DEWAN RAKYAT

ATURANN URUSAN MESYUARAT

ETNASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 10 JULAI 2007, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 42

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1122-L9095 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan dengan pembelian 18 pesawat pejuang Sukhoi membabitkan kos perbelanjaan kira-kira RM3.4 bilion. Apakah keselamatan negara terancam dan apakah pelan strategi Kementerian dalam usaha memperkasakan pertahanan negara.

2. PR-1122-L9224 Datuk Ismail Bin Abd. Mutalib [ Maran ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah tangkapan yang melibatkan nelayan-nelayan asing yang menceroboh perairan negara dan berapakah jumlah kerugian yang dialami oleh negara serta jumlah denda yang telah dikutip daripada kegiatan ini.

3. PR-1122-L8815 Dato' Chor Chee Heung [ Alor Star ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah perbezaan di antara Majlis Perbandaran/Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Bandar Raya dari segi pembahagian/pengagihan peruntukan pembangunan dan mengurus dari Kerajaan Pusat. Apakah jumlah peruntukan yang telah diserahkan kepada kedua-dua jenis majlis tersebut pada tahun 2005 dan 2006 di negara ini.

4. PR-1122-L9138 Dato' Ir. Shaari Bin Hassan [ Tanah Merah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah keluasan kawasan Sokor yang digondol dan apakah kesan kepada kejadian banjir di kawasan sekitar serta negeri Kelantan amnya apabila banjir berlaku.

2 AUM DR 10/7/2007 5. PR-1122-L9260 Datuk Richard Riot Ak. Jaem [ Serian ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan rancangan Kementerian untuk memastikan industri lada tidak lupus.

6. PR-1122-L9473 Datuk Ir. Hasni Bin Haji Mohammad [ Pontian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah ulama mengambil masa hampir setahun untuk memberikan jawapan kepada persoalan angkasawan kita sukar menentukan kiblat untuk bersembahyang dan makanan yang dibekalkan tidak mematuhi piawaian halal.

7. PR-1122-L9719 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha bersepadu yang telah dijalankan untuk membendung peningkatan kes jenayah di negara ini.

8. PR-1122-L9584 Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah nilai zakat yang telah dipungut mengikut tahun dan negeri dari tahun 2000 hingga 2006.

9. PR-1122-L8889 Dato' Che Min bin Che Ahmad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan persepsi masyarakat, ahli akademik dan pentadbir universiti terhadap pertukaran nama Kolej Universiti kepada universiti dilaksanakan dan kesannya terhadap pembangunan modal insan.

10. PR-1122-L8965 Tuan Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) memandangkan kenderaan terpakai akan diwajibkan membuat pemeriksaan di PUSPAKOM mulai 1 Julai, berapakah jumlah kenderaan umum dan komersial di Malaysia pada tahun 2006 dan jumlah yang telah bertukar hak milik; dan

(b) langkah-langkah yang perlu bagi memastikan PUSPAKOM dapat memenuhi permintaan.

11. PR-1122-L9748 Tuan Devamany A/L S. Krishnasamy [ Cameron Highlands ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah akta dan perundangan yang telah dikaji semula dan digubal untuk menjamin kesejahteraan alam dan hutan di Malaysia pada tahun 2005 hingga 2007. Apakah usaha Kementerian untuk menjaga sumber air di tanah tinggi seluruh negara khususnya di Cameron Highlands.

3 AUM DR 10/7/2007

12. PR-1122-L9590 Datuk Haji Md. Alwi Bin Haji Che Ahmad [ Ketereh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk mengkaji semula kaedah-kaedah penentuan tindakan tatatertib terhadap guru-guru yang tidak bertanggungjawab seperti membuat gangguan seksual kepada murid-murid mereka memandangkan kaedah sekarang mengambil masa yang terlalu lama dan tidak berkesan.

