PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI UMNO Chedet.Co.Cc March 21, 2009 by Dr
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI UMNO Chedet.co.cc March 21, 2009 By Dr. Mahathir Mohamad 1. Perhatian rakyat Malaysia terutama orang Melayu ialah kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku dalam UMNO. Samada mereka ahli atau bukan ahli mereka tahu UMNO memainkan peranan yang besar dalam kehidupan mereka, dalam maju mundurnya Negara mereka. 2. Apa yang mereka lihat sehingga kini tidak menyenangkan hati mereka akan keupayaan UMNO dikekalkan. 3. UMNO yang telah perintah Negara ini dengan baik selama 50 tahun sekarang dilihat sebagai parti yang tidak bermaya. 4. Dalam hanya lima tahun dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, parti UMNO sudah rosak dan menjadi amat lemah. Seiring dengan kelemahan parti, Kerajaan juga menjadi lemah dan kehidupan rakyat sudah tidak lagi sempurna. 5. Sekarang Abdullah berjanji akan letak jawatan pada hujung bulan ini dan Dato Seri Najib Razak akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Apakah Najib akan dapat memulihkan UMNO sehingga jadi kuat semula? Ini menjadi satu tanda tanya. 6. Apa yang berlaku dalam proses pemilihan kepimpinan tidak menjadi petanda yang baik. Parti UMNO sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri. 7. Sepatutnya pemilihan pemimpin yang baru akan meyakinkan rakyat yang UMNO bersedia untuk membasmi gejala rasuah. Tetapi yang berlaku menunjuk yang UMNO tidak mempedulikan pemulihan parti dan pencapaian kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13. Yang diutamakan ialah untuk menjadi pemimpin UMNO dengan apa cara sekalipun. Harapan mereka jika jadi pemimpin UMNO akan dapat jadi Menteri dan dapat kontrak dan lain-lain nikmat untuk diri sendiri. 8. Ternampak jelas yang pencalonan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dibuat oleh bahagian adalah hasil sogokan. Ramai yang dicalon diketahui umum telah beli undi. Dengan itu peluang pertama untuk memulih imej parti dikalangan rakyat sudah gagal kerana bahagian-bahagian utamakan sogokan. Peluang kedua untuk memulih imej parti juga tidak direbut. Sebenarnya Lembaga Disiplin dan Tribunal yang ditugas untuk membicara dan menghukum calon-calon yang dituduh terlibat dengan rasuah telah tidak menggunakan tugas mereka untuk memperbaiki imej parti. Sebaliknya Tribunal membuat keputusan yang menunjuk ia tidak bersungguh untuk menghukum mereka yang diketahui terlibat dengan rasuah. Dengan itu imej parti tidak terpulih dan menjadi lebih buruk. 9. Sekarang datang pula peranan para wakil untuk memulih imej parti dengan menolak calon yang dikenali mengguna wang untuk undi calon. Jika mereka tolak calon-calon ini, mereka akan sedikit sebanyak memulih imej parti dan kemungkinan parti akan menang dalam Pilihanraya Umum ke-13. 10. Tetapi oleh kerana keputusan Tribunal membolehkan calon-calon yang diketahui korup bertanding, perwakilan mungkin akan pilih mereka ini untuk menganggotai Majlis Tertinggi. Apabila ini berlaku imej parti akan jadi lebih buruk dan besar kemungkinan parti akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13. 11. Tetapi terdapat satu lagi peluang untuk imej parti dipulih. Apabila Kerajaan baru dibentuk oleh Dato Seri Najib, beliau boleh menolak pemimpin-pemimpin yang menang kerana rasuah daripada menganggotai Kabinet dan lain-lain jawatan Kerajaan pimpinannya. Jika sebaliknya Najib melantik orang yang diketahui menang kerana rasuah ke dalam Kerajaannya maka akan termusnahlah kepercayaan rakyat kepada Najib dan Kerajaannya. Tidak syak lagi yang UMNO dan Barisan Nasional akan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13. 