penyumbang enjin yang ketiga ke arah ekonomi negara, adalah lebih baik pertanian ini dijadikan enjin utama. DR. 12.12.2007 83

Kita tidak lagi bergantung import bahan-bahan mentah, ataupun daging dan sebagainya daripada luar-luar negara bahkan negara kita mungkin menjadi pengeksport pula, tetapi niat yang murni ini seperti saya katakan selalu tidak ada gunanya sekiranya pendekatan itu tidak mengena ataupun sasarannya tidak menjadi. Niat yang baik, hasrat yang baik itu, kalau pelaksanaannya tidak baik, akhirnya niat yang baik itu akan menjadi tidak baik. Jadi saya seperti saya katakan tadi tidak mahu panjang lebar, kalau boleh jangan bahas, lepas saya ini terus lulus sahajalah. Saya mahu tahun depan ada wujudkan bank di Kinabatangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kuala Langat.

5.17 ptg. Datuk Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh [Kuala Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pergi kepada tiga perkara sahaja. Pertamanya mengenai Unit Khidmat Nasihat. Saya mengharapkan kalau boleh pegawai-pegawai yang duduk di Unit Khidmat Nasihat ini mempunyai extra quality ataupun extra special supaya dapat mereka mempunyai jiwa empathy kepada petani, penternak dan nelayan ini. Empathy yang dikatakan di sini ialah supaya mereka dapat menyelami hati nurani petani-petani itu sendiri supaya mereka dapat menolong dengan penuh ikhlas. Kita perlu mengadakan kursus- kursus untuk membuat bioject papers dan sebagainya. Selain daripada itu, saya berharapkan supaya ada integrasi dengan jabatan- jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani ini sendiri kerana kita harapkan bahawa FAMA akan masuk, Persatuan Nelayan akan masuk sama, dan juga pertanian, haiwan dan sebagainya untuk membuat satu kursus integrasi supaya dapat mereka melihat daripada F to F ataupun dari Farm to Factory. Yang keduanya ialah mengenai unit-unit bergerak. Kita berharapkan juga supaya kursus yang bakal diadakan ini nanti bukan diadakan di bank tetapi mereka akan bergerak ke kampung-kampung dan menjalankan kursus-kursus ini insitu di mana akan dapat melihat bagaimana tanah tanih itu sama ada dapat memberikan penekanan yang lebih penting bersesuaian dengan tanaman yang hendak diadakan. Yang ketiganya ialah mengenai seperti mana yang dikatakan oleh Tan Sri Menteri semasa melawat kawasan saya dulu. Mengenai import makanan yang begitu banyak RM7 hingga RM12 bilion, ini dapat dikurangkan. Saya yakin ramai rakan-rakan saya khasnya daripada bank dulu yang telah pun pencen dan menjadi petani. Mereka tahu bahawa sektor ini merupakan sektor yang paling lumayan kerana selagi kita hidup, selagi itulah kita memerlukan makanan. Selain daripada itu, kita berharapkan bahawa pegawai-pegawai Bank Pertanian yang telah pencen akan menjadi catalyst dalam bentuk jangka kerja, gerak kerja nelayan- nelayan dan petani-petani yang lain. Dengan adanya unit yang bergerak ini, dengan adanya unit khidmat dan nasihat ini juga, kita berharapkan juga NPL daripada 70% itu akan dapat dikurangkan lagi. Selain daripada itu, saya mengharapkan bahawa daripada F to F ini tadi, packaging, branding , dan saya memang teringin sangat kalau boleh di Kuala Langat ini, kita adakan vending machine . Saya telah beri penerangan kepada menteri supaya dapat kita menyalurkan makanan-makanan ringan ini di tempat-tempat yang strategik seperti di KLIA apabila lewat sampai kapal terbang dapat kita menghidangkan kepada mereka (passenger on transit) yang menunggu kapal terbang itu, dapat merasa kerepek pisang, kerepek masam, kerepek manis, kerepek pedas dan sebagainya dengan adanya vending machine , dengan adanya packaging yang khusus. Akhir sekali ialah mengenai obligasi sosial. Saya mengharapkan juga, selain mencari keuntungan, bahawa bank ini akan dapat memainkan peranan untuk menambat hati nurani rakyat di luar bandar. Sekian, terima kasih. 84 DR. 12.12.2007

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Siapa lagi hendak bercakap? Ada lagi tiga. Pendekkan Yang Berhormat. Saya bagi Bagan dahululah ya.

5.21 ptg. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bank Pertanian telah muncul sebuah bank gergasi dan beruntung besar. Saya ingin tanya peratusan NPL. Saya baru dengar sahaja dia kata Yang Berhormat dari kata 7%, tetapi sebelum ini saya tidak tahulah. Jadi saya tumpang tanya jugalah berapa NPL dan jumlah hutang yang matang untuk bank ini yang belum dapat dibayar balik. Saya diberitahu bahawa kebanyakan pinjaman dari Bank Pertanian ini, tidak perlu ada apa-apa ikatan dengan deposit ke, security ke atau jaminan ke ataupun collateral. Jadi bagaimana Bank Pertanian sekiranya hutang lapuk ini tidak dibayar dan bagaimana ia boleh jadi dituntut balik ataupun dipanggil balik? Saya ingin menanya kepada Yang Berhormat, Industri Penternakan Khinzir, baru- baru ini di Melaka dan di Negeri Sembilan berlakunya masalah penternak khinzir dan antara satu-satu sebab ialah kerana sewage atau sisa-sisa dari ladang-ladang penternak khinzir ini. Bagaimana kerajaan atau khususnya Jabatan Pertanian boleh membantu penternak- penternak khinzir ini bagi mengatasi masalah ini? Bukankah industri penternak khinzir ini adalah satu industri yang boleh menguntungkan? Saya berharaplah semua jangan pandang bahawa ini adalah satu masalah perkauman dan bukan, jikalau hendak berkata, saya boleh bercerita dalam perniagaan, maka ia mengatasi batasan perkauman. Saya juga ingin menanya berkenaan dengan fasal 9 – Kakitangan-kakitangan Bank ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, berapa peratusan pekerja-pekerja ini boleh memberi mengikut kaum? Ini kerana seperti yang saya kata tadi, kalau kita hendak membantu penternak khinzir, maka kakitangan-kakitangan perlulah datang daripada bukan bumiputera. Ini adalah satu perkara yang sensitif sekiranya seseorang kakitangan dia perlu pergi meninjau atau pergi melawat ke satu ladang, maka ini ada lebih senang sedikitlah dalam hal ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Arau.

5.24 ptg. Dato' Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail [Arau]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang dua perkara sahaja iaitu saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Pertanian untuk hendak memasukkan skim insurans di dalam Bank Pertanian ini. Saya rasa inilah satu perkara perkhidmatan insurans yang begitu susah dan sukar sekali untuk petani-petani kita di Malaysia hendak dapat. Walau bagaimanapun, di negara-negara lain dah lama dah kita buat sebegini dengan coverage insurance dengan izin. Saya percaya Bank Pertanian sektor insurans ini pula boleh berunding dengan Bank Negara, seksyen insurans dan juga industri insurans yang semasa saya dalam insurans industri pun kita dah tengok dan begitu susah hendak dapat. Oleh kerana cuaca kita dan minda petani-petani kita. Walau bagaimanapun, saya ingin hendak sentuh juga perkara kedua ialah kita di dalam berpuluh-puluh tahun yang Bank Pertanian telah diwujudkan dan telah dijalankan sebagai sebuah institusi, Bank Pertanian dah tetap ada begitu banyak data bank. Data- data di dalam data banknya. Saya minta di mana Bank Pertanian kalau boleh lebih proaktif sebagaimana sahabat-sahabat saya lain yang kata, kalau boleh, janganlah tengok dari segi cagaran, bahkan tengok dari segi projeknya.

DR. 12.12.2007 85

Jadi di dalam data bank ini, saya rasa projek yang gagal boleh dimajukan balik oleh kerana yang pandai menanam tidak semestinya pandai menjual tetapi yang sudah biasa buat penjualannya dari segi marketing, dah orang kata expert dengan izin, dengan cara dia. Mungkin Bank Pertanian boleh menggunakan khidmat syarikat-syarikat yang telah orang kata specialize di dalam pemasaran. Boleh mengambil kira dari dan temukan mereka supaya Bank Pertanian masih lagi ada keupayaan untuk mengambil balik modal- modal yang telah dipinjam. Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Rembau selepas itu Santubong.

5.27 ptg. Dato' Firdaus bin Harun [Rembau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian yang telah mengambil satu langkah yang positif dengan mengemukakan pindaan akta ini yang akan menguatkan Bank Pertanian yang telah wujud hampir 40 tahun. Saya yakin dengan pindaan ini, Bank Pertanian akan menjadi bank yang terkemuka, terutamanya dalam peranannya di sektor pertanian. Dalam masa yang sama juga, saya berharap supaya bank ini juga akan dapat memberikan tumpuan membantu kementerian dalam usaha mewujudkan usahawan tani. Sebab target kementerian adalah untuk mewujudkan 10,000 usahawan tani di Rancangan Malaysia Kesembilan dan kita sedia maklum masalah utama yang dihadapi oleh usahawan kita ialah soal pembiayaan dan juga soal pemasaran. Sebab itulah dalam hubungan ini juga saya ingin mencadangkan supaya Ahli-ahli Lembaga Pengarah Bank Pertanian yang bakal dilantik ini juga kalau boleh dimasukkan juga wakil daripada para petani khususnya wakil daripada Pertubuhan Peladang Kawasan. Selain daripada Pertubuhan Peladang ialah wakil Persatuan Nelayan Kawasan supaya dengan itu para petani kita akan dapat menilai pentingnya wang yang dipinjamkan tadi yang perlu dibayar balik bukan sebagai geran. Dalam masa yang sama juga, saya juga ingin mencadangkan kalau boleh untuk pejabat-pejabat cawangan bank yang akan datang supaya ditempatkan dalam kawasan- kawasan pertanian, daerah-daerah pertanian termasuklah daerah Rembau yang mana kerajaan negeri telah isytiharkan sebagai daerah jelapang sayur. Jadi dengan adanya sebuah cawangan Bank Pertanian di Rembau, para petani akan lebih mudah mendekati dan boleh mudah berurusan dan dapat membiasakan diri berurusan dengan bank. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga saya ingin menekankan supaya kalau boleh Bank Pertanian juga menguruskan Corporate Social Responsibility (CSR) dengan izin, tanggungjawab sosial ini kepada masyarakat dengan meneruskan usaha untuk mendidik masyarakat kita khususnya para pelajar supaya menabung. Saya difahamkan, kita ada tabung patriot dan sebagainya. Jadi kalau boleh, kita ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat Menteri bagaimanakah kedudukan tabung ini sekarang ini? Apakah usaha-usaha kempen yang telah dijalankan di kalangan pelajar-pelajar, seterusnya di kawasan luar bandar, supaya dengan itu, kita berharap bukan sahaja akan dapat menanamkan tabiat menabung di kalangan para pelajar luar bandar tetapi juga akan dapat menarik mereka supaya menjadi usahawan tani. Memandangkan kita sedia maklum seperti disebut oleh rakan-rakan tadi, pertanian ini dilihat sebagai satu bidang yang sunset , bidang yang tidak glamor dan sebagainya supaya dengan itu menjelang Rancangan Malaysia Kesepuluh esok, sektor pertanian akan menjadi satu sektor yang diminati. Tidak lagi seperti kata Yang Berhormat Jasin tadi, kalau dahulu hendak minang, “Apa kojo eh?” Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Askar, askar. 86 DR. 12.12.2007

Dato’ Firdaus bin Harun [Rembau]: “Menyangkul sawah aja”. Mencangkul sawah, petani. Kalau tanya soalan, “askar, askar bolehlah sebab ada dalam..., soldier, soldier, jadi supaya persepsi ini dapat dihilangkan. Dengan itu, saya yakin sektor pertanian akan jadi sektor penyumbang utama pembangunan negara dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan import makanan kita yang sekarang ini tahun 2005, lebih RM15 bilion. Ada defisit lebih kurang RM7 bilion Delta Tax. Jadi kita harap menjelang tahun 2010, seperti yang dihasratkan oleh kementerian, dan kita akan dapat imbangan ataupun balance of trade yang positif sebagaimana dihasratkan oleh kementerian. Dengan ini saya menyokong, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Santubong.

5.33 ptg. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang pertama saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tan Sri Menteri kerana telah berusaha dan akhirnya berjaya untuk membawa perundangan untuk menukarkan Bank Pertanian ini daripada satu bank kerajaan menjadi satu badan korporat. Saya berharap dan saya cukup yakin bahawa menteri dan kementerian mempunyai landasan dan tujuan yang tertentu untuk mengubah corak bank ini. Yang kedua, bagi pihak syarikat saya mengucapkan terima kasihlah kepada bank pertanian. Ada lulus loan sedikit, tidak besar. Kalau saya sebut, payah juga. Terima kasihlah Tan Sri, kerana lulus... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Penjelasan. Saya hendak sedikit ini point of order . Kalau ada... of interest cannot speak on the matter lah. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: If I say declare... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan, bukan Yang Berhormat kata ada ambil loan . Jadi, kalau ada berkaitan, saya hendak bagi tahu sedikit sahajalah, bukan saya hendak apa-apa.. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Yang Berhormat, boleh cakap ini? I sudah sebut dah. Jadi saya bagi pihak syarikat saya, dan kumpulan kami mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan kepada pegawai- pegawai bank dan pinjaman ini tidak begitu kecil dan tidak juga begitu besar. Boleh tahan juga, tetapi ialah untuk kita menerokai Laut Hindi dalam penangkapan ikan tuna. Jadi pinjaman tidak banyak, permulaan. Kita beli 10 kapal dengan jumlah RM20 juta. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, tidak payahlah cerita di sini itu. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Jadi oleh sebab hendak declare Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak, marah pembangkang ini. Jadi, dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya hendak mengucapkan terima kasih. Yang kedua saya hendak bangkitkan di sini ialah soalan di bawah seksyen 3. Kalau kita lihat di dalam perenggan 7, ini spesifik Tuan Yang di-Pertua. Saya bacakan di bawah perenggan 7, “Jika menurut kuasa subseksyen (1), iaitu pemindahan hak milik harta-harta dan tanah. Mana-mana harta berpindah kepada dan terletak hak Bank, peruntukan Bahagian 30, Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] hendaklah bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu terpakai dari Bank seolah-olah ia adalah satu pihak berkuasa awam.”

