Kemangkatan HRH Raja Ashman Shah

Shaykh Hj Mohammad Adil Al-Haqqani An-, Sohbah pada 30hb Mac 2012.

Kami akan melakukan solat Jenazah khusus buat HRH Raja Ashman, untuk Almarhum Ashman Effendi Hz, niat solat Jenazah ini khusus buat beliau inshaAllah. Fatiha untuk Ruh beliau. Ada yang bertanya, bagaimana kami mengenali beliau.

Alhamdulillah kami mengenalinya sebagai seorang Mukmin, seorang Muslim, dan kami menyaksikan ini, di sisi Allah. Adakah kamu menyaksikan bahawa beliau seorang Mukmin dan Muslim? (Ya). Al Fatiha.

Audhu Billahi min ash-shaytan ar-rajim, Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Assalatu wa s-salamu ala Rasulina Muhammad, Sayyidil Awwalin wal-Akhirin. Madad Ya RasulAllah, Madad Ya Shaykh Nazim al Haqqani. Dastur!

Tariqatuna sohbah wa l-khayri fi jami'a - Jalan kami adalah melalui suhbah, dan setiap pergaulan membawa kebaikan, insha Allah. Sebenarnya, kami telah merancang untuk menyampaikan sebuah Suhbah yang lain hari ini, tetapi dengan kehendak Allah, (telah terjadi sesuatu yang amat menyedihkan). Beliau, (Shaykh Raja Ashman) adalah seorang yang amat disayangi oleh Maulana. Beliau adalah manusia yang sempurna, yang memiliki adab, sifat belas kasihan, dan sifat rendah diri.

Raja Ashman Effendi, dengan kehendak Allah, telah mangkat dengan tiba2. Beliau mangkat pada usia 52 tahun. Semoga Allah memberikan nya Syurga. Beliau mangkat pada usia 52 tahun, begitu juga dengan Maulana Khalid Baghdadi Dhul-Janahayn yang merupakan seorang Awliya yang besar. Beliau adalah ulama Shari'at dan Wali dalam jalan tariqat, beliau digelar Dhul-Jahanayn - yang memiliki dua sayap. Beliau mempunyai dua sayap, satu sayap Shariat dan satu lagi sayap Tariqat. Beliau juga wafat pada usia yang sama, 52 tahun. Beliau (HRH Raja Ashman) juga sepertinya, tidak diragui yang beliau adalah dari wali2 besar juga.

Seluruh Timur, Asia Tenggara - seluruhnya berada dibawah jagaan beliau – Raja Ashman adalah Shaykh bagi mereka semua di negara2 yang tersebut, Maulana yang telah memberikan beliau tugas itu. Kawasan Asia Tenggera, sebelum perlantikan Shaykh Raja, tidak mengenali perjalanan Tariqat Naqshbandi. Mereka berbuat sesuka hati mereka. Dengan barakah beliau (HRH Raja Ashman) semua itu telah berubah.

Nenek moyang Almarhum yang mulia, juga adalah dari golongan yang baik. Mereka adalah Sultan tetapi bersifat sangat tawadduk. Kami sekeluarga pernah menziarahi maqam2 di Raja (di

www.saltanat.org Page 1

Kuala Kangsar) juga. (Keluarga di Raja ) telah membina sebuah Mesjid yang amat indah di sana, (Mesjid Ubudiah). Tertulis di atas maqam seorang Sultan: "Disini telah di maqamkan Sultan. Lihatlah dan ambillah pelajaran." Sultan itu sendiri telah memohon agar ayat ini ditulis di maqamnya, sebagai peringatan bagi rakyatnya.

