Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 59 Selasa 1 Disember 2015 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 23) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2016 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.62 (Halaman 24) Maksud B.63 (Halaman 101) Maksud B.46 (Halaman 155) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 23) Anggaran Pembangunan 2016 Jawatankuasa:- Maksud P.62 (Halaman 24) Maksud P.63 (Halaman 101) Maksud P.46 (Halaman 155) DR.1.12.2015 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Selasa, 1 Disember 2015 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Perdana Menteri menyatakan persediaan awal menghadapi bencana dan apakah kerajaan bercadang meminda beberapa peraturan berkaitan bencana yang tidak sesuai lagi digunakan masa kini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim]: Terima kasih Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi memantapkan dan mentransformasikan pengurusan bencana supaya jadi lebih komprehensif dan fokus, pada 26 Ogos 2015 Jemaah Menteri telah bersetuju terhadap cadangan menubuhkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) di bawah Jabatan Perdana Menteri serta bersetuju kepada perubahan dalam mekanisme pengurusan bencana negara. APBN JPM ditubuhkan bagi memperkemaskan struktur pengurusan bencana negara serta mewujudkan sinergi di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana termasuk agensi tindak balas. Agensi ini seterusnya mengambil alih peranan Majlis Keselamatan Negara JPM sebagai agensi peneraju national focal point dalam pengurusan bencana negara di peringkat ASEAN, Asia dan seluruh dunia. Pada 1 Oktober 2015, waran peruntukan telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Maka dengan itu APBN telah ditubuhkan secara rasminya pada tarikh tersebut. Selari dengan transformasi pengurusan bencana negara, mekanisme pengurusan bencana telah diperkemaskan di mana Jabatan Pertahanan Awam Malaysia akan menjadi sekretariat dan urus setia bagi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana di peringkat pentadbiran negeri, daerah serta menjadi peneraju di peringkat komuniti. Penglibatan JPM sebagai first responder di peringkat komuniti akan mengurangkan masa, tindak balas apabila menghadapi bencana selain dipertanggungjawabkan menerajui penubuhan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam atau Civil Defense Emergency Response Team (CDERT) bersama organisasi seperti JKKK, kawasan Rukun Tetangga atau yang setara bagi menyokong jentera pengurusan dan bantuan bencana kepada masyarakat. DR.1.12.2015 2 Tuan Yang di-Pertua, prinsip arahan MKN 20 masih lagi relevan dan diguna pakai untuk tujuan penyelarasan dalam fasa tindak balas selain agensi-agensi terbabit perlu mematuhi satu SOP tindak balas bersepadu unified command, dengan izin di bawah seliaan Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana di peringkat negeri dan daerah. Terima kasih. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan sebentar tadi. Kita tahu banjir ataupun juga bencana ia sukar untuk diramal tetapi ia boleh dikurangkan. Baik daripada segi penguatkuasaan, peruntukan, pindaan undang-undang, penambahbaikan beberapa kelemahan yang berlaku sebelum ini dan sebagainya. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, setakat ini apakah persediaan yang telah dibuat selain daripada yang disebut tadi? Apakah peruntukan yang ada cukup, memadai dari segi peralatan dan sebagainya? Kemudian, apakah langkah-langkah yang telah pun kerajaan umumkan untuk tambatan banjir dan sebagainya telah pun mula dilaksanakan? Ini kerana pada saya kita tidak boleh tunggu lama kerana bencana ini boleh berlaku bila-bila masa. Terima kasih. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, soalan yang bagus. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada tahun lepas banjir besar berlaku seluruh negara dan tidak pernah dalam hidup ini, mungkin hidup Tuan Yang di-Pertua ataupun Ahli Yang Berhormat yang pernah kita hadapi banjir yang melibatkan mangsa hampir 600,000 orang. Ini banjir yang terbesar dalam sejarah kehidupan kita. Mungkin sebelum kita ada lagi banjir besar yang disebutkan pernah berlaku pada tahun 1927 di Kelantan, disebut banjir merah. Banjir besar tahun lepas pun, kita walaupun ada kekurangan di beberapa buah daerah, bukan negeri. Kekurangan di peringkat awal kerana mangsa banjir tidak bersedia untuk pindah apabila diarahkan berpindah tetapi pada hari yang kedua, ketiga dan seterusnya kita dapat mengatasi perkara