Aturan Urusan Mesyuarat

Aturan Urusan Mesyuarat

MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 19 JULAI 2004, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 26 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. 119-100288 Tuan Wong Nai Chee [ Kota Melaka ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perkembangan ubat tradisional dari segi penggunaannya dalam pasaran tempatan dan adakah pihak Kerajaan berniat menjadikan ubat tradisional sebahagian daripada sistem kesihatan negara kita dan jika ia, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut. 2. 38-100965 Tuan Ahmad Shabery Bin Cheek [ Kemaman ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk memperkenalkan pakaian seragam baru sekolah yang lebih mencerminkan generasi baru yang lebih dinamik tanpa bercanggah dengan ciri-ciri Islam dan kebudayaan tempatan. 3. 201-100211 Tuan Haji Abdul Fatah Bin Harun [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah laporan dan garis panduan Jawatankuasa Kabinet mengenai Penyelarasan Penggunaan Tanah Tinggi yang diwujudkan pada tahun 2001. 4. 121-101070 Tuan Haji Mohd Said Bin Haji Yusof [ Jasin ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan adakah kajian dibuat tentang keberkesanan pusat-pusat Serenti di mana masalah dadah sentiasa merebak dengan cepat dan didapati penagih yang sama berulang kali dipulihkan dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mempertingkatkan usaha pencegahan dan pemulihan. 2 AUM DR 19/07/2004 5. 189-100451 Datuk Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:- (a) jumlah guru yang terdapat di luar bandar mengikut negeri dan mengapa mengambil masa yang lama bagi pengisian guru yang ditukar/naik pangkat; dan (b) jumlah guru yang mengajar di sekolah cina serta bagaimana untuk mengatasi akan kekurangan ini. 6. 179-100111 Tuan Jimmy Donald [ Sri Aman ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kes-kes yang telah dilaporkan sejak dua tahun kebelakangan ini (mengikut negeri) dan menerangkan langkah-langkah yang telah diambil untuk menghapuskan serangan denggi di Malaysia dan mengapakah penyakit ini masih berleluasa di daerah Klang, Selangor. 7. 169-100896 Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada Kerajaan Sabah bagi menyelesaikan masalah bekalan air terutamanya di Sandakan yang memerlukan peruntukan segera sebanyak RM450 juta bagi tujuan pembesaran Projek Bekalan Air sandakan (Fasa II) di sepanjang laluan utara. 8. 213-100885 Dato’ Abdul Halim Bin Abdul Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah penjamin sosial hingga kini bagi setiap negeri. Sejauh mana penjamin sosial tidak diambil tindakan kebangkrapan oleh syarikat kewangan di bawah Akta Kebangkrapan 1967. 9. 149-100265 Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said [Kota Belud] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada pihak Kementerian berhasrat untuk menetapkan upah pekerja minimum bagi pekerja tempatan, terutamanya dalam sektor pertanian dan pembinaan. 10. 7-100775 Puan Lim Bee Kau [ Padang Serai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Pegawai Kerajaan yang meminjam pinjaman perumahan perlu membayar kadar faedah kepada pemaju yang meminta bayaran progresif sebelum pihak Kementerian mengeluarkan bayaran pinjaman. 3 AUM DR 19/07/2004 11. 69-100022 Tuan Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan syarat-syarat yang telah dikenakan untuk memastikan menara telekomunikasi yang didirikan di kawasan perumahan dan bandar tidak menimbulkan kebimbangan rakyat dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan menara ini tidak mencacatkan keindahan persekitaran. 12. 134-100646 Tuan Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah kutipan hasil dari jualan secara tender nombor pendaftaran kenderaan mengikut negeri sejak lima tahun kebelakangan ini. 13. 212-100736 Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah peranan MARDI dan FAMA dalam memajukan ekonomi petani:- (a) melalui projek hiliran produk pertanian seperti mempelam, durian dan lain-lain; dan (b) melalui hasil jualan pasar tani yang dihasilkan oleh petani sendiri, bukannya diimport. 14. 156-100449 Tuan Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan laluan penerbangan domestik yang menguntungkan syarikat berkenaan dari segi isi padu penumpang. Sejauh mana syarikat Penerbangan Air Asia akan diberikan hak yang lebih besar dalam laluan domestik negara. 15. 162-100121 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan bilangan penagih dan mengedar dadah seluruh negara yang telah ditangkap oleh pihak anti narkotik. 16. 