Kemangkatan HRH Raja Ashman Shah
Kemangkatan HRH Raja Ashman Shah Shaykh Hj Mohammad Adil Al-Haqqani An-Naqshbandi, Sohbah pada 30hb Mac 2012. Kami akan melakukan solat Jenazah khusus buat HRH Raja Ashman, untuk Almarhum Ashman Effendi Hz, niat solat Jenazah ini khusus buat beliau inshaAllah. Fatiha untuk Ruh beliau. Ada yang bertanya, bagaimana kami mengenali beliau. Alhamdulillah kami mengenalinya sebagai seorang Mukmin, seorang Muslim, dan kami menyaksikan ini, di sisi Allah. Adakah kamu menyaksikan bahawa beliau seorang Mukmin dan Muslim? (Ya). Al Fatiha. Audhu Billahi min ash-shaytan ar-rajim, Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Assalatu wa s-salamu ala Rasulina Muhammad, Sayyidil Awwalin wal-Akhirin. Madad Ya RasulAllah, Madad Ya Shaykh Nazim al Haqqani. Dastur! Tariqatuna sohbah wa l-khayri fi jami'a - Jalan kami adalah melalui suhbah, dan setiap pergaulan membawa kebaikan, insha Allah. Sebenarnya, kami telah merancang untuk menyampaikan sebuah Suhbah yang lain hari ini, tetapi dengan kehendak Allah, (telah terjadi sesuatu yang amat menyedihkan). Beliau, (Shaykh Raja Ashman) adalah seorang yang amat disayangi oleh Maulana. Beliau adalah manusia yang sempurna, yang memiliki adab, sifat belas kasihan, dan sifat rendah diri. Raja Ashman Effendi, dengan kehendak Allah, telah mangkat dengan tiba2. Beliau mangkat pada usia 52 tahun. Semoga Allah memberikan nya Syurga. Beliau mangkat pada usia 52 tahun, begitu juga dengan Maulana Khalid Baghdadi Dhul-Janahayn yang merupakan seorang Awliya yang besar. Beliau adalah ulama Shari'at dan Wali dalam jalan tariqat, beliau digelar Dhul-Jahanayn - yang memiliki dua sayap. Beliau mempunyai dua sayap, satu sayap Shariat dan satu lagi sayap Tariqat. Beliau juga wafat pada usia yang sama, 52 tahun.
[Show full text]