MENTERI Menyatakan :- (A) Apakah Tindakan Kerajaan Bagi
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
NO SOALAN: 31 PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LIS AN DARIPADA YB PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR [ LEMBAH PANTAI] TARIKH 5 NOVEMBER 2014 (Rabu) SO ALAN Puan Nurul lzzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) apakah tindakan Kerajaan bagi menghentikan kenyataan berbaur perkauman yang dilakukan oleh mana-mana pihak, khususnya IS MA dan PERKASA. Nyatakan juga senarai nama mereka yang didakwa sejak 2012 hingga terkini; dan (b) garis masa bagi pemansuhan Akta Hasutan, berdasarkan janji Perdana Menteri pada 16 September 2012. 1 JAWAPAN: PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJISHUKRI MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang di-Pertua, 1. Sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Julai 2012, Kerajaan telah membuat keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 [Akta 15] dan menggantikan dengan suatu undang-undang baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan keperluan untuk menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di Malaysia. 2. Sungguhpun begitu, Kerajaan amat prihatin dan mengambil maklum akan pandangan dan maklum balas yang telah diberikan oleh pelbagai pihak berhubung dengan isu pemansuhan ini. 3. Sehubungan dengan itu, YAB Perdana Menteri melalui kenyataan akhbar beliau bertarikh 12 September 2014 telah memaklw11kan bahawa rundingan yang menyeluruh akan diadakan dengan semua pihak berkepentingan. Selepas proses rundingan tersebut diadakan, barulah Kerajaan akan menentukan hala tuju yang akan diambil berhubung dengan Akta Hasutan 1948. 2 4. Sejak tahun 2012 sehingga September 2014, seramai 20 orang (melibatkan 20 kes) telah dipertuduh di bawah Akta Hasutan 1948. Senarai nama mereka yang dipertuduh adalah seperti yang berikut: TAHUN JUMLAH NAMATERTUDUH TERTUDUH 2014 12 - Teresa Kok Suh Sim - R.S.N. Rayer - Abdullah Zaik bin Abdul Rahman - Gopinath Jayarathnam - N. Surendran - Sugumaran a/1 Periasamy - Khalid bin Samad - Dr. Azmi Sharom - David Orok - Wan Ji bin Wan Hussein - Ali bin Abdul Jalil - Chow Mun Fai 2013 8 - Chua Tian Chang (melibatkan 2 kes berbeza) - Tan Jye Yee dan Lee May Ling ( dituduh bersama) - Adam Adli bin Abd Halim - Muhammad Safuan bin Anang - Tamrin bin Abdul Ghafar - Haris Fathillah bin Mohamed Ibrahim - Hishamuddin bin Md Rais 3 2012 Tiada - Jumlah 20 Sekian, terima kasih. 4 .