PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN LEE KEE HIONG (N06 KUALA KUBU BAHARU)

TAJUK : PROJEK TERBENGKALAI

41. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Adakah Kerajaan Negeri mendapat maklumat terkini mengenai keputusan mahkamah terhadap Projek Perumahan Taman Lembah Beringin? Jika ya, nyatakan butir-butirnya. b) Nyatakan cadangan Kerajaan Negeri terhadap Projek Pembesaran Kg Melayu Rasa yang terbengkalai selepas PKNS memaklumkan kepada pembeli-pembeli rumah bahawa PKNS tidak akan membaikpulih projek tersebut.

JAWAPAN: a) Untuk makluman Yang Berhormat, Tetuan Ferrier Hodgson MH Sdn. Bhd. sebagai pelikuidasi telah melantik Legenda Beringin Sdn. Bhd. (LBSB) sebagai pemaju penyelamat melalui proses tender yang telah diadakan namun terdapat pembida lain telah membawa kes ini ke Mahkamah berhubung isu pelantikan pemaju penyelamat berkenaan. Susulan daripada itu, kes tersebut telah difailkan di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah telah menetapkan tarikh pengurusan kes yang dijadualkan akan dibuat pada 6 Disember 2017 (Rabu). Dengan ini, urusan pemulihan projek terbengkalai di Lembah Beringin ditangguhkan sehingga keputusan Mahkamah diperolehi. b) Untuk makluman Yang Berhormat, semakan semula PKNS terhadap kajian fesibiliti pembangunan mendapati pemulihan bagi projek terbengkalai Kg. Melayu Rasa ini adalah tidak berdaya maju. PKNS juga telah mengadakan perbincangan bersama Pengerusi Persatuan Pembeli Kg. Melayu Rasa pada 28 September 2017 bagi memaklumkan tentang status semakan kajian fesibiliti pembangunan yang dibuat PKNS.

Pengerusi Persatuan Pembeli Kg. Melayu Rasa turut memaklumkan kepada PKNS bahawa pihak mereka kini sedang dalam proses rundingan bersama sebuah syarikat kontraktor yang bersedia untuk membantu memulihkan projek tersebut.

Justeru, bagi pihak Kerajaan Negeri, jalan penyelesaian alternatif adalah masih terbuka dan akan diteruskan bagi membantu pembeli-pembeli teraniaya ini menyiapkan rumah mereka yang telah sekian lama terbengkalai.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN LEE KEE HIONG (N06 KUALA KUBU BAHARU)

TAJUK : ISU PEMBERIMILIKAN TANAH FELCRA MUKIM , HULU

42. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Nyatakan kronologi pemberimilikan tanah seluas 172 ekar yang asalnya FELCRA di Lot 1941 Mukim Serendah, Hulu Selangor sehingga kini. b) Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri yang boleh ambil memandangkan 93 peserta FELCRA yang berusaha di Lot 1941 Mukim Serendah, Hulu Selangor dari tahun 1988 hingga 1995 belum mendapat bayaran penuh mengikut satu persetujuan yang dikehendaki oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Kertas Bil 5/97)?

JAWAPAN: a) Berikut adalah kronologi pemberimilikan tanah seluas 172 ekar yang asalnya FELCRA di Lot 1941 (dahulunya PT 653), Mukim Serendah Hulu Selangor.

TAHUN CATATAN

1976 Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor (PDTHS) telah menerima Permohonan Lesen Pendudukan Sementara daripada 93 pemohon ke atas tanah PT 653 seluas 186 ekar di Mukim Serendah. Pemohon tersebut terdiri daripada peneroka dan anak peneroka Felda Sungai Buaya. Tanah yang dipohon merupakan tanah simpanan Felda Sungai Buaya yang masih belum dirancangkan lagi walaubagaimana pun ianya masih di dalam status tanah kerajaan. 23.8.1985 PDTHS telah mengeluarkan surat Kelulusan TOL bagi tanah PT 653, Mukim Serendah kepada 93 orang pemohon tersebut. Kelulusan TOL tersebut telah yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah bil 5/85. 13.10.1986 PDTHS telah menerima surat permohonan membenarkan pihak FELCRA untuk mengusahakan tanah lot PT 653 daripada Ahli Jawatankuasa Rancangan Tanah Berkelompok Felda Sungai Buaya. TAHUN CATATAN

Berdasarkan surat permohonan tersebut, telah dinyatakan pihak AJK Rancangan Tanah Berkelompok telah mengadakan satu majlis dialog bersama pihak FELCRA pada 26 September 1986 dan hasil perbincangan pihak FELCRA telah bersetuju untuk mengusahakan tanah tersebut dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak Pentadbir Tanah Hulu Selangor pada ketika itu. 21 .10 .1986 PDTHS telah mengemukakan surat kebenaran kepada pihak AJK RTB untuk pihak FELCRA memajukan Ranjangan Berkelompok ke atas tanah PT 653, Mukim Serendah seluas 186 ekar. 15. 10.1995 93 pemilik TOL telah menandatangani Memorandum Persefahaman dan Surat Wakil Kuasa dengan pihak Mahligai Mega Sentosa Sdn Bhd. Merujuk kepada MOU tersebut merupakan cadangan Pembangunan Campuran. Setiap pemilik TOL telah dijanjikan untuk menerima pampasan sejumlah RM95,580.00 seekar berserta balasan kerjasama yang akan dibayar mengikut Jadual Pembayaran yang dipersetujui. 30.12.1995 Pihak Mahligai Mega Sentosa telah mengemukakan Permohonan Pemberimilikan Tanah melalui Borang Jadual 1 ke atas tanah PT 653 seluas 186 ekar. 26. 2.1997 Tanah ini diluluskan kepada Mahligai Mega Sentosa Sdn Bhd melalui Kertas MMKN 42/5/97 bagi tujuan Pertanian. 19. 8.1997 Pihak FELCRA telah menghantar surat kepada PDTHS untuk memohon penangguhan pemberimilikan kepada pemohon kerana FELCRA ingin memastikan segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh FELCRA untuk memajukan tanah ini dibayar semula terlebih dahulu. 13. 1.1998 Pihak FELCRA melalui surat yang diterima telah memaklumkan kepada PDTHS bahawa pihak Mahligai Mega Sentosa Sdn Bhd gagal membayar kos yang dikeluarkan oleh pihak FELCRA untuk mengusahakan tanah tersebut dengan tanaman kelapa sawit berjumlah RM1.5 juta. 25.4.1998 Pihak Mahligai Mega Sentosa Sdn Bhd membayar premium bagi Lot 653 iaitu sejumlah RM29,945.00. 12.10.1998 Geran hakmilik sementara Pejabat Pendaftaran di atas nama Tetuan Mahligai Mega Sentosa Sdn Bhd telah dikeluarkan. TAHUN CATATAN

30.7.2008 Hakmilik Tetap telah dikeluarkan ke atas tanah tersebut. 2012 Hasil semakan mendapati tanah tersebut telah ditukar milik kepada Nobleman Builder (M) Sdn Bhd. 2014 Hasil semakan mendapati tanah tersebut telah ditukar milik kepada MDCon (Simpang Empat) Sdn Bhd. Maklumat cukai tanah mendapati tiada sebarang tunggakan cukai tanah ke atas tanah tersebut. b) Merujuk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Kertas 5/97) telah menyatakan bahawa pejabat ini dikehendaki memastikan bahawa satu persetujuan muktamad dibuat diantara peserta dengan pihak FELCRA mengenai apa-apa jua modal atau bantuan yang diberikan kepada peserta, walaubagaimanapun hasil semakan pentadbiran ini mendapati bahawa pihak FELCRA telah mengeluarkan kos sejumlah RM1.5 juta bagi mengusahakan tanah tersebut bagi pihak 93 peneroka hasil daripada keputusan di majlis dialog pada 26 September 1986. Oleh yang demikian tidak timbul isu pembayaran kepada peserta oleh FELCRA.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN LEE KEE HIONG (N06 KUALA KUBU BAHARU)

TAJUK : KEMUDAHAN WIFI PERCUMA DI HULU SELANGOR

43. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Nyatakan tempat-tempat yang telah dipasang wifi percuma oleh Kerajaan Negeri di Hulu Selangor secara terperinci mengikut kawasan DUN.

b) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memasang wifi percuma di Lembah Beringin memandangkan penduduknya semakin bertambah? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

JAWAPAN: a) Senarai lokasi yang telah disediakan dengan perkhidmatan WiFi Smart Selangor di Daerah Hulu Selangor mengikut kawasan DUN adalah seperti berikutnya:

