Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keenam Mesyuarat Pertama
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEENAM MESYUARAT PERTAMA Bil. 10 Selasa 20 Mac 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 7) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 40) Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim (Kuala Selangor) (Halaman 41) DR.20.3.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEENAM MESYUARAT PERTAMA Selasa, 20 Mac 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiande) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan industri sarang burung walet mempunyai potensi dalam menjana pendapatan lumayan kepada pengusaha terutama melalui aktiviti pengeksportan. Dalam hubungan ini, mohon YB. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani nyatakan berkenaan status rundingan di antara Malaysia dengan China berkaitan eksport sarang burung walit mentah. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih pada Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua memahami tentang keperluan perkara ini. Tuan Yang di-Pertua daripada Beluran salah satu tempat yang terkenal dengan industri sarang burung walet ini. Sudah tentu keprihatinan kami ialah terhadap pengusaha-pengusaha sarang burung walet ini. Terdapat lebih daripada 22,000 rumah sarang burung walet yang ada di seluruh negara melibatkan ramai pengusaha yang sudah tentu bergantung kepada sarang burung walet ini. Sebagaimana yang kita tahu, suatu ketika dahulu ia telah memberikan pendapatan yang sangat lumayan kepada pengusahanya apabila kita dibenarkan untuk mengeksport sarang burung walet ini ke mana sahaja termasuk negara China yang boleh menerima sarang burung walet yang mentah. Akan tetapi, apa yang berlaku kira-kira empat tahun lalu terdapat kes-kes di mana berlakunya kecurangan di mana di kalangan mereka yang menghantarnya sehingga sarang burung walet kita dilarang daripada masuk negara China bagi yang masih mentah dan ia menyebabkan gangguan dari segi pasaran dan harganya merudum jatuh. Pihak kerajaan berusaha sedaya upaya sejak empat tahun yang lalu dan saya patut berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Perdana Menteri di atas DR.20.3.2018 2 hubungan baiknya dengan Kerajaan China pada 01 November 2016 kita telah berjaya menandatangani protokol bagi membolehkan sarang burung walet yang mentah untuk dihantar ke sana. Sudah tentu selepas kita menandatangani, ada proses-proses yang tertentu, termasuk mereka ingin memahami atau pun melihat kaedah-kaedah rawatan kita walaupun terhadap yang mentah tadi. Mereka hendak tahu lokasi rumah. Apakah rumah- rumah itu memenuhi syarat-syarat hygiene atau pun kebersihan di bawah MyGAP dan sebagainya. Ianya kini di peringkat yang terakhir. Kita kira sebelum sarang burung walet mentah ini dapat dihantar kembali ke negara China. Akan tetapi berita baiknya, dengan tanda tangan protokol tersebut, harga sarang burung walet sekarang ini sudah naik. Dahulu nya RM800, sekarang sudah RM4,000 hingga RM5,000 per kilogram. Jadi, bayangkan kalau mereka yang dapat harvest sebanyak 10 kilogram, mereka boleh berpendapatan sehingga RM50,000. Jadi, ini adalah berita baik yang diterima di kalangan pengusaha-pengusaha terutama sekali mereka yang berada di kawasan luar bandar. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Tuan Yang di-Pertua, saya amat simpati dengan pengusaha-pengusaha ini dan saya mengambil kira juga dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru- baru ini telah memberi saranan agar industri sarang burung walet ini diteroka dan dikembangkan. Apakah langkah yang telah diambil oleh Kementerian bagi membantu usahawan tempatan memahami peraturan atau protokol bagi memastikan jaminan kualiti sarang burung walet ini? Kota Tinggi sedia menjadi Pusat Penyelidikan Pengembangan Pemprosesan sekiranya perlu untuk mengembangkan industri ini. Kota Tinggi menawarkan. Terima kasih. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Isu kita dalam soal eksport burung walet ini sebenarnya dikatakan kita eksport pada banyak negara. Akan tetapi kebanyakannya walaupun ke Vietnam, Hong Kong dan sebagainya, ia berakhir ke negara China. Juga dijangkakan China, permintaan terhadap sarang burung walet mencecah sehingga 1,000 tan metrik. Negara kita mengeluarkan kira-kira 400 tan metrik per tahun dan ia merupakan industri yang cukup berkembang tetapi kebergantungan kita ialah pasaran daripada sebuah negara yang besar. ■1010 Untuk memahami pasaran China ini asas dalam perdagangan mereka ialah soal trust, kepercayaan dia. Kalau mereka percaya kepada negara tersebut dari segi