DR. 12.12.2007 87

Jadi soalan saya, Malaysia adalah terbahagi kepada tiga kawasan Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Kanun Tanah Negara disebut di sini tetapi Kanun Tanah Sarawak dan Kanun Tanah Sabah tidak disebut di dalam ini. Jadi saya hendak bertanya di mana kedudukannya Sarawak dan Sabah dalam konteks pinjaman harta benda dan sebagainya? Itu yang pertama. Yang kedua, selaras dengan ini saya juga hendak bertanya, Bank Pertanian mungkin menjadi satu tempat tumpuan bagi pihak bumiputera khususnya di Sarawak dan juga di Sabah. Status kebumiputeraan bank sebagaimana dikehendaki khususnya untuk Sarawak Seksyen 9, Kanun Tanah Sarawak berkehendakkan satu-satu badan menerima cagaran dan sebagainya daripada tanah native Sarawak perlukan native status kepada badan berhad tersebut. Ini berbeza sedikit daripada badan kerajaan iaitu Bank Pertanian Malaysia yang mana memang sebagai badan kerajaan yang mana memang sudah diterima oleh pihak kerajaan negeri dan di bawah prinsip Sarawak Land Code . Namun apabila dikorporatkan badan ini, berkemungkinan ini telah mengubah wajah bank ini. Dalam keadaan sedemikian iaitu dia punya legal status dan entity dia berlainan sedikit dan saya minta penjelasan dan assurance daripada pihak Tan Sri dan juga kementerian bahawa ini tidak akan menjejaskan kedudukan orang Sarawak khususnya bumiputera yang mungkin akan melanggan bank ini nanti. Kalau tidak, ia akan mendatangkan satu masalah yang amat besar kepada masyarakat bumiputera yang hanya mempunyai tanah berstatus native di Sarawak yang sekarang ini boleh dicagarkan ke pihak bank dan kalau ini berubah nanti dan tidak menerima status ini mungkin tidak dapat meminjam lagi daripada bank dan tidak lagi boleh memberi pinjaman kepada pihak ini. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada kementerian juga untuk merangkakan satu agenda baru iaitu untuk membuat perniagaan insurans dan juga menggunakan Kumpulan Wang Bank ini untuk pelaburan. Jadi bagi pelaburan ini, saya cukup yakin menteri telah memikirkan siapakah orang yang bakal akan dibawa ke dalam Lembaga ini nanti? Oleh sebab Lembaga ini mesti mempunyai cukup kepakaran dan Lembaga pula mungkin mempunyai advisory board yang tertentu untuk menasihatkan mereka ini soal pelaburan. Kita tidak mahu apa yang berlaku kepada Bank Bumiputera dahulu berlaku kepada Bank Pertanian sekarang. Kalau soalan pelaburan besar-besaran, sumber kewangannya nanti mungkin terjejas kalau tidak ada nasihat-nasihat daripada pakar-pakar yang tertentu dalam soal pelaburan sumber kewangan. Jadi ini kita alu-alukan supaya Bank Pertanian ada mendapat pendapat sendirinya selain daripada bantuan daripada pihak kerajaan. Yang saya amat alu-alukan ialah di bawah ini, menjalankan perniagaan insurans pertanian. Saya daripada tahun 1999 dahulu memang membawa perkara ini ke hadapan dan walaupun ini telah tujuh tahun berlarutan, dengan adanya undang-undang ini, memang ini ditunggu-tunggu dengan harapan bahawa insurans ini boleh diberi kepada mana-mana sahaja orang yang dikatakan terlibat dalam industri pertanian di seluruh negara. Kerana tidak ada satu cara ataupun insurans di Malaysia ini mahu terlibat dengan memberi insurans kepada pertanian khususnya pertanian-pertanian kecil. Saya masih ingat pada tahun 1999 apabila Sarawak dilanda oleh banjir yang begitu besar sekali hingga beribu-ribu hektar pertanian habis begitu saja tapi malang sokongan yang boleh diberi oleh kerajaan adalah amat terbatas sekali. Saya pernah melihat orang di kawasan saya ini menangis kerana tanahnya, kebunnya beratus ekar, 50 ekar, 20 ekar habis hancur begitu saja tapi kalau kita mempunyai insurans yang tertentu, berkemungkinan mereka boleh mendapat sedikit pulangan daripada insurans, sokongan daripada insurans. Jadi, struktur insurans ini nanti biarlah dia diberi kepada tidak kira sama ada kebun itu di atas tanah yang ada geran ataupun tidak ada geran. Kalau kita lihat di Sarawak, beribu-ribu hektar tanah di atas tanah adat yang tidak mempunyai geran. Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Santubong. 88 DR. 12.12.2007

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Nak bagi jalan? Sabak Bernam. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Ha, sila. Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Santubong. Saya rasa prinsip kaedah untuk menyediakan insurans itu sangat baik. Hanya kita berharap bank ini, bank mesra rakyat ini supaya berbeza daripada bank lain umpamanya dari segi perlindungannya. Wajar atau tidak pada pendapat Yang Berhormat Santubong ia juga meliputi hal bencana alam umpamanya banjir. Ini sangat biasa berlaku di Sabak Bernam. Begitu juga pengusaha ini, oleh kerana dia usahakan sendiri, dia sakit untuk tempoh-tempoh tertentu. Jadi, wajar atau tidak insurans ini juga memberikan perlindungan dan pertimbangan. Terima kasih Yang Berhormat Santubong. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju kalau kementerian membuat penyelidikan nanti, persoalankan apa jenis kerosakan yang boleh dibantu. Janganlah menggunakan istilah post major bermacam-macam lagi istilah insurans kerana dalam perundangan insurans ini, saya mengetahui amat mendalam apa yang dikatakan dasar sedemikian. Mungkin kita tidak boleh melaksananya berlandaskan pelanggan kita adalah kebanyakan daripada masyarakat yang tidak terdidik. Mungkin juga tidak mempunyai pengajian yang tinggi. Jadi, kalau kita banyak sangat menggunakan istilah-istilah dan menggunakan konsep dan falsafah penginsurans biasa, nescaya orang kita juga akhirnya terkena. Jadi, saya cukup yakin menteri mengetahui perkara ini dan akan mengambil tindakan yang sebaik mungkin supaya apa yang sebenarnya biasa berlaku diberi perlindungan sebagaimana Yang Berhormat Sabak Bernam sebut, banjir, malapetaka angin ribut dan sebagainya, kerosakan sedemikian dan saya tidak mengetahui sama ada rosak kelapa sawit oleh kerana ada satu penyakit apa dikatakan penyakit ulat ini mungkin boleh dilindungi juga. Saya tidak tahulah tapi walau bagaimanapun, saya cukup yakin Menteri sebelum membuat senarai, akan berbincang dengan semua pihak dahulu sebelum mengetahui apakah garis panduan-garis panduan yang tertentu untuk diguna pakai apabila melaksanakan ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, gulung Yang Berhormat ya. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Yang terakhir sekali Yang di-Pertua ialah soalan pengambilan deposit. Pada masa sekarang, kompelin di seluruh negeri Sarawak khususnya, saya cukup yakin juga di Sabah oleh kerana masyarakat luar bandar adalah terpencil, mereka nak hantar RM20-RM30 ke bank untuk simpanan, belanja RM50 tapi simpanan RM30. Jadi tak berbaloi kerja. Jadi, kompelin orang minta Pejabat Pos dan sebagainya tak dapat. Jadi Pejabat Pos melihat keuntungan dollar and cent banyak sangat. Oleh pertanian ini dia mendekat kepada masyarakat, saya cukup yakin kalau ejen-ejen tertentu ataupun cari mekanisme yang tertentu untuk menerima simpanan RM30-RM40 daripada orang luar bandar supaya ditabungkan dalam bank. Saya cukup yakin ia akan memberi Bank Pertanian ini simpanan yang cukup lumayan sekali daripada semua masyarakat khususnya petani dan nelayan di luar bandar yang jauh daripada kemudahan-kemudahan perbankan yang biasa didapati. Kita cukup yakin kalau di Sarawak dan Sabah kalau ini dibuka, ia akan mendatangkan dana yang besar kepada perbankan pertanian ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong dan terima kasih.

DR. 12.12.2007 89

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya. Kuala Selangor lepas itu Ipoh Barat kemudian menteri menjawab. Ringkas Yang Berhormat ya.

5.46 ptg. Tuan Mohd. Daud bin Tarihep [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kuala Selangor juga turut ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pertanian khususnya Yang Berhormat Menteri yang akhirnya telah berjaya membawa Rang Undang-undang Bank Pertanian Malaysia Berhad 2007. Terima kasih kerana Yang Berhormat menteri dan kementerian kerana mengambil perhatian di atas pandangan beberapa Ahli Parlimen sebelum ini dan ini menunjukkan kepekaan kerajaan untuk memastikan pembangunan sektor pertanian di negara ini mencapai matlamat seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri. Dengan wujudnya rang undang-undang ini, saya akan percaya Bank Pertanian akan tampil dengan imej yang baru dengan mengambil pandangan, mengambil iktibar, mengambil pengajaran beberapa kekurangan, kelemahan daripada pelaksanaan sistem perbankan Bank Pertanian sebelum ini. Saya yakin Bank Pertanian akan dapat bersaing dengan bank-bank perdagangan yang lain dan seterusnya dapat membantu menjana pembangunan pertanian dan menaikkan pendapatan petani, penternak dan nelayan di seluruh negara. Namun saya juga ingin turut mencadangkan supaya bank ini dapat diwujudkan seberapa banyak khususnya di kawasan luar bandar, di kawasan-kawasan pertanian dan kalau dapat sekurang- kurangnya sebuah di setiap kawasan Parlimen. Apa yang saya nak bangkitkan di sini berhubung dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, kadar NPL 17%. Saya nak tahu juga apakah rancangan apabila berlaku pertukaran atau pindaan kepada Bank Pertanian ini? Apakah 17% akan menjadi hutang lapuk atau dihapuskan? Dengan imej yang saya sebutkan tadi, dengan azam yang baru dengan mengekalkan pegawai dan kakitangan yang benar-benar berminat, yang komited, saya yakin dan percaya beberapa perubahan dapat dilakukan kepada sistem perbankan ini yang mana lebih mesra rakyat, lebih cepat, lebih pantas dalam membuat sesuatu keputusan khususnya dalam soal permohonan pinjaman. Apa yang saya nak juga tegaskan di sini berhubung dengan kepakaran pegawai dan kakitangan yang ada dalam bank. Saya percaya mereka qualified cuma saya minta dalam proses untuk meluluskan sesuatu permohonan, biarlah semakan dibuat bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga dari segi latar belakang pemohon. Begitu juga dengan viability nya dan saya harap semakan serta rujukan ini bukan sahaja dibuat kepada pemimpin masyarakat setempat tetapi juga kepada jabatan dan agensi khususnya yang bernaung di bawah Kementerian Pertanian kerana di sesuatu kawasan itu, kita ada pelan tindakan pembangunan pertanian, kita ada zon pembangunan sektor pertanian untuk tanaman, untuk industri asas tani, untuk ternakan, untuk perikanan dan sebagainya. Kalau dapat jugalah timbangkan sebagaimana Bank Rakyat walaupun berbeza akta, Bank Rakyat membuat rujukan kepada wakil rakyat, baik Ahli Parlimen atau ADUN dan dalam konteks ini, kalau tidak boleh di formalize kan, cara mana supaya kita wakil rakyat mengenali mereka yang berkenaan yang tidak lain tidak bukan untuk memastikan kejayaan dan mereka ini benar-benar bertanggungjawab membayar hutang daripada pinjaman berkenaan. Yang akhirnya, saya juga ingin menyentuh seperti yang Yang Berhormat Rembau bangkitkan tadi, CSR. Tanggungjawab sosial Bank Pertanian mestilah ditingkatkan atas konsep mesra rakyat, membantu petani, penternak, nelayan yang dalam kesusahan bukan saja dalam soal skim perniagaan insurans dimasukkan tetapi juga apa sahaja bentuk sumbangan yang boleh kita berikan dan peruntukan khas disediakan untuk tujuan yang berkenaan untuk memastikan bahawa hubungan baik di antara petani, penternak, nelayan dengan pihak pengurusan bank. 90 DR. 12.12.2007

Malah ini merupakan satu proses untuk menjana imej yang lebih baik dan mudah- mudahan Bank Pertanian mempunyai masa depan yang membanggakan dan menguntungkan. Sekian, saya menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ipoh Barat lepas itu kementerian menjawab.

5.50 ptg. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang dibawa ini satu rang undang-undang yang berpatutan dan ada berkaitan di mana, adakah ia akan membawa lebih kebaikan kepada pihak petani di negara ini. Khususnya saya nak kata satu, dua hal. Satu adalah mengenai penternakan babi. Pada pengetahuan saya Tuan Yang di- Pertua, tidak ada pegawai-pegawai yang khusus di Bank Pertanian yang dapat memberi pertolongan dan juga mengenal apakah yang dikehendaki dalam industri ini, ini saya sendiri tahu kerana saya seorang juga anak petani yang dulu membela babi. Kerap kali saya membawa orang ke Bank Pertanian, nampaknya tidak ada pegawai-pegawai dari masyarakat Cina di sana supaya dapat memberi dalam bahasa Tionghoa supaya pihak-pihak pemohon dapat mengetahui apakah syarat-syarat dan cara- cara untuk membuat permohonan untuk mendapat pinjaman. Akan tetapi apa yang mustahak adalah ini, penternakan babi di negara ini yang membawa satu industri yang sangat besar, turnover lebih dari RM1 bilion dan juga lebih kurang 300,000 orang terlibat dalam industri ini. Jadi menunjukkan bahawa industri ini satu industri yang besar dan sangat mustahak lebih-lebih di kalangan bukan Melayu. Saya harap bahawa Bank Pertanian akan mengambil lebih inisiatif walaupun Bank Pertanian dan khususnya Kementerian Pertanian tidak ada apa-apa pun website mengenai penternakan babi. Kita dapati dalam website kementerian ada ternakan lembu, kambing, ayam dan sebagainya tetapi kenapa tidak ada dorongan atau untuk menolong penternakan babi di negara ini. Apakah diskriminasi, kenapa industri ini dianaktirikan? Ini yang mustahak. Dalam hal ini beberapa penternak-penternak babi perlu mengubahsuaikan industri mereka seperti cadangan kerajaan pada tahun 2003 pig farming areas , di mana satu polisi telah dilancarkan oleh kerajaan tetapi walaupun ia patut diimplementasikan sebelum 1 Januari 2007, tetapi ini semua telah gagal. Kerajaan sendiri telah mengaku bahawa hanya satu tempat dari seluruh negara di negeri-negeri, satu negeri sahaja Negeri Sembilan itu pun tidak ada 1,000 hektar yang telah diagihkan oleh kerajaan negeri, akan tetapi hanya sedikit tanah sahaja untuk penternakan babi. Apa yang mustahak ialah peranan yang dimainkan oleh Bank Pertanian, di mana perlu ada satu inisiatif, satu polisi yang bagus supaya industri ini boleh dikemaskinikan. Revolutionised di mana polution dan sebagainya perlu diambil kira. Di mana masyarakat yang terlibat di dalam penternakan babi perlu capital, kemungkinan kalau boleh Bank Pertanian memberi interest free loan kepada mereka. Memberi galakan kepada mereka supaya tukar kepada satu industri yang baru, di mana ia boleh dijalankan di mana-mana juga. Kita ada masalah di Melaka baru-baru ini, ini adalah satu daripada perkara ini. Saya selalu tahu bahawa tidak pernah Bank Pertanian, pegawai-pegawai mereka pergi berjumpa dengan petani-petani. Bila mereka memohon pinjaman ya, tetapi bila mereka tidak memohon pinjaman, mereka tidak pergi untuk berjumpa dengan petani-petani ini atau penternak-penternak ini. Ini adalah satu backwards dalam sistem Bank Pertanian. Obligasi sosial kerajaan, obligasi sosial Bank Pertanian sangat mustahak, mereka perlu mengambil lebih peranan memberi lebih keutamaan kepada penternakan babi kerana ini industri yang bagus dan baik.

