Etnaskhah Sahih/Bahasa Malaysia

Etnaskhah Sahih/Bahasa Malaysia

MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURANN URUSAN MESYUARAT ETNASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 10 JULAI 2007, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 42 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1122-L9095 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan dengan pembelian 18 pesawat pejuang Sukhoi membabitkan kos perbelanjaan kira-kira RM3.4 bilion. Apakah keselamatan negara terancam dan apakah pelan strategi Kementerian dalam usaha memperkasakan pertahanan negara. 2. PR-1122-L9224 Datuk Ismail Bin Abd. Mutalib [ Maran ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah tangkapan yang melibatkan nelayan-nelayan asing yang menceroboh perairan negara dan berapakah jumlah kerugian yang dialami oleh negara serta jumlah denda yang telah dikutip daripada kegiatan ini. 3. PR-1122-L8815 Dato' Chor Chee Heung [ Alor Star ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah perbezaan di antara Majlis Perbandaran/Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Bandar Raya dari segi pembahagian/pengagihan peruntukan pembangunan dan mengurus dari Kerajaan Pusat. Apakah jumlah peruntukan yang telah diserahkan kepada kedua-dua jenis majlis tersebut pada tahun 2005 dan 2006 di negara ini. 4. PR-1122-L9138 Dato' Ir. Shaari Bin Hassan [ Tanah Merah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah keluasan kawasan Sokor yang digondol dan apakah kesan kepada kejadian banjir di kawasan sekitar serta negeri Kelantan amnya apabila banjir berlaku. 2 AUM DR 10/7/2007 5. PR-1122-L9260 Datuk Richard Riot Ak. Jaem [ Serian ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan rancangan Kementerian untuk memastikan industri lada tidak lupus. 6. PR-1122-L9473 Datuk Ir. Hasni Bin Haji Mohammad [ Pontian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah ulama mengambil masa hampir setahun untuk memberikan jawapan kepada persoalan angkasawan kita sukar menentukan kiblat untuk bersembahyang dan makanan yang dibekalkan tidak mematuhi piawaian halal. 7. PR-1122-L9719 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha bersepadu yang telah dijalankan untuk membendung peningkatan kes jenayah di negara ini. 8. PR-1122-L9584 Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah nilai zakat yang telah dipungut mengikut tahun dan negeri dari tahun 2000 hingga 2006. 9. PR-1122-L8889 Dato' Che Min bin Che Ahmad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan persepsi masyarakat, ahli akademik dan pentadbir universiti terhadap pertukaran nama Kolej Universiti kepada universiti dilaksanakan dan kesannya terhadap pembangunan modal insan. 10. PR-1122-L8965 Tuan Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) memandangkan kenderaan terpakai akan diwajibkan membuat pemeriksaan di PUSPAKOM mulai 1 Julai, berapakah jumlah kenderaan umum dan komersial di Malaysia pada tahun 2006 dan jumlah yang telah bertukar hak milik; dan (b) langkah-langkah yang perlu bagi memastikan PUSPAKOM dapat memenuhi permintaan. 11. PR-1122-L9748 Tuan Devamany A/L S. Krishnasamy [ Cameron Highlands ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah akta dan perundangan yang telah dikaji semula dan digubal untuk menjamin kesejahteraan alam dan hutan di Malaysia pada tahun 2005 hingga 2007. Apakah usaha Kementerian untuk menjaga sumber air di tanah tinggi seluruh negara khususnya di Cameron Highlands. 3 AUM DR 10/7/2007 12. PR-1122-L9590 Datuk Haji Md. Alwi Bin Haji Che Ahmad [ Ketereh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk mengkaji semula kaedah-kaedah penentuan tindakan tatatertib terhadap guru-guru yang tidak bertanggungjawab seperti membuat gangguan seksual kepada murid-murid mereka memandangkan kaedah sekarang mengambil masa yang terlalu lama dan tidak berkesan. 13. PR-1122-L8820 Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [ Sungai Petani ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan peruntukan dan pengagihan bagi usaha-usaha penyelenggaraan, pemulihan, serta peningkatan prasarana pengajaran dan pembelajaran di IPTA selari dengan hasrat menjadikan universiti tempatan bertaraf dunia. 