BIL. DUN LOKASI 1 Klinik Kesihatan UYM, Jalan Besar, 44300 Hulu Bernam 2 Klinik Kesihatan Kalumpang Kg Gumut, Kampung Gumut, 44000 Kalumpang 3 Balairaya JKKK Kampung Baru A, Hulu Bernam Selatan, Jalan Besar, 35900 Hulu Bernam, Selangor 4 Balairaya JKKK Kampung Seri Keledang (SKC), Hulu Selangor 5 Balairaya JKKK Pasir Puteh, Kalumpang 6 Pusat Khidmat Masyarakat Mukim Hulu Bernam Selatan HULU 7 BERNAM Pejabat Penyelaras Parlimen 7 tingkat atas Jalan 1/1 Taman Perpaduan, Batu 39 8 Gerai PLB, Kampung Gesir Tengah, Jln Gedangsa 35950 Behrang 9 Pusat Sumber Kemas, Kampung Gesir Tengah, 44020 Kuala Kubu Baru 10 Perpustakaan Desa Sg. Selisik Kg. Masjid, Sg. Selisik, 44020 Kuala Kubu Bahru 11 Perpustakaan Desa Kg. Serigala (PNM) Sg. Selisik, Kuala Kubu Baru, Selangor 12 Hospital , Jalan Hospital, Pekan Kuala KUALA KUBU Kubu Bharu 44000 Kuala Kubu Bharu 13 BHARU Klinik Kesihatan Felda Soeharto, 44010 Hulu Selangor 14 TM Point Kuala Kubu Baru, Jalan Dato Balai, 44000 Kuala BIL. DUN LOKASI Kubu Bharu 15 TM Point Kuala Kubu Baru, Jalan Dato Balai, 44000 Kuala Kubu Bharu 16 Hospital Kuala Kubu Bharu, Jalan Hospital, Pekan Kuala Kubu Bharu, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor 17 Hospital Kuala Kubu Bharu, Jalan Hospital, Pekan Kuala Kubu Bharu, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor 18 Hospital Kuala Kubu Bharu, Jalan Hospital, Pekan Kuala Kubu Bharu, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor 19 Pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor, Jalan Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor 20 Stadium Millenium, Kompleks Sukan Millenium, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor 21 Pusat Khidmat ADUN Kuala Kubu, No.15, Jalan Gamelan 1, Off Jalan Hamzah, Taman Gamelan, 44000 Kuala Kubu Baharu, Selangor 22 Balairaya JKKK Kampung Chuang, Rasa, 41150 23 Balairaya JKKK Kampung Jawa, Kerling 24 Surau Taman Seruling, Kuala Kubu Bharu 25 JKKK Kampung Assam Kumbang, 44000 Kuala Kubu Bharu 26 Lobi Utama, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor, 44000 Jalan Bukit Kerajaan, Kuala Kubu Bharu, Selangor 27 Bangunan Lama, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor, 44000 Jalan Bukit Kerajaan, Kuala Kubu Bharu, Selangor 28 Bilik Mesyuarat Seri Bernam (Tingkat 3), Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor, 44000 Jalan Bukit Kerajaan, Kuala Kubu Bharu, Selangor 29 Kaunter Unit Penguatkuasaan, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor, 44000 Jalan Bukit Kerajaan, Kuala Kubu Bharu, Selangor 30 Kaunter Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor, 44000 Jalan Bukit Kerajaan, Kuala Kubu Bharu, Selangor 31 Perpustakaan Syed Mashor 44000 Kuala Kubu Bharu 32 Perpustakaan Desa Kalumpang Taman Titiwangsa, 44100 Kerling, Hulu Selangor 33 Lobi Utama Pentadbiran Pejabat, Majlis Daerah Hulu Selangor 34 Kaunter Lobi Bahagian OSC, Majlis Daerah Hulu Selangor 35 Kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Hulu Selangor 36 Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, 44000 Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan 37 Dataran Kuala Kubu Bharu, Jalan Kuala Kubu Bharu, 44000 Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor 38 Kompleks Pasar Awam Kuala Kubu Bharu, Jalan Dato Muda BIL. DUN LOKASI Jaafar, 44000 Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor 39 Perpustakaan Desa Kerling Kg. Pasir, 44100 Kerling, Hulu Selangor 40 Pejabat Ahli Majlis (Zon Kerling - Pn. Law Suet Peng), Balairaya JKKK, Kg. Pasir Kerling 44100 Kerling, Selangor 41 Kompleks JKKK Kg. Melayu Rasa (Pn. Rozlinah), Kg. Melayu Rasa, 44200 Rasa, Selangor Darul Ehsan 42 Dewan Mesyuarat, Majlis Daerah Hulu Selangor, Jalan Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor 43 Kuarters Kakitangan MDHS, Jalan Hamzah, 44000 Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan 44 Kaunter Informasi Pusat Pelancongan Majlis Daerah Hulu Selangor 45 Klinik Kesihatan Serendah, Pekan Serendah, 48200, Hulu Selangor 46 Pejabat Cawangan , Stesen Bas & Teksi, 48300 Bukit Sentosa, Selangor 47 No. 7 Taman Gapi Emas, Antara Gapi, 44300 48 No. 28 Jalan 3,Taman Batu 30, Fasa 2 Ulu Yam Lama, 44300 Batang Kali 49 Perpustakaan Desa Sg. Masin Kg. Sg. Masin, 44000 Batang Kali, Kuala Kubu Bahru Selangor 50 Terminal Bas dan Teksi Bukit Sentosa, Jalan Orkid 2B, Seksyen BS2, 48300 Bukit Sentosa, Selangor Darul Ehsan 51 Perpustakaan Desa Sg. Choh Kompleks JKKK Sg.Choh, 48000 Rawang, Hulu Selangor 52 BATANG Perpustakaan Komuniti Tingkat Bawah KALI Apartment Mawar, Taman Bunga Ra 53 Pejabat Ahli Majlis (Pn. June Leow), Pusat Informasi Batang Kali, Jalan Besar 44300 Batang Kali, Selangor Darul Ehsan 54 Pejabat Ahli Majlis (Pn. Nora'aini), Dewan Komuniti Serendah, Pekan Serendah 48200 Serendah, Selangor Darul Ehsan 55 Balairaya JKKK Kg. Gurney (En. Law Chun Yoong), Hulu Yam Bharu, Jalan Besar, Pekan Hulu Yam Bharu 56 Masjid Nurul Islamiah, Kampung Sungai Choh, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan 57 Dewan Dato’ Abdul Hamid, Jalan Meranti, Batang Kali, 44300 Batang Kali, Selangor Darul Ehsan 58 Pangsapuri Anggerik, Taman Bunga Raya, Bandar Baru Bukit Beruntung, 48000 Rawang, Selangor b) Cadangan pemasangan WiFi percuma di tempat-tempat tumpuan orang ramai di Lembah Beringin adalah dialu-alukan. Walaubagaimanapun, pemasangan masih tertakluk kepada kesediaan infrastruktur di kawasan tersebut.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN LEE KEE HIONG (N06 KUALA KUBU BAHARU)

TAJUK : STESEN KOMUTER DI HULU SELANGOR

44. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Nyatakan kelulusan permohonan yang diberikan kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk mengutip bayaran parkir di Stesen Komuter Serendah dan Stesen Komuter Batang Kali secara terperinci. b) Nyatakan tindakan MDHS terhadap KTMB yang tidak mematuhi syarat atau kadar yang ditetapkan seperti dalam kelulusan parkir berbayar swasta di Stesen Komuter Serendah dan Stesyen Komuter Batang Kali. c) Nyatakan cukai taksiran semasa dan tunggakan stesen-stesen komuter di Hulu Selangor secara terperinci.

JAWAPAN: a) Kelulusan dikeluarkan kepada Operasi Jitu Sdn Bhd dengan kadar yang diluluskan seperti berikut :-

i. Kereta - RM30.00 sebulan (pas bulanan) ii. Kereta - RM3.00 sehari iii. Motorsikal – percuma b) Pihak Jabatan Pelesenan mendapati berlaku pelanggaran syarat iaitu mengenakan bayaran melebihi daripada kadar yang diluluskan oleh pihak MDHS. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan. c) Cukai taksiran semasa dan tunggakan stesen-stesen komuter di Hulu Selangor secara terperinci adalah seperti di Lampiran A.

LAMPIRAN A

CUKAI TAKSIRAN SEMASA DAN TUNGGAKAN STESEN-STESEN KOMUTER DI HULU SELANGOR SECARA TERPERINCI

NOMBOR TUNGGAKAN CUKAI SEMASA JUMLAH KESELURUHAN BIL ALAMAT HARTA AKAUN (RM) (RM) (RM)

1 Stesen Komuter Serendah (Rawang – Ipoh) KM 36, Jalan Besar Ipoh – KL, Mukim Serendah T00304162 101,585.45 12,650.00 114,235.45

2 Serendah Freight Station, BT 22 ½ MKM Serendah, Kaw. Inds. Selisik, Serendah T00330647 8,833.45 1,056.00 9,889.45

3 Stesen Komuter Batang Kali (Rawang – Ipoh) Pekan Baru Batang Kali, Mukim Batang Kali T00171975 75,185.45 9,350.00 84,535.45

4 Stesen Komuter Rasa (Rawang – Ipoh) Seksyen 16, Pekan Rasa, Mukim Rasa T00129874 83,281.45 10,362.00 93,643.45

5 Stesen Komuter Kuala Kubu Bharu, Seksyen 448.9, Jalan Besar KL - Ipoh , Kuala Kubu Bharu T00079939 22,560.00 11,220.00 33,780.00 291,445.80 44,638.00 336,083.80 PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN LEE KEE HIONG (N06 KUALA KUBU BAHARU)

TAJUK : GERAN TANAH UNTUK SJKC DAN SJKT

45. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Senaraikan SJKC dan SJKT yang telah mendapat geran tanah daripada Kerajaan Negeri sejak tahun 2008. Sila berikan butir-butir.

JAWAPAN: a) Untuk makluman Yang Berhormat, butiran maklumat mengenai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang telah mendapat geran tanah daripada Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 sehingga kini adalah seperti dilampirkan di Lampiran A.

