PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN TAMADUN DAN WARISAN 2017 (TAWIS 2017)

“Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi”

Tarikh: 25 Safar 1439H bersamaan 14 November 2017 (Selasa) Tempat: Institut Latihan Islam (ILIM)

Editor: Rosilawati Mohd Hanapi, Mashitoh Yaacob, Mohamad Sabri Haron, A'dawiyah Ismail, Fariza Md Sham, Nur Asilah Kithuru Mohamed, Zubaidah Mohd Nasir, Siti Salwa Salim, Wan Aishah Wan Mohd Nowalid & Faris Hariyanto

Anjuran bersama:

PROSIDING

SEMINAR KEBANGSAAN TAMADUN DAN WARISAN ISLAM (TAWIS) 2017

“Merekayasa Kreativiti dan Inovasi”

Diterbitkan oleh

Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, MALAYSIA

bersama

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

2017

PROSIDING

SEMINAR KEBANGSAAN TAMADUN DAN WARISAN ISLAM (TAWIS) 2017

“Merekayasa Kreativiti dan Inovasi”

© Sekretariat TAWIS 2017,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia; Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia; Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM); Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, 2017.

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan menerbit, mengulang cetak, mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, fotografi dan isi kandungan prosiding ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain yang direka pada masa akan datang sebelum mendapat izin bertulis daripada Sekretariat TAWIS 2017, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, MALAYISA; Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA; Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA; Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jalan Maktab, Seksyen 12, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA; Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Tingkat Bawah Lot 1, Bangunan TH, 148, Jalan Ipoh, 51200, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (2017 : Selangor) PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN TAMADUN DAN WARISAN ISLAM 2017 (TAWIS 2017) : “Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi” / Dianjurkan oleh: Sekretariat TAWIS 2017, Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor MALAYSIA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, 14 November 2017, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) MALAYSIA ; Editor ROSILAWATI MOHD HANAPI, MASHITOH YAACOB, MOHAMAD SABRI HARON, A’DAWIYAH ISMAIL, FARIZA MD SHAM, NUR ASILAH KITHURU MOHAMED, ZUBAIDAH MOHD NASIR, SITI SALWA SALIM, WAN AISHAH WAN MOHD NOWALID, FARIS HARIYANTO. ISBN 978-967-15103-2-2 1. Ummah (Islam)--Congresses. 2. Civilization, Islamic--Congresses. 3. Islam and science--Congresses. 4. Islam and state--Congresses. I. Rosilawati Mohd Hanapi, 1983-. II. Mashitoh Yaacob. III. Mohamad Sabri Haron. IV. Adawiyah Ismail, 1976-. V. Fariza Md. Sham. VI. Nur Asilah Kithuru Mohamed. VII. Zubaidah Mohd Nasir. VII. Siti Salwa Salim. IX. Wan Aishah Wan Mohd Nowalid. X. Faris Hariyanto. XI. Universiti Kebangsaan Malaysia. Institut Islam Hadhari (HADHARI). XII. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. XII. Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti Pengajian Islam. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. XIV. Institut Latihan Islam Malaysia. XV. Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan. XVI. Judul. 297.2709595

PROSIDING

SEMINAR KEBANGSAAN TAMADUN DAN WARISAN ISLAM (TAWIS) 2017

“Merekayasa Kreativiti dan Inovasi”

Dianjurkan oleh:

Sekretariat TAWIS 2017

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, MALAYSIA

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

14 November 2017

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) MALAYSIA

2017

EDITOR

ROSILAWATI MOHD HANAPI MASHITOH YAACOB MOHAMAD SABRI HARON A’DAWIYAH ISMAIL FARIZA MD SHAM NUR ASILAH KITHURU MOHAMED ZUBAIDAH MOHD NASIR SITI SALWA SALIM WAN AISHAH WAN MOHD NOWALID FARIS HARIYANTO

ISI KANDUNGAN

PRAKATA 8

SESI PEMBENTANGAN SELARI 1

NILAI KARAKTER DAN METODE PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN 9 TASAWUF Nurcahaya, Akbarizan, Srimurhayati, Nurrahmi Hayani & Afdhal Rinaldi

PEMBUDAYAAN PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH) DI 17 KOLEJ KOMUNITI DALAM PERLAKSANAANNYA DI INSTITUT PENDIDIKAN AGAMA Mohammad Hafeez Md Ramli, Muhammad Arasz Salleh & Mathayu Abdul Jamai

PENGARUH HALLYU TERHADAP TINGKAH LAKU REMAJA DI IOI MALL, 25 MALAYSIA A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar

SESI PEMBENTANGAN SELARI 2

PENGEMBANGAN AGIHAN ZAKAT MENGIKUT MAZHAB SYAFI’I 33 DALAM FATWA NEGERI TERENGGANU Wan Zulkifli Wan Hassan, Nazri Muslim, Jamsari Alias, Azizi Umar & Zulkifli Mohamad

KONSEP REZEKI MENURUT ISLAM DALAM KONTEKS USAHAWAN: 47 KAJIAN PERSEPKTIF TAMADUN ISLAM Mohamad Sabri Haron & Abdul Qawi Abdul Halim

PSIKOLOGI CINTA DALAM DRAMA DAN PENGARUHNYA KEPADA 61 TAMADUN ISLAM Nur Aina Mohd. Yaakop, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Fariza Md Sham & Nurul Aiman Mat Abdul

PEMBINAAN PERADABAN REMAJA MELALUI PENDEKATAN DAKWAH 67 TARGHIB DAN TARHIB Nor Azizah Mustapha, Fariza Md Sham & Ahmad Irdha Mokhtar

KEPERLUAN SABAR SEBAGAI ELEMEN KECERDASAN SPIRITUAL 79 DALAM PEMBENTUKAN PERSONALITI MENURUT PERSPEKTIF HADIS Suriani Sudi & Fariza Md Sham

6

SESI PEMBENTANGAN SELARI 3

PERANAN DALAM TUNTUTAN KEMERDEKAAN DI KELANTAN 89 Farid Mat Zain, Izziah Suryani Arshad, Azmul Fahimi Kamaruzaman & Mohd Fazmie Deraman

WARISAN KETATANEGARAAN MELAYU MENERUSI UNDANG-UNDANG 107 TUBUH KERAJAAN 1312 (1895) Hanif Md Lateh@Junid, Izziah Suryani Arshad@Mat Resad & Ahmad Saiful Abdul Manaf

CABARAN MEMBINA KEMAJUAN BANGSA DALAM KARYA ABDULLAH 117 ABDUL RAHMAN: MATARAHARI MEMANCAR TARIKH KERAJAAN JEPUN Ermy Azziaty Rozali

POLA PENULISAN HADIS ARBACĪN SEBELUM AL-IMĀM AL-NAWAWĪ 125 Muhammad Hasan Said Iderus, Latifah Abdul Majid, Ahmad Asmadi Sakat & Siti Zahidah Kosran

TINJAUAN AWAL ETNIK ROHINGYA DI MALAYSIA 135 Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil

SESI PEMBENTANGAN SELARI 4

INOVASI DAN KECERIAAN DI SURAU-SURAU SEKOLAH MENENGAH 147 KEBANGSAAN (SMK) TERPILIH DI MALAYSIA Abdul Munir Ismail

IBADAH DAN TAHAP PENGAMALANNYA TERHADAP PELAJAR 173 POLITEKNIK ZON TENGAH Mohamed Hamdan Abdullah, Fariza Md Sham & A’dawiyah Ismail

TAHAP KEPRIHATINAN GURU MENERAPKAN UNSUR TEKNOLOGI 183 MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BAHASA ARAB BERDASARKAN MODEL CBAM (CONCERN-BASED ADOPTION MODEL) Faizatul Nadia Mohd Tahir & Harun Baharudin

KOMUNIKASI SEMUT: ANTARA WAHYU DAN SAINS KEJURUTERAAN 189 Fazida Hanim Hashim & Wan Nasyrudin Wan Abdullah

7

PRAKATA

Assalamualaikum w.b.t

Pertama-tamanya, kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sekretariat seminar yang berjaya menganjurkan seminar TAWIS 2017 seterusnya berjaya menerbitkan prosiding ini.

Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam 2017 (TAWIS) 2017 anjuran bersama di antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan. Seminar ini memfokuskan kepada isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat dalam membina peradaban Islam melalui pelbagai aspek seperti kebudayaan, pendidikan, hiburan, kesenian, sosial, politik dan lain-lain. Isu-isu dan cabaran ini memerlukan wadah untuk percambahan idea ke arah menangani dan penyelesaian.

Dengan tema “Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi” penganjuran TAWIS 2017 mampu memberikan solusi kepada masyarakat tentang pembinaan ketamadunan masyarakat yang berteraskan Islam melalui pembentangan hasil-hasil penyelidikan berkaitan tamadun Islam. Di samping itu, seminar ini menjadi medan dalam kalangan sarjana dan pengkaji dalam bidang Tamadun Islam untuk berkumpul, berbincang dan berkongsi idea-idea baru yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi.

Dalam pembinaan tamadun masyarakat yang berteraskan Islam, kita menghadapi cabaran terutama dalam mendepani gelombang Revolusi Industri ke 4 yang tidak menjadikan nilai-nilai kemanusiaan sebagai dasarnya. Oleh itu, satu perbincangan dalam konteks ini diharap dapat dirungkai dalam seminar TAWIS 2017 kali ini. Di samping itu juga diharapkan dengan perbincangan ilmiah dapat membantu JAKIM dalam merealisasikan Pelan Strategik JAKIM iaitu Memantapkan Kefahaman dan Penghayatan Islam Secara Syumul bagi Melahirkan Khaira Ummah di samping untuk membina masyarakat yang kukuh akidah dan patuh syariah.

Semoga perbincangan ilmiah dalam prosiding ini menjadi input untuk dimanfaatkan oleh ahli akdemik, pelajar dan masyarakat umum.

Editor & Pengerusi Seminar Prof Madya Dr Fariza Md Sham Amran Awaluddin

8

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Nilai Karakter dan Metode Pendidikan Karakter dalam Pendidikan Tasawuf

Nurcahayab, Akbarizana, Srimurhayatib, Nurrahmi Hayanic, Afdhal Rinaldia

a Fakultas Syariah dan Hukum, UIN Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru 28293, Riau, INDONESIA b Fakulats Tarbiyah dan Pendidikan, UIN Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru 28293, Riau, INDONESIA c Fakultas Ekonomi dan Ilmu Sosial, UIN Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru 28293, Riau, INDONESIA

Abstrak

Tasawuf dikenal sebagai ajaran yang berhasil melahirkan pribadi-pribadi yang berakhlak mulia, berkarakter tinggi. Tasawuf memiliki cara, metode dan materi tersendiri dalam membentuk karakter-karakter yang hebat. Meskipun diakui pula bahwa tasawuf memiliki sisi negative dalam pengembangan intelektual dan kritis. Penulis melihat bahwa banyak ide-ide tasawuf mengenai pendidikan karakter sangat relevan pada zaman sekarang. Penelitian ini membatasi permasalahan-permasalahan; apa saja nilai-nilai karakter diajarkan kepada murid dalam tasawuf, dan bagaimana metode pendidikan karakter dalam tasawuf. Penelitian ini masuk dalam library research. Oleh karena itu, teknik analisis isi merupakan pilihan yang tepat untuk penelitian ini. Menurut Krippendorff, desain analisis isi secara rinci terdiri dari langkah-langkah; pengadaan data, pengurangan data, inferensi dan analisis data. Hasil penelitian ini menunjukkan pertama, nilai-nilai afektif pendidikan yang diajarkan dalam tasawuf adalah mujahadah (kesungguhan), khawf (takut) dan raja’ (harap), iradah (kemauan), istiqamah (teguh hati) dan sabar, hurriyah (bebas) dan ikhlas (tulus), haya’ (malu), ghirah (cemburu), dan mahabbah (senang dan suka). Kedua, metode pembelajaran afektif dalam kitab al-Risalah al-Qusyairiyyah adalah metode ubudiyyah (ibadah), metode tauladan, metode latihan, metode cerita, metode pembiasaan.

Kata Kunci: Tasawuf; pendidikan karakter; nilai karakter

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Penelitian ini dilatarbelakangi oleh bahwa bangsa Indonesia berkeinginan untuk membangun pendidikan yang berkarakter. Pendidikan karakter menjadi perhatian utama negara Indonesia, tidak hanya untuk kepentingan individu, akan tetapi demi kepentingan bersama dalam rangka mempersiapkan generasi yang menjadi pewaris

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

9

Nurcahaya et al. / TAWIS (2017) estafet kepemimpinan di masa akan datang, yang dapat menciptakan kemajuan dan kedamaian dalam masyarakat.

Namun keinginan untuk membangun pendidikan yang berkarakter tersebut belum menampakkan hasilnya sampai saat ini. Hal ini dibuktikan bahwa pendidikan karakter di sekolah selama ini baru menyentuh pada tingkatan pengenalan norma atau nilai-nilai, dan belum pada tingkatan internalisasi dan tindakan nyata dalam kehidupan sehari-hari.

Menurut penulis, karakter sebenarnya telah diajarkan secara sistematis oleh tasawwuf. Tasawuf dikenal sebagai ajaran yang berhasil melahirkan pribadi-pribadi yang berakhlak mulia, berkarakter tinggi. Tasawuf memiliki cara, metode dan materi tersendiri dalam membentuk karakter-karekter yang hebat. Meskipun diakui pula bahwa tasawuf memiliki sisi negative dalam pengembangan intelektual dan kritis.

Telah diketahui secara luas, tasawuf memiliki lembaga pendidikan tersendiri dan mengembangkan sistem pendidikan yang khas di mana persoalan spritual mendapat tempat yang dominan. Dalam perkembangan selanjutnya, perkataan tasawuf dapat pula diartikan secara khusus sebagai jalan rohani (tariqah) yang menuju kepada pencapaian kesempurnaan moral dan pengetahuan intuitif mengenai Tuhan. Jalan rohani (tariqah) ini secara esensial menjadi sebuah metode praktis untuk membimbing seorang salik dengan mengikuti suatu cara berfikir, merasa dan bertindak tertentu (Al-Taftazani 1989).

Pembentukan karakter yang baik merupakan hal yang penting dalam pendidikan. Hal ini sejalan dengan sufisme itu sendiri yang menekankan pentingnya akhlak sebagai dasar karakter. Di sini dikutip kata-kata Ibn Qayyim, yang artinya: “semua mereka yang berbicara tentang ilmu ini (dalam Islam) menetapkan bahwa Tasawuf sama artinya dengan akhlak”. Abu Haffaz al-Haddad, salah seorang sufi awal, seperti yang dikutip oleh al-Taftazani mengatakan “Tasawuf adalah suatu tata kesopanan, setiap waktu, hal dan maqam mempunyai tata kesopanan yang diperlukan”. (Al-Taftazani 1989).

Kualitas individu menurut pendidikan versi tasawuf tidak hanya diukur berdasarkan ilmu pengetahuan saja, tetapi yang paling mendasar adalah karakter yang kuat. “Kita lebih memerlukan sedikit adab daripada sejumlah besar ilmu pengetahuan”. (Al-Taftazani 1989).

Jadi dapat dinyatakan bahwa tasawuf memiliki kontribusi yang sangat kuat untuk membentuk pribadi- pribadi yang berkarakter melalui doktrin dan ajarannya. Doktrin dan ajaran tersebut dikenal dengan maqam dan hal.

2. Masalah

Untuk mengarahkan penelitian ini maka penulis membatasi permasalahan-permasalahan pokok sebagai berikut: i. Apa saja nilai-nilai karakter diajarkan kepada murid dalam tasawuf? ii. Bagaimana metode pendidikan karakter dalam tasawuf?

3. Metode

Objek penelitian ini adalah buku, sedangkan buku tersebut masuk dalam kategori perpustakaan, maka jenis penelitian ini penulis masukkan dalam “library research”. Oleh karena itu, teknik analisis isi merupakan pilihan yang tepat untuk penelitian ini. Menurut Krippendorff (Darmiyati Zuchdi 1998) desain analisis isi secara rinci terdiri dari langkah-langkah; pengadaan data, pengurangan data, inferensi dan analisis data.

10

Nurcahaya et al. / TAWIS (2017)

3.1 Pengumpulan Data

Data dalam penelitian ini diambil dari dokumen historis berupa karya tulis ulama sufi Imam al-Qusyairi dengan kitabnya al-Risalah al-Qusyairiyyah, dan literatur-literatur yang ditulis oleh selain ulama sufi tersebut.

3.2 Reduksi Data

Data dalam penelitian ini dapat saja muncul berulang-ulang dan banyak. Bila hal ini terjadi, maka perlu reduksi data. Dalam penelitian ini, reduksi data dilakukan dengan menyeleksi, mempertahankan teks-teks yang relevan dalam kitab al-Risalah dan mentransformasikan data yang sesuai dengan kriteria permasalahan yang diangkat dalam penelitian ini.

3.3 Inferensi

Inferensi dalam penelitian ini dilakukan dengan mengaplikasikan konstruk analisis yang ada pada teks dalam kitab al-Risalah yang peka konteks untuk menghasilkan suatu inferensi yang tepat.

3.4 Analisis Data

Goetz dan le Compte mengenalkan sejumlah teknik analisis yaitu induksi analitik, analisis tipologik dan komparatif konstan. (Noeng Muhadjir 1990).

4. Pembahasan

4.1 Nilai Karakter dalam Tasawuf

Sufisme pada mulanya adalah suatu bentuk pendidikan keagamaan yang bersifat pribadi lalu berkembang menjadi halaqah (lingkaran) murid-murid di sekeliling seorang guru yang diakui, kemudian tumbuh lagi menjadi sistem guru mursyid, syekh dan murid (salik). Sistem guru dan murid ini merupakan sekolah-sekolah bebas untuk mendapatkan pelajaran dan bimbingan. Pelajaran dan bimbingan tersebut ditujukan untuk mencapai tingkat tertinggi sebagai manusia yaitu manusia seutuhnya atau dalam istilah tasawuf disebut dengan al-insan al-kamil. Indikator-indikator (ahwal) dalam al-insan al-kamil inilah yang harus dicapai oleh anak didik. Tujuan itu adalah ma'rifatullah sebagai penghayatan iman dan taqwa dalam wujud al-khuluq al-jamil dan cinta (mahabbah) dan rindu (syauq) sebagai manifestasi iman dan taqwa. Prinsip asasi ma’rifah ini adalah iman dan taqwa. Menurut al- Risalah:

Semakin orang mengenal Allah (ma’rifah), semakin takut ia pada-Nya. (al-Qusyairi, tt.: 313)

Ma’rifah yang merupakan tujuan murid. Hal ini sejalan dengan Abdur Rasyid ibn Abd al-Aziz (1975) dalam bukunya al-Tarbiyah al-Islamiyah wa Thuruq Tadrisiha, yang menukilkan pendapat al-Farabi, Ibn Sina, al-Ghazali dan Ikhwan as-Shafa tentang rumusan tujuan pendidikan Islam. Ia menyimpulkan bahwa tujuan pendidikan Islam adalah taqarrub kepada Allah melalui pendidikan akhlak.

Lebih jauh lagi Ali Ashraf (1989) menjelaskan bahwa tujuan pendidikan Islam adalah dengan terwujudnya penyerahan mutlak kepada Allah, pada tingkat individu, masyarakat dan kemanusiaan pada umumnya.

11

Nurcahaya et al. / TAWIS (2017)

Ma’rifah, yang merupakan tingkat penghayatan iman tertinggi menurut tasawuf, dapat merupakan sarana pendidikan dan pembinaan iman kepada Allah yang sangat mantap dan kuat.

Al-Risalah menjelaskan tentang taqwa secara tegas dalam satu bab khusus. Di mana seorang salik (anak didik) harus mencapai derajat taqwa dalam perjalanan spiritualnya. Taqwa menurutnya bukan diperlihatkan semata-mata pengetahuan seperti pengetahuan para teolog dan filosof, bukan pula semata-mata perasaan jiwa yang menerawang seperti perasaan sufi kebanyakan (seperti yang ingin diubah al-Risalah), dan bukan pula hanya semata-mata ketekunan beribadat. Namun lebih jauh dari itu, taqwa dibuktikan dengan tidak menyimpang dari kebenaran, tidak lalai dan tidak pula berlebih-lebihan dan selalu menyebarkan kebenaran dan kebaikan. Taqwa berkaitan dengan jiwa, al-Risalah menyatakan:

Manakala jiwa seperti kuda, cenderung kepada hawa nafsu, maka manusia mesti mengendalikannya dengan kesalehan. Manakala jiwa berkeras kepala menolak untuk selaras dengan kehendak Tuhan, maka manusia mesti mengendalikannya supaya menolak hawa nafsunya. Manakala jiwa bangkit memberontak maka manusia mesti mengendalikan ini. (Al-Qusyairi, tt.: 99). Untuk melihat bagaimana nilai-nilai karakter tersebut dapat dilihat dari Jadual 1:

Jadual 1: Nilai-nilai karakter dalam tasawuf

No Nilai- nilai Karakter Sub Nilai-nilai Karakter Nilai-Nilai Karakter Utamau 1 Ma’rifatullah ‘Arif, Ashab Haqq al-Yaqin.

22 Al-Khuluq al-Jamil Al-Khuluq al-Jamil kepada Allah: Mengabdi kepada Allah dan tidak mempersekutukan-Nya, tunduk dan patuh hanya kepada Allah, berserah diri kepada ketentuan Allah, bersyukur hanya kepada Allah, ikhlas hanya kepada Allah, penuh harap kepada Allah, takut kepada Allah, mohon pertolongan hanya kepada Allah, dan cinta dan rindu kepada Allah.

Al-Khuluq al-Jamil kepada bagi diri sendiri: Menjaga diri untuk tidak melakukan perbuatan tercela dan merusak diri, memelihara kesucian jiwa.

Al-Khuluq al-Jamil bagi sesama: Jangan mengganggu orang lain, jangan pernah bertengkar dengan orang lain dan jangan mencari perselisihan, membina persatuan sesama dalam ikatan persaudaraan yang kuat, Memenuhi janji dan menepati sumpah, berlomba dalam kebaikan, menjauhkan diri dari sikap mencela, menghina dan menggunjing.

Al-Khuluq al-Jamil kepada lingkungan: Memperlakukan binatang dengan baik, tidak menyiksa, menjaga dan memelihara kelestarian alam.

12

Nurcahaya et al. / TAWIS (2017)

33 Cinta (mahabbah) a. Dengan cinta hati akan mencari Allah dengan rindu dan harap untuk dan rindu (syauq) berjumpa dengan Allah, hatinya tak sanggup untuk menahan rindunya sebagai manifestasi bertemu Allah. iman dan taqwa b. b. Manakala ia berbicara, dia berbicara dengan perintah Allah dan apa yang dikatakannya adalah dari Allah. Manakala ia bergerak, dia bergerak dengan perintah Allah, dan manakala ia diam, maka diamnya itu adalah bersama Allah. Dia berbuat melalui Allah, dia milik Allah dan dia bersama Allah.

44 Mujahadah Siapapun yang tidak bersungguh-sungguh pada awal perjalanan (kesungguhan) spiritualnya tidak akan memperoleh manfaat sedikitpun dari jalannya.

55 Khawf (takut)dan a. Tanda takut dan harap adalah kepatuhan yang baik kepada Allah. raja' (harap) b. Harap dengan kasih Allah, harap dengan pahala dan berharap berjumpa dan bercinta dengan-Nya.

66 Iradah (kemauan) Seorang murid tidak akan pernah kendor dalam kemauannya baik siang maupun malam. Dia berjuang keras secara lahiriah, sementara dalam batinnya dia menderita. Dia meninggalkan tempat tidurnya, batinnya sibuk sepanjang waktu, menanggung kesulitan hidup, memikul beban, dia mengembangkan sikap-sikap akhlak yang baik, dia mempraktekkan hidup kepertapaan, memeluk ketakutan dan meninggalkan semua bentuk.

77 Istiqamah (teguh a. Keteguhan hati adalah sifat yang akan menyempurnakan akhlak, tanpa hati) dan sabar keteguhan hati akhlak akan menjadi buruk b. Amal-amal lahiriah mereka tidak tercemari oleh kelelahan c. Tidak ada kata berhenti dalam perjalanan mereka d. Taqwim, menyangkut disiplin jiwa. Iqamah, berkaitan dengan pendidikan dan latihan hati. Istiqamah, berhubungan dengan tindak mendekatkan batin e. Sabar adalah meminum kepahitan tanpa wajah cemberut f. Sabar adalah tetap tabah dalam menghadapi malapetaka dengan adab yang baik 88 Hurriyah (bebas) a. Bebas dari keterikatan dengan sesama makhluk; kekuasaan makhluk dan ikhlas (tulus) tidak berlaku atas dirinya b. Tak sesuatupun yang memperbudaknya, baik hal-hal duniawi yang bersifat temporal, pencarian hawa nafsu, keinginan, permintaan, niat, kebutuhan maupun kekayaan c. Menjadikan Allah sebagai satu-satunya obyek persembahan.

99 Haya’ (malu) a. Malu yang dikarenakan melakukan pelanggaran. b. Malu karena tidak mampu (merasa kurang). c. Malu karena melihat yang lebih besar (dalam hal ini kebesaran Allah SWT.). d. Malu karena ketinggian budi. e. Malu karena sungkan. f. Malu karena menganggap sesuatu sebagai terlalu remeh untuk diungkapkan. g. Malu karena sifat belas kasih dan ini hanya merupakan malu Tuhan

10 Ghirah (cemburu) a. Rasa tak suka jika orang lain memiliki sesuatu yang dimiliki olehnya. b. Sikap kompetisi untuk menjadi yang terbaik, saling berlomba dalam berbuat kebaikan, dan persaingan dalam belajar.

13

Nurcahaya et al. / TAWIS (2017)

1 11 Mahabbah (senang a. Cinta adalah menghindari kelalaian dalam semua keadaan dan suka) b. Cinta juga akan tumbuh perjuangan yang intensif (demi kekasih) tanpa harus merasa lelah dan capek

4.2 Metode Pendidikan Karakter

Mengenai metode pendidikan ini dalam tasawuf didasarkan asumsi bahwa tasawuf memiliki jalan rohani (maqam). Al-Taftazani menyatakan bahwa jalan rohani itu menjadi sebuah metode praktis untuk membimbing salik dengan mengikuti suatu cara berfikir, merasa dan bertindak tertentu (al-Taftazani 1989).

Pada awal pertumbuhannya, tasawuf adalah suatu bentuk pendidikan keagamaan yang bersifat pribadi. Pada mulanya tariqah (maqam), secara sederhana dalam dunia Islam, berarti metode bertahap dalam kontemplasi dan penyadaran diri sufi. Kemudian tumbuh dari abad ketiga menjadi halaqah (lingkaran) murid-murid di sekeliling seorang guru tarekat yang diakui, untuk mendapatkan latihan melalui persekutuan persahabatan. Lalu berkembang lagi (sejak abad ke-6 H) menjadi sistem guru (mursyid) dan murid. Setiap tarekat sufi menjadi suatu persaudaraan keagamaan dengan aturan, doa dan dzikirnya sendiri serta adanya pertemuan-pertemuan yang sering dilakukan. Adalah wajar bahwa para salik dalam tarekat sufi menerima otoritas dan bimbingan guru-guru mereka yang telah menempuh maqain-maqam dalam jalan rohani sufi. Lebih jelas al-Taftazani mengatakan bahwa tarekat-tarekat sufi Islam selalu dan senantiasa merupakan sekolah-sekolah bebas untuk mendapatkan pelajaran dan bimbingan akhlak (al-Taftazani 1989).

Dari pernyataan-pernyataan di atas, bila dihubungkan maka jelaslah bahwa tasawuf sebagai lembaga pendidikan memiliki metode pendidikan khas yang cukup menarik untuk dibicarakan. Ada beberapa metode khas yang dapat penulis tarik dari Al-Risalah, sebagaimana tergambar dari Jadual 2:

Jadual 2: Metode pendidikan karakter dalam Kitab Al-Risalah Al-Qusyairiyyah

NNo Metode Utama UraianUraian

111 Ibadah a. Menegakkan tindak tanduk kepatuhan yang sejati, melaksanakannya tanpa batas. b. Menjadi hambanya setiap saat, seperti halnya Dia adalah Tuhanmu setiap saat

22 Tauladan Akhlak mulia yang diperlihatkan (diteladankan) oleh orang-orang mulia ditengah-tengah orang-orang mulia

33 Latihan Latihan dalam perjalanan spiritual ini dalam tasawuf disebut dengan riyadhah

44 Cerita Cerita-cerita saleh adalah salah satu tentara Allah, dan hati murid dikuatkan olehnya

55 Pembiasaan Tak ada seorang pun bisa mencapai Tuhan kecuali dengan membiasakan diri terus menerus mengingat (zikir) kepada-Nya

5. Kesimpulan dan Cadangan

Doktrin yang ada dalam sufisme sangat mendukung pendalaman rasa beragama (spiritualitas Islam), keyakinan dan mampu memantapkan dan menghidupkan iman dan taqwa. Doktrin-doktrin itu banyak sekali, namun doktrin-doktrin yang berkaitan dengan nilai-nilai afektif pendidikan yang diajarkan dalam kitab al-Risalah al- Qusyairiyyah adalah mujahadah (kesungguhan), khawf (takut) dan raja’ (harap), iradah (kemauan), istiqamah 14

Nurcahaya et al. / TAWIS (2017)

(teguh hati) dan sabar, hurriyah (bebas) dan ikhlas (tulus), haya’ (malu), ghirah (cemburu), dan mahabbah (senang dan suka).

Tasawuf dapat dikatakan memiliki lembaga pendidikan tersendiri dan mengembangkan sistem pendidikan yang khas, di mana persoalan spiritual mendapatkan tempat yang dominan. Jalan rohani yang dipergunakannya merupakan sebuah metode pendidikan praktis yang amat efektif untuk mencapai tujuan. Metode pembelajaran afektif dalam kitab al-Risalah al-Qusyairiyyah adalah metode ubudiyyah (ibadah), metode tauladan, metode latihan, metode cerita, metode pembiasaan.

Adalah merupakan tugas intelektual Islam untuk mengikis sisi-sisi negatif yang terdapat dalam sufisme, karena walau bagaimana pun tasawuf masih atau bahkan sangat dibutuhkan pada zaman sekarang dan masa yang akan datang. Penelitian tentang pemikiran mengenai sufisme dan pendidikan ini belumlah final, ia masih menyisakan bidang-bidang garapan lain. Besar harapan penulis agar penelitian ini dapat dilanjutkan.

Rujukan

Ahmad, Zainal Abidin. 1976. Memperkembangkan dan Mempertahankan Pendidikan Islam di Indonesia. Jakarta: Bulan Bintang. Abrasyi, M. Athiyah al. 1970. Dasar-dasar Pokok Pendidikan Islam, terj. Bustami A. Gani. Jakarta: Bulan Bintang. Ansari, Muhammad Abd. Haqq. 1997. Merajut Tradisi Syariah dengan Sufisme: Mengkaji Gagasan Mujaddid Syekh . Jakarta: Sri gunting. Aresteh, Reza. 1974. . The Persian. The Sufi. London: Routledge and Kegan Paul. Effendi, Djohan. 1993. Sufisme dan Masa Depan Agama. Jakarta: Pustaka Firdaus. Hasan, Chalijah. 1994. Dimensi-Dimensi Psikologi Pendidikan. Surabaya: Al-Ikhlas. Madjid, Nurcholish. 1984. Khazanah Intelektual Islam. Jakarta: Bulan Bintang. Muhaimin. 2008. Paradigma Pendidikan Islam. Bandung: Remaja Rosdakarya. Muthahari, Murtadha. 1995. Manazil dan Maqamat dalam Irfan. terj. Ibrahim Habsyi. Dalam Al Hikmah. No.13. th.1415/1995. Nasr, Seyyed Hossein. 1980. Living Sufism. London: George Allen & Unwin Ltd. Nata, Abuddin. 2009. Perspektif Islam Tentang Pembelajaran. Jakarta: Kencana. Nicholson, R.A. 1979. The Mystic of Islam. London & Boston: Routledge and Kegan Paul. Qusyairy, Abd al-Karim Ibn Hawazin al. Al-Risalah al-Qusyairiyah. Kairo: tp, 1330 H. Simuh. 1996. Tasawuf dan Perkembangannya dalam Islam. Jakarta: RajaGrafindo Persada. Sudirman. 1986. Ilmu Pendidikan. Bandung: Remaja Rosdakarya. Syaibany, Muhammad al-Toumy al. 1979. Falsafah Pendidikan Islam. terj. Hasan Langgulung. Jakarta: Bulan Bintang. Tafsir, Ahmad. 1990. Filsafat Umum. Bandung: Remaja Rosdakarya. Tafsir, Ahmad. 1992. Ilmu Pendidikan dalam Perspektif Islam. Bandung: Remaja RosdaKarya. Taftazani, Abu al-Wafa al. 1985. Sufi dari Zaman ke Zaman. Bandung: Pustaka. Taftazani, Abu al-Wafa al. 1989. Sumbangan Taswwuf kepada Pendidikan. Dalam Medium. Malaysia: tp, 1989. Thoyib, Ruswan dkk.1999. Pemikiran Pendidikan Islam. Kajian Tokoh Klasik dan Kontemporer. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

15

16

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Pembudayaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti dalam Pelaksanaanya di Institusi Pendidikan Agama

Mohammad Hafeez Md Ramlia, Muhammad Arasz Sallehb, Marhayu Abdul Jamaic

a Bahagian Akademik dan Pendidikan Berterusan (BAPB), Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi b Kolej Komuniti Jasin, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Taman IKS Merlimau 77300, Merlimau, Melaka, MALAYSIA c Politeknik Merlimau, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi, 77300 Merlimau, Melaka, MALAYSIA

Abstrak

Idea pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) telah dicetuskan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri semasa ucapan di Perhimpunan Agung Umno pada 7 Disember 2013. kolej komuniti diamanahkan sebagai hub bagi pelaksanaan PISH bagi institusi pendidikan di Malaysia dan pelaksanaannya bermula tahun 2014. Program PISH merupakan satu inisiatif yang menggabungkan latihan kemahiran dan pendidikan agama demi membentuk masyarakat yang berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin kesejahteraan di mana PISH menggabungkan konsep ukhrawi dan duniawi. Terdapat beberapa jenis kursus kemahiran yang ditawarkan di institusi pendidikan agama oleh kolej komuniti dalam program PISH ini. Pelaksanaan PISH ini juga telah meningkatkan kolaborasi antara kolej komuniti dengan institusi pendidikan agama. Bilangan kursus yang diadakan bersama institusi pendidikan agama juga menunjukkan peningkatan setelah pelaksanaan program PISH ini. Pelaksanaan PISH di institusi pendidikan agama ini dapat memberikan ilmu yang seimbang kepada pelajar institusi pendidikan agama tersebut. Peranan kolej komuniti sebagai institusi yang menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran dilihat telah berjaya membudayakan pelaksanaan PISH ini di institusi pendidikan agama melalui penawaran kursus kemahiran oleh kolej komuniti.

Kata Kunci: Pembudayaan PISH; kolej komuniti; institusi pendidikan agama

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah menjadi agenda penting dalam memberi ilmu dan kemahiran yang bersesuaian kepada rakyat Malaysia. Menerusi pendidikan sepanjang hayat, pendidikan tidak terhad kepada usia muda sahaja malah ianya adalah pembelajaran yang berkesinambungan sepanjang hayat seseorang. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pendidikan Tinggi) dan Pelan

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

17

Mohammad Hafeez Md Ramli et al. / TAWIS (2017) induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2011-2020. Idea pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) adalah berdasarkan saranan yang dikemukakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) semasa Perhimpunan Agong UMNO pada 7 Disember 2013. Rentetan dari itu, JPKK mengadakan satu pertemuan dengan Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 9 Disember 2013 untuk mendapatkan input awal berkenaan hala tuju PISH.

Pada 21 Januari 2014, Mesyuarat Perancangan Dasar Pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Bil.1/2014 berlangsung dengan dihadiri Dato’ Seri Idris Jusoh Menteri Pendidikan II, Y.Bhg. Tan Sri Yusof Noor Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), Ketua Pengarah JPKK, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Sektor Pelajaran, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Bahagian Dasar Antarabangsa SPT serta Bahagian Perancangan dan Penyelidikan SPT. Mesyuarat Penyelarasan bagi penyediaan bahan/silibus PISH anjuran Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Sektor Pelajaran Bil 1/2014 telah diadakan pada 28 Januari 2014 dan disusuli Mesyuarat berikutnya Bil 2/2014 pada 6 Februari bagi tujuan pembinaan, penyelarasan dan kemaskini bahan dan silibus yang berkaitan dengan kursus dan program PISH. Pada tarikh 5 April 2014 Majlis Pelancaran PISH telah diadakan di Kolej Komuniti Ledang, Johor yang dirasmikan oleh TPM.

Aktivti PISH diteruskan dengan sesi Pembentangan PISH di Persidangan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran & Pendidikan Islam (LEPAI) kali ke-42 pada 8 Mei 2014 untuk makluman ahli LEPAI. Seterusnya, pada 4 Jun 2014 Pembentangan Nota Jemaah Menteri bertajuk “Dasar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)” dalam Mesyuarat Kabinet telah dibentangkan. Mesyuarat diteruskan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri Kali ke-6 Bil. 1/2014 pada 16 Jun 2014 dan pada 3 November 2014 Jawatankuasa PISH Nasional diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Nasional PSH Bil. 1/2014. Bagi memantapkan pelaksanaan PISH, Mesyuarat Jawatankuasa Induk PISH Nasional telah diadakan pada 11 November 2014 untuk status pelaksanaan dan penambahbaikan program PISH.

Demi menyahut cabaran menjadikan modal insan yang berilmu, maka Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) telah mewujudkan satu program Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) untuk dilaksanakan kepada institusi pendidikan agama. Program ini juga adalah merupakan kesinambungan pelancaran PISH oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 5 April 2014. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar institusi pendidikan agama seperti pelajar sekolah tahfiz, maahad, sekolah pondok, madarsah, untuk meningkatkan kemahiran dan berjaya dalam pelbagai kerjaya dunia dan akhirat.

Merujuk kepada Zainab (2012), Kolej Komuniti ditubuhkan melalui memorandum No. 398/2225/00 oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Pada tahun 2005, Kabinet melalui Memorandum Menteri Pengajian Tinggi (No. 296/2456/2005) telah bersetuju menjadikan kolej komuniti sebagai hab Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sehingga tahun 2016, sebanyak 94 buah kolej komuniti beroperasi di seluruh negara. Antara objektif penubuhannya adalah menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional, menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kehidupan masyarakat; mewujudkan kerjasama yang erat antara ahli masyarakat dan kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi memajukan kawasan setempat.

2. Pendidikan Islam Sepanjang Hayat

Kolej Komuniti memainkan peranan yang besar dalam menyediakan kemahiran kepada komuniti setempat tanpa mengira umur, latar belakang dan status sosio-ekonomi. Pendekatan PSH yang dilaksanakan merupakan penyumbang utama dalam menyediakan akses kemahiran kepada masyarakat. Menurut Mimi Mohaffyza (2011), PSH adalah kombinasi proses pembelajaran secara berterusan dimana seluruh individu dan minda melalui situasi yang berubah-ubah untuk menghasilkan perubahan berterusan seseorang. Saluran pendidikan melalui PSH

18

Mohammad Hafeez Md Ramli et al. / TAWIS (2017) berupaya melahirkan modal insan berkemahiran dan berpengetahuan. Justeru, pelaksanaan program PISH menjadi antara agenda utama pada tahun 2014 bagi memperkasakan lagi Pendidikan Islam dalam kalangan komuniti. Dalam konteks keperluan negara, Pendidikan Islam Sepanjang hayat bukan sahaja dapat memenuhi “The Three Es” iaitu employment, empowerment dan enjoyment tetapi dapat melahirkan modal insan yang lebih syumul dan bersifat lebih holistik. Hal ini disebabkan tidak semua berpeluang mengikuti pendidikan Islam secara formal di peringkat kanak-kanak dan remaja. Masalah ini berpunca daripada keluarga, ekonomi, dan sistem pendidikan yang bersifat dualisme. Justeru, pendidikan Islam sepanjang hayat adalah laluan kepada peningkatan pengetahuan agama tanpa sekatan masa, umur dan tempat. Menurut Siti Shamsiah Mohd. Sufi, (2009), konteks pembelajaran sepanjang hayat di dalam Islam adalah sangat jelas kerana Islam menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang untuk manfaat manusia sejak dari kecilhinggalah ke akhir hayat. Ia bermaksud bahawa ilmu yang dipunyai oleh manusia tidak pernah cukup malah manusia digalakkan untuk mempelajari sesuatu yang tidak diketahui olehnya supaya menjadi seseorang yang lebih tahu. Pembelajaran seperti ini dapat memperbaiki kehidupan seseorang manusia melalui peningkatan kemahiran kerja, pengislahan sahsiah diri dan bertambahnya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Program PISH merupakan satu inisiatif yang menggabungkan latihan kemahiran dan pendidikan agama demi membentuk masyarakat yang berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin kesejahteraan di mana PISH menggabungkan konsep ukhrawi dan duniawi. Bagi konsep ukhrawi, PISH memberi kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada komuniti setempat seperti golongan lepasan sekolah menengah, belia tercicir dan pelajar. Manakala konsep Duniawi pula, PISH memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada pelajar institusi institusi pendidikan agama seperti tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad, belia dan komuniti. Menurut Mohd Zainudin (2014), program PISH secara tidak langsung telah melestarikan Pendidikan Islam dengan membina hubungan dan merapatkan ukhwah sesama umat Islam dan penganut agama lain bagi mengekalkan keamanan sejagat.

PISH dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu:

Fasa 1 (2014-2015): Membina Hubungan dan Merapatkan Ukhuwah Fasa ini menggerakkan kolaborasi antara institusi-institusi yang terlibat termasuklah jabatan dan bahagian dalam Kementerian Pendidikan sendiri iaitu Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengajian Tinggi serta Bahagian Pendidikan Islam Sektor Pelajaran. Rakan kolaborasi sedia ada akan diperkukuh dan diperluaskan dengan melibatkan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran (LEPAI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merangkumi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, institusi tahfiz, pondok dan badan-badan bukan kerajaan bagi tujuan membina kefahaman, kepercayaan dan keyakinan antara agensi yang terlibat.

Fasa 2 (2016-2020): Memperkasa bakat insan Tiga program akan ditawarkan di bawah fasa ini iaitu: i. Program berbentuk joint certification yang merupakan persijilan profesional antara agensi-agensi yang berkolaborasi. Program ini akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar institusi pondok dan tahfiz yang berdaftar seluruh negara. ii. Program berkonsepkan non formal dan majjanan wa sahlah (free & easy @ community college). Melalui program ini peserta berpeluang mengikuti kursus pendek hujung minggu yang ditawarkan oleh kolej komuniti di bawah program Sijil Modular Kebangsaan (SMK); dan iii. Program pembelajaran Islam kontemporari yang menjurus kepada aspek fardu kifayah.

19

Mohammad Hafeez Md Ramli et al. / TAWIS (2017)

Fasa 3 (2021- 2025): Melestarikan Ummah Program PISH akan menjadi pemangkin generasi yang berkemahiran dan bertakwa pada masa hadapan. Ini akan menjadi wadah penting untuk rakyat Malaysia dalam melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik mencakupi kemahiran dan kerohanian demi kelestarian ummah. Kursus-kursus yang ditawarkan dan modul yang dibangunkan akan sentiasa ditambah baik secara berterusan, mengikut kesesuaian dari segi perubahan teknologi dan permintaan komuniti.

3. Institusi Pendidikan Agama

Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan, bidang Pengajian Islam adalah satu bidang pengajian yang amat penting bagi menyempurnakan tuntutan kehidupan harian warganya, di samping menyumbang kepakaran pada peringkat antarabangsa. Oleh itu, bidang Pengajian Islam ini mestilah jelas dan berfokus hala tujunya, malahan hala tujunya itu mestilah sentiasa dinilai dari semasa ke semasa bagi menentukan ia selaras dengan peredaran dan tuntutan zaman. Di samping itu dapat melahirkan produk yang sesuai untuk kegunaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sistem pendidikan ini bercita-cita dan berusaha untuk membangun insan seimbang melalui proses pentarbiyahan intelektual, emosi, spiritual, kerohanian dan fizikal yang melaksanakan peranan dalam kehidupan semata-semata kerana Allah dengan penuh ikhlas dan redha.

Terdapat beberapa kategori sekolah agama di Malaysia berdasarkan pentadbirannya, antaranya adalah seperti yang berikut: i. Sekolah agama di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat menengah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) ii. Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Kolej Islam Sultan Alam Syah (KISAS) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang menawarkan kelas aliran agama (KAA). iii. Sekolah agama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri di peringkat menengah seperti Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN). iv. Sekolah agama di bawah kelolaan Majlis-majlis Agama dan Zakat di peringkat rendah dan menengah. v. Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dibangunkan oleh masyarakat setempat dan dikendalikan oleh Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) di peringkat rendah dan menengah. vi. Sekolah Agama (SA) yang dikendalikan oleh pihak swasta di peringkat rendah dan menengah. vii. Maahad Tahfiz sama ada milik persendirian, kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Majoriti sekolah agama rakyat mempunyai kurikulum yang berbeza antara satu sama lain. viii. NGO yang terdiri daripada persatuan-persatuan yang dikelolakan oleh individu secara pensendirian. Contohnya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). ix. Agensi-agensi kerajaan yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam dan lain-lain agensi.

4. Kaedah Pelaksanaan PISH

Kolej Komuniti memainkan peranan yang besar dalam menyediakan kemahiran kepada komuniti setempat tanpa mengira umur, latar belakang dan status sosio-ekonomi. Menurut Aleng (2016), pendidikan di Malaysia pada era globalisasi menghadapi tuntutan yang besar bagi meningkatkan martabat pendidikan di negara ini. Modal insan yang ingin dilahirkan melalui transformasi pendidikan hendaklah berupaya untuk melahirkan modal insan yang berfikiran secara kritis dan kreatif, berinovasi, berkemahiran meyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berdepan dengan persekitaran global dan dinamik. Bagi kolej komuniti, pendekatan PSH yang dilaksanakan adalah merupakan penyumbang utama dalam menyediakan akses kemahiran kepada masyarakat. Saluran pendidikan melalui PSH berupaya melahirkan modal insan berkemahiran dan berpengetahuan. Justeru, pelaksanaan program PISH menjadi antara agenda utama bagi memperkasakan lagi Pendidikan Islam Sepanjang Hayat. Kolej komuniti adalah penggerak utama Program 20

Mohammad Hafeez Md Ramli et al. / TAWIS (2017)

Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) yang menggabungkan aspek kemahiran dan pendidikan agama. Program PISH ini akan dilaksanakan menerusi dua pendekatan iaitu latihan kemahiran dalam bidang teknikal, vokasional dan pendidikan keusahawanan kepada pelajar-pelajar sekolah sekolah Tahfiz, Maahad, sekolah pondok dan madrasah. Program PISH ini akan memberi kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada pelajar institusi pendidikan agama seperti pelajar sekolah tahfiz, maahad, sekolah pondok, madarsah, untuk meningkatkan kemahiran.

Kaedah pelaksanaan program PISH adalah dirancang dengan teliti untuk mendapatkan impak yang positif supaya program PISH ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dan menjadi agenda tahunan bagi semua institusi. Terdapat lima tahap pelaksanaan program ini iaitu:

i. Kurikulum Kurikulum program PISH ini direkabentuk dalam 2 aspek. Aspek pertama adalah penyediaan kurikulum Pendidikan Islam di mana pihak yang bertanggungjawab adalah pihak BPI/JAKIM/ILIM manakala bagi aspek kedua iaitu aspek Kemahiran pihak yang bertanggungjawab adalah ILKA, Kolej Komuniti, Politeknik, Giat MARA, KV dan lain-lain.

ii. Tenga Pengajar Dari segi Tenaga Pengajar mereka adalah terdiri daripada Pensyarah KK/Politeknik/ILKA IPG, Guru Pendidikan Islam, Guru Takmir dan Guru KAFA.

iii. Premis Premis yang akan digunakan sebagai platform program PISH ini dijalankan adalah Masjid/surau, Kolej Komuniti, Politeknik, Sekolah Tahfiz, Sekolah pondok dan lain-lain premis yang bersesuaian.

iv. Sasaran Sasaran utama bagi melaksanakan program PISH adalah belia/pelajar dan komuniti setempat. Namun bagi mendapatkan lebih penglibatan dari semua pihak, sasaran adalah dibuka kepada segenap lapisan masyarakat.

v. Penglibatan Pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program PISH ini adalah terdiri daripada pihak JAKIM, pihak Jabatan Agama, pihak KPM, pihak Kementerian / agensi berkaitan dan pihak ILK/MARA.

5. Pelaksanaan PISH di Institusi Pendidikan Agama

Peserta program PISH yang terbahagi kepada 2 jenis program iaitu agama/kerohanian dan kemahiran. Kursus kemahiran lebih mendapat permintaan daripada pelajar institusi pendidikan agama berbanding kursus agama/kerohanian. Antara kursus kemahiran yang ditawarkan di institusi pendidikan agama adalah seperti di bawah:

21

Mohammad Hafeez Md Ramli et al. / TAWIS (2017)

Jadual 1: Kursus kemahiran yang dilaksanakan di institusi pendidikan agama

No Kursus 1 Simen Fero

2 Pembuatan Biskut 3 Kursus Pembuatan Felt

4 Asas Pemasangan Elektrik

5 Kursus Asas Rekreasi

6 Jahitan

7 Pendawaian Permukaan Lampu, Kuasa & Kuasa Am 8 Pengenalan Bahasa Inggeris 9 Bahasa Inggeris – Parts of Speech 10 Kursus Pembinaan Blogspot 11 Kursus Pembuatan Kek Brownies 12 Kursus Asas Mesin Jahit/Membuat Pola Jahitan Jubah 13 Asas Microsoft Office Word

Pelaksanaan PISH ini juga telah meningkatkan kolaborasi antara kolej komuniti dengan institusi pendidikan agama. Jadual 2 menunjukkan peningkatan kolaborasi sebelum pelaksanaan program PISH dan selepas pelaksanaan program PISH. Sebanyak 40 kolaborasi telah diadakan sebelum pelaksanaan program PISH dan selepas pelaksanaan program PISH sebanyak 314 kolaborasi telah diadakan.

Jadual 2: Bilangan Kolaborasi

Bil Sebelum Ada Program Ada Program PISH PISH 1 40 314

Bilangan kursus yang diadakan bersama institusi pendidikan agama juga menunjukkan peningkatan setelah pelaksanaan program PISH ini. Jadual 3 menunjukkan bilangan kursus kemahiran teknikal yang dilaksanakan di institusi pendidikan agama sebelum pelaksanaan program PISH adalah sebanyak 48 kursus dan setelah pelaksanaan program PISH adalah sebanayak 618 kursus.

Jadual 3: Bilangan Kursus Kemahiran teknikal

Bil Aktiviti Sebelum ada Ada Program program PISH PISH 2 Kemahiran 48 618 Teknikal

Pelaksanaan PISH di institusi pendidikan agama ini dapat memberikan ilmu yang seimbang kepada pelajar institusi pendidikan agama tersebut. Pembelajaran ilmu duniawi berserta ukhrawi dapat meningkatkan nilai diri pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan. Ilmu pengetahuan Islam dan ilmu kemahiran merupakan satu gandingan yang utuh dan saling memerlukan anatara satu sama lain. Syamsul Bahri (2007) pula melihat tiga aspek yang perlu diberi perhatian dalam merekayasa modal insan yang beracuankan Islam iaitu melalui pegangan akidah yang teguh, pengamalan kolektif akhlak mulia serta wawasan iman dan muamalah. PISH mempunyai dasar nilai murni yang bertujuan untuk melahirkan generasi manusia yang sejahtera dari segi keilmuan dan juga kehidupan termasuklah pembangunan ekonomi. PISH juga adalah satu kaedah untuk melahirkan generasi yang seimbang dan mampu berdaya saing, mempunyai akhlak yang mulia dan mempunyai ilmu kemahiran untuk membentuk kekuatan ummah dalam membangunkan ekonomi dan indsutri negara. 22

Mohammad Hafeez Md Ramli et al. / TAWIS (2017)

6. Kesimpulan

Kolej komuniti telah memberikan sumbangan dalam pelaksanaan PISH ini. Program PISH ini amat penting untuk melihat sejauh mana program ini benar-benar memberikan kebaikkan kepada semua pihak. Pembudayaan Pendidikan Islam sepanjang hayat di kolej komuniti dalam pelaksanaannya di institusi pendidikan agama dilihat dapat meningkatkan bilangan kolaborasi, peningkatan jumlah peserta dan juga bilangan kursus yang dilaksanakan. Bagi memastikan pembudayaan ini berterusan setiap agensi kerajaan juga dilihat perlu memainkan peranannya bagi merealisasikan objektif ini. Peranan kolej komuniti sebagai institusi yang menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran dilihat telah berjaya membudayakan pelaksanaan PISH ini di institusi pendidikan agama melalui penawaran kursus kemahiran oleh kolej komuniti.

Rujukan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2013. Pelan Induk Pembudayaan PSH Peringkat Nasional 2011-2020 Kementerian Pendidikan Malaysia (2015), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Pendidikan Tinggi (PPPM (PT) 2015-2025. Mimi Mohaffyza & Che Munira. 2011. Keperluan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Tenaga Pengajar di Institut Latihan Kemahiran di Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Mohd Zainudin Mohd Esin, Noorhidayah Mansor & Mohamad Shawal Mustafa Kamal. 2014. Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) “Membina Hubungan Dan Merapatkan Ukhuwah”. Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014. Pati anak Aleng. 2016. Transformasi pendidikan dan pembangunan modal insan, Selanggor, PTS akademia, 4-6 Siti Shamsiah Mohd Sufi (2009, Mei 22). Islam menuntut pembelajaran sepanjang hayat. Arkib Utusan Online. http:Utusan//ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Renc ana&pg=re_03.htm Syamsul Bahri Andi Galigo. 2007. Penelitian Terhadap Dakwah Islamiah. Dlm. Mohd Radhi Ibrahim, Abdul Rahim Arsyad, Roslizawati Ramli, Marina Munira Abdul Mutalib. (Penyt). Intelektualisme & Dakwah Masa Kini. Hlm 37, Kuala Lumpur: Kolej Universiti Islam Malaysia Zainab Binti Ahmad. 2012. Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015.

23

24

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Pengaruh Hallyu Terhadap Tingkah Laku Remaja di IOI Mall Malaysia

A’dawiyah Ismaila,b, Al Mujahidah Abu Bakara

a Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA b Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Hallyu atau gelombang Korea antara isu yang mendapat perhatian awam di Malaysia kerana memberi kesan kepada perubahan tingkah laku remaja. Paling membimbangkan jika ia mempengaruhi kehidupan remaja sehingga mengubah gaya kehidupan dari amalan beragama kepada budaya suka berhibur, pemikiran yang taat kepada perintah Allah SWT kepada kebebasan dalam berfikir dan bertindak. Ia memberi kesan tidak baik seperti hilang identiti dan jati diri sebagai remaja muslim. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek-aspek hallyu yang mempengaruhi tingkah laku remaja di Malaysia dari segi pakaian, pergaulan dan perlaksanaan peranan dalam kehidupan. Dapatan dalam kertas kerja ini diperolehi daripada borang soal selidik yang dijawab oleh 300 orang responden di IOI Mall. Data dianalisis di dalam perisian komputer SPSS secara deskriptif berdasarkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan menunjukkan remaja tidak bersetuju dan menunjukkan nilai min yang rendah seperti pakaian artis Korea mempengaruhi cara berpakaian seharian (min=1.87), bergaul bebas dan mesra antara lelaki dan perempuan (min=1.56) dan pernah meninggalkan solat (min=1.32). Kesimpulannya, remaja akur akan pengaruh hallyu kepada tingkah laku dalam kehidupan tetapi ia masih dapat dikawal dan mampu mengekalkan identiti seorang remaja yang hidup berpandukan ajaran agama Islam. Walau bagaimanapun, semua pihak termasuk institusi keluarga berperanan penting dalam memastikan remaja berada pada landasan kehidupan yang baik dan menjamin masa depan.

Kata Kunci: Hallyu; tingkah laku; IOI Mall; remaja; isu sosial

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Seiring dengan perkembangan dunia ke arah pemodenan yang begitu pesat, telah timbul berbagai perkara baru di dalam kehidupan manusia. Begitu juga dengan setiap remaja, mereka melalui pelbagai proses perkembangan yang membawa perubahan dalam kehidupan mereka. Remaja masa kini merupakan sebahagian daripada

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

25

A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar/ TAWIS (2017) masyarakat maju yang berdepan dengan perkembangan teknologi maklumat tanpa sempadan. Cabaran-cabaran baru yang mendatang memberikan tekanan kepada para remaja untuk terus berdaya saing dalam kehidupan. Hal ini kerana menurut Frick & Silverthorn (2001) dalam Nellie (2012) menjelaskan masalah tingkah laku menjadi sebab utama kepada kanak-kanak untuk dibawa ke klinik kesihatan mental dan pusat pemulihan akhlak (Lyman & Campbell 1996). Walaupun ramai remaja mampu memperoleh kemahiran-kemahiran serta mengambil peluang dalam pelbagai bidang, namun terdapat juga remaja yang kecundang dalam mengatur diri mereka dan termasuk dalam golongan remaja yang bermasalah samaada dalam bidang akademik mahupun bukan akademik. Justeru, remaja perlu mempersiapkan diri mereka bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, tetapi lebih daripada itu untuk menghadapi cabaran-cabaran dan realiti dalam kehidupan mereka.

Oleh itu, sebagai generasi muda remaja perlu mempunyai tingkah laku yang dinamik dan relevan. Islam menjadi satu sistem hidup penting yang meliputi semua bidang kehidupan manusia. Sebagai umat Islam, setiap remaja perlu mempunyai tingkah laku yang bercirikan Islam. Agama Islam sebagai ad-deen atau way of life amat menekankan kepada pembinaan tingkah laku yang baik. Kehidupan seorang manusia beragama Islam itu bermula dari awal kelahiran sehingga ke saat kematian dengan berpandukan ajaran Islam. Hal ini kerana, Islam muncul dengan membawa panduan-panduan yang lengkap kepada umat manusia dalam melayari kehidupan di dunia yang penuh dengan cabaran.

2. Latar Belakang

Remaja merupakan golongan muda yang penting di negara kita. Kepentingan remaja ini selari dengan wawasan 2020 bagi mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya dengan kekukuhan nilai agama serta kejiwaan dan dipandu oleh tahap etika yang paling tinggi (Lukman & Zurian 2002). Persoalan mengenai peningkatan pelbagai isu tingkah laku dalam kalangan remaja dari semasa ke semasa bukan hanya melibatkan proses pemindahan fakta-fakta ajaran Islam tetapi turut memberi pengharapan agar remaja bertingkah laku mulia sepanjang kehidupan. Ahli psikologi melihat isu tingkah laku sebagai fokus kajian dalam memahami perubahan fizikal, kognitif, emosi dan sosial remaja. Remaja memang mudah dipengaruhi dan mereka seringkali teruja sehingga membuat keputusan untuk bertindak dengan perasaan dan bukan dengan pemikiran yang matang serta jelas. Pernyataan ini disokong dengan kajian PROSTAR yang mendapati tingkah laku dalam kalangan remaja meningkat iaitu 18% daripada 6110 responden mempunyai pengalaman melakukan seks bebas dan menurut statistik Belia Malaysia (2013) mendapati seramai 2092 remaja hamil anak luar nikah serta 14 % remaja pernah mencuba dadah.

Sememangnya, isu sosial merupakan fenomena modenisasi serta kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Pernyataan ini disokong dengan kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) (2006) dalam Rozita (2009) menyatakan belia negara yang tidak aktif dalam mengisi aktiviti masa lapang iaitu mereka tidak menyertai aktiviti atau program berpersatuan atau kelab menjadikan kebanyakan mereka lebih suka melepak. McCready (1997) dalam Rozita (2009) turut menjelaskan apabila masa dibiarkan lapang tanpa sebarang aktiviti berfaedah akan menimbulkan kebosanan sehingga mendorong mereka untuk terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak bermoral. Tambahan pula, golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara pada masa akan datang dengan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Di samping itu, masyarakat juga sering dihebahkan dengan pelbagai masalah berkaitan tingkah laku samada dari peringkat kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Hiburan juga terbukti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada khalayak terutama dalam kalangan remaja. Pernyataan ini bertepatan dengan kajian oleh Adiba et al. (2013) menjelaskan semenjak lahirnya rancangan hiburan yang bermanifestasikan realiti, sambutan ke atas industri muzik semakin memberangsangkan. Pada masa kini, fesyen, muzik, drama, filem dan banyak lagi yang berkaitan dengan hallyu (gelombang Korea) menjadi salah satu hiburan yang popular dan digemari bukan sahaja kepada penduduk Korea malah sehingga ke peringkat antarabangsa termasuk di Malaysia. Hallyu

26

A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar/ TAWIS (2017)

(gelombang Korea) mencetuskan fenomena dalam dunia hiburan melalui drama, muzik, filem, rancangan realiti dan sebagainya (Nor Hashimah & Zaharani 2011).

Di samping itu, pengaruh hallyu ini semakin jelas rentetan daripada isu yang berlaku baru-baru ini di Malaysia yang dikeluarkan melalui akhbar Sinar Harian (16 Januari 2015) yang berkaitan dengan beberapa remaja wanita yang bertudung telah berpelukan dengan artis lelaki Pop Korea Selatan (K-POP) melalui konsert K-Pop yang dilaksanakan. Remaja wanita ini dipanggil ke pentas oleh artis tersebut dan mereka saling berpelukan sebelum memperkenalkan diri. Remaja wanita tersebut tidak menghalang malah teruja dan tidak merasa malu walaupun dipeluk dihadapan khalayak ramai.

Maka, dapat kita lihat remaja perempuan ramai yang terlibat dengan aktiviti sosial yang membawa kemudaratan kepada emosi, fizikal dan sosial mereka. Oleh itu, kajian ini penting kerana berakhlak dan tingkah laku mulia dalam setiap perbuatan mahupun tutur kata akan menjadi kayu ukur serta dinilai oleh Allah SWT. Persoalannya ialah apakah pengaruh hallyu memberi kesan kepada tingkah laku remaja perempuan dan apakah kesan kepada tingkah laku remaja? Sebagai hipotesis, kajian ini mengandaikan pengaruh hallyu memberi impak kepada tingkah laku berpandukan syariat Islam bagi seseorang remaja perempuan.

3. Metodologi Kajian

Kertas ini adalah untuk mengkaji pengetahuan remaja mengenai Hallyu, cara remaja mendapatkan bahan Hallyu dan pengaruh hallyu terhadap tingkah laku remaja.

Kajian ini telah dijalankan di IOI Mall, Putrajaya sebagai satu kajian awal melihat beberapa isu yang berlaku dalam kalangan remaja. IOI Mall terletak di Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya. IOI Mall merupakan pusat membeli-belah yang menyediakan kemudahan-kemudahan hiburan yang canggih dan moden bagi setiap lapisan masyarakat terutama remaja. Selain itu, untuk memenuhi gaya hidup masyarakat setempat IOI Mall turut dilengkapi dengan lebih 100 buah premis kedai yang terdiri dari pelbagai jenis antaranya ialah Bonia Timepiece, Adidas Neo, Homepro, Tesco dan banyak lagi. Di IOI Mall Putrajaya turut mempunyai tarikan yang utama kepada remaja berbanding premis kedai iaitu GSC, District 21, Icescape dan The Symphony Walk (t.p 2016).

Populasi kajian adalah terdiri daripada remaja perempuan yang beragama Islam dan mengunjungi IOI Mall di Putrajaya. Pemilihan remaja yang berumur 16 tahun hingga 29 tahun dalam kajian ini adalah kerana kesesuaian umur remaja dan peringkat umur pendidikan remaja di Malaysia. Seramai 300 orang telah terlibat dalam menjawab soal selidik dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi lima skala likert dan data telah dianalisa secara deskriptif dengan menggunakan SPSS.

4. Dapatan Kajian

Sampel kajian adalah terdiri daripada 300 orang remaja perempuan dan beragama Islam yang mengunjungi IOI Mall, Putrajaya. Hasil daripada kajian yang dijalankan, berikut adalah pengetahuan remaja berkaitan hallyu. Jadual dibawah menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu (min= 3.84), bagi item ‘Saya tahu mengenai hallyu melalui media massa (instagram, weechat, facebook, twitter)’, diikuti item ‘Saya tahu mengenai hallyu melalui media massa (instagram, weechat, facebook, twitter)’ dengan min=3.78. Item ‘Saya tahu mengenai hallyu melalui rakan-rakan’ menunjukkan nilai min yang ketiga tertinggi iaitu (min=3.77).

27

A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar/ TAWIS (2017)

Jadual 1: Pengetahuan berkaitan Hallyu

Bil. Item Min 1. Saya tahu mengenai hallyu 3.43

2. Saya tahu mengenai hallyu melalui rakan-rakan 3.77

3. Saya tahu mengenai hallyu melalui ahli keluarga 2.38

4. Saya tahu mengenai hallyu melalui media massa (instagram, weechat, 3.78 facebook, twitter) 5. Saya tahu mengenai hallyu melalui media elektronik (televisyen, 3.84 smartphone, radio) 6. Saya tahu mengenai hallyu melalui media cetak (majalah, akhbar) 3.06

Sumber: Soal Selidik 2017

Jadual 2: Cara remaja mendapatkan bahan mengenai hallyu

Bil. Item Min 1. Memuat turun lagu, drama dan filem 3.38 2. Bertanya dan meminta dengan rakan-rakan lagu, drama dan filem Korea 3.31 3. Membeli produk dari Korea 2.45 4. Menggunakan produk dari Korea 2.51 5. Menghadiri konsert atau roadtour artis Korea 1.64 Sumber: Soal Selidik 2017 Berdasarkan jadual diatas mendapati item ‘memuat turun lagu, drama dan filem’ menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu (min=3.38), bagi item ‘bertanya dan meminta dengan rakan-rakan lagu, drama dan filem Korea’ mencatat nilai min yang kedua tertinggi iaitu (min=3.31), diikuti item ‘menggunakan produk dari Korea’ menunjukkan nilai min ketiga tertinggi iaitu (min=2.51). Namun, terdapat juga item yang memperolehi skor min yang rendah iaitu sebanyak (min=1.64) iaitu item ‘menghadiri konsert atau roadtour artis Korea’.

Jadual 3, 4 dan 5 dibawah pula menunjukkan hasil dapatan yang berkaitan dengan pengaruh hallyu terhadap tingkah laku remaja perempuan. Analisis berdasarkan kiraan min menunjukkan responden bersetuju dengan item ‘Pakaian artis Korea banyak mempengaruhi cara berpakaian harian saya’ (min = 1.87) sebagai kesan utama yang menyebabkan mereka mengalami perubahan tingkah laku dari segi berpakaian. Item kedua tertinggi dari kiraan min ialah item ‘Saya rasa lebih mudah bergerak apabila memakai jeans dan kemeja-T (body-hugging) seperti artis Korea’ (min = 1.60) manakala item yang mempunyai skor min terendah pula ialah item ‘Saya lebih gemar memakai seluar pendek setelah melihat pakaian artis Korea’ (min = 1.27).

28

A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar/ TAWIS (2017)

Jadual 3: Tingkah laku dalam berpakaian

Bil. Item Min 1 Pakaian artis Korea banyak mempengaruhi cara berpakaian harian saya 1.87

2 Saya lebih gemar memakai seluar pendek setelah melihat pakaian artis Korea 1.27

3 Saya lebih selesa berpakaian ringkas (simple) dan tidak mementingkan 1.49 menutup aurat

4 Saya rasa lebih mudah bergerak apabila memakai jeans dan kemeja-T (body- 1.60 hugging) seperti artis Korea

5 Saya lebih memilih berpakaian rugged dan trendy sepertimana yang dipakai 1.58 oleh artis Korea

Sumber: Soal Selidik 2017

Jadual 4: Tingkah laku dalam pergaulan Bil. Item Min 1 Drama Korea membuatkan saya rasa bergaul bebas dan mesra antara 1.56 lelaki dan perempuan adalah biasa 2 Menonton drama atau muzik Korea membuatkan saya rasa menjaga batas 1.60 aurat dengan lelaki mahupun perempuan adalah perkara remeh 3 Saya kadang-kadang bersikap mesra dengan lelaki bukan mahram 1.45 sepertimana yang disiarkan dalam drama Korea 4 Drama dan filem Korea membuatkan saya menganggap mempunyai 1.56 teman lelaki dan keluar berdua bersama adalah biasa 5 Saya suka apabila teman lelaki memuji kecantikan dan bentuk tubuh saya 1.40 seperti artis Korea Sumber: Soal Selidik 2017

Analisis berdasarkan kiraan min menunjukkan responden bersetuju dengan item ‘menonton drama atau muzik Korea membuatkan saya rasa menjaga batas aurat dengan lelaki mahupun perempuan adalah perkara remeh’ (min = 1.60) sebagai kesan utama yang menyebabkan mereka mengalami pengaruh hallyu dari aspek pergaulan. Item kedua tertinggi dari kiraaan min ialah item ‘drama Korea membuatkan saya rasa bergaul bebas dan mesra antara lelaki dan perempuan adalah biasa’ dan item ‘drama dan filem Korea membuatkan saya menganggap mempunyai teman lelaki dan keluar berdua bersama adalah biasa’ yang mencatatkan kiraan min yang sama iaitu (min = 1.56) manakala item yang mempunyai skor min terendah pula ialah item ‘saya suka apabila teman lelaki memuji kecantikan dan bentuk tubuh saya seperti artis Korea’ (min = 1.40).

29

A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar/ TAWIS (2017)

Jadual 5: Tingkah laku dalam melaksanakan tanggungjawab

Bil. Item Min 1 Saya kadang-kadang terlewat solat lima waktu kerana terlalu asyik menonton 2.03 drama Korea

2 Saya rasa pernah meninggalkan solat kerana menghadiri konsert Korea 1.32

3 Saya gemar menonton drama Korea hingga menganggu tugasan assignment dan 2.22 homework

4 Saya menonton running man hingga mengganggu jadual belajar 2.21

5 Saya lebih banyak menghabiskan masa menonton drama dan rancangan realiti 1.75 Korea berbanding bersama keluarga

1.66 Min Keseluruhan Sumber: Soal Selidik 2017

Analisis berdasarkan kiraan min menunjukkan responden turut bersetuju dengan item ‘saya gemar menonton drama Korea hingga menganggu tugasan assignment dan homework’ (2.22) sebagai kesan utama kepada perubahan tingkah laku dalam melaksanankan tanggungjawab mereka. Item yang mendapat persetujuan dengan skor min (1.5) ke atas ialah item ‘saya lebih banyak menghabiskan masa menonton drama dan rancangan realiti Korea berbanding bersama keluarga’ yang memperolehi min (1.75). Namun, terdapat juga item yang memperolehi skor min yang rendah iaitu hanya sebanyak (1.32) iaitu item ‘saya rasa pernah meninggalkan solat kerana menghadiri konsert Korea’.

Umumnya, tingkah laku remaja-remaja ini berada pada keadaan yang terkawal dimana min keseluruhannya didapati sebanyak 1.66. Secara keseluruhannya item mempunyai min pada tahap yang rendah iaitu 1.00 hingga 2.49. Ini menjelaskan bahawa remaja mempunyai pengetahuan mengenai hallyu tetapi bahan ini tidak memberikan kesan yang negatif kepada tingkah laku remaja.

5. Rumusan

Terdapat beberapa perkara penting yang boleh dirumuskan berkaitan tingkah laku remaja dengan pengaruh hallyu yang diterima oleh remaja khususnya di kawasan bandar. Kajian ini mendapati tingkah laku remaja berada pada tahap yang tidak membimbangkan tetapi perlu ditauladani dan dididik dengan akhlak yang baik. Kajian ini turut mendapati remaja meminati hiburan yang dibawa dan disalurkan dari luar dengan menonton dan melayari di media seperti televisyen, komputer mahupun telefon pintar. Ini menunjukkan setiap remaja mempunyai kemudahan-kemudahan tersebut untuk mendapatkan bahan berkaitan hallyu. Pendedahan yang tinggi terhadap kemudahan-kemudahan ini agak membimbangkan kerana ianya akan menjejaskan tingkah laku remaja.

Secara keseluruhan mengenai pengaruh hallyu terhadap tingkah laku remaja adalah sederhana. Majoriti item menunjukkan skor min 2.50 ke bawah. Keadaan ini menunjukkan bahawa remaja menerima pengaruh tetapi pengaruh tersebut tidak memberi kesan kepada tingkah laku mereka. Melalui hal ini, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat remaja kurang berkecenderungan untuk memperolehi pengaruh yang negatif dan mereka tidak hanya bersifat menerima sahaja sehingga membawa kepada perubahan tingkah laku mereka.

30

A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar/ TAWIS (2017)

Maka, hasil daripada perbincangan dapatlah disimpulkan bahawa remaja menunjukkan sikap mereka mengikut keadaan serta situasi yang mereka alami. Malahan, berkemungkinan besar juga remaja yang bersikap negatif menyangkakan perbuatan mereka tidak menyalahi landasan syarak. Dalam hal ini, setiap pihak mempunyai tugas yang penting iaitu dengan membetulkan tingkah laku negatif bagi mencapai keseimbangan dalam hidup remaja. Beberapa tindakan segera boleh dilaksanakan bagi mengurangkan tingkah laku yang tidak baik dalam diri remaja antaranya pemantauan dan kawalan yang baik dari ibu bapa, mengadakan lebih banyak aktiviti keagamaan dan berfaedah dalam media massa. Sehubungan dengan itu, remaja itu sendiri perlu lebih bersedia agar diri mereka menapis terlebih dahulu apa yang diterima dengan matang dan bijak.

Rujukan

Adiba Munira Mohamad Amin, Fazuriyati Mohd Hamidin, Muhammad Firdaus Sujaini & Md Rozalafri Johori. 2013. Pengawalan dan Pencegahan Pengaruh Hallyu oleh Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak Menurut Perspektif Islam. Jurnal Bicara Dakwah: KUIS. Nellie Ismail. 2012. Hubungan di antara cara gaya keibubapaan dan temperamen dengan masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak. Tesis Dr. Fal, Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad. 2011. Hallyu di Malaysia: kajian sosiobudaya. Jurnal Komunikasi 27(2): 203-219. PROSTAR. 2016. Dipetik dari: https:// www.prostar.gov.my/Latar_BM.htm. Diakses pada 6 September 2016. Rozita Abdul Latif. 2009. Pengaruh sokongan interpersonal ibu bapa, rakan sebaya, sekolah dan persekitaran fizikal terhadap penglibatan remaja dalam aktiviti fizikal. Tesis Ijazah Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sinar Harian. 2015. 16 Januari. Statistik Belia Malayasia Data Semasa 2013 volume 2, Perpustakaan Negara Malaysia. 2014. http://www.ioicitymall.com.my/mall.php

31

32

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Pengembangan Agihan Zakat mengikut Mazhab Syafi’i dalam Fatwa Negeri Terengganu

Wan Zulkifli Wan Hassana,b, Nazri Muslima, Jamsari Aliasa , Azizi Umara & Zulkifli Mohamada

a Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA b Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Perlaksanaan sistem pengagihan zakat yang sistematik dan efisyen mampu untuk membendung masalah kemiskinan. Antara objektif zakat difardhukan adalah menyempurnakan tuntutan kerohanian dan sosioekonomi umat Islam termasuk golongan yang menerima zakat iaitu asnaf. Objektif ini tidak mampu dicapai jika pengurusan agihan zakat tidak mengikut spesifikasi yang sesuai dengan keperluan mereka. Justeru pengabaian agihan zakat secara berkesan dianggap suatu kesalahan yang ditegah dalam syariat. Agihan zakat perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar sistem agihan dana zakat dilihat lebih dinamik dan jaminan sosial asnaf terbela. Namun begitu, timbul persoalan adakah agihan itu benar-benar menjadi hak milik setiap asnaf atau boleh hanya diagihkan kepada satu golongan asnaf atau sebahagian asnaf tanpa menurut keutamaan. Adakah agihan kepada lapan asnaf itu kekal secara literal atau berdasarkan makna dan kepentingan semasa berdasarkan ijtihad. Apakah kadar, habuan dan sasaran agihan para asnaf itu sama ada dibahagi sama rata atau berasaskan kepada dasar keperluan. Adakah persoalan kebajikan umat Islam dan negara perlu diperluas dan diperbanyakkan skop pengagihannya? Justeru dalam artikel ini, penulis meneliti beberapa fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Terengganu dalam membincangkan permasalahan di atas sebagai panduan kepada masyarakat Islam. Dengan ini, kajian mendapati amalan kepada Mazhab Syafi’i di Terengganu tidak menghalang para mufti dan Jawatakuasa Fatwa membuat keputusan fatwa tentang agihan zakat agar selari dengan objektif agihan zakat. Ini kerana mereka mengambil sikap berhati-hati, keterbukaan dan kelonggaran kepada masyarakat untuk memastikan agar agihan tersebut mesti berasaskan kepada keperluan, ke arah pemupukan dan galakan kepada hidup beragama dan bermoral di samping memberi insentif dan motivasi kepada pengurus zakat. Ia sekaligus menampakkan sistem agihan dana zakat lebih memberi kebaikan kepada sosio-ekonomi asnaf di Terengganu.

Kata Kunci: Pengembangan; agihan zakat; Mazhab Syafi’i; fatwa; Terengganu

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

33

Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017)

1. Pengenalan

Masyarakat Islam sentiasa berhadapan dengan berbagai insiden dan masalah yang tidak pernah dihadapi oleh mereka sebelum ini. Pengurusan dan prosedur zakat sering berhadapan dengan suasana berubah dari sudut perolehan dan pengagihan zakat. Antara sebab berlaku demikian adalah terdapat bentuk pengurusan dan pentadbiran yang mempunyai perubahan dan penambahbaikan dari masa ke semasa. Menyedari situasi ini, perbincangan mengenai hukum sewajarnya ditangani oleh mereka yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkenaan.

