Alam Semulajadi
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Alam Semulajadi Terengganu adalah ibarat muzium alam semulajadi yang mengagumkan, keunikan ekosistem berbeza dengan flora dan fauna yang eksotik era purba di mana hutan hijau terbentuk bersama deruan air terjun dan lanskap kehijauan yang mengalir ke pesisiran pantai dan keindahan pulau-pulau bak permata di kebiruan laut. Tiada yang lebih menyeronokkan selain dari meluangkan masa dengan beriadah di kelilingi kehijauan alam semulajadi, menyelami warna-warni kelestarian alam yang menonjol di destinasi ini dalam mewarnai keceriaan hidup ini. Negeri Cantik, Budaya Menarik Hutan Rekreasi dan Air Terjun Lata Belatan Pusat Santuari Penyu di Ma’Daerah Taman Pertanian dan Air Terjun Sekayu Hutan Rekreasi dan Air Terjun Chemerong Pantai Teluk Mak Nik Hutan Rekreasi dan Air Terjun Lata Tembakah Pusat Penerangan Penyu di Rantau Abang Air Terjun Lasir Tanah Bencah Setiu Pantai Chagar Hutang, Mak Kepit, Mak Simpan, Pasir Bujang di Pulau Redang Air Panas Kampung La 4 ALAM SEMULAJADI HUTAN REKREASI DAN AIR TERJUN CHEMERONG Air Terjun Chemerong setinggi 305 meter ini adalah air terjun menegak paling Bagaimana untuk ke sana Dari Kuala Terengganu, perjalanan ke arah tinggi di Malaysia yang terletak 100 km ke selatan dari Kuala Terengganu dan selatan menggunakan laluan Jerangau Jabor hanya 30 km dari bandar Al-Muktafi Billah Shah di daerah Dungun. Melalui atau Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) sejauh aktiviti redahan di alam semulajadi yang menghijau menuju ke lokasi tadahan air lebih kurang 100 km dan masuk melalui simpang Kampung Jongok Batu. Taman terjun, pengunjung boleh merasai ketenangan dan kedinginan air. Kepada yang Rekreasi Chemerong merupakan laluan ke air meminati cabaran pendakian, Gunung Berembun memberikan pengalaman terjun dan juga ke Gunung Berembun. pendakian yang menerujakan. HUTAN REKREASI DAN AIR TERJUN 5 6 ALAM SEMULAJADI Bagaimana untuk ke sana Dari Kuala Terengganu, gunakan laluan Bukit Payong melalui pekan Wakaf Tapai dan Ajil. Setiba di persimpangan menghala ke bandar Kuala Berang, ambil laluan ke kiri untuk ke Taman Pertanian Sekayu sejauh 15 km. TAMAN PERTANIAN DAN AIR TERJUN SEKAYU Taman Rekreasi dan Air Terjun Sekayu terletak 15 km dari bandar Kuala Berang dan hanya 45 minit perjalanan dari Kuala Terengganu. Terdapat tujuh tingkat air terjun dengan trek laluan kepada pengunjung yang ingin bersantai di hujung minggu. Pelbagai kemudahan disediakan antaranya termasuk wakaf rehat, tapak perkhemahan, gerai-gerai makanan dan ruang parkir kenderaan. Tarikan terkini adalah Taman Pertanian Sekayu seluas 85 ekar yang mempunyai kebun buahan tropika, restoran, kolam renang, zoo mini dan taman permainan kanak- kanak. HUTAN REKREASI DAN AIR TERJUN 7 8 ALAM SEMULAJADI AIR TERJUN LASIR Air Terjun Lasir, yang terletak 16 km dari Pengkalan Gawi, adalah antara destinasi beriadah yang popular di Tasik Kenyir. Dengan ketinggian air terjun dari 500 kaki, terdapat jambatan gantung melalui bungkah-bungkah batu yang menghasilkan deruan air yang memutih. Di kelilingi pula dengan hutan hujan tropika menjadikan ia kawasan teduhan yang nyaman. Bagaimana untuk ke sana Air terjun ini boleh dikunjungi dengan menaiki bot