Gaya Rupa Dan Peletakan Ornamen Senibina Pada Rumah Tradisional Bumbung Panjang Melaka
GAYA RUPA DAN PELETAKAN ORNAMEN SENIBINA PADA RUMAH TRADISIONAL BUMBUNG PANJANG MELAKA FADHLINA BINTI AHMAD @ TAUFIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA GAYA RUPA DAN PELETAKAN ORNAMEN SENIBINA PADA RUMAH TRADISIONAL BUMBUNG PANJANG MELAKA FADHLINA BINTI AHMAD @ TAUFIK Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Doktor Falsafah (Senibina) Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia OKTOBER 2016 iii Untuk suami tercinta Zafuan Husri bin Abd. Manan, Allahyarham ayahanda Haji Ahmad @ Taufik bin Che Chek (1950-2015), ibunda tersayang Hajjah Siti Rahi binti Haji Said, serta ahli keluarga Izuati, Fadzli, Jazri, Eliani, Hamimi, Hazimin, Izuan, Nur Suliati dan Nazli yang sentiasa mendoakan. iv PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur kepada Allah subhanahu wa ta’ala di atas kurniaan rezekiNya yang tidak terhingga dapatlah saya menyempurnakan tesis ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada kedua-dua penyelia tesis iaitu Profesor Madya YM Dr. Raja Nafida binti Raja Shahminan serta Dr. Fawazul Khair bin Haji Ibrahim di atas tunjuk ajar, galakan serta khidmat nasihat di sepanjang perjalanan yang panjang ini. Rakaman penghargaan juga ditujukan kepada institusi serta individu yang banyak membantu dari segi sumbangan maklumat, idea serta bahan yang diperlukan, termasuk Pusat Sumber Fakulti Alam Bina, Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah, Jabatan Warisan Negara, serta kesemua pewaris yang masih menghuni rumah-rumah tradisional Melaka yang telah saya lawati di atas layanan baik serta perkongsian maklumat kajian dijalankan. Tanpa sokongan dan kerjasama yang erat daripada mereka, tidak mungkin kajian ini dapat disempurnakan. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada suami tercinta, Zafuan Husri bin Abd. Manan, ayahanda Allahyarham Haji Ahmad @ Taufik Che Chek dan ibunda Hajjah Siti Rahi binti Haji Said di atas doa, restu, dorongan, nasihat serta bantuan kewangan.
[Show full text]