13. PR-1122-L8820 Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [ Sungai Petani ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan peruntukan dan pengagihan bagi usaha-usaha penyelenggaraan, pemulihan, serta peningkatan prasarana pengajaran dan pembelajaran di IPTA selari dengan hasrat menjadikan universiti tempatan bertaraf dunia.

14. PR-1122-L9775 Puan Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berikutan sejak akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan penularan penyakit berjangkit seperti penyakit TB dan juga Malaria, bolehkah pihak Kementerian memberikan anggaran peratus pesakit yang telah dijangkiti oleh penyakit ini. Apakah tindakan susulan yang telah diambil oleh pihak Kementerian bagi menangani masalah ini.

15. PR-1122-L9163 Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan hospital-hospital baru Kerajaan yang lewat disiapkan dan senaraikan hospital baru yang menghadapi masalah kerana kelemahan pembinaan. Nyatakan jenis-jenis masalah yang dihadapi dan bagaimana ia telah menyusahkan Kementerian untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.

16. PR-1122-L9669 Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah guru sekolah kebangsaan yang telah dilatih dan berapakah di antara mereka yang dilatih tersebut yang dinilai sebagai sesuai dan telah ditempatkan di sekolah kebangsaan.

17. PR-1122-L8908 Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah proaktif bagi mengurangkan kesan gangguan sistem LRT Putra dan LRT Ampang - Sri Petaling yang telah beroperasi sejak 10 tahun lalu.

18. PR-1122-L8586 Tan Sri Dr. Ting Chew Peh [ Gopeng ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada benar bakal pelanggan sering diberitahu pesawat MAS sudah penuh (tiada kekosongan tempat) walhal masih ada banyak lagi kekosongan tempat apabila pesawat berkenaan berlepas ke destinasinya.

4 AUM DR 10/7/2007 19. PR-1122-L8962 Tuan Syed Hood Bin Syed Edros Alhaj [ Parit Sulong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan dalam pelaksanaan penstrukturan semula pemegang lesen kontraktor kelas F dan langkah yang akan dilakukan bagi memastikan pemegang lesen kelas F (bumiputera) lebih kompetitif dan berdaya saing.

20. PR-1122-L9423 Dato' Haji Abdul Halim Bin Abdul Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah RISDA dan FELCRA boleh memperuntukkan bantuan tanam semula kepada pekebun kecil bagi menyelesaikan masalah ketidakmampuan pekebun kecil membayar premium kepada Kerajaan Negeri.

21. PR-1122-L9236 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan tertentu untuk membuat pemeriksaan serta operasi secara bersepadu terhadap pendatang asing ataupun pelancong asing yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

22. PR-1122-T8844 Datuk Haji Mohd Said bin Haji Yusof [ Jasin ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk mengkaji semula bagi meneruskan Program Bantuan Pengupayaan Persatuan Belia yang telah dihentikan sejak 2 tahun lalu.

23. PR-1122-L8606 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan daripada 165 permohonan dan sejumlah RM6.46 juta Geran Banjir yang diluluskan bagi pengusaha-pengusaha SME di Johor, berapa peratus telah selesai pembayarannya. Jika belum, bila dan apakah langkah-langkah diambil untuk mempercepatkan pembayarannya.

24. PR-1122-L8552 Dato' Markiman Bin Kobiran [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan berapakah bilangan pelancong luar negara yang telah direkodkan melancong ke negara ini bagi suku tahun pertama tahun 2007 dengan membandingkan kehadiran pelancong bagi setiap suku tahun 2006 dan adakah Kementerian yakin akan mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam Program Tahun Melawat Malaysia 2007 (Visit Malaysia Year 2007).

5 AUM DR 10/7/2007 25. PR-1122-L9625 Tuan Wong Nai Chee [ Kota Melaka ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan statistik kes-kes permohonan kewarganegaraan dan permohonan untuk taraf penduduk tetap yang belum diselesaikan sehingga kini mengikut kategori berikut:-

(a) permohonan yang dibuat lebih daripada 5 tahun tapi kurang dari 10 tahun; dan

(b) permohonan yang dibuat lebih daripada 10 tahun.

