Proposed Residential Development on Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 and PT 23730 (New Lot 20506), Mukim , District of Hulu Langat, Darul Ehsan for Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd.

RINGKASAN EKSEKUTIF

I. Pengenalan Cadangan Projek

Kajian EIA ini dijalankan untuk cadangan Pembangunan Perumahan di atas Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 dan PT 23730 (Lot Baru 20506), Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Projek ini akan dijalankan di kawasan dengan keluasan 212.80 ekar (86.12 hektar) dan akan dibangunkan oleh Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd . tanah ini dimiliki oleh The London Asiatic Rubber and Produce Company Limited (Company No. 990021-H) yang mana merupakan anak syarikat Sime Darby Plantation Berhad. Lokaliti tapak Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran (MPKj).

Tapak Projek ini terletak di Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak Projek ini terletak kira-kira 45km dari Kuala Lumpur, 3km ke selatan dari pekan Semenyih, 7km ke utara dari Bandar Rinching, 18km ke selatan dari Pekan Kajang dan kira-kira 28km ke utara dari Seremban. Dari segi geografi, tapak Projek berada pada longitud dan latitud seperti berikut:

No. Lot Longitud Latitud

101°51’44.99”E 2°58’12.33”N Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273 dan PT 101°51’59.59”E 2°57’11.48”N 23730 (Lot Baru 20506) 101°51’04.30”E 2°57’04.08”N 101°51’11.31”E 2°56’58.68”N 101 °51’3.57”E 2°57’4.21”N 101 °51’11.59”E 2°57’3.93”N Lot 25 101 °51’4.00”E 2°56’57.55”N 101 °51’11.36”E 2°56’57.24”N

Lokasi Tapak Projek adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah A . Dari segi akses jalan, Lot 25 boleh diakses melalui 66 kaki rizab jalan sedia ada di sepanjang sempadan timur lot tersebut yang dihubungkan dengan Jalan Negeri B34 dikenali sebagai Jalan dan kemudiannya ke Jalan Semenyih yang mana bersambung dengan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) iaitu lebuhraya utama yang berupaya menghubungkan Tapak Projek dengan Seremban, Kajang dan Semenyih. Selain itu, di bahagian timur tapak projek boleh diakses melalui Jalan Taman Tasik Semenyih 1 (TTS 1) yang turut bersambung dengan Jalan Broga. Selain itu, di bahagian utara tapak projek boleh di akses melalui Jalan Sungai Lalang dan kemudiannya melalui Jalan Seri Haneco 4/8.

Pada masa ini, tapak projek ini dilitupi dengan pokok kelapa sawit. Walaubagaimanapun, pokok-pokok getah didapati ditanam di bahagian utara Tapak Projek. Lot 25 yang mana terletak di bahagian barat tapak mengandungi rumah pekerja estet dan kuil Hindu yang mana kemudiannya akan dipindahkan ke Lot 26. Cadangan Tapak Projek dikelilingi oleh perladangan, vegetasi sekunder, industri dan penempatan. Keadaan sediada di Tapak Projek adalah seperti yang ditunjukkan di Gambarajah B .

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. I

Proposed Residential Development on Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 and PT 23730 (New Lot 20506), Mukim Semenyih, District of Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd.

Cadangan Projek ini adalah pembangunan perumahan yang melebihi 50 ha yang tertakluk kepada perkara 7 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 dibawah sekyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012. “Penilaian Awalan Tapak (PAT)” untuk cadangan projek telah dihantar dan ulasan daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah diperolehi pada 21 Mac 2014 [(B)B 91/110/621/077 Jld 162(2)].

Berdasarkan pada Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang 2020, Projek yang dicadangkan adalah terletak dalam Blok Perancangan Semenyih dibawah BPK 3.4: Sri Tanjung dan BPK 3.5: Tasik Semenyih yang mana telah ditetapkan untuk pembangunan perumahan.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. II

Proposed Residential Development on Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 and PT 23730 (New Lot 20506), Mukim Semenyih, District of Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd.