DR. 12.12.2007 91

Selain dari itu Tuan Yang di-Pertua, itu mengenai penternakan lembu. Khasnya penternakan lembu dan kerbau. Ini menjadi satu masalah yang besar di kalangan masyarakat di mana mereka tidak ada tanah. Saya tahu Bank Pertanian tidak boleh dipaksa memberi pinjaman kepada pihak-pihak petani yang perlukan wang untuk membeli penternakan-penternakan ataupun membesarkan perniagaan mereka. Masalah ini adalah di mana penternak-penternak lembu kerbau di mana mereka tidak ada tanah. Ini di mana kerap kali kita tengok ada dekat sungai, dekat-dekat taman mereka membela ayam, kambing, lembu dan kerbau. Kerap kali mereka pergi ke Bank Pertanian untuk mendapat pinjaman, satu di antara kriteria, pre-condition yang dikenakan oleh Bank Pertanian adalah mereka perlu ada collateral , ini menjadi masalah. Walaupun menteri telah menjawab pada tahun dulu saya ingat, katakan tidak perlu collateral kita boleh memberi rule and take into account apa harta benda yang dia ada. Namun pada pengetahuan saya di mana banyak, ramai penternak-penternak satu sen pun tidak dapat bila mereka memohon untuk mendapat pinjaman untuk membesarkan perniagaan mereka. Kita perlu ingat bahawa penternak-penternak kambing, lembu dan kerbau ini bukan orang kaya raya tetapi adalah orang-orang yang cukup makan sahaja. Jadi mereka tidak tahu macam mana cara untuk mendapat pinjaman tidak perlu bayar bukan non performing loan , bukan! Dia tidak berapa pakar. Macam ramai orang yang pergi ke bank dia pinjam wang, dia tidak perlu bayar, dia pandai untuk mengelak bayar tetapi ini adalah orang yang betul-betul honest, di mana mereka perlu bukan sahaja setakat pinjaman tetapi pertolongan dari Bank Pertanian. Ini saya harap pihak kementerian dan juga Bank Pertanian akan mengambil kira. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ada banyak kawan-kawan yang pergi pinjam, kerana Batu Kawan tanya. Dia pergi ke Bank Pertanian bukan tanya pinjaman kecil-kecil, pinjaman besar-besar RM5 juta, RM10 juta dia tahu lepas itu tidak perlu bayar, dia specialist , ini ada. Saya boleh bagi tahu ada kes-kes yang specific ini tetapi yang mustahak adalah perlu ada pendirian, perlu ada inisiatif dari Bank Pertanian, jangan kita membawa undang-undang macam ini tetapi lepas itu kita tidak peka, tidak memantau dan tidak memberi pertolongan kepada masyarakat yang betul-betul perlukan ini. Akhir sekali, saya ada satu kes yang spesifik Tuan Yang di-Pertua, di Chemor. Di mana di Chemor kalau dulu dalam tahun 60-an buku-buku sekolah semua akan menunjuk bahawa pertanian yang terbesar di negara ini selain dari Cameron Highlands ialah Chemor. Sekarang Tuan Yang di-Pertua, kita pergi ke Chemor semua bangunan-bangunan dan saya rasa ini dasar kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan yang tidak konsisten, di mana keutamaan diberi bukan kepada pertanian dan Bank Pertanian. Pada pengetahuan saya, petani-petani saya di sana semua ini yang duduk yang menjalankan perniagaan mereka di atas tanah kerajaan. Oleh kerana tidak ada collateral bermakna mereka walaupun cash crop yang dijalankan oleh mereka tidak dapat apa-apa pertolongan atau pinjaman dari Bank Pertanian. Saya harap Yang Berhormat Menteri akan sedar bahawa ini adalah satu masalah di seluruh negara, cut across case, race and creed and people, ini yang mustahak. Saya berharap Bank Pertanian akan mengambil kira petani-petani yang betul-betul yang mendapat pendapatan yang sangat kurang, yang sangat micro level yang perlu pertolongan supaya mereka juga sebagai citizen dalam negara ini boleh mendapat manfaat-manfaat yang tertentu dalam pertanian. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

92 DR. 12.12.2007

6.00 ptg. Menteri Pertanian [Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin]: Tuan Yang di-Pertua, saya awal-awal lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun bangun. Saya kira hampir semuanya telah memberikan sokongan kepada rang undang- undang yang telah pun kita bentangkan tadi. Sebagaimana yang telah pun saya sebutkan tadi tujuannya adalah amat jelas untuk kita mempertingkatkan lagi usaha kita untuk membangunkan pertanian di negara kita ini. Dengan penubuhan Bank Pertanian Malaysia Berhad yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini, maka prospeknya akan lebih baik lagi kerana salah satu daripada perkara yang biasa menjadi halangan kepada pengembangan sektor ini ialah sumber pembiayaan ataupun dana yang boleh diakses oleh usahawan tani ataupun penternak dan nelayan, di negara kita. Beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah perkara-perkara pokok yang akan saya cuba jelaskan dalam jawapan penggulungan saya ini. Yang Berhormat bagi Sri Gading di samping menyatakan rasa berterima kasih kepada pihak bank dan memuji Menteri Pertanian dan rakan-rakan saya di peringkat pentadbiran, memberikan satu perkara yang saya fikir menyentuh perkara-perkara pokok iaitu tentang kedudukan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam rang undang- undang ini. Sebagaimana yang telah dinyatakan iaitu menteri yang dimaksudkan dalam undang-undang ini ialah Menteri Kewangan. Ini adalah kerana waktu mana bank ini dikorporatkan maka ia perlu didaftar ataupun ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan oleh sebab di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965, pihak yang memiliki syarikat itu dalam konteks ini bank ialah Menteri Kewangan Yang Diperbadankan. Bermaknalah bahawa pemegang saham yang sebenarnya adalah Menteri Kewangan. Maka justeru itu telah pun disebutkan di sini selari dengan peruntukan akta yang baru dan akta 1965, maka kuasa yang ada ialah di bawah Menteri Kewangan. Hal ini telah pun kita bincangkan di peringkat kementerian waktu rang undang-undang ini digubal pada peringkat awal untuk menyatakan bahawa peranan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani adalah utama dan penting, terutamanya dalam menentukan dasar dan hala tuju bank. Dari semasa ke semasa dia mestilah selari dengan tujuan kita untuk memastikan pengembangan sektor pertanian menjadi lebih pesat dengan peranan yang dimainkan oleh pihak Bank Pertanian. Sekarang ini pun sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Bank Pertanian yang sedia ada pun bukan dimiliki oleh Menteri Pertanian. Ia juga dimiliki oleh Menteri Kewangan yang diperbadankan. Jadi, itulah tujuannya rang undang-undang ini digubal begitu rupa untuk menjelaskan apakah fungsi dan peranan Menteri Pertanian dalam hal ini dan saya kira telah pun menyatakan dalam beberapa fasal tadi bahawa memang ada peranan dan memanglah diharapkan dari segi konvensyennya perjalanan bank ini masih terus diawasi oleh pihak Kementerian Pertanian. Sebagaimana juga pewujudan Bank Kecil dan Sederhana ataupun SME Bank yang diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, ia tidak dimiliki oleh Menteri Pembangunan Usahawan tetapi adalah dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan. Jadi ia adalah selaras dengan apa yang telah pun kita bentangkan dalam rang undang-undang untuk Bank Pertanian Malaysia Berhad ini. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Minta penjelasan, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya apakah Bank Pertanian ini di bawah Akta Development and Financial Institution Act ataupun di bawah Bank Negara - BAFIA.

DR. 12.12.2007 93

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Ya. Memang sebenarnya sebagaimana yang sedia ada sekarang pun Bank Pertanian Malaysia adalah diletakkan di bawah pengawasan Bank Negara. Sebelum ini ia tidak diletakkan di bawah mana-mana akta yang boleh dikawal selia oleh mana-mana pihak kecuali Menteri yang berkenaan. Untuk meletakkan bank ini dalam keadaan yang agak lebih accountable, maka itulah sejak tahun yang lepas bank ini telah pun diletak di bawah BAFIA. Jadi, saya jangka dalam konteks yang baru ini pun Bank Pertanian Malaysia Berhad terus kekal diletakkan di bawah Akta Institusi Kewangan Bank Pembangunan. Jadi itulah kedudukan yang sebenarnya. Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading ini juga dibangkitkan oleh banyak pihak. Apabila bank dikorporatkan kita akan mendapat suntikan modal tambahan. Ini telah pun lama kita cita-citakan kerana dalam keadaan yang sedia ada ini kita hanya diberikan peruntukan dalam akta yang lalu hanya RM50 milion tetapi berbayar lebih kurang RM43 milion sahaja. Jadi, dengan adanya suntikan satu bilion ini kalau mengikut amalan biasa dalam institusi kewangan, kita boleh kalikan sepuluh ataupun dua belas kali ganda. Maknanya dalam soal ini dengan RM1 bilion modal berbayar, kita boleh memusing modal itu sebanyak sepuluh kali menjadi RM10 bilion. Ini boleh kita kira hampir tiga kali ganda keupayaan bank yang baru nanti berbanding dengan Bank Pertanian yang sedia ada sekarang. Jadi inilah satu faedah. Jadi, hendak dikatakan sama ada cukup, banyak mana pun mungkin tidak cukup tetapi yang pastinya ini adalah satu langkah pertama. Saya jangka bila dia sudah mula dilaksanakan mungkin dalam tempoh lima tahun akan datang dan seterusnya, kalau ada keperluan baru tentulah kita harap ia akan dapat suntikan tambahan yang lain. Di samping itu segala keuntungan yang kita peroleh, yang kita modalkan semula akan memberikan satu kesempatan untuk bank memiliki satu jumlah modal pusingan untuk dijadikan dana yang lebih besar lagi. Yang Berhormat bagi Sri Gading juga dan ramai rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain telah pun memberikan perhatian kepada soal kakitangan ataupun pegawai bersikap dedikasi, jujur, amanah dan yang paling penting disebutkan tadi mesra petani dan mesra pelanggan. Saya memang amat bersetuju sangat kerana itulah yang telah pun menjadi suatu dasar kerajaan dan khususnya peringkat kementerian agar peranan sistem penyampaian ataupun delivery system itu memanglah kita tekankan. Dalam konteks sebegini kita memerlukan pegawai yang bukan sahaja mahu bekerja tetapi dedikasi, faham tentang masalah rakyat terutamanya pelanggan yang terdiri dari sebahagian besarnya adalah petani-petani kita, orang-orang miskin yang mungkin kalau dibandingkan dengan tokoh-tokoh korporat yang lain mungkin taraf ataupun statusnya tidaklah sebanyak mana tetapi itu tidak harus menjadi suatu ukuran tentang sama ada mereka itu layak ataupun tidak layak mendapat pinjaman. Yang penting lagi ialah untuk kita pastikan supaya pegawai akan sentiasa memberikan layanan yang terbaik. Oleh sebab itu, kita memberikan perhatian yang utama. Saya kira walaupun ada beberapa mungkin kompelin tentang kurang layanan dan sebagainya, umumnya saya rasa berpuas hati kerana banyak yang saya telah sebutkan di peringkat awal tadi telah pun mendapat bantuan-bantuan yang diperlukan. Walaupun tidak kesemua permohonan yang dikemukakan kepada pihak pegawai kita mendapat kelulusan tetapi ini adalah satu perkara yang memang kita tekankan. Oleh kerana itu dalam rang undang-undang ini kita telah pun masukkan tentang obligasi sosial. Itu satu fasal, bukan satu dasar tetapi menjadi satu rang. Dalam rang undang-undang ini kita menyebutkan tentang soal obligasi sosial yang harus dilaksanakan oleh pihak bank. Ini memerlukan suatu sikap yang agak berbeza. Kalau dibandingkan dengan pegawai-pegawai daripada institusi kewangan komersial mungkin itu tidak menjadi, walaupun sekarang ini sudah ditekankan corporate social responsibility (CSR) tetapi itu hanya suatu dasar atau amalan mereka di peringkat badan-badan korporat tetapi di sini di institutionalize kan - dikanunkan dalam rang undang-undang sebagai satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Jadi, dalam soal sebegini yang penting ialah bagaimana kita hendak meningkatkan satu kesedaran baru. 94 DR. 12.12.2007