26. PR-1122-L9377 Dr. Rozaidah Binti Talib [ Ampang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan adakah pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memantau kaedah dan caj yang dikenakan oleh pengendali tempat letak kenderaan awam di sekitar Kuala Lumpur.

27. PR-1122-L8689 Dato' Tan Lian Hoe [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan jumlah usahawan wanita Bumiputera di seluruh negara, mengikut negeri serta kaum dan berapakah di kalangan mereka yang telah mencapai ke peringkat antarabangsa.

28. PR-1122-L8565 Dato' Mohd Zaid Bin Ibrahim [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah benarnya kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang menyebut bahawa undang-undang pilihan raya yang ada sekarang ini sudah lapuk dan ketinggalan zaman dan apakah tindakan Kerajaan dalam hal ini.

29. PR-1122-L8553 Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan :-

a) apakah pendirian Kementerian bahawa kesan sejarah baik atau buruk hanya akan diabadikan apabila ia mencerminkan kejayaan bangsa dan bukan sebaliknya; dan

b) adakah Kementerian akan membuat kajian sejarah di seluruh negara agar penulisan sejarah dibuat dengan betul dan tepat (fakta dan rasionalnya) atau Kementerian hanya akan memperingati kesan kejayaan sahaja dalam pencatatan sejarah negara.

6 AUM DR 10/7/2007 30. PR-1122-L9733 Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan Sarawak dari segi Indeks Komposit Pembangunan (Composite Development Index) dan markah yang dicapai oleh Sarawak atas setiap petunjuk utama (key indicators) dalam Indeks Komposit Pembangunan tersebut jika berbanding dengan negeri-negeri lain.

31. PR-1122-L8730 Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan Kementerian ke atas bank-bank yang mengenakan bayaran kepada penggadai tanah mereka disebabkan oleh penukaran nama bank seperti BBMB kepada BCB kemudian BCN kepada CIMB.

32. PR-1122-L9570 Tuan Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk melebarkan jalan dari persimpangan Kg. Awah ke Bandar Jengka dan ke simpang Jengka 8 di dalam RMK-9.

33. PR-1122-L9401 Dato' Lim Bee Kau [ Padang Serai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah sebuah Sekolah Tamil di kawasan Paya Besar yang telah dipersetujui pembinaan oleh bekas Menteri Pelajaran melalui surat KSU bertarikh 21 Mei 2000 akan dilaksanakan.

34. PR-1122-L9278 Tuan Mohd. Daud Bin Haji Tarihep [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan :-

a) apakah perkembangan cadangan pelantikan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di setiap kawasan Parlimen; dan

b) berapakah jumlah peruntukan bagi setiap tahun yang disalurkan untuk melaksanakan pelbagai program di setiap kawasan Parlimen khususnya di Kuala Selangor.

35. PR-1122-L8781 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah kereta nasional seperti Proton dan Perodua yang dieksport pada setiap tahun dan negara- negara pembeli.

36. PR-1122-L9648 Datuk Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tahap pemantauan terhadap hospital-hospital swasta di negara ini, dan sikap Kementerian berkaitan pengambilan jururawat-jururawat dari luar negara.

7 AUM DR 10/7/2007 37. PR-1122-L9565 Dato' Dr. Wan Hashim Bin Wan Teh [ Gerik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah strategi yang telah dirangka bagi tujuan meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat awam terhadap konsep Islam Hadhari yang pada masa kini dianggap masih belum diterima secara meluas.

38. PR-1122-L9055 Datuk Madius Bin Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah penyiasatan Polis terhadap pelbagai laporan Polis tentang pemberian kad-kad pengenalan yang diragui di oleh Dr. Chong Eng Leong, Datuk Patrick Sindu dan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

39. PR-1122-L9190 Dato' Paduka Badruddin Bin Amiruldin [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah pihak Kementerian mendapat kerjasama yang sepenuhnya dengan Kerajaan- kerajaan negeri bagi mengawal kerosakan dan pencemaran alam sekitar dan apakah dasar-dasar dan peraturan serta penguatkuasaan yang ada sekarang dapat mengawal sepenuhnya alam sekitar yang semakin tercemar.