Gambarajah A: Lokasi Tapak Projek

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD.

Proposed Residential Development on Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 and PT 23730 (New Lot 20506), Mukim Semenyih, District of Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd.

Gambarajah B: Keadaan Semasa Tapak Projek

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD.

Proposed Residential Development on Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 and PT 23730 (New Lot 20506), Mukim Semenyih, District of Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd.

Pihak yang terlibat dalam pembangunan ini:- i. Pemilik Tanah

The London Asiatic Rubber and Produce Company Limited (Company No. 990021-H) Level 10, Main Block, Plantation Tower, No. 2, Jalan PJU 1A/7, , 47301 , Selangor Darul Ehsan. ii. Pemaju: Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd. (Company No. 263040-P) 10TH Floor, Block G, No 2, Jalan PJU 1A/7A, Ara Damansara, PJU 1A, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel.: 03-7849 5000; Fax.: 03-7849 5690 Attn : En. Ismail Mohd Tahir (Ketua Land Administration Department PD2 ) iii. Perunding EIA Europasia Engineering Services Sdn. Bhd. (239233-K) No. 63A-2 & 65-2, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS1/50,Taman Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel. : 03-7783 3639/40; Fax. : 03-7784 3200 U/p. : Ms. Geetha P. Kumaran (C0020) (Ketua Kajian EIA) iv. Perunding Perancang dan Pembangunan Arah Rancang Sdn. Bhd. No. 10, Tingkat 2, Jalan Boling Padang F 13/F, Seksyen 13, 40100 , Selangor Tel: 03-5511 0180; Fax: 03-5511 0182 U/p.: Ms. Zalifah Ab Wahib (Perancang Bandar)

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. v

Proposed Residential Development on Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 and PT 23730 (New Lot 20506), Mukim Semenyih, District of Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd. v. Jurutera Awam dan Struktur Jurutera Perunding Zaaba Sdn. Bhd. No. 17, Jalan Daud, Kg. Baru 50300 Kuala Lumpur Tel: 03-2691 3007; Fax: 03-2692 5624 U/p.: En. Azmi Bin Omar vi. Juru Ukur Jurukur Esa 12-1 & 2, Jalan 3/27F, Off Jalan Genting , Setapak, 53300, Kuala Lumpur Tel.: 03-4143 1333; Fax.: 03-4143 6133 U/p.: Mr. Tan Teck Chai (Juru Ukur Berlesen) vii. Makmal Akreditasi Spectrum Laboratories Sdn. Bhd. (SAMM No.: 062) Lot 14 Jalan Pendamar 27/90, Seksyen 27 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel.: 03-5192 8188 Fax: 03-5191 8188 U/p: Mr. Casey Kan

II. Alam Persekitaran Sediada

Persekitaran Fizikal a. Topografi • Berdasarkan pada pelan ukur tanah, cadangan Tapak Projek ini mempunyai permukaan yang beralun dengan purata ketinggian berjulat dari RL50m hingga RL90m daripada min paras air laut. • Puncak tertinggi (kira-kira RL 122.73) adalah terletak di puncak bukit di bahagian selatan Tapak Projek manakala kawasan terendah (kira-kira RL 37.07m) berada di sempadan barat Tapak Projek. b. Saliran • Tapak Projek berada di dalam kawasan tadahan Sg. Semenyih. Topografi sedia ada Tapak Projek yang dicadangkan ini menunjukkan kawasan ini disaliri oleh aliran bermusim. • Terdapat satu (1) saliran bermusim dari tapak projek yang mengalir ke arah baratlaut terus ke dalam Sg.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. vi

Proposed Residential Development on Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 and PT 23730 (New Lot 20506), Mukim Semenyih, District of Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd.

