DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS

KHUTBAH KHAS GERHANA BULAN

(TEKS KHUTBAH GERHANA BULAN KHAS PKP 26/5/2021)

1

KHUTBAH KHAS GERHANA BULAN (TEKS KHUTBAH GERHANA BULAN KHAS PKP 26/5/2021)

ِل ِل ِل ِل َا َحْل َاَحْل ُد َّل َا َحْل َا ُد َا َا َحْل َا ُد َاَحْل َا َا َا َّل اُد َا َا َحْل َا ُد َاَّل ُدُمَاَّل ً َا ُد َحْل ُد ا. َا َّلُد َّلم َاص ِّل َا َا ِّ َحْلم ِل ٍد ِلِل ِلِل ِل َا َا َحْل َا َا ُدُمَاَّل َا َا َا َا َاص َحْل َا َحْل َا َحْلَا ، َاَّل َبَاَحْل ُد ،      

.     

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah, Saya berpesan dengan diri saya dan juga para jemaah sekalian agar kita benar-benar bertakwa kepada Allah SWT dengan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan itu kehidupan kita senantiasa di bawah lindungan Allah SWT.

Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah, Pada malam ini kita diperlihatkan oleh Allah SWT peristiwa kejadian gerhana bulan. Gerhana ini berlaku ketika bulan berada bertentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari, ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang. Begitulahkehebatan kekuasaan Allah SWT yang mampu mengubah segalanya di langit dan bumi pada bila-bila masa yang tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat Qada’ dan Qadar Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam surah Fussilat ayat 37:

     .     .    

     

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. janganlah kamu kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah Yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.

Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah, Peristiwa gerhana Bulan yang berlaku hampir saban tahun menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat. Ada yang menganggap kejadian ini adalah perkara biasa dan tidak kurang pula ada yang menganggap fenomena ini merupakan tanda-tanda kemurkaan Allah SWT terhadap hambanya. Ada juga yang membawa fahaman khurafat dengan menganggap bahawa solat sunat gerhana yang dilakukan adalah untuk menghindarkan kemurkaan daripada penghuni

2 langit terhadap penduduk bumi. Jika dikaji dan diteliti lembaran hadis-hadis Baginda Nabi SAW, kita akan mendapati bahawa tiada satu riwayat pun daripada mana-mana sahabat baginda SAW mengenai gerhana yang disebabkan daripada kemurkaan Allah SWT. Mana mungkin fenomena gerhana dapat dikaitkan dengan kemurkaan Allah SWT, sedangkan agama berkembang pesat dalam kalangan masyarakat Arab pada ketika itu dan manusia berpusu-pusu menerima ajaran Islam yang dibawa oleh baginda Nabi SAW. Ketika dizaman Rasulullah SAW masih hidup, ramai yang menganggap bahawa gerhana yang berlaku bertepatan dengan kewafatan anak Nabi SAW yang bernama Ibrahim, sehingga ada yang percaya bahawa gerhana yang berlaku itu juga disebabkan oleh kesedihan terhadap kewafatan Ibrahim, anak lelaki Nabi SAW. Disebabkan Kepercayaan khurafat inilah maka Nabi Muhammad SAW telah menyanggahnya, dengan bersabda: ِل ِل ِل ِل َّلِل َّل ِلِل ِل ِل ِل ِل ِل ِل َّل َّلش َحْل َاس َا َحْلَاق َا َار يَبَاتَا َحْلن يَا ت ُدُيَاِّ ُدف ُد ِب َا َا َاد ُد ، َا نَبَّلُد َا َا يَبَاَحْلن َاكسَاف َا َحْل ت ٍد ِل ِل ِل ِل َا َا َحْلن نَّل ِلا ، َا َا َا َايَحْلَبتُد َحْلم َحْلنَبَا َا َحْل ً َا َا ُّل َا َحْلد ُد َّل َا َا َّل يُد َحْلك َاش َا َا ُدك َحْلم Ertinya:"Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah SWT, tidak berlaku gerhana kedua-duanya(matahari dan bulan itu) disebabkan kematian seseorang dan bukan disebabkan kehidupan seseorang, Maka apabila kamu melihat berlakunya (gerhana matahari atau bulan), maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu (solat gerhana) sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu" ( Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari).

Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah, Kita dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika berlaku gerhana supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersolat, bertakbir, bersedekah dan beristighfar dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Mengakhiri khutbah, mimbar mengharapkan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, kesedaran, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Marilah sama sama kita berdoa kepada Allah SWT semoga gerhana yang berlaku ketika ini tidak mengakibatkan berlakunya malapetaka alam seperti perubahan angin dan cuaca yang akan memungkinkan kesan kepada alam sekitar dan memberi kesan kepada perubahan tabii alam, tumbuh-tumbuhan serta kehidupan di dunia. Sebagai usaha untuk melahirkan keteguhan dan mengekalkan kekuatan yang ada dalam diri umat Islam, mimbar menggariskan beberapa panduan yang ringkas daripada Assunnah (yang dianjurkan) ketika berlaku gerhana, antaranya:

YANG PERTAMA: Melihat gerhana dengan perasaan takut kepada Allah. KEDUA: Melaksanakan Solat gerhana jika melihat kejadian tersebut berlaku. KETIGA: Berdoa dan berzikir.

3

KEEMPAT: Mengeluarkan sedekah. KELIMA: Melakukan amalan-amalan yang membawa keredhaan dan dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 190-191:

             

             

       

Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang- orang Yang berakal; (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.__

ِل ِل ِل ِل ِل ِل ِل ِل ِل ِل ِل َا َا َا اُد َحْلِل َا َا ُدك َحْلم َحْلِف َحْلُدقَحْلر َحْلَا ظَحْل م َا نَاَبَافَا َحْلِن َا يَّل ُدك َحْلم ِبَا َحْل َان ِل ِّ ِل ايَا ت َا لَحْلكِلر َحْل َاكَحْل ِلم .

4