LAMPIRAN A

SENARAI HAKMILIK TANAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA TAHUN 2008 SEHINGGA 2017

No Daerah Bandar/Pekan/Muki No Lot Nama Pemilikan Nama Sekolah Jenis Tahun Luas Tempoh Tarikh Cukai Kategori Syarat Nyata m Hakmilik Hakmilik Pajakan Luput (RM) Tanah 1 Ulu Langat Bandar HSD PT 77138 Seksyen Pesuruhjaya Tanah SJKC Sungai Chua HSD 2014 11120 mp Selama- Tiada 119.00 Bangunan Sekolah 161499 15 Persekutuan Lamanya 2 Ulu Langat Bandar Kajang HSD PT 77483 Pesuruhjaya Tanah SJKC Kajang Utama HSD 2014 24300 mp Selama- Tiada 259 Bangunan Sekolah 162260 Persekutuan Lamanya 3 Ulu Langat Bandar Cheras HSD PT 26124 Pesuruhjaya Tanah SJKC HSD 2014 1847 mp Selama- Tiada 20 Bangunan Sekolah 169386 Persekutuan Lamanya 4 Ulu Langat Bandar Cheras HSD PT 58945 Pesuruhjaya Tanah SJKC Batu 11 Cheras HSD 2014 15159.54 mp Selama- Tiada 162.00 Bangunan Sekolah 166659 Persekutuan Lamanya 5 Hulu Bandar Serendah GRN 27 Seksyen 12 Pesuruhjaya Tanah SJKC Serendah GRN 2014 6072 mp Selama- Tiada 614 Bangunan Sekolah Selangor 314516 Persekutuan Lamanya 6 Hulu Bandar Serendah GRN 24556 Seksyen 20 Pesuruhjaya Tanah SJKC Bukit Tangga GRN 2014 2.428 hektar Selama- Tiada 262 Bangunan Sekolah Selangor 317550 Persekutuan Lamanya 7 Hulu Mukim Ulu Yam GRN 3961 Pesuruhjaya Tanah SJKC Batang Kali GRN 2015 2526 mp Selama- Tiada 7 Bangunan Sekolah Selangor 321075 Persekutuan Lamanya 8 Hulu Mukim Ulu Yam GRN 3962 Pesuruhjaya Tanah SJKC Batang Kali GRN 2015 2865 mp Selama- Tiada 8 Bangunan Sekolah Selangor 321076 Persekutuan Lamanya 9 Hulu Mukim Ulu Yam GRN 3963 Pesuruhjaya Tanah SJKC Batang Kali GRN 2015 8556 mp Selama- Tiada 24 Bangunan Sekolah Selangor 321077 Persekutuan Lamanya 10 Hulu Mukim Ulu Yam PM 1650 28280 Pesuruhjaya Tanah SJKC Kampung Gurney PM 2017 7761 mp Selama- Tiada 54 Bangunan Sekolah Selangor Persekutuan Lamanya 11 Hulu Mukim Kalumpang GRN 851 Pesuruhjaya Tanah SJKC Kalumpang GRN 2016 11635 mp Selama- Tiada 67 Bangunan Sekolah Selangor 331647 Persekutuan Lamanya 12 Hulu Bandar Batang Kali PN 102960 17711 Lembaga Pengurus SJKC Rasa PN 2014 2.287 hektar 99 Tahun 30/3/2110 1 Bangunan Tapak Selangor Sekolah Sekolah 13 Mukim PN 110579 1415 Lembaga Pengurus SJKC Sin Ming PN 2016 5857.3483 60 Tahun 23/6/2029 381 Bangunan Sekolah Sekolah mp 14 Petaling Pekan Penaga HSD PT 301 Pesuruhjaya Tanah SJKC Chee Wen HSD 2009 17251 mp Selama- Tiada 356 Bangunan Sekolah 256314 Persekutuan Lamanya 15 Petaling Pekan Baru Sungai HSD PT 12190 Pesuruhjaya Tanah SJKC HSD 2010 21990 mp Selama- Tiada 453 Bangunan Sekolah Buloh 261804 Persekutuan Lamanya 16 Sabak Mukim Panchang GRN 12337 Pesuruhjaya Tanah SJKC Hai Ping GRN 2008 24565 mp Selama- Tiada 847 Bangunan Sekolah Bernam Bedena 175820 Persekutuan Lamanya 17 Sabak Pekan Sabak GRN 8531 Seksyen 4 Pesuruhjaya Tanah SJKC Lum Hua GRN 2010 45267 mp Selama- Tiada 96 Bangunan Sekolah Bernam 285744 Persekutuan Lamanya 18 Kuala Langat Bandar HSD 27686 PT 1167 Pesuruhjaya Tanah SJKC Jenjarom HSD 2009 17710 mp Selama- Tiada 2,287.00 Bangunan Sekolah Persekutuan Lamanya

1

SENARAI HAKMILIK TANAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TAHUN 2008 SEHINGGA 2017

Bil Daerah Bandar/ No Lot Nama Pemilikan Nama Sekolah Jenis Tahu Luas Tempoh Tarikh Cukai Kategori Syarat Pekan/ Hakmilik Hakmilik n Pajakan Luput (RM) Tanah Nyata Mukim 1 Gombak Bandar Rawang HSD 71802 PT 7832 Pesuruhjaya Tanah SJKT Rawang HSD 2011 4666.191 Selama- Tiada 1,013.00 Bangunan Sekolah Persekutuan mp Lamanya 2 Gombak Bandar Rawang HSD 87317 PT 9490 Pesuruhjaya Tanah SJKT Rawang HSD 2017 12225.69 Selama- Tiada 1,316.00 Bangunan Sekolah Seksyen 18 Persekutuan mp Lamanya 3 Hulu Bandar Kuala Kubu HSD 47665 26 Seksyen Pesuruhjaya Tanah SJKT Kuala Kubu Baharu HSD 2012 0.7461 Selam- Tiada 754 Tapak Sekolah Selangor Baharu 14 Persekutuan hektar Lamanya Sekolah 4 Ulu Langat Bandar Kajang HSD PT 76107 Lembaga Pengelola Sekolah SJKT Ladang West Country HSD 2012 2.137 99 Tahun 16/9/2111 1 Bangunan Sekolah 155893 (Timur) hektar 5 Petaling Bandar HSD PT 2251 Lembaga Pengelola Sekolah SJKT Sungai Renggam HSD 2015 15175.72 99 Tahun 13/8/2114 1 Bangunan Sekolah 311896 Seksyen 18 5 mp

2

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN LEE KEE HIONG (N06 KUALA KUBU BAHARU)

TAJUK : KOLEJ DAN UNIVERSITI MILIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

46. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Nyatakan peruntukan yang disalurkan kepada kolej dan universiti milikan Kerajaan Negeri sejak tahun 2008.

b) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan kolej seperti Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) bagi membantu golongan muda di daerah yang lain? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

JAWAPAN: a) Tidak menerima sebarang jawapan. b) Dalam usaha menjadikan Selangor sebagai hub pendidikan dan dapat membantu golongan muda untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan mengikut standard yang ditetapkan, Kerajaan sentiasa memastikan kemudahan serta fasiliti dan alat bantu mengajar di setiap institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan negeri berada di tahap baik dan berkualiti. Sehubungan itu, kerajaan negeri sedang melakukan penambahbaikan fasiliti di semua kampus institusi di bawah Kerajaan Negeri.

Sehingga kini Kerajaan Negeri mempunyai sebanyak 3 buah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej INPENS. Universiti Selangor (UNISEL) yang mempunyai 2 buah kampus iaitu di Shah Alam dan ,. Kolej INPENS beroperasi di Pusat Bandar Kuala Selangor manakala Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) beroperasi di Bangi.

Kapasiti di ketiga-tiga institusi pengajian tinggi ini masih lagi dapat menambung kapasiti pelajar. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa melihat ruang dan peluang bagi memberi peluang kepada anak-anak yang berada di daerah.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN LEE KEE HIONG (N06 KUALA KUBU BAHARU)

TAJUK : PEMBANGUNAN 'PASAR RAKYAT

47. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Nyatakan 'Pasar Rakyat' yang telah dan akan diwujudkan oleh Kerajaan Negeri bagi memasarkan pengeluaran produk dan hasil tani tanpa menggunakan khidmat orang tengah. b) Adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukan kepada PBT untuk mewujudkan 'Pasar Rakyat'? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

c) Adakah Kerajaan Negeri telah mengenalpasti lokasi 'Pasar Rakyat' di Hulu Selangor?

JAWAPAN: a) Sebanyak dua (2) Pasar Rakyat yang telah dibina setakat ini di Majlis Perbandaran (MPAJ) dan Majlis Perbandaran (MPS) manakala Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) masih dalam perancangan dan pembinaan. b) Peruntukan pembinaan pasar rakyat ini adalah dengan menggunakan peruntukan PBT masing-masing. c) Pihak MDHS telah mengenalpasti lokasi bagi pembinaan pasar rakyat iaitu di Jalan Seroja Seksyen BS6, Bandar Bukit Sentosa.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN LEE KEE HIONG (N06 KUALA KUBU BAHARU)

TAJUK : MASALAH PERKHIDMATAN AIR SELANGOR

48. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Adakah benar projek penggantian paip lama di Kg Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu berhenti kerja hampir satu bulan pada satu ketika dan kontraktor asal ditamatkan perkhidmatan? Jika ya, nyatakan sebab-sebabnya. b) Adakah benar projek perumahan Taman Desa Bukit Bujang, Kuala Kubu Bharu mengambil masa yang panjang untuk mendapat ulasan Air Selangor bagi tujuan CCC? Jika ya, nyatakan sebab-sebabnya.

JAWAPAN: a) Kontrak Projek penggantian paip lama di Kg Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu, masih berjalan dan hanya akan berakhir pada tahun 2018. Melalui rekod Air Selangor, kerja-kerja pemasangan paip baru di kawasan tersebut telah terhenti pada bulan Ogos 2017 disebabkan beberapa masalah yang dihadapi oleh Kontraktor yang dilantik antaranya:

i. masalah dalaman - tenaga kerja yang kurang mahir; ii. masalah dalaman - Sub Kontraktor yang telah dilantik oleh LBH Eng S/B yang telah memberhentikan kerja disebabkan faktor kewangan; iii. Tidak mendapatkan lokasi pembuangan tanah yang sesuai; iv. Masalah pengurusan lalulintas yang sukar disebabkan jalan yang sempit.

Pihak Air Selangor dan Konsultan yang dilantik, telah mengeluarkan beberapa memo peringatan dan Surat Amaran kepada Kontraktor yang telibat. Kerja- kerja telah dimulakan semula pada September 2017. Buat masa ini, 2 ‘team’ telah ditempatkan di Assam Kumbang bagi menyambung semula kerja-kerja pemasangan paip air baru itu yang terdiri daripada 1 ‘team’ kerja pemasangan dan 1 ‘team’ kerja pengujian.

