Kemangkatan HRH Raja Ashman Shah Shaykh Hj Mohammad Adil Al-Haqqani An-Naqshbandi, Sohbah pada 30hb Mac 2012. Kami akan melakukan solat Jenazah khusus buat HRH Raja Ashman, untuk Almarhum Ashman Effendi Hz, niat solat Jenazah ini khusus buat beliau inshaAllah. Fatiha untuk Ruh beliau. Ada yang bertanya, bagaimana kami mengenali beliau. Alhamdulillah kami mengenalinya sebagai seorang Mukmin, seorang Muslim, dan kami menyaksikan ini, di sisi Allah. Adakah kamu menyaksikan bahawa beliau seorang Mukmin dan Muslim? (Ya). Al Fatiha. Audhu Billahi min ash-shaytan ar-rajim, Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Assalatu wa s-salamu ala Rasulina Muhammad, Sayyidil Awwalin wal-Akhirin. Madad Ya RasulAllah, Madad Ya Shaykh Nazim al Haqqani. Dastur! Tariqatuna sohbah wa l-khayri fi jami'a - Jalan kami adalah melalui suhbah, dan setiap pergaulan membawa kebaikan, insha Allah. Sebenarnya, kami telah merancang untuk menyampaikan sebuah Suhbah yang lain hari ini, tetapi dengan kehendak Allah, (telah terjadi sesuatu yang amat menyedihkan). Beliau, (Shaykh Raja Ashman) adalah seorang yang amat disayangi oleh Maulana. Beliau adalah manusia yang sempurna, yang memiliki adab, sifat belas kasihan, dan sifat rendah diri. Raja Ashman Effendi, dengan kehendak Allah, telah mangkat dengan tiba2. Beliau mangkat pada usia 52 tahun. Semoga Allah memberikan nya Syurga. Beliau mangkat pada usia 52 tahun, begitu juga dengan Maulana Khalid Baghdadi Dhul-Janahayn yang merupakan seorang Awliya yang besar. Beliau adalah ulama Shari'at dan Wali dalam jalan tariqat, beliau digelar Dhul-Jahanayn - yang memiliki dua sayap. Beliau mempunyai dua sayap, satu sayap Shariat dan satu lagi sayap Tariqat. Beliau juga wafat pada usia yang sama, 52 tahun. Beliau (HRH Raja Ashman) juga sepertinya, tidak diragui yang beliau adalah dari wali2 besar juga. Seluruh Timur, Asia Tenggara - seluruhnya berada dibawah jagaan beliau – Raja Ashman adalah Shaykh bagi mereka semua di negara2 yang tersebut, Maulana yang telah memberikan beliau tugas itu. Kawasan Asia Tenggera, sebelum perlantikan Shaykh Raja, tidak mengenali perjalanan Tariqat Naqshbandi. Mereka berbuat sesuka hati mereka. Dengan barakah beliau (HRH Raja Ashman) semua itu telah berubah. Nenek moyang Almarhum yang mulia, juga adalah dari golongan yang baik. Mereka adalah Sultan tetapi bersifat sangat tawadduk. Kami sekeluarga pernah menziarahi maqam2 di Raja (di www.saltanat.org Page 1 Kuala Kangsar) juga. (Keluarga di Raja Perak) telah membina sebuah Mesjid yang amat indah di sana, (Mesjid Ubudiah). Tertulis di atas maqam seorang Sultan: "Disini telah di maqamkan Sultan. Lihatlah dan ambillah pelajaran." Sultan itu sendiri telah memohon agar ayat ini ditulis di maqamnya, sebagai peringatan bagi rakyatnya. Maulana juga telah menziarahi Maqam nenek beliau (Maqam Tok Temung di Perak). Tok Temung adalah seorang wanita solehah dari nenek moyang beliau (HRH Raja Ashman). Beliau merupakan seorang wanita yang mulia. Beliau (Tok Temung) tinggal di dalam hutan rimba, di antara ular2. Maqamnya masih di sana. Beliau begitu suci, sehingga binatang buas tidak berani menghampirinya. Binatang2 menghormati Maqamnya, dan tidak ada yang mahu mengotori tempat itu. Beliau (HRH Raja Ashman) adalah seorang yang mulia dari keturunan yang mulia. Beliau (HRH Raja Ashman) mempunyai banyak peluang di dalam tangannya (untuk merebut dunia). Bukan sahaja wang jutaan ringgit, malahan berbilion ringgit didalam tangan beliau. Tetapi untuk berada di atas jalan Maulana yang Haq, beliau tidak memandang semua itu, beliau membelakangkan semua itu. Kami telah mengenali beliau selama 26, 27 tahun. Bagaimana diri beliau pada awalnya begitulah beliau di akhir nya, beliau tidak pernah berubah niatnya, dan berjuang dengan kasih sayang yang sungguh2. Kami terkejut menerima berita yang amat sedih ini malam tadi. Beliau telah sampai ke Maqam yang tertinggi. Beliau telah mencapai Maqam yang terbaik sekali. Usia yang ditetapkan oleh Allah, tidak boleh di tambah atau di kurangi walau seminit pun. Usia beliau telah ditetapkan sepanjang ini untuk orang mulia ini. Beliau telah dihidupkan sejauh ini oleh Allah, dan sekarang beliau telah kembali kepadaNya. Beliau telah menyeberangi ke alam barzakh dalam sekelip mata. Mudah baginya yang di beri Maqam2 yang mulia di akherat, mereka tidak akan mahu pulang ke dunia ini lagi. Apabila tiba masanya beliau kembali kepadaNya, beliau tidak memandang dunia, walau buat seketika. Beliau redha akan kehendakNya. Dikatakan,'Tidak ada penawar bagi yang telah pergi dan apa yang terjadi.' Tiada apa yang dapat dilakukan lagi,beliau sudah tiada lagi, walaupun begitu kami tetap sukar untuk pejamkan mata. Keesokkan harinya, waktu mereka (di Malaysia) 5-6 jam lebih awal dari kami di sini. Hanyalah selepas jenazah Almarhum di mandikan serta di kafankan, barulah Maulana merasakan sedikit keringanan dan dapat tidur untuk beberapa jam. Begitulah keadaan Maulana. Kami pernah mendengar, bahawa para Sultan pada zaman dahulu sanggup meninggalkan segala2nya. Kerajaan, kekuasaan, kesemuanya. Ada yang berkata, ianya hanya berlaku mungkin 1000 tahun dahulu. Apakah mungkin ianya berlaku di dalam zaman ini? Beliau (HRH Raja Ashman) adalah satu contoh yang terbaik. Seorang yang sanggup berbuat demikian, seperti (Sayyidina) Ibrahim bin Adham (q). Dalam sekelip mata, beliau meninggalkan kerajaan dan segalanya. Beliau (HRH Raja Ashman) lah wali zaman ini. Beliau adalah seorang wali yang www.saltanat.org Page 2 hebat di Asia. Mudah mudahan Allah mempertingkatkan maqam beliau. InsyaAllah, kita semua akan mendapatkan syafaat dari beliau. Beliau seorang yang amat merendah diri. Semua orang yang mengenali beliau berkata demikian. Beliau tidak membezakan yang kaya mahupun yang miskin. Beliau duduk dengan semua orang. Begitulah, tidak ada siapa yang dapat melayani semua lapisan masyarakat seperti beliau. Beliau akan duduk, berbual, mendengar dan membantu semua orang ~ yang susah/miskin dan begitulah kehendakNya, Allah telah menjemput pulang mereka yang Dia kasihi. Insya Allah kerohanian mereka akan dapat lihat kemunculan S. Mahdi (as). Beliau telah menanti saat kedatangan Mahdi, kerohanian beliau akan muncul apabila zaman Mahdi (as) tiba, waktu itu adalah merupakan satu waktu ajaib. Beliau punya keupayaan untuk muncul (secara spiritual). Kami akan dapat melihat dan merasakan kerohaniannya walaupun tidak dapat melihat beliau secara zahirnya/fizikal. Beliau, Raja