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat yang telah mencadangkan supaya dikursuskan, diberikan penjelasan supaya lebih faham tentang matlamat bank ini dan peranan bank tidaklah serupa dengan institusi kewangan yang lain, ada yang lebih besar peranan mereka. Ini memerlukan suatu komitmen yang tinggi, rasa tanggungjawab yang agak begitu jelas di kalangan semua peringkat pegawai, bukan tertinggi tetapi lebih lagi kalau mereka di peringkat cawangan-cawangan di bawah itu yang setiap hari akan dikunjungi oleh banyak pihak yang memerlukan bantuan dan pertolongan pihak-pihak bank. Ahli Yang Berhormat bagi Kinabatangan juga telah pun menyentuh tentang perkara yang serupa tentang sikap pegawai, tetapi beliau menyatakan tidak payahlah kita bahas panjang-panjang dan haruslah diluluskan. Saya mengucapkan terima kasih. Beliau memohon supaya sebuah cawangan bank ditubuhkan di Kinabatangan. Insya-Allah mungkin dalam tempoh terdekat kita akan hantar pegawai kita untuk meneliti keadaan yang ada di Kinabatangan, berapa jumlah petani, berapa potensinya, sama ada sesuai ataupun tidak kita bangunkan. Walaupun Yang Berhormat telah buat perakuan ada dia punya kriteria-kriteria yang perlu diikuti dan kita jangka ianya tidaklah bertentangan, maka insya-Allah cawangan yang disebutkan tadi akan kita tubuhkan di situ. Demikian juga telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang memohon supaya cawangan yang sama seperti di Rembau, memohon supaya cawangan yang serupa dibangunkan. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Kinabatangan bangun. Hendak bagi jalan? Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Bolehkah bagi keyakinan sekurang-kurangnya sebab masalah ini berlarutan, Tan Sri. Saya melihat bahawa institusi ini memang sesuai bukan sahaja di Kinabatangan sebab ia bersempadan dengan daerah-daerah yang lain, tetapi di daerah-daerah yang ada aktiviti pertanian. Jadi ini merupakan satu institusi yang boleh menyelesaikan permasalahan petani-petani, sebab hari ini petani-petani Kinabatangan sama ada ke Lahad Datu atau ke Sandakan. Itu sahaja, berisiko tinggi. Terima kasih. Bolehkah ada jaminan, Tan Sri? Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Insya-Allah. Kita akan hantar pegawai, Yang Berhormat, dan kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat di Parlimen Kinabatangan akan kehadiran mereka dan bincanglah dan kalau Yang Berhormat boleh yakinkan beliau bahawa memang ada asas yang kukuh supaya cawangan dibangunkan, saya kira kita akan laksanakan. Soal pelantikan Lembaga Pengarah, Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu perkara yang memanglah kita sentiasa berikan perhatian. Saya mengambil pandangan berat kepada semua Ahli Yang Berhormat yang menyentuh perkara ini yang mahukan supaya, satu, pegawai ataupun orang yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah mestilah memahami soal sektor pertanian. Maknanya mesti adalah orang yang juga pakar. Walaupun dalam komposisi Ahli Lembaga Pengarah yang belum lagi kita tetapkan bilangan dan jumlah itu, kita akan mengambil kira juga antara mereka, pegawai-pegawai yang sudah terlibat dalam sektor pertanian, mungkin institusi ataupun agensi yang berkaitan. Di samping itu, adalah mereka daripada pihak swasta yang mungkin ada juga pengalaman dalam institusi kewangan dan juga yang mengetahui tentang hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan pertanian. Saya kira ini adalah perkara-perkara yang biasa kita ambil kira dan selepas sahaja bank ini dikorporatkan, bermakna akan ada pelantikan baru sama ada Lembaga Pengarah yang sedia ada ini akan dilantik semula ataupun tidak. Ini terletaklah kepada keputusan yang akan dibuat oleh Menteri Kewangan yang akan berbincang bersama dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Saya ambil kira perkara itu dan memang perlu kita ada keupayaan baru. Tidak terhad kepada soal mereka yang pakar itu, kerana dengan pengkorporatan bank ini, maka fungsi dan peranan bank ini akan diperluaskan lagi. DR. 12.12.2007 95

Kita harap bank ini akan menjadi bank yang mempunyai segala bentuk kemudahan yang boleh ditawarkan, a holistic agricultural bank , yang menawarkan segala instrumen dan keperluan dan bukan setakat untuk dalam negara tetapi hari ini kita melihat pertanian sudah pergi ke peringkat global dan antarabangsa dan Bank Pertanian boleh berperanan bukan setakat di peringkat nasional tetapi juga di peringkat antarabangsa. Bermakna dalam soal ini memerlukan kepakaran bukan sahaja di peringat pegawai tetapi Ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai minda yang terbuka dan faham tentang soal selok-belok pertanian, bukan sahaja di peringkat negara tetapi di peringkat antarabangsa. Soal yang telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat dari Jasin tentang hendak meramaikan lagi bilangan pendeposit, ini memang satu daripada yang kita harapkan.

Dengan pelbagai instrumen baru termasuklah dengan bolehnya sekarang ini kita menerima deposit dan boleh membuka akaun semasa. Sekarang ini tidak boleh. Dengan adanya begini, bermakna bank akan mendapat lagi satu sumber pembiayaan yang agak murah daripada pendeposit yang akan membuka akaun semasa. Jadi kita harap dia akan menarik minat bukan sahaja mungkin dari kalangan petani tetapi mereka yang melihat bank yang menawarkan khidmat kepada pelanggan-pelanggan sebagaimana institusi kewangan yang lain. Yang Berhormat telah bertanya tentang berapakah daripada sejumlah yang saya sebutkan tadi, hampir 90% daripada RM50 ribu itu, daripada jumlah nombor, bilangannya, jumlah yang kecil tadi 90% adalah peminjam-peminjam di bawah RM50 ribu. Jadi daripada angka yang terakhir, balance yang terakhir, hampir 66% daripada baki yang masih belum berbayar. Hampir lebih daripada RM2 bilion adalah peminjam-peminjam yang kecil, lebih daripada RM1.3 bilion adalah peminjam yang besar yang lebih daripada RM50 ribu. Perkara yang berkaitan dengan soal micro credit , ini adalah satu daripada perkara yang telah pun kita laksanakan sekarang ini tetap ini juga akan diteruskan. Saya dimaklumkan bahawa hampir semua peruntukan yang telah pun disediakan untuk pinjaman secara mikro ini diguna oleh peminjam-peminjam. Ini bermakna memang banyak pelanggan yang berminat dan justeru itu kita akan tingkatkan dia punya kuantum daripada jumlah yang sekarang ini mungkin tidak sampai RM200 million kepada hampir RM500 million untuk peminjam-peminjam yang kecil ini. Soal peminjam yang telah mendapat kelulusan tetapi duitnya tidak dapat lagi, ini yang biasa yang saya telah mendengar. Saya sendiri pun telah ditemui oleh beberapa peminjam membawa surat kata, “Kami telah dapat kelulusan, tetapi hingga hari ini wang yang hendak dikeluarkan itu belum dikeluarkan lagi.” Soal Yang Berhormat Jasin sebutkan tadi mengatakan pegawai tidak ada, maka itu cek tidak di sign , itu satu perkara yang kita ambil perhatian tetapi di samping itu kadang-kadang ada masalah lain, Yang Berhormat. Masalah lain ialah kerana dalam surat kelulusan yang kita berikan kepada pihak yang memohon dan telah diluluskan tadi, syarat seperti umpamanya, diperlukan kolateral. Dengan sebab itu dia memerlukan tanah itu dicagarkan sebagai cagaran untuk pinjaman dan prosedurnya dia perlu membawa kepada pihak berkuasa negeri untuk mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri supaya tanah itu boleh dicagarkan kepada Bank Pertanian Malaysia. Jadi kalau masa yang diperlukan oleh pihak Jabatan Tanah untuk membawa kepada Exco Kerajaan Negeri itu kadang-kadang memakan masa sampai enam bulan hingga setahun. Jadi ini yang biasa saya lihat menjadi masalah kelewatan. Saya tidak tahulah sama ada kerajaan negeri boleh percepatkan proses sebegitu kerana kalau tidak hal itu dilaksanakan, tidak mungkin pihak bank boleh menyalurkan pinjaman wang walaupun kita tidak boleh keluarkan 10% atau 20% dahulu. Ada juga berlaku, Yang Berhormat, bahawa pihak yang mendapat pinjaman tadi belum lagi kita berikan wang tadi membawa tanah yang sebenarnya bukan dimiliki oleh mereka. Orang lain punya tanah. Jadi ini satu perkara yang kita hendak elakkan supaya bank tidak akan menanggung kerugian.

96 DR. 12.12.2007

Ahli Yang Berhormat dari Larut juga telah pun menyebutkan soal mengapa jawatan pengerusi tidak diisi. Sebenarnya sepatutnya sudah diisi, Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat pun tahu kita telah pun menamakan seseorang yang telah pun diberikan pengesahan oleh Perdana Menteri kepada pihak Bank Negara. Namun Bank Negara memerlukan pihak ini, orang yang berkenaan mengemukakan segala maklumat berkenaan dengan kedudukan dari segi pendapatan, segala harta dan sebagainya. Dia mesti buat deklarasi kepada bank, aset dan sebagainya. Ini agak berat untuk orang yang berkenaan itu hendak mengemukakan. Jadi bila lambat sangat hendak mengemukakan, akhirnya sampai hari ini maka pelantikan tidak boleh disempurnakan walaupun telah pun dipersetujukan oleh pihak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan sebagainya, kerana tidak dapat memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Bank Negara. Sekarang ini untuk makluman, telah pun dinamakan seseorang yang baru dan untuk mengelak perkara ini berlaku, kita telah menghantar kepada pihak Bank Negara. Diharap dia boleh buatlah apa yang dia perlukan seperti ini dan insya-Allah saya harap daripada awal tahun hadapan, Bank Pertanian ini akan mempunyai seorang pengerusi yang baru. Ahli Yang Berhormat dari Cameron Highlands telah membangkitkan soal sama ada tanah yang di Cameron Highlands yang ada TOL tadi boleh dibagikan pinjaman ataupun tidak. Saya tidak tahu kalau Yang Berhormat ada bank, boleh tidak bagi pinjaman? Mungkin pihak yang berkata, itu kalau swasta tidak mungkin, kerajaan patutnya boleh bagi. Ini satu perkara yang memang biasa kita hadapi dan ada kesulitan pihak-pihak institusi kewangan seperti Bank Pertanian untuk memberikan pinjaman. Walaupun kita kata harus fleksibel kerana apakah jaminan. Kalaulah tidak ada dalam bentuk kolateral tanah cagaran yang disebutkan tadi maka kemungkinan bank akan memberikan pinjaman dan menghadapi risiko kerana kalaulah tempoh pajakan TOL itu hanya setahun sedangkan pinjaman memerlukan dibayar dalam tempoh lima tahun. Apa jadi selepas setahun? Jadi ini soal insecurity . Bukan kolateral yang secured menjadikan bank dalam keadaan yang agak sukar untuk menimbangkan. Namun apa pun mungkin sebagai mana yang disebutkan tadi mungkin ada perkara-perkara lain yang boleh digunakan sebagai cagaran untuk menggantikan tanah TOL yang disebutkan tadi. Yang kedua, dalam soal hendak memberikan pakej kepada keseluruhan. Ini saya hendak sebut dengan pengkorporatan Bank Pertanian bermakna Bank Pertanian boleh membiayai segala-galanya termasuk dalam akta ini kita sebutkan untuk pembiayaan persekolahan anak-anak mereka, untuk membeli kenderaan mengangkut bahan-bahan pertanian mereka ataupun mendapatkan kemudahan-kemudahan yang lain, membina kilang pemprosesan keseluruhannya. Sebab itu penting kita korporatkan supaya instrumen pembiayaan itu dapatd diperluaskan. Malahan hampir sama dengan apa yang dibiayai oleh sektor bank perdagangan cuma ini untuk pertanian dan bukan sahaja untuk kegiatan pertanian itu per say tetapi untuk apa sahaja yang diperlukan oleh petani. Kalau petani kata anak saya tidak ada wang untuk membiayai belajar ke luar negara boleh tak saya dapatkan pinjaman daripada bank. Ini boleh diberikan pinjaman. Jadi ini saya fikir satu tawaran yang baik untuk bukan kita lihat soal pembangunan pertanian tapi komuniti pertanian itu harus kita bangunkan. Ini fungsi baru yang diberikan kepada pihak Bank Pertanian yang saya fikir adalah satu perkara yang cukup baik. Jadi bila Yang Berhormat Cameron Highlands kata boleh tak bagi itu, saya kira apa sahaja boleh asalkan dia berdaya maju, mematuhi dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan mungkin ada kemampuan untuk membayar balik. Itu pertimbangan biasa, itu kita akan berikan pertimbangan dan insya-Allah kita akan luluskan. Yang Berhormat daripada Sabak Bernam menyebutkan untuk kita menawarkan pinjaman kepada pihak sektor penternakan yang saya sudah sebutkan tadi ini tidak menjadi masalah. Yang Berhormat juga sentuh tentang soal janganlah bila pihak memohon RM100,000 pihak bank hanya bagi RM70,000. Saya kira mungkin ada asas-asas yang tertentu kenapa bank tidak memberikan pinjaman sepenuhnya. DR. 12.12.2007 97

Biasalah kita pun Yang Berhormat pergi pinjam bank lain pun kadang-kadang mohon RM100 juta dia hanya dapat RM70 juta kerana dia melihat dari segi kertas yang disediakan, viability , cash flow , keuntungannya dan kemampuan untuk membayar balik di samping soal peminjam itu mempunyai integriti yang tinggi. Ini berbagai-bagai kriteria dan saya fikir Bank Pertanian tidak harus sangat berbeda daripada institusi kewangan yang lain dalam soal hendak memberikan pinjaman yang diperlukan. Jadi kalau dia hendak pinjam RM50,000 dia bagi RM30,000 mungkin ada sebab- sebab tertentu. Tapi kalau dia sudah boleh buktikan dengan pinjaman awal itu boleh tak dia pinjam lagi, kita tak menjadi masalah. Dia boleh mohon lagi untuk mendapatkan tambahan mungkin RM100,000 ataupun RM500,000, RM1 juta dan sebagainya. Yang Berhormat daripada Ledang saya kira membangkitkan perkara yang hampir sama untuk... Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Tuan Yang di-Pertua. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: ...Pembiayaan sepenuhnya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sabak Bernam. Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih jawapan tadi. Hanya yang kedua tadi saya hendak cuba minta pandangan Tan Sri kita selalu bercakap mengenai komitmen pegawai. Mereka mesra rakyat malah kalau di Sabak Bernam saya syorkan supaya mereka ini kalau waktu maghrib, isyak, subuh bersama dengan rakyat. Hanya apa pula insentif kita kepada pegawai itu. Ada tak satu kelainan daripada bank lain umpamanya menurut pandangan Yang Berhormat. Terima kasih. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Terima kasih Yang Berhormat. itu satu perkara yang memang baik. Sekarang ini dengan pengkorporatan bank boleh melaksanakan apa yang difikirkan sesuai untuk memberikan imbuhan, insentif kepada pegawai kerana dia tidak lagi terikat di bawah mana-mana peraturan kewangan kerajaan. Sebab itu dikorporatkan. Jadi umpamanya hendak mencari seorang CEO dan dilihat ini keperluan. Kalau ikut cara yang sedia ada mungkin gajinya RM10,000 hingga RM15,000 tapi kita memerlukan seorang yang berkemahiran kita perlu bayar lebih daripada itu maka kita akan bayar lebih daripada itu. Demikian juga dari segi lain-lain faedah kepada pegawai. Kalau bank sudah menunjukkan daya maju, daya saing dan ada keuntungan saya pasti pihak pengurusan akan menimbang supaya pihak pegawai yang mampu bekerja, menghasilkan satu yang agak baik, menarik lebih ramai pelanggan, memberikan faedah yang banyak kepada bank mereka akan diberikan imbuhan yang setimpal. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pegawai-pegawai bank ini melalui pengalaman saya dalam dewan perniagaan Yang Berhormat Menteri ada beberapa ahli peniaga kami yang ingin meminjam bank melalui pinjaman kecil-kecilan ini tapi pegawai-pegawai yang terdahulu enggan memberi kerana kertas kerja tak ada, cara-cara memohon tak tahu. Jadi adakah Yang Berhormat Menteri bercadang supaya satu seksyen di bank ini melayan kehendak peminjam ini memberi pengertian, kaunseling dan cara-cara pembayaran balik dan sebagainya. Jadi ini saya rasa satu hidden fact dalam perbankan ini terutama sekali peminjam peniaga-peniaga kecil ini Tuan Yang di-Pertua. Kalau ada kita adakan supaya mereka tidak membayar lebih daripada apa yang perlu dibayar kerana ada pegawai itu sanggup membuat projek paper demikian dan meminta bayaran kos kertas kerja itu. Jadi adakah Yang Berhormat tengok perkara yang kecil ini tapi penting kepada peminjam peniaga kecil-kecilan ini Tuan Yang di-Pertua.

