Mercedes-Benz Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. (Dilencongkan dari Mercedes Benz)
Mercedes-Benz
Jenis Anak syarikat
Pendahulu Benz & Cie. Daimler Motoren Gesellschaft
Ditubuhkan 1886
Pengasas Karl Benz
Ibu pejabat Stuttgart, Jerman
Tempat dibekalkan Antarabangsa
Perancang utama Dieter Zetsche, Pengerusi
Produk Kereta Lori Bus Enjin
Servis Perkhidmatan kewangan
Induk Daimler AG Pembahagian Mercedes-Benz AMG
Laman web mercedes-benz.com
Mercedes-Benz ialah sebuah syarikat pengeluar kereta multinasional dari Jerman milikan Daimler AG, dan merupakan jenama yang digunakan untuk kereta mewah, bas, dan lori. Ibu pejabat Mercedes-Benz teletak di Stuttgart, Baden-Württemberg, Jerman.
Isi kandungan [sorokkan]
1 Sejarah
2 Sukan bermotor
3 Pengilangan
4 Model
o 4.1 Penamaan model
o 4.2 Kenderaan komersial
5 Penala
o 5.1 Penala lain
6 Inovasi
7 Lihat juga
8 Pautan luar
Sejarah[sunting | sunting sumber] Benz Patent Motorwagen 1886 (Replika). Kereta sebenar pertama di dunia.
Benz Velo 1894.
Sejarah Daimler-Benz bermula seawal 1880-an apabila Karl Benz (1844–1929) dan Gottlieb Daimler (1834–1900), bekerja denganWilhelm Maybach (1846–1929), masing-masing mencipta kereta yang digerakkan enjin pembakaran dalaman di selatan Jerman. Walaupun mereka hanya dipisahkan jarak sejauh 60 batu, masing-masing tidak menyedari hasil kerja satu sama lain. Karl Benz mempunyai sebuah kedai di Mannheim dan mencipta kereta sebenar pertama yang digerakkan oleh enjin pembakaran dalaman pada 1885. Kereta beroda tiga tersebut dinamakan sebagai Benz Patent Motorwagen. Sementara itu pula, Gottlieb Daimler dan rakan rekabentuknya Maybach, mencipta prototaip bagi rekaan enjin petrol model, dikenali sebagai "enjin jam besar"(grandfather clock engine). Kedua-dua Benz dan Daimler membuka syarikat kereta masing- masing iaitu Benz & Cie. dan DMG tidak lama kemudian. Menjelang 1900, Benz & Cie. menjadi syarikat automotif terbesar di dunia. Pada tahun 1899, kereta DMG dijadikan kereta lumba oleh Emil Jellinek (1853-1918), seorang pengedar dan peminat automotif. Dalam perlumbaan, dia mengecat nama anak perempuannya, Mercedes, pada keretanya untuk mendatangkan tuah. Hasilnya, lahirlah model DMG tahun 1902 yang bakal menjadi siri kereta DMG Mercedes pertama iaitu Mercedes 35 hp. Jellinek juga turut diundang untuk menjadi ahli lembaga pengarah DMG dari tahun 1901 hingga 1909. Selain membawa tuah kepada Jellinek, nama Mercedes juga mula diguna pakai oleh DMG untuk mengelakkan daripada masalah perundangan memandangkan DMG menjual hak eksklusif bagi nama Daimler kepada sebuah syarikat asing setelah kematian Daimler pada tahun 1900. Hasilnya, jenama kereta mewah Daimler dibina di England dan bukannya di Jerman. Logo pertama Mercedes-Benz setelah penggabungan kedua-dua syarikat milik Daimler dan Benz pada tahun 1926
1930 Mercedes-Benz SSK "Count Trossi"
Pada tahun 1924, kedua-dua syarikat DMG dan Benz & Cie. yang sebelum ini bersaing sesama sendiri mula bekerjasama hasil kepentingan untuk memulihkan ekonomi Jerman yang lumpuh semasa Perang Dunia Pertama, dan akhirnya bergabung membentukDaimler-Benz AG pada tahun 1926. Penggabungan tersebut menyebabkan kereta keluaran kedua-dua syarikat tersebut dijenamakan semula sebagai Mercedes-Benz. Selain kereta, bas dan lori, Mercedes-Benz turut membina enjin bot dan kapal terbang, malah kapal udara Zeppelin juga. Karl Benz meninggal dunia pada 1929. Sungguhpun Mercedes-Benz amat terkenal dengan model-model kereta mewahnya, ia turut mengeluarkan model-model berprestasi tinggi serta model-model mampu milik seperti model A- Class. Di samping itu, sebuah anak syarikat Mercedes-Benz iaitu Smart turut menghasilkan kereta mampu milik seperti Smart ForTwo dan Smart ForFour.
