BH - Salam Aidilfitri

salamaidilfitri.bharian.com.my/galeri/1

Saya Khairul Abidin Ghazali, HSE Engineer di Projek Kereta Api Selatan Makkah mengucapkan selamat Aidilfitri kepada yang mengenal ikhasnya kedua ibu-bapa, bakal isteri, guru-guru dan sahabat-sahabat di MRSM Kota Putra, Kolej Matrikulasi ,dan Universiti Pahang.

Saya, Muhammad Syairazi Md Aliman, pelajar jurusan undang-undang,University of Manchester ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada semua, terutama kepada ibu-bapa dan keluarga serta guru-guru di SK Kota Dalam,SMKA Maahad Muar dan Intec Education .Tak lupa juga kepada penaja, JPA. Selamat Hari Raya!

Kami pelajar di University of Leicester,UK mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Malaysia terutama keluarga di Terengganu,Batu Gajah dan Sabak Bernam, sahabat handai, guru-guru di MCKK, Jenan, Semashur dan Kolej MARA , serta . Terima kasih semua! Daripada kami, Wan Mohamad Syauqi, Muhammad Faizdin dan Izzat Muzamer.

Salam Ramadan daripada kami,warga Kingston Upon Hull dan pelajar University of Hull,. Ucapan khas buat keluarga yang kami rindui,sahabat-handai dan semua kenalan, guru-guru dan pensyarah yang pernah mengajar kami serta muslimin dan muslimat di tanahair.(Dari kiri) Marina, Shakira, Dr Amal dan Zade,Fyad, Azlin dan Maryam,Naeil,Khairy, Annis, Afifi dan Anas,Aiman,Ahmad,dan Nazri. (Duduk dari kiri) Suraya, Maisarah,Walaa', Dian, dan Amir.

Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan Salam Ramadan dan Aidilfitri kepada yang teristimewa Papa dan Mama di Pulau Pinang, Abdullah Ahmad dan Fatimah Yahaya, Papa dan Mama di , Zainal Samsuddin & Norhayati Nordin, semua sanak saudara dan sahabat handai tidak kira dimana jua. Mohon maaf di atas segala kekhilafan kami dan semoga berbahagia di Aidilfitri. Maaf zahir batin daripada kami sekeluarga dikejauhan Zairul Azreen, Aiza Adlina, Ammar Zakwan dan Amni Zulaikha, Birmingham, UK.

Salam Ramadan dari Els Hostalets De Pierola, Spain dari Dr Aspalilah Alias dan Assoc Prof Dr Faridah Mohd Nor khas untuk keluarga Alias, Tok Daud dan Katiman dan bani Hashim (Johor) dan keluarga Mohd Nor dan Saliah (Kuala Lumpur) dan rakan sejawatan di USIM dan PPUKM.

Salam Aidilfitri buat keluarga tercinta di Kluang dan Pekan Nenas,Mak,Abah, adik- beradik,saudara-mara,sahabat-handai dan kenalan tidak kira dimana, guru-guru dan pensyarah di UTM, Johor dan Kuala Lumpur,serta semua muslimin dan muslimat. Daripada Mohamad Yasir Ali, Dian Zharifah Soraya dan Nor Mohd Taha (Intan), Pelajar PhD,University of Hull, United Kingdom(UK).

Kami pelajar University of Adelaide (Tahun 2) mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan selamat hari raya kepada semua yang mengenali kami terutama kepada kaum keluarga, guru- guru, sahabat-sahabat dan penaja MARA. Daripada Sarah Alshurdin, Azri Hazirah, Husna Ismail, Syakirah 1/13 Isa, Ayuni Azizan, Nabilah Nazimuddin, Nabilah Jallal, Ayunni Zulkifli, Anis Ridhwani, Azlin Aziz, Atikah Azhar dan Syirain Safruddin.

Salam Ramadan dan salam perantauan daripada kami pelajar perubatan Xaviers School for Gifted Youngsters, USA. Kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat-sahabat sejak bangku sekolah. Semoga dapat berjumpa pada lebaran kali ini.

Saya Syakirah Mohamad Taib dari Brunel University London serta keluarga mengucapkan salam Ramadan dan maaf zahir batin khas buat mak Rosyadah Shamdar(makteh sos cili) dan ayah Mohamad Taib Yahya (pakteh kicap) di Penang, mak mentua (Norishah Ahmad),seluruh ahli keluarga di Penang dan Taiping, sanak saudara serta sahabat yang mengenali. Daripada kami; Syakirah, Yunus, Harith, Ardani, Hurun Ain dan Iman.

Salam Ramadan dan selamat hari raya Aidilfitri kepada keluarga di Batu Pahat, Johor dan Batu Gajah, Perak, minta maaf tidak dapat balik beraya lagi tahun ni. Maaf zahir batin diucapkan kepada semua yang mengenali kami. Dari Rafiq dan Fatin, Victoria, Melbourne, .

Salam Ramadan buat keluarga tercinta di Tangkak, Johor dan Pengkalan Chepa, . Tidak lupa juga sanak saudara dan sahabat handai di tanah air. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Akhir kata, selamat hari raya dan maaf zahir dan batin daripada Syafiq, Madihah dan Dhia, Fukuoka Jepun.

Salam Ramadan kepada ibu Wan Khairul Bariah, mama dan ayah yang sedang menunaikan umrah di Mekah, semua ahli keluarga, guru-guru SK dan SMK Tunku Ismail, pensyarah MEP INTEC, pihak penaja JPA, rakan-rakan di Malaysia, Mesir atau pun di mana sahaja berada, serta semua yang mengenali saya. Selamat berpuasa dan menyambut hari raya dengan penuh barakah. Doakan saya di sini selalu. Tulus ikhlas daripada Siti Nur Hazwani Abdul Aziz, TAHUN 5, Kuliah Perubatan, Cairo University, Mesir.