Institusi fatwa amat diperlukan masa kini akibat daripada berlakunya perubahan realiti dan situasi serta kemaslahatan dalam semua bidang kehidupan manusia. Di Malaysia, hanya mereka yang dilantik sebagai mufti dan Jawatankuasa Fatwa Negeri hanya diberi mandat dalam memutus sesuatu fatwa apabila terdapat sesuatu masalah baru yang memerlukan hukum yang jelas kepada masyarakat (Hasnan Kasan 2000).

Antara perkara yang penting yang perlu diberi penekanan dalam memutuskan sesuatu fatwa adalah zakat. Ini kerana zakat merupakan antara yang terpenting dalam sumber pendapatan kerajaan dan perlu diuruskan dengan sebaiknya sama ada dari sudut perolehan atau pengagihannya. Bagi memenuhi keperluan fatwa semasa mengenai aspek zakat yang melibatkan kepentingan masyarakat dan negara, sewajarnya mufti dan mereka yang diberi mandat dalam institusi fatwa menggunakan pelbagai mekanisme ijtihad dalam usaha memberi jawaban terhadap insiden dan permasalahan hukum yang berlaku. Bukannya hanya bergantung atau sekadar memetik fatwa-fatwa terdahulu walupun ia berbeza dari sudut masa, keadaan dan tempat.

Namun adakah isi kandungan setiap keputusan fatwa tersebut menyebut secara jelas sandaran hukum agar menampakkan suatu fatwa itu bersifat ilmiah. Selain itu adakah fatwa-fatwa tidak terlepas dari berpegang kepada pemikiran dan pendapat mazhab Syafi’i. Adakah fatwa yang diputuskan memenuhi kehendak syarak yang berasaskan kepada keperluan, ke arah pemupukan dan galakan kepada hidup beragama dan bermoral serta insentif dan motivasi kepada pengurus zakat.

Justeru kajian ini akan melihat dengan lebih dekat berhubung sejauhmana pengembangan agihan zakat menurut mazhab Shafi'i masih lagi berlaku dalam fatwa-fatwa yang dikemukakan oleh Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Terengganu.

2. Prosedur dan Amalan Fatwa di Terengganu

Pada kebiasaannya, prosedur dan amalan hukum yang berlaku di negeri-negeri di Malaysia kecuali negeri Perlis bersumberkan pandangan mazhab Shafi'i, maka keadaan yang sama juga berlaku di Terengganu. Justeru amalan fatwa yang berlaku di Terengganu telah memperkukukan kedudukan ini berdasarkan peruntukan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak No. 4 pada tahun 1955 dan dalam seksyen 26(1) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (1986) yang mengatakan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti dan Jawatankuasa (JK) Fatwa Agama Islam dan Adat Melayu hendaklah mengikut pendapat muktamad mazhab Syafi'i, sekiranya ia bersalahan dengan kepentingan awam, maka pendapat dalam ketiga-tiga mazhab lain hendaklah dipakai. Sekiranya keempat-empat mazhab tersebut pula bercanggah dengan kepentingan awam, maka Mufti dan Jawatankuasa tersebut bolehlah mengeluarkan fatwanya sendiri tanpa terikat dengan empat mazhab tersebut.

Kenyataan dalam enakmen di atas menunjukkan bahawa terdapat peluang untuk menerima pandangan mazhab lain tanpa merujuk kepada pandangan da'if dalam mazhab Shafi'i jika ia didapati bertentangan dengan kepentingan umum. Justeru ini memberi memberi ruang yang luas kepada mufti dan Jawatankuasa Fatwa untuk mengamal dan memakai pandangan dari mazhab-mazhab muktabar yang lain.

34

Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017)

Antara bukti yang menunjukkan bahawa fatwa di Terengganu menggunakan sumber rujukan fatwa berpandukan mazhab Syafi’i ialah jawapan daripada mufti Terengganu terhadap surat yang dikirim kepadanya oleh Persekutuan Islam Singapura. Dalam surat pertanyaan tersebut pihak Persekutuan Islam Singapura mengutarakan tentang bidang kuasa tauliah kepada para kadi. Dalam memberi jawapan, nampaknya mufti mengutip pandangan mazhab Syafi’i melalui kitab Asna al-Matalib Syarh Rawd al-Talib Syeikh al-Islam Abu Yahya Zakariyya al-Ansari (Suk Trg. 90/1336, “pinta fatwa al-mufti suatu soal perkara yang berkenaan dengan syariah Muhammadiah”).

Ini diperkukuhkan lagi dengan kemunculan beberapa orang tokoh agama yang memegang jawatan mufti di Terengganu memandangkan kebanyakan mereka berpegang kepada mazhab Syafi’i. Menurut pemerhatian penulis, boleh dikatakan majoriti mufti yang terdapat di Terengganu mempunyai latar belakang pendidikan aliran mazhab Syafi’i. Ini memandangkan mereka berguru dengan ulama-ulama yang bermazhab Syafi’i di Mekkah dan guru-guru yang berasal daripada Pattani atau negeri-negeri yang berada di Nusantara atau guru-guru yang pernah berguru dengan guru-guru di Pattani dan guru-guru tempatan. Terdapat juga sebahagian daripada mereka yang belajar di Timur Tengah yang terdedah dengan idea-idea tajdid (pembaharuan) (Wan Zulkifli 2009).

3. Dinamika Agihan Zakat berdasarkan Amalan Mazhab Shafi’i dalam Fatwa Terengganu

Dalam mazhab Syafi’i, pengagihan zakat kepada asnaf adalah berdasarkan kepada apa yang dinyataka oleh Imam Syafi’i di awal perbincangan mengenai qism al-sadaqat (agihan zakat). Beliau membuat perbandingan antara perintah agihan sebagaimana yang terdapat dalam surah al-Taubah ayat ke-60 dengan ayat pembahagian pusaka kepada setiap waris yang masih hidup dalam surah al-Nisa’ ayat ke-11 berdasarkan kepada bahagian-bahagian yang telah ditetapkan. Ini bermakna agihan zakat wajib diagihkan kepada setiap asnaf yang wujud ketika zakat dikutip tanpa ada pindaan sedikit pun, malah bahagian asnaf juga boleh digandakan jika mana-mana bahagian asnaf sudah tidak wujud seperti yang berlaku dalam sistem perwarisan. Oleh sebab itu, Dr. Khalid al-‘Ani (1999) mengklasfikasikan agihan zakat kepada tiga kategori seperti berikut; i. Agihan berasaskan kepada keperluan seseorang seperti asnaf fakir, miskin, hamba, penghutang dan ibn al-sabil. ii. Agihan berasaskan kepada pemupukan dan galakan kepada hidup beragama dan bermoral seperti asnaf muallaf dan fi Sabilillah). iii. Agihan berdasarkan kepada insentif dan galakan kepada pengurus zakat seperti asnaf amil.

Dengan itu, objektif agihan zakat adalah untuk menunaikan hak dan tanggungjawab pembangunan asnaf seperti menaiktaraf bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan kerohanian. Selain itu ia mampu meningkat dan mempertahankan martabat dan maruah umat dengan cara membantu dan melaksanakan program, skim, projek dan usaha-usaha meninggikan syiar Islam (al-Qaradawi 2000).

4. Realiti, Penghayatan dan Prospek Agihan Dana Zakat Mazhab Shafi’i dalam Fatwa Zakat di Terengganu

Dalam membincangkan permasalahan ini penulis mengutarakan empat persolan utama berkaitan dengan agihan dana zakat di kalangan fuqaha mazhab Shafi`i. i. Pembatasan atau keterbukaan agihan semasa keberadaan atau ketiadaan lapan asnaf. ii. Pelupusan dan pengekalan dana agihan kepada asnaf yang tidak berfungsi atau yang telah luput keillatan hukum di dalam masyarakat seperti al-riqab dan muallaf.

35

Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017)

iii. Pengembangan skim dan program agihan zakat fi sabililllah. iv. Perancangan pengurusan agihan dana zakat yang futuristik. Oleh itu, artikel ini akan mengupas bagaimana Jabatan Mufti Terengganu memutuskan sesuatu fatwa dalam menangani persoalan-persoalan kontemporari di atas mengikut amalan mazhab Syafi`i sama ada dana agihan zakat ini boleh dikembangkan kepada skim atau program yang lebih luas dan berdaya maju untuk membangunkan asnaf yang bukan hanya meliputi kebajikan atau subsidi semata-mata. Pada masa yang sama, pemikiran mazhab Shafi`i dilihat mampu memberikan respon dalam menilai realiti, penghayatan dan prospek fiqh Syafi’i di Malaysia.

5. Pembatasan atau Keterbukaan Agihan Semasa Keberadaan atau Ketiadaan Lapan Asnaf

Antara permasalahan yang ditimbulkan adalah rentetan daripada satu kertas cadangan yang disediakan oleh Y.Bhg Dato' Hj. Zubir b. Hj. Awang mengenai zakat yang tidak dapat diagihkan kepada semua asnaf. Setelah Mufti dan Jawatankuasa Fatwa mengkaji dan menimbang cadangan dalam kertas di atas, mereka seolah-olah mengambil kira peruntukan dan keperluan yang ada dalam masyarakat di sesuatu tempat. Dengan ini, mereka memutuskan dan bersetuju menyatakan bahawa mana-mana bahagian asnaf zakat yang tidak dapat diagihkan semuanya hendaklah diberikan kepada asnaf yang ada penerimanya (Minit Mesyuarat Kali Ke-2, Penggal Ke-4, bil (i), 10 Ramadhan 1417 bersamaan 19 Januari 1997).

Keputusan hukum yang dibuat oleh Mufti dan Jawatankuasa Fatwa tentang permasalahan di atas, para fuqaha' membahaskannya dalam permasalahan yang berkaitan pengagihan zakat kepada kelapan-lapan asnaf dalam menyelesaikan hukum di atas.

Ini kerana menurut pendapat ulama Shafi’i (al-Shirazi, al-Muhadhdhab, op. cit., j. 1, h. 170-171; al- Ramli Sham al-Din 1984), wajib mengagihkan zakat samada ia zakat fitrah atau zakat harta kepada lapan asnaf yang berdasarkan kepada ayat al-Qur'an dalam surah al-Taubah. Mereka berpendapat ayat tersebut menyebut seluruh zakat dibahagikan kepada lapan asnaf dengan disertakan ‘lam tamlik’ iaitu huruf lam yang menunjukkan pemilikan, dan disebut zakat itu diperkongsikan di antara mereka yang berhak menerima zakat dengan disertakan ‘waw al-tasyrik’ iaitu huruf waw yang menunjukkan perkongsian. Justeru, menurut mereka, ini menunjukkan bahawa seluruh zakat adalah menjadi milik mereka keseluruhannya dan mereka berkongsi sesama mereka.

Walau bagaimanapun, menurut sebahagian ulama mazhab Shafi’i seperti al-Ruyani dan Ibn al-Salah (al- Ramli 1984) mengatakan harus diberikan zakat fitrah kepada tiga orang fakir atau miskin atau tiga orang daripada kumpulan yang berhak mendapat dua saham disebabkan berlaku kerumitan dalam pelaksanaan yang kebiasaannya terdapat empat golongan sahaja iaitu fakir, miskin, orang yang berhutang dan ibn sabil pada masakini. Ini dapat dilihat melaui nas yang telah dikemuakan oleh mereka:

Pendapat ini boleh dianggap selari dengan pandangan majoriti fuqaha' yang mengatakan bahawa zakat harus diagihkan kepada satu kumpulan (asnaf) sahaja. Bahkan menurut ulama dan Maliki, harus diberikan kepada seorang sahaja daripada salah satu kumpulan (asnaf) (Ibn Humam t.t; al-Buhuti 1402H; al-Qurtubi 1407H).

Berpandukan kepada penjelasan di atas, jelas menunjukkan bahawa keputusan fatwa yang dipersetujui oleh Mufti dan Jawatankuasa Fatwa di atas adalah bersesuaian dengan pandangan majoriti fuqaha' dan sebahagian pandangan dalam mazhab Shafi’i sekalipun fatwa tersebut tidak membawa sebarang perselisihan di kalangan fuqaha'. Keputusan yang diambil oleh Mufti dan Jawatankuasa Fatwa dalam kes di atas menunjukkan mereka mengambil kira suasana dan keadaan ketika itu dan sekaligus menjaga kemaslahatan dan keperluan masyarakat. Oleh itu, keputusan hukum yang dibuat adalah amat bersesuaian dan munasabah dengan kedudukan kes yang diutarakan.

36

Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017)

6. Pelupusan dan Pengekalan Dana Agihan kepada Asnaf yang Kurang Fungsional atau Penyebabnya

Antara fatwa yang dilihat mempunyai kaitan dengan permasalahn ini adalah mengenai kelonggaran dan pengekalan pengagihan dana zakat kepada asnaf muallaf. Keputusan ini dibuat rentetan daripada pembentangan kertas kerja telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Haji Zulkifli bin Mohammad Al-Bakri berhubung takrif muallaf dan had kemuallafan.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Tiga Penggal Ke Sepuluh yang bersidang pada 13 Mac 2013 bersetuju dengan keputusan bahawa apa yang dimaksudkan dengan muallaf adalah selari dengan pendapat ulama di kalangan mazhab al-Syafi’iah yang menyatakan bahawa mualaf adalah mereka yang baharu memeluk Islam. Manakala had tempoh kemuallafan bergantung kepada uruf yang dicadangkan ialah tiga tahun. Jika sekiranya mereka masih miskin, maka zakat diberikan mengikut asnaf fuqara dan masakin. Sekali lagi ditegaskan bahawa sudah sampai masanya tempoh had mualaf dikira selama tiga tahun sahaja berdasarkan perkembangan semasa.

Berdasarkan kepada fatwa yang telah diputuskan di atas, jelas menggambarkan bahwa fatwa di atas masih lagi berpandukan pandangan Imam Shafi’i yang tetap berpegang kepada prinsip, tiada pelupusan atau pindaan terhadap mana-mana golongan asnaf, biarpun beliau mengakui kelonggaran dalam pelaksanaannya.

Mengikut Imam Shafi`i (1393H), asnaf muallaf tidak boleh gugur atau luput jika isu-isu keasnafan ini masih wujud. Peruntukan dana zakat wajar diperuntukkan bagi pembiayaan program pentarbiyahan. Sebagai contohnya, agihan tersebut dapat menanamkan perasaan keyakinan kepada Islam, keselamatan atau pengukuhan penghayatan Islam.

Atas dasar ihsan, kewajaran, maslahah dan keperluan (mesra muallaf) atau ke arah pemupukan dan galakan kepada hidup beragama dan bermoral turut menjadi tunjang pengekalan asnaf muallaf kepada mazhab al-Shafi`i. Namun dalam masa yang sama imam Shafi`i juga berpendapat tidak mengharuskan agihan zakat kepada asnaf mu’allaf qulubuhum dalam apa keadaan sekali pun. Pendapat ini juga merupakan pendapat golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah. Dalam hal ini, Imam al-Shafi`i (1393H) berlandaskan kepada nas dari hadith Mu`adh yang ditugaskan mengutip zakat di negeri Yaman daripada kalangan orang kaya, lalu diagihkan semula kepada orang Islam yang fakir dan miskin di tempat yang sama. Mu`adh tidak mengagihkan kepada orang bukan Islam. Seterusnya, Imam Shafi`i mencadangkan, sekalipun terdapat maslahah kepada bukan Islam, mereka boleh mendapat bantuan daripada peruntukan dana al-fay’ (rampasan perang), bukan dana zakat atau sedekah (al-Razi 1401/1981).

Walaupun pada zaman awal Islam, Nabi Muhammad SAW mengharuskan agihan dana zakat kepada orang kafir ini adalah disebabkan pada ketika itu jumlah penganut Islam tidak ramai. Situasi ini telah berubah pada masa kini di mana majoriti penduduk Arab telah beragama Islam dan syiar Islam telah menjadi sebahagian kehidupan mereka. Mereka boleh memilih sama ada mahu beriman atau kekal dalam kekafiran.

Begitu juga dari sudut pengembangan penggunaan istilah asnaf al-gharimin. Ia dilihat masih lagi diguna pakai dalam memutuskan sesuatu fatwa di Terengganu. Hal ini dapat dilihat dalam fatawa berhubung hukum menyalurkan wang zakat dalam Tabung Bantuan Berdikari Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Setelah mendapat maklumat mengenai konsep Bantuan Sara Diri tersebut, Mufti dan Jawatankuasa Fatwa bermesyuarat dan berpendapat wang zakat sinf al-gharimin boleh disalurkan kepada Tabung Bantuan Berdikari Yayasan Pembangunan dan diuruskan berdasarkan kepada al-Qard al-Hasan (Minit Mesyuarat Kali Ke-6, Penggal Ke-4, 9 Zulkaedah 1418 bersamaan 8 Mac 1998).

37

Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017)

Menurut penganalisisan penulis, penjelasan hukum di atas dilihat mufti dan jawatankuasa fatwa memperluaskan maksud sinf al-gharim dalam masalah pengagihan zakat kepada mereka yang berhak menerima. Menurut ulama Maliki, Shafi’i dan Ahmad, antara golongan yang dikategorikan sebagai al-gharimin ialah orang yang berhutang dan mengambil peruntukan zakat untuk kemaslahatan masyarakat. Imam al-Dusuqi (t.t) ada menyebut:

(Dan ia berhutang untuk kemaslahatan) lebih baik dikatakan dengan ungkapan; dan orang yang berhutang sesuatu hutang yang disekat padanya dan membelanjakan bagi tujuan kemaslahatan yang diakui oleh Syarak bukan tujuan kerosakan.

Imam Shafi’i (1393H)) juga pernah menjelaskan sebagai berikut:

(Katanya) dan golongan yang berhutang kerana menanggung bebanan dan memulihkan hubungan antara kedua belah pihak yang bertelingkah dan melakukan kebaikan

Ibn Qudamah (t.t) pernah manyatakan:

Al-Gharimun terdiri daripada dua golongan, antaranya golongan yang berhutang untuk memperbaiki keadaan iaitu menanggung diat yang perlu dijelaskan atau harta untuk meredakan fitnah dan memulihkan hubungan antara kedua belah pihak yang bertelingkah, maka boleh diberikan kepadanya daripada harta sedekah (zakat) sekadar apa yang boleh meringankan tanggungjawabnya sekalipun ia seorang yang kaya...dan kerana ia mengambil harta tersebut (zakat) adalah untuk kemaslahatan umat Islam, maka harus ia mengambilnya sekalipun kaya seperti orang yang bertugas sebagai askar

Fatwa di atas juga amat sesuai dengan apa yang dikemukakan oleh ulama kontemporari. Sebagai contoh, pendapat al-Qaradawi (2000) yang mengatakan antara perkara yang boleh dikaitkan dengan orang yang mendamaikan antara pihak-pihak yang bertelagah ialah orang yang aktif dalam bidang kegiatan sosial yang mendatangkan manafaat seperti yayasan anak yatim, masjid untuk mendirikan solat dan perbuatan-perbuatan kebajikan lain yang bertujuan untuk melayani keperluan masyarakat. Justeru orang atau badan-badan dan yayasan-yayasan yang berkhidmat untuk memberi kebajikan dan bantuan demi kepentingan masyarakat, diberikan hak untuk ditolong dan dibantu dari harta masyarakat.

Menurut beliau lagi, tidak ada dalil Syarak yang hanya mengkhususkan al-gharimin bagi orang yang berhutang untuk mendamaikan dua belah pihak yang bersengketa sahaja tanpa dimasukkan keadaan-keadaan yang lain. Menurut beliau lagi, pemakaian al-qiyas hendaklah diambil bagi membolehkan keadaan-keadaan tersebut termasuk juga dalam asnaf al-gharimin jika keadaan-keadaan lain tidak dimasukkan dalam asnaf al- gharimin (al-Qaradawi 2000).

Bagi menguatkan lagi pandangan di atas, beliau menukilkan pandangan al-Nawawi (1405H) daripada ulama Shafi’i berhubung masalah tersebut sebagai berikut:

Menurut Abu al-Faraj al-Sarakhsi; orang yang berhutang kerana mengimarahkan masjid dan menghormati tetamu, hukumnya samalah dengan hukum seseorang yang berhutang untuk kemaslahatan dirinya. Telah dinyatakan oleh al-Ruyani daripada sebahagian pengikut kami, ia diberi meskipun kaya jika kayanya itu dengan harta yang tidak bergerak ('iqar) dan tidak boleh kepadanya jika ia kaya dengan memiliki wang, menurut al-Ruyani, ini pandangan yang dipilih.

38

Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017)

Berdasarkan penjelasan di atas, jelas menggambarkan bahawa wang zakat boleh disalurkan kepada Tabung Bantuan Berdikari Yayasan Pembangunan dan diuruskan berdasarkan kepada al-Qard al-Hasan demi untuk memberi kemaslahatan kepada mereka yang memerlukan. Pandangan ini juga selari dengan pandangan ulama kontemporari iaitu Muhammad al-Sa'id Wahbah dan 'Abd al-'Aziz Muhammad Rashid Jamjum (1405H/1985M) dalam bukunya al-Zakah fi al-Mizan Dirasah Muqaranah fi Zakah al-Mal.

Selain itu, antara contoh yang boleh dikaitkan dengan pelupusan berhak pengagihan kepada asnaf ialah yang melibatkan asnaf amil. Ini kerana terdapat permohonan fatwa daripada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu tentang wang zakat sinf 'amil (pungutan pejabat) samada ianya boleh digunakan untuk perbelanjaan pengurusan bahagian zakat ataupun tidak.

Dalam memberi respon terhadap permasalahan di atas, nampaknya Jawatankuasa Fatwa meletakkan urusan perolehan dan pengagihan zakat adalah suatu tugas yang diamanahkan kepada pemerintah. Justeru pemerintah berhak menentukan pengagihan mengikut kemaslahatan dan kepentingan masyarakat. Oleh demikian, setelah Mufti dan Jawatankuasa Fatwa membuat penelitian ke atas kertas cadangan perbelanjaan pentadbiran zakat melalui sinf 'amil (pungutan pejabat), mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa zakat yang diserahkan kepada pejabat (Bahagian Zakat) hanya diagihkan kepada tujuh asnaf sahaja dan soal sinf 'amil tidak berbangkit lagi kerana pemungut-pemungut zakat di pejabat masing-masing dibayar gaji daripada pihak Wali al-Amr. Apa yang diperlukan oleh jabatan, bolehlah diambil daripada keuntungan simpanannya (Minit Mesyuarat Kali Ke-12, Penggal Ke-4, 30 Muharram 1420 bersamaan 16 Mei 1999).

Penyelesaian hukum yang dibuat oleh Mufti dan Jawatankuasa Fatwa terhadap persoalan di atas boleh disesuaikan dengan beberapa pandangan fuqaha' meskipun dalam fatwa tersebut tidak menyebut rujukan dari kitab-kitab fiqh dan pendapat para fuqaha'. Menurut penganalisisan penulis, penyelesaian hukum di atas boleh dirujuk di dalam perbincangan para fuqaha' tentang syarat-syarat pengagihan kepada 'amil.

Antaranya sebagaimana yang dibahaskan oleh Ibn Hajar menyatakan antara syarat bagi 'amil berhak mendapat peruntukan zakat adalah ketika mana dia tidak mendapat peruntukan atau gaji daripada Baitulmal (Ibn Hajar 2001). Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada al-Sharbini (t.t ) yang menyebut:

…atau pemerintah meminta agar upah atau gaji amil dibayar melalui Baitulmal (maka pembahagian) ketika itu (tertumpu kepada tujuh asnaf) kerana saham kepada amil digugurkan…

Sementara pandangan dari mazhab Hanbali dilihat ada persamaan dengan pendapat yang dikemukakan oleh ulama mazhab Shafi’i di atas. Salah seorang ulama Hanbali iaitu al-Buhuti (1402H) pernah menjelaskan berkenaan permasalahan di atas dengan berpendapat bahawa terpulang kepada pemerintah dalam urusan pengagihan peruntukan kewangan negara samada 'amil diberi peruntukan daripada sumber zakat atau sumber- sumber yang lain. Bahkan berhak baginya menyekat peruntukan tersebut jika ia mendapati penilaian kerja 'amil kurang memuaskan. Menurut beliau lagi apabila 'amil zakat telah diberi peruntukan atau gaji daripada pihak pemerintah melalui peruntukan Baitulmal, maka peruntukan zakat hendaklah diagihkan kepada asnaf zakat yang lain.

Dalam mazhab Maliki ada mengatakan terdapat sebahagian pengurusan zakat seperti bahagian pengawalan atau yang diberi tanggungjawab menjaga harta zakat tidak diberi peruntukan daripada zakat bahkan ia dibayar gaji melalui sumber Baitulmal. Menurut mereka lagi, 'amil yang fakir diberi peruntukan zakat kerana mempunyai dua sifat yang layak menerima zakat. Namun, ia tidak boleh menerima peruntukan tersebut melainkan dengan izin daripada pihak pemerintah (al-Dusuqi t.t).

39

Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017)

Berpandukan penjelasan di atas, jelas menggambarkan bahawa fatwa yang dikemukakan oleh Mufti dan Jawatankuasa Fatwa di atas mengambil kira pandangan para fuqaha' termasuk Shafi’iyyah. Sehubungan itu, fatwa di atas dilihat jelas meletakkan kedudukan pemerintah sebagai pihak yang paling layak menentukan polisi dan kaedah-kaedah tertentu dalam perolehan dan pengagihan serta perkara yang berkaitan dengan harta zakat demi kemaslahatan, keperluan dan kebaikan masyarakat Islam.

7. Pengembangan Skim dan Program Agihan Zakat Fi Sabilillah

Antara contoh pengembangan skim dan program agihan zakat fi sabilillah ialah fatwa yang dikeluarkan berhubung isu ini susulan daripada soalan yang diutarakan kepada Mufti Dato' al-Shaykh Abdul Halim tentang pengagihan bantuan zakat kepada pelajar dari kalangan keluarga yang berada.

Berhubung persoalan di atas, Mufti nampaknya meletakkan pelajar dan penuntut ilmu pengetahuan termasuk di kalangan asnaf sabil Allah yang berhak mendapat peruntukan zakat. Oleh demikian, beliau menegaskan bahawa pemberian zakat kepada pelajar adalah daripada peruntukan fi sabil Allah dan ia tidak menjejaskan bahagian-bahagian lain yang diperuntukkan oleh Syarak. Justeru, mana-mana pelajar boleh memohon bantuan di bawah peruntukan fi sabil Allah tanpa mengambil kira latar belakang keluarga pelajar tersebut. Walau bagaimanapun sekiranya keluarga tersebut terdiri daripada orang-orang yang mampu, maka tidak mengambilnya adalah lebih baik (Soal Jawab Islam, Keratan Akhbar Warta Darul Iman, 12 Sya'ban 1424H / 8 Oktober 2003M, Bil. 80, h. 5).

Jawapan tersebut telah mengkategorikan pelajar dalam asnaf fi sabil Allah meskipun keluarganya termasuk dalam mereka yang kaya. Ia juga tidak memberi kesan bahagian bagi asnaf-asnaf yang lain dalam pengagihan asnaf. Begitu juga jawapan tersebut menyatakan bahawa lebih baik pelajar tersebut tidak menerima peruntukan zakat tersebut. Dalam memberi jawapan tersebut, Mufti juga tidak mengenengahkan sumber rujukan dari mana-mana kitab dan tidak pula mengutip pandangan dari mana-mana fuqaha'. Walau bagaimanapun, dalam isu di atas para fuqaha' khususnya fuqaha' empat mazhab telah membincangkan mengenai maksud sabil Allah.

Menurut penganalisisan penulis, pelajar yang dikategorikan sebagai asnaf sabil Allah hanya terdapat secara jelas dalam pandangan ulama mazhab Hanafi. Dalam mazhab Hanafi, terdapat beberapa pendapat tentang maksud sabil Allah yang dikehendaki dalam al-Qur'an (al-Hasfaki 1386H; Zayn al-Din Ibn Nujaym t.t). Walau bagaimanapun, mereka bersepakat menyatakan bahawa kefakiran dan terputus bekalan merupakan syarat utama setiap orang yang dianggap termasuk dalam kategori sabil Allah. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian ulama Hanafi yang mengatakan kemiskinan bukan menjadi syarat bagi seseorang pelajar itu berhak mendapat peruntukan zakat. Ini berdasarkan kenyataan yang dinukilkan dalam kitab al-Bahr al-Ra'iq sebagaimana berikut (Zayn al-Din Ibn Nujaym t.t):

Dinisbahkan kepada sebahagian fatwa mengatakan bahawa penuntut ilmu diharuskan mengambil peruntukan daripada zakat sekalipun ia seorang yang kaya apabila ia menumpukan dirinya untuk mencari ilmu dan dengan sebab tumpuannya dalam mencari ilmu, maka susah baginya untuk bekerja mencari rezeki sedangkan keperluan yang mendesak untuk melakukan kerja tersebut.

Mereka juga bersepakat menyatakan zakat adalah hak seseorang dan ia tidak boleh diperuntukkan bagi tujuan mendirikan masjid, memperbaiki jalan, haji, jihad dan sebagainya yang tidak bersifat pemilikan (al- Hasfaki, al-Durr al-Mukhtar,; Zayn al-Din Ibn Nujaym, al-Bahr al-Ra'iq).

Menurut mazhab Maliki pula, sabil Allah adalah perkara yang berkaitan dengan perang, jihad yang seerti dengannya seperti markaz kawalan tentera dan sebagainya. Ini berbeza dengan pendapat dalam mazhab Hanafi terhadap konsep jihad, ibadat haji, penuntut ilmu dan perbuatan taqarrub kepada Allah. Ulama Maliki juga

40

Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017) berpendapat bahawa peruntukan zakat sabil Allah boleh juga diagihkan kepada tentera dan pengawal di sempadan Negara Islam meskipun mereka kaya. Pandangan ini berbeza dengan mazhab Hanafi yang mensyaratkan kefakiran dalam semua keadaan tersebut. Majoriti ulama mazhab Maliki mengharuskan peruntukan zakat fi sabil Allah bagi kepentingan jihad seperti senjata, kuda, benteng-benteng dan lain-lain. Mereka tidak mengkhususkan kepada pemberian terhadap peribadi mereka yang berperang sebagaimana syarat yang telah dibuat dalam mazhab Hanafi (al-Dardir, al-Sharh al-Kabir).

Dalam mazhab Shafici, secara jelas tidak mengkategorikan pelajar di antara asnaf sabil Allah. Ini kerana pendapat mazhab Shafici tidak jauh berbeza dengan mazhab Maliki dalam hal mengkhususkan sasaran ini kepada jihad dan pejuang-pejuang di medan perang serta kelengkapan dan keperluan yang sepatutnya dalam berjihad meskipun mereka kaya. Cuma dalam hal ini mazhab Shafi’i berbeza pendapat dengan mazhab Maliki dalam dua keadaan iaitu pertama; mazhab Shafi’i mensyaratkan bahawa pejuang-pejuang sukarelawan di medan perang itu tidak mendapat gaji dan pendapatan tetap dari pihak pemerintah dan perbezaan yang kedua ialah pejuang- pejuang tersebut tidak boleh diagihkan bahagian mereka melebihi bahagian yang diperuntukkan kepada fakir dan miskin (al-Nawawi, al-Rawdah,; al-Majmu').

Walaupun mazhab Shafi’i tidak meletakkan pelajar dalam kategori fi sabil Allah, namun mereka berpendapat bahawa pelajar layak menerima peruntukan zakat asalkan ilmu yang dipelajarinya dibenarkan oleh Syarak. Ini jelas sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar al-Haytami dalam fatwanya seperti berikut (Ibn Hajar al-Haytami (t.t), al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra): (Ditanya) Adakah harus bagi seorang pelajar yang sibuk mempelajari ilmu Syarak membeli kitab dan segala apa keperluan dalam pembelajarannya dari wang peruntukan zakat? (Ibn Hajar menjawab) dengan katanya, sesiapa yang sibuk mencari pendapatan halal yang sesuai dengannya dan dapat memenuhi keperluannya dan perbelanjaan pengajiannya dalam ilmu Syarak atau alat-alat keperluannya atau mempelajari al-Qur'an tanpa amalan-amalan sunat dalam ibadat, maka harus baginya mengambil daripada peruntukan zakat sekadar keperluannya dan perbelanjaan pengajiannya yang sesuai dengan umurnya. Kemudian harta tersebut akan menjadi miliknya dan ia boleh menguruskan harta tersebut untuk membeli kitab-kitab yang berkaitan ilmu Syarak dan peralatan-peralatannya… Sementara itu, mazhab Hanbali pula mempunyai pandangan yang sama dengan mazhab Shafi’i dari sudut pengertian sabil Allah iaitu sukarelawan yang berperang yang tidak memiliki gaji tetap daripada kerajaan atau mereka yang memperolehi gaji tetapi ia masih lagi tidak mencukupi untuk keluar berperang. Justeru diharuskan memberi kepada pejuang tersebut bahagian zakat yang boleh memenuhi keperluan berperang sekalipun mereka kaya. Hal ini sama juga bagi mereka yang mengawal di sempadan-sempadan negara (Ibn Qudamah t.t; al-Buhuti 1302H).

Menurut mazhab Hanbali juga penguasa (bukan pemilik harta) boleh menggunakan peruntukan zakat bagi memenuhi keperluan dan kelengkapan perang seperti kuda, kapal dan sebagainya bagi tujuan jihad serta segala perkara yang dianggap sebagai kemaslahatan umum (Ibn Qudamah t.t; al-Buhuti 1302H).

Manakala dalam perkara menunaikan haji, terdapat dua riwayat dari Imam Ahmad bin Hanbal, pertama; riwayat yang mempunyai pandangan yang sama dengan mazhab Hanafi iaitu haji juga termasuk dalam kategori sabil Allah yang diberikan kepada mereka yang fakir bagi melaksanakan ibadat haji yang diwajibkan. Manakala riwayat kedua kedua pula menyebut bahawa ia tidak termasuk dalam kategori sabil Allah (Ibn Qudamah t.t ).

Sementara itu, terdapat sebahagian ulama samada dahulu mahupun sekarang yang memperluaskan maksud sabil Allah. Pengertian yang dikemukakan oleh mereka bukan hanya mengkhususkan kepada jihad dan perkara yang berkaitan dengannya, bahkan ia boleh dikaitkan dengan semua perkara yang melibatkan

41

Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017) kemaslahatan, taqarrub dan perbuatan-perbuatan baik. Ini kerana, menurut al-Qaradawi (2000), jihad dalam Islam tidak hanya terbatas kepada peperangan sahaja dan pertempuran dengan senjata tetapi jihad dengan menggunakan harta benda, lisan, fikiran, tenaga dan sebagainya juga termasuk dalam erti sabil Allah. Oleh demikian, menurut beliau jika pengertian jihad tidak termasuk ke dalam jihad dengan keterangan nas, maka wajib menggunakan al-qiyas bagi mengaitkan maksud jihad tersebut.

Rentetan dari penjelasan di atas boleh dibuat kesimpulan bahawa lebih baik bagi orang Islam mengagihkan peruntukkan bahagian zakat untuk pelbagai kegiatan yang boleh meninggikan syariat Islam (sabil Allah) termasuk pelajar (samada miskin mahupun kaya) yang menuntut ilmu-ilmu yang berfaedah dengan cara sukarela demi kepentingan.

Dengan ini, keputusan hukum yang diambil oleh Mufti di atas seolah-olah mengambil kira pandangan mereka yang memperluaskan makna sabil Allah dan pandangan yang mengharuskan pemberian zakat kepada pejuang-pejuang sekarelawan meskipun mereka kaya.

Berbalik kepada jawapan Mufti di atas yang mengkategorikan pelajar di antara maksud sabil Allah, nampaknya ia lebih bersesuaian dengan mazhab Hanafi. Ini kerana pandangan mazhab Maliki, Shafi’i dan Hanbali tidak menyebut secara jelas pelajar termasuk dalam kategori sabil Allah. Namun begitu, jawapan Mufti yang tidak mensyaratkan kedudukan taraf kehidupan keluarga pelajar tersebut fakir bagi membolehkan pelajar tersebut menerima zakat pula menampakkan wujudnya ketidakselarian dengan pandangan mazhab Hanafi. Dari satu sudut yang lain, dilihat ia juga menepati dengan pandangan dalam mazhab Shafi’i yang mengharuskan pelajar Islam mengambil peruntukan dari harta zakat untuk perbelajaan dalam pengajiannya walaupun ia tidak memasukkan pelajar dalam kategori sabil Allah. Justeru pandangan Mufti di atas nampaknya seoalah-olah menggambarkan keterbukaan dalam fatwa apabila terdapat kepentingan umum atau kemaslahatan serta munasabah dan boleh diaplikasi mengikut suasana hari ini.

8. Perancangan Pengurusan Agihan Dana Zakat yang Futuristik-Pelaburan Dana Zakat

Permasalahan ini dikemukakan oleh Y.Bhg Dato' Hj. Zubir mengenai wang-wang zakat dilaburkan di pusat-pusat kewangan atau institusi pelaburan. Setelah Mufti dan Jawatankuasa Fatwa mengkaji dan menimbang cadangan dalam kertas di atas, mereka memutuskan dan bersetuju menyatakan bahawa tidak harus wang-wang zakat dilaburkan di pusat-pusat kewangan atau institusi palaburan kerana seseorang yang menunaikan zakatnya dikira zakatnya sah tertunai ialah dengan sampai zakatnya kepada mereka yang berhak menerimanya. Manakala kuasa wali al-amr yang diwakilkan kepada Jabatan Agama merupakan pelaksana amanah sahaja (yad amanah) iaitu memungut zakat dari pemiliknya dan menyampaikannya kepada penerima-penerima zakat yang berhak. Sekiranya wang-wang zakat itu dilaburkan bererti zakat-zakat yang dibayar oleh pemiliknya itu tertangguh atau tersekat di tangan orang tengah dan tidak sampai kepada penerima-penerima yang berhak (Minit Mesyuarat Kali Ke-2, Penggal Ke-4, bil (ii), 10 Ramadhan 1417 bersamaan 19 Januari 1997).

Keputusan hukum yang dibuat oleh Mufti dan Jawatankuasa Fatwa tentang permasalahan di atas juga tidak disebut sumber rujukan dan pandangan fuqaha' walaupun terdapat di dalam fatwa di atas perkataan arab iaitu 'wali' dan 'yad amanah' yang seolah-olah menggambarkan mereka mengambil daripada sumber rujukan daripada kitab-kitab fiqh.

Berhubung dengan masalah wang-wang zakat dilaburkan di pusat-pusat kewangan atau institusi pelaburan, terdapat beberapa ulasan daripada fuqaha' yang boleh dikaitkan dengan masalah tersebut. Secara umumnya terdapat tiga bentuk pelaburan harta zakat iaitu, pertama; pelaburan harta zakat yang diusahakan oleh mereka yang berhak menerima zakat (mustahiq) setelah mereka menerima peruntukan zakat dan memiliki harta zakat dari bahagian mereka. Dalam hal ini ulama bersepakat mengatakan syarak membenarkan pelaburan terhadap harta tersebut kerana ia telah menjadi hak milik mereka. Ini bermakna, mereka berhak untuk berbuat

42

Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017) apa sahaja atas harta tersebut (al-Shirazi t.t; al-Ramli Shams al-Din t.t; Abu Muhammad 'Izz al-Din b. 'Abd al- Salam t.t).

Kedua adalah pelaburan harta zakat yang diusahakan oleh tuan harta sebelum harta tersebut dikeluarkan zakatnya. Dalam hal ini ulama sepakat mengatakan hukum syarak tidak membenarkan pelaburan tersebut. Ini kerana zakat mesti ditunaikan segera dan ia perlu diagih-agihkan dengan segera kepada asnafnya. Kesimpulannya ulama menegaskan bahawa tuan harta mestilah segera menunaikan zakat hartanya apabila sudah cukup syarat-syaratnya dan dilarang membuat apa jua bentuk pelaburan atas bahagian harta zakat tersebut (al- Sarakhsi t.t; Malik b. Anas t.t; al-Nawawi 1997 dan 1405H; al-Ansari Zakariyya t.t; Muhammad b. Muflih al- Maqdisi Abu 'Abd Allah 1418H).

Manakala bentuk ketiga adalah harta zakat yang dilaburkan oleh pemerintah ataupun 'amil zakat atau mana-mana badan yang menguruskan zakat. Dalam kes ini, ulama silam tiada membincangkannya secara langsung ataupun membuat apa-apa ketetapan berkenaan dengannya. Walau bagaimanapun ulama masa kini telah pun membincangkan serta membuat ketetapan berkenaannya. Mereka terbahagi kepada dua golongan iaitu; pertama, ulama yang menegaskan bahawa harta zakat tidak boleh dilaburkan. Pandangan ini dikemukakan oleh Dr. Wahbah al-Zuhayli, Dr. 'Abd Allah Ilwan, Dr. Muhammad ‘Ata' al-Sayyid dan Shaykh Muhammad Taqi al- 'Uthmani dan golongan kedua adalah ulama yang menegaskan harta zakat perlu ataupun boleh dilaburkan. Mereka ialah Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. 'Abd al-Aziz al-Khayyat, Dr. Salam al-‘Ubadi. Shaykh 'Abd al-Fattah Abu Ghaddah, Dr. Muhammad Solh al-Farfur, Dr. Hasan 'Abd Allah al-Amin dan Dr. Muhammad Faruq al- Nabhani (Keputusan Majma' al-Fiqh al-Islami dalam seminarnya yang ketiga yang diadakan di Kuwait bertarikh 8-9 Jamadil Akhir 1413H bersamaan 2-3 Disember 1992M sepertimana yang telah ditetapkan pada 2hb Julai 1986 dalam seminar yang ke-3).

Walau bagaimanapun, di akhir perbincangan mereka telah bersepakat mengatakan memang pada dasarnya harta zakat tidak boleh dilaburkan tetapi atas dasar maslahah ummah, harta zakat boleh dilaburkan tetapi hendaklah mengikut syarat-syarat berikut (Keputusan Majma' al-Fiqh al-Islami dalam seminarnya yang ketiga yang diadakan di Kuwait bertarikh 8-9 Jamadil Akhir 1413H bersamaan 2-3 Disember 1992M sepertimana yang telah ditetapkan pada 2hb Julai 1986 dalam seminar yang ke-3):

i. Bilamana sudah tidak ada lagi agihan saraan mendadak yang mesti diberikan melalui harta zakat. ii. Pelaburan tersebut hendaklah dilakukan dengan sempurna iaitu selari dengan kehendak Syarak. iii. Terdapat jaminan bahawa harta asal zakat yang dilaburkan adalah tetap harta zakat dan begitu juga keuntungannya. iv. Apabila ada keperluan mendesak seperti harta zakat perlu diagihkan segera kerana keperluan yang terdesak maka harta zakat yang dijadikan modal pelaburan hendak mudah dicairkan. v. Perlu membuat kajian terperinci terhadap sesuatu pelaburan yang hendak diusahakan menggunakan harta zakat agar dapat dipastikan pelaburan/ perniagaan tersebut terjamin selamat serta mudah dicairkan bila perlu. vi. Hendaklah mendapatkan kebenaran ataupun kelulusan dari pihak pemerintah ataupun mana-mana pihak yang bertanggungjawab atas harta zakat. Ini bertujuan untuk memelihara dasar-dasar syariat dan pelaburan tersebut mestilah dikendalikan oleh satu badan ataupun jawatankuasa khas yang terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam bidang pelaburan serta yang lebih penting ialah amanah. Menurut penganalisisan penulis, perbahasan mengenai pelaburan harta zakat oleh pemerintah boleh dikaitkan juga dengan perbincangan ulama tentang harta zakat yang diniagakan. Imam al-Nawawi berpendapat terdapat perbezaan di kalangan ulama Shafi’i tentang harta zakat diniagakan. Menurut sebahagian besar ulama Shafi’i tindakan pemerintah atau mereka yang terlibat dengan urusan harta zakat menjual harta zakat adalah suatu tindakan yang dilarang tanpa ada keperluan yang mendesak (daruri) bahkan pengagihan tersebut perlu sampai 43

Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017) kepada mereka yang berhak dalam bentuk barang-barang yang dizakatnya kerana orang yang layak membayar zakat adalah mereka yang mempunyai kematangan dan bukan dengan cara menguasai atau melakukan apa sahaja ke atasnya. Justeru pihak kerajaan tidak boleh menjual harta zakat mereka tanpa terlebih dahulu meminta izin daripada mereka. Imam al-Nawawi (1997) ada menyebut berhubung masalah ini dalam kitabnya al-Majmu' sebagaimana berikut:

Ulama kami mengatakan; tidak harus bagi pemerintah dan pihak yang menguruskan zakat menjual sesuatu daripada harta zakat tanpa ada kepentingan yang mendesak, bahkan hendaklah disalurkan dalam bentuk zat harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya kerana pembayar zakat mempuyai kelayakan/kematangan, tidak boleh dikawal ke atasnya, maka tidak boleh dijual harta mereka tanpa keizinan daripada mereka.

Dalam kitab al-Rawdah, al-Nawawi (1405H) juga ada menjelaskan berhubung masalah ini dengan jelas. Antaranya ialah sebagaimana berikut:

Tidak harus bagi pemerintah atau sesiapa yang ditugaskan menguruskan pengagihan zakat untuk menjual sesuatu daripada harta zakat bahkan hendaklah disalurkan terus kepada mereka yang berhak kecuali apabila berlaku perkara darurah (kepentingan yang tidak dapat dielakkan)…maka ketika itu bolehlah dijual.

Ini berbeza dengan pandangan Imam al-Bughawi dengan pandangan yang dikemukan oleh sebahagian Shaficiyyah di atas. Ini kerana, menurutnya pemerintah berhak untuk menguruskan harta zakat yang dikutip daripada mereka yang layak membayar zakat samada menjualnya atau sebaliknya. Jika pemerintah mengambil tindakan menjual harta tersebut, maka berhak baginya mengagihkan zakat dalam bentuk harga bukan dalam bentuk barangan (harta zakat yang asal) (al-Nawawi 1405H). Pandangan ini dianggap mempunyi kesimpulan hukum yang sama dengan pendapat sebahagian ulama mazhab Hanbali yang mengatakan perniagaan tersebut dibenarkan jika terdapat kemaslahatan padanya ('Ali b. Sulayman al-Mardawi Abu al-Hasan t.t).

Berhubung dengan pandangan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa yang mengatakan tugas Jabatan Agama adalah sebagai orang yang memegang amanah ‘yad amanah’ iaitu memegang tanggungjawab yang diamanahkan boleh dilihat melalui beberapa kenyataan daripada para fuqaha' dalam pelbagai mazhab termasuk fuqaha' dalam mazab Shafi’i.

Sebagai contoh, dalam kitab al-Muhadhdab karangan Imam al-Shirazi salah seorang ulama dalam mazhab Shafi’i ada menyebut bahawa tugas yang dilakukan oleh pemerintah dan amil dalam usaha mengutip dan seterusnya mengagihkan harta zakat kepada mereka yang berhak adalah suatu bentuk amanah. Ini dapat dilihat melalui petikan dalam kitab tersebut sebagaimana berikut (al-Shirazi t.t):

Dan tidak diutuskan 'amil kecuali merdeka, adil dan boleh dipercayai kerana ini merupakan salah satu bentuk penguasaan dan amanah.

Pendapat dalam mazhab Hanbali dilihat menyamai pandangan ulama mazhab Shafici di atas. Mereka menjelaskan bahawa 'amil sebagai orang yang diwakilkan oleh pihak pemerintah agar melaksanakan tanggungjawab menguruskan harta zakat mestilah terdiri dari kalangan orang yang mempunyai sifat yang amanah sekalipun menurut setengah dari kalangan mereka bahawa orang bukan Islam dan fasiq boleh dilantik sebagai ‘amil asalkan mereka seorang yang beramanah ('Ali b. Sulayman al-Mardawi Abu al-Hasan t.t).

Rujukan fatwa kepada pandangan tersebut dalam kes di atas, dilihat mengambil kira beberapa aspek khususnya berkenaan dengan falsafah ibadat zakat itu sendiri dan kemaslahatan awam. Selain itu, pada tahun

44

Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017)

1997, bermulanya krisis kewangan dan kelembapan ekonomi yang serius di Malaysia. Ini memberi kesan kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam kerana terdapat sebahagian dari kalangan mereka yang mengalami kesempitan hidup dan mengharapkan bantuan kewangan dari pihak kerajaan (Just Faaland & Rais b. Saniman. 2000). Dalam hal ini, jika pandangan yang membenarkan harta zakat dilaburkan dan diniagakan tanpa diagihkan kepada mereka yang berhak, nescaya akan membantut proses untuk mengurangkan kesusahan, kesempitan hidup dan kemiskinan di kalangan masyarakat Islam.

9. Kesimpulan

Kebanyakan fatwa yang telah dikemukakan oleh mufti dan jawatkuasa fatwa Terengganu berdasarkan kepada mazhab Syafii. Walaubagaimanapun setiap fatwa tentang agihan zakat tetap selari dengan objektif agihan zakat. Hal ini dikatakan demikian adalah kerana banyak pendapat dalam mazhab Syafii sendiripun dalam menentukan sesuatu hukum mengenai penagihan zakat bersandarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah seerta menggunakan sumber al-qiyas sebagai pengembangan hukum. Tambahan pula al-qiyas pada dasarnya bersumberkan al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma’. Oleh sebab itu, pandangan yang dikemukan oleh mufti dan jawatankuasa fatwa dilihat tidak keterlanjuran mengeluarkan hukum, tanpa sewenang-wenangnya melainkan dengan pandangan yang matang dan padu dan mengambil sikap berhati-hati, keterbukaan dan kelonggaran kepada masyarakat untuk memastikan agar agihan tersebut mesti berasaskan kepada keperluan, ke arah pemupukan dan galakan kepada hidup beragama dan bermoral dan insentif dan motivasi kepada pengurus zakat. Ia sekaligus menampakkan sistem agihan dana zakat lebih memberi kebaikan kepada sosio-ekonomi asnaf di Terengganu.

Oleh demikian, setiap pengembangan permasalahn berkaitan fatwa agihan zakat yang baru boleh terus dirujuk kepada nas al-Qur’an, Hadis, ijmak dan al-qiyas. Ini sekaligus menjadikan institusi fatwa mampu memutuskan sesuatu fatwa yang boleh menjana agihan zakat yang berdaya saing dan berkesan. Jika ia dapat dilaksanakan dengan baik maka sistem agihan zakat yang sofistikated berjaya memacu ke arah kekayaan asnaf.

Rujukan

Ali b. Sulayman al-Mardawi. t.t, al-Insaf, Beirut: Dar Ihya' al-Turath, Hamid al-Faqi (ed). Abu Muhammad 'Izz al-Din b. 'Abd al-Salam. t.t, Qawa'id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, Kaherah: Matba'ah al-Istiqamah. al-Ansari Abu Zakariyya. t.t, Fath al-Wahhab bi Sharh al-Minhaj, Jeddah: al-Haramayn li al-Taba’ah wa Nasyr wa Tawzi’. al-Buhuti Mansur b. Yunus b. Idris .1402H, Kasysyaf al-Qina', Beirut: Dar al-Fikr. al-Dardir Abu al-Barakat Saydi Ahmad. t.t, al-Sharh al-Kabir, Beirut: Dar al-Fikr. al-Dusuqi Sham al-Din al-Shaykh Muhammad. t.t, Hashiyah al-Dusuqi 'ala Sharh al-Kabir, (Muhammad 'Alisy, e.d), 4 j., Beirut: Dar al-Fikr. al-Hasfaki. 1386H, al-Dur al-Mukhtar, Beirut: Dar al-Fikr, c. 2. al-Nawawi Muhy al-Din Abu Zakariyya b. Sharf. 1997, al-Majmu' Sharh al-Muhadhdhab, 20 j., (j. 1 – j. 9 oleh al-Nawawi, j. 10 – j. 12 oleh 'Ali b. Abd al-Kafi al-Subki dan j. 13 – j. 20 oleh Muhammad Najib al-Muti'i), Madinah: al- Maktabah al-Salafiyyah al-Nawawi Muhy al-Din Abu Zakariyya b. Sharf. 1405H, Rawdah al-Talibin wa 'Umdah al-Muftin, Kaherah: al-Maktabah al-Islami, c. 2 al-Qaradawi Yusuf. 2000, Fiqh al-Zakah, c. 24, Beirut: Muassasah al-Risalah. al-Qurtubi Abu 'Umar Yusuf b. 'Abd Allah b. 'Abd al-Bir 1407 dan 1408, al-Kafi, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah. al-Ramli Shams al-Din Muhammad b. Abi al-'Abbas Ahmad b. Hamzah. 1984, Nihayah al-Muhtaj 'ala Sharh al-Minhaj, Beirut: Dar al-Fikr. al-Razi. 1981, Tafsir al-Fakhr al-Razi, Beirut: Dar al-Fikr. al-Sarakhsi Shams al-Din. t.t, al-Mabsut,Beirut: Dar al-Ma'rifah. al-Sawi Ahmad b. Muhammad. t.t, Hasyiyah al-Sawi 'ala Syarh al-Saghir, Saudi Arabia: al-Maktabah al-Shamilah (ed. 2); al-Shafici, Abu 'Abd Allah Muhammad b. Idris. 1393H, al-Umm, Beirut: Dar al-Ma'rifah, c. 2. al-Sharbini Shams al-Din Muhammad b. Muhammad al-Khatib. t.t, Mughni al-Muhtaj, 4 j., Beirut: Dar al-Fikr dan Beirut: Dar al-Ma'rifah. al-Shirazi Ibrahim b. 'Ali b. Yusuf al-Fayruzabadi Abu Ishaq. t.t, al-Muhadhdhab, Beirut: Dar al-Fikr.

45

Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017)

Hasnan Kasan (2000), Pengaruh Institusi Fatwa Dalam Aktiviti Masyarakat Islam Di Malaysia, (Tesis Sarjana), Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaaan Malaysia Ibn Hajar al-Haytami (t.t), al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, Saudi Arabia: al-Maktabah al-Shamilah (ed. 2). Ibn Hajar al-Haytami, Abu al-'Abbas Ahmad Shihab al-Din b. Muhammad. 2001, Tuhfah al-Muhtaj fi Sharh al-Minhaj, dicetak ditepi (bi hamish), 'Abd al-Hamid al-Shirwani dan Ahmad ibn Qasim al-'Ibadi, Hawashi Tuhfah al-Muhtaj bi Sharh al-Minhaj, 10 j., Kaherah: Matba'ah Mustafa Muhammad. Ibn Humam (t.t), Fath al-Qadir, Saudi Arabia: al-Maktabah al-Shamilah (ed. 2). Ibn Qudamah, Abu Muhammad 'Abd Allah b. Ahmad b. Muhammad (t.t), al-Kafi Fi Fiqh Ibn Hanbal, Beirut: al-Maktabah al-Islami. Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (t.t), Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Terengganu (daripada tahun Hijrah 1372-1389 bersamaan tahun Masehi 1953-1970 oleh Syed Yususf b. 'Ali al-Zawawi. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (2000), Fatwa Mufti, Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.. Jabatan Mufti Negeri Terengganu (1998), Himpunan Jawapan Kemusykilan-Kemusykilan Agama, Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd Just Faaland dan Rais b. Saniman (2000), Pertumbuhan Ekonomi Dan Ketaksamarataan Etnik 1957 Hingga 2000 Dan Masa Hadapan, dalam Just Faaland et. al., Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara Dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu, c. 2, Shah Alam: SPEKTRA (Radius Media Sdn. Bhd.). Keputusan Fatwa Negeri Terengganu Mengenai Zakat dalam Minit-Minit Mesyuarat Jawatankuasa Ulamak/Fatwa Negeri Terengganu dari Tahun 1956-2005. Keputusan Majma' al-Fiqh al-Islami dalam seminarnya yang ketiga yang diadakan di Kuwait bertarikh 8-9 Jamadil Akhir 1413H bersamaan 2-3 Disember 1992M sepertimana yang telah ditetapkan pada 2hb Julai 1986 dalam seminar yang ke-3. Keratan akhbar Warta Darul Iman yang memuatkan jawapan dan penjelasan hukum oleh Mufti Dato' al-Shaykh Abdul Halim b. Abdul Kadir; Khalid al-‘Ani. 1999, Masarif al-Zakah wa Tamlikuha fi Daw al-Kitab wa al-Sunnah, Amman: Dar Usamah. Laman web, http://www.e-fatwa.gov.my, 13 Oktober 2006. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (1422H/2001M), Himpunan Jawapan Kemusykilan-Kemusykilan Agama dan Himpunan Fatwa Mufti Negeri Terengganu oleh Engku Pangiran Arif DiRaja Dato’ Engku ‘Alwi b. Engku Ambak. Malik b. Anas (t.t), al-Mudawwanah al-Kubra, Beirut: Dar Sadi. Minit Mesyuarat Kali Ke-12, Penggal Ke-4, 30 Muharram 1420 bersamaan 16 Mei 1999. Minit Mesyuarat Kali Ke-2, Penggal Ke-4, bil (i), 10 Ramadhan 1417 bersamaan 19 Januari 1997. Minit Mesyuarat Kali Ke-2, Penggal Ke-4, bil (ii), 10 Ramadhan 1417 bersamaan 19 Januari 1997. Minit Mesyuarat Kali Ke-6, Penggal Ke-4, 9 Zulkaedah 1418 bersamaan 8 Mac 1998. Muhammad al-Sa'id Wahbah dan 'Abd al-'Aziz Muhammad Rashid Jamjum (1405H/1985M), al-Zakah fi al-Mizan Dirasah Muqaranah fi Zakah al-Mal, c. 3, Jeddah: Dar al-Bilad, h. 293. Muhammad b. Muflih al-Maqdisi Abu 'Abd Allah (1418H), al-Furu', Abu Zahra' Hazim al-Qadi e.d, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, j. 2, h. 486. Soal Jawab Islam, Keratan Akhbar "Warta Darul Iman", 12 Sya'ban 1424H / 8 Oktober 2003M, Bil. 80, h. 5. Wan Zulkifli. 2016, Amalan Mazhab Syafii dalam Fatwa Zakat di Terengganu, Bangi: UKM. Zayn al-Din Ibn Nujaym (t.t), al-Bahr al-Ra'iq, c. 2, Beirut: Dar al-Ma’rifah.

46

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Konsep Rezeki Menurut Islam dalam Konteks Usahawan: Kajian Perspektif Tamadun Islam

Mohamad Sabri Harona,b & Abdul Qawi Abdul Halimb

a Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA b Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Rezeki mempunyai pertalian dengan semua makhluk. Manusia merupakan makhluk yang dimuliakan dengan akal dan dikurniakan ilmu wahyu termasuklah ilmu berkaitan dengan rezeki. Menurut Islam, ilmu wahyu diajar pada manusia melalui al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sama ada secara qauli (perkataan), fi’li (perbuatan), dan taqriri (ketetapan Rasulullah SAW). Ilmu tentang rezeki serta pembahagiannya menurut Islam telah disusun dan dipelihara oleh para tabi’ien serta alim ulama’. Namun begitu pemahaman tentang rezeki dalam masyarakat, terutamanya komuniti Islam, masih lagi berkisar tentang soal pemilikan harta semata-mata. Hal ini berlaku kerana perkembangan masyarakat yang masih lagi terikat dengan pemikiran pasca-perindustrian barat dan mengetepikan peranan ilmu wahyu. Islam datang dengan membawa tamadun dan kemajuan. Kemajuan dalam Islam meliputi muamalat dan menekankan berkenaan keseimbangan tuntutan dunia dan akhirat. Oleh sebab itu, amat penting bagi masyarakat untuk belajar berkenaan konsep rezeki seperti yang diajar oleh Islam serta kaitannya dengan aktiviti keusahawanan. Artikel ini ditulis bertujuan untuk mengenal pasti konsep dan ciri-ciri yang perlu diketahui oleh peniaga dan usahawan berkenaan rezeki menurut Islam. Metodologi yang digunakan adalah kajian kepustakaan. Menerusi dapatan kajian dapat dirumuskan bahawa, rezeki dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu rezeki yang dianugerahkan, rezeki yang diusahakan dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Adalah amat penting bagi masyarakat memahami tentang konsep rezeki yang perlu diusahakan dan kaitannya dengan aktiviti keusahawanan dalam ekonomi dan tamadun manusia, supaya dapat hidup selaras dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Secara ringkas, memahami konsep rezeki menurut Islam membantu kita supaya lebih dekat dengan Allah SWT tanpa mengabaikan tanggungjawab pada dunia.

Kata Kunci: Rezeki; usahawan; ekonomi; tamadun; al-Quran dan al-Sunnah.

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

47

Mohamad Sabri Haron & Abdul Qawi Abdul Halim / TAWIS (2017)

1. Pengenalan

Almaany Online Dictionary 2017) yang) ( ِر ْزق) Rezeki adalah satu perkataan yang berasal dari bahasa Arab dipinjamkan ke bahasa Melayu yang bererti segala sesuatu yang diperlukan untuk hidup (Pusat Rujukan Persuratan Melayu 2017). Adalah menjadi suatu yang lumrah bagi setiap yang hidup untuk mencari rezeki baik tumbuhan, haiwan, mahupun manusia. Antara ikhtiar yang dapat dilaksanakan oleh manusia untuk mencari rezeki ialah dengan cara menjalankan perusahaan. Orang yang menjalankan perusahaan dikenali sebagai usahawan (Pusat Rujukan Persuratan Melayu 2017). Seorang usahawan memainkan peranan yang besar dalam masyarakat. Mereka adalah komponen utama dalam organisasi sosial masyarakat. Mereka bertanggungjawab menggerakkan ekonomi dengan membekal keperluan dan menyelesaikan segala kesulitan yang berlaku dalam kehidupan manusia sehari-hari, antaranya seperti bekalan makanan, pengangkutan serta barang hiasan. Islam datang sebagai sebuah tamadun yang mengasuh penganutnya dengan kemajuan.

2. Jaminan Rezeki

Pada asasnya rezeki adalah satu jaminan dari Allah SWT. Ia bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 6:

َ َ َ َ ٓ َّ أ َّ َ َ َّ أ ُ َ َ َ أ َ ُ ُ أ َ َ َّ َ َ ُ أ َ أ َ َ َ ُ لّٞ ۞وما ِمن دابةٖ ِِف ٱۡلۡر ِض إَِّل لَع ٱّلل ِ رِزقها ويعلم مستقرها ومستودعهاۚ ك ِِف َ ُّ كِتَٰ ٖب مبِ ٖني ٦ Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Tafsir al-Qurtubi (al-Qurthubi 2008) menghuraikan tentang kaedah I’rab Al Quran menurut An-Nuhas ِمن dalam ayat ini adalah huruf nafi (huruf yang berfungsi meniadakan). Sedangkan huruf َما bahawa huruf pada hakikatnya dibaca rafa’ (berharakat dhammah), kerana yang dimaksudkan دَابَّ ةٍ adalah tambahan, dan .إِ ََّّلٍ َع َلىٍ ََّّللاٍِ ِر ْزقُ َها ,dan tidak ada suatu binatang). Seterusnya disambung dengan) َو َماٍدَابَّ ةٍ adalah

Maknanya dari Allah datangnya rezeki. Hal ini dibuktikan dari . ِمن dalam ayat ini bererti َع َلى Huruf Setiap“ ُك ُّلٍ َماٍ َجا َءٍ ِم ْنٍِر ْز قٍ َف ِم َنٍللاٍِ ,perkataan Mujahid seperti yang disebut oleh At-Thabari dalam Jami’ Al Bayan َع َلىٍ ,rezeki datangnya dari Allah”. Pengarang Tafsir Al-Qurtubi juga menyebut bahawa ada yang mengatakan .adalah suatu keutamaan dan bukan kewajipan. Ada yang mengatakan, janji dari Allah SWT adalah benar ٍََّّللاِ Tafsir Fi Zilalil Quran (Qutb 2000) menyebut bahawa ayat ini mengungkapkan gambaran ilmu Allah yang syumul dan hebat. Setiap makhluk yang bergerak termasuk manusia, haiwan, serangga yang memenuhi permukaan bumi dan yang bersembunyi di dalam perut bumi, semuanya berada dalam ilmu Allah dan ditanggung rezekinya oleh Allah. Allah mengetahui dimana ia tinggal dan dimana ia bersembunyi, dari mana ia datang dan kemana ia pergi. Itulah gambaran ilmu Allah yang terperinci.

Menurut Prof HAMKA (Amrullah 1987) ayat ini menjelaskan bahawa yang melata di atas bumi tidak diertikan دَابَّ ةٍ perlu bimbang tentang kekurangan rezeki, sebab Allah SWT telah menyediakannya. Kalimah sebagai melata iaitu segala yang berjalan, merangkak, merayap, mahupun menjalar. Ia meliputi segala benda termasuk manusia, haiwan berkaki empat, serangga berkaki banyak, cacing, burung serta semua kehidupan yang ada diatas bumi. Semuanya ada ketentuan rezeki oleh Allah SWT. Ayat ini juga menjelaskan bahawa

48

Mohamad Sabri Haron & Abdul Qawi Abdul Halim / TAWIS (2017)

Allah SWT mengetahui tempat kediaman setiap makhluk umpama penguasa setempat mengetahui alamat tempat tinggal penduduk.

3. Ketentuan Kadar Rezeki

Rezeki yang dijamin oleh Allah SWT datang dengan kadar yang tertentu. Ketentuan kadar rezeki diceritakan dalam al-Quran surah Saba’ ayat 39:

َ ُ أ َّ َ ل َ أ ُ ُ ل أ َ َ َ َ ٓ ُ أ َ َ َ أ ُ َ ُ َ َ ٓ َ أ ُ ل َ أ َ ُ َ قل إِن ر ِّب يبسط ٱلرِزق لِمن يشاء ِمن ِعبا ِده ِۦ ويق ِدر ل ۚۥ وما أنفقتم ِمن َشءٖ فهو ُ أ ُ ُ َ ُ َ َ أ ُ ََّٰ َ ُيلِفه ۥ وهو خۡي ٱلرزِقِني ٣٩ Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.

Menurut Sahih Tafsir Ibnu Kathir (al-Mubarakfuri 2008), Allah SWT memberikan harta kepada manusia yang Dia sukai dan yang tidak Dia sukai. Allah SWT menggariskan kefakiran kepada manusia yang Dia kehendaki dan menggariskan kekayaan kepada manusia yang dia kehendaki. Dia-lah pemilik hikmah yang sempurna dan mendalam. Dia-lah juga pemilik hujjah atau dalil-dalil yang pasti serta tidak terbantah kebenarannya.

Berdasarkan Tafsir Al-Azhar karangan Prof. HAMKA (Amrullah 1987), ada orang yang kaya raya dan ada orang yang rezekinya sangat terbatas. Namun demikian yang paling penting ialah mendidik diri menafkahkan harta itu pada jalan kebaikan. Inilah salah satu jaminan dari Tuhan, iaitu harta atau rezeki yang telah dikurniakan Allah SWT itu hendaklah segera dibelanjakan pula pada jalan yang baik. Sangatlah banyak pintu kebaikan yang meminta untuk dinafkahkan. Tuhan berjanji akan menggantinya.

4. Al-Quran, Rezeki dan Tijarah

adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud perdagangan (Almaany Online Dictionary (تجارة) Tijarah 2017). Manusia dan perdagangan berkait rapat antara satu sama lain. Ia dibuktikan bahawa perdagangan menghubungkan manusia, pada masa yang sama menjadi batu asas kepada pembinaan tamadun. Al-Quran disusun selaras dengan naluri dan fitrah manusia, iaitu mencari rezeki dengan berdagang. Terdapat ayat dalam al-Quran yang ditujukan pada manusia supaya menyertai satu perniagaan yang paling baik, ianya termaktub dalam Juzu’ 28 surah al-Saf ayat 10-11:

َ َ َ ََٰٓ ُّ َ َّ َ َ َ ُ ْ َ أ ُ ُّ ُ أ َ َ َٰ َ َ ُ ُ ل أ َ َ ُ أ ُ َ َّ يأيها ٱ َِّلين ءامنوا هل أدلكم لَع تِجَٰرةٖ تن ِجيكم ِمن عذا ٍب أ ِِل ٖم ١٠ تؤ ِمنون ب ِٱّلل ِ َ َ َ َ ُ َ ُ َ َٰ ُ َ َ َّ أ َ ُ أ َ ُ ُ أ َ َٰ ُ أ َ أ ّٞ َّ ُ أ ورسو ِ لِۦ وتج ِهدون ِِف سبِي ِل ٱّلل ِ بِأموَٰلِكم وأنف ِسك ۚم ذلِكم خۡي لكم إِن ُ َ َ َ كن ُت أم ت أعل ُمون ١١ 10. Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? 11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian

49

Mohamad Sabri Haron & Abdul Qawi Abdul Halim / TAWIS (2017)

itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Prof. HAMKA dalam Tafsir Al-Azhar (Amrullah 1987) menghuraikan bahawa semua manusia selalu menginginkan keuntungan dan semua manusia tidak suka rugi. Peniaga selalu mengharapkan keuntungan. Maka dalam ayat ini Allah SWT menanyakan kepada hambaNya yang beriman, apakah mereka suka jika Tuhan sendiri yang menunjukkan kepada mereka suatu perniagaan yang jelas membawa keuntungan yang besar? Keuntungannya yang nyata ialah terlepas dari azab yang pedih di akhirat Sudah pasti orang yang beriman itu akan menjawab pertanyaan Tuhan itu dengan tegas: “Tentu saja kami suka, ya Tuhan!ˮ Sedangkan sesama manusia, apabila ada yang mengatakan wujudnya suatu keuntungan, maka kita akan segera memasang telinga, apatah lagi kalau yang menanyakan hal tersebut ialah Allah SWT sendiri.

Konsep tijarah menurut Islam adalah syariat Allah SWT. Ia menjaga hal-hal berkaitan perniagaan, bersesuaian dengan fitrah manusia bertamadun mencari rezeki berdasarkan jual beli. Secara ringkas, dalam al- Quran wujud arahan-arahan yang meliputi transaksi tijarah. Merujuk kepada tulisan Dr. Muhammad Yusuf Saleem (Saleem 2012) dan Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (Zaharuddin 2012), arahan tijarah yang wujud dalam al-Quran antaranya meliputi penekanan terhadap penelitian transaksi seperti ad-dayn iaitu hutang (al- Baqarah 2: 280-283) serta membela dari penindasan seperti riba’ (tahap pertama al-Rum 30:39; tahap kedua al-Nisa’ 4:160-161; tahap ketiga Ali ‘Imran 3:130; tahap keempat al-Baqarah 2:278-279), gharar (al-Nisa’4: 29), maysir (al-Baqarah 2:219,) serta fahish (penipuan dalam perniagaan). Sebagai contoh, di dalam surah al- Mutaffifin ayat 1-3 menegaskan berkenaan isu penipuan dalam timbangan. Allah berfirman:

أ ّٞ ل أ ل َ َويل لِل ُم َط ِففِني ١ Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), َّ َ َ أ َ ُ ْ َ َ َّ َ أ َ أ ُ َ ٱ َِّلين إِذا ٱكتالوا لَع ٱنلا ِس يستوفون ٢ Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, َ َ ُ ُ َ َ ُ ُ ُ أ َ ِإَوذا َكلوه أم أو َّوزنوه أم ُي ِ ُِسون ٣ Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Prof HAMKA menegaskan di dalam Tafsir Al-Azhar (Amrullah 1987) berkenaan penimbang yang curang. Asal mendapat keuntungan yang agak banyak orang tidak segan berlaku curang. Baik dalam menyukat atau menggantang ataupun dalam menimbang sesuatu barang yang tengah diperniagakan. Mereka mempunyai dua macam sukat dan gantang ataupun anak timbangan; sukat dan timbangan pembeli lain dari dengan timbangan penjual. Itulah orang-orang yang celaka: “Celakalah ke atas orang yang curang itu.”(ayat 1).

Ayat seterusnya menjelaskan tentang kecurangan itu: “Yang apabila menerima sukatan dari orang lain, mereka minta dipenuhi.” (ayat 2). Ini kerana mereka tidak mahu dirugikan! Maka berwaspadalah dan berhati- hati melihat bagaimana peniaga itu menyukat atau menimbang (ayat 3).

Pada ayat pertama dikatakanlah wailun bagi mereka, ertinya celakalah ke atas mereka! Merekalah menjadi asas bencana terhadap pasaran dan merosakkan amanah. Dalam ilmu ekonomi sendiri dikatakan bahawa keuntungan yang diperoleh secara demikian bukanlah keuntungan terpuji lantaran merugikan orang lain, dan merosakkan pasaran serta mencemar nama baik golongan peniaga.

50

Mohamad Sabri Haron & Abdul Qawi Abdul Halim / TAWIS (2017)

Wailun! Celakalah dia itu lantaran kecurangan yang demikian bertentangan dengan budi pekerti yang luhur. Tidaklah mereka terfikir dan tergerak hati untuk membawa rezeki sedemikian untuk keperluan perbelanjaan anak isterinya? Itulah suatu kecelakaan, suatu wailun. Kerapkali juga wailun itu diertikan neraka! Memang, orang-orang yang berlaku curang itu membuat neraka dalam dunia ini, kerana mereka merosakkan pasaran. Contoh seterusnya bagi arahan berkenaan tijarah yang terdapat dalam al-Quran ialah arahan supaya jangan memakan hak orang dengan cara salah. Ia terdapat dalam surah al-Nisa’ ayat 29:

َ َّ َ أ َ َّ َ ََٰٓ ُّ َ َ َ َ ُ ْ َ ُ ُ ٓ ْ أ َ َ ُ َ أ َ ُ أ َ ٓ َ ُ َ َ َٰ َ ً َ يأيها ٱ َِّلين ءامنوا َّل تأكلوا أموَٰلكم بينكم ب ِٱلبَٰ ِط ِل إَِّل أن تكون تِجرة عن َ َ َ ل ُ أ َ َ َ أ ُ ُ ٓ ْ ُ َ ُ أ َّ َّ َ َ َ ُ أ َ ٗ ترا ٖض ِمنك ۚم وَّل تقتلوا أنفسك ۚم إِن ٱّلل َكن بِكم ر ِحيما ٢٩ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

Menurut Prof HAMKA (Amrullah 1987), permulaan ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman. Apabila golongan yang setia menjalankan perintah Allah SWT lantaran kerana imannya, telah memberikan contoh yang baik, nescaya yang lain akan mengikutinya. Bagi yang beriman itu diberikan larangan khusus agar jangan sampai memakan harta benda, yang disebut dalam ayat ‘harta-harta kamu’ Inilah yang diperingatkan terlebih dahulu kepada Mu’min iaitu bahawasanya harta benda itu, baik .(أَ ْم َوا َل ُك ْمٍ) yang ditanganmu sendiri atau ditangan orang lain semuanya itu adalah ‘harta kamu’. Lantaran itu, betapa kaya pun seseorang itu, sekali-kali jangan dia lupa bahawa hakikatnya kekayaan itu adalah kepunyaan bersama juga. Di dalam harta yang diperolehnya itu selalu ada hak orang lain, yang wajib dia keluarkan apabila datang waktunya. Orang miskin juga hendaklah bahawa harta yang ada pada tangan si kaya itu, ada haknya juga padanya, maka hendaklah dipeliharanya baik-baik.

Menurut Prof HAMKA juga perkataan perdagangan berasal daripada kalimah dagang. Pedagang keluar dari rumah, bahkan ada yang keluar jauh dari kampong halaman untuk berdagang dengan sesuatu yang diperlukan oleh orang lain. Oleh itu bagi yang merantau jauh disebut juga sebagai ‘anak dagang’. Segala jenis jual beli, tukar-menukar, gaji-menggaji, sewa-menyewa, import dan eksport, upah-mengupah, dan semua yang melibatkan peredaran harta benda, termasuk dalam bidang niaga.

Menerusi perniagaan ini beredarlah ‘harta kamu’ dengan berpindah dari satu tangan kepada tangan yang lain secara teratur. Perkara paling asas ialah reda-meredai antara satu sama lain dalam perkara yang halal. Sebagai contoh seseorang yang mempunyai kepakaran bertukang. Maka hartanya ialah kepakarannya dalam seni pertukangan. Seseorang yang lain memerlukan sebuah rumah namun tiada kepakaran untuk mendirikan rumah tetapi memiliki wang. Jadi dia membayar harga kepakaran si tukang tersebut untuk menyiapkan rumahnya.

Dalam hal ini kepakaran si tukang tersebut adalah ‘harta kamu’ bagi yang memerlukan rumah, manakala wang upah yang diterima tersebut oleh si tukang adalah ‘harta kamu’ bagi si tukang itu. Jika dia disuruh menyiapkan rumah, namun upah yang sepatutnya tidak dibayar, maka ini adalah salah satu perbuatan mengambil ‘harta kamu’ dengan jalan yang batil. Begitu juga sebaliknya jika si tukang tadi mengkhianati dengan melakukan tugas dengan tidak sempurna sehingga tidak sepadan dengan upah yang telah diterimanya maka juga disifatkan sebagai mengambil ‘harta kamu’ dengan batil.

Maka segala pengkhianatan, kecurangan, rasuah, tidak sama dengan kualiti barang yang sebenarnya seperti yang dipromosikan dalam iklan, tidak mampu menyelesaikan barang yang ditempahkan seperti yang 51

Mohamad Sabri Haron & Abdul Qawi Abdul Halim / TAWIS (2017) dijanjikan, tidak selari dengan kualiti pekerjaan seperti yang dijanjikan, mencuri, memeras dan sebagainya, .(تَأْ ُكلُوا ٍأَ ْم َوا َل ُك ْمٍ ٍبَ ْينَ ُك ْم ٍبِا ْلبَا ِط ِلٍ) ”semua itu termasuk “memakan harta benda kamu di antara kamu dengan batil Dikatakan batil apabila mengabaikan upah buruh, kerja dengan cuai dan lalai sehingga hasil yang diperoleh jauh daripada kualiti yang sepatutnya juga termasuk dalam kategori “memakan harta kamu di antara kamu dengan batil”.