Semenyih manakala dua (2) saliran bermusim yang berasal dari Tapak Projek menyaliri bahagian timur Tapak Projek sebelum mengalir ke dalam Sg. Saringgit di selatan daripada Tapak Projek yang mana akhirnya mengalir ke dalam Sg. Semenyih di rantau barat. • Semua air larian permukaan daripada Lot 25 mengalir ke dalam parit jalan di bahagian sempadan timur lot tersebut yang mana mengalir ke dalam Sg. Saringgit dan kemudiannya Sg. Semenyih. • Kesemuanya terdapat lapan (8) takat pengambilan air di dalam kawasan tadahan air Sg. Langat. Di antaranya, takat pengambilan air bagi Skim Bekalan Air Sg. Semenyih dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi adalah masing-masing terletak kira-kira 21km dan 33km di hilir Tapak Projek. c. Aspek Geologi dan Tanah • Geologi Peta Selangor, Lembaran 94 Kuala Lumpur (2010), yang diterbitkan oleh Ketua Pengarah Penyiasatan Kajibumi Jabatan menunjukkan bahawa Tapak Projek terdiri daripada batuan granit (i.e. Granit Banjaran Titiwangsa) yang berusia antara Pertengahan Jurasik hingga Triasik Atas. • Pemetaan terain geologi telah dijalankan dalam kawasan Tapak Projek. Purata kecerunan cerun di bahagian selatan Tapak Projek adalah di antara 0 o hingga 15 o (i.e. kira-kira 37.22% daripada keluasan keseluruhan tapak Projek) manakala lereng bukit di bahagian tengah dan utara Tapak Projek mempunyai cerun dalam lingkungan 15 o hingga 25o (i.e. 62.78% daripada keluasan keseluruhan Tapak Projek). Tiada cerun dalam Tapak Projek yang mempunyai kecerunan melebihi 25 o. • Tapak projek yang akan dibangunkan adalah dikelaskan kepada dua (2) kelas iaitu Kelas I (26.43% atau 56.24 ekar) dan Kelas II (73.57% or 156.56 ekar). Kajian ini menunjukkan tiada kawasan Kelas III dan Kelas di dalam Tapak Projek. • Berdasarkan kepada Kajian Penyiasatan Tanah (S.I.) di lot bersebelahan (i.e. Lot PT 35725) daripada Tapak Projek, kawasan Tapak Projek pada umumnya terdiri daripada KELODAK berpasir pada lapisan tanah residu (iaitu Gred VI) dan KELODAK berkelikir (iaitu Gred V) di atas lapisan batuan dasar granit terluluhawa. • Secara rantau, air bawah tanah di kawasan Tapak Projek mengalir dari timur ke barat ke dalam lembah Sg. Semenyih. • Menurut Peta Tanah (Pindaan 2002) yang diterbitkan oleh Kementerian Pertanian Malaysia, keseluruhan Tapak Projek terdiri daripada tanah Siri Rengam kecuali lot kecil (i.e Lot 25) di bahagian baratdaya adalah tediri daripada Aluvium Tempatan-Telemomg-Akob. • Berdasarkan kepada Peta Hidrogeologi Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2008) yang diterbitkan oleh Jabatan Mineral and Geosains (JMG) Malaysia, Tapak Projek adalah terletak dalam kawasan rejim akuifer yang berkeupayaan rendah di rantau ini. d. Gunatanah • Jenis gunatanah yang utama dalam kawasan impak adalah kawasan pertanian iaitu 13,613.42 ekar atau 45.31% dari keseluruhan kawasan impak. • Tanaman utama yang ditanam di sekitar tapak projek adalah kelapa sawit dan getah yang masing-masing

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. vii

Proposed Residential Development on Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 and PT 23730 (New Lot 20506), Mukim Semenyih, District of Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd.

