DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 19 JULAI 2004, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 26

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. 119-100288 Tuan Wong Nai Chee [ Kota Melaka ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perkembangan ubat tradisional dari segi penggunaannya dalam pasaran tempatan dan adakah pihak Kerajaan berniat menjadikan ubat tradisional sebahagian daripada sistem kesihatan negara kita dan jika ia, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut.

2. 38-100965 Tuan Ahmad Shabery Bin Cheek [ Kemaman ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk memperkenalkan pakaian seragam baru sekolah yang lebih mencerminkan generasi baru yang lebih dinamik tanpa bercanggah dengan ciri-ciri Islam dan kebudayaan tempatan.

3. 201-100211 Tuan Haji Abdul Fatah Bin Harun [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah laporan dan garis panduan Jawatankuasa Kabinet mengenai Penyelarasan Penggunaan Tanah Tinggi yang diwujudkan pada tahun 2001.

4. 121-101070 Tuan Haji Mohd Said Bin Haji Yusof [ Jasin ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan adakah kajian dibuat tentang keberkesanan pusat-pusat Serenti di mana masalah dadah sentiasa merebak dengan cepat dan didapati penagih yang sama berulang kali dipulihkan dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mempertingkatkan usaha pencegahan dan pemulihan. 2 AUM DR 19/07/2004

5. 189-100451 Datuk Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:-

(a) jumlah guru yang terdapat di luar bandar mengikut negeri dan mengapa mengambil masa yang lama bagi pengisian guru yang ditukar/naik pangkat; dan

(b) jumlah guru yang mengajar di sekolah cina serta bagaimana untuk mengatasi akan kekurangan ini.

6. 179-100111 Tuan Jimmy Donald [ Sri Aman ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kes-kes yang telah dilaporkan sejak dua tahun kebelakangan ini (mengikut negeri) dan menerangkan langkah-langkah yang telah diambil untuk menghapuskan serangan denggi di Malaysia dan mengapakah penyakit ini masih berleluasa di daerah Klang, Selangor.

7. 169-100896 Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada Kerajaan bagi menyelesaikan masalah bekalan air terutamanya di yang memerlukan peruntukan segera sebanyak RM450 juta bagi tujuan pembesaran Projek Bekalan Air sandakan (Fasa II) di sepanjang laluan utara.

8. 213-100885 Dato’ Abdul Halim Bin Abdul Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah penjamin sosial hingga kini bagi setiap negeri. Sejauh mana penjamin sosial tidak diambil tindakan kebangkrapan oleh syarikat kewangan di bawah Akta Kebangkrapan 1967.

9. 149-100265 Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said [Kota Belud] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada pihak Kementerian berhasrat untuk menetapkan upah pekerja minimum bagi pekerja tempatan, terutamanya dalam sektor pertanian dan pembinaan.

10. 7-100775 Puan Lim Bee Kau [ Padang Serai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Pegawai Kerajaan yang meminjam pinjaman perumahan perlu membayar kadar faedah kepada pemaju yang meminta bayaran progresif sebelum pihak Kementerian mengeluarkan bayaran pinjaman. 3 AUM DR 19/07/2004

11. 69-100022 Tuan Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan syarat-syarat yang telah dikenakan untuk memastikan menara telekomunikasi yang didirikan di kawasan perumahan dan bandar tidak menimbulkan kebimbangan rakyat dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan menara ini tidak mencacatkan keindahan persekitaran.

12. 134-100646 Tuan Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah kutipan hasil dari jualan secara tender nombor pendaftaran kenderaan mengikut negeri sejak lima tahun kebelakangan ini.

13. 212-100736 Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah peranan MARDI dan FAMA dalam memajukan ekonomi petani:-

(a) melalui projek hiliran produk pertanian seperti mempelam, durian dan lain-lain; dan

(b) melalui hasil jualan pasar tani yang dihasilkan oleh petani sendiri, bukannya diimport.

14. 156-100449 Tuan Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan laluan penerbangan domestik yang menguntungkan syarikat berkenaan dari segi isi padu penumpang. Sejauh mana syarikat Penerbangan Air Asia akan diberikan hak yang lebih besar dalam laluan domestik negara.

15. 162-100121 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan bilangan penagih dan mengedar dadah seluruh negara yang telah ditangkap oleh pihak anti narkotik.

16. 137-100708 Tuan Razali Bin Haji Ibrahim [ Muar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Malaysia berada di landasan yang sepatutnya bagi mencapai negara maju menjelang 2020 dengan mengariskan objektif utama bagi mencapai hasrat tersebut. 4 AUM DR 19/07/2004

17. 74-100011 Tuan Haji Ismail Bin Abd Mutalib [ Maran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah pihak Kerajaan akan menyalurkan semula peruntukan perkapita kepada pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang pernah diberikan sebelum ini. Jika benar apakah syarat-syarat pemberian itu.