98 DR. 12.12.2007

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Yang Berhormat, itu satu perkara yang memang kita telah berikan perhatian dalam kedudukan bank yang sedia ada tetapi dalam bank baru itu akan lebih ditekankan lagi. Bukan setakat dia berikan khidmat kepakaran nasihat sahaja tetapi untuk memastikan daya majunya itu kerana waktu kita memberikan pinjaman katalah RM1 juta maka menjadi satu kewajipan pihak peminjam mesti bayar balik. Kalau dalam keadaan bank biasa tidak ada susulan. Lepas itu lihatlah sama ada perniagaan itu berjaya atau tidak dan kemudian kalau dia tak berjaya tak bayar barulah kita sedar bahawa usaha yang telah dibuat oleh pihak pengusaha ini sudah gagal dan ini menyebabkan bank tidak dapat bayaran balik yang diperlukan tadi. Maka Bank Pertanian Malaysia Berhad baru sekarang ini boleh membuat susulan umpamanya memberi khidmat nasihat. Lepas dia pinjam itu dia susul bawah. Ini sebagai mana telah dibuat oleh Rubber Bank sebagai contoh. Bukan sahaja beri pinjaman tapi dia pergi susul sampai ke bawah melihat supaya apa yang telah diberikan pinjaman tadi akan mampu dibayar balik dan kalau ada keperluan khidmat kepakaran nasihat bukan sahaja bank yang ada dalam pakar tapi institusi yang lain yang ada di bawah kementerian saya sebagai contoh umpama dalam soal tanaman, penternakan juga boleh kita gunakan untuk membantu mereka. Jadi ini untuk meletakkan peminjam itu dalam keadaan yang lebih berdaya maju. Ini penting supaya menjamin bank mendapat bayaran balik daripada pinjaman yang telah pun diberikan tadi... Tuan Jawah anak Gerang [Lubok Antu]: [Bangun] Dato' Nasaruddin bin Hashim [Parit]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada dua yang bangun. Lubok Antu dengan Parit. Tuan Jawah Anak Gerang [Lubok Antu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pernah bekerja di bank selama lima tahun dan dari pengalaman saya semua pinjaman kepada petani daripada 10 pinjaman yang kita beri sembilan yang tak dapat bayar. Jadi mungkin pegawai-pegawai bank tidak mahu lagi memberi pinjaman kepada petani kerana inilah. Jadi berkenaan dengan fleksibiliti dan kolateral yang dikatakan tadi sekarang pun banyak juga petani tak boleh bayar. Yang anehnya sekarang ada juga petani-petani seperti saya dan mungkin yang lain yang genuinely berkehendakkan pinjaman untuk mengembangkan pertanian kita tapi tidak diberi oleh bank kerana dia sudah ada mentaliti dengan orang yang tak dapat bayar. Jadi apakah kepastian daripada kerajaan supaya mentaliti petani-petani yang tak dapat bayar tidak dipakai kepada orang yang betul-betul yang boleh membayar tapi tak ada kolateral. Inilah kebanyakan sudah terjadi di Sarawak kerana fikiran yang terdahulu itu mempengaruhi orang sekarang yang betul-betul berkehendakkan pinjaman. Apakah kawal selia daripada kerajaan supaya Bank Pertanian yang baru yang sudah dikorporatkan ini betul-betul dapat menguntungkan petani-petani khasnya petani- petani yang moden seperti saya dan juga kakitangan-kakitangan yang sudah bersara dan juga hendak menceburkan diri dalam bidang pertanian tapi tidak boleh mendapat kewangan kerana syarat itu begitu ketat sekali. Sekian, terima kasih. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Kalau pemohon - pemohon itu berbagai-bagai Yang Berhormat. Kita tahulah bila datang ke bank ada yang kecil, ada yang besar, ada yang sengaja memohon kerana dia fikir bank sudah ada, maka pasti bank harus pinjam. Kita tahu mesti ada kriteria-kriteria tertentu, kita tidak boleh kata semua orang mohon mesti dapat. Lain-lain institusi kewangan pun begitu juga. Kita juga kadang-kadang pergi pinjam sesetengah institusi kewangan tidak mungkin menerima dan membiayai semua pemohon kalau mereka itu tidak layak. DR. 12.12.2007 99

Soal pokoknya kalau petani itu layak dan dia berkemampuan dan mungkin boleh dibayar dan apa lagi dengan khidmat sokongan daripada pihak bank tadi untuk membantu mereka supaya usaha yang dijalankan itu boleh berdaya maju menghasilkan hasil yang boleh memberi keuntungan kepada mereka maka institusi kewangan seperti Bank Pertanian tentu boleh menimbangkan, tapi tidak adalah saya kira di sini gerenti menyatakan dengan izin , every single applications of any applicants will be approved by the bank. Mesti ada asas-asas pertimbangan yang wajar.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat ]

Sebab itu Yang Berhormat, di peringkat Bank Pertanian ini kalau dilihat berbanding bank-bank perdagangan yang lain, NPLnya agak lebih tinggi daripada biasa. Jadi itu masalah bagi kita, kalau tidak bagi pinjam jadi masalah. Bila sudah beri pinjam, tidak bayar. Jadi kalau tidak bayar, sebab itu NPL kita hampir 17% lebih. Ini lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh Bank Negara hanya 5%... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Lubok Antu. Tuan Jawah anak Gerang [Lubok Antu]: Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Kes ini terjadi kepada saya sendiri. Saya telah mengusahakan ladang sawit lebih 100 ekar dan hasilnya sekarang hampir 30 tan sebulan, jika dikira jumlah wang hampir RM20 ribu. Saya telah berjumpa dengan pegawai pertanian di Kuching dan ada enam orang datang ke ladang saya. Dia kata, Yang Berhormat tidak perlu kolateral kerana sudah ada hasil hampir RM20 ribu sebulan. Sampai sekarang pun tidak ada jawapan. [Ketawa] Dia janji hendak bagi RM300 ribu kepada saya untuk mengembangkan saya punya pertanian. Saya tahu disebabkan oleh CTOS, inilah kacau. Sama ada, pegawai-pegawai pertanian akan refer to CTOS lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, merujuk kepada CTOS, panjanglah Yang Berhormat. Tuan Jawah anak Gerang [Lubok Antu]: Saya tidak pernah Tuan Yang di- Pertua. Saya cakap sekarang kerana ini betul-betul saya rasa boleh menguntungkan masyarakat tani di luar bandar seperti saya ini. Saya mengusahakan ikan dalam sangkar ada 200 sangkar. Saya mengusahakan lembu daging, saya mengusahakan ladang sawit. Saya minta dengan Bank Pertanian, pegawai-pegawai tidak tahu, dia punya mentaliti seperti otak dahulu. Saya rasa kalau Bank Pertanian kita hendak korporatkan ini nampak berjaya, yang pegawai-pegawai yang beku otaknya sekarang boleh ditukarkan. Mandul otaknya... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Tuan Jawah anak Gerang [Lubok Antu]: ...Tidak boleh maju. Yang Berhormat seperti saya tidak dapat dibagi dengan RM300 ribu?... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bukan masa untuk ucap. Tuan Jawah anak Gerang [Lubok Antu]: Bukan, saya tidak pernah ucap. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Bukan masa sekarang untuk ucap. Tuan Jawah anak Gerang [Lubok Antu]: Saya hendak minta Menteri supaya dengar. Saya bertanya supaya bank ini betul-betul boleh menguntungkan masyarakat tani di Sarawak.

100 DR. 12.12.2007

Seorang Ahli: Betul-betul hantulah dia. Tuan Jawah anak Gerang [Lubok Antu]: Bukan hantu... [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, kalau hendak tadi Yang Berhormat berucap. Tuan Jawah anak Gerang [Lubok Antu]: ...Bererti kita katakan kemiskinan ada yang masyarakat terpinggir, kita katakan. Inilah juga kalau kita tidak mahu masyarakat Iban terpinggir, pakailah ini supaya tidak ada rasa terpinggir... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, cukuplah. Tuan Jawah anak Gerang [Lubok Antu]: ...Tertinggal. Ini sebab boleh juga akan menolong, membantu orang-orang di luar bandar. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Mungkin Tuan Yang di-Pertua kalau tidak ada kolateral boleh guna kolesterol. [Ketawa]

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Terima kasih Yang Berhormat, saya fikir saya tidak hendak panjangkan perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Saya fikir lepas daripada Dewan ini, kita tengok balik dengan Bank Pertanian khusus bagi kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Fasal itu yang dibangkitkan lebih utama daripada lain-lain. Jadi kalau kita lihat kenapa tidak diberikan pinjaman sedangkan projek itu viable terutama kelapa sawit dengan harga yang baik sekali, kenapa tidak diberikan pinjaman. Saya tidak dapat jawab mungkin ini kes spesifik dan saya janji kalau lepas daripada ini kita akan lihat balik bagaimana tentang permohonan tadi. Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Bera apa hendak minta? Cukuplah Yang Berhormat. Dato' Nasaruddin bin Hashim [Parit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Parit minta penjelasan? Dato' Nasaruddin bin Hashim [Parit]: Ya, terima kasih. Ini berbalik kepada apa yang Yang Berhormat Menteri tadi sudah menjawab sedikit berkenaan dengan membantu mereka yang hendak memohon pinjaman. Hari ini macam Yang Berhormat Menteri sebut tadi, peminjam ini pelbagai. Saya rasa fokus kita kepada petani-petani yang memohon pinjaman kecil yang tidak ada keupayaan dan sebagainya. Jadi walaupun dikatakan ada pegawai pertanian, pegawai bank yang boleh membantu menyediakan kertas kerja, menasihatkan dan sebagainya. tetapi apa kata Yang Berhormat kalau misalnya ada pemohon ini menggunakan konsultan ataupun pihak dilantik oleh bank itu sendiri sebagai panel-panel untuk membantu mereka yang berhasrat untuk meminjam. Bila adanya pelantikan yang dikatakan konsultan ini memudahkan pemohon tadi supaya menyerahkan tanggungjawab pembuat kertas kerja membuat penilaian ini kepada panel ini. Panel ini mengemukakan kepada Bank Pertanian. Adakah ini boleh dipertimbangkan supaya membantu mereka yang kurang kemahiran dari segi membuat kertas kerja dan sebagainya? Terima kasih. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Yang Berhormat saya fikir itu tentu dapat membantu kerana dengan adanya khidmat perunding sebagaimana yang biasa dibuat oleh syarikat besar terutamanya ataupun pengusaha kecil, maka itu akan memberikan saya fikir keyakinan kepada bank apa yang telah pun disediakan dalam bentuk kertas kerja itu memang betul-betul dapat diterima. Jadi mempermudah pihak bank untuk memberikan pertimbangan kepada permohonan mereka. DR. 12.12.2007 101

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, masalah yang dihadapi oleh petani ialah dua perkara besar. Yang pertama modal. Jadi untuk pinjaman bank, bank biasanya minta dua perkara yang penting iaitu kolateral, kalau tidak dia akan minta penjamin. Petani mempunyai masalah tidak ada tanah, jadi tidak ada kolateral dan untuk mendapatkan penjamin sukar. Terutama di dalam waktu hari ini sukar untuk mendapat penjamin. Jadi adakah, saya dengar Yang Berhormat Menteri kata kalau ada working paper yang bagus boleh dipertimbangkan. Saya agak kurang yakin kalau ada working paper yang bagus, tidak ada kolateral, tidak ada penjamin maka bank akan bagi sebab Bank Pertanian sekarang sudah berbeza dengan Bank Pertanian dulu. Bank Pertanian sekarang di bawah MoF yang dikorporatkan dan mungkin undang-undang, peraturannya lebih ketat lagi, itu yang pertama. Yang kedua adakah untuk masalah ini akan diwujudkan satu sistem seperti venture capital supaya apabila tidak ada kolateral, tidak ada penjamin, wujudkan satu sistem seperti venture capital maka akan ada usaha sama di antara petani dengan peminjam tadi. Terima kasih. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Bagi pinjaman untuk sistem Skim Pinjaman Mikro itu kita bagi pinjaman bawah RM50 ribu tidak perlu ada kolateral tapi perlu ada penjamin, yang lebih itu memang biasalah. Di mana-mana institusi kewangan pun kita timbangkan tentang soal had kolateral yang disebutkan tadi. Walau bagaimanapun pun Yang Berhormat, walaupun Bank Pertanian untuk membantu pasti difahami bahawa ini adalah wang kerajaan, wang rakyat. Jadi kita hendak pastikan juga bagaimana segala wang yang telah dikeluarkan untuk membiayai pertanian itu dapat pulangan balik dalam bentuk setidak-tidaknya membayar apa yang telah dibagikan tadi. Jadi atas dasar itu - walau apa pun saya hendak sebutkan di sini, setakat mana pinjaman yang telah diberikan, sebahagian besarnya telah dapat dan mampu menyediakan apa yang dikehendaki oleh bank. Itu bagi saya ada cukup penting. Yang kedua apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, saya tidak dapat tangkap. Venture capital, saya minta maaf. Setakat hari ini kita tidak ada menyediakan venture capital itu tetapi sudah wujud beberapa institusi perbankan komersial yang menyediakan agro venture capital. Bermakna dalam soal ini ia bukan berbentuk pinjaman tapi ia menyertai ekuiti dan wang daripada bank itu, bank menyediakan modal dapat digunakan oleh pihak pengusaha untuk memajukan. Saya kurang pasti mungkin Bank Pertanian juga mungkin satu peringkat nanti boleh menyediakan venture capital yang tertentu untuk menggalakkan lebih ramai orang yang mempunyai projek yang berdaya maju disertai oleh bank sendiri. Itu saya tidak menolak kemungkinan pada masa yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Ledang telah bangkitkan soal ZIA, ini berkenaan dengan akuakultur. Saya nak maklumkan ini satu daripada projek yang berimpak tinggi yang kita galakkan. Dan untuk makluman Yang Berhormat, kita telah mengenal pasti 39 kawasan melibatkan 25,000 hektar yang akan kita majukan tahun hadapan di bawah konsep Zone Industry Aquaculture . Setakat ini kita telah lantik satu konsultan MIMB untuk menyediakan apa yang kita panggil sebagai prospektus supaya dengan itu dapat diberi tawaran yang lebih jelas kepada bakal-bakal pelabur untuk mengambil bahagian membangunkan kawasan yang saya sebutkan tadi. Dan untuk itu, Bank Pertanian telah pun baru-baru ini meluluskan satu jumlah sebanyak RM2 bilion yang akan digunakan sebagai dana untuk membiayai projek akuakultur. Jadi kalau Yang Berhormat daripada Ledang nak majukan kawasan itu di kawasan Yang Berhormat, peruntukan kewangan yang ada ini boleh digunakan untuk tujuan pembangunan akuakultur.