meliputi kira-kira 6,394.16 ekar (21.28%) dan 5,567.79 ekar (18.53%) kawasan impak. Kebanyakan ladang- ladang getah dan kelapa sawit adalah didapati di Estet Sydney, Estet Semenyih, Estet Seringgit, Estet Sg.Pening, Estet Sg.Lalang, Estet Sg. Purun, Estet Sg. Tangkas dan lain-lain. • Kawasan penempatan dan bukan pertanian mengandungi kawasan Bandar dan berkaitan, kawasan rekreasi, jalan utama, rentis elektrik, kubur, tapak pelupusan sisa pepejal, lombong dan bekas lombong dan kuari dan bekas kuari adalah jenis gunatanah kedua utama dalam kawasan impak iaitu seluas 8,788.69 ekar atau 29.25%. Pembangunan bandar iaitu Taman Sri Tanjung, Taman Tasik Semenyih, Semenyih, Desa Semenyih, Taman Pelangi Semenyih, Bandar Rinching, Bandar Teknologi Kajang, dan juga Taman Sri Haneco adalah di antara reseptor terdekat dengan tapak Projek. • Lebuhraya/jalan meliputi 693.89 ekar iaitu 2.31% kawasan impak yang mana diwakili oleh Jalan semenyih, Jalan Sungai Lalang, Jalan Bangi Lama, Lebuhraya LEKAS dan Lebuhraya Kajang Silk. Selain itu, 567.20 ekar (1.89% kawasan impak) di bahagian utara dan timur laut dikelaskan sebagai kawasan lombong dan bekas lombong. • Kawasan berhutan merangkumi kira-kira 3,223.56 ekar atau 10.73% daripada kawasan impak. • Gunatanah lain yang dijumpai dalam kawasan impak iaitu kawasan baru ditebang (2.3%), badan air seperti sungai (iaitu Sg. Semenyih) yang merangkumi kira-kira 0.27% kawasan impak. Selain itu, tasik/kolam melitupi 0.19% kawasan impak. • Penerima terhampir bagi cadangan Projek ini ialah : * Taman Sri Tanjung – 8m dari bangunan terdekat ke sempadan tapak projek. * Taman Sri Haneco – 31m dari bangunan terdekat ke sempadan tapak projek. Lot-lot kedai 2 tingkat yang mana dikelaskan sebagai industri ringan terletak bersebelahan dengan Taman Sri Haneco. Zon penampan minimum 50m telah disediakan.

Gambarah yang menunjukkan jarak penerima terhampir sediaada adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah C .

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. viii

Proposed Residential Development on Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 and PT 23730 (New Lot 20506), Mukim Semenyih, District of Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd.

Gambarajah C: Jarak Penerima Terhampir dengan Tapak Projek

~950m

Double stories shop ~40m Taman Sri ~ 8m – Distance from the nearest house in Haneco ~ 950m – Distance from the Hi-Tech 2 Industrial Taman Sri Tanjung to the boundary of the ~31m Park to the boundary of the project site project site ~150m Distance from the boundary of the project site to: - nearest house in Taman Sri Haneco ~ 31m ~550m - nearest double stories shop ~ 40m

~ 150m – Distance from the project boundary to ~ 250m – Distance from Kampung Sentosa to Taman Sri the upstream development. the boundary of the project site Tanjung

~8m ~200m ~20m ~250m Taman Tasik Semenyih ~130m

Kampung Sentosa

~ 550m – Distance from the pig farm to the ~ 130m – Distance from SJK(T) Ladang boundary of the project site Semenyih to the boundary of the project site

~ 20m – Distance from Tiara East Development ~ 200m – Distance from Taman Tasik Semenyih to the boundary of the project site to the boundary of the project site

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. ix

Proposed Residential Development on Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 and PT 23730 (New Lot 20506), Mukim Semenyih, District of Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd. e. Kualiti Air • Penilaian kualiti air dasar projek dijalankan pada 7hb Mac 2014 di tujuh (7) takat persempelan yang mewakili dua sesi iaitu pagi dan petang. Persempelan dan analisis dilaksanakan oleh makmal akreditasi JSM i.e., Spectrum Laboratories Sdn.Bhd. • Kualiti air yang diambil diringkaskan dalam Indeks Kualiti Air (WQI) seperti yang dijadualkan dalam Jadual A. Berdasarkan pada indeks WQI, menunjukkan kesemua sampel termasuk dalam Kelas I, II dan III Piawaian Kualiti Air Negara. Secara dasarnya, kualiti air adalah bersih dan boleh diterima untuk bekalan air dan rekreasi.