12. Saya percaya Dato Seri Abdullah akan paksa Najib pilih orang tertentu untuk jadi Menteri Kabinet Najib. Kita tahu sangat keinginan orang ini menjadi Perdana Menteri termuda. Sebenarnya kalau pun dia menang, penyertaannya dalam Kerajaan akan menyebabkan pengundi tolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13. Apatah lagi jika dia kalah dan masih lagi dapat tempat dalam Kerajaan. 13. Jika Dato Seri Najib memilih perasuah dan orang tertentu dalam Kerajaan pimpinannya, UMNO akan kalah dan terus hancur. Najib akan tinggal legasi sebagai pembunuh UMNO yang dihidupkan oleh ayahnya. 14. Ahli-ahli UMNO harus ingat tidak ada gunanya menjadi pemimpin UMNO, menjadi Presiden UMNO pun jika BN kalah dan tidak dapat tubuh Kerajaan. 15. Orang Melayu akan kutuk mereka yang telah hancurkan UMNO kerana mereka tamak dan mengkhianati bangsa dan negara. 641 Comments By zharifAuthor Profile Page on March 21, 2009 3:26 PM Salam tun nama2 perasuah sudah diketahui umum.Anehnya hukuman yang diberikan berbeza2.Kenapa? Ada double standardkah dalam menghukum perasuah politik? By razorAuthor Profile Page on March 21, 2009 3:33 PM Salam, Tun. "12. Saya percaya Dato Seri Abdullah akan paksa Najib pilih orang tertentu untuk jadi Menteri Kabinet Najib. Kita tahu sangat keinginan orang ini menjadi Perdana Menteri termuda. Sebenarnya kalau pun dia menang, penyertaannya dalam Kerajaan akan menyebabkan pengundi tolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13. Apatah lagi jika dia kalah dan masih lagi dapat tempat dalam Kerajaan." Memang benar. Sayangnya, akibat perbuatan ini, kepercayaan rakyat akan terhakis sedikit demi sedikit. Saya ajak pembaca sekalian berfikir: 1- Apakah Tun Dr. Mahathir membantu anak beliau menaiki tangga politik semasa pentadbiran beliau? Ingat, Datuk Mukhriz tidak pernah menggunakan nama bapa beliau yang tersohor untuk kepentingan politik. 2- Apakah Tun Dr. Mahathir meluluskan apa-apa cadangan menamakan sekolah ataupun bangunan dengan nama beliau? Sedangkan kita sedia maklum bahawa beliau telah berkeras agar nama menteri-menteri tidak harus digunakan untuk menamakan entiti tersebut semasa tempoh perkhidmatan mereka. 3- Kita sedia maklum bahawa ada ahli-ahli UMNO yang akan bertanding telah dibuktikan bersalah tetapi dimaafkan juga. Setahu saya, UMNO kini sedang memerangi rasuah secara besar-besaran. Tun, we miss your administrative boldness. Hopefully, we see some of it in Datuk Seri Najib's turf as the Prime Minister. Thank you, Tun. By stylishpearlAuthor Profile Page on March 21, 2009 3:37 PM Salam Tun, Apakah Tun akan masuk UMNO semula sekiranya benar Dato Seri Abdullah meletakkan jawatan dan menggantikan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri? By suffianngabdullahAuthor Profile Page on March 21, 2009 3:38 PM Assalamualaikum Ayah Det, Mama dan sekeluarga, i had to comment yet again on the importance of the above subject mentioned and i totally agree with you that Najib has to effect the necessary to improve the conditions of Umno and the government which has been ruined by the 4th floor boys (especially the leader) and also pak lah. the whole nation's anger over this issue is till burning hot and it doesn't help with the present economy situation. all we can hope for as malaysians will be najib making a solid stand to rectify