18. 171-100629 Datuk Abdul Ghapur Bin Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:-

(a) adakah Jabatan Alam Sekitar pernah memeriksa operasi sebuah kuari batu yang beroperasi dalam kawasan Perkampungan Tanjung Batu Tawau kerana pencemaran udara dan bunyi bising yang dihasilkan, sudah ditahap membahayakan; dan

(b) bolehkah Jabatan Alam Sekitar mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik kuari tersebut.

19. 209-101024 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kabinet pernah meluluskan pemberian kayu balak kepada Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe sebagai hadiah untuk membina rumah mewahnya yang bernilai RM34 juta. Apakah rasioanal atas pemberian hadiah tersebut dan apakah Kerajaan akan mendakwa bekas Perdana Menteri atas tindakan ini.

20. 114-100538 Datuk Haji Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan rancangan Kementerian untuk menghapuskan tanggapan masyarakat bahawa sukan di negara ini diklasifikasikan mengikut kaum seperti bola sepak dimonopoli orang melayu, badminton dimonopoli orang cina dan hoki pula dimonopoli orang India. Apa pula peranan persatuan-persatuan berkaitan.

21. 176-100243 Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk memindahkan Stesen Imigresen di Sebanjai Padawan ke Kampung Sapit Padawan yang terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan memandangkan bahawa Sebanjai terlalu jauh daripada jalan utama kemasukan rakyat Indonesia. Berapakah bilangan rakyat Indonesia masuk ke Sarawak melalui Stesen Imigresen di Sebanjai pada tahun 2000, 2001, 2002, 2003 dan 2004 (Januari hingga Jun). 5 AUM DR 19/07/2004

22. 205-100512 Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan berkenaan siasatan ke atas aduan peguam Hak Asasi, P. Uthayakumar di Balai Polis Brickfields mengadu beliau diserang pada 10 mei tahun ini dan beliau menyatakan bahawa pegawai atasan polis juga turut terlibat dan dalam aduan kedua beliau bahawa polis telahpun merosakkan kereta beliau di Bangsar.

23. 164-101124 Tuan Donald Peter Mojuntin [ Penampang ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan pendatang tanpa izin (PTI) didaftarkan sejak program pemutihan dimulakan di seluruh negara, khususnya di negeri Sabah.

24. 142-100481 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan bilangan penglibatan warga asing dalam kegiatan jenayah, mengikut negara asal dan jenis jenayah yang dilakukan bagi tahun 2001 hingga 2003 dan suku pertama 2004.

25. 208-101008 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keluasan tanah Kerajaan dan persendirian yang telah diambil balik oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, tujuan pengambilan dan cadagnan projek dan keluasan yang dipajak dan disewakan kepada swasta sekitar Kuala Lumpur sehingga 30.5.2004.

26. 201-100210 Tuan Haji Abdul Fatah Bin Harun [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan yang telah dilakukan bagi menangani kes-kes kontraktor yang tidak membayar kepada sub kontraktor apabila kerja-kerja telah disiapkan.

27. 216-100165 Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah kelemahan-kelemahan yang sedia ada dalam sistem pengambilan pelajar ke IPTA dan apakah Kerajaan akan memperkenalkan satu jenis Peperiksaan Kemasukan Universiti sahaja untuk mengambil pelajar ke IPTA. 6 AUM DR 19/07/2004

28. 139-100009 Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sama ada PPM berhak mengutip fi hak cipta daripada pengusaha-pengusaha kedai kopi, kedai barangan elektrik dan kedai gambar pengantin yang menyiarkan muzik bukan bertujuan komersial atau mengenakan caj tambahan mendengar muzik kepada pelanggan:-

(a) bagaimana fi hak cipta dihitung mengikut lunas undang- undang yang sedia ada; dan

(b) bolehkah pengusaha-pengusaha kedai mengemukakan rayuan pengecualian fi kepada pihak Menteri.

29. 150-100261 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan daripada lebih 100,000 kampung di Semenanjung, lebih 50,000 kampung dan rumah panjang di Sarawak, dan lebih 3,000 kampung di Sabah, berapakah lagi kampong yang belum ada bekalan letrik, belum mempunyai jalan raya tanah merah dan berturap dan belum mendapat bekalan air bersih.

30. 197-100128 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah tempat yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar kaum Dayak dari Sarawak untuk kursus Matrikulasi dan Pengajian Tinggi tempatan dan luar negara bagi tahun 2004. Apakah kriteria atau dan “handicap system” Kementerian untuk tawaran di atas bagi pelajar kaum Dayak.

31. 92-100820 Dr. Rahman Bin Ismail [ Gombak ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah usaha-usaha yang dibuat di dalam memastikan sekolah-sekolah kebangsaan menjadi pilihan utama untuk semua kaum untuk menguatkan lagi integrasi nasional bermula di peringkat alam persekolahan rendah.

32. 95-100561 Tuan Lau Yeng Peng [ Puchong ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan bilakah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya Selatan akan diwartakan. Apakah tindakan seterusnya untuk menempatkan lebih ramai anggota polis tanpa mengira pangkat ke kawasan ini terutamanya balai-balai di Puchong.