Jadual A: Keputusan Penilaian Indeks Kualiti Air.

Lokasi WQI Lokasi Penerangan Persempelan Pagi Petang

Mewakili hulu anak sungai Sg. Semenyih 89 91 W 1 02°58'09.8"N, 101°51'45.4"E di bahagian utara tapak projek. (Kelas II) (Kelas II)

Mewakili hilir anak sungai Sg. Semenyih di 75 74 W 2 02°58'19.2"N, 101°51'38.6"E bahagian utara tapak projek. (Kelas III) (Kelas III)

Mewakili hulu anak sungai Sg. Saringgit di 80 81 W 3 02°56'58.8"N, 101°51'43.5"E bahagian selatan tapak projek. (Kelas II) (Kelas II)

Mewakili hulu Sg. Saringgit di bahagian 75 76 W 4 02°56'48.4"N, 101°51'11.9"E selatan tapak projek. (Kelas III) (Kelas III)

Mewakili hilir Sg. Saringgit di bahagian 81 83 W 5 02°56'52.7"N, 101°50’53.4"E barat daya tapak projek. (Kelas II) (Kelas II)

Mewakili hulu Sg. Semenyih di bahagian 91 90 W6 03°58'31.3"N, 101°51'47.1"E utara tapak projek. (Kelas II) (Kelas II)

Mewakili hilir Sg. Semenyih di bahagian 93 95 W7 02°56'47.4"N, 101°50'51.4"E barat daya tapak projek. (Kelas I) (Kelas I)

Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd., 2014 Klasifikasi berdasarkan pada “National Water Quality Standards (NWQS ) for Malaysia”. f. Kualiti Udara • Penilaian kualiti udara dijalankan dari 7hb hingga 8hb Mac 2014 di tiga (3) kawasan persampelan seperti yang ditujukkan dalam Jadual B. • Kualiti udara di tapak Projek dan kawasan persekitaran dianggap sebagai memuaskan memandangkan keenam-enam parameter terletak dalam julat yang dibenarkan oleh Cadangan Garis Panduan Kualiti Udara Malaysia.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. X

Proposed Residential Development on Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 and PT 23730 (New Lot 20506), Mukim Semenyih, District of Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd.