Begitu juga dengan orang kaya yang tidak mahu mengeluarkan zakat, merasa berat untuk mengeluarkan derma, waqaf, sedekah dan berkorban untuk kepentingan umum juga disifatkan sebagai “memakan harta kamu di antara kamu dengan batil”. Bahkan hidup yang sangat menunjuk-nunjuk terhadap kemewahan, sehingga menimbulkan iri hati dan benci kepada si miskin, pun termasuk “memakan harta kamu di antara kamu dengan batil” (Amrullah 1987).

5. Pembahagian Rezeki

Rezeki dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu; rezeki yang dikurniakan secara percuma, rezeki yang perlu diusahakan, dan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Rezeki yang dikurniakan secara percuma adalah segala yang dikurniakan Allah Ta’ala secara percuma. Terdapat banyak contoh rezeki percuma. Nikmat kesihatan tubuh badan, nikmat pancaindera, nikmat kegembiraan, nikmat keamanan, nikmat udara yang segar, serta nikmat masyarakat yang perihatin adalah antara contoh rezeki yang percuma. Rezeki percuma adalah rezeki yang sering diambil mudah oleh kebanyakan orang. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 179:

أ َ َ َ َ أ َ َ َ َ َ َّ َ َ ٗ ل َ أ ل َ أ َ ُ أ ُ ُ ّٞ َّ َ أ َ ُ َ َ َ َ ُ أ أ ُ ّٞ َّ ولقد ذرأنا ِِلهنم كثِۡيا ِمن ٱ ِِل ِن و ٱ ِۡلن ِس لهم قلوب َّل يفقهون بِها ولهم أعني َّل ُ َ َ ُ ُ أ ُ َ َ َ َ ُ أ َ َ ّٞ َّ َ أ َ ُ َ َ ٓ ْ ََٰٓ َ َ أ أ َ َ أ ُ أ َ ُّ ْ ََٰٓ َ ُ ُ يب ِِصون بِها ولهم ءاذان َّل يسمعون بِهاۚ أول ئِك ك ٱۡلنعَٰ ِم بل هم أضلۚ أولئِك هم أ َ ُ َ ٱلغَٰفِلون ١٧٩ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang- orang yang lalai.

Rezeki yang perlu diusahakan adalah sesuatu yang terikat dengan hukum alam. Rezeki yang perlu diusahakan berkait rapat dengan iktiar manusia. Manusia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Misalnya sekiranya seseorang itu, dahaga, maka dia perlu mencari air untuk minum, begitu juga sekiranya seseorang itu lapar maka dia perlu mencari makanan untuk dimakan. Manusia perlu berusaha untuk memenuhi keperluan dirinya sepertimana yang difitrahkan. Namun demikian, manusia juga bertanggungjawab untuk memastikan segala usaha yang dilakukan seimbang untuk manfaat dunia dan akhirat. Ianya bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Jumu’ah ayat 10.

َ َ َ ُ َ َّ َ َٰ ُ َ َ ُ ْ أ َ أ َ ُ ْ َ أ َّ َ أ ُ ُ ْ َّ َ َ ٗ فإِذا ق ِضي ِت ٱلصلوة ف ٱنت ِِشوا ِِف ٱۡلۡر ِض و ٱبتغوا ِمن فض ِل ٱّلل ِ و ٱذكروا ٱّلل كثِۡيا َّ َّ ُ ُ أ َ ل َعلك أم تفلِ ُحون ١٠

52

Mohamad Sabri Haron & Abdul Qawi Abdul Halim / TAWIS (2017)

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Apabila waktu jumaat telah tiba hendaklah dihentikan segala kegiatan, namun apabila telah selesai, maka teruskan kembali usaha bahkan boleh bertebaran di muka bumi untuk mencari kurnia Allah SWT. Ini kerana kurnia Allah itu ada itu ada di mana-mana asal sahaja mahu berusaha dan bekerja sama ada menerusi bertani atau berladang, mengembala dan menternak haiwan dan perniagaan untuk memperoleh macam-macam rezeki yang halal.

Rezeki yang tidak disangka-sangka adalah selaras dengan surah al-Talaq ayat 2-3:

َ َ َ َ َ َ َ َ أ َ َ َ ُ َّ َ أ ُ ُ َّ َ أ ُ أ َ ُ ُ َّ َ أ ُ َ أ ُ ْ َ َ أ َ أ فإِذا بلغن أجلهن فأم ِسكوهن بِمعرو ٍف أو فارِقوهن بِم عرو ٖف وأش ِهدوا ذوي عد ٖل َ ل ُ أ َ ُ ْ َّ َ َ َ َّ َ ُ أ ُ َ ُ َ َ َ ُ أ ُ َّ َ أ َ أ َ َ ِمنكم وأقِيموا ٱلشهَٰدة ِّللِۚ ذَٰلِكم يوعظ بِه ِۦ من َكن يؤ ِمن ب ِٱّلل ِ و ٱِلو ِم ٱٓأۡل ِخرِ ومن َ َّ َّ َ َ أ َ َّ ُ َ أ َ ٗ َ َ أ ُ أ ُ أ َ أ ُ َ َ أ َ ُ َ َ َ َ َ َّ أ َ َ َّ َ ُ َ يت ِق ٱّلل ۡجعل ل ۥ َمرجا ٢ ويرزقه ِمن حيث َّل َيت ِس ۚب ومن يت وَّك لَع ٱّلل ِ فهو َ َ أ ُ ُ ٓ َّ َّ َ َ ُ أ َ أ َ َ َ َّ ُ ُ ل َ أ َ أ ٗ حسبه ۚ ۥ إِن ٱّلل بَٰلِغ أم ِره ِۚۦ قد جعل ٱّلل لِ ِك َشءٖ قدرا ٣ Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya) dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Wujud elemen tawakal dalam konsep rezeki yang tidak disangka-sangka. Tawakal adalah perkataan yang bermaksud kepercayaan (Almaany Online Dictionary 2017). Mengulas tentang تو َّكل dari bahasa Arab ayat ini Prof. HAMKA (Amrullah 1987) menjelaskan bahawa ayat ini pada hakikatnya adalah panduan sejati bagi hidup berumah-tangga. Dalam perkahwinan mungkin perceraian yang akan terjadi, mungkin juga rujuk damai semula lalu meneruskan perkongsian hidup, namun begitu satu hal yang jelas nyata ialah memelihara kekeluargaan adalah satu seni hidup yang bukan mudah ibarat angin sepoi-sepoi berhembus sejuk ke dalam rumah yang membawa kesegaran, tetapi kadang-kadang malapetaka jatuh bertimpa-timpa, silih berganti. Orang yang miskin mengeluh kerana kemiskinan, orang kaya pula sibuk dengan kekayaan. Ada juga yang ketika hidupnya secara bersederhana mampu merasa bahagia dalam rumahtangga, tetapi setelah dirinya ditimbun oleh kekayaan dan kemewahan, dia tidak merasa lagi kebahagian itu. Bertambah banyak harta bertambah banyak pula kekurangan dirasa. Lantaran itu kebahagiaan bukan terletak pada kekayaan hartabenda semata-mata, bahkan terjadi krisis dalam rumahtangga, sampai membawa penceraian.

53

Mohamad Sabri Haron & Abdul Qawi Abdul Halim / TAWIS (2017)

Pada penghujung ayat ini diberi kepada mukmin petunjuk bahawa dengan berpegang kepada Allah, yang bererti hubungan yang tidak pernah putus dengan Tuhan. Mukmin akan sanggup menghadapi dan mengatasi segala kesulitan. Tuhan akan membukakan bagi seorang Mukmin jalan keluar tanpa kesulitan. Jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka-sangka adalah di luar daripada perhitungan manusia. Memang banyaklah hal di dunia yang di luar perhitungan manusia Keajaiban itu akan dirasakan dan dialami oleh orang yang benar-benar bertakwa dan benar-benar bertawakal.

dia akan bersabar ;(الطمأنينة) Takwa kepada Allah menyebabkan jiwa mendapat ketenangan fikiran ketika percubaan datang dan dia akan bersyukur ketika nikmat tiba. Dia bertawakal kepada Allah. Menyerah dengan sebulat hati dan yakin bahawa Allah tidak mengecewakannya. Pendirian yang demikian itu menyebabkan dia tidak pernah berputus-asa dari rahmat Tuhan. Pengalaman manusia berkali-kali menunjukkan bahawa kesusahan semestinya kekal begitu sahaja, bahkan hidup adalah penggantian susah dengan senang. Lantaran keyakikan yang sedemikian teguh, maka pintu yang tertutup bagi orang lain namun bagi orang yang bertakwa menjadi terbuka. Perbendaharaan orang yang bertawakkal tidaklah dibiarkan Tuhan jadi kering; ketika dekat akan kering, datang sahaja bantuan baru yang tidak disangka-sangka.

Hal seperti ini tidak dapat diterangkan, tetapi dapat dibuktikan. Oleh sebab itu maka bagaimanapun keadaan diri kita, senang atau susah, janganlah lupa mengingat Tuhan, sembahyang lima waktu jangan dilalaikan, kerana itu penting sekali bagi hidup.

6. Keusahawanan dalam Islam

Banyak yang dapat kita pelajari dengan mempelajari ilmu sejarah Islam dan Sirah Nabi-Nabi terdahulu. Nabi- nabi kebanyakannya bekerja dan berusaha dengan tangan sendiri. Hatta Rasulullah S.A.W sendiripun memenuhi keperluan baginda dengan melakukan beberapa perkerjaan seperti megembala biri-biri dan berdagang. Terdapat banyak kisah Nabi-nabi terdahulu dan penglibatan mereka di dalam perusahaan masing- masing, antaranya Nabi Nuh a.s seperti yang dinyatakan dalam surah Hud ayat 37:

َ َ أ َ أ ُ أ َ أ ُ َ َ َ أ َ َ َ ُ َ أ َّ َ َ َ ُ ٓ ْ َّ ُ ُّ أ َ ُ َ و ٱصن ِع ٱلفلك بِأعينِنا ووحيِنا و َّل تخَٰ ِطب ِِن ِِف ٱ َِّلين ظل موا إِنه م مغرقون ٣٧ Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya) dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan).

Dalam ayat ini, Allah Ta’ala memerintahkan Nuh a.s untuk membuat sebuah bahtera yang besar, memberi isyarat tentang pekerjaan baginda dalam bidang pertukangan. Ini bermakna pekerjaan tukang dan industri pertukangan merupakan salah satu jenis pekerjaan yang boleh dilakukan oleh manusia sebagai mata pencariannya.

Allah SWT telah memberikan kemampuan membuat baju-baju besi kepada Nabi Daud seperti yang diceritakan dalam surah al-Anbiya’ ayat 80:

َ َّ َ ُ َ أ َ َ َ َّ ُ أ َ ُ ل َ أ ُ َ أ َ ُ َ َ َوعل أمنَٰه صنعة َُلو ٖس لك أم ِ ُِلح ِصنكم ِم ۢن بأ ِسك أم ف َهل أنت أم َٰش ِك ُرون ٨٠

54

Mohamad Sabri Haron & Abdul Qawi Abdul Halim / TAWIS (2017)

Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?

Kisah ini diperjelaskan lagi menerusi ayat 10-11 surah Saba’:

َ َ َ َ َ َ أ َ َ أ َ َ ُ َ َّ َ أ ٗ َ َ ُ ل َ َ ُ َ َّ أ َ َ َ َّ َ ُ أ َ َ ۞ولقد ءاتينا داو ۥد ِمنا فضٗل يَٰ ِجبال أوِ ِّب معه ۥ و ٱلطۡي وأنلا ل ٱۡل ِديد ١٠ أ ِن أ َ أ َ َ َ َ ل أ َّ أ َ أ َ ُ ْ َ ً ل َ َ أ َ ُ َ َ ّٞ ٱعمل َٰسبِغَٰ ٖت وق ِدر ِِف ٱلِس ِد و ٱعملوا صَٰلِحا إِ ِّن بِما تعملون ب ِصۡي ١١ Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)! Dan juga telah melembutkan besi baginya; (Serta Kami wahyukan kepadanya): Buatlah baju-baju besi yang luas labuh dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.

أَ ِنٍا ْع َم ْلٍ) Merujuk kepada Sahih Tafsir Ibnu Kathir (al-Mubarakfuri 2008) Allah menggunakan lafaz ertinya baju besi. Qatadah ( َسابِغَا تٍ) yang bermaksud “Yaitu buatlah baju besi yang besar-besar”. Lafaz ,( َسابِغَا تٍ berkata, “Nabi Daud adalah manusia pertama yang membuat baju besi. Sebelum baju besi, mereka menggunakan baju perang yang diperbuat daripada papan logam. ”

Prof HAMKA (Amrullah 1987) menceritakan bahawa al-Hafiz Ibn Asakir menerangkan pula dalam riwayatnya bahawa Nabi Daud membuat baju besi untuk perang, sebagai kesukaan beliau di waktu senggang. Kalau sudah selesai lalu dijualnya. Harganya itu beliau bahagi tiga; sepertiga untuk makan minum beliau sekeluarga, sepertiga beliau sedekahkan kepada fakir miskin dan sepertiga lagi beliau masukkan ke dalam Baitul Mal. Pada penghujung ayat 11 Surah Saba’ tersebut ia tidak lagi tertentu kepada kisah Nabi Daud a.s lagi, tetapi kepada setiap kita kita yang mendengar kisah ini, agar melakukan amal yang soleh sebagaimana Nabi Daud a.s tersebut menurut kesanggupan dan kedudukan kita masing-masing. Supaya kita ambil iktibar dari perbuatan Nabi Daud. Bernyanyilah dengan suara merdu, biar gunung-gunung dan burung-burung turut menyanyi, asal nyanyian itu dalam memuji Allah. Dengan itu demikian benyanyi tidak salah. Bekerjalah membuat keris, membuat bedil, menjadi buruh di kilang senjata, kapal terbang dan sebagainya, namun semuanya itu tidak pernah melupakan Tuhan. Ini kerana pekerjaan dan usaha kita tidaklah terlepas dari tilikan Tuhan.

7. Ruang Lingkup Keusahawanan

Dalam tamadun manusia, aktiviti utama mencari rezeki ialah melalui perniagaan. Selaras dengan naluri dan fitrah manusia. Kewujudan perusahaan dalam tamadun adalah sesuatu yang biasa. Kebanyakan tamadun terdahulu wujud berlandaskan perniagaan jual beli, antaranya tamadun Mesopotamia dan tamadun Indus yang wujud sekitar 3000 tahun sebelum Masihi.

Rezeki dikaitkan dengan usaha meneruskan hidup, yang mana usaha-usaha yang dibuat harus menghasilkan sesuatu yang bermanfaat seperti makanan, minuman, tempat tinggal serta kelengkapan dan perhiasan yang bertujuan memudahkan kehidupan. Rezeki perlu diusaha dan berfokus dengan mencari dari sumber yang halal dan baik. Allah berfirman dalam surah al-Ma’idah ayat 88:

55

Mohamad Sabri Haron & Abdul Qawi Abdul Halim / TAWIS (2017)

َ َ ُ ُ ْ َّ َ َ َ ُ ُ َّ ُ َ َ ٗ َ ل ٗ َ َّ ُ ْ َّ َ َّ ٓ ُ ُ أ ُ َ وُكوا ِمما رزقكم ٱّلل حلَٰٗل طيِباۚ و ٱتقوا ٱّلل ٱ َِّلي أنتم بِه ِۦ مؤ ِمنون ٨٨ Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

Oleh kerana kamu sudah mesti makan dan minum, maka pilihlah makanan yang dikurniakan Allah yang halal lagi baik. Halalan, yang halal. Thaiyiban, yang baik. Janganlah dimakan asal baik sahaja, padahal tidak halal. Oleh sebab itu, maka memilih makanan yang halal tetapi baik dan yang baik tetapi halal ini, selain daripada ditentukan Allah dalam al-Quran, diserahkan pula dalam ijtihad kita sendiri memilih mana yang halal lagi baik itu. Itu sebabnya maka hujung ayat berbunyi: ... “Dan bertakwalah kepada Allah, dan kepadaNyalah kamu beriman.”

Dengan ketentuan Allah tentang halal dan baik, lalu diserahkan kepada pertimbangan batin, iaitu takwa dan iman, bertambah pentinglah jadinya memilih makanan dan minuman yang layak di dunia ini. Itu sebabnya maka apabila kita hendak memakan sesuatu makanan, disuruh dengan tekanan keras agar membaca Bismillah, dan sehabis makan disuruh pula dengan tekanan keras memuji Allah, Alhamdulillah.

Dalam surah al-Baqarah ayat 168 Allah berfirman:

َ ْ أ َ ٗ َ ْ ََٰٓ ُّ َ َّ ُ ُ ُ َّ َ َ َٰ َ ل ٗ َ َ َّ ُ ُ ُ َ َّ أ َ َٰ َّ ُ يأيها ٱنلاس ُكوا ِمما ِِف ٱۡلۡر ِض حلٗل طيِبا وَّل تتبِعوا خطوَٰ ِت ٱلشيط ِ ن إِنه ۥ َ ُ أ َ ُ لّٞ ُّ ٌ لكم عدو مبِني ١٦٨ Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Tafsir Fi Zilalil Quran (Qutb 2000) menerangkan bahawa di sini Allah mengharuskan kepada seluruh manusia memakan segala rezeki yang halal yang baik yang dikurniakan kepada mereka di bumi kecuali perkara-perkara yang diharamkan olehnya yang dijelaskan kemudian. Dia juga menyuruh mereka supaya menerima hukum halal dan haram dan jangan sekali-kali mengikut syaitan dalam perkara ini kerana ia adalah musuh mereka dan kerana itu syaitan tidak pernah menyuruh mereka melakukan sesuatu yang baik, malah menyuruh mereka berpegang dengan fikiran yang tidak baik, dan melakukan perkara perbuatan-perbuatan yang buruk, dan seterusnya menyuruh mereka menghalalkan dan mengharamkan sesuatu mengikut nafsu mereka bukannya berdasarkan perintah dari Allah, kemudian mendakwa hukum-hukum yang dikatakan mereka itu sebagai syariat Allah sebagaimana yang telah dilakukan oleh kaum Yahudi dan sebagaimana dakwaan-dakwaan yang didakwa oleh kaum Musyrikin Arab.

Ruang lingkup keusahawanan terikat dengan etika usahawan menurut perspektif Islam. Konsep asas perniagaan tertakluk kepada persediaan asas yang digariskan (Mohamad Sabri Haron 2011) seperti:

i. Ilmu berkaitan realiti yang sewajarnya difahami sebagai manusia khalifah Allah SWT. ii. Berasaskan ilmu tadi seorang usahawan akan meletakkan seluruh kehidupannya sebagai ibadat kerana niatnya yang ikhlas dan menepati kehendak syariat. iii. Kesan kesedaran tersebut akan mencetuskan pula sifat amanah untuk menjaga hubungan sebaik mungkin dengan manusia. iv. Menerusi penjagaan sifat amanah ini akan lahir pula sifat-sifat terpuji yang lain seperti menepati janji, menjaga masa, menjaga keperibadian dan sebagainya. v. Disebalik itu juga sifat-sifat tercela seperti menipu, dengki, khianat dan lain-lain akan dijauhi.

56

Mohamad Sabri Haron & Abdul Qawi Abdul Halim / TAWIS (2017)

vi. Kesannya melahirkan usahawan yang bersikap profesional dalam tugas. vii. Memperkembangkan profession dan memperkukuhkannya untuk manfaat diri dan manusia sejagat.

8. Fokus Rezeki yang Perlu Diusahakan

Rezeki yang perlu diusahakan bergantung sepenuhnya pada ikhtiar manusia. Allah SWT telah bekalkan akal, tenaga, ilmu. Islam itu rahmat untuk dunia. Islam datang dengan mengajar garis panduan bagaimana untuk hidup sebagai seorang Muslim. Manusia dibekalkan dengan akal untuk berfikir.

Realiti dunia yang sentiasa berubah menuntut setiap individu Muslim berusaha untuk menyesuaikan diri dalam menghadapi kehidupan bertepatan dengan syariat Allah SWT. Isu-isu ekonomi yang berlegar dalam komuniti dunia termasuk pengangguran, kos sara hidup tinggi serta persaingan. Oleh sebab itu, persediaan perlu dibuat untuk menguruskan rezeki. Pemahaman tentang jaminan rezeki seperti yang termaktub dalam al- Quran, tentang luas dan sempit kadar rezeki yang ditentukan Allah serta pembahagian rezeki perlu dibudayakan dalam masyarakat.

9. Keseimbangan Dunia dan Akhirat

Manusia perlu menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Pendekatan Islam dalam hal muamalat ialah jelas dengan garis panduan, dan menuntut keseimbangan antara dunia akhirat. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 198:

َ َ َ أ َ َ َ أ ُ أ ُ َ ٌ َ أ َ ُ ْ َ أ ٗ ل َّ ل ُ أ َ َ ٓ َ أ ُ ل أ َ َ َ ليس عليكم جناح أن تبتغوا فضٗل ِمن ربِك ۚم فإِذا أفضتم ِمن عرفَٰ ٖت َ أ ُ ُ ْ َّ َ َ أ َ أ َ أ َ َ َ أ ُ ُ ُ َ َ َ َ َٰ ُ أ ُ ُ ل َ أ ف ٱذكروا ٱّلل ِعند ٱلمشعر ِ ٱۡلرا ِ م و ٱذكروه كما هدىكم ِإَون كنتم ِمن قبلِه ِۦ َ َّ ل َ ل ِم َن ٱلضٓالِني ١٩٨ Tidak ada dosa bagimu untuk mencari karunia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu. Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy`arilharam. Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat.

Prof HAMKA (Amrullah 1987) dalam menafsirkan ayat ini membawa kisah Imam Ahmad bin Hanbal yang terkenal sebagai seorang ulama besar yang amat menjaga hidupnya jangan terlalu bergantung kepada pertolongan orang lain. Tersebutlah di dalam riwayat hidup beliau yang sangat sederhana itu, bahawa beliau menolak hadiah-hadiah orang buat belanja perjalanan ke Makkah. Apabila dia naik haji, beliau tidak keberatan menolong memikul beban orang dan menerima upah mengangkat barang itu. Kasarnya jadi kuli. Beliau mengamalkan ayat ini, bahawa tidak ada salahnya mencari rezeki, baik menjadi kuli atau berniaga selama naik haji, asal jangan itu yang dijadikan tujuan pertama. Contoh seterusnya berkenaan etika keseimbangan antara urusan dunia dan urusan akhirat juga terdapat dalam surah al-Jumu’ah ayat 9-11:

َ ََٰٓ ُّ َ َّ َ َ َ ُ ٓ ْ َ ُ َ َّ َ َٰ َ أ أ ُ ُ َ َ أ َ أ ْ َ َٰ أ َّ َ َ ُ ْ يأيها ٱ َِّلين ءامنوا إِذا نو ِدي لِلصلوةِ ِمن يو ِم ٱِلمعة ِ ف ٱسعوا إَِل ذِكرِ ٱّلل ِ وذروا أ َ أ َ َ ُ أ َ أ ّٞ َّ ُ أ ُ ُ أ َ أ َ ُ َ ٱَلي ۚع ذَٰلِكم خۡي لكم إِن كنتم تعلمون ٩ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk 57

Mohamad Sabri Haron & Abdul Qawi Abdul Halim / TAWIS (2017)

mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

َ َ َ ُ َ َّ َ َٰ ُ َ َ ُ ْ أ َ أ َ ُ ْ َ أ َّ َ أ ُ ُ ْ َّ َ َ ٗ فإِذا ق ِضي ِت ٱلصلوة ف ٱنت ِِشوا ِِف ٱۡلۡر ِض و ٱبتغوا ِمن فض ِل ٱّلل ِ و ٱذكروا ٱّلل كثِۡيا َّ َّ ُ ُ أ َ ل َعلك أم تفلِ ُحون ١٠ Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

َ َ َ َ أ ْ َ َ ً أ َ أ ً َ ُّ ٓ ْ َ أ َ َ َ َ ُ َ َ ٓ ٗ ُ أ َ َ َّ َ أ ّٞ ل َ َّ أ ِإَوذا رأوا تِجَٰرة أو لهوا ٱنفضوا إِِلها وتركوك قا ئِماۚ قل ما ِعند ٱّلل ِ خۡي ِمن ٱللهو ِ َ َ ل َ َ َ َّ ُ َ أ ُ ََّٰ َ و ِمن ٱِلِجَٰر ةِ و ٱّلل خۡي ٱلرزِقِني ١١ Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

Selain itu, penegasan berkenaan keseimbangan dunia akhirat juga boleh didapati dalam surah al-Dhariyat ayat 19: َ َ ٓ أ َ أ َ لّٞ ل َّ ٓ َ أ َ أ ُ و ِف أموَٰلِ ِهم حق لِلسائِ ِل و ٱلمحرو ِم ١٩ Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).

Agama menentukan harta benda yang wajib diberikan kepada yang berhak menerima. Itu yang zakat. Harta benda yang dikeluarkan zakatnya itu ialah apabila telah cukup syaratnya buat dikeluarkan. Misalnya telah sampai tahunnya dan cukup nisbahnya pada barang perniagaan. Semua diberi kepada orang yang meminta atau tidak meminta.

10. Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian dapat dirumuskan bahawa, rezeki dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Adalah amat penting bagi masyarakat memahami tentang konsep rezeki yang perlu diusahakan dan kaitannya dengan aktiviti keusahawanan dalam ekonomi dan tamadun manusia, supaya dapat hidup selaras dengan ajaran al- Quran. Secara ringkas, memahami konsep rezeki menurut Islam membantu kita supaya lebih dekat dengan Allah SWT tanpa mengabaikan tanggungjawab pada dunia. Selain itu, wajib kita percaya dalam setiap apa yang kita buat, kita sedang beribadat. Apabila kita dapat rezeki, kita belanja pada zakat dan sedekah. Dalam tempoh berusaha kita kena letak tawakal pada Allah supaya amal dan usaha kita bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

58

Mohamad Sabri Haron & Abdul Qawi Abdul Halim / TAWIS (2017)

Rujukan

Al-Quran. Almaany Online Dictionary. 2017. Homepage. https://www.almaany.com/ dilayari pada 2017. Al-Mubarakfuri, T. A. T. D. B. P. S. S. 2008. Shahih Tafsir Ibnu Katsir. (L. Abu Ahsan Sirojuddin Hasan Bashri, Ed.), hlm. Jilid 7. Bogor, Indonesia: Pustaka Ibnu Katsir. Al-Qurthubi, S. I. 2008. Tafsir Al-Qurthubi. (K. Ahmad Rijali, B. M. Mukhlis, & Z. Ahmad, Eds.). Jakarta Selatan, Indonesia: Pustaka Azzam. Amrullah, P. D. H. A. M. bin D. S. H. A. K. 1987. Tafsir Al Azhar. Jakarta: Pustaka Panjimas. Mohamad Sabri Haron. 2011. Isu Isu-isu ekonomi dalam dimensi pemikiran Islam. Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. 2017. Homepage http://prpm.dbp.gov.my/. (25 Oktober 2017) Qutb, S. 2000. Tafsir Fi Zilalil Quran, hlm. Cetakan Pe. Kota Bharu, Kelantan, Malaysia: Pustaka Amman Press Sdn. Bhd. Saleem, M. Y. 2012. An introduction to the theoritical foundations of Islamic transactions. Second Rev. Subang Jaya, Malaysia: Ilmiah Publishers Sdn. Bhd. Zaharuddin, A. R. 2012. Contracts & the products of Islamic Banking. Kuala Lumpur, Malaysia: CERT Publications Sdn. Bhd.

59

60

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Psikologi Cinta Dalam Drama dan Pengaruhnya kepada Tamadun Islam

Nur Aina Mohd Yaakopa, Syaidatun Nazirah Abu Zahrinb,c, Fariza Md. Shama,b, Nurul Aiman Mat Abdullaha

a, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA b Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA c Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Media elektronik seperti televisyen merupakan salah satu media yang sangat berpengaruh sebagai agen bagi saluran pendidikan, maklumat terkini dan tidak kurangnya sebagai medium hiburan dan juga sebagai pembentuk ketamadunan Islam. Kebanyakkan stesen televisyen tempatan semakin giat menerbitkan drama-drama Islamik yang berunsur cinta. Dewasa ini terdapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada penonton telah membuka mata para pengiat seni seperti pengarah, penerbit dan penulis skrip drama berlumba-lumba menghasilkan drama Islamik yang berunsur cinta. Pemikiran masyarakat berubah apabila drama sebegini turut mendapat sambutan yang baik daripada golongan remaja. Psikologi cinta dalam drama telah dikenalpasti dapat memberi pengaruh kepada tamadun Islam. Dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat dengan lebih terperinci isi kandungan drama cinta berunsur Islamik dengan psikologi cinta dari perspektif dakwah. Kaedah penelitian ke atas tayangan-tayangan drama Islamik dan analisis kandungan skrip drama Islamik berasaskan buku karangan novelis terkenal, telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menarik minat remaja dan kesannya apabila mereka menonton drama sebegini. Implikasi kajian ini adalah untuk mengetahui kesan drama sosio kebudayaan dan kesenian terdapat dalam drama cinta Islamik dan mengaitkan kepentingannya kepada tamadun Islam.

Kata Kunci: Psikologi cinta; drama cinta Islamik; remaja; dakwah; tamadun Islam

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

61

Nur Aina Mohd Yaakop et al. / TAWIS (2017)

1. Pengenalan

Drama dihasilkan bukan hanya tertumpu kepada lakonan dan jalan cerita semata-mata. Drama juga dihasilkan sebagai pembentukan tamadun, budaya dan pendidikan kepada masyarakat. Oleh kerana itulah drama yang dihasilkan perlu seiring dengan pemikiran dan perkembangan semasa dalam masyarakat supaya matlamat untuk mendidik terutama golongan remaja tercapai. Seiring dengan zaman, banyak drama masa kini lebih tertumpu kepada drama-drama cinta yang berunsur Islamik. Ini kerana drama-drama sebegini sentiasa mendapat sambutan daripada peringkat umur terutama remaja. Cinta adalah paling dekat dihati remaja berbanding golongan yang lebih berusia. Namun jika drama-drama ini dihasilkan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata, nilai-nilai tidak murni seperti aksi-aksi yang bertentangan dengan agama, budaya, adat dan kepercayaan sewenang- wenangnya dipertontonkan. Hal ini boleh menberi pengaruh yang negatif kepada remaja dan tamadun Islam. Melalui perkembangan teknologi media terutama drama, semua pihak seharusnya mengambil kesempatan menggunakan drama sebagai medium perantaraan bagi memberi kefahaman, pendidikan dan hiburan yang berguna kepada masyarakat terutama generasi muda.

2. Psikologi Cinta

Cinta menurut Kamus Dewan (2013) ialah perasaan atau keinginan terhadap sesuatu rindu. Cinta adalah pertalian kasih sayang merangkumi aspek spiritual, emosi, fizikal, intelektual dan sosial antara individu yang terlibat, di mana mereka saling menghargai nilai-nilai peribadi yang dimiliki dan memuliakan perhubungan yang wujud antara satu sama lain (Mohd & Syaidatun 2010). Cinta adalah sebahagian daripada rahmat Allah SWT yang dikurniakan ke atas manusia. Perkataan Mawaddah wa Rahmah adalah merujuk kepada perhubungan yang berkasih sayang, saling memberi serta membalas kasih sayang tersebut akan hidup aman dan bahagia (Saedah Siraj 2001). Cinta adalah emosi universal yang menjadi asas kepada pembentukan keluarga (Braxton-Davis 2010). Di samping itu, cinta membawa maksud kepada saling berhubungan, kunjung-mengunjungi dan ziarah- menziarahi. Dalam erti kata yang sebenar, cinta memelihara hubungan silaturahim sesama manusia. Hubungan silaturahim penting kerana ia berkait rapat dengan hubungan manusia dengan Allah SWT. Kecintaan yang sebenar adalah cinta yang lahir kerana merasai kebesaran Allah yang menciptakan cinta tersebut. Cinta kepada Allah bermula dengan amal dan manusia tidak dapat dikatakan mencintai Allah jika tidak mencapai syarat tersebut (Muhammad Hassan 2010). Sesungguhnya cinta yang disaluti dengan keimanan dan ketakwaan adalah cinta kepada sesama manusia yang membawa kepada keredaan dan mendapat keberkatan dari Allah SWT (Mohd & Syaidatun 2007). Firman Allah SWT yang bermaksud:

َ َ َّ َ أ ُ أ ُ َ أ َ ّٞ َ أ ُ ْ َ أ َ َ َ أ ُ أ َ َّ ُ ْ َّ َ َ َ َّ ُ أ ُ أ َ ُ َ إِنما ٱلمؤ ِمنون إِخوة فأصلِحوا بني أخويك ۚم و ٱتقوا ٱّلل لعلكم ترَحون ١٠ Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (al-Hujurat 49:10)

3. Drama Cinta Islamik

Penceritaan dalam bentuk drama telah lama digunakan dalam Islam. Contohnya, al–Quran mengisahkan cerita- cerita yang berlaku pada zaman dahulu boleh digambarkan seolah cerita-cerita dalam bentuk drama (Najidah Zakaria & Abu Dardaa 2013). Drama televisyen merupakan salah satu bentuk hiburan yang boleh diperolehi daripada media penyiaran seperti televisyen. Menurut Zulkiple (2009) beberapa usaha telah dibuat untuk memperkenalkan hiburan Islam sebagai satu alternatif. Walau bagaimanapun, dikatakan bahawa tugas yang paling sukar dalam menghadapi cabaran yang kurang minat di kalangan umat Islam, individu atau organisasi, dalam memupuk hiburan Islam. Dominasi budaya bukan Islam mewujudkan satu situasi yang tidak menentu

62

Nur Aina Mohd Yaakop et al. / TAWIS (2017) dalam kalangan umat Islam mengenai sejauh mana mereka dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam atau menikmati diri dengan aktiviti hiburan dalam kehidupan kontemporari mereka. Oleh itu, kewujudan drama televisyen bermesej keislaman ini boleh dilihat sebagai satu langkah untuk membentuk hiburan yang menerapkan nilai- nilai murni serta mesej yang berciri keislaman (Faizul & Nor 2012).

4. Remaja

Remaja didefinisikan sebagai masa peralihan dari peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa. Batasan usia remaja berbeza-beza sesuai dengan sosial budaya setempat. Menurut WHO (badan PBB untuk kesihatan sedunia), batasan usia remaja adalah 12 hingga 24 tahun. Namun, dari segi program pelayanan, definisi remaja digunakan oleh Jabatan kesihatan adalah mereka yang berusia 10 hingga 19 tahun dan yang masih belum berkahwin. Sementara itu, menurut BKKBN (Direktorat Remaja dan Perlindungan Hak Reproduksi), batasan usia remaja adalah 10 hingga 21 tahun. Remaja juga mengalami perubahan emosional yang kemudiaanya tercermin dalam sikap dan tingkah laku (Faizul & Nor 2012). Manakala Arieff dan Wardah (2005) menyatakan bahawa dari segi biologi dan pertumbuhan fizikal remaja terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat awal remaja yang berumur 13 hingga 18 tahun dan remaja yang berumur 19 hingga 24 tahun. Walau bagaimanapun, perkembangan remaja ini adalah bergantung kepada faktor persekitaran yang dialami oleh remaja sama ada mereka dibesarkan di luar bandar ataupun bandar.

5. Dakwah

Ab. Aziz (1997) memberi definisi dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut, melaksanakan segala yang diperintahkan, mengabdikan diri kepada Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya. Selain itu, menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dakwah juga adalah untuk memberi makna kehidupan manusia agar mereka dapat menghayati peraturan dan nilai-nilai hidup yang luhur yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tanpa dakwah Islam, manusia akan terus dalam kegelapan. Dakwah juga bertujuan melahirkan kehidupan yang sempurna dan mampu menjadi makhluk Allah SWT yang mulia, berilmu dan seterusnya menjadi khalifah yang mentaati dengan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya (Ghazali 1996). Sejarah juga membuktikan bahawa proses Islamisasi di nusantara berlaku adalah disebabkan aktiviti dakwah. Tanpa ada usaha dakwah ini pasti tidak sampai ajaran agama Islam ke sesuatu negara ( Zulkarnaini 2015).

Pendekatan yang sesuai dan seiring dengan tahap golongan sasaran melalui saluran media seharusnya dimanfaatkan bagi golongan pendakwah kerana peranannya sebagai senjata serampang dua mata (Badlihisham 2012). Melalui media massa iaitu termasuk drama, filem atau media cetak sebagai medium penyampaian dakwah, para pendakwah (da’ie) pada hari ini mampu mendekati sasaran dakwah khususnya remaja dengan menggunakan mesej-mesej yang bersesuaian dengan menjinakkan mereka tanpa melalaikan mereka (Rosmawati 2013). Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

َ َ َ أ َ ل َ َّ َ َ ُ أ َ َ أ ُ َ َ ًّ َ َ أ َ أ َ َ ُّ ْ أ َ أ َ َ أ ُ فبِما رَح ٖة ِمن ٱّلل ِ ِنلت لهم ولو كنت فظا غلِيظ ٱلقل ِب ل نفضوا ِمن حولِك ف ٱعف َ َ أ ُ أ َ أ َ أ أ َ ُ أ َ َ أ ُ أ أ أ َ َ َ َ أ َ َ َ َ َّ أ َ َ َّ َّ َّ َ ُ ُّ عنهم و ٱستغ ِفر لهم وشاوِرهم ِِف ٱۡلم ِ ر فإِذا عزمت فتوَّك لَع ٱّلل ِۚ إِن ٱّلل َيِب أ ل ٱل ُم َت َو ِ ُكِ َني ١٥٩ Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan 63

Nur Aina Mohd Yaakop et al. / TAWIS (2017)

mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

(Ali-'Imran 3:159)

6. Tamadun Islam

Perkataan tamadun menurut Kamus Dewan (2010) membawa maksud kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Tamadun Islam adalah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat dan telah mencapai taraf kehalusan tatasusila serta kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya (Ghazali 2006). Menurutnya lagi tamadun dan kebudayaan Islam adalah hidup sempurna dan menyeluruh yang menyerap masuk ke dalam seluruh aspek kehidupan manusia termasuk yang bercirikan akidah, syariah dan akhlak. Menurut Ghazali (2006) lagi, tamadun Islam adalah istimewa dan unik berbanding dengan tamadun-tamadun lain yang lahir secara evolusi kerana tamadun Islam lahir bersama-sama penurunan wahyu (al-Quran) di tengah-tengah masyarakat arab Jahiliyah.

Secara tuntasnya, novel Aku Ada Wali ini berjaya untuk menyumbang kepada peningkatan mutu tamadun Islam dari sudut memperkayakan karya seni yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar. Seharusnya lebih banyak karya-karya Islamik dihasilkan di samping ia didramakan untuk tontonan khalayak bagi memenuhi kelompongan drama cinta Islamik dalam masyarakat Malaysia, dan juga seantero dunia.

7. Kesimpulan

Drama Islamik yang berunsur cinta sangat berpengaruh dalam menyampaikan mesej dan bukan sahaja untuk mendapatkan hiburan, penerimaan remaja terhadap drama jenis ini adalah disebabkan oleh mesej-mesej yang dipaparkan dalam drama ini yang bersifat positif serta mampu membentuk banyak pengajaran yang boleh diikuti oleh para penonton. Penerimaan yang baik ini juga adalah disebabkan drama jenis ini dilihat lebih dekat dengan masyarakat kerana setiap cerita yang dipaparkan dalam drama ini merupakan kisah-kisah yang benar dan mencerminkan cara kehidupan masyarakat yang menontonnya. Drama televisyen bermesej keislaman ini memaparkan kisah kehidupan yang mempunyai unsur keislaman, dakwah dan apa sahaja unsur yang berkaitan dengan Islam. Drama televisyen bermesej keislaman ini juga sesuai untuk ditonton oleh remaja kerana ianya sarat dengan pengajaran dan mesej yang berguna tanpa mengira budaya, latar belakang kehidupan dan sebagainya. Drama ini juga sememangnya menjadi sebuah drama yang mampu untuk mendidik masyarakat ke arah kebaikan dan dalam masa yang sama sebagai satu medium hiburan untuk masyarakat.

Rujukan

Ab. Aziz Mohd Zin. 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Abdullah Ulwan. 1995. Anak: Antara Kasih Sayang dengan Tanggungjawab. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Arieff Salleh Rosman & Wardah Mokhtar. 2005. Membentuk Jati Diri Remaja. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors. Asiah Sarji. 1991. Penyiaran dan Masyarakat isu-isu Perutusan di Malaysia Arah dan Masalah, Penyiaran: Demokrasi dan Pembangunan Hulu Klang. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Badlihisham Mohd Nasir. 2012. Islam dan dakwah dalam zaman kebangkitan awal Islam dan era penjajahan barat di Tanah Melayu. Jurnal Islamiyyat 34: 5-12. Braton-Davis. 2010. The Social Psychology of Love and Attraction. McNair Scholars Journal 14(1): 1-12. Faizul Nizar Anuar & Nor Azura Adzharuddin. 2013. Faktor Penerimaan Remaja Terhadap Drama Televisyen Bermesej Keislaman. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

64

Nur Aina Mohd Yaakop et al. / TAWIS (2017)

Ghazali Darusalam. 1996. Dinamik Ilmu Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Disributors Sdn Bhd. Ghazali Darusalam. 2006. Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Disributors Sdn Bhd. Ghulam Saqeb Nabi. 1999. The Psychology of Love in Muslim Education. Muslim Education Quarterly 16(3): 38-55. Mohd Ali Abu Bakar. 2008. Sifat-sifat Perjuang Islam. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication. Mohd Fadzilah Kamsah & Syaidatun Nazirah Abu Zahrin. 2010. Psikologi Cinta. Bentong: PTS Millenia. Muhammad Hassan Basri. 2010. Andai Syurga dan Neraka Tidak Ada. Batu Caves: PTS Millenia Sdn. Bhd. Mohd Syarif Aziz. 2005. Islam Bukan Agama Keganasan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. Najidah Zakariya & Abu Dardaa Mohamad. 2013. Media sebagai wasilah dakwah. Jurnal Al- Hikmah 5:91-98. Nazneen Ismail. 2014. Psikologi Islam. Selangor: Must Read Sdn Bhd. Robert J. S & Karin Weis. 2010. The New Psychology of Love. London: Yale University Press New Haven. Rosmawati Mohammad Rasit. 2013. Penontonan filem berunsur dakwah Islamiah dan pembentukan personaliti prososial dalam kalangan audien remaja. Tesis Dr. Fal, Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia. Rosmawati Mohammad Rasit. 2013. The role of self efficacy in forming prosocial personality through the viewing of Islamic based films. Jurnal Al-Hikmah 5:134-147. Saedah Siraj. 2001. Pendidkan Rumahtangga. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Zulkiple Hadhari. 2009. Entertainment In Muslim Media: Unsettled Problem? Jurnal Hadhari 2:53-63. Zulkarnaini. 2015. Dakwah Islam di Era Moden. Jurnal Risalah 26(3): 151-158.

65

66

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Pembinaan Peradaban Remaja Melalui Pendekatan Dakwah Targhib dan Tarhib

Nor Azizah Mustaphaa, Fariza Md Shama,b, Ahmad Irdha Mokhtara

a Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA b Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Remaja pada hari ini berhadapan dengan cabaran yang amat kompleks. Perubahan sosiobudaya masyarakat mempengaruhi gaya hidup remaja, seterusnya memberi kesan kepada adab dan tingkahlaku remaja. Remaja menghadapi pelbagai masalah yang melibatkan pelanggaran syariat Islam antaranya gejala sosial dan isu akidah. Oleh itu, kajian ini menfokuskan kepada pendekatan dakwah targhib dan tarhib dalam membina peradaban remaja terutama dari aspek akidah. Penyelewengan akidah dalam kalangan remaja perlu diberi perhatian memandangkan terdapat gerakan yang cuba memesongkan akidah remaja. Remaja terdedah dengan dunia luar dan budaya Barat yang memberikan kesan kepada golongan ini dalam memahami dan kepercayaan kepada ajaran agama Islam. Akidah yang tidak kukuh memberi kesan kepada tingkah laku, akhlak, psikologi dan kepercayaan remaja. Apabila pengaruh ini tidak ditangani akan menjejaskan akidah remaja kerana sudah ada gerakan untuk mempengaruhi remaja melalui media sosial seperti facebook, blog dan instagram. Pengaruh ini perlu ditangani sebelum berleluasa, iaitu melalui pendekatan dakwah targhib dan tarhib yang menfokuskan kepada galakan dan ancaman bagi memantapkan akidah remaja.

Kata kunci: Pendekatan dakwah; akidah; remaja; targhib; tarhib

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Peradaban berasal dari istilah adab yang membawa maksud sopan santun dan bertatasusila dalam perilaku dan tingkahlakunya. Dalam Kamus Dewan edisi keempat (2007), peradaban berasal daripada perkataan ‘adab’ yang merujuk tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan. Istilah adab juga ditakrif sebagai telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani) dan bertamadun. Oleh itu, peradaban dikaitkan seluruh perilakunya dalam semua aspek kehidupan sama ada dalam politik, ekonomi dan sosiobudaya. Istilah bahasa Arab menggunakan kata dasar madana yang bermaksud tamadun. Secara literal ia

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

67

Nor Azizah Mustapha et al. / TAWIS (2017) disinonimkan dengan peradaban (civilization). Dalam konteks bahasa Melayu juga istilah peradaban disinonimkan dengan tamadun. Tamadun adalah istilah pinjaman daripada perkataan Arab. Lima istilah yang boleh dihubungkan dengan maksud tamadun iaitu umran, hadharah, tamaddun, madinah dan madaniyyah. Peradaban Islam pula adalah suatu perilaku dan tingkahlaku sopan santun yang berasaskan kepada ajaran Islam. Itulah sebab peradaban Islam disebut juga sebagai hadharah al-Islamiyyah atau al-madaniyyah al-Islamiyyah yang bermaksud suatu pencapaian kegemilangan dalam semua aspek kehidupan manusia yang berasaskan kepada ajaran Islam. Ini disokong oleh pengkaji yang mengatakan bahawa apabila dikaitkan dengan Islam, tamadun juga diertikan sebagai pencapaian gemilang manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di bandar dan boleh dilihat dalam seni bina, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, kepercayaan, undang-undang, pentadbiran dan poltik (Ahmad Zaki et al. 2015).

Manakala, menurut Jamil Farooqui (2011) tamadun berkait rapat dengan institusi sosial yang menggariskan matlamat individu dan masyarakat bagi mencapai dan membangunkan organisasi yang berbeza dari sudut cara dan tujuan. Tamadun Islam bermaksud menegakkan petunjuk Allah SWT dengan mendirikan segala perintah-Nya. Asas yang dibina berteraskan doktrin yang diwahyukan serta sistem yang berasaskan kepada keagungan Allah. Tamadun Islam juga didasarkan pada prinsip kebenaran dan moral.

Konsep tamadun Islam berasaskan kerangka agama Islam sebagai al-din, yang berteraskan kepada akidah, syariah, akhlak serta semua prinsip Islam. Tamadun ini berbeza dari aspek kehidupan, pendidikan, falsafah dan kebudayaan. Satu mekanisme penting yang menjadi pengukur kepada sesebuah tamadun atau peradaban apabila perkara yang berkaitan dengan asas dan keperluan telah disempurnakan, iaitu peringkat penyempurnaan yang melengkapkan segala keperluan manusia (Osman Bakar et al. 2012).

Oleh itu, dalam artikel ini, penggunaan peradaban Islam telah dipilih kerana ia lebih dekat dengan maksud artikel iaitu suatu perilaku yang beradab, bersopan dan halus budi pekerti dalam kalangan individu remaja. Jika istilah tamadun mungkin lebih sesuai dalam konteks institusi sosial atau organisasi atau sesebuah masyarakat.

Proses globalisasi yang melanda seluruh dunia hari ini telah mewujudkan krisis dan kemelut peradaban era moden dan pasca moden yang melibatkan golongan remaja. Golongan remaja bertanggungjawab menggalas amanah sebagai generasi seterusnya. Ideologi dan fahaman yang menyeleweng ini semakin berleluasa melalui perkembangan teknologi masa kini. Islam liberal umpamanya, merupakan satu ancaman yang boleh menjauhkan remaja dari ajaran Islam yang sebenar. Golongan yang memperkenalkan diri sebagai Islam liberal ini mengenengahkan isu-isu kontroversi dan idea-idea yang berani kerana memberi ruang yang lebih luas kepada peranan akal. Oleh itu, pengukuhan pegangan agama berasaskan akidah perlu dibentuk bagi menjamin kelangsungan sesebuah peradaban untuk berdiri kukuh. Perkaitan antara tamadun dan agama memberikan implikasi atas kejatuhan tamadun apabila berlakunya keruntuhan akhlak umat (Ahmad Zaki et al. 2015). Penghayatan akidah yang tinggi perlu dititikberatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan fahaman yang boleh merosakkan akidah. Ini kerana golongan terpelajar menjadi sasaran fahaman yang mengelirukan, seterusnya boleh membawa kepada permasalahan akidah dan gejala murtad (Muhamad Faiz et al. 2012).

Permasalahan yang berlaku dalam kalangan generasi kini dan isu gejala sosial seperti minum arak, dadah, berjudi dan berzina berleluasa dalam kalangan masyarakat merupakan masalah yang memberi kesan kepada individu dan masyarakat. Masyarakat yang terlibat dalam permasalahan seperti ini adalah suatu masyarakat yang kurang nilai peradabannya. Apabila kurang nilai peradabannya, maka ia bukan sebagai sebuah masyarakat yang bertamadun tinggi. Tamadun dan kemajuan sesuatu bangsa bergantung kepada generasi yang akan menggalas tanggungjawab meneruskan keutuhannya. Oleh itu, keperluan kepada pendekatan dakwah yang berkesan amat penting dalam menangani masalah kalangan generasi kini. Dalam dakwah, pendekatan dakwah targhib dan tarhib merupakan salah satu pendekatan yang berbentuk motivasi. Kertas ini akan membincangkan tentang pendekatan dakwah targhib dan tarhib yang memfokuskan kepada galakan dan ancaman berbentuk

68

Nor Azizah Mustapha et al. / TAWIS (2017) motivasi bagi memantapkan akidah remaja dalam konteks untuk membina generasi muda yang bertamadun dan mempunyai peradaban.

2. Akidah Asas kepada Pembinaan Peradaban Remaja

Zaman remaja bermula dengan peringkat akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Usia baligh bermula pada peringkat remaja yang biasanya bermula selepas usia 10 tahun dan berakhir pada usia 20 tahun danٍ ke atas. Peringkat ini adalah salah satu peringkat yang paling mencabar bagi golongan muda yang boleh membawa mereka menyimpang dari jalan yang betul. Peringkat ini dipenuhi kebimbangan, pemikiran dan impian oleh setiap remaja.

Menurut Hall (1904) pada peringkat ini, psikologi remaja amat berbeza berbanding peringkat usia lain. Kecelaruan dan kemurungan dalam emosi remaja bermula ketika berumur 11 tahun dan meningkat ketika berumur 15 tahun seterusnya berakhir sehingga usia 23 tahun. Peringkat usia remaja penuh dengan konflik dan masalah. Perkembangan remaja bermula dari usia 14 tahun dan diakhiri dalam lingkungan usia 25 tahun (Hall 1904).

Menurut Abdullah Nasih Ulwan (1992) usia anak terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama antara usia 10 hingga 15 tahun, peringkat kedua iaitu usia baligh hingga 20 tahun manakala peringkat ketiga melebihi usia 20 tahun. Remaja juga bermaksud semakin meningkat kematangan, bermula antara 10 tahun hingga 25 tahun. Remaja dan belia daripada perspektif Islam dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat selepas bermimpi yang usianya bermula pada 12 tahun atau 13 tahun sehingga ke 21 tahun dan peringkat kedua iaitu peringkat kematangan bermula daripada usia 22 tahun hingga 30 tahun (Rohana & Norhasni 2014).

Menurut Hall (1904) zaman remaja sebagai zaman storm and stress. Perubahan yang berlaku semasa baligh, menyebabkan emosi remaja menjadi tidak stabil dan tergugat. Wujud tekanan dan perubahan serta pelbagai konflik di dalam diri remaja juga di dalam masyarakat menyebabkan remaja akhirnya berkembang menjadi individu yang matang dan bermoral. Kecelaruan emosi dan tekanan yang dihadapi oleh remaja pada peringkat ini memerlukan bimbingan dalam menuju kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Peringkat perkembangan bermula dari peringkat peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa yang merangkumi aspek fizikal seperti perubahan pada tubuh badan dan aspek psikologi dari segi perubahan mental dan emosi. Perubahan yang berlaku kepada aspek fizikal dan psikologi akan mempengaruhi perkembangan sosial dan moral individu. tekanan emosi merupakan suatu keadaan jiwa manusia yang berada dalam keadaan tidak tenang seperti resah gelisah, kecewa, sedih, berdukacita, menurut hawa nafsu dan melanggar perintah Allah (Fariza Md Sham 2005).

Daripada perspektif Islam, remaja dianggap sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Pada peringkat remaja, golongan ini mengalami peralihan zaman, antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Pada peringkat usia remaja, berlaku perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal, mental dan emosi serta perubahan tanggungjawab dan peranan. Untuk mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik (Fariza Md Sham & Azyyati 2015). Ketika usia remaja dalam proses menuju kedewasaan, pendidikan perlulah difokuskan kepada iman kepada Allah, takut kepada-Nya dan merasakan pengawasan-Nya supaya remaja tidak terjerumus dalam perbuatan maksiat.

Dalam proses perkembangan inilah, keimanan kepada Allah menerusi akidah yang mantap dalam diri remaja amat penting, iaitu dengan mengambil kira aspek berikut, peringkat usia, tahap ilmu dan kematangannya. Pada peringkat usia selepas baligh keperluan kepada mendalami dan mengukuhkan akidah dengan membekalkan nilai-nilai keimanan amat penting kepada golongan remaja. Ini bertujuan menanamkan benih-benih tauhid ke dalam jiwanya seterusnya mengetahui kewajibannya kepada Allah secara jelas, seterusnya mengetahui apa yang

69

Nor Azizah Mustapha et al. / TAWIS (2017) boleh dan apa yang dilarang (Abdullah Nasih Ulwan 1992). Ini bersesuaian dengan peradaban yang digariskan kepada remaja Islam masa kini iaitu bukan melihat dari aspek kebendaan semata-mata.

Firman Allah:

َ َ َ َ ل ل َ أ َ أ َ أ َ َ َ َ َ َ ّٞ َ َ َ َ ٌ َ َ َٰ ُ ُ َ َ أ ُّ َ َّ َ َ َ أ فكأيِن ِمن قري ٍة أهلكنَٰها و ِِه ظالِمة ف ِِه خاوِية لَع عرو ِشها وبِۡئٖ معطلةٖ وق ِٖص َ َ َ َّ َ َ أ َ ُ ْ أ َ َ ُ َ َ ُ أ ُ ُ ّٞ َ أ ُ َ َ ٓ أ َ َ ّٞ َ أ َ ُ َ َ م ِشي ٍد ٤٥ أفلم ي ِسۡيوا ِِف ٱۡلۡر ِض فتكون لهم قلوب يعقِلون بِها أو ءاذان يسمعون بِها أ َ َ َّ َ َ َ أ َ أ َ َٰ ُ َ َ َٰ َ أ َ أ ُ ُ ُ َّ ُّ ُ فإِنها َّل تعَم ٱۡلبصر ول ِكن تعَم ٱلقلوب ٱل ِت ِِف ٱلصدور ِ ٤٦ 45. Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan). 46. Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (al- Hajj 22: 45-46)

Pembinaan peradaban berlandaskan akidah yang utuh kepada Allah SWT mampu memberi kesan tamadun yang kuat. Ini kerana akidah merupakan sumber akhlak dan budi pekerti seseorang Islam, namun emosi dan tekanan, boleh mendorong remaja terlibat dengan tingkahlaku negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam sedangkan akidah atau tauhid merupakan dasar penting agar masyarakat manusia dapat menyusuri kehidupan. Seseorang manusia itu bila diserapi oleh akidah Islamiyyah yang kuat dan teguh, akan menjadikan seseorang itu bersikap baik serta tidak lagi melakukan penyelewengan terhadap perintah Allah SWT (Asming Yalawee et al. 2011). Sejarah juga telah membuktikan pembinaan peradaban Islam yang bermula di Madinah oleh Rasulullah SAW yang berjaya membuktikan dunia bahawa Islam adalah satu cara hidup yang unik dan merangkumi segenap aspek kehidupan manusia. Kesemuanya berasaskan akidah yang mantap.

Prinsip tamadun Islam merangkumi pengabdian diri kepada Allah SWT dalam seluruh kegiatan hidup, asas akidah, keluhuran nilai kemanusiaan, nilai kesucian dan keharmonian hidup serta tugas sebagai khalifah di bumi Allah SWT. Kemerosotan tamadun Islam bermula akhir abad ke-18, apabila kerajaan Uthmaniyyah Turki mulai lemah. Kerajaan yang berdiri selama 637 tahun akhirnya runtuh. Masyarakat Islam yang dijajah mulai diresapi ideologi sekular barat (Osman Bakar 2012).

Dalam al-Quran telah menceritakan kemusnahan dan kehancuran tamadun yang dibangunkan manusia yang mana hanya segolongan kecil manusia diselamatkan dan mereka kemudiannya menjadi bangsa baru yang membangunkan tamadun baru berasaskan petunjuk Allah. Pendustaan kaum ‘Ad, Thamud, Lut, Syuaib terhadap ajaran Rasul dengan perlakuan dosa, maksiat dan melakukan kezaliman di muka bumi (Ahmad Zaki 2010). Asas akidah yang kuat dan mantap amat penting dalam memastikan keutuhan peradaban Islam berlandaskan ajaran Islam. Firman Allah SWT:

َ أ َ َ أ َ َ أ َ َ أ َ َ َ أ َ َ ٗ َ َ َ َ أ َ َ َ أ ً َ َ َ وك م قصمنا ِمن قريةٖ َكنت ظالِمة وأنشأنا بعدها قوما ءاخرِين ١١

70

Nor Azizah Mustapha et al. / TAWIS (2017)

Dan berapa banyak Kami telah pecah-belahkan dan binasakan penduduk negeri yang melakukan kezaliman dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum yang lain sebagai gantinya. (al-Anbiya’ 21:11)

Tamadun atau peradaban seperti yang disarankan agama adalah berasaskan kepada akidah yang mantap dalam jiwa terutama golongan remaja, namun realiti yang berlaku, jiwa remaja yang suka kepada hiburan menjerumuskan mereka secara tidak langsung dengan masalah akidah. Kajian menunjukkan peningkatan keruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat seperti remaja terjebak kepada budaya yang tidak sihat dan hal ini menunjukkan bahawa jati diri Islam dalam kalangan remaja semakin pudar (Hashim Haji Bedu et al. 2008; Mohd Isa Hamzah et al. 2013) Terdapat golongan remaja terlibat dengan kumpulan Black Metal yang boleh merosakkan akidah yang mengakibatkan berlakunya murtad. Kegiatan kumpulan ini merupakan sesuatu yang terancang bertujuan memesongkan akidah golongan remaja Islam melalui hiburan muzik melampau yang menyelitkan di dalam lagu, senikata yang berunsurkan pemujaan kepada syaitan, menolak kewujudan Tuhan, mengamalkan seks rambang dan melakukan keganasan (Abdullah Abdul Rahman 2006). Pengaruh muzik memberikan kesan kepada jiwa remaja sehingga mendorong berlakunya gejala murtad. Kajian yang dilakukan oleh John Cheong (2012) ke atas umat Islam yang murtad, dua daripada respondennya murtad dan menerima ajaran Kristian kerana tertarik dengan muzik instrumental.

Peradaban yang ingin dibina adalah individu remaja yang mempunyai iman yang jitu serta akidah yang mantap. Oleh itu, penghayatan akidah yang tinggi perlu dititikberatkan bagi mengelakkan remaja terpengaruh dengan fahaman yang boleh merosakkan akidah (Muhamad Faiz 2012). Golongan remaja tidak terlepas dari menerima pengaruh yang amat besar ini, kerana pada peringkat ini mereka masih mencari-cari identiti diri. Tanpa pegangan agama yang kukuh, remaja akan mudah goyah dan mudah terpengaruh. Jati diri mereka akan luntur dan menyebabkan hilangnya maruah diri, agama dan bangsa (Mohd Isa Hamzah et al. 2012). Kajian melibatkan responden kajian seramai 304 orang remaja dari 12 buah pertubuhan belia di kawasan Serdang dan Hulu Langat, Selangor oleh Mohd Isa Hamzah et al. (2012) menunjukkan bahawa kegiatan keagamaan dan kerohanian didapati tidak diberi tumpuan oleh ahli-ahli pertubuhan belia. Hal ini dibuktikan dengan kurangnya aktiviti kerohanian dan keagamaan yang diikuti oleh responden yang mana hanya (51%). Sahaja yang terlibat. Kurangnya kegiatan keagamaan dan kerohanian dalam kalangan ahli-ahli pertubuhan boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada remaja di Malaysia. Oleh itu, keperluan dan penekanan kepada aktiviti yang menjurus kepada kerohanian amat relevan dengan situasi yang berlaku dalam kalangan remaja masa kini terutama dalam aspek memperkukuhkan akidah dalam diri remaja.

2.1 Definisi Akidah

Akidah ialah membenarkan sesuatu, percaya dan meyakininya tanpa sebarang syak dan ragu (Sayyid Sabiq 2000). Akidah merujuk kepada perihal keimanan, kepercayaan serta keyakinan. Akidah dan keimanan merupakan dua istilah yang mempunyai makna yang sama (Zakaria Stapa 2001). Definisi iman dan akidah menurut Sayyid Sabiq (2000) berteraskan kepada enam rukun utama yang disebut sebagai rukun iman:

i. Makrifatullah iaitu mengenal Allah, mengenal nama-nama-Nya yang mulia serta sifat-sifat-Nya yang tinggi dan dalil-dalil kewujudan-Nya serta tanda-tanda kewujudan-Nya di alam. ii. Mengenali alam ghaib iaitu alam yang tidak dapat dilihat serta kandungannya yang terdiri daripada paksi kebaikan yang diwakili oleh malaikat dan paksi kejahatan yang diwakili oleh iblis dan tenteranya iaitu syaitan. Begitu juga dengan jin dan ruh. iii. Mengenali kitab Allah SWT yang diturunkan untuk menentukan sesuatu sama ada kebenaran atau kebatilan, kebaikan atau kejahatan, halal atau haram dan baik atau buruk. iv. Mengenal nabi-nabi Allah dan rasul-rasul yang terpilih sebagai pembawa hidayah dan pemimpin makhluk ke arah kebenaran.

71

Nor Azizah Mustapha et al. / TAWIS (2017)

v. Mengenali hari akhirat dan segala perkara yang berkait dengannya seperti kebangkitan, pembalasan, balasan baik dan jahat serta syurga dan neraka. vi. Mengenali qadar iaitu ketentuan Allah yang menentukan sistem perjalanan alam sama ada dari sudut penciptaan atau pentadbiran-Nya.

Meyakini rukun Iman dengan sepenuh hati akan memperolehi ganjaran dari Allah Taala. Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 9:

َ َّ َّ َ َ َ ُ ْ َ َ ُ ْ ََّٰ َ َ أ أ َ ُّ ُ َ أ َ أ َ أ ُ أ أ َ ُ إِن ٱ َِّلين ءامنوا وع ِملوا ٱلصلِحَٰ ِت يه ِدي ِهم ربهم بِإِيمَٰنِ ِهم َترِي ِمن َتتِ ِهم ٱۡلنهَٰر ِِف َ ََّٰ جن ِت ٱ َّنلعِي ِم ٩ ٍ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.

Ketika mentafsirkan ayat ini Hamka (1984) menegaskan bahawa iman adalah kepercayaan di dalam hati, pengakuan percaya sahaja belum mencukupi sebelum dibuktikan dengan amalan soleh. Iman perlu dipupuk dan diiringi dengan amal perbuatan yang baik. Orang yang beriman dan beramal soleh tidak akan lepas dari bimbingan Tuhan dari tauhid dan hidayah Allah sehingga dia selamat dari tipu daya dunia, sampailah ke akhirat untuk masuk ke dalam syurga.

2.2 Hubungan antara Akidah, Akhlak dan Ibadah dalam Membina Masyarakat Beradab

Islam adalah agama Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW terdiri daripada iman dan amal. Iman merupakan akidah dan asas terbinanya hukum syariat Islam (Sayyid Sabiq 2000) Akidah menjadi asas utama membentuk diri manusia menjadi seorang mukmin dan Muslim. Tertakluk di bawah akidah itu iman dan Islam yang kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Islam membentuk manusia beramal ibadat dengan melaksanakan amalan fardhu berasaskan kepercayaan manusia kepada semua rukun iman (Mohd Zamir et al. 2009).

Akidah berdasarkan tiga elemen penting iaitu, adanya pegangan kuat berasaskan keyakinan, unsur ketundukan yang tulus dalam hati sanubari manusia terhadap apa yang diimaninya dan adanya unsur cetusan atau rangsangan dalaman dalam diri indidivu tersebut. Melalui iman yang teguh, seluruh perlakuan berasaskan nilai- nilai keimanan yang ada dalam diri seseorang dizahirkan sama ada dari sudut ibadah dan akhlak. Akidah bukan sekadar menjadi faktor pembeza antara 'mukmin' dan 'kafir', tetapi juga menjadi tenaga penggerak dalaman utama yang bertindak mencetus, memberangsang dan menggerakkan seluruh keupayaan mental dan fizikal manusia ke arah melaksanakan seluruh perintah Allah SWT (Mohd Fauzi 2002).

Pembinaan peradaban remaja melalui akidah amat penting agar tidak tergelincir sama ada menerusi amalan ataupun tindakan. Akidah merupakan aspek penting yang tidak boleh diabaikan sama sekali terutama dalam memantapkannya dalam kalangan remaja. Perlakuan moral negatif dalam kalangan generasi masa kini berpunca dari permasalahan akidah. Krisis atau kemelut moral masyarakat masa kini seperti penzinaan, pembuangan bayi, rogol dan penagihan dadah adalah berpunca daripada krisis pegangan akidah dan keimanan (Zakaria 2001). Jika pendidikan jauh dari akidah Islam dan dari bimbingan agama serta hubungan dengan Allah, maka pastinya anak itu akan membesar dalam dunia kejahatan dan penyimpangan dan berkembang di atas kesesatan dan ateisme. Bahkan dia akan membiarkan jiwanya dikendalikan oleh hawa nafsu (Abdullah Nasih Ulwan 1992) Pemantapan pegangan akidah dalam diri setiap remaja Islam perlu dititik beratkan. Membina peradaban remaja haruslah dimulakan dengan memantapkan akidah mereka sebagai benteng dalam menghadapi 72

Nor Azizah Mustapha et al. / TAWIS (2017) cabaran dan liku-liku kehidupan yang dibawa oleh peradaban moden masa kini. Dalam Islam, akidah adalah teras setiap tindakan dan diterima pakai sebagai satu cara hidup. Ini kerana pengetahuan mengenai akidah manusia dan keupayaan untuk memahami ajaran akidah yang ikhlas mampu mempengaruhi tingkah laku (Ahmad Munawar et al. 2011). Disinilah pendekatan dakwah yang sesuai iaitu melalui pendekatan dakwah targhib dan tarhib perlu diimplimentasi kepada setiap generasi bagi membina satu peradaban yang berlandaskan akidah yang mantap.

3. Pendekatan Dakwah

Pendekatan dakwah, metodologi dakwah, uslub dakwah, manhaj dakwah, approach, cara dakwah dan kaedah dakwah di bawah satu pengertian yang sama. Pendekatan atau metodologi dakwah bererti ilmu yang bersifat kajian dan sistematik mengenai cara dakwah terdiri dari dua komponen iaitu isi kandungan yang hendak disampaikan kepada sasaran dan cara untuk menyampaikan ajaran tersebut yang disebut metodologi atau pendekatan (Ab. Aziz Mohd Zin 2001). Terdapat beberapa elemen yang mempunyai kaitan dengan pemantapan akidah iaitu melalui pendekatan dakwah yang berkesan. Tiga asas utama pendekatan dakwah sepertimana firman ٍ:Allah SWTٍmelalui surah al-Nahl ayat 125

َ أ أ َ أ ُ َٰ َ َ ل َ أ َ َ أ َ أ َ َ َ َ َ َ َٰ أ ُ َّ َ أ َ ُ َّ َ َّ َ ٱدع إَِل سبِي ِل ربِك ب ِٱۡلِكمة ِ و ٱلمو ِعظة ِ ٱۡلسن ةِ وج ِدلهم ب ِٱل ِت ِِه أحسنۚ إِن ربك َ َ ُ َ أ َ ُ َ َ َّ َ َ َ ُ َ أ َ ُ أ ُ أ َ َ هو أعلم بِمن ضل عن سبِيلِه ِۦ وهو أعلم ب ِٱلمهت ِدين ١٢٥ Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.

Sayyid Qutb (2000) telah mentafsirkan bahawa al-Quran telah meletakkan dakwah dan dasar-dasarnya iaitu dakwah kepada agama Allah. Dakwah hendaklah dilakukan dengan cara yang bijaksana dan memberikan perhatian yang teliti terhadap suasana dan keadaan sasaran dakwah. Dakwah juga perlu dilakukan dengan pengajaran yang baik dan meresap di dalam hati secara halus dan menembusi perasaan manusia dengan lemah lembut. Pendekatan ini mampu menjinakkan hati yang liar dan buas.

Manakala Hamka (1983) mentafsirkan ayat di atas merupakan ajaran Allah SWT kepada Rasulullah SAW tentang cara menyampaikan dakwah atau seruan kepada manusia agar mereka berada di jalan Allah iaitu agama yang benar (ad-dinul Haqq). Menurut Wahbah Al-Zuhaily (2011) ayat ini sebagai asas dakwah kepada agama Allah. Dalam ayat ini Allah SWT menyuruh Rasul-Nya menyeru manusia ke jalan Allah dengan menggunakan tiga cara iaitu dengan hikmah kebijaksanaan, nasihat serta anjuran yang baik dan berdebat dengan cara yang baik.

Pendekatan dakwah targhib dan tarhib memberi pengaruh yang besar kepada jiwa golongan yang kedua iaitu golongan orang awam yang tidak berpendidikan tinggi. Golongan ini jiwanya, persediaan dan kemampuan berfikir mereka lemah yang mana amat suka kepada perkara-perkara yang dapat ditanggapi dengan pancaindera. Pendekatan maw'izah al-hasanah iaitu dengan dalil yang lebih menjurus kepada menggerakkan perasaan halus, sentimen dan fitrah semulajadi paling sesuai bagi mereka (Syed Abdurahman 2005). Dalam hal ini menurut Syed Abdurrahman (2005) dalam syariah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pelbagai keadaan, pelbagai bentuk kejiwaan dan pelbagai sikap yang diambil. Bentuk targhib dan tarhib sama ada penyelesaian kepada masalah dan juga bentuk gembira dan ancaman kerana adanya perkaitan dengan jiwa manusia. Jiwa yang gemarkan kepada kebaikan perlu didorong dengan targhib manakala jiwa yang gemar kepada kemungkaran perlu disekat dengan amaran serta menakutkan mereka dengan akibat perbuatan mungkar. Targhib menggesa dan mendorong

73

Nor Azizah Mustapha et al. / TAWIS (2017) seseorang supaya melakukan ibadat kerana melalui ibadat boleh menghalang sifat keji dan mungkar. Firman Allah SWT surah Ali-Imran: 104.

ُ أ َ أ َ ُ ل ُ أ َّ ّٞ َ أ ُ َ َ أ َ أ َ َ ُ ُ َ أ َ أ ُ َ َ أ َ أ َ َ أ ُ َ وِلكن ِمنكم أمة يدعون إَِل ٱۡلۡي ِ ويأ مرون ب ِٱلمعرو ِف وينهون ع ِن ٱلمنك ِر َ ُ ْ ََٰٓ َ ُ ُ أ ُ أ ُ َ وأولئِك هم ٱلمفلِحون ١٠٤ Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Ayat di atas menunjukkan kecemerlangan dan keistimewaan generasi didikan Rasulullah SAW. Sayyid Sabiq (2000) menjelaskan pendekatan Rasulullah SAW dalam menanamkan akidah dalam hati umatnya. Kejayaan baginda dalam menyedarkan minda dan membangkitkan fitrah umatnya iaitu membawa mereka daripada penyembahan berhala dan kesyirikan kepada aqidah tauhid yang diisi dengan keimananan dan keyakinan. Baginda juga berjaya membentuk satu generasi yang berbangga dengan iman dan berpegang teguh dengan kebenaran. Generasi didikan Rasulullah SAW seumpama matahari kepada dunia dan penyembuh penyakit manusia keseluruhannya. Di sini menunjukkan pentingnya akidah dimantapkan dalam membendung kelemahan akidah yang menyebabkan berlakunya kelemahan dalam semua perkara yang berkait dengan individu, keluarga, masyarakat dan negara seterusnya dalam segala aspek kehidupan (Sayyid Sabiq 2000).

Pendekatan dakwah yang berkesan amat penting dalam menangani tekanan yang dihadapi oleh golongan remaja. Proses dakwah yang bersesuaian kepada golongan ini adalah secara berhikmah pendekatan yang sesuai dan berhikmah yang dekat dengan jiwa remaja kerana jiwa remaja yang memerlukan sokongan, semangat, inspirasi dan motivasi untuk berubah ke arah yang lebih baik dan lebih berjaya (Noor Amila et al. 2017; Fariza Md Sham 2010). Pendekatan dakwah dengan gaya yang menarik dan sesuai dengan sasaran dakwah amat penting memandangkan latar belakang sasaran dakwah. Keberkesanan dakwah bergantung kepada pendekatan yang digunakan oleh pendakwah bersesuaian dengan suasana dan keadaan sekaligus dapat membuka penutup hati dan akal sasaran dakwah (Syed Abdurahman 2005).

Islam dikaitkan dengan dua makna iaitu, terhadap teks (nas) wahyu itu sendiri sebagai menjelaskan agama (din) Allah dan terhadap amal manusia sehubungan dengan keimanan dan penerimaan secara menyeluruh terhadap nas-nas tersebut (Said Hawwa 1999). Semua peringkat masyarakat berperanan dalam pemeliharaan akidah dalam memastikan penganut agama sentiasa patuh dan taat pada akidah Islam. Dalam konteks ini, antara langkah yang mesti dilaksanakan dalam pemeliharaan agama antaranya melalui amalan beragama, pelaksanaan segala syiar Islam menerusi kerja-kerja dakwah dan tazkirah seterusnya membendung pencemaran akidah melalui amar makruf nahi munkar, menghapuskan bid’ah, mencegah murtad dan berjihad di jalan Allah (Jasni 2016).

4. Pendekatan Dakwah Targhib dan Tarhib dalam Memantapkan Akidah Remaja

Permasalahan akidah berkait rapat dengan keagamaan seseorang. Permasalahan yang berkaitan dengan keagamaan adalah sesuai menggunakan pendekatan dakwah untuk menyelesaikannya. Pendekatan dakwah targhib dan tarhib bersumberkan al-Quran berasaskan kejiwaan dan keagamaan amatlah bersesuaian untuk golongan orang awam. Pendekatan ini dilihat dapat membantu remaja dalam mengukuhkan akidah. Pendekatan targhib dan tarhib merupakan ciri-ciri penting dari manhaj al-Quran dalam membaiki kehidupan masyarakat. Menurut Al-Asbahani (1993) targhib bermaksud dorongan dalam melakukan kebaikan dan menyukainya serta menerangkan keinginan kepada pahala dalam melaksanakan perkara sunat dan fardhu. Manakala tarhib pula ialah ancaman diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang, dibenci serta perbuatan yang mengaibkan. 74

Nor Azizah Mustapha et al. / TAWIS (2017)

Al-Qaradawi (1989) pula memberikan maksud taghrib ialah menggalakkan manusia melaksanakan ibadah kepada Allah Taala, melakukan kebaikan, beramal soleh, berakhlak mulia, dan melaksanakan segala perkara yang diperintahkan Allah Taala dalam kitab-Nya dan melalui lidah Rasulullah SAW serta memimpin manusia ke arah tersebut dengan dorongan ingin mendapatkan apa yang telah dijanjikan Allah Taala daripada balasan yang baik serta limpahan pahala di dunia dan akhirat. Manakala tarhib membawa maksud, menakutkan orang ramai dari menjauhi diri daripada Allah Taala, mensia-siakan fardu-fardu-Nya, cuai dalam menunaikan hak-hak Allah SWT serta hak-hak hambaNya dengan melakukan perkara yang ditegah Allah Taala daripada perbuatan jahat dan keji dalam apa jua bidang kehidupan. Menarik manusia supaya tidak melanggar batas-batas Allah dengan cara penggerunan melalui perkara yang disediakan oleh Allah kepada sesiapa yang menderhakai dan, menyalahi manhaj-Nya dengan azab di dunia dan akhirat (al-Qaradawi 1989).