40. PR-1122-L9607 Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah pembangunan koridor timur seperti yang diumumkan dalam bajet 2007 akan dilaksanakan.

41. PR-1122-L9763 Dato' Tengku Putera bin Tengku Awang [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-

a) adakah Kementerian bercadang menggubal satu garis panduan bagi memastikan berus lukisan yang digunakan oleh pelajar-pelajar hendaklah mendapat pengesahan oleh Jabatan Kimia dan bebas dari bulu khinzir; dan

b) adakah Kementerian bercadang menggubal satu garis panduan mengenai penggunaan produk halal dan haram di sekolah.

42. PR-1122-L9021 Dato' Hashim Bin Jahaya [ Kuala Kedah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian bagi meningkatkan prestasi dan menambah kejayaan dalam semua bidang sukan negara.

8 AUM DR 10/7/2007 43. PR-1122-L9312 Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-

a) apakah bukti-bukti bahawa 38 orang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang telah dikenal pasti berkempen untuk pembangkang dalam pilihan raya kecil Machap dan Ijok ; dan

b) sila nyatakan universiti para pelajar tersebut.

44. PR-1122-L8949 Dato' Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Kementerian akan melaksanakan pendaftaran e-plate dan projek e-camera di jalan-jalan di seluruh negara.

45. PR-1122-L9023 Dato' Ismail Sabri Bin Yaakob [ Bera ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlah serta senarai projek yang bermasalah setelah disiapkan dan jumlah kewangan yang ditanggung oleh pihak Kerajaan bagi membaik pulih projek-projek tersebut bagi tahun 2003- 2007.

46. PR-1122-L9393 Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang dijalankan dalam mengatasi ponteng sekolah oleh pelajar-pelajar sekolah dan adakah ponteng sekolah itu serius di negara kita.

47. PR-1122-L8960 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah dan peratusan pelajar tiap-tiap tahun semenjak 2002 dari Sarawak yang tidak dapat menghadiri temu duga untuk masuk ke IPTA. Apakah sebab-sebab mereka ini tidak dapat menghadiri temu duga tersebut.

48. PR-1122-L9192 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Mahkamah Malam yang bersidang di Kuching, Sarawak dapat diperluaskan ke negeri lain seperti di Sabah bagi mengatasi kes-kes yang banyak tertunggak.

49. PR-1122-L8619 Tuan Haji Ismail Bin Noh [ Pasir Mas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk mengadakan kereta api laju dari Pantai Timur ke Pantai Barat, jikalau ada bilakah perlaksanaannya.

9 AUM DR 10/7/2007 50. PR-1122-L9111 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan penyenaraian dan penilaian kedudukan taraf IPTA negara kita di peringkat dunia. Bagaimanakah kaedah penanda aras atau ‘benchmarking’ yang menepati piawaian dan pengiktirafan antarabangsa akan dilaksanakan untuk memastikan produk pendidikan dapat diterima di peringkat global.

51. PR-1122-L9460 Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-

a) adakah Kerajaan bercadang untuk menggunakan sistem talian grid elektrik di kawasan-kawasan luar bandar terutamanya daerah Kinabatangan; dan

b) apakah usaha Kerajaan untuk menyalurkan bekalan paip air bersih ke kawasan-kawasan pedalaman seperti Kg. Tanjung Aru, Kg. Lubukan, Kg. Sentosa Jaya, Kg. Batu Putih, Kg. Paris dan banyak lagi kampung di daerah Kinabatangan.

52. PR-1122-L9482 Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail [ Arau ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah status terbaru teknologi Hydroxene yang pernah diberitakan satu masa dahulu untuk industri kereta tempatan.