Ahmad Yuzri Ahmad Yazid, isteri Nur Awatif Azmi dan anakAlisha Nisrina, Amber Qistina dan Aoife Medina, Tallaght, Co.Dublin, Republic of Ireland. Salam Ramadan kepada abah dan mak (Ahmad Yazid dan Adlina), (Azmi dan Siti Khairiah) di Ayer Tawar dan Titi Gantung, Perak, adik beradik, sanak saudara, serta sahabat handai dan semua yang mengenali. Insyallah jika ada kesempatan dan rezeki, kita akan beraya bersama-sama di tahun hadapan. Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin.

Ramadan Mubarak kepada ibu bapa, adik-beradik, sanak-saudara serta semua yang mengenali kami di Malaysia dan di mana sahaja anda berada. Tidak lupa juga buat tenaga pengajar di INTEC, TaylorsUni, UniKL, KMKN, MRSM TGB, MRSM Kuala Berang, MRSM Muar, MRSM PC dan MRSM Alor Gajah yang mendidik kami sehingga kami dapat belajar di luar negara. Doakan perjuangan kami disini. Dari kiri; Ikhwan Deni, Syafiq Derahman, Abdullah Azam, Faizal Mohd Din, Abdul Hanif Zulkifli, Khuzaimi Kamarudin, Hasni Fahmi dan Fizrul Aizat. (University of Queensland, Australia).

2/13 Salam Ramadan dan Aidilfitri kepada keluarga, saudara dan rakan yang mengenali kami. Maaf zahir dan batin daripada kami. Dari kiri; Nurul Afiqah Yusoff, Aina Husna Mohamad Kamarul Zaman, Nurfasihah Najihah Sairi, Nur Zila Mat Dahari dan Nurul Haziqah Mohd Yusof, pelajar jurusan syariah, Universiti al Azhar, Kaherah, Mesir.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak buat keluarga tercinta di Dungun, dan Port Dickson, sanak-saudara serta sahabat yang mengenali kami. Ikhlas daripada Khairi Sabirin Hood dan Nur Amalina Mohd Amin, University of Nottingham, UK. Sebulan memuliakan kebesaran Ramadan, Lebaran dirai tanda kesyukuran, Biarpun berjauhan keluarga tercinta, Mohon kemaafan kami pinta.

Salam Ramadan kepada keluarga di Melaka dan Rawang.Tidak dilupakepada warga kerja dan rakan-rakan di USIM. Daripada: Shahnurriman, Asyikin dan Alisya, University of Manchester, UK.

Saya, Nor Areeshah Azmi, pelajar Kejuruteraan Kimia di IUT Saint Nazaire, Perancis mengucapkan Salam Ramadan kepada keluarga tercinta di Terengganu dan Kelantan, guru-guru SK Bukit Wan, SMK Tengku Mizan Zainal Abidin (STEMZA)serta pensyarah UniKL MFI. Tidak dilupakan kepada pihak penaja - JPA serta rakan-rakan yang mengenali diri ini. Akhir kata, Selamat Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Selamat hari raya kepada isteri tercinta, Norhafiza Ismail dan anak-anak Nur Balqis Qistina dan Muhammad al-Fateh di Gemas, Negeri Sembilan, ibu bapa Rukiah Seis dan Ibrahim Othman di Port Dickson serta ibu mentua Zaiton Arsad dengan ucapan selamat hariraya maaf zahir dan batin, tidak dilupakan kepada warga PUSARTI Gemas, terutama Lt Kol Mohd Razali Awap. Daripada Kapten Mohd Riduan Ibrahim OPY2E, Riyadh, Arab Saudi.

Salam Ramadan kepada mak dan ayah di Alor Setar dan mama dan ayah di Jerlun, seluruh ahli keluarga serta sanak-saudara, sahabat-handai, warga Universiti Utara Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin. Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan kita semua. Daripada Fitri Mahamad Aziz & Saidatul Nurul Hidayah Jannatun Naim di Bristol, United Kingdom (UK).

Kami warga Malaysia di Cambridge, United Kingdom (UK) terdiri daripada pelajar- pelajar di University of Cambridge, Anglia Ruskin University, Brunel University, dan barisan pekerja Felda Global Ventures ingin mengucapkan Selamat Aidilfitri dan maaf zahir batin. Salam Lebaran.

Daripada: Mazwan, Mysarah, Muhammad Akashah, Marwan Zikri dan Marsya Mysarah. Kami dari Washington DC mengucapkan selamat menyempurnakan ibadah puasa dan Selamat Aidilfitri untuk mak di Temerloh, mak dan ayah di Triang, adik- beradik, sanak saudara dan semua kawan di Malaysia. Jangan lupakan kami bila makan ketupat daun palas pada pagi raya. Salam rindu daripada kami sekeluarga.

Assalamualaikum. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat Aidilfitri buat kedua ibu bapa di Kuala Terengganu, Mat Azmi Muhammad & Rohani Mohd Salim juga mak ayah di Kuala Lumpur, Nasaruddin Mat Kelan & Rosnah Nordin, serta semua adik-beradik, saudara-mara dan sahabat handai serta kenalan tidak kira di mana juga berada. Mohon maaf zahir batin, Insya-Allah tahun ini kali terakhir kami beraya di perantauan. Ada rezeki dan kesempatan dapat kita menyambut Aidilfitri bersama pada tahun hadapan. Makan ketupat rendang dan kuih muih ingatlah kami 3/13 di sini. Salam sayang dari kejauhan, Hasrizan Nasaruddin, Intan Suhana Munira Mat Azmi, Muhammad Hafiy Haikal, Muhammad Rifqy Raiyyan & Muhammad Wafry Waldan, Birmingham, UK.

Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya buat ibu tersayang, Noraini, bapa, Zakaria, adik, Eja dan Mak Long di Shah Alam dan adik beradik, sanak-saudara, sahabat handai serta buat semua yang mengenali kami. Tidak lupa juga kepada warga kerja BPFK dan Allianz Gen. Semoga kehadiran Syawal membawa seribu keberkatan dan kegembiraan kepada semua. Maaf zahir dan batin daripada Zaril Harza Zakaria, Noraziemah Mohamad Saari dan Haifa Zahien Zaril Harza di Aston University, Birmingham, UK.

Daripada: Khairul Bariah Mohd Mansor sekeluarga di Ashburn, Virginia, Amerika Syarikat. Selamat menunaikan ibadah puasa dan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin kepada ayahanda Hj. Mohd Mansor dan isteri di Kuantan, sanak saudara dan sahabat handai Zura, Didi, Sherry. Makan sedap-sedap tu, ingatlah kepada kami di perantauan.

Salam Aidilfitri teristimewa buat keluarga tercinta di Bagan Serai dan Ipoh, sanak- saudara, rakan-rakan sekerja di UniMAP dan UUM serta semua kenalan di Malaysia. Semoga Ramadan kali ini menjadi lebih cemerlang untuk kita semua. Selamat Hari Raya maaf zahir batin daripada kami sekeluarga. Syahril, Zahayu, Harriz, Hadi dan Azzalea di University of Birmingham, UK.

Kami Kashful Azim Shaharuddin dan Hafizzul Haziq Ramli, pelajar jurusan Syariah dan jurusan Bahasa Arab dari Universiti Islam Madinah AlMunawwarah mengucapkan Salam Ramadan kepada ayah dan umi serta keluarga tercinta, sanak-saudara di dan Sabah serta kepada semua yang mengenali diri ini. Semoga Ramadan dan Syawal tahun ini lebih bermakna.

Selamat menyambut Ramadan buat keluarga serta rakan-rakan di Malaysia. Doakan perjuangan kami sekeluarga. Dari; Audi Majdan Kamarul Bahrain, Nor Diana Zulkifli, Raissya Kaleyla dan Rihanna Keysha di Kyushu University, Jepun.

Selamat hari raya buat ayah, Wan Yazid dan ibu, Haslinda di Sungai Buloh serta seluruh ahli keluarga yang berada di Johor. Tidak dilupakan juga buat guru-guru di Sekolah Tun Fatimah dan rakan-rakan quintessence 0913. Daripada, Wan Nur Liyana Wan Muhammad Yazid, pelajar tahun 1, Indiana University, Amerika Syarikat.

Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali kami terutama ahli keluarga, sanak saudara, pensyarah, sahabat dan warga UM. Semoga lebaran kali ini memberi seribu makna serta membawa kerahmatan dan keberkatan buat semua insan. Ikhlas dari kami yang mengikuti program pertukaran pelajar di Universiti Okayama, Jepun.

Selamat Hari Raya diucapkan kepada ibu di Batu Gajah, Perak dan ayah di Seri Manjung, Perak, maaf zahir batin dari kami berempat adik beradik. Tak lupa juga kepada sanak saudara dan sahabat yang mengenali. Dari; Fatin, Fazlin, Fara dan Firdaus di Melbourne, Australia.

Salam Aidilfitri buat bapa dan mummy (Haji Shahrin dan Hajah Halijah) di Subang, kakak dan adik-adik tersayang (Mastura, Ruzanna, Siti Hajar, Nurhidayah, Abdul Halim dan Siti Maryam) tak lupa buat adik dan abang ipar (Nashriq dan Hijrad), Naib Presiden YOJA (Amalina Abdul Rahman), sanak saudara, sahabat dan rakan tak kira di mana, warga Jabatan Muzium Malaysia serta penaja JPA. Maaf zahir batin dan salam

4/13 sayang daripada Nurzawani Shahrin di bumi Aberdeen, Scotland, UK.

Selamat berpuasa dan salam Aidilfitri buat ibu bapa di Kampung Parit Tengah, Pekan dan Taman Melur, Ampang serta ahli keluarga dan sahabat handai di seluruh Malaysia. Maaf Zahir dan Batin daripada Mohd Rizal Muwazir (Lancaster University), Noradilah Abdul Hadi (University of Bolton), Hfiy dan Fareeha di Manchester, UK.

Salam Ramadan al-Mubarak dan selamat menyambut Aidilfitri kepada mak ayah di Batu Pahat, mak di Parit Buntar, adik beradik dan sanak saudara serta rakan-rakan di seluruh Malaysia. Mohon keampunan atas segala salah dan silap. Ikhlas daripada kami sekeluarga: Jamel, Rehanna, Hakeem, Farhan dan Rayyan dari Bristol, UK.

Assalamualaikum, kami pelajar Melaka di Mesir mengucapkan selamat berpuasa kepada keluarga dan sanak-saudara di Malaysia. Maaf zahir dan batin kullu waantum bilkhoir. Daripada; Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dengan ingatan kekal di sanubari.

Selamat menyambut Ramadan Mubarak buat keluarga Juhari Abdul dan Robiah Abdullah sekeluarga di Alor Setar, Kedah dan juga keluarga AB Sahab Muhammad dan Zaliha Othman sekeluarga di Kluang, Johor serta sanak saudara dan sahabat handai yang mengenali kami. Daripada Nurul Hanisah Juhari, AB Sharul AB Sahab, Naufal Amsyar AB Sharul dan Sarah Hajar AB Sharul, University of Copenhagen, Denmark.

