Pdf Majlis Perasmian Program Tun Fatimah I-Challenge
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
TEKS UCAPAN YB DR. MASZLEE BIN MALIK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA TUN FATIMAH i-CHALLENGE 2019 TARIKH : 18 – 20 JULAI 2019 HARI : KHAMIS -SABTU TEMPAT : DEWAN BESTARI SEKOLAH TUN FATIMAH, JOHOR BAHRU 1 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera. (Salutasi) Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul pada hari ini sempena program Tun Fatimah Innovation Challenge (TFi-C). Program ini telah melakar sejarah kerana buat julung kalinya, progam seumpama ini berlangsung di Sekolah Berasrama Penuh yang tersohor di pelosok negara dan dunia, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Saya berasa bertuah dan bangga kerana berpeluang menghadirkan diri ke sekolah ini seterusnya dapat menyaksikan pelibatan pelbagai pihak dalam menjayakan Tun Fatimah Innovation Challenge ini. 2 Hadirin yang saya kasihi, Kita terpaksa akui, masa hadapan ialah sesuatu yang tidak pasti. Kita tidak pasti apa yang akan anak-anak kita hadapi. Yang pasti, cabaran yang bakal mereka hadapi sudah tentu berbeza dengan cabaran yang kita hadapi hari ini. Mereka mungkin akan menghadapi zaman di mana hampir 70% dunia ini dikawal sepenuhnya oleh automasi. Kita lihat sahaja betapa derasnya perkembangan teknologi yang kita hadapi hari ini? Dan bayangkanlah kelajuan ini akan bertambah dua kali ganda di masa hadapan. Tidak boleh tidak, kita wajib mempersiapkan anak-anak kita untuk menghadapi cabaran tersebut. Kita mungkin tidak boleh mengubah ketentuan yang bakal tiba, tetapi kita boleh mempersiapkan diri kita untuk menghadapinya. Justeru itulah, Kementerian sedang secara serius dan komited melaksanakan a total revamp di dalam sistem pendidikan kita dan salah satu elemen yang kita tidak 3 tinggalkan ialah pendekatan berpandukan keperluan di masa hadapan (future-driven movement). Saya percaya, teknologi bukanlah musuh, sebaliknya pengupaya (enabler) yang perlu dimanfaatkan. Apa sahaja ciptaan baharu yang muncul, soalan yang harus kita kemukakan pada awalnya bukanlah “apa” yang dicipta, tetapi “siapa” yang menciptanya? Kerana pada “siapa” itulah terkandungnya pemikiran inovatif dan kreatif, sikap, kemahiran, potensi, dan bakat yang boleh kita formulasikan, gilap dan bimbing sebaiknya. Warga pendidik yang saya hormati, Saya yakin, pertandingan sebegini dapat membantu murid- murid untuk menerokai teknologi baharu dalam pembangunan robotik dan pengaturcaraan. Untuk murid menguasai teknologi yang tinggi ini, mereka perlu terlebih dahulu menguasai pelbagai kemahiran kognitif, menaakul, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pemikiran Kritis, 4 kreatif dan inovatif. Usaha yang dilakukan ini sebenarnya selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia gelombang ke-2 (2013-2025) iaitu mengupayakan pelan pelaksanaan insiatif secara berkesan dengan penerapan bidang Sains dan Teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM). Tindakan ini tentunya akan dapat mendukung usaha mentransformasikan pendidikan secara fizikal, holistik dan sistematik. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan sekalung tahniah atas usaha gigih Jawatankuasa Pengelola pertandingan ini, khususnya Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Universiti Teknologi Malaysia, Bank Rakyat, Robotics Learning (M) Sdn.Bhd dan Drabot. Usahasama yang diberikan ini memperlihatkan bahawa untuk membina asas yang kukuh dalam bidang matematik, sains dan teknologi, Rekabentuk, serta penguasaan 5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah dan dipandang ringan. Sekolah sahaja tidak mampu untuk melahirkan dan mengembangkan kemahiran Teknologi Maklumat ini tanpa sokongan daripada pelbagai pihak dan NGO. Komitmen yang diberi ini sejajar dengan Anjakan ke 9 di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Para hadirin yang dihormati, Bidang Pendidikan di negara kita begitu pesat berkembang selari dengan kemajuan Sains dan Teknologi. Justeru, sekolah merupakan tempat atau landasan awal untuk murid-murid menyediakan diri masing-masing dengan perkembangan tersebut selari dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0). Kita akan menghadapi zaman di mana pembangunan negara akan berteraskan automasi, kecerdasan buatan, analisis data raya, robotik 6 serta Internet Of Things (IoT). Maka sewajarnya langkah utama diambil oleh semua pihak untuk menyediakan modal insan yang bakal dilahirkan berupaya mendepani cabaran ini. Hadirin yang sangat saya sayangi, Melalui aktiviti pengaturcaraan dan pembangunan robotik yang diadakan ini saya percaya, pelajar yang menyertainya terdiri daripada mereka yang mempunyai sikap yang kaya dengan nilai kasih sayang, optimis, dinamik dan berdaya saing yang tinggi. Melalui bidang pengaturcaraan dan pembangunan robotik ini akan lahirlah murid atau pelajar yang sangat teliti, mempunyai komitmen yang tinggi dan sikap sabar yang terpuji dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sekolah Tun Fatimah kerana telah berjaya menganjurkan Tun Fatimah i – 7 Challenge 2019 ini. Terima kasih dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa pengelola atas komitmen dan kesungguhan bagi memastikan pertandingan ini berjalan lancar. Tidak ketinggalan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak media dan hadirin yang hadir. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Tun Fatimah i-Challenge 2019. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 8 .