53. PR-1122-L9154 Tuan Jimmy Donald [ Sri Aman ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan berapa luas dan di manakah kawasan- kawasan yang harus diberi perkhidmatan yang penuh oleh posmen- posmen di Sabah dan Sarawak khususnya. Mengapa penduduk- penduduk di Kampung Sabu dan Temudok di kawasan Sri Aman yang hanya empat kilometer dari Bandar Sri Aman tidak pernah dikunjungi oleh posmen.

54. PR-1122-L8628 Dato' Dr Wan Azmi Bin Wan Ariffin [ Sik ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk membanteras secara keseluruhan Pendatang Asing Tanpa Izin yang boleh menggugat keselamatan negara.

55. PR-1122-L8522 Datuk Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rasional terhadap keputusan Kerajaan membenarkan Fax menghentikan perkhidmatannya untuk laluan udara di pedalaman Sabah dan Sarawak. Apakah kesan penarikan ini terhadap rasionalisasi penerbangan udara dan apa jaminan bahawa Firefly tidak akan melakukan tindakan yang sama setelah unjuran keuntungan mereka tidak tercapai.

10 AUM DR 10/7/2007 56. PR-1122-L8648 Dato' Yap Pian Hon [ Serdang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

a) apakah sebabnya pemaju perumahan Port City Holding Sdn Bhd telah dibubarkan (Winding up); dan

b) bila Sijil Kelayakan Menduduki (CF) dan hak milik individu di Taman Cheras Prima yang dimajukan oleh Port City Holding Sdn Bhd akan dapat dikeluarkan.

57. PR-1122-L9539 Tuan Shim Paw Fatt [ Tawau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah dasar Kerajaan mengenai ‘Stateless Street Children’ memandangkan ramainya mereka yang terdapat di negeri Sabah.

58. PR-1122-L9314 Dato' Wan Adnan Bin Wan Mamat [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar.

59. PR-1122-L9375 Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pihak Kerajaan akan memansuhkan Perkara 121 (1A), Perlembagaan Persekutuan yang telah membawa kepada pelbagai kontroversi dan adalah tidak adil kepada penduduk negara ini.

60. PR-1122-L8719 Dato' Firdaus bin Harun [ Rembau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan nilai pelaburan Petronas di luar negeri mengikut negara dan bidang pelaburan yang diceburi serta jumlah keuntungan Petronas setiap tahun sejak tahun 2000 hingga 2006.

61. PR-1122-L8864 Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan tempat kursus pengajian mengikut IPTA yang telah ditawarkan kepada lepasan STPM dan Matrikulasi pada tahun 2006 dan akan ditawar kepada pemohon 2007. Berapa pula PNGK minima bagi setiap kursus mengikut IPTA pada tahun 2006.

62. PR-1122-L8707 Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapakah Akta Orang Kurang Upaya masih belum dibentangkan di Parlimen dan nyatakan apakah kesulitan yang dihadapi untuk mempercepatkan pembentangan akta berkenaan.

11 AUM DR 10/7/2007 63. PR-1122-L8761 Tuan Razali Bin Haji Ibrahim [ Muar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan stok kereta terpakai di negara ini yang kini dianggar sebanyak 600,000 unit atau nilai pasaran sebanyak RM12 bilion.

64. PR-1122-L9264 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan senarai bangunan Kerajaan yang diselenggarakan oleh JKR dan jumlah kos penyelenggaraan setiap tahun dan senarai bangunan Kerajaan yang bukan diletakkan di bawah tanggungjawab penyelenggaraan JKR.

65. PR-1122-L9755 Datuk Dr. Yee Moh Chai [ ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai rancangan untuk mendirikan universiti baru di Sabah.

66. PR-1122-L8657 Datuk Astaman Bin Abdul Aziz [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah status perolehan senjata api jenis raifal Colt M4 untuk Tentera Darat Malaysia yang telah diumumkan pada April 2006 serta menyatakan sama ada terdapat kelewatan di dalam pembelian dan penghantaran senjata api tersebut setakat 30hb April 2007.