33. 9-100080 Dato’ Abdul Rahman Bin Ariffin [ Jerlun ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah mesin hemodylisys yang ditempatkan di hospital-hospital Kerajaan mampu memenuhi keperluan pesakit-pesakit buah pinggang. 7 AUM DR 19/07/2004

34. 58-101075 Dato’ Dr. Wan Hashim Bin Wan Teh [ Gerik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk melihat kembali dan memudahkan Borang Pengisytiharaan Harta bagi Ahli-Ahli Parlimen memandangkan sesetangah soalan yang ditanya itu kurang sesuai atau kurang relevan kerana terlalu terperinci.

35. 13-100219 Tuan Hashim Bin Jahaya [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) berapa banyakkan projek-projek perumahan di seluruh negara yang terbengkalai;dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk melindungi dan membantu pembeli-pembeli rumah dalam projek-projek perumahan yang terbengkalai.

36. 22-100079 Ir. Shaari Bin Hassan [ Tanah Merah ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk mewujudkan satu daerah satu tempat pelancongan.

37. 115-100038 Dato’ Firdaus Bin Harun [ Rembau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan pelajar dari negara luar yang menuntut di IPTA/IPTS tempatan dan menyatakan penempatan mereka mengikut IPT dan negara asal mereka.

38. 37-100554 Datuk Haji Rosli Bin Mat Hassan [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan golongan bumiputera yang memimpin syarikat bukan bumiputera (MNC) dan namakan syarikat-syarikat multinasional tersebut dari tahun 2001, 2002, 2003 dan 2004.

39. 40-100609 Datuk Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar [ Larut ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapa banyakkah jumlah pinjaman PTPTN yang telah dikeluarkan semenjak ianya ditubuhkan dan berapakah jumlah penerima pinjaman sehingga kini.

40. 68-101058 Dato’ Mohd Sarit Bin Haji Yusoh [ Temerloh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah Kerajaan bersedia melakukan perubahan dari segi membenarkan GLC tersebut menaikkan tarif yang selama ini merupakan faktor utama GLC berkenaan tidak berjaya mencapai keuntungan yang sepatutnya. 8 AUM DR 19/07/2004

41. 138-100524 Tuan Syed Hood Bin Syed Edros [ Parit Sulong ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan program atau projek ekonomi yang telah terbukti berjaya melepaskan golongan termiskin keluar daripada kepompong kemiskinan mereka serta strategi Kerajaan masa kini.

42. 209-101010 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bagaimanakah orang awam boleh mendapat maklumat tentang projek perumahan yang terbengkalai dan pemaju yang terlibat dan pemaju yang gagal mengikut keputusan Tribunal Perumahan.

43. 193-100826 Tuan Haji Fadillah Bin Haji Yusof [ Petra Jaya ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah program anjuran Kementerian bagi merapatkan hubungan kekeluargaan, kemasyarakatan dan menangani masalah sosial di kalangan remaja dan setakat manakah keberkesanan program-program tersebut. Apakah masalah yang dikenal pasti dalam perlaksanaan program tersebut.

44. 84-100829 Tan Sri Dato’ Dr. K. S. Nijhar [ Subang ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan kenapa Indeks Keselamatan Awam telah menurun kepada 80.05 pada tahun 2002 berbanding dengan 100.00 bagi tahun 1990 dan apakah langkah Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

45. 91-100699 Tuan Mohd. Daud Bin Tarihep [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah projek pembinaan dan pembesaran jalan, jumlah kos jalan persekutuan (Route 5) dari Banting ke Sabak Bernam, Assam Jawa ke Templer Park, Bukit Rotan ke Bukit Kuching dan Coastal Highway.

46. 168-100406 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Hospital Nabawan dapat dilaksanakan pembinaanya memandangkan peruntukan untuk hospital ini telah dipindahkan ke kawasan lain.

47. 11-100340 Dato’ Ghazali Bin Ibrahim [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan masa hadapan bagi generasi kedua dan ketiga di kesemua FELDA seluruh negara dan berapa ramaikah peserta yang telah keluar dari FELDA mengikut negeri-negeri. 9 AUM DR 19/07/2004

48. 76-100684 Tuan Ismail Sabri Bin Yaakob [ Bera ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bagaimanakah pengawalan pihak Kementerian terhadap kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTS di dalam negara dan juga universiti luar negara dan bagaimanakah dapat dipastikan pelajar- pelajar akan mengikuti kursus-kursus yang diiktiraf oleh pihak JPA.

49. 15-100344 Dato’ Dr. Wan Azmi Bin Wan Ariffin [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah pihak Kementerian ini berhasrat mengkaji semula FELCRA, memandangkan agensi ini kurang memberi tumpuan kepada program pemulihan dan penyatuan tanah-tanah terbiar.

50. 167-101100 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah pihak Kementerian untuk membantu para petani dalam penanaman padi sawah dan bukit secara komersial bagi meningkatkan lagi pengeluaran beras negara khususnya di kawasan luar bandar.

51. 21-100277 Tuan Haji Md. Alwi Bin Che Ahmad [ Ketereh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh mana kejayaan Kerajaan mengeluarkan hak milik strata untuk rumah-rumah pangsa dan pangsapuri serta bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur dan juga bandar-bandar besar di Malaysia.