Maulana juga telah menziarahi Maqam nenek beliau (Maqam Tok Temung di Perak). Tok Temung adalah seorang wanita solehah dari nenek moyang beliau (HRH Raja Ashman). Beliau merupakan seorang wanita yang mulia. Beliau (Tok Temung) tinggal di dalam hutan rimba, di antara ular2. Maqamnya masih di sana. Beliau begitu suci, sehingga binatang buas tidak berani menghampirinya. Binatang2 menghormati Maqamnya, dan tidak ada yang mahu mengotori tempat itu. Beliau (HRH Raja Ashman) adalah seorang yang mulia dari keturunan yang mulia.

Beliau (HRH Raja Ashman) mempunyai banyak peluang di dalam tangannya (untuk merebut dunia). Bukan sahaja wang jutaan ringgit, malahan berbilion ringgit didalam tangan beliau. Tetapi untuk berada di atas jalan Maulana yang Haq, beliau tidak memandang semua itu, beliau membelakangkan semua itu. Kami telah mengenali beliau selama 26, 27 tahun. Bagaimana diri beliau pada awalnya begitulah beliau di akhir nya, beliau tidak pernah berubah niatnya, dan berjuang dengan kasih sayang yang sungguh2.

Kami terkejut menerima berita yang amat sedih ini malam tadi. Beliau telah sampai ke Maqam yang tertinggi. Beliau telah mencapai Maqam yang terbaik sekali. Usia yang ditetapkan oleh Allah, tidak boleh di tambah atau di kurangi walau seminit pun. Usia beliau telah ditetapkan sepanjang ini untuk orang mulia ini. Beliau telah dihidupkan sejauh ini oleh Allah, dan sekarang beliau telah kembali kepadaNya. Beliau telah menyeberangi ke alam barzakh dalam sekelip mata. Mudah baginya yang di beri Maqam2 yang mulia di akherat, mereka tidak akan mahu pulang ke dunia ini lagi. Apabila tiba masanya beliau kembali kepadaNya, beliau tidak memandang dunia, walau buat seketika. Beliau redha akan kehendakNya.

Dikatakan,'Tidak ada penawar bagi yang telah pergi dan apa yang terjadi.' Tiada apa yang dapat dilakukan lagi,beliau sudah tiada lagi, walaupun begitu kami tetap sukar untuk pejamkan mata. Keesokkan harinya, waktu mereka (di ) 5-6 jam lebih awal dari kami di sini. Hanyalah selepas jenazah Almarhum di mandikan serta di kafankan, barulah Maulana merasakan sedikit keringanan dan dapat tidur untuk beberapa jam. Begitulah keadaan Maulana.

Kami pernah mendengar, bahawa para Sultan pada zaman dahulu sanggup meninggalkan segala2nya. Kerajaan, kekuasaan, kesemuanya. Ada yang berkata, ianya hanya berlaku mungkin 1000 tahun dahulu. Apakah mungkin ianya berlaku di dalam zaman ini? Beliau (HRH Raja Ashman) adalah satu contoh yang terbaik. Seorang yang sanggup berbuat demikian, seperti (Sayyidina) Ibrahim bin Adham (q). Dalam sekelip mata, beliau meninggalkan kerajaan dan segalanya. Beliau (HRH Raja Ashman) lah wali zaman ini. Beliau adalah seorang wali yang

www.saltanat.org Page 2 hebat di Asia. Mudah mudahan Allah mempertingkatkan maqam beliau. InsyaAllah, kita semua akan mendapatkan syafaat dari beliau. Beliau seorang yang amat merendah diri. Semua orang yang mengenali beliau berkata demikian. Beliau tidak membezakan yang kaya mahupun yang miskin. Beliau duduk dengan semua orang. Begitulah, tidak ada siapa yang dapat melayani semua lapisan masyarakat seperti beliau. Beliau akan duduk, berbual, mendengar dan membantu semua orang ~ yang susah/miskin dan begitulah kehendakNya, Allah telah menjemput pulang mereka yang Dia kasihi.