Jadual B: Penerangan Stesen Pensampelan Pemantauan Udara

Lokasi Lokasi Penerangan Pensampelan Terletak berdekatan dengan Taman Sri Tanjung. Point A1 02 o 57’05.6”N, Penyumbang sekeliling: o 101 51’59.9”E • Aktiviti kilang • Laluan kenderaan di kawasan perumahan. Terletak di Taman tasik Semenyih. Point A2 02 o 56’53.0”N, Penyumbang sekeliling: o 101 51’59.9”E • Pergerakan kenderaan di dalam kawasan perumahan. • Aktiviti penduduk setempat. Terletak di Taman Sri Haneco. Point A3 02 o 58’12.0”N, Penyumbang sekeliling: o 101 51’48.4”E • Laluan kenderaan di dalam kawasan perumahan. • Aktiviti penduduk setempat. Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd, 2014 g. Aras Bunyi • Tahap bunyi bising di kawasan persampelan N1, N2 dan N3 (lokasi yang sama dengan pengawasan kualiti udara) dijalankan dari 7:00 pagi hingga 10:00 petang bagi sesi waktu siang dan pada pukul 10:00 petang hingga 7:00 pagi bagi sesi waktu malam. • Keputusan analisis menunjukkan paras bunyi di N1 (siang dan malam), N2 (malam) dan N3 (siang) adalah direkodkan sedikit tinggi dari paras yang dibenarkan. Paras bunyi yang tinggi mungkin disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia dan pergerakan kenderaan di sekitar kawasan perumahan. h. Persekitaran Biologi • Tumbuhan utama di kawasan ini adalah kelapa sawit (Elaeis guineensis ) dan pokok getah. Pokok kelapa sawit yang di dapati di Tapak Projek adalah terdiri dari pokok tua. • Selain daripada itu, semak tebal didominasi oleh tumbuhan tutup bumi, rumput, pokok renek dan paku- pakis yang dipercayai spesies yang dominan di kawasan tertentu. • Tumbuhan renek yang biasa dijumpai seperti Macaranga sp . (Mahang), Mallotus sp., “Malay Beechwood”, etc. terdapat di sesetengah kawasan di dalam Tapak Projek. • Memandangkan tapak projek berada di tadahan Sg. Semenyih, vegetasi sungai seperti Pandanus sp., Caladium sp., bunga seri pagi dan lain-lain boleh didapati di tebing sungai termasuklah rumpai dan rumput. • Komposisi fauna di Tapak Projek terjejas disebabkan kesan daripada aktiviti perladangan dan pembangunan berdekatan (i.e. kerja tanah) yang mana dipunyai oleh pemaju yang sama yang mana tidak sesuai untuk habitat hidupan liar. • Tiada mamalia yang besar dijumpai di kawasan estet. Kebanyakan yang dijumpai ialah mamalia dari spesis haiwan perosak dan tikus. Mamalia ini adalah yang biasa dijumpai di hutan sekunder dan kawasan pertanian. • Selain daripada mamalia, terdapat juga reptilia, amfibia, burung dan serangga dari spesis-spesis yang biasa dijumpai di kawasan estet.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XI

Proposed Residential Development on Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 and PT 23730 (New Lot 20506), Mukim Semenyih, District of Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd.

i. Persekitaran Sosio-ekonomi • Berdasarkan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010, jumlah penduduk di Mukim Semenyih telah direkodkan pada 99,669 orang. Jumlah populasi bagi kaum Melayu ialah 42,070 orang diikuti oleh kaum Cina dan India iaitu masing-masing berjumlah 31,160 dan 17,788 orang. • Bersasarkan nisbah jantina, populasi lelaki ialah 52,463 orang manakala populasi bagi wanita ialah 47,206 orang. • Memandangkan tiada penempatan manusia di dalam tapak cadangan, ia boleh dijangkakan bahawa Projek yang dicadangkan tidak akan membawa kesan yang khusus kepada persekitaran manusia. • Walaubagaimanapun, rumah pekerja di Lot 25 masih diduduki oleh pekerja estet. Terdapat juga kuil hindu di lot tersebut. Berdasarkan maklumat dari pemaju projek, rumah pekerja dan kuil tersebut akan dipindahkan ke Lot 26 iaitu di bahagian selatan Lot 25 yang mana juga dimiliki oleh pihak pemaju. • Pembinaan yang sedang dijalankan berdekatan dengan Tapak Projek ialah di Lot PT 35724 oleh Mayland Venue Sdn.Bhd. dan Tiara East Development di bahagian selatan.

