AUM DR 13 Oktober 08.Pdf
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 13 OKTOBER 2008, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 44 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1213-L16296 Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan yang diambil oleh Kerajaan bagi memusnahkan beg-beg yang mengandungi undi-undi pos yang dijumpai di Sungai Menggatal di Sabah. Bagaimanakah insiden sedemikian akan menjejaskan imej negara kita dalam mengadakan suatu pilihan raya yang adil dan bersih. 2. PR-1213-L15995 Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan ancaman atau serangan ke atas ekonomi negara setiap 10 tahun sekali. Siapakah pihak yang terlibat, apakah kehilangan wang negara dan apakah langkah balasan yang boleh diambil terhadapnya. Apakah kesan serangan 10 tahun lepas dan kehilangan yang dihadapi pada masa itu. 3. PR-1213-L14686 Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah drastik yang diambil oleh Kerajaan dalam memastikan industri padi dan beras negara dapat dipertingkatkan dalam memastikan stok penimbal (stockpile) makanan negara sentiasa mencukupi. 4. PR-1213-L15252 Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan bagaimana kadar inflasi naik pada kadar tertinggi sejak 26 tahun iaitu 7.7 peratus pada bulan Jun tidak menjadikan rakyat berpendapatan rendah sebagai mangsa utama kerana dibuat berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPI) yang tidak memasukkan barangan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 dan Perintah Kawalan Harga (Barang-barang Harga Terkawal) 2000 ke dalam 'bakul' pengiraan angka tunjuk CPI. 2 AUM DR 13/10/2008 5. PR-1213-L14846 Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan usaha untuk merapatkan 'jurang digital' di luar bandar khususnya cadangan untuk memperkenalkan komputer murah yang dikenali sebagai 'komputer mak cik'. 6. PR-1213-L15307 Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah acara sukan yang ditandingi oleh pasukan Malaysia yang beraksi dengan cemerlang di Asia dan juga di pentas dunia. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk mengekalkan status ini, juga nyatakan berapa banyakkah wang yang telah dibelanjakan untuk perkara ini. 7. PR-1213-L16399 Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan destinasi pelancongan yang paling popular dan dapat menarik bilangan pelancong teramai mengikut negeri- negeri serta jumlah hasil pendapatan yang diperolehi daripada industri ini. 8. PR-1213-L15253 Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah mangsa culik kanak-kanak yang masih belum ditemui. 9. PR-1213-L15102 Puan Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah pemantauan Kerajaan terhadap SMS dan muat turun hadis yang ketulenan serta kesahihannya boleh diragui dan mengelirukan umat Islam. 10. PR-1213-L15015 Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah pencapaian program Pembangunan Keteknousahawanan merujuk dua program berikut :- (a) Program Inkubator Teknologi; dan (b) Program Pemerolehan Teknologi. 11. PR-1213-L16282 Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :- (a) berapakah jumlah Kolej Komuniti di seluruh negara; dan (b) sumbangannya terhadap pembangunan negara. 3 AUM DR 13/10/2008 12. PR-1213-L16403 Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan cadangan-cadangan spesifik untuk mengendalikan masalah kerja untuk pekerja-pekerja Malaysia apabila berlakunya suatu kegawatan ekonomi. 13. PR-1213-L16123 Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian akan menyediakan peralatan yang secukupnya kepada pelajar-pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan tenaga-tenaga pengajar mengikut nisbah pelajar. 14. PR-1213-L15775 Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah ketua jabatan di semua agensi dan jabatan di seluruh negara, dan daripada jumlah itu berapa dari kalangan bukan Bumiputera. 15. PR-1213-L15661 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk membuka pusingan 'U' di Lebuh Raya New Expressway (NPE) berhampiran tol Taman Medan sebagaimana yang diminta oleh penduduk setempat, yang mana ini akan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di Taman Dato' Harun. 