Selamat berpuasa buat semua ahli keluarga tercinta di Johor, Perak dan Kuala Lumpur, tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan semua yang mengenali kami. Maaf zahir dan batin. Semoga Syawal kali ini lebih bermakna dan membawa keberkatan untuk kita semua. Ingatan tulus ikhlas daripada Shahrulrizan Kamarudin dan Asilah Abdul Mutalib dari University of Nottingham, United Kingdom (UK).

Salam dari Tembok Besar China daripada Harith Huzainee, Muhammad Ammar dan Syaiful Redzuan, pelajar tahun akhir sarjana muda Perubatan, Kejuruteraan dan Bahasa Mandarin di Tsing Hua University, Beijing kepada keluarga di Malaysia, guru- guru SBP Integrasi Sabak Bernam, rakan-rakan #TeamEnigma serta yang mengenali kami.

Salam Ramadan buat bonda tercinta Sabariah Abdul Rahman serta seluruh ahli keluarga, rakan taulan dan warga kerja MARA yang dikasihi walau di mana jua berada. Mohon ampun maaf dari kejauhan dan semoga Syawal tahun ini membawa keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua. Salam perantauan daripada Huzir, Amelia, Aimran, Alia dan Azhad di Glasgow, Scotland serta nenda, Puteri Zakiah di London.

Salam Ramadan kepada kedua ibubapa, Noor Azman Yaacob dan Ruzy Mohd Kaseh, seluruh ahli keluarga di Labis, Johor dan Batu Gajah, Perak. Tidak lupa pula kepada guru-guru dan sahabat-handai di SK LKTP Redong 1, SMK Seri Kenangan, Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kolej MARA Seremban dan pihak penaja dari MARA. Daripada Muhammad Syahiran Noor Azman, University of Mebourne of Australia.

Salam Ramadan kepada keluarga tercinta di Malaysia, pensyarah KPTM KL, guru-guru MRSM Kubang Pasu, MRSM Kuala Lipis, MRSM Pendang, MRSM Kota Putra dan MRSM Taiping, rakan-rakan yang mengenali kami dan tidak dilupakan juga penaja kami iaitu MARA. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

5/13 Daripada Adila, Qaisarah, Wawa, Puteri dan Ana.

Selamat berpuasa kepada ibu bapa, adik-adik, Laila, Imran dan Hafizul dan juga kepada abang, Khairi di Germany, serta seluruh ahli keluarga di Seremban dan di . Juga rakan-rakan diploma UiTM, penaja, PETRONAS, Nazmi dan keluarga serta semua rakan yang mengenali saya. Semoga Ramadan dan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna. Ikhas daripada Nur Syuaidah, University of Manchester, UK.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin diucapkan buat keluarga tercinta di Kelantan. Tidak lupa buat sahabat handai dan rakan taulan di UiTM, Shah Alam dan seluruh rakyat Malaysia. Daripada Mohd Abdul Fatah Abdul Manan, University of St.Andrews, Scotland, UK.

Kami mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan kepada sanak-saudara tercinta di Jitra dan Kuantan, serta kenalan taulan di UKM, Bangi (Bioinformatik), IIUM, Kulliyyah of Science (Plant Science) dan seluruh warga Malaysia yang mengenali kami ini. Doakan kejayaan kami di sini dan semoga Syawal kali ini memberikan rahmat dan keberkatan kepada semua. Daripada; Haneef Zulkifle, Nurul Hidayah, Muhd Afeef Hannan dan Irfan Hadee dari University of Nottingham, United Kingdom (UK).

Kami, mahasiswa tahun akhir kursus perubatan USM-KLE mengucapkan salam Ramadan al-Mubarak kepada ahli keluarga kami, sahabat handai, guru-guru dan semua yang mengenali diri ini. Semoga Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan untuk kita semua. Mari puji-memuji kepada Tuhan, insafi nikmat yang diberi di hari raya. Daripada Amir Izwan, Hakimy Puahad, Fareed Azlan, Al-Hafiz Ghazali, Rashdan Roslan, Safwan Khairuddin, Azim Azri, Mursyid Yasir, Amirul Hafizie, Nabil Khassan; USM-KLE IMP, Belgaum, Karnataka, .

Saya Farah Najihah Razali, pelajar Biologi Tahun 2 University of Bristol, UK mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada ibu bapa, ahli keluarga,kawan- kawan dan penaja saya,Kementerian Pendidikan Tinggi.Juga kepada guru dan pensyarah di SKPCT,SM Sains Sultan Mahmud (SESMA),Pusat Asasi UIA dan University of Bristol.

Salam Ramadan buat Mak di Kuantan, Rubiah Othman, Abah dan Mama di Alor Setar, Mohd Arif dan Razizah serta adik beradik dan sanak-saudara di Pahang & Kedah dan sahabat handai di GMI,Bangi. Daripada kami sekeluarga,Rohaya,Azel@ Faiz,Hadi, Fatildan Fahim, di England

Ramadan Kareem buat abah, Zulkifly Ahmad,mama, Wan Zaliti Wan Ngah,ayah, Sulong@ARashid,mak cik, Johani Jusoh, adik beradik tersayang,semua sanak saudara,guru-guru dan rakan-rakan.Daripada; Nurul Asma Hasliza Zulkifly (Pelajar Kejuruteraan Biokimia),suami,Mohd Faisal Sulong (Pelajar Occupational Health Safety & Environment) dan Nurul Afia Faziyya (anak) di University of Birmingham, UK.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari Mashitah Sabdin dan Mohd Sany Hamzan untuk semua ahli keluarga dan kenalan di Malaysia dengan ucapan ‘Kullu ‘Am wa antumbi Khayr’.Salam daripada kami di perantauan,Mashitah dan Sany, University of Birmingham, United Kingdom (UK).