tersebut. SOP yang ada tidak diubah Tuan Yang di-Pertua tetapi diperbaiki dan dikemaskinikan. Apabila kita tubuhkan Unit APBN ini ialah untuk membolehkan supaya semua agensi digembleng tenaga sebagaimana yang disebut di bawah arahan MKN 20. Akan tetapi sekarang ini pun, pada sebelum ini pun memang penggemblengan tenaga dibuat cuma sekarang ini diberi kepada agensi khusus. Dahulu diberi kepada MKN sebagai sekretariat di peringkat negeri dan daerah. Di peringkat daerah ini pegawai daerah tetapi MKN sendiri tidak mempunyai jentera utamanya. Sekarang ini apabila JPAM mengambil alih, JPAM menjadi jentera utama bersama dengan agensi-agensi lain, polis, tentera, bomba, RELA dan lain-lain lagi. ■1010 Jadi daripada segi SOPnya, kita kemas kini seperti yang telah ditentukan dalam arahan MKN 20. Daripada segi peralatan, sedang dipersiapkan dari semasa ke semasa Yang Berhormat. Kemudian daripada segi peruntukan, kita tidak ada masalah sebab apa, agensi pengurusan bencana terlibat secara langsung daripada segi perpindahan, pengurusan di tempat perpindahan dan selepas itu pasca banjir. Kita, Jabatan Kebajikan akan menguruskan di DR.1.12.2015 3 peringkat perpindahan. Yang ini kita bukan saja menyediakan pangkalan di peringkat negeri, daerah tetapi pangkalan hadapan. Manakala di peringkat komuniti, barangan telah pun dihantar untuk membolehkan kita untuk membuat persediaan menghadapi banjir. Berhubung dengan tebatan banjir, Tuan Yang di-Pertua. Ini bukan di bawah jabatan saya tetapi oleh kerana Yang Berhormat bertanya soalan yang pertama, saya akan mengambil daya usaha untuk mendapatkan maklumat daripada kementerian sahabat saya berhubung dengan tebatan banjir. Walau bagaimanapun pada keseluruhannya, kita memang bersiap siaga untuk menghadapi bencana pada kali ini. Pada kali ini Yang Berhormat, untuk makluman semua pihak bahawa di seluruh dunia kita sedang menghadapi tekanan udara ataupun cuaca panas El Nino di Lautan Pasifik dan El Nino juga membawa bencana yang agak besar seperti yang berlaku pada 1997 di seluruh dunia. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kota Melaka. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan lebih detail tentang pengalaman atau kekurangan yang kita hadapi pada banjir yang paling teruk tahun lepas ini dan apakah kelemahan itu dan dapat kah diatasi jika kita menghadapi yang serupa keadaan sebegini sebab masih tidak jelas tentang kelemahan dan seperti koordinasi dengan NGO-NGO yang lain seperti SOP yang dikatakan tidak akan dipinda atau diperbaiki dengan kelemahan ini. Mintaklah kalau Yang Berhormat dapat jelaskan lebih detail. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka yang juga mendapat gelaran Mr. PR1MA ya. Tuan Yang di-Pertua, kita bila berlaku banjir, kita akan membuat post-mortem dengan izin tentang kekurangan yang kita hadapi dan daripada segi SOPnya, sebenarnya SOPnya itu boleh dikemaskinikan dan kita untuk membolehkan SOP itu diikuti, dipatuhi dan ia mendapat kesan yang lebih baik, maka kita unjurkan supaya semua Pejabat Daerah dan juga peringkat negeri menganjurkan ataupun mengunjurkan simulasi ataupun latihan sebelum banjir. Bila kita buat simulasi, kita dapat menentukan tugas kepada agensi kerajaan dengan lebih khusus. Yang keduanya, semua kita dapat coordinate dengan izin NGO yang ingin sama-sama memberi bantuan. Jadi walaupun kita kata pada banjir nanti, jabatan ini mengambil alih tetapi bila kita buat simulasi, kita khususkan kepada orang itu sendiri. Contohnya kita katakan bomba. Walaupun kita sebut perkataan bomba tapi kita khususkan orang yang akan terlibat sekiranya berlaku banjir di tempat kejadian ataupun di peringkat komuniti. Benda yang kita perhatikan secara umumnya bahawa kekurangan yang utama di samping ada sedikit kekurangan aset tetapi kita boleh atasi. Kekurangan kita ialah daripada segi leadership, kepimpinan sebab kalau sekiranya kepimpinan itu mantap, dia bolah coordinatekan bantuan NGO dan juga agensi kerajaan ini dan kita dapat bantu. Saya sering menyebut Yang Berhormat tidak mahu yang ini. Saya menyebut bahawa ada satu daerah di daerah Yang Berhormat yang berkenaan, kita lihat terdapat 100 biji DR.1.12.2015 4 bot yang dipunyai oleh orang kampung dan juga NGO termasuk 4-wheel drive yang kita tengok berada di sepanjang jalan dari Kota Bharu pergi ke Gua Musang. Jadi tugas utama pemimpin di peringkat daerah ini ialah supaya dia boleh coordinate semua sekali aset yang ada. Kita benarkan mereka untuk menyewa, kita benarkan mereka untuk mendapat sumbangan, tidak ada masalah. Yang