137-100708 Tuan Razali Bin Haji Ibrahim [ Muar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Malaysia berada di landasan yang sepatutnya bagi mencapai negara maju menjelang 2020 dengan mengariskan objektif utama bagi mencapai hasrat tersebut. 4 AUM DR 19/07/2004 17. 74-100011 Tuan Haji Ismail Bin Abd Mutalib [ Maran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah pihak Kerajaan akan menyalurkan semula peruntukan perkapita kepada pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang pernah diberikan sebelum ini. Jika benar apakah syarat-syarat pemberian itu. 18. 171-100629 Datuk Abdul Ghapur Bin Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:- (a) adakah Jabatan Alam Sekitar pernah memeriksa operasi sebuah kuari batu yang beroperasi dalam kawasan Perkampungan Tanjung Batu Tawau kerana pencemaran udara dan bunyi bising yang dihasilkan, sudah ditahap membahayakan; dan (b) bolehkah Jabatan Alam Sekitar mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik kuari tersebut. 19. 209-101024 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kabinet pernah meluluskan pemberian kayu balak kepada Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe sebagai hadiah untuk membina rumah mewahnya yang bernilai RM34 juta. Apakah rasioanal atas pemberian hadiah tersebut dan apakah Kerajaan akan mendakwa bekas Perdana Menteri atas tindakan ini. 20. 114-100538 Datuk Haji Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan rancangan Kementerian untuk menghapuskan tanggapan masyarakat bahawa sukan di negara ini diklasifikasikan mengikut kaum seperti bola sepak dimonopoli orang melayu, badminton dimonopoli orang cina dan hoki pula dimonopoli orang India. Apa pula peranan persatuan-persatuan berkaitan. 21. 176-100243 Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk memindahkan Stesen Imigresen di Sebanjai Padawan ke Kampung Sapit Padawan yang terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan memandangkan bahawa Sebanjai terlalu jauh daripada jalan utama kemasukan rakyat Indonesia. Berapakah bilangan rakyat Indonesia masuk ke Sarawak melalui Stesen Imigresen di Sebanjai pada tahun 2000, 2001, 2002, 2003 dan 2004 (Januari hingga Jun). 5 AUM DR 19/07/2004 22. 205-100512 Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan berkenaan siasatan ke atas aduan peguam Hak Asasi, P. Uthayakumar di Balai Polis Brickfields mengadu beliau diserang pada 10 mei tahun ini dan beliau menyatakan bahawa pegawai atasan polis juga turut terlibat dan dalam aduan kedua beliau bahawa polis telahpun merosakkan kereta beliau di Bangsar. 23. 164-101124 Tuan Donald Peter Mojuntin [ Penampang ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan pendatang tanpa izin (PTI) didaftarkan sejak program pemutihan dimulakan di seluruh negara, khususnya di negeri Sabah. 24. 142-100481 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan bilangan penglibatan warga asing dalam kegiatan jenayah, mengikut negara asal dan jenis jenayah yang dilakukan bagi tahun 2001 hingga 2003 dan suku pertama 2004. 25. 208-101008 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keluasan tanah Kerajaan dan persendirian yang telah diambil balik oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, tujuan pengambilan dan cadagnan projek dan keluasan yang dipajak dan disewakan kepada swasta sekitar Kuala Lumpur sehingga 30.5.2004. 26. 201-100210 Tuan Haji Abdul Fatah Bin Harun [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan yang telah dilakukan bagi menangani kes-kes kontraktor yang tidak membayar kepada sub kontraktor apabila kerja-kerja telah disiapkan. 27. 216-100165 Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah kelemahan-kelemahan yang sedia ada dalam sistem pengambilan pelajar ke IPTA dan apakah Kerajaan akan memperkenalkan satu jenis Peperiksaan Kemasukan Universiti sahaja untuk mengambil pelajar ke IPTA. 6 AUM DR 19/07/2004 28. 139-100009 Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sama ada PPM berhak mengutip fi hak cipta daripada pengusaha-pengusaha kedai kopi, kedai barangan elektrik dan kedai gambar pengantin yang menyiarkan muzik bukan bertujuan komersial atau mengenakan caj tambahan mendengar muzik kepada pelanggan:- (a) bagaimana fi hak cipta dihitung mengikut lunas undang- undang yang sedia ada; dan (b) bolehkah pengusaha-pengusaha kedai mengemukakan rayuan pengecualian fi kepada pihak Menteri. 29. 150-100261 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan daripada lebih 100,000 kampung di Semenanjung, lebih 50,000 kampung dan rumah panjang di Sarawak,

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    25 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us