Imam Ghazali telah meletakkan satu bahagian yang khusus berkaitan dengan targhib dan tarhib. Fasal ini dinamakan dengan ‘Motivasi dan Pendorong untukٍBeribadat’ (al-Ghazali 1989). Targhib dan tarhib termasuk dalam kategori motivasi yang mendorong manusia untuk melaksanakan suruhan Allah dan juga menjauhi segala larangan Allah. Motivasi dengan perasaan takut (al-Khauf) dan harapan (al-Raja’) amat penting dalam membina peradaban remaja masa kini. Firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 30:

َ َ أ َ أ َ َ ل َ ٗ أ َ َ َّ َّ َ َ َ َّ َ َ َ أ َ َ َ أ َ َ أ َّ فأقِم وجهك لِ ِلي ِن حن ِيفاۚ فِطرت ٱّلل ِ ٱل ِت فطر ٱنلاس عليهاۚ َّل تب ِديل ِۡلل ِق ٱّلل ِۚ َ َ َ ل ُ أ َ ل ُ َ َ َّ أ َ َ َّ َ َ أ َ ُ َ ذَٰلِك ٱ ِلين ٱلقيِم ولَٰ ِكن أكَث ٱنلا ِس َّل يعلمون ٣٠ (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut- pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Menurut Said Hawwa (2005) dengan melaksanakan amal perbuatan yang mempengaruhi jiwa manusia akan menyembuhkannya daripada pelbagai penyakit seterusnya mendorong jiwa untuk meninggalkan perbuatan keji dan mungkar. Oleh itu, remaja yang mengalami kecelaruan emosi dari pelbagai pengaruh yang boleh menyelewengkan akidah boleh dimantapkan akidah mereka melalui pendekatan targhib dan tarhib. Pendekatan dakwah ini membuktikan bahawa naluri ke arah keburukan akan dapat disingkirkan seterusnya dapat menyuburkannya ke arah kebaikan dan manfaat kepada diri remaja. Hal ini amat bersesuaian dalam membina peradaban Islam dalam kalangan remaja.

Kemantapan akidah pada jiwa seseorang dan iman yang ada dalam hatinya akan menentukan kualiti istiqamahnya kepada ajaran Allah. Targhib merupakan satu galakan untuk melakukan ibadah kerana melalui ibadahlah boleh menghalang sifat keji dan mungkar dalam diri seseorang individu. Said Hawwa (2005) melalui kitabnya Al-Mustakhlas fi Tazkiyah al-Anfus menyatakan bahawa batas akhir dalam taklif ilahi (tanggungjawab Allah SWT) adalah tauhid. Oleh itu, kemaslahatan individu dan masyarakat tidak dapat diraih kecuali dengan penyucian jiwa iaitu melalui amal perbuatan. Bagi mencapai matlamat dan tujuan untuk mencapai maqam keimanan dan akhlak Islam, Said Hawwa telah menyenaraikan amal perbuatan yang boleh menghidupkan akidah dan memberikan kesan bagi jiwa iaitu; solat (surah al-Ankabut 29: 45) zakat dan infak (surah al-Layl 92: 17-18), puasa (surah al-Baqarah 2: 183) haji (surah al-Hajj 21: 32, al-Baqarah 2: 197), membaca al-Quran (surah al- Anfal 8: 2) zikir (surah al-Ra’d 13: 28), tafakkur (surah Ali ‘Imran 3: 190-191) mengingati mati (surah al- Jumu’ah 62: 8) muraqabah, muhasabah, mujahadah dan mu’aqabah (surah al-Anbiya’ 21: 47, al-Dhariyat 51: 55) amar makruf nahi mungkar dan jihad (surah Ali ‘Imran 3: 104, al-Ma’idah 5: 35). Dorongan dalam melaksanakan amal perbuatan ini dinyatakan oleh Allah dengan jelas dalam surah-surah tersebut. 75

Nor Azizah Mustapha et al. / TAWIS (2017)

Pendekatan yang disarankan oleh Said Hawwa merupakan pendekatan dakwah dalam konteks untuk membina satu peradaban Islam. Dorongan atau motivasi menuju ke arah kebaikan mengikut syariat Islam dinamakan targhib sebaliknya motivasi yang bertujuan menjauhkan manusia dari keburukan dan menghindarkan manusia dari melakukan perbuatan yang dilarang oleh Islam adalah tarhib. Matlamatnya bagi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat iaitu dengan beriman kepada Allah, melaksanakan perintah Allah serta menjauhi larangannya (Ahmad Asmadi & Mohd Najib 2003).

Pendekatan yang menggabungkan antara pujukan dan penggerunan (targhib dan tarhib), uslub penceritaan, membawa perumpamaan, peringatan dengan janji baik dan janji buruk. Penggunaan targhib dan tarhib memberi pengaruh yang besar kepada jiwa manusia. Perumpamaan dan penceritaan yang ada kaitan dengan persekitaran dan kehidupan seharian mereka amat mempengaruhi diri manusia (Syed Abdurahman 2005) Tabiat manusia sentiasa memerlukan kedua-dua unsur targhib dan tarhib. Targhib terdapat dalam kebajikan, anjuran melaksanakannya, menjelaskan pahala bagi pelakunya dan juga balasan di dunia dan di akhirat. Sementara tarhib mengenai bahaya jenayah dan juga menjelaskan akibat buruk daripada jenayah tersebut sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Nabi SAW telah memberikan panduan dalam mendidik manusia dengan menggunakan kaedah memberi ganjaran dan hukuman. Teknik memberikan ganjaran pahala dan dosa ini adalah diantara kaedah untuk mengukuhkan akidah seterusnya dapat memotivasikan manusia untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Pendekatan dakwah targhib dan tarhib tidak dapat dipisahkan dalam penyampaian dakwah ini banyak disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan dikembangkan oleh Rasulullah dalam hadis-hadis baginda. Melalui pendekatan targhib dan tarhib, semua naluri yang membawa kepada keburukan akan dapat disingkirkan. Sebaliknya akan menyuburkan naluri dan boleh membawa kepada kebaikan dan manfaat (Ahmad Asmadi & Mohd Najib 2003).

5. Kesimpulan

Kesimpulannya, peradaban yang berasaskan kepada akidah yang mantap kepada Allah merupakan faktor terpenting dalam menentukan kekuatan umat dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang bertamadun. Akidah yang utuh menjadikan sesuatu bangsa semakin maju dan terhindar dari gejala kemerosotan nilai dan moral. Tamadun yang dibina tanpa agama dan nilai moral adalah suatu tamadun yang pincang yang tiada nilai peradabannya. Peradaban yang terbina melalui akidah yang utuh ini perlulah sentiasa di bajai dan diperkukuhkan melalui pendekatan dakwah targhib dan tarhib. Pendekatan yang berasaskan al-Quran dan sunnah ini haruslah dijadikan panduan dalam pendidikan dakwah kepada masyarakat kerana akidah yang mantap dapat diperkukuhkan ke dalam jiwa remaja. Ini merupakan satu pendekatan yang boleh diguna pakai kepada remaja untuk membina satu generasi yang mempunyai tamadun dan peradaban dalam konteks acuan peradaban Islam.

Rujukan

Al-Quran. Ab. Aziz Mohd Zin. 2001. Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Abdullah Abdul Rahman. 2006. Black metal : unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam. Jurnal Penyelidikan Islam 19:143-52. Ahmad Asmadi Sakat dan Mohd Najib Abdul Qadir. 2003. Metode al-targhib dan al-tarhib dan teori motivasi Barat: Pelaksanaannya dalam konteks dakwah serantau. Dlm. Zulkiple Abd. Ghani Anuar Puteh & H.A Yaakob Matondang (pnyt.). Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, hlm. 75-96. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Munawar Ismail, Mohd Yusof Hj. Othman & Jawiah Dakir. 2011. The development of human behaviour: Islamic approach. Jurnal Hadhari 3(32):103-16.

76

Nor Azizah Mustapha et al. / TAWIS (2017)

Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros. 2015. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS). Edisi ke-3. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Al-Asbahani, Abi al-Qasim Ismail ibn Muhammad ibn al-Fadhil al-Jauzi. 1993. Kitab Al-Targhib Wa Al-Tarhib. Jilid 1. Kaherah: Dar al-Hadith. Al-Qaradawi, Yusuf bin ’Abd Allah. 1989. Al-Muntaqa Min Kitab Al-Taghrlb Wa Al-Tarhib Li Al-Minzirl. Dubai: Al-Ahllia P.Press. Al-Sabiq, Sayyid. 2000. Al-`Aqaid Al-Islamiyyah. Al-Qahirah: al-Fath lil ’Ilam al-Arabi. Al-Zuhaily, Wahbah. 2011. Al-Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al- Shari‘ah Wa Al -Manhaj. Beirut: Dar al-Fikr al-Muasir. Amirah Ismail, Nurul Pasihah Hassan & Siti Syazwani Salleh Mohd Isa Hamzah Mohd Aliff Mohd Nawi Jamil Ahmad Ab Halim Tamuri. 2012. Keberkesanan pertubuhan belia dalam menyemai jati diri Islam. Malaysian Journal of Youth Studies 7:93-104. Cheong, John. 2012. The socio-religious identity and life of the Malay Christians of Malaysia. Trinity International University. Fariza Md. Sham. 2005. Tekanan emosi remaja Islam. Jurnal Islamiyyat 27(1): 3-24. Fariza Md Sham. 2010. Pendekatan psikologi dakwah dalam menangani masalah tekanan emosi remaja: Fokus kepada memberi perhatian dan kasih sayang. Jurnal Al-Hikmah 2:107-17. Fariza Md Sham & Azyyati Mohd Nazim. 2015. Pendekatan psikologi dakwah dalam menangani remaja berisiko: Fokus pendekatan bimbingan jiwa. Jurnal Hadhari 7(72): 63-73. Farooqui, Jamil. 2011. Civilization in an Islamic perspective. Journal of Islam in Asia 1: 409-26. Hall, Stanley G. 1904. II Adolescence: Its Psychology and Its Relations to Physiology, Anthro- Pology, Sociology, Sex, Crime, Religion, and Education. Volume 2. New York: D. Appleton and Company. Hamka. 1984. Tafsir Al- Azhar. Indonesia: Yayasan Nurulislam. Hashim Haji Bedu, Khairulhelmi Katip, Mohd Fahmi Mohd Sahid & Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor. 2008. Keruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam keluarga; isu dan cabaran. Seminar Kaunseling Keluarga 51-62. Hawwa, Sa`id. 2005. Mustakhals-Fi-Tazkyat Al-Anfus. Kaherah: Dar al-Salam. Jasni bin Sulong. 2016. Pemeliharaan akidah islam : analisis daripada sudut penguatkuasaan. Jurnal Afkar 18:1- 34. Mohd Isa Hamzah, Mohd Aliff Mohd Nawi, Jamil Ahmad, Ab Halim Tamuri, Amirah Ismail, Nurul Pasihah Hassan & Siti Syazwani Salleh. 2013. Keberkesanan pertubuhan belia dalam menyemai jati diri Islam. Malaysian Journal of Youth Studies 9: 91-106. Mohd Zamir Bahall, Hasnan Kasan & Khairul Anwar Mastor. 2009. Majalah hiburan: Aspek membina dan merosakkan dari sudut aqidah. Jurnal Penyelidikan Islam 22: 205-24. Muhamad Faiz Ismail, Ab. Halim Tamuri & Kamarul Azmi Jasmi. 2012. Pengaruh elemen Islam liberal terhadap aqidah pelajar sekolah menengah kebangsaan: Satu tinjauan awal. Dlm. International Conference on Research in Islamic and Arabic Language Education 2012, hlm. 289-99. Noor Amila Abdul Halim, Fariza Md Sham & Mohamed Hamdan Abdullah. 2017. Pendekatan motivasi dalam menangani tingkah laku remaja berisiko. Jurnal Masyarakat 5(1): 29-33. Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad. 2012. Modul Pengajian Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Edisi ke-7. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Rohana Tan & Norhasni Zainal Abidin. 2014. Akidah, akhlak dan hubungannya dengan tingkah laku belia di institusi pengajian tinggi. Jurnal Ilmu Pendidikan dan Pengajaran 1(1): 64-79. Sayyid, Qutb. 2000. Tafs’ir F’i Zilal Al-Qur’an, Terj. Kota Bharu: Dian Darul Naim Sdn. Bhd. Syed Abdurahman bin Syed Hussin. 2005. Pendekatan targhib dan tarhib dalam penyampaian dakwah. Jurnal Usuluddin 21: 117-38. Ulwan, Abdullah Nasih. 1992. Tarbiyatul Awlad Fi Al-Islam. Jilid 1. Kaherah: Dar al-Salam li al-Thoba’ah wa al- Nashr. Zakaria Stapa. 2001. Akidah & Akhlak Dalam Kehidupan Muslim. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

77

78

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Keperluan Sabar Sebagai Elemen Kecerdasan Spiritual dalam Pembentukan Personaliti Menurut Perspektif Hadis

Suriani Sudia, Fariza Md Shamb,c a Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, 43000, Kajang, Selangor, MALAYSIA b Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, MALAYSIA c Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Personaliti Islam merupakan asas kepada tamadun Islam. Sebuah negara yang bertamadun adalah sesebuah negara yang masyarakat di dalamnya memiliki personaliti yang mulia dan murni. Ia terbina daripada modal insan yang baik dan kecerdasan spiritual adalah antara komponen utamanya. Penekanan terhadap aspek spiritual perlu diutamakan memandangkan spiritual berfungsi sebagai pembentuk kehidupan seseorang yang berperanan dalam menggerak, memberhenti atau memperelokkan perbuatannya. Keperluan kepada kecerdasan spiritual hakikatnya telah lama dibincangkan oleh sumber utama Islam al-Quran dan hadis serta sarjana muslim seperti al-Ghazali serta Uthman Najati. Sarjana psikologi Muslim telah membentuk satu konsep kecerdasan spiritual menurut Islam dengan merujuk kepada al-Quran dan Hadis. Oleh itu, kajian ini membincangkan antara elemen penting dalam kecerdasan spiritual iaitu sabar daripada perspektif al-Quran dan Hadis Kajian ini menggunakan kaedah analisis secara tematik iaitu dengan mengenal pasti ayat al-Quran dan hadis-hadis yang berkaitan dengan sabar. Hasil kajian mendapati sabar merupakan antara elemen penting dalam menentukan tahap kecerdasan spiritual seseorang seterusnya menjadi asas kepada pembentukan personalitinya.

Kata Kunci: Kecerdasan spiritual; hadis; elemen; sabar; personaliti

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

79

Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

1. Pengenalan

Personaliti merujuk kepada perkataan Arab ‘sahsiah’ atau ‘akhlak’ yang dimiliki oleh seseorang. Perkataan akhlak berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud budi pekerti, perangai, tingkah laku (tabiat) dan adat kebiasaan (Rohizan et al. 2012). Akhlak inilah yang menentukan keterampilan dan sikap individu itu sendiri. Akhlak menunjukkan tentang keadaan jiwa individu tersebut. Dari dalam jiwa akan terbit semua perbuatan dengan sendirinya. Maka untuk memahami tingkah laku manusia kita harus memahami watak jiwa (personaliti) manusia kerana jiwa itulah yang menggerakkan tingkah lakunya. Akhlak adalah salah satu daripada cabang iman dan ibadah. Oleh itu, tidak sempurna iman dan ibadah seseorang tanpa perlakuan yang baik bersama dengan akhlak (al-Ghazali 1988). Untuk itu, personaliti yang dimaksudkan adalah keperibadian, perangai, tingkah laku atau perwatakan seseorang yang terhasil dari formula dalaman dan luaran individu yang secara umumnya memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif seseorang individu sehingga dapat menampilkan ciri-ciri keperibadian tersendiri yang boleh membezakannya daripada orang lain (Fariza et al. 2013).

Sebagaimana dibincangkan sebelum ini, personaliti dari segi Islam adalah merujuk kepada akhlak seseorang. Al-Quran banyak menyentuh akan kepentingan akhlak di dalam ayat-ayatnya antaranya:

َّ َ ُ ُ َ َّ َّ ٓ َ َّ َّ ٓ َ أ َ َٰ َ أ َ أ َ َ أ َ َ َ َّ َ َّ ُ ُ ُّ ٱ َِّلين ين ِفقون ِِف ٱلِسا ِء و ٱلَّضا ِء و ٱلك ِظ ِمني ٱلغيظ و ٱلعافِني ع ِن ٱنلا ِ س و ٱّلل َيِب أ أ ٱل ُمح ِسنِ َني ١٣٤ Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara- perkara yang baik. (Ali ‘Imran 3:134) Seterusnya;

َ َ َ َ أ َ أ َ َ َ ُ َ َ َّ ل َ ُ أ َ أ َّ َ أ َ ُ َ َ َّ َ أ َ َ َ َ أ َ ُ َ َ َ ّٞ وَّل تستوِي ٱۡلسنة وَّل ٱلسيِئة ۚ ٱدفع ب ِٱل ِت ِِه أحسن فإِذا ٱ َِّلي بينك وبينه ۥ عدَٰوة َ َ َّ ُ َ ٌّ َ ّٞ كأنه ۥ و ِِل َحِيم ٣٤ Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Fussilat 41:34)

Hadis-hadis baginda SAW juga banyak yang menekankan tentang akhlak.

Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga, maka baginda pun menjawab: Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.

(Tirmizi. Kitab al-Birr wa al-Silah ‘an Rasulillah. Bab Ma Ja’a fi Husni al-Khuluq. No 1927)

80

Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

Dari Abu Darda` ia berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan daripada akhlak yang baik, dan sesungguhnya orang yang berakhlak baik akan mencapai darjat orang yang berpuasa dan sembahyang.

(Tirmizi. Kitab al-Birr wa al-Silah ‘an Rasulillah. Bab Ma Ja’a fi Husni al-Khuluq. No 1926).

Ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas menerangkan betapa pentingnya akhlak yang baik pada individu muslim. Maka apa yang boleh dirumuskan di sini adalah personaliti merupakan antara aspek penting yang perlu ditekankan oleh setiap individu bagi menyerlahkan nilai kognitif, efektif dan tingkah lakunya sewaktu berinteraksi dengan persekitaran. Personaliti juga punya kaitan yang erat dengan kecerdasan spiritual di mana menurut al-Ghazali (1998) dan (1994), jiwa adalah antara empat elemen yang membentuk spiritual seseorang selain al-qalb (hati), al-ruh (roh) dan al-‘aql (akal) dan jiwa itu sendiri merupakan penentu kepada personaliti seseorang (al-Ghazali 1988).

Hakikat kejayaan sesebuah bangsa adalah dilihat pada kemajuan tamadun dan peradabannya. Personaliti Islam merupakan asas kepada tamadun Islam. Sebuah negara yang bertamadun adalah sesebuah negara yang masyarakat di dalamnya memiliki personaliti yang mulia dan murni. Maka di dalam kertas kerja ini, penulis akan mengupas sabar sebagai elemen kecerdasan spiritual yang mana ia berperanan dalam pembentukan personaliti seseorang.

2. Metodologi Kajian

Penulis telah menjalankan kajian kualitatif secara analisa kandungan dengan menggunakan kaedah tematik. Di dalam kajian ini, penulis akan mengumpulkan hadis-hadis yang mempunyai kaitan dengan sifat sabar dan disertakan dengan penjelasan serta syarahan terhadap hadis-hadis tersebut.

3. Perbincangan Hasil Kajian

Pada bahagian ini penulis akan mulai dengan perbincangan berkaitan kecerdasan spiritual dan seterusnya elemen-elemen kecerdasan spiritual yang berkaitan dengan sabar yang diambil dari hadis-hadis yang telah ditemakan.

3.1 Kecerdasan Spiritual

Para sarjana Islam telah memberikan maksud kepada kecerdasan spiritual. al-Ghazali (1998) dan (1994) dalam menghuraikan maksud spiritual, beliau menjelaskan bahawa di sana ada empat eleman yang membentuk spiritual seseorang iaitu al-qalb (hati), al-ruh (roh), al-nafs (jiwa) dan al-‘aql (akal). Imam al-Ghazali (1998) telah mengklasifikasikan al-nafs kepada beberapa peringkat bermula dari yang bersifat al-nafs al-ammarah hinggalah kepada peringkat hati yang tenang lagi suci bersih yang dinamakan sebagai al-nafs al-mutmainnah. Pada tahap ini rasa cintanya kepada Allah mendorongnya sentiasa melakukan kebaikan dan mengajak orang lain ke arah kebaikan. Keinginannya untuk menyelamatkan manusia lain dari dosa dan kemurkaan Allah begitu tinggi sehingga mendorongnya menjadi seorang pendakwah yang sentiasa berjuang untuk menegakkan kalimah Allah. Peringkat inilah yang ditafsirkan sebagai spiritual yang sangat cerdas.

Ibn Sina (2009) pula membahagikan al-nafs kepada tiga bahagian. Jiwa tumbuh-tumbuhan, jiwa haiwan dan jiwa insan. Jiwa tumbuh-tumbuhan adalah sebagai kesempurnaan awal bagi tubuh di mana ia daya nutrisi, daya pertumbuhan dan daya reproduktif. Jiwa ini dikatakan ada pada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jiwa haiwan pula terdiri dari dua daya iaitu daya penggerak (syahwat, emosi) dan daya persepsi (penglihatan, pendengaran, imaginasi, fantasi dan memori). Jiwa insaniah pula mencakup jiwa-jiwa yang khusus buat manusia. Ia juga dinamakan sebagai jiwa rasional yang menisbahkan semua fungsi kepada akal. Jiwa ini mempunyai dua 81

Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017) daya iaitu daya akal praktis dan daya akal teori. Daya akal praktis cenderung mendorong manusia untuk memutuskan perbuatan yang mahu dilakukan atau ditinggalkan, di mana kita boleh menyebutnya perilaku moral. Manakala daya akal teori adalah daya akal potensi dan akal bakat (Ibn Sina 2009). Maka jiwa insan inilah yang dikategorikan sebagai jiwa yang cerdas.

Manakala Najati (1992) menafsirkan kecerdasan spiritual sebagai kematangan emosi dan sosial. Iaitu kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan sekitarnya, mampu untuk menanggung tanggungjawab dan berdepan dengan pelbagai masalah. Menjalani hidup dengan penuh reda dan bahagia dan bermakna. Najati juga menyamakan kecerdasan spiritual ini sebagai al-nafs al-mutmainnah.

Maka kecerdasan spiritual yang dimaksudkan di sini adalah kemampuan dalam berfikir, mengerti, memahami, sentiasa positif dan bertindak secara cepat dan sempurna dalam berinteraksi dengan persekitaran dan dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan. Ia merupakan kualiti dalaman manusia yang berhubungan langsung dengan Allah. Ia bersifat dalaman, non material, hal-hal yang berkaitan kerohanian, bukan jasmani, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, secara khususnya adalah berkaitan dengan jiwa, ruh, hati, akal dan sifat insan. Ia juga merupakan aspek maknawi yang tersimpan di dalam diri manusia yang dapat menghubungkannya dengan individu yang lain dan dapat membantu manusia menyesuaikan diri dengan situasi kehidupan.

3.2 Kecerdasan Spiritual dan Kehidupan Manusia

Dalam pembentukan personaliti manusia, Rasulullah SAW sangat memberatkan aspek spiritual dan ruhani dan menegaskan bahawa baiknya seseorang itu bermula dengan baiknya spiritual yang berada di dalam iaitu al-qalb. Perkara ini jelas dalam hadis baginda SAW yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir di bawah:

Dan ketahuilah bahawa dalam setiap tubuh ada segumpal darah yang apabila baik maka baiklah tubuh tersebut dan apabila rosak maka rosaklah tubuh tersebut. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.

(Bukhari. Sahih Bukhari Kitab al-Iman. Bab Fadlu Man Istabra’a Dinihi. No hadis 52)

Menurut al-Nawawi (1989), hati berfungsi sebagai pembentuk kehidupan seseorang. Ia berperanan dalam usaha menggerak, memberhenti atau memperelokkan perbuatannya. Beliau menjelaskan lagi bahawa hati yang baik adalah hati yang sentiasa ingat akan kebesaran Allah SWT, mematuhi perintahnya, menjaguhi larangannya serta menjaguhi perkara syubhat kerana takut terjatuh kepada yang haram. Jelas dari hadis ini bahawa nabi menegaskan bahawa baiknya seseorang itu bermula dengan baiknya al-nafs yang berada di dalam diri manusia iaitu al-qalb. Nabi SAW juga menekankan betapa perlunya seseorang itu menjaga serta memelihara hatinya atau spiritualnya untuk mendapatkan peribadi yang baik dan cemerlang.

Islam amat mengambil berat akan spiritual dan rohani setiap muslim. Pertamanya kerana Allah telah mengaitkan pembangunan, perkembangan dan jatuh bangunnya seseorang malah sesebuah masyarakat dengan hati dan spiritual mereka. Perkara ini jelas di dalam ayat-Nya:

َ ُ ُ َ ل َ ّٞ ل َ أ َ َ أ َ أ َ أ َ أ َ ُ َ ُ أ َ أ َّ َّ َّ َ َ ُ َ ل ُ َ لۥ معقِبَٰت ِم ۢن ب ِني يديهِ و ِمن خلفِه ِۦ َيفظونه ۥ ِمن أم ِر ٱّلل ِه إِن ٱّلل َّل يغ ِۡي ما َ َ َ أ َ َّ ُ َ ل ُ ْ َ ُ أ َ ٓ َ َ َّ ُ َ أ ُ ٓ ٗ َ َ َ َ َّ َ ُ َ َ َ ُ ل بِقو ٍم ح َٰت يغ ِۡيوا ما بِأنف ِس ِهمه ِإَوذا أراد ٱّلل بِقو ٖم سوءا فٗل مرد لۚۥ وما لهم ِمن ُ َ د ونِهِۦ ِمن وا ٍل ١١

82

Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan- Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya. (al-Ra’d 13:11)

Oleh kerana itulah, perkara pertama yang mahu diubah oleh al-Quran adalah spiritual dan jiwa-jiwa orang Arab jahiliyah iaitu akidah dan pegangan mereka. Oleh kerana itulah juga, ayat-ayat al-Quran yang turun ketika fasa dakwah Rasulullah SAW di Mekah adalah bermatlamatkan kepada pengukuhan spiritual yang berteraskan akidah dan tauhid kepada Allah. Spiritual yang diperkukuh akidah tauhid merupakan langkah pertama untuk melakukan perubahan pada diri manusia yang akhirnya akan melahirkan kekuatan spiritual yang hebat yang bukan setakat mengubah dirinya sendiri malah mampu mengubah manusia, kehidupan dan alam seluruhnya (Najati 1992).

3.3 Sabar sebagai Elemen Kecerdasan Spiritual

Sabar dikatakan sebagai menahan diri dari rasa gelisah, cemas dan amarah, menahan lidah dari keluh kesah dan menahan anggota badan dari kekacauan. Dengan perkataan lain, sabar juga boleh dikatakan sebagai thabat iaitu mempunyai jiwa yang kuat untuk menanggung kepayahan dan berdepan dengan kejatuhan dan ia merupakan satu bentuk kekuatan jiwa dan spiritual (Miskawaih 2011). Menurut al-Ghazali (1406H) sabar terbahagi kepada dua bentuk. Pertama adalah sabar pada jasad dan badan iaitu menanggung kesusahan pada badan dan tetap bertahan padanya iaitu dalam bentuk perbuatan seperti mengerjakan perbuatan yang sukar sama ada ia adalah ibadat ataupun bukan, atau pun dalam bentuk menanggung kepayahan seperti sabar atas kesakitan yang teruk, luka parah dan seumpamanya. Perkara yang tersebut akan jadi sabar yang terpuji apabila ia bertepatan dengan agama dan syarak. Adapun bentuk yang kedua iaitu sabar yang bersifat dalaman iaitu sabar pada tuntutan hawa nafsu dan kehendak tabiat. Manakala menurut Ibn Qayyim (1993) dan Najati (1992) sabar terbahagi kepada tiga bentuk dan jenis. Sabar yang pertama adalah sabar dalam mentaati Allah, dalam melakukan ibadah dan menjalankan tanggungjawab syariat. Bentuk sabar yang kedua adalah sabar dari melakukan maksiat dan keinginan syahwat, dari dunia dan kelazatannya yang sementara manakala jenis sabar yang bentuk yang ketiga adalah sabar atas ujian yang menimpa. Manakala al-Jurjani (t.t) pula mentakrifkan sabar sebagai tidak mengadu domba kepada selain Allah dalam berhadapan dengan musibah.

Sifat sabar adalah sifat istimewa orang mukmin. Mukmin yang sempurna sentiasa bersabar ketika dalam kepayahan maka ia akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat (Mustafa 1987). Seorang yang sabar akan meletakkan dirinya dalam keadaan reda. Maka tatkala itu ia menukarkan keburukan kepada nikmat dan ujian kepada pemberian di mana di sana terdapat ganjaran pahala dan pengakhiran yang baik (al-Hilali 1997). Kerana itu baginda SAW memuji orang mukmin yang sabar dengan sabdanya;

َع ْنٍ ُص َه ْي بٍ َقا َلٍ َقا َلٍٍ َر ُسو ُلٍٍ ٍََّّللاٍِ َصلَّىٍ ََّّللاٍٍُ َع َل ْي ِهٍٍ َو َسلَّ َمٍ َع َجبًاٍ ِِلَ ْم ِرٍٍا ْل ُم ْؤ ِم ِنٍٍ ِإ َّنٍٍأَ ْم َرهٍٍُ ُكلَّهٍٍُ َخ ْي رٍٍ َو َل ْي َسٍٍذَا َكٍٍ ِِلَ َح دٍٍإِ ََّّلٍٍ ِل ْل ُم ْؤ ِم ِنٍ إِ ْنٍٍأَ َصابَتْهٍٍُ َس َّرا ُءٍٍ َش َك َرٍٍ َف َكا َنٍٍ َخ ْي ًراٍ َلهٍٍُ َوإِ ْنٍٍ أَ َصابَتْهٍٍُ َض َّرا ُءٍٍ َصبَ َرٍٍ َف َكا َنٍٍ َخ ْي ًراٍ َلهٍُ

Maksudnya: Dari Suhaib telah berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sungguh menakjubkan urusan bagi orang mukmin. Semua urusannya adalah baik baginya. Hal itu tidak dimiliki seorang pun selain orang mukmin. Apabila mendapat 83

Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

kesenangan, ia bersyukur maka yang demikian itu baik baginya dan bila tertimpa musibah, ia bersabar maka yang demikian itu juga baik baginya.

(Muslim. Kitab Zuhud wa al-Raqaiq. Bab al-Mukmin Kulluhu Khayr. No hadis 5318)

Hadis di atas juga mengandungi galakan kepada mukmin supaya bersabar apabila ditimpa musibah. Apabila ia ditimpa musibah, ia sabar dan mengharapkan pahala Allah serta menanti jalan keluar dari Allah maka itulah tanda-tanda iman (Ibn ‘Uthaimin 1426H).

َع ْنٍأَ َن ِسٍ ْب ِنٍ َما ِل كٍ َر ِض َيٍ ََّّللاٍُ َع ْنهٍُ َقا َلٍ َم َّرٍال َّنبِ ُّيٍ َصلٍَّىٍ ََّّللاٍُ َع َل ْي ِهٍ َو َسلَّ َمٍبِا ْم َرأَة ٍ تَ ْب ِكيٍ ِع ْندٍَ َق ْب رٍ َف َقا َلٍاتَّ ِقيٍ ََّّللاٍَ َوا ْصبِ ِريٍ َقا َل ْتٍإِ َل ْي َكٍ َعنِ يٍ َفإِنَّ َكٍ َل ْمٍتُ َص ْبٍبِ ُم ِصي َبتِيٍ َو َل ْمٍتَ ْع ِر ْفهٍُ َف ِقي َلٍ َل َهاٍإِنَّهٍُالنَّبِ ُّيٍ َصلَّىٍ ََّّللاٍُ َع َل ْي ِهٍ َو َسلَّ َمٍ َفأَتَ ْتٍبَا َبٍال َّنبِ يٍِ َصلَّىٍ ََّّللاٍُ َع َل ْي ِهٍ َو َسلَّ َمٍ َف َل ْمٍتَ ِج ْدٍ ِع ْندَهٍُبَ َّوا ِبي َنٍ َف َقا َل ْتٍ َل ْمٍأَ ْع ِر ْف َكٍ َف َقا َلٍإِ َّن َماٍال َّص ْب ُرٍ ِع ْندٍَال َّص ْد َم ِةٍٍ ا ِْلُو َلى Maksudnya: Dari Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah berjalan melalui seorang wanita yang sedang menangis di sisi kubur. Maka baginda SAW berkata: “Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah”. Wanita itu berkata: “Kamu tidak mengerti keadaan saya, karena kamu tidak mengalami musibah seperti yang aku alami”. Wanita itu tidak mengetahui jika yang menasihati itu adalah Nabi SAW. Lalu beliau diberitahu: “Sesungguhnya orang tadi adalah Nabi SAW dengan spontan wanita tersebut pergi ke rumah Nabi SAW namun dia tidak menemuinya. Setelah bertemu dia berkata; “Maaf, tadi aku tidak mengetahui kamu”. Maka baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya sabar itu pada saat pertama datang musibah.”

(Bukhari. Kitab al-Jana’iz. Bab Ziarah al-Qubr. No hadis 1223)

Hadis ini mengaitkan sabar dengan takwa di mana sifat tidak sabar menafikan takwa. Sabar yang dipuji adalah sabar tatkala mendapat atau mendengar musibah. Adapun kiranya sabar selepas lama berlaku musibah, ia tidak ada makna sabar di situ kerana kesabaran itu tidak datang pada masanya. Inilah salah satu syarat sabar iaitu ikhlas dan tidak mengadu dan mempersalahkan Allah (al-Hilali 1997). Inilah martabat sabar yang sempurna iaitu sabar ketika dan saat menerima berita dan musibah (al-Nawawi 1996). Menurut Ibn ‘Uthaimin (1426H) pula, sabar yang diganjarkan pahala adalah sabar pada saat pertama ia menerima kejutan atau musibah.

أَبَاٍ ُه َر ْي َرةٍَيَقُو ُلٍ َقا َلٍ َر ُسو ُلٍ ََّّللاٍِ َصلَّىٍ ََّّللاٍُ َع َل ْي ِهٍ َو َس َّل َمٍ َم ْنٍيُ ِر ْدٍ ََّّللاٍُبِ ِهٍ َخ ْي ًراٍيُ ِص ْبٍ ِم ْنٍهٍُ

Maksudnya: Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa di kehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya.”

(Bukhari. Kitab al-Marda. Bab Ma Ja’a fi Kafarah al-Marda. No hadis 5213)

Hadis ini bermaksud bagi mereka yang Allah kehendaki kebaikan baginya maka ia akan diuji. Maka jika ia sabar, kebaikan lah baginya. Sesungguhnya ujian itu menghapuskan dosa-dosa dan penghapusan dosa-dosa adalah satu kebaikan buat manusia (Ibn ‘Uthaimin 1426H).

َع ْنٍأَبِيٍ َما ِل كٍا ِْلَ ْشعَ ِر يٍِ َقا َلٍ َقا َلٍ َر ُسو ُلٍ ََّّللاٍِ َصلَّىٍ ََّّللاٍُ َع َل ْي ِهٍ َو َسلَّ َمٍٍ:...ٍال َّص ْب ُرٍ ِضيَا ءٍٍ

84

Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

Maksudnya: Dari Abi Malik al-Asy’ari berkata, Rasulullah SAW bersabda: Kesabaran adalah sinar. (Muslim. Kitab al-Taharah. Bab Fadl al-Wudu’. No hadis 328)

ِضيَا ءٍ Hadis ini pula menjelaskan kelebihan sabar di mana orang yang sabar itu sentiasa bersinar dan bercahaya itu sendiri bermaksud cahaya yang kuat. Sifat sabar akan menyingkap kepayahan dan kegelapan (al-Hilali 2014, adalah cahaya yang kuat dan cahaya yang membakar ِضيَا ءٍ Mustafa 1987). Menurut Ibn Rajab (2001) pula seperti cahaya matahari.

َع ْنٍأَبِيٍ َس ِعي دٍا ْل ُخ ْد ِر يٍِ َر ِض َيٍ ََّّللاٍُ َع ْنهٍُإِ َّنٍنَا ًساٍ ِم ْنٍا ِْلَ ْن َصا ِرٍ َسأَلُواٍ َر ُسو َلٍ ََّّللاٍِ َصلَّىٍ ََّّللاٍُ َع َل ْي ِهٍ َو َسلٍَّ َمٍ َفأَ ْع َطا ُه ْمٍثُ َّمٍ َسأَلُوهٍُ َفأَ ْع َطا ُه ْمٍثُ َّمٍ َسأَلُوهٍُ َفأَ ْع َطا ُه ْمٍ َحتَّىٍنَ ِفدٍَ َماٍ ِع ْندَهٍُ َف َقا َلٍ َماٍيَ ُكو ُنٍ ِع ْن ِديٍ ِم ْنٍ َخ ْي رٍ َف َل ْنٍأَدَّ ِخ َرهٍُ َع ْن ُك ْمٍ َو َم ْنٍيَ ْستَ ْع ِف ْفٍيُ ِعفَّهٍُ ََّّللاٍُ ُ َو َم ْنٍيَ ْستَ ْغ ِنٍيُ ْغنِ ِهٍ ََّّللاٍُ َو َم ْنٍ َيتٍَ َصبَّ ْرٍيُ َصبِ ْرهٍُ ََّّللاٍُ َو َماٍأ ْع ِط َيٍأَ َحد ٍ ِم ْنٍ َع َطا ءٍ َخ ْي رٍ َوأَ ْو َس ُعٍ ِم ْنٍال َّص ْب ِرٍ

Maksudnya: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a bahwa ada beberapa orang dari kalangan Ansar meminta sedekah daripada Rasulullah SAW, maka baginda memberi. Kemudian mereka meminta kembali, lalu baginda memberi. Kemudian mereka meminta kembali lalu baginda memberi lagi hingga habis apa yang ada pada baginda. Kemudian baginda bersabda: “Apa-apa kebaikan (harta) yang ada padaku, sekali-kali tidaklah aku akan sembunyikannya dari kalian semua.” Namun barangsiapa yang menahan diri dari meminta-minta, maka Allah akan menjaganya dan barangsiapa yang meminta kecukupan maka Allah akan mencukupkannya dan barangsiapa yang mensabar-sabarkan dirinya maka Allah akan memberinya kesabaran. Tidak ada satu pemberian yang diberikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih melapangkan dada daripada kesabaran.

(Muslim. Kitab al-Zakah. Bab Fadl al-Ta’affuf wa al-Sabr. No hadis 1745) (Bukhari, Kitab al-Zakah. Bab al-Isti’faf ‘an al-Masalah. No hadis 1376: Kitab al-Riqaq. Bab al-Sabr ‘an Maharim Allah. No hadis 5989)

Al-Nawawi (1996) menjelaskan bahawa hadis ini antaranya mengandungi galakan supaya sabar dalam menghadapi kesempitan dan kepayahan dalam hidup dan juga ujian dunia. Hal sedemikian adalah kerana seseorang itu apabila ia sabar ia akan tahan menanggung segala perkara. Bila diuji kepayahan ia sabar. Bila diuji syaitan dengan perbuatan yang haram ia sabar. Apabila ia diuji syaitan untuk tidak melakukan suruhan Allah ia sabar. Kalau ia disakiti oleh manusia ia sabar. Pendek kata ia sabar dalam semua ujian yang dihadapi. Maka kesabaran ini akan memberikan ketenangan dan kerehatan dalam jiwanya. Inilah maksud hadis ini (Ibn Uthaimin 1426H). Dalam mensyarahkan hadis ini, al-Hilali (2014), beliau menjelaskan bahawa hadis ini menerangkan berkaitan sifat-sifat yang mulia antaranya sifat sabar dan menggalakkan agar melatih diri dengan sifat-sifat tersebut. Hal ini menjelaskan bahawa sifat-sifat tersebut boleh dilatih hingga wujud dalam diri.

Kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang nabi dalam menyampaikan dakwah kepada kaumnya adalah antara kesabaran yang perlu dicontohi. Hadis di bawah ini menceritakan bagaimana cara nabi tersebut berhadapan dengan kaum yang jahil dengan kemaafan dan tolak ansur dan tidak membalas seperti mana ia diperlakukan. Hadis ini mengajak agar meneladani sikap nabi tersebut di mana baginda tetap mendoakan dan memhon ampun buat mereka atas tindakan yang telah mereka lakukan (Mustafa 1987).

85

Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

قا َلٍ َع ْبدٍُ ََّّللاٍِ َكأٍَنِ يٍأَ ْن ُظ ُرٍ ِإ َلىٍالنَّبِ يٍِ َصلَّىٍ ََّّللاٍُ َع َل ْي ِهٍ َو َسلَّ َمٍ َي ْح ِكيٍ َنبِيًّاٍ ِم ْنٍا ِْلَ ْن ِبيَا ِءٍ َض َربَهٍُ َق ْو ُمهٍُ َفأَ ْد َم ْوهٍُ َو ُه َوٍيَ ْم َس ُحٍالدَّ َمٍ َع ْنٍ َو ْج ِه ِهٍ َو َيقُو ُلٍاللَّ ُه َّمٍا ْغ ِف ْرٍ ِل َق ْو ِميٍ َفإِنَّ ُه ْمٍ ََّلٍ َي ْع َل ُمو َنٍ

Maksudnya: Abdullah berkata; Sepertinya aku melihat Nabi SAW sedang bercerita tentang seorang Nabi diantara para nabi yang dipukuli oleh kaumnya hingga berdarah-darah sambil baginda mengusap darah yang mengalir dari wajah baginda lalu bersabda: “Ya Allah, ampunilah kaumku karena mereka orang-orang yang belum mengerti”.

(Bukhari. Kitab Ahadith Anbiya’. Bab Hadith al-Ghar. No hadith 3218)

Dalam memperkatakan tentang sabar, al-Quran ada menyebut di dalam surah Ali ‘Imran:

َ ََٰٓ ُّ َ َّ َ َ َ ُ ْ أ ُ ْ َ َ ُ ْ َ َ ُ ْ َ َّ ُ ْ َّ َ َ َ َّ ُ أ ُ أ ُ َ يأيها ٱ َِّلين ءامنوا ٱص ِِبوا وصابِروا ورابِطوا و ٱتقوا ٱّلل لعلكم تفلِحون ٢٠٠

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan kepertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali ‘Imran 3: 200) Ibn al-Qayyim (1993) menjelaskan bahawa ayat ini menampakkan tingkatan-tingkatan sabar. Tingkatan paling rendah adalah sabar dan yang paling tinggi dipanggil sebagai al-ribat. Asal maksud al-ribat adalah ikat. Maka maksudnya di dalam ayat ini adalah mereka yang berjaga dengan mengikat kuda-kuda mereka menjaga menutup ruang dari ancaman musuh. Maka golongan ini mentaati perintah untuk berjaga dengan kesabaran yang sangat tinggi. Al-ribat juga disebutkan di dalam sebuah hadis;

َع ْنٍأَبِيٍ ُه َر ْي َرةٍَأَ َّنٍ َر ُسو َلٍ ََّّللاٍِ َصلَّىٍ ََّّللاٍُ َع َل ْي ِهٍ َو َسلَّ َمٍ َقا َلٍأَ ََّلٍأَدُلُّ ُك ْمٍ َع َلىٍ َماٍ َي ْم ُحوٍ ََّّللاٍُبِ ِهٍا ْل َخ َطايَاٍ َو َي ْر َف ُعٍبِ ِهٍالدَّ َر َجا ِتٍ َقالُواٍبَ َلىٍيَاٍ َر ُسو َلٍ ََّّللاٍِ َقا َلٍإِ ْسبَا ُغٍا ْل ُو ُضو ِءٍ َع َلىٍا ْل َم َكا ِر ِه ٍ َو َكثْ َرةٍُا ْل ُخ َطاٍإِ َلىٍا ْل َم َسا ِج ِدٍ ٍ َوا ْنتِ َظا ُرٍال َّص ََلةٍِبَ ْعدٍَال َّص ََلةٍِ َفذَ ِل ُك ْمٍ ال ِ ربَا ُطٍ

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Maukah kalian untuk aku tunjukkan atas sesuatu yang dengannya Allah menghapus kesalahan-kesalahan dan mengangkat derajat?” Mereka menjawab, “Tentu, wahai Rasulullah.” Beliau bersabda: “Menyempurnakan wudu’ pada sesuatu yang dibenci (seperti keadaan yang sangat dingin), banyak berjalan ke masjid, dan menunggu solat berikutnya setelah solat. Maka itulah ribat.”

(Muslim. Kitab al-Taharah. Bab Fadl Isbagh al-Wudu’. No hadis 369)

86

Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017)

Al-ribat yang disebut di dalam hadis bermaksud menutup ruang di dalam hati agar tidak diserang oleh syaitan dan melakukannya dengan penuh kesabaran (Ibn al-Qayyim 1993). Dalam hadis yang lain pula baginda SAW melarang dari sifat tergesa-gesa ataupun tidak sabar.

َع ْنٍ َخبَّا ِبٍ ْب ِنٍا ِْلَ َر ِتٍ َقا َلٍ َش َك ْونَاٍإِ َلىٍ َر ُسو ِل ٍ ََّّللاٍِ َصلَّىٍ ََّّللاٍُ َع َل ْي ِه ٍ َو َسلَّ َمٍ َو ُه َوٍ ُمتَ َو ِ سد ٍبُ ْردَةًٍ َلهٍُفِيٍ ِظ ِ لٍا ْل َك ْعبَ ِةٍ َفقُ ْلنَاٍأَ ََّلٍتَ ْستٍَ ْن ِص ُرٍ َلنَاٍأَ ََّلٍتَ ْد ُعوٍ َلنَاٍ َف َقا َلٍ َق ْدٍ َكا َنٍ َم ْن ٍ َق ْب َل ُك ْم ٍيُ ْؤ َخذُ ٍال َّر ُج ُل ٍ َفيُ ْح َف ُر ٍ َلهُ ٍفِي ٍا ِْلَ ْر ِض ٍ َفيُ ْجعَ ُل ٍفِي َها ٍ َفيُ َجا ُء ٍبِا ْل ِم ْن َشا ِرٍ َفيُو َض ُع ٍ َع َلى ٍ َرأْ ِس ِه ٍ َفيُ ْجعَ ُل ٍنِ ْص َف ْي ِن ٍ َويُ ْم َش ُط ٍبِأَ ْم َشا ِط ٍا ْل َح ِدي ِد ٍ َما ٍدُو َن ٍ َل ْحٍ ِم ِهٍ َو َع ْظ ِم ِهٍ َف َماٍيَ ُصدُّهٍُذَ ِل َكٍ َع ْنٍ ِدينِ ِهٍ َو ََّّللاٍِ َليَ ِت َّم َّنٍ َهذَاٍا ِْلَ ْم ُرٍ َحتَّىٍيَ ِسي َرٍال َّرا ِك ُبٍ ِم ْنٍ َص ْنعَا َءٍإِ َلىٍ َح ْض َر َم ْو َتٍ ََّلٍ َي َخا ُفٍإِ ََّّلٍ ََّّللاٍَ َوال ِذ ئْ َبٍ َع َلىٍ َغ َن ِم ِهٍ َو َل ِك َّن ُك ْمٍتَ ْستَ ْع ِجلُو َنٍ

Maksudnya: Dari Khabbab bin Al Arat mengatakan, kami pernah mengadu penderitaan kepada Rasulullah SAW yang ketika itu baginda beralaskan kain panjangnya di naungan Ka'bah. Maka kami mengadu; Tidakkah engkau meminta pertolongan untuk kami? Tidakkah engkau berdoa untuk kami? Maka baginda bersabda; Sungguh sebelum kalian ada orang yang ditangkap kemudian digalikan lubang baginya dan ia ditimbus disana, lantas didatangkan gergaji dan diletakkan di kepalanya, sehingga kepalanya terbelah menjadi dua, dan ada yang disikat dengan sikat besi sehingga memisahkan tulang dan dagingnya namun semua siksaan itu tidak memalingkannya dari agamanya. Demi Allah perkara ini akan sempurna sehingga seorang penunggang bergerak dari San’a’ hingga Hadramaut dan ia tidak khuatir selain kepada Allah dan serigala yang akan menerkam kambingnya. Akan tetapi kalian ini orang yang suka tergesa-gesa.

(Bukhari. Kitab al-Ikrah. Bab Man Akhtara al-Darb wa al-Qatl wa al-Hawan ‘ala al-Kufr. No hadis 6430)

4. Rumusan dan Implikasi Kajian

Hasil yang didapati dari kajian di atas jelas menunjukkan hubungan antara kecerdasan spiritual dengan pembangunan personaliti seseorang sangat berkait rapat. Islam sangat menitik beratkan aspek spiritual dan menegaskan bahawa baiknya seseorang itu bermula dengan spiritualnya. Spiritual berfungsi sebagai pembentuk kehidupan seseorang malah jatuh bangunnya sesebuah masyarakat adalah bermula dari hati dan spiritual anggotanya. Hasil kajian mendapati sabar merupakan antara elemen penting dalam menentukan tahap kecerdasan spiritual seseorang seterusnya menjadi asas kepada pembinaan personaliti individu. Ini kerana seorang yang sabar hakikatnya bertindak mengikut kepada iman dan takwa yang ada dalam dirinya.

Rujukan

Bukhari, Abu Abdullah Muhammad b. Ismail b. Ibrahim al-Mughirah. 1992. Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiah. Fariza Md.Sham, Salasiah Hanin Hamjah & Mohd. Jurairi Sharifudin. 2013. Personaliti Dari Perspektif al- Ghazali. Bangi: Penerbit UKM. Al-Ghazali Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. 1998. Ihya’ Ulum al-Din. Jil 3. Kaherah: Dar al-Hadis. al-Ghazali Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. 1994. Majmu’ah Rasa’ilal-Imam al-Ghazali. Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiah.

87

Suriani Sudi & Fariza Md. Sham / TAWIS (2017) al-Ghazali Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad.1988. Ihya’ Ulum al-Din. Terj Prof TK H.Ismail Yakub MA- SH. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd. Al-Hilali Abu Usamah Salim bin ‘Aid. 1997. Bahjah al-Nazirin Syarh Riyadh al-Salihin. Riyadh: Dar Ibn Jawzi. Ibn Hajar al-‘Asqalani Ahmad bin ‘Ali. 1986. Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Rayyan li al- Turath. Ibn Jawzi, Abdul Rahman bin ‘Ali bin Muhammad. 1404H. Zad al-Muyassar fi ‘Ilm al-Tafsir. Beirut: al-Maktab al-Islami. Ibn Rajab Al-Hanbali Zainuddin Abd.al-Rahman bin Ahmad bin Rajab. 2004. Jami’ ‘Ulum wa al-Hikam. Kaherah: Dar al-Salam. Ibn Sina. 2009 . Ahwal an-Nafs: Risalah fi Nafs wa Baqa’iha wa Ma’adiha (terj.) Psikologi Ibn Sina. Bandung: Pustaka Hidayah. Ibn al-Uthaimin Muhammad bin Saleh bin Muhammad. 1426H. Syarah Riyad al-Salihin. Riyadh: Dar al-Watan li al-Nasyr Ibn al-Uthaimin Muhammad bin Saleh bin Muhammad. 2004. Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah. Riyadh: Dar al- Thurayya. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Abi Bakr 1993. Mukhtasar Madarij al-Salikin. Iskandariyah: Dar Da’wah. Muhammad Uthman Najati. 1992. al-Hadith al-Nabawi wa ‘Ilm al-Nafs. Beirut, Lubnan: Dar al-Shuruq. Muslim, Abu al-Husin Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairiy al-Naysaburi. 1955. Sahih Muslim. Istanbul: al-Maktabah al-Islamiyyah. Mustafa Sa’id al-Khan et.al. 1987. Nuzhah al-Muttaqin Syarh Riyadh al-Salihin. Beirut: Muassasah al-Risalah. Al-Nawawi. Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya bin Sharaf. 1996. Al-Minhaj Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi. Kaherah: Dar al-Salam. Al-Nawawi. Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya bin Sharaf. 1989. Hadis Empat Puluh. Terj. Mustafa Abdul Rahman. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar. Rohizan Ya, Ab. Halim Tamuri, Mohd Musnizam Jaafar, Khairul Najah Abd Rahim, & Mohd Hishamuddin Abd Hamid. 2012. Peranan Guru Pendidikan Islam Menerusi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Membentuk Kemenjadian Individu Murid Yang Berakhlak. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

88

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Peranan Ulama dalam Tuntutan Kemerdekaan di Kelantan

Farid Mat Zaina, Izziah Suryani Arshada, Azmul Fahimi Kamaruzamana, Mohd Fazmie Deramana

a Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Penglibatan ulama dalam kemerdekaan negara kurang diketengahkan dalam penulisan dan kajian. Bahkan ada sesetangah kajian menafikan peranan yang dilakukan ulama dalam perjuangan kemerdekaan, di samping ia dinilai sebagai penderhaka dan pemberontak. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengetengahkan isu tersebut dengan memberi perhatian kepada peranan ulama Kelantan dalam perjuangan kemerdekaan Malaysia. Penulisan dimulakan dengan meneliti sejarah campur tangan British di negeri Kelantan, kemudian menghuraikan pengaruh yang mendorong ulama Kelantan melakukan penentangan. Dengan menggunakan kajian kualitatif berteraskan kajian sejarah dan analisis kandungan, data kajian ini dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Manakala analisis dilakukan menggunakan pendekatan tematik dan deskriptif. Kajian ini mengetengahkan wujud penentangan ulama Kelantan terhadap British di samping tuntutan kemerdekaan tanah air yang dilaksanakan dalam bentuk. Tindakan pihak British dalam pelaksanaan dasarnya dilihat menindas dan menzalimi masyarakat Kelantan. Ini sekaligus telah menimbulkan ketegangan yang membawa kepada penentangan tersebut

Kata Kunci: Ulama Kelantan; perjuangan; merdeka

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Kelantan, sejak dahulu lagi terkenal dengan jolokan ‘Serambi Mekah’. Jolokan yang diberikan kerana ia merupakan salah satu pusat pengajian Islam yang terkemuka di Nusantara khususnya pada abad ke-19M. Pondok pengajian wujud di merata tempat di Kelantan di bawah bimbingan alim ulama yang mahir dalam pelbagai aspek ilmu agama. Justeru, kelantan telah menjadi tumpuan para pelajar dari setiap pelusuk Nusantara. Ulama Melayu Kelantan mempuyani hubungan yang erat dengan ulama Melayu Patani, Jawa dan Sumatera di Mekah al- Mukaramah. Oleh sebab hubungan yang erat itu maka penduduk-penduduk di Kelantan dapat mengetahui perkembangan yang berlaku di Timur Tengah dengan baik, khususnya tentang Empayar Turki Uthmaniyyah yang menjadi kuasa politik Islam pada masa itu, dengan cepat dan terkini.

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

89

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

Selepas kejatuhan Kerajaan Patani ke tangan Siam pada tahun 1902M, Kelantan telah menjadi benteng Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Oleh sebab itu, Shaykh Ahmad al-Fatani telah berpesan kepada ulama- ulama Melayu Kelantan supaya mempertahankan Kelantan daripada terjatuh ke tangan kuasa asing yang boleh menjejaskan peranannya sebagai negeri ‘Serambi Mekah’ di Nusantara. Peringatan Shaykh Ahmad al-Fatani telah dipegang kukuh oleh ulama-ulama serta pendokong pejuang Islam Melayu Kelantan (Nik Anuar 2005).

Apabila British menguasai Kelantan pada tahun 1909M, pondok dan masjid menjadi pusat gerakan pembebasan. Pada peringkat awal, penentangan terhadap kehadiran British bersifat pasif dan non-kompromi. Walau bagaimanapun, ia bertukar corak apabila Kerajaan Islam Turki Uthamniyyah memihak kepada Jerman dalam peperangan Dunia Pertama dan mengisytiharkan jihad terhadap British serta sekutu-sekutunya. Pihak British cuba menyekat gerakan pro-Turki di Kelantan dengan mengeluarkan enakmen melarang sesiapa daripada menyatakan sokongan terhadap kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Malah, Sultan dan pembesar-pembesar Kelantan telah diminta memberi jaminan bahawa orang-orang Melayu Kelantan akan memihak kepada kerajaan British dalam peperangan tersebut. Dalam suasana tersebut, pada bulan mei 1915M, kebangkitan menentang penjajah British tercetus di Pasir Puteh di bawah pimpinan Haji Mat Hassan atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut (Nik Anuar 2005).

Kebangkitan Tok Janggut atau dikenali juga sebagai kebangkitan Pasir Puteh 1915 dirujuk kerajaan Kelantan sebagai Kebangkitan Penderhaka. Oleh sebab dalam semua notis yang dikemukakan, mencatatkan bahawa mereka yang terlibat dalam kebangkitan tersebut dirujuk menimbulkan huru hara dan menderhaka kepada sultan. Walaupun begitu, sifatnya yang dirujuk kerajaan Kelantan, Kebangkitan Tok Janggut 1915, bukan menentang kerajaan Kelantan atau menderhaka, tetapi menentang penjajah British. Tok Janggut seringkali menengaskan adalah tanggungjawab menentang penjajah asing di Kelantan dan bukannya menetang kerajaan atau menderhaka (Abdullah Zakaria 2013).

Kajian seperti ini adalah penulisan sejarah yang diberikan oleh kolonial. Kolonial yang menerang dan memperjelaskannya. Tidak hairanlah kalau semua cerita mengenai ulama Melayu Kelantan adalah cerita mengenai pemberotakan dan keganasan kerana sampai hari ini pun, kebangkitan Islam menentang Barat ditafsirkan sebagai pelampau dan penganas. Malah lebih malang lagi ada segelintir pengkaji Melayu yang kurang arif telah mengiakan kenyataan tersebut. Hal ini sudah semestinya amat malang bagi kita sekiranya ia tidak diperbetulkan pandangan tersebut dan sekaligus peranan yang dilakukan oleh ulama Melayu lupus ditelan zaman.

Di Malaysia, kekurangan penulisan berkenaan ulama Melayu khususnya di Kelantan dalam menuntut kemerdekaan ini juga turut diakuai oleh sebilangan pengkaji sejarah, antaranya: Abdul Rahman Abdullah (1994) menyatakan: “Dalam kes Nusantara tidak syak lagi memang banyak tercetus gerakan jihad atau gerakan anti- penjajah yang didorong oleh semangat agama. Bagaimanapun tidak banyak kajian-kajian telah dilakukan tentangnya. Kalaupun ada, kebanyakkannya bersifat umum sahaja. Dan kalaupun khusus, kebanyakannya tertumpu pada gerakan jihad di Acheh sahaja. Khsusunya di Malaysia, hampir tidak ada sama sekali kajian tentangnya.”

Manakala menurut Azmah Manaf (2012) menyatakan: “Dalam sejarah gerakan kesedaran di Tanah Melayu, gerakan terawal yang dapat dikesan ialah gerakan kesedaran yang dipelopori oleh golongan yang berpendidikan agama. Mereka ini juga yang dikenali sebagai golongan reformis Islam yang berjaya meniupkan semangat perjuangan Melayu berlandaskan Islam.”

Justeru, melihat pada kenyataan di atas, timbul persoalan, apakah benar Ulama Kelantan terlibat secara langsung dalam menuntut kemerdekaan. Bagaimanakah bentuk penentangan atau perjuangan yang dilakukan oleh ulama Kelantan dalam menuntut kemerdekaan dan apakah pencapaian yang dicapai oleh ulama Kelantan dalam menuntut kemerdekaan.

90

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

2. Sejarah Campur Tangan British di Kelantan

British merupakan sebuah kuasa Eropah yang berjaya meluaskan kekuasaannya di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu. British telah mengisytiharkan pelbagai dasar untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Tanah Melayu termasuk dasar pendidikan British. Sejarah campur tangan British di negeri Kelantan bermula apabila mereka menyedari bahawa Kelantan perlu diletakkan di bawah pentadbiran British kerana kuasa Eropah yang lain mula bersaing bagi meluaskan kekuasaan masing-masing di wilayah tersebut. Justeru, pihak British melaksanakan pelbagai usaha bagi mencapai impian sama ada melalui tipu muslihat mahupun perjanjian. Ekoran daripada itu, melalui perjanjian antara British-Siam 1902 dan satu lagi perjanjian telah ditandatangani antara British dengan Siam pada tahun 1909 menyaksikan Kelantan secara rasmi diserahkan oleh Siam kepada British. Dengan perjanjian ini, bermulalah pentadbiran British di negeri Kelantan.

Walau bagaimanapun, penyerahan tersebut mendapat tentangan daripada Sultan Kelantan sendiri yang melihat penyerahan tersebut adalah tidak sah, malah menganggap negeri Kelantan bukannya di bawah taklukan Siam. Ahmad Farhan (2013) menjelaskan bahawa, Sultan Muhammad IV tidak berpuas hati dengan penyerahan tersebut kerana menurut baginda, Kelantan adalah kerajaan yang merdeka dan tidak mempunyai hubungan pentadbiran dengan Siam. Akhirnya, satu perjanjian baru termeterai pada 22 Oktober 1910 antara Sultan Muhammad dengan British, maka dengan perjanjian ini secara jelas negeri Kelantan dikuasai oleh British.

Menjelang abad ke-19M, bagi mencapaikan hasrat untuk menguasai sepenuhnya wilayah Semenanjung Tanah Melayu, dan tidak mahu wilayah ini dikuasai oleh pihak Eropah yang lain sama ada Jerman mahupun Perancis, maka British telah berusaha mengadakan pelbagai usaha antaranya melalui perjanjian-perjanjian dengan kerajaan Siam serta sultan-sultan Melayu. Maka, di sini akan diberikan penekanan terhadap perjanjian yang dibuat oleh British seperti Perjanjian Burney 1826, Perjanjian Sulit 1897, Draf Perjanjian 1902, Perjanjian Anglo-Siam 1902 dan Perjanjian Bangkok 1909 yang sangat penting dan perlu diberi perhatian bagi mengetahui sejarah campur tangan British di negeri Kelantan. Melalui perjanjian inilah Kerajaan British secara rasminya berjaya menguasai negeri Kelantan pada tahun 1909 apabila Kerajaan Siam menyerahkan kekuasaannya terhadap Kelantan kepada kerajaan British pada tahun 1909M.

2.1 Perjanjian Burney 1826 Perjanjian Burney merupakan perjanjian yang ditandatangani di antara pihak British dengan Siam pada tahun 1826. Henry Burney merupakan orang yang bertanggungjawab dalam usaha memujuk Raja Siam untuk menandatangani satu perjanjian dengan pihak British. Dengan termeterainya Perjanjian British-Siam atau Perjanjian Burney pada 20 Jun 1826, maka bermulalah hubungan diplomatik antara pihak British-Siam bagi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak di negeri-negeri Melayu Utara. Pihak British dan Siam bersetuju dengan had atau sempadan pengaruh kedua-dua belah pihak, sekaligus perjanjian ini membahagikan kawasan Semenanjung Tanah Melayu antara pihak British dan Siam (Maxwell & Gibson 1924).

Dalam perjanjian Burney 1826, pihak British membincangkan soal kedudukan negeri-negeri Melayu Utara dengan Siam. Persoalan mengenai negeri Kelantan diletakkan dalam satu artikel bersama dengan negeri Terengganu. Raja Siam menganggap kedua-dua buah negeri Melayu ini merupakan negeri naungannya kerana kedua-dua negeri ini menghantar bunga emas kepada Siam. Perjanjian Burney 1826, artikel XI menunjukkan bahawa tidak ada penyataan yang jelas mengenai taraf Kelantan dan Terengganu sebagai negeri naungan Siam, seperti penyataan yang jelas mengenai taraf Kedah dalam artikel XIII dan Perak XIV (Maxwell & Gibson 1924; Izziah Suryani 2013).

Kerajaan British dan Siam mempunyai interpretasi berbeza mengenai peruntukan dalam artikel ini. pihak British melihat bahawa artikel ini secara jelas memperuntukkan bahawa kedua-dua kuasa British dan Siam tidak boleh menyerang atau mengganggu kedua-dua buah negeri ini, dan dengan itu, ia menunjukkan bahawa kedua- 91

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017) dua negeri tersebut bukan berada di bawah kekuasaan mana-mana kuasa. Dengan sebab inilah terdapat pengkaji berpendapat bahawa pihak British berjaya mengahadkan pengaruh Siam ke atas negeri Kelantan dan Terengganu hanya kepada perhubungan melalui penghantaran Bunga Emas dan Perak sahaja (Izziah Suryani 2013).

Perjanjian Burney 1826 ditandatangani oleh British dan Siam telah memperlihatkan bahawa kesungguhan Siam untuk melaksanakan kekuasaannya keatas negeri di Tanah Melayu khususnya di Kelantan dan Terengganu. Sehingga akhir abad ke-19M, Siam tidak pernah melepaskan peluang untuk melaksanakan kekuasaan mereka ke atas Sultan Kelantan dan Terengganu (Frank Swettenham 1948). Mengikut perjanjian Burney 1826, pihak British mengakui kekuasaan Siam ke atas negeri Kelantan, ini membawa maksud British tidak boleh mencampuri hal-ehwal negeri ini tanpa persetujuan baru. Selain itu, Siam tidak seharusnya menghalang perdagangan British di negeri Kelantan (Zetimimi 1997). British mendapati kepentingan mereka di Kelantan dan Terengganu khususnya serta di negeri-negeri Melayu Utara amnya tidak mungkin dapat dicapai selagi mereka menafikan ketuanan Siam ke atas negeri-negeri tersebut. Polisi British didapati mulai berubah pada tahun 1895 mereka Sir Hugh Clifford mengejar pejuang yang lari ke wilayah Terengganu dan Kelantan. Mereka meminta kerajaan Siam menghantar wakil kerajaan Siam untuk turut membantu (Emerson 1964).

Pemerintahan Kelantan secara tegas menyatakan bahawa Kelantan adalah kerajaan merdeka dari sebarang penjajahan. Namun begitu, pihak Siam menggunakan isu Bunga Emas dan perak untuk menunjukkan Kelantan adalah di bawah pentadbirannya. Berdasarkan perjanjian Burney 1826 merujuk kepada artikel 12, dalam (C.O. 273/287/36024, 1902: 63):“Siam shall not got obstruct or interrupt commerce in the States of Tringano and Calantan. English merchants and subjets shall have trade and intercourse in future with the same facility and freedom as they have heretofore had, and the English shall not go and molest, attact, or disturb those States upon any pretence whatever.

Pihak British berjaya memujuk Siam untuk merundingkan satu konvensyen rahsia antara British dengan Siam bagi menjamin pengaruh kedua-dua pihak di Semenanjung Tanah Melayu. Pihak British bersetuju mengiktiraf tuntutan Siam ke atas negeri-negeri Melayu Utara termasuklah Kelantan dalam rundingan tersebut. Setelah mencapai kata sepakat, konvensyen rahsia tersebut telah ditandatangani pada 6 April 1897 (Izziah Suryani 2013).

2.2 Perjanjian Sulit 1897 Melalui Perjanjian Sulit 1897 ini, pihak British dan Siam bersetuju bahawa kerajaan Siam tidak akan menyerahkan mana-mana wilayahnya di Selatan Muang Bang Tapan kepada kuasa lain. British pula bersetuju membantu Siam menghalang kuasa ketiga yang cuba mendapatkan kawasan di wilayah tersebut dan pihak Siam juga bersetuju tidak akan memberi keistimewaan kepada mana-mana kuasa tanpa mendapatkan persetujuan daripada pihak British (Tom Marks 1997). Dengan cara ini, pihak British dapat meluaskan pengaruhnya ke negeri-negeri Melayu Utara tanpa menjejaskan hubungan dan kepentingannya dengan kerajaan Siam. Sebelum itu, pada tahun 1896, Perjanjian Anglo-French (C.O 273/306) ditandatangani apabila British dan Perancis sepakat menjadikan Siam sebagai negeri penampan antara pengaruh kedua-dua kuasa tersebut. Namun pihak British masih merasakan kedudukan mereka di Tanah Melayu belum begitu selamat. Peluasan pengaruh Perancis ke atas wilayah Siam dan kemasukan pengaruh Jerman menyebabkan pihak British berusaha menjamin kedudukannya di Tanah Melayu. Lebih-lebih lagi, Kerajaan Turki Uthmaniyyah melalui pihak Jerman juga berminat untuk meluaskan pengaruhnya di Siam kerana terdapat masyarakat Islam yang hidup secara minoriti di negara tersebut. Pihak British bimbang dengan potensi dan kekuatan yang dimiliki oleh masyarakat Islam di wilayah Patani. Mereka mampu melancarkan gerakan ‘sabil’ terhadap kuasa Siam apabila mendapat bantuan dari Turki Uthmaniyyah (Izziah Suryani 2013).

Ketika kuasa-kuasa besar seperti British, Rusia, Jerman, Denmark dan Perancis bersaing untuk meluaskan pengaruh masing-masing di wilayah negeri-negeri Melayu, hal ini tidak disedari oleh Raja-raja 92

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

Melayu dan mereka masih tidak menyedari apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka (Tom Marks 1997). Tidak seorang pun daripada Raja-raja Melayu tersebut mengetahui Perjanjian Rahsia 1897 yang ditandatangani oleh British dan Siam. Mereka terus memerintah negeri mereka sebagai negeri yang merdeka dan bebas membuat apa-apa keputusan tanpa perlu merujuk kepada kuasa-kuasa tersebut. Sultan atau pemerintah negeri Melayu belum menyedari persaingan kuasa-kuasa Eropah yang berusaha untuk memecahkan monopoli pengaruh British di Tanah Melayu dan begitu juga dengan usaha pihak British untuk mengekang kemaraan kuasa-kuasa Eropah tersebut. Sultan-sultan Melayu bersedia mengadakan perundingan dengan mana-mana kuasa yang berminat untuk berdagang atau mendapatkan konsesi di negeri mereka (Izziah Suryani 2013).

British selamanya diancam dengan kemungkinan pada suatu masa salah seorang daripada raja-raja negeri Melayu ini boleh dipujuk atau dipengaruhi untuk mengadakan perhubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan kuasa-kuasa lain yang melibatkan penyerahan pelabuhan atau dengan memberikan tanah untuk dimajukan. Oleh itu, kemungkinan wujud minat luar untuk campur tangan di Semenanjung Tanah Melayu oleh kuasa-kuasa lain selain dari British. Dengan sebab inilah Perjanjian tahun 1897 itu dibuat secara rahsia untuk menghalang kuasa-kuasa lain terutamanya Jerman yang telah pun mempunyai perjanjian dengan Siam (lihat Perjanjian Siam Jerman dalam C.O 273/ 346) daripada mengancam kedudukan istimewa yang diperoleh British menerusi perjanjian tersebut (Mizan 2009).

Perjanjian rahsia ini pada mulanya memuaskan hati kedua-dua belah pihak, British dan Siam. Kerajaan Siam berpuas hati apabila kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu tidak dipersoalkan dan bagi British pula, perjanjian ini mengurangkan kebimbangan terhadap kuasa-kuasa luar yang lain kerana adanya jaminan dari Siam bahawa mereka tidak akan memberikan kemudahan kepada kuasa luar lain tanpa persetujuan British. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak berpanjangan kerana timbulnya perselisihan pendapat berkenaan artikel/ fasal 11 dalam perjanjian tersebut (Mizan 2009).

British mendesak kerajaan Siam menangani situasi yang berlaku di negeri-negeri Melayu. Tekanan dari pihak British menyebabkan mereka semakin menguatkan pengaruh dan kekuasaan mereka di negeri-negeri Melayu tersebut. Kerajaan Siam serius membuktikan bahawa negeri Melayu di Utara Semenanjung berada di bawah kekuasaan mereka. Tindakan yang paling awal dikenakan ke atas Kerajaan Melayu Patani. Kekuatan ketenteraan digunakan untuk membuktikan ketuanan Siam ke atas Patani. Hal ini menjadikan penguasaan Kerajaan Siam ke atas wilayah Kerajaan Melayu Patani yang dijajah dan dipecahkan kepada tujuh wilayah, berbeza dengan penguatkuasaan kuasa mereka di negeri-negeri Melayu yang lain seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu (Izziah Suryani 2013).

Tindakan pegawai-pegawai Siam menindas rakyat, menangkap para raja dan menguatkuasakan undang- undang serta peraturan Kerajaan Siam tanpa menghiraukan sensitiviti orang Islam menyebabkan pemerintah wilayah-wilayah ini beberapa kali menghantar surat kepada pihak British memohon perlindungan British (Tom Marks 1997). Mereka tidak menyedari bahawa pihak British dan Siam terikat dengan Perjanjian Rahsia antara kedua-dua belah pihak. Mereka tidak tahu bahawa pihak British tidak akan membantu mereka kerana pihak British terikat dengan Perjanjian Rahsia dengan pihak Siam. Inilah malangnya nasib raja-raja Melayu yang tidak menyedari bahawa British dan Siam mempunyai perjanjian rahsia yang bertujuan sama-sama menjaga kepentingan masing-masing di Tanah Melayu (Izziah Suryani 2013).

2.3 Draf Perjanjian 1902 Kegagalan kerajaan Siam mengawal kegiatan sultan-sultan Melayu ini menyebabkan pihak British memberikan tekanan kepada Kerajaan Siam supaya mengawasi tindakan pemerintah Melayu yang berada di bawah pengaruh mereka. Apabila pihak Siam masih gagal mengawal perkembangan tersebut, pihak British mula mencadangkan alternatif yang boleh dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Hal ini tercatat dalam (C.O 273/287/32383, 1902): “His Siamese majesty's government fully appreciate the friendly action of his Britannic majesty's government in bringing to their notice the fact that the administration of the states of Kelantan and Terengganu is not as 93

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017) effective as it should be, and his Siamese majesty's government fully recognize their responsibilities in those states and are quite ready to enter upon the introduction of the necessary reforms.”

Perundingan diadakan antara dua pihak untuk menangani masalah yang dihadapi. Pihak British mencadangkan Kerajaan Siam menghantar penasihatnya mengawasi pemerintah Raja-raja Melayu tersebut. Bagi menjaga kepentingan pihak British, penasihat Siam yang dicadangkan itu mestilah warga British yang berkhidmat dengan Kerajaan Siam. (C.O 273/287/32383, 1902): “His Siamese majesty's government also appreciate the suggestion of his Britannic majesty's government that the services of officials of British nationality may with advantage be utilized in the work of reorganization.”

Dalam meletakkan cadangan ini ke dalam pelaksanaan, pihak Siam juga perlu memerhatikan dan menjaga berkemungkinan tidak ada sebarang ancaman yang menimpa mereka oleh sebab kedudukan dan hubungan mereka dengan kuasa lain. (C.O 273/287/32383, 1902):“In putting this suggestion into execution, His Siamese Majesty’s Government have also to keep in view and to guard againts the dengers which beset them by reason of their position and relation with other power. Hence, they are compelled to regulate their action. So that to enter upon any Treaty or Agreement, the apparent result of which would seem to give the impression of such a loss, would be not only fatal to the integrity and independence oh His Siamese Majesty’s Government but would also be prejudicial to the interest of His Britannic Majesty’s Government.”

Kedua-dua belah pihak telah merangka deklarasi dan draf Perjanjian 1902 untuk ditandatangani oleh pemerintah Kelantan dan Terengganu. Dalam draf perjanjian ini, kedua-dua belah pihak mengiktiraf negeri Kelantan dan Terengganu sebagai berada di bawah kekuasaan Siam (C.O 273/287/33761, 1902), dan pemerintah di kedua-dua negeri ini tertakluk kepada peruntukan yang terkandung dalam draf perjanjian tersebut (Izziah Suryani 2013). Hal ini seperti mana (C.O 273/287/32383, 1902): “In undertaking the reorganization of the administration of the States of Kelantan and Trengganu with the aid of officials of British nationality, these officers must be nominated and appointed by His Siamese Majesty's Government, and be solely responsible to and under the direct control of His Siamese Majesty's Government.”

Apabila persetujuan dicapai antara pihak British dan Siam, Frank Swettenham diarahkan pergi ke Kelantan dan Terengganu untuk mendapatkan tandatangan kedua-dua pemerintah negeri tersebut bagi mengelakkan berlakunya sebarang komplikasi. Frank Swettenham berjaya mendapatkan persetujuan Raja Kelantan, untuk menandatangani perjanjian yang disediakan dan bersedia menerima seorang penasihat Siam. Dengan persetujuan ini, kerajaan Kelantan mengiktiraf ketuanan Siam ke atas mereka dan W.A. Graham, Penasihat Siam bersama dengan H.W.Thompson sebagai penolong Penasihat dan seorang Pegawai Siam telah tiba di Kelantan pada 25 Julai 1903 untuk memulakan era baru dalam sejarah Kelantan (Shahril 2003).

2.4 Perjanjian Anglo-Siam 1902 Perjanjian Anglo-Siam tahun 1902 merupakan perjanjian yang menandakan bahawa akan minat British terhadap menguasai semenanjung Tanah Melayu. Tindakan British ini dilakukan melalui pelbagai cara, termasuklah tipu muslihat, seperti mana yang diakui sendiri oleh Robert Huessler (1981), Swettenham dihantar untuk mendapat tandatangan daripada Raja Kelantan (C.O 273/296/24625, 1903). Tindakan tipu muslihat British dengan menghantar Swettenham ke negeri-negeri Melayu untuk berunding dengan Siam telah memerangkap Siam yang akhirnya menandatangani perjanjian pada 6 Oktober 1902. Dengan perjanjian ini tidak ada kuasa lain dibenarkan berurusan dengan Kelantan dan Terengganu kecuali Siam. Bersesuaian dengan ini dan persefahaman rahsia lima tahun dahulu, kedua-dua negeri Melayu dikehendaki menerima penasihat untuk memastikan mereka tidak membenarkan negeri mereka berada di bawah pengaruh kuasa- kuasa lain (C.O 273/287/33761, 1902).

Selain itu, penghantaran bunga emas yang selama ini dilakukan telah dihentikan. Sultan Kelantan Raja Senik menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Siam pada bulan Disember 1902 (C.O 273/296/32667, 1903: 694). Di bawah perjanjian ini dua orang pegawai luar negeri dihantar untuk membantu Sultan Kelantan. 94

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

Dua pegawai itu ialah W. A. Graham (dari Perkhidmatan Awam Siam) dan H. W. Thompson (daripada Federated Malay States/ F.M.S) (Ismail 1960).