Sehingga 21 Oktober 2017, sepanjang 2,025.67 meter panjang paip baru jenis ‘ductile iron’ telah dipasang di kawasan Assam Kumbang. Baki paip yang akan di pasang adalah sebanyak 1,288.33 meter.

Dengan susunan kerja yang telah Kerajaan Negeri Selangor atur dimana pemasangan paip baru yang akan berjalan serentak dengan pengujian tekanan dan kebocoran paip tersebut, ianya akan mempercepatkan lagi proses pemasangan ‘meter stand’ dan paip perhubungan ke rumah-rumah. b) Tidak benar dan juga tidak tepat, Pihak Air Selangor tidak mengambil masa yang panjang untuk mengulas permohonan bekalan air dari pihak pemaju Taman Desa Bukit Bujang, tetapi sebaliknya pihak Air Selangor tidak dapat mengeluarkan sebarang surat sokongan bagi permohonan CCC disebabkan oleh kegagalan Pemaju Penyelamat: Tetuan Ark Development Sdn Bhd sehingga ke hari ini dalam menyiapkan kerja-kerja pemasangan bekalan air kekal di tapak pembangunan. Berdasarkan pada laporan kerja fizikal siap sehingga 20 Oktober 2017 (sila rujuk jadual) pemaju hanya berjaya menyiapkan 73.2% kerja sahaja.

Untuk makluman juga, pihak pemaju telah mengambil masa sehingga 20 tahun bermula dari tahun 1996 bagi pengemukaan permohonan sokongan Sebenaran Merancang pada ketika itu dibawah seliaan Jabatan Bekalan Air Air Selangor (JBAS) sehinggalah kelulusan pelan bekalan air kekal kali pertama diperolehi pada 2002 dan dituruti dengan kelulusan lanjutan kali pertama pada 2013, kelulusan lanjutan kali kedua diperolehi pada 2017.

Ringkasan Kemajuan Fizikal Kerja-kerja Pemasangan Paip Masuk, Tangki Sedut, Rumah Pam, Paip Pengepaman, Tangki Menara, Paip Agihan Utama Dan Tangki Menara

Kemajuan Bil Perkara Kerja(%) 1 Pemasangan Paip Masuk Bersaiz 250 mm 92 Pembinaan Tangki Sedut ( 1.035 Jlsh) – Building & 2 78 External Works 3 Pembinaan Rumah Pam – Building & External Works 95 4 Kerja-kerja Mekanikal & Elektrikal Di Rumah Pam 21 5 Pemasangan Paip Pengepaman Bersaiz 250 mm 81 Pembinaan Tangki Menara (0.808 Jlsh) – Building & 6 85 External Works 7 Kerja-kerja Mekanikal & Elektrikal Di Tangki Menara 25 8 Pemasangan Paip Agihan Utama Bersaiz 250 mm 82 9 Pemasangan Paip Retikulasi Bersaiz 160 mm (HDPE) 100 Peratusan Keseluruhan Kemajuan Sehingga 21/10/2017 73.20%

Rumusan:

 Berdasarkan kepada jadual laporan kemajuan kerja Fizikal siap, pemaju adalah disarankan bagi menyegerakan penyiapan sepenuhnya komponen bekalan sebagaimana pelan kelulusan, menyerahkan sepenuhnya sistem tersebut bagi tujuan pengoperasian dan penyenggaraan ke pihak Pengurusan Air Selangor.

 Pihak Pengurusan Air Selangor akan mengeluarkan surat sokongan CCC hanya setelah sistem bekalan air kekal disiapkan oleh pemaju dan diserahkan dengan sepenuhnya untuk pengoperasian.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN LEE KEE HIONG (N06 KUALA KUBU BAHARU)

TAJUK : PEWARTAAN KUALA KUBU BHARU SEBAGAI WARISAN NEGARA

49. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Nyatakan tempat-tempat di Kuala Kubu Bharu yang telah diwartakan sebagai warisan negara.

b) Nyatakan usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mewartakan pekan Kuala Kubu Bharu sebagai warisan negara.

JAWAPAN: a) Sehingga tahun ini, tempat di Kuala Kubu Bharu yang telah diwartakan sebagai warisan negara adalah Makam Saiyid Mashor bin Mohammad Ash-Shahab. Ia telah diwartakan sebagai Tapak Warisan (Bangunan) di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). b) Kerajaan Negeri senantiasa berusaha untuk memelihara tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah dan warisan di Selangor agar ia akan terus terpelihara untuk tatapan generasi akan datang. Antara tempat yang dilihat sebagai mempunyai nilai sejarah yang tinggi di Selangor adalah Pekan Kuala Kubu Bharu. Sehubungan itu, PADAT telah melaksanakan satu kajian lapangan di Kuala Kubu Bharu dan beberapa tapak telah dikenal pasti di kawasan antaranya adalah bekas tinggalan chimney dan struktur bangunan tinggalan British. Bagi tujuan itu, PADAT akan membawakan cadangan tapak ini kepada Jabatan Warisan Negara untuk didaftarkan sebagai tapak warisan negara.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN NG SZE HAN (N30 KINRARA)

TAJUK : KUTIPAN HASIL DAN PERBELANJAAN PBT

50. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Nyatakan jumlah kutipan sebenar yang terkini berbanding dengan kutipan anggaran bagi tahun 2017 mengikut setiap PBT.

b) Nyatakan jumlah perbelanjaan sebenar yang terkini berbanding dengan perbelanjaan anggaran bagi tahun 2017 mengikut setiap PBT.

JAWAPAN: a) Jumlah kutipan hasil sebenar yang terkini sehingga 30 September 2017 mengikut PBT adalah seperti berikut:

Anggaran Hasil Kutipan Hasil Mengikut Prestasi PBT Sebenar Belanjawan (%) RM RM MBSA 443,050,980.00 359,556,932.00 81.15

MBPJ 395,086,600.00 292,918,127.00 74.14

MPK 221,817,701.00 221,418,032.00 99.82

MPAJ 165,000,000.00 108,183,187.00 65.57

MPSJ 300,077,450.00 232,728,210.00 77.56

MPS 177,400,000.00 152,329,494.00 85.87

MPKj 199,846,972.00 147,610,000.00 73.86

MPSp 138,810,900.00 149,489,327.00 107.69

MDKL 75,094,208.00 52,496,008.00 69.91

MDHS 80,614,108.00 60,738,535.00 75.35

MDKS 60,601,785.00 84,930,471.09 140.15

MDSB 27,301,270.00 14,529,135.08 53.22 Anggaran Hasil Kutipan Hasil Mengikut Prestasi PBT Sebenar Belanjawan (%) RM RM JUMLAH 2,284,701,974.00 1,876,927,458.17 82.15

b) Jumlah perbelanjaan sebenar PBT Negeri Selangor sehingga 30 September 2017 adalah seperti berikut:

Anggaran Perbelanjaan Perbelanjaan Prestasi PBT Mengikut Sebenar perbelanjaan Belanjawan MBSA 470,398,510.00 355,792,876.63 75.64

MBPJ 479,488,450.00 269,666,881.00 56.24

MPK 232,049,314.00 178,747,484.00 77.03

MPAJ 176,000,000.00 94,328,896.00 53.60

MPSJ 300,054,560.00 198,990,208.38 66.32

MPS 182,200,000.00 116,993,417.00 64.21

MPKj 207,247,972.00 124,400,000.00 60.02

MPSp 138,760,900.00 97,669,403.32 70.39

MDKL 89,644,320.00 52,496,008.00 58.56

MDHS 81,567,433.00 65,253,896.00 80.00

MDKS 60,606,865.00 35,791,729.15 59.06

MDSB 27,301,270.00 15,158,089.95 55.52

JUMLAH 2,445,319,594.00 1,605,288,889.43 65.65%

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN NG SZE HAN (N30 KINRARA)

TAJUK : HASIL KUTIPAN DAN PERBELANJAAN PEJABAT TANAH DAN DAERAH (PTD)

51. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Nyatakan jumlah kutipan sebenar yang terkini berbanding dengan kutipan anggaran bagi tahun 2017 mengikut setiap PTD. b) Nyatakan jumlah perbelanjaan sebenar yang terkini berbanding dengan perbelanjaan anggaran bagi tahun 2017 mengikut setiap PTD.

JAWAPAN: a) Berikut merupakan Jumlah Kutipan Hasil Sebenar sehingga 30 September 2017 berbanding dengan Kutipan Anggaran bagi tahun 2017 mengikut setiap PTD :

KUTIPAN PERATUS ANGGARAN DAERAH SEBENAR KUTIPAN (RM) (RM) (%) Petaling 487,560,500.00 476,374,159.70 97.71 Gombak 183,412,600.00 275,638,890.43 150.28 Klang 302,175,962.00 161,509,919.37 53.45 Kuala Langat 31,061,400.00 91,522,284.40 294.65 Hulu Langat 286,523,600.00 214,967,862.89 75.03 Sepang 429,968,600.00 326,509,154.33 75.94 Kuala Selangor 61,317,050.00 80,715,658.68 131.64 Hulu Selangor 49,508,450.00 47,069,427.86 95.07 Sabak Bernam 8,766,700.00 7,290,958.98 83.17 JUMLAH 1,840,294,862.00 1,681,598,316.64 92.80 (Sumber : Laporan M021, SPEKS (Penyata Analisis Prestasi Kutipan Hasil) sehingga 30 September 2017)

b) Berikut merupakan Jumlah Perbelanjaan Sebenar sehingga 30 September 2017 berbanding dengan Perbelanjaan Anggaran bagi tahun 2017 mengikut setiap PTD:

PERATUS PERUNTUKAN PERBELANJAAN DAERAH PERBELANJAAN (RM) (RM) (%) Petaling 15,403,363.00 11,456,243.55 74.37 Gombak 14,071,802.00 10,372,563.73 73.71 Klang 14,641,178.00 9,959,304.33 68.02 Kuala Langat 12,199,856.00 9,081,228.81 74.44 Hulu Langat 14,000,178.00 10,439,987.02 74.57 Sepang 11,624,205.00 8,002,440.53 68.84 Kuala Selangor 12,613,396.00 9,705,800.73 76.95 Hulu Selangor 12,910,840.00 8,717,751.21 67.52 Sabak Bernam 13,325,247.00 9,164,847.29 68.78 JUMLAH 120,790,065.00 86,900,167.20 71.94 (Sumber : Laporan C2, SPEKS (Penyata Perbelanjaan Mengurus) sehingga 30 September 2017)

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN NG TIEN CHEE (N27 BALAKONG)

TAJUK : PEJABAT MENTERI BESAR DAN EXCO

52. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Senaraikan jumlah petugas di pejabat Menteri Besar dan Exco masing-masing.

