Abdullah Ahmad Badawi: Perdana Menteri Ke-Lima
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
BIBLIOGRAFI ABDULLAH AHMAD BADAWI: PERDANA MENTERI KE-LIMA Perpustakaan Negara Malaysia Kuala Lumpur 2011 1 Cetakan Pertama 2004 Cetakan Kedua 2011 © Perpustakaan Negara Malaysia, 2011 Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian terbitan ini boleh diterbitkan semula atau ditukarkan dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua samada secara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya sebelum mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Diterbitkan oleh: Perpustakaan Negara Malaysia 232 Jalan Tun Razak 50572 Kuala Lumpur Tel : 03-26871700 Faks : 03-26929767 Laman web : http://www.pnm.my Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Bibliografi Abdullah Ahmad Badawi : Perdana Menteri Ke-lima ISBN 978-967-931-242-3 ISBN 978-967-931-239-3 (kkt.) 1. Abdullah Ahmad Badawi, Tun, 1939- --Bibliography. 2. Prime ministers --Malaysia--Bibliography. 3. Malaysia--Politics and government-- Bibliography. I. Perpustakaan Negara Malaysia. 016.9232595 2 KANDUNGAN Kata-kata Aluan Menteri KPKK……………………………………………………………….4 Kata Penghantar Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia………………5 Prakata…………………………………………………………………………………………………….6-7 Ahli Jawatankuasa…………………………………………………………………………………….8 Biografi Ringkas……………………………………………………………………………………….9-11 Monograf…………………………………………………………………………………………………13-14 Ucapan…………………………………………………………………………………………………….16-37 Artikel Majalah/Surat Khabar……………………………………………………………………39-68 Sumber Elektronik……………………………………………………………………………………70-167 3 KATA-KATA ALUAN MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN, (KPKK) Tahniah kepada Perpustakaan Negara Malaysia di atas kejayaan menerbitkan Bibliografi Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Ke-lima ini. Edisi ini merupakan kesinambungan kepada Bibliografi Abdullah Ahmad Badawi : 100 hari menerajui tampuk pemerintahan. Inisiatif murni ini amat dihargai dalam usaha merakamkan sumber maklumat dari pelbagai hasil penulisan berkaitan Y.A.Bhg.Tun Abdullah Ahmad Badawi selama beliau menerajui pemerintahan negara dari tahun 2003 hingga 2009. Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi juga dikenali sebagai Pak Lah merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Y.A.Bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi banyak menyumbang dalam menyediakan jaringan keselamatan sosial khususnya daripada segi memerangi kemiskinan tegar dan memperkasa industri pertanian negara. Perubahan yang dibawa diasaskan kepada pemerkasaan modal insan yang telah dijadikan teras misi nasional. Elemen-elemen pentadbiran awam yang efektif, dasar luar secara berdialog, mementingkan sumber manusia daripada pembangunan fizikal semata-mata, memberi keutamaan ke atas sektor pertanian dan integrasi nasional adalah satu langkah yang sangat bijak dilakukan oleh Perdana Menteri kelima ini dalam memastikan rakyat mendapat kebaikan bersama. Ini juga merupakan gagasan yang akan menjadi kekuatan kepimpinan Tun Abdullah untuk jangka masa panjang mentadbir negara. Semoga dengan penerbitan bibliografi ini akan memberi kesedaran dan kefahaman kepada rakyat Malaysia khususnya generasi muda, mengenai jasa, perjuangan, usaha dan visi beliau dalam pembangunan negara. Akhir kata, saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima-kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan bibliografi ini. DATO SERI UTAMA DR. RAIS YATIM 4 KATA PENGHANTAR KETUA PENGARAH PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA Kesedaran semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia tentang pentingnya sumber maklumat dikumpul dan diterbitkan untuk rujukan dan rakaman khazanah negara bagi manfaat generasi kini dan akan datang. Syukur Alhamdullilah, Perpustakaan Negara Malaysia telah berjaya menerbitkan Bibliografi Tun Abdullah Ahmad Badawi. Terbitan ini merupakan kesinambungan kepada terbitan terdahulu berjudul Bibliografi Abdullah Ahmad Badawi: 100 hari menerajui tampuk pemerintahan. Terbitan ini merupakan salah satu usaha untuk merakam dan menerbitkan bibliografi pemerintahan Perdana Menteri Malaysia. Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang berasal dari keluarga yang warak, mendalam semangat nasionalismenya dan dengan darah politik yang mengalir ditubuhnya memang tidak dapat dipisahkan dari usaha-usaha beliau mewujudkan perpaduan kaum melalui polisi-polisi yang menjurus ke arah matlamat perpaduan negara dan mengimbangi kedudukan ekonomi antara kaum. Dengan terhasilnya penerbitan Bibliografi Tun Abdullah Ahmad Badawi ini, diharapkan ianya dapat memupuk serta membuka kesedaran generasi muda untuk menghargai setiap pemimpin iaitu golongan yang ditempatkan sebagai pemimpin dan pembentuk zamannya. Penyusunan bibliografi ini bukanlah suatu usaha yang mudah, namun begitu ia perlu diberi perhatian kerana ia adalah merupakan satu usaha murni bagi memperingati jasa Y.A. Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menerajui pemeritahan negara. Dengan terhasilnya Bibliografi Tun Abdullah Ahmad Badawi ini diharapkan ianya dapat memupuk serta membuka kesedaran generasi muda untuk menghadapi setiap pemimpin iaitu golongan yang ditempatkan sebagai pemimpin dan pembentuk zamannya. Akhir kata syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan usaha penerbitan bibliografi ini. Dato’ Raslin bin Abu Bakar 5 PRAKATA Bibliografi Abdullah Ahmad Badawi: Perdana Menteri ke-lima diterbitkan sempena pemerintahan beliau iaitu dari 31 Oktober 2003 sehingga 3 April 2009. Bibliografi ini diterbitkan bertujuan untuk memudahkan capaian kepada sumber maklumat berkaitan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bibliografi ini meliputi sumber-sumber maklumat seperti buku, ucapan, artikel majalah/suratkhabar dan sumber elektronik yang diterbitkan di dalam dan luar Negara. Sumber maklumat yang disenaraikan didalam bibliografi ini terdapat di dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia dan juga diakses dari internet. Bibliografi Abdullah Ahmad Badawi : Perdana Menteri ke-lima mengandungi sebanyak 1371 entri yang disusun secara berabjad di bawah nama pengarang atau judul (sekiranya tiada nama pengarang). MONOGRAF Aizuddin Muhammad Muaz, 1966‐ Pengarang Judul Najib : rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan : Perdana Menteri Malaysia ke 6. Kuala Lumpur : CreativeT Tempat Learning Mind, 2009. diterbitkan No. Tahun Tahun panggilan 932.2595 AIZ M diterbitkan Penerbit MAJALAH Wain, Barry Judul Pengarang artikel Najib’s challenge : clean up UMNO. Far Eastern Economic Judul Review: 33 ‐37; Mac 2009. Bulan/TahunMajalah Majalah Mukasurat 6 UCAPAN Ucapan Perdana Menteri, di Majlis Makan Malam Rasmi “Jasamu Judul Di Kenang” sempena Persaraan YABhg. Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Ke‐lima, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 6 Mei 2009 Tempat Tarikh SUMBER ELEKTRONIK Fauzi Jaafar dan Sopi Samaile Judul Pengarang artikel BN tidak amal politik retorik . Utusan Online. Bahan Tarikh Medium artikel 5 Jul. 2009. [Online]. Available : Protokol http://www.utusan.com.my/ utusan/info.asp?y=2009&dt =0706 &pub= Utusan_Malaysia &sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm (6 Jul. 2009) Tarikh akses 7 Jawatankuasa Penerbitan Bibliografi Tun Abdullah Ahmad Badawi: Perdana Menteri Ke-lima Penasihat : Tuan Hj. Mohd. Din bin Ahmad Ketua editor : Rosenah binti Abdul Karim Editor : Nor Hidayah binti Othman Rosliza binti Ismail Penyusun : Izlin binti Ahmad Nik Irfah Rumaizah binti Ibrahim Norhayati binti Majid Mazlan bin Mustapha Akmal Fardhiana binti Mohamad Norliar binti Mohamed Salleh Siti Suhaida binti Marhad Suhada binti Mat Zin 8 BIOGRAFI RINGKAS TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI : PERDANA MENTERI KE-LIMA Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada31 Oktober 2003 – 3 April 2009 Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tun Abdullah menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964. Setelah tamat pengajian,Tun Abdullah menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Tun Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Tun Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian yang sama pada tahun 1974. Tun Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Tun Abdullah mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Tun Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Tun Abdullah telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000,Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003. Tun Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Tun Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87) . Pada 15 Mac 1991, Tun Abdullah dilantik sebagai Menteri Luar sehingga