Insya Allah kerohanian mereka akan dapat lihat kemunculan S. Mahdi (as). Beliau telah menanti saat kedatangan Mahdi, kerohanian beliau akan muncul apabila zaman Mahdi (as) tiba, waktu itu adalah merupakan satu waktu ajaib. Beliau punya keupayaan untuk muncul (secara spiritual). Kami akan dapat melihat dan merasakan kerohaniannya walaupun tidak dapat melihat beliau secara zahirnya/fizikal.

Beliau, Raja Ashman telah melaksanakan begitu banyak kebaikan semasa hayat beliau, khayr dan hasanat, seolah2 beliau telah hidup selama 100-200 tahun. Mudah2an Allah mengizinkan kami semua untuk melakukan kebaikan seperti beliau dan segala kebaikan yang kami lakukan ditulis buat beliau juga, InsyaAllah.

Salamu Alaikum, Kami akan memberi sohbah selepas solat Juma'at. Shaykh Effendi, bertambah sihat, Alhamdulillah. Alhamdulillah beliau bertambah baik keaadaannya. InshaAllah, apabila beliau bertambah sihat, beliau akan kembali bersama kami semua dan dapat memberikan sohbah seperti selalu, tetapi hari ini agak sukar untuk berkongsi sohbah buat hari ini.

Semalam kami menerima berita yang teramat memilukan ini. Mulanya saya mahu memberikan satu sohbah yang lain...Allah, segalanya di tangan Allah. Apa yang telah kami rancangkan, Allah yang Esa punya rancanganNya sendiri, dan akan melaksanakannya.

Sesiapa yang mengatakan sebaliknya, ianya tidak benar. Tiada sesiapapun yang dapat memberi nyawa/kehidupan kecuali Allah. Berapa tahun lamanya kamu hidup di dunia ini, semuanya telah tertulis dan di tetapkan oleh yang Maha Esa. Tiada sesiapa pun yang dapat memberi dari nyawa / kehidupan nya kepada yang lain kerana Allah Maha Pemurah. Allah tidak perlu mengambil dari kamu untuk diberikan pada orang lain. Siapa yang mengatakan demikian? Kami tidak pernah mendengar perkara sedemikian. Tariqat kami, Tariqat Naqshbandi - ianya bukan di luar shariat, ianya merupakan jantung shariat. Kami tidak dapat menerima apa yang diperkatakan yang melanggar shariat. Apa yang mereka katakan kepada seseorang, beliau (HRH Raja Ashman) mengorbankan kehidupan/ nyawa beliau, semata mata untuk diberikan pada yang lain, kamu

www.saltanat.org Page 3 tidak boleh lakukan seperti itu. Hanya jika kamu berjuang dimedan peperangan seperti Sahabat2 Nabi (saw). Setiap sahabah yang datang, mengorbankan nyawa mereka untuk berperang/berjihad. Ini yang terjadi, tetapi untuk mengorbankan kehidupan/nyawa seseorang untuk diberi pada orang lain - ini mustahil. Buat Raja Ashman Effendi, Allah telah berikan beliau sebegini banyak - 52 tahun. Subhan Allah satu tarikan nafas, ianya merupakan tarikan yang terakhir - tidak ada lagi. انا ل وانـا الي ه ر ج ع و ن 'Inna Lillahi Wa 'Inna 'Ilayhi Raji`un' Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (2:156).

Dan beliau seperti Shaykh Khalid Baghdadi - seorang Awliya besar, mashaiykh hebat dari Tariqat Naqshbandi. Beliau membawa tariqat dari India, dari Mujaddid Alf Sani Shaykh Ahmad Faruqi dan pengganti beliau membawanya ke Damascus, ke Sham. Beliau diberi gelaran Dhul- Jahanayn, yang bermakna 'yang memiliki dua sayap'. Beliau merupakan seorang cendekiawan dalam bidang Shariat, Satu sayap Shariat dan satu lagi sayap tariqat - dua sayap. Beliau juga berusia 52 tahun apabila beliau pulang ke akhirat.