52. 188-100977 Tuan Billy Abit Joo @ Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah status projek Hidroelektrik Bakun. Adakah ia berjalan dengan lancar dan jika tidak apakah puncanya. Apakah implikasi atas kelambatannya contohnya keselamatan empangan tersebut.

53. 59-100946 Puan Tan Lian Hoe [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian bercadang mengesyorkan undang- undang yang lebih berat terhadap penjenayah seks yang semakin hari semakin meningkat.

54. 47-100351 Tan Sri Dato’ Hew See Tong [ Kampar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah drastik dengan menggalakkan doktor swasta berkhidmat di hospital Kerajaan secara separa masa dapat menyelesaikan masalah kekurangan doktor di hospital Kerajaan. 10 AUM DR 19/07/2004

55. 110-100832 Dato’ Goh Siow Huat [ Rasah ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapa kelulusan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Guru-guru yang diadakan setahun sekali adalah begitu rendah iaitu tahun 2003 cuma 0.9% sahaja, yang tidak lulus adalah 99%.

56. 214-100624 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kadar kemiskinan yang berlaku di kalangan peneroka Felda mengikut negeri antara 1995 hingga 2003.

57. 118-100506 Tuan Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah pecahan peratus pelajar/siswa mengikut kaum Melayu, Cina dan India mengikut 30 tahun kebelakangan (1980, 1985, 1990, 1995, 2000 dan 2004)

58. 91-100666 Tuan Mohd. Daud Bin Tarihep [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah permohonan projek rumah mesra rakyat yang telah diterima, diluluskan dan sudah/sedang dibina oleh Syarikat Perumahan Negara (SPN) di kawasan Parlimen Kuala Selangor.

59. 146-100639 Ir. Hasni Bin Mohamed [ Pontian ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk meningkatkan kualiti nenas negara agar memenuhi ciri-ciri kualiti yang ditetapkan berdasarkan piawaian "Codex" yang mana pada masa ini hanya 30% pengeluaran menepati piawaian "Codex".

60. 7-100766 Puan Lim Bee Kau [ Padang Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah Kerajaan dalam mengenal pasti masalah dan usaha-usaha pencegahan banjir di kawasan Parlimen Padang Serai, daerah Kulim.

61. 151-100465 Dr. Yee Moh Chai [ ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan mengapakah bekalan elektrik di Sabah, khususnya di Kota Kinabalu masih tidak diperbaiki walaupun telah diambil alih oleh Tenaga Nasional Berhad.

62. 203-100305 Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah yang telah diambil dalam Rancangan Malaysia Ke-8 sehingga kini, bagi meningkatkan bilangan wanita dalam pekerjaan yang berkemahiran tinggi serta mendapat bayaran gaji yang sama bagi pekerjaan yang sama berbanding lelaki. 11 AUM DR 19/07/2004

63. 144-100785 Datuk Nur Jazlan Bin Mohamad [ Pulai ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan sama ada Laporan Suruhanjaya Diraja Polis akan di bentang dalam sidang Parlimen dan apakah rancangan Kerajaan untuk melaksanakan syor dari laporan tersebut.

64. 191-100223 Dato’ Jacob Dungau Sagan [ Baram ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan bilakah projek loji bekalan air di pekan Marudi dijangka siap dan mengapakah projek ini mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan.

65. 206-100849 Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah Sekolah Rendah Damansara yang berada di tapak asalnya akan dibuka semula, dan sekiranya Kerajaan telah mengambil keputusan muktamad untuk tidak membuka semula sekolah berkenaan, apakah rancangan Kerajaan bagi premis sekolah asal itu.

66. 106-100369 Datuk Haji Astaman Bin Abdul Aziz [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ada rancangan oleh Kerajaan untuk memberi milik rumah kos rendah di bawah projek MTEN seperti projek Perumahan Rakyat kepada golongan yang berpendapatan rendah khususnya di dalam kawasan bandaraya seperti Kuala Lumpur. Adakah Kerajaan mempunyai matlamat untuk membenarkan golongan yang berpendapatan rendah memiliki harta di dalam kawasan bandaraya.

67. 100-100363 Dato’ Dr. Tan Kee Kwong [ Segambut ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian akan mengubah status STPM dan Matrikulasi dengan mengadakan suatu peperiksaan sahaja memandangkan tiap-tiap tahun banyak masalah mengenai murid-murid yang layak melanjutkan pengajian di Universiti Awam, terutamanya dalam Ijazah Perubatan, Farmasi dan Jurutera.

68. 218-100067 Tuan Chong Hon Min [ Sandakan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah wang peruntukan bagi negeri Sabah di bawah Rancangan Malaysia ke 8. Adakah jumlah wang peruntukan telah dikeluarkan sepenuhnya bagi tahun 2001, 2002 dan 2003 untuk perlaksanaan projek pembangunan di bandar dan luar bandar secepat mungkin di Sabah. Jika tiada, mengapa. 12 AUM DR 19/07/2004

69. 72-100480 Tuan Muhamad Shahrom Bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah Akta Profesion Akitek Landskap di Malaysia dibentangkan di Parlimen bagi mengiktiraf dan mengawal kerjaya Akitek Landskap di Malaysia.