Salam Ramadan serta maaf zahir dan batin dari kejauhan buat keluarga tersayang di Kuala Lumpur,

6/13 Kelantan, Perlis dan Melaka. Ucapan juga ditujukan kepada semua yang mengenali kami di seluruh Malaysia. Salam sayang dan penuh tulus ikhlas daripada kami: Hanis Afiqah,Deanne Sazaieka, Qamarina Zahirah, Hidayah Hasim dan Fadzlina Zabri pelajar perubatan tahun 3, IMS Bangalore,India.

Saya mengucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak kepada ayahanda, Mokhtar Yusoff, bonda, Ramlah Ismail, Along Rimy dan isteri kak Fifi, angah Rasydan dan adik Munirah serta keluarga, guru-guru dan sahabat yang mengenali saya tidak kira di mana jua anda berada. Tidak lupa juga kepada TABIKA KEMAS Wilayah Persekutuan, SK Bandar Tun Razak 1, SRA Nahdhatul Aula, SM Bandar Tun Razak, MRSM Taiping, KMKN dan UniKL BMI. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan kalian. Ikhlas daripada saya, Mahirah Raihan Mokhtar, pelajar tahun akhir kejuruteraan elektrik dan elektronik, The University of Auckland, .

Salam Ramadan buat keluarga tercinta di Ipoh, Perak, saudara-mara, Cikgu Sabri, Cikgu Rahim (SKSA 2000) dan sahabat-sahabat yang mengenali diri di Malaysia, terutama Geng Gossip Girl (Nurainna dan Hazirah). Daripada (kanan) Raihah Aminuddin di University of Sheffield, United Kingdom.

Saya, Norasyikin Ismail pelajar PhD Kejuruteraan Petroleum di Texas A&M University, Amerika Syarikat mengucapkan Salam Ramadan buat ibu dan abah - Ismail dan Nooraisah serta adik-adik di Johor, sanak saudara, rakan-rakan yang mengenali, guru-guru dan pensyarah di SAKTI dan UTM Skudai. Tidak lupa juga kepada penaja, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti Malaysia Pahang.

Selamat menjalani ibadah puasa buat keluarga tercinta di Klang dan Kluang. Tidak lupa juga buat sanak saudara, rakan-rakan dan semua yang mengenali kami. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada kami sekeluarga, Abd Khalik Khassunah, Aidawati, Amir, Amira dan Alisha di Newcastle University, United Kingdom.

Selamat menyambut Ramadan al-mubarak buat semua rakyat Malaysia daripada kami pelajar dari University of Adelaide, Australia.

Kami, pelajar daripada Universiti Niigata, Jepun ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada kaum keluarga, sanak saudara, rakan-rakan serta mereka yang mengenali kami.

Kami bakal doktor perubatan dari Universiti Iskandariah, Mesir mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadan kepada ibu bapa, sanak saudara dari seluruh negara dan semua yang mengenali kami. Dari kiri (belakang): Khairul, Murshid, Firdaus, Rizwan dan Hafi. Dari kiri (tengah): Dayang, Hanim, Wanie, Amira, Hanis, Hazimah dan Dhamirah. Dari kiri (hadapan): Ruhidayati, Khairunnisa, Puteri, Husna, Husna, Lisa, Daneesa dan Humaira.

Kami pelajar pergigian dan perubatan Nitte University, Mangalore, India mengucapkan Salam Ramadan buat keluarga tersayang di Malaysia. Insya-Allah kami akan pulang tidak lama lagi dan berkhidmat untuk negara tercinta. Dari kiri: Munirah Mohd Nor, Wan Nur Suhailah, Amalina Said, Nabilah Mohammad, Nurul Syamimi Mhd Yusoff, Nazihah Zulkiplly, Chin Kai Sye dan Dayang Zarifah.

Salam Ramadan kepada keluarga tercinta, terutama ayah (Jamaludin Abd Aziz) & mak (Rosmawati Razali), kenalan di Malaysia, pihak penaja (JPA) serta tenaga pengajar. Daripada Nur Balqis Jamaludin dan rakan-

7/13 rakan (dari kiri) Nabila, Rina, Nisa, Eyma dan Balqis. Pelajar Kejuruteraan Tahun 4, SungKyunKwan University, Korea Selatan.

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam khususnya bonda dan ayahanda di Paka, Safiee Ismail dan Rosmerry Zulkifli, sanak saudara tercinta di Terengganu, guru-guru di SK PAKA, SMK (A) Kuala Abang, tidak lupa kepada penaja saya Kementerian Pelajaran Malaysia, rakan-rakan dan semua yang mengenali diri ini. Semoga Ramadan kali ini memberi seribu keberkatan. Ikhlas daripada Syairah Safiee, Beijing Language and Culture University, Beijing, China.

Salam Ramadan buat keluarga di Bangi, sanak saudara di Kedah, guru-guru SMKA Mahaad Hamidiah Kajang, pensyarah-pensyarah Fakulti Kejuruteraan Komputer dan Sistem Komunikasi UPM serta sahabat-sahabat yang mengenali. Daripada Khairul Farhana Ramli, Niigata University, Jepun.

Salam Ramadan buat keluarga (abah, Shukri Abd Hamid & mama, Zainab Musri), sanak saudara, sahabat handai dan guru-guru terutama di Kolej MARA Kuala Nerang, UniKL Micet dan juga, SK Panglima Adnan, SMK Bukit Saujana, Port Dickson, MRSM Tun Ghafar Baba Jasin. Terima kasih dan doakan kejayaan kami di sini. Daripada Adila Hanani Shukri, Syaza Syafiqah dan Amirah Nasir. Pelajar tahun ketiga The University of Sheffield, United Kingdom.