Perjanjian ini memberi takrifan yang jelas terhadap hak-hak Siam di negeri Kelantan, sebaliknya negeri Kelantan hendaklah menerima seorang Pesuruhjaya Residen Siam yang bertugas menasihati Sultan Kelantan dalam hal-hal pentadbiran (C.O 273/296/32667, 1903). Sejak itu, pemerintahan di negeri Kelantan dijalankan secara berpelembagaan iaitu menurut undang-undang yang digubal oleh Majlis Mesyuarat Negeri yang telah mengambil tugas Majlis Negeri dahulu. Anggota Majlis Mesyuarat Negeri ini terdiri daripada pembesar- pembesar dan penasihat bangsa British sendiri. Setelah Perjanjian Anglo-Siam tahun 1902, wujud sistem penasihat di negeri Kelantan dan hal ini memperlihatkan bahawa British telah berjaya dalam usahanya untuk campur tangan dalam pentadbiran negeri Kelantan dan menafikan kekuasaan Siam di negeri Kelantan (Mizan 2009).

Melihat kepada perjanjian Anglo-Siam 1902 yang ditandatangani antara British dengan Siam, walaupun tidak secara rasmi penguasaan British di negeri Kelantan. Namun, pihak British telah berjaya dengan menempatkan Penasihat Siam warganegara British di negeri Kelantan. Dan sekiranya Siam ingin melaksanakan sebarang perjanjian dengan kuasa Eropah yang lain, Siam perlu mendapat persetujuan daripada Kerajaan British terlebih dahulu. Kemudian penguasaan British dibuktikan lagi dengan situasi yang dialami oleh pihak Siam terpaksa menerima arahan British supaya penghantaran bunga emas dihentikan. Maka tidak dapat tidak Siam perlu mematuhi syarat yang dikemukakan oleh British dalam Perjanjian yang ditandatangani tersebut.

2.5 Perjanjian Anglo-Siam 1909 Anglo-Siamese Treaty of 1909 yang dimeteraikan di antara Kerajaan Siam bertarikh 10 Mac 1909, manakala ratifikasinya telah dilakukan di Kota London pada 9 Julai 1909. Perjanjian yang dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Inggeris-Siam 1909 atau Perjanjian Anglo-Siam 1909 telah ditandatangani di Istana Raja Siam di Kota Bangkok. Ralph Pager dilantik bagi pihak British, manakala Putera Devawongse Varoprkar mewakili Kerajaan Siam (Maxwell & Gibson 1924). Perjanjian ini adalah hasil usaha Gabenor Negeri- negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Perjanjian Bangkok 1909 telah dibuat disebabkan kerisauan British tentang khabar angin tentang rancangan saingannya Perancis untuk membina terusan melintasi Segenting Kra untuk memudahkan perjalanan antara tanah jajahannya di Indo-China dengan Eropah. Pembinaan terusan ini dirisaukan oleh British akan mengancam perdagangan British di Tanah Melayu dan kedudukan Singapura sebagai pelabuhan bebas di Asia Tenggara (Mustafa 2013).

Kebimbangan British terhadap penguasaan kuasa Eropah lain di negeri-negeri Utara Tanah Melayu semakin bertambah. Pada tahun 1901, pasukan perisikan British telah mendengar khabar angin yang ada pihak- pihak tertentu di negeri Kelantan dan Patani yang cuba mendapat sokongan Jerman di bawah Bismarck untuk membebaskan negeri-negeri tersebut daripada penjajahan Siam. Antara tahun 1899, kuasa Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat pula berusaha mendapat hak-hak kewilayahan di Negeri-Negeri Melayu Utara (Alias 1975).

Tekanan The Duff Development Company Limited melalui pengerusinya Robert William Duff, Mantan Pemangku Superitendent Polis di Pahang telah bertindak sebagai ‘pressure group’ memberi tekanan atau ugutan kepada British supaya campur tangan dalam urusan Kelantan khususnya dalam tiga objektif iaitu; Kompeni Duff bercita-cita untuk mengekalkan Kelantan dengan maksud perdagangan British melalui naungan kuasa kolonial itu; kedua, untuk mencapai cita-cita ekonomi kompeni tersebut; ketiga, strategi Long Senik untuk mendapat perlindungan British dari ancaman Siam. Sekiranya British tidak mematuhinya, kompeni tersebut akan berpaling kepada Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat (Mohd. Isa 2002).

Pemerintahan baru di negeri Kelantan seperti termaktub dalam Perjanjian 1902 walau bagaimanapun tidak memuaskan kedua-dua belah pihak antara Siam dan British. Oleh itu, dalam tahun 1907, satu rundingan baru diadakan antara kedua-dua belah pihak dan ini kemudiannya mewujudkan Perjanjian Bangkok tahun 1909 95

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

(Anglo-Siamese Treaty of 1909). Dalam perjanjian ini Kerajaan Siam bersetuju menyerahkan Kelantan dan Terengganu, Kedah, Perlis dan sebahagian kepulauan yang berdekatan kepada Kerajaan British (C.O 273/353/14339, 1909): “The Siamese Government transfers to the British Government all rights of suzerainty, protection, administration, and control whatsoever which they possess over the States of Kelantan, Tringganu, Kedah, Perlis, and adjacent island.”

Sebelum perjanjian 1909 ini ditandatangani, beberapa peristiwa telah berlaku yang membawa kepada termaktubnya perjanjian ini. Pada tahun 1907, Perjanjian antara Perancis dengan Siam telah diadakan yang mana Kerajaan Perancis telah memperoleh wilayah Timur negeri Kemboja yang mereka ingini selama ini. Sebagai tukaran Perancis telah menarik balik hak-hak keistimewaan mereka untuk menjalankan undang-undang sendiri di negeri Siam (lihat Franco-Siamese Treaty 1907 dalam C.O 273/389 Gul. 338). Ini memberi isyarat kepada Edward Henry Strobel (Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam), yang menganggap masa telah tiba bagi Siam untuk meninggalkan negeri-negeri Melayu dengan tujuan membebaskan diri daripada Perjanjian Sulit tahun 1897, iaitu “the most deplorable document Siam had ever signed”. Strobel mendapati kelemahan pentadbiran Siam di negeri-negeri Melayu sebagai ancaman yang positif kepada Siam (Mizan 2009).

Perjanjian Perancis-Siam ini telah menarik minat British yang juga mahukan agar Siam melepaskan kekuasaannya ke atas negeri-negeri Melayu sebagai tukaran dengan Perjanjian Rahsia tahun 1897 (C.O 273/389, Gul.338). Malah perjanjian tahun 1907 itu mempercepatkan perundingan antara British dengan Kerajaan Siam mengenai soal negeri-negeri Melayu tersebut. usaha ini telah dijalankan oleh Strobel mencadangkan kepada Raja Chulalongkorn supaya menyerahkan Kelantan dan Terengganu kepada British kerana yakin yang British akhirnya boleh memegang kedaulatan yang sepenuhnya di negeri-negeri tersebut (Ira Klein 1968).

Westerngard mengakui daripada tahun 1905 British tidak melakukan apa-apa terhadap Perjanjian Tahun 1909 ke atas Siam, sebaliknya kejadian-kejadian awal seperti tahun 1902 telah mencemaskan kedudukan Siam dan penetapan penasihat British telah meyakinkan Siam yang mereka harus melepaskan negeri-negeri ini (Kelantan, Terengganu dan Kedah) untuk mendapatkan kedaulatan yang sepenuhnya di tempat-tempat lain di Semenanjung dengan mengetepikan Perjanjian Rahsia tahun 1897 (Mizan 2009).

Kesediaan Siam untuk melepaskan ketiga-tiga buah negeri Melayu itu adalah hasil daripada anjuran yang telah dibuat oleh Edward Henry Strobel (Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam). Strobel telah menyatakan kepada Siam bahawa negeri-negeri itu tidak mendatangkan keuntungan kepada kedudukan Siam. Di samping itu, Kerajaan Siam mula menyedari bahawa perlantikan penasihat Siam daripada kalangan orang Inggeris di Kelantan pada tahun 1902 itu telah memberi peluang kepada cita-cita British untuk menggabungkan negeri itu ke dalam British Malaya. Lebih-lebih lagi wujudnya hubungan yang rapat antara Swettenham dengan Raja Kelantan dan Kerajaan Siam. Sebelum itu Syarikat Duff juga telah mendapat konsesi daripada Raja Kelantan pada tahun 1900 yang bekerja untuk kepentingan British di negeri Kelantan (Thamsook 1967).

Kemudian Strobel telah meyakinkan Raja Chulalongkorn dan menteri-menterinya yang penyerahan negeri-negeri itu kepada British sangatlah perlu memandangkan yang kehilangan wilayah itu tidak dapat dielakkan lagi, akan tiba suatu masa bila Siam terpaksa kehilangan kawasan yang dimilikinya kepada British tanpa sebarang balasan. Semasa perbincangan dijalankan, soal-soal yang serius diperbincangkan ialah pembahagian kawasan atau wilayah yang harus dimiliki oleh Siam. Telah menjadi impian Raffles, Swettenham, Hugh Low dan beberapa pegawai di Pejabat Jajahan British bahawa garis pembahagian wilayah hendaklah dinyatakan bagi meletakkan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Islam di bawah pengaruh British, sebaliknya British pula perlu meninggalkan wilayah yang kebanyakan orang-orang Siam beragama Buddha kepada Kerajaan Siam (Thamsook 1967).

Strobel kemudiannya telah bertindak menuntut kawasan yang lebih luas dari Siam, kawasan-kawasan itu termasuklah Perlis, Setul dan Patani. Tuntutan ini telah ditentang oleh Siam. Oleh itu dalam siri perbincangan

96

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017) seterusnya Strobel telah menggugurkan tuntutan ke atas Perlis tanpa diketahui motifnya yang sebenar. Satu kemungkinan ialah Perlis daripada segi politik dan geografi mesti sentiasa bersekali dengan Kedah. Kemudian tuntutan-tuntutan dilakukan lagi iaitu pada tahun 1908 tetapi kali ini ke atas bahagian Selatan Reman dan Pulau Langkawi dengan meninggalkan kepada Siam Pulau Turuntu dan Pulau-pulau kecil di sebelah Barat Langkawi (Mizan 2009).

Westergard pengganti Strobel yang meninggal dunia telah menggunakan persoalan mengenai pinjaman oleh Kerajaan Siam kepada British untuk pembinaan jalan kereta api dalam masalah mendapatkan wilayah Reman dan Pulau Langkawi. Siam bersetuju untuk memenuhi tuntutan British itu jika ia diberikan pinjaman dengan kadar faedah 3% sahaja berbanding 4%. Siam bercadang meminjam sebanyak 4 juta paun sterling untuk tujuan ini. Cadangan Siam ini mendapat reaksi yang berbeza daripada Sir John Anderson (Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Relph Paget (Duta British ke Siam). Sir John Anderson bersetuju dengan kadar faedah 3 suku % untuk mendapatkan dua kawasan itu dan ditambah dengan wilayah Legeh. Relph Paget menentang habis-habisan cadangan itu. Relph Paget merasakan yang British berhak menuntut bahagian Selatan Reman dan Pulau Langkawi sebagai ganjaran bagi konsesi yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Rahsia 1897 dan Perjanjian Sempadan 1899. Faedah pinjaman itu mesti dikekalkan pada tahap 4% dengan meninggalkan Legeh kerana ia akan menghalang kejayaannya (Mohd Kamaruzaman 1981).

Usaha Relph Paget ini telah mendatangkan hasil daripada Kerajaan Siam telah menyerahkan sebahagian dari Reman dan Pulau Langkawi kepada British. Apabila Siam menyedari bahawa British pada suatu masa akan menguasai negeri-negeri itu tanpa memberikan apa-apa ganjaran, Siam telah bersedia menyerahkan Reman dan Pulau Langkawi serta negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada British pada tahun 1909 sebagai tukaran bagi mendapatkan daerah kekuasaannya dan membatalkan Perjanjian Rahsia tahun 1897 (Mizan 2009).

Selepas termeterainya Perjanjian Bangkok 1909, British mula mencadangkan pelbagai draf yang perlu dilaksanakan bagi melancarkan pentadbiran negeri-negeri yang baru diambil alih. Justeru, Sir John Anderson telah menulis surat kepada pentadbiran tertinggi British bagi mencadangkan draf pentadbiran bagi melicinkan pentadbiran pada peringkat awal di negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan kedah (C.O 273/351/31983, 1909).

Sementara itu, Raja Kelantan, Long Senik tidak diberitahu langsung tentang Perjanjian Bangkok 1909 ini. Baginda berasa tidak berpuas hati tentang isi kandungan perjanjian tersebut. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kandungan surat baginda kepada Sir John Anderson yang bertarikh 31 Disember 1909. Ketidakpuasan hati Long Senik berdasarkan perjanjian yang ditandatangani secara unilateral iaitu keputusan dan penentuan dibuat secara sebelah pihak oleh Siam dan British tanpa merujuk kepada baginda selaku Raja dan tuan punya negeri tersebut. Perasaan tidak puas hati Long Senik bersabit dengan status Kelantan terutamanya negeri tersebut kehilangan beberapa daerah di utara Sungai Golok seperti Menara, Kuala Tabal, Pulau Che Him, Golok, Sungai Padi, Mundok, Kayu Kelat, Kampung Tanjung, Kampung Belawan, Layar, Elong, Becah Herong, Jakang, dan Kubang Yu yang merupakan sumber utama pendapatan negeri yang berjumlah hampir $8000 setahun (Mustafa 2013).

Raja Kelantan yang menerima Perjanjian 1902, mendapat layanan yang berbeza dari pihak British berbanding dengan sultan Terengganu yang menolak perjanjian tersebut. Protes Raja Kelantan tidak dilayan oleh pihak British terutamanya masalah yang berkaitan sempadan Kelantan dengan Siam. Raja Kelantan mendapati negeri Kelantan kehilangan wilayahnya kepada Siam akibat Perjanjian Bangkok 1909. Baginda telah membangkitkan soal kehilangan wilayahnya itu kepada Sir John Anderson semasa Pesuruhjaya Tinggi British itu berada di Kota Bharu. Baginda mendakwa Daerah Manara yang mempunyai antara 10.000-15,000 orang penduduk dan 3/5 daripadanya merupakan bangsa Melayu adalah sebahagian daripada negeri Kelantan sejak dahulu lagi. Baginda sedih kerana sebuah wilayah yang maju dan berpotensi terpaksa diserahkan kepada Kerajaan Siam, sedangkan dalam Perjanjian 1902, wilayah tersebut diakui sebagai sebahagian daripada wilayah Kelantan. Sir John Anderson menegaskan kepada Raja Kelantan bahawa perkara tersebut sudah diselesaikan dan

97

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017) tidak boleh dibincangkan lagi. Walaupun beberapa kali Raja Kelantan menimbulkan perkara ini, dan ingin mengemukakan kepada Baginda Ratu, Sir John Anderson tetap tidak mahu membangkitkan semula isu tersebut. malah beliau menjelaskan bahawa sekiranya Raja Kelantan mengemukakan rayuan kepada Baginda Ratu, rayuan baginda hanyalah sia-sia kerana Baginda Ratu sudah menandatangani perjanjian tersebut dan tidak mungkin diubah kerana sudah dimeterai secara rasmi oleh kedua belah pihak (Izziah Suryani 2013).

Bantahan Long Senik itu telah ditolak oleh Sir John Anderson. Dalam suratnya Pesuruhjaya Tinggi British, Sir John Anderson, memberitahu Raja Senik bahawa Raja Siam bersetuju untuk memindahkan semua haknya ke atas negeri Kelantan kepada Kerajaan British dan British akan menjelaskan baki wang yang dipinjam oleh Raja Senik daripada Siam. Begitu juga apabila Sultan Terengganu ke Singapura pada tahun 1909, Sir John Anderson telah menerangkan kepada baginda yang British telah mengambil alih kekuasaan Siam. Sultan mengatakan penghantaran bunga emas ke Siam hanya sebagai berbudi bahasa sahaja bukan mengakui kekuasaan Siam (Robert Heussler 1972).

Selepas 6 bulan termeterainya Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani antara Kerajaan British dengan Kerajaan Siam, satu jawatankuasa ditubuhkan yang terdiri daripada pegawai British dan Siam, serta jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam menggariskan kembali persempadanan antara wilayah-wilayah yang baru diambil tersebut (C.O 273/353/14339, 1909): “A mixed Commision, composed of Siamese and British officials and officers, shall be appointed within six months after the date of ratification of this Treaty, and shall be charged with be delimitation of the new frontier.”

3. Penentangan Ulama Kelantan dalam Menuntut Kemerdekaan

3.1 Faktor Penentangan

Penentangan ulama Kelantan dalam menuntut kemerdekaan dapat dilihat daripada beberapa aspek yang mendorong kepada tercetusnya penentangan menentang penjajah. Antaranya ialah:

i. Semangat Jihad Semangat jihad merupakan faktor penting yang mendorong para ulama Nusantara khususnya di Kelantan dalam menentang penjajah asing. Semangat perjuangan ulama Kelantan semakin hebat adalah bertunjangkan semangat jihad yang meresap dalam diri para ulama bagi menentang dan membebaskan tanah air daripada dibelenggu penjajah asing yang sememangnya mahu menggugat kesucian agama Islam yang telah lama bertapak dan diamalkan oleh sebahagian besar rakyat Kelantan. Riduan Mohamad Nor (2007: 70-71) menyatakan sejarah kebangkitan orang Melayu terhadap penjajah seolah-olah bermula selepas Perang Dunia Pertama, namun kajian tentang kesedaran politik anti-establishment seperti Roff (1967), Firdaus Abdullah (1985), Ramlah Adam (2004) dan Mohamed Saleh Lamry (2006) kebanyakan meletakan kesedaran menentang penjajah ini hanya bermula pada tahun 1906 yang ditandai oleh kebangkitan reformis Islam melalui majalah al-Imam.

Peranan ulama dalam mempertahankan kemerdekaan negara sebenarnya telah dikesan berlaku semenjak sebelu kejatuhan Melaka lagi. Ini dibuktikan dengan maklumat daripada kitab Silatus Salatin telah merakamkan peranan Maulana Yusof, seorang ulama yang menjadi penasihat Sultan Mahmud di Melaka yang mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada pembesar di istana dan di kesan daripada pengajaran ilmu agama, penterjemahan kitab- kitab serta penerapan semangat jihad telah menyebabkan rakyat Melaka bangkit mempertahankan negeri daripada penjajah menjelang akhir abad ke-15M. Melalui pengaruh ulama dari Timur Tengah, Melaka mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Uthmaniyyah, Turkey bagi memastikan bumi Islam dapat dipertahankan daripada serangan Barat (Riduan Mohammad Nor 2007).

Beberapa ketika selepas tercetusnya Dahagi di Singapura, telah tersebar berita bahawa British dan kalah dalam peperangan menentang kerajaan Uthmaniyyah di wilayah-wilayah umat Islam di seluruh dunia. Agen 98

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017) perisikan Jerman memainkan peranan untuk mempengaruhi pemikiran rakyat Kelantan. Dalam masa yang sama, kepulangan seorang ulama-hulubalang dari Mekah setelah hampir sepuluh tahun belajar di Mekah telah mengubah kesedaran tersebut kepada tindakan yang lebih agresif untuk mengalahkan British. British menguasai Kelantan melalui penasihatnya semenjak 1903, dan diserahkan oleh Siam sepenuhnya pada 1909 melalui perjanjian Bangkok.

Tok Janggut atau Haji Mat Hassan Munas sebelum ke Mekah adalah hulubalang dalam Istana Jeram. Beliau adalah sepupu kepada Tuan Guru Haji Ismail yang bertanggungjawab membawanya di Mekah dan dikatakan berguru dengan Shaykh Ahmad al-Fathani. Melalui gurunya, beliau didedahkan tentang Khalifah Uthmaniyyah dan diarahkan berjihad untuk memerdekakan Kelantan daripada penjajah asing. Kepulangan beliau ke Kelantan pada 1909, iaitu hamper serentak dengan kepulangan Tok Kenali, selepas kematian Shaykh Ahmad. Sepertimana Tok Kenali juga yang terlibat dalam pentadbiran kerajaan bersama Datuk Nik Mahmud dan Dato’ Laksamana, Tok Janggut terlibat dalam pentadbiran Kerajaan Jeram (Riduan Muhamad Nor 2007).

Perubahan sistem pentadbiran jajahan pada 1904 dan kehadiran wakil British, En. Latiff dari Singapura sebagai ketua jajahan menjejaskan kedudukan Engku Besar Jeram sebagai pembesar tradisional. Sebelum ke Mekah, Tok Janggut dikatakan mempunyai hubungan dengan pejuang Pahang yang berlindung di Kelantan seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan Dato’ Bahaman. Ini memberikan inspirasi kepada Tok Janggut tentang kesan campur tangan kuasa asing di Kelantan, sepertimana jatuhnya Pattani di tangan Siam pada tahun 1786. Sementara itu, pada Ogos 1914 telah berlaku ketegangan memuncak antara British, Perancis dan Russia dan satu pihak dengan Jerman, Austria dan Kerajaan Uthamaniyyah di satu pihak yang membawa kepada Perang Dunia Pertama (Riduan Muhamad Nor 2007).

British telah memaksa Sultan Kelantan supaya menyokong mereka dan mendoakan supaya mereka berolah kemenangan. ‘Haji dan Lebai’ juga mesti berdoa untuk British dan tindakan akan diambil jika arahan tidak dipatuhi. Arahan ini dilihat oleh Tok Janggut sebagai satu penghinaan kepada ulama dan umat Islam. Dalam masa yang sama, Sultan Kelantan dipaksa untuk melarang rakyat Kelantan menyebelahi, menyokong atau simpati kepada karajaan Uthmaniyyah. Mereka mengeluarkan propaganda bahawa jika kerajaan Uthmaniyyah mengalahkan British, seluruh bumi Islam termasuk Mekah dan dikuasai Jerman. Ini bertentangan dengan gagasan Khalifah yang pernah dibuat oleh Shaykh Ahmad supaya semua kerajaan Melayu Islam bernaung di bawah kerajaan Uthmaniyyah (Riduan Muhamad Nor 2007).

Fatwa Jihadi Ekbar Fardi Ayn ke atas British oleh Shaykhul Islam Uthmaniyyah atas alasan kerajaan Uthmaniyyah berkewajipan mempertahankan setiap inci bumi orang Islam telah mempengaruhi penduduk Kelantan dengan cepat. British bertindak balas dengan melarang akhbar-akhbar menyiarkan berita peperangan British dengan kerajaan Uthmaniyyah. Pemberontakan Dahagi di Singapura turut mempercepatkan kebangkitan rakyat Kelantan dan faktor-faktor seperti masalah cukai, kehadiran En. Latiff dan pembunuhan Sarjan Che Wan hanya mempercepatkan penentangan tersebut.

Bagi menyahut seruan jihad Uthmaniyyah itu, pada 29 April 1915, Tok Janggut bersama pengikutnya telah bersepakat dan menyusun strategi untuk menyerang British di Pasir Puteh. Serentak dengan itu, En. Latiff bagi pihak British telah menghantar Sarjan Che Wan Sulaiman bersama dua mata-mata untuk menangkap Tok Janggut, tetapi gagal. Sebaliknya Sarjan Che Wan Sulaiman terbunuh. En. Latiff gagal mendapat bantuan daripada Kweng (penghulu) Gaal dan Tok Berangan untuk menyekat kemaraan Tok Janggut sehingga memaksa En. Latiff berundur ke Kota Bharu. Ini membolehkan Tok Janggut menguasai Pasir Puteh dengan mudah. Engku Besar Jeram diangkat menjadi Raja, manakala Tok Janggut menjadi Pendana Menteri (Riduan Muhamad Nor 2007).

Keesokannya, British menerima laporan kejatuhan Pasir Puteh ke tangan Tok Janggut dan mendapatkan bantuan tentera dari Singapura. Beberapa pengikut Tok Janggut seperti Mat Pak Ya dan Mat Saman bersiap untuk

99

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017) menyerang Kuala Krai. Sebagai langkah berjaga-jaga, Sultan Mohammad ke-IV telah menghantar Dato’ Menteri Mohd Hassan Salleh dan Dato’ Nik Mahmud ke Pasir Puteh untuk berunding. Tok Janggut telah memberitahu bahawa mereka bukan menentang Sultan Kelantan, tetapi menolak penjajah British. Walau bagaimanapun, atas arahan dan tekanan daripada pihak British, Sultan Kelantan terpaksa mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka dan menitahkan supaya Tok Janggut ditangkap (Riduan Muhamad Nor 2007).

Perjuangan Tok Janggut kerana sentiment jihad ini seolah-olah tidak mendapat dukungan atau sokongan daripada murid-murid Shaykh Ahmad yang berpengaruh di Kelantan seperti Tok Kenali, Dato’ Nik Mahmud dan Dato’ Laksamana. Sebenarnya, tekanan British ke atas Sultan Kelantan telah menghilangkan peranan mereka. Lebih-lebih lagi, Sultan Kelantan terpaksa bertindak ke atas Engku Besar Jeram ekoran pergolakan dalam istana apabila Tengku Bendahara dan Tengku Chik Penambang yang sedang menuntut takhta mnyokong Engku Besar Jeram. Keadaan ini memaksa Sultan Muhammad ke-IV untuk bertindak ke atas Tok Janggut, ini sekali gus menutup ruang untuk ulama-ulama ini menyokong gerakan jihad ini (Riduan Muhamad Nor 2007).

ii. Kesedaran Apabila kita membicarakan tentang gerakan kesedaran ini, tidak dapat tidak kita perlu membicarakan sedikit tentang gerakan islah di Asia Barat. Hal ini kerana, tidak dapat dinafikan kenyataan bahawa kemunculan gerakan kesedaran oleh golongan reformisma Islam ini adalah hasil tiupan kencang angina gerakan islah Islam yang begitu kuat di Negara-negara Arab sejak dari abad ke-18 lagi. Gerakan islah ini bermula dengan gerakan Wahabbi yang dipelopori oleh Muhammad Abdul Wahab di Arab Saudi yang mengasaskan perjuangan mereka kepada usaha untuk memurnikan kembali pengamalan Islam daripada unsur-unsur khurafat dan bida’ah yang disifatkan sebagai penyebab kepada kelemahan dan kemunduran masyarakat dan dunia Islam. Gerakan ini kemudiannya diikuti dengan gerakan modenis yang diketui oleh Shaykh Mohd. Abduh serta Jamaluddin al- Afghani di Mesir. Gerakan seumpama ini kemudiannya tersebar ke Negara-negara orang Islam lain termasuklah di Tanah Melayu (Azmah Abd. Manaf 2012).

Gerakan kesedaran atau pembaharuan ini sampai ke Tanah Melayu melalui individu-individu yang pernah ke Negara-negara Asia Barat seperti Mesir dan Mekah untuk menuntut ilmu agama di sana. Apabila mereka tinggal di Negara-negara berkenaan sehingga bertahun-tahun lamanya, mereka merasai sendiri angina gerakan itu, malah mereka telah berkesempatan berkenalan dan bersahabat dengan tokoh penting gerakan ini seperti Shaykh Mohd Rashid Rida, murid kepada Shaykh Mohd. Abduh. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika mereka juga berpengaruh dengan gerakan-gerakan islah tersebut. Mereka bukan setakat terpengaruh, malah turut memainkan peranan. Ulama Kelantan contohnya Haji Wan Musa merupakan seorang guru agama yang kemudiannya dilantik menjadi mufti Kelantan pada 1908 (Mohd Sarim Mustajab 1978) merupakan tokoh ulama pembaharuan dalam memperkembangkan gerakan kesedaran umat Islam khususnya di negeri Kelantan.

iii. Faktor Luar Peperangan dan penjajahan yang dilancarkan oleh penjajah asing seperti British dan Siam telah menyebabkan bumi orang Melayu khususnya rakyat di negeri Kelantan mula kehilangan kebebasan dan kemerdekaan. Walaupun usaha-usaha untuk membebaskan negeri Kelantan dan negeri-negeri Tanah Melayu yang sebahagian besar dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Pattani dan Timur Tengah. Golongan ulama ini bergiat aktif dalam memberi kesedaran kepada masyarakat Kelantan khususnya melalui pendidikan dan perjuangan menegakkan syiar Islam. Hal ini sepertimana yang dilakukan oleh tokoh ulama Kelantan iaitu Tok Kenali dan Dato’ Haji Ahmad Maher yang menjadi mufti Kelantan yang bergiat aktif dalam menyedarkan masyarakat Kelantan akan pentingnya kebangkitan Islam di negeri Kelanan (Ghazali Ismail 2007).

Suasana politik yang tidak stabil akibat penjajahan telah mendorong para ulama berhijrah ke Mekah pada akhir abad ke-17M. Para Ulama yang berhijrah ke Mekah bukan dalam erti kata ‘lari daripada perjuangan’ tetapi menyusun strategi baru bagi membebaskan tanah air. Sekurang-kurangnya empat strategi besar yang diambil oleh 100

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017) para ulama dalam abad ke-18M di Mekah untuk merangsang gerakan menentang penjajah. Pertama, melahirkan kader-kader ulama Melayu untuk terus bergerak mengembangkan pendidikan anak bangsa berasaskan tauhid kepada Allah. Kedua, menghasilkan karya-karya jihad untuk disebarkan kepada orang-orang Melayu Nusantara khususnya rakyat Kelantan. Ketiga, menggunakan ibadat haji sebagai saluran politik untuk membentuk pemikiran anti penjajah dalam kalangan rakyat Kelantan. Keempat, menyalurkan sokongan dan semangat jihad kepada raja-raja Melayu agar terus mempertahankan kemerdekaan Negara (Riduan Mohammad Nor 2007).

Antara ulama Nusantara yang aktif di Mekah pada akhir abad ke-17M ialah Shaykh Muhammad Zain Faqih Jalaluddin al-Ashi dari Acheh, Muhammad Aqib Hassanuddin al-Falembani dari Palembang, Shaykh Muhammad Azhari al-Falembani dari Pelambang, Shaykh Muhammad Salleh Abdul Rahman al-Fathani dari Pattani dan lain-lain lagi. Ulama-ulama ini bergiat cergas melahirkan generasi ulama pewaris yang terkenal seperti Shaykh Muhammad Arsyad al-Banjari, Shaykh Abdul Wahab Bugis, Shaykh Muhammad Nafis al- Banjari, Shaykh Muhammad Ali Acheh, Shaykh Daud al-Fathani dan ramai lagi. Ulama- ulama ini secara aktif bergerak berjuang menentang penjajahan kuasa asing.

Shaykh Daud al-Fathani sendiri, selain aktif menentang penjajah, beliau telah berjaya melahirkan generasi ulama pejuang yang terkenal seperti Shaykh Abdul Halim Kelantan. Selain menghasilkan ulama pejuang untuk beberapa generasi sehingga Perang Dunia Kedua, Ulama Melayu di Mekah telah menghasilkan karya- karya yang dianggap penting dalam perjuangan kemerdekaan. Antara yang terpenting ialah Nasihatul Muslimin wa Tazkiratul Mukminima fi Fadhail al-Jihadi wa Karaamat al-Mujtahidina fi Sabilillah dan Mulhiqun fi Bayani Fawaidin Nafi’ah fi Jihadi fi Sabilillah karya Shaykh Abdul Samad al-Falembani, Jum’ul Fawaid dan Tuhfatul Gharibin, diikuti oleh kitab Munyat Musalli yang dihasilkan oleh Shaykh Daud al-Fathani yang kesemuanya bertujuan untuk menggerakkan kesedaran jihad ke atas penjajah. Shaykh Daud al-Fathani sendiri dalam kitabnya Furu’ul Masail menfatwa kewajipan berjihad ke atas penjajah kafir (Riduan Mohamad Nur 2007).

Pada awal abad ke-20M, pengaruh dari Mesir telah menular ke dalam masyarakat Melayu. Pengaruh dari Negara tersebut yang terawal yang mempunyai kesan yang mendalam kepada masyarakat Melayu ialah gerakan islah. Gerakan yang menyeru supaya umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar ini dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan mempengaruhi Muhammad Abduh serta Rashid Rida. Melalui peranan yang dimainkan oleh kedua-dua orang tokoh Islah di Mesir ini, pengaruh tersebut tersebar ke Tanah Melayu (Mohammad Redzuan Othman 2005). Dalam masyarakat Melayu, gerakan islah seolah-olah membawa mereka menuju kea rah proses pemantapan kefahaman Islam yang selama ini mereka amalkan dalam menghadapi cabaran baru. Walaupun sepintas lalu gerakan ini dilihat sebagai unsur yang membawa perpecahan dalam masyarakat Melayu, namun dari segi yang lain gerakan ini sebenarnya telah membawa kepada peningkatan budaya intelektual dalam masyarakat. Ini berlaku apabila mereka yang mempunyai iltizam yang tinggi dalam perjuangan islah yang bersumber dari Mesir ini berusaha menyebarkan fikiran mereka dengan menerbitkan surat khabar dan membuka madrasah. Melalui kedua-dua institusi ini, masyarakat Kelantan didedahkan dengan budaya ilmu yang membolehkan mereka disemai dengan semangat kesedaran.

Penyebaran pengaruh Mesir dalam masyarakat Melayu khususnya di Kelantan pada tahun 1920-an dan 1930-an pula dikaitkan dengan peranan yang dimainkan oleh Universiti al-Azhar dan Kota Kaherah yang menjadi destinasi belia-belia Melayu menuntut ilmu. Ketika pelajar-pelajar Melayu berada di Mesir, mereka menyaksikan rakyat negara tersebut berjuang menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Perkembangan yang berlaku ini memberikan mereka pendedahan dan menjadi pendorong supaya mereka memainkan peraan yang menyemaikan kesedaran kepada bangsa (Mohamad Redzuan Othman 2005).

101

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

3.2 Bentuk Penentangan

i. Penentangan secara terbuka Penentangan ulama di Kelantan secara terbuka ini dapat dilihat kepada perjuangan ulama Kelantan iaitu Tok Janggut dalam memperjuangkan hak orang Melayu Islam daripada dicerobohi dan dirobohkan oleh penjajah asing yang dapat menjajah Tanah Melayu, khususnya di negeri Kelantan. Gerakan penentangan secara terbuka ini juga merupakan salah satu daripada cetusan semangat jihad yang berpaksikan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Tok Janggut atau Haji Mat Hassan Munas sebelum ke Mekah adalah hulubalang dalam Istana Jeram. Beliau adalah sepupu kepada Tuan Guru Haji Ismail yang bertanggungjawab membawanya di Mekah dan dikatakan berguru dengan Shaykh Ahmad al-Fathani. Melalui gurunya, beliau didedahkan tentang Khalifah Uthmaniyyah dan diarahkan berjihad untuk memerdekakan Kelantan daripada penjajah asing. Kepulangan beliau ke Kelantan pada 1909, iaitu hamper serentak dengan kepulangan Tok Kenali, selepas kematian Shaykh Ahmad. Sepertimana Tok Kenali juga yang terlibat dalam pentadbiran kerajaan bersama Datuk Nik Mahmud dan Dato’ Laksamana, Tok Janggut terlibat dalam pentadbiran Kerajaan Jeram (Riduan Muhamad Nor 2007).

Perubahan sistem pentadbiran jajahan pada 1904 dan kehadiran wakil British, En. Latiff dari Singapura sebagai ketua jajahan menjejaskan kedudukan Engku Besar Jeram sebagai pembesar tradisional. Sebelum ke Mekah, Tok Janggut dikatakan mempunyai hubungan dengan pejuang Pahang yang berlindung di Kelantan seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan Dato’ Bahaman. Ini memberikan inspirasi kepada Tok Janggut tentang kesan campur tangan kuasa asing di Kelantan, sepertimana jatuhnya Pattani di tangan Siam pada tahun 1786. Sementara itu, pada Ogos 1914 telah berlaku ketegangan memuncak antara British, Perancis dan Russia dan satu phak dengan Jerman, Austria dan Kerajaan Uthmaniyyah di satu pihak yang membawa kepada Perang Dunia Pertama (Riduan Muhamad Nor 2007).

British telah memaksa Sultan Kelantan supaya menyokong mereka dan mendoakan supaya mereka berolah kemenangan. ‘Haji dan Lebai’ juga mesti berdoa untuk British dan tindakan akan diambil jika arahan tidak dipatuhi. Arahan ini dilihat oleh Tok Janggut sebagai satu penghinaan kepada ulama dan umat Islam. Dalam masa yang sama, Sultan Kelantan dipaksa untuk melarang rakyat Kelantan menyebelahi, menyokong atau simpati kepada kerajaan Uthmaniyyah. Mereka mengeluarkan propaganda bahawa jika kerajaan Uthmaniyyah mengalahkan British, seluruh bumi Islam termasuk Mekah dan dikuasai Jerman. Ini bertentangan dengan gagasan Khalifah yang pernah dibuat oleh Shaykh Ahmad supaya semua kerajaan Melayu Islam bernaung di bawah kerajaan Uthmaniyyah (Riduan Muhamad Nor 2007).

Fatwa Jihadi Ekbar Fardi Ayn ke atas British oleh Shaykhul Islam Uthamaniyyah atas alasan kerajaan Uthmaniyyah berkewajipan mempertahankan setiap inci bumi orang Islam telah mempengaruhi penduduk Kelantan dengan cepat. British bertindak balas dengan melarang akhbar-akhbar menyiarkan berita peperangan British dengan kerajaan Uthmaniyyah. Pemberontakan Dahagi di Singapura turut mempercepatkan kebangkitan rakyat Kelantan dan factor-faktor seperti masalah cukai, kehadiran En. Latiff dan pembunuhan Sarjan Che Wan hanya mempercepatkan penentangan tersebut.

Bagi menyahut seruan jihad Uthmaniyyah itu, pada 29 April 1915M, Tok Janggut bersama pengikutnya telah bersepakat dan menyusun strategi untuk menyerang British di Pasir Puteh. Serentak dengan itu, En. Latiff bagi pihak British telah menghantar Sarjan Che Wan Sulaiman bersama dua mata-mata untuk menangkap Tok Janggut, tetapi gagal. Sebalinya Sarjan Che Wan Sulaiman terbunuh. En. Latiff gagal mendapat bantuan daripada Kweng (penghulu) Gaal dan Tok Berangan untuk menyekat kemaraan Tok Janggut sehingga memaksa En. Latiff berundur ke Kota Bharu. Ini membolehkan Tok Janggut menguasai Pasir Puteh dengan mudah. Engku Besar Jeram diangkat menjadi Raja, manakala Tok Janggut menjadi Perdana Menteri (Riduan Muhamad Nor 2007).

Keesokannya, British menerima laporan kejatuhan Pasir Puteh ke tangan Tok Janggut dan mendapatkan bantuan tentera dari Singapura. Beberapa pengikut Tok Janggut seperti Mat Pak Ya dan Mat Saman bersiap untuk 102

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017) menyerang Kuala Krai. Sebagai langkah berjaga-jaga, Sultan Mohammad ke-IV telah menghantar Dato’ Menteri Mohd Hassan Salleh dan Dato’ Nik Mahmud ke Pasir Puteh untuk berunding. Tok Janggut telah memberitahu bahawa mereka bukan menentang Sultan Kelantan, tetapi menolak penjajah British. Walau bagaimanapun, atas arahan dan tekanan daripada pihak British, Sultan Kelantan terpaksa mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka dan menitahkan supaya Tok Janggut ditangkap (Riduan Muhamad Nor 2007).

Pada 3 Mei 1915M, 239 tentera British di Singapura bertolak ke Kelantan dan tiba pada 5 Mei dan mengarahkan kapal HMS Calmus berkawal di Kuala Semerak kerana dibimbangi Tok Janggut mendapat bantuan kerajaan Uthmaniyyah atau Jerman. 50 askar berkawal di Tanah Merah dan Gunong, dan pada 8 Mei 1915 askar British mula bergerak di Pasir Puteh. Sultan Kelantan pula dipaksa mengeluarkan arahan menyerahkan diri kepada Sultan atau British. Sebaliknya, di Pasir Puteh, Tok Janggut dan Engku Besar Jeram bersama pengikutnya menolak penyerahan dan pengisytiharan Jihad dan Perang Sabil ke atas British (Riduan Muhamad Nor 2007).

Pada 24 Mei 1915M, British telah menggeledah rumah Khatib Abu Bakar kerana dipercayai menjadi tempat perlindungan Tok Janggut. Khatib Abu Bakar menjadi syahid pertama dalam gerakan jihad ini. Kemudian askar British dan penyokong Tok Janggut bertempur di Kampung Dalam Pupoh, berdekatan dengan Jeram. Dalam pertempuran ini, Tok Janggut bersama Tok Abbas dan Tok Hussien telah syahid. Engku Besar Jeram berjaya melepaskan diri ke daerah Reman, manakala 14 orang lagi pengikut Tok Janggut telah diburu oleh polis British. Jenazah Tok Janggut diarak ke Kota Bharu, manakala rumah beberapa pengikut Tok Janggut dibakar kesemuanya (Riduan Muhamad Nor 2007).

Perjuangan Tok Janggut kerana sentimen jihad ini seolah-olah tidak mendapat dukungan atau sokongan daripada murid-murid Shaykh Ahmad yang berpengaruh di Kelantan seperti Tok Kenali, Dato’ Nik Mahmud dan Dato’ Laksamana. Sebenarnya, tekanan British ke atas Sultan Kelantan telah menghilangkan peranan mereka. Lebih-lebih lagi, Sultan Kelantan terpaksa bertindak ke atas Engku Besar Jeram ekoran pergolakan dalam istana apabila Tengku Bendahara dan Tengku Chik Penambang yang sedang menuntut takhta menyokong Engku Besar Jeram. Keadaan ini memaksa Sultan Muhammad ke-IV untuk bertindak ke atas Tok Janggut, ini sekali gus menutup ruang untuk ulama-ulama ini menyokong gerakan jihad ini (Riduan Muhamad Nor 2007).

ii. Penentangan secara tertutup Penentangan secara tertutup juga merupakan inisiatif ulama Kelantan dalam menyatakan bahawa mereka sememangnya berjuang menegakkan syiar Islam daripada dicemari oleh unsur penjajah kafir yang berhasrat menjatuhkan masyarakat Islam Kelantan. Hal ini terbukti melalui penglibatan ulama Kelantan sendiri iaitu Tok Kenali. Kaedah perjuangan menuntut kemerdekaan bukannya hanya melalui peperangan semata-mata, bahkan ia juga dapat dilakukan melalui saluran pendidikan mahupun penyebaran idea melalui sumber-sumber karya yang dihasilkan oleh ulama.

Di Kelantan, sistem pengajian Mekah diperkenalkan di Masjid Besar Kota Bharu sebagai pusat pengajian tinggi Islam dan ia dianggap sebagai universiti pertama Tanah Melayu (Yusoff Zaky Yaakob 1998). Pada 5 Ogos 1917M, sistem pendidikan kelas diperkenalkan oleh kerajaan melalui Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) apabila Madrasah Muhammadiyyah ditubuhkan dan menjelang Perang Dunia Kedua, hampir semua jajahan di Kelantan telah ditubuhkan sekolah agama sistem kelas ini. Perkembangan madrasah-madrasah yang begitu pesat antara tahun 1906 hingga 1948 dengan ditandai oleh kemunculan idea universiti Islam menunjukkan bahawa gerakan kemerdekaan minda melalui pemugaran ilmu telah dimainkan oleh para ulama Kelantan dengan berkesan sekali (Riduan Mohamad Nor 2007).

Tokoh-tokoh keluaran madrasah ini boleh dikatakan memonopoli gerakan kemerdekaan selepas perang. Walaupun mereka kurang dikenali sebagai tokoh ulama yang besar, namun sebahagian daripada mereka menjadi pemimpin utama gerakan kemerdekaan. Di Kelantan, kewujudan sekolah Majlis Agama pada tahun 1915 memberi kesan yang begitu besar terhadap kesedaran kebangsaan dengan dua tokoh terkenal, iaitu Abdul Kadir 103

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

Adabi dan As’ad Shukri Muda. Kedua-dua tokoh ini terlibat dalam menubuhkan kelab-kelab Melayu dan juga penerbitan akhbar di samping perbincangan isu-isu politik (Riduan Mohamad Nor 2007).

Dalam kerancakan membina generasi baru yang begitu aktif menentang penjajah, para ulama tidak meminggirkan usaha untuk merangsang minda generasi yang lebih dewasa melalui akhbar-akhbar. Penerbitan majalah dan akhbar yang membawa mesej perubahan bermula pada tahun 1906 lagi melalui penerbitan al-Imam amat penting dalam sejarah kemerdekaan Negara. Tokoh utama yang muncul sebalik al-Imam ialah murid-murid Shaykh Ahmad al-Fathani seperti Shaykh Tahir Jalaluddin, Syed Syikh al-Hadi dan Shaykh Abbas Taha. Tujuan utama al-Imam ialah: “mengingatkan mana yang lalai dan menjaga mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan”. Akhbar ini mengajak umat Islam supaya kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah (Riduan Mohamad Nor 2007).

Selepas kemunculan akhbar-akhbar dan majalah yang dipimpin oleh ulama dengan begitu meluas sehingga membentuk pemikiran baru umat Islam yang lebih maju dan matang, muncul pula novel-novel dan karya sastera yang turut memainkan peranan dalam merancakkan gerakan kemerdekaan. Penulisan novel Hikayat Faridah Hanum pada tahun 1925 oleh Syed Shaykh al-Hadi menandakan bermulanya genre moden dalam sastera Melayu. Sementara itu, di Kelantan majalah Pengasuh yang penting yang diterbitkan di Kelantan pada tahun 1917 dengan dipimpin oleh Tok Kenali begitu berkesan dalam membentuk kesedaran umat Islam, khususnya di negeri Kelantan (Riduan Mohamad Nor 2007).

Akhbar dan majalah, termasuklah novel-novel yang dihasilkan oleh para ulama, kemudiannya dikembangkan oleh penggerak-penggerak media sebelum perang Dunia Kedua begitu berkesan dalam membentuk nasionalisme Melayu. Ia bukan sekadar membina minda umat Melayu Islam, bahkan menjadi pencetus kepada perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air.

4. Kesimpulan

Secara keseluruhannya dapatlah difahami bahawa ulama berperanan besar dalam mengerakkan perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air. Dalam menangani kerakusan penjajah ini, ulama lah yang pertama sekali bangkit untuk memerdekakan Tanah Melayu. Mereka berjuang semenjak kali terakhir Melaka menikmati kemerdekaan hinggalah beribu-ribu orang syahid kerana membebas watan. Bahkan, pada peringkat awal, para ulama dari Nusantara termasuklah Uthmaniyyah turut berjuang membebaskan bumi Melayu Islam ini daripada penjajah. Kisah-kisah kebangkitan pembesar hanya timbul selepas British menguasai Perak pada tahun 1874 iaitu 350 tahun sesudah penjajahan.

Para ulama jugalah yang berjuang mempertahankan bumi Melayu daripada serangan Siam pada abad ke- 16 dan abad ke-17M. Dan kebangkitan semangat berjuang menentang kekuasaan penjajah asing dapat dilihat pada pejuang ulama Kelantan seperti Tok Janggut, Tok Kenali mahupun ulama-ulama lain yang terus berjuang sehingga penghujung hayat mereka. Seharusnya usaha dan perjuangan mereka ini haruslah dibanggakan dan menjadi pemangkin semangat untuk kita sebagai umat Islam dan pewaris perjuangan menegakkan agama Islam ini.

Penghargaan

Makalah ini merupakan sebahagian daripada penyelidikan yang dilakukan melalui projek penyelidikan FRGS/1/2016/SS106/UKM/02/1. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada UKM dan KPTM atas pembiayaan projek penyelidikan ini.

104

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

Rujukan

Abdul Rahman Abdullah. 1997. Penjajahan Malaysia: Cabaran dan Warisannya. Yogyakarta: Pustaka Pelajar Offset. Abdul Razak Mahmud. 2002. Ikhtisar Sejarah Kelantan. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Abdullah Zakaria Ghazali. 2006. Kebangkitan Tuk Janggut 1915 dan Naskhah Sejarah Peperangan Tok Janggut. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali (pnyt.). Warisan Kelantan XXV. Hlm. 1-37. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Abdullah Zakaria Ghazali. 2013. Kebangkitan Tok Janggut 1915 dan Notis Memberitahu Serta Perawa-wa Notis. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali & Zuliskandar Ramli (pnyt.). Warisan Kelantan XXXII. Hlm. 108-124. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Ahmad Farhan Abdullah. 2012. Perkembangan Pentadbiran Penasihat British-Siam dan Reaksi Golongan Diraja di Kelantan, 1903-1909. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali & Ho Hui Ling. Warisan Kelantan XXX. Hlm. 71-123. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Azmah Abd. Manaf. 2012. Malaysia: Gerakan Kesedaran & Nasionalisme. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. C.O 273/287/32383, Document is the Property his Britannic Majesty’s Government 22 July 1902, Enclosure to Federated Malay States Despatch 22 July 1902. C.O 273/287/33761, The Marquess of Lansdowne kepada Mr. Archer 13 August 1902, Enclosure to Federated Malay States Despatch 13 August 1902. C.O. 273/287/32383, Luang Ratanayapati kepada the Merquess of Lansdowne, 20th Ogos 1902, Enclosure to Federated Malay States Despatch 20th Ogos 1902. Firdaus Abdullah. 1985. Radical Malay Politics: Its Origin and Early. Selangor: Pelanduk Publication Ghazali Ismail. 2007. Dato’ Haji Ahmad Maher bin Haji Ismail: Peranan dan Sumbangan Sebagai Pengarang Majalah Pengasuh. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali & Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Rus (pnyt.). Warisan Kelantan XXIV. Hlm, 1-27. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Ho Hui Ling. 2013. Perubahan Pentadbiran Kelantan, 1910-1941. Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali & Zuliskandar Ramli (pnyt.). Warisan Kelantan XXXII. Hlm. 89-107. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad. 2013. Reaksi pemerintah dan penduduk terhadap pentadbiran British di Terengganu, 1919-1928. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Joseph, M.F. 2009. The Alliance Road to Independence. Kuala Lumpur: Press. Kessler, C.S. 1978. Islam and Politics in a Malay State: Kelantan 1838-1969. London: Cornell University Press. Khong Kim Hoong. 2003. Merdeka! British Rule and the Struggle for Independence in Malaysia, 1945-1957. Petaling Jaya: Strategic Information Research Development. Maxwell, G.W. & Gibson, W.S. 1924. Treaties and Engagements Affecting the Malay States and Borneo. London: Truscott. Mizan Nik Mohamed. 2009. Latar Belakang Penubuhan Sistem Penasihat di Kelantan. Dlm. Hanapi Dollah (pnyt.). Warisan Kelantan XXVIII. Hlm. 8-24. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Mohamed Salleh Lamry. 2006. Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Bangi: Penerbit UKM. Mohammad Redzuan Othman. 2005. Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh Timur Tengah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1967). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohd Sarim Mustajab. 1978. Satu Nota Tentang Hj. Abbas b. Mohd Taha. Malaysia in History 2(1). Nik Anuar Nik Mahmud. 2003. Tok Janggut: Pejuang atau Penderhaka?.Kajang: Hazco Print

105

Farid Mat Zain et al. / TAWIS (2017)

Nik Anuar Nik Mahmud. 2005. Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan Gema Jihad di Bumi Serambi Mekah. Dlm. Ramlah Adam (pnyt.). Pejuang-pejuang Kemerdekaan. Hlm. 221- 230. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. Nik Haslinda Nik Hussain. 2011. Pentadbiran Kolonial dan Isu Pemilikan Tanah di Kelantan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Nik Mohamed Nik Mohd Salleh. 1987. Pendudukan dan Pentadbiran Tentera Jepun dan Tentera Thai di negeri Kelantan 1941-1945. Dlm. Nik Mohamed Nik Mohd Salleh (pnyt.). Warisan Kelantan VI. Hlm. 52-116. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Ramlah Adam. 2004. Gerakan Radikalisme di Malaysia, 1938-1965. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Riduan Mohamad Nor & Mohd Fadli Ghani. 2007. Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan. Batu Caves: MHI Publication. Roff, R.W. 1974. The Origin and Early Year of the Majlis Ugama. Dlm. R. Roff, William.(pnyt.) Kelantan Religion, Society and Politics in a Malay State. Hlm. 101-152. London: Oxford University Press. Shahril Talib. 1995. History of Kelantan 1890-1940. Kuala Lumpur: MBRAS. Thamsook, N. 1967. Negotiations regarding the cession of Siamese Malay states. Journal of the Siam Society 55(2): 227-235. Tom Mark. 1997. The British Acquisition of Siamese Malaya (1896-1909). Thailand: White Lotus Co Ltd. Yusoff Zaky Yaakob. 1998. Tok Kenali (1868-1933). Dlm. Ismail Che Daud (pnyt.). Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu. Kota Bharu: Majlis Agama Islam Negeri Kelantan. Zainal Abdin Abdul Hamid. 2009. Latar Belakang Penubuhan Sistem Penasihat di Kelantan. Dlm. Hanapi Dollah (pnyt.). Warisan Kelantan XXVIII. Hlm. 53-71. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Zulkifli Mohd Noor. 1996. Kesedaran Politik Orang-orang Melayu Kelantan Sebelum Tahun 1945. Dlm. Nik Mohamed Nik Mohd Salleh (pnyt.). Warisan Kelantan XV. Hlm. 1-17. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Zulkufli Mohd Noor. 1998. Malayan Union dan Sikap Orang-orang Melayu, Khasnya Orang-orang Melayu Kelantan. Dlm. Nik Mohamed Nik Mohd Salleh (pnyt.).Warisan Kelantan XVII. hlm. 54-79. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

106

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Warisan Ketatanegaraan Melayu menerusi Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895)

Hanif Md Lateh @ Junida, Izziah Suryani Arshad @ Mat Resadb, Ahmad Saiful Abdul Manafc

a Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA b Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA c Kolej Komuniti Bentong, KM 6, Karak Setia, 21300 Karak, Pahang, MALAYSIA

Abstrak

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) dengan akronim UTKJ merupakan dokumen bertulis yang digunakan bagi mencirikan tadbir urus dan bentuk pemerintahan Kerajaan Johor bawah pentadbiran Sultan Abu Bakar 1312 (1895). Undang-undang yang menjadi perhatian pengkaji bidang telah diinterpretasi sebagai dokumen yang merujuk pelbagai sumber. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan analisa ke atas UTKJ dari sudut warisan ketatanegaraan Melayu yang diaplikasikan dalam teks. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan aplikasi reka bentuk kajian sejarah. Kajian disandarkan pada dokumen dan kajian berkaitan ketatanegaraan Melayu sebagai data. Analisis data dilakukan menerusi pendekatan komparatif beserta analisis kandungan. Kajian mendapati bahawa UTKJ mengaplikasi sejumlah besar warisan ketatanegaraan Melayu yang telah dimuatkan secara holistik dalam teks.

Kata Kunci: Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895); ketatanegaraan Melayu; Sultan Abu Bakar; sejarah Johor; perlembagaan Johor

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Perbincangan berkaitan teks UTKJ dibuat berdasarkan teks UTKJ berserta tambahan sehingga 16 Jamadil Akhir 1332 bersamaan 12 Mei 1914. Iaitu tambahan kali kedua selepas 1312 (1895). Teks ini telah disalin pengkaji pada 10 November 2009 daripada simpanan Arkib Negara Malaysia. Teks asal tanpa tambahan atau pindaan

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

107

Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) tidak ditemui pengkaji melalui carian yang dilakukan di Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Cawangan Johor, National Library Singapore, Muzium Johor dan Perpustakaan Pejabat Peguam Negara.

UTKJ menerima tambahan terawal pada tahun 1908 dan seterusnya pada 1918. Edisi-edisi tersebut adalah edisi yang sama dari segi kandungan UTKJ 1895, tidak melibatkan pindaan melainkan hanya tambahan yang dibuat secara terasing dengan teks asal dan bukannya melalui tambahan dalam teks asal. Tambahan- tambahan yang telah dibuat tidak merencatkan kandungan asal teks yang dipinda pada tahun 1895, ini sekaligus menjadikan teks yang mempunyai tambahan boleh dianggap mempunyai isi yang sama dengan teks asal edisi 1895. Sebagai contohnya, hal ini dapat diperhatikan melalui salinan teks UTKJ bersama tambahan hingga tahun 19181.

Sebaliknya, teks yang telah dimuatkan dengan pindaan akan menjadikan teks asal tersebut diubah dan tidak asli sepertimana semasa ia digubal pada tahun 1895. Rekod Undang-undang Negeri Johor2 menunjukkan, pindaan pertama kali dibuat pada 1 Februari 1948 (undang-undang W.K.J No 2/1948). Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa teks UTKJ sebelum 1948 adalah sah diguna dan ditakrifkan sebagai teks asal seperti yang digubal dan diperkenalkan pada 1312 (1895) kerana belum berlaku sebarang pindaan melainkan hanya tambahan.

2. Asas Persoalan

Kesimpulan kajian terdahulu merupakan asas penting dalam pembinaan kertas kerja ini. Kajian Ahmad Fawzi menyimpulkan:

Kita mungkin tidak dapat menerima rambang saran yang mengatakan perlembagaan atau UTKJ 1895 itu sebagai pembaratan. Ini disebabkan beberapa institusi kerajaan telah pun wujud sebelum tahun 1895 itu. Kita juga harus ingat, selain England, Turki dan Mesir juga mempunyai pengaruh dalam sistem perundangan Johor. Adalah tidak tepat jika kita menyandarkan proses pembaratan berdasarkan ‘cara hidup’ Abu Bakar yang dikatakan dipengaruhi oleh masyarakat Eropah di Singapura khususnya. Abu Bakar sendiri memerintah Johor selama 33 tahun tetapi jika dijumlahkan kehadirannya dalam negeri hanyalah 16 tahun3.

Dalam kenyataan lain, Ahmad Fawzi menyatakan kewujudan unsur Johor-Riau dalam UTKJ. Ahmad Fawzi menyatakan:

UUTKJ adalah satu dokumen persuratan perundangan yang menggabungkan kekuatan tradisi Johor-Riau dan pengaruh perundangan moden. Dari segi persuratan ia adalah penulisan yang tinggi mutunya dengan memanifestasikan gaya bahasa abad ke-19. Pengaruh bahasa Arab dan Melayu diadun membentuk struktur bahasanya cukup jelas waktu itu4.

1Transliterasi UTKJ oleh Fawzi Basri & Hasrom Haron yang mempunyai tambahan sehingga 1918. Lihat Fawzi Basri & Hasrom Haron, 1978, Sejarah Johor Moden 1855-1940, Muzium Negara, Kuala Lumpur, hlm. 228-262; Salinan teks The Constitution of The State of Johore with Supplements, MR342.5952 JOH, National Library Singapore; Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor berserta tambahan sehingga 1914, Arkib Negara Malaysia. 2Undang-undang Negeri Johor, Cetakan semula, Undang-undang Tubuh Kerajaan 1895 mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2008. 3Ahmad Fawzi Mohd Basri, 1999, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor Tahun 1895: Suatu pemerhatian terhadap aspek ketatanegaraan dan persuratan, dlm. Zainal Abidin Borhan et.al (Ed.), Warisan Persuratan Johor II, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru, hlm. 386. 4Ahmad Fawzi Mohd Basri, 1997, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895): Kepentingan dari segi persuratan dan sejarah, dlm. Zainal Abidin Borhan et.al (Ed.), Warisan Persuratan Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru, hlm. 177. 108

Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)

Matlob dan Zam Ismail melontarkan pandangan mengenai UTKJ bahawa: “Dalam perlembagaan ini, Negeri Johor merupakan negeri pertama di Tanah Melayu mempunyai perlembagaan bertulis. Kandungannya merangkumi peraturan, susunan dan bentuk pemerintahan negeri Johor yang teratur”. Seterusnya turut dinyatakan “Perlembagaan ini berasaskan sistem pemerintahan warisan atau bentuk tradisi dicampur dengan unsur Inggeris, Turki dan Mesir. Drafnya telah dibuat dalam bahasa Melayu dan bertulisan Jawi, kemudian diterjemahkan ke bahasa Inggeris5.

Kenyataan Ahmad Fawzi, Matlob dan Zam Ismail merupakan asas persoalan kajian ini yang merumuskan bahawa penelitian terhadap unsur ketatanegaraan Melayu Melayu mestilah diperjelaskan bagi membezakan keberadaan unsur Eropah atau Inggeris di dalam UTKJ.

3. Warisan Ketatanegaraan Melayu dalam UTKJ

Warisan ketatanegaraan Melayu merupakan kelangsungan tatacara pentadbiran dan pemerintahan yang digunakan dalam Kerajaan Melayu Melaka, Riau-Lingga dan Johor. Selain daripada warisan watan Melayu, terdapat juga unsur Arab-Islam yang tidak dapat dinafikan dalam warisan ketatanegaraan. Hal ini berpunca daripada kebersamaan Islam yang telah meresap masuk ke dalam pemerintahan Melayu semenjak awal. Peringkat awal, keberadaan unsur Islam boleh dilihat dengan jelas dalam Hukum Kanun Melaka dan seterusnya juga melalui karya ketatanegaraan termasuklah kepengarangan Raja Ali Haji terutamanya al-Thamarat al- Muhimmah. Sebagai contoh, prinsip Melayu yang berteraskan Islam digunakan dalam Hukum Kanun Melaka menerusi terma-terma haram, jayus, derhaka dan dosa6. Selain itu, Raja Ali Haji secara maksimum menggunakan Islam dalam prinsip ketatanegaraan termasuklah Islam digunakan sebagai pra syarat perlantikan raja7. Oleh yang demikian, penjelasan warisan ketatanegaraan Melayu dalam teks UTKJ turut mengambil kira unsur Islam.

Dapatan warisan ketatanegaraan Melayu dibina berasaskan 69 item yang terdiri daripada:

i. muqaddimah ii. gelaran al-Wathiq iii. seru bukaan, kenyataan dan titah iv. makna-makna bagi perkataan v. penutup dan saksi vi. 64 fasal UTKJ

Menerusi imbasan ke atas 69 item tersebut, kajian mendapati bahawa sejumlah 34 item mempunyai kaitan langsung dengan ketatanegaraan Melayu. Item tersebut adalah:

Muqaddimah Gelaran al-Wathiq Seru Bukaan, Kenyataan, Titah Makna-makna bagi perkataan Fasal 2 Fasal 3 Fasal 4 Fasal 5 Fasal 6 Fasal 11

5Matlob & Zam Ismail, 2002, Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru, hlm. 68. 6Lihat transliterasi Hukum Kanun Melaka. Abu Hassan Sham, 1995. 7Raja Ali Haji, 1999, al-Thamarah al-Muhimmah Diyafah li al-‘Umara’ wa al-Kubara’ li ahl al-Mahkamah, Khazanah Fataniyah, t.tp. 109

Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)

Fasal 12 Fasal 13 Fasal 14 Fasal 15 Fasal 16 Fasal 22 Fasal 23 Fasal 24 Fasal 27 Fasal 28 Fasal 29 Fasal 30 Fasal 31 Fasal 32 Fasal 33 Fasal 38 Fasal 40 Fasal 41 Fasal 42 Fasal 46 Fasal 47 Fasal 48 Fasal 57 Fasal 58

Penjustifikasian rangkuman pemilihan tersebut sebagai contoh adalah seperti berikut:

3.1 Seru Bukaan, Kenyataan dan Titah

Seru bukaan merupakan kenyataan bahawa penggubalan UTKJ adalah berdasarkan persetujuan para pentadbir kerajaan Johor. Selain persetujuan, seru bukaan menyatakan bahawa UTKJ adalah undang-undang atau peraturan yang digunakan sebagai garis panduan untuk mentadbir dan memerintah Johor. Peraturan untuk mentadbir dan memerintah yang dinyatakan dalam seru bukaan menunjukkan bahawa dokumen ini adalah perlembagaan bagi Kerajaan Johor. Seru bukaan secara khusus menyatakan UTKJ sebagai ‘pusaka’ yang mesti digunakan secara turun temurun. Konsep ‘pusaka’ yang dinyatakan dalam bahagian seru bukaan secara khusus merupakan konsep yang sesuai dengan Arab-Islam-Melayu. Perkataan pusaka pada masa kini merujuk pada harta warisan keluarga yang diperoleh melalui wasiat atau pembahagian harta pusaka. Manakala dalam sistem politik ia biasa dikenali sebagai wa‘d atau bay’ah.

Hubung kait turut dapat dilihat dalam bahagian ‘kenyataan’ yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama menyatakan, kewujudan UTKJ perlu diterima dalam keadaan ‘suka dan reda’ bagi sultan dan waris gantinya kelak. Kedua, UTKJ perlu diterima oleh para pentadbir yang terdiri dari ketua-ketua kerajaan, orang-orang besar dan rakyat dalam keadaan ‘suka reda setia dan taat’. Ketiga, perkara-perkara yang dimasukkan dalam UTKJ adalah perkara utama (tidak kesemuanya). Ia bermakna fasal-fasal dalam UTKJ merupakan konsep asas bagi menjadi garis panduan dalam pentadbiran dan pemerintahan Johor. Kenyataan-kenyataan ini adalah kenyataan yang berpegang pada prinsip menerima dan reda pada undang-undang tersebut. Secara khusus bahagian kenyataan sekali lagi mengulang konsep wa‘d dan bay‘ah yang telah ditekankan dalam seru bukaan. Bahagian ‘kenyataan’ turut menerapkan satu lagi konsep iaitu taat atau patuh pada pemerintah sepertimana yang ditegaskan dalam bahagian kedua daripada ‘kenyataan’. 110

Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)

Seterusnya, bahagian titah menerangkan tentang akibat tidak mematuhi konsep-konsep yang telah diterapkan dalam seru bukaan dan kenyataan. Akibat mengingkari konsep wa‘d, bay‘ah dan taat tidak dizahirkan menerusi hukuman undang-undang, tetapi dilabel dengan ‘haram, jayus8, derhaka dan berdosa’. Cara melabel sebab akibat perbuatan dengan ‘haram, jayus9, derhaka dan berdosa’ menunjukkan ia mempunyai kaitan langsung dengan Islam dan Melayu. Kebudayaan Islam di Tanah Melayu pada abad ke 19M sangat memahami prinsip haram dan berdosa. Begitu juga dengan kebudayaan Melayu sahaja yang memahami prinsip jayus dan derhaka. Haram, jayus, derhaka dan berdosa dalam edisi terjemahan Inggeris diterjemah sebagai unlawful (haram), unmanly (jayus), rebellious (derhaka) dan criminal (dosa).

Bahagian seru bukaan, kenyataan dan titah teks UTKJ menggariskan konsep w‘ad, bay‘ah dan taat. Seterusnya mengemukakan pula akibat mengingkarinya iaitu haram, jayus, derhaka dan berdosa. Konsep-konsep ini secara jelas dapat kita lihat dalam Islam dan Melayu. Contoh, konsep bay‘ah digunakan semasa permulaan Khalifah Abu Bakr al-Siddiq menjadi pengganti Nabi Muhammad SAW. Konsep dan pemberian bay‘ah terhadap Khalifah Abu Bakr ini direkodkan dalam sejarah Islam. Antaranya oleh Ibn Kathir yang menyatakan bahawa proses bay‘ah berlaku sebanyak dua kali, pertama di Saqifah Bani Sa‘idah dan kali kedua oleh masyarakat Madinah di masjid10. W‘ad umumnya bermakna mengikat janji antara dua pihak, dan dalam konteks politik w‘ad adalah janji individu yang diperintah (rakyat) terhadap pemerintah dan sebaliknya.

Konsep ini dapat dijelaskan melalui ‘kenyataan’ UTKJ yang menyatakan bahawa perbuatan menggubal UTKJ adalah proses sah yang diakui, diredai dan akan diikuti Sultan Abu Bakar. Sebagai balasan pada ikrar Sultan Abu Bakar, dan memerlukan para pentadbir dan rakyat turut reda, akur dan taat dengan perlembagaan ini. Ikrar kedua-dua pihak ini merupakan satu ikatan setia yang dapat menerangkan makna wa‘d. Perkataan wa‘d dalam bahasa Melayu dieja sebagai waad dan diertikan sebagai janji. Konsep bay‘ah dan wa‘d mempunyai sedikit perbezaan, iaitu bay‘ah merujuk pada satu ikatan setia oleh pemimpin terhadap rakyat dalam memegang amanah lantikannya sebagai pemimpin11.

Proses bay‘ah dalam rekod sejarah Islam telah berlaku secara rasmi semenjak pelantikan Khalifah Abu Bakr al-Siddiq, sehinggalah ke era khilafah Islamiyyah yang lain. Manakala wa‘d pula melibatkan aku janji pemimpin kepada rakyat, tetapi tidak melibatkan satu prosedur rasmi sepertimana bay‘ah. Majlis dan proses angkat sumpah pimpinan yang dijalankan dalam Kerajaan Johor dan Malaysia kemudiannya dilihat lebih bersesuaian dengan konsep bay‘ah. Oleh itu wa‘d lebih fokus dalam bentuk perjanjian atau menandatangani akuan bersumpah dan sebagainya.

Seterusnya konsep taat pada pemerintah yang sedia digesa dan selaras dengan Islam. Keselarasan ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan Rasul-Nya dan ulil amr di antara kamu12. Taat pada ulil amr dalam ayat tersebut membawa makna pemimpin yang boleh dianggap pada masa UTKJ wujud sebagai Sultan Abu Bakar. Walaupun perbincangan tentang konsep taat terhadap pemimpin ini mempunyai perbahasan yang sangat panjang, khasnya

8Edisi bahasa Inggeris, perkataan Jayus diterjemahkan pada unmanly. Lihat The Law of The Constitution of 1895 incorporating all amendments up to 1 January 2008, hlm. 14. Jayus ditransliterasi pengkaji mengikut transliterasi yang dibuat Fawzi Basri dan Hasrom Haron kerana tidak terdapat perkataan yang sesuai maknanya dalam bahasa Arab, juga dalam Kamus Dewan edisi ke-3 dan ke-4 tiada perkataan berhampiran maknanya dan tidak wujud perkataan jayus dalam kamus tersebut. Lihat Fawzi Basri & Hasrom Haron, 1978, hlm. 230. 9Jayus mengikut terjemahan Inggeris boleh disamakan dengan dayus. Dayus dalam bahasa Malaysia membawa makna tidak bersifat kelelakian, pengecut, penakut, hina dan keji. Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2016, prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dayus [18 Januari 2016]. 10Ibn Kathir, 1998, al-Bidayah wa al-Nihayah, Jil. 9, Dar Hijr, t.tp, hlm. 414. 11Ismail Bakar, 2011, Sejarah Kenegaraan Islam, Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi, hlm. 84. 12al-Nisa’ 4: 59. 111

Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) dalam siyasah shari‘ah, tetapi pokok persoalannya telah dirungkai iaitu Islam menerapkan konsep taat pada pemimpin. Seterusnya, perbincangan berkaitan akibat yang merangkumi haram, jayus, derhaka dan dosa adalah label yang telah digunakan di sisi Islam dan kebudayaan Melayu. Kebudayaan Islam-Melayu contohnya telah muncul dengan label-label ini dalam Hukum Kanun Melaka13, Sulalat al-Salatin, al-Thamarat al-Muhimmah dan Muqaddimah fi Intizam al-Waza’if al-Mulk.

Sebagai kesimpulan, keberadaan konsep wa‘d, bay‘ah dan taat dalam teks UTKJ sangat berkait rapat dengan akibat iaitu haram, jayus, derhaka14 dan dosa. Konsep dan akibat yang dibentuk dalam UTKJ amat selari dengan konsep dan prinsip yang telah diperkenalkan oleh Islam seterusnya menjadi adaptasi dalam kebudayaan Melayu. Rantaian serta ikatan antara UTKJ dengan Islam dan Melayu telah ditonjolkan melalui contoh-contoh ringkas di atas. Oleh sebab itu, bahagian seru bukaan, kenyataan dan titah boleh diklasifikasikan dengan Arab- Islam-Melayu.

3.2 Fasal 2

Fasal 2 mengetengahkan tentang syarat untuk melantik seorang raja. Syarat diutarakan adalah: Pertama, berdarah raja (Johor), kedua, lelaki dan ketiga, beragama Islam. Melalui pemerhatian terhadap kerajaan Melayu tradisional, Riau dan British tidak dikemukakan syarat yang benar-benar sepadan dengan syarat ini. Bagaimanapun, jika diteliti secara praktikal lantikan seorang dalam kerajaan, ia sangat mirip dengan ciri-ciri raja yang dilantik dalam Kerajaan Johor-Riau Lingga dan kerajaan Melayu tradisional. Lantikan seorang raja dalam Kerajaan Johor-Riau Lingga misalnya tidak pernah menyanggahi ketiga-tiga syarat tersebut. Begitu juga sebelum penggubalan UTKJ, usaha mengabsah Abu Bakar sebagai sultan dimulai dengan pengesahan keturunan bahawa Abu Bakar benar-benar berdarah raja15. Hal yang sama dibuat pihak British terhadap keturunan Bendahara di Pahang sebelum perakuan keturunan Bendahara sebagai raja di Pahang diberikan16. Dua contoh ini menunjukkan bahawa berdarah raja adalah pra syarat yang menjadi kemestian dalam melantik seorang raja.

Merujuk pada al-Thamarat al-Muhimmah, Raja Ali Haji tidak memuatkan darah raja dan berasal usul dari negeri tersebut sebagai salah satu syarat lantikan17. Raja Ali Haji sebaliknya menekankan konsep berdarah raja dalam Undang-undang Lima Fasal. Fasal pertama dalam undang-undang ini telah memberi fokus terhadap jurai keturunan Abdul Jalil (Marhum Kuala Pahang). Jurai keturunan ini mempunyai salasilah yang luas sehingga kepada Yang Dipertuan Besar, Yang Dipertuan Muda di Riau, Temenggung di Johor dan Bendahara di Pahang. Perbincangan jurai keturunan dalam fasal satu Undang-undang Lima Fasal merupakan bahagian paling panjang perbincangannya daripada keseluruhan teks18. Perbincangan yang terperinci dan panjang lebar tentang susur galur atau jurai keturunan ‘berdarah raja’ dan keturunan yang berasal dari negeri tersebut menunjukkan peri pentingnya keturunan berdarah raja dalam sistem politik Melayu.

Syarat kedua iaitu lelaki menjadi amalan dalam lantikan sistem politik Islam dan Melayu. Sepanjang pemerintahan kerajaan Islam semenjak Rasulullah SAW menjadi pemimpin utama di Madinah sehinggalah

13Lihat transliterasi Hukum Kanun Melaka. Abu Hassan Sham, 1995. 14Konsep derhaka adalah label pada perbuatan ingkar atau menentang raja yang telah diberi daulat (bay’ah). Derhaka merupakan kata lawan bagi setia (wa’d). Lihat perbincangan mengenai setia, daulat dan derhaka dalam Mardiana Nordin, 2008, Politik Kerajaan Johor 1718-1862, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru, hlm. 119-132. 15Pengesahan berdarah raja telah dibuat sebelum menggunakan gelaran maharaja dan seterusnya diperkukuhkan sebelum gelaran Sultan digunakan. J/Raja 12, Memorandum Regarding the Maharajah of Johore: His Title and Position, ANJ. 16J/MB 2, Jaafar Mohamad kepada D.F.I Harvey Residen Councilor Melaka, 18 November 1889, No 364, Salinan Surat Dato’ Menteri 1886-1891, ANJ. 17Raja Ali Haji, 1999, hlm. 7. 18Abu Hassan Sham, 1981, Undang-undang Lima Fasal dari Riau, Malaysia dari Segi Sejarah 10: 63-92. 112

Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) kejatuhan ‘Uthmaniyyah 19, adalah amat minima lantikan seorang pemerintah tertinggi dibuat dari kalangan wanita. Hal yang sama juga boleh dilihat dalam kerajaan Melayu tradisional seperti Kerajaan Melayu Melaka, Johor-Riau Lingga dan lainnya yang menyaksikan majoriti raja yang dilantik adalah lelaki. Amalan melantik lelaki ini merupakan amalan yang selari dengan tuntutan agama Islam 20 dan seterusnya sebati dengan pengamalan di Tanah Melayu. Seterusnya syarat ketiga iaitu Islam adalah pra syarat utama dalam karya sistem politik Islam dan amalan lantikan kerajaan Melayu selepas kedatangan Islam. Raja Ali Haji dalam karyanya al- Thamarat telah meletakkan Islam sebagai pra syarat lantikan, syarat yang sama turut direkodkan dalam karya- karya sistem politik Islam yang lain21. Lantikan seorang raja beragama Islam turut dipatuhi dalam lantikan raja kerajaan-kerajaan Melayu selepas kedatangan Islam.

Kesimpulannya, ketiga-tiga syarat utama lantikan raja iaitu berdarah raja (berketurunan Johor), lelaki dan beragama Islam adalah syarat-syarat yang sangat sebati dengan pengamalan dalam kerajaan Melayu serta kerajaan Islam. Oleh itu, kesepadanan amalan dan syarat yang dimuatkan dalam UTKJ menunjukkan bahawa fasal penetapan syarat lantikan raja ini mengambil sumber Arab-Islam-Melayu.

3.3 Fasal 6

Fasal enam UTKJ menyatakan: “...berbuat sesuatu benda atau jalan atau ikhtiar yang bersifat khianat atas seseorang yang lebih hampir kedudukannya pada tahkta Kerajaan Johor...”. Fasal ini menyatakan tentang perbuatan khianat terhadap waris raja yang akan menjadi raja. Perbuatan khianat tersebut akan menghalang waris raja tersebut menjadi raja. Perbuataan ini mungkin datang dari waris yang kedua, waris yang lain atau mana- mana pihak berkepentingan untuk mendapatkan jawatan sultan. Fokus utama dalam fasal ini adalah untuk mewujudkan perlindungan terhadap waris ganti raja. Kesan terhadap perbuatan khianat tersebut adalah hukum bunuh atau buang negeri, seterusnya hilang hak mewarisi takhta serta dilucutkan pangkat dan dihentikan sebarang belanja atau elaun yang diperoleh dari Kerajaan Johor.