Dan Raja Ashman, beliau merupakan seorang awliya juga, seorang wali besar. Malah nenek moyang/keturunan beliau juga, mereka menegakkan Islam dan shariat dan segalanya, malahan bila kami pergi bersama Shaykh Effendi menziarahi Istana (Iskandariah), dekat dengan mesjid (Ubudiah) - kalau tidak silap moyang Almarhum, seorang Sultan,tertulis buat panduan semua di maqamnya, "Disini Sultan dimaqamkan, lihatlah, dan ambil pelajaran".

Beliau (HRH Raja Ashman) adalah seorang Sultan, bukan sahaja Sultan di Dunia, kerana gelaran itu hanya semasa hayat sahaja, tetapi beliau adalah Sultan buat Akhirat, - Raja (Ashman) adalah Sultan di Akhirat. Dan moyang beliau juga adalah seorang Awliya besar.

Kami menziarahi Maqam beliau (Tok Temung) di tengah hutan. Ianya merupakan satu tempat – di mana tiada seekor haiwan pun yang datang untuk mencari makan dan mengotori maqam tersebut. Maqam beliau amat bersih. Beliau (HRH Raja Ashman) dari keturunan yang sama. Beliau (HRH) merupakan Sultan Akhirat. Kita pernah mendengar kisah tentang Sultan2 yang meninggalkan kerajaan kerana Allah. Kita berkata mungkin 1000 tahun dahulu memang pernah terjadi. Atau 500 tahun dahulu, mereka boleh lakukan itu. Seperti (Sayyidina) Ibrahim bin Adham (q), yang meninggalkan kesultanan untuk mendekatkan dirinya kepada Allah.

Almarhum Raja Ashman, beliau meninggalkan segala2nya di dunia ini - untuk Allah, untuk Nabi (saw) dan untuk Islam dan beliau meninggalkan segala harta/kekayaan, tanpa berpaling kebelakang. Begitulah, dalam pandangan beliau, Dunia ini seperti sudah mati bagi beliau.

www.saltanat.org Page 4

Subhanallah! Jadi untuk itu, Allah dengan barakahnya, dan juga atas keikhlasan beliau, beliau mengembangkan Tariqat Naqshbandi ke seluruh Asia Tenggara. Dengan barakah beliau, Tariqat Naqshbandi berkembang luas dan semakin ramai jemaah/pengikut2 nya. Shaitan tidak senang hati terhadap perkembangan yang meluas itu, dengan berkembangnya Tariqat Naqshbanti di Asia Tenggara. Maka shaitan menghasut orang2 jahil, dengan berkata, "Ini (jalan tariqat) bukan Islam, ianya bukan Islam."

Padahal tariqat Naqshbandi merupakan nadi Islam, kami yang mengamalkan Tariqat Naqshbandi, tidak akan menerimanya tanpa berlandaskan Shariat. Kamu tidak akan dapat berbuat apapun tanpa Shariat dalam Naqshbandi.

Kami menjadi saksi sejak hampir 30 tahun, keadaan beliau (HRH Raja Ashman) dari hari pertama kami mengenali beliau sehingga hari terakhir, sama sahaja. Kepercayaan beliau yang kuat/hebat dan untuk membantu orang, dan untuk menyebarkan Islam dan tariqat. Tariqat - mengapakah mereka menentang tariqat? Kerana shaitan tidak menyukainya dan shaitan menghasut mereka semua.

Tariqatuna sohbah wa l-khayri fi jami'a - inilah yang sering Shaykh Bahauddin Naqshbandi (q) perkatakan dalam setiap ucapan beliau. Untuk memberikan kuliah/nasihat Islam yang baik. dan untuk mengumpulkan jemaah, orang2 yang baik untuk membimbing mereka dan mengajak mereka berzikir.

Allah berfirman: ا ل ب ذك ر ا تط م ٮ ن القل و ب "Al-Lahi 'Ala Bidhikri Llahi Tatma'innu Al-Qulubu" Ketahuilah dengan ingat kepada Allah, tenang tenteramlah hati manusia. (13:28).