Salam Ramadan diucapkan kepada keluarga kami, guru-guru, sahabat, tenaga pengajar INTEC dan penaja JPA. Dari kiri: Najwa Win Abd Rahman, Siti Aisyah Shamsul Kamal, Izzah Hazirah Abd Manan, Sharienna Sharman dan Nur Adilah Soleh, pelajar tahun dua kejuruteraan elektrik Brunel University.

Salam Ramadan diucapkan kepada keluarga tercinta di Seremban (Sabuddin dan Azizah) dan Serdang (Salim dan Norafidah), sanak saudara, guru-guru, pensyarah serta rakan-rakan SKA, SMKKGV, SASER, KMNS, UMT, Fakulti Pertanian dan Fakulti Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) serta seluruh rakyat Malaysia yang mengenali diri ini. Semoga tahun ini membawa keberkatan serta keriangan kepada semua. (Dari kiri) Amir Taufiq, Hanan Malaeka dan Nur Zuhaira, Wageningen UR (University and Research centre), Belanda.

Salam Ramadan buat kedua ibu bapa, Mustafa dan Rafeah serta keluarga di Kg Gadek, Alor Gajah, Melaka. Tidak dilupakan saudara mara dan rakan rakan yang mengenali diri ini termasuk warga pendidik di INTEC, Maktab Tentera Diraja (MTD), MOZAC, SK Ganun, SK Desa Pahlawan dan pihak penaja JPA. Ikhlas daripada saya Muhammad Rafiq Mustafa, pelajar tahun kedua Kingston University London, United Kingdom.

Dari kiri: Adila Liyana Sukri, Najihah Wahi Anuar, Faranur Sabudin, Nurul Nadia Arifin, Thania Redzuan, Syazwani Farain Zakaria, Nurul Insyira Ahmad Din, Aainaa Mahirah Roslan, Athirah Ashaari, Syaza Naqibah Rahim dan Waazalimah Wahid. Kami pelajar perubatan tahun akhir dari Universitas Hasanuddin Makassar Indonesia mengucapkan selamat berpuasa buat keluarga dan sanak saudara di Malaysia. Semoga Ramadan dan lebaran tahun ini membawa 1001 keberkatan dan lebih bermakna bagi kami dan keluarga tersayang. #tunggukamipulkamtahundepan

Selamat menjalani ibadah puasa. Salam penuh kerinduan daripada kami sekeluarga di rantauan buat bonda tercinta, Mahyan Abas dan Mahayon Abas, keluarga dan sanak saudara di Kg Poh, Bidor dan di Kg Teluk 8/13 Pasu, Terengganu; sahabat handai di Jabatan Kerja Raya dan SMK Sri Hartamas dan sesiapa jua yang mengenali diri kami. Daripada kami sekeluarga - Abdul Muhaimin, Noraidah, Muhammad Haris, Marissa Hanim dan Maryam Husna dari Loughborough University, United Kingdom.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berpuasa kepada ibu bapa, saudara mara di Jitra, Kedah, guru-guru, sahabat handai serta semua yang mengenali diri ini. Ikhlas daripada Amirussalam Aswadi, Inha University, Incheon, Korea Selatan.

Salam Ramadan kepada ayah, Jahya Janal dan emak, Rokiah Omar sekeluarga di Klang serta ayah, Hashim Abdul Hamid dan emak, Pauziah Burok sekeluarga di Shah Alam, Selangor, kepada penaja, iaitu KPT Malaysia dan UiTM serta ahli keluarga dan sahabat di Malaysia. Daripada Arnida Jahya dan Mohd Redzuan Hashim, PhD Human Resource Management, University of Strathclyde, Scotland.

Kami pelajar University of Reading United Kingdom, ingin menyampaikan ucapan Salam Ramadan buat ahli keluarga dan rakan-rakan kami yang berada di Malaysia. Dari kiri; Hanis Nadia, Farah Shaqhirah, Sarah, Ira Izzura dan Nurul Atiqah.

Kami pelajar tahun 3 Beijing Language and Culture University mengucapkan Salam Ramadan kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya buat ahli keluarga kami yang berada di Sarawak, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kedah dan Kelantan.

"Gemersik takbir mengundang hiba, Salam diutus tanda ingatan, Syawal dinanti menjelang tiba, Salam diutus mohon kemaafan". Salam Ramadan daripada; Muhammad Fareed Nor Azlan, pelajar perubatan tahun akhir USMKLE International Medical Programme Belgaum, India.

Assalamualaikum, kami pelajar tahun akhir fakulti perubatan Universiti Zagazig Mesiringin mengucapkan selamat berpuasa buat keluarga tercinta, guru-guru, kawan- kawan serta pihak penaja.

Salam Ramadan buat mak dan ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan guru serta pensyarah di SK Durian Burong, SMK Sultan Ahmad, MRSM Pengkalan Chepa, KMNS, UniSZA dan pihak penaja KPT serta semua yang mengenali diri saya. Daripada: Ahmad Hanafi Sulong, pelajar pascasiswazah, The Royal Dick Veterinary College, University of Edinburgh, Scotland, United Kingdom.

Saya pelajar tahun ketiga Kejuruteraan Automotif di Institut Supérieur de lAutomobile et des Transports (ISAT) di Nevers, Perancis mengucapkan Salam Ramadan kepada keluarga tercinta di Kelantan, guru-guru SK Pak Badol, SMK Pak Badol, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri serta pensyarah-pensyarah UniKL MFI. Tidak dilupakan juga kepada pihak penaja, JPA serta rakan-rakan yang mengenali diri ini.