Fasal enam menurut pandangan pengkaji terhasil melalui pengalaman kerajaan Melayu tradisional. Antara contoh pengalaman tersebut adalah pergolakan Perang Saudara Pahang antara Bendahara Wan Ahmad dan Wan Mutahir22. Selain konflik Pahang, perselisihan untuk mewarisi takhta Kerajaan Johor-Riau Lingga selepas kematian Sultan Mahmud III juga menjadi iktibar pada Kerajaan Johor Moden. Perselisihan takhta Kerajaan Johor-Riau Lingga antara Tengku Abdul Rahman dan Tengku Hussain terjadi kerana unsur khianat terhadap wasiat Sultan Mahmud III23. Selain daripada Perang Saudara Pahang dan perselisihan antara Tengku Abdul Rahman dan Tengku Hussain, masih ada kes-kes khianat yang berlaku dalam kerajaan Melayu tradisonal. Kewujudan kes khianat terhadap waris ganti raja menunjukkan keperluan fasal enam dimasukkan dalam UTKJ, dan ia jelas terhasil melalui pengalaman Kerajaan Johor dan bukannya melalui rujukan khusus terhadap karya tertentu.

Kenyataan bahawa fasal ini dibuat berasaskan pengalaman Kerajaan Johor kerana wujud perbezaan dengan penerapan konsep dengan sistem politik Islam iaitu bughah dan sistem politik British iaitu treason.

19Lihat senarai khalifah bermula dengan Abu Bakar sehingga kejatuhan ‘Uthmaniyyah dalam karya sejarah Islam. Sebagai contoh lihat al-Bidayah wa al-Nihayah karya Ibn Kathir. 20 Mawardi tidak menyatakan dalam syarat lantikan seorang ketua negara mestilah Muslim, bagaimanapun melalui perbincangan tentang tugas, matlamat lantikan, prosedur lantikan dan perkara-perkara boleh melucutkan jawatan ketua negara, dapat dikenal pasti bahawa seorang ketua negara mestilah Muslim. Al-Mawardi, 1993, hlm. 4-34. 21Al-Mawardi, 1993, hlm. 6-7; Khalid ‘Ali Muhammad al-Anbariy, 2008, Sistem Politik Islam Menurut Pandangan al- Quran, al-Hadis dan Pendapat Ulama Salaf, Terj. Mat Taib Pa, Mohd. Puzhi Usop, Mohamed Seman, Wan Hassan Wan Mat, Najmuddin Wan Abdullah, Azhar Mohamed, Rahimi Mat Saad, Telaga Biru Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, hlm. 131-140. 22Aruna, G., 1993, Sejarah Politik Pahang 1880-1935, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 35. 23Walaupun terdapat tafsiran dan rekod berbeza tentang wasiat tersebut, tetapi pokoknya wujud unsur khianat dalam mewarisi takhta. Mardiana Nordin, 2008, hlm. 151-152; Buyong Adil, 1980, hlm. 177-178. 113

Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)

Menurut perbincangan sistem politik Islam dalam hukum bughah, ia mempunyai perbezaan tertentu. Sistem politik Islam dan UTKJ berbeza pertamanya berkenaan dengan kumpulan sasaran. UTKJ menyasarkan fasal enam utamanya terhadap waris yang kedua dan waris yang lain serta kumpulan yang bersekongkol dengan waris kedua dan waris yang lain. Sebaliknya, hukum bughah menyasarkan pada masyarakat awam dan matlamat hukum bughah juga tidak fokus pada khianat terhadap waris ganti ketua negara sahaja. Selain itu wujud perbezaan dengan hukuman yang ditetapkan dalam UTKJ dengan hukuman terhadap ahl al-bughyi24. UTKJ pada permulaan jenis hukuman membuat ketetapan dengan hukuman mati, hal ini jelas bertentangan dengan hukuman terhadap ahl al-bughyi.

Seterusnya UTKJ turut mempunyai perbezaan dengan sistem politik British di bawah law of treason yang mula dibentuk pada 1352. Law of treason berjalan melalui praktikal yang berlaku dalam Kerajaan British. Perbezaan ketara antara UTKJ dan sistem politik British adalah fokus fasal tersebut. UTKJ memberi fokus terhadap hukuman, sebaliknya law of treason lebih menekankan pada maksud perbuatan yang dianggap sebagai treason. Maitland menyatakan terdapat tiga bentuk treason yang utama iaitu: “1. Imagining the king’s death, 2. Levying war against the king, 3. Adhering to the king’s enemies”. Fokus setiap perbincangan tentang treason akan menyentuh tentang perbuatan yang dianggap treason25. Perbincangan tentang hukuman terhadap pesalah tidak disentuh secara terperinci sepertimana yang dibuat dalam UTKJ.

Perbezaan antara UTKJ dengan sistem politik Islam dan British tidak menunjukkan bahawa ia langsung tidak berkaitan. Bagaimanapun, jika diteliti keseluruhan fasal enam UTKJ menunjukkan bahawa ia terhasil melalui pengalaman Kerajaan Johor khasnya merentasi catatan sejarah dalam kerajaan Melayu tradisional. Hal ini menunjukkan bahawa fasal ini dibina berasaskan pengalaman dengan kerajaan Melayu dan sekaligus fasal enam diletakkan di bawah Arab-Islam-Melayu.

Ketiga-tiga item di atas merupakan contoh terhadap penjustifikasian yang dibuat terhadap keseluruhan item yang mempunyai kaitan dengan warisan ketatanegaran Melayu. Melalui kertas kerja Persidangan Tamadun Melayu Johor 201526, sebahagian dapatan tersebut yang dinamakan sebagai sumber adunan telah dibentangkan. Bagaimanapun, sesuai dengan pembentangan dan kedudukan sebagai prosiding seminar, telah wujud perubahan penemuan berbanding dapatan terdahulu.

4. Kesimpulan

Warisan ketatanegaraan Melayu yang diaplikasi dalam UTKJ secara keseluruhan melangkaui asas berikut:

i. Sistem pewarisan ii. Konsep setia (wa‘d atau waad) iii. Limitasi kuasa raja/sultan iv. Sistem agihan atau kuasa (sistem pembesar) v. Persyaratan calon raja/pembesar vi. Sistem gelaran raja/pembesar vii. Hak bersuara dan kebebasan beragama

Sesuai dengan asas yang disebutkan di atas, ketatanegaraan yang berdasarkan Islam dan Melayu kebanyakannya menggunakan teori yang sama dengan penggubalan UTKJ. Penggunaan teori yang sama menyebabkan UTKJ terhasil dan menjadi terjemahan kepada teori tersebut. Faktor utama yang menyumbang

24Al-Mawardi, 1989, hlm. 79-83. 25Maitland, F.W., 1908, The Constitutional History of England, Cambridge University Press, Cambridge, hlm. 227, 514. 26Lihat Hanif Md Lateh @ Junid & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad. 2015. Sumber adunan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312(1895). Prosiding Persidangan Tamadun Melayu Johor. Anjuran Kerajaan Negeri Johor, Persada International Convention Centre. (11-13 November 2015). 114

Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017) pada penggunaan teori yang sama adalah kerana Kerajaan Johor berlatarkan Melayu yang didasari agama Islam. Islam telah menjadi latar kukuh bagi kerajaan Melayu bermula kedatangannya sekitar abad ke 15M27. Walaupun Johor mendepani cabaran pemodenan, pembaratan dan penjajahan dari kuasa luar, tetapi Islam yang mendasari kerajaan Melayu semenjak kesultanan Melaka terus menjadi pemangkin utama terhadap penggubalan UTKJ. Selain dari faktor tersebut, kedudukan Johor sebagai pewaris kepada Kerajaan Johor-Riau Lingga turut memberi kesan. Kesan ini berlanjutan daripada kedudukan Riau sebagai sumber pada persuratan pada abad ke 19M yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya yang berkaitan dengan agama Islam. Faktor-faktor lain yang turut menyumbang adalah penjajahan, hubungan diplomatik, peranan pentadbir Kerajaan Johor termasuk golongan ulama dan sebagainya.

Rujukan al-Qur’an al-Karim. Abu Hassan Sham. 1980. Undang-undang Lima Fasal dari Riau, Malaysia Dari Segi Sejarah 10: 63-92. Abu Hassan Sham. 1995. Hukum Kanun Melaka. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka. Ahmad Fawzi Mohd Basri. 1997. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895): Kepentingan dari segi persuratan dan sejarah. Dlm. Zainal Abidin Borhan, Othman Puteh, Hamzah Hamdani & Saleh Daud. (Ed.). Warisan Persuratan Johor, hlm. 169-180. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. Ahmad Fawzi Mohd Basri. 1999. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor Tahun 1895: Suatu pemerhatian terhadap aspek ketatanegaraan dan persuratan. Dlm. Zainal Abidin Borhan, Othman Puteh, Hamzah Hamdani & Saleh Daud. (Ed.). Warisan Persuratan Johor II, hlm. 383-410. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. al-Mawardi, Abu al-Hasan ‘Ali. 1989. al-Ahkam al-Sultaniyyah. Ahmad Mubarak (pngr.). Kuwayt: Maktabah dar Ibn Qutaybah. al-Mawardi, Abu Hasan ‘Ali. 1993. al-Ahkam al-Sultaniyyah wa wilayah al-Diniyyah. Terj. Uthman Khalid. Kuala Lumpur: Institut Pengajian Tradisional Islam (IPTI). Aruna Gopinath. 1993. Sejarah Politik Pahang 1880-1935. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Buyong Adil. 1980. Sejarah Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hanif Md Lateh @ Junid & Izziah Suryani Arshad @ Mat Resad. 2015. Sumber adunan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895). Prosiding persidangan Tamadun Melayu Johor, hlm. 135-152. Ibn Kathir, Abu Fida’ Isma‘il. 1998. al-Bidayah wa al-Nihayah. Jil. 9. T.tp: Dar Hijr. Ismail Bakar. 2011. Sejarah Kenegaraan Islam. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM. J/MB 2, No 364, Salinan Surat Dato’ Menteri 1886-1891. Jaafar Mohamad kepada D.F.I Harvey Residen Councilor Melaka, 18 November 1889, ANJ. J/Raja 12, Memorandum regarding the Maharajah of Johore: His Title and Position, ANJ. M.A Fawzi Basri & Hasrom Haron. 1978. Sejarah Johor Moden 1855-1940. Kuala Lumpur: Muzium Negara. Maitland, F.W. 1908. The Constitutional History of England. Cambridge: Cambridge University Press. Mardiana Nordin. 2008. Politik Kerajaan Johor 1718-1862. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. Matlob & Zam Ismail. 2002. Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. Raja Ali Haji. 1999. al-Thamrah al-Muhimmah Diyafah li al-Umara’ wa al-Kubara’ li ahl al-Mahkamah. Cetakan. ke-2. t.tp.: Khazanah Fathaniyyah. The Constitution of The State of Johore with Supplements, MR342.5952 JOH, National Library Singapore. The Law of The Constitution of 1895 incorporating all amendments up to 1 January 2008, Perpustakaan Pejabat Peguam Negara.

27Zainal Kling menyatakan: Demikianlah asas pembinaan sistem sosiopolitik Melayu yang bukan sahaja merupakan penerapan unsur ketuhanan Allah bagi bangsa Melayu bahkan suatu penyesuaian tertinggi unsur Islam dalam ekologi Alam Melayu. Sistem itu adalah lebih suci daripada yang pernah diterapkan daripada agama Hindu. Zainal Kling, 1999, Asas ketuhanan dalam pemikiran sosiopolitik Melayu, dlm Zainal Abidin Borhan et al., Warisan Persuratan Johor II, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru, hlm. 12. 115

Hanif Md Lateh @ Junid et al. / TAWIS (2017)

Undang-undang Negeri Johor, Undang-undang Tubuh Kerajaan 1895 mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2008, Perpustakaan Pejabat Peguam Negara. Zainal Kling. 1999. Asas ketuhanan dalam pemikiran sosiopolitik Melayu. Dlm. Zainal Abidin Borhan, Othman Puteh, Hamzah Hamdani & Saleh Daud (Ed.). Warisan Persuratan Johor II. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor.

116

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Cabaran Membina Kemajuan Bangsa dalam Karya Abdullah Abdul Rahman: Matahari Memancar Tarikh Kerajaan Jepun

Ermy Azziaty Rozali a,b

a Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA. b Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA.

Abstrak

Abdullah Abdul Rahman merupakan seorang tokoh agama dari Muar, Johor dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama Islam Johor. Beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan menghasilkan buku, antaranya Pertutoran Melayu, iaitu buku tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab, karya terjemahan Matahari Memancar Tarikh Kerajaan Jepun serta Islam dan Tamadun. Kertas kerja ini akan membincangkan buku Matahari Memancar Tarikh Kerajaan Jepun terjemahan Abdullah Abdul Rahman yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Melayu sehingga Perang Dunia Kedua. Matahari Memancar membentangkan bahawa orang Jepun merupakan bangsa yang bersungguh-sungguh dalam membina negaranya. Manakala masyarakat Melayu Islam di sebelah Timur, masih lagi bergantung kepada Kuasa Eropah dari segi pentadbiran negara dan juga aspek pertahanan. Oleh itu, bangsa di sebelah Timur dinasihatkan berdikari dan berusaha keras untuk memajukan negara masing-masing. Kejayaan Jepun dalam bersaing dengan Barat juga menjadi contoh kepada bangsa Timur, terutamanya masyarakat Islam. Dalam Matahari Memancar juga disarankan agar masyarakat Melayu mengambil pengajaran daripada sejarah dan tidak menjadi bangsa yang leka. Di samping itu, turut dinyatakan dua sifat penting untuk menjana pembangunan dan kemajuan, iaitu bijaksana dan yakin dengan diri sendiri. Kejayaan bangsa Jepun adalah kerana mereka memiliki dua sifat tersebut dan bekerja bersungguh- sungguh yang seharusnya menjadi teladan kepada masyarakat Islam.

Kata Kunci: Karya Abdullah Abdul Rahman; kemajuan bangsa; bangsa Jepun; masyarakat Melayu

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Pembinaan bangsa merupakan salah satu aspek penting untuk memajukan sesebuah negara. Proses pembinaan bangsa pada era prakemerdekaan adalah untuk menggalakkan usaha mengejar pembangunan dan kemajuan serta

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

117

Ermy Azziaty Rozali / TAWIS (2017) berusaha melepaskan diri daripada penjajahan Barat. Sesuatu yang menarik dalam perkembangan politik dan sosiobudaya masyarakat Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah penerimaan pengaruh dari Timur Tengah (Mohammad Redzuan Othman 1994, 2005). Antara aspek yang boleh dilihat ialah perkembangan dalam bidang keilmuan. Penerjemahan buku-buku berbahasa Arab ke dalam bahasa Melayu dilakukan untuk memperbanyakkan bahan bacaan bagi masyarakat Melayu. Dalam membina peradaban bangsa bahan bacaan atau kepustakaan adalah asasnya. Ahli-ahli sejarah Barat menyatakan bahawa zaman kegemilangan masyarakat Islam tidak akan muncul semula kerana kepustakaan mereka telahpun musnah dan mereka tidak membina semula asas tersebut. Tanpa kewujudan korpus keilmuan tersebut maka sukarlah untuk membina peradaban bangsa (Abdullah Hassan 2008).

Artikel ini yang cuba membentangkan sebuah karya terjemahan melihat pentingnya usaha penerjemahan dilakukan. Kenapakah perlunya proses penerjemahan ini? Adalah penting untuk kita memahami proses penyerapan ilmu dan pengetahuan. Ilmu dan pengetahuan amat mudah diserap apabila ilmu tersebut disampaikan dalam bahasa ibunda. Ini merupakan suatu fakta dan kenyataan yang telah terbukti. Manusia akan lebih memahami ilmu pengetahuan jika disampaikan dengan bahasa ibundanya. Di sinilah pentingnya proses penerjemahan, iaitu untuk memastikan ilmu dapat disampaikan dengan bahasa ibunda dan seterusnya diserap dan memberikan kefahaman yang lebih mendalam lagi.

Untuk itu, amatlah penting setiap ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang disampaikan dalam bahasa ibunda masing-masing. Jadi di sini, kita perlu memahami bahawa dalam proses pembinaan semula tamadun Melayu di negara ini, kita perlu memastikan bahawa generasi pewaris diberikan suntikan ilmu pengetahuan. Langkah yang amat penting ialah memastikan mereka dapat memahami dan menghayati ilmu pengetahuan itu sendiri. Untuk itu, amat penting kita memahami ilmu pengetahuan mesti disampaikan dalam bahasa yang dapat mereka fahami. Melalui usaha penerjemahan, berlaku pengimportan ilmu, budaya dan peradaban daripada bangsa yang menghasilkan sesuatu karya tersebut.

Menjelang awal abad ke-20, maktab perguruan di Singapura, Melaka dan Perak telah berjaya menghasilkan beberapa kumpulan graduan yang antaranya memperlihatkan kebolehan sebagai penulis. Kumpulan ini terdiri daripada nama-nama seperti Sulaiman bin Muhammad Nur, Haji Muhammad Said bin Sulaiman, Raja Haji Yahya Raja Muhammad Ali, Abdullah bin Abdul Rahman dan lain-lain. Sebagai pendidik mereka merasa sedih dengan kekurangan bahan pengajaran di sekolah. Beberapa judul buku yang ditulis oleh penulis muda Melayu ini menjadi popular dalam kalangan pelajar sekolah dan pembaca umum. Antara contoh ialah Matahari Memancar oleh Abdullah Abdul Rahman, Hikayat Johor dan Hikayat Queen Victoria oleh Haji Muhammad Said dan Anak Kunci Pengetahuan oleh Abdul Majid Zainuddin. Kebanyakan penulis-guru ini mahir dalam sekurang-kurangnya satu bahasa lain, khususnya Arab atau Inggeris yang membolehkan mereka membuat terjemahan (Md. Sidin Ahmad Ishak 1998).

Abdullah bin Abdul Rahman merupakan seorang tokoh agama yang berasal dari Muar, Johor. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan Agama Islam Johor dan dianugerahkan gelaran ‘Dato’. Abdullah juga bergiat aktif dalam bidang penulisan (Zainal Abidin 1940). Jabatan Agama Islam Johor dilihat proaktif dalam usaha penerjemahan untuk kepentingan masyarakat. Antaranya ialah penerjemahan Majalah Ahkam Johor pada tahun 1913 yang melibatkan undang-undang sivil (Abdul Jalil Borham 1997). Usaha terjemahan dilakukan terhadap Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah Turki Uthmaniyah ke dalam bahasa Melayu. Jabatan Agama Johor merupakan nadi utama dalam proses penterjemahan dan perlaksanaan Majalah Ahkam Johor (Abdul Jalil Borham 2002).

Pada tahun 1913, Abdullah Abdul Rahman menghasilkan buku Pertutoran Melayu, iaitu buku tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1924, beliau menterjemahkan buku al-Islam wa al-Hadarah karya Muhammad Farid Wajdi, seorang sarjana dan ahli pemikir Mesir yang terkenal. Buku terjemahan tersebut berjudul Islam dan Tamadun (Zainal Abidin 1939). Hubungan

118

Ermy Azziaty Rozali / TAWIS (2017) rapat Abdullah dengan pendukung al-Imam meletakkan beliau sebagai reformis dalam kalangan ‘Kaum Muda’. Beliau yang mendapat pendidikan di Kaherah dan mengimport buku-buku teks untuk sekolah agama dari sana, menjadikan beliau seangkatan dengan Syeikh Tahir Jalaluddin dan Sayid Sheikh al-Hadi, mendapat pendedahan dengan suasana intelektual di Mesir (Laffan 1996; Onn Jaafar 1935).

Abdullah Abdul Rahman seorang yang berpandangan jauh dalam aspek pembangunan dan juga menitikberatkan bidang pendidikan. Selaku Ketua Jabatan Agama Johor beliau pernah mencadangkan agar disatukan pelajaran bahasa Melayu dan agama. Cadangan tersebut bertujuan untuk menjimatkan masa anak-anak Melayu. Kitab-kitab agama dicadangkan agar digunakan sekaligus untuk pelajaran agama dan bahasa Melayu. Dalam mesyuarat kerajaan pada bulan Oktober 1933, beliau mengemukakan lima tujuan cadangan penyatuan tersebut:

i. Supaya sekolah Melayu itu ada di dalamnya pelajaran agama atas kadar fardu ain yang wajib ke atas anak-anak orang Melayu itu tiap-tiap seorang dapat pelajaran agama.

ii. Juga melepaskan daripada tuntutan-tuntutan bagi pihak daerah-daerah atau kampung-kampung yang mengatakan ada tempat dapat sekolah agama, ada yang tidak dapat pada hal semua rakyat Johor dan sama beragama Islam.

iii. Tidak berkehendakkan tambahan guru-guru lagi bagi mengadakan sekolah baru barangkali boleh juga dikurangkan.

iv. Ada juga masa bagi kanak-kanak di dalam kampung boleh dapat peluang kerja sendiri di dalam kampung-kampungnya di sebelah petang dan dapat pada waktu bagi anak-anak Melayu di dalam bandar yang ada sekolah Inggeris boleh masuk sekolah Inggeris di sebelah pagi dan mengambil pelajaran bahasa Melayu dan agama di sebelah petang.

v. Kalau begitu tidaklah dikehendakkan anak-anak Melayu yang diam di dalam bandar-bandar yang ada sekolah Inggeris itu masuk dalam sekolah Inggeris, kemudian dia telah lulus dalam standard empat sekolah Melayu dan kemudian daripada telah menggunakan umurnya empat atau lima di dalam sekolah Melayu (ertinya telah berumur dua belas atau tiga belas tahun baharu boleh masuk sekolah Inggeris) dan apabila tidak cukup kelulusannya dihentikan sebab terlebih umur. Tapi atas perubahan itu bolehlah dimasukkan anak-anak Melayu dibandar itu berumur tujuh tahun belajar dalam bahasa Inggeris permulaan sebab disebelah petangnya dia akan belajar bahasa Melayu dan agama. Inilah yang dikatakan tujuan untuk menyelamatkan masa anak-anak Melayu.

Cadangan Abdullah Abdul Rahman ini dipersetujui oleh Ahli-ahli Majlis Agama dan dianggap satu peluang kepada anak-anak Melayu untuk mempelajari bahasa Inggeris di sebelah pagi dan belajar bahasa Melayu dan agama di sebelah petang. Dalam memorandum 1935, penyatuan itu dilaksanakan (Rahimah Abd Aziz 2000). Oleh itu, dapat dilihat peranan Abdullah Abdul Rahamn dalam usaha meningkatkan pendidikan masyarakat Melayu.

2. Matahari Memancar Tarikh Kerajaan Jepun

Pada tahun 1906, Abdullah bin Abdul Rahman telah menulis sebuah buku terjemahan. Buku tersebut bertajuk Matahari Memancar: Tarikh Kerajaan Jepun yang memberikan pengiktirafan kepada kerajaan Jepun. Buku ini merupakan terjemahan buku berbahasa Arab yang bertajuk al-Shams al-Mushriqah, tulisan Mustafa Kamil Pasha (1874-1908), seorang pemimpin nasionalis Mesir yang terkemuka. Al-Shams al-Mushriqah ditulis oleh Mustafa Kamil berikutan kekagumannya terhadap kejayaan Jepun dalam peperangan dengan Rusia (Nadia Fahmi 1976; Walker 1980, 1994).

119

Ermy Azziaty Rozali / TAWIS (2017)

Mustafa Kamil Pasha (1874-1908), merupakan salah seorang tokoh yang terkenal di Mesir, dilahirkan di Kaherah pada 14 Ogos 1874 dan bapanya bertugas sebagai jurutera askar. Mustafa Kamil pernah menuntut di Universiti Taolouse, Perancis. Semasa dalam pengajian, beliau melibatkan diri dalam aktiviti politik. Sekembalinya dari Perancis, Mustafa Kamil menubuhkan Parti ‘al-Watan’ pada 1894, yang bermatlamat untuk mengusir pihak British dari Mesir. Mustafa Kamil pernah melawat Berlin, London, Vienna, Budapest dan Geneva (Meyerhof 1983; Nadia Fahmi 1976).

Mustafa Kamil juga kerap mengeluarkan artikel yang bersifat anti-British dalam akhbar al-Ahram dan al-Muayyad sejak tahun 1894 dan menjadi terkenal. Beliau kemudiannya menerbitkan akhbar al-Liwa’ pada tahun 1900 yang turut mendapat sokongan Khedif Abbas Hilmi. Kekerapan Mustafa Kamil mengunjungi Istanbul menemui Sultan Abdul Hamid II (1876-1909), melayakkan beliau mendapat gelaran ‘Mutamayyiz’ pada tahun 1899 dan ‘Pasha’ pada tahun 1904. Sebagai pendukung kepada gagasan Pan-Islamisme, Mustafa Kamil menerusi akhbar al-Liwa’ menyatakan sokongan terhadap gagasan Pan-Islamisme dan dawlah Turki Uthmaniyah, terutamanya dalam konflik dengan Eropah. Pada 1907, beliau mengasaskan parti politik al-Hizb al-Watani. Walau bagaimanapun, kematian Mustafa Kamil pada 1909, dalam usia yang agak muda, iaitu 34 tahun menimbulkan kesangsian dan spekulasi. Khedif Abbas Hilmi mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak mengaitkan beliau dengan kematian Mustafa Kamil. Majlis pengkebumian Mustafa Kamil dihadiri oleh 60,000 orang rakyat Mesir yang merasa sedih dengan kehilangan seorang pemimpin yang memperjuangkan semangat kebangsaan Mesir (Walker 1980).

Pada tahun 1907, penerbitan buku Matahari Memancar oleh Abdullah Abdul Rahman mendapat pembiayaan daripada penerbit al-Imam dan diterbitkan oleh Matbaah al-Imam di Singapura (Laffan 1996). Matbaah al-Imam atau al-Imam Printing Company diasaskan pada tahun 1906 dan beberapa orang penulis dan penyunting majalah al-Imam turut menulis buku-buku keagamaan yang juga dicetak oleh syarikat ini (Md. Sidin 1998). Promosi Matahari Memancar dilakukan dengan penyiaran iklan dalam majalah al-Imam. Al-Imam menganggap penerjemahan ini sebagai usaha untuk memperkayakan tulisan yang boleh memberikan manfaat dan menambahkan keilmuan kepada masyarakat Melayu. Pujian juga diberikan kepada Abdullah Abdul Rahman dalam menghasilkan Matahari Memancar yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat Melayu dan memberikan kesedaran kepada mereka. Usaha seperti ini amat digalakkan. Matahari memancar dijual dengan harga promosi $3.50 yang bermula dari 14 Mei 1907 hingga 1 Julai 1907. Manakala selepas daripada tempoh tersebut dijual dengan harga $5.00 senaskhah. Di samping itu, isi kandungan buku tersebut turut dimuatkan dalam al-Imam sebagai tujuan promosi (al-Imam 1907).

Matahari Memancar mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu sehingga Perang Dunia Kedua (Laffan 1996). Dalam Matahari Memancar, pengarangnya memuji orang Jepun yang bersungguh-sungguh membina negaranya. Mustafa Kamil Pasha yang juga merupakan pemimpin parti al-Hizb al-Watani, Mesir. Pada tahun 1890-an, beliau mempromosikan konsep ‘wataniyyah’ (fahaman kebangsaan) dan menyeru agar Mesir mengekalkan hubungan dengan pentadbiran khilafah di Istanbul. Apabila Jepun berjaya dalam peperangan dengan Rusia pada tahun 1904, mendorong penulisan buku ini sebagai sokongan beliau terhadap masyarakat Jepun yang dianggap mempunyai semangat kebangsaan yang kuat (Laffan t.th.). Manakala masyarakat Melayu di sebelah Timur, masih lagi bergantung dengan kuasa Eropah dari segi pentadbiran negeri dan juga aspek pertahanan. Oleh itu, orang Jepun menasihatkan agar bangsa di sebelah Timur berdikari dan berusaha keras untuk memajukan negara masing-masing. Kejayaan Jepun dalam bersaing dengan Barat juga menjadi contoh kepada bangsa sebelah Timur (Abdullah Abdul Rahman 1906).

Bangsa yang percaya pada diri sendiri mampu untuk melepaskan diri daripada diperhambakan oleh orang lain dan berusaha untuk bebas dan merdeka. Mereka juga berusaha untuk menghasilkan barangan yang tidak ada pada mereka dan juga membuat barangan sebagaimana yang dihasilkan oleh negara Barat. Contoh yang diberikan ialah bagaimana peladang-peladang di Jepun berusaha bersungguh-sungguh mengerjakan sawah

120

Ermy Azziaty Rozali / TAWIS (2017) mereka untuk membayar cukai kepada kerajaan di samping itulah mata pencarian utama mereka. Dijelaskan juga kesungguhan askar-askar Jepun yang kemudiannya berjaya mengalahkan Rusia dalam peperangan (Abdullah Abdul Rahman 1906).

Orang Barat dilihat cuba untuk melihat orang lain berada di bawah kekuasaannya dan tidak suka dengan kemaraan orang Barat. Orang Timur pula tidak suka untuk terus kekal di bawah pemerintahan Barat. Orang yang mempunyai kekuatan boleh menghukum dan bermegah dengan kekuatan mereka. Manakala orang yang dihukum itu adalah golongan yang lemah. Bermula dengan kemenangan Jepun ke atas itu merupakan kemenangan yang adil kerana kemaraan anak negerinya. Semangat yang tinggi dalam mendapatkan ilmu pengetahuan kerana mereka cinta dan kasihkan negara. Sebagai iktibar perkara yang paling penting bagi anak bangsa ialah pendidikan, bekerja bersungguh-sungguh dan bersatu (Abdullah Abdul Rahman 1906).

Salah satu aspek yang dilihat menjadi kejayaan bagi kerajaan Jepun ialah menjadikan negara mereka setanding dengan Barat. Anak-anak muda dihantar belajar ke Eropah dan Amerika untuk mempelajari teknologi dari sana, terutamanya yang melibatkan aspek ketenteraan. Sebagai contoh pembuatan kapal perang yang besar seperti di Barat. Walau bagaimanapun, bukan semua perkara yang menerima perubahan di Jepun, masih ada lagi yang terikat dengan tradisi lama, golongan wanita berkahwin dengan rakyat tempatan. Bagi golongan yang tidak terlibat dalam sektor kerajaan digalakkan terus menggunakan pakaian tradisi untuk mengekalkan adat dan budaya. Orang Jepun juga dikenal pasti sebagai bangsa yang bersungguh-sungguh melakukan perkerjaan dan membuat kebajikan (Abdullah Abdul Rahman 1906).

Jika dianalisis, amat sukar ditemui satu bangsa yang mudah mengubah peraturan bangsanya sebagaimana orang Jepun. Kali pertama mereka mengubah peraturan mengikut orang China. Kemudiannya melihat dan mencontohi dan memindahkan segala kemajuan Barat ke dalam negerinya. Tabiat dan perilaku orang Jepun ini adalah sukakan sesuatu yang baru dan gemar untuk mengetahui tiap-tiap perkerjaan yang tidak dimiliki kemahirannya. Walau bagaimanapun, kehendak dan cita-cita utama bangsa Jepun ialah menjadikan negara mereka sebagai sebuah negara yang kuat berbanding orang lain (Abdullah Abdul Rahman 1906).

Arus perubahan yang berlaku dalam negeri Jepun bermula apabila rakyatnya tidak dapat menerima kedatangan orang asing yang datang ke negaranya. Walau bagaimanapun, menyedari kepentingan untuk bersaing dengan kemajuan Barat, bangsa Jepun berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan dan teknologi yang berada di Barat dengan tujuan untuk memajukan negaranya. Begitu juga dengan kesetiaan rakyat Jepun kepada maharajanya, iaitu Maharaja Mikado yang menjadi lambang kekuatan dan keutuhan negara (Abdullah Abdul Rahman 1906).

Mengukuhkan lagi tulisan dalam Matahari Memancar, perbincangan mengenai pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh Turki Uthmaniyah turut dibandingkan dengan analisa dan juga kritikan terhadap budaya dan masyarakat Melayu. Masyarakat di sebelah Timur diseru supaya lagi tidak ghairah dengan kecenderungan mempelajari ilmu sihir dan azimat. Mereka seharusnya sedar dan menggerakkan usaha untuk mengejar ilmu pengetahuan dan juga kemajuan untuk negara (Abdullah Abdul Rahman 1906). Tahyul dan misteri masih lagi mendominasi budaya dan minda masyarakat Melayu. Hal ini menghalang pemodenan minda masyarakat Melayu. Pemodenan minda masih lagi bergelut dengan tahyul dan misteri yang mendasari imej dan budaya bangsa Melayu. Bangsa yang terpengaruh dengan tahyul dan misteri yang membelenggu minda menjadikan sesuatu bangsa itu jumud, tidak berfikiran terbuka, tidak bebas berfikir secara rasional, logik dan objektif untuk mencapai perubahan dan kemajuan (Abd. Rahim 2004).

Matahari Memancar menyeru masyarakat Melayu agar mengambil pengajaran daripada sejarah dan tidak menjadi bangsa yang leka. Di samping itu, turut dinyatakan dua sifat penting untuk menjana pembangunan dan kemajuan, iaitu bijaksana dan percaya dengan diri sendiri. Kejayaan bangsa Jepun adalah kerana mereka memiliki dua sifat tersebut dan bekerja bersungguh-sungguh. Selain Jepun, bangsa Turki Uthmaniyah juga

121

Ermy Azziaty Rozali / TAWIS (2017) memiliki sifat bijaksana dan keyakinan diri yang tinggi. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kesusahan, mereka tetap berjaya menghadapinya. Perbandingan juga dibuat sekiranya situasi yang dialami oleh bangsa Turki dialami oleh bangsa lain, sudah pasti tidak dapat mengatasi cabaran-cabaran tersebut (Abd. Rahim 2004).

Sanjungan juga diberikan terhadap keazaman dawlah Turki Uthmaniyah yang berhadapan peperangan fi sabilillah dengan kerajaan Rusia. Oleh itu, umat Islam diseru supaya bersatu-padu dan menyokong dawlah Turki Uthmaniyah (Abd. Rahim 2004). Matahari Memancar juga menyeru kepada masyarakat Melayu, agar merasa bangga menjadi bangsa Timur (Zainal Abidin 1939; Gordon 1999). Jelasnya di sini, buku ini tidak hanya memaparkan aspek sejarah, bahkan menjadi inspirasi dan perangsang kepada masyarakat Melayu supaya mencapai pembangunan tamadun, menerusi penciptaan teknologi dan juga usaha keras daripada masyarakatnya (al-Imam 1907; Andaya 1977). Persepsi yang positif diberikan kepada Turki Uthmaniyah apabila dawlah tersebut diumpamakan sebagai setaraf dengan Jepun di Timur Tengah. Ini diakui sendiri oleh Ahmed Riza dan Nazim Bey, ahli Comittee of Union and Progress (C.U.P), dalam usaha mereka untuk menjalinkan hubungan dengan British (Feroz Ahmad 1966).

Sesuai dengan fokus Matahari Memancar terhadap Jepun, sejarah dan latar belakang kerajaan tersebut turut dijelaskan (Abdullah Abdul Rahman 1906). Berikutan peperangan antara Jepun dan China juga dilihat memberi kekuatan kepada Jepun. Pada tahun 1900, Jepun mengadakan pakatan dengan Eropah untuk membantu kerajaan-kerajaan kecil di Eropah serta mengukuhkan kedudukan Jepun di mata Barat (Abdullah Abdul Rahman 1906). Dalam Matahari Memancar ini juga jelas memuji kewibawaan maharaja Mikado yang disifatkan sebagai seorang pemimpin yang hebat, bijaksana dalam mentadbir dan prihatin kepada kepentingan rakyatnya (Abdullah Abdul Rahman 1906).

Jika dinilai buku Matahari Memancar ini membentangkan kepentingan membina bangsa. Orang Jepun dilihat mampu menjadi saingan kepada Kuasa Barat kerana kesungguhan mereka mendapatkan ilmu pengetahuan dan juga cita-cita yang tinggi untuk memajukan bangsa dan negara. Sebagai output untuk bacaan masyarakat Melayu, buku ini menawarkan persepsi yang baru kepada bangsa di Timur untuk berada sama tinggi dengan kuasa Barat. Untuk mengukuhkan kewibawaan dan kekuatan bangsa Melayu tidak boleh dipandang ringan kerana persaingn yang dihadapi oleh bangsa Melayu selepas merdeka semakin sengit dan mencabar. Sebahagian besar bangsa Melayu belum lagi mempunyai semangat dan jiwa yang merdeka. Pemikiran dan tanggungjawab untuk membina kedudukan bangsa Melayu dalam segala hal seringkali tidak kesampaian. Dengan pengaruh kebendaan dan kesenangan yang dikecapi, Melayu sering hilang panduan dan pedoman. Penyatuan Melayu masih belum wujud bagi membina kekuatan dan pembangunan orang Melayu sama ada dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Bangsa Melayu cepat mengalah dalam perjuangan penting dalam mencorakkan pembangunan dan kekuatan bangsa mereka (Abd. Rahim 2004).

3. Kesimpulan

Matahari Memancar Tarikh Kerajaan Jepun buku terjemahan oleh Abdullah Abdul Rahman yang diterbitkan pada awal kurun ke-20, menarik minat khalayak pembaca dari kalangan masyarakat Melayu. Walaupun, sebahagian besar kandungannya membahaskan mengenai kerajaan Jepun yang berjaya dalam peperangannya dengan Rusia dan juga semangat dan kesungguhan bangsa Jepun memajukan negaranya. Apa yang menarik dengan terhasilnya buku ini, memberikan persepsi yang baru kepada masyarakat Melayu mengenai kekuatan bangsa di sebelah Timur dalam persaingannya dengan Kuasa Barat. Meletakkan Jepun sebagai contoh dan ikutan dilihat suatu dasar pandang ke Timur yang dicetuskan sejak awal lagi.

Rujukan

Abd Rahim Abd Rashid. 2004. Patriotisme: Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Abdul Jalil Borham. 1997. Majalah ahkam Johor ditinjau dari aspek latar belakang dan pengaruhnya terhadap pentadbiran sistem muamalat Islam dari Negeri Johor. Tesis Dr. Fal, Akademi Islam, Universiti Malaya. 122

Ermy Azziaty Rozali / TAWIS (2017)

Abdullah Abdul Rahman. 1906. Matahari Memancar: Tarikh Kerajaan Jepun. Singapura: Matba‘ah al-Imam. Abdullah Hassan. 2008. Membina kepustakaan melayu melalui terjemahan. Dlm. Abdullah Hassan et.al. Membina Kepustakaan Dalam Bahasa Melayu. Batu Caves: Utusan Publication. Al-Imam. Jil. 1. Bil, 11. 14 Mei 1907. Al-Imam. Jil.1. Bil. 12. 12 Jun 1907. Andaya. B.Y. 1977. From Rum to Tokyo: The search for anticolonial allies by the rules of Riau 1889-1914. Indonesia 24: 123-156. Feroz Ahmad. 1966. Great Britain’s relation with the young Turks 1908-1914. Middle Eastern Studies 2(4): 302- 329. Gordon, A. 1999. Riau: The Millieu, of Syed Syeikh’s Formative Years and the Aspiration of the Subjugated Umma. Dlm. Alijah Gordon (pnyt.) The Real Cry of Syed Sheikh al-Hady. Kuala Lumpur: Malaysia Sociological Research Institute. Laffan, M.F. [t.th]. Dispersing God’s Shadows Reflections on the Translation of Arabic Political Concepts into Malay and Indonesian. Available at: www.anu.edu.au/asianstudies/ proudfoot/mmp/laffan_apc.html. Laffan, M.F. 1996. Watan and negeri: Mustafa Kamil’s rising sun in the Malay World. Indonesia Circle 24 (69): 156-175 Md. Sidin Ahmad Ishak. 1998. Penerbitan dan Percetakan Buku Melayu 1807-1960, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Meyerhof, M. 1983. Mustafa Kamil. Dlm. The Encyclopaedia of Islam. Leiden: E.J Brill. Jil. 7. Mohammad Redzuan Othman. 1994. The Middle Eastern influence on the development of religious and political thought in Malay society 1880-1940. Tesis Dr. Fal, University of Edinburgh. Mohammad Redzuan Othman. 2005. Islam dan Masyarakat Melayu Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Nadia Fahmi. 1976. Mustafa Kamil: Nationalism and Pan-. Master Thesis, McGill University. Onn Jaafar. 1935. Selamat Johor Tanda Kenangan Pengingat Kesyukuran Ulangtahun Keempat Puluh bagi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Bersemayam di Singgahsana Tahkta Kerajaan Johor. Johor: Yayasan Warisan Johor. Rahimah Abdul Aziz. 2000. Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945) Satu Analisis Sosiologi Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Walker, D. 1980. Mustafa Kamil’s Party “Mustafa Kamil’s Party, Islam, Pan-Islamism and Nationalism. Islam the Modern Age 11(33): 230-293. Walker, D. 1994. Pan-Islamism as a modern ideology in the Egyptian independence movement of Mustafa Kamil. Hamdard Islamicus 17(1): 57-104. Zainal Abidin bin Ahmad. 1939. Modern Development in Malay Literature. Dlm. Richard O. Winstedt. A History of Malay Literature. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 27 (3): 1-241.

123

124

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Pola Penulisan Hadis Arbacīn sebelum al-Imām al-Nawawī

Muhammad Hasan Said Iderusa, Latifah Abdul Majida, Ahamad Asmadi Sakata, Siti Zahidah Kosrana

aJabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Pola atau corak penulisan hadis telah melalui satu perkembangan yang panjang dan tersendiri. Salah satunya adalah bentuk penulisan Arbacīn oleh al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277). Bentuk penulisan beliau ini telah banyak memberikan impak positif kepada zaman selepasnya. Namun, timbul persoalan sama ada wujud atau tidak bentuk penulisan Arbacīn sebelum zaman al-Imām al-Nawawī. Berpandukan metode analisis kandungan dan persejarahan, artikel ini menjelaskan bahawa di awal Islam terdapat dua bentuk iaitu tiada penulisan rasmi dan kemunculan berpola mawḍūcī.

Kata Kunci: Hadis; metode Arbacīn; al-Imām al-Nawawī; pola penulisan

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Semenjak adanya usaha tadwīn hadis oleh Khalifah cUmar bin cAbd al-cAzīz (63-101H/682-720) para ulama berusaha mengumpulkan dan menghimpun ribuan hadis dari hafalan mereka lengkap dengan sanad dan perawi. Pelbagai pola telah dapat dilihat dengan penghasilan kitab hadis. Ia telah disusun dengan berbagai kaedah dan teknik bersesuaian dengan keintelektualan masing-masing. Ada yang menggunakan metode musnad berdasarkan urutan perawi, ada yang menghimpun hadis dengan kaedah sunan sesuai topik-topik tertentu dan ada pula yang menghimpun dalam bentuk Arbacīn. Justeru hadis menjadi senang diterima, difahami dan diamalkan oleh umat di zamannya dan sesudahnya.

Usaha ini diikuti oleh ulama generasi berikutnya. Selain melakukan penghimpunan hadis juga memilih hadis-hadis pilihan dari pelbagai kitab yang sudah ada, melakukan ringkasan, atau penjelasan daripada berbagai kitab hadis. Salah satu kitab yang merupakan ringkasan mencakup pelbagai permasalahan agama Islam adalah bentuk Arbacīn iaitu karya al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277). Kitab ini berisi hadis-hadis dari pelbagai

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

125

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017) kitab dan merupakan salah satu yang terbaik. Kitab ini disusun secara ringkas dan padat, penuh makna, dan menjadi sari pati ajaran Islam. Bahkan kitab ini menjadi pedoman para ulama dalam menghasilkan karya Arbacīn.

Maka wajar dikatakan metode penulisan hadis Arbacīn pada zaman al-Imām al-Nawawī (631- 676H/1233-1277) telah banyak memberikan kesan kepada zaman selepasnya. Sebagaimana telah maklum bahawa Arbacīn secara bahasa adalah empat puluh dan yang mengandungi empat puluh hadis-hadis pilihan. Namun hadis Arbacīn yang dituliskan oleh al-Imām al-Nawawī tidak memuat 40 hadis tetapi beliau memasukan 42 hadis. Kebanyakan para ulama yang mengumpulkan hadis Arbacīn mengikut pilihan dan cita rasa mereka. Sehingga tidak menutup kemungkinan ada yang menuliskan dan mengumpulkan hadis Arbacīn namun di dalamnya berisi lebih daripada 40 hadis.

Menurut Khalid Alavi (1985) hadis Arbacīn yang ditulis oleh al-Imām al-Nawawī telah mencapai populariti yang hebat di dalam lingkungan kesarjanaan dan umat Islam umumnya. Menurut beliau juga, hadis Arbacīn karya al-Imām al-Nawawī tiada bandingan dalam sejarah penulisan hadis Arbacīn dan telah dijadikan pedoman di dalam pembelajaran Islam di Timur Tengah seperti di Arab Saudi, Mesir, Pakistan dan beberapa negara umat Islam yang lain. Bahkan telah di terjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di dunia.

Dalam perbahasan berkaitan sejarah perkembangan penulisan hadis Arbacīn, artikel ini memfokuskan kepada pola yang telah terbentuk dari penulisan Arbacīn sebelum zaman al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233- 1277). Pola penulisan hadis Arbacīn perlu dibentangkan di sini untuk melihat pengaruh hadis yang diguna pakai ulama dalam mendasari penulisan hadis Arbacīn serta mengetahui adakah sudah bermula penulisan secara Arbacīn sebelum zaman al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277). Untuk memudahkan dalam menelusuri perkembangan metode penulisan hadis Arbacīn dapat dilihat rajah 1 berikut:

Rajah 1: Perkembangan pola penulisan hadis Arbacīn al-Imām al-Nawawī

2. Metode Penyelidikan

Metodologi yang efektif dan tepat perlu diaplikasikan dalam sesebuah kajian supaya hasil yang diperoleh dapat menyelesaikan isu atau permasalahan yang timbul. Metodologi kajian melibatkan aspek reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif, dengan kaedah pengumpulan data menggunakan analisis kandungan dan kaedah penganalisisan data menggunakan kaedah persejarahan.

Metode pengumpulan data melibatkan kaedah analisis kandungan digunakan untuk mengumpulkan data yang lengkap. Perlu mengenal pasti sumber yang mengandungi data kajian daripada beberapa dokumen seperti buku, ensiklopedia, artikel dan jurnal. Segala dokumen ini merangkumi perbahasan berkaitan sejarah perkembangan metode penulisan hadis Arbacīn yang memfokuskan kepada metode para ulama sebelum zaman al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277). Rujukan tersebut seperti Muṣṭafā al-Siba’ī (1985) di dalam bukunya Al-Sirah Al-Nabawiyyah dan Muḥammad ᶜAjjāj al-Khatīb (1989) di dalam Uṣul Al-Ḥadīth ᶜUlūmuh Wa Muṭataḥuh yang menceritakan tentang bentuk penulisan hadis di awal Islam. Antara rujukan lain yang 126

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017) diketengahkan adalah tiga tulisan Khalid Alavi berkaitan Arbacīn. Tulisan beliau adalah The Concept of Arbaᶜin And It’s Basis In The Islamic Traditional, A Brief Survey of Arbaᶜin Literature (Upto The Time of al-Nawawi) dan Arbaᶜin al-Nawawi And Commentaries: An Overview. Ketiga-tiga penulisan dibentangkan di sini untuk melihat pengaruh hadis yang diguna pakai ulama dalam mendasari penulisan hadis Arbacīn serta mengetahui adakah sudah bermula penulisan secara Arbacīn sebelum zaman al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277).

Manakala, metode penganalisisan data pula dilakukan selepas mengumpulkan segala data yang mempunyai kaitan dengan topik kajian, data-data tersebut telah melalui proses penelitian, saringan dan tapisan dengan metode penganalisisan data iaitu kaedah persejarahan. Bertujuan untuk menapis serta mengasingkan data-data mengikut keutamaannya. Melalui kaedah persejarahan, kajian ini akan menelusuri sejarah perkembangan penulisan hadis di awal Islam yang tidak mempunyai metode penulisan rasmi dan khusus, kemudian melihat kepada penulisan hadis menggunakan metode mawḍūcī. Akhirnya membawa kepada kemunculan metode Arbacīn yang menghimpunkan hadith mengikut tema tertentu. Metode ini digunakan oleh cAbd Allāh Ibn al-Mubārak al-Marwazī (118-181H/736-797) dalam karyanya bertajuk Kitāb al-Jihād. Metode seperti ini terus berkembang sehingga masa al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277) yang mampu memberi pengaruh besar kepada ulama selepasnya.

2.1 Tiada Penulisan Rasmi

Keberadaan hadis di zaman Rasulullah SAW terbentuk dari perkataan, perbuatan dan takrir (perakuan kebenaran secara lisan) beliau yang dipelihara melalui hafalan ataupun ditulis kemudian disimpan oleh para sahabat dalam tulisan. Muhammad Hasbi Ash-Shidieqy (2006) menyebut period ini sebagai permulaan cAṣru al-Waḥyi Wa al- Tadwīn pembentukan peradaban Islam, dimulai dengan kehadiran Nabi SAW sebagai sumber utama hadis.

Baginda dikenal fasih berbicara dan isi perbicaraannya memiliki penuh makna sehingga baginda menggunakan perkataan yang senang difahami sesuai tingkat kemampuan lawan bicara. Justeru, perkataan baginda memiliki muatan faṣāḥah dan balāghah jika dilihat dari susunan matannya serta memuatkan jāmic al- kalim (ungkapan singkat, namun padat makna), tamthīl (perumpamaan), bahasa simbolik, bahasa percakapan dan qiyās (ungkapan analogi) (Ali 2001).

Hadis di awal Islam yang diterima oleh para sahabat diamalkan dan dilaksanakan secara bersama. Isi hadis yang disampaikan oleh baginda mencakupi persoalan akidah, ibadah, moral, muamalah, aktiviti-aktiviti individual dan jual beli. Kesemua ini meliputi aspek kehidupan sehari-hari, sama ada saat perang, saat damai, keadaaan lapang ataupun keadaan darurat. Walau bagaimanapun Rasulullah SAW melarang adanya penulisan hadis pada zaman baginda. Hal ini menyebabkan perjalanan hadis sampai kepada kita sekarang ini tidak sama dengan perjalanan al-Quran (Saifuddin 2011).

Al-Quran sejak awalnya sudah ditulis secara rasmi oleh para pencatat wahyu atas perintah Rasulullah SAW. Lain halnya dengan hadis, hal ini dapat dilihat dari proses panjangnya perjalanan hadis. Contohnya suatu berita tentang perbuatan serta tingkah-laku Rasulullah SAW didapati dari seorang sahabat atau lebih yang kebetulan hadir atau menyaksikan saat itu, maka berita itu kemudian disampaikan kepada sahabat yang lain yang kebetulan tidak hadir atau tidak menyaksikan. Kemudian berita itu disampaikan kepada murid-muridnya yang disebut Tābicīn. Berita itu kemudian disampaikan lagi kepada murid-murid dari generasi selanjutnya lagi iaitu para Tābic al-Tābicīn dan seterusnya hingga sampai kepada pembukuan hadis (al-Qaṭṭān 1992).

Ketika zaman Rasulullah SAW masih hidup, hadis belum ditulis secara rasmi tetapi ia sudah ada. Hadis pada zaman Rasulullah SAW berada dalam benak atau hafalan para Sahabat. Para Sahabat saat itu belum berasa adanya kepentingan melakukan penulisan hadis. Hal ini disebabkan Rasulullah SAW masih ada dan dapat dirujuk sekiranya ditemui perkara-perkara yang memerlukan keterangan-keterangan tentang segala sesuatu. Apabila diperhatikan sejarah awal Islam, didapati bahawa tidak semua sahabat Rasulullah SAW selalu bersama 127

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017) dengan Rasulullah SAW kerana kesibukan masing-masing. Terdapat sebahagian yang sentiasa mengikuti Rasulullah SAW dan ada juga yang hanya beberapa kali saja bertemu Rasulullah SAW. Justeru, hadis yang dimiliki oleh setiap sahabat berbeza bilangan dan bentuknya (Darwish 1998).

Para ulama memberi pelbagai alasan kenapa hadis tidak ditulis secara rasmi pada zaman Rasulullah SAW. Menurut al-Khatīb (1989), ketiadaan penulisan hadis secara rasmi pada masa Rasulullah SAW bukanlah disebabkan tiada penulis, kekurangan alat-alat tulis dan tidak baik tulisan mereka. Hal ini kerana terbukti dengan ramainya jumlah penulis wahyu pada masa tersebut yang melebihi tiga puluh orang dan terdapat dalam kalangan mereka yang baik tulisannya seperti Zaid bin Thabit dan cAbd Allāh bin cAmr al-cAṣ.

Seandainya diterima pendapat mengatakan kekurangan alat-alat tulis merupakan sebab hadis tidak ditulis secara rasmi maka akan dapat di bantah kerana sahabat menulis al-Quran tanpa adanya kesukaran. Jikalau para sahabat ingin menulis hadis pasti tidak berlaku kesukaran kerana ada kemudahan-kemudahan untuk menulis. Justeru ada sebab-sebab lain yang menghalang penulisan hadis pada zaman Rasulullah SAW secara rasmi iaitu adanya perintah Rasulullah SAW menegah menulis hadis (al-Khatīb 1989).

Selain itu, terdapat pendapat lain yang diutarakan oleh Muṣṭafā al-Siba’ī (1985) yang menjelaskan punca tidak ditulisnya hadis secara rasmi: Pertama, Rasulullah SAW masih hidup bersama para sahabat selama dua puluh tiga tahun. Kedua orang-orang Arab yang buta huruf itu lebih suka mengingatkan sesuatu dengan kekuatan ingatannya. Ketiga, dengan membukukan hadis juga ditakuti iltibas (pencampuran) hadis dengan al-Quran.

Kebolehan menulis di kalangan bangsa Arab adalah berperingkat dan tidak seimbang. Sebahagian dari kalangan Arab bergantung sepenuhnya kepada hafalan dan didapati bilangan individu yang pandai menulis di kalangan mereka adalah terlalu sedikit. Rasulullah SAW di awal Islam telah menggalakkan supaya mempelajari kaedah penulisan dan membaca. Beliau menegah para sahabat untuk menuliskan hadis kerana dikhuatirkan berlaku iltibas (pencampuran) antara al-Quran dan hadis. Hal ini kerana terdapat sebahagian sahabat Rasulullah SAW yang pandai menulis telah menuliskan hadis di pinggir muṣḥaf al-Quran. Hal ini kerana hadis adalah tafsir dari Rasulullah SAW (Asmadi Sakat & Wan Nasyrudin 2009). Justeru, Rasulullah SAW melarang para sahabat menuliskan hadis. Hal ini terakam dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Sacīd al-Khudri r.a:

َ َ ْ ُ ُ َ ل َ َ ْ َ َ َ َ ل َ ْ َ ْ ُ ْ َ ْ َ ْ ُ ُ َ َ ل ُ َ ل َ َ َ َ َ َّل تكتبوا ع ِِن ومن كتب ع ِِن غۡي القرآ ِن فليمحه وح ِدثوا ع ِِن وَّل حر (Muslim, Saḥīḥ Muslim, Tahqīq Muḥammad Fuad ᶜAbd al-Bāqī Kitāb Zuhd Wa al-Raqā’iq, Bāb al-Tathbīt Fī al-Ḥadīth Wa Ḥukm Kitābat)

Maksudnya: Janganlah kamu tulis (hadis) dariku. Sesiapa yang menulis dari ku selain al- Quran hendaklah dia memadamnya. Sampaikan hadis dari ku, tiada halangan.

Walau bagaimanapun Rasulullah SAW mengizinkan beberapa orang sahabat untuk menuliskan hadis di antaranya ialah seperti cAbd Allāh Bin ᶜAmr Bin al-cĀṣ. Hal ini dapat diperhatikan pada hadis yang diriwayatkan oleh cAbd cAllāh Bin cAmr Bin al-cĀṣ, Rasulullah SAW bersabda:

َ َ ُ ُ ْ ُ ْ ُ ُ ُ َّ َ ْ ْ َ ُ ُ ْ َ ُ َ َّ َ َ ْ َ َ َّ َ ْ ُ كنت أكتب ك َش ٍء أسمعه ِمن رسو ِل اّللِ صَّل اّلل عليهِ وسلم ، أرِيد َ ْ َ ُ َ َ َ ْ ُ َ ْ ٌ َ َ ُ : َ ْ ُ ُ ُ َّ َ ْ َ ْ َ ُ ُ َ َ ُ ْ َ َّ ِحفظه، فنهت ِِن قريش ، وقالوا أتكتب ك َش ٍء تسمعه ورسو ِل اّللِ صَّل َ ُ َ َ ْ َ َ َّ َ َ َ ٌ َ َ َ َّ ُ َ َ َ َّ َ َ ْ َ ْ ُ َ َ اّلل علي هِ وسلم بِش يتَكم ِِف الغض ِب والرضا ، فأمسكت ع ِن ال ِكتا ِب ،

128

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017)

َ َ ُ َ َ َ ْ ُ َ َ َ َ ُ َ َّ ُ َ َ ْ َ َ َّ َ َ ْ َ ْ ُ َ ْ َ َ َ فذكرت ذلِك لرسو ِل اّللِ صَّل اّلل عليهِ وسلم ، فأومأ بِأصبعِهِ إَِل فِيهِ ، فقال : ْ ُ ْ َ َ َّ َ ْ َ َ َ ْ ُ ُ ْ ُ َ ٌّ اكتب فوا َِّلي نف ِِس بِي ِدهِ ، ما ُير ِمنه إَِّل حق

(Abī Dāwud, Sunan Abī Dāwūd, Taḥqīq Shuᶜaib al-Arnaūṭ, Kitab cIlm, Bab Kitābat al-cIlm)

Maksudnya: Dahulu aku menulis semua yang aku dengar dari Rasulullah SAW karena aku ingin menghafalnya. Kemudian orang-orang Quraisy menegah aku, mereka berkata, Engkau menulis semua yang kau dengar dari Rasulullah? Dan Rasulullah SAW adalah seorang manusia, kadang berbicara karena marah, kadang berbicara dalam keadaan lapang. Sejak itu aku pun tidak menulis lagi, sampai aku bertemu dengan Rasulullah SAW dan menceritakan masalah ini, kemudian Baginda bersabda sambil menunjukkan jarinya ke mulutnya, ‘Tulislah! Demi yang jiwa ku ada di tangan-Nya, tidaklah keluar dari mulut ku ini kecuali kebenaran’.

Dengan adanya izin penulisan hadis ini, maka Sahabat yang pandai menulis telah menuliskan hadis. Penulisan hadis berbentuk Arbacīn pada zaman Rasulullah SAW belum dijumpai, justeru keizinan ini memberikan impak terhadap zaman setelah Rasulullah SAW iaitu dengan penulisan yang dilakukan oleh para ulama.

Pada zaman Rasulullah SAW, penulisan hadis hanya dilakukan oleh beberapa orang Sahabat sahaja dan masa ini juga merupakan masa awal penulisan al-Quran. Baginda memerintahkan para sahabat yang pandai menulis supaya menulis ayat-ayat al-Quran. Semua bentuk penulisan pada zaman ini dilakukan di atas pelbagai objek sama ada pada tulang, batu, pelepah tamar dan lain-lainnya. Justeru, penulisan hadis sama seperti penulisan al-Quran iaitu di pelbagai objek (Ahamad Asmadi Sakat & Wan Nasyrudin 2009).

Dengan demikian, keberadaan hadis telah ada, namun bentuk penulisan hadis pada zaman Rasulullah SAW belum ada. Punca semua ini disebabkan adanya penulisan al-Quran dan adanya perintah baginda untuk fokus menulis al-Quran. Justeru tiada pola rasmi dalam penulisan hadis di awal Islam.

2.2 Berpola Mawḍūcī

Kata mawḍūcī berasal dari bahasa Arab yang bermakna tajuk. Sedangkan makna dari mawḍūcī adalah cara menghimpun hadis-hadis Nabi SAW sesuai dengan tema atau judul yang telah ditetapkan dan dikumpulkan dalam satu kitab. Sesuai namanya mawḍūcī maka yang menjadi ciri khas dari pola ini iaitu mengemukakan tajuk atau tema tertentu pada tajuk mahupun bahasannya.

Sarjana Muslim telah cuba membahagikan bentuk-bentuk penulisan hadis. Antara bahasan mereka telah menyebutkan bahawa hadis Arbacīn merupakan sebahagian daripada bentuk penulisan kitab hadis. Jamila Ṣhaukat (1985) menjelaskan dalam kajiannya Classification of Hadith Literature bahawa metode pengumpulan hadis dalam sub tema tertentu yang berjumlah 40 maka disebut dengan Arbacīn. Arbacīn merupakan salah satu dari 11 cara yang ulama gunakan ketika menulis hadis.

Saifuddin (2011) pula telah menyebut di dalam kajiannya, ulama telah menggunakan pelbagai cara ketika menuliskan hadis. Cara tersebut terus berkembang dari semasa ke semasa. Pembahagian tersebut ialah Ṣaḥifah, Kitāb atau Risālah, Juz, Aṭrāf, Muṣanaf, Muwaṭṭa’, Musnad, Sunan, Jami’, Mustakhraj, Mustadrak, Mu’jam, Majma’, dan Arbacīn.

129

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017)

Lain halnya dengan Ahmad Lutfi Fathullah (2013) telah membahagikan bentuk awal penulisan hadis sebagai berikut:

Rajah 2: Bentuk Awal Penulisan Hadis Sumber: Saifuddin (2011) dan Ahmad Lutfi Fathullah (2013)

Lutfi Fathullah (2013) telah membahagikan bentuk awal kitab hadis. Pertama bentuk awal karya asli berbentuk Sahifah, al-Juz, al-Musnad, al-Muwaṭṭa’, al-Jamiᶜ dan al-Sunan, dan al-Muᶜjam. Semua bentuk ini dianggap beliau sebagai karya asli. Bentuk kedua iaitu kumpulan, maksudnya kumpulan hadis yang dinaqal dari kitab rujukan asli, contoh dalam kitab Riyaḍ al-Ṣalihin karya al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277). Kitab ini merupakan kitab yang dinaqal dari karya asli kemudian dikumpulkan dalam satu kitab. Selanjutnya yang ketiga, kitab hadis kumpulan, maksudnya kajian ulama yang tentang kitab hadis, sama ada cara menyemak ulang keaslian hadis ulama-ulama yang menyusun hadis; Kemudian bentuk sharḥ, sama ada membahas Sharḥ hadis, Sharḥ cUlum al-Ḥadīth mahupun Sharḥ Rijal al-Ḥadīth.

Metode mawḍūcī biasanya berusaha mengumpulkan beberapa hadis yang dipandang terkait dengan suatu tema kajian yang dipilih. Salah satu kelebihan metode penulisan hadis mawḍūcī adalah membentuk arah kajian menjadi fokus. Menurut Ahmad Lutfi Fathullah (2013) metode mawḍūcī menjadi salah satu pilihan ulama ketika menulis hadis di awal Islam.

130

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017)

Al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277) dalam mukadimah hadis Arbacīn al-Nawawīyyah mengatakan bahawa tercatat dalam sejarah, ulama yang pertama kali menulis Arbacīn adalah cAbd Allāh Ibn al- Mubārak al-Marwazī (118-181H/736-797). cAbd Allāh Ibn al-Mubārak al-Marwazī merupakan tokoh gerakan penulisan dari kalangan Tābicīn dan Tābic al-Tābicīn di Khurasan iaitu setelah Ibn Ṣihāb al-Zuhrī (51-124H/671- 741) (Khalid Alavi 1983).

Khalid Alavi (1983) dan Jamila Shaukat (1985) sependapat bahawa peringkat awal tadwīn (penulisan hadis) hanya mengumpulkan dan belum ada syarat yang ditetapkan dalam menyusun kitab hadis. Hadis Arbacīn karya cAbd Allāh Ibn al-Mubārak al-Marwazī bertajuk Kitāb al-Jihād. Kandungan hadis di dalamnya kemungkinan bercampur antara ṣaḥīh, ḥasan, mahupun ḍacīf. Hal ini disebabkan kitab ini ditulis pada masa kodifikasi dan masa sebelum penyaringan. Para ulama pada masa tersebut masih belum berhasil memisahkan antara hadis ḍacīf dan mawḍū dari yang ṣaḥīh atau hadis mawqūf dan maqṭūc dari hadis yang marfūc.

Dengan demikian, metode penulisan hadis Arbacīn pada peringkat awal merupakan metode mawḍūcī atau mengikut gaya tematik, iaitu hadis-hadis di dalamnya tertumpu pada tajuk yang disusun oleh penyusun hadis. Hal ini dapat dilihat sepertimana di dalam karya hadis Arbacīn cAbd Allāh Ibn al-Mubārak al-Marwazī (118- 181H/736-797) yang bertajuk Kitāb al-Jihād. Beliau merupakan salah seorang ulama pengumpul Arbacīn pada peringkat awal. Namun, malangnya tidak dapat dijumpai kitab karya beliau tersebut. Para ulama setelah beliau telah menyambung usaha di dalam menyusun hadis berbentuk Arbacīn.

Setelah masa tadwīn maka bermula masa penyaringan hadis ulama berusaha menuliskan hadis Arbacīn dengan menggunakan kaedah mawḍūcī dengan memuatkan masalah feqah. Ahmad Ibn Ḥarb al-Naysābūrī (w. 234H/849), Muḥammad Ibn Aslam al-Ṭūsī (w. 242H/856) dengan tajuk al-Arbacīn. Bentuk tajuk penulisan hadis Arbacīn mereka tidak dapat diketahui dengan jelas. Namun, jika melihat zaman ini penulisan hadis Arbacīn telah dipengaruhi ulama-ulama sezaman yang mengisi hadis-hadis feqah. Hal ini dikesan kerana melihat al-Tirmidhī (209-279H/824-892), Sunan Abu Dāwud (202-275H/817-888), Sunan Ibn Mājah (207-275H/823-888), Sunan al- Nasacī (215-303H/830-916), yang kesemua ini menuliskan hukum feqah. Salah satu contoh penulisan hadis Arbacīn yang memuatkan masalah fiqah adalah karya Ḥasan Ibn Ṣufyān al-Nasawī (w. 303H/916). Hadis Arbacīn beliau berisi tentang solat, zakat, haji, pentingnya niat dalam tindakan dan keimanan (Khalid Alavi 1983; al- Nawawī t.th.).

Setelah munculnya kitab-kitab hadis seperti kitab Ṣaḥīḥ al-Bukhari dan Ṣaḥīḥ Muslim, ulama sesudah zaman mereka berusaha mengikut syarat yang ditetapkan oleh al-Imām al-Bukhari dan Muslim. Khalid Alavi mengatakan al-Dār al-Quṭnī (306-385H/918-995) menuliskan hadis Arbacīn mengikut cara dan berdasarkan syarat al-Imām Bukhari dan Muslim dalam menyusun kitab hadis. Namun, kitab ini merupakan kitab dinukilkan dari Musnad al-Burayd. Musnad ini merupakan karya datuk beliau yang bernama Burayd ibn cAbd Allah Ibn Abi Burda Selain itu kitab ini tidak diketahui jelas isinya (Khalid Alavi 1983; al-Nawawī t.th.).

Selain itu penulisan hadis Arbacīn terus berkembang. Penulisan tajuk hadis Arbacīn ada yang dinisbahkan kepada penulisnya seperti karya Abū Bakr Muḥammad Ibn Ḥusain al-Ājuri (w. 306H/918) bertajuk al-Arbacūn Ḥadīthan li al-Ājuri. Kitab ini berisikan hadis-hadis ilmu dan keutamaannya, dan kitab ini telah diguna pakai di sekolah tradisional dan pelajar hadis. Menurut Khalid Alavi (1984) bahawa kitab Arbacīn yang ditulis Abū Bakr Muḥammad Ibn Ḥusain al-Ājuri terdapat dalam berbagai-bagai macam salinan di dunia. Namun kitab ini sekarang sudah tidak ditemui.

Khalid Alavi (1984) juga menyebutkan bahawa Aḥmad Ibn cAbd Allāh Ibn Aḥmad al-Aṣbahānī (w. 430H/1038) telah menuliskan hadis Arbacīn bertajuk Arbacīn cala al-Madhab al-Muḥaqqiqīn Min al-Ṣūfiyyah. Kitab ini walaupun bertajuk hadis Arbacīn tetapi tidak memuat 40 hadis seperti ulama lainnya, melainkan memuat 60 hadis (Ahmad Lutfi Fathullah 2014). Telah dikesan sebelum zaman al-Imām al-Nawawī penulisan hadis Arbacīn dengan tajuk dalam pelbagai bentuk. Ulama selalu memberikan perkembangan dalam penulisan

131

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017) hadis berbentuk tematik atau mawḍūcī. Sejak abad ke-5H/11M, ulama mulai menuliskan dengan gaya berdasarkan pelbagai bab, sheikh, dan negeri tertentu. Kesemua ini dilakukan untuk memberikan variasi dan bentuk.

Perlu dinyatakan di sini bahawa penulisan hadis Arbacīn di zaman al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233- 1277) memberikan nuansa baru terhadap perkembangan metode penulisan hadis Arbacīn. Al-Imām al-Nawawī sendiri menggunakan metode mawḍūcī dalam menuliskan hadis Arbacīnnya. Kitab hadis Arbacīn beliau sebenarnya bertajuk al-Arbacūn fī Mabānī al-Islām wa Qawācid al-Aḥkām. Namun, kitab ini lebih dikenali dengan nama hadis Arbacīn al-Nawawī. Sebab ketokohan dari al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233-1277) maka kitab ini lebih terkenal disandarkan kepada pengarang kitab.

Secara zahir, kitab ini sangat kecil dan tipis, dan hanya memuat 40 halaman tetapi, sangat padat makna. Hal ini menjadi punca jika kitab ini terus dikaji oleh umat Islam, utamanya para pelajar Muslim. Dapat dikatakan bahawa seperti inilah contoh karya tulis yang barakah sebab al-Imām al-Nawawī sendiri dalam mukadimahnya mengatakan penulisan kitab ini berlandaskan hati yang suci dan niat yang ikhlas semata-mata karena Allah SWT. Dalam mukadimah tersebut beliau berkata:

َ َ ْ َ َ ْ ُ ل َ َ َ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ َ ً و ق ِد استخرت اّلل تعاَل ِ ِْف َج ِع اربعِني ح ِديثا Sungguh aku beristikharah (meminta petunjuk kebaikan) kepada Allah SWT dalam mengumpulkan empat puluh hadis ini. (Al-Imām Al-Nawawī, Arbacīn al-Nawawī)

Al-Imām al-Nawawī ketika hendak menuliskan hadis Arbacīn melakukan istikharah iaitu meminta petunjuk kepada Allah SWT agar segala yang ditulisnya merupakan ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan umat. Kitab Arbacīn yang ditulis beliau dapat digolongkan menggunakan mawḍūcī sebab dilihat dari tajuk yang dibina sesuai dengan kandungan yang beliau tulis.

3. Kesimpulan

Setelah melihat kepada perkembangan metode penulisan hadis sebelum al-Imām al-Nawawī (631-676H/1233- 1277), penulisan hadis dimulakan dengan tiada bentuk metode penulisan secara rasmi dan khusus kerana masa awal Islam tidak menuntut kepada penulisan hadis yang serius. Setelah itu, baru disusuli dengan metode mawḍūcī. Metode mawḍūcī yang mengemukakan tajuk atau tema tertentu dalam sesuatu perbahasan. Metode ini digunakan oleh cAbd Allāh Ibn al-Mubārak al-Marwazī (118-181H/736-797) ketika menuliskan hadis Arbacīn yang bertajuk Kitāb al-Jihād. Metode seperti ini terus berkembang sehingga masa al-Imām al-Nawawī. Beliau turut menggunakan metode ini ketika menuliskan hadis Arbacīnnya. Ulama menaruh perhatian lebih kepada hadis Arbacīn yang ditulis al-Imām al-Nawawī sehingga banyak dijumpai sharḥ dan terjemah dari hadis Arbacīn al-Nawawīyyah. Selain itu juga bahkan penulisan hadis Arbacīn ketika sampai ke Nusantara, dijumpainya terjemah dari Sharḥ Arbacīn al-Nawawīyyah.

Rujukan

Abī Dāwud Sulaimān Bin al-Ashcath al-Sijistānī. 2009. Sunan Abī Dāwud. Shuᶜaib Al-Arnaūṭ (pnyt.). Damsiq: Dār al-Risālat al-ᶜIlmiyyah. Ahamad Asmadi Sakat & Wan Nasyrudin Wan Abdullah. 2009. Tinjauan Sejarah Pembukuan Kitab-Kitab Hadis dan Rijal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Lutfi Fathullah. 2013. Metode Belajar Interaktif Hadis dan Ilmu Hadis. Jakarta: al-Mughni Press. Ali, Nizar. 2001. Memahami Hadis Nabi (Metode dan Pendekatan). Yogyakarta: YPI Al-Rahmah. Al-Nawawī Yaḥyā Ibn Sharaf Maḥy al-Dīn Abū Zakarīyā. t.th. Al-Arbaᶜīn Al-Nawawī.

132

Muhammad Hasan Said Iderus et al. / TAWIS (2017)

Al-Qaṭṭān, Mannāᶜ. 1992. Mabāḥith Fī ᶜUlum Al-Ḥadīth. Kairo: Maktabah Wahbah. Zulkifliee Yazid & Zuharuddin Yaziz (pnyt.). 2006. Sejarah Hadis. Kuala Lumpur: Pustaka al-Ashafa. Darwish, ᶜĀdil Muḥammad Muḥammad. 1998. Naẓrāt Fī Al-Sunnah Wa ᶜUlūm Al-Ḥadīth. Jamila Shaukat. 1985. Classification of Hadith Litterature. Islamic Studies 24(3):357–75. Khalid Alavi. 1983. The Concept of Arbaᶜin And It’s Basis In The Islamic Tradisional. Islamic Studies 22: 71– 93. Khalid Alavi. 1984. A Brief Survey of Arbaᶜin Literature (Upto The Time of al-Nawawi). Islamic Studies 23: 67–82. Khalid Alavi. 1985. Arbaᶜin al-Nawawi And Commentaries: An Overview. Islamic Studies 24: 349–56. Muḥammad ᶜAjjāj al-Khatīb. 1989. Uṣul Al-Ḥadīth ᶜUlūmuh Wa Muṭataḥuh. Bayrūt: Dār al-Fikr. Muslim, Al-Imām al-Ḥusain Bin al-Ḥajjāj Bin Muslim al-Qushayrī al-Naysābūrī. 2000. Ṣaḥīḥ Muslim. Taḥqīq Muḥammad Fuad ᶜAbd Al-Bāqī. Riyāḍ: Dār al-Salām Lilnashr Wa al-Tawzīᶜ. Muṣṭafā al-Siba’ī. 1985. Al-Sirah Al-Nabawiyyah. Beirut: al-Maktabah al-Islāmī. Saifuddin. 2011. Arus Tradisi Tadwin Hadis Dan Historio Grafi Islam. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

133

134

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Tinjauan Awal Etnik Rohingya di Malaysia

Mohd Irfan Mohd Terina, Muhammad Hilmi Jalila

a Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA.

Abstrak

Etnik Rohingya merupakan sebuah etnik minoriti berasal dari Myanmar yang hidup dalam penindasan dan pelarian. Penulisan mengenai tinjauan etnik ini masih terhad. Makalah ini berkisar tentang tinjauan awal Etnik Rohingya dalam meneruskan kehidupan di Malaysia. Etnik Rohingya telah dianggap sebagai etnik tanpa negara, dipercayai berhadapan pelbagai penindasan, pembunuhan dan penghapusan etnik. Objektif kajian ini ialah untuk melakukan tinjauan awal mengenai jumlah dan pola kemasukan pelarian Rohingya di Malaysia di samping menghuraikan cabaran dalam meneruskan kehidupan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Seterusnya makalah ini akan menilai peningkatan dalam usaha kelangsungan hidup kumpulan pelarian tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berteraskan kajian sejarah dan kajian analisis kandungan. Data bagi kajian ini dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Kaedah ini dipilih untuk membolehkan penulis menerangkan dan membuat interpretasi awal terhadap sesuatu maklumat daripada sumber yang dirujuk. Analisis data pula dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian daripada tinjauan literatur mendapati kajian terhadap jumlah pelarian dan cabaran hidup etnik Rohingya di Malaysia masih kurang diketengahkan oleh pengkaji termasuk sarjana luar. Walaupun ada kajian yang menyentuh berkenaan dengan etnik Rohingya dalam meneruskan kehidupan, namun ia hanyalah dikhususkan kepada tempat-tempat tertentu dan tidak menyeluruh

Kata Kunci: Jumlah pelarian; cabaran hidup; etnik Rohingya; Malaysia

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Kewujudan pelarian telah berlaku begitu lama dalam sejarah dunia, menurut Micheal Mann (2005) kewujudan pelarian adalah disebabkan golongan majoriti melakukan kekejaman terhadap golongan minoriti yang membawa lebih banyak kesan buruk. Pelarian bermaksud seorang individu yang terlibat dalam tindakan politik, perkauman, atau pandangan, atau sebagai keputusan bagi krisis seperti kelaparan atau bencana, dengan terdapatnya paksaan

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

135

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017) supaya individu terlibat melarikan diri dari rumah negara yang didudukinya. Pada 1990 terdapat 15 Juta pelarian di seluruh dunia melibatkan 21 buah negara (Richard Hoggart 1992). Menurut Louise W. Holborn (1956) pelarian adalah individu yang secara sukarela meninggalkan rumah atau masyarakat mereka secara paksa oleh kuasa-kuasa yang mana mereka tidak mempunyai kawalan untuk menghentikannya samada dalam peperangan, serangan, penganiayaan, atau bencana alam yang memaksa mereka menukar tempat tinggal ke negara-negara lain. Pada tahun 2015 United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) telah merekodkan seramai 65.3 Juta jumlah pelarian di serata dunia yang memerlukan bantuan perlindungan yang mana 53% daripadanya merupakan pelarian dari negara Somalia, Afghanistan dan Syria (www.unhcr.org). Menurut Hamidi Adam & Ravichandran Moorthy (2015) pelarian membawa banyak masalah kepada negara yang baru mereka pindah tanpa kebenaran di antaranya krisis kebanjiran pelarian, ekonomi, undian, pendidikan, kesihatan dan sosio- politik. Permasalahan yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia, menurut Intan Suria Hamzah, Sity Daud, Nor Azizan Idris (2016) kemasukan beramai-ramai pelarian Rohingya ke Malaysia akan menggugat ekonomi Malaysia apabila kerajaan Malaysia harus mengeluarkan perbelanjaan jutaan ringgit untuk membiayai kos makanan, pakaian serta penyediaan tempat. Dari aspek kesihatan, penyakit bawaan yang akan menyebabkan jangkitan berisiko membawa kematian kepada rakyat Malaysia. Contohnya penyakit Tuberkulosis (TB) dan Hepatitis (Mohamad Naufal 2015).