dari Jeti Pengkalan Gawi dan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk tiba. HUTAN REKREASI DAN AIR TERJUN 9 10 ALAM SEMULAJADI HUTAN REKREASI DAN AIR TERJUN LATA TEMBAKAH Bagaimana untuk ke sana Hutan Rekreasi dan Air Terjun Lata Tembakah Ianya terletak 25 km terletak 118 km ke utara Kuala Terengganu ke arah selatan dari bandar Jertih. Dari Kuala atau 25 km dari bandar Jertih di daerah Besut. Terengganu, perjalanan Cabaran mendaki hingga ke tingkat ketujuh sejauh 118 km ke utara dan boleh menggunakan air terjun menjanjikan pemandangan yang laluan T142 melalui menerujakan. Ruang parkir kenderaan, gerai Kampung Jabi di mana makanan, laluan pejalan kaki, laluan redah hutan, terdapat papantanda penunjuk arah terus ke wakaf rehat dan tapak perkhemahan adalah lokasi air terjun. antara kemudahan yang disediakan. Lokasi ini sentiasa dikunjungi pada setiap hujung minggu dan cuti umum. HUTAN REKREASI DAN AIR TERJUN 11 12 ALAM SEMULAJADI HUTAN REKREASI DAN AIR TERJUN LATA BELATAN Bagaimana untuk ke sana Jauh dari kesibukan kota, Hutan Rekreasi dan Air Terjun Lata Belatan Ianya terletak 24 km ke arah selatan dari bandar Jertih. Dari Kuala Terengganu, laluan sejauh 100 terletak hanya 24 km ke selatan dari bandar Jertih di daerah Besut atau km ke utara dan boleh menggunakan laluan T142 100 km ke utara dari Kuala Terengganu. Kedinginan dan deruan air sudah melalui Kampung Jabi dan terdapat papantanda pasti menjanjikan keterujaan bermandi-manda dan beriadah bersama penunjuk arah terus ke air terjun. Ia juga merupakan laluan permulaan untuk pendakian ke Gunung rakan dan keluarga terutama ketika cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Tebu. Terdapat tempat parkir kenderaan, gerai-gerai makan, bilik persalinan dan tapak perkhemahan antara kemudahan yang disediakan. HUTAN REKREASI DAN AIR TERJUN 13 14 ALAM SEMULAJADI HUTAN REKREASI DAN AIR TERJUN 15 AIR PANAS KAMPUNG LA Air Panas Kampung La terletak 140 km ke utara dari Kuala Terengganu. Kolam air panas terhasil dari punca air yang meresap melalui rekahan di celah-celah Bagaimana untuk ke sana batu dengan suhu kepanasan antara 50 - 75 darjah Ianya terletak 28 km ke arah selatan dari bandar Jertih. Dari Kuala Terengganu, celsius dan dipercayai boleh mengubati penyakit laluan sejauh 140 km ke utara dan seperti sakit sendi, saraf, tekanan darah tinggi, lumpuh boleh menggunakan laluan T142 melalui dan penyakit-penyakit kulit. Terdapat kemudahan- Kampung Jabi dan terdapat papantanda penunjuk arah terus ke Kampung La. kemudahan yang disediakan seperti tandas, chalet, gerai-gerai makanan, kedai cenderahati dan tapak perkhemahan. 16 ALAM SEMULAJADI SANTUARI PENYU 17 PUSAT PENERANGAN PENYU DI RANTAU ABANG Sehingga ke akhir tahun 80an, Pantai Rantau Abang amat terkenal sebagai salah sebuah daripada enam pesisir pantai di dunia yang menerima kehadiran penyu belimbing bertelur dari bulan Mei hingga September setiap tahun. Namun beberapa faktor semulajadi dan kesan pembangunan telah menyebabkan menurunnya jumlah pendaratan penyu di sini. Pusat Penerangan Penyu menyediakan maklumat putaran kehidupan spesis- spesis penyu dan apakah langkah pemuliharaan yang telah, sedang dan akan dibuat bagi memastikan kelangsungan hidup spesis terancam ini. Bagaimana untuk ke sana Rantau Abang terletak lebih kurang 22 km ke utara dari bandar Dungun atau 80 km ke selatan dari Kuala Terengganu. Terdapat perkhidmatan bas awam dan teksi dari Kuala Terengganu dan Dungun. 