III. Konsep Cadangan Pembangunan

• Cadangan gunatanah meliputi sektor perumahan, komersial fasiliti dan kawasan hijau. • Secara umum, cadangan projek akan dibangunkan kira-kira 80.49% dengan unit binaan manakala yang selebihnya iaitu 19.51% akan dikekalkan sebagai kawasan lapang/kawasan hijau. • Berdasarkan komponen pembangunan yang dicadangkan, peruntukan bagi pembangunan kediaman akan menjadi jenis gunatanah utama yang menyumbang 36.72% (iaitu, 78.13 ekar) daripada jumlah kawasan dibangunkan yang mengandungi 1726 unit rumah. Terdapat empat jenis rumah untuk cadangan pembangunan iaitu rumah sesebuah, rumah berkembar, rumah teres dan Rumah Selangorku. • Sektor komersil, mengambil 0.43% (iaitu 0.92 ekar) daripada jumlah pembangunan yang mengandungi 2 tingkat lot kedai (22’x75’). • Peruntukan untuk kawasan lapang dan kawasan hijau, dengan jumlah kawasan liputan 41.51 ekar (iaitu 19.51% Tapak Projek). • Kemudahan awam yang akan disediakan dalam pembangunan ini termasuk sebuah sekolah rendah (6 ekar), surau (0.5 ekar), tadika (0.5 ekar) dan dewan (1.0 ekar). • Manakala infrastruktur dan utiliti yang dicadangkan ialah kolam tadahan, rizab jalan, pencawang TNB, pencawang pengagih utama, rumah pam, tangki air, loji rawatan kumbahan dan jalan awam. • Penyediakan kawasan penampan: i. Kawasan industri Sri Haneco – kebanyakan industri ini terdiri daripada bengkel dan gudang yang mana dikelaskan sebagai industri ringan (Kategori 4). Jadi, zon penampan 50m telah disediakan dengan memperuntukan cadangan infrastruktur dan ameniti di bahagian utara tapak projek. ii. Ladang ternakan khinzir – memelihara khinzir dikelaskan sebagai aktiviti berat i.e Kategori 2. Minimum zon penampan sebanyak 500 m untuk aktiviti berat/industri (seperti yang digariskan oleh JAS di

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XII

Proposed Residential Development on Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 and PT 23730 (New Lot 20506), Mukim Semenyih, District of Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd.

garispanduan untuk penempatan tapak dan pengezonan industri) telah diperuntukan di bahagian timur laut tapak projek. iii. Loji Rawatan Kumbahan – zon penampan 30m adalah mencukupi yang mana telah disediakan semasa peringkat perancangan pelan susunatur.

• Keperluan kuatitatif kemudahan infrastruktur asas dan jumlah sisa terjana oleh jangkaan populasi setara (PE) 23,341 orang dirumuskan dalam Jadual C .

Jadual C: Anggaran Permintaan Utiliti dan Sisa Terjana Semasa Fasa Operasi Projek

Sektor Anggaran Penerangan Permintaan/Sisa Harian • Tujuh (7) pencawang elektrik dan sebuah pencawang pengagih Permintaan Elektrik maksimum elekrtik utama telah diperuntukkan untuk menampung keperluan elektrik 7 MVA cadangan projek. • Sumber bekalan air ialah dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Air • Air yang dirawat hendaklah disimpan di dalam tangki air yang 2,972,000 L/hari terletak di bahagian tengah pembangunan sebelum diagihkan kepada keseluruhan kawasan pembangunan. • Kumbahan dari kawasan perumahan dan kemudahan awam akan Sisa dipam ke setesen pam dan kemudiannya dialirkan ke dalam 4.22

Kumbahan 5,251,725 L/hari ekar cadangan Loji Rawatan Kumbahan di bahagian barat laut. Untuk pembangunan di Lot 25, sisa kumbahan akan dialirkan ke loji rawatan kumbahan sediaada (HLT212) di Taman Sri Tanjung. • Pengutipan dan pelupusan sisa pepejal sewaktu fasa operasi adalah 23,341 kg per hari Sisa Pepejal di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.

Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd., 2014

Berdasarkan kepada jadual pelaksanaan, dianggarkan pembangunan yang dicadangkan akan dijalankan untuk tempoh kira-kira 5 tahun iaitu dari 2015 hingga akhir 2019 (selesai kerja-kerja bangunan). Fasa pembangunan projek akan dibahagikan kepada tiga (3) fasa utama iaitu, Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Kerja tanah bagi Fasa 1 dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun 2015 dan diikuti dengan Fasa 2 dan Fasa 3 pada akhir tahun 2015 dan di pertengahan tahun 2016. Kerja tanah akan bermula setelah pembersihan tapak di kawasan tertentu tapak Projek itu selesai. Kerja-kerja infrastruktur utama akan dijalankan selepas aktiviti-aktiviti kerja tanah selesai. Pembinaan bangunan utama akan bermula pada tahun 2017 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, jadual pembangunan sebenar untuk kerja-kerja pembinaan adalah bergantung kepada perancangan klien untuk pembangunan yang dicadangkan.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XIII

Proposed Residential Development on Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 and PT 23730 (New Lot 20506), Mukim Semenyih, District of Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan for Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd.

IV. Impak-impak Alam Sekitar yang Signifikan

Isu-isu alam sekitar yang utama berhubung dengan aktiviti-aktiviti semasa pelapangan tapak, pembinaan dan fasa operasi. Impak-impak yang utama beserta dengan cadangan langkah-langkah kawalan diringkaskan dalam Jadual D .

V. Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP)

Selain daripada mencadangkan langkah-langkah kawalan, laporan ini juga menekankan formulasi dan perlaksanaan pelan pengurusan alam sekitar (EMP). Pelan ini perlu dianggotai pihak Pemaju, jurutera perunding, kontraktor dan perunding alam sekitar. Rancangan pengurusan dan program pengawasan yang dicadangkan untuk Projek ini di peringkat pembinaan dan operasi adalah seperti berikut: • Program pengawasan, latihan dan penyelenggaraan berkaitan struktur kawalan pencemaran; • Perlaksanaan langkah-langkah kawalan di tapak; • Perancangan kemajuan kerja di tapak; • Penyediaan langkah keselamatan berserta dengan langkah kecemasan; • Perlaksanaan rancangan pengurusan trafik yang telah di dokumentasi untuk memastikan keselamatan di tapak; • Pengawasan kualiti air, udara dan bunyi bising untuk menilai keberkesanan perlaksanaan langkah mitigasi yang telah dicadangkan. • Penilaian kualiti air, udara dan bunyi bising di kawasan tapak dan analisis makmal dilakukan oleh makmal yang mendapat kelulusan Jabatan Piawaian (Standard) Malaysia.

VI. Kesimpulan

Cadangan pembangunan ini akan dibangunkan di atas Lot 1021, Lot 1297, Lot 2273, Lot 25 dan PT 23730 (Lot Baru 20506), Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Pembangunan yang dicadangkan ini akan dibangunkan oleh Sime Darby Properties (Selangor) Sdn. Bhd . Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang. Dalam menilai integrasi cadangan Projek dengan persekitaran sediada tapak projek, masalah utama yang dijangka dari segi persekitaran fizikal ialah kesan hakisan tanah (pencemaran air, udara dan bunyi) ke atas persekitaran fizikal dan kesan kepada masyarakat sendiri sewaktu fasa kerjatanah dan fasa pembinaan. Sebahagian persekitaran biologi akan hilang sewaktu kerja pelapangan dan aktiviti pembinaan. Walaubagaimanapun, impak-impak yang dihasilkan oleh projek boleh dikurangkan dengan memperkenalkan berbagai langkah-langkah tebatan yang praktik dan kos efektif seperti yang dicadangkan dalam laporan ini. Kejayaan intergrasi cadangan pembangunan dengan persekitaran kawasan pembangunan akan menyumbang ke arah penerimaan sosial cadangan projek pembangunan ini. Dengan memasukkan konsep kesedaran terhadap alam sekitar dalam perancangan, pembangunan lestari boleh dicapai dan manfaat sosial ekonomi daripada Projek dapat mengimbangi impak-impak negatif.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XIV