67. PR-1122-L9624 Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan bagaimanakah perkembangan terhadap kes yang dilaporkan di bawah Repot No. Dang Wangi 18748/01 dan 138/2001 siasatan Jenayah Perdagangan IPK Kuala Lumpur.

68. PR-1122-L8696 Tan Sri Law Hieng Ding [ Sarikei ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Ke-3 (IMP3) mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan. Jika ya, sila nyatakan apakah kemajuan pelaksanaan yang dicapai pada masa kini. Jika tidak, apakah penyebab- penyebab kelewatan pelaksanaan tersebut serta langkah-langkah penyelesaian yang diambil.

69. PR-1122-L9517 Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar yang diterima masuk bagi kursus kritikal (seperti Perubatan, Undang-undang, Kejuruteraan dan sebagainya) di semua universiti tempatan. Sila beri pecahan mengikut bangsa dan Universiti.

12 AUM DR 10/7/2007 70. PR-1122-L9678 Tuan Donald Peter Mojuntin [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah jenis ‘Vendor Development’ Program (VDP) yang dilaksanakan oleh PETRONAS dan bagaimanakah ia dapat membawa manfaat kepada pengusaha-pengusaha minyak dan gas.

71. PR-1122-L8637 Tuan Chong Hon Min [ ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan dan nama sekolah rendah kebangsaan, SJK(C) dan SJK(T) yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid di Sabah dan langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi mengatasi masalah ini serta jangka masa yang diperlukan.

72. PR-1122-L9493 Tuan Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

a) adakah Kementerian bercadang memberi peluang kepada orang tempatan terlebih dahulu dalam membuat pekerjaan tertentu sebelum menggunakan tenaga kerja luar sebagai pembantu rumah; dan

b) sama ada Kementerian dapat menangani masalah penjagaan kanak-kanak yang ibu bapa bekerja dengan mewajibkan majikan menyediakan perkhidmatan menjaga anak di tempat kerja.

------

13 AUM DR 10/7/2007

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 21/2007) Rang Undang-undang Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (9 Julai 2007)

2. (D.R. 36/2007) Rang Undang-undang Pilihan Raya Bacaan (Pindaan) 2007 Kali Yang Kedua 3. (D.R. 34/2007) Rang Undang-undang Bank Islam “ (Pindaan) 2007

4. (D.R. 35/2007) Rang Undang-undang Takaful (Pindaan) “ 2007

5. (D.R. 31/2007) Rang Undang-undang Bil Pertukaran “ (Pindaan) 2007

6. (D.R. 30/2007) Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja “ (Pindaan) 2007

7. (D.R. 32/2007) Rang Undang-undang Perhubungan “ Perusahaan (Pindaan) 2007

8. (D.R. 33/2007) Rang Undang-undang Pembangunan “ Sumber Manusia Berhad (Pindaan) 2007

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan oleh subseksyen (2), Seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah-Perintah Kastam seperti berikut :

(i) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN Dan Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) 2007 - P.U. (A) 116 bertarikh 15 Mac 2007;

ii) Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan Sementara) (Pindaan) 2007 – P.U. (A) 127 bertarikh 22 Mac 2007; dan

iii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Di Bawah Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Komprehensif Di Antara Kerajaan Negeri-Negeri Asia Tenggara Dan Republik Korea) 2007 – P.U. (A) 209 bertarikh 31 Mei 2007.

14 AUM DR 10/7/2007

Yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas-kertas statut bil. ST.156, ST.157 dan ST.158 tahun 2007 disahkan”.

10. PR-1122-U8507 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini mengambil maklum bahawa, sungai-sungai merupakan sumber bekalan air terpenting negara.

Dan mengambil maklum bahawa pencemaran sungai-sungai di negara ini semakin serius, malahan kempen Selamatkan Sungai Kita anjuran Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar dianggap gagal, di mana terdapat sungai-sungai yang sudah dianggap mati.