18 ALAM SEMULAJADI SANTUARI PENYU 19 PUSAT SANTUARI PENYU DI MA’ DAERAH Bagaimana untuk ke sana Ma’ Daerah terletak di Mukim Kerteh di daerah Kemaman. Kawasan berpasir ini yang Ianya terletak di antara pekan Kertih berkeluasan 70 hektar dan panjangnya hanya 1.7 km merupakan kawasan yang dan Paka. Perjalanan adalah sejauh 116 km dari Kuala Terengganu telah digazetkan sebagai Pusat Konservasi Penyu Contoh dengan kerjasama Jabatan melalui jalan pantai hingga ke Perikanan Malaysia, Syarikat British Petroleum dan World Wildlife Fund Malaysia. Selain Kertih. Pusat Penyu dan Eko Marin daripada mengendalikan pengurusan pemuliharaan penyu dan memantau penyu bertelur, (TUMEC) di Rantau Abang boleh dihubungi untuk mendapatkan kawasan ini menjadi rujukan kepada pembelajaran dan kesedaran pentingnya spesis maklumat terperinci mengenai penyu terutama kepada penyelidik, kanak-kanak sekolah dan komuniti keseluruhannya. tempat ini. 20 ALAM SEMULAJADI SANTUARI PENYU 21 PANTAI TELUK MAK NIK Pantai Teluk Mak Nik terletak di Geliga, 10 minit dengan kenderaan dari bandar Chukai di daerah Kemaman. Pantai ini menjadi pilihan masyarakat setempat beriadah di hujung minggu. Terdapat kemudahan-kemudahan seperti wakaf, gerai-gerai makanan, kedai-kedai cenderahati, tandas dan taman permainan kanak-kanak disediakan. Tarikan utama di pantai ini ialah Santuari Penyu, menandakan terdapatnya penyu-penyu mendarat di pantai untuk bertelur di persekitaran pantai. Kebanyakan penyu yang mendarat adalah daripada spesis Penyu Hijau dan masa terbaik untuk menyaksikan pendaratan penyu adalah antara bulan Mac hingga Oktober. Bagaimana untuk ke sana Ianya terletak 150 km ke arah selatan dari Kuala Terengganu dan cuma mengambil masa 5 - 10 minit dari bandar Chukai. Lokasinya adalah di belakang Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN), Geliga, Kemaman. 22 ALAM SEMULAJADI PANTAI CHAGAR HUTANG, MAK KEPIT, MAK SIMPAN, PASIR BUJANG DI PULAU REDANG Terdapat banyak pusat santuari dan tapak penetasan penyu di Negeri Terengganu dan ini termasuklah di Pantai Chagar Hutang, Mak Kepit, Mak Simpan dan Pasir Bujang di Pulau Redang, Setiu. Pusat konservasi penyu di Pantai Chagar Hutang ini diuruskan oleh Universiti Malaysia Terengganu melalui Unit Penyelidikan Penyu atau SEATRU (Sea Turtle Research Unit). Bagaimana untuk ke sana Pengunjung yang berminat boleh menghubungi Jabatan Perikanan Negeri Terengganu untuk mendapatkan kebenaran melawat dan kemudahan bot laju terdapat di Pantai Pasir Panjang, Pulau Redang. SANTUARI PENYU 23 24 ALAM SEMULAJADI SANTUARI PENYU 25 Tugas unit ini adalah untuk membuat kajian terhadap spesis penyu, mengumpul dan mengawal telur semasa inkubasi dan memantau sarang-sarang telur penyu. Pantai-pantai tersebut telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan mewujudkan zon larangan sejauh 1 km dari pesisir air di Pulau Redang bagi melindungi kawasan- kawasan pendaratan penyu bertelur. 26 ALAM SEMULAJADI TANAH BENCAH SETIU Tanah Bencah Setiu berkeluasan 23,000 hektar, adalah satu-satunya tanah