70. 162-100135 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai rancangan untuk memperbaiki keadaan bekalan elektrik yang kerap kali berlaku gangguan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

71. 21-100280 Tuan Haji Md. Alwi Bin Che Ahmad [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah dan pendekatan yang diambil untuk membolehkan rakyat memahami konsep ‘Islam Hadhari’ agar rakyat tidak terpesong dan ungkapan tersebut tidak tinggal menjadi slogan tanpa penghayatan dan program pengukuhannya.

72. 145-100919 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah pendekatan berkesan yang akan diadakan untuk mencegah kes pemaksaan pelajar-pelajar perempuan bukan bumiputera memakai baju kurung, memandangkan kes-kes sedemikian sering berlaku di merata tempat dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ibu bapa.

73. 21-100285 Tuan Haji Md. Alwi Bin Che Ahmad [ Ketereh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk mengadakan jalan atau simpang bertingkat di Bandar Kota Bharu, memandangkan bandar tersebut selalu menghadapi masalah kesesakan kronik yang keterlaluan.

74. 33-100985 Tuan Che Azmi Bin Haji Abdul Rahman [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kos keseluruhan pembangunan projek Putrajaya dan dari sumber manakah projek ini dibiayai. Berapakah kos sewa bangunan yang dibayar oleh Kerajaan setiap tahun kepada Putrajaya Holdings.

75. 145-100923 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah kaedah atau tindakan efektif yang akan dijalankan untuk mengatasi masalah pengaliran pelajar cemerlang ke luar negeri, memandangkan gejala ini mengakibatkan negara kita mengalami kerugian pada keseluruhannya. 13 AUM DR 19/07/2004

76. 34-100380 Tuan Razali Bin Ismail [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah usaha-usaha semasa yang telah dibuat untuk penambahbaikan jawatan pensyarah Maktab-maktab Perguruan Malaysia.

77. 217-101145 Tuan M. Kulasegaran A/L V. Murugeson [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) berapakah jumlah perbelanjaan pembangunan yang diberikan kepada Wakil Rakyat bagi setiap kawasan Parlimen bagi tahun-tahun 1999 hingga 2004. Berikan pecahan tujuan kegunaan amaun perbelanjaan itu disetiap kawasan Parlimen; dan

(b) apakah rasional menafikan jumlah perbelanjaan pembangunan kepada pihak pembangkang.

78. 96-100240 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kenapa Pelan Rancangan Tempatan (Local Plan) tidak disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan apakah peranan dan bidang tugas serta kuasa Kerajaan Negeri dalam memproses permohonan pemajuan perumahan.

79. 168-100372 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam usaha mempertingkatkan penggunaan ICT di sekolah-sekolah rendah dan menengah khusus di kawasan pedalaman Pensiangan.

80. 160-100688 Tuan Shim Paw Fatt [ Tawau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah program-program yang akan dilaksanakan untuk mempercepatkan proses integrasi dan sejauh manakah program-program yang telah dilaksanakan telah mencapai matlamatnya. 14 AUM DR 19/07/2004

81. 71-101197 Tuan Devamany A/L S. Krishnasamy [Cameron Highlands] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) berapakah jumlah doktor, jururawat, ambulans dan peralatan x-ray yang sedia ada di Pusat Kesihatan Tanah Rata dan Jelai; dan

(b) bilakah Kementerian akan membina hospital besar di Cameron Highlands.

82. 19-100398 Datuk Mohd Zaid Bin Ibrahim [Kota Bharu] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) adakah Kementerian bercadang untuk mengeluarkan lagi lesen kasino, pusat perjudian ataupun kepada mana-mana syarikat; dan

(b) jika tidak, mohon Kementerian untuk memberikan penjelasan bagaimana Kementerian bercadang untuk mengawal industri ini yang dimonopoli oleh sekumpulan kecil syarikat-syarikat judi.

83. 187-100799 Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian berkenaan untuk memastikan agar pelajar-pelajar di sekolah -sekolah luar bandar akan berpeluang menikmati mutu pengajaran dan pembelajaran yang setaraf dengan yang terdapat di sekolah-sekolah di bandar di mana pengajaran dan pembelajaran adalah lebih bermutu dan lebih canggih.

84. 155-100619 Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada Kementerian beliau mempunyai program khusus untuk memberi kursus dan latihan kepada muda mudi di negeri Sabah yang memerlukannya terutama sekali di dalam bidang teknikal dan teknologi.

85. 180-101125 Tuan Jawah anak Gerang [ Lubok Antu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-

(a) bilangan ibu tunggal disebabkan kematian suami dan penceraian di seluruh negara; dan

(b) bantuan khas kepada ibu tunggal supaya mereka dapat meneruskan hidup dengan selesa. 15 AUM DR 19/07/2004

86. 163-100194 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membina sebuah mini Kompleks Sukan di daerah kecil Putatan. Jika ya, bilakah cadangan ini akan dilaksanakan.