JAWAPAN: a) Senarai jumlah petugas di Pejabat Menteri Besar seperti di Lampiran A.

Senarai jumlah petugas di Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) seperti di Lampiran B.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN NG TIEN CHEE (N27 BALAKONG)

TAJUK : PERUNTUKKAN MARRIS

53. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Jelaskan prestasi perbelanjaan peruntukan MARRIS bagi tahun 2017 oleh jabatan/ agensi masing-masing.

JAWAPAN:

a) Sebagai makluman, Kerajaan Negeri menerusi Perbendaharaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM600 juta sebagai Siling Peruntukan MARRIS Tahun 2017. Perbendaharaan Negeri selanjutnya menerima permohonan secara case by case basis dari agensi pelaksana untuk mendapatkan Siling Tambahan berjumlah RM20,790,428.40. Sehubungan itu, Siling Peruntukan MARRIS Tahun 2017 (Dikemaskini) sehingga 15 Oktober 2017 adalah berjumlah RM620,790,428.40. Secara keseluruhan, prestasi perbelanjaan peruntukan MARRIS tahun 2017 telah pun mencapai 85% dari jumlah siling dikemaskini berdasarkan perbelanjaan oleh agensi pelaksana seperti perincian di jadual di bawah:-

Jadual 1: Ringkasan Prestasi Perbelanjaan Peruntukan MARRIS Tahun 2017 Mengikut Agensi Pelaksana (Setakat 15 Oktober 2017)

Tambah/ Siling Agensi Siling Asal Perbelanjaan Bil. Kurang Dikemaskini (%) Pelaksana (RM) (RM) (RM) (RM)

Pejabat Daerah / 1. 29,696,557.00 (2,000,000.00) 27,696,557.99 21,208,705.06 76.6 Tanah (PDT)

Pihak Berkuasa 2. 372,303,443.00 20,790,428.40 393,093,871.40 348,082,437.59 88.5 Tempatan (PBT)

JKR 3. 196,000,000.00 0.00 196,000,000.00 154,673,046.66 78.9 Selangor Tambah/ Siling Agensi Siling Asal Perbelanjaan Bil. Kurang Dikemaskini (%) Pelaksana (RM) (RM) (RM) (RM)

JPS 4. 2,000,000.00 2,000,000.00 4,000,000.00 3,505,152.38 87.6 Selangor

JUMLAH 600,000,000.00 20,790,428.40 620,790,429.39 527,469,341.69 85.00 BESAR

Nota:- 1. Perbelanjaan bagi PDT, PBT dan JPS Selangor merujuk kepada nilai Surat Setuju Terima (SST) yang telah di award kepada kontraktor.

2. Perbelanjaan bagi JKR Selangor adalah pembayaran sebenar kepada kontraktor mengikut nilai kerja yang telah siap disempurnakan.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN NG TIEN CHEE (N27 BALAKONG)

TAJUK : PEMBASMIAN KEMISKINAN

54. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Jelaskan kemajuan usaha Kerajaan dalam pembasmian kemiskinan secara terperinci.

JAWAPAN: a) Saban tahun menyaksikan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan pelbagai inisiatif baru yang memberi manfaat berterusan kepada rakyat terutamanya dalam meningkatkan taraf hidup rakyat yang masih berada di dalam kitaran kemiskinan. Semua rangka kerja, dasar, strategi dan rancangan pembangunan baru sentiasa dipelbagaikan oleh Kerajaan Negeri dalam membolehkan Negeri Selangor mencapai matlamat kemiskinan sifar. Dimensi yang diberikan fokus utama oleh Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kadar kemiskinan adalah merangkumi kesihatan, pendidikan dan taraf hidup rakyat. Antara langkah-langkah dan inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 lagi adalah seperti berikut:-

i. Program Bantuan Perumahan

Program Bantuan Perumahan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam memenuhi keperluan rakyat untuk memiliki rumah pada harga yang mampu dimiliki dan selesa untuk diduduki adalah Rumah Selangorku. Manakala bantuan skim pembiayaan perumahan adalah melalui Skim DanaSel. Skim Smart-Sewa pula diwujudkan bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan sederhana untuk menyewa dan akhirnya beupaya memiliki rumah di Negeri Selangor. Selain itu, Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin disasarkan khusus kepada golongan miskin yang menetap di rumah yang serba daif di mana rumah akan dibina dan diberikan secara percuma kepada yang layak.

ii. Program Bantuan Pengupayaan Ekonomi

Program-program Bantuan Pengupayaan Ekonomi pula adalah seperti Program HIJRAH, Dana Usahawan Mikro, Program Bantuan Makanan Asas (Food Stamp), Program Bantuan Nelayan/ Akuakultur, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Pemberian Bantuan Secara Baucer untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan serta pelbagai lagi Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) seperti Program Air Bersih Percuma sebanyak 20 meter padu sebulan, Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti, Insentif Perkahwinan Belia dan lain-lain. Melalui program-program tersebut, ianya dijangka berupaya melonjakkan dan meningkatkan pendapatan golongan miskin yang akhirnya dapat mengeluarkan mereka daripada kitaran kemiskinan. Ini secara tidak langsung akan menghasilkan impak positif terhadap taraf dan kesejahteraan hidup rakyat secara berterusan.

iii. Program Bantuan Peningkatan Tahap Kesihatan

Program-program Bantuan Peningkatan Tahap Kesihatan seperti Skim Peduli Sihat, Program Dialisis Rakyat, Skim Pemeriksaan Mammogram dan Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor (merangkumi bantuan seperti Katarak Mata, Pembedahan Kecil, Lain- lain Rawatan dan Kaki Palsu) pula dilihat sebagai inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengurangkan bebanan kos hidup rakyat melalui bantuan kesihatan ke arah melahirkan rakyat yang sihat dan cergas.

iv. Program Bantuan Pengupayaan Pendidikan

Terdapat pelbagai Program Bantuan Pengupayaan Pendidikan yang bukan sahaja berupaya memperkukuhkan daya saing graduan, malahan dapat mempertingkatkan kebolehpasaran mereka. Antaranya adalah seperti Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Kolej Antarabangsa INPENS, Selangor Business School dan Program Boot Camp Akademik. Manakala program-program yang dapat membantu meringankan bebanan rakyat melalui penajaan/ pembiayaan pendidikan pula adalah seperti Program Peduli Siswa, Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor, Biasiswa Selangor (untuk pelajar KUIS & UNISEL), Program Bantuan Sara Diri Pelajar (untuk pelajar KUIS, UNISEL dan INPENS), Program Kemahiran Teknikal (untuk pelajar INPENS), Program Tuisyen Rakyat, Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah untuk Anak Pekerja Ladang, Program Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/ IPTS) untuk Anak Pekerja Ladang dan Program Kecemerlangan UPSR untuk Anak Pekerja Ladang.

Berdasarkan kepada Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Tahun 2016 yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan , Negeri Selangor mencatatkan tiada insiden kemiskinan. Pengurangan insiden kemiskinan di Negeri Selangor yang dicatatkan hingga ke paras sifar pada tahun 2016 ini telah membuktikan bahawa semua agenda dan rancangan Kerajaan Negeri ini telah berjaya memperlihatkan kejayaan dan keberkesanan yang amat positif dalam memberi kesan langsung dalam menurunkan kadar kemiskinan di Negeri Selangor dan seterusnya memberi impak berterusan terhadap kesejahteraaan rakyat Negeri Selangor.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN NG TIEN CHEE (N27 BALAKONG)

TAJUK : UBAHSUAI TANPA KELULUSAN

55. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Terdapat banyak rumah kediaman terutamanya rumah teres yang telah melakukan ubahsuai pada struktur masing-masing tanpa memohon kelulusan daripada PBT. Walau bagaimanapun, dengan mengambil pertimbangan keadaan politik bahawa agar mustahil untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas pada mereka kerana jumlah yang terlibat mungkin sebanyak melebihi 70%, adakah Kerajaan merancang untuk merancang program pemutihan dengan kos yang tidak memberatkan beban pemilik?

JAWAPAN: a) Program Pemutihan Ubahsuai/ Tambahan Bangunan telah dilaksanakan dengan mengenal pasti binaan tanpa kelulusan. Sebagai permulaan beberapa langkah telah disusun bagi memastikan program ini berjaya antaranya ialah dengan melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:

i) Membuat inventori di tapak dengan mengenal pasti kediaman yang telah membuat tambahan/ pindaan dengan atau tanpa kelulusan daripada PBT; ii) Mengeluarkan Notis kepada pemilik-pemilik yang tidak mengemukakan permohonan untuk kelulusan pelan tambahan/ pindaan; iii) Mengeluarkan Surat Pemberitahuan dan Tawaran bagi program pemutihan untuk mengemukakan pelan tambahan/pindaan sama ada menggunakan khidmat Perunding atau Buku Pelan Setara yang disediakan oleh PBT dalam tempoh terhad yang diberikan; iv) Melonggarkan syarat-syarat biasa yang dikenakan; dan v) Menggenakan bayaran diskaun bagi proses pelan dan denda bangunan yang telah dipersetujui oleh PBT.