102 DR. 12.12.2007

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya ialah perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Saya ucap terima kasih Kuala Langat tentang soal lagi sekali disentuh tentang khidmat nasihat, Unit Khidmat Nasihat dan peranan pegawai dan disarankan supaya kita adakan banyak kursus untuk bakal-bakal peminjam, bakal-bakal usahawan, bakal-bakal pengusaha, bakal-bakal petani yang memerlukannya. Dan saya kira lepas bank ini dikorporatkan tentu ada satu usaha yang hendak dibuat untuk memberitahu kepada masyarakat umum bagaimana Bank Pertanian Malaysia Berhad baru ini berfungsi. Apakah khidmat, kepakaran, tawaran, instrumen, kemudahan- kemudahan yang disediakan dan tentu kita akan perlu mengadakan seberapa banyak majlis-majlis penerangan dan unit bergerak yang disebutkan itu tentu akan dapat membantu memberikan penerangan yang diperlukan oleh pihak petani kita di seluruh negara. Ahli Yang Berhormat daripada Bagan telah bertanya tentang NPL, tadi telah dijelaskan sebanyak 17%, tinggi tetapi masih diteruskan inisiatif untuk mengurangkan lagi. Daripada dahulu agak lebih tinggi daripada itu kepada kadar yang lebih munasabah. Dan bila bank ini dikorporatkan lagi, kita harap kita akan bermula satu pendekatan yang memungkinkan kita dapat mengawal supaya kadar bayaran balik itu dapat lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang ini. Soal pembiayaan untuk industri khinzir, saya nak maklumkan Kabinet beberapa bulan yang lepas selepas kita bincangkan soal Melaka dan PFA yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan negeri bukan oleh kementerian saya kerana ini di bawah bidang kuasa negeri. Maka telah memutuskan satu peruntukan RM80 juta khusus disediakan untuk penternak-penternak khinzir yang sedia ada supaya dapat dipertingkatkan sistem kumbahan dan sebagainya supaya tidak menjadi masalah kepada alam sekitar. Dan wang ini telah diserahkan kepada pihak Bank Negara, Bank Negara nanti akan menentukan institusi manakah yang akan dapat peruntukan ini dan dia akan diberikan pinjaman dalam kadar faedah yang agak rendah, 3.75% sahaja tetapi maksimum pinjaman ialah RM5 juta. Jadi ini sudah pun tentu tapi Bank Negara belum beritahu di mana wang ini hendak diletakkan untuk digunakan tetapi sudah pun diputuskan. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini mengenai wang yang telah diagihkan. Kenapa ia tidak boleh dikendalikan oleh Bank Pertanian? Walhal kes-kes di mana situasi penternakan lembu, ayam semua boleh dikendalikan oleh Bank Pertanian, memberi pinjaman dan sebagainya. Kenapa ia dielakkan dari tanggungjawab? Itu soalan yang pertama. Yang kedua ialah mengenai PFA, kenapa pula ini juga dikatakan bahawa, ini saya rasa adalah satu kegagalan oleh kementerian kerana bila Menteri cakap bahawa walaupun ada dasar yang baik telah dilancarkan pada tahun 2003 mengenai PFA – Pig Farming Area. Akan tetapi tidak dapat to be successful kerana kerajaan-kerajaan negeri tidak memberi tanah dan sebagainya tetapi semua kerajaan negeri ini ialah kerajaan negeri Barisan Nasional juga. Saya harap kenapa kerajaan-kerajaan negeri tidak boleh memberi tanah untuk penggunaan penternakan babi. Adakah ini kerana kerajaan-kerajaan negeri tidak ingin memberi kerana ini terlibat adalah penternakan babi, jika penternakan kerbau, kambing atau lembu mungkin ia akan diberi. Adakah ini sebabnya? Satu lagi soalan yang saya tanya Yang Berhormat belum jawab, kenapa hingga sekarang tidak ada satu website mengenai penternakan babi di Jabatan Pertanian? Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Mengenai website itu InsyaAllah kalau tidak ada kita akan masukkan. There’s no problem. Mengenai yang kedua itu tentang soal PFA, kalau nak kata kegagalan kementerian tak patut sebab saya katakan kita hanya menentukan dasar. Di peringkat Kabinet putuskan dasar tetapi dasar itu hendak dilaksanakan ialah kerajaan negeri kerana pihak yang berkuasa dalam soal tanah sama ada tanah yang sudah digunakan atau belum digunakan ialah pihak kerajaan negeri.

DR. 12.12.2007 103

Oleh sebab kerajaan negeri mungkin ada masalah-masalah tertentu atau dasar soal alam sekitar, kekurangan tanah dan pelbagai masalah lagi maka mereka tidak dapat melaksanakan. Akan tetapi dalam perakuan yang kementerian saya cadangkan, kalaulah keadaan sebegitu maka pihak kerajaan negeri harus menimbangkan kedudukan ternakan khinzir yang sudah sedia ada sekarang. Dan ada kita buat perakuan, kita tidak kata harus ditutup, kita memperakukan supaya diperbaiki sistem yang sedia ada, in-situ sebab itu peruntukan tadi disediakan supaya dapat digunakan oleh penternak untuk membaiki keadaan. Jadi sekarang ini terserah kepada pihak penternak dengan pihak kerajaan negeri untuk melaksanakan perkara tadi dan menggunakan peruntukan yang telah kita sediakan tadi. Soal ketiga kenapa tidak letak kepada Bank Pertanian Malaysia, itu terserah kepada pihak Bank Negara. Walaupun kita maklumkan bahawa kemungkinan tidak lama lagi Bank Pertanian Malaysia akan melaksanakan sistem perbankan Islam. Kenapa saya sebutkan begitu, bukan kerana kita nak menolak tetapi ini adalah satu perkembangan yang kita fikir perlu dilaksanakan di peringkat Bank Pertanian. Akan tetapi apa pun yang penting bukan siapa yang nak melaksana, yang kerajaan dah pasti tunjukkan bahawa kita komited untuk bantu satu industri yang saya sedar sebagai Menteri Pertanian menyumbang kepada ekonomi negara. Oleh sebab itu, kita tidak mengambil satu sikap orang kata diskriminasi, kita sediakan peruntukan dan kadar faedah yang dikenakan adalah rendah untuk memungkinkan pengusaha yang sudah sedia terus mengusahakan penternakan khinzir yang telah pun dilaksanakan oleh mereka. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan. Saya rasa satu pendirian yang bagus oleh kementerian untuk memberi pinjaman dengan faedah yang rendah. Akan tetapi wang RM80 juta itu sangat kecil kerana kalau kita tengok industri ini RM1.2 bilion industri. Dan RM80 juta ini macam nyamuklah, bila satu perkara macam dasar kerajaan kerana ada jangan orang penternakan babi kata saya tidak memberi apa-apa pertolongan, maka saya memberi tetapi setakat very little lah. Itu nombor satu. Nombor dua, bila Yang Berhormat berkata bahawa kementerian tidak gagal mengenai PFA tetapi adalah kerajaan-kerajaan negeri. Itu mungkin Yang Berhormat ingin lari dari tanggungjawab, sebenarnya bukankah ini, bila kita membuat satu dasar. Bila membuat satu dasar, mesti mendapat input-input dari kerajaan negeri kerana ini terlibat dengan kerajaan negeri. Jadi ini akan mengambil kira, jadi bukankah betul bahawa kerajaan negeri oleh sebab ini adalah penternakan babi, mereka tidak memberi ruang tanah untuk menjalankan perniagaan. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Apa pun tafsiran Yang Berhormat tetapi saya telah menjelaskan situasi dan keadaan iaitu soal kuasa adalah kuasa negeri, soal tanah adalah dalam bidang kuasa negeri. Jadi terserah pada kerajaan untuk melaksanakan. Kita ada satu perhubungan yang baik dengan kerajaan negeri dan kita tidak boleh kata mesti dan paksa mereka laksanakan fasal di peringkat kerajaan negeri masing-masing ada masalah tertentu dan ini saya tak payah hendak sebutkan. Jadi saya jelaskan tadi dasar sudah ada, kita telah berikan berbagai-bagai bentuk nasihat. Itu terpulang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, saya akan… Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Wang, wang sebanyak RM80 juta itu saya… Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: RM80 juta hendak kata kecil, saya kalau beri RM80 juta banyak duit Tuan Yang di-Pertua dan a good beginning, maknanya sudah ada dimulakan oleh kerajaan untuk menyediakan satu dana yang sebelum ini tidak disediakan. Kalau lepas itu mungkin kalau tidak mencukupi, kemungkinan pihak yang kerajaan yang menimbang sama ada perlu ditambah. Setakat ini permohonan pun belum diterima lagi. Mungkin mereka belum jelas atau bagaimana. 104 DR. 12.12.2007

Jadi saya fikir eloklah mereka gunakan apa yang telah disediakan dan kalau selepas itu ada diperlukan untuk tambahan, saya kira pihak yang berkenaan akan membawa pihak kerajaan untuk menimbangkan satu peruntukan tambahan yang lain. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua, adakah tempoh masa untuk memberi wang-wang ini atau setakat ini… Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Tak ada tempoh masa. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tiada masa? Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Tak ada tempoh masa. Bila masa mereka perlu hendak memohon, bila Bank Negara tentukan mana pihak yang akan menguruskan, dia boleh mengemukakan permohonan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Arau telah membangkitkan soal insurans. Tadi ada Ahli Yang Berhormat bertanya tak ada insurans. Sebenarnya saya telah sebutkan dalam jawapan saya memang ada skim insurans dan sekarang ini pihak Unit Perancang Ekonomi telah meluluskan kepada pihak Bank Pertanian untuk melantik consultant kerana ini suatu perkara baru. Bagaimana kita hendak melaksanakan Skim Insurans Pertanian ini? Bidang apa yang harus kita biayai dan bagaimana caranya? Ini bukan suatu perkara yang mudah, jadi perlukan satu kepakaran dan saya kira mungkin selepas ia dikorporatkan nanti, maka ini satu perkara yang kita harap akan menjadi satu instrument. Malahan Bank Negara sendiri mencadangkan supaya Bank Pertanian mewujudkan Skim Insurans Pertanian. Jadi insya- Allah, saya harap bila consultant membuat laporan, ditimbang dan kita cuba melaksanakan skim insurans ini. Ahli Yang Berhormat dari Rembau saya telah ulaskan tadi tentang apa yang telah beliau bangkitkan lebih awal. Kemudian Yang Berhormat dari Santubong, baguslah sudah dapat peruntukan RM20 juta untuk bina kapal. Saya harap usaha itu akan berjaya dan pulang baliklah, bayar baliklah apa yang telah dipinjamkan oleh pihak Bank Pertanian. Ini soal status Bank Pertanian dalam konteks tanah orang kata, native land. Ini satu perkara yang perlu kita lihat nanti Yang Berhormat. Saya sedar dulu Bank Pertanian dianggap sebagai satu institusi bumiputera. Maka dia boleh menerima hak mana-mana pihak miliki tanah bumiputera. Sekarang kalau dikorporatkan, mungkin kita perlu bawa kepada pihak kerajaan negeri supaya menerima status Bank Pertanian Malaysia Berhad yang dimiliki oleh kerajaan sepenuh dan juga sebagai bumiputera. Kalau begitu, mungkin soal isu sekatan dan halangan tadi dapat kita atasi tetapi tertakluk apa keputusan kerajaan negeri. Saya fikir perlu kita bawa kepada pihak Berkuasa Negeri Sarawak dan Sabah untuk memperkembangkan supaya status yang lepas itu dapat diteruskan kepada Bank Pertanian Malaysia Berhad yang baru ini, insya-Allah. Yang Berhormat daripada Kuala Selangor minta supaya inilah satu kesempatan baik untuk kita membina imej baru dan itulah yang kita harapkan. Mungkin bukan dari segi imej, logo dia dan berbagai lagi dengan dia punya culture, yang saya fikir adalah penting untuk memberikan bank ini sebagai sebuah bank yang lebih maju. Soal kalau ada MPL orang tak berbayar, apa kita buat kerana sebahagian besar pinjaman tadi bercagar dan kalau maknanya mereka tidak bayar adalah satu prosedur biasa bank gunakan untuk menuntut kepada pihak peminjam untuk bayar balik. Kalau tidak membayar balik, maka cagaran itu akan orang kata dilupuskan kepada pihak bank. Soal corporate social responsibility, Tuan Yang di-Pertua, ini memang satu yang akan kita berikan tekanan. Saya kira memang tak dapat kita elakkan supaya bidang ini akan terus diberikan perhatian oleh pihak bank dan juga pegawai-pegawainya. Tuan Yang di-Pertua, saya kira itulah perkara-perkara yang penting yang utama yang telah pun dibangkitkan oleh semua Ahli Yang Berhormat, saya telah ulas, mungkin hampir kesemuanya. Mana-mana yang saya tak sentuh, akan saya ambil perhatian dan saya sekali lagi ingin mengatakan terima kasih di atas sokongan pada rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua. DR. 12.12.2007 105

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis sekarang bagi diputuskan. Masalah ialah rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang, hendaklah diputuskan. Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan dipersetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa ] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa. Fasal 1 hingga 20. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Santubong.

6.55 ptg. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Satu sahaja. Ini dalam ini saya ucap tahniahlah kepada Bank Pertanian. Satu lagi iaitu berkenaan dengan pengendalian pertanian pemasaran hasil pertanian memberi ataupun mengeluarkan surat kredit. Saya sebagai peniaga luar negara, international traders, memahami kelemahan letter of credit yang diberi oleh pihak bank tempatan. Saya menjual dan membeli barang- barang kepada Jepun, China, Taiwan, Thailand bahkan dekat India, Pakistan, Philippine dan sebagainya. Masalahnya ialah letter of credit kepada local bank , kadang-kadang tidak diterima oleh segelintir bank di luar negara. Jadi pengalaman kita menggunakan satu lagi bank di Singapura, supaya letter of credit dikeluarkan oleh local bank Malaysia khusus macam Bank Islam tidak ada diterima di mana-mana. Jadi apakah pendekatan yang akan dibuat oleh kementerian supaya LC yang kita keluarkan itu nanti tidak perlu lagi satu bank di Singapura ataupun di mana-mana supaya baru dikeluarkan satu lagi LC untuk kita berniaga di luar-luar negara. Bank Pertanian potensi dia amat besar sekali jauh besar daripada perkara-perkara yang lain. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Ipoh Barat.

6.57ptg. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya hendak tanya khusus dalam definisi di seksyen 2. Selepas dia mendapat satu karektor yang baru, selepas rang undang-undang ini diluluskan dan mengambil peranan sebagai satu komersial bank. Adakah bank ini akan terikat dengan semua syarat-syarat komersial bank termasuk di mana kita sekarang ada masalah dengan bank pertanian. Bila kita kredit kan cek dia mengambil masa lebih dari lima hari ke tujuh hari hingga kesepuluh hari untuk clearance , tetapi dari bank komersial, dengan hanya mengambil 48 jam. Adakah ia akan terikat dan maka adakah tindakan susulan akan diambil supaya jangan kita lambat- lambatkan di mana cek-cek di approve kan? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Pasir Puteh tak ada ya? Tak ada ? Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Ada ke? Lepas Pasir Puteh, Menteri jawab.