hygiene, proses dan sebagainya, ini adalah peluang baik bagi kita. Oleh sebab itulah dalam peringkat sekarang untuk memastikan mereka menerima kaedah kita, mereka mesti tengok segala proses yang kita buat termasuklah membangunkan sistem traceability. Misalnya, kalau buang balik sampai ke negara mereka, mereka hendak tahu ini datang DR.20.3.2018 3 daripada mana, datang Malaysia, Malaysia daripada Selangor, Selangor daripada Sekinchan, Sekinchan datang daripada rumah mana. Jadi, ini proses yang perlu kita tunjukkan kepada mereka tentang soal daripada mana ia datang supaya akhirnya ia tidak ban seluruh negara kita. Jadi sebab itu, sama ada kita buat di Kota Tinggi ataupun dibuat di tempat-tempat lain, kita yang perlu untuk meyakinkan bahawa sistem kita boleh dipercayai. Itu asas yang paling penting. Sekiranya keyakinan negara mereka, mereka mempunyai satu rejim pemeriksaan dari segi keselamatan makanan yang paling strict untuk waktu sekarang ini, mereka percaya kepada kita dan kita boleh kembangkan di mana sahaja. Sudah tentu tawaran Yang Berhormat Kota Tinggi itu kita sambut baik. Saya ucapkan terima kasih. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ingin tanya Yang Berhormat Menteri ini. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Indonesia yang juga pembuat eksport sarang burung walet ini, bagaimana dengan perbandingan dengan kualiti kita atau grading kita supaya dapat bersaing dengan mereka? Saya percaya negara China pun akan pantau tentang pemprosesan dari negara- negara lain. Terima kasih. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Buat masa sekarang ini saya difahamkan bahawa sarang burung walet daripada Malaysia ini dianggap lebih baik. Oleh kerana satunya, kalau kita faham bahawa burung walet ini terdapat dalam tiga segi. Vietnam, Philippines, turun ke Indonesia, kita duduk di tengah-tengah. Isu jerebu di Indonesia berapa tahun yang lalu menyebabkan sebahagian daripada burung-burung walet itu berhijrah, ia tidak duduk sana. Jadi, permintaan terhadap sarang burung walet kita adalah lebih tinggi. Bila satu perkara yang sepatutnya kita rasa bersyukur di atas hubungan baik pemimpin kerajaan kita dengan Kerajaan China, protokol yang kita tandatangani untuk membolehkan kita mengeksport yang mentah ini, hanya Malaysia yang dapat. Negara jiran seperti Indonesia dan sebagainya belum memperolehnya. Jadi, ini adalah satu perkembangan baik yang mesti dilihat sebagai kelebihan yang ada pada Malaysia. Oleh sebab itu, kita katakan bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar misalnya, sarang burung walet adalah merupakan satu daripada kekayaan baru yang kita mesti berikan perhatian yang luas. Saya bayangkan kalau saya pergi ke Sarawak baru- baru ini, satu rumah sarang burung walet ini dikendalikan oleh sebuah rumah panjang. Jadi, kita tidak boleh kata bahawa satu rumah ini, seorang. Akan tetapi ia memberi kesan pendapatan dan kehidupan kepada satu kawasan, satu rumah panjang yang ada 30, 40 orang penghuninya. Waktu harvest yang baik, mereka boleh dapat sampai— saya sudah pergi tengok, sampai 20 kilogram. 20 kilogram kalau harganya RM5,000, mereka boleh berpendapatan RM100,000. Jadi, bayangkan perkara yang kita katakan kesusahan dan DR.20.3.2018 4 sebagainya dapat diatasi dengan pendapatan-pendapatan baru yang diperoleh melalui sarang burung walet ini. Terima kasih. 2. Tuan Anuar bin Abd Manap [Sekijang] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan berapakah jumlah lampu jalan kampung yang akan dipasang di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara menerusi pengumuman peruntukan tambahan RM100 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri serta berapakah jumlah unit lampu LED akan dipasang menerusi peruntukan ini. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob]: Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Seperti yang kita sedia maklum, pemasangan lampu jalan kampung di luar bandar dan pinggir bandar bertujuan untuk menerangkan kawasan perkampungan bagi menceriakan kampung, untuk meningkatkan tahap keselamatan, mengurangkan kemalangan di kawasan-kawasan yang berbahaya dan sebagainya. Pada tahun 2017, Yang Amat Berhormat Pekan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah pun mengumumkan RM100 juta bagi kos pemasangan lampu jalan kampung seluruh negara, untuk memasang 111,833 unit lampu jalan kampung. Setakat ini, 108,075 lampu jalan kampung iaitu 97 peratus daripadanya telah pun dipasang melibatkan lampu high pressure sodium vapor (HPSV) sebanyak 102,144 dan LED sebanyak 5,931. Bagi tahun 2018 seperti yang diumumkan, tahun ini juga mendapat peruntukan RM100