the wrongs that were done by the present government (ministers, deputies etc etc) without fear nor favor. this also includes the way his better half has a hold and influence over him...if he doesn't use the right approach, then i suppose he is going to be in the world record books as the shortest serving head of government. so i am keeping my fingers crossed and can just hope for a better malaysia ...rekindling the time when i was so proud to be a malaysian rather than now. the scenario in perak does not help as well. legally, i believe that perak has no government at all at the moment as the democratic process of an election was ruined by the federal government in its' inefficiency in implementing the democratic process. it's shameful..how could we be proud to be malaysians with all the negative news on malaysia circulating on bbc, cnn etc etc. that is all my comments for the moment...kiriman salam ikhlas kepada Ayah Det, Mama dan sekeluarga....wassalam...suffian ng By jurublogAuthor Profile Page on March 21, 2009 3:40 PM Brader Anwar Bin Ibrahim dan konco-konconya sedang sibuk menjalankan dakyah mereka untuk memperburuk-burukkan imej bakal Perdana Menteri, Najib Razak. Bertambah parah lagi sekiranya UMNO sendiri tidak berjaya mengikis pandangan serong orangramai terhadap parti itu. http://www.jurublog.blogspot.com By Siti ZalehaAuthor Profile Page on March 21, 2009 4:00 PM Salam Tun, Saya sebenarnya dah lama kecewa dengan UMNO...mulanya saya bangga dengan pak lah sebab itu adalah amanah Tun... tapi lama kelamaan...saya pun jadi macam Tun...bila tengok....apa ni...benda yang baik semua cancel...lepas tu...masyaAllah...isu-isu...yang tengah panas-panas langsung tak komen... mana pak lah ni...senyap jer....Ada masalah ke? Saya dah penat tunggu pak lah resign...sampai sekarang belum pun resign lagi...dah cukup letih...tak sabar nak tunggu UMNO kena reform..Itu pun kalau kepimpinan baru nak reform...Kalau tak...saya pun kena pangkah pembangkang lagi meskipun dengan tak rela sebab terlalu sakit hati...nasib rakyat tak terbela...pemimpin dok asyik dengan kisah politik dia orang...gila kuasa masalah sana sini...gah sana gah sini dengan kereta mewah...isteri-isteri begitu bermewah-mewah...kami rakyat tengok semua ni...bukan buta...agaknya dia orang lupa kuasa rakyat ini hebat...ntahlah Tun....Harap sangat ada perubahan.... Thanks Tun...Jaga diri....moga sihat dan terus menulis... By HOT ZOOMAuthor Profile Page on March 21, 2009 4:04 PM Salam Tun, Apakah pemilihan kali ini akan berlaku dalam keadaan amat merugikan rakyat akan datang? Boleh dikatakan semua calon didapati ada unsur2 'politik wang'. Aduhhhh......apa akan berlaku selepas ini? Moga selamattt http://jomkongsipeluang.blogspot.com http://zoompanas2.blogspot.com/2009/03/kertas-jampi-di-bawah-meja-pak-lah.html By NASHAuthor Profile Page on March 21, 2009 4:04 PM Salam Tun UMNO adalah hak orang ramai dan Melayu khasnya. Orang ramai kenalpasti siapa diantara mereka perasuah. Pak Lah pasti akan main peranannya bagi mempengaruh Najib. Ini tidak dapat dielak.Tak payah disuruk.Orang ramai akan tahu.Selagi ada VIRUS didalan UMNO selagi itulah UMNO tak akan sihat dan mungkin akan mampus. Najib mesti juga menjaga pengaruh keluarga isterinya.Jangan sampai orang ramai benci kepada Najib pula. Keluarga Najib memang best, tetapi bukan sebelah lagi. Kata orang Isteri boleh tukar saperti baju tetapi bukan keluarga sendiri. By Teik ChunAuthor Profile Page on March 21, 2009 4:10 PM Tun, Saya sudah nyatakan.