Isbn 978-967-0582-48-9 102 Pengalaman Berhadapan
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
ISBN 978-967-0582-48-9 PENGALAMAN BERHADAPAN DENGAN BENCANA BANJIR DI MANEK URAI, KELANTAN Mohd Dahlan A. Malek, Ferlis Bahari, Ida Shafinaz, Adi Fahrudin, dan Nurul Auni, Universiti Malaysia Sabah Abstrak Musibah banjir luar biasa pada penghujung tahun 2014 berlanjutan sehingga awal tahu 2015 telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda, ekologi malah menyebabkan masalah psikologikal dalam kalangan mangsa banjir. Berdasarkan rekod dari Majlis Keselamatan Negara (2015), jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencecah bilangan 541,896 orang seluruh negara dan rekod mangsa tertinggi dicatatkan di negeri Kelantan. Kemusnahan teruk secara realiti ini dapat dilihat dengan mata kasar, akan tetapi terdapat persoalan-persoalan yang menjadi tanda tanya antaranya sejauh manakah persediaan mereka aspek fizikal dan mental dalam menghadapi musibah yang menimpa ini? Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengalaman mangsa dalam berhadapan dengan bencana banjir. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah temubual untuk mengetahui dengan mendalam pengalaman mereka berhadapan dengan bencana banjir. Seramai 29 orang responden kajian yang berada di lokasi sekitar Manek Urai termasuk Kg. Manek Urai Baru dan Kg. Manek Urai Lama, Kuala Krai, Kelantan telah ditemuramah. Responden kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Hasil analisis menunjukkan terdapat beberapa tema utama yang terbina iaitu (i) perasaan (ii) reaksi psikososial, (iii) strategi daya tindak dan (iv) ketahanan diri. Hasil dapatan ini juga menunjukkan rata-rata responden memberikan respon mengenai konsep keagamaan dalam mengatasi permasalahan dalam menghadapi bencana banjir. Kata Kunci: Banjir, Perasaan, Reaksi Psikososial, Strategi Daya Tindak dan Ketahanan Diri. PENGENALAN Bencana alam merupakan sesuatu kejadian yamg tidak dapat dielakkan dan sekiranya berlaku hal ini menjadi diluar kawalan manusia. Bencana alam yang terjadi juga memberi kesan kepada kebanyakkan individu atau satu-satu kumpulan, komuniti atau masyarakat. Adi Fahrudin (2000a) menyatakan bahawa kejadian bencana juga menyebabkan kehilangan: kematian dan perkabungan, kecederaan dan ketidakupayaan, kehilangan tempat tinggal, kehidupan dan kadang kala kuasa, kenderaan dan infrastruktur awam, dan membawa kepada tahap trauma yang berbeza-beza (pemikiran, emosi dan tingkahlaku) kepada mangsa yang masih hidup (survivors), saudara mara dan juga mereka yang menghulurkan bantuan. Beberapa kajian lepas telah menjalankan penyelidikan terhadap penerokaan kesan psikososial mangsa terhadap bencana alam terutamanya gempa bumi, tanah runtuh, banjir dan tsunami. Dapatan-dapatan kajian terdahulu telah mengenalpasti reaksi acute stress secara besar-besaran, gangguan stress pasca trauma (PTSD) dan kemurungan terkumpul dan simptom kebimbangan (Adi Fahrudin, 2000b; Green, 1994). Bencana yang melanda dalam situasi yang paling teruk seperti banjir dan gempa bumi serta tsunami memberi impak yang serius economi dan psikososial kepada komuniti sekali gus melumpuhkan ekonomi, gangguan sumber dan menyebabkan pengalaman traumatik yang teruk (Bland, et al., 1996) Pada setiap tahun, negara kita akan mengalami musim tengkujuh pada hujung tahun dan mengakibatkan hujan tanpa henti bagi beberapa kawasan di negeri-negeri tertentu dan mengakibatkan paras air sungai menaik. Akhirnya kawasan tersebut terkena bencana banjir. Secara kebiasaanya, penduduk di kawasan rendah sudah bersedia dan berjaga-jaga akan bencana banjir yang berkemungkinan melanda kawasan mereka. Menurut laporan Buletin Cuaca Bulanan (Jabatan Metereologi Malaysia, 102 ISBN 978-967-0582-48-9 2015), bagi bulan Disember 2015, musim tengkujuh telah melanda negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Gabungan luruan udara sejuk dari benua China dengan angin timuran dari Lautan Pasifik telah membentuk kelompok awan yang membawa hujan lebat yang berterusan sehingga menyebabkan banjir besar di beberapa kawasan di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bagi kadar hujan bagi bulan Disember 2014, negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Utara, selatan Selangor dan kawasan pantai Negeri Sembilan telah menerima hujan melebih 60% daripada paras purata di mana Kelantan, Terengganu dan Pahang telah mencatatkan jumlah hujan bulanan melebihi 1200 mm seperti yang ditunjukan dalam Rajah 1. Rajah 1 : Peta Hujan bagi Malaysia untuk bulan Disember 2014 Sumber : Jabatan Metereologi Malaysia, 2015 Pada Disember 2014 juga, negeri yang paling terjejas teruk akibat bencana banjir adalah negeri Kelantan darul Naim. Di Kelantan, terdapat sepuluh daerah yang dilanda banjir termasuklah Kota Bahru, Pasir Putih, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Tumpat, Machang