106 DR. 12.12.2007

6.58 ptg. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Saya sakit pinggang. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bangun masa dalam… Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, apa fasal? Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Itu masalah pengkorporatan Bank Pertanian ini. Selepas dikorporatkan Bank Pertanian Malaysia Berhad, minta kekalkan Malaysia itu. Saya takut hilang Malaysia itu. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Biarlah kekalkan Bank Pertanian Malaysia Berhad. Yang kedua, suntikan modal ditambah. Ini saya setuju. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sekarang kita dalam Jawatankuasa. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Yang keduanya saya hendak kalau boleh MPR timbul tadi, pinjaman daripada petani. Kita tahu mereka susah Yang Berhormat. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat… Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Kita… Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ini dasar. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Tidak dasar. Ini butiran ini. [Ketawa] Kita hendak wujudkan satu... [Berucap dalam bahasa arab] Pinjaman ini 50,000 ke bawah pakaikan kaedah... [Berucap dalam bahasa arab] Saya rasa boleh menyelesaikan masalah. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah. Menteri boleh jawab. Kalau Menteri hendak jawab, boleh jawablah. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Boleh jawab saya rasa. Fasal ini penting sangat untuk… Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Bukan. Memang boleh jawab, tapi kalau perlu jawablah. Di peringkat Jawatankuasa. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Saya minta supaya selepas korporat ini lebih cekap, lebih berkesan, mudah dan tidak menyulitkan. Itu yang saya nak. Mudah, tidak menyulitkan. Cekap itu boleh menjadi cekap kerana ada kepakaran. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik Yang Berhormat. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih. Saya menyokong. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Yang Berhormat Menteri.

6.59 ptg. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Tuan Pengerusi, terima kasih kepada ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat. Yang utama itu fasal LC kita belum buat lagi. Fasal sekarang ini bank ini tidak ada instrument itu tetapi insya-Allah akan datang kita akan sediakan perkara itu tapi ambil perhatian perkara itu. Tentu ada satu caralah, mungkin pihak pakar. Saya tidak pakar. Bagaimana kita hendak mengelakkan orang daripada orang kata gunakan bank lain untuk jadi back-up kepada instrument yang kita hendak keluarkan. Tentu ada satu cara, Insya-Allah. Ini akan kita ambil perhatian. Soal sama ada dia akan terikat dengan peraturan; dia terikat dengan peraturan di bawah BAFIA, dan ada guideline yang ditetapkan oleh Bank Negara. DR. 12.12.2007 107

Walaupun tidak ada apa-apa pun, yang pasti yang penting bagi kita dalam bank baru yang dikatakan Bank Pertanian baru ini ialah amalan yang hendak dibuat. Mesti tidak lari daripada apa yang diamalkan oleh badan-badan institusi kewangan profesional komersial yang lain. Kalau Yang Berhormat kata yang lain boleh bagi clearance dalam masa 48 jam, tak bolehkah Bank Pertanian buat begitu? Saya harap bukan 48 jam, 24 jam dia boleh buat. Itu yang kita harapkan. Maknanya prestasi dia mesti cemerlang. Itu slogan dan moto yang harus kita tekankan. Secepat mana yang boleh, maka seharusnya itulah yang jadi panduan kita. Soal yang ketiga Yang Berhormat sebutkan tadi, soal perkataan ‘Malaysia’ itu akan ada kekal. Pasal itu dalam akta ini disebutkan Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad. Jadi soal Qabul Hasan dan instrumen kewangan Islam, saya telah sebutkan itu adalah hasrat kita. Di satu peringkat akhirnya nanti, Bank Pertanian Malaysia Berhad adalah merupakan sebuah Bank Pertanian yang menggunakan kaedah syariah Islam sebenarnya. Fasal-fasal 1 hingga 20 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG AHLI PARLIMEN (SARAAN) (PINDAAN) 2007

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

7.03 mlm. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang bagi meminda Akta Ahli Parlimen Malaysia (Saraan) 1980 dibaca bagi kali yang kedua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, Akta Ahli Parlimen Saraan 1980 adalah Akta mengenai saraan Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Ahli Negara dan Ahli Dewan Rakyat, Anggota Pentadbiran, Ketua, Timbalan Ketua Dewan Rakyat dan Ketua Pembangkang dan lain-lain perkara berkaitan dengannya. Tujuan rang undang-undang ini ialah untuk meminda seksyen 4, Akta Ahli Parlimen Saraan 1980 bagi menaikkan saraan sebanyak 5% bagi Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan sebanyak 12% bagi Timbalan Yang di- Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat daripada kadar sekarang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2007. Tuan Yang di-Pertua, fasal 1(i) dan (ii) rang undang-undang adalah mengenai nama rang undang-undang yang dipinda iaitu Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2007 dan tarikh berkuat kuasanya iaitu pada 1 Januari 2007. Fasal 2 rang undang-undang ini bertujuan meminda seksyen 4, akta ibu iaitu mengenai gaji Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

108 DR. 12.12.2007

Fasal 2(a) mencadangkan gaji bulan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di- Pertua Dewan Rakyat dinaikkan daripada RM14,219.92 sebulan kepada RM14,907.20 sebulan. Manakala fasal 2(b) pula mencadangkan gaji Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dinaikkan daripada RM9,682.00 sebulan kepada RM10,847.65 sebulan. Fasal 1(2) rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi tarikh gaji itu kena dibayar iaitu dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2007. Kenaikan saraan ini akan melibatkan perbelanjaan tambahan kepada kerajaan sebanyak RM58,530.12 setahun. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kenaikan gaji Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ini tidak ada kaitan dengan kenaikan gaji kakitangan awam yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2007. Kenaikan ini adalah kerana pengiktirafan kerajaan terhadap perkhidmatan dan taraf kedudukan jawatan Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Ahli Parlimen (Saraan) Tahun 1980 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat bagi Ipoh Barat.

7.07 mlm. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, walaupun ini adalah satu pemindaan yang sangat ordinary , yang biasa. Akan tetapi peranan yang dimainkan oleh Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua adalah sangat mustahak. Imej mereka sangat mustahak. Kalau kita tengok, nombor satu Timbalan Yang di-Pertua; di mana kenapa Timbalan Yang di-Pertua tidak mendapat manfaat-manfaat, yang diterima seperti oleh Timbalan Menteri? Kenapa mereka di diskriminasi? Kenapa mereka telah di marginalize? Jangan kita buat mereka sebagai under class dalam negara ini. Ini hanya masyarakat India sahaja boleh. Mereka tidak layak. Jadi saya hendak tanya, kenapa ini terjadi? Saya rasa kalau kita tengok ancillary yang dapat oleh Timbalan Menteri, adalah sangat berpatutan dan sangat jauh berbeza dengan Timbalan Yang di-Pertua dan walaupun Yang Berhormat Menteri berkata bahawa kenaikan gaji ini bukanlah atas dan dasar kenaikan gaji kakitangan kerajaan. Kalaulah sedemikian, kenapa pula ada lagi diskriminasi? Kenaikan percentage gaji Tuan Yang di-Pertua kurang dari kenaikan gaji Timbalan Yang di-Pertua? Apa rasional dia? Kalau 5% sepatutnya kedua-dua pun 5%. Kalau 8% sepatutnya kedua-dua pun 8%. Kenapa pandang rendah dan membuat satu keputusan yang aneh, yang tidak boleh diterima. Jangan ini dibuat semasa kenaikan gaji kepada Ahli Parlimen. Itu kena tanya. Kedua Tuan Yang di-Pertua, adalah semalam di mana imej dan peranan yang dimainkan oleh Tuan Yang di-Pertua adalah sangat mustahak. Semalam di mana polis telah dibenarkan datang untuk menangkap orang-orang yang di sekeliling Parlimen. Ini adalah satu infringement of Parliament . Saya rasa ini adalah satu perkara yang tidak boleh dibenarkan. Jangan kita kata ini dari pembangkang atau dari kerajaan. Semua Ahli Parlimen perlu memberi keutamaan kepada institusi berparlimen kerana institusi Parlimen adalah yang tertinggi legislative body dalam negara ini dan masyarakat di Malaysia sangat-sangat mengharapkan kepada Parlimen dan demokrasi berparlimen adalah yang mustahak sekali dalam sistem negara kita... DR. 12.12.2007 109

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: [Menyampuk] Gaji cerita gaji sajalah, apa cerita lain lagi? Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua, saya tak mahu tutup mata, saya tak tahu tutup telinga. Saya mahu semua orang dengar... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat mata tak ada tutup. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ada, sekali sekala ada tutup. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Barat, ini Dewan, ini Parlimen adalah kepunyaan kita semua termasuk orang ramai tapi insiden yang berlaku semalam di mana Tan Sri Speaker juga tidak dimaklumkan oleh pegawai polis berkenaan tangkapan akan dibuat walaupun polis telah masuk dalam dan menangkap. Tuan Yang di-Pertua juga tidak mempunyai maklumat sebelum tangkapan dibuat atau sebelum mereka memasuki, polis memasuki perkarangan Parlimen. Mesti ada penghormatan jika bolehlah tapi sebenarnya tak boleh masuk. Ini adalah tempat yang sangat suci dan perlu dijaga penghormatannya. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat? Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Untuk makluman Ahli-ahli Dewan Rakyat, semalam pukul 2.00, kita ada beberapa Ahli Parlimen telah berjumpa dengan Speaker dan bila berjumpa dengan Tuan Yang di-Pertua, beliau hairan bahawa ada, nombor satu, perintah mahkamah larangan. Macam mana kita membuat undang-undang lepas itu memberi kuasa kepada mahkamah untuk control Parlimen? Saya rasa ini adalah satu perkara yang tak boleh. Itu yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Macam mana ini boleh dibenarkan? Macam mana ini boleh disetujui dan bila hari ini Ketua Pembangkang membangkitkan perkara tersebut dan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua telah berkata bahawa pada pandangan beliau, ini adalah munasabah dan sesiapa juga luar dari Dewan Rakyat jika mereka ada melakukan kesalahan, boleh diambil tindakan oleh polis. Akan tetapi kalau kita tengok konvensi-konvensi di UK, sangat beza. Sensitivity of Parlimen , di mana independent dan sensitivity tetapi di sini tak ada apa, no sanity pun tak ada. Tak boleh masuk akal bahawa ini telah terjadi. Saya rasa kalau Ahli Parlimen-Ahli Parlimen betul-betul perlukan dan ingat bahawa Parlimen adalah satu badan yang betul- betul berkuasa, jangan kita takut kepada IGP, jangan kita takut kepada pihak polis, jangan kita takut kepada Eksekutif. Ini beza. Itu separation of power. Perlu faham. Itulah sebab dari dulu kita ada kata bahawa Dewan Rakyat, Parlimen perlu ada peguamnya sendiri. Jangan kita mendapat pandangan dari Peguam Negara. Dia bukan peguam untuk kita, dia peguam untuk Eksekutif. Macam mana conflict of interest? Basic ! Kalau peguam-peguam yang masuk belajar tahun pertama akan faham. Macam mana Padang Rengas tidak memberi nasihat ini kepada Peguam Negara? Kita perlu asingkan. Jangan kita campur macam roti dan chee chong fun . Tak boleh, ini tak boleh masuk semua sekali. Ini mahu asingkan kuasa yang lain. Ini Peguam Negara, dia adalah peguam bagi Eksekutif, untuk kerajaan. Dia tidak boleh dipanggil untuk memberi nasihat kepada masalah-masalah undang-undang yang berkaitan dengan Parlimen. Itulah sebab saya rasa penggubalan undang-undang patut berada di Parlimen. Bukan di bawah Peguam Negara... Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan, penjelasan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tak payahlah Yang Berhormat.

110 DR. 12.12.2007

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Semalam sekiranya mereka datang ke sini untuk menangkap penjenayah yang telah dibuktikan wanted man seperti Osama bin Laden, pengganas seperti ini ataupun sesiapa perompak yang telah melarikan diri dan lari ke Parlimen sini. Saya rasa kita akan setuju bahawa... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, cukuplah. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Polis boleh masuk sini dan tangkap mereka tetapi semalam yang datang ke sini ialah mereka yang hendak, ingin mengemukakan memorandum kepada... Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Peraturan, point of order. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Tuan Yang di-Pertua. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tuan Yang di-Pertua, point of order Tuan Yang di-Pertua, point of order. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya rasa... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Mana satu Yang Berhormat? Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Yang mana satu? Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: 36, 36. 36(1) Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Bukit Mertajam duduk. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Biarlah ada kaitan. Ada isi dia. Ini dah meleret-leret dah ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, baik, baik. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tuan Yang di-Pertua boleh tetapkan tak berapa minit seorang bercakap? Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Yang mana? Yang mana? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah. Saya akan buat Yang Berhormat. Ipoh Barat boleh jawablah, cukuplah. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Ceritalah pasal gaji Tuan Yang di-Pertua. Janganlah cerita, ini dah cerita semalam ini. Yang Berhormat Menteri dah jawab panjang lebar semalam Tuan Yang di-Pertua. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini adalah Dewan! Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Masa Yang Berhormat Menteri jawab, dia orang bacul duduk luar tak mahu dengar! Hari ini pula nak buka cerita balik! Haiyaa, apa cerita?! Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tak apa. Saya boleh... Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat, duduk. Ipoh Barat jawab. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Semalam Yang Berhormat Menteri sudah jawab panjang lebar sudah. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini tak hormatlah, tengok. Ini tak hormat! Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Ada telinga tak mahu dengar, ada telinga tak mahu dengar! Apa cerita?! Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Walaupun, walaupun..