Dan mengambil maklum bahawa, hakisan sungai menjadi sangat serius pada ketika ini kerana tiadanya sokongan aur-aur pepohon di tebing- tebing sungai, disebabkan pokok-pokok ditebang secara diskriminasi.

Dan mengambil maklum juga, bahawa tepi-tepi pantai juga tidak terkecuali daripada hakisan, yang sebahagian besar disebabkan oleh aktiviti manusia.

Maka dengan ini dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk meminda atau menggubal akta atau pun peraturan bagi memastikan semua pihak, mahu pun pihak berkuasa tempatan, pemaju atau orang perseorangan, yang memajukan kawasan berdekatan dengan tebing sungai dan tepi pantai, hendaklah mengekalkan tanah simpanan tebing sungai dan tepi pantai, selain daripada menanam pokok-pokok."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

11. PR-1122-U8510 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa dewan ini mengambil maklum bahawa sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar bahawa bekalan air mentah terawat berkurangan dan ada kalanya menjadi kritikal terutama sekali di musim kemarau yang panjang.

Dan mengambil maklum bahawa kebanyakan pengguna selalu membazir air terawat untuk menyiram bunga, mencuci kereta dan lain-lain lagi.

Dan juga mengambil maklum bahawa negara kita juga mempunyai taburan hujan yang tinggi dan agak kerap sepanjang tahun.

Dan juga mengambil maklum bahawa sejak kebelakangan ini, negara kita sering dilanda banjir kilat kerana sistem perparitan dan sungai-sungai tidak lagi dapat menampung jumlah air hujan yang besar.

15 AUM DR 10/7/2007 Maka dengan ini dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menggubal satu akta atau peraturan yang memastikan semua pembangunan baru menyediakan tangki-tangki atas atau bawah tanah untuk tujuan menuai dan menyimpan air hujan, untuk tujuan-tujuan lain selain daripada untuk digunakan sebagai bekalan air untuk makan dan minum selain dapat mengelakkan banjir kilat."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

12. PR-1122-U8513 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini mengambil maklum bahawa parit-parit terbuka sering menjadi tempat pembuangan sampah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Dan mengambil maklum bahawa sering kali parit-parit ini tersumbat dan Kerajaan dipersalahkan.Dan mengambil maklum bahawa sampah-sampah ini akan hanyut ke muara sungai dan akhirnya ke laut dan kini telah menjadi masalah pencemaran yang serius.

Maka dengan ini dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan meminda akta atau peraturan bahawa, semua sistem perparitan akan datang hendaklah dibina di bawah tanah (sistem perparitan bawah tanah) dan dipasang siap dengan perangkap sampah bagi mengatasi masalah pencemaran laut dan seterusnya menjimatkan kos pengendalian parit-parit dan pemuliharaan laut."

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

13. PR-1122-U8951 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan dengan seriusnya agar pihak Kerajaan mempertingkat pemantauan dan penguatkuasaan undang- undang kepada penceroboh-penceroboh di perairan lautan kita agar penangkapan ikan serta kedatangan pendatang tanpa izin dapat ditangani".

(Perdana Menteri)

14. PR-1122-U8952 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil kedudukannya yang serius dalam menjalankan tafsiran undang-undang dan peraturan keluarga syariah dengan undang-undang serta peraturan Adat Mahkamah Anak Negeri dalam percanggahan kerumitan menjalankan keputusan undang-undang tafsiran Anak Angkat serta tuntutan pembahagian harta pusaka dan pencarian ini mengakibatkan persaudaraan adik-beradik yang berbilang anutan agama masing-masing tidak dapat penentuan hak".

(Perdana Menteri) 16 AUM DR 10/7/2007

15. PR-1122-U8953 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan dengan seriusnya untuk membincangkan agar demi untuk keunikan perpaduan Negara Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum dan berbilang kepercayaan agama sebagai Bangsa Malaysia yang berdaulat dan menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara dapat meneruskan membincang dan mengukuhkan persefahaman kerohanian dengan lapisan pemimpin yang bersemangat keadilan dan kesetiaan sesama".