Bagi kes pemilik kediaman yang enggan mematuhi arahan sepertimana yang telah dikeluarkan selepas tamatnya tempoh program pemutihan akan dikenakan tindakan yang lebih berat seperti pemberian notis perobohan dan dirobohkan oleh pihak berkuasa.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN TIEW WAY KENG (N22 TERATAI)

TAJUK : KEBAJIKAN SELANGOR

56. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Sila kemukakan senarai skim-skim kebajikan yang ditawarkan kepada rakyat Selangor.

b) Sejauh manakah skim-skim berkenaan dapat menolong rakyat Selangor?

JAWAPAN: a) dan b)

Kerajaan Negeri Selangor sebagai sebuah kerajaan peduli rakyat sentiasa berusaha mencari alternatif bagi memastikan keperluan dan kebajikan setiap peringkat umur rakyat di Negeri Selangor terbela. Inisiatif Peduli Rakyat adalah kesinambungan polisi dan program yang mengutamakan kepedulian kepada rakyat secara terus menghadapi tekanan hidup hasil peningkatan kos akibat GST, harga petrol serta barangan keperluan harian.

Selain itu juga pelbagai program dan skim telah disediakan melalui Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dalam usaha untuk memberikan kebajikan yang terbaik untuk dimanfaatkan oleh rakyat di Selangor seperti berikut :-

BIL. SKIM IPR MANFAAT

1. Meringankan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah dan miskin yang mempunyai anak dan tanggungan ramai agar mereka berkecukupan dan tidak Smart Selangor kelaparan. 1. Food Stamp 2. Bantuan berupa makanan asas iaitu beras (10 kg), minyak masak (2kg), gula (1kg), tepung (1kg), bihun 400g (2 peket) dan susu pekat (2 tin) kepada keluarga termiskin berkelayakan. BIL. SKIM IPR MANFAAT

Sumbangan sebanyak RM300.00 seorang untuk Program tempoh setahun bagi menampung tambang bas Pendidikan Anak- kepada setiap anak pekerja ladang yang 2. anak Pekerja bersekolah di dalam Negeri Selangor. Secara Ladang tidak langsung dapat mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa dan penjaga.

Perkhidmatan bas secara percuma kepada rakyat Negeri Selangor terutamanya bagi Bas Smart 3. golongan rakyat berpendapatan sederhana dan Selangor rendah, pelajar universiti dan kolej serta murid sekolah menengah dan rendah.

Bekalan Air Mengurangkan kos perbelanjaan bulanan 4. Percuma 20 Meter keluarga ke atas bil air sebanyak RM11.40 Padu Pertama sebulan.

Program Mentor Program latihan dan pementoran kepada 5. Kraf pengusaha kraf tangan baru dan sedia ada.

Skim Peduli Sihat menawarkan pembiayaan rawatan kesihatan asas di hampir 1,000 klinik swasta di Negeri Selangor. Skim ini akan 6. Skim Peduli Sihat membiayai RM500.00 setiap satu keluarga dan RM200.00 bagi individu dengan had kegunaan RM50.00 bagi setiap kali rawatan.

Membantu meringankan beban yang di Panel Dialisis tanggung oleh golongan berpendapatan rendah 7. Sihat Selangor untuk membiayai kos rawatan dialisis yang tinggi di pusat rawatan yang berdaftar.

Diberikan kepada individu yang berpendapatan rendah bagi membiayai rawatan kesihatan atau Bantuan Sihat 8. menjalani pembedahan di Hospital Kerajaan Selangor sekaligus dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan untuk menjalani kehidupan seharian. BIL. SKIM IPR MANFAAT

Hadiah RM1,000.00 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM3,000.00 ke bawah, yang melanjutkan Hadiah Pengajian pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam / IPT swasta yang diiktiraf kerajaan yang mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Membolehkan para pelajar untuk memperoleh Program Khas 9. pinjaman pelajaran agar tidak membebankan Peduli Siswa proses pembelajaran di peringkat IPTA.

Membolehkan para pelajar untuk memperoleh Program Khas 10. biasiswa khas agar tidak membebankan proses Biasiswa Selangor pembelajaran di peringkat IPT.

Meningkatkan taraf pendidikan masyarakat Biasiswa Khas 11. khusus untuk golongan pelajar Orang Asal di Sagong Tasi Negeri Selangor.

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Program Khas Selangor menawarkan biasiswa penuh bagi 12. Selangor Brain pengajian Doktor Falsafah (PhD) di universiti Bank terkemuka luar negara bagi pengajian tahun 2017.

Program yang membantu rakyat yang berpendapatan RM3,000.00 ke bawah untuk Program Tuisyen 13. pendidikan yang terbaik untuk anak mereka Rakyat Selangor kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PT3 dan UPSR.

Program Bantuan Program berbentuk agihan dana kepada 14. Sekolah Negeri sekolah-sekolah untuk penambahbaikan Selangor infrastruktur sekolah.

Mengurangkan bebanan pelajar baharu yang Bantuan Sara Diri memulakan sesi pembelajaran di UNISEL, KUIS 15. Anak Selangor dan INPENS bagi menanggung kos kehidupan mereka. BIL. SKIM IPR MANFAAT

Hadiah tabungan bernilai RM1,500.00 daripada Tabung Warisan Kerajaan Negeri apabila anak anda mencapai 16. Anak Selangor usia 18 tahun. Ahli yang meninggal selepas 1hb (TAWAS) Mac 2014 waris akan menerima khairat kematian sebanyak RM1,500.00.

Bantuan RM100.00 setiap bulan diberikan Skim Bantuan kepada ibubapa yang menghantar anak ke 17. Asuhan Rakyat taska/nurseri untuk yang berumur 4 tahun ke (SiKEMBAR) bawah bagi mengurangkan beban perbelanjaan keluarga.

Skim Mesra Usia Manfaat khairat kematian bernilai RM2,500.00 18. Emas (SMUE) untuk warga emas / OKU yang layak.

Menawarkan skim pemeriksaan mammogram Skim Kesihatan secara percuma kepada semua wanita Negeri 19. Wanita (SKW) Selangor yang berumur 35 tahun ke atas yang layak.

Bantuan RM50.00 setiap bulan diberikan Skim Bantuan kepada ibu bapa yang menghantar anak ke 20. Tadika Selangor tadika untuk yang berumur 5 dan 6 tahun bagi (TUNAS) mengurangkan beban perbelanjaan keluarga.

Insentif Perkahwinan Belia adalah hadiah Insentif RM500.00 melalui Sijil Simpanan Premium BSN 21. Perkahwinan Belia kepada individu yang layak dan baru mendirikan rumahtangga.

Skim pinjaman mikrokredit kepada usahawan yang berwawasan dan proaktif dengan pinjaman tanpa caj dan penjamin bernilai bermula dari 22. Hijrah Selangor RM1,000.00 sehingga RM50,000.00 (mengikut kelayakan) dengan tempoh bayar balik pinjaman adalah minima 6 bulan dan maksima 3 tahun. BIL. SKIM IPR MANFAAT

Perkhidmatan WiFi Percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk kegunaan awam di 3,000 hotspot di seluruh Negeri Wifi Smart 23. Selangor. Bertujuan untuk merapatkan jurang Selangor digital di Negeri Selangor dan memberi kuasa kepada rakyat Selangor untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat.

Memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang masih belum memiliki sebarang jenis rumah Skim Rumah 24. kediaman di Negeri Selangor untuk memiliki Selangorku Rumah Selangorku yang ditawarkan pada harga berpatutan bermula dari RM42,000.00 seunit sehingga RM 250,000.00 seunit.

Pinjaman Pelajaran Negeri Membolehkan para pelajar untuk memperoleh 25. Selangor (Tabung pinjaman pelajaran agar tidak membebankan Kumpulan Wang proses pembelajaran di peringkat IPT. Biasiswa)

1. Memberi bantuan sementara untuk memenuhi keperluan asas kehidupan bagi Bantuan Kebajikan meringankan beban atau permasalahan 26. Masyarakat yang dihadapi. (Bantuan Am) 2. Meneruskan kelangsungan hidup dan meningkatkan kesejahteraan golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan.

Memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada masyarakat Saringan Sihat 27. menjalani pemeriksaan Ujian Profil Lipid, Ujian Selangor (3S) Fungsi Hati, Ujian Glukosa, Ujian Fungsi Ginjal dan Ujian Kanser Prostat (PSA). BIL. SKIM IPR MANFAAT

SITEC mendukung tugas menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri Selangor untuk menceburi perniagaan e- dagang, dan meluaskan perniagaan mereka dalam dunia tanpa sempadan melalui ‘Project Online 100 Selangor’. Melalui program ini, Latihan Usahawan 28. pengusaha akan diberikan kedai atas talian IT (SITEC) melalui 4 ruang dagangan terbesar di Malaysia iaitu Lazada, Youbeli, 11street dan Logon.my. Bagi mengukuhkan pemasaran, setiap perusahaan akan menerima applikasi mobile agar dapat membolehkan pembelian dapat dilakukan melalui telefon mudah alih.

Membantu golongan miskin yang tidak Bantuan Bina dan berkemampuan untuk mendapatkan tempat 29. Baiki Rumah berteduh / kediaman yang lebih sempurna dan (Kerajaan Prihatin) selesa

Memberi peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang tidak berkemampuan untuk membuat pembelian Rumah Selangorku untuk ditawarkan 30. Skim Smart Sewa Skim Sewaan pada kadar bayaran berpatutan. Pulangan 30% boleh dijadikan sebagai deposit pembelian rumah dan membantu mereka dapat membeli kediaman sendiri di Negeri Selangor.