2. Objektif Kajian

i. Mengenal pasti jumlah pelarian Rohingya dan pembahagian berdasarkan usia dan jantina di Malaysia. ii. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh Etnik Rohingya sebagai pelarian di Malaysia.

3. Metodologi Kajian

Penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang melibatkan penggunaan fakta, maklumat, pernyataan, ulasan, tanggapan, maksud, konsep, ciri-ciri, simbol, persepsi, metafora, perasaan dan seumpamanya. Melalui kaedah kualitatif ini, penyelidik dapat mengkaji secara mendalam fenomena yang berlaku dalam pengkajian tersebut secara realitinya. Sumber data yang diperolehi dalam penyelidikan kualitatif ini adalah dalam bentuk buku, majalah, disertasi, jurnal, kertas kerja, buku, seminar, buku harian rasmi, pamplet, wawancara dan observasi. Sementara itu, penyelidikan dokumentasi merupakan satu teknik yang digunakan oleh penyelidik bagi mendapatkan data dan bukti melalui kajian sejarah Etnik Rohingya ke atas dokumen dan rekod. Ia merujuk kepada proses pengumpulan data dengan melakukan kajian dan pembacaan terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungannya dengan masalah-masalah yang diteliti (Charles Issawi 1982). Dengan ini metod dokumentasi ialah cara pengumpulan data dengan melakukan penyelidikan terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan dengan masalah yang di teliti. Di samping itu, sejarah ertinya jumlah kajian, perubahan, peristiwa, masa lampau (Abdul Halim Haji Mat Diah 1987). Sejarah juga merupakan gambaran masa lalu tentang manusia dan sekitarnya sebagai makhluk sosial yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan, yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku (Sidi Gazalba 1976).

4. Kewujudan Rohingya sebagai Pelarian

Etnik Rohingya merupakan sebuah etnik minoriti yang berasal dari Wilayah Arakan Burma. Kewujudan mereka di Myanmar tidak diterima disebabkan diskriminasi dan penindasan oleh kerajaan Myanmar yang menafikan etnik Rohingya termasuk dalam kumpulan etnik yang diiktiraf kerajaan Myanmar. Pendapat Hariati & Rohaida (2012) terdiri dari beberapa fasa, fasa pertama: pemetraian Akta Kerakyatan 1982, etnik Rohingya tidak termasuk dalam 135 etnik negara Myanmar. Fasa kedua: penafian untuk mendapat pendidikan dan kemudahan kesihatan. Fasa ketiga: sekatan yang berterusan dari aspek ekonomi menyebabkan kelaparan dan wabak penyakit. Fasa keempat: serangan dan pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya oleh Buddha Arakan untuk menghalau dan merampas tanah mereka di Arakan memaksa etnik Rohingya melarikan diri dan menjadi pelarian di negara jiran (Hariati & Rohaida 2012). Kewujudan bangsa Rohingya di wilayah Rakhine bermula dengan kewujudan sejarah peradaban Islam di Wilayah Rakhine yang dinafikan oleh kerajaan Myanmar dan telah didakwa sebagai 136

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017) kaum pendatang di Wilayah Rakhine. Menerusi penulisan tersebut, kewajaran etnik Muslim Rohingya ini dapat dibantu dari segi undang-undang kewarganegaraan dan pembelaan kemanusiaan kerana sejarah membuktikan kegemilangan Islam di Wilayah Rakhine pernah berlaku semasa pimpinan Dinasti Mrauk-U antara tahun 1430 sehingga 1638 (Mohammed Yunus 1994). Antara harapan beliau, masyarakat dunia harus memahami sejarah Muslim Rohingya yang tinggal di Wilayah Rakhine yang telah bermula sejak ribuan tahun yang lepas. Sejarah peradaban ini, merupakan maklumat penting dalam mengenalpasti asal usul ketamadunan bangsa Rohingya yang lebih khusus perbincangan, sebelum akhirnya ketamadunan ini musnah di tangan penjajah Brittish India. Antara lain, kajian oleh Engy Abdelkader (2013) berkaitan undang-undang kewarganegaraan yang menyatakan slogan anti-Rohingya yang dilakukan selepas dinafikan kewarganegaraan pada tahun 1948 oleh tentera Myanmar dengan alasan etnik ini merupakan kaum pendatang di Wilayah Rakhine merupakan suatu alasan bagi agenda yang tersembunyi kerana wujudnya alasan tersebut mendatangkan penafian hak kemanusiaan seperti keperluan tempat tinggal, tanah perkampungan yang mereka diami, hak mengundi, pendaftaran perkahwinan dan akses kesihatan. Kedua-dua kajian ini telah menjelaskan etnik Rohingya merupakan sebuah bangsa yang pernah mempunyai nilai peradaban suatu ketika dahulu, mereka bukanlah kaum pendatang di Myanmar yang layak dinafikan hak kemanusiaan yang wajar bagi seorang manusia.

5. Layanan Masyarakat Luar Terhadap Etnik Rohingya

Apabila pelarian dari Myanmar tiba di San Diego perkara utama dilakukan adalah memulihkan mereka dari trauma peperangan, memberi keperluan asas, memeriksa tahap kesihatan dan memulihkan keadaan pelarian yang dalam keadaan ketakutan. Kajian yang telah dijalankan oleh Trudi Lee Andre (2014) menyatakan pendekatan pemulihan pelarian di San Diego meliputi aspek pemikiran, nilai moral, budaya, ekonomi, politik kerana kehidupan Etnik Rohingya di Myanmar adalah berbeza berbanding penduduk di San Diego. Kehadiran mereka di San Diego memerlukan peluang pekerjaan, perlindungan politik, ilmu berkaitan ekonomi, akses kesihatan, kesejahteraan persekitaran, perbezaan bahasa dan kesejahteraan agama. Tindakan sukarelawan di San Diego yang telah memberi bantuan pelbagai aspek terutama dalam aspek motivasi membina keyakinan diri dalam proses pemulihan mental dengan pendekatan psikologi kepada pelarian Rohingya yang mempunyai latar perbezaan kehidupan dan sosio-budaya yang berbeza berbanding penduduk San Diego telah berjaya menjadikan pelarian Rohingya ini membina kehidupan yang baru di daerah San Diego (Trudi Lee Andres 2014). Kajian ini tidak menyentuh segi-segi lain yang lebih sosiologikal sifatnya seperti budaya, agama, status dan gaya hidup serta analisis kelas dan etnik secara lebih luas.

Pertubuhan antarabangsa seperti pertubuhan negara-negara ASEAN, kesatuan Eropah, Kesatuan Kebangsaan, dan Amerika Syarikat tidak berjaya memainkan peranan melindungi etnik Rohingya daripada jenayah pembunuhan beramai-ramai. Usaha penyiasatan punca sebenar pembunuhan beramai-ramai etnik tidak dilaksanakan dengan adil dan berdiskriminasi. Maka, kaedah penindasan selama berdekad oleh komuniti Buddha Myanmar mengakibatkan keadaan generasi etnik Rohingya pada hari ini hidup dalam keadaan serba kekurangan dan diancam krisis peperangan (Linda Crossman 2014). Menurut pendapat ini, keadaan yang dirancang itu bukannya keganasan atau peperangan, tetapi merupakan pewujudan baru di bawah nama ‘penghapusan etnik’ menurut definisi manusia kini demi memenuhi tujuan tertentu misalnya, untuk memberi keabsahan politik bagi pihak yang memerintah.

Kerajaan Myanmar mengambil ringan terhadap peranan ketenteraan terhadap jenayah oleh etnik Arakan terhadap etnik Rohingya di Wilayah Arakan, di samping mempunyai kepentingan terhadap ekonomi global. Usaha kerajaan Myanmar juga dilihat bertujuan mengaburi pandangan para pelabur luar supaya melihat isu Rohingya adalah isu pendatang asing dan bukannya isu negara kerana Etnik Rohingya tidak pernah diiktiraf sebagai warganegara Myanmar. Maka, keadaan ini menjadikan etnik Rohingya yang ditindas oleh etnik Arakan di Wilayah Rakhine yang sedikitpun tidak menjejaskan pelaburan negara luar di Myanmar malahan mendatangkan masalah berganda kepada etnik Rohingya kerana kerajaan Myanmar mendapat sokongan para pelabur untuk membendung keganasan etnik Rohingya di Wilayah Rakhine yang digelar sebagai pengganas

137

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)

Islam demi menjaga pelaburan mereka di Myanmar (Imtiaz Ahmed 2009). Teori ini menjelaskan mengapa tiada sekatan ekonomi antarabangsa yang dilakukan terhadap Myanmar setelah berdekad lamanya negara ini melakukan penindasan terhadap etnik Rohingya. Namun, ini tidak menafikan kegunaannya khususnya dari sudut pembahasan idea yang menggariskan bagaimana kita harus menganalisis secara ilmiah masalah penindasan terhadap pelarian Rohingya.

6. Malaysia dan Isu Rohingya

Penafian hak yang mengakibatkan penyeksaan pelarian Rohingya di Malaysia adalah disebabkan faktor-faktor kegagalan Malaysia secara konsisten untuk mengesahkan piawaian antarabangsa yang melindungi dan menggalakkan hak asasi pelarian dan pencari suaka, antara piawaian tersebut ialah Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR), Konvensyen Terhadap Penderaan atau Layanan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan atau Menghinakan (CAT), Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu terhadap penghapusan segala bentuk diskriminasi perkauman, Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ICESCR), Konvensyen Antarabangsa 1990 mengenai Perlindungan Hak Asasi Semua Pekerja Asing dan Ahli Keluarga Mereka. Walau bagaimanapun, menurut kajian ini Malaysia masih perlu menghormati prinsip non-refoulemen yang merupakan undang-undang adat antarabangsa di mana bermaksud seseorang itu tidak boleh dikembalikan ke negara di mana mereka berdepan dengan penindasan atau pelanggaran hak asasi manusia yang lain, tidak boleh ditolak permohonan masuk ketika berada di sempadan sesebuah negara, kes penghantaran pulang secara paksa (di mana seseorang itu dihantar pulang ke negara asal tanpa persetujuan mereka), dihantar ke negara lain yang tidak memberi jaminan perlindungan untuk orang pelarian, larangan ke atas penyeksaan diiktiraf dengan meluas sebagai satu peraturan undang-undang adat antarabangsa. Menurut kajian ini, Malaysia juga mempunyai kewajipan di bawah perjanjian yang ia telah meratifikasikan yang berkaitan seperti Konvensyen mengenai Hak Asasi Kanak-kanak (CRC), yang secara formalnya mempunyai obligasi menjaga kanak-kanak pelarian. Sejak krisis pelarian Vietnam dalam tahun 1975, Malaysia telah bekerjasama dengan UNHCR di atas dasar kemanusiaan, dan membenarkannya untuk menjadi agensi utama yang bertanggungjawab untuk pelarian dan pencari suaka. Dalam kapasitinya yang terhad, UNHCR menyediakan semua aktiviti yang berkaitan dengan mendaftar, mendokumentasikan dan memastikan status pencari suaka dan pelarian (Amnesty International 2010). Kebertanggungjawaban Malaysia untuk menilai aktiviti ekonomi pelarian dan survival pelarian Rohingya ini merupakan aspek penting untuk dikaji dalam memastikan negara ini mampu mengorak langkah menuju status sebuah negara maju. Dari segi sejarah, mereka adalah satu kelas ‘penduduk sementara’ yang diwujudkan oleh jentera negara menurut logika kesamaan keadilan undang-undang antarabangsa dalam sistem pentadbiran negara ini.

Perhatian menunjukkan kerjasama Malaysia dan Thailand begitu penting kepada bantuan dan pembelaan kepada etnik tersebut akan tetapi hasil kajian menunjukkan keperluan tempat tinggal dan pendidikan tidak begitu dititkberatkan oleh Malaysia, kajian ini mencadangkan Malaysia melakukan kerjasama dengan NGO dan UNHCR untuk menyelamatkan etnik Rohingya dari krisis politik Myanmar dan jenayah pemerdagangan manusia serta terlibat dalam kerjasama program pendidikan dan penempatan yang dirancang oleh UNHCR (Daniel Sullivan 2016). Dari segi perlindungan antarabangsa yang dikemukakan oleh Alex J. Bellamy (2010) kebertanggungjawaban melindungi pelarian yang tertindas dengan menetapkan 3 teras utama perlindungan kepada etnik ini perhatian kepada masalah melibatkan pembunuhan beramai-ramai, pembersihan etnik, jenayah peperangan dan jenayah kemanusiaan.

6.1 Jumlah Pelarian Rohingya di Malaysia

Tempoh kebelakangan ini, United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di Malaysia melaporkan pada tahun 2015 terdapat peningkatan kadar pendatang daripada Myanmar yang berdaftar adalah seramai 108,760 orang berbanding pada tahun 2013 adalah seramai 95,380 orang seperti Rajah 1. Antaranya, masalah peluang pendidikan, kesukaran mendapatkan pekerjaan yang berdaftar, ditangkap pihak berkuasa tempatan tanpa

138

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017) budi bicara ketika menjalankan aktiviti ekonomi, pekerja tidak berdaftar dan kadar upah yang sangat kecil (Berita Harian, 8 Disember 2016). Oleh itu kajian dilakukan dalam mengenal pasti pendekatan etnik Rohingya untuk kelangsungan hidup di Malaysia. Pada Mei 2016, statistik terbaru menunjukkan seramai 52,960 pelarian Rohingya tinggal di Malaysia dan bekerja di negara ini (Anon. Borneo 2016). Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh, peniaga, petani, usahawan dan pembantu di pasaraya. Melihat kehidupan yang sukar dan masa hadapan yang kabur telah dihadapi oleh anak-anak mereka, terdapat sebilangan mereka yang menyerahkan anak- anak mereka kepada warga Malaysia dengan menukar status kewarganegaraan untuk dijadikan anak angkat oleh rakyat Malaysia (Azizah Kassim 2012). Manakala, sebilangan yang lain berusaha membesarkan anak-anak mereka sekalipun berhadapan dengan pelbagai kesukaran sehingga ada yang mengutip barang-barang terpakai untuk dikitar semula dan menjadi pengemis.

Graf Peningkatan Jumlah Pelarian Rohingya di Malaysia

60,000

50,000

40,000

30,000 Rohingya 20,000

10,000

0 Sep-09 Dis-10 Dis-11 Sep-12 Mei-16

Rajah 1: Jumlah pelarian Rohingya Sumber: UNHCR 2013

Faktor kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan dan pendidikan oleh generasi Rohingya menyebabkan berlakunya perkahwinan campur dengan penduduk tempatan (Azizah Kassim 2012) dan penyerahan anak-anak pelarian Rohingya kepada warga tempatan untuk dijadikan anak angkat (Azizah Kassim 2012) telah mengubah identiti budaya kumpulan pelarian ini kepada corak budaya tempatan. Pengkaji melihat faktor ekonomi dan kesukaran hidup adalah punca perkahwinan campur dan penyerahan anak angkat dengan warga tempatan demi kelangsungan kehidupan generasi mereka yang seterusnya. Ini kerana dengan menggunakan dokumen anak angkat oleh warga tempatan, anak-anak Rohingya mudah untuk mendapatkan kemudahan pendidikan dan pekerjaan. Sementara, perkahwinan dengan warga tempatan akan membolehkan anak-anak mereka mendapat kerakyatan Malaysia.

Peratusan Kanak-Kanak Mendapat Pendidikan

41.60% Mendapat Pendidikan 58.40% Tidak Mendapat Pendidikan

139

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)

Jumlah Pelarian Rohingya Berdasarkan Jantina

26.4

Lelaki

73.6

Rajah 2: Demografi pelarian Rohingya (Sumber: Azizah Kassim 2012; UNCHR)

Berdasarkan kedua-dua carta dalam Rajah 2, secara umumnya taburan komuniti berdasarkan usia dan jantina pelarian Rohingya didapati bersedia dari aspek sumbangan tenaga kerja, baik dari segi usia dan jantina kerana usia 18-59 tahun adalah usia yang produktif bagi seorang manusia untuk menjana kegiatan ekonomi sementara faktor jantina seorang lelaki boleh melakukan pelbagai kegiatan ekonomi berdasarkan kekuatan fizikalnya berbanding seorang wanita. Statistik ini menggambarkan majoriti pelarian Rohingya di negara ini mempunyai fizikal yang produktif dalam menjalankan kegiatan ekonomi. Maka, jangkaan awal melihat krisis ketidakmampuan bekerja, masalah kewangan, golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas adalah rendah dalam kalangan pelarian Rohingya di Malaysia. Justeru itu, sejauh manakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh majoriti pelarian Rohingya di Malaysia mampu menyara kehidupan mereka. Pembentukan komuniti masyarakat terjadi setelah ramai pelarian Rohingya melihat peluang dan masa depan yang cerah di negara ini. Statistik juga mencatatkan peningkatan beberapa kali ganda dalam tempoh 10 tahun. Walau bagaimanapun, disebabkan persekitaran tempat kerja yang mempunyai percampuran pelbagai agama dan bangsa seperti warga

140

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)

Thailand yang beragama Buddha, warga Filipina yang beragama Kristian mahupun majikan berbangsa Cina menimbulkan persoalan terhadap kelangsungan pengamalan syariat Islam seperti solat, zakat dan puasa.

7. Cabaran Pelarian Rohingya di Malaysia

Kajian tentang kehidupan pelarian Rohingya tanpa status juga telah dikaji oleh Tan Pok Suan (2006) berdasarkan temu bual yang dijalankan oleh pengkaji kepada 10 keluarga di Kuala Lumpur, pelarian Rohingya telah mula bertapak pada awal 1980-an. Kewujudan mereka tanpa dokumen pengenalan diri dan pengiktirafan kerajaan Myanmar menyebabkan mereka sukar memperolehi pekerjaan untuk menampung perbelanjaan hidup, krisis kemiskinan dan pengangguran, perbelanjaan kos rawatan perubatan yang tidak mencukupi, isu pendidikan generasi muda pelarian Rohingya apabila mereka tidak dibenarkan bersekolah di sekolah kerajaan sementara sekolah swasta mengenakan caj yang tinggi di luar kemampuan. Pengkaji juga melihat anak-anak pelarian Rohingya yang lahir di Malaysia begitu sukar untuk memiliki sijil kelahiran tanpa bantuan warga tempatan, kesan tidak memiliki sijil kelahiran ini adalah kesukaran mendapatkan permit pekerjaan, dokumen perjalanan, pendaftaran ke pendidikan formal, kad pengenalan dan sebagainya. Selain itu, menurut pengkaji risiko keselamatan dan penahanan serta dihantar ke sempadan turut menjadi masalah buat mereka kerana mereka hanya memiliki kad pengenalan UNHCR yang tidak menyatakan mereka adalah pelarian. Walau bagaimanapun, jaringan sosial dikalangan pelarian Rohingya menyebabkan bantu-membantu dalam meneruskan kehidupan di Malaysia. Pengertian pelarian harus diutarakan dengan lebih kritis, lebih cermat dengan bukti empiri supaya kajian dapat dibuktikan dengan lebih baik. Tan Pok Suan (2006) menyatakan pelarian Rohingya berada dalam ketidakpastian dalam meneruskan kelangsungan identiti etnik. Tan telah membahagikan beberapa perkara yang menjadi kesukaran kepada Etnik Rohingya untuk meneruskan kehidupan mereka di Malaysia:

7.1 Kemiskinan, Pengangguran dan Tiada Jaminan Pekerjaan

Kedatangan pelarian Rohingya tanpa dikawal akan menggugat ekonomi Malaysia. Sebagai sebuah negara kecil, perbelanjaan untuk mengurus Pelarian Rohingya akan melibatkan kos perbelanjaan jutaan ringgit. Justeru itu, Malaysia menghadkan kemasukan pelarian Rohingya dan menggesa negara-negara yang berkapasiti besar seperti negara-negara timur tengah wajar mengambil peranan membela lebih ramai pelarian Rohingya ke negara mereka. Oleh sebab pertambahan jumlah pelarian tersebut, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Projek Printis Kebenaran Bekerja untuk Pemegang Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). Secara prinsipnya mengikut projek ini 300 pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya yang melepasi saringan keselamatan dan kesihatan akan diberi kebenaran bekerja di negara ini secara berperingkat. Kumpulan ini akan ditempatkan di beberapa syarikat terpilih dalam sektor perladangan dan perkilangan untuk memberi mereka kemahiran dan sumber kewangan bagi membina kehidupan sebelum ditempatkan semula ke negara ketiga. Ini inisiatif pihak kerajaan atas dasar sifat perikemanusiaan untuk membantu menguruskan pemegang kad UNHCR di negara ini walaupun negara ini tidak menjadi ahli kepada Konvensyen PBB Mengenai Pelarian 1951 dan Protokol 1967. Untuk rekod, setakat 31 Disember lalu, bilangan mereka di Malaysia yang memegang kad UNHCR sah seramai 194,474 orang dari 62 negara dan daripada jumlah itu 133,517 orang atau 89 peratus dari Myanmar iaitu 55,565 etnik Rohingya (Anon. 2016).

7.2 Masa Depan Pendidikan Etnik Pelarian Rohingya di Malaysia

Pada tahun 2012, seramai 10,378 kanak-kanak pelarian Rohingya dengan pecahan usia 0-17 tahun berjumlah 6,535 orang sementara kanak-kanak berusia 5-17 tahun berjumlah 3,843 orang. Pendidikan menjadi suatu masalah buat pelarian Rohingya kerana kesukaran untuk meningkatkan taraf hidup dari aspek pekerjaan kerana tidak pandai membaca, mengira dan menulis. Pemasalahan ini bermula apabila kerajaan menghentikan kemudahan persekolahan kepada pelarian pada tahun 2002 di mana pelarian hanya perlu membayar sebanyak RM120 untuk sekolah rendah dan RM240 untuk sekolah menengah sahaja (Azizah Kassim 2012). Pemberhentian kemudahan pendidikan ini menyebabkan ribuan kanak-kanak pelarian tidak bersekolah kerana 141

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017) bayaran yuran di sekolah swasta terlalu mahal sedangkan pendapatan yang diperolehi ketua keluarga adalah sekitar RM30-RM40 sehari (Daniel Sullivan 2016). Kebanyakan kanak-kanak Rohingya yang tidak bersekolah membantu menambah pendapatan dengan cara mengutip botol, tin, kotak dan surat khabar untuk dijual sementara yang lainnya menjadi peminta sedekah di masjid-masjid dan tempat awam yang menjadi tumpuan masyarakat.

7.3 Rawatan Perubatan yang Tidak Mencukupi.

Kebimbangan terhadap penularan wabak Tuberculosis (TBC atau TB) yang merupakan penyakit berjangkit yang turut dihidapi oleh pelarian Rohingya merupakan penyakit saluran pernafasan yang disebabkan oleh bakteria. Bakteria ini merupakan bakteria yang sangat kuat sehingga memerlukan tempoh masa lama untuk merawatnya. Bakteria ini lebih sering menjangkiti organ paru-paru (90%) jika dibandingkan dengan bahagian lain tubuh manusia. Tuberculosis (TBC) merupakan penyakit menular yang masih menjadi perhatian dunia. Sehingga waktu ini, belum ada negara yang bebas TBC. Angka kematian dan kesakitan akibat kuman mycobacterium tuberculosis ini juga tinggi. Selain itu, terdapat pelarian Rohingya yang menghidap virus Hepatitis B yang mudah berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia. Sementara itu, menurut Khatijah H A Abdullah dan Suzaily Wahab (2012) sindrom Koro (Koro-Like) yang bermaksud penderita menganggap alat kelamin mereka akan menyusut dan menghilang dari tubuh badan, dalam keadaan yang pekerja penderita merasakan simptom alat kelamin menyusut tersebut akan membunuh diri mereka, gejala ini disebabkan konflik psikoseksual dan tekanan aras tinggi yang melanda pelarian Rohingya. Disamping itu, penyakit mati pucuk (Associated Erectile Dysfunction) merupakan penyakit kesan jangka masa panjang yang diakibatkan oleh trauma peperangan, keadaan sosio-ekonomi, penderaan semasa kanak-kanak mengakibatkan penyakit tersebut. Menurut pengkaji, tekanan dan ancaman dalam jangka masa panjang telah mengakibatkan trauma mengundang sindrom psikoseksual yang akan mengakibatkan pekerja meneruskan survival kehidupan kumpulan pelarian Rohingya ini untuk perkembangan generasi seterusnya. Kesan kewujudan pelbagai penyakit menimbulkan kegusaran terhadap rakyat Malaysia terhadap jangkitan virus- virus tersebut di samping kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk merawat dan membendung penularan penyakit.

7.4 Isu Sijil Kelahiran

Tambahan pula, status ekonomi pelarian disebutkan oleh Azizah Kassim (2012) menyatakan ketiadaan dokumen menyebabkan pelarian ini tidak mempunyai pekerjaan yang formal yang melindungi mereka dari sebarang risiko dan kemudahan-kemudahan pekerja sebagaimana yang dinikmati pekerja asing yang berdaftar. Menurut Azizah Kassim (2012) lagi, terdapat pelarian Rohingya di pantai timur melibatkan diri dalam sektor agrikultur dan menjual hasil tanaman mereka yang terdiri dari buah-buahan dan sayur-sayuran kepada peraih. Hakikatnya, pelarian ini majoritinya hidup di bawah paras kemiskinan di mana pendapatan harian golongan pelarian hanyalah berjumlah RM30-RM40. Walau bagaimanapun, menurut (Azizah Kassim 2012) terdapat sebilangan kecil yang berjaya dalam perniagaan di mana mereka telah tinggal di negara ini selama tiga dekad, kejayaan yang dikecapi adalah dalam sektor pembinaan, sub-kontraktor dan perdagangan. Keadaan kemiskinan golongan pelarian ini membawa implikasi buruk kepada keperluan pendidikan, keselesaan tempat tinggal, kesihatan, makanan dan sumber asasi lain. Selain mengekalkan psikologi dan hubungan ketidakbergantungan kepada kerajaan, perlindungan yang diberikan oleh Malaysia tidak percuma di mana anjuran perubahan kepada struktural dan sistem nilai dalam masyarakat pelarian Rohingya. Selain itu, menurut Linde Lamboo (2017) antara daya tarikan pelarian Rohingya meninggalkan Acheh adalah disebabkan faktor keluarga yang boleh dijumpai di Malaysia, peluang pekerjaan yang baik, tekanan kerajaan Indonesia, cerita kejayaan Rohingya di Malaysia. Faktor-faktor penolak dan penarik menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi menarik menyebabkan pelarian Rohingya

142

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017) semakin meningkat saban tahun dan ini mendatangkan kegusaran kepada rakyat Malaysia. Menurutnya lagi, idea tentang ‘daya penarik’ hanyalah satu lagi cara bagaimana memilih untuk mengkonstruksi perbezaan di antara manusia yang dibezakan melalui objektif dalam kalangan mereka. Semua ini hanya satu konstruksi dalam wacana etnik.

7.5 Isu Keselamatan, Ditahan dan Dipenjara

Etnik Rohingya berhadapan dengan penganiayaan dirampas barang-barang peribadi oleh sesetengah penguat kuasa tempatan kerana mendakwa kad UNHCR tidak sah digunakan di negara ini (Azlinariah Abdullah 2012). Mereka telah ditangkap dan ditahan Selain itu, pihak PDRM telah berjaya membongkar satu sindiket penjualan kanak-kanak etnik Rohingya dengan harga RM1,200 hingga RM1,500 untuk tujuan mengemis selepas menyelamatkan sembilan kanak-kanak dan dua remaja yang dkurung di sebuah premis di Jalan Hang Kasturi di Kuala Lumpur (Malaysiakini 2017). Penemuan 139 kubur bersama 29 kem yang dijangka melibatkan mangsa Rohingya dari Myanmar di hutan Perlis baru-baru ini secara jelas menandakan bahawa kegiatan sindiket Pemerdagangan manusia antara sempadan Malaysia dan Thailand bergiat secara terancang dan terlindung (Malaysiakini 2015). Menurut Intan Suria Hamzah et al. (2016b), jenayah pemerdagangan manusia melibatkan etnik Rohingya semakin bertambah mutakhir ini menyebabkan PDRM dan angkatan tentera Malaysia mempergiat operasi membanteras sindiket pemerdagangan manusia. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat telah membawa bersama-samanya masalah pekerja asing, pekerja tanpa izin, penyeludupan migran dan pemerdagangan orang. Mengikut statistik daripada agensi penguat kuasa Malaysia, keseluruhan kes pemerdagangan orang dari 28 Februari 2008 sehingga 31 Mei 2016 adalah sebanyak 1,151 kes dengan 1,656 jumlah tangkapan, manakala orang yang disyaki diperdagangkan pula sebanyak 7,863 orang dan jumlah mangsa direkodkan pula seramai 2,492 orang (Utusan Melayu 2016).

Menurut Azizah Kassim (2012) etnik Rohingya menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi secara bersama sehingga mewujudkan suatu komuniti masyarakat etnik pelarian Rohingya di pelbagai tempat seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah dan beberapa tempat lain di Malaysia. Komuniti ini meneruskan kelangsungan bahasa dan budaya dengan mempraktikkan penggunaan bahasa mereka dalam kehidupan seharian serta menjalankan pelbagai aktiviti kebudayaan secara bersama seperti sambutan perayaan, majlis berbuka puasa dan sebagainya. Pendidikan yang mempengaruhi survival bahasa dan budaya telah dijalankan oleh Majlis Ulama’ Rohingya (2013). Mereka telah mencadangkan kelas-kelas fardhu ain dan latihan membaca, mengira, menulis telah dijalankan di surau-surau komuniti Rohingya dengan kerjasama beberapa badan-badan kebajikan tempatan dan antarabangsa. Kelas-kelas fardhu ain dan kelas membaca, mengira dan menulis ini menggalakkan hubungan sosio-budaya dalam kelangsungan bahasa dan pengamalan budaya di samping membuka peluang pekerjaan kepada etnik pelarian Rohingya. Pendidikan yang diperolehi menentukan kegiatan ekonomi yang dijalankan (Azizah Kassim 2012).

Di samping itu, menurut Intan Suria Hamzah et al. (2016b) pelarian Rohingya berhadapan dengan tiada dokumen status kewarganegaraan, kestabilan ekonomi, politik, kehidupan sosial, dan populasi Muslim yang besar telah hidup di Malaysia mengakibatkan masalah baru kepada kerajaan Malaysian untuk mengendali kehidupan para pelarian. Sementara sebuah lagi kajian yang dijalankan oleh Intan Suria Hamzah et al. (2016a) menceritakan kesukaran pelarian Rohingya datang ke Malaysia dengan mempertaruhkan nyawa kepada sindiket pemerdagangan sementara terdapat juga rakan-rakan pelarian yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan. Dari aspek pendapatan pula mereka melakukan pelbagai aktiviti ekonomi yang berpendapatan kecil dengan bekerja sebagai pengutip sampah, kedai makan dan buruh. Pelarian Rohingya juga hidup bersesak di dalam sebuah rumah kecil dan menjalani kehidupan yang sukar. Walau bagaimanapun menurut pengkaji mereka tetap bersyukur kerana masih terdapat peluang pekerjaan di Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang aman dan berharap generasi anak-anak mereka mendapat pendidikan yang secukupnya untuk membangun bersama masyarakat Malaysia. Sungguhpun, kedua-dua kajian ini penting dari segi ia mengetengahkan satu pendekatan yang berlainan iaitu pendekatan sosiologi ilmu pengetahuan berbanding dengan kajian-kajian lain, ia akan lebih

143

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017) bermakna sekiranya pengarang lebih teliti dan seimbang dari segi persembahannya, lebih cermat dengan bukti- bukti empirik, dan tidak membuat penyeluruhan secara umum tanpa didukung oleh bukti-bukti yang kukuh.

8. Kesimpulan

Walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah yang membelenggu kehidupan mereka sebagai pelarian, mereka tetap berjuang menjalani hidup yang penuh kesukaran itu. Sebagai warga Rohingya yang semakin bertambah jumlahnya di Malaysia, sudah pasti memberi tekanan dalam pelbagai aspek kepada negara ini untuk memberikan penyelesaian terhadap krisis tersebut sedangkan mereka juga mahukan sebuah kehidupan yang baik di negara ini dan pengiktirafan warganegara di negara sendiri pada satu hari nanti. Selain itu, perjuangan mereka dalam memastikan kelangsungan identiti dipelihara. Ini jelas sekali dalam perbincangan di atas bahawa mereka menjaga agama, budaya, kehidupan bermasyarakat dan bahasa untuk tujuan komunikasi. Jaringan komuniti sesama mereka juga dipastikan membantu kebajikan Rohingya di negara ini. Beberapa pertubuhan yang dibangunkan atas kesedaran melindungi pelarian Rohingya dari pelbagai aspek termasuk pengamalan agama, bahasa dalam berinteraksi, kehidupan sosial dan kumpulan masyarakat contohnya seperti Majlis Ulama’ Rohingya (MUR) dan Rohingya Society of Malaysia (RSM). Pelarian Rohingya di negara ini tidak sepatutnya disisihkan sebaliknya perlu dibela supaya mempunyai masa depan yang baik bukan sahaja terhadap kehidupan masa kini tetapi untuk generasi Rohingya yang seterusnya sehingga mereka boleh kembali semula ke tanah air dengan status diiktiraf sebagai warganegara.

Penghargaan

Penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalankan penyelidikan, dalam masa yang sama membiayai kos pembentangan dan penerbitan makalah ini dalam Seminar Serantau Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 melalui dana yang diberikan kepada projek penyelidikan GUP-2016-026.

Rujukan

Abdul Halim Mat Diah. 1987. Pemikiran Islam: Peranan Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia. Alex J. Bellamy. 2010. The Responsibility to Protect-Five Years On, Ethics & International Affairs. Carnegie Council for Ethics in International Affairs. Amnesty International. 2010. Diseksa dan Ditinggalkan Pelarian Dinafikan Hak di Malaysia. Amnesty International, International Secretariat Peter Benenson House, United Kingdom. Anon. 2016. Pelarian Rohingya kekal ‘stateless’ di bumi Malaysia. Utusan Borneo, 31 Disember. Azizah Kassim. 2012. Dialog dan Meja Bulat Hala Tuju Pendidikan Alternatif di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia Institut: Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS). Azizah Kassim. 2012. Transnational Marriages Among The Refugees and Their Implications on Their Status and Identity: The Case of The Rohingyas in Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia: Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS). Azlinariah Abdullah. 2012. Air Mata Kesengsaraan Rohingya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Charles Issawi. 1982. An economic History of The Middle East and North Africa. New York: Columbia University Press. Daniel Sullivan. 2016. Still Adrift: Failure to Protect Rohingya in Malaysia and Thailand. Washington: Refugees International. Engy Abdelkader. 2013. The Rohingya Muslims in Myanmar: Past,Present, and Future. United States: University of Pennsylvania Law School. Hamidi Adam & Ravichandran Moorthy. 2015. Krisis kebanjiran pelarian Syria dan impaknya terhadap keselamatan negara Turki. Journal of Social Sciences and Humanites 10(2): 185-202.

144

Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil / TAWIS (2017)

Hariati Ibrahim & Rohaida Nordin. 2015. The principle of responsibility to protect: The case of Rohingya in Myanmar. Petika Journal of Social Sciences and Humanities 23(August): 1-18. Imtiaz Ahmed. 2009. The Rohingyas: From Stateless to Refugee. University of : International Relations Intan Suria Hamzah, Siti Daud, Nor Azizan Idris & Muhammad Shamshinor Abdul Azzis. 2016a. Migrasi rentas sempadan etnik rohingya dan implikasi terhadap Malaysia. Jurnal Sains Insani 1(1):36- 43. Intan Suria Hamzah, Siti Daud & Nor Azizan Idris. 2016b. Rohingya’s discrimination and immigration to Malaysia. International Research in Social Sciences 6(5): 271-288. Khatijah H A Abdullah & Suzaily Wahab. 2012. Koro-like symptoms with associated erectile dysfunction in a Rohingya refugee. Asean Journal of Psychiatry 13 (2). Linda Crossman. 2014. Myanmar’s Rohingya refugees the search for human security. Thesis Master of Arts in Liberal Studies, Georgetown University Washington D.C. Linde Lamboo. 2017. Seeking solutions: stateless Rohingya and strategies at the interface of planned interventions, A case study of Rohingya refugees in Aceh and Kuala Lumpur. Thesis Master, Wageningen Research University. Louise W. Holborn. 1956. The International Refugee Organization, a Specialized Agency of the United Nations. New York: Oxford University Press. Matthew Smith. 2013. All You Can Do Is Pray Crimes- Against Humanity and Ethnic Cleansing of Rohingya Muslims in Burma’s Arakan State. United States Of America: Human Rights Watch. Michael Mann. 2005. The Dark Side of Democracy: Explaining Ethnic Cleansing. United Kingdom: Cambridge University Press. Mohammed Yunus. 1994. A History of Arakan (Past & Present). : Chittagong University. Mr. Rahmat Abdul Karim,17h October, 2016, http://www.rsm-my.org/news/rohingya-society-in- malaysia-rsm- office-received-45-rohingya-refugees-released-by-unhc/, Mr. Rahmat Abdul Karim,18th October, 2016, http://www.rsm-my.org/news/rohingya-society-in- malaysia-rsm- joined-signing-a-memorandum-to-his-excellency-mr-zaw-myint-ambassador- embassy-of-the- republic-of-the-union-of-myanmar-kuala-lumpur-in-malaysia/ Mohamad Naufal Mohamad Idris. 2015. Rohingya: boleh bantu tapi ada risiko pada negara. Sinar Harian, 18 Mei. Richard Hoggart. 1992. Oxford Illustrated Encyclopedia of People and Cultures. United Kingdom: Oxford University Press. Sidi Gazalba. 1976. Masyarakat Islam: Pengantar Sosiologi dan Sosiografi. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Tan Pok Suan. 2006. Kehidupan Rohingya di Malaysia: perjuangan dalam ketidakpastian hidup. Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities 68(1): 111-126. Trudi Lee Andres. 2014. Resettlement experience of refugees from Burma/Myanmar to San Diego. Thesis Master of Arts in Anthropology, San Diego State University. United Nation For High Commissioner for Refugees (UNHCR). 2013. Available at: http://www.unhcr.org/malaysia.html .

145

146

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Inovasi dan Keceriaan di Surau-Surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terpilih di Malaysia

Abdul Munir bin Ismaila

a Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

Abstrak

Tulisan ini bertujuan untuk mengetahui inovasi dan keceriaan yang dihasilkan oleh guru dan pelajar di surau-surau sekolah menengah kebangsaan terpilih di Malaysia. Keadaan persekitaran surau yang menarik, adalah merupakan faktor mendorong pelajar serta guru melaksana ibadah dan menghayati ajaran Islam dengan lebih sempurna. Objektif kajian adalah untuk mendedahkan inovasi yang dihasilkan di surau sekolah menengah kebangsaan terpilih. Kajian ini bentuk kajian lapangan, menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian. Kajian melibatkan lapan buah sekolah harian dan asrama terpilih dan sepuluh orang responden. Kajian mendapati terdapat pelbagai inovasi yang dihasilkan oleh pihak sekolah. Inovasi keceriaan surau didapati mendatangkan kebaikan kepada pelajar serta alam sekitar. Melalui inovasi yang dihasilkan di surau sekolah telah memberi kesedaran positif terhadap perkembangan minda pelajar. Selain itu, implikasi inovasi surau dapat meningkatkan minat para jemaah untuk mengimarahkan surau yang terdapat di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

Kata Kunci: Surau SMK; inovasi; keceriaan; menarik minat

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

1. Pengenalan

Fungsi utama surau sekolah menengah di Malaysia adalah sebagai tempat warga sekolah melaksanakan ibadat solat, menjalankan kegiatan amali pendidikan Islam, menanamkan semangat mencintai agama, menghayati ajaran Islam dan membina roh persaudaraan Islam dalam kalangan guru-guru dan murid-murid Islam (BPI 1989). Jika dirujuk kepada satu Pekeliling/Surat Rasmi daripada Bahagian Pendidikan Islam, KP.5206 /12/5/ (17), bertarikh 2 Mac 1989 menyatakan bahawa pengetua sekolah selaku pentadbir digalakan membangunkan surau sebagai memenuhi kegiatan spiritual keagamaan pelajar Islam. Dengan itu, surau sekolah berfungsi sebagai ‘makmal pendidikan rohani’ dalam pendidikan Islam sama ada aktiviti kurikulum atau kokurikulum (Ab. Halim

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

147

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017) et al. 2003). Semua aktiviti yang berbentuk kurikulum dan ko-kurikulum dapat dilaksanakan di dalam surau sekolah. Aspek ketenangan dan keselesaan perlu diberi perhatian oleh pihak pentadbir sekolah supaya para pelajar mendapat kekusyukan ketika melakukan aktiviti peribadatan dan keseronokan menuntut ilmu pengetahuan.

Menurut Bani Hidayat (2010), dalam pembinaan sesebuah sekolah, perancangan reka bentuk perlu mengambil kira aspek ergonomik agar persekitaran yang baik bagi memenuhi keperluan semasa para pelajar dapat diwujudkan. Ini termasuk ciri-ciri seperti lokasi kedudukan tanah, keadaan atau jenis tanah, reka bentuk bangunan, saiz ruang bilik darjah, makmal, pusat sumber, bilik komputer, surau sekolah, kantin, tandas dan sebagainya yang akan memberi keselesaan kepada pelajar. Sistem pengudaraan, pencahayaan, bunyi, reka bentuk perabot, sistem pendawaian elektrik dan warna dinding bangunan turut menyumbang terhadap keselesaan persekitaran. Jika dilihat dari sudut pendidikan, setiap bilik darjah, makmal, bengkel, dewan, pusat sumber, bilik komputer dan surau direkabentuk bersesuaian dengan keperluan dan fungsinya mungkin tidak sama antara satu sama lain.

Menurut Sufean Hussin (2001), inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa. Zaltman et al. (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya. Inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah yang ceria, kreatif dan inovatif boleh mengurangkan pelbagai gejala sosial dan moral yang tidak diingini. Suasana dalam surau atau di luar surau yang ceria dan kondusif dapat menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Suasana surau sekolah mungkin menjadi ‘kawan’ atau ‘lawan’ dalam proses pembelajaran semasa di sekolah. Oleh itu, menjadi suatu tanggungjawab kepada pihak pengurusan surau sekolah menyediakan kelengkapan yang baik dan susun atur yang sempurna bagi keselesaan pelajar.

2. Masalah Kajian

Menurut Bani Hidayat (2014), fungsi surau sekolah yang terdapat di sekolah menengah kebangsaan dilihat masih berada pada tahap minima dan tidak menepati hasrat matlamat penubuhan surau sekolah menengah untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di Malaysia. Kewujudan surau- surau di sekolah hanya berfungsi sebagai aktiviti solat zohor dan solat asar sahaja. Aktiviti surau amat terbatas kerana kekurangan peralatan, pengurusan yang tidak cekap dan sebagainya. Realiti yang berlaku di sekolah menengah sebagaimana yang ditunjukkan oleh pelbagai kajian berterusan sejak tahun 1994 sehingga 2010 daripada pelbagai institusi dan penyelidik menunjukkan bahawa tahap fungsi dan keberkesanan surau sekolah menengah dalam kalangan guru Pendidikan Islam dan murid masih boleh dipersoalkan terutamanya daripada aspek kemudahan fizikal, keceriaan surau dan aktiviti ko-kurikulum yang menepati Pendidikan Islam. Adakah pihak sekolah mengetahui secara jelas tentang fungsi surau sekolah meliputi aspek pelaksanaan keceriaan surau di sekolah secara efektif. Objektif kajian ini ialah untuk mendedahkan inovasi yang dihasilkan oleh surau sekolah di SMK terpilih.

3. Metodologi Kajian

Kajian ini berbentuk kajian lapangan, iaitu menggunakan kaedah temubual berstruktur dan pemerhatian. Pemerhatian dilakukan di surau sekolah yang terbabit dengan memfokuskan kepada item yang disenaraikan. Temubual dilakukan bagi mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar tentang keceriaan surau sekolah. Lokasi kajian bertempat di a) surau SMK Dato’ Haron, Tanjong Karang, b) surau SMK Alam Megah 2, Shah Alam, c) surau SMK Sri Kurau, Bagan Serai, d) surau SMK Sultan Yusof, Batu Gajah Perak, e) surau SMK Sultan Omar,

148

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Dungun, f) surau SMA Mahmudiah, Kuala Berang, Terengganu, g) surau SMK Sri Kukup, Pontian, Johor dan h) surau SMK Alor Janggus, Kedah.

4. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Surau sekolah merupakan salah satu tempat yang terdapat dalam kawasan sekolah di mana pelajar menghabiskan sebahagian daripada masa persekolahannya sebagai tempat melakukan ibadat, mengulangkaji pelajaran atau berehat. Surau sekolah yang serba lengkap dengan peralatan keperluan asas seperti hawa dingin, kipas angin, lampu yang terang dilihat sebagai daya penarik kepada pelajar untuk melakukan aktiviti ibadah, aktiviti pembelajaran, tempat berehat dan sebagainya. Antara kelengkapan surau yang perlu disediakan ialah papan tanda nama surau, tanda arah kiblat, garisan saf/sejadah, takwim/jadual waktu solat, jam dinding, papan kenyataan luar/dalam, white board/papan hitam, tirai/papan pemisah, langsir tingkap, rostrum/meja kuliah mimbar untuk berkhutbah, rehal untuk letak al-Qur’an, tabung derma surau, almari untuk sejadah/rak al-Qur’an/kitab/telekung, sudut bacaan/mini perpustakaan, rak kasut dan cermin muka untuk lelaki dan wanita.

Jadual 1: Analisis pengurusan kelengkapan surau sekolah menengah kebangsaan

NAMA SEKOLAH – SEKOLAH MENENGAH TERPILIH PENGURUSAN SMK SMK SMK SMK SMK SMK SMK SMK BIL KELENGKAPAN 1 2 3 4 5 6 7 8

1. Papan Tunjuk Arah ke Surau         2. Papan Tanda Nama Surau         3. Tanda Arah Kiblat         4. Garisan Saf / Sejadah         5. Takwim / Jadual Waktu Solat         6. Jam Dinding         7. Papan Kenyataan Luar / Dalam         8. White Board / Papan Hitam         9. Tirai / Papan Pemisah         10 Langsir Tingkap         11. Rostrum / Meja Kuliah / Mimbar         12. Rehal         13. Tabung Derma Surau         14. Almari / Rak Al-Quran / Kitab /         Telekung 15. Sudut Bacaan/ Mini Perpustakaan         16. Rak Kasut         17. Cermin Muka        

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, semua surau yang dilawati menyediakan peralatan kelengkapan surau yang memuaskan. Guru yang dilantik sebagai urusetia sangat berperanan sebagai pengurus surau. Tugas guru atau ajk surau sekolah ialah mengurus secara rutin surau sekolah, di mana diaturkan jadual kepada pelajar menjalankan tugas mengikut jadual bertugas. Mengurus surau supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Semua kelengkapan surau diletakkan pada tempat yang sesuai dan digunapakai oleh para pelajar. Guru yang ditugaskan secara mingguan bertanggungjawab menyelia peralatan dan kelengkapan surau dari semasa ke semasa bagi memastikan peralatan surau berada dalam keadaan sempurna. Berdasarkan temubual bersama Responden 3, beliau menjelaskan kami mempunyai senarai peralatan surau yang lengkap (inventori). Setiap bulan kami akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang keperluan peralatan surau yang perlu dibaiki atau diganti baru. Sekiranya peralatan tersebut mudah rosak akibat sering digunakan oleh pelajar, kami menyediakan yang baharu. Sebagai contoh bateri jam dinding perlu ditukar setiap dua bulan 149

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017) sekali. Jika bateri tidak diganti, jam tidak berfungsi dan ianya menjadi masalah kepada pengguna surau bagi mengetahui masuk waktu solat dan sebagainya. Demikian juga peralatan yang mudah kotor, kami mencucinya dengan mengupah orang atau mencuci sendiri pada waktu lapang. Contohnya sejadah, langsir dan sebagainya perlu dibersihkan pada waktu tertentu. Hal ini menjadikan peralatan surau kami sentiasa bersih dan ceria. Jadual 1 menunjukkan 17 item yang dinilai dalam penilai KPM.

Menurut Responden 2, pihak sekolah sentiasa memberi kefahaman dan kesedaran kepada para pelajar tentang saling menjaga peralatan surau sekolah dengan baik dan menjauhkan sifat merosakkan harta benda surau. Pelajar senior hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pelajar junior tentang kepentingan menjaga harta benda surau daripada dirosakkan atau dikhianati oleh pelajar lain. Kami sebagai guru tidak mungkin dapat mengawal semua peralatan surau tanpa dibantu oleh pelajar senior. Usaha guru memberi kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya menjaga peralatan surau sekolah, didapati bahawa semua pelajar memberi kerjasama menjaga peralatan surau sekolah dengan baik.

4.1 Inovasi Pengurusan Fizikal Surau Sekolah

Pengurusan fizikal surau sekolah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah merujuk kepada proses perancangan membangun dan mengindahkankan bangunan surau, pengorganisasian oleh sekumpulan guru yang dilantik oleh pengetua serta penggunaan surau dengan baik bagi memastikan tempat ibadat berfungsi dengan suasana yang kondusif. Pengurusan surau sekolah dilihat sentiasa mematuhi garis Panduan Pengurusan Surau 2014 yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis panduan tersebut menyatakan surau hendaklah diurus tadbir dengan baik melengkapi aspek:

i. Memastikan surau menarik, selamat dan selesa. ii. Memastikan tempat mengambil wuduk berdekatan, mencukupi, bersesuaian dan berasingan di antara lelaki dan perempuan. ii. Menamakan Surau. Contoh ‘Surau An-Nur’. iii. Memastikan keceriaan luaran surau yang memperlihatkan identitinya. iv. Memastikan keceriaan dalaman menarik, bersih, kemas dan teratur. v. Menyediakan rak tempat kasut. vi. Menyediakan rak al-Qur’an dan bahan-bahan bacaan. vii. Menyediakan almari telekung, kain sarung dan sejadah. viii. Memastikan surau dalam keadaan berkunci apabila tidak digunakan. ix. Melabelkan tunjuk arah surau dan tempat wuduk. x. Adakan pemisah antara lelaki dan perempuan (Pemisah tidak kekal).

Secara umumnya, dapatan kajian (Rujuk Jadual 2) menunjukkan semua surau yang dikunjungi mempunyai kemudahan fizikal asas seperti tempat wudu’ lelaki dan perempuan, lampu, tandas dan kipas. Walau bagaimanapun, Surau al-Falah SMK Sri Kukup, Johor tidak mempunyai tandas disebabkan tidak mempunyai ruang yang sesuai. Terdapat 5 buah surau sekolah dilihat mempunyai kipas dan penyaman udara di ruang solat seperti a) surau al-Kauthar SMK Alam Megah 2, Selangor, b) surau An-Nur SMK Sultan Yusuff, Perak, c) surau Hasanah SMK Sri Kurau, Perak, d) surau Insaniah, SMK Dato’ Harun, Selangor, e) surau al-Falah, SMK Sri Kukup, Johor. Kebanyakan surau ini mendapat peruntukan kewangan, bahan binaan dan upah tenaga kerja daripada pihak luar. Tempat wudu’ dilihat ada yang menggunakan kolah dan paip biasa. Setiap surau mempunyai 2 buah tempat wudu’ untuk lelaki dan perempuan. Inovasi berkaitan tempat air wudu’ dilihat menjadi satu contoh pelaksanaan inovasi di beberapa surau sekolah. Terdapat dua buah surau yang melaksanakan inovasi takungan air hujan sebagai suatu langkah penjimatan penggunaan paip air. Surau al-Hasanah, SMK Sri Kurau, Perak merupakan pencetus idea dalam melaksanakan takungan air hujan. Ia diikuti oleh Surau Insaniah, SMA Mahmudiah, Terengganu. Manakala 2 buah surau sekolah turut melaksanakan inovasi yang berkaitan dengan kitaran semula lebihan air wudu’ seperti surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff, Perak dan surau al-Ikhlas, SMK

150

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Sultan Omar, Terengganu. Inovasi yang hasilkan dapat memanfaatkan seluruh warga sekolah dan menjadikan surau berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan berbakat dalam mencetuskan idea. Keseluruhan surau sekolah yang dilawati dilihat sangat menekankan perhiasan pada sudut pameran dan landskap. Ini dapat dilihat berdasarkan wujudnya inovasi fizikal yang dicipta oleh surau-surau.

Jadual 2: Analisis inovasi pengurusan fizikal surau Sekolah Menengah Kebangsaan

Senarai Sekolah-Sekolah Menengah Terpilih

*SMK SMK SMK SMK SMK SMK SMK SMK BIL Pengurusan 1 2 3 4 5 6 7 8 Fizikal 1. Bangunan / Cat         2. Tulisan Khat & Zukhruf         3. Hiasan Dinding / Mural /         Banting 4. Tempat Wudu’         5. Tandas     X    6. Lampu         7. Kipas / Pendingin Hawa         8. Landskap         9. Keselamatan         10 Sudut Pameran        

Merujuk kepada Jadual 2, surau SMK terpilih ini berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh KPM. Sebuah surau sekolah itu mempunyai sebuah bangunan berasingan dan dapat memuatkan 300 hingga 800 orang dalam satu waktu. Bangunan surau dicat bahagian luar dan dalam dengan cat yang menarik. Menurut Responden 5, beliau mengatakan kecemerlangan sesebuah surau tidak boleh diukur berdasarkan kecantikan pada fizikalnya sahaja namun dilihat juga dari aspek keaktifan pihak pengurusan melaksanakan program dakwah di surau sekolah bertujuan untuk manfaat kepada para pelajar.

Pengurusan inovasi fizikal pada bahagian hiasan adalah merujuk kepada perhiasan yang terdapat pada surau sama ada di kawasan ruang atau sudut surau, dinding-dinding atau kawasan-kawasan luar. Secara umumnya, hiasan ini diwujudkan adalah untuk memberi manfaat kepada warga sekolah dan ia juga menjadi satu daya tarikan kepada pelajar agar menjadikan surau sebagai tempat yang sering dikunjungi. Hiasan yang terdapat pada surau juga dapat menonjolkan dan menyerlahkan bakat-bakat pelajar dalam berkongsi idea-idea yang kreatif untuk dipaparkan kepada umum. Jadual 3 menunjukkan surau-surau sekolah yang dilawati telah melaksanakan pengurusan fizikal yang berbentuk hiasan. Hiasan yang melibatkan kawasan luar surau adalah disebut landskap manakala hiasan yang melibatkan penggunaan ruang atau sudut dalam surau disebut sebagai pameran.

4.1.1 Landskap

Landskap ialah istilah daripada bahasa Belanda bermaksud pemandangan desa. Merujuk kepada Kamus Dewan (2005), landskap membawa maksud lukisan atau seni taman yang memaparkan ciri- ciri pemandangan alam. Merujuk Redzauddin (2008) landskap secara keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa persekitaran pembelajaran khususnya landskap kawasan sekolah yang mempunyai persekitaran yang selesa dan menarik memberi kesan positif terhadap pencapaian prestasi akademik pelajar. Pandangan ini disokong kajian Bani Hidayat et al. (2010), landskap yang baik bukan hanya menyumbang kepada oksigen, menapis bunyi kenderaan dan habuk kotoran sahaja namun ia sebenarnya memberikan persekitaran yang nyaman untuk suasana

151

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017) pembelajaran. Oleh yang demikian, landskap diwujudkan di kawasan-kawasan surau sekolah dapat menyediakan persekitaran harmoni. Suasana surau yang mencerminkan keindahan menjadi daya tarikan kepada warga sekolah khususnya para pelajar.

Jadual 3: Pembahagian landskap surau SMK

Landskap Projek Inovasi Pembinaan landskap taman Penghasilan Replika Projek Ternakan Ikan Keli Taman Daurah Hadis Replika Kaabah Projek Peliharaan Arnab Taman Sahara Replika Kubur Insaniah Projek Tanaman Sayur Taman Herba Ma’un Salsabil Replika Gua Hira` Tempat Takungan air Wudu’ Taman Herba dan Sayuran Replika dapur dan telaga Firdausi Rasulullah Inovasi takungan hijau Taman al-Zahra’ Replika bahan Antidadah Projek Inovasi Wudu’ Care Tanaman pokok teratai dan Replika Rehal peliharaan ikan puyu Projek Inovasi Zikir dan Taman Pusat Islam Jamratul Aula Refleksologi Inovasi Jam matahari dan paksi Raudhah al-Firdausi Jamratul Wustha bayangan waktu solat Projek Inovasi Kitar semula Air Taman-taman al-Muttaqin Jamratul Aqabah Projek Cerapan tongkat Istiwa’ Laman pohon al-Falah Makam Nabi Ibrahim

Kebanyakan surau-surau sekolah telah menghasilkan beberapa projek inovasi yang berbentuk fizikal di kawasan luar sekolah. Ada yang menonjolkan gaya landskap melalui projek penghasilan inovasi, penghasilan replika-replika dan pembinaan taman-taman (Rujuk Jadual 3). Berdasarkan dapatan, kawasan surau yang luas mampu melaksanakan pelbagai jenis inovasi fizikal. Ini merujuk kepada kawasan surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor, antara surau yang mempunyai pelbagai inovasi fizikal yang dapat dilaksanakan di luar kawasan sekolah. Manakala kawasan surau yang sempit perlu menghadkan pembinaan landskap mengikut kesesuaian tahap keluasan surau. Ini merujuk kepada kawasan surau al-Falah, SMK Sri Kukup, Johor yang mempunyai kawasan yang sempit dan terhad. Oleh itu, wujudnya perbezaan antara surau-surau sekolah daripada segi kuantiti dan kualiti dalam melaksanakan landskap di kawasan surau. Hasil dapatan juga menunjukkan keseluruhan sekolah menyediakan landskap dengan gaya dan kreativiti tersendiri.

Pelaksanaan projek yang melibatkan kawasan sekolah amat memerlukan kestabilan dalam kewangan. Namun demikian, perlu dibahagikan kepada pengurusan yang lebih penting sebagai contoh pengurusan aktiviti pengimarahan surau. Oleh itu, dalam menentukan sesebuah projek yang hendak dilaksanakan perlu dilihat secara terperinci sama ada bajet peruntukan mencukupi atau tidak. Ia bukan dilihat hanya pada permulaan pembinaan sahaja namun perlu dititikberatkan kos bagi menjaga dan memelihara landskap tersebut supaya dapat terus dipelihara dari semasa ke semasa. Hal ini merupakan sesuatu yang amat penting dan perlu dipandang berat. Sekiranya bajet tidak mencukupi sepanjang proses penjagaan, ia akan menyebabkan landskap tersebut tidak dapat dikekalkan dan seterusnya mendatangkan kerugian.

152

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Rajah 1: Landskap sebagai suatu daya tarikan Lokasi: Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, kolaborasi panitia merupakan di antara suatu pendekatan dalam menghasilkan sesebuah landskap yang cantik. Melalui pembahagian sudut kepada panitia-panita sekolah dapat melahirkan pelbagai idea yang menarik bergantung pada kreativiti setiap guru-guru. Melalui pendekatan ini, tanggungjawab dalam bahagian pengurusan fizikal tidak menjadi bebanan kepada satu pihak sahaja. Ia perlu dilaksanakan dengan melibatkan ramai pihak supaya lebih banyak idea yang dapat dikumpulkan, lebih mudah untuk menghasilkan landskap. Sesetengah surau sekolah juga bekerjasama dengan ibu bapa pelajar bagi menghasilkan sesuatu landskap di kawasan surau. Ada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang seni bina bangunan dan landskap merupakan suatu bonus dalam membantu pihak pengurusan surau menghasilkan sesuatu idea. Keterlibatan ibu bapa dalam program sekolah secara langsung atau tidak langsung mempunyai hubung kait dengan pencapaian pelajar-pelajar. Suhanim Abdullah & Rosnaini Hamid (2006) dalam kajiannya, ibu bapa didapati kurang melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan di sekolah diambil kira dalam pelbagai bentuk penyertaan. Ibu bapa boleh memberi sokongan terhadap persekolahan anak-anak dengan menghadirkan diri dalam majlis dan program di sekolah.

4.1.2 Replika

Berdasarkan dapatan pengkaji mendapati setiap sekolah menyediakan replika di sudut luar kawasan surau kecuali Surau al-Falah, SMK Sri Kukup, Johor yang meletakkan replika sebagai pameran di dalam surau. Replika dibina di kawasan luar surau seperti replika Kaabah, kubur, tongkat Istiwa’ dan jam matahari. Penggunaan replika Kaabah dan kubur antara replika yang paling banyak ditunjukkan oleh kebanyakan surau sekolah. Sebanyak empat buah surau sekolah yang meletakkan replika Kaabah di kawasan luar surau iaitu Surau Insaniah, SMK Dato’ Harun, Selangor, Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor, Surau al-Muttaqin, SMA Mahmudiah, Terengganu dan Surau al-Ikhlas, SMK Sultan Omar, Terengganu. Surau-surau sekolah ini telah membina sudut khas taman haji di kawasan perkarangan surau sebagai tempat amali bagi program simulasi dan Eksplorasi Haji untuk pelajar Tingkatan Empat dan Lima. Surau al-Kauthar, SMK Alam Megah 2, Selangor dan Surau al-Ikhlas, SMK Sultan Omar, Terengganu menyediakan replika Jamratul Aula, Jamratul Wustha, Jamratul Aqabah dan Makan Nabi Ibrahim. Selain itu turut dipaparkan juga Replika Bukit Safa’ dan Marwah. Penggunaan replika kubur juga adalah satu inisiatif untuk memberi kefahaman kepada pelajar mengenai pengurusan jenazah. Secara keseluruhan, setiap surau sekolah mempunyai replika kubur di perkarangan surau untuk kegunaan latihan amali.

Penggunaan replika Kaabah dan Jamrah dilihat memberi manfaat kepada para pelajar sebagai suatu gambaran melaksanakan ibadah haji. Mereka berpeluang melakukan secara praktikal amali ibadah haji termasuk 153

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017) memakai kain ihram, melontar ketiga-tiga jamrah, bertawaf mengelilingi Kaabah dan bersaei. Selain itu turut didedahkan amalan sunat dan perkara yang haram dilakukan ketika dalam ihram. Penggunaan replika amali haji dan umrah sangat membantu para pelajar memahami sesuatu teori pembelajaran. Oleh yang demikian, penggunaan replika ini dianggap satu kaedah bagi memudahkan proses pembelajaran.

Rajah 2: Replika Kaabah untuk eksplorasi haji Lokasi: Perkarangan Surau al-Ikhlas, SMK Sultan Omar, Dungun

4.1.3 Tulisan khat atau zukhruf

Perhiasan dinding menggunakan tulisan khat atau zukhruf dilihat ada yang dilakarkan sendiri oleh para pelajar dan ada yang menggunakan tulisan kaligrafi yang telah siap. Sebagai contoh di surah al-Falah, SMK Sri Kukup, Johor menggalakkan para pelajar menunjukkan bakat seni dengan melukis tulisan khat dan mural dinding surau dan diberi nama al-Falah Walk. Al-Qur’an dapat diserlahkan melalui seni khat.

Rajah 3: Pelajar sedang melakarkan tulisan khat dan mural Sumber: http://alfalahsmksk.weebly.com/galeri.html

4.2 Surau An-Nur, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yusuff, Batu Gajah, Perak

Lokasi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yusuff terletak di Jalan Ilmu Batu Gajah, Perak. Musolla di sekolah ini diwujudkan pada tahun 2003 dengan menggunakan dua buah bilik darjah Pendidikan Khas. Berdasarkan anugerah yang dimenangi, surau ini telah melahirkan impak yang dianggap suatu kejayaan yang

154

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017) besar. Seorang pelajar Non-Muslim bernama Chyr Wei Lun telah meminati program-program yang dianjurkan oleh pihak surau. Ini membuktikan program yang dianjurkan dapat menarik hati pelajar bukan Islam untuk turut sama terlibat dalam dakwah Islam. Berdasarkan temubual Responden 4, antara program yang turut disertai oleh Chyr Wei Lun adalah menyertai puasa di bulan Ramadan dan sering mendengar tazkirah agama yang dianjurkan oleh pihak surau. Penganjuran program ini merupakan satu pendekatan dakwah bukan sahaja untuk pelajar Muslim tetapi juga dapat menarik pelajar bukan Islam.

Rajah 4: Lokasi arah hadapan Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff Sumber: Kajian lapangan 15 Mac 2017

Rajah 5: Ruang dewan solat utama Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff Sumber: Facebook Surau An-nur SMK Sultan Yusuff

155

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Rajah 6: Ruang diskusi Sumber: Kajian lapangan 15 Mac 2017

Rajah 7: Kelas Kemahiran al-Qur’an (KKQ) Sumber: Kajian lapangan 15 Mac 2017

4.2.1 Inovasi kitar semula air wudu’

Inovasi kitar semula air wudu` ini dibina pada bulan September 2015 yang melibatkan pelajar sekolah dan guru- guru. Berdasarkan temubual Responden 4, idea asal adalah daripada Ustazah Ainon Mardziah binti Elias yang merupakan guru yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan hal-hal surau. Dana yang diperuntukkan untuk membina inovasi ini adalah lebih daripada RM10,000. Peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti pam air, saluran pengaliran air, penapis air, tempat takungan air, haiwan-haiwan peliharaan seperti arnab dan ikan keli, makanan haiwan, benih-benih tanaman, barang-barang untuk cucuk tanam dan sebagainya. Dalam menghasilkan inovasi ini, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi sebagai contoh semasa proses membina kolam takungan air, berlaku kebocoran saluran paip bawah tanah. Hal ini telah mengakibatkan pihak surau mengeluarkan kos untuk membaiki kebocoran tersebut. 156

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Pam 1

Air yang bertakung Parit akan disedut dan masuk ke pam

Tempat Wudu`

Pam 2

Pam akan menyalurkan air ke tempat-tempat projek

Filter

Air akan ditapis untuk mengeluarkan kotoran

Kolam Ternakan Peliharaan Arnab Kebun Sayuran Tandas Ikan keli

Rajah 8: Carta alir pengaliran kitar semula air wudu’ surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff 157

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Inovasi ini dibina adalah kerana masalah pengaliran air yang tidak bersistematik. Longkang di sekeliling surau tidak mampu mengalirkan air keluar dan menyebabkan air bertakung. Hal ini mendorong guru-guru mengambil inisiatif mencari idea bagi membendung masalah tersebut. Oleh yang demikian, lahirnya inovasi kitar semula air ini yang mampu memanfaat lebihan air wudu` ke beberapa buah projek yang mendatangkan hasil kepada warga sekolah. Saluran air berkenaan akan dialirkan ke projek penanaman sayur, tempat peliharaan arnab dan ternakan ikan keli. Selebihnya akan disalurkan ke tandas. Proses kitar semula air, dilakukan tiga kali setiap hari iaitu waktu solat Subuh, Zuhur dan Asar. Air lebihan wudu` akan dipam dan mengalir ke bahagian tapisan. Air yang sudah ditapis dialirkan ke projek penanaman sayur, tempat peliharaan arnab dan ternakan ikan keli. Air selebihnya disalurkan ke tangki tandas. Rajah 8 menjelaskan aliran air keluar dan masuk ke pam.

4.2.2 Projek ternakan ikan keli

Rajah 9: Hadapan projek ternakan ikan Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff Sumber: Facebook Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff Mac 2017

Projek ternakan ikan keli ini dibahagikan kepada dua kolam. Kedua-dua kolam diletakkan kuantiti dan jenis ikan yang sama. Kolam pertama diletakkan air paip biasa manakala kolam kedua disalurkan air yang telah dikitar semula daripada air lebihan wudu’. Setiap hari pelajar-pelajar yang tinggal di asrama secara bergilir-gilir memberi makanan kepada ikan-ikan. Hasil kajian mendapati keadaan ikan di kolam pertama berebut-rebut ketika diberi makanan manakala keadaan ikan di kolam kedua kelihatan tenang dan baik.

Rajah 10: Dua kolam ikan berbeza saiz /bentuk di Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff Sumber: Facebook Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff Mac 2017 158

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Rajah 11: Hasil ternakan ikan keli di Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff Sumber: Facebook Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff Mac 2017

4.2.3 Projek peliharaan arnab

Rajah 12: Projek ternakan arnab di Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff Sumber: Facebook Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff Mac 2017

Rajah 13: Hasil ternakan arnab di Surau An-Nur, SMK Sultan Yusuff Sumber: Facebook Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff Mac 2017

159

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Lebihan air wudu’ yang dikitar semula disalurkan ke projek peliharaan arnab sebagai minuman arnab. Air ditapis kotoran terlebih dahulu, kemudian disalurkan melalui tiub. Arnab-arnab tersebut mendapatkan air tersebut melalui air yang keluar daripada tiub. Arnab diberi makanan setiap hari oleh pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Arnab-arnab ini sentiasa membiak menjadikan ia semakin banyak dan memenuhi ruang sangkar. Projek ini memberi satu pendekatan kepada pelajar untuk sesi penyembelihan binatan ternakan mengikut syarak dan merupakan suatu ilmu kepada mereka. Arnab yang cukup matang, akan menyembelih dan dagingnya dimasak dijadikan salah satu sumber makanan di asrama.

4.2.4 Projek penanaman sayur

Rajah 14: Penanaman sayur Sumber: Kajian Lapangan 15 Mac 2017

4.3 Surau Insaniah, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato` Harun

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Harun merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Batu 8, Jalan Bernam, Tanjung Karang Selangor. Surau sekolah ini menghasilkan inovasi pengurusan fail yang sistematik. Fail yang dimaksudkan ialah berkaitan fail aktiviti surau, fail pentadbiran surau dan fail pengurusan kewangan yang cekap lagi berhemah.

4.4 Surau al-Kauthar, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2

Antara inovasi yang dihasilkan ialah penggunaan arang sebagai nyah bauan.

4.4.1 Inovasi penggunaan arang sebagai nyah bauan

Projek inovasi nyahbau merupakan projek meneutralkan bau busuk yang kurang menyenangkan. Arang mempunyai keupayaan untuk menyerap bau. Serbuk kayu arang juga dimanfaatkan sebagai agen menstabil dan menyuling dalam industri air mineral. Arang juga dipakai secara meluas sebagai bahan pembersih dalam kerja- kerja penyelenggaraan penyaman udara. Keistimewaanya kos adalah murah. Arang mudah diperolehi di mana- mana kedai runcit dan kedai hardware. Ia mampu menyerap bau busuk untuk satu jangka masa yang lama.

160

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Rajah 15: Penggunaan arang sebagai nyah bauan A Sumber: Kajian lapangan 7 April 2017

Rajah 16: Penggunaan arang sebagai Nyah bauan B Sumber: Kajian lapangan 7 April 2017

Meskipun masyarakat telah menggunakan arang kayu sejak ribuan tahun, namun kegunaannya lebih banyak untuk bahan bakar memasak. Ini kerana perkembangan teknologi yang memanfaatkan sumber gas alam dan elektrik sebagai bahan bakar, sehingga menyebabkan penggunaan terhadap arang semakin berkurang. Bahkan, akhir-akhir ini permintaan arang kayu di pasaran dalam dan luar negeri semakin menurun kerana masyarakat sudah banyak yang beralih kepada bahan bakar gas dan elektrik. Setelah diabaikan selama beberapa tahun terakhir, kini munculnya penemuan baru produk arang yang banyak memberi manfaatnya bagi kehidupan manusia. Kemajuan teknologi moden telah meningkatkan ilmu pengetahuan untuk meneliti manfaat arang bagi kepentingan manusia dengan pelbagai kegunaan. Hasil penelitian di Jepun menyatakan, arang yang mengandungi karbon dapat diolah menjadi pelbagai produk yang berkhasiat bagi kesihatan. Di samping digunakan untuk bahan campuran pakaian dan pertanian. Arang mempunyai banyak ciri menarik seperti mempunyai rongga-rongga kecil yang sangat banyak arah sehingga 1 gram arang mempunyai luas permukaan sekitar 250 meter persegi. Rongga- rongga ini dapat melekatkan zat-zat yang berlainan pada dindingnya, yang kemudiannya dilepaskan. Arang menyerap air dari udara lembab, kemudian melepaskannya pada keadaan udara yang kering sehingga berfungsi sebagai pengatur kelembapan yang baik. Selain itu, arang juga mempunyai manfaat menyerap bau ruangan yang tidak sedap dan zat yang merugikan. Arang menghasilkan ion negatif yang membuat orang lebih santai. Infra merah yang keluar dari pembakaran arang memberikan efek bagi kelancaran peredaran darah, penjernihan air, alat untuk menjaga sayur dan makanan sentiasa segar, penambah kualiti tanah, pengatur kelembapan dinding dan lantai rumah dan ubat penyah bau. Arang yang digunakan adalah dari kayu keras. Sementara itu, arang buluh 161

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017) mempunyai lebih banyak rongga, sehingga dapat menyerap banyak bau dan air daripada arang kayu. Sedangkan cuka kayu, cairan yang dibuat dengan mendinginkan titisan air dari asap tempat pembakaran, digunakan mulai dari alat untuk antibakteria, pembasmi ulat di tapak pertanian hingga ubat penghilang bau serta bahan tambahan untuk mandi dan produk-produk yang dapat meningkatkan kecantikan.

Arang yang digunakan untuk penjernih air, dicuci dulu lalu disteril dalam air mendidih, kemudian dikeringkan dibawah matahari. Jika menggunakan arang sebagai pengatur kelembapan dan menyerap bau, maka memerlukan 8 kg untuk ruangan yang luasnya sekitar 10 hingga 13 meter persegi. Kemajuan teknologi moden telah mengangkat peningkatan produktiviti ilmu pengetahuan untuk meneliti penggunaan arang memberi pemanfaatan kepada manusia. Misalnya arang menyerap air dari udara lembab, kemudian melepaskannya pada kondisi yang kering. Sehingga membuatnya berfungsi menjadi pengatur kelembapan yang baik. Selain itu, arang juga mempunyai manfaat menyerap bau busuk pada ruangan dalam rumah atau sebagainya. Arang menghasilkan ion-ion negatif yang membuat orang lebih santai. Infra merah yang keluar dari pembakaran arang memberikan efek bagi kelancaran peredaran darah.

4.5 Surau al-Falah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup

4.5.1 Penentuan arah kiblat menggunakan tongkat Istiwa`

SMK Seri Kukup merupakan satu-satunya sekolah yang mempunyai laman cerap falak syarie serta kemampuan pelajar-pelajar dalam mempraktik simulasi penentukan arah kiblat menggunakan tongkat Istiwa`. Ilmu Falak adalah penentuan arah kiblat, arah waktu waktu solat, kalender awal bulan Qamariah dan gerhana. Oleh yang demikian, ilmu Falak mempunyai hubung kait dengan persoalan ibadah. Penentuan arah kiblat merupakan suatu projek inovasi yang telah dilaksanakan pada tahun 2014. Pemilihan pelajar-pelajar yang terlibat dalam projek ini adalah hasil pemilihan pelajar yang berjaya dipilih daripada program Imam Remaja. Pelajar-pelajar yang berminat diajar ilmu penentuan arah kiblat yang melibatkan pengiraan tertentu. Perkongsian ilmu adalah kerjasama dengan Bahagian Falak Syarie, Jabatan Agama Islam Johor. Projek ini dianggap suatu perkongsian ilmu yang murni kerana ia memartabatkan ilmu falak di kalangan pelajar. Ilmu falak merupakan suatu ilmu yang sangat besar dalam tamadun manusia dan dipelopori oleh sarjana Islam teragung seperti al-Khawarizmi. Aktiviti cerapan ini telah bermula sejak zaman silam lagi. Sejak zaman Nabi dan sahabat, penentuan arah kiblat dikembangkan teori menggunakan sesuatu benda yang berada di langit sebagai pertunjuk. Semasa Nabi berada di Madinah, baginda berijtihad bahawa solat mestilah mengadap ke selatan. Posisi Madinah yang berada di utara dan Mekah di posisi arah ke ka`bah mengadap ke selatan. Merujuk kepada hadis Riwayat al-Tirmidzi nombor 313, Nabi SAW menyatakan antara timur dan barat adalah kiblat. Berdasarkan temubual Responden 2, mengatakan idea melaksanakan program inovasi adalah daripada seorang guru Pendidikan Islam iaitu Ustaz Rozamli bin Mohd Rozak. Anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM 2000.00.