Apakah itu zikir? Lakukan zikir dengan menyebut nama2 Allah- dhikr dan sohbah. Sohbah bermakna memberikan nasehat buat jemaah dan membantu mereka ke jalan yang benar. Lebih dari seribu, ratusan ribu dari mereka di Asia Tenggara yang mendapat ganjaran dari sohbah, dari baraqah tariqat di Asia Tenggara. Dan Allah, Subhan Allah, oleh kerana beliau seorang awliya besar Allah, Dia tidak menghendaki beliau untuk tidak sempurnakan tugas beliau.

Allah, Subhan Allah, memberi inspirasi pada Shaykh - Maulana S. Muhammad Nazim al- Haqqani. Beliau, Alhamdulillah, beliau masih belum bersara. Siapa yang mengatakan beliau telah bersara? Ini bukan badan pemerintah. Kami bukan jabatan pemerintah dan Shaykh Effendi tidak pernah mengambil gaji dari pemerintah. Jadi bersara bermakna, hanya jika sudah waktu

www.saltanat.org Page 5 untuk pulang ke akhirat. Allah anugerahi beliau (Shaykh Nazim) umur yang panjang. Selagi beliau masih bernafas dan masih di dunia, beliau tidak akan bersara!

Dan kami ada mendengar seseorang berkata, Almarhum Raja Ashman , mengorbankan nyawa/hidupnya buat Shaykh dan ini juga tidak benar. Ini perbuatan yang mustahil dalam agama. Jadi kami tidak suka sesiapa yang mengatakan seperti ini. Kami tidak tahu siapa yang berkata demikian. Tetapi jika ada yang berkata seperti itu, kami tidak menerima dia sama sekali. Walaupun orang itu adik/abang saya, saya tidak dapat menerima apa yang diperkatakan itu. Shaykh Effendi tidak setuju, awliya juga tidak dapat menerima pendapat sedemikian. Kami juga tidak pernah mendengar adanya mashayikh izam - wali2 hebat, yang bersara. Ini semua karut, tidak masuk akal. Tidak mungkin.

Shaykh Effendi telah memberi arahan, "Insha Allah, adinda perempuan Raja Ashman, beliau merupakan seorang wanita salehah - wanita suci. (Yang Amat Mulia Datin Seri) Raja Eleena, beliau diminta mengambil alih, pimpinan Tariqat Naqshbandi ini dan menjaga zawiyah, serta jemaah. Dan oleh kerana Beliau seorang diri, beliau boleh melantik sesiapa sahaja untuk memimpin zikir dan suhbah untuk jema'ah wanita dan jema'ah lelaki di negaranya. Hanya ini - Mawlana Shaykh Nazim akan gembira dengan ini. Ini kerana di setiap negeri, setiap tempat mereka punyai pemikiran yang berbeza. Mereka yang datang dari luar, mungkin berfikir boleh lakukan sesuatu yang baik bila mereka berniat untuk lakukan yang terbaik. Tetapi sebaliknya memburukkan keaadaan. Jadi insha Allah, oleh kerana mereka mempunyai adat dan tradisi, Grandshaykh dan Shaykh Nazim Haqqani amat gembira dengan tradisi ini, yang penuh adat dan beradab. Mereka tahu segalanya, disebabkan mereka telah melakukannya untuk beberapa generasi. Jadi ianya baik, jemaah disana dapat menerima arahan beliau (Raja Eleena). Dan nenek (Tok Temung) beliau juga seorang wali dan akan membantu Raja Eleena. InsyaAllah.