1. Baikpulih kerosakan harta bersama pangsapuri 2. Membantu pangsapuri melaksana migrasi Skim Ceria daripada meter pukal kepada meter individu 31. (Mengecat 3. Membantu miskin bandar Rumah, baiki lif) 4. Mendidik penduduk pangsapuri berhubung kepentingan membayar caj penyenggaraan melalui konsep perkongsian kos. BIL. SKIM IPR MANFAAT

Pengecualian Cukai Taksiran kepada pemilik Pengecualian rumah kos rendah, rumah kampung di semua Cukai Pintu dan PBT Negeri Selangor. Manakala, pengecualian 32. Pengecualian Fi Fi Lesen Penjaja kepada penjaja bagi semua Lesen Penjaja kategori aktiviti penjajaan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

Programme On Graduate Program ini akan menambahbaik serta Employability mempertingkatkan kebolehpasaran graduan 33. Enhancement For serta menyediakan peluang latihan kerja dengan Smart Selangor syarikat-syarikat terpilih. (PROGRESS)

Program Pemberian Membantu meringankan bebanan keluarga Bantuan Baucer berpendapatan rendah untuk membeli barangan 34. untuk Rakyat keperluan sebagai persediaan menyambut Miskin perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri Bersempena dan Deepavali. Perayaan

Meningkatkan taraf ekonomi melalui penjanaan Program Bantuan atau peningkatan pendapatan kumpulan sasar Blueprint 35. menerusi pemberian bantuan peralatan / mesin Pembasmian berdasarkan perniagaan / perusahaan yang Kemiskinan sedang dijalankan.

i. Memberi peluang kepada golongan generasi muda daripada golongan keluarga yang Program berpendapatan rendah melanjutkan Kemahiran pelajaran di dalam Sijil Kemahiran Malaysia Teknikal – 36. (SKM) di INPENS International College; dan INPENS ii. Membantu meringankan beban kos sara International hidup keluarga berpendapatan rendah College melalui penajaan pendidikan kepada pelajar INPENS International College. BIL. SKIM IPR MANFAAT

Membantu usahawan-usahawan industri mikro khususnya di negeri selangor bagi meningkatkan pendapatan. Skop bantuan seperti berikut:- i. Pembelian mesin/ peralatan/ perkakasan; ii. Meningkatkan kualiti premis perusahaan / perniagaan (mengubahsuaian/ menaiktaraf); iii. Pembiayaan sebahagian kos penyertaan usahawan ke ekspo jualan dan promosi di dalam dan luar negara; Dana Usahawan iv. Pembiayaan sebahagian kos untuk 37. Mikro Selangor pembangunan produk dan persijilan seperti ujian nutrisi, pendaftaran cap dagang, pencarian dan pendaftaran paten, perlindungan harta intelek, persijilan gmp, halal, haccp, iso dan lain-lain dalam mematuhi standard nasional, antarabangsa dan menembusi pasaran global; v. Dan lain-lain keperluan yang mempunyai nilai tambah dan mampu melonjakkan pembangunan usahawan mikro di Negeri Selangor.

Sangat bermanfaat kepada para pelajar serta golongan dewasa. Sebagai alat Pembelajaran yang lebih baik untuk pembaca yang Nusantara 38. mempunyai kesukaran untuk membaca Audiobook terutama bagi golongan cacat penglihatan serta golongan yang tiada masa bagi memegang buku untuk membaca.

Memberi perkhidmatan perpustakaan dengan kaedah “outreach” kepada kawasan perumahan, Perpustakaan pangsapuri kos rendah dan kampung, serta 39. Bergerak Smart menjadi tempat alternatif kepada pengunjung Selangor untuk melepak, khususnya para remaja, dan mendapatkan bahan bacaan dan kemudahan internet secara percuma. BIL. SKIM IPR MANFAAT

Program tusyen percuma di atas talian yang 40. Tuisyen Online ditawarkan kepada calon SPM.

Membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak layak/ gagal mendapat pinjaman perumahan daripada pihak bank/institusi 41. Skim DANASEL kewangan untuk ditawarkan di bawah skim DANA SEL bagi tujuan sewa dan milik (pembelian) untuk rumah kos rendah atau Jenis A.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN TIEW WAY KENG (N22 TERATAI)

TAJUK : KEMUDAHAN PADANG AWAM

57. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Sila nyatakan lokasi padang yang telah dilengkapi dengan kemudahan di DUN Teratai.

b) Sila nyatakan lokasi padang yang belum dilengkapi dengan kemudahan di DUN Teratai. c) Sila bekalkan jadual pemasangan kelengkapan kemudahan padang-padang di DUN Teratai.

JAWAPAN: a) Sila rujuk Lampiran C. b) Semua lokasi padang telah dilengkapi dengan kemudahan. c) Jadual pemasangan kelengkapan kemudahan padang-padang di DUN Teratai adalah mengikut perancangan kerja Jabatan 2017 mengikut KPI tahunan.

LAMPIRAN C 2. TAJUK : KEMUDAHAN PADANG AWAM DUN TERATAI

TAMAN MAJU JAYA (ZON 20) INTGR JGKT BUAI SPRG BGKU JOG TR TONG S GOL B GELANGGANG PADANG RFLK WKF ETC

2 SET 9 B. TAMPAR, PADANG 1 Jln Bunga Matahari 2 1 SET 2 SET 6 SET 878 4 UNIT UNIT BADMINTON BOLA

1 SET 5 2 Jln Bunga Melati 2C/2 1 SET 2 SET 4 SET 2 UNIT √ BADMINTON UNIT

2 SET 4 BADMINTON, 3 Jln Bunga Melati 1A 1 SET 1 SET 8 SET 1 UNIT UNIT B. KERNJANG

TAMAN CHERAS INDAH (ZON 20) PADANG 1 Jln Indah 10 √ BOLA 2 SET 4 BADMINTON, 2 Jln Indah 20 1 SET 1 SET 4 SET 2 UNIT UNIT TAKRAW 2 SET 9 3 Jln Indah 34 2 SET 2 SET 5 SET 187.3 4 UNIT √ BADMINTON UNIT TAMAN PANDAN PERDANA (ZON 20)

2 SET 4 OUTDO 1 Jln Pandan Perdana 3/3 (P.Lake Club) 1 SET 1 SET 3 SET 2 SET 124.2 2 UNIT UNIT OR GYM 2 SET 6 BADMINTON, PANJAT- 2 Jln Pandan Perdana 7/1 1 SET 2 SET 2 SET 1 UNIT UNIT TAKRAW PANJAT 2 SET 8 3 Jln Pandan Perdana 1/5 1 SET 2 SET 10 SET 85.6 2 UNIT √ BADMINTON UNIT 2 SET 4 4 Jln Pandan Perdana 9/10 1 SET 2 SET UNIT 3 SET 7 BADMINTON, PANJAT- 5 Jln Pandan Perdana 8/10 2 SET 5 SET 4 UNIT UNIT TAKRAW PANJAT 2 SET 6 PANJAT- 6 Jln Pandan Perdana 10/2 1 SET 1 SET 7 SET 2 UNIT UNIT PANJAT DUN TERATAI (TR)

TAMAN BUKIT PERMAI (ZON 21) INTGR JGKT BUAI SPRG BGKU JOG TR TONG S GOL B GELANGGANG PADANG RFLK WKF ETC 3 SET 8 1 Jln Bukit Permai 1 1 SET 4 SET 10 SET 90.8 1 UNIT UNIT 1 SET 3 2 Jln Bukit Permai 2/4 1 SET 1 SET 6 SET √ 1 UNIT √ UNIT 1 SET 3 3 Laman Bukit Permai 1 SET 2 SET 1 SET 4 SET 2 UNIT UNIT TAMAN MUDA (ZON 22) PANJAT- 1 Jln Bunga Kemboja 5A (3) √ √ √ 8 SET √ √ PANJAT 1 SET 4 BADMINTON, 2 Jln Bunga Kemboja 8 1 SET 1 SET √ 1 UNIT √ UNIT B. TAMPAR 2 SET 6 BADMINTON, 3 Jln Bunga Cempaka 5 1 SET 13 SET 318 6 UNIT √ UNIT B. KERANJANG 2 SET 6 PANJAT- 4 Jln Bunga Cempaka 17 2 SET 2 SET 12 SET 41.2 2 UNIT UNIT PANJAT 1 SET 5 BADMINTON, PADANG 5 Jln Bunga Melur 8 1 SET 2 SET 13 SET 246 1 UNIT UNIT B. KERANJANG BOLA 1 SET 2 6 Jln Bunga Melur 11 2 SET 8 SET 1 UNIT √ √ UNIT 2 SET 5 PADANG 7 Jln Bunga Tanjung 14 1 SET 2 SET 8 SET 59.5 1 UNIT UNIT BOLA 1 SET 2 8 Jln Bunga Tanjung 2 1 SET 1 SET 2 SET 2 UNIT UNIT TAMAN MAWAR (ZON 22) 1 SET 5 PANJAT- 1 Jln Mawar 6 1 SET 1 SET √ 114 √ BADMINTON UNIT PANJAT DUN TERATAI (TR)

