CORAT-CORET/SNIPPETS Chedet.Co.Cc August 12, 2008 by Dr
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
CORAT-CORET/SNIPPETS Chedet.co.cc August 12, 2008 by Dr. Mahathir Mohamad Saya telah dijemput oleh badan bukan Kerajaan (NGO) Melayu yang saya tidak kenal dan tidak pernah dengar untuk berceramah di Kuala Terengganu. Umumnya tajuk ceramah ialah berkenaan masa depan orang Melayu. Dahulu tidak ada keperluan untuk menubuhkan NGO untuk bincang tajuk seperti ini. Parti UMNO akan mengadakannya. Daripada forum anjuran UMNO-lah datang cadangan untuk mengadakan MARA, Bank Bumiputra, Tabung Haji dan lain-lain. Tetapi sekarang orang Melayu tidak lagi lihat UMNO sebagai pembela dan pejuang nasib orang Melayu. Demikian forum para intelek Melayu yang diadakan di Johor membuat keputusan menghantar memorandum mereka bukan kepada UMNO, bukan kepada Kerajaan pimpinan UMNO tetapi kepada Raja Melayu. Saya menyahut jemputan ini bukan sahaja kerana tajuknya menarik bagi saya tetapi juga kerana sudah 10 tahun saya tidak ke Kuala Terengganu. Pada Pilihanraya Umum 2004 saya berkempen bagi Barisan Nasional di semua negeri tetapi tidak di Terengganu. Ini adalah oleh sebab saya terima panggilan telefon bahawa saya tidak diterima oleh orang Terengganu kerana saya yang bawa Eric Chia ke sana. Kuala Terengganu sudah berubah wajah. Jelas sekali ini adalah ibukota negeri yang kaya. Saya bersyukur. Alhamdullillah. Penaja forum ini berkereta dengan saya dari sebuah airport baru yang amat indah. Beliau beritahu saya akan kemungkinan peserta forum tidak ramai. Katanya dua hari sebelumnya Presiden Umno telah arah Menteri Besar supaya mengadakan satu rapat umum yang semua ahli UMNO dan pegawai Kerajaan wajib hadir. Oleh itu ramai yang telah janji akan hadir forum beritahu mereka tak dapat hadir. Empat tahun dahulu apabila seorang bekas tentera jemput saya untuk satu perhimpunan kecil di Dungun, beliau telah dipanggil oleh polis tiga kali supaya menarik balik jemputan kepada saya. Beliau juga didesak oleh Menteri Besar supaya batalkan perjumpaan. Tetapi beliau degil dan saya pun berpeluang bercakap sedikit berkenaan masalah semasa. Kali ini penganjur tidak digesa untuk tarik balik jemputan kepada saya tetapi Menteri Besar disuruh mengadakan perhimpunan supaya orang UMNO dan lain-lain anggota kerajaan tidak dapat hadir dalam forum anjuran NGO berkenaan Masalah Orang Melayu. Tetapi ternampak ada orang yang merakamkan seluruh apa yang berlaku di forum tersebut entah untuk siapa. Hampir 300 orang hadir dalam forum dan banyaklah soalan yang amat relevan yang ditujukan kepada saya. Sesungguhnya keadaan yang didapati dalam masyarakat Melayu sekarang amat pelik. Bahawa mereka sekarang gelisah dan tak tentu arah akan haluan jelas ternampak daripada NGO yang ditubuh dan forum-forum berkenaan orang Melayu yang diadakan. Menghalang mereka tidak akan bawa apa-apa kebaikan kepada UMNO. Ia hanya akan menambah kekecewaan mereka. Dan kekecewaan ini akan dapat dilihat apabila Pilihanraya Umum k-13 diadakan. Visit and lecture by Blair I am glad that at least two people share my views regarding Blair. One letter commenting adversely against the invitation and an article by the Vice Chancellor of Universiti Sains Malaysia clearly condemns the invitation and the subject chosen for Blair to talk on. It is ironical that Sultan Azlan Shah who, speaking at the 14th Malaysian Law Conference on "50 years of Constitutionalism and the Rule of Law" should be present at this Blair lecture. Blair is particularly unsuitable to speak on "Rule of Law and Good Governance." This is the Prime Minister of Britain who is known "to have misled others, including the country's Parliament" and according to the VC "has lost the moral authority to preach about the rule of law and good governance." Malaysian academics should be more careful in choosing speakers to lecture to Malaysians. Blair is not welcome to universities in the UK. Blair lied to justify Britain's support for the illegal war by US against Iraq. That war has killed several hundred thousand innocent Iraqis, including women and children. Until now the killing and the destruction is going on. Rightly Blair should not even be allowed into Malaysia, unless it is to face a trial for war crimes. 355 Comments By Chris on August 12, 2008 8:36 AM Dear sir, I also totally agree with your take on Blair. He is nothing but a war criminal, equivalent to Hitler, Mussolini and their like. Carry on the good fight and you got my support, always. By nyonyacyber on August 12, 2008 8:37 AM yg bhg. tun... kebenaran itu akan terserlah akhirnya.. tapi amat memeritkan menanti waktu itu.... By tharieq.dhiyauddin on August 12, 2008 8:38 AM i'm the fifth?? By MyMalaysia on August 12, 2008 8:38 AM Boring ar Tun asik cerita dalam Malaysia je, meh kita belajar baba sejarah pulak.Sejarah Palestin ke, sejarah Soviet ke By pija on August 12, 2008 8:42 AM Assallamualaikum Tun.... saya tidak akan lupakan jasa UMNO kepada orang melayu... tetapi TUN...macam mana orang nak percaya kat UMNO lagi...kalau