14. PR-1122-L9775 Puan Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berikutan sejak akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan penularan penyakit berjangkit seperti penyakit TB dan juga Malaria, bolehkah pihak Kementerian memberikan anggaran peratus pesakit yang telah dijangkiti oleh penyakit ini. Apakah tindakan susulan yang telah diambil oleh pihak Kementerian bagi menangani masalah ini. 15. PR-1122-L9163 Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan hospital-hospital baru Kerajaan yang lewat disiapkan dan senaraikan hospital baru yang menghadapi masalah kerana kelemahan pembinaan. Nyatakan jenis-jenis masalah yang dihadapi dan bagaimana ia telah menyusahkan Kementerian untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat. 16. PR-1122-L9669 Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah guru sekolah kebangsaan yang telah dilatih dan berapakah di antara mereka yang dilatih tersebut yang dinilai sebagai sesuai dan telah ditempatkan di sekolah kebangsaan. 17. PR-1122-L8908 Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah proaktif bagi mengurangkan kesan gangguan sistem LRT Putra dan LRT Ampang - Sri Petaling yang telah beroperasi sejak 10 tahun lalu. 18. PR-1122-L8586 Tan Sri Dr. Ting Chew Peh [ Gopeng ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada benar bakal pelanggan sering diberitahu pesawat MAS sudah penuh (tiada kekosongan tempat) walhal masih ada banyak lagi kekosongan tempat apabila pesawat berkenaan berlepas ke destinasinya. 4 AUM DR 10/7/2007 19. PR-1122-L8962 Tuan Syed Hood Bin Syed Edros Alhaj [ Parit Sulong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan dalam pelaksanaan penstrukturan semula pemegang lesen kontraktor kelas F dan langkah yang akan dilakukan bagi memastikan pemegang lesen kelas F (bumiputera) lebih kompetitif dan berdaya saing. 20. PR-1122-L9423 Dato' Haji Abdul Halim Bin Abdul Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah RISDA dan FELCRA boleh memperuntukkan bantuan tanam semula kepada pekebun kecil bagi menyelesaikan masalah ketidakmampuan pekebun kecil membayar premium kepada Kerajaan Negeri. 21. PR-1122-L9236 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan tertentu untuk membuat pemeriksaan serta operasi secara bersepadu terhadap pendatang asing ataupun pelancong asing yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan. 22. PR-1122-T8844 Datuk Haji Mohd Said bin Haji Yusof [ Jasin ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk mengkaji semula bagi meneruskan Program Bantuan Pengupayaan Persatuan Belia yang telah dihentikan sejak 2 tahun lalu. 23. PR-1122-L8606 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan daripada 165 permohonan dan sejumlah RM6.46 juta Geran Banjir yang diluluskan bagi pengusaha-pengusaha SME di Johor, berapa peratus telah selesai pembayarannya. Jika belum, bila dan apakah langkah-langkah diambil untuk mempercepatkan pembayarannya. 24. PR-1122-L8552 Dato' Markiman Bin Kobiran [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan berapakah bilangan pelancong luar negara yang telah direkodkan melancong ke negara ini bagi suku tahun pertama tahun 2007 dengan membandingkan kehadiran pelancong bagi setiap suku tahun 2006 dan adakah Kementerian yakin akan mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam Program Tahun Melawat Malaysia 2007 (Visit Malaysia Year 2007). 5 AUM DR 10/7/2007 25. PR-1122-L9625 Tuan Wong Nai Chee [ Kota Melaka ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan statistik kes-kes permohonan kewarganegaraan dan permohonan untuk taraf penduduk tetap yang belum diselesaikan sehingga kini mengikut kategori berikut:- (a) permohonan yang dibuat lebih daripada 5 tahun tapi kurang dari 10 tahun; dan (b) permohonan yang dibuat lebih daripada 10 tahun. 26. PR-1122-L9377 Dr. Rozaidah Binti Talib [ Ampang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan adakah pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memantau kaedah dan caj yang dikenakan oleh pengendali tempat letak kenderaan awam di sekitar Kuala Lumpur. 27. PR-1122-L8689 Dato' Tan Lian Hoe [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan jumlah usahawan wanita Bumiputera di seluruh negara, mengikut negeri serta kaum dan berapakah di kalangan mereka yang telah mencapai ke peringkat antarabangsa. 28. PR-1122-L8565 Dato' Mohd Zaid Bin Ibrahim [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah benarnya kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang menyebut bahawa undang-undang pilihan raya yang ada sekarang ini sudah lapuk dan ketinggalan zaman dan apakah tindakan Kerajaan dalam hal ini. 29. PR-1122-L8553 Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan :- a) apakah pendirian Kementerian bahawa kesan sejarah baik atau buruk hanya akan diabadikan apabila ia mencerminkan kejayaan bangsa dan bukan sebaliknya; dan b) adakah Kementerian akan membuat kajian sejarah di seluruh negara agar penulisan sejarah dibuat dengan betul dan tepat (fakta dan rasionalnya) atau Kementerian hanya akan

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    20 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us