30 November 2018 (Jumaat)
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
30 NOVEMBER 2018 (JUMAAT) DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEEMPAT BELAS TAHUN 2018 PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA SHAH ALAM, 30 NOVEMBER 2018 (JUMAAT) Mesyuarat dimulakan pada jam 9.30 pagi YANG HADIR Y.B. Tuan Ng Suee Lim (Sekinchan) (Tuan Speaker) Y.A.B. Tuan Amirudin Bin Shari (Sungai Tua) (Dato’ Menteri Besar Selangor) Y.B. Dato’ Teng Chang Khim, D.P.M.S. (Bandar Baru Klang) Y.B. Tuan Ganabatirau A/L Veraman (Kota Kemuning) Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail (Batu Tiga) Y.B. Tuan Ir. Izham Bin Hashim (Pandan Indah) Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari, P.S.D., S.M.S., J.P. (Selat Kelang) Y.B. Tuan Ng Sze Han (Kinrara) Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha, S.M.S. (Lembah Jaya) 1 30 NOVEMBER 2018 (JUMAAT) Y.B. Puan Dr. Siti Mariah Binti Mahmud (Seri Serdang) Y.B. Tuan Hee Loy Sian (Kajang) Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman (Paya Jaras) (Timbalan Speaker) Y.B. Tuan Lau Weng San (Banting) Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib (Hulu Kelang) Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan) Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi, P.J.K. (Sementa) Y.B. Puan Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baharu) Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad (Ijok) Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin, P.P.T. (Morib) Y.B. Tuan Rajiv A/L Rishyakaran (Bukit Gasing) Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman (Sabak) Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin (Permatang) Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli (Bukit Melawati) Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli (Jeram) Y.B. Tuan Sallehudin Bin Amiruddin (Kuang) Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamizan (Taman Templer) Y.B. Tuan Chua Wei Kiat (Rawang) 2 30 NOVEMBER 2018 (JUMAAT) Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham (Gombak Setia) Y.B. Tuan Lai Wai Chong (Teratai) Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof (Dusun Tua) Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah, P.J.K. (Tanjong Sepat) Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar (Sungai Ramal) Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze (Subang Jaya) Y.B. Puan Lim Yi Wei (Kampung Tunku) Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew (Sungai Pelek) Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor (Kota Damansara) Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin (Bandar Utama) Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri (Pelabuhan Klang) Y.B. Tuan Leong Tuck Chee (Pandamaran) Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar, D.P.N. (Batang Kali) Y.B. Tuan Gunarajah A/L R George (Sentosa) Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah (Dengkil) Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni (Sungai Kandis) Y.B. Puan Wong Siew Ki (Balakong) 3 30 NOVEMBER 2018 (JUMAAT) Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar (Seri Setia) Y.B. Tuan Rizam Bin Ismail (Sungai Air Tawar) Y.B. Dato’ Mohd Imran Bin Tamrin, D.I.M.P (Sungai Panjang) Y.B. Dato’ Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi, D.P.M.S. (Sijangkang) TIDAK HADIR (Dengan maaf) Y.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali S.P.M.S., S.M.S. (Bukit Antarabangsa) Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri (Taman Medan) Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi (Kota Anggerik) Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor (Semenyih) Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar (Meru) Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar, DMSM., PJK. (Hulu Bernam) Y.B. Dato’ Haji Mohd Shamsudin Bin Haji Lias, DPMS., JSM., SSA. (Sungai Burong) 4 30 NOVEMBER 2018 (JUMAAT) TURUT HADIR (Mengikut Fasal LII (3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959) Y.B. Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya, D.P.M.S., B.C.M., B.K.T., P.J.K. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Y.B. Dato’ Nor Azmie bin Diron, D.P.M.S. Pegawai Kewangan Negeri Selangor Y.B. Dato’ Haji Nik Suhaimi bin Nik Sulaiman, D.I.M.P., A.S.A. Penasihat Undang-undang Negeri Selangor 5 30 NOVEMBER 2018 (JUMAAT) PEGAWAI BERTUGAS Puan Gayathri Prasena a/p Jaya Kumar Setiausaha Bahagian Dewan Encik Muhajirih bin Ahmad Penolong Setiausaha Dewan Encik Zawawi Bin Mohd. Arif Penolong Setiausaha Pentadbiran Puan Siti Salina Binti Muftar Setiausaha Pejabat Bentara Encik Abdul Khalil bin Sabiis Encik Jamil Hasib bin Abd Karim Encik Nilam Mersa bin Mansur Encik Mohammad Redzuan bin Adam Pelapor Perbahasan Puan Noor Syazwani Binti Abd Hamid Encik Mohamad Izad Shafiq Bin Ahmad Mashudi 6 30 NOVEMBER 2018 (JUMAAT) (Tuan Speaker mempengerusikan mesyuarat) PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN : Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat pagi. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Ke 14 pada 30 November 2018 dimulakan dengan bacaan doa. (Bacaan doa). Aturan urusan mesyuarat seterusnya Pertanyaan-Pertanyaan. TUAN SPEAKER : Selamat pagi, Salam sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mempersilakan Yang Berhormat Gombak Setia. Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 56. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM (N17 GOMBAK SETIA) TAJUK : PELANCONGAN KESIHATAN 56. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar:- (a) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mempergiat prospek industri pelancongan perubatan di Selangor memandangkan Selangor adalah pintu masuk utama negara? TUAN SPEAKER : EXCO belum ada ya. Mana EXCO yang menjawab soalan sepatutnya berada dalam Dewan untuk memberi jawapan kepada Ahli-ahli Dewan yang menanyakan soalan ya. Ini sangat penting kerana hari ni hari Jumaat, kita mula dengan jam 9.30 awal setengah jam, mungkin ada yang tersilap masa ataupun Yang Berhormat Kinrara boleh tolong. Ya, terima kasih. Silakan. Y.B. TUAN NG SZE HAN : Ok, terima kasih Tuan Speaker. Saya akan menjawab bagi pihak EXCO Pelancongan. Pelancongan Kesihatan atau Perubatan merupakan segamen pelancongan yang terpenting di negeri Selangor berikutan penawaran khidmat penjagaan kesihatan dan rawatan ubat yang kompetitif dan terbaik berbanding negeri lain di Malaysia mahupun negara-negara jiran. Tourism Selangor selaku agensi 7 30 NOVEMBER 2018 (JUMAAT) pelancongan negeri telah mewujudkan satu unit khas yang fokus kepada segamen pasaran khusus Niche Market seperti pelancongan kesihatan, medical tourism, pelancongan golf, pelancongan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran dan pelancongan kapal persiaran (cruise tourism). Kerajaan Negeri bersama agensi pelancongan, hospital dan pusat penjagaan kesihatan di negeri Selangor telah bekerjasama dalam menjalankan aktiviti pemasaran dan juga promosi pelancongan kesihatan dengan menyediakan pakej-pakej rawatan menarik dengan harga berpatutan. Pihak Tourism Selangor telah menyenaraikan lebih 30 hospital dan pusat kesihatan kerajaan dan swasta yang pakar dalam penjagaan kesihatan di peringkat rantau dan antarabangsa untuk dipromosikan berdasarkan kemampuan menawarkan kemudahan dan kelengkapan yang mengikut kriteria pelancongan kesihatan. Pada masa yang sama Malaysia Health Care Travel Council dengan kerjasama Tourism Selangor telah menyediakan pakej pelancongan dan sesi lawatan mengikut kepada permintaan pasaran. Pakej yang ditawarkan ini memberi peluang kepada pesakit dan keluarga untuk melawat beberapa tempat yang menarik khususnya di sekitar dan berdekatan dengan pusat rawatan mereka. Sebagai tanda usaha Kerajaan Negeri Selangor bersungguh dan mengambil peluang dalam industri pelancongan kesihatan, Kerajaan Negeri telah menganjurkan Selangor Wellness dan Living Expo pada dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2016 dan tahun 2017. Kerajaan Negeri juga menyokong penuh dan mengambil bahagian di dalam Malaysian Innovative Health Care Symposium bertempat di International Medical University Malaysia juga pada tahun 2017 yang lalu. Antara pasaran utama pelancongan kesihatan di negeri Selangor adalah dari negara Indonesia, Singapura dan Timur Tengah di samping Vietnam, China dan India sebagai peluang baru berdasarkan pasaran teras dan jumlah pelancong kesihatan serta potensi pertumbuhan pasaran masing-masing menurut kajian Malaysia Health Care Travel Council. Terima kasih. TUAN SPEAKER : Seri Kembangan. Tak hadir. Kota Damansara. Y.B. TUAN SHATIRI BIN MANSOR : Kota Damansara, soalan saya yang ke 58. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN SHATIRI BIN MANSOR (N39 KOTA DAMANSARA) TAJUK : PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH KERAJAAN 58. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar:- 8 30 NOVEMBER 2018 (JUMAAT) (a) Apakah rancangan dan dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa sekolah-sekolah kerajaan mendapat bantuan demi memastikan suasana tempat belajar dalam keadaan selesa dan selamat untuk murid-murid serta guru-guru? Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR : Terima kasih Speaker dan juga Kota Damansara. Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Program Bantuan Sekolah bermula tahun 2009 sehingga tahun ini. Program ini merupakan bantuan dana untuk penambahbaikan infrastruktur sekolah-sekolah di negeri Selangor agar selamat dan kondusif. Oleh itu sepanjang pelaksanaannya agihan bantuan yang telah diberikan kepada sekolah-sekolah seperti berikut :- (i) Sebanyak 400 buah Sekolah Agama Rakyat yang terdiri daripada Sekolah Tahfiz, KAFA, Madrasah dan Pondok telah menerima bantuan. (ii) Sebanyak 111 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan termasuk 4 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina; (iii) Sebanyak 97 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menerima bantuan dan; (iv) Yang terkini sebanyak 5 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan 23 buah sekolah mubaligh turut diberikan bantuan. Bantuan ini diagihkan mengikut keperluan sekolah-sekolah. Keutamaan yang menjadi pertimbangan pihak Kerajaan Negeri ialah isu-isu yang berkaitan keselamatan dan keselesaan dalam pembelajaran. Secara asasnya bantuan dan peruntukan untuk sekolah-sekolah kerajaan ini merupakan program-program tambahan khususnya untuk menangani kekurangan daripada peruntukan, daripada Kementerian Pendidikan sebelum ini. Terima kasih. Y.B. TUAN SHATIRI BIN MANSOR : Soalan tambahan. TUAN SPEAKER : Silakan Kota Damansara. Y.B. TUAN SHATIRI BIN MANSOR : Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat ada beberapa sekolah yang sering mengadu kepada Kota Damansara antaranya ialah Sekolah Kebangsaan Subang Bestari I. Itu masalah dewan, Sekolah Kebangsaan U3, Subang Perdana pun mengenai masalah dewan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil RRI. Mereka ini ada isu berkenaan dengan tanah yang dijanjikan oleh Kerajaan sebanyak 6 ekar namun sampai sekarang belum ada tanda kepastian kedudukan tanah mereka untuk dipindahkan Sekolah RRI tersebut. Juga Sekolah Kebangsaan Kampung Subang ada masalah dewan dan juga Sekolah Menengah Seksyen 8, Kota Damansara juga mereka ada masalah padang.