87. 165-101213 Puan Rosnah Binti Hj. Abd. Rashid Shirlin [Papar] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah arahan mengenai doktor-doktor swasta yang harus berkhidmat untuk satu tempoh tertentu di hospital-hospital Kerajaan akan diimplementasikan bagi menangani masalah kekurangan doktor di hospital Kerajaan.

88. 160-100681 Tuan Shim Paw Fatt [ Tawau ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah berterusan yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan disiplin yang ditahap tinggi sentiasa di pelihara dan ilmu mengenai "effective policing" selalu di kemaskinikan di kalangan anggota-anggota polis. 16 AUM DR 19/07/2004

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menyambung semula Pertimbangan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2003) 2004 (D.R. 1/2004) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2003 seperti berikut:

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam bilion satu ratus tiga puluh empat juta lima ratus sembilan puluh empat ribu lima ratus dua puluh ringgit (RM6,134,594,520) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2003, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2003 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun, 2004 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek- projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut, hendaklah disahkan.”

dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis. [15 Julai, 2004]

2. (i) (D.R. 15/2004) Rang Undang-undang Kanun Bacaan Keseksaan (Pindaan) 2004. Kali Yang Kedua

(ii) (D.R. 16/2004) Rang Undang-undang Kanun Tatacara “ Jenayah (Pindaan) 2004.

DAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:

Bahawa mengikut Peraturan 54(1) Peraturan-Peraturan mengambil ketetapan yang berikut:

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan bahawa –

(a) Bagi maksud menimbangkan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004, maka menurut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 54(1) kedua-dua Rang Undang-Undang itu diserahkan kepada suatu Jawatankuasa Pilihan yang dinamakan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk membuat syor-syor mengenainya; 17 AUM DR 19/07/2004

(b) Jawatankuasa Pilihan tersebut hendaklah terdiri daripada anggota- anggota yang berikut:-

(1) Y.B. Dato’ Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) sebagai Pengerusi

(2) Y.B. Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong)

(3) Y.B. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy (Cameron Highlands)

(4) Y.B. Puan Tan Ah Heng (Gelang Patah)

(5) Y.B. Tuan Donald Peter Mojuntin (Penampang)

(6) Y.B. Tuan Che Min bin Che Ahmad (Pasir Puteh)

(7) Y.B. Cik Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

(c) Jawatankuasa Pilihan tersebut hendaklah mengkaji Rang Undang- Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dan Rang Undang- Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004 pada keseluruhannya dan memberi pandangan serta membuat syor ke atas peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalamnya;

(d) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah menyiapkan dan membentangkan laporan itu kepada Majlis pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Kesebelas yang akan datang atau lebih awal daripada itu”.

3. (D.R. 14/2004)Rang Undang-undang Mahkamah Bacaan Kehakiman (Pindaan) 2004. Kali Yang Kedua

4. (D.R. 13/2004) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah “ (Pindaan) 2004.

5. (D.R. 12/2004) Rang Undang-undang Agensi Antidadah “ Kebangsaan 2004. 18 AUM DR 19/07/2004

6. 150-100301 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius terhadap kewujudan jurang perbezaan pembangunan di antara Wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Dan Dewan ini juga membuat perakuan tentang hakikat bahawa kemajuan yang begitu jauh di kalangan kesebelas negeri di Semenanjung adalah hasil daripada perlaksanaan pelbagai program oleh Lembaga- Lembaga Kemajuan Wilayah dan Lembaga-Lembaga Kemajuan Tanah yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan. Manakala di negeri Sabah yang mempunyai keluasan lebih 70,000 kilometer persegi belum lagi diwujudkan lembaga-lembaga yang serupa. Dengan kesedaran ini maka Dewan Yang Mulia ini hendaklah membuat resolusi dan ketetapan supaya pihak Kerajaan dapat membuat kajian yang bersesuaian untuk menubuhkan Lembaga-Lembaga Kemajuan Wilayah di Sabah dan Sarawak.”

7. 214-101053 Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini hendaklah menyerahkan tugas kepada Jawatankuasa Pemilih bagi mengkaji langkah-langkah terbaik yang perlu diambil oleh Kerajaan untuk menangani gejala salah laku seksual yang semakin menular dalam masyarakat kebelakangan ini.”

8. 207-101038 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini membahaskan dasar pengangkutan dan faktor-faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas termasuk bilangan kereta yang ideal untuk negara ini.”

9. 214-101050 Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini hendaklah menyerahkan tugas kepada Jawatankuasa Pemilih untuk mengkaji secara mendalam kesan-kesan penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik di sekolah-sekolah setelah dua tahun ia dilaksanakan.” 19 AUM DR 19/07/2004

10. 173-100167 Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar [ Santubong ] akan mencadangkan:-

”Memandangkan masalah kemalangan jalan raya yang begitu tinggi dan telah menyebabkan kehilangan nyawa dan kebinasaan pengguna jalan raya yang begitu banyak dan kerosakan harta benda yang begitu besar, Dewan ini membincang untuk mengenal pasti dan membuat keputusan untuk menangani masalah ini.”