Ashman telah melaksanakan begitu banyak kebaikan semasa hayat beliau, khayr dan hasanat, seolah2 beliau telah hidup selama 100-200 tahun. Mudah2an Allah mengizinkan kami semua untuk melakukan kebaikan seperti beliau dan segala kebaikan yang kami lakukan ditulis buat beliau juga, InsyaAllah. Salamu Alaikum, Kami akan memberi sohbah selepas solat Juma'at. Shaykh Effendi, bertambah sihat, Alhamdulillah. Alhamdulillah beliau bertambah baik keaadaannya. InshaAllah, apabila beliau bertambah sihat, beliau akan kembali bersama kami semua dan dapat memberikan sohbah seperti selalu, tetapi hari ini agak sukar untuk berkongsi sohbah buat hari ini. Semalam kami menerima berita yang teramat memilukan ini. Mulanya saya mahu memberikan satu sohbah yang lain...Allah, segalanya di tangan Allah. Apa yang telah kami rancangkan, Allah yang Esa punya rancanganNya sendiri, dan akan melaksanakannya. Sesiapa yang mengatakan sebaliknya, ianya tidak benar. Tiada sesiapapun yang dapat memberi nyawa/kehidupan kecuali Allah. Berapa tahun lamanya kamu hidup di dunia ini, semuanya telah tertulis dan di tetapkan oleh yang Maha Esa. Tiada sesiapa pun yang dapat memberi dari nyawa / kehidupan nya kepada yang lain kerana Allah Maha Pemurah. Allah tidak perlu mengambil dari kamu untuk diberikan pada orang lain. Siapa yang mengatakan demikian? Kami tidak pernah mendengar perkara sedemikian. Tariqat kami, Tariqat Naqshbandi - ianya bukan di luar shariat, ianya merupakan jantung shariat. Kami tidak dapat menerima apa yang diperkatakan yang melanggar shariat. Apa yang mereka katakan kepada seseorang, beliau (HRH Raja Ashman) mengorbankan kehidupan/ nyawa beliau, semata mata untuk diberikan pada yang lain, kamu www.saltanat.org Page 3 tidak boleh lakukan seperti itu. Hanya jika kamu berjuang dimedan peperangan seperti Sahabat2 Nabi (saw). Setiap sahabah yang datang, mengorbankan nyawa mereka untuk berperang/berjihad. Ini yang terjadi, tetapi untuk mengorbankan kehidupan/nyawa seseorang untuk diberi pada orang lain - ini mustahil. Buat Raja Ashman Effendi, Allah telah berikan beliau sebegini banyak - 52 tahun. Subhan Allah satu tarikan nafas, ianya merupakan tarikan yang terakhir - tidak ada lagi. I اGنSا V GلA GواGنSـاP اGلCAي Gه Iر Gج Eع Cو Aن@ 'Inna Lillahi Wa 'Inna 'Ilayhi Raji`un' Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (2:156). Dan beliau seperti Shaykh Khalid Baghdadi - seorang Awliya besar, mashaiykh hebat dari Tariqat Naqshbandi. Beliau membawa tariqat dari India, dari Mujaddid Alf Sani Shaykh Ahmad Faruqi dan pengganti beliau membawanya ke Damascus, ke Sham. Beliau diberi gelaran Dhul- Jahanayn, yang bermakna 'yang memiliki dua sayap'. Beliau merupakan seorang cendekiawan dalam bidang Shariat, Satu sayap Shariat dan satu lagi sayap tariqat - dua sayap. Beliau juga berusia 52 tahun apabila beliau pulang ke akhirat. Dan Raja Ashman, beliau merupakan seorang awliya juga, seorang wali besar. Malah nenek moyang/keturunan beliau juga, mereka menegakkan Islam dan shariat dan segalanya, malahan bila kami pergi bersama Shaykh Effendi menziarahi Istana (Iskandariah), dekat dengan mesjid (Ubudiah) - kalau tidak silap moyang
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages7 Page
-
File Size-