16. PR-1213-L15660 Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :- (a) adakah Kerajaan bercadang untuk memberi subsidi minyak kepada feri-feri penumpang dan bot-bot kargo yang berulang-alik antara pulau-pulau seperti Langkawi, Labuan, Pangkor dan Tioman ke Tanah Besar di Malaysia supaya tambang terus stabil dan tidak dinaikkan; dan (b) jika ya, bilakah ianya akan dilaksanakan. 17. PR-1213-L16444 Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan secara jelas dan terperinci langkah-langkah spesifik dan pendekatan yang diambil oleh pihak Kementerian untuk menyelesaikan masalah projek rumah terbengkalai di seluruh negara dan berapakah projek yang telah diselamatkan di Negeri Sembilan. 4 AUM DR 13/10/2008 18. PR-1213-L14723 Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah kelemahan yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa EU (Kesatuan Eropah) apabila EU membatalkan import ikan tempatan dan makanan laut baru-baru ini dan berapakah kerugian akibat daripada pembatalan tersebut. 19. PR-1213-L15539 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan bilangan bantahan yang diterima Deraf Pelan Bandar Raya KL2020 dan undang-undang (legality) untuknya. Bagaimana beliau dapat mempertahankan dasar pertambahan 600,000 atau lebih penduduk KL dan kemudahan-kemudahan termasuk tempat letak kereta dan pengangkutan awam yang sesuai dengan bandar raya bertaman tropika bertaraf dunia lagi bercahaya. 20. PR-1213-L14908 Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tindakan Kementerian ini untuk memastikan hasil pertanian dan ternakan tidak tergugat akibat kenaikan harga baja serta makanan yang melambung tinggi dan sama ada Kerajaan berusaha untuk mempertingkatkan penggunaan baja alternatif. 21. PR-1213-L15496 Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jumlah unit kereta, mengikut pecahan model dan nilai pasaran, yang telah dijual oleh Proton sejak Jun 2005 hingga Jun 2008 dan banyak manakah inventori yang dipegang purata setiap bulan. 22. PR-1213-L15145 Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kerajaan memberi subsidi minyak diesel kepada penternak ikan hiasan untuk menjana kuasa elektrik memandangkan industri ini merupakan salah satu industri yang dititik-beratkan dalam RMK9. 23. PR-1213-L14657 Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana penglibatan syarikat Bumiputera berbanding dengan bukan Bumiputera bersama Proton dalam menjayakan pengeluaran kereta nasional. Bagaimanakah prestasi Proton dibandingkan dengan Perodua sejak model Persona dan Saga dilancarkan. 5 AUM DR 13/10/2008 24. PR-1213-L14957 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :- (a) apakah rancangan Kementerian untuk memajukan bidang sukan supaya lebih menarik minat golongan belia untuk menyertainya; dan (b) adakah pihak Kementerian mempunyai peruntukan supaya penyertaan para belia ini dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih membanggakan serta menyerlah. 25. PR-1213-L15221 Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah pelarian yang berdaftar (refugees and asylum seekers) dengan UNCHR mengikut negara asal mereka dan apakah komitmen-komitmen Kerajaan terhadap mereka. 26. PR-1213-L15317 Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah tindakan susulan berikutan rasa tidak puas hati Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap penjelasan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) berhubung pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang melibatkan kos terlalu tinggi di mana Pengerusi PAC ketika itu, Datuk Shahrir Abdul Samad menyatakan, bukan sahaja jawapan kepada pelbagai persoalan gagal diperolehi malah semakin banyak persoalan yang berbangkit terutama berhubung prosedur kewangan. 27. PR-1213-L16064 Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk memilih segera sebuah sekolah di Pasir Mas sebagai sekolah kluster memandangkan di Pasir Mas terdapat sekolah-sekolah yang layak seperti Sek. Keb. Sultan Ibrahim 1 dan Sek Men. Perempuan Pasir Mas. 28. PR-1213-L15098 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan cukai 'windfall' yang dikenakan ke atas IPP Pengeluar Tenaga bebas ke atas pasaran kewangan, terutamanya pasaran ekuiti dan bon. 29. PR-1213-L14875 Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengapakah para nelayan dari masyarakat India menghadapi kesukaran untuk mendapatkan lesen