(Perdana Menteri)

16. PR-1122-U9121 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini membuat ketetapan agar pembelian saham untuk mengambil alih RHB tidak dijadikan sebagai satu ‘precedent’ bagi KWSP mengambil alih institusi lain kerana fungsi dan objektif KWSP adalah menjaga kepentingan rakyat yang menjadi pencarum KWSP serta mentadbir urus tabung KWSP dengan berhemah."

(Menteri Kewangan)

17. PR-1122-U9124 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menggesa pihak institusi pentadbiran Kerajaan mewujudkan kelas pendidikan khas, kemudahan dan infrastruktur mesra OKU di semua sekolah supaya kanak-kanak istimewa atau khas tempatan dapat menerima pendidikan di sekolah yang berhampiran dengan tempat kediaman mereka."

(Menteri Pelajaran)

18. PR-1122-U9288 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk membenarkan siaran langsung sidang melalui televisyen supaya rakyat boleh menonton ucapan para Ahli Yang Berhormat dan proses Dewan Rakyat membuat keputusan terhadap dasar dan undang-undang. "

(Perdana Menteri)

17 AUM DR 10/7/2007

19. PR-1122-U9289 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan demi menjadikan perkhidmatan Kerajaan Tempatan di negara kita lebih berkesan di samping memulangkan hak kepada rakyat untuk memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan. "

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

20. PR-1122-U9291 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak Kerajaan untuk melaksanakan Kempen Kitar Semula dan Kempen Pengurangan Penggunaan Plastik dengan lebih gigih demi memelihara kebersihan alam sekitar. "

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

21. PR-1122-U9292 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993 sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Dunia Pertama. "

(Perdana Menteri)

22. PR-1122-U9293 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini menyokong cadangan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB. Perdana Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC). "

(Menteri Keselamatan Dalam Negeri)

18 AUM DR 10/7/2007

23. PR-1122-U9467 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini membuat ketetapan memberi kuasa kepada Jawatankuasa Dewan untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat supaya Jawatankuasa ini boleh menyiasat permasalahan kebocoran teruk Bangunan Parlimen setelah membelanjakan RM90 juta bagi tujuan pengubahsuaian baru-baru ini. Majlis hendaklah memperbahaskan tanggungjawab Jawatankuasa ini untuk mengendalikan segala perkara berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan yang terdapat bagi Ahli-ahli Majlis. "

(Perdana Menteri)

24. PR-1122-U9470 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini membuat ketetapan untuk mendebatkan isu kecacatan seperti kebocoran bangunan-bangunan awam misalnya di Putrajaya dan Kompleks Mahkamah di Kuala Lumpur walaupun pembinaannya baru disiapkan. Bahawa Majlis hendaklah memperbincangkan objektif Kementerian Kerja Raya dalam perancangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan- kemudahan awam termasuk bangunan-bangunan."

(Menteri Kerja Raya)

19 AUM DR 10/7/2007

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN TARIKH 2007 RISALAT/DOKUMEN DIBENTANGKAN

ST.115 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga 10 Julai 2007 Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Bagi Tahun 2005 (Telah Diaudit)

ST.161 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan 10 Julai 2007 Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Bagi Tahun 2006 (Telah Diaudit)

CMD.8 Laporan Tahunan Suruhanjaya Pasukan Polis Bagi 10 Julai 2007 Tahun 2006.

20 AUM DR 10/7/2007

UCAPAN PENANGGUHAN

TARIKH AHLI YANG BERUCAP TAJUK UCAPAN MENTERI YANG UCAPAN BERTANGGUNGJAWAB DIBUAT

1. 10.7.2007 1. YB. Puan Teresa Kok Suh 1. Ancaman Cyanide yang 1. YB. Menteri Sumber (Selasa) Sim (Seputeh) digunakan dalam proses Asli dan Alam Sekitar pemisahan emas di Bukit Koman, di negeri Pahang.