TAMAN PUTRA SELANGOR (ZON 22) INTGR JGKT BUAI SPRG BGKU JOG TR TONG S GOL B GELANGGANG PADANG RFLK WKF ETC 1 SET 4 1 Jln Putra 10 1 SET 2 SET 8 SET 250 1 UNIT UNIT 1 SET 4 2 Jln Putra 19 1 SET 3 SET 15.8 1 UNIT B. KERANJANG UNIT 1 SET 3 3 Jln Putra 31 1 SET 2 SET 13 SET 62 1 UNIT UNIT 3 SET 9 FUTSAL, 4 Jln Putra 5 1 SET 3 SET 15 SET 384 √ √ √ UNIT BADMINTON TAMAN MEGA JAYA (ZON 23) 1 SET 2 1 Jln Mega 11 1 SET UNIT 1 SET 2 2 Jln Mega 15 1 SET 1 SET √ UNIT 2 SET 4 3 Jln Mega 7 1 SET 2 SET 4 SET 10 SET 80.9 4 UNIT UNIT TAMAN BUKIT PERMAI 2 (ZON 21) 1 SET 5 1 Flat Anggerik 1 SET 2 SET 4 SET √ 2 UNIT √ UNIT TAMAN BUKIT TERATAI (ZON 23) 2 SET 7 1 Jln Teratai 1/5 1 SET 2 SET 279.7 2 UNIT UNIT 1 SET 4 BADMINTON, PADANG 2 Jln Teratai 1/9 1 SET 2 SET 4 SET 342 2 UNIT √ √ UNIT TENIS BOLA 1 SET 2 FUTSAL, 3 Jln Teratai 2/4 1 SET 2 SET 17 SET √ 5 UNIT √ √ UNIT B.KERNJANG 1 SET 2 FUTSAL, B. 4 Jln Teratai 2/7 1 SET 2 SET 3 SET 542 2 UNIT 2 SET UNIT KERANJANG 1 SET 4 5 Jln Teratai 1/2K 1 SET 2 SET 4 SET √ 1 UNIT √ UNIT TAMAN SAGA (ZON 23)

1 Jln Saga 22 1 SET 2 SET 1 SET 2 SET 2 UNIT √ DUN TERATAI (TR)

TAMAN MELOR (ZON 23) INTGR JGKT BUAI SPRG BGKU JOG TR TONG S GOL B GELANGGANG PADANG RFLK WKF ETC 1 SET 7 PANJAT- 1 Jln Melur 7 3 SET 3 SET 10 SET 214 2 UNIT UNIT PANJAT 1 SET 4 2 Jln Melur 11 2 SET 1 SET 10 SET 122.3 1 UNIT UNIT 1 SET 5 PANJAT- 3 Jln Melur 15 1 SET 2 SET 526.8 √ √ UNIT PANJAT TAMAN SERAYA (ZON 22) 1 SET 2 1 Jln Bunga Melati 14 1 SET 1 SET 1 SET 8 SET 1 UNIT √ UNIT 374.8 1 SET 5 2 Jln Bunga Tanjung 20 1 SET 1 SET 4 SET 84.9 √ B. KERANJANG UNIT 1 SET 4 3 Jln Bunga Melati 4 1 SET 2 SET 11 SET √ 4 UNIT √ √ UNIT TAMAN CHERAS HARTAMAS (ZON 24) 1 SET 2 1 Jln Utama Cheras Hartamas 1 SET 1 SET √ √ UNIT 1 SET 5 BADMINTON, 2 Blok A1 Pang. Bukit segar 1 SET 2 SET 6 SET 88.4 1 UNIT UNIT TAKRAW 2 SET 9 3 Blok A7 Pang. Bukit Segar 1 SET 1 SET 2 SET 2 SET 175 2 UNIT √ √ √ UNIT 4 Taman Bukit Segar ( TNB) 1 SET

5 Danau Mas Cheras Hartamas

6 Taman Bukit Segar 1 1 SET

7 Taman Bukit Segar 2 1 SET PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN TIEW WAY KENG (N22 TERATAI)

TAJUK : PEMBANGUNAN TARIAN SINGA

58. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Apakah langkah-langkah diambil oleh Kerajaan untuk membantu pembangunan tarian singa yang merupakan sukan dan kebudayaan negara kita? b) Bilakah Kerajaan Negeri boleh memberi kemudahan latihan kepada pertubuhan-pertubuhan tarian singa di Selangor?

JAWAPAN: a) Kerajaan Negeri sedia maklum dengan kegiatan dan kebudayaan tarian singa yang merupakan salah satu sukan dan kebudayaan Negara kita. Bahkan, Kerajaan Negeri turut maklum di atas kejayaan kumpulan-kumpulan tarian singa dari Negeri Selangor ini yang telah memenangi beberapa kejohanan dunia serta mendapat pengiktirafan tertinggi dari segi kemahiran dan seni yang dipersembahkan. Sebagai contoh, pasukan tarian singa Khuan Loke Dragon and Lion Dance Association dari , Selangor, telah berjaya meraih pelbagai kejayaan termasuklah kejuaraan Piala Summit USJ dan menjadi juara Kejohanan Tarian Singa Sedunia sebanyak tiga kali serta pelbagai pencapaian lain dari pasukan-pasukan tarian singa di serata Negeri Selangor.

Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah menerusi program ‘Rentak Selangor’ yang bertujuan untuk mempromosikan kegiatan-kegiatan seni dan kebudayaan berasaskan muzik dan tari di kalangan masyarakat majmuk dalam Negeri Selangor termasuklah tarian singa. Program Rentak Selangor yang pertama kali dianjurkan pada tahun 2016 ini telah membawa media dari dalam dan luar negara ke bengkel Wang Seng Hang (WSH) Dragon & Lion Arts yang diasaskan oleh Master Siow Ho Phiew bertempat di Bandar Pinggiran Subang. Pada lawatan tersebut, delegasi dari kalangan pengamal media telah melihat dengan lebih dekat dan mendalam, kaedah pembuatan kostum dan kepala singa hasil buatan WSH Dragon & Lion Arts yang amat popular di dalam dan luar negara terutama bagi penggiat tarian singa di Hong Kong dan China. Pada masa yang sama, delegasi berpeluang melihat pertunjukan tarian singa dan sesi latihan oleh anak buah Master Siow yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pelancongan turut mengadakan program promosi berasaskan kraf yang memperkenalkan keistimewaan pembuatan kostum dan kepala singa ini melalui program Kembara Kraf Selangor (KKS). Program-program yang telah dilaksanakan ini, bertujuan selain daripada mempromosi dan memperkenalkan kepelbagaian budaya, kesenian dan keunikan masyarakat Negeri Selangor, program ini turut menyasarkan pulangan dari segi kemajuan perniagaan dan peluang kepada pengusaha- pengusaha dan penggiat seni kebudayan dan industri kraftangan negeri. b) Pada masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan program pembangunan khusus bagi sukan dan kebudayaan tarian singa. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan terus menyokong pembangunan dan perkembangan seni budaya ini melalui penganjuran aktiviti dan program dengan kerjasama penggiat-penggiat seni dan kebudayaan bukan sahaja di kalangan penggiat tarian singa bahkan kepada semua seni dan budaya yang subur di dalam Negeri Selangor. Kerajaan Negeri juga sentiasa bersedia untuk mempertimbangkan permohonan-permohonan khusus bagi perlaksanaan aktiviti dan program kebudayaan daripada persatuan dan organisasi kebudayaan.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN TIEW WAY KENG (N22 TERATAI)

TAJUK : MB INCOPORATED (MBI)

59. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Sila kemukakan senarai lengkap nama-nama keanggotaan Team Selangor. b) Sejauh manakah Team selangor dapat menjalankan program selaras dengan matlamat penubuhannya? c) Sila bekalkan senarai program-program dan perbelanjaan yang telah dijalankan oleh Team Selangor.

JAWAPAN:

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN TIEW WAY KENG (N22 TERATAI)

TAJUK : SISTEM PERPARITAN

60. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Bilakah Kerajaan Selangor boleh menyediakan satu sistem perparitan yang lengkap?

b) Berapakah tempoh masa diambil untuk membaiki longkang monsun dan longkang biasa dari tarikh aduan dilaporkan?

JAWAPAN: a) Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran dalam usaha menaiktaraf sistem perparitan di seluruh negeri terutama daerah-daerah yang pesat membangun untuk keselesaan pengguna dari masa ke semasa. Namun begitu, pembangunan tambahan yang dibuat selepas kerja menaiktaraf saliran, kadar aliran permukaan air hendaklah dikawal mengikut kadar aliran sediaada. Sekiranya tidak dikawal, akan menyebabkan pertambahan kadar aliran air dan akan menyebabkan berlakunya banjir kilat terutama di kawasan downstream. Oleh demikian, perancangan yang teliti untuk pembangunan di masa akan datang amatlah diperlukan. Untuk makluman, tahap perlindungan rekabentuk bagi projek yang sedang dan akan dilaksanakan adalah 50 hingga 100 tahun bergantung kepada keluasan kawasan tadahan. b) Setiap aduan yang diterima akan diberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari bekerja. Setelah aduan diterima, lawatan tapak bersama pengadu dan kerja pengukuran di tapak akan dibuat. Tempoh masa diambil untuk membaiki longkang monsun dan longkang biasa selepas lawatan tapak bersama pengadu bergantung kepada tahap kerosakan. Sekiranya anggaran kerosakan dibawah RM 20,000.00 kerja-kerja dijangka boleh disiapkan di dalam masa 14 hari. Namun begitu, sekiranya kerosakan serius dan anggaran kerja melebihi RM20,000.00 masa yang diambil untuk pembaikan adalah dua hingga tiga bulan.

Maklumat tambahan

Prosedur perolehan bagi kerja sebutharga adalah seperti di bawah:

BIL. PERKARA TEMPOH

1. LAWATAN TAPAK 1 hari

2. PENYEDIAAN DOKUMEN PELAWAAN 3-14 hari SEBUTHARGA, SENARAI KUANTITI, DAN PELAN LUKISAN 3. IKLAN ONLINE 3 hari

4. TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK 1 hari

5. PELAWAAN SEBUTHARGA 7 hari

6. TUTUP SEBUTHARGA 1 hari

7. PENYEDIAAN LAPORAN SEBUTHARGA 3-14 hari

8. JAWATANKUASA SEBUTHARGA 3 hari

9. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA 3 hari (SST)

10. SERAH TAPAK 1 hari

JUMLAH 26-48 hari