Salam Ramadan Al-Mubarak khas buat keluarga tercinta yang berada di Kemaman dan Putrajaya. Tidak lupa juga buat pihak penaja, Majlis Amanah Rakyat (MARA), pensyarah-pensyarah Kolej Professional MARA Indera Mahkota (KPMIM) Kuantan dan University Putra Malaysia (UPM), guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Premier Chukai (TEPCES) Kemaman,serta sahabat yang mengenali diri ini. Daripada; Syairah Zahari, Bachelor of Education in Teaching English to Speakers of Other Languages (TESOL), Pelajar Tahun Akhir Victoria University of Wellington, New Zealand.

9/13 SALAM Ramadan kepada ahli keluarga dan saudara-mara di Selangor, , Putrajaya dan Kuala Lumpur. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan dan para pensyarah di INTEC Education College (INTEC) khususnya kepada Farrah Ahmad, Norsyarmila Shuib, Rabiaini Ab Rahman, Nor Bahyah, Lili Rusli, Nurul Huda Ahmad, Khairul Niza dan Suci Aida Fitri. Seterusnya, para pendidik di SESERI, CBN, SAMURA, SMK Putrajaya Presint 9(1), SMK Seksyen 9 (Shah Alam), STJ, SMK Tasek Utara 1, SSI(JB) dan semua yang mengenali serta seluruh umat Islam di Malaysia. Daripada: (Dari kiri) Sarah Jasmine Mohd Azmin (University of Adelaide), NurFarah Amira Abd Rahim (University of Adelaide), Nur Faiqa Muhar (University of South Australia), Muhammad Ainuddin Taquddin (University of Adelaide), Muhammad Faiq Fauzi (University of Adelaide) dan Ariff Yusien (University of Adelaide).

Selamat berpuasa kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan tenaga pengajar Sekolah Sri Petaling, SMK (L) Bukit Bintang, SMK Seremban 2, UiTM Jengka, Kolej Melayu Kuala Kangsar, SDAR, Kolej MARA Banting daripada kami fantastic 4 of Swansea University. Daripada kami; Shahrul Azmi, Nazirul Akmal, Khairunnaim dan Acgig Nazar.

Selamat menyambut Ramadan buat seluruh keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan semua yang mengenali saya. Di kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf, zahir dan batin. Jumpa pada hari raya nanti. Ingatan tulus ikhlas daripada Muhammad Hazwan Hamzah, University of Birmingham, United Kingdom.

Kami, Aisyah Syakira Md Khaidzir dan Muhamad Anzar Irham Md Khaidzir mengucapkan selamat berpuasa kepada abah dan mama kami, Md Khaidzir Muhamad dan Norini Abdullah serta adik-beradik di Kota Bharu, Kelantan, guru-guru di SK Zainab (1), SMK Zainab (1), SK Langgar, SM Sains Seremban, pensyarah- pensyarah kami di INTEC, IMU dan MFI Bangi serta rakan-rakan Malaysia yang mengenali kami. Daripada; Aisyah Syakira Md Khaidzir (Pelajar perubatan tahun 4 University of Aberdeen, UK) dan Muhamad Anzar Irham Md Khaidzir (Pelajaran Kejuruteran Mekanikal University Teknologi Aix-Marseille, Perancis).

Saya Nur Afiq Zuhairi Zawawi pelajar perakauan dari The University of Adelaide Australia, mengucapkan Salam Ramadan kepada abah dan umi serta keluarga tercinta, sanak-saudara di Kelantan, seluruh warga PETRONAS, rkan karib di Jengka dan kepada semua yang mengenali diri ini. Semoga Ramadan dan Syawal tahun ini lebih bermakna.

Saya mengucapkan selamat berpuasa buat ayahanda, Sallahuddin dan ibunda, Zainab Zakaria, adik-beradik, saudara-mara, guru-guru khususnya di SK Taman Melawati 2, MRSM Mersing, MRSM TGB, Matrikulasi Johor dan semua yang mengenali diri ini. Doakan kejayaan saya di sini. Ikhlas daripada Deanne Sazaieka Sallahuddin, pelajar perubatan tahun 3 IMS-MSU Campus Bangalore, India.

Salam Tamadan Al-mubarak buat keluarga di Kedah dan Johor, guru-guru di SK Singkir, MRSM Kubang Pasu dan UniKL BMI serta sahabat handai. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada penajaMARA. Daripada: Nur Athirah Aminuddin, Bachelor of Elctrical Engineering (Hons), UNSW, Australia.

Salam Ramadan buat ummi, ayah, mama, abah, dan keluarga tercinta. Tidak dilupakan juga sahabat handai, guru-guru di SKTP, SMK (A) BP, KISAS, KMB dan juga buat pihak penaja, MARA. Salam sayang daripada Uwais Ahmad Fauzi, University College London. United Kingdom. 10/13 Kami sekeluarga di Florida Institute of Technology, Amerika Syarikat mengucapkan Salam Ramadan teristimewa untuk mama papa, mama abah, dan keluarga di Selangor dan Perlis, saudara-mara, sahabat handai serta kenalan seluruh Malaysia. Daripada Ismayuzri Ishak, Nurhazwani Abd Rahman dan pteri kami, Irdina Haniyah.

Kami pelajar tahun 1 Kejuteraan di The University of Sheffield, United Kingdom mengucapkan Salam Ramadan kepada semua keluarga, rakan-rakan dan pensyarah kammi di INTEC Education College dan guru-guru kami di SASER, SMACH, IGOP, SAKBA, ASIS, SHAMS, SMAKL, MCKK, dan SMK Bukit Jambul.