Dewan ini juga membincang agar tindakan secara menyeluruh dari segi pindaan undang-undang, perubahan dasar, latihan pemandu, penguatkuasaan undang-undang dikaji, dirombak dan dilaksana dengan secepat mungkin.

11. 207-101035 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Laporan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat permasalahan, efisiensi dan kredibiliti pasukan polis dibentangkan di Dewan ini sebagai kertas putih untuk dibahas. Dewan ini berpendapat bahawa prosiding dan mesyuarat Suruhanjaya mestilah terbuka termasuk siaran televisyen secara langsung, selaras dengan penjelasan akauntabiliti. Dewan juga memutuskan bahawa semua janji untuk menambah 21,000 rekrut yang berkualiti, emolumen, elaun, kenderaan, stesen dan kemudahan polis haruslah dikotakan.”

12. 150-100299 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius tentang kewujudan beribu-ribu graduan yang menganggur. Tambahan pula peluang-peluang pekerjaan di kalangan graduan lebih banyak di wilayah-wilayah yang lebih maju seperti Lembah Kelang berbanding dengan Sabah, Kelantan, Terengganu dan Kelantan. Graduan yang menganggur adalah merupakan suatu masalah ekonomi, sosial dan politik. Oleh itu, Dewan ini mendesak pihak Kerajaan supaya menubuhkan satu Majlis Perunding Pengangguran Graduan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah pengangguran di kalangan graduan pelbagai jurusan.” 20 AUM DR 19/07/2004

13. 214-101056 Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan secara langsung semua persidangan Parlimen termasuk Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya persidangan ini dapat diikuti oleh setiap lapisan masyarakat, sekali gus membantu meningkatkan lagi penglibatan rakyat dalam merencanakan pembangunan negara. Tindakan ini juga diharapkan dapat merangsang prestasi Ahli-ahli Parlimen ke arah menjadikan Parlimen Malaysia bertaraf dunia.”

14. 84-100843 Tan Sri Dato’ K. S. Nijhar [ Subang ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius masalah banjir kilat yang sering berlaku dalam Parlimen Subang dan meminta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mencari jalan penyelesaian secara menyeluruh kepada masalah ini.”

15. 214-101041 Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini akan membincangkan dan bersetuju supaya geran perkapita dan semua bantuan lain disalurkan semula kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) oleh Kerajaan seperti mana yang diamalkan sebelum ini. Kerajaan juga hendaklah membayar semula semua tunggakan geran perkapita semenjak bantuan tersebut dihentikan pada Oktober 2002.”

16. 209-101040 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk mengadakan siaran langsung televisyen sidang Dewan Rakyat sebagai langkah pembaharuan Parlimen dan meningkatkan ketelusan serta tanggungjawab Ahli Berhormat terhadap ucapan dan tugas mereka". 21 AUM DR 19/07/2004

17. 214-101059 Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya semua Ahli Parlimen mengisytiharkan harta pemilikan mereka, suami/isteri, anak-anak dan pemegang amanah setiap dua tahun kepada Parlimen.”

18. 206-100884 Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini merujuk dan Utusan Malaysia ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan supaya menyiasat sama ada kedua- duanya telah memesongkan apa yang diperkatakan oleh Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen kawasan Ipoh Timur di Parlimen pada 9hb Jun 2004 dalam dua laporan utama muka depan di Utusan Malaysia iaitu pada 10hb Jun 2004 di bawah tajuk "Kit Siang persoal negara Islam - Ketua Pembangkang juga pertikaikan mengapa Ketua Kerajaan harus orang Islam" dan pada 11hb Jun 2004 di bawah tajuk "Jangan bermain api" - Kit Siang harus henti persoal Malaysia negara Islam - Hishammuddin," dengan cuba melabelkan YB. Lim Kit Siang sebagai menentang Melayu dan menentang Islam menerusi laporan palsu mereka bahawa beliau mencabar hakikat bahawa orang Islam yang menjadi Perdana Menteri, dan mencadangkan tindakan sewajarnya yang harus diambil terhadap kedua-duanya itu".

19. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil kira Laporan SUHAKAM 2003 dan menggesa SUHAKAM supaya menggandakan usahanya untuk melindungi dan memajukan hak asasi manusia seperti mana yang diniatkan oleh Parlimen sewaktu menggubal Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 2000.”

20. 150-100303 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius terhadap masalah kos pengangkutan dan logistik di antara Sabah dan dunia luar termasuk ke Semenanjung. Dewan ini juga memperakui bahawa kos pengangkutan yang tinggi ini telah menghindarkan proses perindustrian dan peningkatan sektor pembuatan di Sabah. Dan jika sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan baik maka niat Kerajaan Sabah untuk meningkatkan sektor pembuatan tidak akan tercapai. Oleh itu Dewan ini hendaklah membuat ketetapan meminta Kerajaan untuk menyediakan penyelesaian terhadap masalah tersebut.” 22 AUM DR 19/07/2004

21. 96-100270 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini merakamkan keprihatinan di atas kekeliruan sesetengah rakyat Malaysia yang berbilang kaum di atas kewujudan peraturan yang menghindar penganut agama tertentu menggunakan perkataan seperti Allah, Iman, Wahyu, Rasul, Al-kitab, Doa, Nabi, Injil, Firman, Syukur, Imam dan sebagainya.