Sukan bermotor[sunting | sunting sumber]
1955 Mercedes-Benz 300SL Gullwing Coupe
Sebelum penggabungan pada 1926, kedua-dua syarikat pengasas telah pun menikmati kejayaan dalam bidang sukan bermotor. Oleh itu, sepanjang sejarah Mercedes-Benz, syarikat tersebut telah banyak terlibat dalam aktiviti sukan bermotor. Sungguhpun demikian, Mercedes-Benz pernah berundur sepenuhnya dalam arena sukan bermotor, terutamanya pada penghujung 1930-an dan selepas Bencana Le Mans 1955, di mana sebuah Mercedes-Benz 300SLR bertembung dengan sebuah kereta lain dan membunuh lebih 80 penonton. Hanya setelah lewat 1980-an barulah Mercedes-Benz kembali semula ke barisan hadapan persaingan - mula berlumba semula di dalam perlumbaan Le Mans serta menyertai lumba kereta bersama Sauber. Sebab utama Mercedes-Benz menyepi dari arena perlumbaan pada masa tersebut adalah kerana reputasinya sebagai pemimpin industri automotif dalam soal keselamatan kenderaan. Mercedes- Benz sering memperkenalkan inovasi keselamatan kenderaan seperti beg udara dan ABS serta turut melesenkannya kepada syarikat automotif lain. Dengan itu, Mercedes-Benz dilihat lebih mementingkan aspek keselamatan penumpang daripada keuntungan dan persaingan pasaran. Kini, Mercedes-Benz sedang bergiat aktif di dalam Formula 3, DTM dan Formula Satu. Semasa menyertai Formula 1, syarikat tersebut memiliki sebahagian Pasukan McLaren serta membekalkan enjin kepada pasukan tersebut sejak 1995. Perkongsian tersebut membawa kejayaan besar, termasuklah Kejuaraan Pemandu bagi Mika Hakkinen pada tahun 1998 dan 1999 serta Kejuaraan Pembina pada 1998. Usaha sama turut dipergiat dalam penghasilan kereta jalanan seperti Mercedes-Benz SLR McLaren.
Pengilangan[sunting | sunting sumber] Selain Jerman, Mercedes-Benz turut dikilangkan atau dipasang di:-
Afrika Selatan [1]
Thailand [2]
Malaysia [3]
Amerika Syarikat [4]
Argentina [5] (Kilang Mercedes-Benz pertama di luar Jerman)
Brazil [6]
India [7]
Nigeria [8]
United Kingdom (model supercar SLR dibina di Pusat Teknologi McLaren di Woking)
Mesir [9]
Austria (G-Class) [10]
China
Turki [11] Korea Selatan (model Musso dan MB100 yang menggunakan jenama Mercedes dikilangkan oleh Ssangyong Motor Company)
Model[sunting | sunting sumber]
Lihat juga: Senarai kereta Mercedes-Benz A-Class Hatchback → Mercedes-Benz A-Class B-Class Sports Tourer/Hatchback → Mercedes-Benz B-Class C-Class Sedan, Sports Coupe & Wagon → Mercedes-Benz C-Class CL-Class Coupe → Mercedes-Benz CL-Class CLK-Class Coupe & Convertible → Mercedes-Benz CLK-Class CLS-Class "Coupe" ("Coupe 4 Pintu" pertama di dunia) → Mercedes-Benz CLS-Class E-Class Sedan & Wagon → Mercedes-Benz E-Class G-Class SUV → Mercedes-Benz G-Class GL-Class SUV → Mercedes-Benz GL-Class M-Class SUV → Mercedes-Benz M-Class R-Class Sports Tourer/"SUV" → Mercedes-Benz R-Class S-Class Sedan → Mercedes-Benz S-Class SL-Class Roadster → Mercedes-Benz SL-Class SLK-Class Roadster → Mercedes-Benz SLK-Class SLR-McLaren Coupe Prestasi → Mercedes-Benz SLR McLaren Penamaan model[sunting | sunting sumber] Sebelum tahun 1994, Mercedes-Benz menggunakan format lama penamaan model. Contohnya, bagi model 500E, 3 angka menandakan saiz sesaran enjin (bagi model ini: 5.5L) dan huruf terakhir menandakan jenis