Dewan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas Penggal
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA SHAH ALAM, 01 NOVEMBER 2016 (SELASA) Mesyuarat dimulakan pada jam 10.00 pagi YANG HADIR Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Subang Jaya) (Tuan Speaker) Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, S.P.M.S. (Bukit Antarabangsa) (Dato’ Menteri Besar Selangor) Y.B. Dato’ Teng Chang Khim, D.P.M.S. (Sungai Pinang) Y.B. Dato’ Iskandar Bin Abdul Samad, D.P.M.S. (Chempaka) Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan) Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) Y.B. Dato’ Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi, D.P.M.S. (Sijangkang) Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi (Sementa) Y.B. Tuan Ganabatirau A/l Veraman (Kota Alam Shah) Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad (Seri Setia) Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari (Batu Caves) 1 Y.B. Tuan Zaidy Bin Abdul Talib (Taman Templer) Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah (Bangi) (Timbalan Speaker) Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail, D.P.P.N. (Kajang) Y.B. Puan Hajah Rodziah Binti Ismail (Batu Tiga) Y.B. Puan Dr. Halimah Binti Ali (Selat Klang) Y.B. Tuan Ng Suee Lim (Sekinchan) Y.B. Tuan Dr. Yaakob Bin Sapari (Kota Anggerik) Y.B. Tuan Dr. Xavier Jayakumar A/l Arulanandam (Seri Andalas) Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha (Taman Medan) Y.B. Tuan Lau Weng San (Kampung Tunku) Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib (Hulu Kelang) Y.B Tuan Mat Shuhaimi Bin Haji Shafiei (Sri Muda) Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi (Sabak) Y.B. Puan Gan Pei Nei (Rawang) Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz (Lembah Jaya) Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan (Gombak Setia) Y.B. Puan Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baharu) Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail (Seri Serdang) Y.B. Tuan Ng Sze Han (Kinrara) Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad (Ijok) Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Haji Hassan (Tanjung Sepat) 2 Y.B. Puan Yeo Bee Yin (Damansara Utama) Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan (Dusun Tua) Y.B. Tuan Tan Pok Shyong (Pandamaran) Y.B. Puan Lai Nyuk Lan (Sungai Pelek) Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman (Paya Jaras) Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin (Morib) Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran (Bukit Gasing) Y.B. Puan Tiew Way Keng (Teratai) Y.B. Dato' Mohd. Shamsudin Bin Lias D.P.M.S., J.S.M., S.S.A. (Sungai Burong) Y.B. Dato’ Haji Amiruddin Bin Setro D.P.M.S., A.S.A. (Jeram) Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Haji Idrus PGDK., K.M.N., S.I.S., A.S.D.K. (Kuang) Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abd Aziz D.M.S.M., A.M.S., J.P. (Semenyih) Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak P.M.W., S.M.S., K.M.N., P.P.N. (Permatang) Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar D.M.S.M., P.J.K. (Hulu Bernam) Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah A.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Bukit Melawati) Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan D.P.S.M., A.M.N., A.M.S., P.J.K. (Kota Damansara) Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Haji Abdul Malik, P.J.K. (Sungai Air Tawar) Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi (Sungai Panjang) 3 Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, D.I.M.P. (Batang Kali) Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif (Dengkil) Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim P.S.M., S.P.M.S., D.S.A.P. (Pelabuhan Klang) Y.B. Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) 4 TIDAK HADIR (Dengan maaf) Y.B. Tuan Dr. Abd Rani Bin Osman (Meru) Y.B. Tuan Ng Tien Chee (Balakong) TURUT HADIR (Mengikut Fasal LII (3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959) Y.B. Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya, D.P.M.S., B.C.M., B.K.T., P.J.K. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Y.B. Dato’ Noordin Bin Sulaiman, D.P.M.S., S.I.S. Pegawai Kewangan Negeri Selangor Y.B. Dato’ Haji Nik Suhaimi Bin Nik Sulaiman, D.I.M.P., A.S.A. Penasihat Undang-undang Negeri Selangor 5 PEGAWAI BERTUGAS Puan Elya Marini Binti Darmin, A.M.S. Setiausaha Bahagian Dewan Encik Zawawi Bin Mohd. Arif Penolong Setiausaha Pentadbiran Puan Siti Salina Binti Muftar Setiausaha Pejabat Bentara Encik Abdul Khalil bin Sabiis Encik Mohd Redzuan bin Adam Encik Nilam Mersa Mansur bin Osman Pelapor Perbahasan Puan Hajah Noridah Binti Abdullah Puan Noor Syazwani Binti Abd Hamid 6 (Tuan Speaker mempengerusikan mesyuarat) SETIAUSAHA DEWAN: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Wabarakatuh dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor yang Ketiga Belas pada 01 November 2016 dimulakan dengan bacaan doa. I. DOA II. PERTANYAAN-PERTANYAAN SETIAUSAHA DEWAN : Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya pertanyaan- pertanyaan. TUAN SPEAKER : Selamat pagi semua. Baiklah, saya jemput Yang Berhormat Sekinchan. Y.B. TUAN NG SUEE LIM : Tuan Speaker, Soalan No. 1. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN NG SUEE LIM (N04 SEKINCHAN) TAJUK : INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI SELANGOR 1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : a) Sila huraikan perkembangan terkini industri pelancongan di Selangor? b) Sila nyatakan apakah implikasi kelembapan ekonomi global terhadap perkembangan industri pelancongan? c) Sila kemukakan apakah perancangan promosi industri pelancongan bagi 5 tahun akan datang? Y.B. PUAN ELIZABETH WONG KEAT PING : Terima kasih Tuan Speaker. Perkembangan terkini industri pelancongan sehingga bulan Oktober 2016 di Negeri Selangor adalah seperti berikut : 1. Kempen Promosi Pelancongan – Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor telah menganjurkan kempen promosi pelancongan bermula pada tahun 2016 iaitu kempen ‘Discover Selangor’ dan memperkenalkan slogan terbaharu iaitu, ‘Heart of Malaysia’. 7 2. Jumlah kedatangan pelancong sehingga bulan Jun 2016 ke Negeri Selangor adalah 660,081 orang pelancong dalam dan luar negara. Hal ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27.9% berbanding dengan bulan Jun 2014 yang menerima jumlah pelancong sebanyak 516,001 orang. Negara-negara teratas yang datang melancong ke Negeri Selangor adalah satu, Singapura, dua, Indonesia, tiga, Negara China, empat, India, dan lima, Thailand. 3. Trend Segmen Pelancongan sepanjang tahun 2016 yang terkini terdapat beberapa tema iaitu satu, Pelancongan Eko dan Alam Semula jadi, dua, Pelancongan Perniagaan ataupun (M.I.C.E : Meeting Incentive, Conference & Exhibition), tiga, Pelancongan Kesihatan ataupun Medical Tourism, empat, Pelancongan Taman Tema dan lima, Pelancongan Agro & Homestay. Soalan Yang Berhormat Sekinchan berkenaan tentang kelembapan ekonomi dan kesan terhadap perkembangan industri pelancongan, memang betul ia memberi kesan terhadap industri pelancongan dan hospitaliti di seluruh dunia. Antara implikasi kelembapan ekonomi global terhadap sektor pelancongan adalah seperti berikut: i) Krisis kewangan yang datang dari negara-negara maju ataupun develop countries akan memberi impak besar kepada negara-negara membangun (developing countries). Krisis ini datang daripada pelbagai isu seperti kekurangan kewangan, khasnya, untuk pelancong- pelancong daripada negara-negara maju untuk datang ke Asia Tenggara, sebagai contohnya, untuk melancong. Jadi hal ini menyebabkan kedatangan dan juga pergerakan pelancong-pelancong antarabangsa menurun. ii) Perniagaan yang berteraskan pelancongan seperti hotel yang menerima impak yang paling besar daripada segi penjualan bilik dan juga pakej M.I.C.E dalam tempoh ini. Ia ada kesan yang besar jadi hotel yang berkonsepkan percutian seperti resort yang bergantung pada pasaran yang besar seperti Eropah, China, Amerika dan Australia akan kehilangan pelanggan oleh sebab pengurangan perbelanjaan dan juga pengurangan tempoh menginap semasa melancong. Ia menyebabkan hotel dan resort ini sukar memperoleh pendapatan untuk bertahan lama di dalam industri. Juga yang dapat kesan yang negatif adalah syarikat penerbangan dan juga agensi- agensi pelancongan, operator pelancongan dan sebagainya. Maka pelan strategik promosi pelancongan Tourism Selangor dari tahun 2016 – 2020 iaitu 5 tahun yang akan datang ini adalah satu penjenamaan kempen seperti yang saya telah sebut pada awal jawapan ini, kita telah memperkenalkan slogan yang terbaru, Discover Selangor, Heart of Malaysia yang merupakan kempen peningkatan kesedaran dan juga permintaan didalam pasaran utama bidang pelancongan seterusnya meletakkan 8 aras yang jelas untuk memberi produk pelancongan yang berkualiti serta servis yang terbaik. Keduanya, juga meningkatkan permintaan ataupun demand daripada pasaran seperti negara China, negara India kerana dua-dua negara ini merupakan negara sumber pelancong-pelancong yang memang gemar datang ke Asia Tenggara khasnya, negara Malaysia. Ketiganya, untuk membenakan kapasiti digital yang lebih kompeten dan juga kompetitif supaya kita boleh menggunakan pasaran digital dalam program promosi dan juga pengiklanan. Empat, menggalakkan pelaburan dan juga perniagaan pelancongan iaitu sebagai contohnya meningkatkan sumbangan di dalam bidang pelancongan, perniagaan ataupun M.I.C.E. Bekerjasama dengan pihak Invest Selangor menarik pelabur dalam bidang pelancongan dan strategi ini dirancangkan untuk menggalakkan pelancong perniagaan ataupun business traveller untuk membawa rakan tinggal dengan lebih lama dan juga kembali ke Negeri Selangor semula untuk bercuti. Kelima, adalah acara pelancongan. Terima kasih. TUAN SPEAKER : Sekinchan. Y.B. TUAN NG SUEE LIM : Terima kasih Tuan Speaker. Tahniah diucapkan kepada Tourism Selangor, Yang Berhormat EXCO kerana kita telah berjaya menaikkan bilangan jumlah pelancong meningkat 27.9% namun saya nampak dalam usaha kita menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Selangor khususnya. Ada satu masalah yang saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat, mereka ramai yang complaint WIFI terlalu lambat inilah antara perkara yang patut minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat. Bagaimanakah kita nak perkasakan WIFI ini? Y.B. PUAN ELIZABETH WONG KEAT PING : Terima kasih Yang Berhormat Sekinchan. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak control ataupun mengawal sistem dan juga bidang WIFI ataupun telekomunikasi. Tunggulah kita sampai ke Putrajaya dulu. TUAN SPEAKER : Sabak. Y.B. TUAN SALLEHEN BIN MUKHYI : Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No.