Insha Allah tariqat, disebabkan barakah Almarhum Raja Ashman, ianya akan berkembang seribu kali, ratusan ribu kali. InsyaAllah. Allah, apa yang dapat kami katakan. setiap orang menyayangi beliau. Beliau seorang yang amat istemewa. Beliau meninggalkan segala2nya di dunia. Buat seluruh masyarakat, setiap orang - yang susah, kanak kanak kecil, pada semua mereka beliau bagaikan seorang abang, seorang bapa buat mereka semua Subhan Allah, jika orang biasa, dia tidak akan dapat lakukan seperti ini pada semua tetapi Almarhum berlainan, apabila beliau mangkat, beliau langsung ke syurga dan beliau di anugerahi Maqam yang tertinggi. Beliau disenangi dan disayangi ramai.

Semalam kami tidak dapat lelapkan mata. Tidak dapat tidur langsung. Ramai berkata mereka tidak dapat tidur kerana amat menyayangi Almarhum dan mengingati segala kabaikan beliau. Kami semua mengenangkan kebaikan dan jasa beliau. Beliau telah menjadi Sultan Akherat. Beliau amat gembira sebab beliau telah dilihatkan semua itu waktu beliau menghadapi kematian, beliau tidak berpaling ke belakang waktu kembali ke sana.untuk kembali semula ke

www.saltanat.org Page 6 alam dunia~ tidak! Ini disebabkan Allah telah mengurniakan kepada beliau seolah2 beliau telah hidup selama 200 atau 500 tahun amal akherat. Dan para mashayikh, mereka semua amat gembira dengan beliau. Mereka bertemu beliau terdahulu. Beliau tidak kesal sama sekali.

Kepada keluarga beliau, anak-anak perempuan dan lelaki, isteri, adik-beradik, ibunda dan ayahanda beliau - semoga Allah memberi mereka kesabaran. Dan ini merupakan satu bala', satu musibah besar bagi mereka. Bala' ini - pertama buat Nabi, buat para awliya, para salihin - hamba2 yang baik. Waktu ini mereka semua sedang bersedih, tetapi di akhirat, mereka semua akan berbahagia, sebab Almarhum akan memberi mereka syafaah.

Dan buat seluruh jemaah di Malaysia, taatilah dan dengarkanlah setiap nasehat dari Maulana Shaykh Nazim. Sesiapa yang tidak mentaati, mereka akan seperti Shaitan yang tidak mentaati. Memang ianya amat sukar. Tetapi demi Allah, jika kamu mentaatinya...beliau adalah sumber kekuatan bagi kamu, ramai akan tertarik kepada tariqat, akan bertambah barakah bagi mu, dan beliau ( HRH Raja Ashman)akan merasa bahagia. Seluruh amal kamu akan di catit untuk beliau - zikir, sohbat, Quran - pahala bagi beliau juga. Semoga Allah mengizinkan beliau mensyafaati kami juga. Insha Allah apabila Mahdi (as) muncul kelak, kamu akan dapat menemui/merasakan kerohanian beliau insha Allah - mereka2 dalam maqam beliau, kerana zaman Mahdi adalah zaman keajaiban. Insha Allah zaman itu sudah sangat hampir.

Wa min Allah at-tawfiq, Al Fatiha. Insha Allah sekarang kami mengkhatamkan Al- Quran. Insha Allah beliau di beri tempat tertinggi di Jannah. Fatiha buat Ruhnya. Salamu 'Alakium. Mereka dari jemaah Malaysia bertanya, kepada siapa harus kami mentaati sebagai pemimpin? Insha Allah, Shaykh Nazim Effendi, telah melantik (Yang Amat Mulia Dain Seri) Raja Eleena. Beliau di beri izin untuk melantik sesiapapun untuk memimpin zikir dan suhbat, bagi seluruh Malaysia, dan Asia Tenggara, insha Allah. Perkara ini jelas, insha Allah.

Wa min Allah at-tawfiq, al-Fatiha.

Video link: http://www.saltanat.org/Blog/tabid/271/PostID/619/His-Royal-Highness-Raja- Ashman-Shah.aspx

www.saltanat.org Page 7