Kiriman salam Ramadan kami diiringi dengan perlukan rindu kepada keluarga dan sanak saudara yang mengenali diri kami. Buat guru dan pensyarah yang pernah mengajar kami semoga selalu gembira walaupun kami tidak bersama. Tidak lupa kepada penaja kami sepanjang kami berada di bumi Geordie. Daripada warga Malaysia di Newcastle, United Kingdom (UK).

Ramadhan Kareem buat ahli keluarga, saudara-mara, rakan taulan dan seluruh kaum muslimin di Malaysia khasnya. Maaf zahir dan batin daripada saya Ahmad Hosni dan isteri Sakinah Idris. Rotterdam, Belanda.

Selamat berpuasa buat semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat serta pembaca BH di tanah airku Malaysia tercinta. Kami menyusun sepuluh jari mohon maaf zahir dan batin. "Wadai kipeng ulahan paninian, Nyamanyak tapai si salih kunang, Salah silap ayuhak berellaan, Hanyak kulaan bisak diganang." Yang merindui, Shereez Idlan Adha, Nor Azimah dan An-Nur Raudhah dari Sussex, UK.

Salam Ramadan buat keluarga di Malaysia, terutama ibu bapa abang kakak dan adik adik di Setiawangsa dan Sabak Bernam. Tidak dilupakan keluarga, guru-guru dan kawan-kawan yang mengenali kami. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi dengan Ramadan dan Syawal tahun hadapan. Ikhlas daripada kami sekeluarga, Taufiq, Fairuz, Afiya Humaira dan Alanna dari Glasgow, Scotland UK.

Salam Ramadan kepada ibu bapa, adik-beradik dan semua keluarga besar kami di Malaysia. Tidak lupa, kepada seluruh ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan wargakerja UTeM, Melaka. Daripada: Al Amin M Sultan, Wahidah Mohas, Malikah Az- zahra dan Rumaisha Az-Zahra dari Manchester, United Kingdom.

Salam Ramadan kepada keluarga tercinta, sanak saudara, rakan serta guru di Kolej MARA Banting, MRSM Taiping, MRSM Pasir Salak, Sekolah Kebangsaan Seberang Perak serta seluruh warga Malaysia. Semoga Ramadan dan Syawal kali ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Daripada Normi Zafirah Mohd Isha (Royal College of Surgeons, Ireland).

Salam Ramadan kepada mak, ayah dan seluruh ahli keluarga di Halaman Dhuha, Bukit Payong, Marang dan Bandar Baru Bangi, Sisterhoods di serata Malaysia, kenalan kenalan dari UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, dan Puncak Alam dan semua mengenali kami. Semoga Ramadan kali ini diberkati. Daripada: Nurul Najwa Abdul Latiff & Noor Bahirah Zulkifli, ACCA, Manchester Metropolitan University,UK.

Kami pelajar tahun akhir di University of Nottingham, United Kingdom (UK) mengucapkan salam Ramadan kepada keluarga, saudara-mara, sahabat handai, guru dan penaja kami (MARA, JPA, Yayasan Terengganu, Bank Negara, KPM, FELDA) di Malaysia. Dari atas kiri: Harith Tarik, Amir Syahmi, Farhan Husni, Sallehuddin

11/13 Mansor, Faqihuddin Ghazali, Haikal Nasir, Amir Fikri, Syafiq Razib dan Ishak Osman. Dari bawah kiri: Nazmi Kadim, Zulhilmi Azmi, Ahmad Ibrahim, Firdaus Zulkifli, Aiman Amri, Mifzal Radzi dan Ihsan Zulhisam

Salam Ramadan kepada ibu bapa, Kadir Hamid dan Wan Hamidah Wan Abdul Rahman serta seluruh ahli keluarga di Kota Bharu, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Tidak lupa juga buat guru-guru dan sahabat handai di SK Mulong 2, MRSM Kuala Terengganu, Kolej MARA Seremban dan pihak penaja MARA. Daripada Nurhidayah Kadir, Victoria University of Wellington.

Selamat berpuasa buat ayah, ibu dan adik beradik di Johor, sahabat-sahabat akrab di sekitar Lembah Klang dan yang mengenali. Mohon maaf zahir batin dari hujung rambut ke hujung kaki. Halalkan makan minum. Terima kasih kerana sentiasa mengingati saya di sini. Salam rindu untuk kalian semua.

Salam Ramadan buat ayahanda tercinta, Nazmi Othman dan bonda, Nooraini Abdullah serta seluruh keluarga tersayang, Along (Noorazni), Abang Andy, Abang (Nasir) dan Kak Liz di Johor Bahru, Angah (Noorizan), Abang Adie di Kuala Lumpur dan sanak saudara di Johor Bahru. Salam sayang daripada Nurhazimah Nazmi, D2, Shibaura Institute of Technology, Saitama, Jepun.

Selamat berpuasa kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kedua ibu bapa saya, ahli keluarga dan sanak saudara, sahabat-sahabat serta guru/pensyarah dari SK Taman Perling, SMK Seri Perling, ASiS, KMKN dan UniKL MFI. Daripada Hariz Afifi Roslan, University of Leeds, UK.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak buat keluarga dan sanak saudara. Tidak dilupakan kepada sahabat handai dan semua yang mengenali kami. Daripada Muhammad Ismail Abd Halim dan Norzaima Nordin di Institut superieur de laeronautique et de lespace (ISAE) Toulouse, Perancis.

Salam Ramadan buat ayah bonda, kaum keluarga, dan sahabat handai yang mengenali kami. Doakan perjuangan kami di bumi asing. Daripada kami, Saiful Izwan Zainal, Norazrin Zamri, Darwish Irfan dan Muhammad Harith Irfan, University of Warwick, UK.

12/13 13/13