enjin atau kerangka, misalnya "E" bagi model suntikan bahan api ("Einspritzung" dalam bahasa Jerman), "D" untuk Diesel, "L" untuk Tapak Roda Panjang, dsb. Pada tahun 1994, sistem penamaan tersebut diubah untuk membolehkan Mercedes-Benz mengkelaskan model mereka, dimulai dengan imbuhan awal huruf kelas dan diikuti dengan 3 angka sesaran. Namun demikian, sesetengah model baru masih mempunyai imbuhan akhir huruf untuk ciri spesifik, seperti "L" untuk Tapak Roda Panjang dan "CDI" untuk enjin diesel Suntikan Terus Rel Sepunya (Commonrail Direct Injection). Dengan ini, model 500E di atas akan dikenali sebagai E500 (E-Class, sesaran enjin 5 liter). Harus diingat, bagi sistem lama, 3 angka sesaran sememangnya menunjukkan sesaran enjin yang sebenar, tetapi bagi sistem baru pula angka-angka tersebut tidak semestinya menunjukkan sesaran sebenar - misalnya, kedua-dua model E200 CDI dan E220 CDI sebenarnya menggunakan enjin yang sama iaitu 2.2L, dan model C240 sebenarnya menggunakan enjin 2.6L. Selain itu, terdapat perbezaan besar bagi kuasa kuda (dan harga) bagi kereta yang mempunyai nombor enjin yang sama tetapi kelas yang berbeza, seperti antara C55 dan SL55. Kenderaan komersial[sunting | sunting sumber] Mercedes-Benz turut membina van, bas dan lori bagi kegunaan komersial. Mercedes-Benz adalah pengeluar kenderaan berat terbesar di dunia.
Penala[sunting | sunting sumber] Selain terkenal sebagai jenama kereta mewah, kereta Mercedes-Benz juga popular khususnya di Eropah sebagai kereta berprestasi tinggi. Hasilnya, muncullah banyak syarikat penala yang mengubahsuai kereta=kereta tersebut, menjadikan kereta-kereta tersebut lebih berkuasa dan lebih mewah.
AMG adalah anak syarikat Mercedes-Benz sejak 1999 yang menjadi syarikat penala rasminya. AMG menala versi-versi berprestasi tertinggi bagi hampir setiap kelas model (dikenali dengan imbuhan AMG di belakang nama model). Setiap enjin AMG adalah buatan tangan dan enjin yang siap akan ditandatangani oleh jurutera yang membinanya. Penala lain[sunting | sunting sumber]
Brabus
Lorinser
Carlsson
Kleemann
RENNtech
Kicherer
Inovasi[sunting | sunting sumber]
Pembinaan Sel Keselamatan atau Sangkar Keselamatan dengan zon remukan hadapan dan belakang mula dibangunkan oleh Mercedes-Benz pada tahun 1951.
Sistem brek cegah kunci (ABS), beg udara dan kawalan cengkaman yang kini menjadi piawaian kereta-kereta buatan Eropah adalah hasil inovasi oleh Mercedes-Benz.
Pada September 2003, Mercedes-Benz memperkenalkan kotak gear automatik 7G- TRONIC dengan bilangan gear terbanyak pada masa itu iaitu 7 kelajuan.
Sistem pra-perlanggaran Mercedes-Benz menggunakan radar untuk mengesan kemungkinan perlanggaran dan membolehkan sistem-sistem keselamatan bersiap sedia untuk tindak balas optimum, termasuklah mengetatkan tali pinggang keledar, menutup tingkap dan bumbung suria, dan menggerakkan tempat duduk ke posisi optimum.
Mercedes-Benz sedang dalam proses pembangunan sistem pengesanan kelesuan yang akan memberi amaran sekiranya pemandu mengantuk dan menunjukkan tanda-tanda hampir tertidur (jika mata tertutup lebih lama daripada kelipan mata yang biasa). Sistem akan mengumpul data mengenai gaya pemanduan, tempoh perjalanan, waktu perjalanan serta keadaan trafik.