4.5.2 Kaedah tradisi penggunaan tongkat Istiwa` matahari

Merujuk kepada laman blog http://bagan beachboy.blogspot. my/2014/10/ membuat-penandaan- arah-kiblat. html dimana sebelum seorang itu menandakan arah kiblat, langkah pertama perlu diambil ialah menandakan arah Timur dan Barat pada kawasan tersebut berpandukan bayang dari cahaya matahari. Sebelum itu, tapak surau berkenaan perlu diratakan dan diterangkan. Sebatang kayu yang panjang di antara 1 hingga 2 meter dipacakkan ke dalam tanah. Cara yang terbaik adalah kayu tersebut ditimbang air atau digantung plum bob dengan benang di sebelahnya supaya kayu yang terpacak itu tegak tidak condong. Selepas itu, bulatan perlu dibuat berjejari radius 1 meter dikeliling kayu tersebut.

162

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Rajah 17: Mengukur objek bayang matahari

Pada waktu pagi, bayang kayu itu yang mencecah garisan bulatan tadi perlu ditandai dengan kayu pendek dan dilakukan pada waktu petang. Maka akan didapati dua tanda bayang matahari pada dua waktu yang berbeza. Seterusnya garisan lurus dibuat bagi menyambung kedua-dua tanda kayu pendek tersebut. Dengan adanya garisan itu pengkaji dapat menentukan arah Timur dan Barat bagi kayu tinggi yang telah dipacakkan. Ia akan dapat dihasilkan seperti Rajah 18 di bawah. Setelah selesai menandakan garisan bagi arah Timur dan Barat, kayu panjang akan dikeluarkan dan dipacakkan di atas garisan tersebut. Jarak sebanyak 5 meter panjang dari kayu tersebut ke arah Barat diukur dan ditandakan. Pengiraan matematik mudah dengan formula perlu dilakukan. Bearing arah kiblat perlu dirujuk dalam laman sesawang e-Solat JAKIM. Sebagai contoh pengiraan daerah Klang, Selangor.

Rajah 18: Objek bayang

Panjang garisan x dalam gambar rajah di atas adalah seperti berikut: X = tan (22 darjah 20 minit 35 saat) x 5 meter X = 2.055 meter

Setelah mengetahui panjang garisan X, pembaris sesiku diperlukan untuk membuat garisan menuju ke arah utara yang bersudut tepat dengan jarak 2.055 meter. Selepas itu, satu garisan dari kayu tinggi perlu dibuat dan disambungkan ke penghujung garisan X tersebut. Garisan dari kayu tinggi yang bersambung dengan hujung garisan X itulah merupakan arah kiblat. Oleh itu, selesai kerja penandaan arah kiblat secara manual dengan berpandukan bayang-bayang dari cahaya matahari.

163

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Rajah 19: Tongkat kayu Istiwa’ Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017

Rajah 20: Tapak tempat penentuan arah kiblat Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017

Rajah 21: Gambaran yang dihasilkan dalam menentukan arah kiblat Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017

164

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Rajah 22: Pelajar-pelajar sedang membuat pengiraan arah kiblat A Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017

Rajah 23: Pelajar-pelajar sedang membincang pengiraan arah kiblat B Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017

4.5.3 Radio al-Falah FM

Idea menghasilkan radio al-Falah FM adalah daripada guru-guru untuk menggalakkan pelajar mencari pengalaman sebagai DJ Radio. Radio ini bersiaran setiap hari bermula pukul 7.00 pagi sehingga 7.15 pagi berdurasi selama 15 minit. Pemilihan DJ radio adalah di kalangan pelajar yang memiliki bakat sebagai seorang DJ. Pihak sekolah memperuntukkan RM 5000.00 untuk menyediakan peralatan sistem seperti mikrofon, PA sistem, radio, speaker dan sebagainya. Program ini dijalankan secara spontan iaitu semasa perhimpunan pelajar tanpa mempunyai perancangan yang bersistematik. Selepas itu, guru-guru sekolah meneruskan tradisi perkongsian idea ini dengan menubuhkan sebuah konti radio khas. Pengisian dan perkongsian maklumat adalah berbeza-beza mengikut hari yang ditetapkan oleh guru-guru Pendidikan Islam. Di antara pengisian yang dikongsikan seperti nyanyian Asma ul-Husna, bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an, perkongsian hadis-hadis dan huraiannya, jadual waktu solat, tazkirah pendek, nasyid dan sebagai salah satu inovasi dalam berdakwah menggunakan bakat suara.

165

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Rajah 24: Logo & Lay out radio al-Falah FM Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017

Rajah 25: Pelajar sedang melaksanakan pengkongsian ilmu di bilik konti Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017

4.6 Surau al-Muttaqin SMA Mahmudiah Kuala Berang, Terengganu

4.6.1 Inovasi SIBER TV al-Huda

Rajah 26: Inovasi SIBER TV al -Huda Sumber: Kajian lapangan 25 April 2017

166

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

SMA Mahmudiah mencipta Inovasi Siber TV al-Huda yang merupakan sebuah platform untuk mendidik dan mengasah bakat pelajar menjadi lebih berani berada di khalayak ramai. Iamenyerupai dunia penyiaran stesen televisyen Islamik seperti TV alhijrah dan Astro Oasis. Hasil idea inovasi ini adalah melalui perbincangan guru- guru. Peruntukan dana diperolehi daripada sumbangan PIBG, tabungan pelajar dan sumbangan pihak luar. Perbelanjaan melaksanakan inovasi ini adalah melebihi RM1000.00. Ini melibatkan pembelian peralatan seperti kamera, speaker, mikrofon dan lain-lain yang dapat melancarkan pelaksanaan program. Ia boleh diakses pengguna di laman sesawang sekolah dan You Tube. Studio yang digunakan untuk melaksanakan penyiaran ini adalah di bilik tayangan sekolah. Tv al-Huda adalah salah satu cara untuk membentuk keyakinan diri pelajar dalam melontar idea secara spontan berkaitan pengetahuan hal-hal agama. Ia dapat melatih pelajar berani berhujah dan berkeyakinan diri dalam masyarakat. Di antara program yang dilaksanakan adalah program talk show berkonsepkan Islam seperti Imam Muda dan Da`ie. Di antara tajuk yang dikupaskan seperti berbuat baik kepada ibu bapa, masalah sosial di kalangan remaja, perbahasan berkaitan ayat-ayat al-Qur’an dan sebagainya.

Rajah 27: Contoh akses pengguna di You Tube Sumber: https://www.youtube.com/user/psssmamahmudiah

Rajah 28: Contoh Talk Show Da’ei Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=FputLzt_qx4&t=68s

4.6.2 Inovasi QR Barcode Scanner

Seiring dengan pembangunan teknologi, pelbagai medium diketengahkan untuk memberi maklumat tentang sesuatu pengetahuan. Antaranya ialah penggunaan aplikasi teknologi kod dua yang disebut kod QR sebagai medium perantaraan untuk pencapaian sesuatu maklumat. Kod QR merupakan singkatan dari “Quick Response

167

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Code”. Aplikasi teknologi kod dua dimensi sedang berkembang akhir-akhir ini terutamanya dengan menggunakan kamera di telefon bimbit (Nik Mohd Firdaus Nik Zainal Abidin et al. 2014). Kelebihan yang ada pada Kod QR kini dimanfaatkan dalam bidang pendidikan untuk mengekod pengisian, artikel, gambar, alamat laman sesawang, profile facebook, video YouTube, alamat email, teks SMS, nombor telefon dan apa sahaja walaupun sekadar huruf dan nombor. Kebelakangan ini di Malaysia, penggunaan Kod QR mula berkembang untuk tujuan pemasaran, contohnya logo Kod QR ini terdapat di papan iklan dan penanda arah. Ini semua disebabkan peningkatan dalam teknologi mudah alih khusus kepada telefon pintar yang mempunyai fungsi untuk menyokong teknologi berkenaan (Mohamad Hafiz & Saedah 2016). Surau al-Mutaqqin mengapliklasikan penggunaan kod QR sebagai satu kaedah dalam menyebarkan dan berkongsi pengetahuan berkaitan dengan surau dan ilmu-ilmu agama. Kod-kod ini diletakkan di dinding sekolah dan surau bagi memudahkan pengguna untuk mengimbas kod berkenaan. Penggunaan ini adalah sebagai suatu pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan penggunaan kod QR.

SURAU AL-MUTTAQIN AKTIVITI SURAU AL-MUTTAQIN Rajah 29: Contoh QR Barkode Scanner

Rajah 30: QR Barkode Scanner di dinding sekolah dan surau Sumber: Kajian lapangan 25April 2017

Rajah 31: Sumber air hujan sebagai air wudu’ Sumber: Kajian lapangan 25 April 2017

168

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

4.7 Surau al-Ikhlas Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar Dungun, Terengganu

Rajah 32: Pandangan bahagian depan durau al-Ikhlas Sumber: Kajian lapangan 26 April 2017

4.7.1 Inovasi takungan air wudu’

Lebihan air wudu’ disalurkan ke saluran paip ke takungan kolam konkrik. Dalam takungan tersebut, diletakkan pokok bunga teratai dan peliharaan ikan puyu bagi mengelakkan pembiakan jentik-jentik. Air takungan digunakan untuk menyiram pokok-pokok bunga di sekeliling surau. Surau al-Ikhlas telah melakukan satu kajian dengan membahagikan kepada dua jenis air untuk disiram ke pokok-pokok. Kawasan berdekatan dengan tempat takungan air lebihan wudu’ disiram menggunakan air tersebut manakala kawasan bersebelahan disiram air paip biasa. Kuantiti air yang disiram adalah kuantiti yang sama banyak bagi kedua-dua kawasan. Berdasarkan tinjauan, didapati pokok-pokok bunga yang disiram air lebihan wudu’ dilihat lebih subur dan bunga-bunga tumbuh dengan banyak dan cantik. Manakala pokok-pokok yang disiram air paip biasa dilihat kurang subur dan bunga-bunganya sedikit.

Rajah 33: Takungan lebihan air wudu’ Sumber: Kajian lapangan 25April 2017 169

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Rajah 34: Takungan lebihan air wudu’ Sumber: Kajian lapangan 25April 2017

4.8 Surau Az-Zahra`, Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus, Alor Star

4.8.1 Inovasi kad pengesanan rekod kitaran haid untuk pelajar perempuan

SMK Alor Janggus telah mencipta satu inovasi Green Card yang menyimpan rekod pergerakan kitaran haid. Objektif utama adalah untuk memantapkan disiplin sekolah melalui ibadah solat dan membantu pelajar perempuan yang menghadapi masalah kewanitaan disebabkan pusingan haid yang tidak teratur. Menurut Responden 5, jumlah pelajar perempuan yang ramai menyukarkan guru bertugas mengesan pelajar yang uzur syar`ie. Untuk mengatasi masalah tersebut pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Jawatankuasa disiplin bergabung tenaga mewujudkan Green Card. Projek ini dapat mengatasi masalah pelajar yang cuba mengelak daripada menunaikan solat dengan alasan uzur Syar`ie. Kaedah penggunaan Green Card mampu mencapai kempen “Ponteng Solat Sifar” di kalangan pelajar perempuan. Pelajar yang uzur syar`ie dikumpul di Anjung Seri Gemilang dan guru memeriksa Green Card pelajar dan waktu solat diganti dengan ceramah agama yang berfaedah kepada pelajar.

Rajah 35: Kad pengesanan uzur syari’e (haid)

170

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

5. Kesimpulan

Penggunaan ruang yang efektif di surau sekolah boleh membawa persekitaran yang kondusif dan menyeronokkan. Ruang dalaman surau sekolah boleh dibahagikan kepada ruang sembahyang, ruang serba guna, ruang wanita, ruang pusat sumber, ruang wudu’ lelaki dan wanita. Penggunaan ruang di surau sekolah biasanya bergantung kepada saiz bangunan surau sekolah dan kemudahan yang ada. Pengagihan ruang di surau sekolah perlu dirancang dengan teliti dan harus bersesuaian setelah mengambil kira peralatan dan perabot yang akan dimuatkan dalam surau tesebut (Basil Castaldi 1994). Bagi mewujukan keselesaan dalam pengajaran dan pembelajaran, faktor fizikal seperti kebersihan, keindahan, kemudahan dan keselamatan harus dititik beratkan bagi menimbulkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang sihat di kalangan guru dan pelajar. Oleh yang demikian, perancangan yang mengambil kira lokasi sekolah, kemudahan bagi aktiviti riadah dan landskap yang sesuai menyumbang kepada kecergasan, psikologi dan kesihatan disamping dapat mewujudkan sumber pembelajaran kepada warga sekolah. Landskap yang baik juga bukan sahaja menyumbang kepada ecosystem oksigen, malah dapat menapis bunyi kenderaaan, penapis habuk kekotoran. Kesannya memberikan persekitaran yang nyaman untuk suasana pembelajaran.

Penghargaan

Penghargaan dan terima kasih kepada RIMC UPSI kerana membiayai geran penyelidikan ini.

Rujukan

Ab. Halim Tamuri, Shahrin Awaluddin & Tajul Ariffin Nordin 2003. Fungsi surau dan keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam: Satu kajian di sekolah-sekolah menengah di Negeri Selangor. Kajian penyelidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bahagian Pendidikan Islam, Surat daripada Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, KPM bertarikh 31 Mac 2014, Rujukan KP(BPI)5206/3/9.8(48) bertajuk Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Sekolah Sempena Bulan Dakwah Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2014. Bani Hidayat Mohd Shafie & Nor Hayati Fatmi Talib. 2014. Persepsi murid terhadap penggunaan surau sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education 2(1). Bani Hidayat Mohd Shafie. 2010. Peranan Surau Sekolah Dalam Mengukuhkan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bidang Ibadah dan Akhlak Islamiah Pendidikan Islam di Sekolah-Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara kali ke 4, hlm. 378-387. Bani Hidayat Mohd Shafie, Nor Hayati Fatmi Talib, Mohd. Huzairi Awang @ Husain, Hajarul Bahti Zakaria, Nabiroh Kassim & Ab. Halim Tamuri. 2010. Strategi teknik demonstrasi dan pemerhatian terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ibadat Pendidikan Islam KBSM di surau sekolah. Prosiding International Conference on Learner Diversity, hlm. 50-57. Bani Hidayat Mohd Shafie & Norhayati Fatmi Talib, Hajarul Bahti Zakaria, Mohd Huzairi Husain, Nabiroh Kassim & Ab. Halim Tamuri. 2010. Penerapan elemen-elemen ergonomik di persekitaran surau sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education. Kamus Dewan Bahasa. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Panduan Pengurusan dan Pengimarahan Surau Sekolah, Putrajaya, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohd Redzauddin Ismail. 2008. Hubungan Rekabentuk Landskap Sekolah Dengan Pencapaian Prestasi Akademik Pelajar Sekolah Menengah Di Besut, Terengganu. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia.

171

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

Mohammad Hafiz Zaini & Saedah Siraj. 2016. Kebolehlaksanaan penggunaan kod quick response terhadap pembelajaran herba kesihatan dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 4(2). Nik Mohd Firdaus Nik Zainal Abidin et al. 2014. Aplikasi Iphone: Antara teknologi maklumat dan komunikasi, media sosial dan sebaran dakwah. Jurnal Sains Humanika. Responden 1, Tuan Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman merupakan pengurus dan penyelaras surau SMK Sri Kukup, Pontian, Johor. Temubual pada 22 Februari 2017 (Rabu) 9.00 pagi bertempat di Surau al-Falah Sri Kukup. Responden 2, Tuan Hj Misbahuddin bin Salleh merupakan setiausaha surau al-Muttaqin, Besut, Terengganu. Temubual pada 4 April 2017 (Selasa) jam 10.00 pagi bertempat di surau al-Muttaqin SMA Mahmudiah. Responden 3, Ustaz Wan Mohd Najmi bin Wan Abdul Rahman merupakan guru pendidikan Islam. Temubual pada 19 April 2017 (Rabu) jam 10.30 pagi bertempat di surau al-Hasanah, SMK Seri Kurau, Bagan Serai, Perak. Responden 4, Ustazah Latifah Mohamad merupakan guru Pendidikan Islam SMK Sultan Yusuff. Temubual pada 15 Mac 2017 (Rabu) jam 10.30 pagi bertempat di Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff, Perak. Responden 5, Ustazah Roshidah Awang merupakan guru Pendidikan Islam dan AJK Surau, temubual bertarikh 20 Mac 2017 (Rabu) jam 10.30 pagi bertempat di Surau Az-Zahra SMK Alor Janggus, Alor Star. Sufean Hussin. 2001. Inovasi pendidikan di kalangan pengetua: Status pelaksanaan dan model teoretikal. Kertas kerja Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan dalam Wawasan Progresif. Universiti Malaya. Kuala Lumpur, 20 November. Suhanim Abdullah & Rosnaini Hamid. 2006. Pendidikan aqidah Luqman Al-Hakim: Satu analisis dalam konteks pembangunan modal insan. Prosiding Seminar Tamadun Islam Tentang Pembangunan Modal Insan Peringkat Kebangsaan 2006, hlm. 358. Surat Rasmi / Pekeliling daripada Bahagian Pendidikan Islam, KP.5206 /12/5/ (17), bertarikh 2 Mac 1989. Zaltman, G. & Duncan, R. & Holbek J. 1973. Innovations and Organizations. New York: Wiley.

172

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Ibadah Dan Tahap Pengamalannya Pelajar Politeknik Zon Tengah

Mohamed Hamdan Abdullaha, Fariza Md. Shamb,c, A’dawiyah Ismailb,c

aKolej Komuniti RTC Gopeng, Gopeng, Perak, MALAYSIA bInstitut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA cJabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Islam dengan jelas menyebutkan bahawa ibadah itu menuntut seluruh kehidupan manusia untuk mengabdikan diri dan mentaati Allah SWT, tetapi ramai juga yang mengabaikan ibadah yang ditetapkan oleh ajaran Islam. Oleh itu, kajian berkaitan ibadah telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengamalan ibadah Islam pelajar politeknik Zon Tengah. Kajian berbentuk kajian rentas dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian ini tertumpu kepada pelajar Islam di politeknik Zon Tengah yang terdiri daripada 6 buah politeknik iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh 107 orang, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang 91 orang, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam 71 orang, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam 91 orang, Politeknik Banting, Selangor 20 orang dan Politeknik Metro Kuala Lumpur 20 orang, menjadikan jumlah respondennya ialah 400 orang daripada pelajar Islam semester akhir diploma bagi setiap politeknik tersebut. Data yang diperoleh daripada soal selidik dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science Version 22.0 (SPSS v22.0) bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan skor min. Hasil kajian mendapati tahap pengamalan ibadah Islam yang paling tinggi ialah ‘responden membaca doa sebelum makan’ dengan skor min 4.68 diikuti tahap yang paling rendah iaitu ‘responden sering melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis’ dan ‘responden sering menunaikan solat sunat tahajjud’ dengan skor minnya 3.23 dan 2.97. Purata skor min secara keseluruhannya adalah tinggi iaitu dengan skor min 4.03. Ini menunjukkan bahawa tahap pengamalan ibadah Islam pelajar politeknik Zon Tengah adalah baik dan pengamalan ibadah pelajar ini biasanya melalui proses pembelajaran Pendidikan Islam dan program dakwah yang dilaksanakan di politeknik telah menunjukkan keberhasilannya. Kajian ini mendapati, dari aspek ibadah khusus seperti solat, puasa dan doa pelajar sering melaksanakannya. Ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai kesedaran untuk menunaikan amalan ibadah yang telah ditetapkan oleh syariat.

Kata Kunci: Pengamalan Islam; ibadah; iman; tingkah laku; politeknik.

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

173

Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)

1. Pengenalan

Ibadah dalam Islam mempunyai ruang lingkup yang sangat luas, meliputi semua tindakan dan aktiviti manusia yang bermatlamat ke arah mencapai kebajikan di dunia dan di akhirat (Yusuf al-Qardhawi 1995). Memandangkan tuntutan beribadah ini adalah berterusan hingga ke akhir hayat seseorang manusia, maka perintah ini hendaklah dilaksanakan dengan perasaan penuh sedar, kasih dan cinta kepada Allah, kerana hanya Allah sahaja yang patut dikasihi dan dicintai. Ibadah dalam Islam juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza sama sekali daripada konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan yang lain. Antara ciri-ciri tersebut ialah tidak ada sebarang perantaraan di antara Allah dan manusia dan tidak terikat dengan sesuatu tempat atau masa yang tertentu.

Menurut Ibn Manzur (1994) ibadah dari segi bahasa ialah al-tha’ah iaitu taat dan kerja yang disukai Allah SWT (al-Marbawi 1990). Ia turut diertikan sebagai pengabdian diri kepada Allah SWT (Jawatankuasa Istilah Fiqh 1995). Di samping itu, ibadah juga boleh difahami sebagai suatu perbuatan yang dilakukan sebagai usaha menghubungkan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagai tuhan yang disembah (Ensiklopedia Hukum Islam t.th.). Al-Raghib al-Asfahani (1961) pula menyatakan ibadah yang merupakan kata terbitan dari perkataan ‘abada, ya‘budu merangkumi segala perkataan dan perbuatan yang disukai Allah SWT bagaimanapun mestilah terdiri dari dua elemen penting iaitu ilmu dan amal. Namun, ilmu adalah lebih diutamakan dari amal kerana dengan ilmulah sesuatu amalan itu dapat dilakukan dengan sempurna dan menjadi amal yang soleh.

Menurut Abdul Halim et al. (2010) ibadah ialah menyembah, iaitu melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT dengan melakukan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya seperti solat menjadi bukti ibadah kepada Allah SWT. Manakala menurut Shahrul Riza (2008), ibadah merupakan manifestasi syariat Allah melalui perbuatan dan perlakuan seseorang untuk menunjukkan ketaatan kepada Allah.

Menurut Abdullah Nasih Ulwan (1996) matlamat utama ibadah ialah untuk menjadikan seseorang itu ingat kepada Allah SWT, tunduk ikhlas serta meletakkan dirinya sebagai hamba yang kerdil sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

َ َّ َ َ َّ َ َّ ُ َ ٓ َ َٰ َ ٓ َ ۠ َ أ ُ أ َ َّ َ َٰ َ أ ٓ إِن ِ ٓ ِن أنا ٱّلل َّل إِله إَِّل أنا ف ٱعبد ِّن وأقِ ِم ٱلصلوة ِ َِّلكرِي ١٤ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (Taha 20:14)

Ini juga bertepatan dengan pandangan yang menjelaskan syarat untuk melengkapkan diri sebagai Muslim yang sejati perlulah tunduk dan patuh kepada perintah Allah (Kamal & H. Zahiah 2011). Zakaria (2011) pula menyatakan ibadah boleh dianalogikan sebagai daya pencegah maksiat dan penghapus dosa yang amat mujarab untuk manusia. Hal ini kerana manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dan dosa. Maka ibadah seperti solat, puasa, haji dan perbuatan yang diredai Allah SWT dapat menolong seseorang menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Dengan itu, mengatasi masalah gejala sosial perlulah dari sudut pengayaan pengamalan amal ibadah yang berkualiti (Jasmi 2011).

Penciptaan manusia di alam ini bukan sekadar untuk mendiami bumi semata-mata. Bahkan mempunyai tanggungjawab tertentu, iaitu mengabdikan diri atau beribadah kepada-Nya. Oleh itu sama ada ibadah itu berbentuk umum atau pun khusus, ia tetap mempunyai tujuannya yang tertentu. Di antara tujuan ibadah dalam Islam ialah sebagai tanda bersyukur dan berterima kasih atas segala nikmat kurniaan Allah (Hamka 1990). Nikmat Allah SWT kepada manusia di muka bumi ini tidak terhitung banyaknya; beribadah adalah bertepatan dengan fitrah kejadian manusia yang telah membuat perjanjian di alam ruh iaitu hanya akan menyembah Allah yang Satu (Yusuf al-Qardawi 1995) dan sebagai menunaikan hak Allah, iaitu agar manusia tahu dirinya lemah, 174

Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017) tidak ada daya dan pertolongan melainkan bantuan daripada tuhannya serta tidak boleh bergantung melainkan kepada Allah (Yusuf al-Qardawi 1995).

Yusuf al-Qardawi (1995) telah menggariskan lima syarat utama dalam memastikan sesuatu perbuatan manusia itu layak dinilai sebagai ibadah (Ensiklopedia Hukum Islam t.th.). Syarat pertama ialah perbuatan yang dimaksudkan tidak bertentangan dengan syariat Islam. Perlakuan seperti berjudi misalnya sekalipun berlandaskan niat untuk menampung perbelanjaan bagi menunaikan ibadah haji, adalah tertolak kerana judi diharamkan di dalam Islam. Demikian juga seorang wanita yang bekerja sebagai seorang penyanyi sekalipun berniat menjadikannya sebagai mata pencarian adalah tidak dinilai sebagai ibadah kerana suara wanita itu haram diperdengarkan di khalayak ramai (Muhammmad Atiyyah 1987). Syarat kedua, sesuatu perbuatan itu mestilah disertakan niat yang baik. Seorang Muslim hendaklah berhasrat murni terhadap dirinya sendiri, menjaga kebajikan keluarganya, memberi manfaat terhadap masyarakat sekelilingnya dan menguruskan tanah air menurut cara yang disukai Allah SWT. Syarat ketiga, sesuatu perbuatan hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan dan kesempurnaan demi meraih keredhaan Allah SWT. Oleh itu, setiap Muslim yang beramal dengan hasrat mendapatkan keredhaan dari Allah mestilah memiliki keyakinan terhadap amalannya. Dia mesti mengenali apakah amalan yang disukai dan dibenci oleh Allah SWT (Syeikh Abu Bakar 1994). Syarat keempat, perbuatan tersebut tidak boleh melanggar ketetapan Allah seperti tidak berlaku zalim, khianat, penipuan, atau rampasan hak orang lain. Kegiatan jual beli yang digalakkan di dalam Islam akan berubah menjadi larangan sekiranya bercanggah dengan perkara-perkara di atas. Manakala syarat kelima ialah urusan yang bersifat duniawi tidak boleh mengganggu kewajipan agama. Oleh itu, kesibukan dalam menguruskan rumahtangga dan melaksanakan sesuatu pekerjaan seperti tidak akan mendapat nilaian ibadah sekiranya menjejaskan sesuatu kewajipan dalam agama (Yusuf al-Qardawi 1995).

Dalam ibadah, mengamalkannya akan melahirkan kesan yang sangat positif, besar dan mendalam kepada pelakunya. Oleh itu penghayatan dalam amalan ibadah sangat penting kepada setiap individu Muslim tanpa mengira kedudukan mereka. Antara kepentingannya ialah:

i. Dapat melahirkan kemanisan iman dan keikhlasan dalam beribadah (Shaykh al-Mubarak t.t) ii. Dapat menghindarkan diri dari terlibat dengan perkara-perkara keji (fahsha’) dan munkar. iii. Dapat membersihkan jiwa (tazkiyyat al-nafs) daripada sifat-sifat yang keji. (Shaykh al-Mubarak t.th.) iv. Dapat melahirkan muslim yang menjadikan syariat Islam sebagai satu cara hidup (Yusuf al-Qardawi 1995) v. Dapat melahirkan individu dan seterusnya masyarakat yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Secara kesimpulannya, ibadah dan pengamalannya sangat penting dalam membentuk jiwa dan rohani manusia kerana ia boleh mendorong dan mengawal tingkah laku manusia. Menurut Ismail Ibrahim (1996) ibadah dalam Islam seharusnya mendorong umat Islam menjadi manusia yang maju dan berdisiplin. Ini kerana ibadah dalam Islam merangkumi gabungan pekerjaan hati dan badani, rohani dan jasmani. Sesuatu yang dilakukan dengan dorongan hati dan jasmani sepatutnya akan lebih berjaya dari sesuatu yang dilakukan kerana dorongan luaran semata-mata. Dorongan hati dan kerohanian sepatutnya menghasilkan kerja yang lebih bermutu dan bernilai, ditambah dengan si pelakunya percaya bahawa kerjanya itu akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

2. Metodologi Kajian

Kaedah kajian ini merangkumi reka bentuk kajian, pemilihan lokasi kajian, pemilihan sampel kajian dan kaedah pengumpulan data.

175

Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)

2.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ialah kajian kertan rentas (cross sectional). Kajian ini melibatkan pendekatan kuantitatif iaitu melalui pengedaran soal selidik yang akan bertindak sebagai instrumen kajian utama bagi kerja-kerja pemerolehan data melalui sampel yang telah dipilih secara rawak bagi mewakili populasi. Reka bentuk kajian ini bertujuan memperolehi maklumat umum melalui kutipan yang menyeluruh dari suatu populasi. Kajian ini juga menggabungkan dua pendekatan penyelidikan sains sosial, iaitu dapatan daripada data-data kualitatif dan dapatan daripada data-data kuantitatif. Data-data dari kualitatif akan melibatkan kajian-kajian pengumpulan data daripada sumber-sumber perpustakaan termasuk penelitian dokumen-dokumen yang berkaitan. Ia bertujuan melengkapkan dapatan daripada data-data yang akan diperolehi melalui kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif digunakan bagi menjamin kesahan dapatan. Ini disebut sebagai gabungan pendekatan kuantitatif atau proses triangulation of method. Dengan gabungan ini, kelemahan kuantitatif dapat ditampung dengan kualitatif dan begitu juga sebaliknya (Neuman 2000).

2.2 Lokasi Kajian

Lokasi kajian yang dikaji adalah di politeknik Zon Tengah sahaja iaitu di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Politeknik Banting, Selangor dan Politeknik Metro Kuala Lumpur. Pemilihan kawasan zon ini dapat mewakili seluruh politeknik di Malaysia kerana beberapa faktor yang boleh dilihat di politeknik Zon Tengah ini, antaranya ialah faktor senioriti, kawasan dan kategori.

2.3 Sampel Kajian

Bidang kajian ini tertumpu di politeknik Zon Tengah yang terdiri daripada 6 buah politeknik. Responden yang dipilih dalam kajian ini ialah pelajar muslim peringkat diploma di semester akhir pengajian. Mengikut Laporan Statistik Jabatan Hal Ehwal Pelajar di setiap politeknik Zon Tengah, bagi sesi Disember 2015 untuk pelajar Islam peringkat Diploma di semester akhir pengajian politeknik berkenaan, jumlah populasi kajian ini ialah seramai 2960 orang. Berdasarkan jadual Krecjie dan Morgan (1970) yang dinyatakan dalam Chua (2011), nilai sampel yang sepatutnya diambil adalah seramai 350 orang dan sampel itu sudah mencukupi. Dalam kajian ini, pengkaji telah menambahkan bilangan sampel kepada 400 orang bagi meningkatkan tahap kebolehpercayaan terhadap kajian ini.

2.4 Instrumen Kajian

Soal selidik kajian ini mengandungi 30 item yang meliputi soalan tentang pengamalan akidah Islam. Pengkaji menggunakan item soal selidik yang diadaptasikan daripada instrumen yang telah dibangunkan oleh Fariza et al. (IPI.Fariza.net.2015) dan telah dilakukan beberapa pengubahsuaian dan penambaikan agar bersesuaian dengan tujuan kajian dan diuji kebolehpercayaan dan kesahannya semula berdasarkan kajian rintis yang telah dibuat.

3. Dapatan dan Perbincangan

Dalam bahagian ini pengkaji memulakan dahulu dengan menganalisis demografi responden kajian dan seterusnya menganalisis dapatan kajian berkaitan tahap pengamalan akidah Islam pelajar politeknik Zon Tengah.

3.1 Analisis Demografi Responden Kajian

Merujuk Jadual 1 ialah taburan responden berdasarkan demografi. Analisis hasil kajian melalui demografi responden kajian ini didapati jantina responden lelaki dan perempuan adalah seimbang iaitu 52.3% dan 47.8%. Keseimbangan latar belakang responden dari aspek jantina dikawal supaya hasil kajian ini tidak berat sebelah 176

Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017) dan tidak cenderung kepada satu jantina sahaja. Manakala taburan responden berdasarkan politeknik pula didapati jumlah responden di Politeknik Ungku Omar (26.8%) adalah paling tinggi dalam kajian ini diikuti Politeknik Sultan Azlan Shah dan Politeknik Sultan Idris Shah iaitu 22.8%, seterusnya dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (17.8%), manakala politeknik Banting, Selangor dan Politeknik Metro Kuala Lumpur merupakan jumlah responden paling rendah iaitu sebanyak 5.0% sahaja. Ini kerana pembahagian jumlah responden di politeknik ini dibuat berdasarkan jumlah bilangan sebenar pelajar di semester akhir diploma dan didapati jumlah bilangan pelajar di Politeknik Ungku Omar adalah yang paling ramai. Analisis ini dibuat bagi mengimbangi dapatan kajian antara politeknik berkaitan. Bagi taburan umur pula majoriti responden ialah berumur 21 tahun iaitu sebanyak 90.0% dan ini kerana kebanyakan pelajar politeknik yang dipilih masuk ke politeknik adalah terdiri daripada kalangan pelajar lepasan SPM yang masih baru. Begitu pula bagi taburan responden berdasarkan tahap pendidikan agama didapati semua responden telah melalui sistem pendidikan agama di sekolah secara formal. Ini membuktikan bahawa semua responden politeknik ini mempunyai asas ilmu pengetahuan dan pendidikan agama Islam. Oleh itu, dengan adanya dapatan demografi responden ini tahap pengamalan akidah Islam dapat dikaji dan dianalisis dengan lebih baik dan menarik.

Jadual 1: Taburan responden berdasarkan geografi

Perkara Kekerapan Peratus Jantina Lelaki 209 52.3 Perempuan 191 47.8 Jumlah 400 100.0 Politeknik Politeknik Sultan Idris Shah 91 22.8 Politeknik Sultan Azlan Shah 91 22.8 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 71 17.8 Politeknik Banting Selangor 20 5.0 Politeknik Metro KL 20 5.0 Politeknik Ungku Omar 107 26.8 Jumlah 400 100.0 Jabatan Jabatan Perdagangan 151 37.8 Jabatan Kejuruteraan Elektrik 86 21.5 Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti 29 7.2 Jabatan Kejuruteraan Awam 70 17.5 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal 64 16.0 Jumlah 400 100.0 Umur 20 tahun 21 5.25 21 tahun 360 90.0 22 tahun 12 3.0 23 tahun 5 1.25 24 tahun 2 0.5 Jumlah 400 100.0 Tahap Pendidikan Agama Sekolah Rendah 191 47.8 SRA 119 29.8 SMA 70 17.5 STU/STAM 3 0.8 Lain-Lain 17 4.3 Jumlah 400 100.0 Sumber: Borang soal selidik 2016

177

Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)

3.2 Tahap Pengamalan Ibadah Islam

Al-Quran menyebutkan bahawa manusia diciptakan oleh Allah SWT adalah untuk beribadah kepada-Nya (al- Dhariyat 51: 56). Islam menuntut seluruh kehidupan manusia untuk mengabdikan diri dan mentaati Allah SWT (Yakan 1988), manakala skop ibadah itu sangat luas merangkumi semua aspek kehidupan manusia yang bersesuaian dengan syariat Allah SWT di samping keikhlasan kepada-Nya (Zakiah et al. 1984).

Merujuk kepada jadual 2 di bawah menunjukkan taburan responden berdasarkan item-item di dalam tahap pengamalan ibadah Islam. Daripada hasil kajian menunjukkan bahawa skor min tertinggi ialah bagi item ‘responden membaca doa sebelum makan’ dengan skor min 4.68, diikuti ‘responden melakukan puasa di bulan Ramadhan’ dengan skor min 4.63 dan ‘responden mandi junub bila keluar tanda-tanda hadas besar/haid’ mempunyai skor min 4.61. Seterusnya item ‘responden mengucap dua kalimah syahadah dalam kehidupan harian’ dengan skor min 4.50 dan ‘responden belajar ilmu agama untuk diamalkan’ dengan skor min 4.49.

Hasil dapatan juga mendapati skor min yang terendah dalam kategori ini ialah ‘responden membaca al- Quran setiap hari’ dengan skor min 3.39, diikuti item ‘responden membantu menguruskan jenazah sewaktu berlaku kematian’ mempunyai skor min 3.28 dan item ‘responden sering menunaikan solat berjemaah di masjid’ dengan skor min 3.26. Manakala skor min paling rendah ialah bagi item ‘responden sering melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis’ dan ‘responden sering menunaikan solat sunat tahajjud’ dengan skor minnya 3.23 dan 2.97.

Dalam konteks kajian ini, didapati amalan-amalan wajib yang diutarakan merupakan kewajipan dalam kehidupan seharian sebagai seorang remaja Islam iaitu seperti solat fardhu sehari semalam adalah pada skor min yang tinggi iaitu 4.17 (77.3%). Ini menunjukkan bahawa para pelajar ini tidak pernah mengabaikan amalan ibadah solat wajib ini. Namun demikian masih terdapat sebilangan pelajar yang masih tidak menunaikan amalan ibadah solat fardhu mereka. Dapatan ini menyamai hasil kajian Seri Kartini (2012) menunjukkan majoriti pelajar di politeknik menunaikan solat lima waktu setiap hari iaitu pada skor min yang tinggi 4.15 (7%). Begitu juga dengan dapatan kajian oleh Yuseri (2003) mendapati majoriti respondennya menunaikan amalan fardhu ini berbanding 28.8% respondennya yang merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Temerloh dan Kuantan, Pahang masih cuai dengan ibadah fardhu ini. Namun dapatan kajian ini agak berlawanan dengan kajian Azhar (2006) yang mendapati hampir separuh dari respondennya yang terdiri daripada kalangan pelajar sekolah menengah di Sarawak tidak menunaikan solat fardhu sepenuhnya. Dapatan kajian beliau memberi gambaran bahawa generasi pelajar sekolah menengah yang merupakan golongan remaja pada hari ini sedang menghadapi masalah besar dalam menunaikan kewajipan asas mereka sebagai seorang Muslim.

Begitu juga dengan amalan wajib yang lain seperti berpuasa, menunaikan zakat dan niat dalam menunaikan haji. Daripada analisis kajian ini, mendapati bahawa semua amalan wajib bagi responden mendapat skor min yang tinggi kecuali pada pemberian zakat sahaja mendapat skor min yang sederhana. Ini mungkin kerana responden masih di bawah tanggungjawab bapanya yang mengeluarkan zakat untuknya. Oleh itu mereka kurang mengetahui dan kurang mengambil maklum tentang pemberian zakat ini.

Secara keseluruhannya tahap pengamalan ibadah Islam ini adalah pada skor min yang tinggi kerana kebanyakan item-itemnya adalah pada tahap skor min tinggi berbanding hanya 7 sahaja yang mempunyai skor min sederhana. Dapatan kajian ini menyamai hasil kajian Seri Kartini (2012) yang mendapati 94% respondennya daripada pelajar Politeknik Ungku Omar berada pada tahap pengamalan ibadah yang tinggi. Dapatan kajian ini berbeza dengan hasil kajian Alias (2010) yang mendapati tingkah laku pelajar-pelajar politeknik seluruh Malaysia dari aspek ibadah berada pada tahap yang sederhana. Namun demikian, dapatan kajian ini turut juga

178

Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017) menyamai kajian oleh Asmahan (2009) yang dilakukan di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang mendapati majoriti responden kajiannya iaitu 58.4% berada pada tahap pengamalan ibadah yang tinggi.

Kesimpulannya menunjukkan bahawa remaja Islam ini sering melaksanakan pengamalan ibadah Islam khususnya dalam menunaikan amalan ibadah wajib di dalam kehidupan seharian mereka. Mereka faham dan tahu tentang dosa dan pahala, apabila ditinggalkan kewajipan dan amanah tersebut boleh menyebabkan mereka tersungkur ke dalam neraka Allah SWT. Mereka sedar hanya dengan menunaikan amalan-amalan yang telah ditetapkan oleh syariat akan membawa mereka menuju syurga Allah dan kekal selamanya di sana. Namun demikian, remaja ini agak kurang melakukan ibadah-badah sunat. Pengamalan ibadah sunat mereka seperti berpuasa sunat dan solat tahajjud adalah di tahap sederhana sahaja. Mereka tidak selalu melaksanakan ibadah sunat ini seperti mana mereka lakukan terhadap ibadah wajib. Ini mungkin kerana mereka berpandangan bahawa ibadah sunat ini hanyalah pelengkap kepada yang wajib sahaja dan sekiranya tidak melaksanakannya tidak mendapat dosa.

Jadual 2: Tahap pengamalan Ibadah Islam

Tahap Persetujuan No Pernyataan Min Tahap 1 2 3 4 5 1 Saya mengucap dua kalimah 3 7 33 101 256 syahadah dalam kehidupan harian 4.50 Tinggi 0.8% 1.8% 8.3% 25.3% 64.0% saya 2 Saya belajar ilmu agama untuk 3 4 16 149 228 4.49 Tinggi diamalkan 0.8% 1.0% 4.0% 37.3% 57.0% 3 Saya melakukan zikir untuk cari 2 7 35 144 212 4.40 Tinggi ketenangan jiwa 0.5% 1.8% 8.8% 36.0% 53.0% 4 Saya menunaikan solat lima waktu 5 15 71 127 182 4.17 Tinggi di mana sahaja saya berada 1.3% 3.8% 17.8% 31.8% 45.5% 5 Setiap hari saya menunaikan Solat 6 33 96 99 166 3.97 Tinggi Subuh 1.5% 8.3% 24.0% 24.8% 41.5% 6 Setiap hari saya menunaikan Solat 4 20 70 111 195 4.18 Tinggi Zuhur 1.0% 5.0% 17.5% 27.8% 48.8% 7 Setiap hari saya menunaikan Solat 5 19 72 105 199 4.19 Tinggi Asar 1.3% 4.8% 18.0% 26.3% 49.8% 8 Setiap hari saya menunaikan Solat 4 17 58 114 207 4.26 Tinggi Maghrib 1.0% 4.3% 14.5% 28.5% 51.7% 9 Setiap hari saya menunaikan Solat 4 20 74 107 195 4.17 Tinggi Isyak 1.0% 5.0% 18.5% 26.8% 48.8% 10 Saya sering menunaikan solat 18 77 144 107 54 3.26 Sederhana berjemaah di masjid 4.5% 19.3% 36.0% 26.8% 13.5% 11 Saya sering menunaikan solat 36 99 151 68 46 2.97 Sederhana sunat tahajjud 9.0% 24.8% 37.8% 17.0% 11.5% 12 Saya melakukan sujud sahwi pada 20 43 96 122 119 rakaat yang tertinggal dalam 3.69 Tinggi 5.0% 10.8% 24.0% 30.5% 29.8% sembahyang 13 Saya membaca al-Quran setiap 17 66 138 103 76 3.39 Sederhana hari 4.3% 16.5% 34.5% 25.8% 19.0% 14 Saya melakukan puasa di bulan 3 8 16 79 294 4.63 Tinggi Ramadhan 0.8% 2.0% 4.0% 19.8% 73.5% 15 Saya sering melakukan puasa sunat 26 74 149 86 65 3.23 Sederhana Isnin dan Khamis 6.5% 18.5% 37.3% 21.5% 16.3% 16 Saya memberi zakat kepada yang 13 39 130 117 101 3.64 Sederhana memerlukan 3.3% 9.8% 32.5% 29.3% 25.3% 179

Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)

17 Saya berdoa supaya saya dapat 6 9 48 93 244 4.40 Tinggi menunaikan haji di Mekah 1.5% 2.3% 12.0% 23.3% 61.0% 18 Saya taat perintah Allah dalam 2 15 80 131 172 4.14 Tinggi sebarang situasi 0.5% 3.8% 20.0% 32.8% 43.0% 19 Saya membaca doa sebelum 1 17 92 290 0 4.68 Tinggi makan 0.3% 4.3% 23.0% 72.5% 20 Saya takut melakukan perkara 4 43 140 213 0 4.41 Tinggi yang dilarang agama 1.0% 10.8% 35.0% 53.3% 21 Saya mengamalkan ajaran agama 1 6 34 138 221 untuk mengelakkan daripada 4.43 Tinggi 0.3% 1.5% 8.5% 34.5% 55.3% terlibat dengan gejala sosial 22 Saya mandi junub bila keluar 1 4 26 87 282 4.61 Tinggi tanda-tanda hadas besar/haid 0.3% 1.0% 6.5% 21.8% 70.9% 23 Saya mengamalkan kebiasaan 4 19 68 137 172 4.13 Tinggi wuduk dalam rutin harian saya 1.0% 4.8% 17.0% 34.3% 43.0% 24 Saya menjawab azan ketika ianya 3 15 81 148 153 4.08 Tinggi sedang berkumandang 0.8% 3.8% 20.3% 37.0% 38.3% 25 Saya menunaikan solat hari raya 8 28 87 122 155 3.97 Tinggi pada setiap tahun 2.0% 7.0% 21.8% 30.5% 38.8% 26 Saya membaca doa setiap kali 5 23 110 131 131 3.90 Tinggi sebelum belajar 1.3% 5.8% 27.5% 32.8% 32.8% 27 Saya mengamalkan bacaan Surah 5 17 86 166 126 3.98 Tinggi Yasin dalam kehidupan 1.3% 4.3% 21.5% 41.5% 31.5% 28 Saya melaksanakan solat Jamak 13 16 68 106 197 4.15 Tinggi dan Qasar apabila bermusafir 3.3% 4.0% 17.0% 26.5% 49.3% 29 Saya melibatkan diri dalam aktiviti 21 54 113 101 111 3.57 Sederhana sembelihan dan korban 5.3% 13.5% 28.2% 25.3% 27.8% 30 Saya membantu menguruskan 29 67 144 84 76 3.28 Sederhana jenazah sewaktu berlaku kematian 7.2% 16.8% 36.0% 21.0% 19.0% Skala Likert: 1- Sangat Tidak Setuju 2 - Tidak Setuju 3 - Tidak Pasti 4 - Setuju 5 - Sangat Setuju Sumber: Borang soal selidik 2016

4. Kesimpulan

Ibadah merupakan satu bentuk pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT kerana segala urusan dunia dan akhirat adalah bersumberkan petunjuk dan ajaran-Nya semata-mata. Ibadah juga berfungsi menjalinkan hubungan berterusan antara manusia dengan Allah dalam segala perkara. Maka dengan itu pengamalan ibadah melalui kajian ini telah menunjukkan tahap pengamalan ibadah Islam pelajar politeknik Zon Tengah secara keseluruhannya adalah tinggi. Proses pembelajaran agama pelajar yang rata-ratanya bermula sejak di sekolah rendah dan menengah lagi dengan pembelajaran Pendidikan Islam secara formal telah memberi kekuatan kepada amalan ibadah mereka. Penerusan pembelajaran Pendidikan Islam di politeknik telah menambah kuatkan lagi tahap pengamalan ibadah Islam mereka di samping program dan aktiviti berbentuk dakwah yang telah dijalankan di politeknik yang telah menunjukkan keberhasilannya. Hasil dapatan kajian menunjukkan para remaja Islam di politeknik ini selalu menunaikan tanggungjawab ibadah yang berkaitan ibadah khusus iaitu ibadah wajib seperti solat dan puasa, namun agak kurang yang melaksanakan ibadah umum dan sunat seperti solat tahajjud dan puasa sunat. Menurut Mohd Aderi (2008), kewajipan beribadah meliputi ibadah umum dan khusus, di mana semua ibadah tersebut akan diberikan ganjaran pahala. Ini bermakna setiap yang dilakukan sama ada ibadah wajib atau sunat pasti akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Bagi remaja Islam ini mereka lebih menumpukan kepada ibadah yang wajib sahaja memandangkan ibadah wajib ini jika tidak dilaksanakan boleh mendatangkan dosa berbanding ibadah sunat yang tidak melibatkan dosa sekiranya ditinggalkan. Walau 180

Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017) bagaimanapun amalan ibadah ini perlu diberi penekanan lagi kepada remaja Islam ini memandangkan amalan ibadah sunat juga memainkan peranan yang penting dalam proses pemantapan akhlak dan sahsiah yang lebih jitu dan berkualiti. Untuk itu usaha-usaha ke arah memakmurkan amalan ibadah sunat ini perlu digalakkan lagi melalui proses pendidikan, pengajaran, program dakwah dan sebagainya demi meningkatkan lagi kualiti ibadah dalam meninggikan syiar Islam di politeknik tercinta.

Rujukan

Ab. Halim & Nik Mohd Rahimi. 2010. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: Penerbit UKM. Abdullah Nasih Ulwan. 1996. Tarbiyah al-awlad fi al-Islam. Juz. 1 & 2. Kaherah: Dar al-Salam. Alias Mat Saad. 2010. Penilaian perlaksanaan kurikulum pendidikan Islam politeknik kementerian pengajian tinggi Malaysia. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. al-Raghib al-Asfahani. 1961. al-Mufradat. Jil. 1 & 2. Mesir: Maktabah Mustafa al- Bab al-×alabi wa Awladuhu. Asmahan Mokhtar. 2009. Pengamalan ajaran Islam di kalangan remaja Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak. Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Azhar Ahmad & Ab. Halim Tamuri. 2006. Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah. http://jurnalakademik.blogspot.my/2006/08/penghayatan-akhlak-pelajar-sekolah.html. [3 Ogos 2016] Chua, Y.P. 2011. Kaedah Penyelidikan Buku 1 (Edisi Kedua). Malaysia: McGrawHill Ensiklopedia Hukum Islam (t.th). Jil. 2. Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve. Fariza Md. Sham, Siti Rugayah Tibek, Khairul Anwar Mastor, Zainab Ismail, Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus & Salasiah Hanin Hamjah. 2015. IPIFariza.net. Hamka. 1990. Tafsir al-Azhar. Jil.9. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd. Ibn Manzur. 1994. Lisan ‘Arab. Jil. 3. Cet. 3. Beirut: Dar al-Qadir. Ismail Ibrahim. 1996. Ibadat Dan Kekuatan Rohani. Dlm. Siti Fatimah Abdul Rahman (pnyt.). Membangun Fitrah Kehidupan. Kuala Lumpur: IKIM. Jasmi, A. 2011. Penggunaan surau dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan di negeri Melaka. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Jawatankuasa Istilah Fiqh. 1995. Glosari Fiqh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamal & H. Zahiah. 2011. Strategi Pelaksanaan Pengajaran Tamadun Islam Di Institut Pendidikan Guru Malaysia. International Conference on Humanities Heritage, Knowledge & People. Kamus Idris al-Marbawi. 1990. Cet. 1. Kuala Lumpur: Dar al- Fikr. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. Mohd Aderi Che Noh. 2008. Hubungan antara amalan pengajaran guru dan pencapaian tilawah al-quran pelajar tingkatan dua di Malaysia. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia.

181

182

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Tahap Keprihatinan Guru Menerapkan Unsur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Arab Berdasarkan Model CBAM (Concerns-Based Adoption Model)

Faizatul Nadia Mohd Tahira, Harun Baharudina

a Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Proses pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 menuntut para pendidik untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Penggunaan teknologi dan maklumat atau TMK bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh kerana itu, guru seharusnya mampu untuk menggunakannya secara berfikrah, terancang dan penggunaan TMK secara tidak langsung akan membantu dan mendorong kita untuk melakukan anjakan paradigma dalam proses PdP bahasa Arab. Sehubungan dengan itu, kesediaan dan keprihatinan guru amat penting bagi mencapai matlamat dalam pendidikan bahasa Arab. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keprihatinan guru bahasa Arab dalam menerapkan unsur TMK dalam PdP. Justeru, Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM) digunakan untuk mengenal pasti peringkat keprihatinan guru. Manakala objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap keprihatinan guru-guru bahasa Arab menerapkan unsur TMK dalam PdP bahasa Arab di sekolah kebangsaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif reka bentuk tinjauan. Responden seramai 50 orang guru bahasa Arab di sekolah kebangsaan sekitar zon selatan. Teknik pensampelan adalah secara rawak mudah. Pemilihan sampel ini berasaskan mereka yang telah diberikan kursus penerapan TMK dalam PdP bahasa Arab. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen sebenar CBAM. Data peringkat keprihatinan dianalisis dan dibentangkan menggunakan kaedah analisis diskriptif mudah iaitu skor peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Arab sangat prihatin terhadap tugas mereka. Namun, terdapat segelintir guru kurang bekerjasama dengan guru lain bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan perubahan.

Kata Kunci: Tahap keprihatinan guru; TMK; PdP Bahasa Arab.

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

183

Faizatul Nadia Mohd Tahir & Harun Baharuddin / TAWIS (2017)

1. Pengenalan

Bagi menyediakan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), kurikulum yang digubal adalah selaras dengan apa yang telah dilaksana dan dijadikan penanda aras di luar negara. Maka, kurikulum TMK peringkat sekolah rendah dilaksanakan secara merentas kurikulum melalui kaedah pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) (Kementerian Pelajaran Malaysia 2011). Justeru, ekoran daripada perubahan demi perubahan dalam kurikulum bahasa Arab sistem pendidikan di Malaysia, Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM) digunakan untuk menilai tahap keprihatinan guru-guru bahasa Arab menerapkan unsur TMK dalam PdP bahasa Arab di sekolah kebangsaan.

Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM) merupakan panduan kajian kepada guru untuk mengenal pasti tahap keprihatinan guru dalam menerapkan unsur TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Hall & Hord 2011), keprihatinan boleh dikategorikan kepada tujuh tahap iaitu Tahap 0 (Kesedaran), Tahap 1 (Maklumat), Tahap 2 (Peribadi), Tahap 3 (Pengurusan), Tahap 4 (Kesan), Tahap 5 (Kerjasama) dan Tahap 6 (Fokus Semula). Sehubungan dengan itu, tujuh tahap keprihatinan dikategorikan kepada empat peringkat keprihatinan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 (diadaptasi daripada Hall dan Hord 2011). Jadual 1: Tahap keprihatinan berkaitan TMK: Definisi mengikut tahap

Peringkat Tahap Peringkat Keprihatinan Keprihatinan 0- Kesedaran Guru kurang prihatin atau kurang terlibat terhadap TMK yang diperkenalkan.

1- Maklumat Guru mempunyai kesedaran umum terhadap TMK yang berlaku dan berminat Tiada Berkaitan Diri untuk mempelajari/mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri, kesan dan keperluannya.

2- Peribadi Perasaan kebimbangan guru mengenai peranan dan kemampuan diri untuk melaksanakan TMK termasuk keprihatinan mengenai jenis kesan TMK tersebut terhadap diri dan aktiviti rutin mereka. 3- Pengurusan Guru fokus kepada proses dan tugas dalam melaksanakan TMK. Mereka cuba Tugas menggunakan maklumat dan sumber yang ada secara optimum. Isu kecekapan, penyusunan, pengurusan, penjadualan dan tempoh masa yang diperlukan adalah diutamakan. 4- Kesan Tumpuan guru berfokus kepada kesan perubahan ke atas murid terutamanya penilaian pencapaian dan kompetensi murid. Impak 5- Kerjasama Guru bekerjasama dengan guru lain bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan perubahan.

6- Fokus semula Guru memikirkan dan memfokuskan semula tumpuan mereka untuk meneroka faedah perubahan yang dilaksanakan. Mereka mencari kemungkinan atau alternatif lain demi menambah baik TMK yang sedang berlaku.

2. Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap keprihatinan guru-guru bahasa Arab menerapkan unsur TMK dalam PdP bahasa Arab.

3. Metodologi Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai tahap keprihatinan guru-guru bahasa Arab menerapkan unsur TMK dalam PdP bahasa Arab. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif reka bentuk keratan rentas. Kajian ini 184

Faizatul Nadia Mohd Tahir & Harun Baharuddin / TAWIS (2017) melibatkan 50 orang responden sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah terdiri daripada guru-guru bahasa Arab di sekolah kebangsaan zon selatan. Jadual 2 merupakan analisa pemerihalan responden yang dibahagikan kepada jantina, umur, opsyen, pengalaman mengajar dan lokasi sekolah.

Jadual 2: Analisa pemerihalan responden

Pemboleh Demografi Bilangan (50 Peratusan (%) ubah orang) Jantina Lelaki 15 30 Perempuan 35 70

Umur 20-30 15 30 31-40 30 60 41-50 5 10 51 dan ke atas 0 0

Opsyen Bahasa Arab 30 60 Pendidikan Islam 20 40

Pengalaman 1-5 15 30 mengajar 6-10 20 40 (Tahun) 11-15 15 30 16 tahun dan ke 0 0 atas Lokasi Bandar 30 60 Sekolah Luar Bandar 20 40

Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen sebenar CBAM oleh Hall dan Hord (2011). Data peringkat keprihatinan dianalisis dan dibentangkan menggunakan kaedah analisis diskriptif mudah iaitu skor peratus. Skor peratus adalah seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3: Interpretasi skor peratus

Julat (%) Tahap skor peratus 1 – 20 Sangat rendah 21 – 40 Rendah 41 – 60 Sederhana 61 – 80 Tinggi 81 – 100 Sangat tinggi

Penganalisisan data deskriptif dijalankan berdasarkan panduan SoCQ Quick Scoring Device (George et al. 2006). Untuk menjana profil tahap keprihatinan guru, pemarkahan dikira dengan menjumlahkan markah pada kelima-lima item dalam setiap tahap. Jumlah bagi setiap peringkat merupakan ‘skor peringkat mentah’ (Raw Stage Score). Kemudiannya, skor peringkat mentah ditukarkan kepada ‘skor peratusan’ (Percentile Score) dengan merujuk kepada Carta Penukaran Peratusan Tahap Keprihatinan (George et al. 2006). Skor peratusan diplotkan dan disambung untuk mendapat suatu profil umum tahap keprihatinan responden dalam menerapkan unsur TMK dalam PdP bahasa Arab.

4. Hasil Kajian

Analisis berkaitan dengan skor peratus bagi tahap keprihatinan guru-guru bahasa Arab menerapkan unsur TMK dalam PdP bahasa Arab ditunjukkan dalam Jadual 4. 185

Faizatul Nadia Mohd Tahir & Harun Baharuddin / TAWIS (2017)

Jadual 4: Analisis skor peratus tahap keprihatinan guru-guru bahasa Arab

Tahap Keprihatinan 0 1 2 3 4 5 Skor 89% 91% 87% 92% 66% 59% Peratusan (%) Sangat Sangat Sangat Sangat Tinggi Sederhana Interpretasi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi

Dapatan kajian menunjukkan tahap interpretasi peringkat keprihatinan ‘Tiada Berkaitan’ (Tahap 0), peringkat keprihatinan ‘Diri’ (Tahap 1 dan 2), peringkat keprihatinan ‘Tugas’ (Tahap 3) dan peringkat keprihatinan ‘Impak’ (Tahap 6) adalah sangat tinggi. Peringkat keprihatinan ‘Impak’ (Tahap 4) berada di tahap interpretasi tinggi dan peringkat keprihatinan ‘Impak’ (Tahap 5) pula berada di tahap interpretasi sederhana. Tahap ‘3’ mencatat nilai skor paling tinggi iaitu 92% diikuti tahap ‘1’ dengan nilai skor 91%. Tahap ‘0’ dengan nilai skor 89% berada di tangga ketiga. Seterusnya tahap ‘2’ dan tahap ‘6’ berada di kedudukan sama iaitu yang keempat dengan nilai skor 87%. Tahap ‘4’ di tangga kelima dengan nilai skor 66% dan kedudukan paling bawah ialah tahap ‘5’ dengan nilai skor 59%. Dapatan daripada soal selidik tahap keprihatinan guru menerapkan unsur TMK dalam PdP bahasa Arab berdasarkan model CBAM menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Arab ini sangat prihatin terhadap tugas mereka. Namun, guru-guru ini kurang bekerjasama dengan guru lain.

5. Perbincangan dan Cadangan

Berdasarkan dapatan di atas, guru-guru mempunyai tahap keprihatinan yang tinggi mengenai TMK cuma mereka dalam aspek kerjasama masih di peringkat yang sederhana. Hal ini kerana guru-guru mempunyai latar belakang kemahiran, pengetahuan, pengalaman silam dan psikologi yang berbeza-beza. Perbezaan antara seseorang guru dengan guru yang lain akan menjadi faktor penghalang atau pendorong dalam pelaksanaan perubahan pendidikan (Fullan 1993). Begitu juga melalui penelitian dari hasil-hasil kajian yang pernah dilakukan oleh para penyelidik memaparkan beberapa faktor yang didapati signifikan dalam mempengaruhi kesediaan dan komitmen guru. Antara lain adalah: faktor pengalaman dan kemahiran guru (Guskey 1988), sikap guru (Ghaith & Yaghi 1997), faktor minat dan keserasian guru terhadap perubahan itu sendiri (Mohlman, Coladarci & Gage 1982), faktor darjah kesukaran untuk melaksanakan perubahan (Ghaith & Yaghi 1997) dan faktor kekitaan dan semangat kepunyaan (Kennedy 1988). Hal ini turut disokong oleh Napsiah Mahfuz (1983) mendapati terdapat pertalian antara faktor dorongan-dorongan psikologi dengan tahap kesediaan guru seperti aspek motivasi dan tahap kepuasan kerja. Hal Ini menunjukkan situasi yang wujud sebelum terlaksananya sesuatu perubahan (seperti sikap guru terhadap tugas) akan memberi impak dalam mempengaruhi komitmen guru untuk melaksanakan TMK dalam pembelajaran bahasa Arab.

Justeru, dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu dan membimbing para pelajar serta membantu guru meningkatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada pelajar dan seterusnya berjaya membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan TMK sebagai medium paling berkesan ke arah merealisasikan impian tersebut apa lagi dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa global Malaysia minda kelas pertama bagi cabaran wawasan 2020.

Seterusnya, dari aspek perkembangan kurikulum, ianya melibatkan banyak keperluan membuat keputusan bagi mencapai matlamat pendidikan, seperti mata pelajaran, pemilihan isi kandungan pelajaran, pemilihan pengalaman pembelajaran, objektif pengajaran, bentuk penilaian dan keseluruhan kurikulum yang 186

Faizatul Nadia Mohd Tahir & Harun Baharuddin / TAWIS (2017) diguna pakai. Isi kandungan dan pengalaman belajar perlu disusun supaya dapat mencapai objektif pendidikan. Menurut Noor Aini Ahmad (2014), tambahan pula bukan semua individu belajar secara efektif menggunakan kaedah yang sama, jenis aktiviti dan media yang serupa. Sehubungan dengan itu, guru perlu bekerjasama dalam meningkatkan gaya pengajaran dan perbincangan awal untuk merancang cara pelaksanaan TMK dalam pengajaran. Hal yang perlu ditekankan adalah bagaimana untuk menyusun aktiviti mengikut tahap perkembangan sendiri. Oleh itu, pemilihan aktiviti pengajaran perlu mengikut keperluan, kefahaman dan kebolehan kanak- kanak

6. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, TMK seharusnya menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu membudayakan penggunaan TMK di dalam bilik darjah dan diperhebatkan lagi menerusi kursus, menyediakan kemudahan komputer dan mengintegrasikan TMK dalam kurikulum yang diguna pakai.

Oleh itu, guru-guru bahasa Arab juga perlu meningkatkan kemahiran dan saling bekerjasama dalam pengajaran agar dapat mencapai objektif pembelajaran. Kajian ini mendapati tahap keprihatinan guru terhadap penggunaan TMK adalah tinggi. Cuma terdapat beberapa halangan dan masalah teknikal dalam meningkatkan kemahiran penggunaan TMK juga kerjasama antara guru harus dipertingkatkan dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan.

Rujukan

Fullan, M. 1993. Change Forces: Probing the Depths of Educational Reform. London: Falmer Press. George, A. A., Hall, G. E. & Stiegelbauer, S. M. 2006. Measuring Implementation in Schools: The Stages of Concern Questionnaire. Austin: Southwest Educational Development Laboratory. Guskey, T. R. 1988. Teacher efficacy, self-concept, and attitude towards the implementation of instructional. American Educational Journal Research 4(1): 63-69. Ghaith, G. & Yaghi, H. 1997. Relationships among experience, teacher efficacy, and attitudes toward the implementation of instructional innovation. Teaching and Teacher Education 13(4): 451-458. Hall, G. E. & Hord, S. M. 2011. Implementation: learning builds the bridge between research and practice. Journal of Staff Development 32(4): 52-57. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Buku Panduan Teknologi Maklumat Komunikasi Merentas Kurikulum. Kennedy, P. 1988. The Rise and Fall of the Great Powers: Economic Change and Military Conflict. United States of America: Random House. Mohlman, G.G, Coladarci, T. & Gage, N. L. 1982. Comprehension and attitude as predictors of implementation of teaching training. Journal of Teacher Education 33(1): 31-36. Napsiah Mahfuz. 1985. The key teacher strategy of implementing a curriculum in Malaysian school. Jurnal Pendidikan 8: 3-15. Noor Aini Ahmad. 2014. Mengintegrasi teknologi komunikasi dan maklumat sebagai media pengajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak awal umur. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu- JPBM 4(2): 36-43.

187

188

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi

Komunikasi Semut: Antara Wahyu dan Sains Kejuruteraan

Fazida Hanim Hashima, Wan Nasyrudin Wan Abdullahb,c a Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA b Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA c Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Ilmu pengetahuan secara amnya sentiasa mengalami proses penemuan dan perkembangan terkini sepanjang zaman. Kitab al-Quran yang maha suci merupakan wahyu yang diturunkan Allah SWT kepada manusia sekalian alam yang sentiasa kekal releven sehingga ke hari kiamat. Seorang mukmim yang mempunyai asas pegangan tauhid yang kukuh akan sentiasa mencapai kepastian bahawa setiap ilmu adalah berpunca daripada Maha Pencipta, Allah SWT. Kertas kerja ini membincangkan satu contoh titik pertemuan yang menarik, di mana masalah kejuruteraan dan sains komputer diselesaikan menggunakan algoritma yang diinspirasikan daripada komunikasi koloni semut. Al- Quran al-Karim mengandungi ayat-ayat suci yang mengundang manusia untuk melihat kepada alam, termasuk haiwan-haiwan secara berkumpulan seperti semut, burung dan lebah. Burung seperti semut, merupakan haiwan yang sentiasa dikaji para saintis akan struktur organisasi kehidupan mereka yang kompleks secara berkumpulan. Semut di dalam al-Quran, mempunyai dialog atau percakapan sebagai asas komunikasi sesama mereka. Jelas bahawa terdapat satu sistem yang unik dan berkesan yang digunakan oleh koloni semut untuk mencapai kesepakatan. Algoritma optimasi koloni semut (ACO) telah pertama kali ditemui oleh seorang pakar komputer sains pada tahun 1992. Sebelum penemuan ini, para saintis telah mengkaji bagaimana semut berkomunikasi untuk mencari laluan terdekat daripada sumber makanan baru kepada sarang. Daripada kajian ini, didapati semut merembeskan suatu hormon bernama pheromone yang meninggalkan kepekatan yang berbeza untuk laluan dengan jarak yang berbeza. Daripada penemuan ini, ahli komputer sains tersebut merekacipta suatu algoritma yang menyerupai perilaku semut, untuk menyelesaikan masalah-masalah optimasi di dalam sains komputer mahupun kejuruteraan. Sebagai contoh, masalah kesesakan trafik merupakan masalah yang sukar untuk diselesaikan disebabkan oleh terlalu banyak pembolehubah yang sentiasa berubah, bertambah, atau berkurangan, yang masing-masing menyumbang kepada prestasi sistem secara dinamik. Para penyelidik menggunakan algoritma seperti algoritma semut (ACO) ini untuk menyelesaikan masalah trafik tersebut. Adalah bukan suatu kebetulan bahawa ayat mengenai semut di dalam al-Quran menggambarkan komunikasi di antara mereka. Wahyu dan sains tidak dapat dipisahkan, kerana setiap satu ilmu pengetahuan yang berkembang adalah berpunca daripada Allah SWT.

Kata Kunci: Komunikasi semut; algoritma semut; wahyu; sains kejuruteraan.

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

 Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

189

Fazida Hanim Hashim & Wan Nasyrudin Wan Abdullah / TAWIS (2017)

1. Pengenalan

Setiap satu makhluk dan ciptaan di muka bumi ini tidak dijadikan secara sia-sia oleh Penciptanya. Maha Suci Allah, telah menciptakan segala yang berada di langit dan di bumi, seperti yang dinyatakan di dalam surah al- Nahl (16: 49-50):

َ َّ َ َّ َ َ َ َ أ َ َ ٓ َّ َ أ َ ََٰٓ َ ُ َ ُ أ َ َ أ َ أ ُ َ و ِّللِِۤ ُۤدُجۡسَي ما ِِف ٱلسمَٰوَٰ ِت وما ِِف ٱۡلۡر ِض ِمن دابةٖ و ٱلملئِكة وهم َّل يس تك ِِبون ٤٩ َ َ ُ َ َ َّ ُ ل َ أ أ َ َ أ َ ُ َ َ ُ أ َ ُ َ ٍ ُيافون ربهم ِمن فوقِ ِهم ويفعلون ما يؤمرون۩ ٥٠

49. Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya). 50. Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.

Menurut Profesor Dr. Haji Abdul Malik bin Dr. Syekh Haji Abdul Karim Amrullah (HAMKA), di dalam kitab tafsirnya, Tafsir al-Azhar, memetik Imam az-Zajjaj, perkataan sujud di dalam ayat 49 surah al-Nahl ini memberi maksud tubuh yang menurut, dan tidak dapat berbuat selain daripada apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Profesor HAMKA memberi contoh kitaran hidupan seorang manusia di muka bumi daripada kandungan ibu sampai lahir, kemudian menjadi dewasa dan menua (HAMKA 1983). Manusia itu sendiri tidak dapat menidakkan proses penuaan yang terjadi pada dirinya.

Bukan sahaja ketika detik pencipataan, malah setiap detik dan waktu kehidupan, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Setiap makhluk adalah bergantung sepenuhnya kepada Maha Pencipta, Allah SWT. Malah bukan sahaja manusia, setiap makhluk di langit mahupun di bumi, tunduk kepada Allah SWT. Di dalam surah yang sama, ayat 79, Allah berfirman:

َ َ أ َ َ أ ْ َ َّ أ ُ َ َّ َ َ ل َّ َ ٓ َ ُ أ ُ ُ َّ َّ َّ ُ َّ َ َ َ ألم يروا إَِل ٱلطۡي ِ مسخرَٰ ٖت ِِف جوِ ٱلسما ِء ما يم ِسكهن إَِّل ٱّلل ۚ إِن ِِف ذَٰلِك ٓأَليَٰ ٖت ل َ أ ُ أ ُ َ لِقو ٖم يؤ ِمنون ٧٩

Tidakkah mereka lihat kepada burung-burung yang dimudahkan di angkasa langit. Tidak ada yang menahan mereka, kecuali Allah. Sesungguhnya pada yang demikian menjadi tanda-tanda bagi kaum yang beriman. (al-Nahl 16:79)

Ayat ini menunjukkan betapa pentingnya bagi manusia untuk meningkatkan keimanan dengan melihat kepada kejadian-kejadian ajaib di sekeliling mereka. Burung-burung yang terbang di udara adalah suatu keajaiban. Sesungguhnya Allah SWT yang memudahkan urusan burung-burung tersebut sehingga mampu berterbangan di udara.

2. Wahyu dan Sains Kejuruteraan

Mempelajari sains berasaskan wahyu bukanlah suatu yang baru dicipta di zaman moden ini. Sarjana-sarjana Islam terdahulu telahpun menyedari hakikat bahawa ilmu pengetahuan duniawi dan ilmu wahyu tidak dapat dipisahkan. Mereka benar-benar menghayati wahyu Allah SWT dan menjadikannya asas kepada kajian cabang ilmu pengetahuan mereka (Soh 1991). Al-Khawarizmi, Ibn al-Haytham, Ibn Sina, Ibn Farabi, al-Biruni, adalah antara tokoh-tokoh yang telah banyak memberi sumbangan kepada asas ilmu pengetahuan. Maka tidak hairanlah

190

Fazida Hanim Hashim & Wan Nasyrudin Wan Abdullah / TAWIS (2017) jika kajian-kajian sains terkini banyak menunjukkan kebesaran al-Quran al-Karim yang diturunkan sebagai petunjuk kepada manusia lebih 1,400 tahun dahulu.

3. Komunikasi Semut

Semut merupakan serangga yang bersifat sosial, di mana mereka hidup secara berkumpulan dan berinteraksi di antara satu sama lain untuk kepentingan bersama. Para saintis di dalam bidang zoologi telah mengkaji perilaku semut dan mendapati semut merembeskan cecair kimia yang dinamakan feromon, yang menjadi medium semut berkomunikasi di antara satu sama lain (Bonabeau et al. 1999; Yang 2010; Mohamed Salleh 1992; Nahar & Hashim 2011). Antara fungsi feromon ialah untuk menentukan laluan terdekat daripada sarang kepada sumber makanan yang baru. Salah satu eksperimen terkenal yang telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik di Santa Fe, New Mexico, adalah menyediakan dua laluan yang berbeza jarak di antara sumber makanan dan sarang semut bagi melihat laluan pilihan koloni semut tersebut. Pada mulanya, semut-semut berkenaan memilih secara rawak di antara kedua-dua laluan tersebut. Selepas satu tempoh masa tertentu, didapati semut-semut berkenaan memilih laluan yang terdekat. Ini kerana kepekatan feromon di laluan terdekat itu melebihi kepekatan feromon di laluan yang jauh. Ini menunjukkan terdapat perkadaran terus di antara kepekatan feromon dan pemilihan laluan terdekat bagi koloni semut tersebut, dan seterusnya membuktikan semut mempunyai medium komunikasi di antara mereka.

Al-Quran al-Karim 1,400 tahun yang lalu telahpun menyatakan komunikasi di antara semut. Surah al- Naml, merakamkan ‘perbualan’ di antara semut:

َ َ َ َ َ َّ َ ٓ َ أ ْ َ َٰ َ َّ أ َ َ أ َ أ َ ّٞ ََٰٓ ُّ َ َّ أ ُ أ ُ ُ ْ َ َ َٰ َ ُ أ ح َٰٓ ت إِذا أتوا لَع وا ِد ٱنلم ِل قالت نملة يأيها ٱنلمل ٱدخلوا مس ِكنكم َّل َ أ َّ ُ َ َ ُ ُ ُ ُ َ َ أ ُ َ َي ِط َمنك أم ُس ل أيمَٰ ُن َوجنود ُه ۥ َوه أم َّل يشع ُرون ١٨ (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Wadi an-Naml", berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari. (al-Naml 27:18)

Menariknya ayat ini bukan sahaja membuktikan komunikasi antara semut itu wujud, bahkan penggunaan kata nama semut betina menunjukkan semut betina adalah antara semut yang aktif di sesebuah koloni semut. Ini sejajar dengan penemuan sains bahawa semua semut pekerja, semut tentera, dan ketua semut adalah dalam kalangan semut betina (Mohamed Salleh 1992).

Pada tahun 1992, Marco Dorigo telah mencipta algoritma koloni semut (ACO) bagi menyelesaikan masalah pengoptimuman, seperti pengoptimuman jarak terdekat. Algoritma ini diinspirasikan daripada komunikasi di antara semut di dalam satu koloni. Semut, yang koloninya mampu mencecah sehingga 2 ke 25 juta ekor semut, merupakan satu kelompok organisma yang kompleks, tetapi setiap individu atau setiap ekor semut hanya hidup berasaskan peraturan-peraturan yang mudah. Sebagai contoh, para saintis telah mendapati bahawa semut yang ditugaskan untuk mencari makanan, akan memastikan hala tuju barunya adalah sentiasa 123 darjah daripada hala tuju yang lama (Yang 2010). Ajaibnya, jika semut berkenaan memilih untuk bergerak sebanyak 120 darjah, maka pada pusingan keempat, semut berkenaan akan kembali kepada arah yang telah dilaluinya sebelum ini. Tetapi, jika semut berkenaan mengekalkan sudut 123 darjah, semut berkenaan akan berjaya meliputi seluruh kawasan sebanyak 360 darjah dalam masa 2 minggu (Yang 2010).

Para jurutera dan ahli komputer sains seringkali menggunakan algoritma-algoritma bagi tujuan pengoptimasian sistem seperti sistem trafik, sistem carian jarak terdekat, sistem kontroler PID, dan apa sahaja sistem yang memerlukan sistem tersebut secara tersendiri mencari penyelesaian optimum. Sistem trafik sebagai contoh, telah berjaya diselesaikan dengan menggunakan algoritma semut (Nahar & Hashim 2011; Ant ARK). Di

191

Fazida Hanim Hashim & Wan Nasyrudin Wan Abdullah / TAWIS (2017) dalam sistem trafik ini, setiap kereta adalah seperti ‘semut-semut’ yang bergerak sambil berkongsi maklumat diri, trafik, dan maklumat jalan raya untuk mengurangkan kekesasakan lalulintas secara menyeluruh.

4. Kesimpulan

Kertas kerja ini secara ringkasnya telah menghuraikan komunikasi semut yang telah didatangkan secara wahyu di dalam al-Quran, dan yang dipelajari oleh manusia hasil daripada kajian-kajian para saintis. Dapat disimpulkan bahawa setiap cabang ilmu pengetahuan adalah berpunca daripada Allah SWT dan setiap satunya mendatangkan banyak manfaat bagi manusia yang berfikir.

Rujukan

Amrullah, A.M.S.A.K. Tafsir al-Azhar. Pustaka Panjimas, Jakarta, 1983. Ant ARK. 2017. An introduction to Myrmecology the study of ants. Didapati di http://www.antark.net. Bonabeau, E., Dorigo, M., Theraulaz, G. 1999. Swarm Intelligence: From Natural to Artifical Systems. Oxford University Press. Nahar, S.A.A. and Hashim, F.H. 2011. Modelling and Analysis of an Efficient Traffic Network Using Ant Colony Optimization Algorithm, Third International Conference on Computational Intelligence, Communication Systems and Networks, Bali, 2011, pp. 32-36. Salleh, M. 1992. Rahsia Pengungkapan Serangga dalam al-Quran. Bahagian Hal Ehwal Islam: Jabatan Perdana Menteri. Soh, Z.A. 1991. Kecanggihan Alam Semester Antara Wahyu dengan Pengetahuan Sains. Syarahan Perdana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Yang, X.S. 2010. Engineering Optimization: An Introduction with Metaheuristics Applications. United States: John Wiley & Sons, Inc.

192