dan Bachok. Jumlah mangsa banjir bagi semua daerah bagi negeri tersebut adalah 339,703 orang (Majlis Keselamatan Negara, 2015). Impak bencana banjir dalam kalangan mangsa yang terlibat yang berlaku pada penghujung tahun 2014 amat membimbangkan kerana mangsa-mangsa ini sudah pasti mengalami gangguan emosi kerana melibatkan perubahan kebanyakan perkara dalam kehidupan mereka. Pengawalan terhadap tingkahlaku, jiwa dan emosi mereka ini sangat penting dalam mempersiapkan diri mereka dalam menghadapi sebarang bencana pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, ahli-ahli penyelidik mengambil inisiatif dengan menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan cadangan penyelesaian menyeluruh terhadap bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini dan sebagai persediaan bagi segala kemungkinan kejadian bencana yang akan datang. Kejadian bencana alam yang berlaku telah menyatukan para penyelidik dari pelbagai bidang yang mencari solusi bersama dalam bidang kepakaran masing-masing. Tidak terkecuali juga dalam bidang psikologi yang memfokuskan secara keseluruhan impak psikologikal mangsa terhadap kejadian bencana. Bagi kajian terhadap kesan psikososial terhadap bencana alam, kajian ini telah dilakukan secara sistematik setelah bencana tsunami yang melanda Acheh, Indonesia sejak tahun 2004 (Adi Fahrudin, 2012). Menurut Figley (1985), bencana merupakan kejadian traumatik dimana melibatkan suatu keadaan yang berbahaya, berskala besar, dan jarang berlaku. Persatuan Psikatrik Amerika, APA (1996) mendefinisikan kejadian traumatik adalah kejadian yang melibatkan tekanan psikologikal, di luar pengalaman yang menjadi kebiasaan yang secara nyata memberi tekanan kepada semua orang. Definisi di atas menggambarkan dua situasi iaitu bencana ini melibatkan kematian yang nyata dan mengancam nyawa, atau kecederaan fizikal yang serius kepada individu atau kepada orang lain dan ianya melibatkan perasaan takut yang melampau, seram dan tidak berdaya. Kajian bencana juga turut mendedahkan perkara-perkara yang biasa mereka lakukan bagi mengatasi keadaan yang berlaku. Pada amnya, terdapat tiga peringkat yang berbeza: (i) dalam tempoh kesan berlaku bencana akan kekal selagi kejadian bencana 103 ISBN 978-967-0582-48-9 itu terjadi, (ii) kekal dalam sesetengah keadaan selama beberapa hari, dan (iii) tempoh pasca trauma yang berpanjangan sehingga seumur hidup. Oleh yang demikian, kajian ini akan meneroka pengalaman mangsa banjir berhadapan dengan bencana besar tersebut serta melihat kesan- kesan dari aspek psikologikal yang dihadapi selepas bencana ini berlaku. Bahagian seterusnya akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang metodologi kajian, dapatan serta perbincangan kajian. METODOLOGI Kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan dengan rekabentuk kajian kes dipilih untuk mendapatkan data yang diperlukan untuk menjawab persoalan kajian. Kajian kes bukan merupakan pilihan ke atas metodologi seperti yang dinyatakan oleh Stake (2000) tetapi merupakan pilihan terhadap apa yang ingin dikaji oleh pengkaji sendiri. Kaedah kajian yang digunakan ini juga adalah seperti yang terdapat dalam tujuan kajian yang dinyatakan iaitu mengkaji pengalaman mangsa berhadapan dengan bencana banjir. Seramai 29 orang responden kajian yang berada di lokasi sekitar Manek Urai termasuk Kg. Manek Urai Baru dan Kg. Manek Urai Lama, Kuala Krai, Kelantan telah ditemuramah. Responden kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan dan terdiri daripada mangsa banjir yang mendiami lokasi kajian yang merupakan kampung yang terletak di daerah Kuala Krai, Kelantan. Kawasan perkampungan ini merupakan antara kawasan yang paling terjejas teruk semasa banjir yang berlaku pada penghujung tahun 2014 hingga awal tahun 2015. Teknik temubual mendalam digunakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang khusus serta mengetahui dengan terperinci tentang pengalaman mereka dalam berhadapan dengan bencana banjir. Data kajian yang diperoleh lalui teknik temubual dan rakaman suara kemudiannya dialih ke dalam transkrip temubual. Data yang diperoleh juga diproses secara berterusan dari permulaan kajian dan dianalisis sebagai satu aktiviti yang selari dengan pengumpulan data, interpretasi data dan penulisan naratif. Analisis kandungan telah digunapakai oleh penyelidik sebagai pendekatan untuk menganalisis teks transkrip secara sistematik. Berdasarkan analisis kandungan yang dijalankan beberapa kategori atau tema telah terbentuk yang sesuai dan tepat tentang apa yang dinyatakan oleh responden. DAPATAN KAJIAN Banjir yang menimpa negara telah meninggalkan kesan yang mendalam sama ada kesan fizikal mahupun kesan psikologikal bagi mangsa banjir mahupun pihak yang terlibat. Melalui temubual yang dijalankan, terdapat beberapa tema kajian yang telah dibentuk berdasarkan analisis yang yang telah