Dewan Rakyat Yang Kelapan
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN MALAYSIA PENGGAL YANG KEDUA ATURAN URUSAN MESYUARAT HART ISNIN, 2OHB JULAI, 1992, PUKUL 2.30 PETANG Bil. 18 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BALI JAWAB MULUT *1. Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Manap minta Menteri Undang-undang menyatakan apakah apa-apa cadangan untuk mengadakan suatu mahkamah khas untuk mendengar kes-kes kesalahan perdagangan memandangkan kes-kes perdagangan pada masa ini bertambah rumit dan melibatkan amaun wang yang besar dan memerlukan hakim-hakim dan pendakwa-pendakwa raya yang pakar. *2. Tuan Hj . Buniyamin b. Yaakob minta Perdana Menteri menyatakan bahawa berikutan dengan penguatkuasaan sistem kuota oleh Kerajaan Arab Saudi: (a) berapa ramaikah jemaah haji Malaysia yang mendaftar dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) dapat menunaikan ibadah haji; (b) berapa ramaikah yang terkandas melalui LUTH; (c) jumlah yang terkandas melalui syarikat swasta; dan (d) apakah langkah untuk mengatasi masalah ini bagi musim-musim yang akan datang. *3. Tuan Ahmad bin Omar minta Menteri Luar Negeri menyatakan: (a) hasil kejayaan Malaysia yang paling berkesan di dalam Persidangan Bumi di Rio De Janeiro, Brazil; dan (b) seterusnya apakah usaha lanjutan yang akan diteruskan oleh negara bagi memastikan supaya cadangan bagi menghijaukan bumf diterima oleh semua pihak. *4. Dr. Tan Seng Giaw minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah peruntukan yang telah diberi kepada kolej TAR setiap tahun dari 1982 hingga 1992. Apakah sebabnya peruntukan ini tidak boleh ditambahkan. Sila senaraikan jenis diploma dan ijazah yang boleh didapati di kolej itu. Berapa sijil, diploma dan ijazah kolej tersebut telah diiktirafkan oleh Kerajaan berbandingkan dengan kelayakan yang diperolehi dari ITM. Apakah pengiktirafan itu termasuk ACCA, LIMA, ICSA dan CABC. Apakah bilangan pelajar di kolej itu masa kini, dan apakah yang dianggarkan bagi 1995 dan 2000. 3 *11. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) berapakah jumlah bilangan dan nilai cek pemulangan permohonan saham TNB yang dikirimkan oleh MIDFCCS kepada pemohon-pemohon yang tidak berjaya tetapi telah dicuri dan ditunaikan dengan menggunakan kad pengenalan palsu; (b) bagaimanakah cek-cek yang hilang itu akan dikembalikan kepada pemilik- pemiliknya; dan (c) sejauh manakah siasatan dan tindakan polls ke atas mereka yang melakukan kesalahan mi. *12. Tuan Liew Ah Kim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan blue print PEMADAM dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi mengatasi masalah penagih- penagih dadah di Kuala Lumpur khasnya dan seluruh negara amnya. Nyatakan juga: (a) masalah sebenar penagih -penagih sama ada aspek didikan, aktiviti sosial atau pencemaran budaya; dan (b) langkah berkesan mengatasinya sama ada melalui undang-undang, aktiviti sosial dan sebagainya. *13. Tuan Chian Heng Kai minta Perdana Menteri menyatakan: (a) adakah beliau sedar bahawa peristiwa penghalangan Ketua Pembangkang Y.B. Tuan Lim Kit Siang untuk menghadiri Mesyuarat Parlimen sehingga 3lhb Disember tahun ini yang diluluskan oleh Dewan Rakyat Malaysia pada Mei 1992 merupakan suatu bahan ketawa dikalangan rakyat. Jika ya, sama ada beliau bercadang supaya penghalangan ini ditarik balik serta-merta untuk menjaga imej baik Dewan Rakyat kita. Jika tidak mengapa; (b) adakah beliau sedar bahawa penghalangan tersebut adalah berpunca dari fiat jahat Timbalan Tuan Yang Di Pertua Dewan Rakyat juga Ahli Parlimen bagi Ampang Jaya oleh kerana Yang Berhormat itu menganggap Ketua Pembangkang adalah musoh No: 1 bagi M.C.A. Jika ya, sama ada beliau bercadang supaya Y.B. dari Ampang Jaya dipecatkan jawatan Timbalan Tuan Yang Di Pertuanya. Jika tidak, mengapa; dan (c) siapakah mengarah Menteri Undang-undang mengemukakan usul tersebut tiba-tiba dalam Dewan Rakyat pada bulan Mei 1992. *14. Tuan Ibrahim Mustafa minta Menteri Pertanian menyatakan: (a) sejauh manakah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berjaya mengatasi masalah hakisan pantai di seluruh Negara; (b) nyatakan jumlah pantai-pantai yang terlibat dan jumlah kes yang terbabit; dan (c) apakah tindakan Kementerian dan JPS untuk mengatasi masalah hakisan pantai di Kampuing Tepi Sungai Kuala Sungai Muda, Kota Kuala Muda, Kedah. 5 *22. Puan Lim Lay Hoon minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Kementeriannya bercadang mengadakan Skim Pinjaman membeli tanah/dusun bagi semua pegawai Kerajaan. *23. Dato ' Haji Mohd . Abu Bakar bin Rautin Ibrahim minta Menteri Pengangkutan menyatakan: (a) sama ada beliau sedar bahawa kemalangan, kegelinciran keretapi telah berlaku begitu kerap sekali sehingga orangramai mulai ragu keselamatan mereka dan hilang kepercayaan kepada kenderaan keretapi; (b) apakah hasil dari penyiasatan-penyiasatan yang dijalankan dan apakah tindakan-tindakan yang diambil untuk memperbaiki perkhidmatan keretapi; dan (c) apakah benar sesetengah kemalangan keretapi adalah daripada tindakan- tindakan khianat. Sila beri penjelasan dan sebab-sebab perkara ini berlaku dengan bukti-buktinya sekali. *24. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah sikap Kerajaan Malaysia terhadap tindakan Parlimen Jepun yang meluluskan rang undang-undang bagi menghantar tenteranya untuk menyertai sebarang penyelesaian sesuatu konflik di peringkat antarabangsa. *25. Tuan Lim Hock Seng minta Menteri Pertanian menyatakan perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam pertemuan antara YB. Menteri dengan pengilang- pengilang beras pada 18hb. Jun 1992 di Anak Bukit, Kedah dan apakah hasil ekoran dari pertemuan tersebut. *26. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Menteri Pendidikan menyatakan: (a) berapakah bilangan sekolah-sekolah menengah berasrama penuh setakat hari ini dan bilangan yang akan diujudkan sehingga akhir Rancangan Malaysia Keenam mengikut negeri-negeri; dan (b) apakah Kerajaan telah menjalankan kajian semula secara terperinci ke atas KBSR dan KBSM. Jika sudah, apakah kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kedua-dua program tersebut dan apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut. *27. Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah usaha-usaha susulan yang akan dijalankan oleh Malaysia untuk memansuhkan kuasa-kuasa pembatal (veto powers) Amerika Syarikat, Britain, Russia, Perancis dan Republik Rakyat China di Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu. *28. Tuan Haji Nik Abdullah bin Nik Arshad minta Menteri Pertanian menyatakan: (a) bilangan binatang korban mengikut jenis seperti lembu, kerbau, kambing dan bini-bin i di seluruh negara dan butirkan mengikut tahun bagi tiga tahun yang lalu; 7 *33, Tuan Wee Choo Keong minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah beliau sedar bahawa dalam masa duapuluh empat tahun yang lalu kapalterbang tentera udara negara asing telah terhempas di Johor dan baru-baru ini terdapat juga dua buah kapalterbang tentera udara terhempas di Johor. Adakah Perdana Menteri bercadang untuk menghadkan kegunaan kawasan udara untuk kapalterbang komersial sahaja untuk melindungi kepentingan nyawa dan harta benda rakyat Malaysia. *34, Tuan Abdol Mulok Awang Damit minta Menteri Luar Negeri menyatakan: (a) hasil Sidang Kemuncak Bumi di Rio De Janeiro; (b) daripada anggaran peruntukan kira-kira AS$125 Billion yang diperlukan untuk melaksanakan Agenda 21 bagi membersihkan bumf daripada pencemaran, berapakah sumbangan Malaysia atau sumbangan yang akan diterima melalui tabung ini; dan (c) apakah yang diharapkan atau yang akan disumbangkan oleh Malaysia melalui Perjanjian Konvensyen Biodiversiti yang telah ditandatangani. *35, Tuan Wong Wing On minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan peranan, fungsi dan bidangkuasa Majlis Kebangsaan Perlindungan Pengguna, dan juga nyatakan secara terperinci: (a) senarai ahli-ahli Majlis tersebut; (b) cara-cara dan kriteria-kriteria untuk melantik ahli-ahli Majlis; (c) jenis dan kadar elaun yang dinikmati oleh ahli-ahli Majlis; dan (d) tarikh dan sebab-sebab Majlis tersebut ditubuhkan. *36. Tuan Lau Dak Kee minta Perdana Menteri menyatakan di dalam Konvensyen Cuepacs baru-baru ini, bahawa beliau tidak berpuas Kati terhadap perkhidmatan sekumpulan kakitangan Kerajaan: (a) adakah sikap kakitangan Kerajaan berkenaan bercanggah dengan slogan beliau "Cekap, Bersih dan Amanah"; (b) sejauhmanakah, slogan beliau "Cekap, Bersih, Amanah" telah dicapai setakat hari ini; (c) adakah beliau ingin menukarkan slogan "Cekap, Bersih, Amanah" kepada slogan yang lebih balk, jika ya, apanya; (d) apakah tindakan Kerajaan yang diambil atas kakitangan yang kurang giat dalam perkhidmatan; (e) sebutkan langkah-langkah yang berkesan Kerajaan akan mengambil untuk meninggikan taraf perkhidmatan kakitangan Kerajaan. *37, Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Pertanian menyatakan apakah kesan baik dan buruk terhadap kaum nelayan sekiranya cadangan pembinaan sebuah Taman Lautan di Pulau Sembilan itu dilaksanakan. Sama ada kesan alam sekitar itu dijalankan atas projek tersebut. 9 *43. Tuan Mohamed Khaled bin Nordin minta Perdana Menteri menyatakan berapa ramaikah kakitangan Kerajaan yang memohon untuk persaraan lebih awal sebelum tempuhnya. Sila nyatakan bilangannya mengikut kaum dan jantina. *44. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Pengangkutan menyatakan tragedi letupan kapal Choon Hong III dan kebakaran depot bahan kimia Shell di Pelabuhan Kiang pada 20-6-1992: (a) mengapa Kabinet mengambil keputusan tidak mahu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat tragedi dan membuat rekomendasi; (b) apakah basil siasatan Pasukan Penyiasat Khas untuk menyiasat tragedi; (c) apakah langkah-langkah keselamatan