DR. 12.12.2007 111

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Bukit Mertajam, saya fikir cukuplah. Ipoh Barat fahamlah, dia faham. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ... Yang saya nak tanya, mereka yang datang ialah mereka mempunyai... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Bukit Mertajam, Ipoh Barat fahamlah. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Mempunyai pendidikan yang tinggi, mempunyai pekerjaan yang dihormati. Mengapa? Mereka bukan penjenayah. Mana boleh polis datang sini tangkap mereka. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat. Cukuplah, dia faham. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya rasa pihak-pihak berkenaan telah salah tafsir. Nombor satu, apakah peranan dan fungsi Ahli Parlimen? Hanya mari debate di sini, balik rumah? Bukan, itu adalah satu di antara fungsi-fungsi Ahli Parlimen. Di antaranya adalah bertemu dengan pihak-pihak yang ada masalah, pihak-pihak yang ingin memberi pandangan mereka, pihak-pihak yang memberi pandangan yang bertentangan, yang mungkin dipertikaikan. Itu perkara yang biasa. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: [Bangun] Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tetapi kenapa Parlimen semalam... Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Yang Berhormat Ipoh Barat, boleh saya celah? Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Boleh saya habiskan ini sikit? Sedikit? Just a few minute. Semalam adalah satu situasi di mana pihak polis dengan mengatakan ada dari seksyen 98 CPC telah menghalang pihak-pihak yang berkenaan untuk memberi memorandum kepada pihak kami dan kepada Ahli Parlimen-Ahli Parlimen lain. Ini adalah berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam. Ini adalah jika Tuan Yang di-Pertua pada semalam dapat tahu atau ambil tahu bahawa masalah-masalah bila ada beratus-ratus polis di luar, takkan Tuan Yang di-Pertua tidak diberitahu? Macam mana kita boleh setuju dengan kenaikan gaji kalau sedemikian? Apakah peranan Tuan Yang di-Pertua? Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: [Bangun] Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ini adalah di antara he must put this House in order. Itulah sebab dulu kita membangkitkan perkara di mana lembu-lembu disembelih di perkarangan Parlimen. Itu menjadi satu perkara yang sensitif. Nombor dua, abettor ada di sana, tak boleh buat di sini. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Yang Berhormat, boleh? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat tak payahlah, saya fikir, saya cadangkan Ipoh Barat boleh gulunglah, Ipoh Barat gulunglah. Ini terkeluar sangat. Sekarang kita tumpukan pindaanlah, pindaan. Jadi saya minta Ipoh Barat gulunglah. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya nak tanya dengan dia, semalam Yang Berhormat Menteri nak buat penjelasan. Malah dia jelas semalam sebab-sebab itu berlaku. Jadi Yang Berhormat tak perlu lagi bangkit. Kita bincang pasal saraan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sungai Petani cukuplah, Yang Berhormat. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Jadi soal dia, Menteri sudah pun buat jawapan semalam.

112 DR. 12.12.2007

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Menteri akan jawab juga nanti. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Yang Berhormat sebelah pembangkang sudah keluar Dewan. Jadi apa lagi nak jelas? Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua, bukan setakat gaji. Bila ada peranan gaji, kita nak cakap produktiviti dan sebagainya. Saya tak bermaksud mengenai hal tersebut kerana saya boleh cakap berjam-jam mengenai hal produktiviti dan berkaitan dengan gaji tetapi yang mustahak adalah, saya rasa standing order 35(2), saya perlu. Saya minta maaf. Saya perlu membuat teguran kepada Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Ini saya rasa dalam sesi ini sangat beza dari sesi-sesi yang dulu. Apa 35 (2) kata? Bila ada Ahli Parlimen nak tanya soalan sesiapa yang bangkit will catches the eye of the Speaker? Bukan catches the eye perasaan dia! Kerap kali pembangkang tidak diberi keutamaan walaupun kita bangun lebih awal dari lain-lain orang. Ada juga di mana kita langsung tidak diberi peluang ini, apa makna 35(2) itu? Ini sangat mustahak Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa perkara ini sudah lama kita simpan dalam hati kita, tidak ada masa untuk taruk perkara ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat... Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: You don’t catch the eyes of the Speaker! Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua, kalau dengan rasional... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ini tidak adillah. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan Tuan Yang di-Pertua, tidak adil, adil itu dalam hati. Dengan ikhlas saya cakap saya pun sedar... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat . Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bila saya bangkitkan perkara ini semestinya Tuan Yang di-Pertua akan marah kepada saya tetapi saya rasa I have to do my duty , tidak apa! Sebagai Ahli Parlimen saya rasa perlu jalankan tugas without fear or favour. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Baru mula Tuan Yang di-Pertua. Jangan kita lupa, ini satu perkara. Perkara yang kedua, kerap kali bila dalam dasar dan polisi atau dalam Committee states bila juga kita bangun Tuan Yang di-Pertua beri satu kepada pembangkang empat ke, lima kepada Barisan Nasional. Mana ada dalam Peraturan ini? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua , I got nothing to quarrel with you! Saya rasa biar saya bahas dulu... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Bahas dulu pun tidak perlu quarrel dengan Yang Berhormat. Bila ini adil, tidak adil saya kena ambil kesempatan terangkan. Kita kena lihat berapa ramai di antara satu pihak, tidak ada kedu-dua pihak. Jadi bila ramai bangun tentu yang dapat pandangan dari golongan yang lebih ramai. Ini bukan peluang untuk saya jawablah, saya hanya saya nak minta Yang Berhormat nak buat teguran kena adil kepada pihak-pihak tertentulah, itu sahaja. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: 35(2) saya rasa perlu diimplementasikan dengan adil dengan tidak ada diskriminasi, itu yang mustahak.

DR. 12.12.2007 113

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok speaker-speaker macam di England, bila dia dipilih sebagai speaker, Ahli Parlimen menjadi speaker. Selepas itu tidak ada pertandingan di kawasan beliau dari mana-mana parti lain kerana memberi penghormatan kepada kerusi tersebut. Walaupun dia mungkin menang di atas Labour Party tetapi kerajaan Conservative Party tidak mempertandingkan kerusi tersebut, kerana penghormatan kepada kerusi tersebut. Ini juga perlu dalam negara ini! Permulaan sesi ini Yang Berhormat Ketua Pembangkang telah mencadangkan bahawa satu di antara Timbalan Yang di-Pertua patut datang dari pembangkang [Dewan riuh] Saya tahu ini tidak boleh diterima, not rational tetapi ini perkara yang mustahak. Kenapa di negara India, largest democracy boleh ada macam ini? Di negara-negara yang lain boleh tetapi di sini tidak boleh. Tuan Yang di-Pertua, kerap kali Tuan Yang di-Pertua dan lain-lain Timbalan Yang di-Pertua pergi ke luar negara melawat, saya rasa itu adalah bagus kerana kita mempelajari sistem-sistem Parlimen di negara-negara tersebut tetapi bila kita pergi kita belajar. Adakah kita apa-apa mengimplementasikan cadangan-cadangan... Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Betulkan you punya kawan dekat Kelantanlah... Seorang Ahli: Dia belajar dari sini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Teruskan Yang Berhormat. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ada hantu berucap, saya takut. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat saya fikir di sini orang tidak takut hantu kalau kita tidak buat apa-apa, apa pasal nak takut hantu. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Beza Tuan Yang di-Pertua, kita semua beza, manusia berbeza. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Teruskan Yang Berhormat, teruskan. Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Lubok Antu pun saya punya kawan, apa! Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ooo... Lubok Antu itu kawan saya. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Penjelasan. Yang Berhormat bagi Jasin ada sebut mengenai Kelantan. Di Kelantan, Dewan Undangan Negeri Kelantan kita tengok Ahli Dewan Undangan Negeri daripada UMNO yang tendang menendang Ahli-ahli di Dewan Undangan Negeri parti-parti pemerintah PAS. Adakah ini cara yang mereka mahu ikut? Cara kekerasan, keganasan tidak berbeza daripada samseng. Adakah ini Yang Berhormat Jasin mahu? Adakah Yang Berhormat Ipoh Barat menyetujui inilah disgraceful patut dikutuk. Sungguhpun ini berlaku dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan, ia patut dikutuk oleh semua orang, kalau yang wajar dan munasabah. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya pun sependapat dengan Ketua Pembangkang. Macam mana ini boleh terjadi di Dewan Undangan Negeri Kelantan? Adakah kita boleh luluskan satu motion meng condemn kan apa yang terjadi di Kelantan? Adakah Yang Berhormat dari Barisan Nasional berani setuju, sokong kepada motion saya? Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Kena ambil tindakan kepada dia punya speaker dulu. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan, itu satu daripada cara dia. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Ipoh Barat saya mintalah...

114 DR. 12.12.2007

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua, lagi satu perkara yang sama saya katakan membuat lawatan dan sebagainya, kita sambil belajar, ini mustahak. Pertama, apa yang mustahak juga rombongan juga patut termasuk pembangkang. Kedua, macam di negara kita lawati macam negara India, Pakistan, lain-lain negara ada House Committee, saya merasa sangat malu Tuan Yang di-Pertua. Pada dua minggu dulu, ada beberapa Ahli Parlimen yang datang dari Nepal, di negara yang satu di antara negara yang termiskin di dunia, mereka pun ada bermacam- macam House Committee, apakah makna dan fungsi House Committee? Macam-macam committee ada , Committee of Foreign Relation , Committee for Internal Affair , Committee for Education, committee untuk macam-macam. Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Dia orang tidak ada kerja dok bincang saja. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ini adalah mustahak kerana committee ini patut juga diimplementasikan di sini. Kita tidak perlu ada satu situasi di mana semua Ahli Parlimen perlu ada dan perlu bahas di Dewan Rakyat, kerap kalau. Jika ada komiti-komiti tersebut ia akan mengambil alih banyak dari kerja-kerja yang dibuat di Dewan Rakyat. Ini tidak perlu kita membazir masa dan membazir wang, kenapa kita perlu ada sedemikian? Saya rasa ini adalah satu perkara yang saya telah bangkitkan kepada Tuan Yang di-Pertua dulu di mana dalam lawatan ke negara India dan negara Pakistan, kita boleh berjumpa dengan komiti-komiti kepada Menteri-menteri termasuk operasi Dewan dan Perdana Menteri India. Satu di antara soalan yang ditanya Manmohan Singh hari itu, saya igat lagi “ Has your Parliament has a live coverage?” Negara-negara yang dari segi kemakmuran tidak sampai macam Malaysia pun ada live. Ini adalah satu peluang. Saya berpendapat bahawa perlu ada satu kajian yang penuh. Nombor satu, Standing Orders ini supaya kita boleh mengambil kira semua perkara-perkara yang patut diubahsuai, diambil dengan perkara yang terkini. Kedua, menubuhkan komiti-komiti supaya ia akan mengambil alih kerja-kerja dibuat oleh Ahli Parlimen. Kita tidak perlu bahas di sini kerap kali. Kita punya Standing Orders Committee adakah komiti itu nama it speaks for itself , it only stands . Tidak ada apa-apa mesyuarat, bila hal kebocoran di Parlimen, apakah tindakan yang dibuat oleh Standing Committee, House Committee, apa yang telah dibuat? Patutnya berada lebih must be ahead dari apa kejadian, ini adalah satu perkara mustahak. Tuan Yang di-Pertua, kerap kali kita dengar dalam Parlimen bahawa ada had masa. Kenapa kita ada had masa? Saya tahu di seluruh dunia pun ada had masa untuk berbahas dan sebagainya, saya setuju. Namun ada satu situasi di mana ridiculous lima minit , dulu mula dengan no minit lepas itu ada minit, 10 minit, lepas itu lima minit, tiga minit, dua minit, lepas itu dia kata Yang Berhormat Ipoh Barat baru masuk kenapa you tak nak dulu? Bukan kita tidak ada di Parlimen Tuan Yang di-Pertua. Kerap kali kita berjumpa dengan orang ramai, kerap kali kita membuat perkara-perkara berkaitan sebagai Ahli Parlimen. Saya berada di sini seberapa hari yang boleh untuk menjalankan tugas. Saya diamanahkan oleh pengundi-pengundi dari kawasan saya. Walaupun kawasan saya adalah lebih besar dari semua ahli kawasan-kawasan UMNO dari segi pengundi. Ini Putrajaya hanya 7,000 satu sekolah di kawasan saya pun lebih 7,000. Sepuluh kawasan Batu Gajah. Bukan sombong, bila kita ada undang-undang mengatakan bahawa lebih weightage to rural areas, tak ada kena mengena. Ini urban area , Putrajaya. Akan tetapi kerana hendak menang cara baik, what ever means, gerrymandering of the highest order. Tuan Yang di-Pertua, di Australia semua kuasa-kuasa Tuan Yang di- Pertua bukan sahaja dihormati oleh Ahli Parlimen tetapi juga dia mengimplementasikan semua bagi kebaikan Ahli Parlimen. Dia across the board , dia tidak kisah adakah itu Ahli Parlimen kerajaan atau Ahli Parlimen pembangkang atau sebagainya. Ini perlu memberi keutamaan. DR. 12.12.2007 115

Tuan Yang di-Pertua, lagi satu perkara adalah mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh Tuan Yang di-Pertua dalam live coverage television dan ini adalah satu perkara yang mustahak di negara ini di mana kerap kali... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh selesai, Yang Berhormat sudah cukuplah, saya kasi bagi lima minit untuk Yang Berhormat. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya ada banyak Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Jadi saya minta benarkan hadkan masa lima minit untuk selesaikan ucapan Yang Berhormat. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua, bila hari ini... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak, tidak sebab Yang Berhormat... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kalau hendak berhenti saya cakap, saya berhenti. Bukan, sebenarnya saya ada... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sebab saya hendak beri peluang kepada Ahli Yang Berhormat berucap. Jadi kalau saya hadkan Yang Berhormat lima minit... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kalau Tuan Yang di-Pertua cakap saya tidak boleh cakap, saya berhentilah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya tidak kata tidak boleh cakap. Jadi siapa yang hendak cakap Yang Berhormat? Menteri di Jabatan Pedana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Jangan merajuk. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sungai Pertani.

7.33 mlm. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Tuan Yang di-Pertua, saya cuma mudah sahaja oleh kerana ini mengenai saraan Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya kepada Menteri sebenarnya bagi saya amat rendah sekali mengapa tidak RM14,907.20 ini sepatutnya saya rasa sudah sampai masanya di mana gaji bagi Tuan Yang di-Pertua Dewan kurang-kurangnya kepada sayalah, kurang-kurangnya ialah RM25 ribu. Kalau saya, ini kalau saya dapat cadangkan. Jadi kenapakah angka ini kecil hendak kita letakkan taraf Tuan Yang di-Pertua hanya peringkat taraf Timbalan Menteri sahaja. Sepatutnya kalau boleh Tuan Yang di-Pertua juga lebih sama taraf dengan Menteri sendiri. Jadi itu baru kita nampak kehebatan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Sekali lagi saya minta dan pohon kepada Yang Berhormat Menteri menerangkan kepada kita sekalian selain daripada gaji ini apakah elaun-elaun yang lain dan boleh membantu kepada pihak Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua. Oleh itu saya juga sekali lagi turut menyokong pindaan ini tetapi saya pohon penjelasan daripada Menteri,terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Lubok Antu. Lubok Antu boleh berucap hari esok?

116 DR. 12.12.2007

7.35 mlm. Tuan Jawah anak Gerang [Lubok Antu]: Saya juga amat setuju dengan Sungai Petani, kenaikan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sambung esok? Tuan Jawah anak Gerang [Lubok Antu]: Bukan sekejap satu minit sahaja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Tuan Jawah anak Gerang [Lubok Antu]: Saya hendak tanya Timbalan Tuan Yang di-Pertua dan Tuan Yang di-Pertua juga naik, bilakah Ahli-ahli Dewan Rakyat, kita ini kita punya elaun pun tidak naik. Kenapa? Saya hendak menteri jawab. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Panjang Yang Berhormat? Saya hendak tanya, panjang tidak? Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, banyak perkara. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Besok, besok. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Besok, ya, okey, okey. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat dengan ini saya tangguhkan Mesyuarat ini sehingga pukul 10.00 pagi hari esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.35 malam.