Maka dengan ini Dewan ini membuat resolusi meminta Kerajaan menghapuskan kekeliruan tersebut sekali gus memastikan kebebasan beragama terus terpelihara.”

22. 150-100297 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius kewujudan kadar insiden kemiskinan yang begitu tinggi di kalangan Orang Asli, Bumiputera Minoriti Sabah dan Sarawak terutama sekali di kalangan petani tradisi di tanah tinggi di Sabah dan Sarawak seperti mana yang diperakui dalam Rancangan Malaysia Ke 8 dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke 3 dan juga dalam dokumen Majlis Perunding Ekonomi Negara Kedua (MAPEN 11), dan Rancangan Malaysia Ke 8 ini tidak lama lagi akan berakhir sedangkan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat tersebut masih lagi tinggi. Dewan ini juga perlu membuat ketetapan supaya perakuan-perakuan dalam MAPEN 11, RRJP 3 dan Rancangan Malaysia Ke 8 dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh oleh pihak Kerajaan.”

23. 209-101042 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dan memulihkan hak penduduk Kuala Lumpur untuk memilih Datuk Bandar dengan tujuan meningkatkan keberkesanan Kerajaan Tempatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada penduduk di kawasan berkenaan".

24. 150-100294 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini memandang serius kewujudan kad pengenalan palsu, surat beranak palsu dan IMM13 palsu serta sindiket-sindiket yang terlibat dalam pemalsuan tersebut. Oleh itu dewan yang mulia ini membuat ketetapan supaya Kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya siasatan untuk mengkaji bagaimana perkara ini berlaku dan seterusnya untuk mencari penyelesaian ke atas masalah dalam negeri yang telah menghantui Negara kita Malaysia sejak 30 tahun yang lepas.” 23 AUM DR 19/07/2004

25. 173-100170 Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar [ Santubong ] akan mencadangkan:-

”Dewan ini membincang dan mengambil ketetapan agar dasar pendidikan dikaji semula supaya boleh mencanaikan warganegara yang benar-benar “all rounder” (dengan izin) dari segi kerohanian, mental, dan fizikal, berdaya saing, patriotik, berani, jati diri, kreatif dan inovatif, bersifat kemasyarakatan, berbudi tinggi, berkhemah mulia, dan di samping berilmu.

Dewan ini juga membincangkan agar mata pelajaran kerohanian dan kemasyarakatan diberi kepada semua murid tidak kira bangsa dan agama dan dilaksanakan secara formal dan tidak formal, umpamanya 5 minit sebelum kelas bermula tiap-tiap hari.

Harapan kita ialah untuk membentuk murid dan pelajar untuk mempunyai pengertian, perwatakan dan pendirian menjadi warga Negara yang berciri kasih sayang, bertanggungjawab, beramanah, setia kawan dan berbudi tinggi.”

26. 214-101046 Tuan Salahuddin Bin Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

”Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-sekerasnya tindakan Kerajaan BN menyalah gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan rakyat negara ini tanpa bicara dan tidak selaras dengan semangat penggubalan Akta ini, iaitu untuk membendung kegiatan subversif komunis. Bahkan dalam banyak kes, penahanan ISA lebih dipengaruhi oleh kepentingan politik pemerintah. Dewan ini mendesak supaya Kerajaan BN membebaskan semua tahanan ISA tersebut tanpa syarat atau mendakwa mereka di mahkamah dengan segera.” 24 AUM DR 19/07/2004

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

TAHUN RISALAT/DOKUMENT TARIKH 2004 DIBENTANGKAN

ST.134 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 19 Julai, 2004 Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi Tahun 2002 (Telah Diaudit).

CMD.34 Laporan Tahunan Suruhanjaya Pasukan 19 Julai, 2004 Polis 2003 25 AUM DR 19/07/2004

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

TARIKH AHLI YANG TAJUK UCAPAN MENTERI YANG UCAPAN BERUCAP BERTANGGUNGJAWAB DIBUAT

1. 19.7.2004 1. YB. Tan Sri 1. Perhatian serius diberi kepada 1. YB. Menteri Sumber (Isnin) Dato’ K.S. Nijhar masalah banjir yang sering Asli dan Alam Sekitar. [ Subang ] berlaku dalam Parlimen Subang dan minta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mencari jalan penyelesaian secara menyeluruh kepada masalah ini.

2. 19.7.2004 2. YB. Dr. Rahman 2. Selsema Burong Dan 2. YB. Menteri Pertanian (Isnin) Ismail Ancamannya terhadap Rakyat dan Industri Asas Tani. [ Gombak ] Malaysia.