Kereta (pengeluaran) transmisi automatik terpantas di dunia ialah Mercedes-Benz SLR McLaren dengan kelajuan maksimum 334 km/j, hasil usaha sama DaimlerChrysler danMcLaren Automotive.
Kenderaan Daimler dan Benz[sunting | sunting sumber]
Benz Patent-Motorwagen 1886
Daimler Motor Car 1886
Benz Velo 1894
Mercedes 35 hp 1901
Mercedes Simplex 1902
GP Mercedes 1908
Blitzen Benz 1909
Mercedes Grand Prix Racing Car 1914
Benz 10/30hp 1921
Kereta Mercedes-Benz[sunting | sunting sumber] 1920-an[sunting | sunting sumber]
K (Kurz-short) 1926
S 1927 SSK 1928
SS 1928
10/50hp "Stuttgart" 1929 1930-an[sunting | sunting sumber]
Mercedes-Benz Mannheim 350/370 (W10) 1929-1934
170 Saloon 1931-1932
130H 1934
150H 1934-6
W31 1934-1939 (6 roda) [1]
170V 1935-1953
770 (Grosser) 1930-1943 dalam dua siri:
W07 1930-1938
W150 1938-1943
500K 1934-1936
540K 1936-1943
260D 1936-1940
320 Saloon 1937
W125 1937
230 1938
W163 GP 1939 1950-an[sunting | sunting sumber] 180 1953-1962
190 1956-1961
W196 GP 1954
220 1954-1959
300SLR 1955 (W196S)
300S pertengahan 1950-an
300SL 1954-1963 dalam dua siri:
Gullwing Coupe 1954-1957
Roadster 1958-1963
190SL 1955-1963 1960-an[sunting | sunting sumber]
190c 1962-1965
230 1965-1966
200 1966-1968
200D 1966-1967
Mercedes-Benz W111/220SE 1960-1966
250S, 250SE 300SE 280S 280SE 280SEL (W108/W109) 1965-1972
230 1968-1972
250 1968-1972 1970-an[sunting | sunting sumber]
280 1972-1976 280C 1973-1976
300D 1975-1976
G-Class 1979-
SL-Class 1957-
W113 1963-1971
R107 1972-1989 1980-an[sunting | sunting sumber]
190 1982-1993
300D 1977-1985
300CD 1978-1985
300SD 1981-1985
300SDL 1986-1987
300TD 1978-1985
350SDL 1990-1991
500SE 1984-1991
500SEC 1984-1991
500SEL 1984-1991
560SEL 1986-1991
560SEC 1986-1991
300E 1986-1993
300CE 1986 - 1993 1990-an[sunting | sunting sumber]
A-Class 1997-
C-Class 1993-
CLK-Class 1998-
E-Class 1995-
SL-Class 1989-2001
Vaneo 1997-2004 2000-an[sunting | sunting sumber]
Mercedes-Benz A-Class
W168 2000-2004
W169 2004-
Mercedes-Benz B-Class 2005-
Mercedes-Benz C-Class
W203 2000-2007
W204 2007-
Mercedes-Benz CL-Class
W215 2000-2006
W216 2007-
Mercedes-Benz CLK-Class 2000-
Mercedes-Benz CLS-Class 2004-
Mercedes-Benz E-Class W210 1995-2002
W211 2003-2009
W212 2009-
Mercedes-Benz G-Class 2000-
Mercedes-Benz GL-Class
X164 2007-
Mercedes-Benz M-Class
W163 1998-2005
W164 2006-
Mercedes-Benz R-Class 2006-
Mercedes-Benz S-Class
W220 1999-2005
W221 2006-
Mercedes-Benz SLK-Class
R170 1998-2004
R171 2005-
Mercedes-Benz SL-Class 2001-
R230
Mercedes-Benz SLR-McLaren 2003-2009
722 Edition 2006-2009 Mercedes-Benz SLS AMG 2010-
Lori Mercedes-Benz[sunting | sunting sumber] 1960-an[sunting | sunting sumber]
Mercedes-Benz L-series truck 1970s[sunting | sunting sumber]
Mercedes-Benz NG (Neue Generation) 1980s[sunting | sunting sumber]
Mercedes-Benz SK (Schwere Klasse)
Van Mercedes-Benz[sunting | sunting sumber] 1950-an[sunting | sunting sumber]
Mercedes-Benz L 319