diorang asyik rasuah...rebut kuasa...dan akhirnya...rakyat yang sengsara... TUN...Jadilah PM balik....kami semua rindukan kamu.... Malaysia perlukan TUN..sangat-sangat berwibawa.... By shahnaz on August 12, 2008 8:43 AM Salam Tun, Kerana mu , Malaysia di kenali seluruh dunia. Terima kasih By eljeha on August 12, 2008 8:46 AM excellent article, as usual... By fizaikmal on August 12, 2008 8:47 AM Assalamualaikum Tun ! Saya bersyukur dapat menjadi orang yang pertama hari ini. Semoga TUn selamat membela orang Melayu kita. Terimakasih By jacko on August 12, 2008 8:48 AM Asm Tun Sekelurga.. Sekarang ni.. it look like UMNO takut dgn bayang-bayang sendiri..Saya sgt khuatir corak populariti yg cuba diraih melalui isu "UiTM"..akibatnya bangsa melayu tergadai di tanah sendiri.. Corak 'pradigrm-shift " yg cuba Tun tanamkan nampaknya masih belum terserlah kerana masih mengagungkan pemimpin dari luar terutamanya bekas penjajah kita. I'm still remember how you slamped "Ironlady" regarding apertheid issued.. All the best Tun... By fizaikmal on August 12, 2008 8:48 AM Assalamualaikum Tun ! Saya bersyukur dapat menjadi orang yang pertama hari ini. Semoga Tun selamat membela orang Melayu kita. Terimakasih. FIZAIKMAL By sdahenanAuthor Profile Page on August 12, 2008 8:48 AM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI TAALA WABAROKATUH Yang di hormati lagi di sayangi Ayahanda Tun dan Bonda Siti Hasmah Benar seperti apa yang ayahanda katakan.Bukan setakat rakyat Trengganu sahaja yang hidup di dalam kegelisahan bahkan rajyat malaysia keseluruhan nya.Sudak muak dengan kepimpinan yang ada sekarang ini.Muak dengan pemimpin tertinggi umno kerana terlalu mengikut telunjuk orang lain untuk mentadbirkan negara Malaysiaini.Tidak mahu mendapatkan nasihat dari orang lebih berpengalaman.hanya tahu menggula2kan rakyat dengan berbagai2 jenis janjian dan di sebalik setiap janjian itu terselit kebohongan yang besar.Di sebalik apa2 projek yang di jalankan MESTI MAHU BAHAGIAN SENDIRI DARI SEGI KEWANGAN. Blair-seorang yang jijik lagi menjijikan.-BLOODY PARIAH Semuga Ayahanda dan Bonda selalu berada di dalam limpahan Rahmat ALLAH SWT. Alif Lam Mim WASSALAM By moyabira on August 12, 2008 8:50 AM assalamualaikum Tun, Salam sejahtera kpd Tun & sekeluarga. TQ By Jawahir on August 12, 2008 8:51 AM salam Tun, You are right in both articles. Malays now seem to lost direction as our leaders do not to have control and seem to not know what they are doing. secondly, Blair should be facing trila for crimes against humanity. This is what is happening in our world today...the right is silenced and the ones doing are glorified. Jawahir By luvpeace on August 12, 2008 8:52 AM selamat pg & salam Ayahanda Tun, apa khabar Tun? saya tertanya-tanya mengapa semua kakitangan kerajaan tidak digalakkan menghadiri ceramah yang dipengerusikan oleh Tun..sudah lupa kah mereka siapa yang telah banyak menabur bakti sehingga Malaysia dikenali ke seluruh dunia..mereka seperti kata pepatah melayu, "seperti kacang lupakan kulit"..setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..and let me remind you nobody is in this world is perfect I'm agree with u Tun..tindakan negara ini yang membawa jenayah antarabangsa ke sini seperti kita menyokong tindakan mereka selama ini..why not kita panggil Yusof Islam yang sangat terkenal di dunia islam istead of Mr. Tony ...i" hope u all think this matter carefully for the sake of our beloved country Tun hope u will continue to make us impress..luv u Tun Wassalam, By Suffian,W.M. on August 12, 2008 8:53 AM Melayu semakin layu... By Jawahir on August 12, 2008 8:53 AM salam Tun, You are right in both instances. Malays now seem to lost direction as our leaders do not seem to have control and seem to not know what they are doing. secondly, Blair should be facing trials for crimes against humanity. This is what is happening in our world today...the right is silenced and the ones doing wrong are glorified. Jawahir By AloQStaQAuthor Profile Page on August 12, 2008 8:53 AM Salam Sejahtera dan Doa Kesihatan kepada Tun Berdua, Assalamualaikum Ayahanda, TAHNIAH ayahanda kerana sentiasa relevan kepada kami Seluruh Rakyat Malaysia, sejak dulu hingga kini. Kami tetap sayangkan Ayahanda Bonda. Luv U .... AloQStaQ By fizaikmal on August 12, 2008 8:55 AM Assalamualaikum Tun yang dikasihi ! Semoga Tun sihat sekeluarga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Segala usaha dan penat lelah Tun sebagai Perdana Menteri sebelum ini akan diberkati oleh Allah. FIZAIKMAL. By UMNO JUNIOR on August 12, 2008 8:56 AM Tun. Selamat Pagi tun... Orang yang sihat akan bangun pagi dan bersenam.. Nanti Dalam Evant tak lah tertido... Adakah aku orang yg pertama... By tina on August 12, 2008 8:58 AM Tun, jasa mu tetap kami akan kenang sampai bila-bila... kami amat merindui kepimpinan Tun... By Jinggo on August 12, 2008 8:58 AM Salam Tun, Saya rasa kebanyakkan event-event besar di Malaysia kini tidak dipantau dengan sebaik-baiknya... Sepatutnya penganjuran perkara sebegini dikaji terlebih dahulu..